SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 12
PENGENALAN KAUNSELING



       Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip
psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan
penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara
sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.


       Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan.
Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan
klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien .
Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya
yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri
adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.


       Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk
dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan
serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba
memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan
reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan
yang dihadapinya.
kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan
masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh
itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan
yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau
antara individu.


       Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi
aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu
klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan
penyelesian kepada masalah klien.
Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga
definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James
(1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk
menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia
dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan
Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk
menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir
sekali James (1982) pula mendefinasikan          kaunseling sebagai suatu proses
pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk
mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.


      Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang
bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
PETA MINDA KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING




                                        Kemahiran
                                         Menyoal


                  Kemahiran                                      Kemahiran
                  Mendengar                                      Membalas




                                                                              Kemahiran
   Kemahiran
                                                                             Menghadapi
  Berkomunikasi
                                                                             Kesenyapan
                                        KEMAHIRAN
                                           ASAS
                                        KAUNSELING




       Kemahiran
       Melakukan                                                        Kemahiran
       Dorongan                                                          Membuat
        Minima                                                          Interpretasi




                           Kemahiran                 Kemahiran
                            Membina                   Membuat
                          Perhubungan                 Refleksi
Kemahiran Mendengar

  •   Matlamat utama mendengar adalah mendengar secara aktif dan reflektif. Menjadi
      pendengar yang aktif dan reflektif tidak bermakna hanya mengangguk dengan apa yang
      dikatakan penutur




Pernyataan masalah : Azimah menemui guru kelas
untuk mendaptkan nasihat berhubung keputusan
emaknya untuk tidak membenarkan dia pergi ke
sekolah berasrama penuh. Dia berhajat untuk tetap
ke sana tanpa menghirakan keputusan ibunya.




      Guru : Tadi kamu ada menyatakan kamu sayang
      dengan emak kamu? Betul…..
      Azimah : Iya….. saya ada cakap begitu tadi.




          Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi
          perhatian. Brammer (1973) merumuskan : tanpa
          perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa
          kepada kefahaman, maka komunikasi tidak wujud.




               Menurut teori Humanistik semasa sesi kaunseling,
               kaunselor hanya akan mendengar secara aktif serta
               memberi dorongan yang wajara sepanjang sesi
               kaunseling.



                     Proses mendengar melibatkan seluruh deria yang
                     terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk
                     mendengar apa yang diperkatakan. Mata untuk melihat
                     bagaimana gerka laku semasa perkataan atau ayat
                     dituturkan. Hidung juga turut menghidu bau-bauan yang
                     ada di sekeliling.
Kemahiran Membalas




 Secara       umumnya                                   Tujuan          utama
 kemahiran membalas                                     seseorang bertindak
                           Dengan      membalas
 terdiri daripada sub                                   balas ke atas kata-
                           kata-kata     manusia
 kemahiran        iaitu                                 kata orang lain adalah
                           dapat     mewujudkan
 kemahiran                                              untuk menggalakkan
                           hubungan yang baik
 penstrukturan,                                         penglibatan masing-
                           antara satu sama lain.
 dorongan minima dan                                    masing     di    dalam
 kemhiran mendengar                                     perbualan itu




 Menurt            Teori
 Pemusatan
 Perorangan : Carl
 Rogers         percaya
 bahawa           terapi
 pemusatan-                         Penyataan masalah :
 perorangan      adalah             Ana merupakan seorang anak kepada
 terletak di atas asas              penagih dadah.      Hidup Ana selalu
 teori yang lebih kukuh             dicemuh oleh masyarakat setempat dan
 berbanding     dengan              Ana berasa amat tertekan. Ana tidak
 terapi    yang     lain            ada sesiapa yang ingin mendekati dan
 kerana hubungannya                 menolongnya. Dia telah pergi menemui
 yang rapat dengan                  guru untuk mengatasi tekanan yang di
 teori personaliti yang             alaminya.
 telah terbina dengan
 baik.                              Contoh :
                                    Ana : Saya nak bincang masalah
                                    keluarga saya
                                    Guru : Hmmm.. silakan.
                                    Ana : Saya tidak tahu apa yang berlaku
                                    dalam hidup saya.
                                    Guru : (angguk)
Kemahiran Berkomunikasi



                             mengelakkan
                               daripada
                            menggunakan
                              perkataan-
                            perkataan yang
                          sukar difahami oleh
                                 klien
                                                   menggunakan
     Kaunselor patut                               perkataan yang
   menggunakan ayat-                            mudah supaya klien
   ayat yang biasa dan                          tidak berasa rendah
   bukannya dari buku-                               diri apabila
     buku akademik                              berhadapan dengan
                                                      kaunselor


                            Kemahiran
                            Komunikasi

                                                 Komunikasi bukan
                                                     lisan pula
       Mesej yang                                melibatkan gerak
      berbentuk aksi                            badan, kontak mata
                                                 dan postur badan
                                                    kaunselor.
                          Lima cara utama
                          dalam menghantar
                          komunikasi ;
                          •Mesej lisan
                          •Mesej vokal
                          •Mesej badan
                          •Mesej sentuhan
Kemahiran Konfrontasi


  Kemahiran Konfrontasi



      Konfrontasi adalah kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan
      juga tingkah laku tanpa lisan mereka. Konfrontasi teknik yang digunakan oleh
      kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien.
      Teknik ini perlu digunakan dalam situasi yang sesuai supaya tidak
      menyebabkan klien berdiam diri.


      Kemahiran ini hanya dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik
      antar klien dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan nada suara yang
      lembut, yang mengambil unsur-unsur mengambil berat supaya mesej yang
      disampaikan tidak disalahtafsirkan.


      Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian
      tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan
      kaunselor. Konfrontasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu,
      tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan


      Teori Rasional Emotif Terapi : Menurut Albert Ellis, individu-individu
      mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun
      tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan
      kemungkinan produktif, manakal tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya
      dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan 'output'.


      Penyataan masalah :
      Muhammad memberitahu rakan dan guru bahawa beliau tidak mahu
      mengikuti rombongan ke Negeri Sembilan. Namun begitu di sudut hatinya dia
      sangat beringinan untuk mengikuti rombongan tersebut. Pada hakikatnya ibu
      bapa Zakir tidak membenarkan kepergiannya kerana kesuntukkan wang,
      demi egonya beliau menyatakan kepada rakan dan guru bahawa beliau
      langsung tidak berminat untuk mengikuti rombongan tersebut.Jadi secara
      diam-diam, dia sering berjumpa kaunselor untuk mengetahui perkembangan
      lanjut tentang rombongan tersebut.
      Zakir : Bilakah rombongan ke Negeri Sembilan itu akan bertolak?
      Guru : Awak telah menyatakan beberapa kali awak tidak meminati
      rombongan tersebut, tetapi awak kerap bertanyakan saya soal itu.
Kemahiran Refleksi




    Refleksi merujuk kepada satu usaha                                                Sigmun Freud :
    memahami klien dari persepsi dirinya                                            Mengikut fahaman
       sendiri, Ibrahim Ahmad (2002).          Pernyataan masalah :
                                                                                 psikoanalisis, seorang
         Kemahiran refleksi ini boleh         Suraj berasa gembira                  individu itu berada
   dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu       kerana guru disiplin
      refleksi isi, refleksi perasaan dan                                           dalam kecelaruan
                                                  sekolahnya telah                 mental kerana tidak
    refleksi pengalaman. Refleksi sesuai    berpindah ke sekolah lain.
     dibuat oleh kaunselor apabila klien         Dia tidak perlu lagi                   berlakunya
      menunjukkan perubahan tertentu,         berjumpa dan dileteri                perimbangan id,ego
   antaranya ialah menangis, tidak mahu     oleh guru disiplin tersebut           dan superego dalam
    bercakap, marah, ketawa dan agresif     setiap kali dia melakukan             dirinya.Selain dari itu
                  atau gelisah.                  kesalahan. Kesan                 kaunselor juga boleh
                                             daripada itu, dia merasa             merefleksi sekiranya
                                                 tidak gentar untuk                  percakapan dan
                                               melakukan kesalahan                perasaan klien yang
                                              disiplin lain. Lalu guru                 dapat dilihat
                                                kelasnya mengambil
                                             langkah menasihatinya.              bercanggah. Bukan itu
                                                                                 sahaja, kaunselor juga
                                              Suraj : Saya rasa amat              boleh menggunakan
                                               gembira apabila guru
                                            disiplin telah dipindahkan            kaedah merefleksi ini
                                                   ke sekolah lain.               sebagai pengukuhan
                                                                                   apa yang diluahkan
             Tindakan kaunselor              Guru : Awak lega sebab                      oleh klien.
          semasa membuat refleksi :           tidak perlu mendengar
                                                     leteran lagi.




          - Jangan membuat refleksi
                terlalu panjang




                                                      - Tidak membuat refleksi
          -   Jangan menggunakan                       kepada setiap kenyatan
              perkataan yang sama                      yang disampaikan oleh
                 berulang-ulang                                klien.
2. Bincangkan bagaimana anda sebagai guru biasa boleh menggunakan
kemahiran asas kaunseling dalam mengenal pasti masalah dan tingkah laku
pelajar.



      Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik
berasaskan   prinsip   kaunseling   yang   dilakukan   oleh   kaunselor   terlatih   bagi
menghasilkan perubahan perasaan, pemikiran dan tingkahlaku yang positif untuk
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, berlandaskan moral etika kaunseling.
Kemahiran kaunseling ini bukan perlu dikuasai oleh guru kaunseling sahaja ia juga
perlu dimiliki oleh seorang guru biasa bagi melaksanakan aktiviti bimbingan semasa di
sekolah. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti
rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang guru
menolong murid untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia.

      Melalui sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru, diharapkan murid dapat
belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan
perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, murid atau klien belajar tetapi guru
atau kaunselor tidak mengajar. Fungsi guru pada masa itu adalah sebagai ‘pemandu’
yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani murid dalam
perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya.

      Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor/guru tercapai
dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien/murid tidak lagi
memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa
bantuan daripada kaunselor/guru lagi. Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses
pertolongan. Melalui proses ini, murid dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi
proses ini ialah perhubungan antara kaunselor/guru dengan klien/murid atas dasar
bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien/murid berubah.
Antara cara guru biasa boleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam
mengenal pasti masalah dan tingkah laku pelajar ialah dengan menggunakan
kemahiran asas melayan dan mendengar. Guru biasa boleh menggunakan keadah ini
kerana keadah ini amat mudah dan selamat dijalankan. Keadah ini juga tidak
memerlukan kemahiran yang tinggi.

      Contoh situasi yang mungkin berlaku setiap tahun di sekolah adalah : Azimah
menemui guru kelas untuk mendapatkan nasihat berhubung keputusan emaknya untuk
tidak membenarkan dia pergi ke sekolah berasrama penuh. Dia berhajat untuk tetap ke
sana tanpa menghirakan keputusan ibunya. Guru biasa, biasanya berhadapan dengan
situasi sebegini.   Guru boleh menggunakan soalan tertutup dan terbuka semasa
mendengar masalah dari pelajar.       Guru juga boleh bertanyakan pelajar tentang
perasaan mereka terhadap masalah yang mereka hadapi. Ini bertujuan untuk
menceminkan perasaan sebalik apa yang diceritakan oleh kanak-kanak. Ia juga
bertujuan untuk menggalakkan penerokaan kanak-kanak. Guru hendaklah membuka
minda pelajar dengan bertanyakan soalan-soalan terbuka, ini akan menyebabkan
pelajar dpat memikirkan apa yang akan meraka dapat lakukan seterusnya.

       Maka dengan itu para guru biasa perlu mempersiapkan diri dengan kesemua
kemahiran asas kaunseling. Kemahiran asas kaunseling ini diperlukan sebagai strategi
untuk menambat hati klien/murid supaya kaunselor/guru dapat terus membantunya.
Kemahiran yang baik dan sesuai perlu diikuti oleh tingkahlaku dan personaliti guru yang
juga sempurna bagi memantapkan kejayaan sesuatu proses.
4.0 REFLEKSI

Refleksi Ahmad Najibullah Bin Che Mohd

      Pelaksanaan Kerja Kursus Pendek (KKP) EDU 3107 semasa praktikum ketiga
semester ini banyak memberikan input yang sangat berguna untuk saya aplikasikan di
dalam kelas pada masa akan datang.Soalan tugasan memerlukan saya dan rakan
sepasangan saya mencari bahan-bahan bacaan dan kenal pasti kemahiran asas
kaunseling yang perlu dimiliki oleh seseorang guru bimbingan dengan menggunakan
peta minda.

      Selain itu, secara berkumpulan kami perlu membincangkan peranan guru biasa
boleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengenal pasti masalah dan
tingkah laku pelajar. Sebelum membuat tugasan ini juga, saya dan rakan bertungkus-
lumus mencari bahan di perpustakaan dan melayari internet. Saya juga berasa
bimbang kerana mempunyai kekangan untuk bahan mendapatkan rujukan disebabkan
bahan rujukan yang tidak mencukupi di perpustakaan dan sekolah.

      Guru bimbingan dan kaunseling SK Pedas juga banyak membantu kami dalam
menyiapkan tugasan pada kali ini. Sebelum mengikuti program EDU 3107, saya kurang
mempunyai pengetahuan mengenai kaunseling. Ini mungkin disebabkan guru
kaunseling kurang terkenal semasa saya di sekolah dahulu.

      Melalui tugasan ini saya telah memperolehi       banyak input yang berguna
berkaitan kemahiran asas kaunseling. Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan
kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-
kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat
berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi
dan psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran
membina perhubungan, kemahiran membalas, kemahiran menyoal, kemahiran
parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran melakukan dorongan minima, dan
kemahiran konfrontasi. Selain itu juga, input yang saya dapat ialah saya dapat
mengetahui peranan yang boleh dimainkan oleh guru biasa untuk mengenal pasti
masalah pelajar.
Kesimpulannya, tugasan seperti wajar di teruskan pada masa akan dating
kerana ia membawa lebih banyak manfaat dan kebaikan kepada guru pelatih.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

kaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokkaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokzakwan azhar
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)ShaZila Niza
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasseradeendra
 
kemahiran dalam sesi kaunseling
kemahiran dalam sesi kaunselingkemahiran dalam sesi kaunseling
kemahiran dalam sesi kaunselingzakwan azhar
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)Herney Aqilah Kay
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunselingHerney Aqilah Kay
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”Salwa Samsudin
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Bab 9 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9   Kemahiran Asas KaunselingBab 9   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok HELENA AIREEN
 

La actualidad más candente (20)

Bab 4 klien
Bab 4  klienBab 4  klien
Bab 4 klien
 
kaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokkaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompok
 
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
 
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10   Halangan Dalam KaunselingBab 10   Halangan Dalam Kaunseling
Bab 10 Halangan Dalam Kaunseling
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
 
Proses Kaunseling
Proses KaunselingProses Kaunseling
Proses Kaunseling
 
kemahiran dalam sesi kaunseling
kemahiran dalam sesi kaunselingkemahiran dalam sesi kaunseling
kemahiran dalam sesi kaunseling
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
1 kemahiran asas kaunseling
1 kemahiran asas kaunseling1 kemahiran asas kaunseling
1 kemahiran asas kaunseling
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Bab 9 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9   Kemahiran Asas KaunselingBab 9   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 9 Kemahiran Asas Kaunseling
 
25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Modifikasi tingkah laku
Modifikasi tingkah lakuModifikasi tingkah laku
Modifikasi tingkah laku
 
Isu kauseling Sekolah
Isu kauseling SekolahIsu kauseling Sekolah
Isu kauseling Sekolah
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok
 
Teori Kaunseling
Teori KaunselingTeori Kaunseling
Teori Kaunseling
 

Similar a Pengenalan kaunseling

Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingSiti Nor
 
1571013488599_Materi-3-Microskill-dan-Tahapan-Konseling.ppt
1571013488599_Materi-3-Microskill-dan-Tahapan-Konseling.ppt1571013488599_Materi-3-Microskill-dan-Tahapan-Konseling.ppt
1571013488599_Materi-3-Microskill-dan-Tahapan-Konseling.pptIKMDITAEKAPRATIWI
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Muhammad Syahir
 
4. Komunikasi dalam Negosiasi.pptx
4. Komunikasi dalam Negosiasi.pptx4. Komunikasi dalam Negosiasi.pptx
4. Komunikasi dalam Negosiasi.pptxAsaretkhaAdjane1
 
Tgs3- Interpersonal Skill-B-Adila Apriliani
Tgs3- Interpersonal Skill-B-Adila AprilianiTgs3- Interpersonal Skill-B-Adila Apriliani
Tgs3- Interpersonal Skill-B-Adila AprilianiAdilaApriliani1
 
INTERPERSONAL SKILL MBKM.pptx jaya jaa jy
INTERPERSONAL SKILL MBKM.pptx jaya jaa jyINTERPERSONAL SKILL MBKM.pptx jaya jaa jy
INTERPERSONAL SKILL MBKM.pptx jaya jaa jytogeng082
 
Powerpoint tentang Berbicara
Powerpoint tentang BerbicaraPowerpoint tentang Berbicara
Powerpoint tentang BerbicaraIkd Kurniawan
 
BAB 13 Menggayakan Pesan - Etika dan Komunikasi Bisnis
BAB 13 Menggayakan Pesan - Etika dan Komunikasi BisnisBAB 13 Menggayakan Pesan - Etika dan Komunikasi Bisnis
BAB 13 Menggayakan Pesan - Etika dan Komunikasi BisnisMuhammad Haris
 
99026 2-822368437995 (1)
99026 2-822368437995 (1)99026 2-822368437995 (1)
99026 2-822368437995 (1)Ivana Winandi
 
Interpersonal skill chandrawidiyanto 4520210065
Interpersonal skill chandrawidiyanto 4520210065Interpersonal skill chandrawidiyanto 4520210065
Interpersonal skill chandrawidiyanto 4520210065CHANDRAWIDIYANTO
 
The Amazing Costumer Service.pptx
The Amazing Costumer Service.pptxThe Amazing Costumer Service.pptx
The Amazing Costumer Service.pptxCCDANAInfomedia
 
Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3irenelina91
 
Communication skills (gaya berkomunikasi)
Communication skills (gaya berkomunikasi)Communication skills (gaya berkomunikasi)
Communication skills (gaya berkomunikasi)Cahya
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Nor Yusof
 
Tugas 2 interpersonal skill b
Tugas 2 interpersonal skill bTugas 2 interpersonal skill b
Tugas 2 interpersonal skill bTegarFikri
 

Similar a Pengenalan kaunseling (20)

Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
 
1571013488599_Materi-3-Microskill-dan-Tahapan-Konseling.ppt
1571013488599_Materi-3-Microskill-dan-Tahapan-Konseling.ppt1571013488599_Materi-3-Microskill-dan-Tahapan-Konseling.ppt
1571013488599_Materi-3-Microskill-dan-Tahapan-Konseling.ppt
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007
 
4. Komunikasi dalam Negosiasi.pptx
4. Komunikasi dalam Negosiasi.pptx4. Komunikasi dalam Negosiasi.pptx
4. Komunikasi dalam Negosiasi.pptx
 
PELAJARAN
PELAJARANPELAJARAN
PELAJARAN
 
Tgs3- Interpersonal Skill-B-Adila Apriliani
Tgs3- Interpersonal Skill-B-Adila AprilianiTgs3- Interpersonal Skill-B-Adila Apriliani
Tgs3- Interpersonal Skill-B-Adila Apriliani
 
INTERPERSONAL SKILL MBKM.pptx jaya jaa jy
INTERPERSONAL SKILL MBKM.pptx jaya jaa jyINTERPERSONAL SKILL MBKM.pptx jaya jaa jy
INTERPERSONAL SKILL MBKM.pptx jaya jaa jy
 
Modul Pelatihan Kompetensi Komunikasi
Modul Pelatihan Kompetensi KomunikasiModul Pelatihan Kompetensi Komunikasi
Modul Pelatihan Kompetensi Komunikasi
 
Modul dasar partisipasi
Modul dasar partisipasiModul dasar partisipasi
Modul dasar partisipasi
 
Powerpoint tentang Berbicara
Powerpoint tentang BerbicaraPowerpoint tentang Berbicara
Powerpoint tentang Berbicara
 
BAB 13 Menggayakan Pesan - Etika dan Komunikasi Bisnis
BAB 13 Menggayakan Pesan - Etika dan Komunikasi BisnisBAB 13 Menggayakan Pesan - Etika dan Komunikasi Bisnis
BAB 13 Menggayakan Pesan - Etika dan Komunikasi Bisnis
 
99026 2-822368437995 (1)
99026 2-822368437995 (1)99026 2-822368437995 (1)
99026 2-822368437995 (1)
 
Peta kognitif
Peta kognitifPeta kognitif
Peta kognitif
 
kemahiran komunikasi
kemahiran komunikasikemahiran komunikasi
kemahiran komunikasi
 
Interpersonal skill chandrawidiyanto 4520210065
Interpersonal skill chandrawidiyanto 4520210065Interpersonal skill chandrawidiyanto 4520210065
Interpersonal skill chandrawidiyanto 4520210065
 
The Amazing Costumer Service.pptx
The Amazing Costumer Service.pptxThe Amazing Costumer Service.pptx
The Amazing Costumer Service.pptx
 
Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3
 
Communication skills (gaya berkomunikasi)
Communication skills (gaya berkomunikasi)Communication skills (gaya berkomunikasi)
Communication skills (gaya berkomunikasi)
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)
 
Tugas 2 interpersonal skill b
Tugas 2 interpersonal skill bTugas 2 interpersonal skill b
Tugas 2 interpersonal skill b
 

Pengenalan kaunseling

  • 1. PENGENALAN KAUNSELING Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu. Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
  • 2. Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
  • 3. PETA MINDA KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran Menyoal Kemahiran Kemahiran Mendengar Membalas Kemahiran Kemahiran Menghadapi Berkomunikasi Kesenyapan KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran Melakukan Kemahiran Dorongan Membuat Minima Interpretasi Kemahiran Kemahiran Membina Membuat Perhubungan Refleksi
  • 4. Kemahiran Mendengar • Matlamat utama mendengar adalah mendengar secara aktif dan reflektif. Menjadi pendengar yang aktif dan reflektif tidak bermakna hanya mengangguk dengan apa yang dikatakan penutur Pernyataan masalah : Azimah menemui guru kelas untuk mendaptkan nasihat berhubung keputusan emaknya untuk tidak membenarkan dia pergi ke sekolah berasrama penuh. Dia berhajat untuk tetap ke sana tanpa menghirakan keputusan ibunya. Guru : Tadi kamu ada menyatakan kamu sayang dengan emak kamu? Betul….. Azimah : Iya….. saya ada cakap begitu tadi. Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Brammer (1973) merumuskan : tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman, maka komunikasi tidak wujud. Menurut teori Humanistik semasa sesi kaunseling, kaunselor hanya akan mendengar secara aktif serta memberi dorongan yang wajara sepanjang sesi kaunseling. Proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan. Mata untuk melihat bagaimana gerka laku semasa perkataan atau ayat dituturkan. Hidung juga turut menghidu bau-bauan yang ada di sekeliling.
  • 5. Kemahiran Membalas Secara umumnya Tujuan utama kemahiran membalas seseorang bertindak Dengan membalas terdiri daripada sub balas ke atas kata- kata-kata manusia kemahiran iaitu kata orang lain adalah dapat mewujudkan kemahiran untuk menggalakkan hubungan yang baik penstrukturan, penglibatan masing- antara satu sama lain. dorongan minima dan masing di dalam kemhiran mendengar perbualan itu Menurt Teori Pemusatan Perorangan : Carl Rogers percaya bahawa terapi pemusatan- Penyataan masalah : perorangan adalah Ana merupakan seorang anak kepada terletak di atas asas penagih dadah. Hidup Ana selalu teori yang lebih kukuh dicemuh oleh masyarakat setempat dan berbanding dengan Ana berasa amat tertekan. Ana tidak terapi yang lain ada sesiapa yang ingin mendekati dan kerana hubungannya menolongnya. Dia telah pergi menemui yang rapat dengan guru untuk mengatasi tekanan yang di teori personaliti yang alaminya. telah terbina dengan baik. Contoh : Ana : Saya nak bincang masalah keluarga saya Guru : Hmmm.. silakan. Ana : Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup saya. Guru : (angguk)
  • 6. Kemahiran Berkomunikasi mengelakkan daripada menggunakan perkataan- perkataan yang sukar difahami oleh klien menggunakan Kaunselor patut perkataan yang menggunakan ayat- mudah supaya klien ayat yang biasa dan tidak berasa rendah bukannya dari buku- diri apabila buku akademik berhadapan dengan kaunselor Kemahiran Komunikasi Komunikasi bukan lisan pula Mesej yang melibatkan gerak berbentuk aksi badan, kontak mata dan postur badan kaunselor. Lima cara utama dalam menghantar komunikasi ; •Mesej lisan •Mesej vokal •Mesej badan •Mesej sentuhan
  • 7. Kemahiran Konfrontasi Kemahiran Konfrontasi Konfrontasi adalah kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku tanpa lisan mereka. Konfrontasi teknik yang digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien. Teknik ini perlu digunakan dalam situasi yang sesuai supaya tidak menyebabkan klien berdiam diri. Kemahiran ini hanya dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik antar klien dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan nada suara yang lembut, yang mengambil unsur-unsur mengambil berat supaya mesej yang disampaikan tidak disalahtafsirkan. Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrontasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan Teori Rasional Emotif Terapi : Menurut Albert Ellis, individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakal tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan 'output'. Penyataan masalah : Muhammad memberitahu rakan dan guru bahawa beliau tidak mahu mengikuti rombongan ke Negeri Sembilan. Namun begitu di sudut hatinya dia sangat beringinan untuk mengikuti rombongan tersebut. Pada hakikatnya ibu bapa Zakir tidak membenarkan kepergiannya kerana kesuntukkan wang, demi egonya beliau menyatakan kepada rakan dan guru bahawa beliau langsung tidak berminat untuk mengikuti rombongan tersebut.Jadi secara diam-diam, dia sering berjumpa kaunselor untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang rombongan tersebut. Zakir : Bilakah rombongan ke Negeri Sembilan itu akan bertolak? Guru : Awak telah menyatakan beberapa kali awak tidak meminati rombongan tersebut, tetapi awak kerap bertanyakan saya soal itu.
  • 8. Kemahiran Refleksi Refleksi merujuk kepada satu usaha Sigmun Freud : memahami klien dari persepsi dirinya Mengikut fahaman sendiri, Ibrahim Ahmad (2002). Pernyataan masalah : psikoanalisis, seorang Kemahiran refleksi ini boleh Suraj berasa gembira individu itu berada dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kerana guru disiplin refleksi isi, refleksi perasaan dan dalam kecelaruan sekolahnya telah mental kerana tidak refleksi pengalaman. Refleksi sesuai berpindah ke sekolah lain. dibuat oleh kaunselor apabila klien Dia tidak perlu lagi berlakunya menunjukkan perubahan tertentu, berjumpa dan dileteri perimbangan id,ego antaranya ialah menangis, tidak mahu oleh guru disiplin tersebut dan superego dalam bercakap, marah, ketawa dan agresif setiap kali dia melakukan dirinya.Selain dari itu atau gelisah. kesalahan. Kesan kaunselor juga boleh daripada itu, dia merasa merefleksi sekiranya tidak gentar untuk percakapan dan melakukan kesalahan perasaan klien yang disiplin lain. Lalu guru dapat dilihat kelasnya mengambil langkah menasihatinya. bercanggah. Bukan itu sahaja, kaunselor juga Suraj : Saya rasa amat boleh menggunakan gembira apabila guru disiplin telah dipindahkan kaedah merefleksi ini ke sekolah lain. sebagai pengukuhan apa yang diluahkan Tindakan kaunselor Guru : Awak lega sebab oleh klien. semasa membuat refleksi : tidak perlu mendengar leteran lagi. - Jangan membuat refleksi terlalu panjang - Tidak membuat refleksi - Jangan menggunakan kepada setiap kenyatan perkataan yang sama yang disampaikan oleh berulang-ulang klien.
  • 9. 2. Bincangkan bagaimana anda sebagai guru biasa boleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengenal pasti masalah dan tingkah laku pelajar. Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip kaunseling yang dilakukan oleh kaunselor terlatih bagi menghasilkan perubahan perasaan, pemikiran dan tingkahlaku yang positif untuk perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, berlandaskan moral etika kaunseling. Kemahiran kaunseling ini bukan perlu dikuasai oleh guru kaunseling sahaja ia juga perlu dimiliki oleh seorang guru biasa bagi melaksanakan aktiviti bimbingan semasa di sekolah. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang guru menolong murid untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Melalui sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru, diharapkan murid dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, murid atau klien belajar tetapi guru atau kaunselor tidak mengajar. Fungsi guru pada masa itu adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani murid dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor/guru tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien/murid tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor/guru lagi. Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, murid dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor/guru dengan klien/murid atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien/murid berubah.
  • 10. Antara cara guru biasa boleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengenal pasti masalah dan tingkah laku pelajar ialah dengan menggunakan kemahiran asas melayan dan mendengar. Guru biasa boleh menggunakan keadah ini kerana keadah ini amat mudah dan selamat dijalankan. Keadah ini juga tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Contoh situasi yang mungkin berlaku setiap tahun di sekolah adalah : Azimah menemui guru kelas untuk mendapatkan nasihat berhubung keputusan emaknya untuk tidak membenarkan dia pergi ke sekolah berasrama penuh. Dia berhajat untuk tetap ke sana tanpa menghirakan keputusan ibunya. Guru biasa, biasanya berhadapan dengan situasi sebegini. Guru boleh menggunakan soalan tertutup dan terbuka semasa mendengar masalah dari pelajar. Guru juga boleh bertanyakan pelajar tentang perasaan mereka terhadap masalah yang mereka hadapi. Ini bertujuan untuk menceminkan perasaan sebalik apa yang diceritakan oleh kanak-kanak. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan penerokaan kanak-kanak. Guru hendaklah membuka minda pelajar dengan bertanyakan soalan-soalan terbuka, ini akan menyebabkan pelajar dpat memikirkan apa yang akan meraka dapat lakukan seterusnya. Maka dengan itu para guru biasa perlu mempersiapkan diri dengan kesemua kemahiran asas kaunseling. Kemahiran asas kaunseling ini diperlukan sebagai strategi untuk menambat hati klien/murid supaya kaunselor/guru dapat terus membantunya. Kemahiran yang baik dan sesuai perlu diikuti oleh tingkahlaku dan personaliti guru yang juga sempurna bagi memantapkan kejayaan sesuatu proses.
  • 11. 4.0 REFLEKSI Refleksi Ahmad Najibullah Bin Che Mohd Pelaksanaan Kerja Kursus Pendek (KKP) EDU 3107 semasa praktikum ketiga semester ini banyak memberikan input yang sangat berguna untuk saya aplikasikan di dalam kelas pada masa akan datang.Soalan tugasan memerlukan saya dan rakan sepasangan saya mencari bahan-bahan bacaan dan kenal pasti kemahiran asas kaunseling yang perlu dimiliki oleh seseorang guru bimbingan dengan menggunakan peta minda. Selain itu, secara berkumpulan kami perlu membincangkan peranan guru biasa boleh menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam mengenal pasti masalah dan tingkah laku pelajar. Sebelum membuat tugasan ini juga, saya dan rakan bertungkus- lumus mencari bahan di perpustakaan dan melayari internet. Saya juga berasa bimbang kerana mempunyai kekangan untuk bahan mendapatkan rujukan disebabkan bahan rujukan yang tidak mencukupi di perpustakaan dan sekolah. Guru bimbingan dan kaunseling SK Pedas juga banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan pada kali ini. Sebelum mengikuti program EDU 3107, saya kurang mempunyai pengetahuan mengenai kaunseling. Ini mungkin disebabkan guru kaunseling kurang terkenal semasa saya di sekolah dahulu. Melalui tugasan ini saya telah memperolehi banyak input yang berguna berkaitan kemahiran asas kaunseling. Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran- kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran membalas, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran melakukan dorongan minima, dan kemahiran konfrontasi. Selain itu juga, input yang saya dapat ialah saya dapat mengetahui peranan yang boleh dimainkan oleh guru biasa untuk mengenal pasti masalah pelajar.
  • 12. Kesimpulannya, tugasan seperti wajar di teruskan pada masa akan dating kerana ia membawa lebih banyak manfaat dan kebaikan kepada guru pelatih.