Majlis Penghargaan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014 dirangka untuk menghargai mahasiswa tahun akhir dan mengeratkan hubungan antara mahasiswa, pensyarah dan staf fakulti. Acara akan diadakan pada 24 Mei 2014 di Bangi Golf Resort dengan tema "Business Casual" dan dihadiri 250 tetamu.
1. HHHC9701 KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN
(SET 34)
LAPORAN PROJEK
MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA/I
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 2014
DISEDIAKAN UNTUK
PROF. MADYA SR. DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI
DISEDIAKAN OLEH
MARDHIAH BINTI ISHAK
(A143553)
Kod Projek :DN00411/2013
Jawatan :UNIT Pemasaran
Tarikh program : 24 MEI 2014
Tempat : Bangi Golf Resort
2. PENDAHULUAN
_________________________________________________________________________
Kertas kerja ini dibentangkan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta
bantuan kewangan daripada pihak Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta daripada pihak
Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan program Majlis Penghargaan Mahasiswa/i
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014 (MPMFEPM14).
Selain itu, ketas kerja ini juga dibentangkan bagi memohon pertimbangan serta
kelulusan bantuan kewangan daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan juga Jabatan
Bendahari UKM dalam menjalankan Majlis Penghargaan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan 2014 (MPMFEP 14) bagi memastikan program yang dirancang berjalan dengan
lancar.
Disamping itu, ia juga diharapkan mendapat maklum balas yang positif daripada
pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia
mengenai program ini dan sebaiknya mendapat cadangan demi menambahbaikan program ini
dan kesemua perkara yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
PENGENALAN KELAB
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Pengurusan (PMFEP) merupakan sebuah badan
persatuan pelajar yang ditubuhkan pada 30 Disember 2004. Persatuan ini ditubuhkan di bawah
Akta Universiti & Kolej Universiti, Seksyen 53 (1), Perlembagaan Universiti (pindaan 1998).
Penubuhan PMFEP adalah selaras dengan penjenamaan semula nama fakulti menjadi Fakulti
Ekonomi & Pengurusan pada 1 April 2004. Sebelum tahun 2004, persatuan pelajar telah bergerak
mengikut fakulti di mana Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi (PMFE) mewakili Fakulti
Ekonomi dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan (PMFPP) mewakili Fakulti
Pengurusan Perniagaan.
3. SEJARAH / REKOD
Setiap tahun, Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan akan
mengadakan majlis bagi meraikan mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan khususnya
mahasiswa/i di tahun akhir. Majlis ini turut dihadiri oleh para pensyarah dan juga pihak
pentadbiran fakulti dalam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga fakulti.
Justeru pada tahun ini, sekali lagi Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi &
Pengurusan akan mengadakan majlis yang diberi nama Majlis Penghargaan Mahasiswa
Fakulti Ekonomi & Pengurusan bagi menghargai semua mahasiswa/i FEP, para pensyarah
dan pihak pentadbiran fakulti. Diharapkan program pada tahun ini akan lebih bermanfaat,
berjaya dan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan daripada seluruh warga Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan.
IDEA PROGRAM
Pada era ini, mahasiswa dan mahasiswi dikatakan sebagai aset negara yang amat penting
kerana mahasiswa/i bakal menerajui kepimpinan negara di masa akan datang. Pada zaman kini
juga, pemikiran dan idea yang dicetuskan oleh mahasiswa/i telah pun diterima dengan terbuka
oleh masyarakat pada hari ini. Bagi mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, mereka juga
adalah aset negara yang amat berharga khususnya dalam bidang ekonomi dan pengurusan
perniagaan kerana merekalah bakal-bakal pakar dalam bidang ekonomi dan perniagaan yang akan
menguruskan dan menentukan keadaan ekonomi Malaysia di masa hadapan.
Justeru itu, Majlis Penghargaan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014
(MPMFEP’14) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
(PMFEP) sesi 2013/2014 diadakan bertujuan untuk meraikan mahasiswa/i Fakulti Ekonomi
dan Pengurusan (FEP) khususnya mahasiswa/i yang berada pada tahun akhir dan akan
bergraduasi kelak. Selain itu, program ini diadakan juga bertujuan untuk merapatkan lagi
ukhuwah sesama mahasiswa/i yang berada pada tahun dan program pengajian yang berbeza.
Di sebalik kejayaan yang diperoleh oleh seseorang mahasiswa/i sudah pasti ada insan
yang amat penting dan berharga dalam kehidupan mereka iaitu para pensyarah. Melalui
4. majlis ini juga, ia dapat menghargai jasa para pensyarah yang telah bertungkus-lumus
mendidik dan mencurahkan ilmu kepada mahasiswa/i FEP supaya menjadi insan yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara di masa hadapan.
Diharapkan program ini akan dapat memberikan manfaat berguna kepada semua
pihak terutama bagi mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Dengan itu,
segala kerjasama dan sokongan semua pihak sama ada yang akan terlibat secara langsung
atau tidak langsung amat diharapkan. Sesungguhnya hasrat murni dalam merealisasikan
matlamat program ini hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.
MISI
Kami Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan
Malaysia berikrar:
1. Akan memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar danjayanya
2. Akan menjaga nama baik Fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta Universiti
Kebangsaan Malaysia
3. Menjaga hubungan dan nama baik pihak – pihak yang akan bekerjasama
4. Menjaga kebajikan dan keselamatan semua pihak yang terlibat semasa program
berjalan.
MATLAMAT
Di antara matlamat utama penganjuran program ini adalah :
1. Meraikan dan menghargai mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
2. Menghargai jasa para pensyarah yang sentiasa berusaha dan tidak pernah jemu dalam
mendidik semua mahasiswa/i
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mahasiswa/i, di anatara
mahasiswa/i dengan pensyarah dan juga staf
4. Satu platform yang membolehkan mahasiswa/i bertemu sesam mereka bagi bertukar
pengalaman, idea dan juga pendapat.
5. OBJEKTIF
______________________________________________________________________________
Objektif dan matlamat utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk:
Memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan ahli jawatankuasa yang terlibat dalam
menjayakan program.
Melahirkan mahasiswa yang berintelektual tinggi, berinovasi dan kreatif semasa
mengendalikan program yang akhirnya mampu memberikan manfaat serta
sumbangan kepada agama, masyarakat serta negara
Mewujudkan memori terindah dan rasa dihargai dalam kalangan mahasiswa/i dan juga para
pensyarah
TARIKH DAN MASA
Tarikh : 24 Mei 2014
Masa : 8.30 malam – 11.00 malam
TEMPAT
Bangi Golf Resort
TEMA
“Business Casual”
ANJURAN
Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
6. Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2013/2014
CADANGAN PERASMI
Perasmian pembukaan:
Prof Datuk Dr. Noor Azlan bin Ghazali
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGLIBATAN AHLI- AHLI
Tetamu Kehormat (VIP) : 10 orang
Tetamu
: 235
orang
Pensyarah dan staf : 40 orang
STRUKTUR PROGRAM
Rujuk Lampiran A
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
BELANJAWAN PROGRAM
______________________________________________________________________________
Rujuk Lampiran C
RINGKASAN TUGASAN
7. Penglibatan saya sebagai Unit Pemasaran adalah mencari sumbangan selain berbentuk
wang tunai selain seperti baucer dan kupon makanan dari syarikat-syarikat di sekitar Selangor
untuk menjayakan program Majlis Penghargaan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
2014 (MPMFEPM14). Ini kerana sumbangan yang kami perlukan untuk memeriahkan majlis bagi
menjayakan program berkenaan. Kami juga melaksanakan penjualan di Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan di mana gerai yang menjual Popia Pisang Bersalut Coklat ini adalah satu alternatif
untuk mendapatkan dana- dana tambahan untuk menampung kos- kos tambahan yang masih
belum mencukupi.
Bagi melancarkan lagi urusan menghubungi syarikat tersebut kami telah membahagikan
tugas kepada krew yang lain. Kami mempunyai lima orang krew untuk menghubungi syarikat
berkenaan. Tugas kami adalah menghubungi syarikat berkenaan dan mengikuti perkembangan
selanjutnya samada mereka bersetuju untuk menyumbangkan baucer atau kupon makanan. Jika
pihak syarikat bersetuju kami perlu memberikan dokumen untuk mengukuhkan lagi kepercayaan
pihak syarikat. Dokumen yang perlu disertakan bergantung pada permintaan dari pihak syarikat
berkenaan samada mereka memerlukan ringkasan eksekutif, pakej penajaan ,surat kebenaran dari
Universiti dan sebagainya. Terdapat pakej penajaan yang menarik telah ditawarkan kepada
syarikat yang memberi sumbangan seperti dapat pelepasan cukai jika menyumbang pada satu
jumlah yang ditetapkan.
Penjualan popia pisang coklat ini kami menjalankan jualan di Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan yang hanya berlangsung pada 24 April 2014 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5,00
petang atas kerjasama dengan pelajar bagi kelas subjek Pengurusan dengan Perakaunan. Dari
penjualaan ini kami dapat menampung kos- kos tambahan seperti barang- barang untuk menghias
dewan dan sebagainya. Saya sertakan bukti penjualaan semasa hari kejadian dan akan dimuat
naik ke dalam ifolio.
PENUTUP
Dengan program ini, dapat membentuk mahasiswa/i yang mempunyai kemahiran generik
yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan. Kerjasama yang terjalin
dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i dalam
8. mengembangkan potensi dan sahsiah diri serta melatih pelajar menjadi mahasiswa/i yang
mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.
9. LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
Majlis Penghargaan Mahasiswa/i
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014 (MPM FEP 14)
Penaung
Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengerusi
Prof. Datin Noor Aziah
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni),
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penyelaras
Encik Musa Zainal Abidin bin Othman
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penasihat Persatuan
Prof. Dr. Ishak Bin Yussof
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar, Akademik, Alumni dan Antarabangsa)
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
10. Penasihat 1
Dr. Shifa’ bt Mohd Nor
Pensyarah
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Ketua Pengarah
Mufaddal bin Mustansir
FEP/ A16170/017-4307786
Timbalan Ketua Pengarah 1
Nor Ashikin binti Kamarul
FEP/ A135936/ 013-7031765
Timbalan Ketua Pengarah 2
Nurhazzida binti Abdul Rahim
FEP/ A136170/ 012-8828573
Timbalan Ketua Pengarah 3
Nurul Najwa binti Kornain
FEP/ A139992/ 013-2101062
Setiausaha
Nurul Mawaddah bt Salim
FEP/A135933/01123083694
Timbalan Setiausaha
Nur Wahidah binti Mohammad Yazid
FEP/ A136475/ 013-7675762
11. Bendahari
Nazihah binti Mohamad
FEP/ A139888/ 013-4622369
Nadia Aqilla binti Shamsusah
A 145537
016-2498293
Timbalan Bendahari
Soleha Hanis binti Ali
FEP/ A139829/ 013-7668404
Programmer 1
Nur Haliza Amirah bt Halemi
FEP/A140099/014-5344193
Ketua Unit Protokol
Nur Farihin binti Mohamed Hatta
FEP/ A142814/ 013-3049394
Ketua Unit Pemasaran
David Jadi Hala Kein Bin Paulus
FEP/A139730/014-3525319
Ketua Unit Jamuan
Nur Fatin Nabilah binti Mat Razi
FEP/ A139896/019-2909787
Ketua Unit Cenderamata
Wan Nur Balqis binti W Zulkifli
FEP/ A140943/ 012-6327297
12. Ketua Unit Publisiti dan Tugas-tugas Khas
Muhamad Zaihid bin Zibullah
FEP/ A143311/ 019-2498968
Ketua Unit Teknikal dan Pengangkutan
Ahmad Zakir bin Zainoldin@Zainuddin
FEP/ A143467/ 017-5378860
Ketua Unit Pendaftaran
Syafizatulfizah binti Jusoh
FEP/ A143214/ 019-9372493
Ketua Unit Hiasan dan Dekorasi
Izzatunnisa’ binti Kamaruddin
FEP/A135952/017-3527914
13. LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
MALAM PENGHARGAAN MAHASISWA/I
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 2014
8.30 malam : Ketibaan para tetatmu jemputan
8.45 malam : Ketibaan VIP
Nyanyian Lagu Negaraku dan Varsiti Kita
8.50 malam : Persembahan Pembukaan
9.00 malam : Ucapan Perasmian oleh Prof. Prof Datuk Dr. Noor Azlan bin Ghazali
9.15 malam : Makan
Persembahan pertama
Cabutan bertuah
9.30 malam : Persembahan kedua
9.45 malam : Penyampaian hadiah dan sijil kepada PMFEP dan kelab-kelab
10.00 malam : Persembahan ketiga
10.10 malam : Cabutan bertuah dan penyampaian hadiah (anugerah kepada pelajar,
pensyarah dan staf)
10.15 malam : Tayangan video
10.20 malam : Anugerah King dan Queen Penyampaian
cenderamata kepada VIP
10.30 malam : Bersurai
LAMPIRAN C