Kajian ini dilakukan untuk meninjau sumber dan jumlah pembiayaan pendidikan yang diperuntukkan oleh ibu bapa pelajar di fakulti pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti
perbezaan dalam jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan jantina dan motivasi pelajar. Selain itu kajian ini adalah
untuk meninjau perbezaan jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan jantina dan perbezaan di antara jumlah pembiayaan terhadap pendapatan ibu bapa. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti sama ada wujud hubungan antara jumlah pembiayaan pendidikan dengan motivasi dan hubungan antara motivasi pelajar dengan akademik pelajar. Seramai
124 orang responden di fakulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan merupakan soal selidik yang dibina oleh Amabile T. M (1987) dan Siti Nor Azlina Mat Hassan (2006). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan (Statistic Package For Social Science ( SPSS) for
WINDOW Relese 19). Hasil analisis deskriptif menunjukkan majoriti pendapatan ibu bapa bersumberkan pendapatan
semasa untuk membiayai pendidikan pelajar dengan min jumlah pembiayaan pendidikan sebanyak 3.73. Hasil analisis
ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan di antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan. Manakala Ujian ANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan jumlah pendapatan ibu bapa. Ujian korelasi Person menunjukkan tidak terdapat perhubungan di antara pembiayaan pendidikan berdasarkan motivasi dan perhubungan di antara motivasi.
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN DAN KESAN KEATAS MOTIVASI PELAJAR DAN PENCAPAIAN AKADEMIK
1. PEMBIAYAAN PENDIDIKAN DAN KESAN KEATAS MOTIVASI PELAJAR DAN
PENCAPAIAN AKADEMIK
(Education Finance And Effects On Student’s Motivation And Academic Achievement)
Mashithah binti Khalid, Suzana binti Salleh & Muhammad bin Hussin
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.
1
2. ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk meninjau sumber dan jumlah pembiayaan pendidikan yang diperuntukkan oleh ibu bapa pelajar
di fakulti pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti
perbezaan dalam jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan jantina dan motivasi pelajar. Selain itu kajian ini adalah
untuk meninjau perbezaan jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan jantina dan perbezaan di antara jumlah
pembiayaan terhadap pendapatan ibu bapa. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti sama ada wujud hubungan antara
jumlah pembiayaan pendidikan dengan motivasi dan hubungan antara motivasi pelajar dengan akademik pelajar. Seramai
124 orang responden di fakulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.
Instrumen kajian yang digunakan merupakan soal selidik yang dibina oleh Amabile T. M (1987) dan Siti Nor Azlina Mat
Hassan (2006). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan (Statistic Package For Social Science ( SPSS) for
WINDOW Relese 19). Hasil analisis deskriptif menunjukkan majoriti pendapatan ibu bapa bersumberkan pendapatan
semasa untuk membiayai pendidikan pelajar dengan min jumlah pembiayaan pendidikan sebanyak 3.73. Hasil analisis
ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan di antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan. Manakala Ujian ANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah
pembiayaan pendidikan berdasarkan jumlah pendapatan ibu bapa. Ujian korelasi Person menunjukkan tidak terdapat
perhubungan di antara pembiayaan pendidikan berdasarkan motivasi dan perhubungan di antara motivasi berdasarkan
pencapaian.
Kata kunci: Pembiayaan Pendidikan, Motivasi, Pencapaian Akademik, jumlah pembiayaan, sumber pembiayaan ibu bapa.
ABSTRACT
This study aimed to explore the source and amount of education funding provided by students’ parents in the Faculty of
Education, Universiti Kebangsaan Malaysia. In addition, this study also intended to identify the differences in the amount of
education funding based on gender and motivation. This study also designed to identify whether there is a relationship
between education funding and motivation as well as students' motivation and academic achievement. A total of 124
respondents from the Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia were randomly selected for this study. The
instrument used was questionnaire developed by Amabile T. M (1987) and Siti Nor Azlina Mat Hassan (2006). The data
collected were analyzed using Statistic Package for Social Science (SPSS) for WINDOW Release 19. Descriptive statistics
and inferential statistics were used in this study. From the descriptive analysis, it showed that the majority of the parents’
income derived from current revenues used to finance the education of students with a mean of 3.73. T-test analysis results
showed a significant difference between the amount of education funding between males and females. Differences also exist
between the amounts of funding based on parents' income. The study also showed that there is no relationship between
education and students’ achievement motivation based.
Key word: Funding of Education, Motivation, Academic Achievement. Amount of education, source of funding by parent.
2
3. PENGENALAN
Pendidikan adalah merupakan asas kepada sebuah negara untuk membangun dan menjadi negara
maju. Ini kerana, pendidikan adalah pelaburan utama negara dalam membentuk sumber manusia yang
berkualiti dalam menyumbangkan kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara (Siti Nor Azlina
2006). Melalui pendidikan, negara akan mengalami perubahan yang besar di dalam pertumbuhan
ekonomi negara. Perbelanjaan negara ke atas pendidikan sememangnya wajar memandangkan potensi
sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Kebanyakan negara memberikan subsidi di
dalam sektor pendidikan (Jin, Shin & Jin 2006). Oleh itu setip tahun kerajaan telah meningkatkan
perbelanjaan ke atas sektor pendidikan. Dalam tempoh 1990-2010, perbelanjaan pendidikan di
Malaysia telah berkembang sebagai satu aspek perkhidmatan sosial yang menguasai nisbah tertinggi
daripada jumlah peruntukan awam kepada sektor sosial. Seperti yang dinyatakan oleh Laporan
Ekonomi 2006/2007, pada tahun 2002 kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 20,719,036,710
dan jumlah ini semakin meningkat pada tahun 2007 kepada RM 22,139,790,900. Pembiayaan
pendidikan secara umumnya adalah tertakluk di bawah tanggungan kementerian pendidikan
sebagaimana peruntukan yang diberikan oleh perlembagaan persekutuan di bawah akta perkara 12(1),
94(1) dan 132(1)(h). Tanggungjawab kerajaan terhadap pembiayaan pendidikan ini telah ditetapkan
oleh akta pendidikan 1961 dan dikemaskinikan serta diperluas melalui akta pendidikan 1996.
Namun demikian, tanggungjawab ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ibu
bapa juga perlu libatkan diri dalam membiayai kos pendidikan anak-anak Johnstone (2004).
Sebenarnya penglibatan ibu bapa dalam membiayai pendidikan merangkumi penyediaan aspek yang
berbentuk modal fizikal (kewangan) dan modal sosial sebagai usaha membantu anak-anak
meningkatkan motivasi belajar dan pencapaian akademik Parcel & Dufur (2001). Menyedari hakikat
bahawa sektor pendidikan memerlukan perbelanjaan yang semakin meningkat atas dorongan
perkembangan kualiti dan kuantiti selaras dengan pembangunan dan wawasan negara. Walau
bagaimanapun ramai ibu bapa yang tidak menyedari senario ini dan tidak mempunyai inisiatif untuk
merancang lebih awal pembiayaan pendidikan serta tidak sedar akan tanggungjawab mereka dalam
pendidikan anak-anak (Norlela 2003).
3
4. Ibu bapa dikenal pasti sebagai sumber utama bagi aset dan pelaburan insan. Justeru mereka
perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka (Siti Nor
Azlina 2006). Apabila ibu bapa menganggap pelajaran merupakan salah satu pelaburan modal insan,
mereka akan berusaha untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka bagi memastikan pelajaran
anak-anak tidak terabai. Galakan ibu bapa seperti menyediakan kemudahan pembelajaran merupakan
satu komponen pelaburan modal insan bagi anak-anak. Sumbangan kewangan yang disediakan
menunjukkan betapa perlunya pelaburan dan pembiayaan pendidikan dalam kalangan ahli keluarga
(Parcel & Dufur 2001).
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan dengan lebih lanjut apa yang pengkaji ingin melihat
antaranya ialah:
i. Mengenal pasti min jumlah pembiayaan pendidikan yang disediakan oleh ibu bapa terhadap
anak-anak mereka.
ii. Mengenal pasti perbezaan di antara jumlah pembiayaan pendidikan dalam kalangan pelajar
berdasarkan jantina
iii. Mengenal pasti hubungan yang terdapat di antara jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan
motivasi pelajar.
iv. Mengenal pasti hubungan motivasi untuk belajar berdasarkan pencapaian pelajar di UKM
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pembiayaan pendidikan oleh ibu bapa merupakan perkongsian kos pendidikan di antara kerajaan dan
ibu bapa di mana kerajaan menguruskan pembiayaan mengurus sekolah dan membangunkan sekolah
manakala ibu bapa membiayai keperluan lain untuk anak-anak. Menurut Johnstone (2004),
perkongsian kos pendidikan adalah peralihan sebahagian beban daripada kerajaan kepada ibu bapa
dan pelajar. Tambahan pula, keadaan ini telah menjadi trend di seluruh dunia dan ianya banyak
berlaku di Eropah di mana kerajaan telah memperkenalkannya melalui yuran pembelajaran, cas
penggunaan makanan dan tempat tinggal serta pengurangan pembiayaan biasiswa kepada pelajar.
4
5. Kebanyakan negara pendidikan di biayai oleh kerajaan seperti dinyatakan dalam kajian Liu,
Choub & Liu (2006) menjelaskan manfaat daripada perbelanjaan dalam pendidikan tinggi awam di
Taiwan. Kajiannya juga melihat kesan pengedaran perbelanjaan kerajaan, di Taiwan pendidikan telah
di subsidi oleh kerajaan pada tahun 1998 perbelanjaan kerajaan telah meningkat dan menyumbang
0.56% daripada KDNK, sumbangan ini menghampiri dengan kebanyakan negara OECD. Pembiayaan
pendidikan telah dilihat dan dikaji oleh beberapa orang pengkaji antaranya Siti Nor Azlina (2006)
yang melihat sumber dan jumlah pembiayaan pendidikan yang di peruntukan oleh ibu bapa bagi
pelajar tingkatan 4. Kajian yang dilakukan oleh Jin-Tan Liu et al. (2006) turut menggunakan
pendapatan ibu bapa, tahap pendidikan dan status ekonomi keluarga dalam menentukan kemasukan
pelajar ke dalam universiti. Berdasarkan kajian ini ibu bapa yang bekerja dalam sektor kerajaan
berpotensi memperoleh subsidi berbanding ibu bapa yang tidak bekerja dalam sektor kerajaan.
MOTIVASI PEMBELAJARAN PELAJAR
Motivasi adalah penting dalam diri seseorang pelajar terutama ketika mempelajari sesuatu. Motivasi
turut mendorong pembelajaran seseorang pelajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Hal ini dapat
dilihat dalam kajian Abdul Rahim et al. (2008) yang menjelaskan pembelajaran seseorang pelajar
didorong kuat oleh motivasi, di mana motivasi memainkan peranan penting untuk menimbulkan
kesedaran dalam kalangan pelajar untuk menguasai pembelajaran mereka. Pencapaian yang
cemerlang seseorang pelajar adalah bergantung kepada bagaimana pelajar berkenaan memotivasikan
dirinya. Kajian yang dibuat oleh Abdul Rahim et al. (2007) mendapati bahawa faktor yang
mendorong pelajar untuk terus belajar adalah disebabkan kerana pengiktirafan dan persijilan. Selain
faktor ini, faktor pembiayaan kos daripada ibu bapa turut menyumbangkan motivasi di dalam diri
pelajar untuk terus bermotivasi dan secara tidak langsung meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Ini kerana, motivasi memainkan peranan untuk mengaspirasikan seseorang untuk bekerja secara
individu ataupun secara berkumpulan bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik (N. Malik 2010).
Motivasi adalah sesuatu yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu bagi mencapai
tujuan yang ingin dicapai. Motivasi juga dikaitkan dengan rencana atau keinginan untuk menuju
kejayaan dan menghindari kegagalan. Motivasi boleh juga ditakrif sebagai satu proses untuk
mencapai sesuatu tujuan, seseorang yang mempunyai motivasi bermakna dia mempunyai kekuatan
5
6. untuk memperoleh kejayaan dalam hidup. Motivasi juga merupakan penggerak kepada melakukan
sesuatu, motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Menurut
Ghazali, Nik Mohd Rahimi & Parilah (2010), motivasi ialah kesungguhan dan ketekalan seseorang
dalam tindakan dan secara langsung membantu dalam menyelesaikan tugasan. Di samping itu dalam
kajian mereka telah melihat motivasi dari dua sudut iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Kedua-dua motivasi ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap motivasi intrinsik yang
tinggi berkemungkinan mempunyai tahap ekstrinsik yang sedahan dan begitu juga sebaliknya.
Motivasi intrinsik menurut (Hater 1982) adalah motivasi di dalam diri manusia dan merupakan
penggerak untuk kepentingan sendiri atau memperoleh ganjaran bagi sesuatu perbuatan kepada diri
sendiri. Di samping itu juga beliau telah melihat terdapat lima dimensi kecenderungan seseorang
untuk memenuhi motivasi intrinsik dalam pembelajaran. Dimensi yang diperkenalkan adalah cabaran,
ganjaran, belajar untuk memenuhi minat dan sifat ingin tahu, percubaan pengurusan yang bebas dan
penilaian ataupun pendapat yang bebas berkaitan apa yang hendak dilakukan di dalam bilik darjah
dan kejayaannya.
Secara umumnya, motivasi adalah sesuatu yang mendorong seseorang untuk melakukan
sesuatu bagi mencapai tujuan yang ingin dicapai. Motivasi juga dikaitkan dengan rencana atau
keinginan untuk menuju kejayaan dan menghindari kegagalan. Motivasi juga boleh ditakrifkan
sebagai satu proses untuk mencapai sesuatu tujuan, seseorang yang mempunyai motivasi bermakna
dia mempunyai kekuatan untuk memperoleh kejayaan dalam hidup. Motivasi juga merupakan
penggerak kepada melakukan sesuatu, motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik.
TEORI MOTIVASI ABRAHAM MASLOW
Abraham Maslow menyatakan pada dasarnya manusia memiliki keperluan asas. Keperluan asas ini
merujuk kepada lima tingkat yang berbentuk piramid. Lima tahap keperluan ini dikenali sebagai
Hierarki keperluan Maslow, lima tahap keperluan Maslow yang menentukan motivasi pembelajaran
adalah seperti berikut menurut (Anon 2002):
i. Keperluan Fisiologi
6
7. Keperluan fisiologi merupakan keperluan asas manusia yang terletak di bahagian bawah
piramid, faktor ini merupakan dorongan kuat untuk manusia terus hidup. Antara keperluannya
adalah: perlindungan, makanan dan minuman, kesegaran udara dan lain-lain.
ii. Keperluan Keselamatan
keperluan keselamatan bertujuan untuk mengelakkan individu daripada perkara-perkara yang
menjejaskan masa depan seperti kesihatan, keamanan, kestabilan kerja, undang-undang dan
iklim.
iii. Keperluan Sosial/ Kasih Sayang
keperluan sosial melibatkan perhubungan di antara penerimaan kumpulan atau masyarakat
terhadap seseorang individu seperti persahabatan, kasih sayang dan penerimaan.
iv. Keperluan Penghargaan
keperluan ini tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di atas dipenuhi. Ini akan mewujudkan
kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri
kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta
kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, di sanjung dan kehendak status dalam hidup.
v. Keperluan Kemampuan Kendiri
Keperluan terakhir adalah keperluan kendiri di mana ia sebagai pencapaian seseorang
individu seperti potensi diri, bebas, kreativiti dan pencapaian
Keperluan Aktualisasi
keselesaan Kendiri
Esteem Kendiri
Sosial Keperluan
asas
Keselamatan
Fosiologi
Rajah1: Rajah keperluan asas Maslow
( sumber: Abdul Rahim Bin Hamdan et al. 2008.)
7
8. ACHIEVEMENT THEORY MC CLELLAND
Ujian teori berprestasi berpendapat bahawa individu boleh mempunyai motivasi tinggi atau rendah
dalam dua dimensi yang berasingan: tugas-orientasi dan ego-orientasi. Misalnya bila diterapkan di
dalam konteks sukan, ahli sukan yang motivasinya tinggi dalam tugas-orientasi mendefinisikan
kejayaan relatif terhadap kemampuan mereka untuk melakukan tugas-tugas tertentu dengan lebih
kompeten berbanding hasil tugas-tugas dengan ahli sukan lain menurut ( Gilson al et. 2008). Teori
Mc. Clelland terdapat tiga motif. Antara motifnya adalah motif untuk berprestasi, motif untuk
bersahabat dan motif untuk berkuasa. (Anon 2008):
i. Motif Untuk Berprestasi
Perasaan untuk melakukan sesuatu lebih baik atau lebih cekap, untuk menyelesaikan masalah.
Perasaan pelajar akan melakukan sesuatu secara lebih baik daripada yang dilakukan oleh pelajar lain,
pelajar akan mencapai ukuran keberhasilan yang ditetapkan sendiri, mencapai sesuatu yang unik dan
luar biasa serta memikirkan berkaitan masa hadapan.
ii. Motif Untuk Bersahabat
Perasaan untuk mengenal dan mengekalkan persahabatan dan perhubungan dengan seseorang. Pelajar
akan merasakan apakah disukai dan diterima orang lain atau satu kelompok dan ingin menjalankan
persahabatan, rasa cemas terhadap hubungan peribadi yang baik dan perhatian terhadap kejadian yang
mengandung kehangatan sosial.
iii. Motif Untuk Berkuasa
Perasaan untuk mengawal orang lain, mempengaruhi kelakuan, dan bertanggungjawab kepada orang
lain. Pelajar akan melakukan perbuatan yang dapat menunjukkan pengaruh atau kekuasaan (
mengarahkan, menolong tanpa diminta, mempengaruhi orang lain), melakukan sesuatu yang
mengakibatkan timbulnya perasaan sangat positif atau negatif, banyak menaruh perhatian terhadap
nama baik atau kedudukan dan bawahan menjadi inovatif, tantangan dan perancangan.
8
9. PENCAPAIAN PELAJAR
Menurut Abd. Sukor et al. (t.th), pencapaian akademik merujuk kepada hasil yang di peroleh oleh
pelajar-pelajar setelah mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Dalam erti kata yang lain, pencapaian
pelajar adalah merujuk kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran pada sesuatu tahap,
mengikut ukuran peperiksaan. Pencapaian pelajar adalah menjurus hasil pembelajaran yang diperoleh
oleh pelajar setelah selesai proses pembelajaran. Pencapaian pelajar adalah berdasarkan peperiksaan
ataupun penilaian oleh guru setelah selesai belajar. Kebiasaannya, jika semangat motivasi seseorang
pelajar tinggi, maka pencapaian yang akan di peroleh akan memberangsangkan dan ini akan
menghasilkan pelajar yang cemerlang. Pencapaian pelajar biasa diukur berdasarkan gred markah dan
tahap penguasaan ilmu oleh pelajar. Pencapaian pelajar saling berkaitan dengan motivasi di mana
kajian yang dijalankan oleh Saemah dan John (2006) mendapati bahawa motivasi secara konsisten
menunjukkan hubungan yang positif antara motivasi dengan pencapaian pelajar.
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal-selidik. Kajian ini juga merupakan satu
kajian kuantitatif, memandangkan ia hanya meninjau perkaitan antara pemboleh ubah bebas dan
pemboleh ubah bersandar. Beberapa ujian statistik digunakan untuk menganalisis data dan
menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah
berkenaan. Data yang dipungut melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan bantuan
komputer. Perisian komputer yang digunakan dalam kajian ini ialah Pakej Statistik Untuk Sains Sosial
(SPSS PC + VERSION 19). Data-data yang di kumpul, akan diproses dan dianalisis dengan tujuan
mendapatkan keputusan dan hasil kajian. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar fakulti pendidikan
pelbagai tahun di UKM yang berjumlah 962 orang yang terdiri daripada pelbagai khusus. Sampel
kajian ini melibatkan 124 orang pelajar yang dipilih secara rawak. Pembahagian jumlah sampel
adalah hampir sama di antara pelajar lelaki dan perempuan iaitu 69 perempuan dan 55 lelaki .
Pemilihan yang dilakukan ini adalah untuk mencapai objektif kajian ini untuk melihat jurang jumlah
pembiayaan pendidikan mengikut jantina.
9
10. Soal selidik ini ditadbirkan kepada sampel kajian di Fakulti Pendidikan,UKM bagi
mendapatkan maklumat pembiayaan pendidikan dalam kalangan ibu bapa pada pelajar di samping
melihat kesan ke atas motivasi pelajar dengan pembiayaan pendidikan oleh ibu bapa pelajar dan
hubungan tidak langsung dengan pencapaian pelajar di Fakulti Pendidikan, UKM. Soal selidik ini
mengandungi 5 bahagian iaitu demografi pelajar dan ibu bapa, jumlah perbelanjaan pelajar, motivasi
pembelajaran dan pencapaian. Bahagian pertama soal selidik ini telah diubahsuai daripada kajian yang
di lakukan oleh Siti Nor Azlina Mat Hassan (2006). Bahagian kedua adalah berkaitan motivasi,
bahagian ini pula telah diadaptasi daripada Work Preference Inventory (WPI) yang direka oleh
Amabile T. M 1987 yang telah di ubahsuai daripada kajian (Amabile. T. M et al 1994).
Proses menganalisis melibatkan dua jenis analisis, iaitu analisis deskriptif dan ujian-t.
Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat tentang profil responden seperti,
kekerapan pembiayaan pendidikan oleh ibu bapa, dan jumlah pembiayaan pendidikan oleh ibu bapa.
Di samping itu, analisis deskriptif juga digunakan untuk menghuraikan faktor menyumbangkan
kepada pembiayaan pendidikan oleh ibu bapa. Statistik yang digunakan adalah kekerapan, peratusan,
min dan sisihan piawai. Bagi menguji hipotesis nol, analisis ujian-t digunakan. Analisis ujian-t yang
digunakan bagi menguji hipotesis nol untuk melihat perbezaan min di antara jumlah pendapatan
berdasarkan jantina dan menguji perbezaan jumlah pembiayaan berdasarkan motivasi pelajar. Bagi
analisis ujian-t, aras signifikan ditetapkan pada tahap 0.05.
DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada dapatan analisis terhadap data akan di pamerkan dalam bentuk graf, jadual dan gambar
rajah. Pendekatan yang digunakan adalah deskriptif, data yang dipamerkan dalam bentuk graf , carta
dan histogram yang menunjukkan bentuk laporan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian.
Manakala statistik inferens digunakan seperti ujian-t tidak bersandar, dan korelasi. Pendekatan
inferens digunakan untuk merumus dan mentafsirkan data dengan lebih terperinci.
Jadual 1 menunjukkan 59 orang responden (47.6 %) memperoleh pembiayaan pendidikan dari
ibu bapa sebanyak RM 101- RM 200, manakala seramai 17 (13.7%) tidak mendapat pembiayaan
daripada ibu bapa, 16 orang responden (12.9%) memperoleh jumlah pembiayaan kurang daripada RM
100 daripada ibu bapa, 10 0rang (8.1%) memperoleh RM 201- RM 300 dan 10 orang (8.1%) yang lain
10
11. memperoleh pembiayaan RM 301 – RM 400 sebulan. 9 orang responden (7.2%) memperoleh RM 500
dan ke atas dan jumlah pembiayaan yang tertinggi iaitu sebanyak RM 401- RM 500 hanya seramai 3
orang yang memperoleh. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar memperoleh pembiayaan
daripada ibu bapa sebagai memenuhi perbelanjaan kehidupan di kampus.
JADUAL 1: Taburan Jumlah Pembiayaan Oleh Ibu Bapa
Pendapatan Frekuensi peratusan
Tidak mendapat pembiayaan 17 13.7
Kurang daripada RM 100 16 12.9
RM 101 – RM 200 59 47.6
RM 201 – RM 300 10 8.1
RM 310 – RM 400 10 8.1
RM 401 – RM 500 3 2.4
RM 500 dan ke atas 9 7.3
Jumlah 124 100
Pendapatan keluarga pelajar rata-rata adalah sekitar RM 1001- RM 3000, diikuti oleh RM
3001- RM 5000, RM 1000 dan ke bawah, RM 5000 – RM 7000. Hasil kajian mendapati rata-rata ibu
bapa berada di dalam kategori pendapatan sederhana.
JADUAL 2: Taburan Pendapatan Keluarga
Pendapatan Frekuensi peratusan
RM 70001 dan ke atas 3 2.4
RM 5001- RM 7000 21 16.9
RM 3001- RM 5000 30 24.2
RM 1001- RM 3000 40 32.3
RM 1000 dan ke bawah 29 23.4
Tiada 1 .8
Jumlah 124 100
Persoalan kajian 1. Berapakah min keseluruhan kos pembiayaan pendidikan yang disediakan oleh
ibu bapa terhadap anak-anak mereka?
Persoalan kajian ini dijawab melalui deskriptif iaitu dengan menggunakan min dan sisihan
piawai bagi menerangkan jumlah keseluruhan pembiayaan pendidikan secara terperinci berdasarkan
jantina pelajar, pendapatan keluarga dan bilangan tanggungan di dalam keluarga. Hasil analisis data
menunjukkan bahawa Min jumlah keseluruhan kos pendidikan yang di peruntukan oleh ibu bapa
adalah sebanyak 41.02, manakala purata perbelanjaan seorang anak ialah sebanyak 3.73. Dari segi
jantina min perbelanjaan pelajar perempuan (min= 3.24) adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki
11
12. (min= 3.17). Berdasarkan jadual di bawah didapati min pendapatan yang tertinggi adalah ibu bapa
yang memperoleh pendapatan RM 70001 dan ke atas (min = 4.33) dan diikuti dengan pendapatan di
antara RM 3001- RM 7000 ( min= 3.40).
JADUAL 3: Min Jumlah Pembiayaan Pendidikan Pelajar
Ʃ kos
Latar belakang N Min Sp
Jantina
Lelaki 55 3.24 1.387
Perempuan 69 3.17 1.697
Pendapatan
RM 70001 dan ke atas 3 4.33 2.517
RM 5001- RM 7000 21 2.81 1.436
RM 3001- RM 5000 30 3.40 1.694
RM 10001- RM 3000 40 3.13 1.667
RM 1000 DAN ke bawah 29 3.28 1.279
Tiada 1 3.00 -
Bilangan Anak dalam Tanggungan
1-3 orang 77 3.32 1.650
4-6 orang 45 3.04 1.397
7 orang ke atas 2 2.00 1.414
Jumlah Keseluruhan 41.02 16.138
Skor Min Keseluruhan 124 3.73 1.614
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan pelajar
berdasarkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan
. Bagi menjawab hipotesis ini, analisis ujian-t sampel tidak bersandar telah digunakan.
Berdasarkan analisis data pada jadual 1, ia menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap kekerapan mendapat pembiayaan oleh ibu bapa berdasarkan jantina pelajar (t = -1.420; p<
0.05 ). Hasil ini menunjukkan terdapat perbezaan pembiayaan pendidikan di antara pelajar lelaki dan
pelajar hal ini didapati pelajar perempuan ( min= 3.57) memperoleh pembiayaan melebihi lelaki
(3.16).
JADUAL 4: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Pembiayaan Pendidikan Berdasarkan Jantina
Jantina n Min SP t Sig. (P)
Lelaki 55 3.16 1.475 -1.420 .049
12
13. perempuan 69 3.57 1.631
*signifikan pada aras p< 0.05
PERBEZAAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BERDASARKAN JUMLAH PEMBIAYAAN
IBU BAPA
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pendapatan keseluruhan ibu bapa
berdasarkan jumlah pembiayaan pendidikan.
Bagi menjawab hipotesis ini, analisis ANOVA telah digunakan. Berdasarkan analisis data
pada jadual 3 ia menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pendapatan
keseluruhan ibu bapa berdasarkan jumlah pembiayaan. t = 22.830, P< 0.05. ini bermakna pendapatan
keseluruhan ibu bapa tidak mempengaruhi jumlah pembiayaan ibu bapa dalam pendidikan pelajar.
JADUAL 5: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Jumlah Pembiayaan Pendidikan berdasarkan Jumlah
Pendapatan Ibu Bapa
Sumber jdk dk Mkd F Sig.p
Antara kumpulan 8.687 5 1.737 .704 .622
Dalam kumpulan 291.273 118 2.468
Jumlah 299.960 123
* signifikan pada aras p< 0.05
Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan
motivasi pelajar.
Jadual 6 menunjukkan korelasi hubungan motivasi pelajar berdasarkan jumlah pembiayaan. bagi
motivasi dari aspek cabaran (r = .0162, p > 0.05). ini menunjukkan bahawa hubungan yang sangat
lemah, tetapi tidak terdapat perhubungan yang signifikan.
Bagi motivasi dari sudut keseronokan nilai p = .110 dan tiada hubungan yang signifikan di
antara jumlah pembiayaan pendidikan. Nilai korelasi menunjukkan nilai indeks korelasinya r = .144
dan ini menunjukkan hubungan yang sangat lemah di antara jumlah pembiayaan.
Motivasi dari sudut luaran nilai signifikan p = .163 dan nilai ini adalah lebih besar daripada
0.05, bermakna tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan.
13
14. Nilai indeks korelasi bagi motivasi luaran menunjukkan r= -.126 dan ini tergolong dalam kategori
hubungan negatif yang sangat lemah di antara pemboleh ubah kerana korelasinya adalah rendah.
Motivasi ganjaran juga tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara motivasi ganjaran
dan jumlah pembiayaan (p> 0.05). nilai indeks korelasinya r = .140 iaitu hubungan yang sangat
lemah.
JADUAL 6: Korelasi Antara Empat Motivasi Dengan Jumlah Pembiayaan Pendidikan
Motivasi Jumlah pembiayaan pendidikan
r Sig.p
Cabaran .0162 0.72
Keseronokan .144 .110
Luaran -.126 .163
ganjaran .140 .120
H0: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara motivasi untuk belajar berdasarkan pencapaian
pelajar di UKM
Jadual 7, menunjukkan korelasi hubungan motivasi dengan pencapaian akademik pelajar.
Bagi pencapaian akademik nilai p =.308 dan tiada hubungan yang signifikan di antara motivasi dan
pencapaian. Nilai korelasi menunjukkan nilai indeks r= .092, ini menunjukkan bahawa hubungan
yang sangat lemah.
JADUAL 7: Korelasi Antara Pencapaian Akademik Dengan Motivasi
item motivasi
r Sig.p
Pencapaian .092 .308
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Kajian ini telah membincangkan tentang satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah soal
selidik. Hasil kajian didapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan
pendidikan berdasarkan jantina. Perbezaan juga wujud di antara jumlah pembiayaan berdasarkan
pendapatan ibu bapa. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perhubungan di antara pembiayaan
pendidikan dengan motivasi dan perhubungan di antara motivasi dengan pencapaian bagi pelajar
fakulti pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembiayaan pendidikan ini boleh diterapkan
14
15. kepada ibu bapa bagi menangani masalah kewangan pelajar di universiti. Dapatan kajian ini adalah
selaras dengan kajian Davis (1998) yang mendapati pembiayaan pendidikan anak perempuan adalah
lebih tinggi daripada anak lelaki disebabkan anak perempuan mempunyai tahap motivasi yang lebih
tinggi untuk meningkatkan pendidikan mereka.
Hasil dapatan melalui hubungan pencapaian dan motivasi adalah bertentangan dengan kajian
yang sedia ada berikutan hasil kajian ini ialah motivasi tidak mempengaruhi pencapaian, hal ini tidak
seperti kajian yang dilakukan oleh Norlela (2003) yang mendapati penglibatan ibu bapa dalam
pembiayaan pendidikan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ini bermakna pencapaian
akademik akan meningkat sekiranya ibu bapa memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk
membiayai kos pendidikan anak-anak. Hasil kajian ini juga bertentangan dengan hasil kajian Parcel &
Duffur (2001) yang mendapati pencapaian akademik pelajar bergantung sokongan dan motivasi dari
ibu bapa masing-masing, hal ini kerana dapatan adalah menunjukkan motivasi tidak mempengaruhi
pencarian.
RUJUKAN
Abdul Rahim Bin Hamdan Mohamad Najib Ghaffar, Jamaluddin Ramli & Ahmad Johari Sihes. 2008.
Taksonomi gaya pembelajaran dan motivasi pelajar dewasa. Tesis, fakulti pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Rahim Hamdan, Mohamad Najib Ghaffar, Jamaluddin Ramli & Ahmad Johari Sihes. 2007.
Taksonomi Gaya Pembelajaran Dan Tingkat Motivasi Pelajar Dewasa (PKPGB) Di Institusi
Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 12: 1-
14
Abd. Sukor Shaari, Yahya Don & Yaakob Daud. t.th. Motivasi belajar dan harga diri:
hubungan dengan pencapian akademik dan kegiatan kokurikulum pelajar sekolah menegah.
Tesis, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan. Universiti Utara Malaysia.
Amabile T. M , Hill K. G, Hennessey B.A, & Elizabeth M. Tigh. 1994. The Work Preference
Inventory: Assessing Intrinsic and Extrinsic Motivational Orientations. Journal of Personality
and Social Psychology. 66 (5): 950-96.
Anon. 2002. Motivation and education. Studyunit Pty Ltd. www.studyunit.com
Anon. 2008. motivasi (definisi). Atas talian dhimaskasep.files.wordpress.com/2008/03/06-
.pdf. 4 mac 2011. 3.35 pm. ( power point)
15
16. Davis J. S. 1977. Paying For Callage Cost: Post The Student’s Sex Make A Defference. Dalam
stringer W.L Cumingham A.F.O’brien. C.T.& Merisotif. J.P. 1998. It’s all relative: the role of
parent in collega financing and enrollment. Usa group fundation new agenda series 1(1)
oktober; 1-35.
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah. 2010.. Kebimbangan Ujian Dan
Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Dalam Konteks Kemahiran Lisan.
Asean journal of teaching & learning in higher education. 2 (2): 50-63.
Gilson Todd A, Graig M Chow, & Martha E Ewing. 2008. Using Goal Orientations To
Understand Motivation In Strength Training. Journal of Strength and Conditioning Research
22 (4): 11-69.
Hater. S. 1982. The Perceived Competence Scale For Children. Child development, 53 (1):
87-97.
Liu J.T, Choub S.Y & Liu J.L .2006. Asymmetries in progression in higher education in
Taiwan: Parental education and income effects. Economics of Education Review 25: 647–658
Johnstone, D. Bruce 2004. The economics and politics of cost sharing in higher
education: comparative perspectives. State University of New York at Buffalo, Buffalo, USA
Noelela A. Wahid. 2003. Sikap dan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pembiayaan Pendidikan. Projek
penyelidikan sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
N. Malik2010. A Study On Motivational Factors Of The Faculty Members At University Of
Balochistan. Serbian Journal of Management 5 (1): 143 – 149.
Parcel, l. T., & dufur, j. M. 2001. Capital at home and at school: effect on student achievement. Social
forces. 73(3): 881-912. The university of worth carolma press. (Alats talian).
http://www.ebchohost.com. (3 mei 2011).
Siti Nor Azlina Mat Hassan 2006. pembiayaan pendidikan dan hubungan dengan pencapaian
akademik di kalangan pelajar di dua buah Sekolah Menegah di Kota Bharu Kelantan. Tesis
sarjana tidak diterbitkan oleh UKM.
Saemah Rahman & John Arul Phillips. 2006. Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan
Pencapaian. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal pendidikan
31(2006): 21-39
Shih C.C & Gamon. J .2001. Web-based learning: relationships among student motivation,
attitude, learning styles, and achievent. Lowa state university. Journal Of Agricultural
Education.
Prof. Madya Dr Muhammad Bin Hussin
Lecturer
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
43600 Bangi, Selangor
Tel: 012-7702208.
16