Lampiran kajian hbis1203 751122085370 maslamah bt ahmad razali
Minit mesyuarat sukan 4 2012
1. SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE
31900 KAMPAR
MINIT MESYUARAT SUKAN 4/2012
MESYUARAT TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN KE 33
KALI 4/2012
23 JUN 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN DE LA SALLE, KAMPAR
1
2. Minit Mesyuarat Sukan Kali 4/2012
Tarikh : 23 Jun 2012 (Khamis)
Tempat : Bilik Tahun 6 Anggerik
Kehadiran :
1. Pn. Ramsinah bt Abd Latib Guru Besar
2. Cik Norliah bt. Abdullah PK Pentadbiran
3. Pn Ganespary PK Kokurikulum
4. En. Zainal b. Hussion Penyelia Petang
5. Tn. Hj. Ahmad Jazuli b. Osman Penyelaras Pendidikan Khas
6. En. Zulkhiffli b. Razmi Setiausaha Sukan
7. En. Asri bin Ahmad Pen. Setiausaha Sukan
8. En. Choo Chee Seng Bendahari
9. En. Hasmawi b. Deraman
10. En. Faizul b. Mohd. Zairy @ Khairi
11. En. Hafiz b. Abdullah
12. Pn. Kuah ai Choo
13. Pn. Halimah bt. Darus
14. En. Jumaat b. Hj. Majid
15. Pn. Kuah Ai Choo
16. Pn. Maslamah bt. Hj. Ahmad Razali
17. En. Mohd. Bakhtiar b. Yusuf
18. En. Norhazali b. Muhamad Yusuf
19. Pn. Puteri Zairene bt. Mohd. Isak
20. Pn. Rosnita bt Alang Wahab @ Zakaria
21. Pn. Maimunah bt. Mohamad Isa
22. Pn. Rosmawat bt. Hj. Ali
23. Cik Rosnah bt. Hj. Ali
24. Pn. Siti Sham Lee bt.Bakar
25. Pn. Tan Wai Khuan
26. Pn. Wan Faizah bt. Wan Hussin
27. Pn. Elwa Neta bt. Itam Wali
28. Pn. Habsah bt. Sabli
Tidak Hadir : Pn. Karti bt. Rasidin – Cuti Sakit
Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Membaca dan mengesah minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Laporan ahli jawatankuasa
5. Hal-Hal Lain
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi.
2
3. 1. Ucapan Pengerusi
1.1.1 Cik Norliah Bt Abdullah, selaku Timbalan Pengerusi mewakili guru besar mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Sukan kerana dapat hadir ke mesyuarat
kali ini.
Makluman Semua AJK Sukan
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
2.1 Cik Norliah selaku PK Kokurikulum membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
2.2 En Mohd Bakhtiar mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan.
2.3 Minit mesyuarat yang lalu disokong oleh En Mohd Hafiz.
Makluman semua
3. Perkara Berbangkit
3.1 En Juma’at mencadangkan sekali lagi bahawa latihan perbarisan perlu dijalankan dalam
satu sesi iaitu melibatkan murid-murid tahap I dan tahap II. Ini bagi memudahkan dan
melicinkan perjalanan latihan perbarisan sukan.
Makluman semua
4. Laporan Ahli Jawatankuasa
4.1 Perbarisan, Lintas Hormat Dan Penutup
4.1.1 En Juma’at mencadangkan setiap rumah sukan akan membuat disiplin kawat kaki iaitu
kawat kaki yang mana kawat ini dijalankan ketika lintas masuk dalam perbarisan
kontingen. Seramai 25 orang ahli setiap rumah sukan yang berada pada barisan hadapan
sahaja akan dinilai oleh juri yang telah dilantik. Juri-juri ini terdiri daripada Guru Besar,
Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan KoKurikulum dan Penyelia Petang.
Selain itu, setiap rumah sukan yang membuat lintas hormat perlu berhenti selama kurang
2 minit di hadapan khemah tetamu untuk membuat sorakan slogan rumah masing-masing.
Setelah selesai, kontingen rumah sukan akan bergerak semula menuju rumah sukan
masing-masing. Setiap slogan yang disorakkan akan dinilai oleh juru-juri tersebut.
4.2 Siaraya
4.2.1 En Asri membentangkan bahawa segala persiapan berkenaan siaraya termasuk
kelengkapan bilangan mikrofon, pembesar suara dan sebagainya telah diuji.
4.2.2 En Norhazali mencadangkan agar semasa hari sukan berlangsung dapat diceriakan
dengan muzik-muzik atau pun lagu-lagu. Ini dapat memeriahkan lagi suasana hari sukan
tersebut.
3
4. 4.3 Disiplin, Keselamatan Dan Kebersihan
4.3.1 En Mohd Hafiz menerangkan bahawa semua kenderaan guru pada hari sukan diletakkan
di luar kawasan sekolah berhampiran dengan kantin sekolah. Ini bagi memudahkan para
ibu bapa meletakkan kenderaan mereka di sekitar hadapan sekolah. Setiap tempat letak
kenderaan akan diselia oleh kakitangan sekolah yang bertugas.
4.4 Pengurus Acara Kelas Khas
4.4.1 Pn Habsah menerangkan bahawa hanya ada empat acara sahaja untuk murid-murid
pendidikan khas ini. Tiga acara akan dipertandingkan sebelum hari sukan bermula.
Manakala satu acara lagi akan dipertandingkan pada hari sukan. Ini kerana segelintir
murid-murid khas ini tidak boleh terdedah kepada sinaran cahaya matahari.
4.5 Pengurus Rumah Sukan
4.5.1 Semua ketua rumah sukan dikehendaki berbincang dengan En Juma’at berkenaan dengan
disiplin kawat kaki dan pengucapan slogan rumah sukan semasa lintas hormat.
4.6 Pelepas
4.6.1 En Mohd Bakhtiar memerlukan alat pelepas yang sesuai sebelum sesuatu acara
dimulakan.
4.6.2 En Zulkhiffli akan menyediakan alat pelepas tersebut.
4.7 Hakim Penamat
4.7.1 Tn Hj Ahmad Jazuli selaku ketua hakim memerlukan dua orang murid untuk membantu
memegang tali penamat dan bendera merah putih, empat orang hakim, empat unit jam
randik, 4 orang pemegang nombor untuk diberikan kepada para pemenang dan beberapa
orang untuk membantu mencatat pemenang.
4.8 Pencatat Keputusan
4.8.1 Pn Elwa Neta memerlukan system pencatat keputusan seperti yang sedia maklum. Sistem
ini memudahkan keputusan dicatat dengan segera.
4.8.2 Beliau juga memerlukan beberapa unit meja, pencetak (printer) dan beberapa helaian
kertas.
4.9 Pengurus Hadiah Dan Pengurus Peserta Menerima Hadiah
4
5. 4.9.1 Pn Siti Sham Lee menerangkan bahawa hadiah peserta seperti medal telah selesai.
4.9.2 Beliau menerangkan tiga unit piala untuk persiapan khemah terbaik, perbarisan lintas
hormat terbaik, johan rumah sukan keseluruhan, cenderahati perasmi, hadiah
olahragawan dan olahragawati telah disediakan.
4.9.3 Beliau memberitahu bahawa hadiah untuk peserta acara pendidikan khas masih belum
dibeli lagi.
4.10 Pertolongan Cemas
4.10.1 Pn Kuah memerlukan peti pertolongan cemas yang lengkap.
4.11 Jamuan Perasmi, Pegawai Dan Peserta
4.11.1 Pn Maimunah menerangkan bahawa jamuan untuk perasmi, pegawai sukan dan para
peserta telah disediakan. Antara menu makan tengahari ialah nasi ayam dan air sirap.
Nasi ayam (RM3.60) ditaja oleh pihak sekolah manakala air sirap ditaja oleh pihak kantin
sekolah. Untuk makluman, makanan akan dihidangkan dalam bentuk ‘buffet.
4.11.2 Untuk makluman, kenderaan bergerak ‘MILO’ akan datang ke sekolah pada hari sukan
tersebut.
Makluman semua
5. Hal-Hal Lain
5.1 En Juma’at memberitahu kepada ketua rumah sukan bahawa hanya tiga kali sahaja nama
peserta akan dipanggil dalam satu-satu acara. Jika peserta gagal hadir selepas tiga kali
pengumuman panggilan peserta dibuat maka penyertaan peserta tersebut akan terbatal
dengan sendirinya.
5.2 Tn Hj Ahmad Jazuli mengumumkan bahawa setiap bantahan ketua rumah sukan dalam
mana-mana acara akan dikenakan RM200 sahaja. Beliau menegaskan keputusan pengadil
adalah muktamad.
5.3 En Zulkhiffli memberitahu bahawa baju t-shirt sukan akan diterima selewat-lewatnya hari
Khamis 30 Jun 2011 bersama topi berwarna hijau yang ditaja khas.
5.4 Guru Besar selaku pengerusi mencadangkan bahawa seramai 44 orang sahaja bagi setiap
ahli rumah sukan dibenarkan terlibat dalam Sukantara. Ini kerana ahli rumah kuning
kekurangan ahli untuk menyertai acara sukantara tersebut.
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada semua jawatankuasa yang
telah membentangkan laporan masing-masing dan berharap semua ahli jawatankuasa akan
memberikan kerjasama penuh bagi menjayakan Temasya Olahraga Tahunan kali ini seperti yang
dirancang.
5
6. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
…………………… …………………………
En. Asri bin Ahmad Cik Norliah bt. Abdullah
Pen. Setiausaha Sukan Penolong Kanan pentadbiran
SK De La Salle, Kampar SK De La Salle, Kampar
6