SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 19
Descargar para leer sin conexión
0
f
SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN
SEMESTER 1 SESI 2017/2018
SKPS6053 - EKONOMI ALAM SEKITAR
TAJUK TUGASAN:
Pilih satu projek berasaskan ecotourism dan bina analisis kos dan pendapatan benefit (CBA)
projek tersebut bagi 10 tahun pertama operasi dengan mengambil kira unsur-unsur alam
sekitar.
NAMA PENSYARAH:
Dr. Azlan Bin Abas
DISEDIAKAN OLEH :
Mazlan Bin Mansor (P89860)
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
1
KANDUNGAN
Halaman
Tajuk 2
1.0 Pengenalan 2
1.1 Definisi Ekopelancongan 3
1.2 Penternakan Rusa 3
2.0 Projek, altenatif peningkatan kadar produktiviti dan kesan luaran
terhadap projek. 4
3.0 Alternatif meningkatkan kadar produktiviti 11
4.0 Eksternaliti 12
4.1 Positif eksternaliti. 13
4.2 Negatif eksternaliti 15
5.0 Kesimpulan 17
Rujukan 17
Senarai Jadual
 Jadual 1 : Contoh Kos dan Pendapatan bagi 10 tahun projek ternakan Rusa 6 - 7
 Jadual 2 : Contoh alternatif bagi meningkatkan kadar produktiviti bagi 10
tahun berikutnya. 9 - 10
Senarai Rajah
 Rajah 1 : Penentuan kadar cukai dan kuantiti pengeluaran yang optimum sosial. 14
 Rajah 2 : Gambarajah bekalan dan permintaan standard jika eksternal boleh
dinilai dari segi wang. 16
2
SKPS6053 Ekonomi Alam Sekitar
Nama Pelajar : MAZLAN BIN MANSOR (No. Matrik : P89860)
Pensyarah : Dr. Azlan Bin Abas
Tugasan :
Pilih satu projek berasaskan ecotourism dan bina analisis kos dan pendapatan benefit (CBA)
projek tersebut bagi 10 tahun pertama operasi dengan mengambil kira unsur-unsur alam
sekitar.
Selepas itu sila nyatakan alternative meningkatkan kadar produktiviti bagi 10 tahun berikutnya.
Dan huraikan kesan luaran bagi projek tersebut.
1.0 Pengenalan
Cost Benefit Analysis (CBA) atau Analisis kos faedah kewangan merupakan satu alat
perakaunan yang digunakan bagi menilai daya maju projek untuk menentukan sama ada
pelaburan tersebut akan memberi pulangan yang menguntungkan atau tidak kepada
pihak pelabur. Cost Benefit Analysis (CBA) adalah suatu pemikiran yang sistematik dalam
membuat keputusan. (Kelman, 1981). CBA mengenalpasti, menilai dan membandingkan
kos dan faedah bagi suatu projek, polisi mahupun keputusan (Buncle et al., 2013). Secara
ringkasnya, CBA akan membandingkan antara kos yang dibelanjakan dengan
keuntungan dari projek, polisi dan keputusan.
Cost Benefit Analysis (CBA) memiliki pengertian suatu analisis sistematik yang
berupa perbandingan antara manfaat dan biaya yang dikeluarkan dalam
menyelenggarakan kegiatan atau projek. Cost benefit analisis adalah analisis yang
membandingkan antara biaya (cost) dari suatu projek dengan output atau keuntungan
(benefit) dari projek tersebut. Cost mencerminkan biaya untuk memulakan projek
manakala keuntungan mencerminkan hasil dari projek. Benefit yang dimaksudkan disini
dapat bersifat neutral, positif atau negatif yang bergantung dari hasil yang dicapai. Projek
yang mempunyai pengurusan yang baik akan menghasilkan benefit yang positif.
Sedangkan projek yang tidak terurus dengan baik bererti tidak menghasilkan keuntungan
(neutral) atau bahkan dapat merugikan (benefit yang negatif). Kelebihan dan kelemahan
ini dinyatakan dari segi kos dan manfaat dan di mana dinyatakan dalam terma kewangan
Analisis kos dan faedah-faedah merupakan satu kaedah untuk mengendalikan
masalah agihan sumber-sumber kewangan. Kaedah ini selain daripada dapat
mengendalikan kos-kos dan faedah-faedah dalam kuantiti yang nyata, juga dapat
diperluaskan untuk mengambil kira kos-kos dan faedah-faedah yang berbentuk subjektif
atau kualitatif (Prest dan Turvey 1975). Ini penting kerana kurangnya petunjuk-petunjuk
3
pasaran yang cekap untuk mengagihkan sumber-sumber kewangan untuk berbagai
alternative penyelidikan. Ketiadaan petunjuk-petunjuk pasaran ini timbul kerana hasil
penyelidikan, apabila telah disebarkan menjadi barangan awam yang boleh didapati
secara percuma. Faktor-faktor ini menyebabkan tiada pasaran yang cekap bagi hasil
penyelidikan sosio-ekonomi (Schuh dan Tollini 1979).
1.1 Definisi Ekopelancongan
Ekopelancongan telah ditakrifkan sebagai satu bentuk pelancongan berasaskan
alam di pasaran, tetapi ia juga telah dirumuskan dan dikaji sebagai alat
pembangunan lestari oleh NGO, pakar pembangunan dan ahli akademik sejak
tahun 1990. Oleh itu, istilah ekopelancongan merujuk kepada satu tangan untuk
satu konsep di bawah satu set prinsip, dan sebaliknya ke segmen pasaran
tertentu. Persatuan Ekopelancongan Antarabangsa (TIES) sebelum ini dikenali
sebagai The Ecotourism Society (TES) pada tahun 1991 menghasilkan salah satu
definisi terawal iaitu, "ekopelancongan adalah perjalanan yang bertanggungjawab
ke kawasan-kawasan semula jadi yang memelihara alam sekitar dan menumpang
kesejahteraan penduduk setempat." Kesatuan Konservasi Dunia (IUCN) 1996,
menyatakan pada bahawa ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan yang
bertanggungjawab terhadap alam sekitar untuk kawasan semulajadi yang tidak
terganggu, untuk menikmati dan menghargai alam semula jadi dan mana-mana
ciri budaya yang disertakan; (baik masa lalu dan sekarang) yang menggalakkan
pemuliharaan, mempunyai kesan pelawat negatif yang rendah, dan menyediakan
untuk sosioekonomi aktif secara aktif penglibatan penduduk tempatan.
1.2 Penternakan Rusa
Penternakan rusa merupakan suatu perusahaan yang masih baru di negara kita
Malaysia. Tanggapan bahawa rusa adalah hidupan liar menjadikan rusa antara
perusahaan yang masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para
penternak, khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan
untuk produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler/velvet) rusa sering
mengalami masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga
pasaran semasa rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka
rusa). Dalam aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub
spesisnya. Antaranya seperti rusa sika (Cervus Nippon), sambar (Cervus
unicolor), red deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow deer (Dama-Dama),
chital (Axis-Axis), dan rusa timor atau exotic (Cervus timorensis). Namun begitu,
terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia. Antaranya
ialah;
a) Timorensis (Exotic)
Merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa
ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada
keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu,
4
tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering
mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat
kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet
kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet
dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan
temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah
kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain
seperti axis.
b) Sambar
Sambar merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan
dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun,
sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia.
Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara
kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa
jenis sambar.
c) Axis-Axis
Axis-Axis merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang
terlalu tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama
rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis.
Dianggarkan, harga seekor anak rusa jenis axis-axis mampu mencecah
RM3000.00 keatas dan harganya yang tinggi mempengaruhi perkembangan
penternakan rusa jenis axis-axis negara. Selain itu, jenis axis-axis ialah rusa
yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan rusa jenis ini kurang
bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa seperti
Malaysia.
2.0 Projek, altenatif peningkatan kadar produktiviti dan kesan luaran terhadap projek.
Cadangan projek bagi anggaran terhadap CBA adalah ternakan rusa secara komersial.
Analisis kos faedah kewangan merupakan satu alat perakaunan yang digunakan bagi
menilai daya maju projek tersebut untuk menentukan sama ada pelaburan tersebut akan
memberi pulangan yang menguntungkan atau tidak kepada pihak pelabur. Projek ini juga
ditampilkan sebagai projek ekopelancongan kerana bercirikan pertanian, penyelidikan,
latihan dan perlancongan. Selain dari penglibatan pihak kerajaan, secara tidak langsung
pelbagai agensi bukan kerajaan turut membantu menjayakan aktiviti dalam penternakan
rusa. Agensi pelancongan misalnya, mempunyai keupayaan hebahan dan membantu
merancakkan promosi untuk info dan publisiti kepada khalayak sama ada dalam dan luar
5
Negara. Situasi ini mampu menjana ekonomi negeri dan negara melalui kunjungan dan
aktiviti perniagaan hasil ternakan rusa. Pelbagai sumber pendapatan boleh diperolehi
hasil dari aktiviti penternakan rusa. Penglibatan pihak kerajaan misalnya, Jabatan
Perkhidmatan Haiwan Dan Veterinar, MARDI dan FAMA berupaya membantu
mengerakkan penternakan rusa sebagai pusat latihan kakitangan dan penyelidikan
perkembangan penternakan haiwan khususnya, ternakan rusa. Memandangkan projek
yang dicadangkan ini berskala besar, maka CBA perlu dilakukan bagi mengetahui aliran
kewangan yang hendak dikeluarkan dan mengetahui faedah yang dapat dinikamati sama
ada kepada pemaju, pengunjung mahu pun masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan
projek.
Menerusi aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa kelebihan dan keunikan
tersendiri antaranya;
a) Dapat dijadikan sebagai aktiviti pelancongan, rekreasi dan kegemaran.
b) Bertindak dalam mencegah kepupusan haiwan rusa.
c) Penyelidikan bagi mengenalpasti potensi penternakan rusa.
d) Menjana sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya
e) Merupakan makanan enak dan lazat.
f) Sebagai Perhiasan dan keindahan alam sekitar.
Penternakan rusa yang terbaik, tersusun dan bersistem berupaya mengekalkan
kualiti alam sekitar daripada rosak dan tercemar. Bahkan berupaya menjaminkan
keselamatan dan kebersihan ternakan rusa sekaligus memperkembangbiakan ternakan
rusa. Praktikalnya, analisis kos faedah ini tidak sahaja tertumpu kepada penilaian projek,
tetapi juga penting dari segi perancangan pelaburan, dasar perniagaan, dasar percukaian
dan lain-lain. Penilaian projek yang baik tidak akan dapat dilakukan tanpa
sesuatu rancangan, samada ia rancangan jangka pendek atau panjang. Cadangan
memilih projek ternakan rusa tersebut hendaklah dipastikan supaya trend pasaran dan
permintaan semasa dan jangka panjang dapat dikenalpasti sama ada dalam aspek
permintaan pasaran dalaman dan pasaran luar. Potensi arah aliran dan hala tuju pasaran
hasil penternakan rusa haruslah sentiasa berada di bawah perancangan, pengawasan
dan penyeliaan pengurusan yang berterusan agar setiap dasar dan piawaian penternakan
rusa dipatuhi.
6
Jadual 1 : Contoh Kos dan Pendapatan bagi 10 tahun projek ternakan Rusa
Bil Aktiviti/Bahan
Harga
se unit
(RM)
Tahun
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1. Pembelian tanah
5 ekar
50,000 250,000 0 0 0 0 0 0 0 0 0
2. Anak rusa (20
ekor)
1,500 30,000 0 30,000 0 30,000 0 34,000 0 34,000 0
3. Rusa Dewasa (20
ekor)
3,000 60,000 0 60,000 0 60,000 0 64,000 0 64,000 0
4. Kos operasi
*Stor
*pembukaan
tanah
*Jentera
*pagar cyclone (1
ekar)
*kawasan tanam
rumput Napier (1
ekar)
*kawasan tanam
rumput ragut (2
ekar)
*padok (5 unit)
*Lesen/cukai
*Lain-lain
10,000/
Ekar
2,000/
unit
10,000
8,000
10,000
80,000
10,000
20,000
10,000
10,000
10,000
0
0
0
0
10,000
20,000
0
10,000
0
0
0
0
10,000
20,000
0
10,000
0
0
0
0
10,000
20,000
0
10,000
0
0
0
0
10,000
20,000
0
10,000
10,000
0
0
0
12,000
23,000
12,000
10,000
0
0
0
0
12,000
23,000
0
10,000
0
0
0
0
12,000
23,000
0
10,000
0
0
0
0
12,000
23,000
0
10,000
0
0
0
0
12,000
23,000
0
10,000
5. Buruh 5 org 1,200 72,000 72,000 72,000 72,000 72,000 90,000 90,000 90,000 90,000 90,000
6. Makanan rusa 72,000 72,000 72,000 72,000 72,000 75,000 75,000 75,000 75,000 75,000
7. Penyelenggaraan
& pengurusan
lumsum 5,000 5,000 5,000 5,000 5,000 7,000 7,000 7,000 7,000 7,000
Kos Tahunan 657,000 189,000 279,000 189,000 279,000 239,000 315,000 217,000 315,000 217,000
7
Bil Aktiviti/Bahan
Harga
se unit
(RM)
Tahun
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1. Pendapatan
jualan
80,000 100,000 150,000 150,000 150,000 180,000 180,000 180,000 180,000 180,000
2. Latihan dan
agroturism
150,000 150,000 150,000 150,000 150,000 180,000 180,000 180,000 180,000 180,000
3. Jualan produk
agroturism
60,000 80,000 80,000 80,000 80,000 130,000 130,000 120,000 120,000 120,000
Pendapatan Tahunan 290,000 330,000 380,000 380,000 380,000 490,000 490,000 490,000 490,000 490,000
8
Jumlah Kos 10 Tahun = RM 2,896,000.00
Jumlah Pendapatan 10 tahun= RM 4,210,000.00
Keuntungan 10 tahun = RM 4,210,000.00 – RM 2,896,000.00 (Kos pembukaan
tanah)
= RM 1,314,000.00
Purata Pendapatan tahunan = RM 131,400.00
Hasil dari pengiraan pendapatan bersih tahunan penternakan rusa didapati jumlah yang dicapai
sebanyak RM131,400.00 iaitu satu jumlah kasar yang sederhana. Jumlah tersebut termasuklah
kos pembayaran cukai dan lesen tahunan tanah selama 10 tahun. Jika dilihat dari pendapatan
jumlah bulanan bersih yang diperolehi ialah sebanyak RM10,950.00. Ini memberi penujuk
bahawa terdapat ruang dan potensi yang boleh dilakukan bagi usaha-usaha dalam meningkatkan
strategi pasaran dengan pelbagaikan pengeluaran hasil produk rusa melalui latihan dan
penyelidikan jangka panjang .
Risiko pencemaran dan kerosakan pada alam semulajadi kesan daripada aktiviti
penternakan rusa sangat tinggi. Ini kerana dengan pengawalan dan penyeliaan yang berjadual
dan konsisten serta mengikut saranan daripada agensi yang berwajib, berupaya menjimatkan
kos-kos luar jangkaan misalnya, penyakit berjangkit, kerosakan padang ragut, kemudahan padok
dan lain-lain termasuklah kos pengurusan operasi. Penjimatan kos operasi menyumbang kepada
hasil keuntungan pendapatan disamping mengekalkan aset keindahan alam sekitar.
9
Jadual 2 : Contoh alternatif bagi meningkatkan kadar produktiviti bagi 10 tahun berikutnya.
Bil Aktiviti/Bahan
Harga
se unit
(RM)
Tahun
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1. Pembelian tanah
5 ekar
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
2. Anak rusa (20
ekor)
1,700 34,000 0 34,000 0 34,000 0 37,400 0 37,400 0
3. Rusa Dewasa (20
ekor)
3,500 70,000 0 70,000 0 70,000 0 77,000 0 77,000 0
4. Kos operasi
*Stor
*pembukaan
tanah
*Jentera
*pagar cyclone (1
ekar)
*kawasan tanam
rumput Napier (1
ekar)
*kawasan tanam
rumput ragut (2
ekar)
*padok (5 unit)
*Lesen/cukai
*Lain-lain
12,000/
Ekar
3,000/
unit
15,000
0
20,000
100,000
13,000
24,000
15,000
12,000
15,000
0
0
0
0
13,000
24,000
0
12,000
0
0
0
0
0
13,000
24,000
0
12,000
0
0
0
0
0
13,000
24,000
0
12,000
0
0
0
0
0
13,000
24,000
0
12,000
0
15,000
0
0
0
15,000
26,000
18,000
13,000
0
0
0
0
0
15,000
26,000
0
13,000
0
0
0
0
0
15,000
26,000
0
13,000
0
0
0
0
0
15,000
26,000
0
13,000
0
0
0
0
0
15,000
26,000
0
13,000
0
5. Buruh 8 org 1,500 144,000 144,000 144,000 144,000 144,000 163,200 163,200 163,200 163,200 163,200
6. Makanan rusa 79,200 79,200 79,200 79,200 79,200 87,120 87,120 87,120 87,120 87,120
10
7. Penyelenggaraan
& pengurusan
lumsum 10,000 10,000 10,000 10,000 10,000 13,000 13,000 13,000 13,000 13,000
Kos Tahunan 551,200 282,200 386,200 282,200 386,200 350,320 431,720 317,320 431,720 317,320
Bil. Aktiviti/Bahan
Harga se
unit (RM)
Tahun
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1. Pendapatan
jualan
234,000 234,000 234,000 234,000 234,000 304,200 304,200 304,200 304,200 304,200
2. Latihan dan
agroturism
225,000 225,000 225,000 225,000 225,000 281,250 281,250 281,250 281,250 281,250
3. Jualan produk
agroturism
78,000 78,000 78,000 78,000 78,000 101,400 101,400 101,400 101,400 101,400
4. 5% intensif
kerajaan
50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000
5. CSR 100% 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000
Pendapatan Tahunan 590,000 590,000 590,000 590,000 590,000 739,850 590,000 590,000 590,000 590,000
Kos 10 tahun berikutnya = RM 3,736,400.00
Jumlah pendapatan 10 tahun berikutnya = RM 6,049,850.00
Keuntungan 10 tahun berikutnya = RM 2,313,450.00
Purata pendapatan tahunan = RM 231,345.00
11
3.0 Alternatif meningkatkan kadar produktiviti
Jadual 2, menunjukkan impak kenaikan pendapatan setelah beberapa alternative
dilakukan bagi meningkatkan kadar produktiviti projek ternakan rusa. Berikut dinyatakan
beberapa tindakan alternative yang boleh dilakukan dalam analisis ekonomi:
a) Jualan hasil daging 3 kali setahun berbanding 2 kali setahun secara konvensional.
Peranan rusa dalam pengeluaran daging rusa sangat penting kepada pengusaha.
Daging rusa yang dijual amat menguntungkan sama ada daging rusa tempatan atau
kacukan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (JPHV) telah memperkenalkan
sistem pengeluaran yang terkini. Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan daya
pengeluaran rusa pada masa akan datang. Amalan penternakan yang baik (GAHP)
dapat mengubah sistem tradisional yang mana merupakan sistem yang telah menjadi
ikutan semua pengusaha rusa. Secara tidak langsung usaha untuk meningkatkan
daya pengeluaran rusa dapat dipertingkatkan lagi ke arah yang lebih baik.
b) Meningkatkan pengurusan ladang penternakan rusa secara lebih tersusun dan
teratur. Setiap pengurusan yang dijalankan mementingkan semua aspek, termasuklah
pengurusan sumber dan ternakan. Pemilihan baka yang baik serta pengurusan
makanan amat dititik beratkan bagi mendapatkan pengeluaran rusa yang bermutu
tinggi. Pengurusan kesihatan yang dijalankan adalah secara sistematik. Pengurusan
persekitaran kawasan ladang juga diambil berat kerana aspek ini amat penting dalam
penjagaan kesihatan ternakan. Sisa ladang sentiasa dibersihkan setiap hari, supaya
persekitaran kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Tinja yang dihasilkan
oleh ternakan akan diproses untuk dibuat baja. Baja tersebut akan dijual di pasaran
untuk tujuan pertanian. Secara tidak langsung, tinja yang dihasilkan oleh ternakan
dapat dikurangkan melalui pemprosesan baja dan ini juga dapat membantu
pengusaha dalam memperolehi pendapatan sampingan hasil daripada penjualan
baja.
c) Sistem perladangan tradisional secara kecil-kecilan yang kurang efisien dan produktif
akan ditransformasikan menjadi ladang berdaya maju, berdaya saing dan lestari. Bagi
merealisasikan program ini pada penternak rusa rusa perlu dibekalkan dengan baka
ternakan bermutu tinggi untuk dibiakbaka. Penternakan secara komersil dan besar-
besaran berasaskan penggunaan teknologi moden akan diberikan galakan dan
insentif. Melalui program ini penggunaan tanah secara optima akan diberikan
perhatian khusus, contoh program ini ialah skim intergrasi ternakan dengan tanaman
komoditi atau tanaman hutan komersil.
d) Bagi menjamin bekalan baka ternakan bermutu tinggi sentiasa mencukupi, sektor
swasta akan diberikan galakan dan insentif untuk menceburi bidang pengeluaran baka
ternakan bermutu melalui sistem pembiakan saintifik terancang di ladang pembiakan
baka dan penetasan ternakan komersil. Kegiatan penyelidikan dan pembangunan
(R&D) ternakan dalam bidang pembiakan, pemakanan, kesihatan dan pengeluaran
12
ternakan secara ekonomikal diperluaskan. Penggunaan teknologi dalam aktiviti
penternakan, pemprosesan makanan ternakan, penyimpanan produk, pengangkutan
produk dan pengendalian produk ternakan juga perlu diberikan keutamaan.
Jawatankuasa Pembangunan Industri Ternakan (JPIT) akan diperluaskan bagi
meliputi lebih banyak jenis ternakan dan aktiviti penternakan. Jawatankuasa ini
dianggotai oleh persatuan-persatuan penternak, pengeksport, pengimport, penternak
komersil dan juga wakil kerajaan. Selain itu, aktiviti lain ialah mencari jalan
penyelesaian apabila timbul permasalahan rumit yang perlu ditangani secara kolektif.
e) Pelbagai skim galakan dan insentif dilaksanakan untuk menarik lebih ramai pekebun
kecil, syarikat-syarikat swasta dan estet-estet kelapa sawit melaksanakan integrasi
dengan ternakan rusa. Skim-skim ini penting bagi menarik ramai lagi masyarakat
melibatkan diri dengan aktiviti penternakan ini. Kewujudan pelbagai kemudahan ini
akan meningkatkan jumlah penternak. Hal ini kerana aktiviti penternakan rusa penting
kerana menyumbang kepada pendapatan negara juga. Selain itu, hasil ternakan ini
juga merupakan sumber makanan kepada manusia dan menyebabkan permintaannya
tinggi. Skim-skim yang ada juga dapat menarik golongan muda untuk menceburi
bidang ini dan tidak terlalu bergantung dengan pekerjaan di sektor-sektor lain. Bagi
menghadapi cabaran pelaksanaan AFTA dan perdagangan bebas dunia, rumah-
rumah penyembelihan ternakan atau "abattoir" akan dipermodenkan mengikut
piawaian antarabangsa. Kaedah perundangan "Meat Inspection Rules dan Slaughter
House Rules" akan dikuatkuasakan untuk mengatur dan mengawal industri ternakan.
Pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem ke atas daging-daging ternakan rusa
yang diproses diloji pemprosesan daging milik swasta dan kerajaan akan dilakukan
secara rawak dan konsisten.
f) Bagi memajukan sektor penternakan rusa, pihak-pihak tertentu perlu manyediakan
kemudahan bagi menarik golongan muda untuk menceburi bidang ini kerana
golongan muda merupakan aset kepada negara mereka yang akan mengambil alih
negara pada masa akan datang. Badan-badan Kerajaan perlu turun padang bagi
menarik golongan muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini. Selain itu pendedahan
tentang pulangan yang diterima selepas menjalankan aktiviti penternakan ini juga
perlu dilakukan dengan memanggil tokoh-tokoh penternak yang berjaya untuk
berkongsi pengalaman dalam aktiviti penternakan ini. Semua pengusaha
pemprosesan hasil ternakan perlu mematuhi sistem piawaian antarabangsa yang
sedang berkuatkuasa. Di antara pengiktirafan ini ialah, persijilan MS ISO 9002, VHM
logo (Veterinary Health Mark), HACCP (Hazard Analysis and Centre of Critical Point),
GAHP (Good Animal Husbandry Practices), GMP (Good Manufacturing Practices) dan
SCEP (Salmonella Control and Eradication Programme). Langkah pertama yang
diambil ialah menghantar contoh darah (serum) ternakan ke Paris untuk dianalisa bagi
mendapatkan pengiktirafan bebas dari penyakit FMD (Foot and Mouth Disease).
Pengiktirafan ini kelak akan memberikan kekuatan kepada industri ternakan untuk
bersaing di pasaran antarabangsa.
13
4.0 Eksternaliti
Eksternaliti merupakan tindakan pengeluar atau pengguna yang memberi kesan kepada
pengeluar atau pengguna yang lain, tetapi ianya tidak dimasukkan dalam harga pasaran.
Ia merupakan kesan aktiviti pengeluaran dan penggunaan yang tidak digambarkan secara
langsung dalam pasaran. Ia juga merupakan sumber kepada kegagalan pasaran. Jika
wujud eksternaliti maka harga barangan tidak menggambarkan nilai sosial barangan firma
mungkin mengeluarkan lebih atau kurang dari yang sepatutnya dan menjadikan pasaran
tidak cekap. Menurut Hyman (2002), mendefinisikan eksternaliti atau sebagai kos atau
faedah daripada suatu transaksi pasaran yang tidak dikenakan sebarang harga. Ia
bermaksud ekternaliti berlaku kesan kepada orang ketiga iaitu selain daripada penjual &
pembeli. Kos atau faedah tidak diambil kira dalam pengeluaran (penjual) atau
penggunaan (pembeli). Manakala menurut Brodway (1979), eksternaliti adalah aktiviti
sesuatu pihak (isirumah atau firma) mempengaruhi kemungkinan utiliti atau pengeluaran
pihak lain dengan tidak dikenakan harga. Sebagai contoh adalah aktiviti penternakan
haiwan yang mana hasil dari proses penternakan tersebut secara tidak langsung akan
mencemarkan sumber air disekitarnya dan merosakkan ekosistem dalam kehidupan
akuatik, haiwan maupun habitat manusia. Eksternaliti juga wujud antara pengeluar
dengan pengeluar, antara pengguna dengan pengguna dan antara pengeluar dengan
pengguna. Eksternaliti merupakan suatu kos yang perlu ditanggung atau faedah yang
wujud akibat daripada aktiviti ekonomi yang dijalankan. Kesan daripada aktiviti ekonomi
ini mungkin wujud sama ada dalam bentuk yang positif atau sebaliknya.
Dalam aspek perbincangan ini, ternakan rusa secara komersial ini juga
mempunyai beberapa isu berkaitan dengan alam sekitar. Terdapat dua jenis kesan luaran
iaitu Positif eksternaliti dan Negatif eksterniliti.
4.1 Positif eksternaliti.
Eksternaliti positif adalah kesan luaran positif melalui aktiviti yang dikenakan ke
atas pihak ketiga yang tidak berkaitan. Juga dikenali sebagai "manfaat luar" atau
"ekonomi luaran" atau "eksternaliti yang berfaedah". Sama seperti eksternaliti
negatif, ia boleh timbul sama ada di bahagian pengeluaran, atau di sisi
penggunaan. Eksternaliti positif adalah faedah yang dinikmati oleh pihak ketiga
akibat transaksi ekonomi. Pihak ketiga termasuk mana-mana individu, organisasi,
pemilik harta atau sumber yang tidak terjejas secara tidak langsung.
a) Menerusi penjagaan, pengawalan lanskap dan pengurusan najis rusa yang
dihasilkan di ladang ternakan, ia berupaya mengekalkan alam semulajadi
hutan yang mampu menghasil oksigen yang lengkap. Keadaan tersebut
mampu memberi keselesaan kepada pelawat dan pengunjung yang ingin
menikmati suasana semulajadi habitat hidupan rusa. Sekaligus meningkatkan
daya tarikan dan kunjungan pelawat ke industri penternakan rusa sebagai
ekopelancongan.
14
b) Ternakan rusa juga akan berkembang biak di dalam ladang ternakan kerana
hidup seperti di dalam suasana habitat sebenar malah lebih tersusun dan
bersistematik. Dilengkapi dengan kemudahan perlindungan, keselamatan,
makanan yang berkualiti, kemudahan padang rumput ragut, kebersihan dan
kemudahan rawatan serta kesihatan yang diselenggara secara berjadual.
Keadaan ini menyebabkan rusa mampu hidup subur dan berkembang biak
dengan baik. Jesteru, akan meningkatkan jumlah dan hasil jualan daging dan
produk berasaskan rusa dari masa ke semasa. Rajah 1, menunjukkan kuantiti
pengeluaran yang optimum sosial berlaku pada tingkat keluaran q* dimana
keluk Qs dan supply bersilang.
c) Keuntungan sesebuah syarikat bergantung kepada pengurusan dan
penetapan harga jualan yang baik. Oleh itu, penyelesaian ke atas
percanggahan di antara keoptimuman persendirian dan keoptimuman sosial
ialah dengan mengenakan cukai ke atas aktiviti pengeluaran ini. Kadar cukai
mestilah sama dengan penilaian marginal oleh pihak yang menerima kesan
pencemaran. Setelah cukai dikenakan, private diturunkan kepada private* dan
firma ini digalakkan untuk mengurangkan aktivitinya pada Qs. Dalam hal
demikian, faedah persendirian firma dikurangkan dengan bayaran cukai yang
telah dikurangkan. Faedah sosial dari cukai yang dikenakan ke atas firma juga
akan mengurangkan kos pengeluaran. Kesan luaran ini akan akan
menyebabkan pengurangan kos aktiviti dalam ternakan udang ini dan
pengurangan pencemaran effluent dalam masa yang sama pengeluaran dapat
dikawal.
Rajah 1 : Penentuan kadar cukai dan kuantiti pengeluaran yang optimum sosial.
Price
Supply
Ps
Pp q*
Private demand
Social demand
Qp Qs Quantity
Rajah 1, menunjukkan kesan eksternaliti positif atau berfaedah. Dalam
industri ternakan rusa tersebut, ia dianggap sebagai aktiviti menjual di pasaran
kompetatif. Manfaat peribadi (private demand) marginal untuk mendapatkan
bekalan daging rusa adalah kurang daripada manfaat sosial (social demand)
15
dengan jumlah manfaat luar (hasil pelawat dan kunjungan awam makin
meningkat). Manfaat luar ini di diwakili oleh jarak menegak di antara kedua-dua
lengkung permintaan. Anggaplah tiada kos luaran supaya kos sosial sama dengan
kos individu. Jika pembeli mengambil manfaat peribadi untuk mendapatkan
bekalan, pasaran akan berakhir pada harga Pp dan kuantiti Qp, bukan harga yang
berkesan Ps dan kuantiti Qs. Ini menunjukkan bahawa manfaat sosial marginal
sepatutnya sama dengan kos sosial marginal. Pengeluaran bekalan harus
ditingkatkan selagi manfaat sosial marginal melampaui kos sosial marginal dan
orang ramai akan terus membeli bekalan daging rusa.
Isu manfaat luaran ini berkaitan dengan produk tempatan dan adalah sukar
untuk mengecualikan masyarakat awam dari mendapat faedah tersebut. Pihak
agensi luar dan Kerajaan mampu dan berupaya memainkan peranan bagi
manfaatkan situasi untuk memperkenal dan mempromosikan kelebihan bekalan
daging rusa sama ada di dalam dan luar negeri.
4.2 Negatif eksternaliti
Eksternalisasi negatif (juga dikenali sebagai "kos luar") adalah aktiviti ekonomi
yang memberi kesan negatif kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan. Ia boleh
timbul sama ada semasa pengeluaran atau penggunaan sesuatu yang baik atau
perkhidmatan. Pencemaran dipanggil eksternal kerana ia mengenakan kos
kepada orang yang "luar" kepada pengeluar dan pengguna produk pencemaran.
Misalnya, terdapat beberapa negatif eksternaliti yang kenalpasti dalam ternakan
rusa antaranya;
a) Air sisa mempunyai potensi untuk mengancam kualiti air (Howard, 1997).
Pengaliran air larut lesap dan penyusupannya ke dalam aliran air permukaan
dan aliran air bumi, merupakan salah satu punca masalah pencemaran ke atas
bekalan air pada masa kini (McBean et. al., 1995). Walaupun air sisa ternakan
digunakan semula sebagai baja untuk tumbuhan, ia tetap menjejaskan kualiti
air kesan daripada larian air permukaan dan larut lesap. Apabila kadar
pemberian air sisa ternakan melebihi kadar pengambilan oleh tumbuhan,
lebihan air sisa ternakan berpotensi tinggi untuk mencemarkan air semulajadi
(Ting Teo Ming, et. al., 2007).
b) Sisa ternakan rusa boleh memberi kesan terhadap kualiti air jika mengalir terus
ke dalam sungai. Kesannya lebih teruk jika isipadu dan frekuensi effluen
sangat tinggi. Air sisa ternakan berupaya untuk dijadikan nutrien dan
berkebolehan digunakan untuk pertanian. Namun jika air sisa ternakan
diaplikasikan pada tahap yang melebihi paras ambilan tumbuhan; air sisa
ternakan ini masih boleh menyusup ke dalam air larian permukaan mahupun
air bawah tanah sebagai air larut lesap (Innes, 2000).
16
c) Pengurusan najis boleh dibahagikan kepada pengolahan sebagai "pepejal"
atau "air buangan". Dalam pengolahan pepejal (solid handling), kuantiti air
yang digunakan adalah minimum. Objektif utamanya adalah untuk
menstabilkan najis supaya boleh digunakan (contoh sebagai baja tanaman)
tanpa risiko kesihatan/penyakit. Apabila air buangan atau "slurry" telah
terbentuk kerana pencairan, maka cara pengolahan air pula diperlukan untuk
mengurangkan potensi pencemaran di sungai atau saliran. Kandungan tahi
rusa bergantung kepada kandungan bahan makanan yang telah diberi.
d) Hubung kait diantara cukai membantu kerancakan ekonomi sesebuah firma
dapat di terangkan secara ringkas di dalam Rajah 2 di bawah. Sepatutnya titik
optimum harga dengan kuantiti adalah di q1, tetapi harga ini tidak termasuk
cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Ini tidak mengambil kira kadar effluent
yang dikeluarkan dengan kos baikpulih yang perlu ditanggung oleh firma
berkenaan. Sehubungan dengan itu cukai perlu dikenakan oleh pengguna
dengan kenaikan harga jualan dan tahap yang paling optimum adalah di q2.
Ini akan menyebabkan harga jualan akan bertambah mahal. Dan cara yang
terbaik untuk megurangkan kerugian adalah dengan mengurangkan
pengeluaran daging rusa secara optimum.
Rajah 2 : Gambarajah bekalan dan permintaan standard jika eksternal
boleh dinilai dari segi wang.
Harga
Social cost
Private cost
Ps q2
Pp q1
Permintaan
Qs Qp Kuantiti
Rajah 2, menunjukkan contoh kesan eksternal negative yang terhasil dari
ternakan rusa. Air sisa yang dikeluarkan dari aktiviti ternakan rusa akan
menyebabkan larut lesap dan penyusupannya ke dalam aliran air permukaan dan
aliran air bumi, yang mana impak pengeluaran air sisa ini akan ditanggung oleh
orang ke tiga (masyarakat sekitar). Sebagai contoh, industri ternakan rusa ini
menjual dipasaran kompetatif iaitu sebelum undang-undang kawalan pencemaran
dikenakan dan dikuatkuasakan. Kos peribadi marginal adalah kurang daripada kos
17
sosial jika dibandingkan dengan jumlah kos luaran (kos pencemaran air sungai).
Jika pengguna hanya mengambilkira kos persendirian, mereka akan berakhir
dengan harga Pp dan kuantiti Qp berbanding harga yang lebih berkesan iaitu Ps
dan kuantiti Qs. Ini menunjukkan bahawa manfaat sosial marginal melebili kos
sosial marginal iaitu pengeluaran harus ditingkatkan sekiranya manfaat sosial
marginal melebihi kos sosial marginal. Hasilnya adalah pasaran bebas tidak cekap
kerana pada kuantiti Qp, faedah sosial kurang daripada kos sosial. Ini akan
menjadi masalah apabila orang ramai membeli dan dalam masa yang sama akan
mendapat kesan pencemaran yang dikeluarkan oleh air sisa ternakan tersebut.
Perbincangan ini menunjukkan bahawa terdapat kelebihan negative
(pencemaran air permukaan atau saliran) terhadap persekitaran. Ini disebabkan
oleh kos persendirian dan sosial tidak diuruskan atau diselesaikan oleh pasaran
bebas. Pengurusan komunikasi dan koordinasi dengan komuniti perlu dilakukan
dengan baik bagi mengimbangi kos dan faedah dalam industri ternakan udang
tersebut. Ini juga menunjukkan bahawa pencemaran bukan sesuatu yang
diselesaikan oleh pasaran yang kompetatif. Penyelesaian kolektif sangat
diperlukan dimana pihak penguatkuasa melarang pencemaran menggunakan
peruntukan perundangan sedia ada atau mengenakan insentif ekonomi (cukai).
Cukai Pigovian (juga disebut sebagai cukai Pigouvian) adalah cukai yang
dikenakan ke atas sebarang aktiviti pasaran yang menjana luaran negatif (kos
yang tidak terwujud dalam harga pasaran). Cukai ini bertujuan untuk membetulkan
hasil pasaran yang tidak cekap, dan berbuat demikian dengan ditetapkan sama
dengan kos sosial negative.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, secara tidak langsung setiap projek berkaitan sektor ekonomi secara
komesial yang dijalankan akan memberi impak terhadap alam sekitar. Menyedari aktiviti
ekonomi perlu dilakukan demi pembangunan Negara, namun penjagaan terhadap kualiti
dan keharmonian alam sekitar perlu seiring agar tidak berlaku ketidak seimbangan
ekologi. Pemantauan dan penguatkuasaan pihak berwajib yang tidak dipantau malahan
peraturan yang terlalu longgar dalam pelepasan air sisa ternakan memberi ruang kepada
para penternak untuk melepaskan air sisa secara terus ke permukaan bumi.Dengan
wujudnya sistem ini, ia dapat membantu para penternak rusa secara kecil-kecilan dan
sederhana untuk melakukan sendiri rawatan air sisa ternakan sebelum dialirkan terus ke
persekitaran. Justeru, penyelidikan terhadap kos-faedah ini sangat diperlukan dalam
membangunkan sesuatu projek. Hubungan diantara output dengan sosio-ekonomi juga
perlu diambilkira untuk memastikan penerimaan masyarakat sekitar terhadap projek
ternakan rusa tersebut.
18
Rujukan
Buchanan, James; Wm. Craig Stubblebine (November 1962). "Externality". Economica.
Chamhuri Siwar, 1986. Kos dan faedah penyelidikan sosio-ekonomi, UKM.
Innes, R., (2000). The Economics of Livestock Waste and its Regulation. Am. J. Agric.
Econ. 82: 97-117.
Jabatan Alam Sekitar Malaysia (2009). Laporan tahunan kualiti persekitaran bagi
tahun 2009.
Khalid Abdul Rahman, 1991. Ekonomi Alam Sekitar, teori dan amalan, UPM Serdang.
Liebowitz, S.J.; Margolis, Stephen E. (1994). "Network externality: An uncommon tragedy".
The Journal of Economic Perspectives. American Economic Association. 8 (2): 133–
500
Rat, A.R., & R. Turvey. 1965. Cost-Benefit analysis: a survey. Eeonomif Jmol75 : 683-735.
Schuh, G.E., & H. Tollini. 1979. Costs and benefit of agricultural research: The state of the
arts. World Bank StaRworking paper, No. 360, October.
Ting Teo Ming, Kim Tak Hyun, Lee Myun Joo, (2007). Characterization Of Livestock
Watewater at Various Stages of Wastewater Traetment Plant. The Malaysian Jurnal
of Analytical Science. Vol. 11. No. 1 (2007): pp 23-28.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)
Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)
Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)
Rawiyah Hamid
 
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docx
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docxkertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docx
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docx
Nida654543
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Fazri Usidi
 
Pengenalan Kepada Ekonomi Islam
Pengenalan Kepada Ekonomi IslamPengenalan Kepada Ekonomi Islam
Pengenalan Kepada Ekonomi Islam
Mahyuddin Khalid
 
Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya
ubkktk
 
Pengurusan majlis dan protokol
Pengurusan majlis dan protokolPengurusan majlis dan protokol
Pengurusan majlis dan protokol
Naqib Che Omar
 

La actualidad más candente (20)

Artikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmArtikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bm
 
Asas-Asas Memahami Headcount
Asas-Asas Memahami Headcount Asas-Asas Memahami Headcount
Asas-Asas Memahami Headcount
 
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...PENDIDIKAN DAN LATIHAN  TEKNIK AL DAN VOKASIONAL  (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK AL DAN VOKASIONAL (TVET) DAN IPGK TEKNIK DIPE...
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 
Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)
Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)
Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)
 
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docx
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docxkertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docx
kertas kerja bulan kemerdekaan 2023.docx
 
Salutasi
SalutasiSalutasi
Salutasi
 
Faktor penajaan syarikat terhadap kelab sukan dan acara (Perniagaan dan Sukan)
Faktor penajaan syarikat terhadap kelab sukan dan acara (Perniagaan dan Sukan)Faktor penajaan syarikat terhadap kelab sukan dan acara (Perniagaan dan Sukan)
Faktor penajaan syarikat terhadap kelab sukan dan acara (Perniagaan dan Sukan)
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
 
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitarPengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal - lesatari alam sekitar
 
Expressions to use for MUET Speaking Task B
Expressions to use for MUET Speaking Task BExpressions to use for MUET Speaking Task B
Expressions to use for MUET Speaking Task B
 
Pengenalan Kepada Ekonomi Islam
Pengenalan Kepada Ekonomi IslamPengenalan Kepada Ekonomi Islam
Pengenalan Kepada Ekonomi Islam
 
GISC1082 Kesan penularan budaya asing
GISC1082 Kesan penularan budaya asingGISC1082 Kesan penularan budaya asing
GISC1082 Kesan penularan budaya asing
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Topik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola JaringTopik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola Jaring
 
Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya
 
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
 
Pengurusan majlis dan protokol
Pengurusan majlis dan protokolPengurusan majlis dan protokol
Pengurusan majlis dan protokol
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 

Similar a Tugasan CBA ekopelancongan penternakan rusa.

Cetak feasibility-study2
Cetak feasibility-study2Cetak feasibility-study2
Cetak feasibility-study2
patrianadi
 
Ahmad Zaky Muttaqien_126209201043_UTS kepariwisataan.docx
Ahmad Zaky Muttaqien_126209201043_UTS kepariwisataan.docxAhmad Zaky Muttaqien_126209201043_UTS kepariwisataan.docx
Ahmad Zaky Muttaqien_126209201043_UTS kepariwisataan.docx
zakyMuttaqien
 
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptx
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptxKuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptx
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptx
MuhammadMunarMukhsin1
 
Strategi pemasaran usaha abon ikan bandeng
Strategi pemasaran usaha abon ikan bandengStrategi pemasaran usaha abon ikan bandeng
Strategi pemasaran usaha abon ikan bandeng
Sri Wahyuni
 
Profil LCC no picture
Profil LCC no pictureProfil LCC no picture
Profil LCC no picture
Agus Halim
 
Laporan penelitian pariwisata
Laporan penelitian pariwisataLaporan penelitian pariwisata
Laporan penelitian pariwisata
Rahman Klu
 

Similar a Tugasan CBA ekopelancongan penternakan rusa. (20)

Analisis siklus hidup destinasi pariwisata bali kajian ekonomi pariwisata ter...
Analisis siklus hidup destinasi pariwisata bali kajian ekonomi pariwisata ter...Analisis siklus hidup destinasi pariwisata bali kajian ekonomi pariwisata ter...
Analisis siklus hidup destinasi pariwisata bali kajian ekonomi pariwisata ter...
 
Ekoling3. valuasi ekonomi sda-klh
Ekoling3. valuasi ekonomi sda-klhEkoling3. valuasi ekonomi sda-klh
Ekoling3. valuasi ekonomi sda-klh
 
Analisis Pemintaan dan Nilai Ekonomi Taman Wisata Waduk Selorejo Sebagai Temp...
Analisis Pemintaan dan Nilai Ekonomi Taman Wisata Waduk Selorejo Sebagai Temp...Analisis Pemintaan dan Nilai Ekonomi Taman Wisata Waduk Selorejo Sebagai Temp...
Analisis Pemintaan dan Nilai Ekonomi Taman Wisata Waduk Selorejo Sebagai Temp...
 
Case Study: Efektivitas Pengelolaan Dana Bagi Hasil Sumber Daya Alam (DBH-SDA)
Case Study: Efektivitas Pengelolaan Dana Bagi Hasil Sumber Daya Alam (DBH-SDA)Case Study: Efektivitas Pengelolaan Dana Bagi Hasil Sumber Daya Alam (DBH-SDA)
Case Study: Efektivitas Pengelolaan Dana Bagi Hasil Sumber Daya Alam (DBH-SDA)
 
Lmcp1552 projek akhir pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1552 projek akhir pembangunan mapan dalam islamLmcp1552 projek akhir pembangunan mapan dalam islam
Lmcp1552 projek akhir pembangunan mapan dalam islam
 
Cetak feasibility-study2
Cetak feasibility-study2Cetak feasibility-study2
Cetak feasibility-study2
 
Buku studi kelayakan bisnis ub
Buku studi kelayakan bisnis ub Buku studi kelayakan bisnis ub
Buku studi kelayakan bisnis ub
 
Ahmad Zaky Muttaqien_126209201043_UTS kepariwisataan.docx
Ahmad Zaky Muttaqien_126209201043_UTS kepariwisataan.docxAhmad Zaky Muttaqien_126209201043_UTS kepariwisataan.docx
Ahmad Zaky Muttaqien_126209201043_UTS kepariwisataan.docx
 
proposal fatimah lukman.pdf
proposal fatimah lukman.pdfproposal fatimah lukman.pdf
proposal fatimah lukman.pdf
 
MAKALAH WADUK JATILUHUR KELOMPOK 4
MAKALAH WADUK JATILUHUR KELOMPOK 4MAKALAH WADUK JATILUHUR KELOMPOK 4
MAKALAH WADUK JATILUHUR KELOMPOK 4
 
Laporan perencanaan hutan.kelompok 4
Laporan perencanaan hutan.kelompok 4Laporan perencanaan hutan.kelompok 4
Laporan perencanaan hutan.kelompok 4
 
PENENTUAN PRODUK UNGGULAN 29-30 MARET 2022.pdf
PENENTUAN PRODUK  UNGGULAN 29-30 MARET 2022.pdfPENENTUAN PRODUK  UNGGULAN 29-30 MARET 2022.pdf
PENENTUAN PRODUK UNGGULAN 29-30 MARET 2022.pdf
 
131355531 laporan-evaluasi-proyek-perikanan
131355531 laporan-evaluasi-proyek-perikanan131355531 laporan-evaluasi-proyek-perikanan
131355531 laporan-evaluasi-proyek-perikanan
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptx
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptxKuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptx
Kuliah 15 KEBIJAKAN PERLINDUNGAN LINGKUNGAN.pptx
 
Strategi pemasaran usaha abon ikan bandeng
Strategi pemasaran usaha abon ikan bandengStrategi pemasaran usaha abon ikan bandeng
Strategi pemasaran usaha abon ikan bandeng
 
Profil LCC no picture
Profil LCC no pictureProfil LCC no picture
Profil LCC no picture
 
Laporan penelitian pariwisata
Laporan penelitian pariwisataLaporan penelitian pariwisata
Laporan penelitian pariwisata
 
Kemampanan bandar tempat tinggal saya
Kemampanan bandar tempat tinggal sayaKemampanan bandar tempat tinggal saya
Kemampanan bandar tempat tinggal saya
 
GEOGRAFI XI MIA 5 Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
GEOGRAFI XI MIA 5 Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alamGEOGRAFI XI MIA 5 Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
GEOGRAFI XI MIA 5 Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
 

Más de ILKKM SG BULOH

Borang kap etika as bma pdf.
Borang kap etika as bma pdf.Borang kap etika as bma pdf.
Borang kap etika as bma pdf.
ILKKM SG BULOH
 

Más de ILKKM SG BULOH (20)

PKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.ppt
PKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.pptPKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.ppt
PKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.ppt
 
PKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.ppt
PKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.pptPKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.ppt
PKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.ppt
 
PKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
PKA_Topik_1_Pengenalan.pptPKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
PKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
 
Topik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptx
Topik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptxTopik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptx
Topik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptx
 
Topik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptx
Topik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptxTopik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptx
Topik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptx
 
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptxTopik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
 
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptxSKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
 
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4  Struktur Organisasi KKM.pptxTopik 4  Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
 
Ozone forming potential of reformulated gasoline
Ozone forming potential of reformulated gasoline Ozone forming potential of reformulated gasoline
Ozone forming potential of reformulated gasoline
 
Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...
Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...
Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...
 
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
 
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDARKERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
 
Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.
Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.
Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.
 
Borang kap etika as bma pdf.
Borang kap etika as bma pdf.Borang kap etika as bma pdf.
Borang kap etika as bma pdf.
 
Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...
Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...
Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...
 
Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran (SKPS6163)
Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran (SKPS6163)Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran (SKPS6163)
Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran (SKPS6163)
 
Ulasan Graf Penilaian Bencana Banjir
Ulasan Graf  Penilaian Bencana BanjirUlasan Graf  Penilaian Bencana Banjir
Ulasan Graf Penilaian Bencana Banjir
 
Malaria 2020
Malaria 2020Malaria 2020
Malaria 2020
 
KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan
 
Typhoid dan Cholera 2020
Typhoid dan Cholera 2020Typhoid dan Cholera 2020
Typhoid dan Cholera 2020
 

Último

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 

Último (20)

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 

Tugasan CBA ekopelancongan penternakan rusa.

  • 1. 0 f SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN SEMESTER 1 SESI 2017/2018 SKPS6053 - EKONOMI ALAM SEKITAR TAJUK TUGASAN: Pilih satu projek berasaskan ecotourism dan bina analisis kos dan pendapatan benefit (CBA) projek tersebut bagi 10 tahun pertama operasi dengan mengambil kira unsur-unsur alam sekitar. NAMA PENSYARAH: Dr. Azlan Bin Abas DISEDIAKAN OLEH : Mazlan Bin Mansor (P89860) FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
  • 2. 1 KANDUNGAN Halaman Tajuk 2 1.0 Pengenalan 2 1.1 Definisi Ekopelancongan 3 1.2 Penternakan Rusa 3 2.0 Projek, altenatif peningkatan kadar produktiviti dan kesan luaran terhadap projek. 4 3.0 Alternatif meningkatkan kadar produktiviti 11 4.0 Eksternaliti 12 4.1 Positif eksternaliti. 13 4.2 Negatif eksternaliti 15 5.0 Kesimpulan 17 Rujukan 17 Senarai Jadual  Jadual 1 : Contoh Kos dan Pendapatan bagi 10 tahun projek ternakan Rusa 6 - 7  Jadual 2 : Contoh alternatif bagi meningkatkan kadar produktiviti bagi 10 tahun berikutnya. 9 - 10 Senarai Rajah  Rajah 1 : Penentuan kadar cukai dan kuantiti pengeluaran yang optimum sosial. 14  Rajah 2 : Gambarajah bekalan dan permintaan standard jika eksternal boleh dinilai dari segi wang. 16
  • 3. 2 SKPS6053 Ekonomi Alam Sekitar Nama Pelajar : MAZLAN BIN MANSOR (No. Matrik : P89860) Pensyarah : Dr. Azlan Bin Abas Tugasan : Pilih satu projek berasaskan ecotourism dan bina analisis kos dan pendapatan benefit (CBA) projek tersebut bagi 10 tahun pertama operasi dengan mengambil kira unsur-unsur alam sekitar. Selepas itu sila nyatakan alternative meningkatkan kadar produktiviti bagi 10 tahun berikutnya. Dan huraikan kesan luaran bagi projek tersebut. 1.0 Pengenalan Cost Benefit Analysis (CBA) atau Analisis kos faedah kewangan merupakan satu alat perakaunan yang digunakan bagi menilai daya maju projek untuk menentukan sama ada pelaburan tersebut akan memberi pulangan yang menguntungkan atau tidak kepada pihak pelabur. Cost Benefit Analysis (CBA) adalah suatu pemikiran yang sistematik dalam membuat keputusan. (Kelman, 1981). CBA mengenalpasti, menilai dan membandingkan kos dan faedah bagi suatu projek, polisi mahupun keputusan (Buncle et al., 2013). Secara ringkasnya, CBA akan membandingkan antara kos yang dibelanjakan dengan keuntungan dari projek, polisi dan keputusan. Cost Benefit Analysis (CBA) memiliki pengertian suatu analisis sistematik yang berupa perbandingan antara manfaat dan biaya yang dikeluarkan dalam menyelenggarakan kegiatan atau projek. Cost benefit analisis adalah analisis yang membandingkan antara biaya (cost) dari suatu projek dengan output atau keuntungan (benefit) dari projek tersebut. Cost mencerminkan biaya untuk memulakan projek manakala keuntungan mencerminkan hasil dari projek. Benefit yang dimaksudkan disini dapat bersifat neutral, positif atau negatif yang bergantung dari hasil yang dicapai. Projek yang mempunyai pengurusan yang baik akan menghasilkan benefit yang positif. Sedangkan projek yang tidak terurus dengan baik bererti tidak menghasilkan keuntungan (neutral) atau bahkan dapat merugikan (benefit yang negatif). Kelebihan dan kelemahan ini dinyatakan dari segi kos dan manfaat dan di mana dinyatakan dalam terma kewangan Analisis kos dan faedah-faedah merupakan satu kaedah untuk mengendalikan masalah agihan sumber-sumber kewangan. Kaedah ini selain daripada dapat mengendalikan kos-kos dan faedah-faedah dalam kuantiti yang nyata, juga dapat diperluaskan untuk mengambil kira kos-kos dan faedah-faedah yang berbentuk subjektif atau kualitatif (Prest dan Turvey 1975). Ini penting kerana kurangnya petunjuk-petunjuk
  • 4. 3 pasaran yang cekap untuk mengagihkan sumber-sumber kewangan untuk berbagai alternative penyelidikan. Ketiadaan petunjuk-petunjuk pasaran ini timbul kerana hasil penyelidikan, apabila telah disebarkan menjadi barangan awam yang boleh didapati secara percuma. Faktor-faktor ini menyebabkan tiada pasaran yang cekap bagi hasil penyelidikan sosio-ekonomi (Schuh dan Tollini 1979). 1.1 Definisi Ekopelancongan Ekopelancongan telah ditakrifkan sebagai satu bentuk pelancongan berasaskan alam di pasaran, tetapi ia juga telah dirumuskan dan dikaji sebagai alat pembangunan lestari oleh NGO, pakar pembangunan dan ahli akademik sejak tahun 1990. Oleh itu, istilah ekopelancongan merujuk kepada satu tangan untuk satu konsep di bawah satu set prinsip, dan sebaliknya ke segmen pasaran tertentu. Persatuan Ekopelancongan Antarabangsa (TIES) sebelum ini dikenali sebagai The Ecotourism Society (TES) pada tahun 1991 menghasilkan salah satu definisi terawal iaitu, "ekopelancongan adalah perjalanan yang bertanggungjawab ke kawasan-kawasan semula jadi yang memelihara alam sekitar dan menumpang kesejahteraan penduduk setempat." Kesatuan Konservasi Dunia (IUCN) 1996, menyatakan pada bahawa ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar untuk kawasan semulajadi yang tidak terganggu, untuk menikmati dan menghargai alam semula jadi dan mana-mana ciri budaya yang disertakan; (baik masa lalu dan sekarang) yang menggalakkan pemuliharaan, mempunyai kesan pelawat negatif yang rendah, dan menyediakan untuk sosioekonomi aktif secara aktif penglibatan penduduk tempatan. 1.2 Penternakan Rusa Penternakan rusa merupakan suatu perusahaan yang masih baru di negara kita Malaysia. Tanggapan bahawa rusa adalah hidupan liar menjadikan rusa antara perusahaan yang masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para penternak, khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan untuk produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler/velvet) rusa sering mengalami masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga pasaran semasa rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka rusa). Dalam aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya. Antaranya seperti rusa sika (Cervus Nippon), sambar (Cervus unicolor), red deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow deer (Dama-Dama), chital (Axis-Axis), dan rusa timor atau exotic (Cervus timorensis). Namun begitu, terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia. Antaranya ialah; a) Timorensis (Exotic) Merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu,
  • 5. 4 tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti axis. b) Sambar Sambar merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar. c) Axis-Axis Axis-Axis merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Dianggarkan, harga seekor anak rusa jenis axis-axis mampu mencecah RM3000.00 keatas dan harganya yang tinggi mempengaruhi perkembangan penternakan rusa jenis axis-axis negara. Selain itu, jenis axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. 2.0 Projek, altenatif peningkatan kadar produktiviti dan kesan luaran terhadap projek. Cadangan projek bagi anggaran terhadap CBA adalah ternakan rusa secara komersial. Analisis kos faedah kewangan merupakan satu alat perakaunan yang digunakan bagi menilai daya maju projek tersebut untuk menentukan sama ada pelaburan tersebut akan memberi pulangan yang menguntungkan atau tidak kepada pihak pelabur. Projek ini juga ditampilkan sebagai projek ekopelancongan kerana bercirikan pertanian, penyelidikan, latihan dan perlancongan. Selain dari penglibatan pihak kerajaan, secara tidak langsung pelbagai agensi bukan kerajaan turut membantu menjayakan aktiviti dalam penternakan rusa. Agensi pelancongan misalnya, mempunyai keupayaan hebahan dan membantu merancakkan promosi untuk info dan publisiti kepada khalayak sama ada dalam dan luar
  • 6. 5 Negara. Situasi ini mampu menjana ekonomi negeri dan negara melalui kunjungan dan aktiviti perniagaan hasil ternakan rusa. Pelbagai sumber pendapatan boleh diperolehi hasil dari aktiviti penternakan rusa. Penglibatan pihak kerajaan misalnya, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Veterinar, MARDI dan FAMA berupaya membantu mengerakkan penternakan rusa sebagai pusat latihan kakitangan dan penyelidikan perkembangan penternakan haiwan khususnya, ternakan rusa. Memandangkan projek yang dicadangkan ini berskala besar, maka CBA perlu dilakukan bagi mengetahui aliran kewangan yang hendak dikeluarkan dan mengetahui faedah yang dapat dinikamati sama ada kepada pemaju, pengunjung mahu pun masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan projek. Menerusi aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa kelebihan dan keunikan tersendiri antaranya; a) Dapat dijadikan sebagai aktiviti pelancongan, rekreasi dan kegemaran. b) Bertindak dalam mencegah kepupusan haiwan rusa. c) Penyelidikan bagi mengenalpasti potensi penternakan rusa. d) Menjana sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya e) Merupakan makanan enak dan lazat. f) Sebagai Perhiasan dan keindahan alam sekitar. Penternakan rusa yang terbaik, tersusun dan bersistem berupaya mengekalkan kualiti alam sekitar daripada rosak dan tercemar. Bahkan berupaya menjaminkan keselamatan dan kebersihan ternakan rusa sekaligus memperkembangbiakan ternakan rusa. Praktikalnya, analisis kos faedah ini tidak sahaja tertumpu kepada penilaian projek, tetapi juga penting dari segi perancangan pelaburan, dasar perniagaan, dasar percukaian dan lain-lain. Penilaian projek yang baik tidak akan dapat dilakukan tanpa sesuatu rancangan, samada ia rancangan jangka pendek atau panjang. Cadangan memilih projek ternakan rusa tersebut hendaklah dipastikan supaya trend pasaran dan permintaan semasa dan jangka panjang dapat dikenalpasti sama ada dalam aspek permintaan pasaran dalaman dan pasaran luar. Potensi arah aliran dan hala tuju pasaran hasil penternakan rusa haruslah sentiasa berada di bawah perancangan, pengawasan dan penyeliaan pengurusan yang berterusan agar setiap dasar dan piawaian penternakan rusa dipatuhi.
  • 7. 6 Jadual 1 : Contoh Kos dan Pendapatan bagi 10 tahun projek ternakan Rusa Bil Aktiviti/Bahan Harga se unit (RM) Tahun 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1. Pembelian tanah 5 ekar 50,000 250,000 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2. Anak rusa (20 ekor) 1,500 30,000 0 30,000 0 30,000 0 34,000 0 34,000 0 3. Rusa Dewasa (20 ekor) 3,000 60,000 0 60,000 0 60,000 0 64,000 0 64,000 0 4. Kos operasi *Stor *pembukaan tanah *Jentera *pagar cyclone (1 ekar) *kawasan tanam rumput Napier (1 ekar) *kawasan tanam rumput ragut (2 ekar) *padok (5 unit) *Lesen/cukai *Lain-lain 10,000/ Ekar 2,000/ unit 10,000 8,000 10,000 80,000 10,000 20,000 10,000 10,000 10,000 0 0 0 0 10,000 20,000 0 10,000 0 0 0 0 10,000 20,000 0 10,000 0 0 0 0 10,000 20,000 0 10,000 0 0 0 0 10,000 20,000 0 10,000 10,000 0 0 0 12,000 23,000 12,000 10,000 0 0 0 0 12,000 23,000 0 10,000 0 0 0 0 12,000 23,000 0 10,000 0 0 0 0 12,000 23,000 0 10,000 0 0 0 0 12,000 23,000 0 10,000 5. Buruh 5 org 1,200 72,000 72,000 72,000 72,000 72,000 90,000 90,000 90,000 90,000 90,000 6. Makanan rusa 72,000 72,000 72,000 72,000 72,000 75,000 75,000 75,000 75,000 75,000 7. Penyelenggaraan & pengurusan lumsum 5,000 5,000 5,000 5,000 5,000 7,000 7,000 7,000 7,000 7,000 Kos Tahunan 657,000 189,000 279,000 189,000 279,000 239,000 315,000 217,000 315,000 217,000
  • 8. 7 Bil Aktiviti/Bahan Harga se unit (RM) Tahun 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1. Pendapatan jualan 80,000 100,000 150,000 150,000 150,000 180,000 180,000 180,000 180,000 180,000 2. Latihan dan agroturism 150,000 150,000 150,000 150,000 150,000 180,000 180,000 180,000 180,000 180,000 3. Jualan produk agroturism 60,000 80,000 80,000 80,000 80,000 130,000 130,000 120,000 120,000 120,000 Pendapatan Tahunan 290,000 330,000 380,000 380,000 380,000 490,000 490,000 490,000 490,000 490,000
  • 9. 8 Jumlah Kos 10 Tahun = RM 2,896,000.00 Jumlah Pendapatan 10 tahun= RM 4,210,000.00 Keuntungan 10 tahun = RM 4,210,000.00 – RM 2,896,000.00 (Kos pembukaan tanah) = RM 1,314,000.00 Purata Pendapatan tahunan = RM 131,400.00 Hasil dari pengiraan pendapatan bersih tahunan penternakan rusa didapati jumlah yang dicapai sebanyak RM131,400.00 iaitu satu jumlah kasar yang sederhana. Jumlah tersebut termasuklah kos pembayaran cukai dan lesen tahunan tanah selama 10 tahun. Jika dilihat dari pendapatan jumlah bulanan bersih yang diperolehi ialah sebanyak RM10,950.00. Ini memberi penujuk bahawa terdapat ruang dan potensi yang boleh dilakukan bagi usaha-usaha dalam meningkatkan strategi pasaran dengan pelbagaikan pengeluaran hasil produk rusa melalui latihan dan penyelidikan jangka panjang . Risiko pencemaran dan kerosakan pada alam semulajadi kesan daripada aktiviti penternakan rusa sangat tinggi. Ini kerana dengan pengawalan dan penyeliaan yang berjadual dan konsisten serta mengikut saranan daripada agensi yang berwajib, berupaya menjimatkan kos-kos luar jangkaan misalnya, penyakit berjangkit, kerosakan padang ragut, kemudahan padok dan lain-lain termasuklah kos pengurusan operasi. Penjimatan kos operasi menyumbang kepada hasil keuntungan pendapatan disamping mengekalkan aset keindahan alam sekitar.
  • 10. 9 Jadual 2 : Contoh alternatif bagi meningkatkan kadar produktiviti bagi 10 tahun berikutnya. Bil Aktiviti/Bahan Harga se unit (RM) Tahun 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 1. Pembelian tanah 5 ekar 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2. Anak rusa (20 ekor) 1,700 34,000 0 34,000 0 34,000 0 37,400 0 37,400 0 3. Rusa Dewasa (20 ekor) 3,500 70,000 0 70,000 0 70,000 0 77,000 0 77,000 0 4. Kos operasi *Stor *pembukaan tanah *Jentera *pagar cyclone (1 ekar) *kawasan tanam rumput Napier (1 ekar) *kawasan tanam rumput ragut (2 ekar) *padok (5 unit) *Lesen/cukai *Lain-lain 12,000/ Ekar 3,000/ unit 15,000 0 20,000 100,000 13,000 24,000 15,000 12,000 15,000 0 0 0 0 13,000 24,000 0 12,000 0 0 0 0 0 13,000 24,000 0 12,000 0 0 0 0 0 13,000 24,000 0 12,000 0 0 0 0 0 13,000 24,000 0 12,000 0 15,000 0 0 0 15,000 26,000 18,000 13,000 0 0 0 0 0 15,000 26,000 0 13,000 0 0 0 0 0 15,000 26,000 0 13,000 0 0 0 0 0 15,000 26,000 0 13,000 0 0 0 0 0 15,000 26,000 0 13,000 0 5. Buruh 8 org 1,500 144,000 144,000 144,000 144,000 144,000 163,200 163,200 163,200 163,200 163,200 6. Makanan rusa 79,200 79,200 79,200 79,200 79,200 87,120 87,120 87,120 87,120 87,120
  • 11. 10 7. Penyelenggaraan & pengurusan lumsum 10,000 10,000 10,000 10,000 10,000 13,000 13,000 13,000 13,000 13,000 Kos Tahunan 551,200 282,200 386,200 282,200 386,200 350,320 431,720 317,320 431,720 317,320 Bil. Aktiviti/Bahan Harga se unit (RM) Tahun 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 1. Pendapatan jualan 234,000 234,000 234,000 234,000 234,000 304,200 304,200 304,200 304,200 304,200 2. Latihan dan agroturism 225,000 225,000 225,000 225,000 225,000 281,250 281,250 281,250 281,250 281,250 3. Jualan produk agroturism 78,000 78,000 78,000 78,000 78,000 101,400 101,400 101,400 101,400 101,400 4. 5% intensif kerajaan 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 50,000 5. CSR 100% 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000 3,000 Pendapatan Tahunan 590,000 590,000 590,000 590,000 590,000 739,850 590,000 590,000 590,000 590,000 Kos 10 tahun berikutnya = RM 3,736,400.00 Jumlah pendapatan 10 tahun berikutnya = RM 6,049,850.00 Keuntungan 10 tahun berikutnya = RM 2,313,450.00 Purata pendapatan tahunan = RM 231,345.00
  • 12. 11 3.0 Alternatif meningkatkan kadar produktiviti Jadual 2, menunjukkan impak kenaikan pendapatan setelah beberapa alternative dilakukan bagi meningkatkan kadar produktiviti projek ternakan rusa. Berikut dinyatakan beberapa tindakan alternative yang boleh dilakukan dalam analisis ekonomi: a) Jualan hasil daging 3 kali setahun berbanding 2 kali setahun secara konvensional. Peranan rusa dalam pengeluaran daging rusa sangat penting kepada pengusaha. Daging rusa yang dijual amat menguntungkan sama ada daging rusa tempatan atau kacukan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (JPHV) telah memperkenalkan sistem pengeluaran yang terkini. Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan daya pengeluaran rusa pada masa akan datang. Amalan penternakan yang baik (GAHP) dapat mengubah sistem tradisional yang mana merupakan sistem yang telah menjadi ikutan semua pengusaha rusa. Secara tidak langsung usaha untuk meningkatkan daya pengeluaran rusa dapat dipertingkatkan lagi ke arah yang lebih baik. b) Meningkatkan pengurusan ladang penternakan rusa secara lebih tersusun dan teratur. Setiap pengurusan yang dijalankan mementingkan semua aspek, termasuklah pengurusan sumber dan ternakan. Pemilihan baka yang baik serta pengurusan makanan amat dititik beratkan bagi mendapatkan pengeluaran rusa yang bermutu tinggi. Pengurusan kesihatan yang dijalankan adalah secara sistematik. Pengurusan persekitaran kawasan ladang juga diambil berat kerana aspek ini amat penting dalam penjagaan kesihatan ternakan. Sisa ladang sentiasa dibersihkan setiap hari, supaya persekitaran kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Tinja yang dihasilkan oleh ternakan akan diproses untuk dibuat baja. Baja tersebut akan dijual di pasaran untuk tujuan pertanian. Secara tidak langsung, tinja yang dihasilkan oleh ternakan dapat dikurangkan melalui pemprosesan baja dan ini juga dapat membantu pengusaha dalam memperolehi pendapatan sampingan hasil daripada penjualan baja. c) Sistem perladangan tradisional secara kecil-kecilan yang kurang efisien dan produktif akan ditransformasikan menjadi ladang berdaya maju, berdaya saing dan lestari. Bagi merealisasikan program ini pada penternak rusa rusa perlu dibekalkan dengan baka ternakan bermutu tinggi untuk dibiakbaka. Penternakan secara komersil dan besar- besaran berasaskan penggunaan teknologi moden akan diberikan galakan dan insentif. Melalui program ini penggunaan tanah secara optima akan diberikan perhatian khusus, contoh program ini ialah skim intergrasi ternakan dengan tanaman komoditi atau tanaman hutan komersil. d) Bagi menjamin bekalan baka ternakan bermutu tinggi sentiasa mencukupi, sektor swasta akan diberikan galakan dan insentif untuk menceburi bidang pengeluaran baka ternakan bermutu melalui sistem pembiakan saintifik terancang di ladang pembiakan baka dan penetasan ternakan komersil. Kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ternakan dalam bidang pembiakan, pemakanan, kesihatan dan pengeluaran
  • 13. 12 ternakan secara ekonomikal diperluaskan. Penggunaan teknologi dalam aktiviti penternakan, pemprosesan makanan ternakan, penyimpanan produk, pengangkutan produk dan pengendalian produk ternakan juga perlu diberikan keutamaan. Jawatankuasa Pembangunan Industri Ternakan (JPIT) akan diperluaskan bagi meliputi lebih banyak jenis ternakan dan aktiviti penternakan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh persatuan-persatuan penternak, pengeksport, pengimport, penternak komersil dan juga wakil kerajaan. Selain itu, aktiviti lain ialah mencari jalan penyelesaian apabila timbul permasalahan rumit yang perlu ditangani secara kolektif. e) Pelbagai skim galakan dan insentif dilaksanakan untuk menarik lebih ramai pekebun kecil, syarikat-syarikat swasta dan estet-estet kelapa sawit melaksanakan integrasi dengan ternakan rusa. Skim-skim ini penting bagi menarik ramai lagi masyarakat melibatkan diri dengan aktiviti penternakan ini. Kewujudan pelbagai kemudahan ini akan meningkatkan jumlah penternak. Hal ini kerana aktiviti penternakan rusa penting kerana menyumbang kepada pendapatan negara juga. Selain itu, hasil ternakan ini juga merupakan sumber makanan kepada manusia dan menyebabkan permintaannya tinggi. Skim-skim yang ada juga dapat menarik golongan muda untuk menceburi bidang ini dan tidak terlalu bergantung dengan pekerjaan di sektor-sektor lain. Bagi menghadapi cabaran pelaksanaan AFTA dan perdagangan bebas dunia, rumah- rumah penyembelihan ternakan atau "abattoir" akan dipermodenkan mengikut piawaian antarabangsa. Kaedah perundangan "Meat Inspection Rules dan Slaughter House Rules" akan dikuatkuasakan untuk mengatur dan mengawal industri ternakan. Pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem ke atas daging-daging ternakan rusa yang diproses diloji pemprosesan daging milik swasta dan kerajaan akan dilakukan secara rawak dan konsisten. f) Bagi memajukan sektor penternakan rusa, pihak-pihak tertentu perlu manyediakan kemudahan bagi menarik golongan muda untuk menceburi bidang ini kerana golongan muda merupakan aset kepada negara mereka yang akan mengambil alih negara pada masa akan datang. Badan-badan Kerajaan perlu turun padang bagi menarik golongan muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini. Selain itu pendedahan tentang pulangan yang diterima selepas menjalankan aktiviti penternakan ini juga perlu dilakukan dengan memanggil tokoh-tokoh penternak yang berjaya untuk berkongsi pengalaman dalam aktiviti penternakan ini. Semua pengusaha pemprosesan hasil ternakan perlu mematuhi sistem piawaian antarabangsa yang sedang berkuatkuasa. Di antara pengiktirafan ini ialah, persijilan MS ISO 9002, VHM logo (Veterinary Health Mark), HACCP (Hazard Analysis and Centre of Critical Point), GAHP (Good Animal Husbandry Practices), GMP (Good Manufacturing Practices) dan SCEP (Salmonella Control and Eradication Programme). Langkah pertama yang diambil ialah menghantar contoh darah (serum) ternakan ke Paris untuk dianalisa bagi mendapatkan pengiktirafan bebas dari penyakit FMD (Foot and Mouth Disease). Pengiktirafan ini kelak akan memberikan kekuatan kepada industri ternakan untuk bersaing di pasaran antarabangsa.
  • 14. 13 4.0 Eksternaliti Eksternaliti merupakan tindakan pengeluar atau pengguna yang memberi kesan kepada pengeluar atau pengguna yang lain, tetapi ianya tidak dimasukkan dalam harga pasaran. Ia merupakan kesan aktiviti pengeluaran dan penggunaan yang tidak digambarkan secara langsung dalam pasaran. Ia juga merupakan sumber kepada kegagalan pasaran. Jika wujud eksternaliti maka harga barangan tidak menggambarkan nilai sosial barangan firma mungkin mengeluarkan lebih atau kurang dari yang sepatutnya dan menjadikan pasaran tidak cekap. Menurut Hyman (2002), mendefinisikan eksternaliti atau sebagai kos atau faedah daripada suatu transaksi pasaran yang tidak dikenakan sebarang harga. Ia bermaksud ekternaliti berlaku kesan kepada orang ketiga iaitu selain daripada penjual & pembeli. Kos atau faedah tidak diambil kira dalam pengeluaran (penjual) atau penggunaan (pembeli). Manakala menurut Brodway (1979), eksternaliti adalah aktiviti sesuatu pihak (isirumah atau firma) mempengaruhi kemungkinan utiliti atau pengeluaran pihak lain dengan tidak dikenakan harga. Sebagai contoh adalah aktiviti penternakan haiwan yang mana hasil dari proses penternakan tersebut secara tidak langsung akan mencemarkan sumber air disekitarnya dan merosakkan ekosistem dalam kehidupan akuatik, haiwan maupun habitat manusia. Eksternaliti juga wujud antara pengeluar dengan pengeluar, antara pengguna dengan pengguna dan antara pengeluar dengan pengguna. Eksternaliti merupakan suatu kos yang perlu ditanggung atau faedah yang wujud akibat daripada aktiviti ekonomi yang dijalankan. Kesan daripada aktiviti ekonomi ini mungkin wujud sama ada dalam bentuk yang positif atau sebaliknya. Dalam aspek perbincangan ini, ternakan rusa secara komersial ini juga mempunyai beberapa isu berkaitan dengan alam sekitar. Terdapat dua jenis kesan luaran iaitu Positif eksternaliti dan Negatif eksterniliti. 4.1 Positif eksternaliti. Eksternaliti positif adalah kesan luaran positif melalui aktiviti yang dikenakan ke atas pihak ketiga yang tidak berkaitan. Juga dikenali sebagai "manfaat luar" atau "ekonomi luaran" atau "eksternaliti yang berfaedah". Sama seperti eksternaliti negatif, ia boleh timbul sama ada di bahagian pengeluaran, atau di sisi penggunaan. Eksternaliti positif adalah faedah yang dinikmati oleh pihak ketiga akibat transaksi ekonomi. Pihak ketiga termasuk mana-mana individu, organisasi, pemilik harta atau sumber yang tidak terjejas secara tidak langsung. a) Menerusi penjagaan, pengawalan lanskap dan pengurusan najis rusa yang dihasilkan di ladang ternakan, ia berupaya mengekalkan alam semulajadi hutan yang mampu menghasil oksigen yang lengkap. Keadaan tersebut mampu memberi keselesaan kepada pelawat dan pengunjung yang ingin menikmati suasana semulajadi habitat hidupan rusa. Sekaligus meningkatkan daya tarikan dan kunjungan pelawat ke industri penternakan rusa sebagai ekopelancongan.
  • 15. 14 b) Ternakan rusa juga akan berkembang biak di dalam ladang ternakan kerana hidup seperti di dalam suasana habitat sebenar malah lebih tersusun dan bersistematik. Dilengkapi dengan kemudahan perlindungan, keselamatan, makanan yang berkualiti, kemudahan padang rumput ragut, kebersihan dan kemudahan rawatan serta kesihatan yang diselenggara secara berjadual. Keadaan ini menyebabkan rusa mampu hidup subur dan berkembang biak dengan baik. Jesteru, akan meningkatkan jumlah dan hasil jualan daging dan produk berasaskan rusa dari masa ke semasa. Rajah 1, menunjukkan kuantiti pengeluaran yang optimum sosial berlaku pada tingkat keluaran q* dimana keluk Qs dan supply bersilang. c) Keuntungan sesebuah syarikat bergantung kepada pengurusan dan penetapan harga jualan yang baik. Oleh itu, penyelesaian ke atas percanggahan di antara keoptimuman persendirian dan keoptimuman sosial ialah dengan mengenakan cukai ke atas aktiviti pengeluaran ini. Kadar cukai mestilah sama dengan penilaian marginal oleh pihak yang menerima kesan pencemaran. Setelah cukai dikenakan, private diturunkan kepada private* dan firma ini digalakkan untuk mengurangkan aktivitinya pada Qs. Dalam hal demikian, faedah persendirian firma dikurangkan dengan bayaran cukai yang telah dikurangkan. Faedah sosial dari cukai yang dikenakan ke atas firma juga akan mengurangkan kos pengeluaran. Kesan luaran ini akan akan menyebabkan pengurangan kos aktiviti dalam ternakan udang ini dan pengurangan pencemaran effluent dalam masa yang sama pengeluaran dapat dikawal. Rajah 1 : Penentuan kadar cukai dan kuantiti pengeluaran yang optimum sosial. Price Supply Ps Pp q* Private demand Social demand Qp Qs Quantity Rajah 1, menunjukkan kesan eksternaliti positif atau berfaedah. Dalam industri ternakan rusa tersebut, ia dianggap sebagai aktiviti menjual di pasaran kompetatif. Manfaat peribadi (private demand) marginal untuk mendapatkan bekalan daging rusa adalah kurang daripada manfaat sosial (social demand)
  • 16. 15 dengan jumlah manfaat luar (hasil pelawat dan kunjungan awam makin meningkat). Manfaat luar ini di diwakili oleh jarak menegak di antara kedua-dua lengkung permintaan. Anggaplah tiada kos luaran supaya kos sosial sama dengan kos individu. Jika pembeli mengambil manfaat peribadi untuk mendapatkan bekalan, pasaran akan berakhir pada harga Pp dan kuantiti Qp, bukan harga yang berkesan Ps dan kuantiti Qs. Ini menunjukkan bahawa manfaat sosial marginal sepatutnya sama dengan kos sosial marginal. Pengeluaran bekalan harus ditingkatkan selagi manfaat sosial marginal melampaui kos sosial marginal dan orang ramai akan terus membeli bekalan daging rusa. Isu manfaat luaran ini berkaitan dengan produk tempatan dan adalah sukar untuk mengecualikan masyarakat awam dari mendapat faedah tersebut. Pihak agensi luar dan Kerajaan mampu dan berupaya memainkan peranan bagi manfaatkan situasi untuk memperkenal dan mempromosikan kelebihan bekalan daging rusa sama ada di dalam dan luar negeri. 4.2 Negatif eksternaliti Eksternalisasi negatif (juga dikenali sebagai "kos luar") adalah aktiviti ekonomi yang memberi kesan negatif kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan. Ia boleh timbul sama ada semasa pengeluaran atau penggunaan sesuatu yang baik atau perkhidmatan. Pencemaran dipanggil eksternal kerana ia mengenakan kos kepada orang yang "luar" kepada pengeluar dan pengguna produk pencemaran. Misalnya, terdapat beberapa negatif eksternaliti yang kenalpasti dalam ternakan rusa antaranya; a) Air sisa mempunyai potensi untuk mengancam kualiti air (Howard, 1997). Pengaliran air larut lesap dan penyusupannya ke dalam aliran air permukaan dan aliran air bumi, merupakan salah satu punca masalah pencemaran ke atas bekalan air pada masa kini (McBean et. al., 1995). Walaupun air sisa ternakan digunakan semula sebagai baja untuk tumbuhan, ia tetap menjejaskan kualiti air kesan daripada larian air permukaan dan larut lesap. Apabila kadar pemberian air sisa ternakan melebihi kadar pengambilan oleh tumbuhan, lebihan air sisa ternakan berpotensi tinggi untuk mencemarkan air semulajadi (Ting Teo Ming, et. al., 2007). b) Sisa ternakan rusa boleh memberi kesan terhadap kualiti air jika mengalir terus ke dalam sungai. Kesannya lebih teruk jika isipadu dan frekuensi effluen sangat tinggi. Air sisa ternakan berupaya untuk dijadikan nutrien dan berkebolehan digunakan untuk pertanian. Namun jika air sisa ternakan diaplikasikan pada tahap yang melebihi paras ambilan tumbuhan; air sisa ternakan ini masih boleh menyusup ke dalam air larian permukaan mahupun air bawah tanah sebagai air larut lesap (Innes, 2000).
  • 17. 16 c) Pengurusan najis boleh dibahagikan kepada pengolahan sebagai "pepejal" atau "air buangan". Dalam pengolahan pepejal (solid handling), kuantiti air yang digunakan adalah minimum. Objektif utamanya adalah untuk menstabilkan najis supaya boleh digunakan (contoh sebagai baja tanaman) tanpa risiko kesihatan/penyakit. Apabila air buangan atau "slurry" telah terbentuk kerana pencairan, maka cara pengolahan air pula diperlukan untuk mengurangkan potensi pencemaran di sungai atau saliran. Kandungan tahi rusa bergantung kepada kandungan bahan makanan yang telah diberi. d) Hubung kait diantara cukai membantu kerancakan ekonomi sesebuah firma dapat di terangkan secara ringkas di dalam Rajah 2 di bawah. Sepatutnya titik optimum harga dengan kuantiti adalah di q1, tetapi harga ini tidak termasuk cukai yang dikenakan oleh kerajaan. Ini tidak mengambil kira kadar effluent yang dikeluarkan dengan kos baikpulih yang perlu ditanggung oleh firma berkenaan. Sehubungan dengan itu cukai perlu dikenakan oleh pengguna dengan kenaikan harga jualan dan tahap yang paling optimum adalah di q2. Ini akan menyebabkan harga jualan akan bertambah mahal. Dan cara yang terbaik untuk megurangkan kerugian adalah dengan mengurangkan pengeluaran daging rusa secara optimum. Rajah 2 : Gambarajah bekalan dan permintaan standard jika eksternal boleh dinilai dari segi wang. Harga Social cost Private cost Ps q2 Pp q1 Permintaan Qs Qp Kuantiti Rajah 2, menunjukkan contoh kesan eksternal negative yang terhasil dari ternakan rusa. Air sisa yang dikeluarkan dari aktiviti ternakan rusa akan menyebabkan larut lesap dan penyusupannya ke dalam aliran air permukaan dan aliran air bumi, yang mana impak pengeluaran air sisa ini akan ditanggung oleh orang ke tiga (masyarakat sekitar). Sebagai contoh, industri ternakan rusa ini menjual dipasaran kompetatif iaitu sebelum undang-undang kawalan pencemaran dikenakan dan dikuatkuasakan. Kos peribadi marginal adalah kurang daripada kos
  • 18. 17 sosial jika dibandingkan dengan jumlah kos luaran (kos pencemaran air sungai). Jika pengguna hanya mengambilkira kos persendirian, mereka akan berakhir dengan harga Pp dan kuantiti Qp berbanding harga yang lebih berkesan iaitu Ps dan kuantiti Qs. Ini menunjukkan bahawa manfaat sosial marginal melebili kos sosial marginal iaitu pengeluaran harus ditingkatkan sekiranya manfaat sosial marginal melebihi kos sosial marginal. Hasilnya adalah pasaran bebas tidak cekap kerana pada kuantiti Qp, faedah sosial kurang daripada kos sosial. Ini akan menjadi masalah apabila orang ramai membeli dan dalam masa yang sama akan mendapat kesan pencemaran yang dikeluarkan oleh air sisa ternakan tersebut. Perbincangan ini menunjukkan bahawa terdapat kelebihan negative (pencemaran air permukaan atau saliran) terhadap persekitaran. Ini disebabkan oleh kos persendirian dan sosial tidak diuruskan atau diselesaikan oleh pasaran bebas. Pengurusan komunikasi dan koordinasi dengan komuniti perlu dilakukan dengan baik bagi mengimbangi kos dan faedah dalam industri ternakan udang tersebut. Ini juga menunjukkan bahawa pencemaran bukan sesuatu yang diselesaikan oleh pasaran yang kompetatif. Penyelesaian kolektif sangat diperlukan dimana pihak penguatkuasa melarang pencemaran menggunakan peruntukan perundangan sedia ada atau mengenakan insentif ekonomi (cukai). Cukai Pigovian (juga disebut sebagai cukai Pigouvian) adalah cukai yang dikenakan ke atas sebarang aktiviti pasaran yang menjana luaran negatif (kos yang tidak terwujud dalam harga pasaran). Cukai ini bertujuan untuk membetulkan hasil pasaran yang tidak cekap, dan berbuat demikian dengan ditetapkan sama dengan kos sosial negative. 5.0 Kesimpulan Kesimpulannya, secara tidak langsung setiap projek berkaitan sektor ekonomi secara komesial yang dijalankan akan memberi impak terhadap alam sekitar. Menyedari aktiviti ekonomi perlu dilakukan demi pembangunan Negara, namun penjagaan terhadap kualiti dan keharmonian alam sekitar perlu seiring agar tidak berlaku ketidak seimbangan ekologi. Pemantauan dan penguatkuasaan pihak berwajib yang tidak dipantau malahan peraturan yang terlalu longgar dalam pelepasan air sisa ternakan memberi ruang kepada para penternak untuk melepaskan air sisa secara terus ke permukaan bumi.Dengan wujudnya sistem ini, ia dapat membantu para penternak rusa secara kecil-kecilan dan sederhana untuk melakukan sendiri rawatan air sisa ternakan sebelum dialirkan terus ke persekitaran. Justeru, penyelidikan terhadap kos-faedah ini sangat diperlukan dalam membangunkan sesuatu projek. Hubungan diantara output dengan sosio-ekonomi juga perlu diambilkira untuk memastikan penerimaan masyarakat sekitar terhadap projek ternakan rusa tersebut.
  • 19. 18 Rujukan Buchanan, James; Wm. Craig Stubblebine (November 1962). "Externality". Economica. Chamhuri Siwar, 1986. Kos dan faedah penyelidikan sosio-ekonomi, UKM. Innes, R., (2000). The Economics of Livestock Waste and its Regulation. Am. J. Agric. Econ. 82: 97-117. Jabatan Alam Sekitar Malaysia (2009). Laporan tahunan kualiti persekitaran bagi tahun 2009. Khalid Abdul Rahman, 1991. Ekonomi Alam Sekitar, teori dan amalan, UPM Serdang. Liebowitz, S.J.; Margolis, Stephen E. (1994). "Network externality: An uncommon tragedy". The Journal of Economic Perspectives. American Economic Association. 8 (2): 133– 500 Rat, A.R., & R. Turvey. 1965. Cost-Benefit analysis: a survey. Eeonomif Jmol75 : 683-735. Schuh, G.E., & H. Tollini. 1979. Costs and benefit of agricultural research: The state of the arts. World Bank StaRworking paper, No. 360, October. Ting Teo Ming, Kim Tak Hyun, Lee Myun Joo, (2007). Characterization Of Livestock Watewater at Various Stages of Wastewater Traetment Plant. The Malaysian Jurnal of Analytical Science. Vol. 11. No. 1 (2007): pp 23-28.