SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 18
1.0 Pengenalan
Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat melayu sejak turun
temurun lagi. Seni kraf melayu menjadikan identiti masyarakat melayu lebih
terserlah dan dikenali ramai. Ini kerana kesenian melayu telah diakui dunia sebagai
unik dan menarik. Seni kraf dalam masyarakat melayu mengandungi unsur-unsur
seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, wau,
gasing, tekat, tenunan, seni bina dan sebagainya.
Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai
komersialnya yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, seni kraf
merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta
dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai
pelbagai jenis dan bentuk.
Menurut Khairuddin Bin Talib, melalui Sumber Akta 222-Akta Kemajuan
Kraftangan Malaysia 1979, “Keluaran kraf tangan” bererti apa-apa keluaran artistic
yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada
sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran
tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang
mempunyai reka bentuk pada atau di amna-mana bahagian.
“Dengan perkataan, kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan
menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat
atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh
pengusaha-pengusaha kraf”.
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, tradisional bermaksud mengikut
tradisi, masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun. Ia merupakan
tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam
menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti
membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri
dan lain-lain lagi.
1
Dalam masyarakat melayu. seni kraf tradisional merupakan warisan bangsa,
pusaka peninggalan nenek moyang pada masa dahulu. Penciptaan barang-barang kraf
tradisional memerlukan kepandaian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan
asas sejak dari proses awal hingga sesuatu hasil kraf tangan itu tercipta. Barang-
barang ini kaya dengan unsur-unsur budaya melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak
dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan
hiasan tertentu. Tukang pandai melayu telah menghasilkan bahan-bahan kraf
tradisional yang bukan sahaja berguna tetapi juga dimasukkan unsur-unsur seni yang
indah dan menarik.
Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih
kepada tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih
pula adalah berkisar kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan
lain-lain.
2.0 Falsafah Islam Dan Konsep Islam Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu
Agama Islam menekankan kesenian kerana keindahannya. Ia membawa
makna dan nilai yang halus dan suci yang sesuai digunakan untuk perhiasan dan
persepaduan dalam hidup bermasyarakat. Kesenian Islam merupakan pengaruh
kesenian dari zaman lampau yang dicorakkan berkonsepkan syara’ iaitu berlandaskan
kepercayaan kitab Al-Quran dan juga hadis Nabi. Kebanyakan karya seni Islam
agak mudah dan ringkas.
Menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep
Tauhid dan pengabadian diri kepada Tuhan. Al-Faruqi menegaskan bahawa ‘Setiap
motif ‘arabesque’ dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika
yang tiada Tuhan melainkan Allah. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak’.
Kebanyakan karya-karya seni Islam bersifat peniruan terhadap ciptaan Tuhan
tetapi dengan tujuan untuk mempelajari, memahami dan menginsafi diri kepada
Pencipta. Konsep keinsafan ini bertujuan merendahkan diri terhadap kebesaran Allah,
di mana Karya-karya seni yang dihasilkan adalah gambaran alam yang Tidak semula
jadi iaitu tidak menyerupai alam sebenar. Gambaran alam adalah bersifat konsepsi
sahaja.
2
Kesenian Islam sinonim dengan proses penggayaan. Seniman Islam berusaha
untuk menghasilkan karya daripada alam semula jadi dengan gaya tersendiri.
Gambaran bunga-bungaan tidak menjadi rupa bunga di alam nyata tetapi kita
mengetahui bahawa karya tersebut adalah gambaran bunga. Ciri-ciri asal kejadian dan
sifat bunga itu telah ditiadakan dan yang terhasil adalah suatu konsepsi keindahan.
Seniman Islam akan berusaha untuk menghasilkan karya seni dengan menunjukkan
keindahan sebenar tetapi manusia tidak mampu untuk menyatakan sesuatu tanpa
pengisian ilmu dan ilmu sebenar hanyalah milik Allah SWT.
Dalam Islam, menghasilkan peniruan yang bertentangan dengan ciptaan Allah
SWT adalah dilarang sama sekali. Kebanyakan seniman Islam akan berusaha untuk
mengabstrakkan gambaran alam. Gambaran alam telah berubah kepada corak-corak
tumbuhan dalam gaya geometri. Istilah yang biasa digunakan oleh sarjana Barat
adalah corak ‘arabesque’ manakala seniman Islam menggunakan istilah sendiri iaitu
corak Islimi. Corak Islimi mempunyai makna dan falsafah tersendiri yang
berlandaskan Al-Quran. Model rujukan seni Islam oleh para seniman adalah Al-
Quran.
Bagi kraf yang dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam,
kebanyakan motif atau corak yang dipilih lebih berunsurkan tumbuh-tumbuhan,
geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang dilarang agama.Unsur-
unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan sebagainya
adalah tidak digalakkan dalam seni kraf tradisional Islam. Ini kerana motif benda
bernyawa yang dihasilkan dalam kraf dikhuatiri mempunyai unsur yang tidak diingini
seperti pemujaan dan sebagainya.
3.0 Jenis-jenis Kraf Melayu Tradisional
Seperti yang disebutkan di atas, terdapat banyak jenis kraf. Saya akan
menjelaskan tentang empat jenis kraf tradisional melayu iaitu batik, tenunan songket,
anyaman dan ukiran kayu.
3.1 Batik
Batik adalah seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik merupakan satu
proses yang memerlukan terapan lilin ke atas kain putih yang diregang pada kayu
pemidang. Setelah lakaran dibuat, canting yang berisi lilin cair digunakan untuk
3
melukis lakaran motif. Setelah itu, bahan pewarna disapu pada reka corak.
Seterusnya, beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan
sodium silikit untuk mematikan warna dan air dilalukan kepada kain untuk
menghilangkan sodium silikit tersebut. Kemudian, kain direbus dengan soda ash
untuk menanggalkan lilin. Akhir sekali, kain di cuci dan dibilas di dalam air bersih
sebelum dikeringkan. Sesungguhnya, walaupun proses membuat batik agak lama dan
rumit, tetapi harga yang ditawarkan kepada pembeli sememangnya amat
berpatutan dengan hasil kerja pembuat-pembuat batik. Di Malaysia, terdapat beberapa
jenis batik yang dihasilkan. Antaranya ialah batik blok, batik canting dan batik skrin.
Batik canting Batik blok
3.2 Tenunan Songket
Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional melayu yang popular. Songket
merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak dahulu lagi.
Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil
tenunan yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan
kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah
lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu
telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan terutamanya di negeri Pantai
Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zaman dahulu, motif dan
warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai
contoh songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas
dipakai oleh kerabat raja dan golongan bangsawan. Kini, songket ditenun dengan
4
menggunakan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam
majlis-majlis tertentu.
Contoh songket
3.3 Anyaman
Anyaman merupakan kraf tradisional yang terkenal di kalangan masyarakat
melayu. Anyaman popular di kawasan kampung terutamanya ketupat, tikar
mengkuang dan pelbagai alat keperluan harian. Terdapat beberapa jenis anyaman iaitu
anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan
proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan
yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman untuk
mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya tikar, topi, tudung saji, dan bakul.
Dahulu, aktiviti anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa
lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Kini, anyaman sudah dikomersilkan
dengan penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, kipas, bekas duit, bekas
tisu, alas pinggan, bekas tembakau dan sebagainya. Malah, kini hasil seni anyaman
tidak lagi terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa,
warna dan corak, teknik dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut citarasa
pengguna.
5
ynay yn dypy d p na ayna ynay yn damyk nam yna
4.3 Ukiran Kayu
Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan
alat mengukir seperti pisau wali, ‘carving tool’ (Khairuddin Talib: 2011). Ukiran
sering dilihat pada tangga rumah melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana,
rumah makam, rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan
dan keperluan harian seperti bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan
sebagainya. Ukiran kayu tradisional adalah satu hasil kreativiti masyarakat melayu
yang mengagumkan. Ukiran kayu dihasilkan bukan sahaja dihasilkan oleh orang
melayu, malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli.
Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin
agak berbeza.
Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul
dan ukiran tebukan tembus. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan
penting dalam memperkembang dan menghidupkan seni ukiran yang kini menjadi
peninggalan yang amat berharga. Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu
yang membawa Al-Quran sebagai pegangan menjadi sumber motif ukiran
bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga antara seni kraf
yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan
6
kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan.
Ukiran kayu sebagai hiasan Ukiran pada hulu keris
4.0 Proses Penggarapan Motif Berasaskan kepada Subjek Alam
Motif yang digunakan pada seni kraf tradisional dipengaruhi oleh unsur-unsur alam
sekitar dan cara hidup bermasyarakat. Pengukir mendapat idea daripada persekitaran,
adat resam, agama, iklim, geografi, dan kepercayaan. Antara unsur yang diigunakan
ialah :
4.1 Unsur geometri
Unsur geometri merupakan corak yang berulang-ulang berdasarkan corak geometri
dan unsur lain yang disusun dalam bentuk geometri. Bentuk-bentuk geometri yang
biasa digunakan dalam kraf tradisional ialah segi empat, segi tiga, bulatan dan
poligon. Bentuk segi tiga menjadi asas kepada motif pucuk rebung yang bertunjang
kepada pencipta alam yang satu iaitu Allah swt. Motif geometri biasanya digunakan
pada alang pintu, pemidang, tebar layar dan jeriji tingkap.
7
Songket batik
4.2 Unsur flora
Unsur flora merupakan unsur yang paling popular digunakan sebagi motif kraf
tradisional. Unsur terdiri daripada bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Unsur
flora pada kraf tradisional selalunya bermotifkan daun keladi, bunga melur, bunga
cempaka dan sebagainya. Hasil kraf bermotif ini biasanya dijadikan bingkai, dinding
rumah, istana, dan pintu. Motif flora ini menampakkan lagi keunikan dan kecantikan
dinding.
4.3 Unsur arabes
Unsur arabes merupakan motif dalam ukiran tradisional yang menerapkan unsur
geometri dan kaligrafi. Kebanyakan motif berunsur arabes biasanya dibuat ukiran
kayu dan diletakkan di dinding masjid. Ini kerana corak yang berlubang-lubang pada
ukiran menjadi ruang udara yang membenarkan angin masuk.
8
Unsur arabes pada mimbar masjid
0.5 iCiC-uCiCel nCenlirneurneH naric eycdrireurirnePrlCiem l nCrnes iric
iaka-aka iaiy pyn d nayk u a pyay pydyd paiauyd dypy mkyn dkypaaa nyi
iya.
5.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik
Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah
kemahiran yang tinggi perlu ada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu
menggarap motif yang kreatif dan indah lalu diterjemahkan kepada sehelai kain polos
yang berwarna putih. Proses penggarapan motif selalunya adalah berasakan sumber
alam sekeliling. Jika di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu yang
terkenal dengan penghasilan batik yang halus dan ekslusif, unsur-unsur motif yang
dipilih adalah berasaskan hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan,
subjek yang berkaitan pantai. Mereka menjadikan objek sekeliling sebagai motif
yang digubah indah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Masyarakat melayu
selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekeliling mereka itu mempunyai
keistimewaan dan menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat di
dalam batik yang dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak yang
menarik dalam batik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya,
dan sebagainya yang banyak di dapati di kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan
motif popular kepada para pembuat batik.
Dalam Islam juga sendiri menggalakkan kesenian kepada manusia sejagat
dalam menunjukkan penghargaan dan rasa syukur kepada Tuhan yang esa. Al Ghazali
pernah mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang
jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan
rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia”.
Budaya melayu itu sendiri, lebih mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan
kebaikan dalam menghasilkan seni berlandaskan kepada seni yang dituntut oleh
Islam. Para ulama Islam iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-
Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal menyatakan bahawa membuat gambar atau
mengukir patung berunsurkan manusia atau haiwan adalah dilarang sama sekali
kerana menurut hadith Rasulullah, ia dikira mencabar kuasa Allah Taala. Apatah lagi
9
jika sesuatu gambar itu dihasilkan untuk tujuan penyembahan agama lain ia
mewujudkan kemaksiatan dan menyekutukan Allah SWT. Namun begitu, dalam
Mazhab Imam Al Maliki pula, para ulama menyatakan bahawa melukis objek ini
dibenarkan walaupun makruh.
Dalam kraf tradisional yang dihasilkan dalam budaya Melayu bercirikan
Islam, motif flora sering menjadi pilihan seperti dalam batik motif bunga,
kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur disusun indah
seolah-olah pembuat batik ingin menterjemahkan perasaannya yang mengagumi
ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Unsur geometri
juga menjadi pilihan yang menarik dan mempunyai keistimewaan sendiri dan sering
dijadikan kaki kain. Kadang-kadang, garis-garis lurus direka dan disusun menjadi
motif seperti cengkerang, siput, kisi-kisi dan lain-lain lagi.
Motif batik bercorak arabes iaitu gabungan antara motif flora
dan geometri. Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan
corak paku-pakis,akar kayu dan bentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga
ke atas kain. Penulis berpendapat, susunan motif ini menterjemahkan imaginasi
pembuat batik melalui motif-motif yang dipilih untuk menggambarkan bahawa
betapa indahnya objek ciptaan Allah. Contoh motif seperti bungaan dan dedaunan,
akar serta corak paku-pakis. Warna-warna harmoni digunakan adalah merah
muda serta kuning dan jingga serta berlatarkan warna hitam yang menarik mata
memandang. Dari konsep sains pula, tumbuhan memberi banyak faedah kepada
manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan setiap makluk
yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat mengindahkan rumah kediaman atau baik
untuk penglihatan manusia dan memberi ketenangan pada jiwa manusia. Kesenian
seperti inilah yang dituntut dalam Islam.
5.2 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket
Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti
Bunga Tanjung, Bunga Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan
lain-lain lagi. Selain itu motif daripada haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-
kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga menjadi sumber inspirasi para penenun
menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah geometri, bintang pecah lapan
10
dan mahkota. Penenun-penenun biasanya sangat kreatif dan mempunyai pemerhatian
yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan motif songket adalah
daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayu yang menjadi
kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam (Dr. Norwani Md
Nawawi: Utusan Online).
Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea
dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang
akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai. Karya yang dihasilkan menarik dan
mempunyai nilai estetika yang tinggi. Setiap hasil tenunan itu kebanyakannya tidak
lari daripada bercirikan Islam, yang mana penenun ingin menyampaikan perasaan
mereka melalui motif yang dihasilkan tentang rasa kesyukuran dan
kekaguman dengan ciptaan Allah.
5.3 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman
Dalam kraf tradisional anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari
alam sekitar. Motif anyaman yang sering digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama
manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang dihasilkan bukanlah
berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap
bicara orang zaman dahulu sahaja. Contohnya kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah
ketapang, kelarai Jari Kedidi, Kelarai Tapak Anjing, kelarai Mata Ketitir adalah
sebahagian nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelarai ini cukup indah
dan menarik dipandang mata. Kelarai daripada tumbuhan pula terdiri daripada Kelarai
Tampuk Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain. Begitu
hebat orang zaman dahulu yang berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan sumber
inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yang mempunyai makna tersendiri .
11
5.4 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Ukiran Kayu
Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri
daripada motif flora, fauna, arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan
motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Antara motif ukiran
kayu ditunjukkan di bawah:
12
Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek sekeliling seperti bunga
teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada
bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat
Al Quran. Kebanyakannya melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang
bernaungkan agama Islam. Di kebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak
terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin,
bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita
dapati ayat-ayat Al Quran diukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif
pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh
ukiran yang telah diambil untuk kita analisis bagaimana idea motif itu digarap dan
ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut.
6.0 Prinsip Motif Ukiran Kayu Tradisional
Daya kreativiti dan pemikiran melayu dapatlah dipastikan dari jenis daun,
ranting dan bunga yang ada pada bahagian-bahagian rumah yang dihiasi dengan
ukiran pada tangga, daun pintu, tingkap, tiang, dinding. Pengukir melakukan proses
pengolahan idea dalam memenuhi prinsip kesenian melayu . Terdapat enam prinsip
13
motif ukiran kayu tradisional melayu yang menjadi tunjang pada daya kreativiti dan
pemikiran dalam menghasilkan seni kraf tradisional.
a) Halus
Prinsip halus diterapkan dalam motif ukiran kayu tradisional melayu
menggambarkan daya kreativiti dan pemikiran melayu. Ia melibatkan konsep di
antara kraf atau kemahiran dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk mencipta
sebarang objek seni. Kemahiran dan kepakaran amat penting dalam menghasilkan
karya seni yang sempurna. Prinsip halus ini didasari oleh dua faktor iaitu cara
pembuatan dan kejujuran pada bahan. Tukang ukir melayu yang menghasilkan seni
rupa haruslah bersungguh-sungguh, berfikiran waras, berminat, berbakat, mahir dan
mengetahui teknik pembuatan yang betul. Kejujuran semasa menghasilkan seni ukiran
dilihat daripada bermulanya proses pembuatan hingga akhir proses. Bahan-bahan
yang digunakan mestilah asli dan tidak bercampur dengan bahan-bahan lain. Kedua-
dua faktor ini adalah penting bagi mengekalkan kehalusan sesuatu hasil seni ukiran
yang dihasilkan. Ciri-ciri kehalusan ini dapat dilihat pada tangkai keris, parang,
senduk, bangau, nisan, tembikar dan sebagainya. Sebagai contoh, kreativiti melayu
dilihat dalam menghasilkan seni rupa mata keris. Prinsip halus ini memperlihatkan
pemikiran melayu dalam mengadaptasikan bentuk-bentuk dari alam semulajadi di
dalam hidup, sikap dan karya bangsa melayu. Setiap peristiwa yang berlaku dalam
alam sekitar dirakamkan sebagai hasil seni rupa melayu yang akhirnya terhasillah
motif ukiran kayu yang halus karyanya.
b) Berguna
Setiap seni rupa yang dihasilkan bukan sekadar untuk dipamerkan tetapi juga
mempunyai kegunaannya yang tertentu. Faedah yang diperolehi adalah untuk
kegunaan kehidupan seharian. Sebagai contoh, kukur untuk mengukur kelapa, saji
menutup sarapan, tembikar mengisi air atau sarapan, keris sebagai senjata dan
lambang, dan ukiran di tangga, di tingkap serta di dinding sebagai hiasan permukaan
dan sebagainya. Tembikar yang indah bentuknya digunakan pada waktu-waktu
tertentu seperti kenduri. Ukiran-ukiran di tingkap dan dinding rumah juga mempunyai
kegunaan yang tersendiri. Ukiran-ukiran yang terdapat di dinding rumah ini bukan
sahaja tampak menarik bahkan berfungsi sebagai pengalir udara dan cahaya. Udara
yang memasuki ruang rumah akan mengurangkan haba di dalam rumah ketika cuaca
14
panas. Prinsip berguna ini telah memperkayakan lagi daya kreativiti dan pemikiran
melayu dengan kegunaan kraf tradisional itu.
c) Bersatu
Prinsip bersatu bererti keharmonian karya seni itu. Kebiasaannya, prinsip ini dilihat
daripada pennggunaan warna dan corak yang dihasilkan. Ia juga mempunyai maksud
tersirat tentang integrasi sesama masyarakat melayu. Perkaitan yang terhasil daripada
motif ukiran kayu memeberi makna komposisi yang kukuh. Di antara permulaan dan
penamatnya, wujud pula perkaitan dan intergrasi. Oleh itu, jelaslah prinsip bersatu
dalam ukiran kayu tradisional memaparkan daya kreativiti dan pemikiran melayu
yang mementingkan nilai permuafakatan yang kukuh dalam kehidupan seharian
melayu.
d) Berlawan
Prinsip berlawan dalam motif ukiran kayu tradisional melayu menggambarkan
manifestasi daya kreativiti dan pemikiran melayu. Prinsip ini merupakan pertentangan
yang terkawal antara dua atau lebih jenis permukaan, contohnya permukaan yang
kasar dan licin. Saingan jenis permukaan ini digalakkan demi mendapatkan
kesudahan yang baik dan sempurna. Walaupun prinsip ini bertentangan dengan sifat
orang melayu yang enggan bertegang atau berlawan tetapi sebenarnya pemikiran
melayu yang cuba disampaikan dalam hasil seni rupa melayu ini menegaskan bahawa
cara orang melayu mengawal perlawanan yang disebabkan oleh ketegangan itu.
e) Berlambang
Lambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan
bentuk. Menurut Zakaria Ali (1989), keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang
membawa segala unsur lambang yang amat diperlukan bagi mempertahankan maruah
orang melayu. Keris bermata dua mampu menjadi lawan dan kawan kerana ia
merbahaya tetapi indah. Nilai estetika sesuatu karya seni melayu harus
melambangkan budaya dan hasil seni masyarakat melayu yang memiliki daya
kreativiti dan pemikiran yang mendalam dan luas. Kebanyakan hasil ukiran
tradisional melambangkan kebudayaan masyarakat itu sendiri. Justeru, setiap hasil
ukiran kayu melambangkan daya kreativiti yang tinggi serta pemikiran melayu dalam
menghasilkan seni rupa melayu.
15
f) Bermakna
Prinsip kesenian orang melayu yang terakhir ialah bermakna. Setiap hasil seni
tradisional melayu mempunyai makna yang wajar dan munasabah dengan kupasan
amanat, mesej atau nasihat yang tersurat. Prinsip bermakna dalam hasil seni
tradisional melayu wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ragam hias yang bermakna
intrinsik ialah ukiran berbunga yang diketahui nama bunga-bunga dan juga
kaligrafinya. Biasanya ukiran dilihat pada abjad-abjad yang dicat, diukir dan dipahat,
diatur dan digubah berupa utusan biasa, puisi, doa, mantera, perintah dan sebagainya.
Alas di mana bentuk ragam hias tersebut wujud itu sendiri, kalau diterima sebagai
indah berseni, adalah penerang makna yang baik. Sedangkan ragam hias yang
bermakna ekstrinsik memerlukan pembantu untuk menerangkan makna yang
terkandung di dalamnya.
7.0 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam
Foto ukiran jenis tebuk tembus ini didapati di sebuah surau lama di Endau,
Mersing bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum
bahawa seni khat adalah keistimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-
16
bangunan Islam, masjid, surau, sekolah agama, dan segelintir rumah orang Melayu
Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara Timur Tengah. Wujudnya ukiran
seperti ini adalah memberi kesan keindahan yang mendekatkan diri manusia kepada
Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan
ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati
dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001).
Ukiran di atas didapati di sebuah surau di Kampung Melayu, Johor bahru.
Ukiran kayu ini dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari
motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Corak disusun dengan
indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkan bahawa
pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah yang luas ini dan menterjemahkannya
dengan cara tersendiri.
Kita boleh menafsirkan bahawa pengukir sebenarnya menghayati
kebesaran Ilahi dan mengagumi bahawa setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai
fungsi tersendiri. Konsep penting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan
Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan merendah
diri pada Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar
bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002).
Dalam seni ukiran Islam, pengukir perlulah mengikut syariat agama seperti
tidak menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau makhluk bernyawa.
Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti unsur-unsur,
penyembahan dan pemujaan. Ukiran yang dibuat perlulah bermotif kaligrafi
dan arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau dan dilarang dalam
17
Islam. Seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari
kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan
budi sesuatu kaum (Norashikin Mhd Bani,2002). Budaya Melayu sendiri juga
mengajar anak-anak agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemaikan jiwa
dengan iman melalui penghayatan kepada agama Islam.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dapatlah dilihat kraf tradisional melayu mempunyai ciri-ciri
keislaman yang bersepadu di dalam masyarakat melayu dan agama Islam.
Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang
memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan
yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Sifat sabar dan bertolak ansur dalam
penghasilan kraf tradisional merupakan tuntutan dalam agama Islam. Begitu juga
dengan sifat bersyukur dan nilai menghargai alam sekeliling yang diterapkan. Motif-
motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang tersirat
yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba kepada
Penciptanya.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Konsep Seni Islam, Seni Cina Dan Seni
Konsep Seni Islam, Seni Cina Dan SeniKonsep Seni Islam, Seni Cina Dan Seni
Konsep Seni Islam, Seni Cina Dan Seni
artventure ipkt
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan
Nur Aisya
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisional
marshiza
 
Kraf Ukiran
Kraf UkiranKraf Ukiran
Kraf Ukiran
louisia
 
Unsur unsur seni
Unsur unsur seniUnsur unsur seni
Unsur unsur seni
nike
 
Anyaman
AnyamanAnyaman
Anyaman
nike
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation
Boss
 
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islamCtu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Syuk Bond
 

La actualidad más candente (20)

Seni Tekat Slide PPT
Seni Tekat Slide PPTSeni Tekat Slide PPT
Seni Tekat Slide PPT
 
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalFungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
 
Anyaman
AnyamanAnyaman
Anyaman
 
Batik
Batik Batik
Batik
 
Konsep Seni Islam, Seni Cina Dan Seni
Konsep Seni Islam, Seni Cina Dan SeniKonsep Seni Islam, Seni Cina Dan Seni
Konsep Seni Islam, Seni Cina Dan Seni
 
Seni catan
Seni catanSeni catan
Seni catan
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisional
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
Jenis-jenis Arca
Jenis-jenis ArcaJenis-jenis Arca
Jenis-jenis Arca
 
Kraf Ukiran
Kraf UkiranKraf Ukiran
Kraf Ukiran
 
Seni Seramik Slide PPT
Seni Seramik Slide PPTSeni Seramik Slide PPT
Seni Seramik Slide PPT
 
Unsur unsur seni
Unsur unsur seniUnsur unsur seni
Unsur unsur seni
 
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
 
Anyaman
AnyamanAnyaman
Anyaman
 
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapanganKeris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
Keris (rekabentuk tradisional sem 2) kajian lapangan
 
Tembikar
TembikarTembikar
Tembikar
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation
 
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islamCtu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
Ctu 281 kuliah 6 konsep seni tampak islam
 

Similar a Seni hbae3103

HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENIHBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
muhammad
 

Similar a Seni hbae3103 (20)

HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENIHBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
HBAE4303 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI
 
Modul 3 Seni Sulaman
Modul 3 Seni SulamanModul 3 Seni Sulaman
Modul 3 Seni Sulaman
 
Seni Sulaman 1 Slide PPT
Seni Sulaman 1 Slide PPTSeni Sulaman 1 Slide PPT
Seni Sulaman 1 Slide PPT
 
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
 
Modul 07 anyaman
Modul 07   anyamanModul 07   anyaman
Modul 07 anyaman
 
Kuliah objek seni anyaman mgkuang
Kuliah objek seni anyaman mgkuangKuliah objek seni anyaman mgkuang
Kuliah objek seni anyaman mgkuang
 
Modul 2 Seni Tekat
Modul 2 Seni TekatModul 2 Seni Tekat
Modul 2 Seni Tekat
 
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONALUkiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
Ukiran mat jek HBAE3103 TAJUK KURSUs KRAF TRADISIONAL
 
Seni kriya
Seni kriyaSeni kriya
Seni kriya
 
Seni kriya
Seni kriyaSeni kriya
Seni kriya
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
 
Fail
FailFail
Fail
 
Modul 2 Seni Tekat
Modul 2 Seni TekatModul 2 Seni Tekat
Modul 2 Seni Tekat
 
Makalah kebudayaan batik indonesia
Makalah kebudayaan batik indonesiaMakalah kebudayaan batik indonesia
Makalah kebudayaan batik indonesia
 
Nusantara
NusantaraNusantara
Nusantara
 
karya tulis ilmiah desain kemasan produk batik "Suminar"
karya tulis ilmiah desain kemasan produk batik "Suminar"karya tulis ilmiah desain kemasan produk batik "Suminar"
karya tulis ilmiah desain kemasan produk batik "Suminar"
 
Membuat kerajinan
Membuat kerajinanMembuat kerajinan
Membuat kerajinan
 
Modul 3 Seni Sulaman
Modul 3 Seni SulamanModul 3 Seni Sulaman
Modul 3 Seni Sulaman
 
Kraf tradisi
Kraf tradisiKraf tradisi
Kraf tradisi
 
1
11
1
 

Último

SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 

Último (20)

MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 

Seni hbae3103

  • 1. 1.0 Pengenalan Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat melayu sejak turun temurun lagi. Seni kraf melayu menjadikan identiti masyarakat melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Ini kerana kesenian melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Seni kraf dalam masyarakat melayu mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan sebagainya. Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, seni kraf merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Menurut Khairuddin Bin Talib, melalui Sumber Akta 222-Akta Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, “Keluaran kraf tangan” bererti apa-apa keluaran artistic yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di amna-mana bahagian. “Dengan perkataan, kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf”. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, tradisional bermaksud mengikut tradisi, masyarakat yang mengamalkan cara hidup yang turun-temurun. Ia merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain lagi.
  • 2. 1 Dalam masyarakat melayu. seni kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang pada masa dahulu. Penciptaan barang-barang kraf tradisional memerlukan kepandaian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas sejak dari proses awal hingga sesuatu hasil kraf tangan itu tercipta. Barang- barang ini kaya dengan unsur-unsur budaya melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Tukang pandai melayu telah menghasilkan bahan-bahan kraf tradisional yang bukan sahaja berguna tetapi juga dimasukkan unsur-unsur seni yang indah dan menarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah berkisar kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. 2.0 Falsafah Islam Dan Konsep Islam Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Agama Islam menekankan kesenian kerana keindahannya. Ia membawa makna dan nilai yang halus dan suci yang sesuai digunakan untuk perhiasan dan persepaduan dalam hidup bermasyarakat. Kesenian Islam merupakan pengaruh kesenian dari zaman lampau yang dicorakkan berkonsepkan syara’ iaitu berlandaskan kepercayaan kitab Al-Quran dan juga hadis Nabi. Kebanyakan karya seni Islam agak mudah dan ringkas. Menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep Tauhid dan pengabadian diri kepada Tuhan. Al-Faruqi menegaskan bahawa ‘Setiap motif ‘arabesque’ dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang tiada Tuhan melainkan Allah. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak’. Kebanyakan karya-karya seni Islam bersifat peniruan terhadap ciptaan Tuhan tetapi dengan tujuan untuk mempelajari, memahami dan menginsafi diri kepada Pencipta. Konsep keinsafan ini bertujuan merendahkan diri terhadap kebesaran Allah, di mana Karya-karya seni yang dihasilkan adalah gambaran alam yang Tidak semula jadi iaitu tidak menyerupai alam sebenar. Gambaran alam adalah bersifat konsepsi sahaja.
  • 3. 2 Kesenian Islam sinonim dengan proses penggayaan. Seniman Islam berusaha untuk menghasilkan karya daripada alam semula jadi dengan gaya tersendiri. Gambaran bunga-bungaan tidak menjadi rupa bunga di alam nyata tetapi kita mengetahui bahawa karya tersebut adalah gambaran bunga. Ciri-ciri asal kejadian dan sifat bunga itu telah ditiadakan dan yang terhasil adalah suatu konsepsi keindahan. Seniman Islam akan berusaha untuk menghasilkan karya seni dengan menunjukkan keindahan sebenar tetapi manusia tidak mampu untuk menyatakan sesuatu tanpa pengisian ilmu dan ilmu sebenar hanyalah milik Allah SWT. Dalam Islam, menghasilkan peniruan yang bertentangan dengan ciptaan Allah SWT adalah dilarang sama sekali. Kebanyakan seniman Islam akan berusaha untuk mengabstrakkan gambaran alam. Gambaran alam telah berubah kepada corak-corak tumbuhan dalam gaya geometri. Istilah yang biasa digunakan oleh sarjana Barat adalah corak ‘arabesque’ manakala seniman Islam menggunakan istilah sendiri iaitu corak Islimi. Corak Islimi mempunyai makna dan falsafah tersendiri yang berlandaskan Al-Quran. Model rujukan seni Islam oleh para seniman adalah Al- Quran. Bagi kraf yang dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang dipilih lebih berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang dilarang agama.Unsur- unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf tradisional Islam. Ini kerana motif benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf dikhuatiri mempunyai unsur yang tidak diingini seperti pemujaan dan sebagainya. 3.0 Jenis-jenis Kraf Melayu Tradisional Seperti yang disebutkan di atas, terdapat banyak jenis kraf. Saya akan menjelaskan tentang empat jenis kraf tradisional melayu iaitu batik, tenunan songket, anyaman dan ukiran kayu. 3.1 Batik Batik adalah seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik merupakan satu proses yang memerlukan terapan lilin ke atas kain putih yang diregang pada kayu pemidang. Setelah lakaran dibuat, canting yang berisi lilin cair digunakan untuk
  • 4. 3 melukis lakaran motif. Setelah itu, bahan pewarna disapu pada reka corak. Seterusnya, beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan sodium silikit untuk mematikan warna dan air dilalukan kepada kain untuk menghilangkan sodium silikit tersebut. Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk menanggalkan lilin. Akhir sekali, kain di cuci dan dibilas di dalam air bersih sebelum dikeringkan. Sesungguhnya, walaupun proses membuat batik agak lama dan rumit, tetapi harga yang ditawarkan kepada pembeli sememangnya amat berpatutan dengan hasil kerja pembuat-pembuat batik. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis batik yang dihasilkan. Antaranya ialah batik blok, batik canting dan batik skrin. Batik canting Batik blok 3.2 Tenunan Songket Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional melayu yang popular. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zaman dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai contoh songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas dipakai oleh kerabat raja dan golongan bangsawan. Kini, songket ditenun dengan
  • 5. 4 menggunakan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis tertentu. Contoh songket 3.3 Anyaman Anyaman merupakan kraf tradisional yang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Anyaman popular di kawasan kampung terutamanya ketupat, tikar mengkuang dan pelbagai alat keperluan harian. Terdapat beberapa jenis anyaman iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya tikar, topi, tudung saji, dan bakul. Dahulu, aktiviti anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Kini, anyaman sudah dikomersilkan dengan penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, kipas, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, bekas tembakau dan sebagainya. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.
  • 6. 5 ynay yn dypy d p na ayna ynay yn damyk nam yna 4.3 Ukiran Kayu Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ‘carving tool’ (Khairuddin Talib: 2011). Ukiran sering dilihat pada tangga rumah melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam, rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian seperti bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya. Ukiran kayu tradisional adalah satu hasil kreativiti masyarakat melayu yang mengagumkan. Ukiran kayu dihasilkan bukan sahaja dihasilkan oleh orang melayu, malahan, suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin agak berbeza. Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan seni ukiran yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga. Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa Al-Quran sebagai pegangan menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga antara seni kraf yang terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan
  • 7. 6 kayu-kayan yang digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan. Ukiran kayu sebagai hiasan Ukiran pada hulu keris 4.0 Proses Penggarapan Motif Berasaskan kepada Subjek Alam Motif yang digunakan pada seni kraf tradisional dipengaruhi oleh unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup bermasyarakat. Pengukir mendapat idea daripada persekitaran, adat resam, agama, iklim, geografi, dan kepercayaan. Antara unsur yang diigunakan ialah : 4.1 Unsur geometri Unsur geometri merupakan corak yang berulang-ulang berdasarkan corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam bentuk geometri. Bentuk-bentuk geometri yang biasa digunakan dalam kraf tradisional ialah segi empat, segi tiga, bulatan dan poligon. Bentuk segi tiga menjadi asas kepada motif pucuk rebung yang bertunjang kepada pencipta alam yang satu iaitu Allah swt. Motif geometri biasanya digunakan pada alang pintu, pemidang, tebar layar dan jeriji tingkap.
  • 8. 7 Songket batik 4.2 Unsur flora Unsur flora merupakan unsur yang paling popular digunakan sebagi motif kraf tradisional. Unsur terdiri daripada bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Unsur flora pada kraf tradisional selalunya bermotifkan daun keladi, bunga melur, bunga cempaka dan sebagainya. Hasil kraf bermotif ini biasanya dijadikan bingkai, dinding rumah, istana, dan pintu. Motif flora ini menampakkan lagi keunikan dan kecantikan dinding. 4.3 Unsur arabes Unsur arabes merupakan motif dalam ukiran tradisional yang menerapkan unsur geometri dan kaligrafi. Kebanyakan motif berunsur arabes biasanya dibuat ukiran kayu dan diletakkan di dinding masjid. Ini kerana corak yang berlubang-lubang pada ukiran menjadi ruang udara yang membenarkan angin masuk.
  • 9. 8 Unsur arabes pada mimbar masjid 0.5 iCiC-uCiCel nCenlirneurneH naric eycdrireurirnePrlCiem l nCrnes iric iaka-aka iaiy pyn d nayk u a pyay pydyd paiauyd dypy mkyn dkypaaa nyi iya. 5.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah kemahiran yang tinggi perlu ada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah lalu diterjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses penggarapan motif selalunya adalah berasakan sumber alam sekeliling. Jika di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenal dengan penghasilan batik yang halus dan ekslusif, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskan hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai. Mereka menjadikan objek sekeliling sebagai motif yang digubah indah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Masyarakat melayu selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekeliling mereka itu mempunyai keistimewaan dan menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat di dalam batik yang dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak yang menarik dalam batik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya yang banyak di dapati di kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik. Dalam Islam juga sendiri menggalakkan kesenian kepada manusia sejagat dalam menunjukkan penghargaan dan rasa syukur kepada Tuhan yang esa. Al Ghazali pernah mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia”. Budaya melayu itu sendiri, lebih mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan kebaikan dalam menghasilkan seni berlandaskan kepada seni yang dituntut oleh Islam. Para ulama Islam iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al- Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal menyatakan bahawa membuat gambar atau mengukir patung berunsurkan manusia atau haiwan adalah dilarang sama sekali kerana menurut hadith Rasulullah, ia dikira mencabar kuasa Allah Taala. Apatah lagi
  • 10. 9 jika sesuatu gambar itu dihasilkan untuk tujuan penyembahan agama lain ia mewujudkan kemaksiatan dan menyekutukan Allah SWT. Namun begitu, dalam Mazhab Imam Al Maliki pula, para ulama menyatakan bahawa melukis objek ini dibenarkan walaupun makruh. Dalam kraf tradisional yang dihasilkan dalam budaya Melayu bercirikan Islam, motif flora sering menjadi pilihan seperti dalam batik motif bunga, kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur disusun indah seolah-olah pembuat batik ingin menterjemahkan perasaannya yang mengagumi ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Unsur geometri juga menjadi pilihan yang menarik dan mempunyai keistimewaan sendiri dan sering dijadikan kaki kain. Kadang-kadang, garis-garis lurus direka dan disusun menjadi motif seperti cengkerang, siput, kisi-kisi dan lain-lain lagi. Motif batik bercorak arabes iaitu gabungan antara motif flora dan geometri. Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan corak paku-pakis,akar kayu dan bentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga ke atas kain. Penulis berpendapat, susunan motif ini menterjemahkan imaginasi pembuat batik melalui motif-motif yang dipilih untuk menggambarkan bahawa betapa indahnya objek ciptaan Allah. Contoh motif seperti bungaan dan dedaunan, akar serta corak paku-pakis. Warna-warna harmoni digunakan adalah merah muda serta kuning dan jingga serta berlatarkan warna hitam yang menarik mata memandang. Dari konsep sains pula, tumbuhan memberi banyak faedah kepada manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan setiap makluk yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat mengindahkan rumah kediaman atau baik untuk penglihatan manusia dan memberi ketenangan pada jiwa manusia. Kesenian seperti inilah yang dituntut dalam Islam. 5.2 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung, Bunga Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu motif daripada haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu- kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga menjadi sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah geometri, bintang pecah lapan
  • 11. 10 dan mahkota. Penenun-penenun biasanya sangat kreatif dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan motif songket adalah daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam (Dr. Norwani Md Nawawi: Utusan Online). Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dan sumber dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi tenunan hebat yang tidak ternilai. Karya yang dihasilkan menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Setiap hasil tenunan itu kebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam, yang mana penenun ingin menyampaikan perasaan mereka melalui motif yang dihasilkan tentang rasa kesyukuran dan kekaguman dengan ciptaan Allah. 5.3 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman Dalam kraf tradisional anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang sering digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orang zaman dahulu sahaja. Contohnya kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai Jari Kedidi, Kelarai Tapak Anjing, kelarai Mata Ketitir adalah sebahagian nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelarai ini cukup indah dan menarik dipandang mata. Kelarai daripada tumbuhan pula terdiri daripada Kelarai Tampuk Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain. Begitu hebat orang zaman dahulu yang berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yang mempunyai makna tersendiri .
  • 12. 11 5.4 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Ukiran Kayu Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif flora, fauna, arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Antara motif ukiran kayu ditunjukkan di bawah:
  • 13. 12 Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek sekeliling seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama Islam. Di kebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati ayat-ayat Al Quran diukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita analisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut. 6.0 Prinsip Motif Ukiran Kayu Tradisional Daya kreativiti dan pemikiran melayu dapatlah dipastikan dari jenis daun, ranting dan bunga yang ada pada bahagian-bahagian rumah yang dihiasi dengan ukiran pada tangga, daun pintu, tingkap, tiang, dinding. Pengukir melakukan proses pengolahan idea dalam memenuhi prinsip kesenian melayu . Terdapat enam prinsip
  • 14. 13 motif ukiran kayu tradisional melayu yang menjadi tunjang pada daya kreativiti dan pemikiran dalam menghasilkan seni kraf tradisional. a) Halus Prinsip halus diterapkan dalam motif ukiran kayu tradisional melayu menggambarkan daya kreativiti dan pemikiran melayu. Ia melibatkan konsep di antara kraf atau kemahiran dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk mencipta sebarang objek seni. Kemahiran dan kepakaran amat penting dalam menghasilkan karya seni yang sempurna. Prinsip halus ini didasari oleh dua faktor iaitu cara pembuatan dan kejujuran pada bahan. Tukang ukir melayu yang menghasilkan seni rupa haruslah bersungguh-sungguh, berfikiran waras, berminat, berbakat, mahir dan mengetahui teknik pembuatan yang betul. Kejujuran semasa menghasilkan seni ukiran dilihat daripada bermulanya proses pembuatan hingga akhir proses. Bahan-bahan yang digunakan mestilah asli dan tidak bercampur dengan bahan-bahan lain. Kedua- dua faktor ini adalah penting bagi mengekalkan kehalusan sesuatu hasil seni ukiran yang dihasilkan. Ciri-ciri kehalusan ini dapat dilihat pada tangkai keris, parang, senduk, bangau, nisan, tembikar dan sebagainya. Sebagai contoh, kreativiti melayu dilihat dalam menghasilkan seni rupa mata keris. Prinsip halus ini memperlihatkan pemikiran melayu dalam mengadaptasikan bentuk-bentuk dari alam semulajadi di dalam hidup, sikap dan karya bangsa melayu. Setiap peristiwa yang berlaku dalam alam sekitar dirakamkan sebagai hasil seni rupa melayu yang akhirnya terhasillah motif ukiran kayu yang halus karyanya. b) Berguna Setiap seni rupa yang dihasilkan bukan sekadar untuk dipamerkan tetapi juga mempunyai kegunaannya yang tertentu. Faedah yang diperolehi adalah untuk kegunaan kehidupan seharian. Sebagai contoh, kukur untuk mengukur kelapa, saji menutup sarapan, tembikar mengisi air atau sarapan, keris sebagai senjata dan lambang, dan ukiran di tangga, di tingkap serta di dinding sebagai hiasan permukaan dan sebagainya. Tembikar yang indah bentuknya digunakan pada waktu-waktu tertentu seperti kenduri. Ukiran-ukiran di tingkap dan dinding rumah juga mempunyai kegunaan yang tersendiri. Ukiran-ukiran yang terdapat di dinding rumah ini bukan sahaja tampak menarik bahkan berfungsi sebagai pengalir udara dan cahaya. Udara yang memasuki ruang rumah akan mengurangkan haba di dalam rumah ketika cuaca
  • 15. 14 panas. Prinsip berguna ini telah memperkayakan lagi daya kreativiti dan pemikiran melayu dengan kegunaan kraf tradisional itu. c) Bersatu Prinsip bersatu bererti keharmonian karya seni itu. Kebiasaannya, prinsip ini dilihat daripada pennggunaan warna dan corak yang dihasilkan. Ia juga mempunyai maksud tersirat tentang integrasi sesama masyarakat melayu. Perkaitan yang terhasil daripada motif ukiran kayu memeberi makna komposisi yang kukuh. Di antara permulaan dan penamatnya, wujud pula perkaitan dan intergrasi. Oleh itu, jelaslah prinsip bersatu dalam ukiran kayu tradisional memaparkan daya kreativiti dan pemikiran melayu yang mementingkan nilai permuafakatan yang kukuh dalam kehidupan seharian melayu. d) Berlawan Prinsip berlawan dalam motif ukiran kayu tradisional melayu menggambarkan manifestasi daya kreativiti dan pemikiran melayu. Prinsip ini merupakan pertentangan yang terkawal antara dua atau lebih jenis permukaan, contohnya permukaan yang kasar dan licin. Saingan jenis permukaan ini digalakkan demi mendapatkan kesudahan yang baik dan sempurna. Walaupun prinsip ini bertentangan dengan sifat orang melayu yang enggan bertegang atau berlawan tetapi sebenarnya pemikiran melayu yang cuba disampaikan dalam hasil seni rupa melayu ini menegaskan bahawa cara orang melayu mengawal perlawanan yang disebabkan oleh ketegangan itu. e) Berlambang Lambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan bentuk. Menurut Zakaria Ali (1989), keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa segala unsur lambang yang amat diperlukan bagi mempertahankan maruah orang melayu. Keris bermata dua mampu menjadi lawan dan kawan kerana ia merbahaya tetapi indah. Nilai estetika sesuatu karya seni melayu harus melambangkan budaya dan hasil seni masyarakat melayu yang memiliki daya kreativiti dan pemikiran yang mendalam dan luas. Kebanyakan hasil ukiran tradisional melambangkan kebudayaan masyarakat itu sendiri. Justeru, setiap hasil ukiran kayu melambangkan daya kreativiti yang tinggi serta pemikiran melayu dalam menghasilkan seni rupa melayu.
  • 16. 15 f) Bermakna Prinsip kesenian orang melayu yang terakhir ialah bermakna. Setiap hasil seni tradisional melayu mempunyai makna yang wajar dan munasabah dengan kupasan amanat, mesej atau nasihat yang tersurat. Prinsip bermakna dalam hasil seni tradisional melayu wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ragam hias yang bermakna intrinsik ialah ukiran berbunga yang diketahui nama bunga-bunga dan juga kaligrafinya. Biasanya ukiran dilihat pada abjad-abjad yang dicat, diukir dan dipahat, diatur dan digubah berupa utusan biasa, puisi, doa, mantera, perintah dan sebagainya. Alas di mana bentuk ragam hias tersebut wujud itu sendiri, kalau diterima sebagai indah berseni, adalah penerang makna yang baik. Sedangkan ragam hias yang bermakna ekstrinsik memerlukan pembantu untuk menerangkan makna yang terkandung di dalamnya. 7.0 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam Foto ukiran jenis tebuk tembus ini didapati di sebuah surau lama di Endau, Mersing bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni khat adalah keistimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-
  • 17. 16 bangunan Islam, masjid, surau, sekolah agama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara Timur Tengah. Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan yang mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Ukiran di atas didapati di sebuah surau di Kampung Melayu, Johor bahru. Ukiran kayu ini dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Corak disusun dengan indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkan bahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah yang luas ini dan menterjemahkannya dengan cara tersendiri. Kita boleh menafsirkan bahawa pengukir sebenarnya menghayati kebesaran Ilahi dan mengagumi bahawa setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai fungsi tersendiri. Konsep penting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seni ukiran Islam, pengukir perlulah mengikut syariat agama seperti tidak menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau makhluk bernyawa. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti unsur-unsur, penyembahan dan pemujaan. Ukiran yang dibuat perlulah bermotif kaligrafi dan arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau dan dilarang dalam
  • 18. 17 Islam. Seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin Mhd Bani,2002). Budaya Melayu sendiri juga mengajar anak-anak agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemaikan jiwa dengan iman melalui penghayatan kepada agama Islam. Kesimpulan Kesimpulannya, dapatlah dilihat kraf tradisional melayu mempunyai ciri-ciri keislaman yang bersepadu di dalam masyarakat melayu dan agama Islam. Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Sifat sabar dan bertolak ansur dalam penghasilan kraf tradisional merupakan tuntutan dalam agama Islam. Begitu juga dengan sifat bersyukur dan nilai menghargai alam sekeliling yang diterapkan. Motif- motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba kepada Penciptanya.