1. Teori :
Hukum Avogadro ini juga dikenali sebagai Teori Avogadro ataupun Hipotesis
Avogadro. Ia merupakan satu hukum yang mana gas-gas dengan isi padu yang sama,
pada suhu dan tekanan yang sama, mempunyai bilangan zarah atau molekul yang
sama. Bilangan molekul yang ada pada isi padu gas yang tertentu adalah bebas
daripada saiz ataupun jisim molekul gas tersebut. Sebagai contohnya, sekiranya pada
suhu dan tekanan yang sama, gas hidrogen dan gas nitrogen pada isi padu yang sama
mempunyai bilangan molekul yang sama. Nilai teori bagi pemalar Avogadro merupakan
6.022 × 1023.
Ia merupakan bilangan molekul apa jua gas yang hadir pada 22.4 L
isipadu. Dalam segi matematik, hukum ini boleh dinyatakan seperti berikut:
yang : V adalah isipadu gas
n adalah kuantiti bahan dalam gas / bilangan mol gas itu
k adalah pemalar berkadar terus / pembolehubah tetap
Teori yang amat penting dalam Hukum Avogadro ini ialah pemalar gas ideal
mempunyai nilai yang sama bagi semua jenis gas (pembolehubah tetap gas unggul
mempunyai nilai yang sama). Perkara ini boleh dirumuskan seperti formula di bawah :-
di mana, p adalah tekanan bagi gas
T suhu bagi gas
Ini bermaksud nilai pemalar di atas adalah sama bagi semua gas tanpa bergantung
pada saiz atau jisim molekul-molekul gas tersebut.
2. Nilai Avogadro sebagai atau pemalar yang asas bagi kimia membolehkan
pengiraan kuantiti bahan tulen (lebih dikenali sebagai mol). Nilai Avogadro ini dapat
digunakan dalam membuat penentuan tentang perbandingan berat di antara sesuatu
molekul dalam gas yang berlainan. Selain itu, nilai pemalar Avogadro boleh ditentukan
dengan menggunakan proses elektrolisis. Dalam proses ini, elektrod kuprum bersama
dengan elektrolit kuprum sulfat digunakan. Dua plat kuprum ini dicelupkan di dalam
sebuah bikar yang mengandungi larutan kuprum sulfat. Elektrod anod akan mengalami
proses pengoksidaan dan elektrod katod pula mengalami proses penurunan. Contoh
persamaan bagi tindak balas ini adalah seperti berikut:-
Cu (pe) → Cu2+
(ak) + 2e-
(pengoksidaan)
Cu2+
(ak) + 2e-
→ Cu (pe) (penurunan )
Di sini, anod akan mengalami pengoksidaan dan melepaskan elektron kepada katod.
Maka, anod akan kehilangan jisim dan atom kuprum akan bertukar menjadi ion kuprum.
Kehilangan elektron di anod akan diterima oleh katod. Maka, katod akan bertambah
jisim berbanding dengan anod. Elektrod yang akan diplatkan akan ditimbang jisimnya
sebelum dan selepas eksperimen. Perbezaan bagi di antara kedua-dua jisim ini adalah
seperti berikut:-
m = mf - mi
yang, mi = jisim awal elektrod
mf = jisim akhir elektrod
Cas elektrik yang mengalir dalam sistem sewaktu proses elektrolisis, q boleh dikira.
Formulanya seperti berikut :-
q = It
yang , I adalah arus elektrik dan
t adalah jumlah masa yang diambil
3. Secara keseluruhannya, Nilai Avogadro, NA ini dapat dikira dengan bantuan formula di
bawah :
e
A
qmn
Mq
N
yang, M adalah jisim atom bagi besi
n adalah bilangan elektron dalam persamaan setengah
qe adalah cas satu elektron
4. Refleksi
Kami berempat dalam kumpulan telah menjalankan pratikal 6 dengan baik.
Seperti biasa, sebelum mengendalikan eksperimen ini kami telah membaca dan
memahami kehendak dan prosedur pratikal ini. Hal ini membantu kami untuk
menjalankan pratikal ini tanpa sebarang masalah. Sebenarnya, eksperimen ini agak
mudah untuk dibuat. Hal ini kerana langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen ini
agak kecil dan mudah difahami.
Dengan bantuan eksperimen ini dapat mengenali maksud nilai Avogadro ini
dengan baik melalui sumber internat dan juga buku rujukan dari perpustakaan.
Maklumat-maklumat ini membantu saya ketika menulis teori bagi laporan pratikal ini.
Selain itu, kefahaman terhadap hukum ini juga dapat dipertingkatkan. Ketika
eskperimen ini, seorang daripada rakan kumpulan saya mengemukakan beberapa
soalan berkaitan dengan hukum ini untuk mendapat kefahaman yang jelas. Di situ, saya
membantu dia untuk menerangkan maklumat yang ada dalam hukum ini.
Kami dapat memasang radas bagi pratikal ini dengan tepat dan betul atas
pertolongan dan bimbingan pensyarah. Selepas 30minit, kami membaca bacaan
ammeter dan merekod dalam jadual keputusan. Selepas itu, saya telah membersihkan
kedua-dua plat kuprum tersebut dengan larutan propanon. Setelah itu, saya telah
mengukur jisim bagi kedua-dua plat tersebut dengan menggunakan neraca jisim
elektrik. Ketika ini, saya menyedari bahawa bacaan melalui necara jisim elektronik amat
tepat berbanding dengan jenis neraca lain.
Di samping itu, saya juga menyedari bahawa keputusan sesuatu eksperimen
amat penting dalam penggiraan dan juga dalam babak perbincangan. Melalui
eksperimen ini, nilai-nilai saintifik dan moral juga dapat dipertingkatkan antara ahli
kumpulan. Ketika eksperimen ini, kami telah berkerjasama antara satu sama lain,
menjalankan tanggungjawab masing-masing, dan bertolak ansur sesama lain. Kami
telah menangkap gambar hasil keputusan eksperimen ini. Setelah eksperimen ini
5. tamat, kami berempat berkerjasama bagi membersihkan radas-radas yang digunakan
dan juga mengemaskan tempat yang kami telah digunakan. Sebagai bakal guru, saya
menyedar bahawa kita harus memastikan tempat eksperimen yang dijalankan kelihatan
dalam keadaan bersih. Di sekolah juga kita harus mengalakkan dan mengajar murid-
murid untuk memastikan makmal sains dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari banyak ilmu daripada
eksperimen ini. Di sini, saya berpendapat bahawa aktiviti pratikal begini amat penting
dan effektif bagi seseorang guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran manipulatif bagi
mengendalikan radas-radas sains dengan baik. Setelah menjalankan aktivti eksperimen
ini kami telah dapat membuat dan menyiapakan laporan pratikal yang baik.