SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 17
Descargar para leer sin conexión
Kamu Sentiasa Layak Diuji
December 5th, 2008 by Abu Saif 12:12 am | 19,613 views |   Print |   Email | Leave a reply »

“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta
seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.

Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?

Tidak perlu.




Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah
milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa
mutlak ada padanya.

Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing
dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada
pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum,
penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup
sejahtera.

RUBUBIYYAH ALLAH

Ada apa di sebalik kisah kambing?

Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.
“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah
 yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang
hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur
 segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak
                           bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]

Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam,
Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah
Allah.

Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina
dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah
Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya,
menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam
hidup ini.

Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan
manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah.

Justeru dalam „kesempurnaan‟ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai
HAMBA.

HAMBA YANG LUPA
Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya,
dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.

“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.

Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah,
Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya
menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?

AYAT-AYAT CINTA

“Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam,” komen gadis-gadis Islamik
yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy.

“Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisah
syahdu di bumi Kinanah itu.

Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan
soal cinta!
Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat-ayat Cinta ini, saya
gagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua.

Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi „mabuk cinta‟
membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam
penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar
ke atas jiwa.

Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki
gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga
saya yang membacanya:

“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS
itulah Islam”

Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan
ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah.
Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana
mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh
dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?

“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan
dirinya sendiri.

“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!”
bicara waras seorang manusia gila.

Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang
manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan
musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada
malam yang hitam pekat.

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang
di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah
hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh
Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah
kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada
hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.

Buruk sangka, tidak mencari „bicara Tuhan‟ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi
jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.




Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?

Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga,
dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?

Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah
jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?

Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang
mengundang sengsara?

Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak
mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?

Mengapa semua ini berlaku?
Itulah bicara Allah kepada kamu…

Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah
KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan
dengan sempurna adalah KERANA DIA.

LUPA

Tetapi kamu terlupa.

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada
Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup
ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.

Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan
meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.

Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu
semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.

Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu
jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya
mertua.

Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu
mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

BAIK DAN MUKHLIS

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia
yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.

Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami
                  beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami
soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua,
maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa
ALLAH sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan
kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya
tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.




                                                                Dan janganlah kamu menjadi
   seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan
    tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…

Kerana kita adalah HAMBA.

Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur


Tanggungjawab Tanpa Cinta
April 29th, 2008 by Abu Saif 7:44 pm | 30,771 views |   Print |   Email | Leave a reply »
“Kenapa mesti bercouple sebelum berkahwin?”, soal seorang ustaz dengan tegas.

“Mana mungkin sebuah rumahtangga mendapat keredhaan Allah jika permulaannya sudah tidak
tentu hala!”, ujar seorang pendakwah dengan penuh yakin.

Segala nasihat tertuju kepada menyeru agar maksiat dihindarkan oleh mereka yang di usia muda.
Jangan mulakan alam rumahtangga dengan dosa dan noda. Kelak binasa.

Tidak susah untuk memahami seruan ini. Itulah kehendak agama. Dosa tidak menjanjikan
bahagia. Kebahagiaan letaknya pada ketaatan kepada Allah. Semua itu telah banyak saya
ungkapkan di dalam artikel yang lalu. Sebahagian besarnya sudah termuat di dalam buku AKU
TERIMA NIKAHNYA.

Dosa tidak menjanjikan bahagia.

Tetapi pastikah bahagia hanya kerana sudah terhindar dari dosa? Jika dosa itu derita, taat itu
nikmat kebahagiaan, maka bahagiakah rumahtangga yang jauh dari dosa?

Soalan ini tidak boleh dijawab dengan bahasa praktikal oleh anak-anak muda yang baru
menceburkan diri ke alam mencari dan memilih pasangan hidup. Perbincangan kali ini lebih
merupakan sebahagian daripada tuntutan Begin with the End in Mind untuk mereka renungkan.
Ada pun persoalan yang sedang saya ketengahkan ini, ia adalah untuk mereka yang sudah
separuh atau suku jalan menempuh kehidupan berumahtangga.

Persoalan ini banyak mengganggu fikiran saya. Sedikit demi sedikit saya didatangi dengan kes-
kes yang luar biasa. Mula-mula ia hanya sekali dua, tetapi lama kelamaan segalanya menjadi
seperti timbunan tanah membentuk busut. Hingga tercetus suatu kebimbangan.

Satu demi satu rumahtangga retak dan ribut.
Bukan rumahtangga yang kotor dengan dosa. Bukan suami isteri yang lupa Tuhan. Rumahtangga
ini adalah rumahtangga yang dibentuk menurut lunas-lunas Islam. Permulaannya bersih dari
masalah pergaulan bebas, malah kedua pasangan ini „disatukan‟ atas cita-cita Islam, dakwah dan
perjuangan yang menemukan mereka.

Seorang „akhi‟ dan seorang „ukhti‟, dalam suasana taat kepada Allah… bersatu dalam sebuah
Bait Muslim yang berslogankan Baiti Jannati (rumahku syurgaku). Perkahwinan mereka adalah
apa yang diimpikan oleh setiap mereka yang mahu mencari separuh kesempurnaan beragama
melalui jalan perkahwinan, yang terbina di atas asas taqwa.

Tetapi perkahwinan yang ideal ini sedang diuji. Sangka saya satu atau dua. Ia mungkin kes
terpencil. Tetapi sedikit demi sedikit kes ini bertambah dan bercantum, hingga menghasilkan
suatu kerisauan yang mendalam. Di manakah silapnya?

Terlalu sulit untuk saya lakarkan kes-kes yang membabitkan rumahtangga ini kerana ia amat
sensitif. Rumahtangga seorang lelaki yang berfikrah Islam dan seorang perempuan yang
berfikrah Islam, kecundang selepas perkahwinan menjangkau usia matang. Ada di antaranya
yang membabitkan perbuatan-perbuatan suami, ada juga yang membabitkan masalah yang
ditimbulkan oleh pihak isteri.

Ada suami yang berfikrah Islam, sama ada seorang ustaz mahu pun seorang profesional,
mencemarkan rumahtangganya dengan perbuatan-perbuatan curang, bermain kayu tiga, malah
ada yang menjadi abusive terhadap isteri dan anak-anak. Ada juga isteri yang berfikrah Islam,
merosakkan rumahtangganya dengan perbuatan yang sama… hingga menjadi beban kepada
fikiran saya untuk menanggung rahsia mereka.

Saya terpaksa beristighfar, menenangkan diri sendiri dan isteri, sebelum mampu untuk
menyelami masalah seperti ini. Gerun dan kesah memikirkan rumahtangga sendiri. Segala yang
diperlukan untuk membina rumahtangga dalam sebuah ketaatan telah dilakukan, tetapi saya
sedang berdepan dengan insiden kehancuran rumahtangga seperti ini. Jika bukan silap berkaitan
dosa dan taat kepada Allah, apa lagi yang tidak kena.

“Rumahtangga ini hanyalah sebuah tanggungjawab. Saya gagal menemui cinta. Saya tidak
cintakan suami saya!”, salah satu kes yang saya tangani, tiba kepada jawapan yang dicari.

Saya kebingungan.

Biar pun kali ini jawapannya sungguh jelas dan terus kepada lubuk masalah, ia bukan satu atau
dua kes, tetapi saya sedang menanggung beban kes yang berbilang.
TIDAK BERTEMU CINTA

Jika mereka yang asyik berkasih sayang hingga lupa kepada batas-batas agama dalam sebuah
pergaulan, nasihat lazim yang disampaikan kepada mereka adalah pada menyedarkan diri mereka
tentang soal tanggungjawab. Perkahwinan bukan hanya soal cinta. Tanggungjawab harus dipikul
bersama. Soal peranan masing-masing sebagai suami dan isteri, serta bakal ayah dan ibu mesti
dilihat dari sudut agama.

“Kalau merancang perkahwinan, jangan rancang hanya ke pelamin, tetapi rancanglah hingga ke
lampin!”, itu nasihat komprehensif saya kepada perkahwinan sepasang kekasih yang sebegini.

Tetapi bagi seorang Muslim dan Muslimah, yang mempunyai semangat agama yang tinggi, yang
merelakan sebuah perkahwinan dibentuk tanpa pendahuluan yang lazimnya popular dalam
masyarakat kebanyakan, terlalu berat untuk saya nukilkan, bahawa nampaknya mereka harus
sedar bahawa perkahwinan bukan sekadar tanggungjawab. Ia harus diisi dengan cinta.

Cinta!

Bukan cinta ala Hollywood atau Bollywood, tetapi cinta yang itu. Perasaan yang mendatangkan
bahagia.
Seperti kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam bukunya, Satu Rasa Dua Hati, tanda bahagia
ialah apabila adanya tenang. Itulah cara mengukur bahagia. Bahawa di dalam sebuah
rumahtangga, kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suami
dan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanan
dan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. Adalah
bahagia.

Sukar untuk saya ungkapkan bagaimanakah yang dikatakan sebuah rumahtangga tanpa cinta. Ini
bukan kahwin paksa. Ia kahwin rela. Cumanya, demi menjaga agama, mereka tidak bercinta
sebelum berumahtangga. Rumahtangga ini adalah rumahtangga orang sekarang yang mencuba
resepi bercinta „orang dulu‟, mengharapkan cinta selepas berkahwin, tetapi malangnya mereka
gagal bertemu cinta.
Izinkan saya meminjam kata-kata John Gray di dalam buku terbaru beliau yang mesti dibaca
oleh mereka yang sudah menghadam buku awal Men Are From Mars, Women Are From Venus,
iaitu buku Why Mars and Venus Collide:

  “As I travel the world, teaching the Mars and Venus insights, I have witnessed a new trend in
 relationships linked to increasing stress. Both couples and singles believe they are too busy or
  too exhausted to resolve their relationship issues, and often think their partners are either too
 demanding or just too different to understand. Attempting to cope with the increasing stress of
      working for a living, both men and women feel neglected at home. While some couples
 experience increasing tension, others have just given up, sweeping their emotional needs under
           the carpet. They may get along, but the passion is gone.” (muka surat xiv)

Mereka bertahan, tetapi emosi, keinginan dan cinta itu hilang. Segalanya adalah soal
tanggungjawab, tentang peranan… tiada perasaan, cinta dan belaian.

Entahlah…

Apakah kerana pengaruh filem, pengaruh persekitaran, pengaruh tempat kerja, atau silap tarbiyah
oleh gerakan-gerakan Islam yang mengacukan mereka ini semasa duduk dalam gelanggang
tarbiyah, persoalan tanggungjawab tanpa cinta menjadi punca keruntuhan rumahtangga.

Ada yang tidak percaya… menempelak saya kerana menimbulkan isu ini tanpa hujung pangkal.
Sangkanya, saya mahu lelaki multazim dan perempuan multazimah ini bercinta dengan cinta
mazhab Bollywood dan Hollywood. Tidak sama sekali.

Tetapi ada sesuatu yang masih dalam kerangka agama yang tidak kita sempurnakan, sekurang-
kurangnya di peringkat menguruskan jodoh, sama ada oleh institusi Bait Muslim atau melalui
medium keluarga.

MANIFESTASI
Kecacatan cinta dalam rumahtangga yang „Islamik‟ ini terserlah, seawal tahun-tahun
perkahwinan, malah boleh juga muncul selepas beranak pinak.

Suami akan berkahwin dua dengan alasan isteri pertama adalah pilihan jemaah manakala isteri
kedua adalah pilihan hatinya! Isteri pula tanpa peruntukan agama untuknya menduakan suami,
mencari cinta di luar.

Hubungan hambar antara dirinya dan suami, terubat dengan rakan sepejabat yang lebih
understanding, lebih bijak mendengar dan memujuk, atau mungkin juga beralih minat kepada
ustaz-ustaz dan ceramahnya. Asasnya, suami dan isteri, kedua-duanya mengkhianati
perkahwinan pertama yang begitu ideal, kerana perkahwinan itu ada segalanya kecuali cinta!

TAQWA

Khutbah Nikah pada sunnahnya, terisi dengan ayat-ayat al-Quran yang dipilih dalam genre
TAQWA. Ia adalah suatu peringatan daripada Nabi S.A.W bahawa rumahtangga yang diredhai
Allah itu harus dibina di atas asas-asas taqwa. Persoalannya di sini, bagaimanakah kita
memahami maksud taqwa?

Jika taqwa itu diertikan sebagai kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan-peraturan Allah,
datang pula soalan yang kedua, apakah itu peraturan Allah? Bagaimanakah keseimbangan dalam
beragama dapat dibuktikan dalam kepatuhan ini?

SYARIAT ALLAH

Himpunan peraturan Allah SWT diperturunkan melalui wahyu, terhimpun di dalam hukum yang
lima. Persoalan wajib, mandub, harus, makruh dan haram, sentiasa diambil kira oleh sebuah
rumahtangga yang dibina di atas asas Taqwa. Inilah yang diberikan penekanan selama ini,
bahawa sebuah rumahtangga yang diredhai Allah SWT itu harus mematuhi ketetapan Allah yang
dihimpunkan di dalam apa yang disebutkan sebagai SYARIAT ALLAH atau
SYARIATULLAH.

Menjaga halal dan haram dalam perbelanjaan.

Memelihara peraturan-peraturan Allah dalam persoalan rukun Iman dan rukun Islam.

SUNNATULLAH

Tetapi peraturan Allah juga merangkumi hukum kedua yang disebut sebagai hukum alam.
Peraturan yang ditentukan Allah sebagai sistem alam dan manusia yang menghuninya.
Sebagaimana hard science menzahirkan hukum Sunnatullah melalui peraturan kimia, fizik dan
biologi, maka begitu jugalah soft science menghimpunkan Sunnatullah melalui peraturan
komunikasi, psikologi yang dalam hubungan percintaan, kadang-kadang orang sana
menyebutnya sebagai chemistry!
Cinta bukan kefahaman. Bukan pengetahuan. Cinta tidak muncul sebagai hasil mengetahui
pengertian ilmu cinta yang dicerna oleh akal. Tetapi cinta itu adalah hati dan perasaan. Allah
mengurniakannya, dan manusia bertanggungjawab untuk mencari dan berikhtiar
menyuburkannya.

Rumahtangga yang bersih dari dosa, adalah rumahtangga yang berjaya mematuhi Syariatullah,
tetapi mungkin kehancuran itu masih melanda kerana Taqwanya tidak menyeluruh. Aspek-aspek
Sunnatullah diabaikan.




Seorang suami mungkin terlupa untuk melihat zaujah yang dikahwininya itu sebagai seorang
perempuan. Perempuan itu, biar pun dipanggil sebagai ukti, atau dibahasakan sebagai enti,
berjawatan ustazah, atau ketua Muslimat cawangan, dia adalah perempuan pada fisiologi,
biologi, naluri dan perasaannya.

Mungkin selama ini suami lupa untuk membelainya, lupa menghargainya, lupa berusaha
mengekalkan kehangatan perasaan di dalam sebuah rumahtangga. Suami yang ustaz, mujahid,
haraki lagi manhaji ini, mungkin tidak serius dalam menelaah hadith-hadith Nabi SAW yang
memperlihatkan passion baginda dalam mengekalkan suburnya cinta dalam sebuah
rumahtangga.
Seorang isteri yang bersuamikan seorang pejuang, seorang ustaz atau seorang Ketua Cawangan
sekali pun, tidak harus lupa bahawa suaminya itu tetap seorang lelaki.

Rumahtangga seorang akhi dan seorang ukhti, tetap sebuah rumahtangga seorang lelaki dan
perempuan. Jika mereka bertaqwa dalam menjunjung Syariatullah, tinggal satu lagi persoalan,
bagaimanakah pula Sunnatullah dalam hubungan mereka?

Sesungguhnya kejayaan menghindarkan diri dari pergaulan bebas serta bantuan institusi Bait
Muslim, hanyalah ikhtiar kita untuk membina permulaan rumahtangga yang baik. Tetapi selepas
berumahtangga, suami dan isteri harus peka dengan perkembangan emosi dan komunikasi
masing-masing kerana ketaatan kepada halal dan haram hanya separuh dari maksud Taqwa.

Bagaimana dengan cinta? Bagaimana Sunnatullah ke atas lelaki dan perempuan yang dicipta-
Nya?

Saya meratapi tragedi yang sedang merebak ini…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Demi meredakan keresahan jiwa kesan menulis dan membaca artikel ini, saya hadiahkan
        lagu di bawah ini untuk Ummu Saif yang saya kasihi sepenuh hati ini

                                              Lyrics

TRANSLATION- Zawjati (My wife)
(as given in the album Da‟ani)

I love you the way you are,
I love you the way you were,
No matter what did or will happen,
You are and will be my darling.

You‟re my rightful wife, I care not about
Those who like to reproach and irritate me.
It is our destiny to be
Together eternally.

In my heart you instilled love
With grace and good deeds.
Happiness vanishes when you disappear,
Life brightens when you‟re there.

Hard is my day
Until you return home.
Sadness disappears
When you smile.

Life turns black
When you‟re upset,
So I work hard
To make your wish come true.

You‟re my happiness.
May you be happy forever.
Our souls are united
Like soil and plants.

You‟re my hope, my peace
My good company and inspiration.
Life is good, no matter how hard it is,
When you‟re fine




Saifulislam.Com kini dihoskan di sebuah Dedicated Server. Sumbangan anda untuk membiayai
kos operasinya amat dialu-alukan. Jazakumullahu khayr al-jazaa'




© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk
tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan
menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah
disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan
semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain,
sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan
sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"
Kamu sentiasa layak diuji

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Memaknai arti seorang ibu
Memaknai arti seorang ibuMemaknai arti seorang ibu
Memaknai arti seorang ibuAufiya Tsalitsa
 
nikah menurut islam
nikah menurut islamnikah menurut islam
nikah menurut islamanggi_andini
 
Pendidikan Agama Islam "Ahlak Terhadap Orang Tua dan Guru"
Pendidikan Agama Islam "Ahlak Terhadap Orang Tua dan Guru"Pendidikan Agama Islam "Ahlak Terhadap Orang Tua dan Guru"
Pendidikan Agama Islam "Ahlak Terhadap Orang Tua dan Guru"Syifa Sahaliya
 
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )Dian Anisa Putri
 
Manajemen konflik rumah tangga
Manajemen konflik rumah tanggaManajemen konflik rumah tangga
Manajemen konflik rumah tanggaHamidah Jabalnoer
 
! Aku dilanda cinta
! Aku dilanda cinta! Aku dilanda cinta
! Aku dilanda cintanie2t
 
Cerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimahCerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimahImach Zubair
 
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surgaAku tidak-lebih-dulu-ke-surga
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surgaTotok Darwoto
 
Ta'aruf Menurut Agama Islam
Ta'aruf Menurut Agama IslamTa'aruf Menurut Agama Islam
Ta'aruf Menurut Agama Islambagask_25
 
Cinta dan jodoh
Cinta dan jodohCinta dan jodoh
Cinta dan jodohrpengajian
 
Membangun keluarga islam
Membangun keluarga islamMembangun keluarga islam
Membangun keluarga islamCintia Clarissa
 
Foto dinding sdsa
Foto dinding sdsaFoto dinding sdsa
Foto dinding sdsaSds Annur
 
Agama islam tentang : Hormat dan patuh kepada orang tua dan guru
Agama islam tentang : Hormat dan patuh kepada orang tua dan guruAgama islam tentang : Hormat dan patuh kepada orang tua dan guru
Agama islam tentang : Hormat dan patuh kepada orang tua dan guruYogi andreansyah
 
BERBAKTI KEPADA ORANG TUA (BIRUL WALIDAIN)
BERBAKTI KEPADA ORANG TUA (BIRUL WALIDAIN)BERBAKTI KEPADA ORANG TUA (BIRUL WALIDAIN)
BERBAKTI KEPADA ORANG TUA (BIRUL WALIDAIN)Muhammad TaHa
 
Aku tidak lebih dulu ke surga
Aku tidak lebih dulu ke surgaAku tidak lebih dulu ke surga
Aku tidak lebih dulu ke surgaedison1958
 

La actualidad más candente (19)

Memaknai arti seorang ibu
Memaknai arti seorang ibuMemaknai arti seorang ibu
Memaknai arti seorang ibu
 
nikah menurut islam
nikah menurut islamnikah menurut islam
nikah menurut islam
 
Keluarga sakinah
Keluarga sakinahKeluarga sakinah
Keluarga sakinah
 
Pendidikan Agama Islam "Ahlak Terhadap Orang Tua dan Guru"
Pendidikan Agama Islam "Ahlak Terhadap Orang Tua dan Guru"Pendidikan Agama Islam "Ahlak Terhadap Orang Tua dan Guru"
Pendidikan Agama Islam "Ahlak Terhadap Orang Tua dan Guru"
 
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
 
Munakahat
MunakahatMunakahat
Munakahat
 
Manajemen konflik rumah tangga
Manajemen konflik rumah tanggaManajemen konflik rumah tangga
Manajemen konflik rumah tangga
 
! Aku dilanda cinta
! Aku dilanda cinta! Aku dilanda cinta
! Aku dilanda cinta
 
Cerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimahCerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimah
 
Tawakal
TawakalTawakal
Tawakal
 
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surgaAku tidak-lebih-dulu-ke-surga
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga
 
Ta'aruf Menurut Agama Islam
Ta'aruf Menurut Agama IslamTa'aruf Menurut Agama Islam
Ta'aruf Menurut Agama Islam
 
Cinta dan jodoh
Cinta dan jodohCinta dan jodoh
Cinta dan jodoh
 
Munahakat 12ipa 2
Munahakat 12ipa 2Munahakat 12ipa 2
Munahakat 12ipa 2
 
Membangun keluarga islam
Membangun keluarga islamMembangun keluarga islam
Membangun keluarga islam
 
Foto dinding sdsa
Foto dinding sdsaFoto dinding sdsa
Foto dinding sdsa
 
Agama islam tentang : Hormat dan patuh kepada orang tua dan guru
Agama islam tentang : Hormat dan patuh kepada orang tua dan guruAgama islam tentang : Hormat dan patuh kepada orang tua dan guru
Agama islam tentang : Hormat dan patuh kepada orang tua dan guru
 
BERBAKTI KEPADA ORANG TUA (BIRUL WALIDAIN)
BERBAKTI KEPADA ORANG TUA (BIRUL WALIDAIN)BERBAKTI KEPADA ORANG TUA (BIRUL WALIDAIN)
BERBAKTI KEPADA ORANG TUA (BIRUL WALIDAIN)
 
Aku tidak lebih dulu ke surga
Aku tidak lebih dulu ke surgaAku tidak lebih dulu ke surga
Aku tidak lebih dulu ke surga
 

Similar a Kamu sentiasa layak diuji

Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 6
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 6Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 6
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 6Nurul Ashwad
 
Materi khutbah idul adha 1436 h (jawa)
Materi khutbah idul adha 1436 h (jawa)Materi khutbah idul adha 1436 h (jawa)
Materi khutbah idul adha 1436 h (jawa)zainurispmaa
 
MAJALAH HIDAYATULLAH - Rubrik Parenting
MAJALAH HIDAYATULLAH - Rubrik ParentingMAJALAH HIDAYATULLAH - Rubrik Parenting
MAJALAH HIDAYATULLAH - Rubrik ParentingMAJALAH HIDAYATULLAH
 
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH MAJALAH HIDAYATULLAH
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuncs7797
 
Penguatan dan Penanaman Akhlakul Karimah dalam kehidupan sehari-hari.pptx
Penguatan dan Penanaman Akhlakul Karimah dalam kehidupan sehari-hari.pptxPenguatan dan Penanaman Akhlakul Karimah dalam kehidupan sehari-hari.pptx
Penguatan dan Penanaman Akhlakul Karimah dalam kehidupan sehari-hari.pptxMimiddatilada1
 
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibuKhutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibuBangMarketingTulen
 
Hadza min fadli rabbiy
Hadza min fadli rabbiyHadza min fadli rabbiy
Hadza min fadli rabbiyazharichairul
 
Abu sangkan membukahijabsaranatafakur
Abu sangkan membukahijabsaranatafakurAbu sangkan membukahijabsaranatafakur
Abu sangkan membukahijabsaranatafakurBudi Fardian
 
Akhlak juz 3
Akhlak juz 3Akhlak juz 3
Akhlak juz 3KangErul
 

Similar a Kamu sentiasa layak diuji (20)

Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 6
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 6Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 6
Baitul Muslim seminar Bahasa Melayu 6
 
Materi khutbah idul adha 1436 h (jawa)
Materi khutbah idul adha 1436 h (jawa)Materi khutbah idul adha 1436 h (jawa)
Materi khutbah idul adha 1436 h (jawa)
 
MAJALAH HIDAYATULLAH - Rubrik Parenting
MAJALAH HIDAYATULLAH - Rubrik ParentingMAJALAH HIDAYATULLAH - Rubrik Parenting
MAJALAH HIDAYATULLAH - Rubrik Parenting
 
Cinta
CintaCinta
Cinta
 
Baitul Muslim
Baitul MuslimBaitul Muslim
Baitul Muslim
 
E magazine edisi 7
E magazine edisi 7E magazine edisi 7
E magazine edisi 7
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 
Penguatan dan Penanaman Akhlakul Karimah dalam kehidupan sehari-hari.pptx
Penguatan dan Penanaman Akhlakul Karimah dalam kehidupan sehari-hari.pptxPenguatan dan Penanaman Akhlakul Karimah dalam kehidupan sehari-hari.pptx
Penguatan dan Penanaman Akhlakul Karimah dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Modul 14 kb 3
Modul 14 kb 3Modul 14 kb 3
Modul 14 kb 3
 
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibuKhutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
Khutbah idul fitri singkat tersedih judul perjuangan ibu
 
Hadza min fadli rabbiy
Hadza min fadli rabbiyHadza min fadli rabbiy
Hadza min fadli rabbiy
 
Ibubapa cemerlang
Ibubapa cemerlangIbubapa cemerlang
Ibubapa cemerlang
 
Cinta sampai syurga
Cinta sampai syurga Cinta sampai syurga
Cinta sampai syurga
 
Abu sangkan membukahijabsaranatafakur
Abu sangkan membukahijabsaranatafakurAbu sangkan membukahijabsaranatafakur
Abu sangkan membukahijabsaranatafakur
 
Quote
QuoteQuote
Quote
 
Berbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tuaBerbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tua
 
Berbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tuaBerbakti kepada kedua orang tua
Berbakti kepada kedua orang tua
 
Akhlak juz 3
Akhlak juz 3Akhlak juz 3
Akhlak juz 3
 

Kamu sentiasa layak diuji

  • 1. Kamu Sentiasa Layak Diuji December 5th, 2008 by Abu Saif 12:12 am | 19,613 views | Print | Email | Leave a reply » “Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga. Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak? Tidak perlu. Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya. Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera. RUBUBIYYAH ALLAH Ada apa di sebalik kisah kambing? Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.
  • 2. “Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31] Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah. Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini. Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah. Justeru dalam „kesempurnaan‟ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA. HAMBA YANG LUPA
  • 3. Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji. “Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa. Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya? AYAT-AYAT CINTA “Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam,” komen gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy. “Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu. Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta!
  • 4. Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat-ayat Cinta ini, saya gagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua. Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi „mabuk cinta‟ membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa. Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya: “Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam” Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora? “Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri. “Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!” bicara waras seorang manusia gila. Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan
  • 5. musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat. MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia? Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA. Buruk sangka, tidak mencari „bicara Tuhan‟ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya. Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina? Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga? Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia? Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara? Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka? Mengapa semua ini berlaku?
  • 6. Itulah bicara Allah kepada kamu… Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA. Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA. Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA. Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA. Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA. LUPA Tetapi kamu terlupa. Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik. Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki. Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi. Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua. Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia. BAIK DAN MUKHLIS Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis. Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.
  • 7. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2] Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu. Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna. HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki. HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji. HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19] Kita sentiasa layak diuji… Kerana kita adalah HAMBA. Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI! ABU SAIF @ www.saifulislam.com 56000 Kuala Lumpur Tanggungjawab Tanpa Cinta April 29th, 2008 by Abu Saif 7:44 pm | 30,771 views | Print | Email | Leave a reply »
  • 8. “Kenapa mesti bercouple sebelum berkahwin?”, soal seorang ustaz dengan tegas. “Mana mungkin sebuah rumahtangga mendapat keredhaan Allah jika permulaannya sudah tidak tentu hala!”, ujar seorang pendakwah dengan penuh yakin. Segala nasihat tertuju kepada menyeru agar maksiat dihindarkan oleh mereka yang di usia muda. Jangan mulakan alam rumahtangga dengan dosa dan noda. Kelak binasa. Tidak susah untuk memahami seruan ini. Itulah kehendak agama. Dosa tidak menjanjikan bahagia. Kebahagiaan letaknya pada ketaatan kepada Allah. Semua itu telah banyak saya ungkapkan di dalam artikel yang lalu. Sebahagian besarnya sudah termuat di dalam buku AKU TERIMA NIKAHNYA. Dosa tidak menjanjikan bahagia. Tetapi pastikah bahagia hanya kerana sudah terhindar dari dosa? Jika dosa itu derita, taat itu nikmat kebahagiaan, maka bahagiakah rumahtangga yang jauh dari dosa? Soalan ini tidak boleh dijawab dengan bahasa praktikal oleh anak-anak muda yang baru menceburkan diri ke alam mencari dan memilih pasangan hidup. Perbincangan kali ini lebih merupakan sebahagian daripada tuntutan Begin with the End in Mind untuk mereka renungkan. Ada pun persoalan yang sedang saya ketengahkan ini, ia adalah untuk mereka yang sudah separuh atau suku jalan menempuh kehidupan berumahtangga. Persoalan ini banyak mengganggu fikiran saya. Sedikit demi sedikit saya didatangi dengan kes- kes yang luar biasa. Mula-mula ia hanya sekali dua, tetapi lama kelamaan segalanya menjadi seperti timbunan tanah membentuk busut. Hingga tercetus suatu kebimbangan. Satu demi satu rumahtangga retak dan ribut.
  • 9. Bukan rumahtangga yang kotor dengan dosa. Bukan suami isteri yang lupa Tuhan. Rumahtangga ini adalah rumahtangga yang dibentuk menurut lunas-lunas Islam. Permulaannya bersih dari masalah pergaulan bebas, malah kedua pasangan ini „disatukan‟ atas cita-cita Islam, dakwah dan perjuangan yang menemukan mereka. Seorang „akhi‟ dan seorang „ukhti‟, dalam suasana taat kepada Allah… bersatu dalam sebuah Bait Muslim yang berslogankan Baiti Jannati (rumahku syurgaku). Perkahwinan mereka adalah apa yang diimpikan oleh setiap mereka yang mahu mencari separuh kesempurnaan beragama melalui jalan perkahwinan, yang terbina di atas asas taqwa. Tetapi perkahwinan yang ideal ini sedang diuji. Sangka saya satu atau dua. Ia mungkin kes terpencil. Tetapi sedikit demi sedikit kes ini bertambah dan bercantum, hingga menghasilkan suatu kerisauan yang mendalam. Di manakah silapnya? Terlalu sulit untuk saya lakarkan kes-kes yang membabitkan rumahtangga ini kerana ia amat sensitif. Rumahtangga seorang lelaki yang berfikrah Islam dan seorang perempuan yang berfikrah Islam, kecundang selepas perkahwinan menjangkau usia matang. Ada di antaranya yang membabitkan perbuatan-perbuatan suami, ada juga yang membabitkan masalah yang ditimbulkan oleh pihak isteri. Ada suami yang berfikrah Islam, sama ada seorang ustaz mahu pun seorang profesional, mencemarkan rumahtangganya dengan perbuatan-perbuatan curang, bermain kayu tiga, malah ada yang menjadi abusive terhadap isteri dan anak-anak. Ada juga isteri yang berfikrah Islam, merosakkan rumahtangganya dengan perbuatan yang sama… hingga menjadi beban kepada fikiran saya untuk menanggung rahsia mereka. Saya terpaksa beristighfar, menenangkan diri sendiri dan isteri, sebelum mampu untuk menyelami masalah seperti ini. Gerun dan kesah memikirkan rumahtangga sendiri. Segala yang diperlukan untuk membina rumahtangga dalam sebuah ketaatan telah dilakukan, tetapi saya sedang berdepan dengan insiden kehancuran rumahtangga seperti ini. Jika bukan silap berkaitan dosa dan taat kepada Allah, apa lagi yang tidak kena. “Rumahtangga ini hanyalah sebuah tanggungjawab. Saya gagal menemui cinta. Saya tidak cintakan suami saya!”, salah satu kes yang saya tangani, tiba kepada jawapan yang dicari. Saya kebingungan. Biar pun kali ini jawapannya sungguh jelas dan terus kepada lubuk masalah, ia bukan satu atau dua kes, tetapi saya sedang menanggung beban kes yang berbilang.
  • 10. TIDAK BERTEMU CINTA Jika mereka yang asyik berkasih sayang hingga lupa kepada batas-batas agama dalam sebuah pergaulan, nasihat lazim yang disampaikan kepada mereka adalah pada menyedarkan diri mereka tentang soal tanggungjawab. Perkahwinan bukan hanya soal cinta. Tanggungjawab harus dipikul bersama. Soal peranan masing-masing sebagai suami dan isteri, serta bakal ayah dan ibu mesti dilihat dari sudut agama. “Kalau merancang perkahwinan, jangan rancang hanya ke pelamin, tetapi rancanglah hingga ke lampin!”, itu nasihat komprehensif saya kepada perkahwinan sepasang kekasih yang sebegini. Tetapi bagi seorang Muslim dan Muslimah, yang mempunyai semangat agama yang tinggi, yang merelakan sebuah perkahwinan dibentuk tanpa pendahuluan yang lazimnya popular dalam masyarakat kebanyakan, terlalu berat untuk saya nukilkan, bahawa nampaknya mereka harus sedar bahawa perkahwinan bukan sekadar tanggungjawab. Ia harus diisi dengan cinta. Cinta! Bukan cinta ala Hollywood atau Bollywood, tetapi cinta yang itu. Perasaan yang mendatangkan bahagia.
  • 11. Seperti kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam bukunya, Satu Rasa Dua Hati, tanda bahagia ialah apabila adanya tenang. Itulah cara mengukur bahagia. Bahawa di dalam sebuah rumahtangga, kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suami dan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanan dan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. Adalah bahagia. Sukar untuk saya ungkapkan bagaimanakah yang dikatakan sebuah rumahtangga tanpa cinta. Ini bukan kahwin paksa. Ia kahwin rela. Cumanya, demi menjaga agama, mereka tidak bercinta sebelum berumahtangga. Rumahtangga ini adalah rumahtangga orang sekarang yang mencuba resepi bercinta „orang dulu‟, mengharapkan cinta selepas berkahwin, tetapi malangnya mereka gagal bertemu cinta.
  • 12. Izinkan saya meminjam kata-kata John Gray di dalam buku terbaru beliau yang mesti dibaca oleh mereka yang sudah menghadam buku awal Men Are From Mars, Women Are From Venus, iaitu buku Why Mars and Venus Collide: “As I travel the world, teaching the Mars and Venus insights, I have witnessed a new trend in relationships linked to increasing stress. Both couples and singles believe they are too busy or too exhausted to resolve their relationship issues, and often think their partners are either too demanding or just too different to understand. Attempting to cope with the increasing stress of working for a living, both men and women feel neglected at home. While some couples experience increasing tension, others have just given up, sweeping their emotional needs under the carpet. They may get along, but the passion is gone.” (muka surat xiv) Mereka bertahan, tetapi emosi, keinginan dan cinta itu hilang. Segalanya adalah soal tanggungjawab, tentang peranan… tiada perasaan, cinta dan belaian. Entahlah… Apakah kerana pengaruh filem, pengaruh persekitaran, pengaruh tempat kerja, atau silap tarbiyah oleh gerakan-gerakan Islam yang mengacukan mereka ini semasa duduk dalam gelanggang tarbiyah, persoalan tanggungjawab tanpa cinta menjadi punca keruntuhan rumahtangga. Ada yang tidak percaya… menempelak saya kerana menimbulkan isu ini tanpa hujung pangkal. Sangkanya, saya mahu lelaki multazim dan perempuan multazimah ini bercinta dengan cinta mazhab Bollywood dan Hollywood. Tidak sama sekali. Tetapi ada sesuatu yang masih dalam kerangka agama yang tidak kita sempurnakan, sekurang- kurangnya di peringkat menguruskan jodoh, sama ada oleh institusi Bait Muslim atau melalui medium keluarga. MANIFESTASI
  • 13. Kecacatan cinta dalam rumahtangga yang „Islamik‟ ini terserlah, seawal tahun-tahun perkahwinan, malah boleh juga muncul selepas beranak pinak. Suami akan berkahwin dua dengan alasan isteri pertama adalah pilihan jemaah manakala isteri kedua adalah pilihan hatinya! Isteri pula tanpa peruntukan agama untuknya menduakan suami, mencari cinta di luar. Hubungan hambar antara dirinya dan suami, terubat dengan rakan sepejabat yang lebih understanding, lebih bijak mendengar dan memujuk, atau mungkin juga beralih minat kepada ustaz-ustaz dan ceramahnya. Asasnya, suami dan isteri, kedua-duanya mengkhianati perkahwinan pertama yang begitu ideal, kerana perkahwinan itu ada segalanya kecuali cinta! TAQWA Khutbah Nikah pada sunnahnya, terisi dengan ayat-ayat al-Quran yang dipilih dalam genre TAQWA. Ia adalah suatu peringatan daripada Nabi S.A.W bahawa rumahtangga yang diredhai Allah itu harus dibina di atas asas-asas taqwa. Persoalannya di sini, bagaimanakah kita memahami maksud taqwa? Jika taqwa itu diertikan sebagai kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan-peraturan Allah, datang pula soalan yang kedua, apakah itu peraturan Allah? Bagaimanakah keseimbangan dalam beragama dapat dibuktikan dalam kepatuhan ini? SYARIAT ALLAH Himpunan peraturan Allah SWT diperturunkan melalui wahyu, terhimpun di dalam hukum yang lima. Persoalan wajib, mandub, harus, makruh dan haram, sentiasa diambil kira oleh sebuah rumahtangga yang dibina di atas asas Taqwa. Inilah yang diberikan penekanan selama ini, bahawa sebuah rumahtangga yang diredhai Allah SWT itu harus mematuhi ketetapan Allah yang dihimpunkan di dalam apa yang disebutkan sebagai SYARIAT ALLAH atau SYARIATULLAH. Menjaga halal dan haram dalam perbelanjaan. Memelihara peraturan-peraturan Allah dalam persoalan rukun Iman dan rukun Islam. SUNNATULLAH Tetapi peraturan Allah juga merangkumi hukum kedua yang disebut sebagai hukum alam. Peraturan yang ditentukan Allah sebagai sistem alam dan manusia yang menghuninya. Sebagaimana hard science menzahirkan hukum Sunnatullah melalui peraturan kimia, fizik dan biologi, maka begitu jugalah soft science menghimpunkan Sunnatullah melalui peraturan komunikasi, psikologi yang dalam hubungan percintaan, kadang-kadang orang sana menyebutnya sebagai chemistry!
  • 14. Cinta bukan kefahaman. Bukan pengetahuan. Cinta tidak muncul sebagai hasil mengetahui pengertian ilmu cinta yang dicerna oleh akal. Tetapi cinta itu adalah hati dan perasaan. Allah mengurniakannya, dan manusia bertanggungjawab untuk mencari dan berikhtiar menyuburkannya. Rumahtangga yang bersih dari dosa, adalah rumahtangga yang berjaya mematuhi Syariatullah, tetapi mungkin kehancuran itu masih melanda kerana Taqwanya tidak menyeluruh. Aspek-aspek Sunnatullah diabaikan. Seorang suami mungkin terlupa untuk melihat zaujah yang dikahwininya itu sebagai seorang perempuan. Perempuan itu, biar pun dipanggil sebagai ukti, atau dibahasakan sebagai enti, berjawatan ustazah, atau ketua Muslimat cawangan, dia adalah perempuan pada fisiologi, biologi, naluri dan perasaannya. Mungkin selama ini suami lupa untuk membelainya, lupa menghargainya, lupa berusaha mengekalkan kehangatan perasaan di dalam sebuah rumahtangga. Suami yang ustaz, mujahid, haraki lagi manhaji ini, mungkin tidak serius dalam menelaah hadith-hadith Nabi SAW yang memperlihatkan passion baginda dalam mengekalkan suburnya cinta dalam sebuah rumahtangga.
  • 15. Seorang isteri yang bersuamikan seorang pejuang, seorang ustaz atau seorang Ketua Cawangan sekali pun, tidak harus lupa bahawa suaminya itu tetap seorang lelaki. Rumahtangga seorang akhi dan seorang ukhti, tetap sebuah rumahtangga seorang lelaki dan perempuan. Jika mereka bertaqwa dalam menjunjung Syariatullah, tinggal satu lagi persoalan, bagaimanakah pula Sunnatullah dalam hubungan mereka? Sesungguhnya kejayaan menghindarkan diri dari pergaulan bebas serta bantuan institusi Bait Muslim, hanyalah ikhtiar kita untuk membina permulaan rumahtangga yang baik. Tetapi selepas berumahtangga, suami dan isteri harus peka dengan perkembangan emosi dan komunikasi masing-masing kerana ketaatan kepada halal dan haram hanya separuh dari maksud Taqwa. Bagaimana dengan cinta? Bagaimana Sunnatullah ke atas lelaki dan perempuan yang dicipta- Nya? Saya meratapi tragedi yang sedang merebak ini… ABU SAIF @ www.saifulislam.com 56000 Kuala Lumpur Demi meredakan keresahan jiwa kesan menulis dan membaca artikel ini, saya hadiahkan lagu di bawah ini untuk Ummu Saif yang saya kasihi sepenuh hati ini Lyrics TRANSLATION- Zawjati (My wife) (as given in the album Da‟ani) I love you the way you are, I love you the way you were, No matter what did or will happen, You are and will be my darling. You‟re my rightful wife, I care not about Those who like to reproach and irritate me. It is our destiny to be Together eternally. In my heart you instilled love With grace and good deeds. Happiness vanishes when you disappear, Life brightens when you‟re there. Hard is my day Until you return home.
  • 16. Sadness disappears When you smile. Life turns black When you‟re upset, So I work hard To make your wish come true. You‟re my happiness. May you be happy forever. Our souls are united Like soil and plants. You‟re my hope, my peace My good company and inspiration. Life is good, no matter how hard it is, When you‟re fine Saifulislam.Com kini dihoskan di sebuah Dedicated Server. Sumbangan anda untuk membiayai kos operasinya amat dialu-alukan. Jazakumullahu khayr al-jazaa' © SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu. "Erti Hidup Pada Memberi"