SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 9
1
SKRIP PENGACARAAN
HARI ANUGERAH CEMERLANG SK KOTA MASAI 2014
TARIQ
PENGUMUMAN KETIBAAN
Mengumumkan ketibaan,
Yang Berhormat Dato Haji Maulizan Bin Bujang, Ahli Dewan Undangan
Negeri ADUN Tiram.
NIZA
(GIMIK)
(NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH)
Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat
(PERSEMBAHAN KOIR)
WANA
KATA SALUTASI
Salam sejahtera kami ucapkan,
Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.
Ke pekan kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah
Bismillahirahmanirahim
Yang Berbahagia Dato Haji Maulizan bin Bujang,
Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram
Yang dihormati Encik Mahari bin Kapor,
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Yang Berusaha Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Puan Norhaliza bt Taha,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Encik Roslan bin Daud,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Encik Marzuki bin Md Johari,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai
2
Encik Saifuldin bin Hassan,
Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Guru-guru cemerlang,
Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah
Kebangsaan Kota Masai 2014
Para guru, ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang dimuliakan.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan
salam 1 Malaysia.
NILA
UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-
Nya, membolehkan kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini.
Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan Politeknik Ibrahim Sultan,
majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-
tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis penuh bersejarah pada
hari ini.
Untuk pengetahuan hadirin, Gimik Tarian Sewang diikuti persembahan lagu
koir secara medley sebentar tadi sebagai tanda menyambut kedatangan dan
mengalu-alukan kehadiran para jemputan ke Majlis Anugerah
Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai tahun 2014.
TARIQ
BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Al-
Fadhil Ustaz Mohd Faizan bin Mat Jusoh untuk memimpin bacaan doa
sebagai permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya.
Dipersilakan.
(Bacaan doa)
Semoga doa pimpinan Ustaz tadi diberkati Allah hendaknya.
Majlis mengucapkan terima kasih.
3
NIZA
UCAPAN GURU BESAR
Hadirin yang dirahmati,
Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak
diukur dengan hanya pencapaian luaran semata-mata tetapi adalah
sejauhmana kejayaan itu mampu memberikan sumbangan kembali kepada
orang di sekelilingnya.
Tinggi burung terbang di angkasa,
Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Kamaruddin bin
Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.
(Ucapan Guru Besar)
Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang
penuh bermakna sebentar tadi.
WANA
UCAPAN PERASMIAN
Hadirin, para jemputan yang dikasihi,
Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa,
harapan dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan
untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan
rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak gemilang.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,
Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan
Negeri ADUN Tiram untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai tahun
2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Ucapan Perasmian)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
atas janaan ucapan perasmian sebentar tadi.
4
NILA
PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET HATINYA TAK TAHAN
Sirih pinang sirih berlipat,
Diambil sehelai dibawa pergi,
Tampak joget indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.
Hadirin yang dihormati,
Kita sama-sama saksikan persembahan tarian ‘Joget Hatinya Tak Tahan’.
Dipersilakan.
(Tarian)
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian di bawah
pimpinan Puan Nur Hasanah bt Hamzah sebentar tadi.
TARIQ
NIZA
WANA
WANA
TARIQ
TARIQ
NILA
NILA
ANUGERAH PENCAPAIAN GEMILANG 2014
Hadirin yang dimuliakan,
Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato
Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram diiringi
Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Kota Masai bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.
Anugerah Pencapaian Gemilang 2014 bagi :
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013
Anugerah Pencapaian Gemilang Individu Kokurikulum dan Sukan 2014
(nama penerima)
Hadirin yang dimuliakan,
Muhammad Danial bin Romizan tidak dapat hadir kerana terpilih ke Sekolah
Sukan Bukit Jalil dan sedang menjalani Program Pembangunan Sukan
ketika ini.
…………………………….
Anugerah Pencapaian Gemilang Berpasukan Kokurikulum dan Sukan 2014
Dinobatkan kepada Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan
Kota Masai.
(nama penerima)
Untuk makluman hadirin, Nurin Syaffina binti Ahmad Farizal dan Nur Aina
Adriana binti Rosli tidak dapat hadir kerana mewakili negeri Johor ke
pertandingan lalulintas peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan manakala
Nurul Najiha binti Hezry mewakili negeri Johor ke pertandingan bola baling
terbuka di Perlis.
Hadirin yang dihormati,
Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Kota Masai ini
merupakan Johan Keseluruhan Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas
Peringkat Negeri Johor 2014.
…………………………..
5
WANA
NIZA
Bagi penerima Anugerah NILAM 2014 dengan bacaan buku melebihi 360
buah buku setahun, dipersilakan (nama pemenang).
Hadirin yang dihormati, penerima Anugerah NILAM 2014 yang mencatat
bacaan buku paling banyak untuk Tahap 1 dan Tahap 2 akan menerima
sebuah plak, sijil penghargaan dan sebuah basikal.
Dengan bacaan buku sebanyak 360 buah buku, dijemput adik Nur Afina bt
Mohd Nizar dari kelas 1 Bestari untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah
pembaca NILAM terbanyak Tahap 1. Dipersilakan
Seterusnya, pemenang anugerah NILAM tahap 2 dengan bacaan buku
sebanyak 460 buah buku, majlis mempersilakan adik Nur Eliani Elissa bt
Mohamad Zuki.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat
Dato Haji Maulizan bin Bujang menyampaikan anugerah sebentar tadi.
TARIQ
PERARAKAN KELUAR VIP
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji
Maulizan bin Bujang dan tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis.
NIZA
BICARA BERIRAMA
Hadirin yang dimuliakan,
Alangkah molek majlis kecemerlangan andai berseri dek persembahan.
Untuk itu, majlis menjemput pasukan bicara berirama Sekolah Kebangsaan
Kota Masai untuk menyampaikan persembahan bicara berirama dengan
tajuk ‘Kayanya Bahasa Kita’. Dipersilakan.
(persembahan bicara berirama)
Untuk pengetahuan hadirin, pasukan bicara berirama yang dibimbing oleh
Puan Siti Hajar bt Kamaruddin ini telah dinobatkan sebagai naib johan dalam
pertandingan Bicara Berirama sempena sambutan Bulan Bahasa
Kebangsaan peringkat Negeri Johor. Tahniah diucapkan.
6
NILA
WANA
NILA
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK MATA PELAJARAN
Hadirin yang dihormati,
Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.
Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Mata Pelajaran, majlis
menjemput dan mempersilakan Puan Norhaliza bt Taha, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Puan Norsiah
bt Sise untuk menyampaikan anugerah, Dipersilakan.
(nama penerima)
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan penyampaian
anugerah sebentar tadi.
TARIQ
NIZA
TARIQ
NILA
WANA
NILA
NIZA
TARIQ
NIZA
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis seterusnya menjemput Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud,
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan diiringi Cik
NorHafidah binti Azman untuk menyampaikan Anugerah Pencapaian
Terbaik Kelas Pra Sekolah, Tahun 1 dan Lonjakan Saujana. Dipersilakan.
(nama penerima)
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud,
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai
atas penyampaian anugerah sebentar tadi.
…………………………………
Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas
Tahun 2, dipersilakan Encik Saifuldin bin Hassan, Guru Penolong Kanan
Petang Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Ahmad Firdaus bin
Haramayni naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah.
(nama penerima)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
………………………………..
Bagi Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 3, majlis seterusnya
menjemput dan mempersilakan Encik Marzuki bin Md Johari, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Amizam
bin Mohamed untuk menyempurnakan penyampaian anugerah ini.
(nama penerima)
Terima kasih diucapkan.
…………………………………
7
NILA
WANA
NILA
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis beranjak lagi dengan menjemput dan mempersilakan Encik Roslan bin
Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota
Masai diiringi Puan Halemahton binti Md Hatar naik ke pentas bagi
menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 4.
(nama penerima)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Roslan bin Daud, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas
penyampaian anugerah sebentar tadi.
TARIQ
NIZA
TARIQ
Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas
Tahun 5, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota
Masai diiringi Encik Mahathir bin Abu Khalipah Husin untuk naik ke pentas
bagi menyampaikan anugerah.
(nama penerima)
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyempurnaan penyampaian
anugerah sebentar tadi.
WANA
PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET KERETA LEMBU
Hadirin yang dikasihi,
Tinggi-tinggi si burung tempua,
Tinggilah lagi harapan di hati,
Selamat menonton buat semua,
Hiburan dipersembahkan kita hayati.
Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan
persembahan tarian ‘Joget Kereta Lembu’ yang dipersembahkan oleh murid-
murid Tahun 5. Dipersilakan.
(persembahan tarian)
Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu menghiburkan
hati sebentar tadi.
NILA
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS
Hadirin yang dihormati,
Meneruskan acara penyampaian anugerah, majlis mempersilakan dengan
penuh takzimnya, Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi oleh Encik Roslan bin Daud
untuk menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 6.
Dipersilakan.
8
NIZA
NILA
(nama penerima)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji
Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai
atas penyampaian anugerah sebentar tadi.
TARIQ
NILA
WANA
NIZA
TARIQ
WANA
NILA
NIZA
TARIQ
NILA
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBILANG
Penyampaian Anugerah Pencapaian Terbilang
(biodata tokoh)
Anugerah Tokoh Kurikulum
Anugerah Tokoh Hal Ehwal Murid
Anugerah Tokoh Kokurikulum
Anugerah Tokoh NILAM
Anugerah Tokoh Murid
Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbilang, majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Dihormati Encik Mahari bin kapor, Yang dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Abu
Hassan naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.
(nama penerima)
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas kesudian menyampaikan
anugerah pencapaian terbilang sebentar tadi.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Pencapaian
Terbilang Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai
2014.
WANA
TARIQ
NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BERSURAI
Hadirin yang dimuliakan,
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta
Dengan ini saya (sebut nama)
Jumpa lagi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan
Kota Masai pada tahun hadapan.
Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum.
Mohon hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.
9
erique_stu@yahoo.com (Tariq)
syaniea84@yahoo.com (Kak Niza)

Más contenido relacionado

Similar a TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx

Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014ALLADINHUSSIN
 
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docxteks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docxssuser38f308
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSiti Norlina
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Henry Lijunin
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Henry Lijunin
 
Teks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgTeks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgSiti Puspa
 
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
2016   teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii2016   teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafiiMatt Apitt
 
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 realAnugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 realalmubaraklet
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Noor Aziana Fauzi
 
Ucapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlisUcapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlisShUff HaqEem
 
Mcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kaliMcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kaliamran chemeh
 
Apc dan h ri gru dan raya
Apc dan h ri gru dan rayaApc dan h ri gru dan raya
Apc dan h ri gru dan rayaZack Eriez
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxssuser83ab23
 
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sktt 2014
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sktt 2014Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sktt 2014
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sktt 2014ticerliza
 
Apc dan hari guru
Apc dan hari guruApc dan hari guru
Apc dan hari guruZack Eriez
 
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docxTeks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docxsoftri
 
Teks Emcee Perhimpunan Rasmi 3.docx
Teks Emcee Perhimpunan Rasmi 3.docxTeks Emcee Perhimpunan Rasmi 3.docx
Teks Emcee Perhimpunan Rasmi 3.docxnoorbaizuramukhlas
 

Similar a TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx (20)

Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014
 
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docxteks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
teks mc majlis persaraan dan majlis akhir tahun 2022.docx
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka raya
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016
 
Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016Teks pengacara majlis mac 2016
Teks pengacara majlis mac 2016
 
APC 2016.doc
APC 2016.docAPC 2016.doc
APC 2016.doc
 
Teks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgTeks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibg
 
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
2016   teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii2016   teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
 
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 realAnugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
 
Ucapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlisUcapan pengacara majlis
Ucapan pengacara majlis
 
Mcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kaliMcsukan sk batang kali
Mcsukan sk batang kali
 
Apc dan h ri gru dan raya
Apc dan h ri gru dan rayaApc dan h ri gru dan raya
Apc dan h ri gru dan raya
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
 
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sktt 2014
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sktt 2014Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sktt 2014
Teks pengacara kejohanan sukan tahunan sktt 2014
 
261454523.doc
261454523.doc261454523.doc
261454523.doc
 
MC PIBG 2023.docx
MC PIBG 2023.docxMC PIBG 2023.docx
MC PIBG 2023.docx
 
Apc dan hari guru
Apc dan hari guruApc dan hari guru
Apc dan hari guru
 
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docxTeks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
 
Teks Emcee Perhimpunan Rasmi 3.docx
Teks Emcee Perhimpunan Rasmi 3.docxTeks Emcee Perhimpunan Rasmi 3.docx
Teks Emcee Perhimpunan Rasmi 3.docx
 

TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx

  • 1. 1 SKRIP PENGACARAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SK KOTA MASAI 2014 TARIQ PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan, Yang Berhormat Dato Haji Maulizan Bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram. NIZA (GIMIK) (NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH) Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat (PERSEMBAHAN KOIR) WANA KATA SALUTASI Salam sejahtera kami ucapkan, Para hadirin semua jemputan; Selawat dan salam kami junjungkan, Ke hadrat Nabi Rasul pilihan. Ke pekan kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah Bismillahirahmanirahim Yang Berbahagia Dato Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram Yang dihormati Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai Yang Berusaha Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai Puan Norhaliza bt Taha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai Encik Roslan bin Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai Encik Marzuki bin Md Johari, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai
  • 2. 2 Encik Saifuldin bin Hassan, Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Kota Masai Guru-guru cemerlang, Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2014 Para guru, ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang dimuliakan. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. NILA UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG Hadirin dan hadirat yang dihormati, Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin- Nya, membolehkan kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini. Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan Politeknik Ibrahim Sultan, majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu- tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis penuh bersejarah pada hari ini. Untuk pengetahuan hadirin, Gimik Tarian Sewang diikuti persembahan lagu koir secara medley sebentar tadi sebagai tanda menyambut kedatangan dan mengalu-alukan kehadiran para jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai tahun 2014. TARIQ BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Al- Fadhil Ustaz Mohd Faizan bin Mat Jusoh untuk memimpin bacaan doa sebagai permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya. Dipersilakan. (Bacaan doa) Semoga doa pimpinan Ustaz tadi diberkati Allah hendaknya. Majlis mengucapkan terima kasih.
  • 3. 3 NIZA UCAPAN GURU BESAR Hadirin yang dirahmati, Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak diukur dengan hanya pencapaian luaran semata-mata tetapi adalah sejauhmana kejayaan itu mampu memberikan sumbangan kembali kepada orang di sekelilingnya. Tinggi burung terbang di angkasa, Bunga mekar dipetik peraih, Majlis bermula restu diminta, Ucapan aluan mengambil alih. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan. (Ucapan Guru Besar) Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang penuh bermakna sebentar tadi. WANA UCAPAN PERASMIAN Hadirin, para jemputan yang dikasihi, Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa, harapan dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak gemilang. Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya, Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai tahun 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Ucapan Perasmian) Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas janaan ucapan perasmian sebentar tadi.
  • 4. 4 NILA PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET HATINYA TAK TAHAN Sirih pinang sirih berlipat, Diambil sehelai dibawa pergi, Tampak joget indah dilihat, Menjadi tatapan majlis berseri. Hadirin yang dihormati, Kita sama-sama saksikan persembahan tarian ‘Joget Hatinya Tak Tahan’. Dipersilakan. (Tarian) Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian di bawah pimpinan Puan Nur Hasanah bt Hamzah sebentar tadi. TARIQ NIZA WANA WANA TARIQ TARIQ NILA NILA ANUGERAH PENCAPAIAN GEMILANG 2014 Hadirin yang dimuliakan, Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram diiringi Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan. Anugerah Pencapaian Gemilang 2014 bagi : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Anugerah Pencapaian Gemilang Individu Kokurikulum dan Sukan 2014 (nama penerima) Hadirin yang dimuliakan, Muhammad Danial bin Romizan tidak dapat hadir kerana terpilih ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan sedang menjalani Program Pembangunan Sukan ketika ini. ……………………………. Anugerah Pencapaian Gemilang Berpasukan Kokurikulum dan Sukan 2014 Dinobatkan kepada Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Kota Masai. (nama penerima) Untuk makluman hadirin, Nurin Syaffina binti Ahmad Farizal dan Nur Aina Adriana binti Rosli tidak dapat hadir kerana mewakili negeri Johor ke pertandingan lalulintas peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan manakala Nurul Najiha binti Hezry mewakili negeri Johor ke pertandingan bola baling terbuka di Perlis. Hadirin yang dihormati, Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Kota Masai ini merupakan Johan Keseluruhan Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Peringkat Negeri Johor 2014. …………………………..
  • 5. 5 WANA NIZA Bagi penerima Anugerah NILAM 2014 dengan bacaan buku melebihi 360 buah buku setahun, dipersilakan (nama pemenang). Hadirin yang dihormati, penerima Anugerah NILAM 2014 yang mencatat bacaan buku paling banyak untuk Tahap 1 dan Tahap 2 akan menerima sebuah plak, sijil penghargaan dan sebuah basikal. Dengan bacaan buku sebanyak 360 buah buku, dijemput adik Nur Afina bt Mohd Nizar dari kelas 1 Bestari untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah pembaca NILAM terbanyak Tahap 1. Dipersilakan Seterusnya, pemenang anugerah NILAM tahap 2 dengan bacaan buku sebanyak 460 buah buku, majlis mempersilakan adik Nur Eliani Elissa bt Mohamad Zuki. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin Bujang menyampaikan anugerah sebentar tadi. TARIQ PERARAKAN KELUAR VIP Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin Bujang dan tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis. NIZA BICARA BERIRAMA Hadirin yang dimuliakan, Alangkah molek majlis kecemerlangan andai berseri dek persembahan. Untuk itu, majlis menjemput pasukan bicara berirama Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan persembahan bicara berirama dengan tajuk ‘Kayanya Bahasa Kita’. Dipersilakan. (persembahan bicara berirama) Untuk pengetahuan hadirin, pasukan bicara berirama yang dibimbing oleh Puan Siti Hajar bt Kamaruddin ini telah dinobatkan sebagai naib johan dalam pertandingan Bicara Berirama sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Negeri Johor. Tahniah diucapkan.
  • 6. 6 NILA WANA NILA ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK MATA PELAJARAN Hadirin yang dihormati, Berkebaya batik berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian, Tibalah masa penyampaian anugerah, Penerima teruja menunggu giliran. Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Mata Pelajaran, majlis menjemput dan mempersilakan Puan Norhaliza bt Taha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Puan Norsiah bt Sise untuk menyampaikan anugerah, Dipersilakan. (nama penerima) Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan penyampaian anugerah sebentar tadi. TARIQ NIZA TARIQ NILA WANA NILA NIZA TARIQ NIZA ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS Hadirin yang dimuliakan, Majlis seterusnya menjemput Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud, Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan diiringi Cik NorHafidah binti Azman untuk menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Pra Sekolah, Tahun 1 dan Lonjakan Saujana. Dipersilakan. (nama penerima) Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud, Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyampaian anugerah sebentar tadi. ………………………………… Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 2, dipersilakan Encik Saifuldin bin Hassan, Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Ahmad Firdaus bin Haramayni naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah. (nama penerima) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. ……………………………….. Bagi Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 3, majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Encik Marzuki bin Md Johari, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Amizam bin Mohamed untuk menyempurnakan penyampaian anugerah ini. (nama penerima) Terima kasih diucapkan. …………………………………
  • 7. 7 NILA WANA NILA Hadirin yang dimuliakan, Majlis beranjak lagi dengan menjemput dan mempersilakan Encik Roslan bin Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Puan Halemahton binti Md Hatar naik ke pentas bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 4. (nama penerima) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Roslan bin Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyampaian anugerah sebentar tadi. TARIQ NIZA TARIQ Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 5, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Mahathir bin Abu Khalipah Husin untuk naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah. (nama penerima) Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyempurnaan penyampaian anugerah sebentar tadi. WANA PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET KERETA LEMBU Hadirin yang dikasihi, Tinggi-tinggi si burung tempua, Tinggilah lagi harapan di hati, Selamat menonton buat semua, Hiburan dipersembahkan kita hayati. Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan persembahan tarian ‘Joget Kereta Lembu’ yang dipersembahkan oleh murid- murid Tahun 5. Dipersilakan. (persembahan tarian) Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu menghiburkan hati sebentar tadi. NILA ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS Hadirin yang dihormati, Meneruskan acara penyampaian anugerah, majlis mempersilakan dengan penuh takzimnya, Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi oleh Encik Roslan bin Daud untuk menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 6. Dipersilakan.
  • 8. 8 NIZA NILA (nama penerima) Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyampaian anugerah sebentar tadi. TARIQ NILA WANA NIZA TARIQ WANA NILA NIZA TARIQ NILA ANUGERAH PENCAPAIAN TERBILANG Penyampaian Anugerah Pencapaian Terbilang (biodata tokoh) Anugerah Tokoh Kurikulum Anugerah Tokoh Hal Ehwal Murid Anugerah Tokoh Kokurikulum Anugerah Tokoh NILAM Anugerah Tokoh Murid Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbilang, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Encik Mahari bin kapor, Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian anugerah. (nama penerima) Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas kesudian menyampaikan anugerah pencapaian terbilang sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Pencapaian Terbilang Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2014. WANA TARIQ NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BERSURAI Hadirin yang dimuliakan, Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini, Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta Dengan ini saya (sebut nama) Jumpa lagi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai pada tahun hadapan. Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum. Mohon hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.