1. 1
Syariat Islam DiPerkasa Negara Maju Jaya
عليكم السالم
َل َو ِهِلُك ِنْيِالد ىَلَع ُهَرِهْظُيِل ِقَحال ِنْيِد َو ىَدُهالِب ُهَل ْوُسَر َلَس ْرَأ ِْيذَّال ِهلل ُدْمَحالَه ِرَك ْو
َانَدِيَس َّنَأ ُدَهْشَأ َو ُهللا الِإ َهلِإال ْنَأ ُدَهْشَأ َن ْوُك ِرْشُمالَّمُهالل ُهُل ْوُسَر َو ُهُدْبَع ًادَّمَحُم
ٍانَسْحِإِب ْمُهَعِبَت ْنَمَو ِهِباَحْصَأ َو ِهِلآ ىَلَع َو ٍدَّمَحُم َانِدِيَس َلىَع ْك ِارَب َو ْمِلَس َو ِلَصىَلِإ
ِنْيِالد ِم ْوَي…ُدْعَب اَّمَأ..…ال َو ِهِتاَقُت َّقَح َهللا ا ْوُقَّتا ! ِهللا َداَبِع اَيَفَّنُت ْْ ُوَمتْمُتْنَأ َو الِإ
َن ْوُمِلْسُم …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekaliankamu kepada Allah
dengan sebenar-benartaqwa. Dan Janganlahkamu mati melainkan
dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar
kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan
melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya.
Sidang Jumaatyang dihormati sekalian
Firman Allah dalamayat 105 surah an-Nisa’:
َلِإ َانْل َنزَأ اَّنِإَو ۚ ُهـَّلال َاك َرَأ اَمِب ِاسَّنال َْنيَب َمُكْحَتِل ِقَحْالِب َابَتِكْال َْكينُكَت َال
﴿ اًمي ِصَخ َينِنِئاَخْلِل٥٠١﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai
Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya
engkau menghukum di antara manusia menurutapa yang Allah telah
tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlahengkau
menjadi pembela bagi orang-orangyang khianat.
2. 2
Islam adalah suatu agama yang lengkap dalammengatur seluruh
kehidupan umat manusia. Hukum-hukum syariah yang digariskan adalah
untuk kemaslahatan dan kesejahteraanmanusia. Sebagai hamba Allah
SWT kita perlu meyakini bahawa hukum-hukumini bukan untuk
memberikan keberatan atau menambah bebanan ke atas kita sebaliknya
untuk menjamin kebahagiaan hidupdi dunia dan juga di akhirat. Jika kita
memerhatikan kejadian alamini, semuanya dicipta untuk kemudahan
dan kepentingan hidup manusia. Begitu juga hukum-hakamsyariah di
mana kita akan mendapati bahawa setiap suruhan dan perintah Allah
SWT pastinya akan diakhiri dengan penerangan tentangmaslahah
(kebaikan) yang akan diperolehi oleh mereka yang melaksanakannya.
Begitu juga ayat-ayatyang menyentuh tentang larangan biasanyaia
akan diakhiri dengan peringatan tentang mafsadah (keburukan) yang
akan menimpa mereka yang melakukannya. Sebagai contoh, dalam
persoalan puasa antara matlamat daripada pensyariatannyaadalah
supaya dapat mencegah manusia itu dari melakukan penderhakaan
terhadapAllah SWT dalam kehidupan disampingbaik untuk kesihatan.
Begitu juga hukum hudud seperti kerat tangan bagi kesalahan mencuri
bertujuan supaya terjaganya harta daripada diceroboh.
Sidang Jumaatyang diberkati Allah,
Firman Allah dalamayat 58 surah an-Nisa’:
ِإ َو اَهِلْهَأ ٰىَلِإ َِاتناَمَ ْاْل ُّوادَؤُت نَأ ْمُكُرُمْأَي َهـَّلال َّنِإنَأ ِاسَّنال َْنيَب مُتْمَكَح اَذ
ي ِصَب اًعيِمَس َانَك َهـَّلال َّنِإ ۗ ِهِب مُكُظِعَي اَّمِعِن َهـَّلال َّنِإ ۚ ِلْدَعْالِب واُمُكْحَت﴿اًر١٥﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan
segala jenis amanah kepada ahlinya (yangberhak menerimanya), dan
apabila kamu menjalankan hukumdi antara manusia, (Allah menyuruh)
kamu menghukumdengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yangsebaik-baiknya kepada
kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat
3. 3
Islam begitu menitikberatkan keadilan yang diikat dan dikaitkan dengan
konsep akidah dan keimanan yang mendalam kepada Allah serta tugas
manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, iaitu tugas sebagai
agen pembangunan jasmani dan rohani. Hasil daripada keimanan
kepada Allah, seorang Muslimakan bersifat adil, mencintai keadilan dan
menyeru kepada norma-normaakhlakmulia termasuk kepada orang
bukan Islam. Dalam masa yang sama Islam begitu benci kepada
sebarangbentuk kezaliman sehingga Allah telah mengulang-ulang
perkataan zalimsebanyak 226 kali di dalam al-Quran. Al-Quran tidak
hanya menghubungkan adil sebagai sesuatu yang hanya diperkatakan di
mahkamah sahaja, tetapi ia lebih merujukkepada integriti dan kejujuran
di dalamsemua urusan hidup manusia termasuk politik, ekonomi, sosial
dan sebagainya
SyariatIslam datang untuk menekankan beberapa aspek utama iaitu: [1]
Pembaikan aqidah untuk membebaskan akal manusia daripada
cengkaman syirik dan khurafat. [2] Pembaikan aqidah untuk
membebaskan manusia daripada pengaruh dan penyelewengan hawa
nafsu. [3] Pembaikan masyarakatuntuk membebaskan umat daripada
kezaliman, kacau bilau dan penindasan system yang bercanggah dengan
Islam. Untuk mencapai semua keperluan di atas, syariat Islam datang
membawa suatu sistem yang menyusun hubungan manusia dengan
Allah, manusia sesama manusia, dan memelihara hak-hakmereka di
muka bumi.
Sidang Jumaatyang diberkati Allah,
Firman Allah dalamayat 50 surah al-Maidah :
ۚ َونُغْبَي ِةَّيِلِهاَجْال َمْكُحَفَأ﴿ َونُنِقوُي ٍم ْوَقِل اًمْكُح ِهـَّلال َنِم ُنَسْحَأ ْنَم َو١٠﴾
Maksudnya : Sesudah itu, patutkah mereka berkehendaklagi kepada
hukum-hukumjahiliyah?Padahal – kepada orang-orangyangpenuh
4. 4
keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih
pada daripada Allah.
Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan rasulNya wajibyakin
bahawa hanya sistem Islam sahaja yang adil dan sebarangsistem ciptaan
manusia yang bercanggah daripada Islamadalah zalim. Antara ciri-ciri
kehebatan dan keadilan sistem Islam ialah : [1] Ia bersifat Rabbaniyyah
iaitu hukum syariah serta sistemnya bukan merupakan ciptaan manusia
yang diliputi oleh sifat-sifatkelemahan dan keterbatasan. Ia juga tidak
terpengaruh dengan faktor-faktor tempat, masa dan budaya serta faktor
warisan, iaitu watak dan hawa nafsu kerana ia datang daripada Allah
Tuhan yang mencipta manusia itu sendiri. Seorangmu’min yang sebenar
ketika melaksanakan manhaj rabbaniini akan melaksanakan seluruh
perintah Allah dengan perasaan gembira dan senang hati bukannya
berdolak dalik untuk tidak melaksanakannya dengan pelbagai alasan
yang memualkan
[2] Ia bersifat Alamiyah atau Universal (sejagat) di mana syariatIslam
merupakan rahmatbagi seluruh alam, petunjuk dan pedoman serta jalan
hidup bagi semua manusia. Hukum Syariah diturunkan bukan untuk
kawasan atau puak tertentu tetapi adalah untuk manusia seluruhnya
tanpa melihatwarna kulit, jenis bahasa atau tempat. Oleh itu, tidak ada
perkauman dalam dakwah Islam, tidak ada asabiyyah dalam hukum dan
tidak ada kasta dalamIslam.
[3] Menyeluruh (Syumūliyyah) di mana feqh Islam berbeza dengan
undang-undangciptaan manusia kerana ia mencakupi 3 bidang
perhubungan manusiaiaitu hubungan manusia dengan Tuhannya,
hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia
dengan masyarakatnya. Ini kerana fiqh Islam adalah untuk kepentingan
dunia dan akhirat, agama dan kerajaan serta untuk seluruh manusia dan
kekal hingga ke Hari Akhirat. Ia mencakupi sistem dan perundangan
yang meliputi dalamtiap-tiap aspek kemasyarakatan dan kehidupan
sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadah atau akhlakatau yang
5. 5
berhubungdengan undang-undangumum seperti masalah sivil,
jenayah, keluarga, sosial, antarabangsa, pemerintahan, ekonomi dan lain-
lain
Sidang Jumaatyang diberkati Allah,
Firman Allah dalamayat 9 surah al-Hijr:
﴿ َونُظِفاَحَل ُهَل اَّنِإ َو َرْكِذال َانْل ََّزن ُنَْحن اَّنِإ٩﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yangmenurunkan Al-Quran, dan
Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
[4] Keaslian dan Keabadian yangkekal dalam nas dan sumber-
sumbernya tanpa mengalami penyelewengan dan perubahan. Al-Qur’an
yang merupakan sumber utama perundangan Islamtelah dijamin oleh
Allah terpelihara sehingga hari kebangkitan dan tidak dapat dikotori
dengan tangan-tangan jahat, dengan penyelewengan atau sebarang
perubahan. Itulah al-Qur’an yangtelah melalui peredaran masa lebih 14
abad sejak ia mula diturunkan. Malah sarjana baratturut mengakui
keaslian al-Quran tanpa ada sebarangpenyelewengan seperti
pengakuan Prof. Reynold Nicholson yang menyebut; “Al-Qur’an
merupakan dokumen kemanusiaan yangtinggi menerangkan secara
terperinci rahsia kelakuan Nabi Muhammads.a.w pada setiap peristiwa
hidupnya, sehingga kita benar-benar menemui di dalamnya suatu unsur
unik yang tidak boleh diragui dan diperdebatkan. Kita boleh menyingkap
semula al-Qur’an, (sejarah)Islamsejak pertama kali ia muncul dalam
sejarah. Ini merupakan suatu yang tidak boleh ditemui dalam agama-
agama lain seperti Buddha, Kristian atau apa-apa agama daripada agama
kuno.”
[5] Memudahkan dan Menghilangkan Kesukaran dalammenyelesaikan
segala permasalahandalamkehidupan manusia di samping menegakkan
keadilan di muka bumi. Islam yang membawa prinsipyang bertimbang
6. 6
rasa tidak membebankan manusia di luar kemampuan mereka dan tidak
membebankan manusia dengan tanggungjawabdi luar jangkauannya.
Ini adalah untuk menyedarkan manusia bahawa mereka tidak
mempunyai alasan dan dalih untuk lari daripada perintah syarakatau
meninggalkan larangannya. Imam Ghazali ada menyebut:
“Sesungguhnya menjaga kemaslahatandan mencegah kerosakan adalah
impian dan cita-cita murni seluruh makhluk. Kebaikan dan kebahagiaan
sepenuhnya terletakatas tercapainya cita-cita tersebut. Apa yang
dimaksudkan dengan maslahah ialah memelihara tujuan syarakiaitu
menjaga agama, nyawa akal, keturunan dan harta benda. Apa sahaja
yang membawa kepada terjejas 5 perkara itu atau seluruhnya, maka itu
adalah keburukan dan kerosakan yang mesti ditentang.”
Firman Allah dalamayat 258 surah al-Baqarah:
ْفَن ُهـَّلال ُفِلَكُي َالۗ ْتَبَسَتْكا اَم اَهْيَلَع َو ْتَبَسَك اَم اَهَل ۚ اَهَعْسُو َّالِإ اًس ……
Maksudnya : Allah tidak memberati seseorangmelainkan apa yang
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan
ia juga menanggungdosa kejahatan yang diusahakannya……
Sidang Jumaatyang diberkati Allah,
Meyakini bahawa SyariatIslam mengutamakan maslahah manusia, sama
ada maslahah duniawi mahupun ukhrawimaka pelbagai usaha wajib
dilakukan dalam memastikan seluruh system Islam dapat dilaksanakan
dalam Negara kita termasuk dalam menyokong pindaan akta RUU 355
dalam memperkasakan mahkamah syariah seterusnya membolehkan
undang-undangIslamyang lebih menyeluruh dapatdilaksana.
Himpunan ratusan ribu pencinta Islam di PadangMerbok pada hari
Sabtu lepas merupakan salah suatu usaha mulia terutama dalam
mendesak ahli Parlimen beragama Islamdalam menyokong pindaan ini.
Kita bimbang dengan masalah jenayah dan sosial di kalangan umat Islam
sendiri yang makin ketara termasuk Rekod Jabatan PendaftaranNegara
7. 7
(JPN) mendedahkan 159,725 kelahiran anakluar nikah atau tidak sah
taraf di kalangan wanita Islam, didaftarkan di seluruh negara bagi
tempoh 3 tahun, bermula 2013-2016. Kes dadah dengan jumlah 131,841
penagih dadah dikesan dalam negara sejak 2010-2016. Begitulah
dengan pelbagai peyakit sosial yang lain akibat kelalaian pemimpin
sendiri yang sentiasa memberi galakan kepada program yang
merosakkan akhlak melalui TV dan sebagainya. Sewajibnya pemimpin
lebih bersungguh dalam membina akhlak rakyat bukan meruntuhkannya.
Rapatkan rakyat dengan masjidbukannya dekatkan rakyat kepada
program maksiat. Tambahkan usaha dalam menerangkan kehebatan
syariatIslam bukan membiarkan programmelalaikan rakyatdaripada
agama terus subur. Kita bakal menuai apa yang kita semai. Jika ibadat
menjadi agenda hiduprakyat maka Negara akan selamat dan berkat.
Sebaliknya bila maksiat menjadi agenda hidup maka Negara
menghampiri kehancuran dan kemurkaan Allah. Islamlah nescaya kita
selamat dunia akhirat
Firman Allah dalamayat 45-46 surah al-Baqarah :
ْسا َو﴿ َينِعِاشَخْال ىَلَع َّالِإ ٌةَيرِبَكَل اَهَّنِإ َو ۚ ِة َالَّصال َو ِْربَّصالِب واُنيِعَت٥١َِينذَّلا ﴾
﴿ َونُع ِاج َر ِهْيَلِإ ْمُهَّنَأ َو ْمِهِب َر وُق َالُّم مُهَّنَأ َونُّنُظَي٥٤﴾
Maksudnya : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang
itu amatlah berat kecuali kepada orang-orangyang khusyuk; (45) (Iaitu)
mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui
Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
ْيِل ُهللا َكَارَبْمُكاَّيِإ َو يِنَعَفَن َو ِْميِظَعال ِآن ْرُقال يِف ْمُكَل َوِهْيِف اَمِب
َّنِإ ُهَت َالوِت ْمُكْنِم َو يِنِم َلَّبَقَت َو ِْميِكَحال ِرْكِالذ َو ِتاَياآل َنِمَوُه ُه
ِئاَسِل َو ْمُكَل َو ْيِل َْميِظَعال َهللا ُرِفْغَتْسا َو ُمْيِلَعال ُعْيِمَّسالْمِلِسْمُلا ِرَين