SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 24
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 1
Modul
2
Hasil Pembelajaran :
 Menginterpretasikan pengetahuan tentang
sejarah dan perkembangan Seni Tekat.
 Mengenal pasti fungsi dan kepenggunaan
Seni Tekat dalam kehidupan masyarakat
Melayu
 Menganalisis motif Seni Tekat dan
simboliknya kepada masyarakat Melayu.
 Menghuraikan pengetahuan tentang bahan
dan alatan dalam penghasilan Seni Tekat.
 Mengaplikasikan pengetahuan tentang
proses dalam penghasilan Seni Tekat secara
tradisional.
 Mengetahui reka bentuk Seni Tekat dimensi
baru.
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 2
Seni Tekat
Seni sulaman benang emas adalah satu khazanah dari nenek moyang kita dan paling terkenal di
Kuala Kangsar, negeri Perak. Selain di Perak pusat-pusat seni tekat turut berkembang di Kota Tinggi
dan Kluang di Johor serta Pekan, Pahang. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji
timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan
tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga
rupabentuk ciptaannya.
Tekat dikategorikan di bawah tekstil jahit yang merupakan hiasan diperbuat daripada sulaman benang
emas atau perak pada kain dasar (irasan) jenis baldu untuk menghasilkan motif hiasan timbul. Ia juga
disebut sebagai suji timbul, atau sulaman timbul atau
tekat bersuji. Walau bagaimanapun, suji sering
dikaitkan dengan sulaman benang sutera.
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. tekat
juga dipanggil tuji tumbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan
Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk
meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan
motif dan benang emas untuk membentuk bunga
tekat. Barang yang biasanya di tekat adalah seperti bekas
tepak sirih, alas tempat tidur, muka kasut pengantin, kipas
pengantin, baju pengantin, tudung saji, bekas barang kemas
danbekasperhiasan.
Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan dengan penggunaan pakaian dan
kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan adat
kelengkapan di kalangan kerabat di raja. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal
kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Seni tekat juga disebut dalam
hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Anggun Cik Tunggal yang mengambarkan pakaian anak raja yang
dipenuhi dengan seni tekat. Pada masa dahulu gadis Melayu yang akan melangsungkan
perkahwinan biasanya melakukan sendiri kerja tekat-menekat alat perhiasan yang akan digunakan
pada hari perkahwinannya.
Seni tekat yang berasal dari India dan
China dengan ragam hias motif
menampakkan pengaruh dari Arab
telah wujud serta berkembang di istana.
Kesan penggunaan sulaman dapat
dilihat di kalangan masyarakat Cina
yang keturunan Baba Nyonya Melaka.
Mereka menggunakan sulaman tekat
untuk pakaian-pakaian mereka. Teknik
tekat mereka juga menyerupai tekat
gubah masyarakat Melayu.
2.0 Pengenalan
Modul
2
2.1 Sejarah dan Perkembangan
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 3
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat
negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul
Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang
banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang
emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh
tukang menekat atau dikenali sebagai tukang sebu. Antaranya
ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
Tekat hanya digunakan untuk istiadat dan upacara
tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan
perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran,
berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di
kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian
kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya
dalam kalangan masyarakat biasa agak terbatas
kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.
Penghasilannya juga memerlukan waktu yang lama
dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang
rapi apabila digunakan.
 Baldu dan benang emas atau perak merupakan
barang mewah.
 Kombinasi cahaya keemasan daripada benang
emas yang membentuk corak dan warna tanah
kain menghasilkan seni rupa yang indah.
 Bentuk, corak, ruang yang tepat, cahaya benang
yang bergemilauan, warna kain baldu yang
lembut, jalinan motif yang halus dan rumit, telah
mewujudkan suatu pengutaraan seni rupa Melayu
dengan identiti yang tersendiri.
 Kemahiran bersuji masih dapat diteruskan
sebagai identiti warisan budaya kerana diturunkan
dari generasi ke generasi.
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama
perkembangan kraf seni tekat. Ramai tukang tekat yang
berkemahiran tinggi dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana
kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang
emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai tukang
sebu pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara
langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat.
2.2 Fungsi dan Pengunaan Tekat
2. 3 Ciri-ciri Istimewa Seni Tekat
2. 4 Peranan Institusi dan Istana
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 4
Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program
latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan
penjualan hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan
hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada
masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri
pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk
menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan
berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni
tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan
pelancong luar.
1. Ahdijah bt. Hasim
Ahdijah b. Hasim merupakan seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan
Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat.
Beliau mula belajar menekat daripada ibunya yang bernama Anatishaah bt. Bilai Din. Ibunya juga
seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat
antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan baju Penabalan Yang Di
Pertuan Agong.
2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof
Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang
Changkat, Bukit Candan, Kuala
Kangsar Perak. Kemahiran menekat
adalah di warisi dari ibu dan warisan
keluarga sejak turun temurun. Sekarang
beliau menumpukan sepenuh masa
dalam perusahaan menekat. Sebelum
ini beliau adalah seorang jurulatih di
Perbadanan Kraftangan Cawangan
Perak. Beliau pernah mewakili negara
ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk
membuat demontrasi menekat.
Sulam Penuh- dibuat di atas mempulur berbatang
kecil (0.5 cm hingga 0.75 cm). Kebanyakan motif di
bentuk dengan susunan panjang lancip dan halus.
Sulam Pahat- dibuat di atas mempulur yang lebih
besar (0.5 cm hingga 1.5 cm) untuk menghasilkan
sulaman yang seakan-akan ditebuk atau berlubang
seperti diukir.
2.6 Ragam Hias Seni Tekat
2.5 Tokoh-tokoh Penting Dalam Seni Tekat
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 5
Tekat Timbul Benang Emas atau Perak
Tekat timbul benang emas atau perak menggunakan motif dan
corak daripada mempulur sebagai tulang untuk membentuk
corak motif. Mempulur adalah kertas keras yang dipotong dan
ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas atau
perak akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai
corak gubahan. Tukang sebu hanya menyulam dan
membentuk corak motif melalui benang merah yang
dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah
diiringi dengan tambahan hiasan labuci dan manik-
manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa.
Kegunaan gubahan tekat adalah untuk menghiasi
tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah,
penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi
pintu, pakaian diraja dan sebagainya.
Tekat Perada
Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen
berkerawang yang ditebuk, kemudian ditampal pada kain. Bahagian
tepi kerawang disusurkan dengan empat lembar benang emas,
ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadang kala bahagian
bawah kerrawang yang bertebuk dilapikkan dengan kain berwarna
lain atau cermin untuk mengindahkannya lagi. Tekat jenis ini tidak lagi
diusahakan sekarang ini disebabkan kesukaran untuk mendapatkan
bahan seperti perada emas tulen kerana harga emas yang semakin
meningkat.
Ragam hias atau motif dalam seni tekat masyarakat Melayu
banyak diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan
seperti motif burung dan unggas atau lebih dikenali sebagai
motif flora dan fauna yang telah diolah seperti meringkaskan
rupa haiwan, stilisasi, pengurangan dan penambahan.
selain daripada motif flora dan fauna, motif geometri (bersudut)
dan motif awan larat juga terdapat dalam seni tekat. Ada di
antara motif diilhamkan daripada makanan atau bentuk benda
lain yang diringkaskan rupa bentuknya.
2.7 Jenis-jenis Tekat
2.8 Motif Seni Tekat
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 6
Motif flora sangat digemari di samping motif fauna dan geometri. Tumbuhan yang menjadi pilihan
ialah tumbuhan menjalar, terutamanya bunga, daun, akar, dan kudup bunga. Motif tumbuh-tumbuhan
yang diolah adalah daripada lingkungan bunga-bunga tradisional dalam alam Melayu. Berikut adalah
antara contoh pelbagai motif flora:
Motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah
atau digabungkan dengan motif flora. Berikut antara contoh motif fauna yang popular dalam seni
tekat:
2.9 Motif Flora
Bunga / Buah
Delima
BungaCempaka Bunga Asam
Batu
Bunga Bercula
Kelopak Pecah
Lapan
Bunga Bakung
(Variasi)
Bunga Raya Daun Bunga
Jermin
Daun Keladi Daun Peria Daun / Bunga
Padi
Bunga KenangaDaun Pucuk
Paku
Bunga Teratai Bunga Pecah Enam
(Lawang)
Bunga Pecah
Lima
Burung Ayam Jantan
2.10 Motif Fauna
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 7
Motif Geometri lebih digemari kerana lebih mudah dan ringkas. Antara motif geometri yang popular
ialah pucuk rebung segi tiga, segi empat, garis lurus, swastika, garis huruf ‘S’ dan sebagainya.
Berikut adalah antara motif geometri yang sering dihasilkan dalam tekat:
Corak yang berkait-kait berdasarkan sejenis corak ukiran yang sering digabungkan dengan motif
tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan corak yang lebih rumit hiasannya.
2.11 Motif Geometri
Kisi-kisi
Corak Dangai Catur
Corak Banji
Swastika
‘S’ berganda keluk
Pucuk Rebung Segi dan
Lengkung
Potong Wajik Melintang,
Lengkung Awan dan Berdiri
Pucuk Rebung Segi Tiga
Pucuk Rebung Segi Tiga
Pelbagai Motif Geometri
2.12 Motif Awan Larat
Motif Bunga Kemboja sering
dihasilkan pada Tikar sila
Motif Bunga Cengkih Pecah
Empat sesuai bagi menghiasi
Tampuk Bantal
Motif Bunga Kenanga juga
sesuai bagi menghiasi
Tampuk Bantal
Motif Bunga Kenanga juga sesuai bagi
menghiasi Alas Pahar, kusyen empat
segi dan bingkai gambar
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 8
Susunan motif terbahagi kepada tiga corak seni tekat,
susunan satu atau tunggal, susunan sulur bayang dan
susunan awan larat.
Susunan satu atau tunggal hanya memerlukan satu
corak sahaja untuk disulam. Corak tunggal yang
digunakan ialah setangkai bunga lengkap dengan
batang, daun, ranting dan kudup. Biasanya menghiasi
permukaan yang bersegi. Corak susunan satu
biasanya dijadikan penghias alatan seperti tepak
sirih, sarung bantal dan kusyen. Berikut adalah
beberapa contoh susunan tunggal
2.14 Susunan Satu atau Tunggal
2.13 Susunan Motif
Motif Bunga Cempaka
Hutan sering dihasilkan
pada tudung saji
Motif Bunga Pecah
Lapan yang menghiasi
selipar
Motif Bunga Bakung
sesuai untuk menghiasi
tampuk bantal
Motif Bunga Cempaka
Hutan dihasilkan pada
sarung kusyen
Motif Bunga Cempaka
dihasilkan pada tekat
hiasan dinding
Motif Bunga Anggerik
dihasilkan pada tekat
kipas pengantin
Motif Bunga Anggerik
dihasilkan pada tekat
kipas pengantin
Motif Bunga Raya
sesuai untuk menghiasi
tepak sirih
Hiasan Pelamin Tradisional Melayu yang
menggunakan Seni Tekat sepenuhnya
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 9
Susunan sulur bayung menampilkan corak tumbuhan yang
disusun secara menjalar dan berkait seperti keadaan semulajadi
tumbuhan. Corak pada kain digubah memenuhi kain dasar.
Bunga diletakkan dibahagian tengah kain dengan diapit jalaran
daun sulur paut di kiri kanan membentuk satu rangkaian yang
bertalian. Susunan dibuat secara seimbang dengan reka letak
atau bilangan motif memenuhi kain dasar tersebut. Susunan
sebegini dijadikan hiasan pada tirai, lemudi pintu, pelamin dan
lain-lain.
2.15 Susunan Sulur Bayung
Motif Bunga Cempaka
Hutan yang dilingkungi
corak campuran
kerawang dan cempaka
sesuai bagi menghiasi
sarung kusyen
Motif Bunga Teratai di
tengah, dicampur dengan
tangkai dan putik bunga
pada setiap sudut juga
untuk hiasan alas pahar
Motif Bunga Cempaka
Hutan sesuai untuk
hiasan dinding
Motif Pucuk Rebung
sesuai untuk lemudi pintu
juga sesuai bagi hiasan
beg tangan wanita
Motif Bunga Kekwa
dalam bentuk abstrak
yang mengandungi
sekuntum bunga
ditengah dan empat
putik bunga dan rangkai
daun di sudut sesuai
untuk alas pahar
Motif Bunga Cempaka
Hutan disusun selang-
seli antara putik bunga
dan bunga Cempaka
kembang sesuai untuk
hiasan kusyen bulat
Motif Bunga Cempaka
dalam bentuk
melingkar yang
mengandungi
kuntuman putik bunga
dan rangkai daun
sesuai untuk alas
pahar
Motif Bunga Cengkih
beragam sesuai untuk
hiasan kusyen empat
segi
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 10
Susunan awan larat lebih kompleks dan rumit. Motif tumbuh-tumbuhan atau
unggas disulam berkait dan bersentuhan antara satu sama lain sehingga
sukar untuk ditentukan punca atau awal sulaman. Motif ini merupakan
susunan berbentuk lingkaran dan memerlukan masa yang panjang untuk
disiapkan sesuatu tekatan itu. Susunan yang berlingkar dan berlekuk ini
menampakkan sulaman yang kreatif dan berkualiti.
Dalam menghasilkan Seni Tekat antara peralatan dan bahan utama adalah seperti pemidang kayu,
cuban, jarum, gunting, benang emas atau perak, benang ijuk, benang putih, kain lapik,manik dan
labuci, irasan atau kain dasar dan mempulur.
2.16 Susunan Awan Larat
2.17 Peralatan dan Bahan Tekat
Motif Bunga Kemboja yang diubahsuaikan berbentuk awan larat, sesuai
untuk menghiasi Ciur atau tikar sila
Peralatan dan bahan dalam menghasilkan Tekat
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 11
Pemidang kayu digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman di samping
mengelakkan kedutan atau lipatan. Ia diperbuat daripada
kayu yang berbentuk segi empat tepat atau bujur, berkaki
atau tanpa kaki, berbingkai dan berperegang. Ukuran
pemidang bergantung pada lebar kain dasar atau jenis
barang yang hendak dihasilkan. Pemidang untuk lemudi
pintu lebih besar dan panjang daripada pemidang kipas
pengantin.
Cuban ialah alat daripada kayu atau buluh
berbentuk palang atau kayu bercabang tiga yang
digunakan untuk melilit atau menggulung benang
emas. Terdapat juga cuban yang diperbuat
daripada rotan, tanduk berukir perak dan tembaga.
Ia juga disebut ulei-ulei, laola atau geligin.
Benang Emas / Perak
Benang daripada logam berwarna emas atau perak untuk membuat sulaman
dan tekat. Benang yang digunakan adalah sama dengan benang untuk
membuat songket.
Benang Ijuk
Urat dari pangkal pelepah enau yang lembut,
mudah dibentuk dan sukar patah semasa
menjahit. Dililit rapi dengan benang emas atau
benang sutera berwarna-warni untuk dijadikan
sebagai garisan luar corak tekat gubah yang akan
dihasilkan.
2.17.1 Pemidang Kayu
Pemidang Tekat
Irasan / Kain Dasar
Tali RenggangPemidang Kayu
CubanKain
Putih
2.17.2 Cuban
2.17.3 Benang
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 12
Benang Putih
Benang kapas biasa yang digunakan untuk menjahit atau mengetatkan
kedudukan tekat benang emas pada mempulur. Benang putih tidak
akan kelihatan pada permukaan kain kerana benang ini berfungsi
mengukuhkan tekatan sahaja.
kain yang sesuai untuk membuat kain dasar ialah kain
yang berwarna terang. Kain baldu berwarna merak dan biru
adalah yang paling banyak digunakan oleh para penekat di
samping warna merah tua, merah pulasan, biru tua, ungu,
hijau dan hitam. Kain baldu ini akan dilapisi dengan sehelai
kain kapas putih. Fungsi
kain kapas putih adalah
untuk mengukuh dan
mengemaskan sulaman
benang.
Mempulur digunakan sebagai bentuk atau struktur utama. Mempulur
dibuat daripada rotan segar, kertas tebal dan gam. Rotan segar
mempunyai kulit yang licin dan berkilat dan diraut mengikut bentuk
yang dikehendaki. Kini kertas tebal lebih digemari sebagai
mempulur kerana ia mudah untuk membuat corak atau motif tekan
berbanding rotan. Setelah dipotong, kertas tebal dilekatkan pada
kain dasar dan sulaman tekat
dibuat mengikut rupa bentuk
rekaan motif kertas tersebut.
Manik dan labuci merupakan bahan
aksesori yang digunakan untuk
menghiasi ruang kosong atau
ditabur pada permukaan yang tidak
ditekat (jika perlu sahaja).
2.17.4 Irasan atau Kain Dasar
2.17.5 Mempulur
2.17.6 Manik dan Labuci
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 13
Dalam menghasilkan tekat terdapat tiga proses yang berbeza. Proses pertama adalah penyediaan
mempulur, proses kedua pula adalah persiapan pemidang manakala proses ketiga adalah proses
meyulam. Ketiga-tiga proses ini memerlukan ketelitian dalam menghasilkan tekatan yang bermutu
tinggi dan berkualiti.
Proses pertama ialah membentuk mempulur. Mempulur merupakan bahagian penting dalam proses
tekatan. Kertas tebal yang keras biasanya menjadi pilihan untuk dijadikan mempulur. Lakar motif di
atas kertas. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur
kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk
membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega
bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur. Kemudian potong kertas mengikut
lakaran tersebut. Corak ragam hias yang menarik bergantung pada bentuk dan motif mempulur yang
menjadi rangka corak tekatan. Mempulur yang dibentuk akan dikikis pada bahagian tepi dengan
sejenis kayu untuk menjadikannya lebih halus dan tidak bergerigi.
2.18 Proses Tekatan
2.18.1 Penyediaan Mempulur
Langkah 1:
Melakar motif pada kertas tebal
Langkah 2:
Memotong motif yang telah dilakar pada
kertas tebal
Langkah 3:
Mengikis bahagian tepi mempulur agar
tidak bergerigi dan halus
Langkah 4:
Mempulur yang telah siap
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 14
Kain putih diregangkan di atas pemidang kayu. Kayu atau batang pinang
dimasukkan di sekeliling kain putih sebagai bingkai kain. Bingkai ini
kemudiannya diikat pada pemidang supaya kain putih tadi cukup tegang.
Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang
berbulu halus dan berkilat
ditegangkan di atas kain putih
tadi pada pemidang kayu dan
membentuk dua lapisan kain.
Kain baldu yang selalu
digunakan berwarna gelap
seperti merah pulasan, merah
tua, ungu, hijau tua dan hitam.
Baldu yang ditegangkan pada
pemidang dicantumkan
dengan kain putih secara jahitan sembat kasar pada sekeliling kain yang diikatkan ke bingkai
pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.Pemidang kayu pula terdiri daripada dua jenis iaitu
pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini.
Mempulur diletakkan di atas kain baldu atau kain
dasar. Benang emas yang dililit pada cuban
diletakkan merentasi mempulur. Selepas itu,
benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh
benang putih melalui jarum yang sedang matanya.
Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak
meninggalkan kesan lubang pada kain dasar.
Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah
batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah
ketat dan kukuh. Benang putih yang terdapat pada
jarum digunakan untuk menjahit, menindih dan
mengikat benang emas daripada sebelah tepi
mempulur. Benang putih akan melalui bahagian
bawah mempulur dan benang emas.
Proses ini diulang sehingga seluruh mempulur ditutupi benang emas. Setiap kali merentas, benang-
benang emas haruslah disusun rapat, teratur dan kemas supaya batang mempulur tidak kelihatan
dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.Tekatan dibuat sehingga
seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang ataupun pada
ruang yang tertinggal kosong, ruang itu akan ditutup dengan kertas emas atau labuci.
2.18.2 Persiapan Pemidang
2.18.3 Menyulam
Benang Emas
Benang PutihKain Kapas
Jarum
Cuban
Mempulur
Benang Putih
sebagai pengikat
benang emas
Kain Baldu
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 15
Hasil Seni Tekat hendaklah kemas dengan jahitan benang
kapas yang halus, rapi dan kukuh pada kain lapik. Benang
emas atau perak haruslah rata dan menutupi keseluruhan
mempulur pada kain baldu. Hasil tekatan perlu dijaga dengan
rapi apabila menggunakannya. Habuk yang terdapat pada
hasil seni tekat perlulah disingkirkan dengan cara
memberusnya menggunakan berus yang paling lembut. Hasil
seni tekat perlu dibalut dengan beberapa lapisan kain
sewaktu menyimpannya supaya tidak mudah berhabuk. Jangan melipat hasil seni tekat kerana boleh
merosakkan sulaman yang dihasilkan atau mempulur mungkin patah.
Seni tekat dimensi baru merupakan satu perubahan mengikut arus pemodenan dari aspek
kepenggunaan dan juga apresiasi nilai estetikanya. Dimensi baru dalam seni tekat termasuk ciptaan
untuk kelengkapan rumah seperti hiasan dinding, alas meja dan almari, sarung kusyen, kotak tisu,
kepala langsir, teranda lampu mahupun bingkai foto. Terdapat juga aksesori seperti bekas serba
guna, bekas barang kemas, perhiasan diri seperti topi, beg tangan, loket dan sebagainya. Teknik
sulaman dan benang berwarna-warni juga digunakan dalam seni tekat dimensi baru. Beraneka jenis
corak hiasan baru telah direkaciptakan dan motif hiasan klasik pula diubahsuaikan oleh tukang sebu
bagi memenuhi keperluan fungsi dan perubahan semasa bagi pelbagai barangan dimensi baru.
Berikut adalah beberapa produk ciptaan seni tekat dimensi baru.
2.19 Kemasan dan Pemeliharaan Hasil Seni Tekat
2.20 Seni Tekat Dimensi Baru
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 16
Seni Tekat Melayu Seni Tekat Cina Peranakan Seni Tekat Indonesia
Reka Corak
Bahan
Alatan
Teknik
Motif
Hiasan
Nilai &
Makna
Mengutamakan motif
flora. Sedikit rupa bentuk
geometrid an unggas
yang bergaya kesan
awan larat.
Mengutamakan motif haiwan
seperti ular, naga, dan ‘Hong’
sejenis unggas yang besar dan
cantik. Motif flora dan kosmos
sering digunakan sebagai hiasan
tambahan.
Mengutamakan motif flora
dan rupa geometri. Motif
unggas juga amat popular
Motif disusun tunggal
atau secara menjalar
seperti tumbuhan melata
atau berbentuk awan
larat sehingga
menimbulkan kesan
kesatuan yang harmoni.
Terdapat juga motif yang
diulang-ulang menjadi
corak dalam bentuk
panel.
Susunan kelihatan menyeluruh
dengan satu motif utama
kebiasaannya haiwan dikelilingi
motif-motif kecil seperti awan,
bunga, daun, kupu-kupu, dan
sebagainya. Rupa geometri yang
diulang-ulang sering digunakan
untuk hiasan tepi atau sebagai
bingkai.
Terdapat motif yang
disusun tunggal atau
ulangan simetri dan
ulangan cerminan. Rupa
bentuk lebih mudah dan
ringkas untuk
menyesuaikan teknik
sulaman yang
diaplikasikan. Corak
ulangan dalam bentuk
panel juga wujud.
a. Kain irasan-kain baldu
b. Benang Emas dan
Perak
c. Benang Ijuk
a. Kain Sutera dan Kasa
b. Benang Emas dan
Perak
c. Benang Sutera
a. Kain Sutera dan Linen
b. Benang Emas dan
Perak
c. Benang Ijuk
a. Kain Lapik
b. Manik
c. Labuci
a. Kain Lapik
b. Manik
c. Labuci
a. Kain Lapik
b. Manik
c. Labuci
a. Pemidang Kayu
b. Jarum Logam
c. Cuban
d. Gunting atau Pisau
a. Pemidang Kayu
b. Jarum Logam
c. Cuban
d. Gunting atau Pisau
a. Pemidang Kayu
b. Jarum Logam
c. Cuban
d. Gunting atau Pisau
Mempulur digunakan
bagi sulaman penuh atau
sulam pahat supaya
sulaman timbul dari
permukaan kain dasar.
Tekat gubah tidak
menggunakan mempulur.
Tidak mengunakan mempulur,
sulaman menyerupai tekat gubah
Melayu, tetapi susunan benang
emas lebih lebat dan rapi, serta
berbagai jenis caranya.
Mengunakan teknik tekat
gubah tetapi pola hiasan
yang terbentuk pada
permukaan kain sangat
beragam.
Kadang-kala mempulur
yang diperbuat daripada
kadbod digunakan untuk
menimbulkan kesan tiga
dimensi.
Sebagai pakaian kerabat
diraja (biasanya sulaman
benang emas atas baldu
kuning) dan pembesar
negeri atau upacara
tertentu yang melibatkan
adat istiadat.
Sebagai hiasan untuk
perkahwinan, berkhatan,
menyambut kelahiran.
Sebagai pakaian dan barangan
perhiasan pengantin dalam
upacara perkahwinan tradisional.
Untuk barangan perhiasan rumah
dan bilik pengantin.
Untuk barangan perhiasan
rumah dan bilik pengantin.
2.21 Persamaan & Perbezaan Seni Tekat Melayu, Cina Peranakan
dan Indonesia
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 17
2.2 Motif Seni Tekat Cina Peranankan dan Indonesia
Naga
Variasi rupa motif awan Burung Keria / JenjangUnggas ‘Hong’
Burung Lang Bunga Teratai Bunga Kekwa Kupu-kupu
Contoh Motif Unggas Tekat Indonesia Contoh Motif Flora Tekat Indonesia
Contoh hiasan kipas Tekat IndonesiaContoh hiasan dinding Tekat Indonesia
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 18
2.23 Hasil Seni Tekat Cina Peranankan
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 19
2.23 Hasil Seni Tekat Indonesia
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 20
1. Terangkan disamping membanding beza bahan-bahan dan peralatan dalam
Seni Tekat.
2. Terangkan langkah-langkah dalam proses tekatan daripada penyediaan
mempulur hinggalah proses menyulam.
3. Bincangkan karya seni tekat yang telah dihasilkan dalam bentuk kritikan seni
(Art Criticism) dengan mengunakan 4 asas utama iaitu:
a. Penghuraian (Description)
b. Analisis (Analysis)
c. Tafsiran (Interpretation)
d. Pertimbangan (Judgment)
4. Bincangkan kaedah untuk mengembangkan seni ini dengan meluas sebagai
satu kraf tangan yang mendapat tempat di hati seluruh masyarakat berbilang
kaum di Malaysia.
1. Hasilkan sebuah Portfolio bertemakan ‘Seni Tekat’ yang mengandungi koleksi
gambar bahan dan peralatan berserta penerangan lengkap, penerangan tentang
pengunaan dan sejarahnya serta proses-proses bersuji bersama pelbagai koleksi
gambar produk hasil daripada Seni Tekat.
2. Hasilkan sebuah reka bentuk motif mempulur dimensi baru berdasarkan olahan
idea dengan cara meringkaskan rupa flora dan fauna pilihan secara stilisasi atau
pengurangan mahupun penambahan juga merangkumi komposisi motif. Pelajar
dikehendaki membuat pencernaan pelbagai idea daripada motif yang dipilih.
3. Hasilkan satu gubahan tekat timbul untuk hiasan dinding menggunakan motif
tradisional tunggal dalam ukuran 15cm x 15cm. Gunakan kain baldu sebagai kain
dasar serta hasilkan mempulur daripada kertas kadboard keras.
atau
4. Ciptakan satu gubahan motif yang sesuai untuk teknik tekat timbul benang emas
atau perak bagi tirai pintu. Gubahan idea hendakan merangkumi motif dalam
susunan Sulur Bayung bertemakan flora. Ukuran tirai adalah dalam ruang
panjang 28.7cm dan tinggi 8cm. Proses menekat adalah secara tradisional di
atas kain baldu dengan motif dilukis terlebih dahulu.
atau
5. Hasilkan satu gubahan tekat timbul untuk sarung kusyen menggunakan
gabungan motif flora tradisional dan motif geometri dalam ukuran 20cm x 20cm.
Gubahan haruslah diubah suai mengikut susunan geometri yang menarik.
Gunakan kain baldu sebagai kain dasar serta hasilkan mempulur daripada kertas
kadboard keras. Gunakan labuci, manik, reben dan sebarang benang lain yang
difikirkan sesuai sebagai hiasan tambahan.
Cadangan Aktiviti Penghasilan Karya Seni
Apresiasi Dan Refleksi
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 21
Soalan Struktur
1. Namakan jenis tekat berikut:
a. Tekat yang mengunakan motif dan corak mempulur-_________________________
b. Tekat tidak menggunakan mempulur sebaliknya corak dilukis pada kain dasar terlebih dahulu
sebelum disulam-_______________________
2. Kain dasar untuk tekatan disebut___________________________.
3. Peralatan tekatan terdiri daripada __________________, ____________________,
___________________, ________________ dan mempulur.
4. Susunan ________________corak yang disusun saling berkait dan rapat serta padat.
5. Mempulur yang digunakan untuk tekat timbul benang emas atau perak boleh diperbuat daripada
________________, _____________________atau _____________________.
6. Cubaan biasanya diperbuat daripada keratin _________________atau _________________.
7. Fungsi pemidang kayu ialah sebagai ___________________ kain sewaktu proses menekat
dijalankan.
8. Susunan satu atau _____________yang digunakan ialah setangkai bunga lengkap dengan
batang, daun, ranting dan kudup.
9. Keindahan seni tekat ada disebut dalam hikayat lama iaitu _________________.
10. Corak tumbuhan yang disusun secara menjalar dan berkait seperti keadaan semula jadi disebut
susunan __________________.
11. Motif unsur __________________jarang digunakan pada hiasan tekatan Melayu kerana tidak
dibenarkan mengikut ajaran Islam.
12. Hasil tekatan yang bermutu tinggi menunjukkan benang emas yang _______________serta
__________________mempulur pada kain baldu.
13. Kalangan kerabat diraja lebih gemar menggunakan tekatan yang disulam pada kain baldu
berwarna ______________.
14. Fungsi kain kapas ialah untuk _________________kain ___________________.
15. Selain daripada orang Melayu, masyarakat ____________________dari negeri
_______________ dan _______________di Malaysia juga gemar memakai baju yang dipenuhi
dengan tekatan.
16. Empat jenis upacara yang mengunakan hasil seni tekat adalah ___________________,
____________________, _____________________dan ____________________.
17. Negeri _____________yang banyak sekali menghasilkan barangan kraf seni tekat.
18. Seni tekat merupakan seni ________________pada kain dasar yang dibentuk dengan
menggunakan kertas yang diliputi benang emas.
Latihan Pengukuhan Kendiri
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 22
19. Cuban yang diperbuat daripada rotan, tanduk berukir perak dan tembaga. Ia juga disebut
____________________, _____________________dan ____________________.
20. Tekatan yang dibuat di atas mempulur untuk menghasilkan sulaman yang seakan-akan
ditebuk dipanggil __________________.
21. Seni tekat dipercayai berasal dari negara __________________dan ___________________.
22. Seni tekat masyarakat Cina Peranakan mengutamakan motif haiwan seperti ____________,
_________________, dan __________________ sejenis unggas yang besar dan cantik.
Motif _________________ dan ________________ sering digunakan sebagai hiasan
tambahan.
23. Seni tekat dipercayai berasal dari Negara __________________dan ___________________.
24. Senaraikan dua Ragam Hias Seni Tekat:
_____________________dan_________________________.
25. _________________________Tekat jenis ini menggunakan kertas yang agak tebal
permukaannya diliputi perada emas tulen yang ditebuk berkerawang, kemudian ditampal
pada kain. Tekat jenis ini tidak lagi diusahakan sekarang ini disebabkan
_________________________________________________.
26. Dalam menghasilkan tekat terdapat tiga proses yang berbeza. Proses pertama adalah
__________________ proses kedua pula adalah ___________________ manakala proses
ketiga adalah ___________________.
27. Antara motif geometri yang popular ialah _______________, _______________,
____________, _______________dan ________________________.
28. Senaraikan empat langkah dalam proses menyediakan mempulur:
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
29. Nyatakan sepuluh motif tumbuh-tumbuhan yang diolah adalah daripada lingkungan bunga-
bunga tradisional dalam alam Melayu:
___________________________________ ___________________________________
___________________________________ ___________________________________
___________________________________ ___________________________________
___________________________________ ___________________________________
___________________________________ ___________________________________
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 23
30. Nyatakan persamaan dan perbezaan Seni Tekat Melayu, Cina Peranakan dan Indonesia dari
aspek reka corak:
Seni Tekat Melayu
_________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Seni Tekat Cina Peranakan
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Seni Tekat Indonesia
_________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
31. Nyatakan ciri-ciri keistimewaan Seni tekat:
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
Barbara Leigh (2000) The Changing Face of Malaysian Crafts: Identity, Industry and Ingenuity. Oxford
University Press: Kuala Lumpur.
Michael Hitchcock (1991) Indonesian Textiles. Periplus Editions (HK) Ltd.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (2007). Adiguru Kraf / Master Craftperson. Bright & Bold
Advertising Sdn Bhd: Kuala Lumpur.
Prof. Dato’ Dr. Hood Salleh (2006) The Encyclopedia of Malaysia: People and Traditions. Archipelago
Press: Singapura
Syed Ahmad Jamal (2010) Rupa dan Jiwa. Dawama Sdn Bhd: Kuala Lumpur.
Syed Ahmad Jamal (2007). The Encyclopedia of Malaysia: Crafts and the Visual Arts. Archipelago
Press: Singapura
Sumber Rujukan
Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 24

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2SMK SERI PErMAISURI
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Rathnaa Wayy
 
Modul 07 anyaman
Modul 07   anyamanModul 07   anyaman
Modul 07 anyamanhavilesh
 
Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalizardiismail
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)ilaazmil2
 
Prinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukPrinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukilaazmil2
 
Arca Asemblaj
Arca AsemblajArca Asemblaj
Arca Asemblajideaki
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKATeh Boon Siang
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatfiro HAR
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 

La actualidad más candente (20)

E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
 
Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~Kesultanan melayu melaka~
Kesultanan melayu melaka~
 
Modul 07 anyaman
Modul 07   anyamanModul 07   anyaman
Modul 07 anyaman
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisional
 
Batik
Batik Batik
Batik
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)
 
Seni Arca
Seni ArcaSeni Arca
Seni Arca
 
Prinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukPrinsip rekabentuk
Prinsip rekabentuk
 
Arca Asemblaj
Arca AsemblajArca Asemblaj
Arca Asemblaj
 
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 
Landskap
LandskapLandskap
Landskap
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Garisan
GarisanGarisan
Garisan
 
Seni Seramik Slide PPT
Seni Seramik Slide PPTSeni Seramik Slide PPT
Seni Seramik Slide PPT
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selat
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 

Destacado

Motif & Ukiran Melayu Riau
Motif & Ukiran Melayu RiauMotif & Ukiran Melayu Riau
Motif & Ukiran Melayu RiauFiona L
 
Motif dan ukiran melayu riau armel
Motif dan ukiran melayu riau  armelMotif dan ukiran melayu riau  armel
Motif dan ukiran melayu riau armelAlisha1113
 
Seminar Teknik Menjawab SPM Pendidikan Seni Visual
Seminar Teknik Menjawab SPM Pendidikan Seni VisualSeminar Teknik Menjawab SPM Pendidikan Seni Visual
Seminar Teknik Menjawab SPM Pendidikan Seni VisualSMK Hajjah Laila Taib
 
Tekat
TekatTekat
Tekatnike
 
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Seramik Pendidikan Seni Visual
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Seramik Pendidikan Seni VisualModul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Seramik Pendidikan Seni Visual
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Seramik Pendidikan Seni VisualSyamsul Nor Azlan Mohamad
 
Motif dan Ukiran Melayu Riau
Motif dan Ukiran Melayu RiauMotif dan Ukiran Melayu Riau
Motif dan Ukiran Melayu Riautikha12
 
Seni hbae3103
Seni hbae3103 Seni hbae3103
Seni hbae3103 miza7272
 
Motif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riauMotif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riauRai127
 
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalJenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalPika Osman
 
Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4share with me
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Robotgerm King
 
Buku Kerja Pengawas Sekolah
Buku Kerja Pengawas SekolahBuku Kerja Pengawas Sekolah
Buku Kerja Pengawas SekolahGuru Online
 
Lukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan Rekacorak Lukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan Rekacorak NorAzmiHasshim
 
Motif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riauMotif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riaufebiii24
 
Motif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riauMotif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riauTaufik Hidayat
 
History of art n design (week 3)
History of art n design (week 3)History of art n design (week 3)
History of art n design (week 3)Mimi Mokhtar
 

Destacado (20)

Motif & Ukiran Melayu Riau
Motif & Ukiran Melayu RiauMotif & Ukiran Melayu Riau
Motif & Ukiran Melayu Riau
 
Motif dan ukiran melayu riau armel
Motif dan ukiran melayu riau  armelMotif dan ukiran melayu riau  armel
Motif dan ukiran melayu riau armel
 
Seminar Teknik Menjawab SPM Pendidikan Seni Visual
Seminar Teknik Menjawab SPM Pendidikan Seni VisualSeminar Teknik Menjawab SPM Pendidikan Seni Visual
Seminar Teknik Menjawab SPM Pendidikan Seni Visual
 
Tekat
TekatTekat
Tekat
 
Motif dan Ukiran Melayu
Motif dan Ukiran MelayuMotif dan Ukiran Melayu
Motif dan Ukiran Melayu
 
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Seramik Pendidikan Seni Visual
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Seramik Pendidikan Seni VisualModul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Seramik Pendidikan Seni Visual
Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Seramik Pendidikan Seni Visual
 
Motif dan Ukiran Melayu Riau
Motif dan Ukiran Melayu RiauMotif dan Ukiran Melayu Riau
Motif dan Ukiran Melayu Riau
 
Seni hbae3103
Seni hbae3103 Seni hbae3103
Seni hbae3103
 
Seni
SeniSeni
Seni
 
Motif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riauMotif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riau
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalJenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
 
Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2
 
Tepak Sirih
Tepak SirihTepak Sirih
Tepak Sirih
 
Buku Kerja Pengawas Sekolah
Buku Kerja Pengawas SekolahBuku Kerja Pengawas Sekolah
Buku Kerja Pengawas Sekolah
 
Lukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan Rekacorak Lukisan Perekaan Rekacorak
Lukisan Perekaan Rekacorak
 
Motif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riauMotif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riau
 
Motif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riauMotif dan ukiran melayu riau
Motif dan ukiran melayu riau
 
History of art n design (week 3)
History of art n design (week 3)History of art n design (week 3)
History of art n design (week 3)
 

Similar a Modul 2 Seni Tekat

Seni tekat
Seni tekatSeni tekat
Seni tekatmizi5556
 
Kuliah objek seni anyaman mgkuang
Kuliah objek seni anyaman mgkuangKuliah objek seni anyaman mgkuang
Kuliah objek seni anyaman mgkuangramlah mell
 
Makalah tenun ikat ntt
Makalah tenun ikat nttMakalah tenun ikat ntt
Makalah tenun ikat nttetto kono
 
SENI SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN
SENI SEBAGAI PRODUK PELANCONGANSENI SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN
SENI SEBAGAI PRODUK PELANCONGANShafiqa Fatin
 
Sejarah mode tata rias pengantin kalimantan tengah
Sejarah mode tata rias pengantin kalimantan tengahSejarah mode tata rias pengantin kalimantan tengah
Sejarah mode tata rias pengantin kalimantan tengahNolis Marliati
 
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Norafsah Awang Kati
 
112073100 psv-3108-kraf-tradisional
112073100 psv-3108-kraf-tradisional112073100 psv-3108-kraf-tradisional
112073100 psv-3108-kraf-tradisionalMan Long
 
pelestarian sosial budaya
pelestarian sosial budayapelestarian sosial budaya
pelestarian sosial budayaAlghi Sawaludin
 
Ctu 281 kuliah 8 seni tembikar, ukir dan tenunan
Ctu 281 kuliah 8 seni tembikar, ukir dan tenunanCtu 281 kuliah 8 seni tembikar, ukir dan tenunan
Ctu 281 kuliah 8 seni tembikar, ukir dan tenunanSyuk Bond
 
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalFungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalArifahAzlanShah2
 

Similar a Modul 2 Seni Tekat (20)

Seni tekat
Seni tekatSeni tekat
Seni tekat
 
Modul 3 Seni Sulaman
Modul 3 Seni SulamanModul 3 Seni Sulaman
Modul 3 Seni Sulaman
 
Seni Sulaman 1 Slide PPT
Seni Sulaman 1 Slide PPTSeni Sulaman 1 Slide PPT
Seni Sulaman 1 Slide PPT
 
Kuliah objek seni anyaman mgkuang
Kuliah objek seni anyaman mgkuangKuliah objek seni anyaman mgkuang
Kuliah objek seni anyaman mgkuang
 
Fail
FailFail
Fail
 
Tenunan Songket
Tenunan SongketTenunan Songket
Tenunan Songket
 
Seni Sulaman 2 Slide PPT
Seni Sulaman 2 Slide PPTSeni Sulaman 2 Slide PPT
Seni Sulaman 2 Slide PPT
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisional
 
Makalah tenun ikat ntt
Makalah tenun ikat nttMakalah tenun ikat ntt
Makalah tenun ikat ntt
 
Kain tradisional indonesia
Kain tradisional indonesiaKain tradisional indonesia
Kain tradisional indonesia
 
SENI SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN
SENI SEBAGAI PRODUK PELANCONGANSENI SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN
SENI SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN
 
Sejarah mode tata rias pengantin kalimantan tengah
Sejarah mode tata rias pengantin kalimantan tengahSejarah mode tata rias pengantin kalimantan tengah
Sejarah mode tata rias pengantin kalimantan tengah
 
Tgas prakarya siap print
Tgas prakarya siap printTgas prakarya siap print
Tgas prakarya siap print
 
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)
 
112073100 psv-3108-kraf-tradisional
112073100 psv-3108-kraf-tradisional112073100 psv-3108-kraf-tradisional
112073100 psv-3108-kraf-tradisional
 
pelestarian sosial budaya
pelestarian sosial budayapelestarian sosial budaya
pelestarian sosial budaya
 
Makalah kebudayaan batik indonesia
Makalah kebudayaan batik indonesiaMakalah kebudayaan batik indonesia
Makalah kebudayaan batik indonesia
 
Ctu 281 kuliah 8 seni tembikar, ukir dan tenunan
Ctu 281 kuliah 8 seni tembikar, ukir dan tenunanCtu 281 kuliah 8 seni tembikar, ukir dan tenunan
Ctu 281 kuliah 8 seni tembikar, ukir dan tenunan
 
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalFungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
 
Batik
BatikBatik
Batik
 

Más de Syamsul Nor Azlan Mohamad

A Guideline on How to Write and Publish a Review Paper by prof. dr. saidur ra...
A Guideline on How to Write and Publish a Review Paper by prof. dr. saidur ra...A Guideline on How to Write and Publish a Review Paper by prof. dr. saidur ra...
A Guideline on How to Write and Publish a Review Paper by prof. dr. saidur ra...Syamsul Nor Azlan Mohamad
 
Specific Approaches To Curriculum Development
Specific Approaches To Curriculum DevelopmentSpecific Approaches To Curriculum Development
Specific Approaches To Curriculum DevelopmentSyamsul Nor Azlan Mohamad
 
Educational Aims, Objectives and other Aspirations
Educational Aims, Objectives and other AspirationsEducational Aims, Objectives and other Aspirations
Educational Aims, Objectives and other AspirationsSyamsul Nor Azlan Mohamad
 

Más de Syamsul Nor Azlan Mohamad (20)

Tanglung Slide PPT
Tanglung Slide PPTTanglung Slide PPT
Tanglung Slide PPT
 
Modul 1 Tanglung
Modul 1 TanglungModul 1 Tanglung
Modul 1 Tanglung
 
Seni Sulaman 4 Slide PPT
Seni Sulaman 4 Slide PPTSeni Sulaman 4 Slide PPT
Seni Sulaman 4 Slide PPT
 
Seni Sulaman 3 Slide PPT
Seni Sulaman 3 Slide PPTSeni Sulaman 3 Slide PPT
Seni Sulaman 3 Slide PPT
 
RPH Responsif Budaya
RPH Responsif BudayaRPH Responsif Budaya
RPH Responsif Budaya
 
Modul 1 Permainan Tanglung
Modul 1 Permainan TanglungModul 1 Permainan Tanglung
Modul 1 Permainan Tanglung
 
A Guideline on How to Write and Publish a Review Paper by prof. dr. saidur ra...
A Guideline on How to Write and Publish a Review Paper by prof. dr. saidur ra...A Guideline on How to Write and Publish a Review Paper by prof. dr. saidur ra...
A Guideline on How to Write and Publish a Review Paper by prof. dr. saidur ra...
 
Teaching Design and Technology
Teaching Design and Technology Teaching Design and Technology
Teaching Design and Technology
 
Specific Approaches To Curriculum Development
Specific Approaches To Curriculum DevelopmentSpecific Approaches To Curriculum Development
Specific Approaches To Curriculum Development
 
National philosophy of education
National philosophy of educationNational philosophy of education
National philosophy of education
 
How to evaluate an art program
How to evaluate an art programHow to evaluate an art program
How to evaluate an art program
 
How to evaluate an art program
How to evaluate an art programHow to evaluate an art program
How to evaluate an art program
 
How can you measure a rainbow
How can you measure a rainbowHow can you measure a rainbow
How can you measure a rainbow
 
Evaluating the curriculum
Evaluating the curriculumEvaluating the curriculum
Evaluating the curriculum
 
Educational Aims, Objectives and other Aspirations
Educational Aims, Objectives and other AspirationsEducational Aims, Objectives and other Aspirations
Educational Aims, Objectives and other Aspirations
 
A curriculum framework for art education
A curriculum framework for art educationA curriculum framework for art education
A curriculum framework for art education
 
Week 14 -15 Individual Differences
Week 14 -15 Individual DifferencesWeek 14 -15 Individual Differences
Week 14 -15 Individual Differences
 
Week 13 Problem Solving
Week 13 Problem SolvingWeek 13 Problem Solving
Week 13 Problem Solving
 
Week 12 - Complex Cognitive
Week 12 -  Complex CognitiveWeek 12 -  Complex Cognitive
Week 12 - Complex Cognitive
 
Week 11 - Memory
Week 11 - MemoryWeek 11 - Memory
Week 11 - Memory
 

Último

ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 

Último (20)

ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 

Modul 2 Seni Tekat

  • 1. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 1 Modul 2 Hasil Pembelajaran :  Menginterpretasikan pengetahuan tentang sejarah dan perkembangan Seni Tekat.  Mengenal pasti fungsi dan kepenggunaan Seni Tekat dalam kehidupan masyarakat Melayu  Menganalisis motif Seni Tekat dan simboliknya kepada masyarakat Melayu.  Menghuraikan pengetahuan tentang bahan dan alatan dalam penghasilan Seni Tekat.  Mengaplikasikan pengetahuan tentang proses dalam penghasilan Seni Tekat secara tradisional.  Mengetahui reka bentuk Seni Tekat dimensi baru.
  • 2. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 2 Seni Tekat Seni sulaman benang emas adalah satu khazanah dari nenek moyang kita dan paling terkenal di Kuala Kangsar, negeri Perak. Selain di Perak pusat-pusat seni tekat turut berkembang di Kota Tinggi dan Kluang di Johor serta Pekan, Pahang. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga rupabentuk ciptaannya. Tekat dikategorikan di bawah tekstil jahit yang merupakan hiasan diperbuat daripada sulaman benang emas atau perak pada kain dasar (irasan) jenis baldu untuk menghasilkan motif hiasan timbul. Ia juga disebut sebagai suji timbul, atau sulaman timbul atau tekat bersuji. Walau bagaimanapun, suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. tekat juga dipanggil tuji tumbul, suji timbulan, tekat bersuji dan tekatan Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. Barang yang biasanya di tekat adalah seperti bekas tepak sirih, alas tempat tidur, muka kasut pengantin, kipas pengantin, baju pengantin, tudung saji, bekas barang kemas danbekasperhiasan. Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan dengan penggunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan adat kelengkapan di kalangan kerabat di raja. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Seni tekat juga disebut dalam hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Anggun Cik Tunggal yang mengambarkan pakaian anak raja yang dipenuhi dengan seni tekat. Pada masa dahulu gadis Melayu yang akan melangsungkan perkahwinan biasanya melakukan sendiri kerja tekat-menekat alat perhiasan yang akan digunakan pada hari perkahwinannya. Seni tekat yang berasal dari India dan China dengan ragam hias motif menampakkan pengaruh dari Arab telah wujud serta berkembang di istana. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Nyonya Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka. Teknik tekat mereka juga menyerupai tekat gubah masyarakat Melayu. 2.0 Pengenalan Modul 2 2.1 Sejarah dan Perkembangan
  • 3. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 3 Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh tukang menekat atau dikenali sebagai tukang sebu. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada. Tekat hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya dalam kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penghasilannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.  Baldu dan benang emas atau perak merupakan barang mewah.  Kombinasi cahaya keemasan daripada benang emas yang membentuk corak dan warna tanah kain menghasilkan seni rupa yang indah.  Bentuk, corak, ruang yang tepat, cahaya benang yang bergemilauan, warna kain baldu yang lembut, jalinan motif yang halus dan rumit, telah mewujudkan suatu pengutaraan seni rupa Melayu dengan identiti yang tersendiri.  Kemahiran bersuji masih dapat diteruskan sebagai identiti warisan budaya kerana diturunkan dari generasi ke generasi. Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama perkembangan kraf seni tekat. Ramai tukang tekat yang berkemahiran tinggi dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai tukang sebu pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. 2.2 Fungsi dan Pengunaan Tekat 2. 3 Ciri-ciri Istimewa Seni Tekat 2. 4 Peranan Institusi dan Istana
  • 4. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 4 Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan penjualan hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar. 1. Ahdijah bt. Hasim Ahdijah b. Hasim merupakan seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada ibunya yang bernama Anatishaah bt. Bilai Din. Ibunya juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan baju Penabalan Yang Di Pertuan Agong. 2. Hajah Azizah bt. Mohd Yusof Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat. Sulam Penuh- dibuat di atas mempulur berbatang kecil (0.5 cm hingga 0.75 cm). Kebanyakan motif di bentuk dengan susunan panjang lancip dan halus. Sulam Pahat- dibuat di atas mempulur yang lebih besar (0.5 cm hingga 1.5 cm) untuk menghasilkan sulaman yang seakan-akan ditebuk atau berlubang seperti diukir. 2.6 Ragam Hias Seni Tekat 2.5 Tokoh-tokoh Penting Dalam Seni Tekat
  • 5. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 5 Tekat Timbul Benang Emas atau Perak Tekat timbul benang emas atau perak menggunakan motif dan corak daripada mempulur sebagai tulang untuk membentuk corak motif. Mempulur adalah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas atau perak akan menutupi mempulur di atas kain baldu. Tekat Gubah Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Tukang sebu hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan tambahan hiasan labuci dan manik- manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat adalah untuk menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya. Tekat Perada Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen berkerawang yang ditebuk, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi kerawang disusurkan dengan empat lembar benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadang kala bahagian bawah kerrawang yang bertebuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cermin untuk mengindahkannya lagi. Tekat jenis ini tidak lagi diusahakan sekarang ini disebabkan kesukaran untuk mendapatkan bahan seperti perada emas tulen kerana harga emas yang semakin meningkat. Ragam hias atau motif dalam seni tekat masyarakat Melayu banyak diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan seperti motif burung dan unggas atau lebih dikenali sebagai motif flora dan fauna yang telah diolah seperti meringkaskan rupa haiwan, stilisasi, pengurangan dan penambahan. selain daripada motif flora dan fauna, motif geometri (bersudut) dan motif awan larat juga terdapat dalam seni tekat. Ada di antara motif diilhamkan daripada makanan atau bentuk benda lain yang diringkaskan rupa bentuknya. 2.7 Jenis-jenis Tekat 2.8 Motif Seni Tekat
  • 6. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 6 Motif flora sangat digemari di samping motif fauna dan geometri. Tumbuhan yang menjadi pilihan ialah tumbuhan menjalar, terutamanya bunga, daun, akar, dan kudup bunga. Motif tumbuh-tumbuhan yang diolah adalah daripada lingkungan bunga-bunga tradisional dalam alam Melayu. Berikut adalah antara contoh pelbagai motif flora: Motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam, itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah atau digabungkan dengan motif flora. Berikut antara contoh motif fauna yang popular dalam seni tekat: 2.9 Motif Flora Bunga / Buah Delima BungaCempaka Bunga Asam Batu Bunga Bercula Kelopak Pecah Lapan Bunga Bakung (Variasi) Bunga Raya Daun Bunga Jermin Daun Keladi Daun Peria Daun / Bunga Padi Bunga KenangaDaun Pucuk Paku Bunga Teratai Bunga Pecah Enam (Lawang) Bunga Pecah Lima Burung Ayam Jantan 2.10 Motif Fauna
  • 7. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 7 Motif Geometri lebih digemari kerana lebih mudah dan ringkas. Antara motif geometri yang popular ialah pucuk rebung segi tiga, segi empat, garis lurus, swastika, garis huruf ‘S’ dan sebagainya. Berikut adalah antara motif geometri yang sering dihasilkan dalam tekat: Corak yang berkait-kait berdasarkan sejenis corak ukiran yang sering digabungkan dengan motif tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan corak yang lebih rumit hiasannya. 2.11 Motif Geometri Kisi-kisi Corak Dangai Catur Corak Banji Swastika ‘S’ berganda keluk Pucuk Rebung Segi dan Lengkung Potong Wajik Melintang, Lengkung Awan dan Berdiri Pucuk Rebung Segi Tiga Pucuk Rebung Segi Tiga Pelbagai Motif Geometri 2.12 Motif Awan Larat Motif Bunga Kemboja sering dihasilkan pada Tikar sila Motif Bunga Cengkih Pecah Empat sesuai bagi menghiasi Tampuk Bantal Motif Bunga Kenanga juga sesuai bagi menghiasi Tampuk Bantal Motif Bunga Kenanga juga sesuai bagi menghiasi Alas Pahar, kusyen empat segi dan bingkai gambar
  • 8. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 8 Susunan motif terbahagi kepada tiga corak seni tekat, susunan satu atau tunggal, susunan sulur bayang dan susunan awan larat. Susunan satu atau tunggal hanya memerlukan satu corak sahaja untuk disulam. Corak tunggal yang digunakan ialah setangkai bunga lengkap dengan batang, daun, ranting dan kudup. Biasanya menghiasi permukaan yang bersegi. Corak susunan satu biasanya dijadikan penghias alatan seperti tepak sirih, sarung bantal dan kusyen. Berikut adalah beberapa contoh susunan tunggal 2.14 Susunan Satu atau Tunggal 2.13 Susunan Motif Motif Bunga Cempaka Hutan sering dihasilkan pada tudung saji Motif Bunga Pecah Lapan yang menghiasi selipar Motif Bunga Bakung sesuai untuk menghiasi tampuk bantal Motif Bunga Cempaka Hutan dihasilkan pada sarung kusyen Motif Bunga Cempaka dihasilkan pada tekat hiasan dinding Motif Bunga Anggerik dihasilkan pada tekat kipas pengantin Motif Bunga Anggerik dihasilkan pada tekat kipas pengantin Motif Bunga Raya sesuai untuk menghiasi tepak sirih Hiasan Pelamin Tradisional Melayu yang menggunakan Seni Tekat sepenuhnya
  • 9. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 9 Susunan sulur bayung menampilkan corak tumbuhan yang disusun secara menjalar dan berkait seperti keadaan semulajadi tumbuhan. Corak pada kain digubah memenuhi kain dasar. Bunga diletakkan dibahagian tengah kain dengan diapit jalaran daun sulur paut di kiri kanan membentuk satu rangkaian yang bertalian. Susunan dibuat secara seimbang dengan reka letak atau bilangan motif memenuhi kain dasar tersebut. Susunan sebegini dijadikan hiasan pada tirai, lemudi pintu, pelamin dan lain-lain. 2.15 Susunan Sulur Bayung Motif Bunga Cempaka Hutan yang dilingkungi corak campuran kerawang dan cempaka sesuai bagi menghiasi sarung kusyen Motif Bunga Teratai di tengah, dicampur dengan tangkai dan putik bunga pada setiap sudut juga untuk hiasan alas pahar Motif Bunga Cempaka Hutan sesuai untuk hiasan dinding Motif Pucuk Rebung sesuai untuk lemudi pintu juga sesuai bagi hiasan beg tangan wanita Motif Bunga Kekwa dalam bentuk abstrak yang mengandungi sekuntum bunga ditengah dan empat putik bunga dan rangkai daun di sudut sesuai untuk alas pahar Motif Bunga Cempaka Hutan disusun selang- seli antara putik bunga dan bunga Cempaka kembang sesuai untuk hiasan kusyen bulat Motif Bunga Cempaka dalam bentuk melingkar yang mengandungi kuntuman putik bunga dan rangkai daun sesuai untuk alas pahar Motif Bunga Cengkih beragam sesuai untuk hiasan kusyen empat segi
  • 10. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 10 Susunan awan larat lebih kompleks dan rumit. Motif tumbuh-tumbuhan atau unggas disulam berkait dan bersentuhan antara satu sama lain sehingga sukar untuk ditentukan punca atau awal sulaman. Motif ini merupakan susunan berbentuk lingkaran dan memerlukan masa yang panjang untuk disiapkan sesuatu tekatan itu. Susunan yang berlingkar dan berlekuk ini menampakkan sulaman yang kreatif dan berkualiti. Dalam menghasilkan Seni Tekat antara peralatan dan bahan utama adalah seperti pemidang kayu, cuban, jarum, gunting, benang emas atau perak, benang ijuk, benang putih, kain lapik,manik dan labuci, irasan atau kain dasar dan mempulur. 2.16 Susunan Awan Larat 2.17 Peralatan dan Bahan Tekat Motif Bunga Kemboja yang diubahsuaikan berbentuk awan larat, sesuai untuk menghiasi Ciur atau tikar sila Peralatan dan bahan dalam menghasilkan Tekat
  • 11. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 11 Pemidang kayu digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman di samping mengelakkan kedutan atau lipatan. Ia diperbuat daripada kayu yang berbentuk segi empat tepat atau bujur, berkaki atau tanpa kaki, berbingkai dan berperegang. Ukuran pemidang bergantung pada lebar kain dasar atau jenis barang yang hendak dihasilkan. Pemidang untuk lemudi pintu lebih besar dan panjang daripada pemidang kipas pengantin. Cuban ialah alat daripada kayu atau buluh berbentuk palang atau kayu bercabang tiga yang digunakan untuk melilit atau menggulung benang emas. Terdapat juga cuban yang diperbuat daripada rotan, tanduk berukir perak dan tembaga. Ia juga disebut ulei-ulei, laola atau geligin. Benang Emas / Perak Benang daripada logam berwarna emas atau perak untuk membuat sulaman dan tekat. Benang yang digunakan adalah sama dengan benang untuk membuat songket. Benang Ijuk Urat dari pangkal pelepah enau yang lembut, mudah dibentuk dan sukar patah semasa menjahit. Dililit rapi dengan benang emas atau benang sutera berwarna-warni untuk dijadikan sebagai garisan luar corak tekat gubah yang akan dihasilkan. 2.17.1 Pemidang Kayu Pemidang Tekat Irasan / Kain Dasar Tali RenggangPemidang Kayu CubanKain Putih 2.17.2 Cuban 2.17.3 Benang
  • 12. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 12 Benang Putih Benang kapas biasa yang digunakan untuk menjahit atau mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur. Benang putih tidak akan kelihatan pada permukaan kain kerana benang ini berfungsi mengukuhkan tekatan sahaja. kain yang sesuai untuk membuat kain dasar ialah kain yang berwarna terang. Kain baldu berwarna merak dan biru adalah yang paling banyak digunakan oleh para penekat di samping warna merah tua, merah pulasan, biru tua, ungu, hijau dan hitam. Kain baldu ini akan dilapisi dengan sehelai kain kapas putih. Fungsi kain kapas putih adalah untuk mengukuh dan mengemaskan sulaman benang. Mempulur digunakan sebagai bentuk atau struktur utama. Mempulur dibuat daripada rotan segar, kertas tebal dan gam. Rotan segar mempunyai kulit yang licin dan berkilat dan diraut mengikut bentuk yang dikehendaki. Kini kertas tebal lebih digemari sebagai mempulur kerana ia mudah untuk membuat corak atau motif tekan berbanding rotan. Setelah dipotong, kertas tebal dilekatkan pada kain dasar dan sulaman tekat dibuat mengikut rupa bentuk rekaan motif kertas tersebut. Manik dan labuci merupakan bahan aksesori yang digunakan untuk menghiasi ruang kosong atau ditabur pada permukaan yang tidak ditekat (jika perlu sahaja). 2.17.4 Irasan atau Kain Dasar 2.17.5 Mempulur 2.17.6 Manik dan Labuci
  • 13. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 13 Dalam menghasilkan tekat terdapat tiga proses yang berbeza. Proses pertama adalah penyediaan mempulur, proses kedua pula adalah persiapan pemidang manakala proses ketiga adalah proses meyulam. Ketiga-tiga proses ini memerlukan ketelitian dalam menghasilkan tekatan yang bermutu tinggi dan berkualiti. Proses pertama ialah membentuk mempulur. Mempulur merupakan bahagian penting dalam proses tekatan. Kertas tebal yang keras biasanya menjadi pilihan untuk dijadikan mempulur. Lakar motif di atas kertas. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur. Kemudian potong kertas mengikut lakaran tersebut. Corak ragam hias yang menarik bergantung pada bentuk dan motif mempulur yang menjadi rangka corak tekatan. Mempulur yang dibentuk akan dikikis pada bahagian tepi dengan sejenis kayu untuk menjadikannya lebih halus dan tidak bergerigi. 2.18 Proses Tekatan 2.18.1 Penyediaan Mempulur Langkah 1: Melakar motif pada kertas tebal Langkah 2: Memotong motif yang telah dilakar pada kertas tebal Langkah 3: Mengikis bahagian tepi mempulur agar tidak bergerigi dan halus Langkah 4: Mempulur yang telah siap
  • 14. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 14 Kain putih diregangkan di atas pemidang kayu. Kayu atau batang pinang dimasukkan di sekeliling kain putih sebagai bingkai kain. Bingkai ini kemudiannya diikat pada pemidang supaya kain putih tadi cukup tegang. Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan di atas kain putih tadi pada pemidang kayu dan membentuk dua lapisan kain. Kain baldu yang selalu digunakan berwarna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Baldu yang ditegangkan pada pemidang dicantumkan dengan kain putih secara jahitan sembat kasar pada sekeliling kain yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.Pemidang kayu pula terdiri daripada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. Mempulur diletakkan di atas kain baldu atau kain dasar. Benang emas yang dililit pada cuban diletakkan merentasi mempulur. Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Benang putih yang terdapat pada jarum digunakan untuk menjahit, menindih dan mengikat benang emas daripada sebelah tepi mempulur. Benang putih akan melalui bahagian bawah mempulur dan benang emas. Proses ini diulang sehingga seluruh mempulur ditutupi benang emas. Setiap kali merentas, benang- benang emas haruslah disusun rapat, teratur dan kemas supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong, ruang itu akan ditutup dengan kertas emas atau labuci. 2.18.2 Persiapan Pemidang 2.18.3 Menyulam Benang Emas Benang PutihKain Kapas Jarum Cuban Mempulur Benang Putih sebagai pengikat benang emas Kain Baldu
  • 15. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 15 Hasil Seni Tekat hendaklah kemas dengan jahitan benang kapas yang halus, rapi dan kukuh pada kain lapik. Benang emas atau perak haruslah rata dan menutupi keseluruhan mempulur pada kain baldu. Hasil tekatan perlu dijaga dengan rapi apabila menggunakannya. Habuk yang terdapat pada hasil seni tekat perlulah disingkirkan dengan cara memberusnya menggunakan berus yang paling lembut. Hasil seni tekat perlu dibalut dengan beberapa lapisan kain sewaktu menyimpannya supaya tidak mudah berhabuk. Jangan melipat hasil seni tekat kerana boleh merosakkan sulaman yang dihasilkan atau mempulur mungkin patah. Seni tekat dimensi baru merupakan satu perubahan mengikut arus pemodenan dari aspek kepenggunaan dan juga apresiasi nilai estetikanya. Dimensi baru dalam seni tekat termasuk ciptaan untuk kelengkapan rumah seperti hiasan dinding, alas meja dan almari, sarung kusyen, kotak tisu, kepala langsir, teranda lampu mahupun bingkai foto. Terdapat juga aksesori seperti bekas serba guna, bekas barang kemas, perhiasan diri seperti topi, beg tangan, loket dan sebagainya. Teknik sulaman dan benang berwarna-warni juga digunakan dalam seni tekat dimensi baru. Beraneka jenis corak hiasan baru telah direkaciptakan dan motif hiasan klasik pula diubahsuaikan oleh tukang sebu bagi memenuhi keperluan fungsi dan perubahan semasa bagi pelbagai barangan dimensi baru. Berikut adalah beberapa produk ciptaan seni tekat dimensi baru. 2.19 Kemasan dan Pemeliharaan Hasil Seni Tekat 2.20 Seni Tekat Dimensi Baru
  • 16. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 16 Seni Tekat Melayu Seni Tekat Cina Peranakan Seni Tekat Indonesia Reka Corak Bahan Alatan Teknik Motif Hiasan Nilai & Makna Mengutamakan motif flora. Sedikit rupa bentuk geometrid an unggas yang bergaya kesan awan larat. Mengutamakan motif haiwan seperti ular, naga, dan ‘Hong’ sejenis unggas yang besar dan cantik. Motif flora dan kosmos sering digunakan sebagai hiasan tambahan. Mengutamakan motif flora dan rupa geometri. Motif unggas juga amat popular Motif disusun tunggal atau secara menjalar seperti tumbuhan melata atau berbentuk awan larat sehingga menimbulkan kesan kesatuan yang harmoni. Terdapat juga motif yang diulang-ulang menjadi corak dalam bentuk panel. Susunan kelihatan menyeluruh dengan satu motif utama kebiasaannya haiwan dikelilingi motif-motif kecil seperti awan, bunga, daun, kupu-kupu, dan sebagainya. Rupa geometri yang diulang-ulang sering digunakan untuk hiasan tepi atau sebagai bingkai. Terdapat motif yang disusun tunggal atau ulangan simetri dan ulangan cerminan. Rupa bentuk lebih mudah dan ringkas untuk menyesuaikan teknik sulaman yang diaplikasikan. Corak ulangan dalam bentuk panel juga wujud. a. Kain irasan-kain baldu b. Benang Emas dan Perak c. Benang Ijuk a. Kain Sutera dan Kasa b. Benang Emas dan Perak c. Benang Sutera a. Kain Sutera dan Linen b. Benang Emas dan Perak c. Benang Ijuk a. Kain Lapik b. Manik c. Labuci a. Kain Lapik b. Manik c. Labuci a. Kain Lapik b. Manik c. Labuci a. Pemidang Kayu b. Jarum Logam c. Cuban d. Gunting atau Pisau a. Pemidang Kayu b. Jarum Logam c. Cuban d. Gunting atau Pisau a. Pemidang Kayu b. Jarum Logam c. Cuban d. Gunting atau Pisau Mempulur digunakan bagi sulaman penuh atau sulam pahat supaya sulaman timbul dari permukaan kain dasar. Tekat gubah tidak menggunakan mempulur. Tidak mengunakan mempulur, sulaman menyerupai tekat gubah Melayu, tetapi susunan benang emas lebih lebat dan rapi, serta berbagai jenis caranya. Mengunakan teknik tekat gubah tetapi pola hiasan yang terbentuk pada permukaan kain sangat beragam. Kadang-kala mempulur yang diperbuat daripada kadbod digunakan untuk menimbulkan kesan tiga dimensi. Sebagai pakaian kerabat diraja (biasanya sulaman benang emas atas baldu kuning) dan pembesar negeri atau upacara tertentu yang melibatkan adat istiadat. Sebagai hiasan untuk perkahwinan, berkhatan, menyambut kelahiran. Sebagai pakaian dan barangan perhiasan pengantin dalam upacara perkahwinan tradisional. Untuk barangan perhiasan rumah dan bilik pengantin. Untuk barangan perhiasan rumah dan bilik pengantin. 2.21 Persamaan & Perbezaan Seni Tekat Melayu, Cina Peranakan dan Indonesia
  • 17. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 17 2.2 Motif Seni Tekat Cina Peranankan dan Indonesia Naga Variasi rupa motif awan Burung Keria / JenjangUnggas ‘Hong’ Burung Lang Bunga Teratai Bunga Kekwa Kupu-kupu Contoh Motif Unggas Tekat Indonesia Contoh Motif Flora Tekat Indonesia Contoh hiasan kipas Tekat IndonesiaContoh hiasan dinding Tekat Indonesia
  • 18. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 18 2.23 Hasil Seni Tekat Cina Peranankan
  • 19. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 19 2.23 Hasil Seni Tekat Indonesia
  • 20. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 20 1. Terangkan disamping membanding beza bahan-bahan dan peralatan dalam Seni Tekat. 2. Terangkan langkah-langkah dalam proses tekatan daripada penyediaan mempulur hinggalah proses menyulam. 3. Bincangkan karya seni tekat yang telah dihasilkan dalam bentuk kritikan seni (Art Criticism) dengan mengunakan 4 asas utama iaitu: a. Penghuraian (Description) b. Analisis (Analysis) c. Tafsiran (Interpretation) d. Pertimbangan (Judgment) 4. Bincangkan kaedah untuk mengembangkan seni ini dengan meluas sebagai satu kraf tangan yang mendapat tempat di hati seluruh masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 1. Hasilkan sebuah Portfolio bertemakan ‘Seni Tekat’ yang mengandungi koleksi gambar bahan dan peralatan berserta penerangan lengkap, penerangan tentang pengunaan dan sejarahnya serta proses-proses bersuji bersama pelbagai koleksi gambar produk hasil daripada Seni Tekat. 2. Hasilkan sebuah reka bentuk motif mempulur dimensi baru berdasarkan olahan idea dengan cara meringkaskan rupa flora dan fauna pilihan secara stilisasi atau pengurangan mahupun penambahan juga merangkumi komposisi motif. Pelajar dikehendaki membuat pencernaan pelbagai idea daripada motif yang dipilih. 3. Hasilkan satu gubahan tekat timbul untuk hiasan dinding menggunakan motif tradisional tunggal dalam ukuran 15cm x 15cm. Gunakan kain baldu sebagai kain dasar serta hasilkan mempulur daripada kertas kadboard keras. atau 4. Ciptakan satu gubahan motif yang sesuai untuk teknik tekat timbul benang emas atau perak bagi tirai pintu. Gubahan idea hendakan merangkumi motif dalam susunan Sulur Bayung bertemakan flora. Ukuran tirai adalah dalam ruang panjang 28.7cm dan tinggi 8cm. Proses menekat adalah secara tradisional di atas kain baldu dengan motif dilukis terlebih dahulu. atau 5. Hasilkan satu gubahan tekat timbul untuk sarung kusyen menggunakan gabungan motif flora tradisional dan motif geometri dalam ukuran 20cm x 20cm. Gubahan haruslah diubah suai mengikut susunan geometri yang menarik. Gunakan kain baldu sebagai kain dasar serta hasilkan mempulur daripada kertas kadboard keras. Gunakan labuci, manik, reben dan sebarang benang lain yang difikirkan sesuai sebagai hiasan tambahan. Cadangan Aktiviti Penghasilan Karya Seni Apresiasi Dan Refleksi
  • 21. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 21 Soalan Struktur 1. Namakan jenis tekat berikut: a. Tekat yang mengunakan motif dan corak mempulur-_________________________ b. Tekat tidak menggunakan mempulur sebaliknya corak dilukis pada kain dasar terlebih dahulu sebelum disulam-_______________________ 2. Kain dasar untuk tekatan disebut___________________________. 3. Peralatan tekatan terdiri daripada __________________, ____________________, ___________________, ________________ dan mempulur. 4. Susunan ________________corak yang disusun saling berkait dan rapat serta padat. 5. Mempulur yang digunakan untuk tekat timbul benang emas atau perak boleh diperbuat daripada ________________, _____________________atau _____________________. 6. Cubaan biasanya diperbuat daripada keratin _________________atau _________________. 7. Fungsi pemidang kayu ialah sebagai ___________________ kain sewaktu proses menekat dijalankan. 8. Susunan satu atau _____________yang digunakan ialah setangkai bunga lengkap dengan batang, daun, ranting dan kudup. 9. Keindahan seni tekat ada disebut dalam hikayat lama iaitu _________________. 10. Corak tumbuhan yang disusun secara menjalar dan berkait seperti keadaan semula jadi disebut susunan __________________. 11. Motif unsur __________________jarang digunakan pada hiasan tekatan Melayu kerana tidak dibenarkan mengikut ajaran Islam. 12. Hasil tekatan yang bermutu tinggi menunjukkan benang emas yang _______________serta __________________mempulur pada kain baldu. 13. Kalangan kerabat diraja lebih gemar menggunakan tekatan yang disulam pada kain baldu berwarna ______________. 14. Fungsi kain kapas ialah untuk _________________kain ___________________. 15. Selain daripada orang Melayu, masyarakat ____________________dari negeri _______________ dan _______________di Malaysia juga gemar memakai baju yang dipenuhi dengan tekatan. 16. Empat jenis upacara yang mengunakan hasil seni tekat adalah ___________________, ____________________, _____________________dan ____________________. 17. Negeri _____________yang banyak sekali menghasilkan barangan kraf seni tekat. 18. Seni tekat merupakan seni ________________pada kain dasar yang dibentuk dengan menggunakan kertas yang diliputi benang emas. Latihan Pengukuhan Kendiri
  • 22. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 22 19. Cuban yang diperbuat daripada rotan, tanduk berukir perak dan tembaga. Ia juga disebut ____________________, _____________________dan ____________________. 20. Tekatan yang dibuat di atas mempulur untuk menghasilkan sulaman yang seakan-akan ditebuk dipanggil __________________. 21. Seni tekat dipercayai berasal dari negara __________________dan ___________________. 22. Seni tekat masyarakat Cina Peranakan mengutamakan motif haiwan seperti ____________, _________________, dan __________________ sejenis unggas yang besar dan cantik. Motif _________________ dan ________________ sering digunakan sebagai hiasan tambahan. 23. Seni tekat dipercayai berasal dari Negara __________________dan ___________________. 24. Senaraikan dua Ragam Hias Seni Tekat: _____________________dan_________________________. 25. _________________________Tekat jenis ini menggunakan kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen yang ditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Tekat jenis ini tidak lagi diusahakan sekarang ini disebabkan _________________________________________________. 26. Dalam menghasilkan tekat terdapat tiga proses yang berbeza. Proses pertama adalah __________________ proses kedua pula adalah ___________________ manakala proses ketiga adalah ___________________. 27. Antara motif geometri yang popular ialah _______________, _______________, ____________, _______________dan ________________________. 28. Senaraikan empat langkah dalam proses menyediakan mempulur: ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ 29. Nyatakan sepuluh motif tumbuh-tumbuhan yang diolah adalah daripada lingkungan bunga- bunga tradisional dalam alam Melayu: ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________
  • 23. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 23 30. Nyatakan persamaan dan perbezaan Seni Tekat Melayu, Cina Peranakan dan Indonesia dari aspek reka corak: Seni Tekat Melayu _________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ Seni Tekat Cina Peranakan __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ Seni Tekat Indonesia _________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ 31. Nyatakan ciri-ciri keistimewaan Seni tekat: ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ Barbara Leigh (2000) The Changing Face of Malaysian Crafts: Identity, Industry and Ingenuity. Oxford University Press: Kuala Lumpur. Michael Hitchcock (1991) Indonesian Textiles. Periplus Editions (HK) Ltd. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (2007). Adiguru Kraf / Master Craftperson. Bright & Bold Advertising Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Prof. Dato’ Dr. Hood Salleh (2006) The Encyclopedia of Malaysia: People and Traditions. Archipelago Press: Singapura Syed Ahmad Jamal (2010) Rupa dan Jiwa. Dawama Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Syed Ahmad Jamal (2007). The Encyclopedia of Malaysia: Crafts and the Visual Arts. Archipelago Press: Singapura Sumber Rujukan
  • 24. Hak milik Terpelihara: Dr. Siti Zuraida Maaruf, Fakulti Pendidikan, UiTM Modul Pedagogi Responsif Budaya Kraf Tradisional Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah 24