SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 16
Descargar para leer sin conexión
X PENGENALAN
Adakah anda tahu bahawa hubungan luar negara Malaysia telah bermula sejak
era Kesultanan Melayu Melaka? Pada masa itu, Melaka telah mengadakan
hubungan perdagangan dengan negara-negara seperti India, Siam, China, Parsi,
Arab, Jepun dan negara-negara di sekitar Kepulauan Melayu. Tradisi ini
diteruskan sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Pada zaman ini, sesebuah negara itu tidak boleh hidup bersendirian. Mereka tidak
boleh hidup terpencil. Tuntutan semasa memerlukan sesebuah negara saling
memerlukan di antara satu sama lain untuk kebaikan bersama, khususnya dari
segi politik, ekonomi dan sosial. Justeru itu, setiap negara pada hari ini perlu
mengadakan hubungan dengan negara-negara lain bagi mencapai objektif
tersebut. Walau bagaimanapun, setiap negara bebas menentukan dasar luar
negara masing-masing atas faktor budaya dan demi menjaga kredibiliti negara itu.
TTooppiikk 1122 X Dasar
Luar
Negara
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti dasar luar negara Malaysia dari semenjak
kemerdekaan hingga kini;
2. Membincangkan isu-isu semasa yang terlibat dalam hubungan
antarabangsa Malaysia; dan
3. Membincangkan kepentingan diadakan hubungan dengan luar negara.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 215
PERKEMBANGAN DASAR LUAR NEGARA
SELEPAS MERDEKA
Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka telah melalui empat
tahap oleh pemimpin-pemimpin yang berbeza.
1. Tunku Abdul Rahman (1957ă1970), dasar luar Malaysia lebih bercorak pro-
Barat dan antikomunis memandangkan negara baharu sahaja merdeka dan
pada waktu ini ancaman komunis masih kuat;
2. Tun Abdul Razak Hussein (1970ă1976), dasar luar Malaysia menitikberatkan
pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak
hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik;
3. Tun Hussein Onn (1976ă1981), penekanan dasar luar adalah berdasarkan
kerjasama pertahanan dan keselamatan negara; dan
4. Tun Dr. Mahathir Mohamad, (1981ă2003) dasar luar negara lebih
mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya.
Selain itu, soal keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa juga turut
menjadi agenda penting.
12.1.1 Pendekatan Dasar Luar Malaysia
1. Bilateral ă melibatkan hubungan dengan sebuah negara sahaja.
2. Multilateral ă melibatkan hubungan dengan beberapa buah negara
secara berkumpulan seperti Malaysia dengan PBB, ASEAN, OIC dan
sebagainya.
12.1.2 Penggubalan Dasar Luar Negara
(a) Persekitaran Geostrategik
Kedudukan Malaysia sesungguhnya amat strategik, iaitu terletak di
persimpangan laut di antara Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi menjadi
laluan utama bagi rantau Asia Tenggara. Kebanyakan perdagangan antara
Timur Jauh dengan Timur Tengah melalui perairan Selat Melaka. Keadaan
ini menyebabkan perlunya Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik
dengan negara luar bagi memastikan wilayah ini bebas, aman dan terhindar
daripada tekanan pengaruh luar.
(b) Sistem Politik
Sistem politik Malaysia yang demokratik sentiasa memberi laluan kepada
hubungan dengan negara luar. Malaysia mengamalkan konsep demokrasi
yang menyokong penuh kebebasan manusia dan kemakmuran rakyat.
12.1
X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA216
Sistem politik Malaysia juga memberi kebebasan untuk negara
mengadakan hubungan dengan mana-mana negara khususnya yang
memberi faedah kepada pembangunan negara.
(c) Demografi
Dari segi demokrasi, Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum.
Setiap kaum mendapat hak yang sewajarnya sepertimana kaum
Bumiputera. Penduduk pelbagai kaum ini pula mempunyai pertalian
dengan negara asal mereka seperti India dan China. Ini menguatkan lagi
hubungan Malaysia dengan negara-negara berkenaan.
(d) Keselamatan Negara
Keselamatan merupakan elemen penting bagi sesebuah negara. Setiap
negara sudah pasti tidak mahu diancam musuh. Justeru itu keselamatan
negara menjadi agenda penting yang mempengaruhi dasar luar Malaysia.
Kedudukan Malaysia yang strategik perlu diawasi daripada dicerobohi
oleh anasir-anasir tertentu seperti lanun dan pengganas. Oleh itu, Malaysia
perlu mengadakan hubungan dengan negara luar supaya dapat bersama-
sama menentang pengganas.
(e) Faktor Sejarah
Hubungan dengan negara luar juga sangat berkaitan dengan latarbelakang
sejarah sebelum ini. Contohnya, hubungan Malaysia dengan Indonesia,
Brunei dan Singapura penting kerana pada asalnya, negara-negara ini
menjadi sebahagian daripada rumpun Melayu. Demikian juga hubungan
Malaysia dengan negara-negara Komanwel adalah kerana negara-negara
yang menganggotai Komanwel merupakan negara bekas tanah jajahan
British. Hubungan Malaysia dengan negara Asia Barat dan Asia Timur juga
ada kaitan dengan sejarah lampau.
(f) Faktor Ekonomi
Pada zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur melalui kemajuan ekonomi.
Melalui faktor ini, Malaysia perlu mengadakan dasar luar kerana Malaysia
memerlukan negarab luar untuk memperkembangkan ekonominya. Selain itu,
pemindahan teknologi daripada negara luar dapat dibawa masuk ke negara
ini. Oleh sebab rakan dagangan hanya boleh dibentuk melalui hubungan
diplomatik, jadi dasar luar adalah amat perlu.
(g) Undang-undang Antarabangsa
Sebagai salah sebuah komponen antarabangsa, Malaysia menghormati
prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan
antarabangsa lain. Jadi hubungan antarabangsa adalah perlu bagi
memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 217
(h) Faktor Globalisasi
Di era globalisasi, mahu tidak mahu sesebuah negara itu terpaksa
mengadakan hubungan dengan negara luar sama ada untuk kepentingan
politik, ekonomi mahupun sosial. Kita sendiri sedar kemusnahan yang berlaku
di negara lain boleh memberi kesan secara langsung kepada Malaysia. Di
dalam hal ini, dasar luar negara yang proaktif dan bervisi adalah mustahak
untuk menjamin kepentingan dan kedaulatan negara. Selain daripada itu,
Malaysia juga perlu meletakkan dirinya sebaris dengan negara lain agar
pandangan dan pendapat Malaysia sentiasa diambil kira.
12.1.3 Objektif Dasar Luar Negara
Secara ringkas, objektif-objektif dasar luar negara antara lain, adalah:
1. Untuk menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di
arena antarabangsa;
2. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan
Malaysia;
3. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan
wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman
negara lain.
4. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan
sosial di peringkat antarabangsa
5. Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia
dalam semua bidang; dan
6. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-
negara lain.
12.1.4 Kementerian yang Bertanggungjawab terhadap
Dasar Luar Negara
Hubungan luar negara dikendalikan oleh Kementerian Luar Negeri. Kementerian ini
menguruskan perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik, hal ehwal
ekonomi, keselamatan dan promosi sosial dan kebudayaan. Antara objektif
kementerian adalah:
1. Menguruskan hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelbagai hala
dengan negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangs.
Hubungan ini merangkumi bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.
2. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing;
X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA218
3. Menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej negara di
luar negeri; dan
4. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan,
pentadbiran am, kewangan, konsular, keselamatan dan komunikasi.
Kementerian Luar Negeri mempunyai misi berikut:
‰Melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah
suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi
proaktif‰.
KERJASAMA SERANTAU
Dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit disebabkan impak
globalisasi, jalinan kerjasama dengan negara lain adalah diperlukan bagi
memanfaatkan idea, amalan terbaik dan pengalaman selain menggubal dasar
bersesuaian demi faedah bersama. Dalam bidang kewangan dan perdagangan,
Malaysia terus menjalinkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala.
Kerjasama serantau banyak ditumpukan ke arah memajukan Asean. Keutamaan
dikenal pasti ke arah meningkatkan daya saing dan pembangunan sektor kewangan
serantau termasuk membangunkan Asean, memperkasakan liberalisasi perkhidmatan
kewangan, mengukuhkan bina upaya dan mempertingkatkan pembiayaan prasarana.
Asean terus mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelaburan utama dengan
mengambil kira integrasi ekonomi serantau lebih erat.
Bagi mengukuhkan Asean sebagai organisasi yang relevan, beberapa usaha
perlu dilakukan seperti:
1. Memupuk semangat „kekitaan‰;
2. Mengurangkan jurang pembangunan antara anggota Asean;
3. Menerapkan kesamarataan nilai mengenai isu-isu seperti demokrasi, hak
asasi manusia dan pemerintahan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat
(good governance);
4. Memperkukuhkan insititusi Asean; dan
5. Meningkatkan kesedaran dan juga pengetahuan mengenai Asean yang
lebih mendalam di kalangan warga negara Asean.
Untuk itu Asean juga telah mengambil langkah dengan mewujudkan Komuniti
Asean menjelang tahun 2020. Bagi mewujudkan komuniti keselamatan Asean,
setiap negara anggota mempunyai tanggungjawab bersama supaya mengekalkan
keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Bagi mencapai tujuan itu
langkah-langkah berikut perlu diikuti:
12.2
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 219
1. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara aman melalui rundingan;
2. Menangani cabaran-cabaran yang merentasi sempadan yang boleh
memberi kesan negatif kepada pembangunan negara dan kesejahteraan
rakyat; dan
3. Memastikan supaya tidak wujud di rantau ini sebarang senjata pemusnah
besar-besaran dan supaya rantau ini bebas daripada ancaman senjata.
Adalah diharapkan dengan penubuhan Komuniti Asean akan dapat mewujudkan
satu pasaran tunggal dan pusat pengeluaran setempat di mana barangan,
perkhidmatan, pelaburan, buruh dan modal untuk pelaburan boleh beraliran secara
bebas di antara negara Asean.
Untuk memperkembangkan lagi ekonomi antara negara Asean, usaha juga
sedang dilaksanakan bagi mewujudkan kawasan perdagangan bebas (FTA)
antara Asean dengan negara-negara jiran seperti Repulik rakyat China, Jepun,
Republik Korea, India, Australia dan New Zealand. Penubuhan kawasan
perdagangan bebas akan menguntungkan negara-negara anggota Asean. Selain
daripada itu, penawaran dan permintaan dari luar Asean juga akan meningkat.
MALAYSIA DAN PERTUBUHAN
PERSIDANGAN NEGERA-NEGARA ISLAM
(OIC)
12.3.1 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN)
Apa itu Asean dan bilakah ia ditubuhkan? Apakah peranan yang dimainkan oleh
Asean ini. Apakah kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh pertubuhan ASEAN
setakat ini?
12.3
Pada pandangan anda, apakah nilai-nilai murni yang perlu dipraktikkan
oleh sesebuah negara apabila mengadakan hubungan dengan sesebuah
negara lain bagi membentuk satu dasar luar yang berkesan?
SEMAK-KENDIRI 12.1
X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA220
Asean ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk
Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Kini, Asean
dianggotai 10 buah negara termasuk, Brunei, Vietnam, Laos dan Myanmar.
Menerusi Asean, Malaysia telah banyak mengadakan perhubungan perdagangan
dan perindustrian, kerjasama ekonomi, kerjasama politik, kerjasama sosial dan
kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan, kepentingan sosial dan
sebagainya dengan negara anggota lain.
x Kejayaan-kejayaan yang Dicapai oleh Asean
1. Konsep Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN)
ZOPFAN atau konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali diamalkan di
semua negara anggota ASEAN.
2. Konsep South East Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ)
Konsep ini membawa maksud seluruh rantau Asean adalah bebas
senjata dan dari ujian senjata nuklear.
3. Projek Ekonomi
Kerjasama dalam bidang ekonomi pula merangkumi projek baja urea,
projek vaksin Hepatitis B dan sebagainya. Bagi aspek integrasi
ekonomi, Asean pasti boleh berbangga apabila berjaya menghapuskan
tarif ke atas 11 sektor utama yang akan dilaksanakan oleh enam negara
menjelang 2007 iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina
dan Brunei; manakala empat lagi negara anggota iaitu Laos, Kemboja,
Myanmar dan Vietnam akan melaksanakannya pada 2012.
4. Kerjasama dalam Bidang Sosial dan Kebudayaan
Merangkumi aspek kebudayaan dan kesenian, sukan dan
telekomunikasi. Contohnya penganjuran Sukan SEA, Pesta Filem Asean,
Pesta Kebudayaan Asean, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio
antara RTM dengan TVRI dan RTB. Dalam bidang pelancongan pula,
terdapat program Tahun Melawat Asean pada tahun 1996.
5. Kerjasama Pendidikan
Bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-
penuntut dari negara anggota. Oleh itu, Asean telah menubuhkan
Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Asean (SEAMEO). Pelaksanaannya
telah diagihkan kepada beberapa buah negara Asean seperti RESCAM
untuk melatih guru sains dan matematik di Pulau Pinang, RELC melatih
pegawai untuk meningkatkan prestasi penguasaan bahasa Inggeris di
Singapura, INOTEC di Filipina untuk melahirkan penyelidik pertanian
dan TROMPED di Negara Thailand bagi menjalankan penyelidikan
kesihatan awam. Selain itu, negara anggota juga turut bekerjasama dalam
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 221
bidang penyelidikan penyakit-penyakit seperti denggi, hepatitis dan
coxsakie B.
6. Penubuhan Wawasan ASEAN 2020 bagi mewujudkan rantau
ekonomi Asean yang mempunyai daya saing yang tinggi, maju dan
stabil dengan memastikan kebebasan kemasukan barang-barang,
perkhidmatan, pelaburan, modal dan pembangunan ekonomi serta
mengurangkan kemiskinan.
7. ASEAN+3.
Merupakan Kerjasama antara Asean, Korea, Jepun dan China. Melalui
ASEAN+3 ia bercita-cita untuk membentuk sebuah Komuniti Asia Timur
(East Asia Community). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
menggariskan tiga pendekatan baru Malaysia bagi meningkatkan
kerjasama ekonomi dengan Asean secara lebih berkesan supaya dapat
menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang
Kemuncak Aseandi Laos tidak lama dulu. Tiga pendekatan itu ialah :
(a) Meneruskan integrasi ekonomi secara lebih meluas,
(b) Mengembangkan rangkaian dengan negara-negara rakan dagang
dan
(c) Mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.
12.3.2 Malaysia dan Pertubuhan Persidangan
Negara-negara Islam (OIC)
Tahukah anda OIC ditubuhkan atas cadangan Malaysia? Malahan Malaysia telah
diberi penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha
Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi. Ekoran
daripada itu, ia ditubuhkan pada tahun 1971. Organisation of Islamic Conference
(OIC) atau Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam dianggotai oleh 57
buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan
Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada
penduduk dunia. OIC merupakan forum khusus untuk menyatupadukan
kesemua negara-negara Islam di dunia demi untuk kebaikan semua pihak.
x Matlamat Penubuhan
Pertubuhan ini bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama antara semua
negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan
teknologi, pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk
meninggikan syiar Islam.
Selain itu, OIC juga berperanan untuk membendung segala unsur jahat
yang menindas umat Islam di seluruh dunia. OIC juga akan menjadi
X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA222
rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang
dihadapi oleh umat Islam sejagat.
x Peranan Malaysia dalam OIC adalah seperti berikut.
1. Penubuhan Bank Pembangunan Islam;
2. Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan;
3. Mmenyokong perjuangan rakyat Palestin;
4. Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia-Herzegovina;
5. Membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina
infrastruktur ekonomi dan pembangunan;
6. Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara
OIC seperti Petronas di Iran;
7. Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam, Malaysia
telah menganjurkan Musabaqah al-QurÊan pada tiap-tiap tahun;
8. Dalam bidang pendidikan pula, negara-negara OIC turut
memajukan pendidikan di kalangan umat Islam di seluruh dunia
dengan penubuhan universiti-universiti Islam seperti Universiti Al-
Azhar, Universiti Islam Antarabangsa dan sebagainya;
9. Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan
dan mesyuarat yang penting, antaranya ialah Sesi Luar Biasa Menteri-
Menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan [1-3 April 2002],
Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone [13-14 Jun 2002], Mesyuarat
susulan peringkat pegawai kanan mengenai Pelancongan [5-7
September 2003], Sidang Ke-27 Menteri-Menteri Luar OIC [27 Jun
2000], Sidang Kemuncak Ke-10 OIC [16-18 Oktober 2003], dan
berbagai mesyuarat lain di peringkat Menteri dan juga pegawai-
pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC; dan
10. Selain daripada itu, Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat Khas
Peringkat Menteri Luar OIC Mengenai Timur Tengah pada bulan
April 2004 untuk membincangkan masalah di Palestin dan Iraq. Usaha
Malaysia mengadakan mesyuarat tersebut membuktikan kesungguhan
Malaysia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda
Timur Tengah. Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai Delegasi
OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandat Mesyuarat Khas untuk
bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha
Agung PBB) bagi menggesa Kuartet tersebut mengambil langkah
segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 223
12.3.3 Komanwel
Komanwel dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British, termasuk
Malaysia. Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957.
Matlamat Penubuhan ă Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan
perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan
perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British.
Peranan Malaysia dalam Komanwel adalah seperti berikut:
1. Pembentangan isu mengenai masalah perdagangan antarabangsa,
penjajahan dan penentangan terhadap isu aparteid di Afrika Selatan.
Dalam Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Bahamas
(1985) dan di Vancouver (1987), Malaysia telah menyarankan badan dunia
ini memainkan peranan yang lebih agresif dalam menangani isu-isu
ketidakadilan perdagangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi serta
masalah apartaeid;
2. Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun
1989. Isu yang dibincangkan ialah isu aparteid, kemerdekaan Namibia,
masalah dadah, kebuluran dan kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa,
konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kemboja dan isu alam sekitar.
Ekoran kemerosotan dan pencemaran alam sekitar, Ketua-ketua Negara
Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan yang
merangkumi:
(a) Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar.
(b) Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan
sedang membangun.
(c) Pengurangan pencemaran laut.
(d) Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon;
3. Faedah kerjasama pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan
teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sebagainya. Dalam bidang
pertahanan, misalnya Malaysia mendapat bantuan ketenteraan khususnya
untuk peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan;
4. Mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa buah negara
Komanwel. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh negara-negara maju
dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP)
bagi barangan Malaysia. Melalui skim ini, cukai bagi barangan Malaysia
direndahkan dan secara tidak langsung akan meningkatkan persaingan
barangan Malaysia dengan barangan negara lain di pasaran luar; dan
X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA224
5. Pengenalan Rancangan Colombo telah menaikkan lagi nama Malaysia di
mana Malaysia telah mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan,
pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan,
misalnya negara Komanwel telah memberi nasihat dalam penubuhan
maktab-maktab perguruan, A-level, HSC dan dalam bidang sosial pula,
perpaduan negara-negara Komanwel telah disalurkan melalui aktiviti
sukan, iaitu Sukan Komanwel yang mana Malaysia telah menjadi tuan
rumah pada tahun 1998.
12.3.4 Kumpulan Lima Belas (K-15)
x Apa itu K-15 dan Apakah Tujuan ia Ditubuhkan?
Ahli-ahli kumpulan K-15 terdiri daripada Algeria, Argentina, Brazil, Chile,
Egypt, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru,
Senegal, Sri Lanka, Venezuela dan Zimbabwe.
x Objektif Penubuhan
K-15 diwujudkan untuk memupuk lebih kesefahaman dan faedah kerjasama
di antara negara membangun terutama sekali dalam bidang pelaburan,
perdagangan dan teknologi.
12.3.5 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Semua telah sedia maklum mengenai penubuhan PBB dan peranan yang
sepatutnya di mainkan oleh pertubuhan antarabangsa ini. Malaysia menyertai
PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan.
x Objektif Penubuhan
Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara
anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam hal-ehwal
negara lain. Selain itu, PBB juga bermatlamat untuk mewujudkan sebuah
masyarakat dunia yang aman. Untuk itu, kerjasama dalam pelbagai bidang
Sejak kemerdekaan sehingga kini, cuba anda fikir sudah berapa
pertubuhan antarabangsa yang telah dianggotai oleh Malaysia?
Berikan juga contoh-contoh pengendalian program peringkat
antarabangsa yang telah diadakan di Malaysia.
AKTIVITI 12.1
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 225
adalah diperlukan. PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang
berkaitan dengan politik dunia, iaitu:
1. Perhimpunan Agung PBB
2 . Majlis Keselamatan
Untuk melaksanakan agenda PBB beberapa sekretariat ditubuhkan seperti:
(a) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO);
(b) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO);
(c) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO); dan
(d) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF);
x Penglibatan Malaysia dalam PBB
1. Malaysia juga pernah dipilih untuk memimpin negara-negara
Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu
pembangunan dunia;
2. Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT, iaitu agensi
antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan
dadah; dan
3. Malaysia terlibat dalam memberikan pandangan, cadangan atau teguran
kepada badan dunia ini, serta turut terlibat dalam melaksanakan dasar
PBB seperti menghantar pasukan pengaman di Congo (1961), Somalia
(1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).
12.3.6 Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)
NAM, atau singkatan bahasa Inggerisnya „Non-Aligned Movement‰, yang juga
dikenali sebagai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, telah diasaskan pada
tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade,
Yugoslavia. Asas penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada
perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet
Union yang mendominasi dunia pada ketika itu.
Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada
Blok Barat atau Blok Timur. Dalam hal ini, NAM berpegang kepada prinsip
menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta
mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara lain.
x Penglibatan Malaysia
Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969. Malaysia melibatkan diri
secara aktif dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali. Ini kerana dasar
X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA226
NAM secocok dengan pendirian Malaysia. Dalam hal ini, Malaysia mahu
berinteraksi dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik mereka
dan mendapat faedah daripadanya:
1. Malaysia telah diberi penghormatan apabila telah dilantik menjadi
Naib Presiden NAM dalam persidangannya di Belgrade pada tahun
1989. Dalam persidangan ini, Malaysia telah dilantik menganggotai
Kumpulan 15 (G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang
ditugaskan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan
kerjasama politik dan ekonomi negara anggota NAM. Pada bulan
Februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah
persidangan NAM; dan
2. Malaysia kini adalah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga
tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota iaitu 2/3 daripada jumlah
keangotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB).
x Peranan Malaysia dalam NAM
Menjadi pengerusi NAM. Melalui pertubuhan ini ia berperanan untuk
memberikan kepimpinan yang jitu bagi mewakili negara-negara anggotanya
yang majoritinya adalah negara - negara membangun untuk terus bersuara.
NAM juga mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kearah
mengekalkan keamanan dunia, dengan mempromosikan keamanan melalui
platform-platform politikal, melalui pendekatan diplomasi pelbagai hala
(multilateralism), terutamanya; melalui badan-badan dunia seperti Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB.
Malaysia juga berperanan memberikan tumpuan kepada isu-isu seperti
ekonomi dan perdagangan, Kerjasama Selatan-Selatan, pembangunan dan
pembasmian kemiskinan serta pembangunan sosial dan kemanusiaan
yang bersifat sejagat serta isu-isu yang berkepentingan kepada NAM.
x Mengapa Malaysia sebagai Pengerusi NAM?
1. Keupayaan Malaysia di dalam memberikan kepimpinan kepada
NAM ketika ramai yang mempersoalkan keberkesanan NAM setelah
berakhirnya Perang Dingin;
2. Kebolehan Malaysia untuk merangsang perpaduan serta
penyatuan sesama negara-negara anggota dalam keadaan di mana
mereka menghadapi tekanan daripada negara-negara maju yang
lebih berkuasa dan berpengaruh;
3. Keberkesanan Malaysia di dalam mempromosi serta menguatkan lagi
mekanisma diplomasi pelbagai hala bagi menghadapi kecenderungan
ke arah penyelesaian secara unilateral oleh kuasa-kuasa besar, seperti
Amerika Syarikat;
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 227
4. Keupayaan untuk menyuarakan dan mempromosikan kepentingan
negara-negara sedang membangun dalam aspek-aspek hubungan
antarabangsa khususnya dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan
dan sosial;
5. Keupayaan Malaysia memperkenalkan Pelancaran „Portal e-Sekretariat
NAM‰ pada Mac 2004 yang bertindak sebagai pangkalan data kepada
ke semua isu berhubung NAM bagi mempertingkatkan komunikasi serta
koordinasi mempercepatkan proses membuat keputusan dan merapatkan
jurang perbezaan digital serta perpaduan di antara negara anggota NAM.
Inisiatif ini diambil kerana kita sedar bahawa ICT memainkan peranan
penting dalam pembangunan ekonomi terutama sekali di dalam konteks
globalisasi, di mana kebanyakan negara anggota NAM agak
terkebelakang dalam bidang tersebut; dan
6. Penganjuran Mesyuarat Khas Peringkat Menteri NAM Mengenai
Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004, sebagai reaksi segera kepada
pergolakan yang meruncing di wilayah Palestin, disusuli dengan
Mesyuarat Peringkat Menteri NAM mengenai Palestin di Durban,
Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004. Pada mesyuarat tersebut, persetujuan
telah dicapai ke atas draf Pernyataan mengenai Palestin yang
kemudiannya digabungkan ke dalam Dokumen Muktamad.
12.3.7 Kerjasama Selatan-Selatan (KSS)
x Tujuan Ditubuhkan
KSS ditubuhkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan ekonomi
negara-negara membangun dan mengelakkan tekanan daripada negara-
negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Britain. Tekanan negara
maju biasanya dalam penguasaan pasaran terhadap bahan-bahan mentah
dari negara membangun. Oleh itu, bahan mentah negara membangun
sukar menembusi pasaran luar. Dalam hal ini, negara maju akan
membelinya dengan harga yang murah dan fenomena ini jika dibiarkan
akan menyebabkan negara membangun semakin miskin. Keadaan ini juga
menyebabkan negara membangun terpaksa berhutang dengan negara maju
yang mengenakan syarat yang membebankan negara membangun. Oleh
itu, Malaysia mencadangkan agar ditubuhkan Kerjasama Selatan-Selatan.
Penubuhan KSS ini diutarakan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
pada tahun 1981 di Zimbabwe. Antara resolusi yang dikemukakan bagi
penubuhan KSS ialah:
1. Memperbaiki keadaan ekonomi negara membangun;
2. Mengatasi masalah ketidaktentuan harga bahan mentah yang
disebabkan tekanan negara maju;
X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA228
3. Berusaha mencari jalan melunaskan hutang negara membangun; dan
4. Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan untuk mengemukakan
syor untuk mengelakkan tekanan negara maju.
12.3.8 Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)
Kerjasama Ekonomi Asia-Pacific (APEC) ditubuhkan pada 1989 adalah
disebabkan peningkatan ketidak bergantungan di antara ekonomi negara-negara
Asia-Pasifik dan menggambarkan anggaran separuh daripada perdagangan
dunia. Malaysia berperanan menjadi pengerusi kepada mesyuarat dan aktiviti
APEC pada tahun 1998.
x Objektif Penubuhan
1. Bertujuan untuk mengekal dan mengawal peningkatan ekonomi di
rantau ini dan dunia;
2. Meningkatkan matlamat positif dengan menggalakkan pengaliran
barang, perkhidmatan, modal dan teknologi;
3. Membangunkan dan menguatkan sistem perdagangan terbuka pelbagai
hala;
4. Mengurangkan sekatan; dan
5. Menyelaraskan perdagangan barang dan perkhidmatan dengan prinsip
ÂGeneral Agreement on Tariffs and Trade (GATT)Â.
Tiga kekuatan APEC adalah liberalisasi perdagangan dan pelaburan; kemudahan
perdagangan dan pelaburan; dan kerjasama ekonomi dan teknikal.
x Penglibatan Malaysia di arena antarabangsa setakat ini sangat
membanggakan.
x Peranan kerajaan Malaysia, serta kestabilan politik negara.
x Faktor ini banyak membantu negara membangunkan ekonomi dan politik
serta menarik ramai pelabur ke negara ini.
x Malaysia telah berjaya menaikkan nama sebaris dengan negara-negara maju
yang lain khususnya melalui hubungan antarabangsa.
x Kejayaan Malaysia mempertahankan identiti dan pendirian Malaysia
terhadap sesuatu isu menjadi pemangkin ke arah ini.
TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 229
Dasar Luar Negara Kumpulan Lima Belas (K-15)
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
(APEC)
Persatuan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN)
Kerjasama Selatan-selatan (KSS) Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu
(PBB)
Kerjasama Serantau Pertubuhan Negara-negara
Berkecuali (NAM)
Komanwel Pertubuhan Persidangan
Negara-negara Islam (OIC)
Bajet 2006. (2006). Berita Harian.
Hasnah Hussiin & Mardiana Nordin. (2009). Pengajian Malaysia (Edisi kedua).
Kuala Lumpur: Fajar Bakti, Sdn. Bhd.
Laman web Utusan Malaysia. Diakses pada Ogos 22, 2009 daripada
www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/ Bab27.pdf-

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Sumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam aseanSumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam asean
HerRmah SYoyozz
 
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneenSumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
IPDA
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
Arwendy jaikul
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsa
firo HAR
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
Nur Azwani Azmi
 

La actualidad más candente (20)

Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
Nota PBB Bab 5 (STPM Penggal 3)
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
Malaysia dan pertubuhan bangsa bangsa bersatu (pbb)
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
 
Kepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar LuarKepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar Luar
 
Sumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam aseanSumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam asean
 
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSAPENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
PENGAJIAN AM: PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA
 
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
 
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneenSumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
 
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
7.0 sumbangan malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsa
 
Komanwel pengajian am
Komanwel pengajian amKomanwel pengajian am
Komanwel pengajian am
 
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayuPerjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
Perjuangan nasionalisme oleh persatuan persatuan melayu
 
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
 
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSAMALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
 
Majlis kerjasama ekonomi asia pasifik ( apec )
Majlis kerjasama ekonomi asia pasifik ( apec )Majlis kerjasama ekonomi asia pasifik ( apec )
Majlis kerjasama ekonomi asia pasifik ( apec )
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 

Destacado (10)

Undang undang antarabangsa
Undang undang antarabangsaUndang undang antarabangsa
Undang undang antarabangsa
 
3.0 undang undang antarabangsa
3.0 undang undang antarabangsa3.0 undang undang antarabangsa
3.0 undang undang antarabangsa
 
Undang-undang antarabangsa
Undang-undang antarabangsaUndang-undang antarabangsa
Undang-undang antarabangsa
 
Konsep undang undang antarabangsa - amir
Konsep undang undang antarabangsa - amirKonsep undang undang antarabangsa - amir
Konsep undang undang antarabangsa - amir
 
Beza hubungan antarabangsa dengan hubungan luar izzah
Beza hubungan antarabangsa dengan hubungan luar   izzahBeza hubungan antarabangsa dengan hubungan luar   izzah
Beza hubungan antarabangsa dengan hubungan luar izzah
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian am
 
1.0 Malaysia dan hubungan antarabangsa
1.0 Malaysia dan hubungan antarabangsa1.0 Malaysia dan hubungan antarabangsa
1.0 Malaysia dan hubungan antarabangsa
 
2.0 hubungan antarabangsa sebagai satu bidang kajian
2.0 hubungan antarabangsa sebagai satu bidang kajian2.0 hubungan antarabangsa sebagai satu bidang kajian
2.0 hubungan antarabangsa sebagai satu bidang kajian
 
Teori dalam Hubungan Antarabangsa
Teori dalam Hubungan AntarabangsaTeori dalam Hubungan Antarabangsa
Teori dalam Hubungan Antarabangsa
 
6.0 pendirian dan dasar kerajaan malaysia berhubung isu antarabangsa
6.0 pendirian dan dasar kerajaan malaysia berhubung isu antarabangsa6.0 pendirian dan dasar kerajaan malaysia berhubung isu antarabangsa
6.0 pendirian dan dasar kerajaan malaysia berhubung isu antarabangsa
 

Similar a Dasar luar-negara

Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
aridahrashid
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
antrogirls
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
antrogirls
 
Dasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiaDasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysia
firo HAR
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
IPDA
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
She Dah
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
She Dah
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
She Dah
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
isharsmiaa
 

Similar a Dasar luar-negara (20)

PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIKPENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGAJIAN AM - HUBUNGAN DIPLOMATIK
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPM
 
Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1
 
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
 
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN PerakSejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
Sejarah K3 SPM 2016 JPN Perak
 
Muaz
MuazMuaz
Muaz
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016Buletin Khas Sejarah K3 2016
Buletin Khas Sejarah K3 2016
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Kertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkapKertas 3 2013 lengkap
Kertas 3 2013 lengkap
 
Dasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiaDasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysia
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123  Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
 
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
 

Más de mursyidee (13)

Ujian diagnostik
Ujian diagnostik Ujian diagnostik
Ujian diagnostik
 
Set j
Set jSet j
Set j
 
Set a
Set aSet a
Set a
 
Set a
Set aSet a
Set a
 
Pppmbahasainggeristingkatan2
Pppmbahasainggeristingkatan2Pppmbahasainggeristingkatan2
Pppmbahasainggeristingkatan2
 
Salju contoh lap_review_book
Salju contoh lap_review_bookSalju contoh lap_review_book
Salju contoh lap_review_book
 
Akan print form 3-english-scheme-of-work-with-pppm-2017
Akan print form 3-english-scheme-of-work-with-pppm-2017Akan print form 3-english-scheme-of-work-with-pppm-2017
Akan print form 3-english-scheme-of-work-with-pppm-2017
 
Aluan
AluanAluan
Aluan
 
Document 5
Document 5Document 5
Document 5
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikan
 
Abc
AbcAbc
Abc
 
Kabinet malaysia 2013
Kabinet malaysia 2013Kabinet malaysia 2013
Kabinet malaysia 2013
 
S
SS
S
 

Dasar luar-negara

  • 1. X PENGENALAN Adakah anda tahu bahawa hubungan luar negara Malaysia telah bermula sejak era Kesultanan Melayu Melaka? Pada masa itu, Melaka telah mengadakan hubungan perdagangan dengan negara-negara seperti India, Siam, China, Parsi, Arab, Jepun dan negara-negara di sekitar Kepulauan Melayu. Tradisi ini diteruskan sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pada zaman ini, sesebuah negara itu tidak boleh hidup bersendirian. Mereka tidak boleh hidup terpencil. Tuntutan semasa memerlukan sesebuah negara saling memerlukan di antara satu sama lain untuk kebaikan bersama, khususnya dari segi politik, ekonomi dan sosial. Justeru itu, setiap negara pada hari ini perlu mengadakan hubungan dengan negara-negara lain bagi mencapai objektif tersebut. Walau bagaimanapun, setiap negara bebas menentukan dasar luar negara masing-masing atas faktor budaya dan demi menjaga kredibiliti negara itu. TTooppiikk 1122 X Dasar Luar Negara Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti dasar luar negara Malaysia dari semenjak kemerdekaan hingga kini; 2. Membincangkan isu-isu semasa yang terlibat dalam hubungan antarabangsa Malaysia; dan 3. Membincangkan kepentingan diadakan hubungan dengan luar negara. HASIL PEMBELAJARAN
  • 2. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 215 PERKEMBANGAN DASAR LUAR NEGARA SELEPAS MERDEKA Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka telah melalui empat tahap oleh pemimpin-pemimpin yang berbeza. 1. Tunku Abdul Rahman (1957ă1970), dasar luar Malaysia lebih bercorak pro- Barat dan antikomunis memandangkan negara baharu sahaja merdeka dan pada waktu ini ancaman komunis masih kuat; 2. Tun Abdul Razak Hussein (1970ă1976), dasar luar Malaysia menitikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik; 3. Tun Hussein Onn (1976ă1981), penekanan dasar luar adalah berdasarkan kerjasama pertahanan dan keselamatan negara; dan 4. Tun Dr. Mahathir Mohamad, (1981ă2003) dasar luar negara lebih mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya. Selain itu, soal keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa juga turut menjadi agenda penting. 12.1.1 Pendekatan Dasar Luar Malaysia 1. Bilateral ă melibatkan hubungan dengan sebuah negara sahaja. 2. Multilateral ă melibatkan hubungan dengan beberapa buah negara secara berkumpulan seperti Malaysia dengan PBB, ASEAN, OIC dan sebagainya. 12.1.2 Penggubalan Dasar Luar Negara (a) Persekitaran Geostrategik Kedudukan Malaysia sesungguhnya amat strategik, iaitu terletak di persimpangan laut di antara Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi menjadi laluan utama bagi rantau Asia Tenggara. Kebanyakan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah melalui perairan Selat Melaka. Keadaan ini menyebabkan perlunya Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar bagi memastikan wilayah ini bebas, aman dan terhindar daripada tekanan pengaruh luar. (b) Sistem Politik Sistem politik Malaysia yang demokratik sentiasa memberi laluan kepada hubungan dengan negara luar. Malaysia mengamalkan konsep demokrasi yang menyokong penuh kebebasan manusia dan kemakmuran rakyat. 12.1
  • 3. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA216 Sistem politik Malaysia juga memberi kebebasan untuk negara mengadakan hubungan dengan mana-mana negara khususnya yang memberi faedah kepada pembangunan negara. (c) Demografi Dari segi demokrasi, Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum. Setiap kaum mendapat hak yang sewajarnya sepertimana kaum Bumiputera. Penduduk pelbagai kaum ini pula mempunyai pertalian dengan negara asal mereka seperti India dan China. Ini menguatkan lagi hubungan Malaysia dengan negara-negara berkenaan. (d) Keselamatan Negara Keselamatan merupakan elemen penting bagi sesebuah negara. Setiap negara sudah pasti tidak mahu diancam musuh. Justeru itu keselamatan negara menjadi agenda penting yang mempengaruhi dasar luar Malaysia. Kedudukan Malaysia yang strategik perlu diawasi daripada dicerobohi oleh anasir-anasir tertentu seperti lanun dan pengganas. Oleh itu, Malaysia perlu mengadakan hubungan dengan negara luar supaya dapat bersama- sama menentang pengganas. (e) Faktor Sejarah Hubungan dengan negara luar juga sangat berkaitan dengan latarbelakang sejarah sebelum ini. Contohnya, hubungan Malaysia dengan Indonesia, Brunei dan Singapura penting kerana pada asalnya, negara-negara ini menjadi sebahagian daripada rumpun Melayu. Demikian juga hubungan Malaysia dengan negara-negara Komanwel adalah kerana negara-negara yang menganggotai Komanwel merupakan negara bekas tanah jajahan British. Hubungan Malaysia dengan negara Asia Barat dan Asia Timur juga ada kaitan dengan sejarah lampau. (f) Faktor Ekonomi Pada zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur melalui kemajuan ekonomi. Melalui faktor ini, Malaysia perlu mengadakan dasar luar kerana Malaysia memerlukan negarab luar untuk memperkembangkan ekonominya. Selain itu, pemindahan teknologi daripada negara luar dapat dibawa masuk ke negara ini. Oleh sebab rakan dagangan hanya boleh dibentuk melalui hubungan diplomatik, jadi dasar luar adalah amat perlu. (g) Undang-undang Antarabangsa Sebagai salah sebuah komponen antarabangsa, Malaysia menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa lain. Jadi hubungan antarabangsa adalah perlu bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
  • 4. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 217 (h) Faktor Globalisasi Di era globalisasi, mahu tidak mahu sesebuah negara itu terpaksa mengadakan hubungan dengan negara luar sama ada untuk kepentingan politik, ekonomi mahupun sosial. Kita sendiri sedar kemusnahan yang berlaku di negara lain boleh memberi kesan secara langsung kepada Malaysia. Di dalam hal ini, dasar luar negara yang proaktif dan bervisi adalah mustahak untuk menjamin kepentingan dan kedaulatan negara. Selain daripada itu, Malaysia juga perlu meletakkan dirinya sebaris dengan negara lain agar pandangan dan pendapat Malaysia sentiasa diambil kira. 12.1.3 Objektif Dasar Luar Negara Secara ringkas, objektif-objektif dasar luar negara antara lain, adalah: 1. Untuk menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa; 2. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia; 3. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. 4. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di peringkat antarabangsa 5. Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang; dan 6. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara- negara lain. 12.1.4 Kementerian yang Bertanggungjawab terhadap Dasar Luar Negara Hubungan luar negara dikendalikan oleh Kementerian Luar Negeri. Kementerian ini menguruskan perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik, hal ehwal ekonomi, keselamatan dan promosi sosial dan kebudayaan. Antara objektif kementerian adalah: 1. Menguruskan hubungan dua hala, hubungan serantau dan pelbagai hala dengan negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangs. Hubungan ini merangkumi bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. 2. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan negara-negara asing;
  • 5. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA218 3. Menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej negara di luar negeri; dan 4. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan, pentadbiran am, kewangan, konsular, keselamatan dan komunikasi. Kementerian Luar Negeri mempunyai misi berikut: ‰Melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif‰. KERJASAMA SERANTAU Dalam menghadapi persaingan yang semakin sengit disebabkan impak globalisasi, jalinan kerjasama dengan negara lain adalah diperlukan bagi memanfaatkan idea, amalan terbaik dan pengalaman selain menggubal dasar bersesuaian demi faedah bersama. Dalam bidang kewangan dan perdagangan, Malaysia terus menjalinkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala. Kerjasama serantau banyak ditumpukan ke arah memajukan Asean. Keutamaan dikenal pasti ke arah meningkatkan daya saing dan pembangunan sektor kewangan serantau termasuk membangunkan Asean, memperkasakan liberalisasi perkhidmatan kewangan, mengukuhkan bina upaya dan mempertingkatkan pembiayaan prasarana. Asean terus mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelaburan utama dengan mengambil kira integrasi ekonomi serantau lebih erat. Bagi mengukuhkan Asean sebagai organisasi yang relevan, beberapa usaha perlu dilakukan seperti: 1. Memupuk semangat „kekitaan‰; 2. Mengurangkan jurang pembangunan antara anggota Asean; 3. Menerapkan kesamarataan nilai mengenai isu-isu seperti demokrasi, hak asasi manusia dan pemerintahan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat (good governance); 4. Memperkukuhkan insititusi Asean; dan 5. Meningkatkan kesedaran dan juga pengetahuan mengenai Asean yang lebih mendalam di kalangan warga negara Asean. Untuk itu Asean juga telah mengambil langkah dengan mewujudkan Komuniti Asean menjelang tahun 2020. Bagi mewujudkan komuniti keselamatan Asean, setiap negara anggota mempunyai tanggungjawab bersama supaya mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Bagi mencapai tujuan itu langkah-langkah berikut perlu diikuti: 12.2
  • 6. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 219 1. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara aman melalui rundingan; 2. Menangani cabaran-cabaran yang merentasi sempadan yang boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat; dan 3. Memastikan supaya tidak wujud di rantau ini sebarang senjata pemusnah besar-besaran dan supaya rantau ini bebas daripada ancaman senjata. Adalah diharapkan dengan penubuhan Komuniti Asean akan dapat mewujudkan satu pasaran tunggal dan pusat pengeluaran setempat di mana barangan, perkhidmatan, pelaburan, buruh dan modal untuk pelaburan boleh beraliran secara bebas di antara negara Asean. Untuk memperkembangkan lagi ekonomi antara negara Asean, usaha juga sedang dilaksanakan bagi mewujudkan kawasan perdagangan bebas (FTA) antara Asean dengan negara-negara jiran seperti Repulik rakyat China, Jepun, Republik Korea, India, Australia dan New Zealand. Penubuhan kawasan perdagangan bebas akan menguntungkan negara-negara anggota Asean. Selain daripada itu, penawaran dan permintaan dari luar Asean juga akan meningkat. MALAYSIA DAN PERTUBUHAN PERSIDANGAN NEGERA-NEGARA ISLAM (OIC) 12.3.1 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) Apa itu Asean dan bilakah ia ditubuhkan? Apakah peranan yang dimainkan oleh Asean ini. Apakah kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh pertubuhan ASEAN setakat ini? 12.3 Pada pandangan anda, apakah nilai-nilai murni yang perlu dipraktikkan oleh sesebuah negara apabila mengadakan hubungan dengan sesebuah negara lain bagi membentuk satu dasar luar yang berkesan? SEMAK-KENDIRI 12.1
  • 7. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA220 Asean ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Kini, Asean dianggotai 10 buah negara termasuk, Brunei, Vietnam, Laos dan Myanmar. Menerusi Asean, Malaysia telah banyak mengadakan perhubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama ekonomi, kerjasama politik, kerjasama sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan, kepentingan sosial dan sebagainya dengan negara anggota lain. x Kejayaan-kejayaan yang Dicapai oleh Asean 1. Konsep Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN) ZOPFAN atau konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali diamalkan di semua negara anggota ASEAN. 2. Konsep South East Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ) Konsep ini membawa maksud seluruh rantau Asean adalah bebas senjata dan dari ujian senjata nuklear. 3. Projek Ekonomi Kerjasama dalam bidang ekonomi pula merangkumi projek baja urea, projek vaksin Hepatitis B dan sebagainya. Bagi aspek integrasi ekonomi, Asean pasti boleh berbangga apabila berjaya menghapuskan tarif ke atas 11 sektor utama yang akan dilaksanakan oleh enam negara menjelang 2007 iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Brunei; manakala empat lagi negara anggota iaitu Laos, Kemboja, Myanmar dan Vietnam akan melaksanakannya pada 2012. 4. Kerjasama dalam Bidang Sosial dan Kebudayaan Merangkumi aspek kebudayaan dan kesenian, sukan dan telekomunikasi. Contohnya penganjuran Sukan SEA, Pesta Filem Asean, Pesta Kebudayaan Asean, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio antara RTM dengan TVRI dan RTB. Dalam bidang pelancongan pula, terdapat program Tahun Melawat Asean pada tahun 1996. 5. Kerjasama Pendidikan Bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut- penuntut dari negara anggota. Oleh itu, Asean telah menubuhkan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Asean (SEAMEO). Pelaksanaannya telah diagihkan kepada beberapa buah negara Asean seperti RESCAM untuk melatih guru sains dan matematik di Pulau Pinang, RELC melatih pegawai untuk meningkatkan prestasi penguasaan bahasa Inggeris di Singapura, INOTEC di Filipina untuk melahirkan penyelidik pertanian dan TROMPED di Negara Thailand bagi menjalankan penyelidikan kesihatan awam. Selain itu, negara anggota juga turut bekerjasama dalam
  • 8. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 221 bidang penyelidikan penyakit-penyakit seperti denggi, hepatitis dan coxsakie B. 6. Penubuhan Wawasan ASEAN 2020 bagi mewujudkan rantau ekonomi Asean yang mempunyai daya saing yang tinggi, maju dan stabil dengan memastikan kebebasan kemasukan barang-barang, perkhidmatan, pelaburan, modal dan pembangunan ekonomi serta mengurangkan kemiskinan. 7. ASEAN+3. Merupakan Kerjasama antara Asean, Korea, Jepun dan China. Melalui ASEAN+3 ia bercita-cita untuk membentuk sebuah Komuniti Asia Timur (East Asia Community). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggariskan tiga pendekatan baru Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Asean secara lebih berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang Kemuncak Aseandi Laos tidak lama dulu. Tiga pendekatan itu ialah : (a) Meneruskan integrasi ekonomi secara lebih meluas, (b) Mengembangkan rangkaian dengan negara-negara rakan dagang dan (c) Mempromosikan inisiatif pembangunan serantau. 12.3.2 Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) Tahukah anda OIC ditubuhkan atas cadangan Malaysia? Malahan Malaysia telah diberi penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi. Ekoran daripada itu, ia ditubuhkan pada tahun 1971. Organisation of Islamic Conference (OIC) atau Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia. OIC merupakan forum khusus untuk menyatupadukan kesemua negara-negara Islam di dunia demi untuk kebaikan semua pihak. x Matlamat Penubuhan Pertubuhan ini bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meninggikan syiar Islam. Selain itu, OIC juga berperanan untuk membendung segala unsur jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia. OIC juga akan menjadi
  • 9. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA222 rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat. x Peranan Malaysia dalam OIC adalah seperti berikut. 1. Penubuhan Bank Pembangunan Islam; 2. Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan; 3. Mmenyokong perjuangan rakyat Palestin; 4. Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia-Herzegovina; 5. Membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan; 6. Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti Petronas di Iran; 7. Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam, Malaysia telah menganjurkan Musabaqah al-QurÊan pada tiap-tiap tahun; 8. Dalam bidang pendidikan pula, negara-negara OIC turut memajukan pendidikan di kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam seperti Universiti Al- Azhar, Universiti Islam Antarabangsa dan sebagainya; 9. Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting, antaranya ialah Sesi Luar Biasa Menteri- Menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan [1-3 April 2002], Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone [13-14 Jun 2002], Mesyuarat susulan peringkat pegawai kanan mengenai Pelancongan [5-7 September 2003], Sidang Ke-27 Menteri-Menteri Luar OIC [27 Jun 2000], Sidang Kemuncak Ke-10 OIC [16-18 Oktober 2003], dan berbagai mesyuarat lain di peringkat Menteri dan juga pegawai- pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC; dan 10. Selain daripada itu, Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat Khas Peringkat Menteri Luar OIC Mengenai Timur Tengah pada bulan April 2004 untuk membincangkan masalah di Palestin dan Iraq. Usaha Malaysia mengadakan mesyuarat tersebut membuktikan kesungguhan Malaysia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda Timur Tengah. Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai Delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandat Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB) bagi menggesa Kuartet tersebut mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
  • 10. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 223 12.3.3 Komanwel Komanwel dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British, termasuk Malaysia. Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Matlamat Penubuhan ă Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British. Peranan Malaysia dalam Komanwel adalah seperti berikut: 1. Pembentangan isu mengenai masalah perdagangan antarabangsa, penjajahan dan penentangan terhadap isu aparteid di Afrika Selatan. Dalam Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Bahamas (1985) dan di Vancouver (1987), Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan peranan yang lebih agresif dalam menangani isu-isu ketidakadilan perdagangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi serta masalah apartaeid; 2. Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989. Isu yang dibincangkan ialah isu aparteid, kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran dan kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kemboja dan isu alam sekitar. Ekoran kemerosotan dan pencemaran alam sekitar, Ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan yang merangkumi: (a) Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar. (b) Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun. (c) Pengurangan pencemaran laut. (d) Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon; 3. Faedah kerjasama pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sebagainya. Dalam bidang pertahanan, misalnya Malaysia mendapat bantuan ketenteraan khususnya untuk peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan; 4. Mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa buah negara Komanwel. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barangan Malaysia. Melalui skim ini, cukai bagi barangan Malaysia direndahkan dan secara tidak langsung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan negara lain di pasaran luar; dan
  • 11. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA224 5. Pengenalan Rancangan Colombo telah menaikkan lagi nama Malaysia di mana Malaysia telah mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan, pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan, misalnya negara Komanwel telah memberi nasihat dalam penubuhan maktab-maktab perguruan, A-level, HSC dan dalam bidang sosial pula, perpaduan negara-negara Komanwel telah disalurkan melalui aktiviti sukan, iaitu Sukan Komanwel yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah pada tahun 1998. 12.3.4 Kumpulan Lima Belas (K-15) x Apa itu K-15 dan Apakah Tujuan ia Ditubuhkan? Ahli-ahli kumpulan K-15 terdiri daripada Algeria, Argentina, Brazil, Chile, Egypt, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezuela dan Zimbabwe. x Objektif Penubuhan K-15 diwujudkan untuk memupuk lebih kesefahaman dan faedah kerjasama di antara negara membangun terutama sekali dalam bidang pelaburan, perdagangan dan teknologi. 12.3.5 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Semua telah sedia maklum mengenai penubuhan PBB dan peranan yang sepatutnya di mainkan oleh pertubuhan antarabangsa ini. Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan. x Objektif Penubuhan Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta tidak ada negara yang boleh campur tangan dalam hal-ehwal negara lain. Selain itu, PBB juga bermatlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman. Untuk itu, kerjasama dalam pelbagai bidang Sejak kemerdekaan sehingga kini, cuba anda fikir sudah berapa pertubuhan antarabangsa yang telah dianggotai oleh Malaysia? Berikan juga contoh-contoh pengendalian program peringkat antarabangsa yang telah diadakan di Malaysia. AKTIVITI 12.1
  • 12. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 225 adalah diperlukan. PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia, iaitu: 1. Perhimpunan Agung PBB 2 . Majlis Keselamatan Untuk melaksanakan agenda PBB beberapa sekretariat ditubuhkan seperti: (a) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO); (b) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO); (c) Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO); dan (d) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); x Penglibatan Malaysia dalam PBB 1. Malaysia juga pernah dipilih untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu pembangunan dunia; 2. Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT, iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah; dan 3. Malaysia terlibat dalam memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, serta turut terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengaman di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990). 12.3.6 Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) NAM, atau singkatan bahasa Inggerisnya „Non-Aligned Movement‰, yang juga dikenali sebagai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, telah diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia. Asas penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada ketika itu. Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada Blok Barat atau Blok Timur. Dalam hal ini, NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara lain. x Penglibatan Malaysia Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969. Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali. Ini kerana dasar
  • 13. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA226 NAM secocok dengan pendirian Malaysia. Dalam hal ini, Malaysia mahu berinteraksi dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik mereka dan mendapat faedah daripadanya: 1. Malaysia telah diberi penghormatan apabila telah dilantik menjadi Naib Presiden NAM dalam persidangannya di Belgrade pada tahun 1989. Dalam persidangan ini, Malaysia telah dilantik menganggotai Kumpulan 15 (G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kerjasama politik dan ekonomi negara anggota NAM. Pada bulan Februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan NAM; dan 2. Malaysia kini adalah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota iaitu 2/3 daripada jumlah keangotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB). x Peranan Malaysia dalam NAM Menjadi pengerusi NAM. Melalui pertubuhan ini ia berperanan untuk memberikan kepimpinan yang jitu bagi mewakili negara-negara anggotanya yang majoritinya adalah negara - negara membangun untuk terus bersuara. NAM juga mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kearah mengekalkan keamanan dunia, dengan mempromosikan keamanan melalui platform-platform politikal, melalui pendekatan diplomasi pelbagai hala (multilateralism), terutamanya; melalui badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB. Malaysia juga berperanan memberikan tumpuan kepada isu-isu seperti ekonomi dan perdagangan, Kerjasama Selatan-Selatan, pembangunan dan pembasmian kemiskinan serta pembangunan sosial dan kemanusiaan yang bersifat sejagat serta isu-isu yang berkepentingan kepada NAM. x Mengapa Malaysia sebagai Pengerusi NAM? 1. Keupayaan Malaysia di dalam memberikan kepimpinan kepada NAM ketika ramai yang mempersoalkan keberkesanan NAM setelah berakhirnya Perang Dingin; 2. Kebolehan Malaysia untuk merangsang perpaduan serta penyatuan sesama negara-negara anggota dalam keadaan di mana mereka menghadapi tekanan daripada negara-negara maju yang lebih berkuasa dan berpengaruh; 3. Keberkesanan Malaysia di dalam mempromosi serta menguatkan lagi mekanisma diplomasi pelbagai hala bagi menghadapi kecenderungan ke arah penyelesaian secara unilateral oleh kuasa-kuasa besar, seperti Amerika Syarikat;
  • 14. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 227 4. Keupayaan untuk menyuarakan dan mempromosikan kepentingan negara-negara sedang membangun dalam aspek-aspek hubungan antarabangsa khususnya dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan dan sosial; 5. Keupayaan Malaysia memperkenalkan Pelancaran „Portal e-Sekretariat NAM‰ pada Mac 2004 yang bertindak sebagai pangkalan data kepada ke semua isu berhubung NAM bagi mempertingkatkan komunikasi serta koordinasi mempercepatkan proses membuat keputusan dan merapatkan jurang perbezaan digital serta perpaduan di antara negara anggota NAM. Inisiatif ini diambil kerana kita sedar bahawa ICT memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi terutama sekali di dalam konteks globalisasi, di mana kebanyakan negara anggota NAM agak terkebelakang dalam bidang tersebut; dan 6. Penganjuran Mesyuarat Khas Peringkat Menteri NAM Mengenai Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004, sebagai reaksi segera kepada pergolakan yang meruncing di wilayah Palestin, disusuli dengan Mesyuarat Peringkat Menteri NAM mengenai Palestin di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004. Pada mesyuarat tersebut, persetujuan telah dicapai ke atas draf Pernyataan mengenai Palestin yang kemudiannya digabungkan ke dalam Dokumen Muktamad. 12.3.7 Kerjasama Selatan-Selatan (KSS) x Tujuan Ditubuhkan KSS ditubuhkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan ekonomi negara-negara membangun dan mengelakkan tekanan daripada negara- negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Britain. Tekanan negara maju biasanya dalam penguasaan pasaran terhadap bahan-bahan mentah dari negara membangun. Oleh itu, bahan mentah negara membangun sukar menembusi pasaran luar. Dalam hal ini, negara maju akan membelinya dengan harga yang murah dan fenomena ini jika dibiarkan akan menyebabkan negara membangun semakin miskin. Keadaan ini juga menyebabkan negara membangun terpaksa berhutang dengan negara maju yang mengenakan syarat yang membebankan negara membangun. Oleh itu, Malaysia mencadangkan agar ditubuhkan Kerjasama Selatan-Selatan. Penubuhan KSS ini diutarakan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1981 di Zimbabwe. Antara resolusi yang dikemukakan bagi penubuhan KSS ialah: 1. Memperbaiki keadaan ekonomi negara membangun; 2. Mengatasi masalah ketidaktentuan harga bahan mentah yang disebabkan tekanan negara maju;
  • 15. X TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA228 3. Berusaha mencari jalan melunaskan hutang negara membangun; dan 4. Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan untuk mengemukakan syor untuk mengelakkan tekanan negara maju. 12.3.8 Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Kerjasama Ekonomi Asia-Pacific (APEC) ditubuhkan pada 1989 adalah disebabkan peningkatan ketidak bergantungan di antara ekonomi negara-negara Asia-Pasifik dan menggambarkan anggaran separuh daripada perdagangan dunia. Malaysia berperanan menjadi pengerusi kepada mesyuarat dan aktiviti APEC pada tahun 1998. x Objektif Penubuhan 1. Bertujuan untuk mengekal dan mengawal peningkatan ekonomi di rantau ini dan dunia; 2. Meningkatkan matlamat positif dengan menggalakkan pengaliran barang, perkhidmatan, modal dan teknologi; 3. Membangunkan dan menguatkan sistem perdagangan terbuka pelbagai hala; 4. Mengurangkan sekatan; dan 5. Menyelaraskan perdagangan barang dan perkhidmatan dengan prinsip ÂGeneral Agreement on Tariffs and Trade (GATT)Â. Tiga kekuatan APEC adalah liberalisasi perdagangan dan pelaburan; kemudahan perdagangan dan pelaburan; dan kerjasama ekonomi dan teknikal. x Penglibatan Malaysia di arena antarabangsa setakat ini sangat membanggakan. x Peranan kerajaan Malaysia, serta kestabilan politik negara. x Faktor ini banyak membantu negara membangunkan ekonomi dan politik serta menarik ramai pelabur ke negara ini. x Malaysia telah berjaya menaikkan nama sebaris dengan negara-negara maju yang lain khususnya melalui hubungan antarabangsa. x Kejayaan Malaysia mempertahankan identiti dan pendirian Malaysia terhadap sesuatu isu menjadi pemangkin ke arah ini.
  • 16. TOPIK 12 DASAR LUAR NEGARA W 229 Dasar Luar Negara Kumpulan Lima Belas (K-15) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) Kerjasama Selatan-selatan (KSS) Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kerjasama Serantau Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) Komanwel Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) Bajet 2006. (2006). Berita Harian. Hasnah Hussiin & Mardiana Nordin. (2009). Pengajian Malaysia (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Laman web Utusan Malaysia. Diakses pada Ogos 22, 2009 daripada www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/ Bab27.pdf-