2. PENGENALAN
Seluruh dunia menggunakan boneka dalam bercerita, menyampaikan mesej serta
hiburan.Boneka mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri.
Namun ia memerlukan manusia untuk menghidupkan atau menggerakkan
wataknya dalam menyampaikan informasi kepada penonton sekaligus membawa
mereka ke dalam dunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu cerita.
Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-
apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang
seorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.
Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digeraklakonkan oleh
pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan
3. SEJARAH RINGKAS
BONEKA
Puppet atau boneka berasal daripada perkataan
Latin. Ahli sejarah berpendapat bahawa boneka
telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum
Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina.
Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat atau
tulang binatang. Boneka yang lebih cantik dibuat
daripada lilin dan gading gajah.
Pada masa itu, boneka bukan dibuat sebagai
barang permainan untuk kanak-kanak tetapi
banyak digunakan untuk keperluan keagamaan
atau upacara adat yang rasmi.
4. DEFINISI
BONEKA
Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan
oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan
untuk menyampaikan mesej.
Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain
Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang
dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.
Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan
berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara
tidak langsung melalui penggunaan boneka.
Kesannya cukup baik ke arah pendedahan komunikasi, melahirkan idea
kreatif dalam penciptaan cerita ,merangsang daya imaginasi dan
memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan
6. BAHAN UNTUK MEMBUAT BONEKA
• Bahan dan peralatan membuat boneka adalah berbeza mengikut jenis
boneka tersebut. Antara bahan asas untuk membuat boneka ialah
sarung tangan atau
sarung kaki (boneka
sarung tangan)
kertas tebal/plastik
keras (boneka wayang
kulit dan lidi)
beg kertas (boneka
beg kertas)
sudu kayu atau senduk
(boneka sudu)
perca kain (boneka
sarung kepala dan
sarung tangan)
pinggan kertas
(boneka pinggan
kertas)
kayu (boneka tongkat) lidi (boneka lidi)
Bahan-bahan terbuang
7. BONEKA TANGAN
Boneka tangan atau juga dikenali sebagai hand puppets lebih mudah disediakan dan lebih praktikal
digunakan oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis
atau dibentuk.Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan.Antaranya ialah
stoking, sarung tangan, beg kertas dan sampul surat.
Dengan menggunakan boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas membuat pergerakan.
8. BONEKA
JARI
Boneka jari atau dikenali juga
dengan nama finger puppets
merupakan boneka yang
dimainkan oleh kanak-kanak
secara sendiri.
Boneka jari dilakukan dengan
memasukkan jari ke dalam
boneka yang bersaiz jari. Jari
digerakkan semasa watak
dimainkan.
Boneka jari amat seronok
digunakan kerana pelbagai
watak boleh dimainkan
serentak.
9. BONEKA WAYANG KULIT
Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal.Kemudiannya diwarna dan bentuknya dipotong keluar.
Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.Biasanya boneka ini nipis dan
berbetuk dua dimensi.Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.
Semasa memainkan boneka ini, ia di tempatkan di bahagian belakang atau skrin putih.Lampu dinyalakan dan
bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin.
10. BONEKA LIDI
Boneka ini seakan sama dengan boneka wayang kulit.Boneka ini diperbuat daripada
bahan yang keras atau tebal.
Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota
tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya.
Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyang untuk menggerakkan
anggota badan tersebut.
11. BONEKA
BERTALI
Boneka Bertali atau ‘marionette’
diperbuat daripada bahan-bahan
keras seperti papier mache,
plaster-of-Paris atau kayu.
Boneka menggunakan tali atau
string puppets berbeza dari segi
saiz dan rupa bentuk.Ia lebih
kompleks kerana kepala watak
akan dibentuk dan akan diikat
dengan tali bagi tujuan
pergerakan.
Tali-tali halus disambungkan
kepada bahagian-bahagian
boneka yang boleh
bergerak.Bahagian kaki dan
tangan watak akan dibentuk
supaya boleh digerakkan dengan
menggunakan tali.
Boneka jenis ini sesuai digunakan
bagi cerita-cerita yang
memerlukan watak tersebut
untuk lari, terbang, lompat dan
menggelongsor.
Tali yang digunakan boleh berupa
tali biasa ataupun tali tangsi .