SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 24
1
PENDAHULUAN
Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme,pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang
berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman.Proses pembelajaran ini
dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan
memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling
berkaitan.Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh
diperhatikan dan boleh diukur.
Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja
tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa
sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh
berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan
dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.
Ahli-ahli psikologi behaviorisme berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita
boleh diperhatikan.Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian
terhadap perlakuan manusia.Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa
yang sedang difikirkan.Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli
pelaziman klasik Pavlov serta ahli-ahli pelaziman operan Skinner. Teori Behaviorisme adalah
pembelajaran berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Rangsangan dan gerak balas akan
menghasilkan perubahan tingkah laku. Oleh itu tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal
dan diramal. Tahun 1980 merupakan tahun penting bagi Ivan Petrovich Pavlov setelah beliau
telah diminta untuk mengawasi pertubuhan dan menguruskan Department of Physiology di
Institute of Experimental Medicine. Di situlah beliau telah menghasilkan kajiannya dan
menghabiskan sisa-sisa hidup. Pada tahun yang sama Pavlov telah mendapat gelaran Professor of
Pharmacology di Military Medical Academy.
Idea utama Pavlov dalam kajiannya adalah berkaitan proses penghadaman, yang menghasilkan
satu siri eksperimen mengenai hubungan antara sistem saraf dengan fungsi badan. pavlov juga
telah terpilih sebagai ahli dalam Russian Academy of Sciences pada tahun 1907, diberi kepujian
kedoktoran di Cambridge University pada tahun 1912 dan beliau juga telah dianugerahkkepujian
Order of the Legion.Pada 27 Februari 1936 Dr. Ivan Pavlov telah meninggal dunia di Leningrad.
2
ISI
Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov
Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan
Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an, Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing
dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpul,
menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada
keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai
ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov
hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu, contoh paling awal
dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.
Seterusnya dalam eksperimen ini juga Pavlov membunyikan loceng terlebih dahulu sebelum
beliau memberikan makanan kepada anjing. Anjing itu tidak memberikan sebarang gerak balas
terhadap bunyi loceng. Kemudian Pavlov memberikan makanan kepada anjing itu dan
menghasilkan gerak balas rembesan air liur. Makanan ini disebut sebagai rangsangan tak
terlazim kerana menghasilkan gerak balas rembesan air liur secara automatik. Perembesan air
liur ini disebut sebagai gerak balas tak terlazim kerana ia berlaku secara automatik. Tiada
pembelajaran atau pelaziman terlebih dahulu menghubungkaitkan makanan dengan perembesan.
Bunyi loceng hanya satu rangsangan neutral kerana tidak menghasilkan sebarang gerak balas.
Oleh itu, eksperimen ini diulang berkali-kali iaitu loceng dibunyikan terlebih dahulu sebelum
anjing itu diberikan makanan. Akhirnya anjing itu mengeluarkan air liur sebaik mendengar
bunyi loceng walaupun belum lagi menerima makanan. Oleh itu bunyi loceng disebut
rangsangan terlazim kerana ia boleh menyebabkan perembesan. Gerak balas terhadap bunyi
disebut gerak balas terlazim kerana dapat menghasilkan gerak balas yang sama seperti makanan.
Selain itu, tindak balas emosi manusia terhadap pelbagai situasi dipelajari melalui pelaziman
klasik. Contohnya, seorang guru sentiasa memarahi muridnya, maka kehadiran guru tersebut
dapat membangkitkan perasaan takut pada diri murid tersebut. Gerak balas terlazim ini timbul
disebabkan rangsangan neutral. Selain itu, gerak balas positif juga dapat dipupuk melalui teori
pelaziman klasik. Misalnya guru sentiasa memberi pujian kepada murid yang menyiapkan
tugasan, lama kelamaan murid tersebut akan bergerak balas positif walaupun tanpa pujian.
3
Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini mempunyai implikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu pembelajaran boleh berlaku dengan
menggantikan satu rangsangan dengan rangsangan yang lain. Justeru, Ivan Pavlov berpendapat
bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang.
Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini,
guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan
atau dipelajari.
Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin
kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,semakin kukuh gerak balas terlazim
itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil
kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat
diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga boleh memotivasikan muridnya
dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam
proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam
bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini.
Guru juga boleh meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan
pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid. Selain itu, guru juga perlu
melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti
berkumpulan, perbincangan, projek dan sebagainya.
Melalui aktiviti seperti ini murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana
pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses
pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang
sama di dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep
wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.
Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini
bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu
mungkin akan terhapus begitu sahaja.
4
Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot.
Oleh itu, konsep pemulihan serta merta dapat membantu seseorang guru meningkatkan
keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan
mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi meningkatkan semula
semangat ingin belajar di kalangan murid-murid.
5
Konsep penting Pelaziman Klasik
Rangsangan Gerakbalas
Neutral Semulajadi Terlazim Semulajadi Terlazim
Konsep Penting Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-
apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa
sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.
Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas
untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah, iaitu apabila guru
mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhati ahli-ahli
keluarganya. Daripada contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan
guru tersebut adalah gerak balas.
Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan
antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut
dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai
pelaziman klasik.
Melalui eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing, 3 peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu
(a) sebelum pelaziman, (b) semasa pelaziman dan (c) selepas pelaziman. Hasil eksperimen
Pavlov dapat dirumuskan dalam Jadual di bawah.
6
Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip
pelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov.
Konsep tersebut ialah
(a) generalisasi,
(b)diskriminasi
(c) penghapusan.
(a) Generalisasi pelajaran (biologi).
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.
Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap
kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia)
telah digeneralisasikan kepada satu mata
7
Jadual : Eksperimen Pavlov
(b) Diskriminasi
Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu
sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing
tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi
selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa
Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata
pelajaran sains.
(c) Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak
terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging).
Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk
mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai
penghapusan.
8
Kesimpulan Kajian Pavlov
Implikasi Teori Pavlov Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran.
Guru hendaklah menyedari bahawa :
1) Kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari.
Contohnya: Jika guru berkehendakkan murid-murid belajar beratur apabila loceng berbunyi pada
jam 1.15 petang, amalan ini perlu diulangi sehingga bunyi loceng (rangsangan) dapat dikaitkan
dengan amalan berbaris (gerak balas) pada lain kali, apabila loceng berbunyi pada jam 1.15
petang, dengan itu murid-murid akan terus berbaris sebelum balik tanpa arahan guru.
2) Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan, semakin
kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim
itu.
Contohnya: Apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang
baik (gerak balas), maka gerak balas itu (menghasilkan sesuatu yang baik) akan sentiasa
berterusan.
3) Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran.
Contohnya: Dalam eksperimen Pavlov, anjing dilaparkan dahulu, manakala di dalam bilik
darjah, guru hendaklah memotivasikan murid-muridnya dengan menunjukkan sesuatu yang
menarik atau mengagumkan sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti.
4) Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan,pembiasan atau pengalaman.
Contohnya: Seorang guru hendaklah melibatkan murid-murid dalam pengajarannya seperti
mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan, menjalankan projek dan sebagainya.
5) Dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku, bermakna apa yang dipelajari dalam
Situasi A boleh dipindahkan kepada Situasi B.
Contohnya: Ali mempelajari prinsip-prinsip simpan kira di sekolah. Ketika di kedai ayahnya, dia
menggunakan prinsip-prinsip yang sama untuk menyimpan kira-kira bagi perniagaan ayahnya.
9
6) Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan.
Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan ,melalui ganjaran, tingkah
laku itu mungkin terhapus begitu sahaja.
7) Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu murid mendiskriminasi jenis
rangsangan yang perlu diberi penumpuan.
Contohnya: Guru yang berdiri di hadapan murid-muridnya mendatangkan pelbagai jenis
rangsangan seperti suara, gerak isyarat, tali leher yeng berbelang-belang, seluarnya yang
,mungkin terlalu ketat dan alat bantu mengajar yang digunakannya.Sekiranya perhatian murid-
murid diberi kepada rangsangan yang tidak sesuai seperti tali leher yang berbelang-belang, tentu
sekali pembelajaran berkesan tidak akan berlaku.
Penumpuan hendaklah diberi kepada suara dan alat bantu mengajar bagi menjamin pembelajaran
berkesan.
8) Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan
pembelajaran.
Apabila seseorang guru tamat memberi ganjaran, prestasi murid mungkin merosot.
Dengan itu, guru boleh memperkenalkan sekali lagi insentif-insentif bagi murid-muridnya seperti
mempelbagaikan jenis hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar, projek dan sebagainya untuk
meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid
10
Teori Pelaziman Operasi Skinner
B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus
diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks
daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan
binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan “Skinner Box” di mana
tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan
dan direkod/diukur.
Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman
operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan
peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.
Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak
individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan
peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: peneguhan positif,
peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.
(a) Peneguhan Positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang
menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan
positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah
seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab
soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual
di bawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.
11
Jadual : Peneguhan Positif
Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan
Pelajar kemukakan soalan
dengan baik
Curu memuji pelajar Pelajar kemukakan lebih
banyak soalan yang baik.
Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang
bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku
yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi
peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan
ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d)
memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f) memuji jawapan atau
respons yang spontan.
(b) Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang
diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya
kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran
bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja
rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).Jadual di bawah
menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negative
Jadual Peneguhan Negatif
Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan
Pelajar tidak
menyiapkan tugasan
tepat pada waktunya
guru menegur pelajar Pelajar akan
menyiapkan tugasan
yang seterusnya tepat
pada waktunya
12
Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Rajah di bawah menunjukkan
jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual
peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala
berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah be
(c) Dendaan
Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya
tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negative yang membawa
kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh dendaan.
Jadual : Dendaan
Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan
Pelajar membuat bising
dalam kelas
Gurumemberi amaran
kepada pelajar
Pelajar berhenti membuat
bising dalam kelas
(jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II).
• Dendaan Persembahan
Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan
menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini
tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, system
demerit, guru memberi kerja tambahan.
• Dendaan Penyingkiran
Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan.
Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak
berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan
13
mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah
Matematik.
Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira.
Antaranya ialah:
• Dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan.
• Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum.
• Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai balasan
perlakuannya.
• Dendaan dikenakan hendaklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang
dilakukan, maka si B juga mesti dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang sama. Ada pendapat
yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan gangguan emosi yang berpanjangan dan
ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap
sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk tingkah
laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri dan menggangu perkembangan
emosi dalam jangka masa yang panjang.
(d) Prinsip Premack
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti
yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati.
Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu
boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh
menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah
untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran
matematik, satu aktiviti bermain computer akan diadakan.
(e) Pelupusan
Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan
sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:
14
• Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.
• Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
• Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidakdatang
dengan serta merta.
APLIKASI TEORI SKINNER DALAM BILIK DARJAH
Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran-pembelajaran dalam
bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut:
• Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini
hendaklah secara bersistematik.
• Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran mengikut
kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.
• Guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia mungkin
akan dianggap sebagai hukuman.
• Gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk
pelaziman.
• Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.
15
Pembentukan Tingkahlaku Melalui Pelaziman Operasi (Shaping Behaviour)
Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik 'pembentukan'
(shaping) bagi melatih haiwan menguasai tingkahlaku komplek yang juga relevan kepada
tingkahlaku manusia.Teknik pembentukan terlibat dengan meneguhkan organisme setiap kali ia
bertindak ke arah yang diingini sehingga ia menguasai atau belajar gerak balas berkenaan dan
tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi.Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk
mengawal tingkahlaku orang.
Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan
rakan sebaya (peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-
pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus
berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa
dalam kelas ketawa apabila diberjenaka.
Contoh: Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat mempengaruhi bagaimana
penyampai bertindak. Segolongan pelajar mengangguk kepala mereka dan ini telah
menyebabkan pensyarah mereka bergerak dengan lebih cepat dalam kelas.
Generalisasi, Diskriminasi dan Penghapusan
Generalisasi: Peneguhan yang hampir sama dengan peneguhan asal juga boleh menghasilkan
gerak balas yang sama.
Diskriminasi: Organisme bergerak balas terhadap sesuatu peneguhan tetapi tidak terhadap
peneguhan lain.
Penghapusan: Gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapus apabila peneguhan
atau ganjaran tidak diberikan lagi.
Jadual Peneguhan (Schedule of Reinforcement)
16
Berdasarkan kajian menggunakan tikus dan burung merpati, Skinner dapati bahawa cara
peneguhan diberi boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Apakah hubungan di antara
cara peneguhan diberikan dan gerak balas atau pembelajaran?
Jadual Peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan
mencadangkan dua cara peneguhan, iaitul Peneguhan Berterusan (Continuous Reinforcement)
dan Peneguhan Berkala (Variable Reinforcement).
Peneguhan Berterusan: Setiap kali sesuatu gerak balas dihasilkan, organisme menerima ganjaran
atau peneguhan.
Peneguhan Berkala: Ganjaran atau peneguhan diberi menurut kekerapan tertentu atau masa
tertentu. Misalnya; ganjaran diberi menurut nisbah atau ganjaran menurut masa.
Menurut Nisbah
a) Nibah tetap ('fixed ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas
berlaku. m.s. nisbah 20:1 ialah setiap 20 gerak balas yang wujud 1 peneguhan berikan.
b) Nisbah berubah ('variable ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak
balas wujud tetapi kadarnya tidak tetap. m.s. kadang kala nisbahnya ialah 20:1 dan dalam
keadaan lain nisbahnya ialah 10:1.
Menurut Masa
a) Masa tetap ('fixed interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang
ditetapkan. m.s. jika masa yang ditetapkan ialah 1 minit; peneguhan diberikan kepada gerak
balas yang wujud selepas 1 minit.
b) Masa berubah ('variable interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang
ditetapkan tetapi masa yang ditetapkan berbeza mengikut gerak balas yang wujud.
17
Perbezaan Antara Pelaziman Operasi Dengan Pelazimam Klasik
Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitan. Misal kata, anjing
Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan
makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan
untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang
diberikan.
Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan
Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama:
a) Peneguhan (reinforcement) yang terbahagi kepada
1-Peneguhan Positif
2- Peneguhan Negatif.
b) Denda (punishment)
Peneguhan Positif (Positive Reinforcement)
Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan
berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif. Contoh:-
(1) Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan mengulang
tingkahlakku itu dengan harapan mendapat makanan.
(2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang
tingkahlaku itu.
(3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja itu
akan mengulang kelakuan berkenaan?
Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau
token (seperti markah ujian).
18
Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement)
Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh
menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan
Negatif.
Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan
keadaan yang negatif.
Contoh:-
(1) Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan
kejutan elektrik.
(2) Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar
anaknya memekik-pekik.
Denda (Punishment)
Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku
yang terhasil berkurangkan atau langsung dihapuskan.
Contoh:-
(1) Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, mengentikan
keseronokkan).
19
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kedua dua tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan persekitaran dalam
proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara
suatu rangsangan dengan suatu gerak balas.Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah
contoh teori behavioris yangmenekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan.
Disebabkan teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang
menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran didalam kelas.
Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan
menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Akhir sekali,
ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi
membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. . Hubungan antara rangsangan dan gerak balas adalah fokus dalam pelaziman klasik.
Manakala pelaziman operan tingkah laku akan diulangi atau dihentikan bergantung kepada
akibat atau kesan yang diterima daripada perbuatan itu.
Peneguhan positif, generalisasi, diskriminasi, penghapusan, membentuk dan latihan kemahiran
tingkah laku dapat diterapkan dengan tingkah laku yang baik. Bagi menghentikan tingkah laku
yang dianggap tidak sesuai hukuman positif dan hukuman negatif dilaksanakan.. Sebaik-baiknya
ia merupakan pilihan terakhir dilakukan kerana melibatkan pelbagai isu dan memerlukan
pertimbangan etika yang sewajarnya.
20
RUJUKAN
Ab. Fatah Hassan. (1994). Tentang penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.
Skudai: Penerbit UTM
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihami Zakaria dan Fawziah Yahza. (2005). Aplikasi Kognitif
dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing.
Derek Torrington dan Jane Weighvman. (1989). Effective Management : people and
Organisation .New York : Prentice-Hall, Inc.
Ee Ah Meng. (1994). Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.
LAMPIRAN
21
Figure 1 Teori Peazim Pavlov
Figure 2 Teori Pelaziman Pavlov
22
Figure 4 Teori Pavlo
Figure 3 Teori Pavlov
23
Latar Belakang Pavlov Dan Skinner
1. Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936)
Ivan Petrovich Pavlov telah dilahirkan pada 14 September 1849 di sebuah perkampungan di
Ryazan, Russia. Beliau merupakan anak kepada Peter Dmitrievich Pavlov yang merupakan
seorang paderi kampung. Seperti kanak-kanak lain di Ryazan, beliau juga telah dihantar ke
sebuah sekolah gereja dan seterusnya telah memasuki sebuah kolej teologi yang melatih bakal-
bakal paderi. Setelah beliau membaca buku „The Origin Of The Species‟ yang ditulis oleh
Charles Darwin serta hasil kerja seorang ahli psikologi Russia, I. M. Sechenov, beliau telah
mengambil keputusan untuk meninggalkan kolej tersebut dan terlibat dalam bidang sains. Beliau
kemudiannya telah mengambil jurusan Natural Sciences di University of St-Petersburg.
Pavlov sedar subjek yang digemarinya merupakan psikologi dan bersama rakan-rakannya, beliau
telah berjaya menghasilkan sebuah kertas kerja pertama beliau yang berjudul „The physiology Of
The Pancreatic Nerves‟ yang kemudiannya dianugerahi pingat emas. Pavlov menamatkan
pembelajarannya dengan mendapat ijazah Candidate Of Natural Sciences. Usaha pavlov tidak
berhenti di situ sahaja, malah beliau telah melanjutkan pembelajarannya di Academy of Medical
Surgery di mana beliau memperolehi satu lagi pingat emas. Hasil dari kejayaan beliau juga,
beliau telah menjadi seorang pengarah makmal psikologikal di klinik S. P. Botkin iaitu seorang
ahli fizik Russia yang dikenali pada ketika itu. Pavlov telah dianugerahkan dengan Nobel Prize
dalam Medicine/Physiology pada tahun 1904 setelah menyiapkan tesis kedoktorannya iaitu The
Centrifugal Nerves of The Heart.
24
2. Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)
Burrhus Frederic Skinner telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di sebuah pekan kecil Pennsylvania
di Susquehanna. Bapa beliau merupakan seorang peguam dan ibunya pula merupakan seorang
surirumah yang bijak.
Burrhus merupakan seorang yang aktif dan sukakan aktiviti-aktiviti luar serta sangat berminat
untuk belajar. Hidupnya tanpa tragedi, akan tetapi seorang adiknya telah meninggal dunia ketika
berumur 16 tahun akibat penyakit cerebral aneurysm.
Burrhus telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di Hmailton Kolej di New York. Beliau
sangat berminat untuk menjadi seorang penulis dan telah menghantar beberapa puisi serta cerpen
kepada syarikat penerbitan untuk disiarkan ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya beliau telah
berhenti dalam penulisan artikel di surat khabar dan tinggal sementara di Greenwich, New York
City sebagai “bohemian”.
Selepas beberapa lama mengembara beliau telah membuat keputusan untuk kembali ke sekolah
di Harvard. Beliau telah mendapat Master dalam bidang psikologi pada tahun 1930 dan
kedoktoran pada tahun 1931. Beliau meneruskan untuk tinggal di situ untuk menghasilkan kajian
sehingga tahun 1939.
Pada tahun yang sama beliau telah berpindah ke Minneapolis untuk mengajar di University of
Minnesota. Di sana beliau telah bertemu Yvonne Blue dan seterusnya mendirikan rumah tangga.
Mereka mempunyai dua orang anak perempuan di mana anaknya telah menjadi terkenal kerana
terlibat dalam kajian yang telah dibuat oleh Skinner.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
sahronzulkepli
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Jenry Saiparudin
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
zabidah awang
 

La actualidad más candente (20)

Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlov
 
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Teori Behaviorisme 050908
Teori Behaviorisme 050908Teori Behaviorisme 050908
Teori Behaviorisme 050908
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 

Similar a TEORI Skinner and pavlov

Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Gabby Ee
 
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Kamal Khalid
 
Teori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinnerTeori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinner
ardiya_izwani
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
firo HAR
 
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
Sattia Wathy
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
azimahbtomar
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik
mas5344
 

Similar a TEORI Skinner and pavlov (20)

Mabbehave
MabbehaveMabbehave
Mabbehave
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
 
Pendekatan behaviorisme
Pendekatan behaviorismePendekatan behaviorisme
Pendekatan behaviorisme
 
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
 
Kuliah semantik 2
Kuliah semantik 2Kuliah semantik 2
Kuliah semantik 2
 
Present
PresentPresent
Present
 
Present
PresentPresent
Present
 
Teori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinnerTeori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinner
 
teori pembelajaran
teori pembelajaranteori pembelajaran
teori pembelajaran
 
Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010
 
PEMBELAJARAN
PEMBELAJARANPEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
 
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
 
Peneguhan positif
Peneguhan positifPeneguhan positif
Peneguhan positif
 
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Biodata jean piaget
Biodata jean piagetBiodata jean piaget
Biodata jean piaget
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik
 

TEORI Skinner and pavlov

  • 1. 1 PENDAHULUAN Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme,pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman.Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan.Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Ahli-ahli psikologi behaviorisme berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh diperhatikan.Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia.Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov serta ahli-ahli pelaziman operan Skinner. Teori Behaviorisme adalah pembelajaran berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Rangsangan dan gerak balas akan menghasilkan perubahan tingkah laku. Oleh itu tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Tahun 1980 merupakan tahun penting bagi Ivan Petrovich Pavlov setelah beliau telah diminta untuk mengawasi pertubuhan dan menguruskan Department of Physiology di Institute of Experimental Medicine. Di situlah beliau telah menghasilkan kajiannya dan menghabiskan sisa-sisa hidup. Pada tahun yang sama Pavlov telah mendapat gelaran Professor of Pharmacology di Military Medical Academy. Idea utama Pavlov dalam kajiannya adalah berkaitan proses penghadaman, yang menghasilkan satu siri eksperimen mengenai hubungan antara sistem saraf dengan fungsi badan. pavlov juga telah terpilih sebagai ahli dalam Russian Academy of Sciences pada tahun 1907, diberi kepujian kedoktoran di Cambridge University pada tahun 1912 dan beliau juga telah dianugerahkkepujian Order of the Legion.Pada 27 Februari 1936 Dr. Ivan Pavlov telah meninggal dunia di Leningrad.
  • 2. 2 ISI Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an, Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpul, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu, contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov. Seterusnya dalam eksperimen ini juga Pavlov membunyikan loceng terlebih dahulu sebelum beliau memberikan makanan kepada anjing. Anjing itu tidak memberikan sebarang gerak balas terhadap bunyi loceng. Kemudian Pavlov memberikan makanan kepada anjing itu dan menghasilkan gerak balas rembesan air liur. Makanan ini disebut sebagai rangsangan tak terlazim kerana menghasilkan gerak balas rembesan air liur secara automatik. Perembesan air liur ini disebut sebagai gerak balas tak terlazim kerana ia berlaku secara automatik. Tiada pembelajaran atau pelaziman terlebih dahulu menghubungkaitkan makanan dengan perembesan. Bunyi loceng hanya satu rangsangan neutral kerana tidak menghasilkan sebarang gerak balas. Oleh itu, eksperimen ini diulang berkali-kali iaitu loceng dibunyikan terlebih dahulu sebelum anjing itu diberikan makanan. Akhirnya anjing itu mengeluarkan air liur sebaik mendengar bunyi loceng walaupun belum lagi menerima makanan. Oleh itu bunyi loceng disebut rangsangan terlazim kerana ia boleh menyebabkan perembesan. Gerak balas terhadap bunyi disebut gerak balas terlazim kerana dapat menghasilkan gerak balas yang sama seperti makanan. Selain itu, tindak balas emosi manusia terhadap pelbagai situasi dipelajari melalui pelaziman klasik. Contohnya, seorang guru sentiasa memarahi muridnya, maka kehadiran guru tersebut dapat membangkitkan perasaan takut pada diri murid tersebut. Gerak balas terlazim ini timbul disebabkan rangsangan neutral. Selain itu, gerak balas positif juga dapat dipupuk melalui teori pelaziman klasik. Misalnya guru sentiasa memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan, lama kelamaan murid tersebut akan bergerak balas positif walaupun tanpa pujian.
  • 3. 3 Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini mempunyai implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu pembelajaran boleh berlaku dengan menggantikan satu rangsangan dengan rangsangan yang lain. Justeru, Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid. Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja.
  • 4. 4 Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep pemulihan serta merta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi meningkatkan semula semangat ingin belajar di kalangan murid-murid.
  • 5. 5 Konsep penting Pelaziman Klasik Rangsangan Gerakbalas Neutral Semulajadi Terlazim Semulajadi Terlazim Konsep Penting Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Teori Pelaziman Klasik Pavlov Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa- apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah, iaitu apabila guru mendengar bunyi loceng di rumah, beliau akan keluar dari bilik dan memerhati ahli-ahli keluarganya. Daripada contoh ini, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan guru tersebut adalah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Melalui eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing, 3 peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu (a) sebelum pelaziman, (b) semasa pelaziman dan (c) selepas pelaziman. Hasil eksperimen Pavlov dapat dirumuskan dalam Jadual di bawah.
  • 6. 6 Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah (a) generalisasi, (b)diskriminasi (c) penghapusan. (a) Generalisasi pelajaran (biologi). Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata
  • 7. 7 Jadual : Eksperimen Pavlov (b) Diskriminasi Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains. (c) Penghapusan Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.
  • 8. 8 Kesimpulan Kajian Pavlov Implikasi Teori Pavlov Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran. Guru hendaklah menyedari bahawa : 1) Kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari. Contohnya: Jika guru berkehendakkan murid-murid belajar beratur apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang, amalan ini perlu diulangi sehingga bunyi loceng (rangsangan) dapat dikaitkan dengan amalan berbaris (gerak balas) pada lain kali, apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang, dengan itu murid-murid akan terus berbaris sebelum balik tanpa arahan guru. 2) Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan, semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Contohnya: Apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu (menghasilkan sesuatu yang baik) akan sentiasa berterusan. 3) Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Contohnya: Dalam eksperimen Pavlov, anjing dilaparkan dahulu, manakala di dalam bilik darjah, guru hendaklah memotivasikan murid-muridnya dengan menunjukkan sesuatu yang menarik atau mengagumkan sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti. 4) Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan,pembiasan atau pengalaman. Contohnya: Seorang guru hendaklah melibatkan murid-murid dalam pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan, menjalankan projek dan sebagainya. 5) Dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku, bermakna apa yang dipelajari dalam Situasi A boleh dipindahkan kepada Situasi B. Contohnya: Ali mempelajari prinsip-prinsip simpan kira di sekolah. Ketika di kedai ayahnya, dia menggunakan prinsip-prinsip yang sama untuk menyimpan kira-kira bagi perniagaan ayahnya.
  • 9. 9 6) Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan ,melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja. 7) Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu murid mendiskriminasi jenis rangsangan yang perlu diberi penumpuan. Contohnya: Guru yang berdiri di hadapan murid-muridnya mendatangkan pelbagai jenis rangsangan seperti suara, gerak isyarat, tali leher yeng berbelang-belang, seluarnya yang ,mungkin terlalu ketat dan alat bantu mengajar yang digunakannya.Sekiranya perhatian murid- murid diberi kepada rangsangan yang tidak sesuai seperti tali leher yang berbelang-belang, tentu sekali pembelajaran berkesan tidak akan berlaku. Penumpuan hendaklah diberi kepada suara dan alat bantu mengajar bagi menjamin pembelajaran berkesan. 8) Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Apabila seseorang guru tamat memberi ganjaran, prestasi murid mungkin merosot. Dengan itu, guru boleh memperkenalkan sekali lagi insentif-insentif bagi murid-muridnya seperti mempelbagaikan jenis hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar, projek dan sebagainya untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid
  • 10. 10 Teori Pelaziman Operasi Skinner B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan “Skinner Box” di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod/diukur. Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. (a) Peneguhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual di bawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.
  • 11. 11 Jadual : Peneguhan Positif Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan Pelajar kemukakan soalan dengan baik Curu memuji pelajar Pelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f) memuji jawapan atau respons yang spontan. (b) Peneguhan Negatif Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).Jadual di bawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negative Jadual Peneguhan Negatif Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya guru menegur pelajar Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya
  • 12. 12 Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Rajah di bawah menunjukkan jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah be (c) Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negative yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh dendaan. Jadual : Dendaan Tingkah laku Kesan/akibat Tingkah laku masa hadapan Pelajar membuat bising dalam kelas Gurumemberi amaran kepada pelajar Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas (jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II). • Dendaan Persembahan Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, system demerit, guru memberi kerja tambahan. • Dendaan Penyingkiran Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan
  • 13. 13 mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah Matematik. Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira. Antaranya ialah: • Dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan. • Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum. • Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai balasan perlakuannya. • Dendaan dikenakan hendaklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang dilakukan, maka si B juga mesti dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang sama. Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan gangguan emosi yang berpanjangan dan ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri dan menggangu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang. (d) Prinsip Premack Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain computer akan diadakan. (e) Pelupusan Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:
  • 14. 14 • Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. • Peneguhan itu tidak lagi digunakan. • Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidakdatang dengan serta merta. APLIKASI TEORI SKINNER DALAM BILIK DARJAH Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut: • Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik. • Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini. • Guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia mungkin akan dianggap sebagai hukuman. • Gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman. • Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.
  • 15. 15 Pembentukan Tingkahlaku Melalui Pelaziman Operasi (Shaping Behaviour) Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik 'pembentukan' (shaping) bagi melatih haiwan menguasai tingkahlaku komplek yang juga relevan kepada tingkahlaku manusia.Teknik pembentukan terlibat dengan meneguhkan organisme setiap kali ia bertindak ke arah yang diingini sehingga ia menguasai atau belajar gerak balas berkenaan dan tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi.Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk mengawal tingkahlaku orang. Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan rakan sebaya (peer approval) memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar- pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas ketawa apabila diberjenaka. Contoh: Apabila seorang memberi ceramah, reaksi pendengar dapat mempengaruhi bagaimana penyampai bertindak. Segolongan pelajar mengangguk kepala mereka dan ini telah menyebabkan pensyarah mereka bergerak dengan lebih cepat dalam kelas. Generalisasi, Diskriminasi dan Penghapusan Generalisasi: Peneguhan yang hampir sama dengan peneguhan asal juga boleh menghasilkan gerak balas yang sama. Diskriminasi: Organisme bergerak balas terhadap sesuatu peneguhan tetapi tidak terhadap peneguhan lain. Penghapusan: Gerak balas yang wujud akan berperingkat- peringkat terhapus apabila peneguhan atau ganjaran tidak diberikan lagi. Jadual Peneguhan (Schedule of Reinforcement)
  • 16. 16 Berdasarkan kajian menggunakan tikus dan burung merpati, Skinner dapati bahawa cara peneguhan diberi boleh mempengaruhi gerak balas atau respons. Apakah hubungan di antara cara peneguhan diberikan dan gerak balas atau pembelajaran? Jadual Peneguhan yang diperkenalkan oleh Skinner hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mencadangkan dua cara peneguhan, iaitul Peneguhan Berterusan (Continuous Reinforcement) dan Peneguhan Berkala (Variable Reinforcement). Peneguhan Berterusan: Setiap kali sesuatu gerak balas dihasilkan, organisme menerima ganjaran atau peneguhan. Peneguhan Berkala: Ganjaran atau peneguhan diberi menurut kekerapan tertentu atau masa tertentu. Misalnya; ganjaran diberi menurut nisbah atau ganjaran menurut masa. Menurut Nisbah a) Nibah tetap ('fixed ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas berlaku. m.s. nisbah 20:1 ialah setiap 20 gerak balas yang wujud 1 peneguhan berikan. b) Nisbah berubah ('variable ratio') ialah apabila peneguhan diberikan setelah beberapa gerak balas wujud tetapi kadarnya tidak tetap. m.s. kadang kala nisbahnya ialah 20:1 dan dalam keadaan lain nisbahnya ialah 10:1. Menurut Masa a) Masa tetap ('fixed interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang ditetapkan. m.s. jika masa yang ditetapkan ialah 1 minit; peneguhan diberikan kepada gerak balas yang wujud selepas 1 minit. b) Masa berubah ('variable interval') ialah apabila peneguhan diberikan pada akhir masa yang ditetapkan tetapi masa yang ditetapkan berbeza mengikut gerak balas yang wujud.
  • 17. 17 Perbezaan Antara Pelaziman Operasi Dengan Pelazimam Klasik Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitan. Misal kata, anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang diberikan. Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama: a) Peneguhan (reinforcement) yang terbahagi kepada 1-Peneguhan Positif 2- Peneguhan Negatif. b) Denda (punishment) Peneguhan Positif (Positive Reinforcement) Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif. Contoh:- (1) Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan mengulang tingkahlakku itu dengan harapan mendapat makanan. (2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkahlaku itu. (3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja itu akan mengulang kelakuan berkenaan? Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah ujian).
  • 18. 18 Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement) Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif. Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Contoh:- (1) Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan kejutan elektrik. (2) Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya memekik-pekik. Denda (Punishment) Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangkan atau langsung dihapuskan. Contoh:- (1) Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, mengentikan keseronokkan).
  • 19. 19 KESIMPULAN Kesimpulannya, kedua dua tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas.Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behavioris yangmenekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Disebabkan teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran didalam kelas. Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. . Hubungan antara rangsangan dan gerak balas adalah fokus dalam pelaziman klasik. Manakala pelaziman operan tingkah laku akan diulangi atau dihentikan bergantung kepada akibat atau kesan yang diterima daripada perbuatan itu. Peneguhan positif, generalisasi, diskriminasi, penghapusan, membentuk dan latihan kemahiran tingkah laku dapat diterapkan dengan tingkah laku yang baik. Bagi menghentikan tingkah laku yang dianggap tidak sesuai hukuman positif dan hukuman negatif dilaksanakan.. Sebaik-baiknya ia merupakan pilihan terakhir dilakukan kerana melibatkan pelbagai isu dan memerlukan pertimbangan etika yang sewajarnya.
  • 20. 20 RUJUKAN Ab. Fatah Hassan. (1994). Tentang penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihami Zakaria dan Fawziah Yahza. (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Derek Torrington dan Jane Weighvman. (1989). Effective Management : people and Organisation .New York : Prentice-Hall, Inc. Ee Ah Meng. (1994). Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. LAMPIRAN
  • 21. 21 Figure 1 Teori Peazim Pavlov Figure 2 Teori Pelaziman Pavlov
  • 22. 22 Figure 4 Teori Pavlo Figure 3 Teori Pavlov
  • 23. 23 Latar Belakang Pavlov Dan Skinner 1. Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936) Ivan Petrovich Pavlov telah dilahirkan pada 14 September 1849 di sebuah perkampungan di Ryazan, Russia. Beliau merupakan anak kepada Peter Dmitrievich Pavlov yang merupakan seorang paderi kampung. Seperti kanak-kanak lain di Ryazan, beliau juga telah dihantar ke sebuah sekolah gereja dan seterusnya telah memasuki sebuah kolej teologi yang melatih bakal- bakal paderi. Setelah beliau membaca buku „The Origin Of The Species‟ yang ditulis oleh Charles Darwin serta hasil kerja seorang ahli psikologi Russia, I. M. Sechenov, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kolej tersebut dan terlibat dalam bidang sains. Beliau kemudiannya telah mengambil jurusan Natural Sciences di University of St-Petersburg. Pavlov sedar subjek yang digemarinya merupakan psikologi dan bersama rakan-rakannya, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah kertas kerja pertama beliau yang berjudul „The physiology Of The Pancreatic Nerves‟ yang kemudiannya dianugerahi pingat emas. Pavlov menamatkan pembelajarannya dengan mendapat ijazah Candidate Of Natural Sciences. Usaha pavlov tidak berhenti di situ sahaja, malah beliau telah melanjutkan pembelajarannya di Academy of Medical Surgery di mana beliau memperolehi satu lagi pingat emas. Hasil dari kejayaan beliau juga, beliau telah menjadi seorang pengarah makmal psikologikal di klinik S. P. Botkin iaitu seorang ahli fizik Russia yang dikenali pada ketika itu. Pavlov telah dianugerahkan dengan Nobel Prize dalam Medicine/Physiology pada tahun 1904 setelah menyiapkan tesis kedoktorannya iaitu The Centrifugal Nerves of The Heart.
  • 24. 24 2. Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) Burrhus Frederic Skinner telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di sebuah pekan kecil Pennsylvania di Susquehanna. Bapa beliau merupakan seorang peguam dan ibunya pula merupakan seorang surirumah yang bijak. Burrhus merupakan seorang yang aktif dan sukakan aktiviti-aktiviti luar serta sangat berminat untuk belajar. Hidupnya tanpa tragedi, akan tetapi seorang adiknya telah meninggal dunia ketika berumur 16 tahun akibat penyakit cerebral aneurysm. Burrhus telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di Hmailton Kolej di New York. Beliau sangat berminat untuk menjadi seorang penulis dan telah menghantar beberapa puisi serta cerpen kepada syarikat penerbitan untuk disiarkan ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya beliau telah berhenti dalam penulisan artikel di surat khabar dan tinggal sementara di Greenwich, New York City sebagai “bohemian”. Selepas beberapa lama mengembara beliau telah membuat keputusan untuk kembali ke sekolah di Harvard. Beliau telah mendapat Master dalam bidang psikologi pada tahun 1930 dan kedoktoran pada tahun 1931. Beliau meneruskan untuk tinggal di situ untuk menghasilkan kajian sehingga tahun 1939. Pada tahun yang sama beliau telah berpindah ke Minneapolis untuk mengajar di University of Minnesota. Di sana beliau telah bertemu Yvonne Blue dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan di mana anaknya telah menjadi terkenal kerana terlibat dalam kajian yang telah dibuat oleh Skinner.