Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Bila anak sekolah tak lagi bimbang
1. BILA ANAK SEKOLAH TAK LAGI BIMBANG..
Bila anak-anak sekolah tak lagi bimbang,.. Saya pula yang menaruh bimbang. Saya bimbang
bila anak di bangku sekolah rendah tak lagi bimbang dengan; ~ kerja sekolah yang tak disiapkan.
Tidurnya awal.. tiada kekhuatiran. ~ kasut sekolahnya. liat sekali nak disuruh basuhkan. ~ gigi, tak
kisah kalau tak digosokkan. ~ atau kuku panjangnya, tak cemas mintak dipotongkan..
Ini yang Saya perhatikan.. sejak pendidikan tiada lagi dendaan dan rotan dibolehkan. Atau..
sejak ibu bapa semakin pandai membelek buku undang-undang. Pun juga mungkin kerana media
yang makin dahagakan laporan.. persetankan etika kewartawanan!..
Kementerian?.. hanya tahu menambah beban. Kerana sudah ramai yang tak menyokong
kerajaan.. Guru-guru mesti disibukkan. Angka pencapaian mesti ditingkatkan. Ada yang disengajakan
tinggal berjauhan.. urusan pertukaran dipersulitkan. Memang padanlah.. ada timbalan menteri yang
kena tumbukan!.
Bila anak-anak tak lagi kerisauan kerana guru enggan ambil tindakan, apa yang mampu kita
lakukan?. Kita juga ada banyak komitment dan kesibukan. Gertakan Mak Ayahnya tak diendahkan,
kerana tau dirinya dimanjakan. Amarahnya guru.. itu yang mereka takutkan, namun apa daya bila
sang guru sendiri pula yang ketakutan….