SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 2
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
Berikut adalah contoh refleksi yang ditulis oleh seorang pelajar pada akhir tugasan kerja kursus Ilmu
Pendidikan berdasarkan tajuk kerja kursus pendek seperti di bawah.

Tajuk Kerja Kursus Pendek :
Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah.

Soalan Tugasan : Guru yang tidak mahir mengurus kelas tidak akan berjaya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang dikendalikannya.

Berdasarkan pernyataan di atas, buat satu pemerhatian dalam sebuah kelas prasekolah yang anda pilih
tentang :

(a) aspek pengurusan bilik darjah iaitu perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan.

(b) kesan kemahiran mengurus bilik darjah kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan pemerhatian tersebut, tulis satu refleksi mengenai amalan pengurusan bilik darjah guru
berkenaan dan kesannya ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.

Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas pengurusan bilik darjah sebuah
kelas prasekolah. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi perancangan, pengelolaan, pengawalan dan
arahan guru dalam kelas tersebut.
Saiz bilik darjah agak sempit dengan ruang pembelajaran yang terhad. Sistem pencahayaan dan
pengudaraan kurang baik menjadikan suasana kelas panas. Terdapat banyak hasil kerja murid yang
digantung dan ditampal di sekeliling kelas menjadikan kelas kelihatan berserabut, agak padat dan sesak.

Kumpulan kami mendapati guru telah membuat perancangan pengajaran sehari sebelum pengajaran.
Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan berkongsi bahan maujud dalam kumpulan. Terdapat juga
murid yang kurang berpuas hati apabila tidak dapat menyentuh semua bahan. Dari segi penilaian, kami
mendapati terdapat rekod penilaian yang tidak dilengkapkan. Guru menggunakan corak kepimpinan
autokratik dalam mengawal disiplin murid. Kadang kala guru menggunakan suara yang agak tinggi dan
sesekali menunjukkan pembaris sebagai amaran kepada murid. Murid agak takut dan sedikit pasif.
Seorang murid menangis setelah dimarahi guru. Murid akur dengan arahan guru. Arahan gurudapat
difahami oleh murid. Bahasa guru mudah dan arahan tidak mengelirukan.
( Pengalaman terpilih – Retell)

Setelah selesai membuat pemerhatian, kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi
melengkapkan laporan. Kami dapati suasana kelas kurang kondusif. Walaupun guru merancang dengan
baik, keadaan fizikal bilik darjah yang sempit dan panas sedikit sebanyak mengganggu emosi pelajar
seperti tidak selesa dan berpeluh-peluh. Ini seperti yang dikatakan oleh Marland dalam buku yang ditulis
oleh Ee Ah Meng (2001) iaitu suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ”kawan” atau ”musuh”
dalam pengajaran. Susun atur bilik darjah yang baik boleh merangsang pembelajaran murid. Murid-
murid prasekolah berminat dengan bahan maujud dan mahu memiliki bahan yang sama dengan rakan
mereka disebabkan oleh sifat egosentrik yang ada dalam diri masing-masing. Komunikasi dan gaya
kepimpinan autokratik guru boleh menyebabkan emosi murid terganggu.

Kami juga melihat penilaian perkembangan murid yang tidak disempurnakan boleh menyebabkan guru
sukar mengubahsuai perancangan pengajaran dan pembelajaran berikutnya supaya bersesuaian dengan
tahap murid.
( Review)

Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang keperluan murid-murid prasekolah
dan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Berdasarkan pengurusan kelas yang telah kami
perhatikan, kami berpendapat guru prasekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang lebih
kondusif dengan
mengubah susunan kerusi meja dalam kelas supaya ada ruang yang lebih luas untuk memudahkan
pergerakan murid. Bilangan hasil kerja murid perlu sesuai dengan ruang agar tidak terlalu sesak dan
ditukar ganti setiap minggu supaya dapat menarik perhatian murid. Ubahsuaian tingkap perlu bagi
mewujudkan pengudaraan yang lebih dalam kelas.

Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan bahan yang disediakan
mencukupi supaya tidak menjadi rebutan murid.

Murid-murid prasekolah masih tergolong sebagai kanak-kanak yang amat gemar kepada aktiviti
permainan. Justeru guru prasekolah perlu merancang isi dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berbentuk permainan untuk menarik minat murid. Semasa mengelolakan pengajaran dan
pembelajaran, arahan guru harus jelas dan tidak mengelirukan.
( Pembelajaran daripada pengalaman)

Hati kami tersentuh apabila mengenangkan salah seorang murid yang menangis setelah dimarahi guru.
Oleh itu kami sedar bahawa sebagai guru prasekolah kita tidak boleh terlalu berkasar dengan murid.
Sebaliknya murid-murid ini memerlukan perhatian dan kasih sayang. Justeru, guru-guru prasekolah perlu
memenuhi tuntutan tersebut agar murid tidak rasa tertekan dan bersemangat untuk meneruskan
pembelajaran. Cara ini sedikit berbeza dengan cara menangani murid KBSR yang usianya lebih tinggi.

Guru prasekolah juga tidak boleh mengabaikan aspek penilaian ke atas perkembangan murid kerana
mereka berada pada tahap pembelajaran aktif. Perkembangan kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu
diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa sebagai seorang guru prasekolah kita perlu
sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak prasekolah.
( Peningkatan kualiti diri )

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan一世 一生
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajianmilatusamsi
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikWany Hardy
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Kee-Man Chuah
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Ciri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaCiri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaMuhd Fariz
 
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranAlif Akram
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanAYU_TEMPOYAK
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budayaKriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budayaPermata_An-Nur
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individuliya amalina
 
La actualidad más candente (20)

Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
Unit 1  Erti Dan  Matlamat  PendidikanUnit 1  Erti Dan  Matlamat  Pendidikan
Unit 1 Erti Dan Matlamat Pendidikan
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajian
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Ciri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaCiri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budaya
 
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budayaKriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria fizikal bilik darjah yang mesra budaya
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Similar a Panduan penulisan refleksi kerja kursus

kejenuhan dalam belajar dalam word
kejenuhan dalam belajar dalam wordkejenuhan dalam belajar dalam word
kejenuhan dalam belajar dalam wordrina_nurjanah96
 
Pengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUSPengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUSZurainah Lokman
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxFLORENCIACAROLINEAUR
 
Paradigma baru (kepengawasan)
Paradigma baru (kepengawasan)Paradigma baru (kepengawasan)
Paradigma baru (kepengawasan)200409190711
 
Slide Presentasi Kelompok 8 Psipddk3sks (NIM Genap)
Slide Presentasi Kelompok 8 Psipddk3sks (NIM Genap)Slide Presentasi Kelompok 8 Psipddk3sks (NIM Genap)
Slide Presentasi Kelompok 8 Psipddk3sks (NIM Genap)farizhafizhan
 
Kelompok 8 pddk
Kelompok 8 pddkKelompok 8 pddk
Kelompok 8 pddk1tahun
 
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAHKps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAHFymila Nandoh
 
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptx
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptxManajeman Pengelolaan Kelas.pptx
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptxIing Salim purnama
 
Keterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematikaKeterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematikaSusand Susand
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenJoko Prasetiyo
 
Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruAnsar Azman
 
Kerja kusus ip zainudin
Kerja kusus ip zainudinKerja kusus ip zainudin
Kerja kusus ip zainudinNadiah Hadri
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copyOperator Warnet Vast Raha
 
Similar a Panduan penulisan refleksi kerja kursus (20)

Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
kejenuhan dalam belajar dalam word
kejenuhan dalam belajar dalam wordkejenuhan dalam belajar dalam word
kejenuhan dalam belajar dalam word
 
Pengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUSPengurusan Bilik Darjah LINUS
Pengurusan Bilik Darjah LINUS
 
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docxPERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
PERMASALAHAN POKOK DAN CARA PENYELESAIAN DALAM PROSES BELAJAR MENGAJAR.docx
 
Paradigma baru (kepengawasan)
Paradigma baru (kepengawasan)Paradigma baru (kepengawasan)
Paradigma baru (kepengawasan)
 
Slide Presentasi Kelompok 8 Psipddk3sks (NIM Genap)
Slide Presentasi Kelompok 8 Psipddk3sks (NIM Genap)Slide Presentasi Kelompok 8 Psipddk3sks (NIM Genap)
Slide Presentasi Kelompok 8 Psipddk3sks (NIM Genap)
 
Kelompok 8 pddk
Kelompok 8 pddkKelompok 8 pddk
Kelompok 8 pddk
 
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAHKps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH
Kps powerpoint, STRATEGI MENGURUS BILIK DAJAH
 
Jurnal pratikum
Jurnal pratikumJurnal pratikum
Jurnal pratikum
 
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptx
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptxManajeman Pengelolaan Kelas.pptx
Manajeman Pengelolaan Kelas.pptx
 
Keterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematikaKeterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematika
 
Tugas presentasi rpp
Tugas presentasi rppTugas presentasi rpp
Tugas presentasi rpp
 
Definisi pengelolaan kelas
Definisi pengelolaan kelasDefinisi pengelolaan kelas
Definisi pengelolaan kelas
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
Bab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guruBab 4 peringkat perkembangan guru
Bab 4 peringkat perkembangan guru
 
Kerja kusus ip zainudin
Kerja kusus ip zainudinKerja kusus ip zainudin
Kerja kusus ip zainudin
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
Teaching style
Teaching styleTeaching style
Teaching style
 
Pengelolaan kelas..
Pengelolaan kelas..Pengelolaan kelas..
Pengelolaan kelas..
 
Último

Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Último (20)

Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Panduan penulisan refleksi kerja kursus

  • 1. Panduan penulisan refleksi kerja kursus Berikut adalah contoh refleksi yang ditulis oleh seorang pelajar pada akhir tugasan kerja kursus Ilmu Pendidikan berdasarkan tajuk kerja kursus pendek seperti di bawah. Tajuk Kerja Kursus Pendek : Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah. Soalan Tugasan : Guru yang tidak mahir mengurus kelas tidak akan berjaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikannya. Berdasarkan pernyataan di atas, buat satu pemerhatian dalam sebuah kelas prasekolah yang anda pilih tentang : (a) aspek pengurusan bilik darjah iaitu perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan. (b) kesan kemahiran mengurus bilik darjah kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian tersebut, tulis satu refleksi mengenai amalan pengurusan bilik darjah guru berkenaan dan kesannya ke atas proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas pengurusan bilik darjah sebuah kelas prasekolah. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan guru dalam kelas tersebut. Saiz bilik darjah agak sempit dengan ruang pembelajaran yang terhad. Sistem pencahayaan dan pengudaraan kurang baik menjadikan suasana kelas panas. Terdapat banyak hasil kerja murid yang digantung dan ditampal di sekeliling kelas menjadikan kelas kelihatan berserabut, agak padat dan sesak. Kumpulan kami mendapati guru telah membuat perancangan pengajaran sehari sebelum pengajaran. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan berkongsi bahan maujud dalam kumpulan. Terdapat juga murid yang kurang berpuas hati apabila tidak dapat menyentuh semua bahan. Dari segi penilaian, kami mendapati terdapat rekod penilaian yang tidak dilengkapkan. Guru menggunakan corak kepimpinan autokratik dalam mengawal disiplin murid. Kadang kala guru menggunakan suara yang agak tinggi dan sesekali menunjukkan pembaris sebagai amaran kepada murid. Murid agak takut dan sedikit pasif. Seorang murid menangis setelah dimarahi guru. Murid akur dengan arahan guru. Arahan gurudapat difahami oleh murid. Bahasa guru mudah dan arahan tidak mengelirukan. ( Pengalaman terpilih – Retell) Setelah selesai membuat pemerhatian, kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi melengkapkan laporan. Kami dapati suasana kelas kurang kondusif. Walaupun guru merancang dengan baik, keadaan fizikal bilik darjah yang sempit dan panas sedikit sebanyak mengganggu emosi pelajar seperti tidak selesa dan berpeluh-peluh. Ini seperti yang dikatakan oleh Marland dalam buku yang ditulis oleh Ee Ah Meng (2001) iaitu suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ”kawan” atau ”musuh” dalam pengajaran. Susun atur bilik darjah yang baik boleh merangsang pembelajaran murid. Murid- murid prasekolah berminat dengan bahan maujud dan mahu memiliki bahan yang sama dengan rakan mereka disebabkan oleh sifat egosentrik yang ada dalam diri masing-masing. Komunikasi dan gaya kepimpinan autokratik guru boleh menyebabkan emosi murid terganggu. Kami juga melihat penilaian perkembangan murid yang tidak disempurnakan boleh menyebabkan guru sukar mengubahsuai perancangan pengajaran dan pembelajaran berikutnya supaya bersesuaian dengan tahap murid. ( Review) Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang keperluan murid-murid prasekolah
  • 2. dan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Berdasarkan pengurusan kelas yang telah kami perhatikan, kami berpendapat guru prasekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif dengan mengubah susunan kerusi meja dalam kelas supaya ada ruang yang lebih luas untuk memudahkan pergerakan murid. Bilangan hasil kerja murid perlu sesuai dengan ruang agar tidak terlalu sesak dan ditukar ganti setiap minggu supaya dapat menarik perhatian murid. Ubahsuaian tingkap perlu bagi mewujudkan pengudaraan yang lebih dalam kelas. Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan bahan yang disediakan mencukupi supaya tidak menjadi rebutan murid. Murid-murid prasekolah masih tergolong sebagai kanak-kanak yang amat gemar kepada aktiviti permainan. Justeru guru prasekolah perlu merancang isi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk permainan untuk menarik minat murid. Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, arahan guru harus jelas dan tidak mengelirukan. ( Pembelajaran daripada pengalaman) Hati kami tersentuh apabila mengenangkan salah seorang murid yang menangis setelah dimarahi guru. Oleh itu kami sedar bahawa sebagai guru prasekolah kita tidak boleh terlalu berkasar dengan murid. Sebaliknya murid-murid ini memerlukan perhatian dan kasih sayang. Justeru, guru-guru prasekolah perlu memenuhi tuntutan tersebut agar murid tidak rasa tertekan dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Cara ini sedikit berbeza dengan cara menangani murid KBSR yang usianya lebih tinggi. Guru prasekolah juga tidak boleh mengabaikan aspek penilaian ke atas perkembangan murid kerana mereka berada pada tahap pembelajaran aktif. Perkembangan kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa sebagai seorang guru prasekolah kita perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak prasekolah. ( Peningkatan kualiti diri )