SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 4
Penghayatan Islam (ISL 1012)
Bab 4 Ensiklopedik

Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu :

PERINGKAT PERTAMA :

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya
bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-
Insan : 2 yang bermaksud :

” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur
yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia
mendengar dan melihat “




                               Sperma Sperma menembusi ovum

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang
terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan
amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami
(Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang
berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya
saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan
daging.

PERINGKAT KEDUA :

‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh .
Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim
(qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang
bermaksud :



                                                                    ©kpmsi/isl1012/jan-jun12
Penghayatan Islam (ISL 1012)
Bab 4 Ensiklopedik

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat
berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi
oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :


       sesuatu yang bergantung atau melekat
       pacat atau lintah
       suatu buku atau ketulan darah


Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

PERINGKAT KETIGA :

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan
mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-
Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud

“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota
yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-
otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk
perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem
pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT :

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah
dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-
Mukminun : 14 yang bermaksud :

“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan
Izam dengan daging”




                                                                     ©kpmsi/isl1012/jan-jun12
Penghayatan Islam (ISL 1012)
Bab 4 Ensiklopedik




                                  Janin berusia 12 minggu

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut
dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem
pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan.
Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan
lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga
mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna
dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA :

NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa
perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke
peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya
Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap
menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua
anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya
pada ukuran bayi sahaja.




                                                                   ©kpmsi/isl1012/jan-jun12
Penghayatan Islam (ISL 1012)
Bab 4 Ensiklopedik




                               Janin mendapatkan makanan melalui uri

PERINGKAT KEENAM :

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh
ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan
peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh
termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.
Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-
mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian
sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini
entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan
disisi Allah SWT.

Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian
manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua
menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita
juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita.
Wallahu A’lam…

Rujukan : http://lailizah.tripod.com/




                                                                       ©kpmsi/isl1012/jan-jun12

Más contenido relacionado

Más de Noor Aziah Mamat

Kriteria Pemarkahan Pembentangan Kumpulan
Kriteria Pemarkahan Pembentangan KumpulanKriteria Pemarkahan Pembentangan Kumpulan
Kriteria Pemarkahan Pembentangan KumpulanNoor Aziah Mamat
 
Aktiviti Penghayatan Islam
Aktiviti Penghayatan Islam Aktiviti Penghayatan Islam
Aktiviti Penghayatan Islam Noor Aziah Mamat
 
Proses Kejadian Hujan (Al-Quran dan Geografi)
Proses Kejadian Hujan (Al-Quran dan Geografi)Proses Kejadian Hujan (Al-Quran dan Geografi)
Proses Kejadian Hujan (Al-Quran dan Geografi)Noor Aziah Mamat
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inNoor Aziah Mamat
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatNoor Aziah Mamat
 
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahPenurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahNoor Aziah Mamat
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Noor Aziah Mamat
 
Peringkat Penurunan al-Quran
Peringkat Penurunan al-QuranPeringkat Penurunan al-Quran
Peringkat Penurunan al-QuranNoor Aziah Mamat
 
Tugasan Penghayatan Islam (ISL 1012)
Tugasan Penghayatan Islam (ISL 1012)Tugasan Penghayatan Islam (ISL 1012)
Tugasan Penghayatan Islam (ISL 1012)Noor Aziah Mamat
 
Kriteria Pemarkahan Hafazan
Kriteria Pemarkahan HafazanKriteria Pemarkahan Hafazan
Kriteria Pemarkahan HafazanNoor Aziah Mamat
 
Tugasan Hafazan (DIB 2 dan HND 3)
Tugasan Hafazan (DIB 2 dan HND 3)Tugasan Hafazan (DIB 2 dan HND 3)
Tugasan Hafazan (DIB 2 dan HND 3)Noor Aziah Mamat
 
Scheme Of Work (ISL1012-Penghayatan Islam)
Scheme Of Work (ISL1012-Penghayatan Islam)Scheme Of Work (ISL1012-Penghayatan Islam)
Scheme Of Work (ISL1012-Penghayatan Islam)Noor Aziah Mamat
 

Más de Noor Aziah Mamat (14)

Kriteria Pemarkahan Pembentangan Kumpulan
Kriteria Pemarkahan Pembentangan KumpulanKriteria Pemarkahan Pembentangan Kumpulan
Kriteria Pemarkahan Pembentangan Kumpulan
 
Aktiviti Penghayatan Islam
Aktiviti Penghayatan Islam Aktiviti Penghayatan Islam
Aktiviti Penghayatan Islam
 
Konsep Ulul Albab
Konsep Ulul AlbabKonsep Ulul Albab
Konsep Ulul Albab
 
Konsep Syahadah
Konsep SyahadahKonsep Syahadah
Konsep Syahadah
 
Proses Kejadian Hujan (Al-Quran dan Geografi)
Proses Kejadian Hujan (Al-Quran dan Geografi)Proses Kejadian Hujan (Al-Quran dan Geografi)
Proses Kejadian Hujan (Al-Quran dan Geografi)
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahPenurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
 
Peringkat Penurunan al-Quran
Peringkat Penurunan al-QuranPeringkat Penurunan al-Quran
Peringkat Penurunan al-Quran
 
Tugasan Penghayatan Islam (ISL 1012)
Tugasan Penghayatan Islam (ISL 1012)Tugasan Penghayatan Islam (ISL 1012)
Tugasan Penghayatan Islam (ISL 1012)
 
Kriteria Pemarkahan Hafazan
Kriteria Pemarkahan HafazanKriteria Pemarkahan Hafazan
Kriteria Pemarkahan Hafazan
 
Tugasan Hafazan (DIB 2 dan HND 3)
Tugasan Hafazan (DIB 2 dan HND 3)Tugasan Hafazan (DIB 2 dan HND 3)
Tugasan Hafazan (DIB 2 dan HND 3)
 
Scheme Of Work (ISL1012-Penghayatan Islam)
Scheme Of Work (ISL1012-Penghayatan Islam)Scheme Of Work (ISL1012-Penghayatan Islam)
Scheme Of Work (ISL1012-Penghayatan Islam)
 

Proses kejadian manusia

  • 1. Penghayatan Islam (ISL 1012) Bab 4 Ensiklopedik Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu : PERINGKAT PERTAMA : NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al- Insan : 2 yang bermaksud : ” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “ Sperma Sperma menembusi ovum Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging. PERINGKAT KEDUA : ‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud : ©kpmsi/isl1012/jan-jun12
  • 2. Penghayatan Islam (ISL 1012) Bab 4 Ensiklopedik ” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14 Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud : sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintah suatu buku atau ketulan darah Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim. PERINGKAT KETIGA : MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al- Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud “lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14 Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot- otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri. PERINGKAT KEEMPAT : IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al- Mukminun : 14 yang bermaksud : “Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging” ©kpmsi/isl1012/jan-jun12
  • 3. Penghayatan Islam (ISL 1012) Bab 4 Ensiklopedik Janin berusia 12 minggu Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap. PERINGKAT KELIMA : NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja. ©kpmsi/isl1012/jan-jun12
  • 4. Penghayatan Islam (ISL 1012) Bab 4 Ensiklopedik Janin mendapatkan makanan melalui uri PERINGKAT KEENAM : NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata- mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT. Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita. Wallahu A’lam… Rujukan : http://lailizah.tripod.com/ ©kpmsi/isl1012/jan-jun12