SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
Descargar para leer sin conexión
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2013/2014

KPT 6044: PEMBELAJARAN BERASASKAN
ELEKTRONIK DAN WEB
“ULASAN JURNAL”

NAMA

: NORAZURA BINTI MOHD SULAIMAN

NO MATRIK

: M20121000189

PENSYARAH

: DR JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT

TARIKH

: 25 OKTOBER 2013
TAJUK
Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web
Webquest bagi Mata Pelajaran ICT

(Development and Evaluation of Webquest for

Informationand Communication Technology Subject).
Tajuk bagi jurnal ini sedikit panjang tetapi bermaklumat dan mudah difahami. Ini adalah
kerana pembaca akan mudah untuk memahami apa yang penyelidik ingin sampaikan. Selain
itu, penyelidik menggunakan perkataan yang jelas dan mengelakkan daripada membuat
kenyataan yang mengelirukan kepada pembaca dan menghindarkan daripada perkataan yang
membawa istilah kabur, samar-samar dan beremosi.

PENGENALAN

Penulis jurnal ini adalah Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong dan jurnal ini telah
diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1)(2009)111-129.

Kertas kerja ini

melaporkan tentang proses pembangunan dan penilaian bahan pengajaran berasaskan web
bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat, iaitu Webquest. WebQuest merupakan aktiviti
inkuiri yang mengarahkan sebahagian atau kesemua maklumat yang diperoleh daripada
internet oleh pelajar. WebQuest berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh
guru untuk pembinaan bahan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan
internet.

Penyelidik telah menulis pengenalan yang ringkas tetapi mudah difahami. Selain itu,
penyelidik telah melakukan penulisan yang baik di bahagian abstrak jadi ia membuatkan
pembaca ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyelidikan yang dijalankan. Pembaca akan
meneruskan pembacaan untuk lebih memahami topik yang dibincangkan.

Secara khususnya, dua perkara utama yang telah dilaporkan dalam jurnal ini iaitu:
a.Membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, WebQuest bagimata pelajaran
ICT Tingkatan Empat.
b.Menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran Berasaskan Web-WebQuest yang
bertajuk Computer System: System Concept dari aspek:
i.antara muka WebQuest,
ii.isi kandungan WebQuest
iii.struktur P&P WebQuest.

PERSOALAN KAJIAN
1) Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan WebQuest?
2) Adakah terdapat kekuatan / kelebihan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
WebQuest?
3) Adakah terdapat kesan pelaksanaan WebQuest keatas pencapaian pelajar?
4) Bagaimanakah proses pembangunan dan penilaian WebQuest dilaksanakan?

OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk membangunkan suatu bahan pengajaran
berasaskan web, WebQuest bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat serta menilai persepsi
pelajar terhadap bahan pengajaran yang dibangunkan dari aspek antara muka, isi kandungan
struktur pengajaran dan pembelajaran yangmenggunakan WebQuest. Objektif kajian sangat
jelas dan mudah difahami oleh pembaca.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan dalam dua fasa, iaitu Fasa Pembangunan Sistem P&P berasaskan Web –
WebQuest dan Fasa Penilaian Webquest yang telah dibangunkan. Menurut penyelidik, kajian
dijalankan di dua buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT, iaitu SMK Tinggi
Melaka dan SMK Tinggi Perempuan Melaka. Sampel kajian adalah terdiri daripada semua
pelajar sekolah tersebut yang sedang mengambil mata pelajaran ICT di Tingkatan Empat,
iaitu seramai 21 orang.
Instrumen yang berbentuk soal selidik digunakan bagi menilai aspek antara muka, isi
kandungan struktur pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan WebQuest yang telah
dibangunkan. Kaedah pengukuran yang digunakan adalah dengan menggunakan Skala Likert.
Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS versi 11.5. Kajian ini
menggunakan statistik diskriptif untuk melihat taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan
piawai bagi menerangkan demografi dan persoalan kajian yang dikemukakan. Metodologi
yang digunakan oleh penyelidik adalah tepat dan jelas. Ini adalah kerana penulis
menggunakan maklumat primer untuk mendapatkan data yang tepat.

DAPATAN KAJIAN
Melalui penganalisaan data dan nilai min yang diperolehi, persepsi pelajar terhadap
WebQuest yang dibangunkan adalah tinggi. Responden dalam kajian ini menyatakan bahawa
secara keseluruhannya WebQuest ini sesuai dan menarik perhatian pengguna. Pelajar berasa
seronok sepanjang proses P&P disebabkan terdapatnya unsur-unsur hipermedia seperti
animasi, grafik, bunyi, hiperteks dan warna yang menjadikan persembahan sistem lebih
menarik.

Di samping itu, web ini juga mesra pengguna kerana mempunyai butang-butang

kawalan yang memudahkan navigasi.

Selain itu, penyelidik melaporkan bahagian Pengenalan dalam WebQuest boleh
mewujudkan satu situasi yang mengarahkan pelajar menyelesaikan suatu misi. Tambahan
pula, dalam WebQuest ini latihan pengukuhan dapat disediakan dalam bahagian tugasan dan
memudahkan penggunan mencetak latihan tambahan. Penyelidik juga telah mendapati sistem
ini menyenaraikan setiap langkah untuk membuat tugasan dalam bahagian Prosedur. Bagi
penilaian pula, kriteria permarkahan dinyatakan dan pengguna boleh menyemak tugasan
berdasarkan kriteria tersebut. Selain itu, dibahagian Kesimpulan web ini juga menyediakan
aktiviti minda sebagai ganjaran kepada pengguna. Pada pandangan saya, semua aplikasi yang
terdapat dalam WebQuest ini menunjukkan ia adalah satu aktiviti bimbingan dalam
pendidikan yang baik untuk meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar dalam pembelajaran.

KESIMPULAN
Pada pandangan saya, tajuk perbincangan kajian yang telah dikemukan oleh penyelidik
adalah sangat releven dan jelas kepada perbincangan jurnal. Hal ini adalah kerana,
pengetahuan tentang ICT adalah sangat penting khususnya kepada sistem pendidikan negara
kita. Dalam era gloalisasi ini para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam
memperkasakan profesion perguruan agar dapat bersaing dengan teknologi maklumat terkini.
Salah satu inovasi yang perlu diambil perhatian ialah kepelbagaian dalam kaedah
penyampaian maklumat kepada pelajar. Guru perlu mengaplikasikan ICT sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar-pelajar berupaya untuk berfikir secara
kritis, mampu belajar daripada pelbagai sumber dan berasa lebih berasa seronok semasa
mengikuti sesi pembelajaran harian.
Disamping itu, saya juga berpendapat penyelidik telah menggunakan bahasa yang
sesuai dan mudah difahami oleh pembaca. Susunan isi-isi perbincangan juga sistematik serta
menarik minat pembaca untuk meneruskan perbincangan. Penyelidik telah mengupas isi
perbincangan dengan sangat baik. Selain itu, jurnal yang ditulis oleh penyelidik ini juga
mengikut spesifikasi penulisan yang betul.
Seterusnya, saya bersetuju dengan pendapat penyelidik menyatakan bahawa bagi
menjayakan penggunaan ICT dalam pendidikan, semua pihak yang terlibat, sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam sektor pendidikan negara perlu memainkan peranan
masing-masing bagi menjayakan penggunaan ICT. Selain itu, semua pihak haruslah
bekerjasama dan berusaha dengan gigih untuk mengatasi halangan-halangan yang timbul
dalam usaha-usaha untuk menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan.
Kesimpulannya, saya berpendapat penyelidik perlu mencadangkan penggunaan
WebQuest ini digunakan secara meluas dalam mata pelajaran yang lain supaya pelajar lebih
mahir dalam penggunaan ICT semasa proses pembelajaran. Hal ini kerana, kajian yang
dijalankan telah membuktikan pelaksaan WebQuest ini memberi impak yang positif kepada
pelajar dan juga kepada guru. Namun begitu, pengawasan yang rapi perlu dilaksanakan juga
untuk mengelakkan kesan-kesan yang negatif timbul dari usaha ini.

RUJUKAN
Norazah and Ngau, (2009) Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan
PembelajaranBerasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and
Evaluation of Webquest for Informationand Communication Technology Subject)
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 - 129

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
vincentraj74
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
sharilzal
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
yati65
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
Tee Teh
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Nurul Juzailah Nurul
 
Perbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan JurnalPerbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan Jurnal
myzara
 
Pembentangan Ulasan Artikel
Pembentangan Ulasan ArtikelPembentangan Ulasan Artikel
Pembentangan Ulasan Artikel
rambai7
 
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799
Lily Ting
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Husniyah Rashid
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
Siew Sin Wong
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasan
Ena Ros
 

La actualidad más candente (19)

Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Tugasan 1 KPT6044
Tugasan 1 KPT6044Tugasan 1 KPT6044
Tugasan 1 KPT6044
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Jurnal kpt6044
Jurnal kpt6044Jurnal kpt6044
Jurnal kpt6044
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 
Perbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan JurnalPerbandingan Ulasan Jurnal
Perbandingan Ulasan Jurnal
 
Pembentangan Ulasan Artikel
Pembentangan Ulasan ArtikelPembentangan Ulasan Artikel
Pembentangan Ulasan Artikel
 
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799Tugasan 1   ulasan jurnal m20142001799
Tugasan 1 ulasan jurnal m20142001799
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Ulasan bacaan artikel
Ulasan  bacaan artikelUlasan  bacaan artikel
Ulasan bacaan artikel
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasan
 

Destacado (6)

презентация о журнале "Каюр"
презентация о журнале "Каюр"презентация о журнале "Каюр"
презентация о журнале "Каюр"
 
Bursting bubbles & building bridges: Tracking the global climate change conve...
Bursting bubbles & building bridges: Tracking the global climate change conve...Bursting bubbles & building bridges: Tracking the global climate change conve...
Bursting bubbles & building bridges: Tracking the global climate change conve...
 
SSC Doelgroep Chirurgisch Verpleegkundigen Media&Middelen Evaluatie 2013&Inze...
SSC Doelgroep Chirurgisch Verpleegkundigen Media&Middelen Evaluatie 2013&Inze...SSC Doelgroep Chirurgisch Verpleegkundigen Media&Middelen Evaluatie 2013&Inze...
SSC Doelgroep Chirurgisch Verpleegkundigen Media&Middelen Evaluatie 2013&Inze...
 
Boarders Hand Out
Boarders Hand OutBoarders Hand Out
Boarders Hand Out
 
pencemaran udara
pencemaran udarapencemaran udara
pencemaran udara
 
Limbah
Limbah Limbah
Limbah
 

Similar a Fakulti pengurusan dan ekonomi copy

Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
shamsuhaila85
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
mrsakmar
 
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Nor Sazlin Kusai
 
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
zarida ahmad
 

Similar a Fakulti pengurusan dan ekonomi copy (20)

Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&pKajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
Kajian tinjauan penggunaan web sebagai medium p&p
 
Kpt6044 web
Kpt6044 webKpt6044 web
Kpt6044 web
 
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
 
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
Kajian Tindakan-kebolehan menggunakan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melay...
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan WebUlasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Jurnal ict 1
Jurnal ict 1Jurnal ict 1
Jurnal ict 1
 
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
 
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)
 
Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal   kpt 6044Analisis jurnal   kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044
 

Fakulti pengurusan dan ekonomi copy

  • 1. FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2013/2014 KPT 6044: PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB “ULASAN JURNAL” NAMA : NORAZURA BINTI MOHD SULAIMAN NO MATRIK : M20121000189 PENSYARAH : DR JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT TARIKH : 25 OKTOBER 2013
  • 2. TAJUK Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest for Informationand Communication Technology Subject). Tajuk bagi jurnal ini sedikit panjang tetapi bermaklumat dan mudah difahami. Ini adalah kerana pembaca akan mudah untuk memahami apa yang penyelidik ingin sampaikan. Selain itu, penyelidik menggunakan perkataan yang jelas dan mengelakkan daripada membuat kenyataan yang mengelirukan kepada pembaca dan menghindarkan daripada perkataan yang membawa istilah kabur, samar-samar dan beremosi. PENGENALAN Penulis jurnal ini adalah Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong dan jurnal ini telah diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1)(2009)111-129. Kertas kerja ini melaporkan tentang proses pembangunan dan penilaian bahan pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat, iaitu Webquest. WebQuest merupakan aktiviti inkuiri yang mengarahkan sebahagian atau kesemua maklumat yang diperoleh daripada internet oleh pelajar. WebQuest berfungsi sebagai rangka kerja yang boleh digunakan oleh guru untuk pembinaan bahan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet. Penyelidik telah menulis pengenalan yang ringkas tetapi mudah difahami. Selain itu, penyelidik telah melakukan penulisan yang baik di bahagian abstrak jadi ia membuatkan pembaca ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyelidikan yang dijalankan. Pembaca akan meneruskan pembacaan untuk lebih memahami topik yang dibincangkan. Secara khususnya, dua perkara utama yang telah dilaporkan dalam jurnal ini iaitu: a.Membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, WebQuest bagimata pelajaran ICT Tingkatan Empat.
  • 3. b.Menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran Berasaskan Web-WebQuest yang bertajuk Computer System: System Concept dari aspek: i.antara muka WebQuest, ii.isi kandungan WebQuest iii.struktur P&P WebQuest. PERSOALAN KAJIAN 1) Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan WebQuest? 2) Adakah terdapat kekuatan / kelebihan pengajaran dan pembelajaran menggunakan WebQuest? 3) Adakah terdapat kesan pelaksanaan WebQuest keatas pencapaian pelajar? 4) Bagaimanakah proses pembangunan dan penilaian WebQuest dilaksanakan? OBJEKTIF KAJIAN Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, WebQuest bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat serta menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran yang dibangunkan dari aspek antara muka, isi kandungan struktur pengajaran dan pembelajaran yangmenggunakan WebQuest. Objektif kajian sangat jelas dan mudah difahami oleh pembaca. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dijalankan dalam dua fasa, iaitu Fasa Pembangunan Sistem P&P berasaskan Web – WebQuest dan Fasa Penilaian Webquest yang telah dibangunkan. Menurut penyelidik, kajian dijalankan di dua buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ICT, iaitu SMK Tinggi Melaka dan SMK Tinggi Perempuan Melaka. Sampel kajian adalah terdiri daripada semua pelajar sekolah tersebut yang sedang mengambil mata pelajaran ICT di Tingkatan Empat, iaitu seramai 21 orang. Instrumen yang berbentuk soal selidik digunakan bagi menilai aspek antara muka, isi kandungan struktur pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan WebQuest yang telah
  • 4. dibangunkan. Kaedah pengukuran yang digunakan adalah dengan menggunakan Skala Likert. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS versi 11.5. Kajian ini menggunakan statistik diskriptif untuk melihat taburan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi menerangkan demografi dan persoalan kajian yang dikemukakan. Metodologi yang digunakan oleh penyelidik adalah tepat dan jelas. Ini adalah kerana penulis menggunakan maklumat primer untuk mendapatkan data yang tepat. DAPATAN KAJIAN Melalui penganalisaan data dan nilai min yang diperolehi, persepsi pelajar terhadap WebQuest yang dibangunkan adalah tinggi. Responden dalam kajian ini menyatakan bahawa secara keseluruhannya WebQuest ini sesuai dan menarik perhatian pengguna. Pelajar berasa seronok sepanjang proses P&P disebabkan terdapatnya unsur-unsur hipermedia seperti animasi, grafik, bunyi, hiperteks dan warna yang menjadikan persembahan sistem lebih menarik. Di samping itu, web ini juga mesra pengguna kerana mempunyai butang-butang kawalan yang memudahkan navigasi. Selain itu, penyelidik melaporkan bahagian Pengenalan dalam WebQuest boleh mewujudkan satu situasi yang mengarahkan pelajar menyelesaikan suatu misi. Tambahan pula, dalam WebQuest ini latihan pengukuhan dapat disediakan dalam bahagian tugasan dan memudahkan penggunan mencetak latihan tambahan. Penyelidik juga telah mendapati sistem ini menyenaraikan setiap langkah untuk membuat tugasan dalam bahagian Prosedur. Bagi penilaian pula, kriteria permarkahan dinyatakan dan pengguna boleh menyemak tugasan berdasarkan kriteria tersebut. Selain itu, dibahagian Kesimpulan web ini juga menyediakan aktiviti minda sebagai ganjaran kepada pengguna. Pada pandangan saya, semua aplikasi yang terdapat dalam WebQuest ini menunjukkan ia adalah satu aktiviti bimbingan dalam pendidikan yang baik untuk meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar dalam pembelajaran. KESIMPULAN Pada pandangan saya, tajuk perbincangan kajian yang telah dikemukan oleh penyelidik adalah sangat releven dan jelas kepada perbincangan jurnal. Hal ini adalah kerana, pengetahuan tentang ICT adalah sangat penting khususnya kepada sistem pendidikan negara kita. Dalam era gloalisasi ini para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam
  • 5. memperkasakan profesion perguruan agar dapat bersaing dengan teknologi maklumat terkini. Salah satu inovasi yang perlu diambil perhatian ialah kepelbagaian dalam kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar. Guru perlu mengaplikasikan ICT sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar-pelajar berupaya untuk berfikir secara kritis, mampu belajar daripada pelbagai sumber dan berasa lebih berasa seronok semasa mengikuti sesi pembelajaran harian. Disamping itu, saya juga berpendapat penyelidik telah menggunakan bahasa yang sesuai dan mudah difahami oleh pembaca. Susunan isi-isi perbincangan juga sistematik serta menarik minat pembaca untuk meneruskan perbincangan. Penyelidik telah mengupas isi perbincangan dengan sangat baik. Selain itu, jurnal yang ditulis oleh penyelidik ini juga mengikut spesifikasi penulisan yang betul. Seterusnya, saya bersetuju dengan pendapat penyelidik menyatakan bahawa bagi menjayakan penggunaan ICT dalam pendidikan, semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam sektor pendidikan negara perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan penggunaan ICT. Selain itu, semua pihak haruslah bekerjasama dan berusaha dengan gigih untuk mengatasi halangan-halangan yang timbul dalam usaha-usaha untuk menjayakan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan. Kesimpulannya, saya berpendapat penyelidik perlu mencadangkan penggunaan WebQuest ini digunakan secara meluas dalam mata pelajaran yang lain supaya pelajar lebih mahir dalam penggunaan ICT semasa proses pembelajaran. Hal ini kerana, kajian yang dijalankan telah membuktikan pelaksaan WebQuest ini memberi impak yang positif kepada pelajar dan juga kepada guru. Namun begitu, pengawasan yang rapi perlu dilaksanakan juga untuk mengelakkan kesan-kesan yang negatif timbul dari usaha ini. RUJUKAN Norazah and Ngau, (2009) Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan PembelajaranBerasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and Evaluation of Webquest for Informationand Communication Technology Subject) Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 - 129