SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 80
PSV 3113
PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAJUK 3: BENTUK-BENTUK PENTAKSIRAN
Disediakan Oleh:
NORHANIZA BT. TAHARUDDIN
GHAZALI B. CHE MUDA
SALIENA BT. HARUN
Pensyarah:
EN. SYAMRUL NIZAM B. ABD MALEK
Sk. Bukit Segumpal
740324-10-5612
Sk. Sekara
700703-03-5731 Sk. Chedong Jaya
681102-06-5128
PPG, UNIT PSV AMBILAN FEBRUARI 2012
Biodata ahli kumpulan
PENDAHULUAN
• Pengajaran dan Pembelajaran tidak akan
dapat diketahui keberkesanannya sehinggalah
murid-murid diuji tahap kefahaman mereka.
• Pelbagai cara dan kaedah yang dapat menilai
murid-murid dengan terperinci.
• Beberapa kaedah dan cara yang dikemukakan
melalui pembentangan tajuk ini diharap dapat
membantu guru khasnya dalam matapelajaran
Pendidikan Seni Visual.
NORHANIZA TAHARUDDIN
Kupasan tajuk ini akan memperjelaskan
tentang:
PENILAIAN FORMATIF
PENILAIAN SUMATIF
PEMERHATIAN
PORTFOLIO
HASIL KERJA
NORHANIZA TAHARUDDIN
PENILAIAN
FORMATIF
DAN
SUMATIF
Ghazali Che Muda
Penilaian Formatif
Penilaian yang dibuat secara
berterusan, iaitu sepanjang
proses pengajaran dan
pembelajaran untuk menilai
keberkesanan pengajaran guru
dan pembelajaran pelajar bagi
setiap tajuk yang diajar.
Ghazali Che Muda
Penilaian ini dijalankan secara
berterusan adalah bertujuan untuk
memperbaiki atau mengenal pasti
kelemahan yang wujud semasa
pengajaran dan pembelajaran dengan
kadar segera.
Ghazali Che Muda
Penilaian ini juga dapat menentukan
pengajaran dan pembelajaran yang
dibuat itu mencapai objektif ataupun
tidak. Ia juga dapat menentukan
samada murid telah bersedia untuk
mengikuti pelajaran berikutnya yang
lebih tinggi atau rumit.
Ghazali Che Muda
Aktiviti penilaian boleh dijalankan
secara formal atau tidak formal
semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran samada secara individu,
kumpulan atau menyeluruh.
Masa yang sesuai untuk membuat
penilaian ialah semasa sesi pengajaran
dilakukan atau setiap hujung bulan.
Ghazali Che Muda
Bentuk penilaian yang boleh dilakukan:
1. Ujian tidak formal - seperti
pemerhatian dan soaljawab
2. Secara formal - seperti ujian bulanan
melibatkan kertas pensel
dalam masa yang singkat.
Ghazali Che Muda
Ciri-ciri Penilaian Formatif
• Dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat
bagi memperbaiki kurikulum.
• Dijalankan sepanjang masa dan maklumat
yang diperolehi daripada penilaian ini
digunakan secara terus menerus.
• Bercorak ujian diagnostik, yang mana dapat
memberikan input akan masalah yang
dihadapi pelajar dalam mengikuti
pembelajaran.
Ghazali Che Muda
sambungan…
• Dijalankan sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran.
• Maklumat yang diperolehi hendaklah
digunakan serta merta dalam memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan
guru sama-sama memperolehi manfaat
daripadanya.
Ghazali Che Muda
Tujuan Penilaian Formatif
• Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
• Meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir
sesuatu pelajaran.
• Memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang
wujud sama ada pada penyampaian guru atau
penguasaan pelajar dan seterusnya guru akan
memperbaiki agar murid dapat menguasai
dengan baik.
Ghazali Che Muda
sambungan…
• Menolong pelajar menguasai sesuatu unit atau
topik pembelajaran dan ini memungkinkan
mereka memperolehi pencapaian yang lebih
baik pada akhir penggal atau semester
persekolahan.
• Mengubah suai pengajaran guru.
• Guru dapat menentukan pendekatan yang
lebih baik dalam penyampaian.
Ghazali Che Muda
sambungan…
• Memberikan bimbingan pembelajaran kepada
pelajar, menjadikan mereka sentiasa bersedia
untuk menduduki siri ujian yang dijalankan
dan dengan itu memerlukan ketekunan dan
tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.
Ghazali Che Muda
Penilaian Sumatif
Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran
( akhir penggal / akhir tahun ), yang
bertujuan untuk menilai pencapaian akhir
pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif
yang lebih menumpukan kepada penilaian
penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk,
penilaian sumatif bertujuan untuk
menentukan pencapaian pelajar pada akhir
penggal persekolahan atau akhir tahun yang
juga dapat menentukan keberkesanan
sesuatu kurikulum.
Ghazali Che Muda
Ciri-ciri Penilaian Sumatif
• Lebih menumpukan menilai tahap
penguasaan pelajar dalam satu-satu topik
pembelajaran.
• Untuk menentukan pencapaian pelajar
pada akhir sesuatu penggal persekolahan
dan digunakan untuk menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum secara
keseluruhan.
Ghazali Che Muda
Tujuan Penilaian Sumatif
• Membantu pelajar secara individu dalam
meningkatkan pecapaian.
• Memberi gred kepada pelajar berdasarkan
pencapaian yang ditunjukkan dalam
peperiksaan yang diadakan.
• Mengikhtiraf kebolehan dan kemahiran yang
dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor
yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian
yang dijalankan.
Ghazali Che Muda
sambungan…
• Dijadikan pertunjuk dalam memulakan
sesuatu kursus baru yang berkaitan.
• Memperlihatkan peringkat pencapaian
yang berbeza mengikut kumpulan.
Ghazali Che Muda
Perbezaan Penilaian Formatif dan Sumatif
Aspek Penilian Formatif Penilian Sumatif
Konsep Mengesan penguasaan pelajar pada suatu
hasil pembelajaran melalui pengujian
yang dapat dibina dan ditadbir secara
formal ataupun tidak formal.
Mengesan pencapaian pelajar dalam tempoh
tertentu persekolahan melalui pemgujian yang
dijalankan secara formal.
Waktu
Penilaian
Sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Pada pertengahan ataupun akhir penggal /
semester persekolahan.
Kaedah Formal : pensel, kertas
Tidak formal : Pemerhatian, soal jawab,
latihan.
Penilainan dibuat secara individu ataupun
berkumpulan.
Dibuat secara formal:
Ujian pensel dan kertas, lisan.
Penilaian dijalankan secara berkumpulan.
Selepas
Penilaian
dijalankan
Menjalankan tindakan susulan ke atas
pelajar.
a. Aktiviti bimbingan bagi kemahiran
yang belum kuasai.
b. Aktiviti pengukuhan bagi kemahiran
yang sudah mula dikuasai.
c. Aktiviti penggayaan bagi
memperkembangkan penguasaan
kemahiran.
Mengubahsuai proses P & P.
Memperbaiki kurikulum sedia ada.
Mengumpulkan pelajar mengikut tahap
pemguasaan.
Ghazali Che Muda
PEMERHATIAN
Pemerhatian ialah:
Pengamatan kepada pelakuan murid yang bersesuaian
dengan perkembangan murid.
Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
tertentu bagi membantu guru mendapatkan maklum balas
tentang keberkesanan PnP.
Dalam konteks pentaksiran – suatu kaedah sistematik
untuk mengumpul data / maklumat & merekodnya dengan
tepat.
SALIENA HARUN
PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah
penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah penyelidikan
Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada
dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data
selain soal selidik
Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati
sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
SALIENA HARUN
PEMERHATIAN
Menggunakan
kaedah ini,
penyelidik atau
pemerhati perlu
memerhati sampel-
sampelnya dalam
tempoh masa yang
tententu.
Biasanya ciri-ciri
yang ingin diperhati
adalah sangat halus
dan terperinci dan ini
menjadikan
keputusan yang
dibuat lebih tepat.
Setiap pemerhatian
mestilah mempunyai
tujuan tertentu,
dilakukan secara
sistematik,
mempunyai fokus,
dan mestilah
dicatatkan secara
rapi dan betul.
Kaedah pemerhatian
sesuai digunakan
khususnya apabila
penyelidik mengkaji
perkembangan
tingkah laku sesuatu
unit sosial, seperti
mengkaji
perkembangan
kemahiran pelajar.
Peranan penyelidik
ialah sebagai
pemerhati terhadap
perubahan-
perubahan tingkah
laku, mendengar,
serta melihat tingkah
laku subjek sama ada
dari jauh atau dari
dekat.
SALIENA HARUN
FUNGSI KAEDAH PEMERHATIAN
Guru dapat
mengikuti
perkembangan
murid dalam PdP.
Guru/murid
dapat merancang
tindakan susulan
yang sesuai dalam
PdP seterusnya
Murid dapat
melihat tahap
pencapaian
sendiri/rakan
sebaya dalam
PdP.
Guru boleh membuat
refleksi terhadap
keberkesanannya
sebagai guru.
Membantu guru
mengetahui minat
murid terhadap
pelajaran.
Menyimpan rekod
yang sistematik untuk
rujukan dan
perancangan.
SALIENA HARUN
Jenis-jenis
Pemerhatian
SALIENA HARUN
Pemerhatian Bukan Peserta
(Pemerhatian Penuh)
• Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang
sesuai untuk membuat pemerhatian.
• Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin
kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian secara teliti terhadap
segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati.
• Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat
rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.
SALIENA HARUN
Jenis-jenis
Pemerhatian
SALIENA HARUN
Pemerhatian Peserta
(Peserta sebagai Pemerhati)
• Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada
ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama
ia membuat pemerhatian.
• Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua
peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.
SALIENA HARUN
PERBEZAAN
PEMERHATIAN BUKAN
PESERTA
PEMERHATIAN PESERTA
Responden kajian mungkin
tidak menyedari akan
kehadiran pemerhati dan
dengan itu ia akan
menunjukkan tingkah laku
yang tulen dan tidak berpura-
pura.
Penyelidik dapat mengalami
sendiri aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan dan ini
menjadikan dapatan
pemerhatian lebih sah dan
boleh dipercayai.
Data-data yang diperoleh
lebih tulen dan ini akan
menyumbang kepada
ketepatan maklumat yang
dikumpul.
Menggunakan kaedah ini juga
memungkinkan maklumat-
maklumat yang tersembunyi
atau yang tidak dijangka
dapat diperhati diperingkat
awal. SALIENA HARUN
KELEBIHAN KAEDAH
PEMERHATIAN
• Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci,
jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian
yang lebih sah serta boleh dipercayai.
• Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau
tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.
• Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh
daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan
wakil sampel yang telah dikenal pasti.
SALIENA HARUN
KELEMAHAN KAEDAH
PEMERHATIAN
• Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka
diperhati dan diteliti.
• Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah
laku mereka diperhati.
• Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat
pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka.
• Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan
faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.
SALIENA HARUN
CARA MEMBUAT
PEMERHATIAN
1. Pemerhatian secara langsung boleh dilakukan setiap
masa dengan meneliti segala perlakuan dan kejadian
dalam situasi yang dikaji.
2. Teknik ini tidak memerlukan apa-apa perlatan khas
melainkan pen dan kertas saja. Guru/ pensyarah
penyelidik perlu membuat beberapa pertimbangan
sebelum melakukan permerhatian
SALIENA HARUN
Penggunaan Alat Perakam
• Pengunaan perakam audio dapat membantu
merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara
kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun antara
kalangan kumpulan sasaran.
• Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar dapat
dirakamkan dengan tepat.
• Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman
audio melalui proses tiga fasa berikut:
- dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk
mendapat gambaran umum,
- dengar semula untuk mencari data-data penting
- dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang
data-data penting
SALIENA HARUN
Gambar foto
• Gambar foto merupakan suatu media yang amat berkesan
untuk merekodkan perlakuan atau keadaan fizikal secara
holistik.
• Foto juga dapat menonjolkan “body language” terbayang
oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh pemerhati kerana
pada ketika itu dianggap sebagai tidak signifikan.
SALIENA HARUN
CONTOH-CONTOH FOTO AKTIVITI
PSV
SALIENA HARUN
Rakaman video
• Rakaman video melanjutkan kelebihan foto dan rakaman
audio dengan menunjukkan juga pergerakan sasaran dikaji
serta turutan dan tempoh masa peristiwa.
SALIENA HARUN
REKOD PROFIL
MURID
SOAL SELIDIK
BORANG
KEMAJUAN
DIRI
SENARAI
SEMAK
TEMU BUAL
REKOD
ANEKDOT
PEMERHATIAN
SALIENA HARUN
Aspek yang diperhatikan menyeluruh dan meliputi
aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Dilaksanakan menggunakan instrumen:
1. Rekod anekdot
2. Temu bual
3. Senarai semak
4. Borang kemajuan diri
5. Soal selidik
6. Rekod profil murid
SALIENA HARUN
Membantu guru mengetahui minat murid terhadap
pelajaran.
Mengesan kemampuan/tahap kognitif murid.
Mengesan tahap penguasaan bahasa murid.
Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan
perancangan.
SALIENA HARUN
REKOD
ANEKDOT
Rekod Anekdot ialah:
Catatan ringkas, tepat dan padat mengenai
peristiwa/tingkah laku murid yang dianggap penting, unik
dan signifikan untuk direkod.
Maklumat dalam rekod:
1. Nama murid
2. Tarikh
3. Masa
4. Tempat
5. Peristiwa yang berlaku
6. Ulasan guru
7. Cadangan/tindakan guru
SALIENA HARUN
Pertimbangan menulis Rekod Anekdot ialah:
Membuat pemerhatian peristiwa yang berlaku
Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan
kepada aspek perkembangan kanak-kanak, merangkumi
kelebihan dan kekurangan
Menulis maklumat selepas peristiwa
Menulis apa yang dilihat secara objektif
SALIENA HARUN
Panduan Merekod Rekod Anekdot ialah:
Membuat cacatan dalam buku nota
Merekod hasil pemerhatian
Mencatat tingkah laku/apa yang diperkatakan murid
Mencatat respon orang lain yang ada kaitan dengan tingkah
laku murid yang diperhatikan
Mencatat peristiwa mengikut urutan
Merekod maklumat berpandukan peristiwa yang
menggambarkan perkembangan kanak-kanak
SALIENA HARUN
TEMU
BUAL
Temu Bual ialah:
 Tidak berstruktur – tidak berpandukan kepada skrip.
Fleksibel dan meluas
 Berstruktur – berdasarkan kepada skrip tertentu,
mirip soalselidik
 Separa-berstruktur – berpandukan kepada skrip
tetapi idea/isu menarik boleh dibincang lebih dalam
SALIENA HARUN
Jenis Soalan Temu Bual ialah:
Dua jenis soalan:
1. soalan tertutup – format jawapan yang telah
ditentukan, sepert. “ya” atau “tidak”
2. soalan terbuka – tidak mepunyai format tertentu
 Soalan tertutup adalah lebih cepat dan mudah untuk
dianalisa
SALIENA HARUN
SENARAI
SEMAK
Senarai Semak ialah:
Senarai item untuk mengenal pasti perkembangan murid
dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.
Senarai item:
1. Tingkah laku/ciri yang ada atau dapat diperhatikan
2. Perlakuan yang telah dilakukan
3. Kekerapan tingkah laku
SALIENA HARUN
Prosedur Senarai Semak ialah:
Menyediakan senarai semak lebih awal sebelum
pemerhatian
Menyatakan tingkah laku yang diperhatikan dengan
ringkas dan jelas
Menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula
jadi
Menyatakan kemahiran penting sahaja
Menyusun item mengikut peningkatan
Melakukan pemerhatian beberapa kali untuk
mendapatkan maklumat/amalan yang tepat/kekal
Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil
pembelajaran/tingkah laku murid
SALIENA HARUN
SALIENA HARUN
BORANG
KEMAJUAN
DIRI
Borang Kemajuan Diri ialah:
 Rumusan yang dibuat oleh guru hasil daripada maklumat
yang dikumpul dan dianalisis mengenai perkembangan diri
murid secara menyeluruh dan spesifik
 Ulasan yang dapat menunjukkan kebolehan dan
pencapaian sebenar diri murid
SALIENA HARUN
Komponen Borang Kemajuan Diri ialah:
 Perkembangan bahasa dan komunikasi
 Perkembangan kognitif
 Perkembangan kerohanian dan moral
 Perkembangan sosioemosi
 Perkembangan fizikal
 Perkembangan kreativiti dan estetika
SALIENA HARUN
SALIENA HARUN
SALIENA HARUN
SOAL
SELIDIK
Soal Selidik ialah:
Soalan boleh ‘terbuka’ atau ‘tertutup’
Soalan ‘tertutup’ paling mudah dianalisa, dan boleh
dilakukan secara berkomputer
Boleh diberikan kepada suatu populasi yang besar
Media penyebaran – kertas, email dan laman web
SALIENA HARUN
REKOD
PROFIL
MURID
Rekod Profil Murid ialah:
 Rekod yang mengandungi maklumat diri murid, maklumat
keluarga murid dan maklumat fizikal murid serta
kecemasan sila hubungi.
 Tujuannya adalah untuk bahan rujukan guru supaya dapat
mengambul tindakan sewajarnya
SALIENA HARUN
SALIENA HARUN
PORTFOLIO
NORHANIZA TAHARUDDIN
PENGENALAN
• Portfolio menurut Ragbir Kaur Joginder Singh
(2012) ialah satu koleksi yang mengandungi
pelbagai resos dan bahan-bahan yang releven
dengan hasil pembelajaran murid dalam sesuatu
matapelajaran.
• Portfolio merupakan dokumen berstruktur yang
dibina melalui perancangan, pelaksanaan serta
penilaian yang teliti dan holistik.
• Menggalakkan pembelajaran interaktif melalui
bantuan semua pihak.
• Mengandungi maklumat yang disusun mengikut
urutan. NORHANIZA TAHARUDDIN
• Portfolio juga merupakan tugasan yang
menggunakan satu folder atau fail atau sebagainya
yang mengandungi bahan-bahan kutipan yang
dikumpulkan untuk sesuatu tempoh tertentu
berasaskan tujuan yang jelas / spesifik
• Bagi menggambarkan / menjelaskan /
menerangkan daya usaha, kemajuan atau
pencapaian sipenyedianya dalam bidang tertentu.
• Berfokus kepada proses bukan hasil.
• Pemantauan melalui peta perkembangan.
NORHANIZA TAHARUDDIN
JENIS PORTFOLIO
Dua jenis portfolio diperlukan:
• Portfolio guru mengandungi semua arahan
dan kriteria pentaksiran serta rubrik berkaitan
tugasan yang diberikan kepada murid.
NORHANIZA TAHARUDDIN
• Portfolio murid mengandungi setiap eviden
yang digunakan untuk mendapatkan
I. Portfolio kerja harian dimana bahan
dikumpul untuk tugasan dalam masa terentu.
II. Portfolio hasil kerja terbaik daripada
daripada hasil kerja harian.
III. Portfolio dokumentari hasil tugasan yang
dijalankan semasa mengumpul bahan dalam
jangka masa tertentu.
NORHANIZA TAHARUDDIN
MATLAMAT
• Melahirkan “independent learners” yang
sentiasa berusaha memperbaiki pembelajaran
& prestasi diri sendiri secara menyeluruh,
melalui penilaian berterusan (proses),
penaksiran kendiri, dan renungan kendiri.
NORHANIZA TAHARUDDIN
TUJUAN PORTFOLIO
Membolehkan pelajar:
• Mengawal, mengesan dan mengikuti
perkembangan / kemajuan mereka sendiri bagi
satu tempoh yg telah ditetapkan.
• Mengolah dan mengenal kekuatan dan
kelemahan diri mereka sendiri dan berusaha
meningkatkan kemahiran bagi mengatasi
kelemahan (formatif & diagnostik).
• Memberi ruang refleksi dan penilaian kendiri.
NORHANIZA TAHARUDDIN
Membolehkan guru:
• Mengintegrasikan proses pengajaran dan
membolehkan penilaian secara holistik dilakukan.
• Memperkembangkan & mengukuhkan penilaian
kendiri & kemahiran refleksi di kalangan pelajar.
• Memantau perkembangan.
• Memainkan peranan sebagai pendorong atau
fasilitator dalam membantu pelajar meningkatkan
aspek kognitif dan sahsiah mereka.
• Menilai bidang afektif seperti kelakuan, inisiatif
kerjasama serta komitmen.
NORHANIZA TAHARUDDIN
KANDUNGAN
PORTFOLIO
• Guru seharusnya melibatkan pelajar dalam
menentukan garis panduan bagi pemilihan
kandungan portfolio, kriteria untuk pentaksiran dan
bukti-bukti tentang renungan kendiri (self-reflection)
pelajar.
• Pelbagai jenis bahan boleh terkandung di
dalam portfolio bergantung kepada tujuan
portfolio itu diwujudkan.
• Seterusnya dapat menggambarkan perkembangan
pelajar berkenaan bagi satu tempoh yang telah
ditetapkan.
NORHANIZA TAHARUDDIN
Sebuah Portfolio yang lengkap terdiri
daripada bahan-bahan berikut:
Nota-nota yang disediakan oleh guru
Senarai semak yang disediakan oleh guru
Refleksi kendiri murid
Buku log
Buku jurnal
Gambar dan foto
NORHANIZA TAHARUDDIN
Contoh Bahan-Bahan yang Boleh
Dimasukkan Ke Dalam Portfolio:
SAMPEL SURAT MENYURAT
SAMPEL RENCANA/
ESEI
REKOD ANEKDOT
PETA / CARTA/ GAMBARAJAH
PELAPORAN
JURNAL
EKSPERIMEN
SAJAK / SYAIR/ PANTUN/
GURINDAM
SKRIP-SKRIP JAWAPAN
KEPADA UJIAN
MODEL
VIDEO/
TAPE
LUKISAN
PROJEK
SEBARANG BAHAN YANG
SESUAI
NORHANIZA TAHARUDDIN
PERANCANGAN PORTFOLIO
• Guru haruslah terlebih dahulu memberi penerangan
tentang matlamat penyediaan portfolio kepada
setiap pelajar ia berkaitan:
1. Tujuan mengadakan portfolio
2. Kandungan yang diharapkan
3. Kriteria penaksiran yang akan digunakan
4. Senarai artifak/bahan
NORHANIZA TAHARUDDIN
Langkah-Langkah Penyediaan
Portfolio
1. Tentukan tujuan mengadakan pentaksiran portfolio.
2. Nyatakan kandungan dan kemahiran yang akan
ditaksir atau diberi perhatian.
3. Tentukan sasaran yang akan dinilai dan peringkatnya;
4. Nyatakan bahan-bahan yang perlu dikutip.
5. Tetapkan kaedah pengumpulan bahan dalam portfolio,
masa dan tempoh bagi sesuatu aktiviti itu dijalankan.
NORHANIZA TAHARUDDIN
6. Perjelaskan kaedah penggredan yang akan
digunakan untuk mentaksir tugasan portfolio
pelajar.
7. Tetapkan tarikh untuk menerangkan keputusan
atau pencapaian pelajar dalam satu-satu tugasan
portfolio mereka.
8. Pastikan pelajar terlibat sama dalam penyediaan
sistem ini.
NORHANIZA TAHARUDDIN
PENTAKSIRAN
PORTFOLIO
Penjelasan mengenai pentaksiran portfolio:
• Satu penaksiran pembelajaran.
• Bagi mengenalpasti perkembangan kognitif, afektif
dan psikomotor seorang pelajar.
• Melalui bukti-bukti yang dikumpulkan dalam folder.
• Berdasarkan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan
terlebih dahulu.
NORHANIZA TAHARUDDIN
PENGGREDAN PORTFOLIO
Terdapat 2 aspek portfolio yang perlu dinilai:
a) Setiap hasil kerja yang dimasukkan dalam
portfolio merupakan penilaian berbentuk
formatif dan dibuat secara analitik.
b) Keseluruhan hasil portfolio merupakan
penilaian berbentuk sumatif dan dibuat
secara holistik.
NORHANIZA TAHARUDDIN
Terdapat empat perkara utama dalam penilaian
portfolio:
Pemilihan Bahan
Pengskoran
Kesahan
Keberkesanan
NORHANIZA TAHARUDDIN
• Dalam pentaksiran portfolio, masa, sumber
kewangan dan latihan murid dan guru mesti
diambil kira dalam membuat pemilihan bahan
dan pembentangan kepada kelas. Ini
mempengaruhi kualiti persembahan mereka;
• Masa perlu diperuntukan dalam jadual waktu
untuk perbincangan antara guru dengan murid /
penilaian kerja murid.
NORHANIZA TAHARUDDIN
HASIL KERJA
NORHANIZA TAHARUDDIN
• Pemerhatian hasil kerja adalah pencapaian kebolehan
dan kemahiranmurid yang diperlihatkan pada hasil
kerja.
• Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan
di dalam portfolio. Pemilihan hasil kerja hendaklah
dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid
termasuklah:
• Gambar atau lukisan
• Tulisan
• Binaan yang disempurnakan
• Cerita yang ditulis
• Buku skrap
NORHANIZA TAHARUDDIN
• Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja
murid yang telah dipilih setelah dianalisis &
dinilai.
• Biasanya ia menggambarkan tahap kebolehan
seperti sudah boleh membuat bulatan, sudah
boleh menulis huruf dan sebagainya.
• Pembinaan soalan objektif dan subjektif bagi
menentukan kualiti hasil kerja secara
keseluruhannya haruslah menitikberatkan aras
kesukaran berasaskan Taksonomy Bloom.
NORHANIZA TAHARUDDIN
• Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus
mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid
khususnya semasa pemilihan isi kandungan ,
penentuan kriteria pemilihan isi kandungan,
penentuan kriteria untuk menilai dan bukti
refleksi yang dibuat oleh murid.
• Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian
adalah gubahan, interprestasi, kemahiran,
fungsi, keaslian, kreativiti dan keemasan.
NORHANIZA TAHARUDDIN
• Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai
diperhatikan pada hasil kerja adalah:
 Kebersihan
 Keteraturan
 Keselamatan
 Ketekunan
 Bekerjasama
 Ketelitian dan
 Kesempurnaan
NORHANIZA TAHARUDDIN
Maklumat daripada hasil kerja murid ini:
• Bantu guru memahami murid dari segi perasaan,
sikap dan mengenalpasti kemajuan tahap
penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran
pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.
• Penilaian secara lisan seperti berinteraksi dengan
murid untuk mengetahui tahap pengusaan murid
terhadap aspek seni, bahasa seni dan kemahiran
berfikir murid.
• Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan
dan mengukur perkembangan dan pemahaman
murid dalam aspek pengetahuan serta merekod
proses dalam bentuk folio.
NORHANIZA TAHARUDDIN
RUJUKAN
Dr. Adenan Ayob, Mohd Rain Shaari, Tuan Jah Tuan Yusof, 2007,HBML2230 Pembestarian
Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu, Open Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.
Modul PSV 3113, Program Pensiswazahan Guru, 2012, Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Mazlan Othman,Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual,Oxford Fajar Sdn Bhd.
Nik Azis Nik Pa, 1999, Potensi Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka, Ampang, selangor.
Jeff Low,Panduan Pendidikan Seni Visual,Cerdik Publications Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan.
Keith Pigdon dan Marilyn Woolley,diterjemahkan oleh Mastuti Isa,Gambaran Keseluruhan
Menyepadukan Pembelajaran Kanak-Kanak,Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Prof. Dr. Abu Bakar Nordin, 1995, Penilaian Afektif, University Malaya, Masa Enterprise, Selangor.
Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail, 2009, HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan, Open University
Malaysia, Kuala Lumpur.
Sekian
Terima Kasih

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANNadirah Husna
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridHalimaton Sad'iah
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualfitri norlida
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikWany Hardy
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiNik Ibrahim Nik Mat
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 
Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAssgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAhmad NazRi
 
Penilaian berasaskan projek
Penilaian berasaskan projekPenilaian berasaskan projek
Penilaian berasaskan projekNorlina Rawina
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 

La actualidad más candente (20)

TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visual
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafikStrategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran grafik
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAssgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
 
Penilaian berasaskan projek
Penilaian berasaskan projekPenilaian berasaskan projek
Penilaian berasaskan projek
 
Kit pembelajaran sdp
Kit pembelajaran sdpKit pembelajaran sdp
Kit pembelajaran sdp
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
PENEROKAAN,
PENEROKAAN, PENEROKAAN,
PENEROKAAN,
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 

Similar a Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN

Unit 1.ppt
Unit 1.pptUnit 1.ppt
Unit 1.pptnarul456
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiHELMIZAM
 
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...farhi3364
 
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralKioshi Reizo
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxAzimahDollah2
 
Penilaian formatif
Penilaian formatifPenilaian formatif
Penilaian formatifsyidatomey
 
Kaedah dan teknik pendidikan jasmani pp
Kaedah dan teknik pendidikan jasmani ppKaedah dan teknik pendidikan jasmani pp
Kaedah dan teknik pendidikan jasmani ppPensil Dan Pemadam
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaiannsmm
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri Halim Saadan
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptxSandraAbdul1
 
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPM
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPMULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPM
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPMkamal sufiyan
 

Similar a Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN (20)

Unit 1.ppt
Unit 1.pptUnit 1.ppt
Unit 1.ppt
 
M3 JENIS PENTAKSIRAN.pptx
M3 JENIS PENTAKSIRAN.pptxM3 JENIS PENTAKSIRAN.pptx
M3 JENIS PENTAKSIRAN.pptx
 
Roslin
RoslinRoslin
Roslin
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
 
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...
Mengapakan model pengajaran Masteri dikatakan sesuai dalam pengajaran PSV. Bi...
 
Powerpoint proposal
Powerpoint proposalPowerpoint proposal
Powerpoint proposal
 
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
Perbentangan tesis valerie supang ray RESPON MURID TERHADAP PERLAKSANAAN AKTI...
 
Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
 
Pentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimenPentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimen
 
Topik 3 4
Topik 3 4Topik 3 4
Topik 3 4
 
Penilaian formatif
Penilaian formatifPenilaian formatif
Penilaian formatif
 
Penilaian formatif
Penilaian formatifPenilaian formatif
Penilaian formatif
 
Kaedah dan teknik pendidikan jasmani pp
Kaedah dan teknik pendidikan jasmani ppKaedah dan teknik pendidikan jasmani pp
Kaedah dan teknik pendidikan jasmani pp
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
 
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) TAHAP 1 2019.pptx
 
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPM
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPMULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPM
ULASAN VIDEO WEBINAR SPLKPM
 

Psv3113 bentuk bentuk pentaksiran by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN

  • 1. PSV 3113 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAJUK 3: BENTUK-BENTUK PENTAKSIRAN Disediakan Oleh: NORHANIZA BT. TAHARUDDIN GHAZALI B. CHE MUDA SALIENA BT. HARUN Pensyarah: EN. SYAMRUL NIZAM B. ABD MALEK
  • 2. Sk. Bukit Segumpal 740324-10-5612 Sk. Sekara 700703-03-5731 Sk. Chedong Jaya 681102-06-5128 PPG, UNIT PSV AMBILAN FEBRUARI 2012 Biodata ahli kumpulan
  • 3. PENDAHULUAN • Pengajaran dan Pembelajaran tidak akan dapat diketahui keberkesanannya sehinggalah murid-murid diuji tahap kefahaman mereka. • Pelbagai cara dan kaedah yang dapat menilai murid-murid dengan terperinci. • Beberapa kaedah dan cara yang dikemukakan melalui pembentangan tajuk ini diharap dapat membantu guru khasnya dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 4. Kupasan tajuk ini akan memperjelaskan tentang: PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF PEMERHATIAN PORTFOLIO HASIL KERJA NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 6. Penilaian Formatif Penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Ghazali Che Muda
  • 7. Penilaian ini dijalankan secara berterusan adalah bertujuan untuk memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran dengan kadar segera. Ghazali Che Muda
  • 8. Penilaian ini juga dapat menentukan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat itu mencapai objektif ataupun tidak. Ia juga dapat menentukan samada murid telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi atau rumit. Ghazali Che Muda
  • 9. Aktiviti penilaian boleh dijalankan secara formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran samada secara individu, kumpulan atau menyeluruh. Masa yang sesuai untuk membuat penilaian ialah semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan. Ghazali Che Muda
  • 10. Bentuk penilaian yang boleh dilakukan: 1. Ujian tidak formal - seperti pemerhatian dan soaljawab 2. Secara formal - seperti ujian bulanan melibatkan kertas pensel dalam masa yang singkat. Ghazali Che Muda
  • 11. Ciri-ciri Penilaian Formatif • Dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum. • Dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. • Bercorak ujian diagnostik, yang mana dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi pelajar dalam mengikuti pembelajaran. Ghazali Che Muda
  • 12. sambungan… • Dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. • Maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Ghazali Che Muda
  • 13. Tujuan Penilaian Formatif • Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. • Meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. • Memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan pelajar dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan baik. Ghazali Che Muda
  • 14. sambungan… • Menolong pelajar menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. • Mengubah suai pengajaran guru. • Guru dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Ghazali Che Muda
  • 15. sambungan… • Memberikan bimbingan pembelajaran kepada pelajar, menjadikan mereka sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran. Ghazali Che Muda
  • 16. Penilaian Sumatif Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal / akhir tahun ), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Ghazali Che Muda
  • 17. Ciri-ciri Penilaian Sumatif • Lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran. • Untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Ghazali Che Muda
  • 18. Tujuan Penilaian Sumatif • Membantu pelajar secara individu dalam meningkatkan pecapaian. • Memberi gred kepada pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. • Mengikhtiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. Ghazali Che Muda
  • 19. sambungan… • Dijadikan pertunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. • Memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan. Ghazali Che Muda
  • 20. Perbezaan Penilaian Formatif dan Sumatif Aspek Penilian Formatif Penilian Sumatif Konsep Mengesan penguasaan pelajar pada suatu hasil pembelajaran melalui pengujian yang dapat dibina dan ditadbir secara formal ataupun tidak formal. Mengesan pencapaian pelajar dalam tempoh tertentu persekolahan melalui pemgujian yang dijalankan secara formal. Waktu Penilaian Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pada pertengahan ataupun akhir penggal / semester persekolahan. Kaedah Formal : pensel, kertas Tidak formal : Pemerhatian, soal jawab, latihan. Penilainan dibuat secara individu ataupun berkumpulan. Dibuat secara formal: Ujian pensel dan kertas, lisan. Penilaian dijalankan secara berkumpulan. Selepas Penilaian dijalankan Menjalankan tindakan susulan ke atas pelajar. a. Aktiviti bimbingan bagi kemahiran yang belum kuasai. b. Aktiviti pengukuhan bagi kemahiran yang sudah mula dikuasai. c. Aktiviti penggayaan bagi memperkembangkan penguasaan kemahiran. Mengubahsuai proses P & P. Memperbaiki kurikulum sedia ada. Mengumpulkan pelajar mengikut tahap pemguasaan. Ghazali Che Muda
  • 21. PEMERHATIAN Pemerhatian ialah: Pengamatan kepada pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan murid. Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu tertentu bagi membantu guru mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan PnP. Dalam konteks pentaksiran – suatu kaedah sistematik untuk mengumpul data / maklumat & merekodnya dengan tepat. SALIENA HARUN
  • 22. PEMERHATIAN Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. SALIENA HARUN
  • 23. PEMERHATIAN Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu memerhati sampel- sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, seperti mengkaji perkembangan kemahiran pelajar. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan- perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. SALIENA HARUN
  • 24. FUNGSI KAEDAH PEMERHATIAN Guru dapat mengikuti perkembangan murid dalam PdP. Guru/murid dapat merancang tindakan susulan yang sesuai dalam PdP seterusnya Murid dapat melihat tahap pencapaian sendiri/rakan sebaya dalam PdP. Guru boleh membuat refleksi terhadap keberkesanannya sebagai guru. Membantu guru mengetahui minat murid terhadap pelajaran. Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan. SALIENA HARUN
  • 26. Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh) • Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. • Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. • Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video. SALIENA HARUN
  • 28. Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati) • Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. • Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati. SALIENA HARUN
  • 29. PERBEZAAN PEMERHATIAN BUKAN PESERTA PEMERHATIAN PESERTA Responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura- pura. Penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat- maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati diperingkat awal. SALIENA HARUN
  • 30. KELEBIHAN KAEDAH PEMERHATIAN • Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. • Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. • Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti. SALIENA HARUN
  • 31. KELEMAHAN KAEDAH PEMERHATIAN • Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. • Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. • Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. • Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai. SALIENA HARUN
  • 32. CARA MEMBUAT PEMERHATIAN 1. Pemerhatian secara langsung boleh dilakukan setiap masa dengan meneliti segala perlakuan dan kejadian dalam situasi yang dikaji. 2. Teknik ini tidak memerlukan apa-apa perlatan khas melainkan pen dan kertas saja. Guru/ pensyarah penyelidik perlu membuat beberapa pertimbangan sebelum melakukan permerhatian SALIENA HARUN
  • 33. Penggunaan Alat Perakam • Pengunaan perakam audio dapat membantu merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan sasaran. • Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar dapat dirakamkan dengan tepat. • Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman audio melalui proses tiga fasa berikut: - dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk mendapat gambaran umum, - dengar semula untuk mencari data-data penting - dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang data-data penting SALIENA HARUN
  • 34. Gambar foto • Gambar foto merupakan suatu media yang amat berkesan untuk merekodkan perlakuan atau keadaan fizikal secara holistik. • Foto juga dapat menonjolkan “body language” terbayang oleh sasaran dikaji tetapi terabai oleh pemerhati kerana pada ketika itu dianggap sebagai tidak signifikan. SALIENA HARUN
  • 36. Rakaman video • Rakaman video melanjutkan kelebihan foto dan rakaman audio dengan menunjukkan juga pergerakan sasaran dikaji serta turutan dan tempoh masa peristiwa. SALIENA HARUN
  • 37. REKOD PROFIL MURID SOAL SELIDIK BORANG KEMAJUAN DIRI SENARAI SEMAK TEMU BUAL REKOD ANEKDOT PEMERHATIAN SALIENA HARUN
  • 38. Aspek yang diperhatikan menyeluruh dan meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Dilaksanakan menggunakan instrumen: 1. Rekod anekdot 2. Temu bual 3. Senarai semak 4. Borang kemajuan diri 5. Soal selidik 6. Rekod profil murid SALIENA HARUN
  • 39. Membantu guru mengetahui minat murid terhadap pelajaran. Mengesan kemampuan/tahap kognitif murid. Mengesan tahap penguasaan bahasa murid. Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan. SALIENA HARUN
  • 40. REKOD ANEKDOT Rekod Anekdot ialah: Catatan ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa/tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Maklumat dalam rekod: 1. Nama murid 2. Tarikh 3. Masa 4. Tempat 5. Peristiwa yang berlaku 6. Ulasan guru 7. Cadangan/tindakan guru SALIENA HARUN
  • 41. Pertimbangan menulis Rekod Anekdot ialah: Membuat pemerhatian peristiwa yang berlaku Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan Menulis maklumat selepas peristiwa Menulis apa yang dilihat secara objektif SALIENA HARUN
  • 42. Panduan Merekod Rekod Anekdot ialah: Membuat cacatan dalam buku nota Merekod hasil pemerhatian Mencatat tingkah laku/apa yang diperkatakan murid Mencatat respon orang lain yang ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan Mencatat peristiwa mengikut urutan Merekod maklumat berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan kanak-kanak SALIENA HARUN
  • 43. TEMU BUAL Temu Bual ialah:  Tidak berstruktur – tidak berpandukan kepada skrip. Fleksibel dan meluas  Berstruktur – berdasarkan kepada skrip tertentu, mirip soalselidik  Separa-berstruktur – berpandukan kepada skrip tetapi idea/isu menarik boleh dibincang lebih dalam SALIENA HARUN
  • 44. Jenis Soalan Temu Bual ialah: Dua jenis soalan: 1. soalan tertutup – format jawapan yang telah ditentukan, sepert. “ya” atau “tidak” 2. soalan terbuka – tidak mepunyai format tertentu  Soalan tertutup adalah lebih cepat dan mudah untuk dianalisa SALIENA HARUN
  • 45. SENARAI SEMAK Senarai Semak ialah: Senarai item untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item: 1. Tingkah laku/ciri yang ada atau dapat diperhatikan 2. Perlakuan yang telah dilakukan 3. Kekerapan tingkah laku SALIENA HARUN
  • 46. Prosedur Senarai Semak ialah: Menyediakan senarai semak lebih awal sebelum pemerhatian Menyatakan tingkah laku yang diperhatikan dengan ringkas dan jelas Menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi Menyatakan kemahiran penting sahaja Menyusun item mengikut peningkatan Melakukan pemerhatian beberapa kali untuk mendapatkan maklumat/amalan yang tepat/kekal Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran/tingkah laku murid SALIENA HARUN
  • 48. BORANG KEMAJUAN DIRI Borang Kemajuan Diri ialah:  Rumusan yang dibuat oleh guru hasil daripada maklumat yang dikumpul dan dianalisis mengenai perkembangan diri murid secara menyeluruh dan spesifik  Ulasan yang dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar diri murid SALIENA HARUN
  • 49. Komponen Borang Kemajuan Diri ialah:  Perkembangan bahasa dan komunikasi  Perkembangan kognitif  Perkembangan kerohanian dan moral  Perkembangan sosioemosi  Perkembangan fizikal  Perkembangan kreativiti dan estetika SALIENA HARUN
  • 52. SOAL SELIDIK Soal Selidik ialah: Soalan boleh ‘terbuka’ atau ‘tertutup’ Soalan ‘tertutup’ paling mudah dianalisa, dan boleh dilakukan secara berkomputer Boleh diberikan kepada suatu populasi yang besar Media penyebaran – kertas, email dan laman web SALIENA HARUN
  • 53. REKOD PROFIL MURID Rekod Profil Murid ialah:  Rekod yang mengandungi maklumat diri murid, maklumat keluarga murid dan maklumat fizikal murid serta kecemasan sila hubungi.  Tujuannya adalah untuk bahan rujukan guru supaya dapat mengambul tindakan sewajarnya SALIENA HARUN
  • 56. PENGENALAN • Portfolio menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) ialah satu koleksi yang mengandungi pelbagai resos dan bahan-bahan yang releven dengan hasil pembelajaran murid dalam sesuatu matapelajaran. • Portfolio merupakan dokumen berstruktur yang dibina melalui perancangan, pelaksanaan serta penilaian yang teliti dan holistik. • Menggalakkan pembelajaran interaktif melalui bantuan semua pihak. • Mengandungi maklumat yang disusun mengikut urutan. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 57. • Portfolio juga merupakan tugasan yang menggunakan satu folder atau fail atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan kutipan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh tertentu berasaskan tujuan yang jelas / spesifik • Bagi menggambarkan / menjelaskan / menerangkan daya usaha, kemajuan atau pencapaian sipenyedianya dalam bidang tertentu. • Berfokus kepada proses bukan hasil. • Pemantauan melalui peta perkembangan. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 58. JENIS PORTFOLIO Dua jenis portfolio diperlukan: • Portfolio guru mengandungi semua arahan dan kriteria pentaksiran serta rubrik berkaitan tugasan yang diberikan kepada murid. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 59. • Portfolio murid mengandungi setiap eviden yang digunakan untuk mendapatkan I. Portfolio kerja harian dimana bahan dikumpul untuk tugasan dalam masa terentu. II. Portfolio hasil kerja terbaik daripada daripada hasil kerja harian. III. Portfolio dokumentari hasil tugasan yang dijalankan semasa mengumpul bahan dalam jangka masa tertentu. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 60. MATLAMAT • Melahirkan “independent learners” yang sentiasa berusaha memperbaiki pembelajaran & prestasi diri sendiri secara menyeluruh, melalui penilaian berterusan (proses), penaksiran kendiri, dan renungan kendiri. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 61. TUJUAN PORTFOLIO Membolehkan pelajar: • Mengawal, mengesan dan mengikuti perkembangan / kemajuan mereka sendiri bagi satu tempoh yg telah ditetapkan. • Mengolah dan mengenal kekuatan dan kelemahan diri mereka sendiri dan berusaha meningkatkan kemahiran bagi mengatasi kelemahan (formatif & diagnostik). • Memberi ruang refleksi dan penilaian kendiri. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 62. Membolehkan guru: • Mengintegrasikan proses pengajaran dan membolehkan penilaian secara holistik dilakukan. • Memperkembangkan & mengukuhkan penilaian kendiri & kemahiran refleksi di kalangan pelajar. • Memantau perkembangan. • Memainkan peranan sebagai pendorong atau fasilitator dalam membantu pelajar meningkatkan aspek kognitif dan sahsiah mereka. • Menilai bidang afektif seperti kelakuan, inisiatif kerjasama serta komitmen. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 63. KANDUNGAN PORTFOLIO • Guru seharusnya melibatkan pelajar dalam menentukan garis panduan bagi pemilihan kandungan portfolio, kriteria untuk pentaksiran dan bukti-bukti tentang renungan kendiri (self-reflection) pelajar. • Pelbagai jenis bahan boleh terkandung di dalam portfolio bergantung kepada tujuan portfolio itu diwujudkan. • Seterusnya dapat menggambarkan perkembangan pelajar berkenaan bagi satu tempoh yang telah ditetapkan. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 64. Sebuah Portfolio yang lengkap terdiri daripada bahan-bahan berikut: Nota-nota yang disediakan oleh guru Senarai semak yang disediakan oleh guru Refleksi kendiri murid Buku log Buku jurnal Gambar dan foto NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 65. Contoh Bahan-Bahan yang Boleh Dimasukkan Ke Dalam Portfolio: SAMPEL SURAT MENYURAT SAMPEL RENCANA/ ESEI REKOD ANEKDOT PETA / CARTA/ GAMBARAJAH PELAPORAN JURNAL EKSPERIMEN SAJAK / SYAIR/ PANTUN/ GURINDAM SKRIP-SKRIP JAWAPAN KEPADA UJIAN MODEL VIDEO/ TAPE LUKISAN PROJEK SEBARANG BAHAN YANG SESUAI NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 66. PERANCANGAN PORTFOLIO • Guru haruslah terlebih dahulu memberi penerangan tentang matlamat penyediaan portfolio kepada setiap pelajar ia berkaitan: 1. Tujuan mengadakan portfolio 2. Kandungan yang diharapkan 3. Kriteria penaksiran yang akan digunakan 4. Senarai artifak/bahan NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 67. Langkah-Langkah Penyediaan Portfolio 1. Tentukan tujuan mengadakan pentaksiran portfolio. 2. Nyatakan kandungan dan kemahiran yang akan ditaksir atau diberi perhatian. 3. Tentukan sasaran yang akan dinilai dan peringkatnya; 4. Nyatakan bahan-bahan yang perlu dikutip. 5. Tetapkan kaedah pengumpulan bahan dalam portfolio, masa dan tempoh bagi sesuatu aktiviti itu dijalankan. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 68. 6. Perjelaskan kaedah penggredan yang akan digunakan untuk mentaksir tugasan portfolio pelajar. 7. Tetapkan tarikh untuk menerangkan keputusan atau pencapaian pelajar dalam satu-satu tugasan portfolio mereka. 8. Pastikan pelajar terlibat sama dalam penyediaan sistem ini. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 69. PENTAKSIRAN PORTFOLIO Penjelasan mengenai pentaksiran portfolio: • Satu penaksiran pembelajaran. • Bagi mengenalpasti perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seorang pelajar. • Melalui bukti-bukti yang dikumpulkan dalam folder. • Berdasarkan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 70. PENGGREDAN PORTFOLIO Terdapat 2 aspek portfolio yang perlu dinilai: a) Setiap hasil kerja yang dimasukkan dalam portfolio merupakan penilaian berbentuk formatif dan dibuat secara analitik. b) Keseluruhan hasil portfolio merupakan penilaian berbentuk sumatif dan dibuat secara holistik. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 71. Terdapat empat perkara utama dalam penilaian portfolio: Pemilihan Bahan Pengskoran Kesahan Keberkesanan NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 72. • Dalam pentaksiran portfolio, masa, sumber kewangan dan latihan murid dan guru mesti diambil kira dalam membuat pemilihan bahan dan pembentangan kepada kelas. Ini mempengaruhi kualiti persembahan mereka; • Masa perlu diperuntukan dalam jadual waktu untuk perbincangan antara guru dengan murid / penilaian kerja murid. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 74. • Pemerhatian hasil kerja adalah pencapaian kebolehan dan kemahiranmurid yang diperlihatkan pada hasil kerja. • Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam portfolio. Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid termasuklah: • Gambar atau lukisan • Tulisan • Binaan yang disempurnakan • Cerita yang ditulis • Buku skrap NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 75. • Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah dianalisis & dinilai. • Biasanya ia menggambarkan tahap kebolehan seperti sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf dan sebagainya. • Pembinaan soalan objektif dan subjektif bagi menentukan kualiti hasil kerja secara keseluruhannya haruslah menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taksonomy Bloom. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 76. • Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan , penentuan kriteria pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi yang dibuat oleh murid. • Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interprestasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan keemasan. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 77. • Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan pada hasil kerja adalah:  Kebersihan  Keteraturan  Keselamatan  Ketekunan  Bekerjasama  Ketelitian dan  Kesempurnaan NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 78. Maklumat daripada hasil kerja murid ini: • Bantu guru memahami murid dari segi perasaan, sikap dan mengenalpasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni. • Penilaian secara lisan seperti berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap pengusaan murid terhadap aspek seni, bahasa seni dan kemahiran berfikir murid. • Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. NORHANIZA TAHARUDDIN
  • 79. RUJUKAN Dr. Adenan Ayob, Mohd Rain Shaari, Tuan Jah Tuan Yusof, 2007,HBML2230 Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu, Open Universiti Malaysia, Kuala Lumpur. Modul PSV 3113, Program Pensiswazahan Guru, 2012, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mazlan Othman,Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual,Oxford Fajar Sdn Bhd. Nik Azis Nik Pa, 1999, Potensi Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka, Ampang, selangor. Jeff Low,Panduan Pendidikan Seni Visual,Cerdik Publications Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Keith Pigdon dan Marilyn Woolley,diterjemahkan oleh Mastuti Isa,Gambaran Keseluruhan Menyepadukan Pembelajaran Kanak-Kanak,Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Prof. Dr. Abu Bakar Nordin, 1995, Penilaian Afektif, University Malaya, Masa Enterprise, Selangor. Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail, 2009, HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.