SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 47
Descargar para leer sin conexión
Draf
Membudayakan Kemahiran Berfikir
Kementerian Pelajaran Malaysia
Mei 2012
PROGRAM
Draf
1
Cetakan Pertama 2012
© Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia 2012
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan
buku ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain cara sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Draf
2
Kandungan Muka Surat
Pendahuluan 3
Objektif Buku 4
Bagaimana Hendak Menggunakan Buku Ini 4
Bahagian 1 : Kemahiran Berfikir 5
Bahagian 2 : Peta Pemikiran 8
Bahagian 3: Pembudayaan Program i-THINK 25
Bahagian 4: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 38
Bahagian 5: Fakta dan Mitos 39
Panel Penggubal 45
Rujukan 46
Draf
3
PENDAHULUAN
Pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) tahun 2007
adalah pada tahap 20 bagi Matematik dan 21 bagi Sains dalam kalangan 49 negara.
Manakala laporan Program for International Student Assessment(PISA) tahun 2009
menunjukkan prestasi Malaysia berada dalam kedudukan 57 bagi Matematik, 55 bagi Sains
dan 52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negara.
Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel
Education (UK) dan 21 Centruy Schools (USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011
mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat
rendah.
Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) telah mula diperkenalkan pada tahun
1994. Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walau bagaimanapun,
dapatan menunjukkan guru kurang kemahiran aras tinggi di dalam pengajran dan
pembelajaran mereka. Pengajaran guru banyak berpusatkan guru dan menjuruskan
persediaan peperikasaan.
Dengan itu dapatan ini memberi kesan kepada usaha KPM untuk menghasilkan modal insan
yang keratif dan berinovatif serta dapat menghadapi cabaran kemahiran abad ke-21 yang
memerlukan seseorang yang berkebolehan berfikiran aras tinggi.
Pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan
Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan
program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan
dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan
melaksanakan program ini pada tahun 2014.
Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan
pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi.
Sekolah rintis yang terlibat adalah seperti di berikut:
Bil. Sekolah Negeri
1 SK Kiara Mas Kuala Lumpur
2 SJKT Port Dickson Negeri Sembilan
3 SJKC Wen Hua Melaka
4 SK Paya Pulai Pahang
5 SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed Kuching
6 SK Pusat Bukit Besar Terengganu
7 SMK Kota Marudu, Kota Marudu Sabah
8 SMK Convent Muar Muar
9 SMK Tun Hussein Onn Pulau Pinang
10 SMK Gaal Kelantan
Draf
4
OBJEKTIF
Buku ini bertujuan memberi penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir dalam
kalangan guru dan murid di sekolah. Budaya berfikir berlaku apabila guru dan murid
mengamalkan penggunaan alat berfikir semasa pembelajaran dan pengajaran.
BAGAIMANA MENGGUNAKAN BUKU INI?
Buku ini terdiri daripada empat bahagian.
Bahagian 1
Bahagian ini memberi gambaran secara jelas tentang Kemahiran Berfikir agar dapat
membantu guru dan murid untuk memahami secara mendalam tentang program i-THINK.
Bahagian 2
Bahagian ini memperkenalkan lapan peta pemikiran yang digunakan dalam program i-
THINK. Setiap peta disertakan dengan proses pemikiran, langkah penggunaannya, kata
kunci dan dua contoh hasil kerja murid dari sekolah rintis.
Bahagian 3
Bahagian ini menerangkan pembudayaan program i-THINK dalam kalangan guru dan murid.
Sokongan dan peranan pentadbir juga dihuraikan.
Bahagian 4
Bahagian ini menjelaskan fakta dan mitos perihal pengenalan dan pembudayaan program i-
THINK di sekolah.
Bahagian 5
Bahagian ini memberitahu sedikit sebanyak cara mengajar kemahiran berfikir aras tinggi dan
penggunaan Taksonomi Bloom. Contoh ringkas penyoalan mengikut Taksonomi Bloom dan
tips penyoalan berkesan juga dipaprkan.
Draf
5
BAHAGIAN 1
KEMAHIRAN BERFIKIR
Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir? Kemahiran berfikir boleh
didefinasikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea-idea yang bernas,
membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan
kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses
berfikir yang lebih tinggi. Kemahiran menaakul membantu dalam membuat
pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama (PPK, 1999) rajah 1.
Rajah 1: Model KBSB dalam Sains
Draf
6
Bagaimana Hendak Membudayakan Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Murid?
Aspek-aspek untuk membudayakan kemahiran berfikir:
i. Kesediaan dan kebolehan murid
Murid akan bersedia untuk berfikir dan memberikan idea apabila diberikan rangsangan
untuk berfikir. Dengan menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda dan 6
Thinking Hats.dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakan murid untuk berfikir
dan membuat penaakluan
ii. Teknik Penyoalan
Kemahiran menyoal dengan menggunakan Taxonomi Bloom dapat membantu anda
mencipta soalan yang meransang pemikiran dari aras rendah ke tinggi. Kemukakan soalan
yang mudah difahami, bertumpu, bercapah dan meliputi pelbagai aras kognitif. Soalan yang
bersesuaian dengan aras murid akan mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid.
Banyakkan aktiviti pembelajaran yang memerlukan murid menyoal bukan guru.
iii. Aktiviti Kelas
Banyakkan aktiviti kelas yang berpusatkan murid di mana murid dapat berinteraksi secara
aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid
dengan bahan. Aktiviti kelas boleh dijalankan dalam bentuk individu, berpasangan atau
berkumpulan. Galakkan murid membuat pembentangan dalam kumpulan supaya
mewujudkan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti murid terhadap hasil kerja mereka. Murid
akan terlibat secara aktif apabila diberi peluang untuk berkongsi idea dan rumusan hasil
sesuatu proses pemikiran. Gunakan dua waktu untuk aktiviti berkumpulan atau
berpasangan. Galakkan murid membuat projek.
Draf
7
Adakah satu alat sesuai untuk menyelesaikan pelbagai masalah?
Setiap masalah memerlukan alat yang bersesuaian untuk mengatasinya. Sama juga di
dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang berlainan
untuk suaikan dengan tajuk dan tahap murid. Terdapat banyak alat berfikir yang boleh di
gunakan antaranya:
1. Edward De Bono 6 Thinking Hats
2. Peta Minda (Tony Buzan)
3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa)
4. Analisis Swot
5. Carta T
6. Carta Y
7. Diagram Lotus
8. Peta Pemikiran
Draf
8
BAHAGIAN 2
APA ITU PETA PEMIKIRAN?
Di dalam program peta pemikiran diperkenalkan dimana peta ini
mengandungi 8 peta pemikiran. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang
disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.
Peta
Pemikiran
Corak
visual
Kombinasi secara
kompleks dan
mendalam
Berdasarkan
8 kemahiran
kognitif
Digunakan
oleh semua
guru
Diaplikasi
dalam
semua
bidang
Draf
9
LAPAN PETA PEMIKIRAN
1. Peta Bulatan
Langkah Membina Peta Bulatan
1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan di dalamnya.
3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik
tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau
sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik?
2. Bagaimana anda tahu tentang ................... ?
3. Adakah anda tahu bahawa ...........................?
4. Bagaimana mendefinisikan/memperkenalkan idea/topik ini?
5. Apakah yang anda terfikir tentang .......................?
PETA BULATAN
(CIRCLE MAP)
Proses Pemikiran:
MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKS
(DEFINING IN CONTEXT)
FAEDAH PENGGUNAAN
PETA BULATAN
 Meningkatkan kosa kata
 Sumbangsaran idea dalam
penulisan
 Menguji pengetahuan sedia ada
murid
 Menguji pemahaman murid
selepas pdp
KATA KUNCI
 Konteks/senaraikan
 Jelaskan
 Tuliskan semua yang anda tahu
.....
 Sumbangsaran
 Kenalpasti
 Kaitkan dengan pengetahuan
sedia ada
 Meneroka makna/maklumat
Draf
10
Contoh Hasil Kerja Murid
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Bahasa Malaysia
Draf
11
2. Peta Buih
Langkah Membina Peta Buih
1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.
2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilinya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat yang
mewakili topik tersebut.
3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.
4. Senaraikan seberapa banyak kata adjektif barkaitan sama ada positif / negatif dan warna
yang berbeza boleh digunakan.
5. Cadangan topik – diri saya
6. Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas
Soalan-soalan Berkaitan
1. Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea, konsep,
gambar,...?
2. Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini?
3. Apakah sifat bagi konsep/nombor ini?
4. Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?
PETA BUIH
(BUBBLE MAP)
Proses Pemikiran:
MENERANGKAN MENGGUNAKAN KATA SIFAT
(DESCRIBING QUALITIES)
PENGGUNAAN PETA BUIH
 Sifat manusia
 Membezakan fakta dan
pendapat
KATA KUNCI
 Terangkan
 Jelaskan
 Gunakan 5 pancaindera untuk
menerangkan .......
 Kualiti
 Sifat
 Ciri-ciri
Draf
12
Contoh Hasil Kerja Murid
Pendidikan Moral
Bahasa Inggeris
Draf
13
3. Peta Buih Berganda
Langkah Membina Peta Buih Berganda
1. Digunakan untuk membanding beza sesuatu benda/idea.
2. Lukiskan 2 bulatan di bahagian tengah untuk menulis 2 topik (objek/idea) yang ingin
dibandingkan.
3. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
4. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama.
5. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
6. Bagi bulatan yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik
untuk mewakili persamaan.
7. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan yang hanya bersambung dengan 1 topik
sahaja.
8. Cadangan topik – Diri saya dan rakan karib.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah persamaan dan perbezaan antara 2 topik ini?
2. Bagaimanakah kita dapat membanding beza kedua-duanya?
3. Persamaan yang manakah paling ketara?
PETA BUIH BERGANDA
(DOUBLE BUBBLE MAP) Proses Pemikiran:
MEMBANDING BEZA
(COMPARING & CONTRASTING)
PENGGUNAAN PETA BUIH
BERGANDA
 Membandig beza ciri-ciri
bentuk 2D dan 3D
 Membandingkan sifat manusia
 Membandingkan 2 idea
KATA KUNCI
 Bandingkan
 Bezakan
 Persamaan
 Bezakan antara ..... dengan .....
 Perbezaan
Draf
14
B.MALAYSIA
Contoh Hasil Kerja Murid
Matematik
Pendidikan Muzik
Draf
15
4. Peta Pokok
Langkah Membina Peta Pokok
1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengkelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Bagaimana anda mengasingkan semua maklumat yang telah dikumpulkan?
2. Bolehkan anda mengasigkan/mengkelaskan objek-objek ini mengikut kumpulannya?
3. Apakah idea/penjelasan yang menerangkan/menyokong idea utama ini?
4. Apakah contoh bagi setiap ketagori ini?
5. Adakah item ini sesuai untuk ditulis dalam beberapa kategori yang telah dipilih?
6. Adakah cara yang lebih baik untuk mengkelaskan bahan/alatan ini?
PETA POKOK
(TREE MAP)
Proses Pemikiran:
MEMBUAT PENGKELASAN
(CLASSIFYING)
PENGGUNAAN PETA POKOK
 Mengkelaskan kumpulan
haiwan
 Mengkelaskan jenis alatan
muzik
 Mengkelaskan elemen penting
cerita
 Mengkategorikan kosa kata
KATA KUNCI
 Kelaskan
 Asingkan
 Kategorikan
 Kenalpasti antara idea utama
dan penjelasannya
Draf
16
Contoh Hasil Kerja Murid
Bahasa Arab
Bahasa Inggeris
Draf
17
5. Peta Dakap
Langkah Membina Peta Dakap
1. Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal.
2. Tuliskan objek yang ingin dipecahkan dan gariskannya.
3. Tuliskan bahagian/pecahan utama.
4. Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
5. Lukiskan ( { ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah nama objek ini?
2. Apakah bahagian/komponen utama objek ini?
3. Apakah komponen yang lebih kecil?
4. Adakah bahagian/komponen ini merupakan sebahagian daripada .....?
5. Bahagian/komponen manakah yang telah hilang/tiada dalam gambarajah ini?
PETA DAKAP
(BRACE MAP)
Proses Pemikiran:
SEBAHAGIAN DARIPADA KESELURUHAN
(WHOLE – PARTS RELATIONSHIP)
PENGGUNAAN PETA DAKAP
 Matematik (nilai tempat
nombor)
 Komponen alatan muzik
 Analisa struktur objek
KATA KUNCI
 Sebahagian daripada .....
 Tunjukkan struktur .....
 Ambil sebahagian daripada .....
 Kenalpasti struktur
 Komponen fizikal
 Anatomi
Draf
18
Contoh Hasil Kerja Murid
Bahasa Arab
Matematik
Draf
19
6. Peta Alir
Langkah Membina Peta Alir
1. Tuliskan tajuk ( nama acara/langkah)
2. Lukiskan sebuah segiempat tepat di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah
pertama untuk menghasilkan/membina/membuat ….
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan segiempat tepat yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan carta aliran bermula dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya.
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan petak kecil di bawah langkah
utama berkenaan.
8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah nama bagi acara/peristiwa ini?
2. Apakah langkah/peringkat bagi setiap peristiwa?
3. Adakah terdapat penjelasan lanjut bagi langkah tertentu?
4. Apakah langkah pertama yang perlu ditulis sebelum dan selepas peringkat yang sedang
dibincang?
5. Apa yang berlaku selepas itu?
6. Bagaimanakah aturan yang terbaik untuk menyusun peristiwa ini?
PETA ALIR
(FLOW MAP)
Proses Pemikiran:
URUTAN
(SEQUENCING)
PENGGUNAAN PETA ALIR
 Sains ( Proses dan kitar
hidupan)
 Penyelesaian masalah
 Peristiwa sejarah dan garis
masa
 Proses menanam sayuran (KH)
KATA KUNCI
 Susunkan mengikut aturan yang betul
 Ceritakan / kira semula
 Kitaran
 Tunjukkan proses
 Selesaikan masalah .....
 Mengkaji corak (trend)
Draf
20
Contoh Hasil Kerja Murid
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Sains
Draf
21
7. Peta Pelbagai Alir
Langkah Membina Peta Pelbagai Alir
1. Digunakan untuk menggambarkan/mengillustrasikan analisa sebab dan akibat.
2. Lukiskan rajah segiempat tepat di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam petak
berasingan.
4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa akibat daripada peristiwa tersebut dalam petak di sebelah kanan
peristiwa.
6. Sambungkan peristiwa dan akibat dengan anak panah mengarah ke kanan.
7. Cadangan Topik – Jika saya berjaya dalam peperiksaan.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah sebab dan akibat peristiwa ini?
2. Mengapakah peristiwa ini berlaku? (cause)
3. Apakah akibat daripada berlakunya peristiwa itu?
4. Apakah kesan daripada peristiwa ini?
5. Apakah pengajaran disebalik peristiwa ini?
6. Apakah yang akan berlaku jika .................. berlaku?
PETA PELBAGAI ALIR
(MULTI – FLOW MAP)
Proses Pemikiran:
SEBAB DAN AKIBAT
(ANALYZING CAUSE & EFFECT)
PENGGUNAAN
PELBAGAI PETA ALIR
 Analisa sejarah
 Membaca dan meramalkan
kejadian
 Pengurusan sikap
KATA KUNCI
 Sebab dan akibat
 Bincangkan akibatnya/pengajaran
 Apakah yang akan berlaku sekiranya
............. ?
 Jika ................... maka ...............
 Terangkan perubahan .......................
 Kenalpasti pengajarannya
 Kenalpasti keputusan daripada ........
 Apa yang berlaku jika .......
Draf
22
Contoh Hasil Kerja Murid
Bahasa Inggeris
Sains
Draf
23
8. Peta Titi
Langkah Membina Peta Titi
1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor berkaitan (relating factor) di bahagian kiri.
2. Faktor berkaitan (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi.
3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang
berkaitan.
4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.
5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh titi ( ).
6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat.
7. Cadangan topik – kaitkan warna dan buah-buahan.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah faktor berkaitan antara dua contoh ini?
2. Bagaimana kedua-dua perkataan ini dapat dikaitkan?
3. Apakah ayat yang dapat dibina dengan dua perkataan ini?
4. Adakah perkaitannya sama bagi semua contoh yang ditunjukkan?
5. Apakah pasangan lain yang mempunyai perkaitan yang sama?
RF
as as as
PETA TITI
(BRIDGE MAP)
Proses Pemikiran:
ANALOGI (HUBUNGAN YANG SAMA,
MENCARI FAKTOR PENGHUBUNGAN
(SEEING ANALOGIES)
PENGGUNAAN PETA TITI
 Konsep Sains
 Peristiwa sejarah
 Perkaitan matematik
KATA KUNCI
 Kenalpasti perkaitan
 Meneka peraturan
 Simbol
 Analogi
 Kesetaraan
Relating factor = RF
Draf
24
Contoh Hasil Kerja Murid
Bahasa Malaysia
Draf
25
BAHAGIAN 3
PEMBUDAYAAN PROGRAM i-THINK
DALAM KALANGAN PENTADBIR, GURU DAN MURID DI SEKOLAH
A. PERANAN PENTADBIR
Dalam membudayakan program i-THINK di sekolah, pihak pentadbir harus mengambil kira
elemen-elemen yang dicadangkan.
Pembudayaan Program i-THINK di Sekolah
Pengalaman
Sedia Ada
Kestrel
Education IAB
Pentadbir
sekolah
Penilaian
Berterusan
Peranan
Pentadbir
sekolah
Pengurusan
pentadbiran
sekolah
Latihan
Perancangan
dan
Pelaksanaan
Program
Promosi
Kolaborasi dan
rangkaian
jaringan
Hasil yang
diharapkan
Draf
26
3.1 Pengurusan Pentadbiran Sekolah
Peranan pentadbir adalah sangat signifikan dalam menyokong sepenuhnya program
i-THINK di sekolah. Oleh itu pentadbir perlu memahami konsep program i-THINK.
Konsep program i-THINK mengambi lkira elemen-elemen seperti yang dinyatakan di
bawah.
Konsep Program i-THINK
Mentransformasikan
pendidikan
Membentuk
kepakaran
Menggunakan
peta pemikiran
Pembangunan
kolaboratif
Membentuk
organisasi
pembelajaran
Menjana pemikiran
Konsep
i-THINK
A Language
For Learning
Pengalaman
Sedia Ada
Konsep
program
i-THINK
Draf
27
Sebagai langkah awal, pentadbir sekolah perlu menubuhkan pasukan pemandu i-THINK di
sekolah masing-masing.
Jawatankuasa i-THINK di sekolah (UMUM)
Contoh Jawatankuasa i-THINK Sekolah*
*Pihak sekolah boleh membuat penambahan jumlah AJK Pemandu di sekolah.
Penasihat
(Guru Besar/Pengetua)
Pasukan Pemandu 1
(Guru 1)
Penyelaras
(Ketua i-THINK)
Pasukan Pemandu 3
(Guru 3)
Pasukan Pemandu 2
(Guru 2)
Penasihat
(Guru Besar/Pengetua)
GPK KokurikulumGPK HEMGPK Pentadbiran
(Kurikulum)
Penyelaras
(Ketua i-Think)
Pasukan Pemandu 1
(Guru 1)
Pasukan Pemandu 2
(Guru 2)
Pasukan Pemandu 3
(Guru 3)
Draf
28
3.2 Latihan
Bagi membudayakan kemahiran berfikir melalui program i-THINK, pasukan pemandu perlu
mengadakan latihan kepada semua warga sekolah.
Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program i-THINK, latihan secara berterusan
perlu diadakan. Latihan ini meliputi:
 Kursus dalaman
Pasukan pemandu sekolah yang telah menghadiri kursus perlu mengadakan kursus
dalaman kepada guru lain di sekolah masing-masing.
 Induksi berstruktur
Pendedahan program ini perlu diberikan kepada guru baharu / guru novice, guru ganti
dan guru pelatih secara berperingkat melalui modul, interaksi secara bersemuka dan
pendekatan peer coaching mengikut keperluan.
 Bimbingan coaching dan mentoring (daripada pasukan pemandu sekolah/JUK i-THINK)
Pasukan pemandu / JUK i-THINK perlu sentiasa memberi bimbingan coaching dan
mentoring kepada guru-guru yang kurang memahami atau memerlukan bimbingan
tentang penggunaan peta pemikiran.
Draf
29
3.3 Perancangan Dan Pelaksanaan Program
Cadangan perancangan dan pelaksanaan program i-THINK di sekolah adalah seperti di
bawah. Walau bagaimanapun, pihak pentadbir boleh membuat penyesuaian mengikut
keadaan sekolah masing-masing.
Contoh Kursus Dalaman:
Kursus Pasukan
Pemandu Sekolah i-THINK
(dilatih oleh JUK)
Kursus Dalaman
Kepada Guru-guru
Sekolah
Kursus i-THINK kepada guru
baru/guru ganti/guru pelatih
Kursus pengukuhan
program i-THINK
Pelaksanaan Program
i-THINK di sekolah
Laporan dan Penilaian
Program i-THINK
Pemantauan
Berkala Program i-THINK
Pelaksanaan
Program i-THINK
Berterusan
KPM, JPN, PPD, Pentadbir
sekolah
Memperkenalkan peta
pemikiran kepada murid
Draf
30
Cadangan Pengenalan Penggunaan Peta Pemikiran di Sekolah
PROGRAM i-THINK
PELAN PELAKSANAAN
Minggu 1
Peta Bulatan
Minggu 2
Peta Buih
Minggu 3
Peta Alir
Minggu 4
Peta Titi
Minggu 5
Peta Dakap
Minggu 6
Peta Pokok
Minggu 7
Peta Pelbagai
Alir
Minggu 8
Peta Buih
Berganda
Minggu 9 dan
seterusnya
Aplikasi Peta
Pemikiran dalam pdp
Dalam proses pdp, pentadbir perlu memastikan:
 guru menerapkan proses kemahiran berfikir kepada murid melalui peta pemikiran.
 guru memeriksa dan menilai setiap hasil kerja murid
 hasil kerja murid dipamerkan di sudut i-THINK dalam kelas dan di sekeliling kawasan
sekolah
 murid menggunakan peta pemikiran dalam pembelajaran mereka.
 rakan pembimbing dibentuk dalam kalangan murid
 guru menggunakan peta pemikiran atau alat berfikir yang sesuai semasa pdp.
Draf
31
3.4 Penilaian Berterusan
Dalam pelaksanaan penilaian berterusan di sekolah, pentadbir juga perlu:
 membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap penggunaan peta pemikiran dalam
pdp guru berpandukan Instrumen SKPM 2010.
 menggalakkan guru dan murid mengamalkan penilaian kendiri secara terarah (self-
directed reflection) melalui refleksi kendiri.
 memastikan guru memeriksa dan memberi komen terhadap hasil kerja murid serta
menyimpan hasil kerja mereka secara sistematik mengikut mata pelajaran.
 mengadakan pertemuan dengan pasukan pemandu sekolah untuk membincangkan
kelancaran program i-THINK di sekolah serta memberi sokongan moral, kewangan
dan galakan kepada guru.
Penilaian
Berterusan
Pemerhatian
terhadap
pdp guru
Refleksi Kendiri
Hasil kerja Murid
Maklum balas
Guru
Pengalaman
Sedia Ada
Pentadbir
Sekolah
Maklum balas JK
Pembinaan Modul
i-THINK
Draf
32
3.5 Hasil Yang Diharapkan
Adalah diharapkan pihak sekolah dapat mengenal pasti berlakunya perubahan sikap
murid. Perubahan yang diharapkan pada murid adalah :
Meningkatkan
keyakinan
Bermotivasi
Menunjukkan
minat terhadap
pembelajaran
Meningkatkan
kemahiran
berfikir
Meningkatkan
daya imaginasi
(berfikir di luar
kotak)
Meningkatkan
interaksi antara
guru dengan
murid dan murid
dengan murid
Suka
bertanya
Meningkatkan
kerjasama
berpasukan
Meningkatkan
kefahaman murid
Seronok dan
tidak merasa
tertekan
Draf
33
3.6 Promosi, Kolaborasi, Rangkaian Jaringan dan Jalinan
Untuk melestarikan program i-THINK di sekolah, pentadbir perlu mewujudkan
kerjasama dengan pelbagai pihak (dalam dan luar sekolah) di samping
mempromosikan program ini.
 berkongsi idea dengan sekolah yang melaksanakan i-THINK, sekolah yang
memerlukan bantuan dan khidmat nasihat serta mengadakan kunjung bantu.
 mengadakan perbincangan berkala bersama ibu bapa tentang pelaksanaan program
i-THINK.
 menjalin hubungan dengan agensi luar bagi memperoleh sumbangan dana dan
idea.
 berkolaborasi dengan rakan Thinking School di luar negara.
 mengadakan promosi melalui mewujudkan blog sekolah, meletakkan bunting, kain
rentang dan brosur di premis sekolah, Hari Terbuka i-THINK, juga membentangkan
perkembangan dan pencapaian program ini dalam konvensyen dan seminar
pendidikan.
Hubungan sekolah
dengan agensi luar
Kolaborasi,
Rangkaian
Jaringan dan
Jalinan
Hubungan sekolah
dengan masyarakat
pdp guru
Promosi
Hubungan sekolah dengan
rakan luar negara
Hubungan sekolah
dengan sekolah
pelaksanaan
Hubungan sekolah
dengan agensi luar
Pengalaman
sedia ada
Pentadbir
IAB
Internet
Draf
34
B. PERANAN GURU
1. Penglibatan Guru dalam Aktiviti i-THINK melalui:
(I) Kursus, Seminar dan Bengkel
a) Kursus dan Seminar i-THINK- dengan menghadiri pelbagai kursus dan
seminar program i-THINK dapat membangunkan profesionalisme diri
dalam bidang tersebut.
b) Bengkel – melalui bengkel-bengkel program i-THINK, guru dapat belajar
membuat lapan Peta Pemikiran secara hands-on dan cara menggunakan
peta-peta tersebut dengan baik supaya boleh mengajar dengan jelas
kepada murid kemudian.
Kursus, Seminar - membangunkan
Kursus, profesionalisme guru.
Seminar,
Bengkel. Bengkel – belajar secara hands-on Peta
Permifikiran.
(II) Mesyuarat
a) Mesyuarat Staf – selalu menghadiri mesyuarat staf untuk membuat
perbincangan mengenai progres penerapan kemahiran Peta Pemikiran,
penguasaan dan penjiwaan murid terhadap konsep i-THINKdalam
pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dan lain-lain.
b) Mesyuarat Panitia – mendengar dan membincang mengenai
perkembangan aktiviti penggunaan alat-alat pemifikiran dalam pengajaran
dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran tertentu.
Progres perbincangan Ikut
P&P mata pel.
Komen
Semua Mesyuarat Mesyuarat Ketua
Guru Staf Panitia Panitia
Minit Mesy
Penglibatan Ahli
seluruh Laporan Panitia
sekolah
Draf
35
(III) Portfolio Profesional
(a) Guru membina portfolio untuk menyimpan contoh-contoh kerja
persediaan pengajaran sendiri dan bahan bantuan mengajar dan sentiasa
menambahbaikan kualiti portfolio tersebut.
(b) Mengumpul dan menyusun kerja murid secara sistematik untuk
memantau perkembangan mereka dan keberkesanan alat pemikiran
kepada anak murid yang di bawah mereka.
(c) Sistem Buddy – menggalakkan bimbingan rakan sebaya untuk saling
belajar di antara guru.
Peer
Sistem coaching
Buddy Pembelajaran
Kolaboratif
Menyimpan
contoh Portfolio BBM
Profesional
Hasil
Kerja Keberkesanan
Murid pdp Memantau
perkembangan
Draf
36
(III) Usaha Kolaboratif
(a) Melayari www.thinkingschool.com, www.thinkingschoolinternational.com,
www.thingkingschoolethiopa.com, www.ithink.com.my, untuk mendapat
maklumat terkini.
(b) Menghubungi pakar seperti jurulatih utama kebangsaan dan pegawai meja
melalui email untuk mendapat penjelasan sekiranya ada kekliruan.
(c) Mewujudkan kerjasama antara rakan guru, ibu bapa, pihak pentadbir tentang
persoalan yang mungkin timbul.
Usaha Kolaboratif
Sumber atas talian pakar rakan
- thinkingschool Jurulatih - guru
- i-THINK Utama - pentadbir
- ethiopia/New Zealand Kebangsaan - ibu bapa
2. Penglibatan Guru dengan Murid dalam Aktiviti i-THINK.
(I) Pembelajaran dan Pengajaran
(a) Semasa mengajar, guru menggunakan
isyarat tangan peta pemikiran i-THINK
untuk menunjukkan peta pemikiran
yang digunakan.
(b) Lapan Isyarat tubuh badan peta
pemikiran boleh diajar satu- persatu
selepas mengendalikan pdp.
Pdp ini bertujuan untuk mengukuhkan
ingatan murid mengenai bentuk dan
konsep alat pemikiran i-THINK.
(c) Sekali sekala, anda boleh
mengendalikan formasi badan untuk
menambahkan kepelbagaian aktiviti
pdp.
Draf
37
(II) Merancang dan Melaksanakan Aktiviti Bulan i-THINK
Aktiviti i-THINK boleh dirancang mengikut mata pelajaran. Contoh: bulan
Januari fokus pada mata pelajaran Sejarah, bulan Februari fokus pada mata
pelajaran Sains dan sebagainya.
BULAN JANUARI BULAN FEBRUARI BULAN MAC
*Sejarah * Sains * Bahasa Inggeris
(III) Memberi Tugasan Pengukuhan
Guru memberi tugasan pengukuhan kepada murid untuk menggunakan peta
pemikiran yang telah diperkenalkan.
(IV) Mengadakan Projek Pameran
Mengendalikan pertandingan pameran antara kelas. Projek ini juga boleh
dijalankan di peringkat sekolah, daerah atau negeri.
Draf
38
BAHAGIAN 4
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
I. Bagaimana hendak mengajar kemahiran berfikir aras tinggi?
Caranya:
1. Banyakkan soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi seperti soalan yang
berbentuk Mengapa? Bagaimana? Terangkan? Berpandangan?
2. Galakkan murid yang menyoal. Setiap kali diakhir pembelajaran minta murid
membuat dua soalan berdasarkan apa yang mereka telah belajar.
3. Rujuk Taksonomi Bloom dalam teknik penyoalan.
4. Banyakkan aktiviti inkuiri.
II. Contoh soalan (Taksonomi Bloom) berdasarkan cerita Si Tanggang
1. Mengingat ~ Apakah yang dibawa oleh Tanggang dalam kapalnya?
2. Kefahaman ~ Mengapakah Tanggang menghalau perempuan tua yang mengaku
dirinya ibu Si Tanggang?
3. Aplikasi ~ Apakah yang anda lakukan sekiranya anda ibu Si Tanggang?
4. Analisis ~ Wajarkah ibu Tanggang berdoa sedemikian kerana berkecil hati
dengan sikap si Tanggang?
5. Menilai ~ Apakah pendapat anda tentang perlakuan Si Tanggang?
6. Mencipta ~ Apakah perubahan yang mungkin anda lakukan dalam cerita tersebut
untuk menyesuaikannya dengan masa kini?
III. Penyoalan yang berkesan ialah soalan-soalan yang :
(sumber: Nota Kursus Jurulatih Kebangsaan Kestrel Education)
1. Ringkas dan tidak berulang
2. Mengggalakkan murid berfikir
3. Dinyatakan dengan jelas tanpa murid perlu bertanya maksud soalan tersebut
4. Boleh digunakan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih terperinci
5. Mempunyai skop tertentu
6. Sesuai dengan kebolehan murid
7. Dirancang dan disoal dalam nada perbualan.
8. Logik dan mengikut urutan
9. Ditujukan kepada seluruh kelas/ kumpulan tertentu.
Jika kita mahu murid melibatkan diri dalam proses
pemikiran yang kreatif dan merangsangkan, sebagai guru
kita haruslah menggalakkan mereka bertanyakan soalan
aras tinggi
Draf
39
BAHAGIAN 5
FAKTA DAN MITOS
Bahagian ini cuba menjawab soalan yang sering ditanya. Dengan penjelasan yang diberikan
ini anda akan lebih bersedia untuk memperkenalkan peta pemikiran dalam bilik darjah.
Adalah diharapkan juga soal jawab yang disediakan ini dapat melegakan rasa risau anda
sebagai seorang guru yang akan memperkenalkan penggunaan peta pemikiran kepada
murid buat kali pertama.
Sebagai seorang guru yang akan memperkenalkan peta pemikiran dalam pdp buat kali
pertama mungkin terdapat banyak keraguan dan persoalan yang timbul. Diharap jawapan
yang disediakan akan dapat melengkapkan diri anda untuk menyahut cabaran ini.
UNTUK SIAPA?
Khasnya untuk dua kumpulan pendidik:
 pentadbir yang menguruskan perihal membudayakan program i-THINK di sekolah;
dan
 guru yang bakal memperkenalkan peta pemikiran kepada murid-murid di sekolah.
Soalan 1: Adakah peta pemikiran satu-satunya alat untuk menggalakkan murid berfikir
dalam proses pdp?
Jawapan: Peta pemikiran hanya merupakan salah satu
daripada alat berfikir. Selain itu, mereka boleh menggunakan
peta minda yang lain seperti Habits of Minds, Thinking Hats,
Thinkers keys, clustering, three story intellect, scamper, route
technique, DATT, Mrs. Potter’s Questions, CORT, Mind
mapping, Critical Thinking, Brainstorming and the Thinking
Sandwich.
(Untuk maklumat lanjut sila layari www.thinkingschool.co.uk/)
Draf
40
Soalan 2: Mengapakah murid mesti menggunakan peta pemikiran dalam semua mata
pelajaran?
Jawapan: Murid tidak semestinya semua peta pemikiran dalam satu tajuk atau mata
pelajaran. Murid perlu menyesuaikan peta dengan tajuk pembelajaran. Dalam usaha
membudayakan kemahiran berfikir, peta pemikiran diperkenalkan sebagai salah satu alat
berfikir yang dapat meningkatkan aras pemikiran murid.
Soalan 3: Saya keliru antara Peta Dakap dengan Peta Pokok. Apakah perbezaannya?
Jawapan: Proses berfikir yang membezakan antara satu peta dengan peta pemikiran yang
lain. Peta dakap adalah untuk menunjukkan perhubungan antara keseluruhan dengan
sebahagian mengenai sesuatu objek fizikal. Contohnya peta dakap digunakan untuk
menunjukkan hubungan bahagian-bahagian kereta yang menjadikan keseluruhan kereta.
Manakala peta pokok menunjukkan pemikiran mengelas atau mengkategorikan sesuatu
sebagai contoh jenis kenderaan boleh dikategorikan seperti berikut kenderaan darat, udara
dan laut.
Pembelajaran berpusatkan
murid – Penaakulan digalakkan
Pembentukan
Konsep
Kenderaan
UdaraLautDarat
Sumbangsaran
Kereta
tayar
pintu
enjin
bonet
badan
Draf
41
Soalan 4: Adakah penggunaan peta pemikiran
dalam proses pdp menyulitkan dari segi
pengurusan masa?
Jawapan: Tidak. Peta pemikiran adalah alat
untuk membantu peningkatan kemahiran berfikir.
Soalan 5: Perlukah templet peta pemikiran sentiasa dibekalkan?
Jawapan: Tidak. Templet peta pemikiran amat berguna pada peringkat awal apabila guru
hendak memperkenalkan penggunaannya. Selepas murid telah memahami konsep peta
pemikiran, maka murid-murid boleh melukis peta pemikiran mengikut keperluan tugasan.
Soalan 6: Adakah penggunaan peta pemikiran ini akan menjejaskan pembelajaran murid
yang akan menduduki peperiksaan awam (Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5)?
Jawapan: Tidak, peta pemikiran atau alat pemikiran yang lain dapat membantu murid
mengulangkaji pembelajaran
Peta Bulatan
Peta Pokok
Thinking Hats
Habits of Mind
Draf
42
Soalan 7: Benarkah guru berasa tertekan dengan penggunaan peta pemikiran dalam pdp?
Jawapan:Ya, sekiranya mereka menggunakan peta pemikiran sebagai bahan bantu
mengajar dan bukan sebagai alat berfikir. Perlu diingati bahawa dapatan telah membuktikan
peta pemikiran ini dapat membantu murid belajar dengan berkesan. Gunakan peta
pemikiran ini sebagai alat berfikir dalam pdp. Jangan rasa TERTEKAN!
Soalan 8: Perlukah guru mencatatkan peta pemikiran yang digunakan dalam Buku Rekod
Mengajar?
Jawapan: Guru digalakkan mencatat peta pemikiran yang akan digunakan dalam pdp.
Draf
43
Soalan 9: Pasukan pemandu rasa agak terbeban apabila Guru Besar/Pengetua meminta
mereka memberi taklimat di luar sekolah kerana ilmu mereka pun belum mantap dan masih
dalam proses menyesuaikan diri. Adakah perlu pasukan pemandu memainkan peranan
dalam menyebar luas program i-THINK?
Jawapan: Jangan rasa takut atau tertekan apabila Guru Besar/Pengetua meminta pasukan
pemandu berkongsi ilmu mengenai peta pemikiran. Apa yang pasukan pemandu perlu
berkongsi adalah:
a) Apa itu peta pemikiran dan carta
Q-matrik?
b) Bagaimanakah hendak
menggunakannya?
GUNA
Pasukan pemandu digalakkan menganggap sesi taklimat itu sebagai sesi perkongsian
pengalaman proses pembelajaran sahaja.
Soalan 10: Adakah pelestarian program i-THINK akan menjurus ke arah Pembelajaran
Berpusatkan Murid?
Jawapan: Ya. Semua guru hendaklah
memberi murid peluang menggunakan
peta pemikiran dalam pembelajaran di
mana guru bertindak sebagai fasilitator.
Draf
44
RUMUSAN
Penglibatan dalam beberapa aktiviti sekolah dapat meningkatkan budaya kemhiran berfikir
guru, tetapi....
yang paling utama
dapat menghasilkan
murid yang mempunyai
KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI
TIP
1. Pastikan murid sudah bersedia untuk belajar.
2. Pastikan guru memberi masa “Wait time” bagi murid berfikir.
3. Pastikan arahan guru senang difahami murid.
Draf
45
Panel Penggubal
1. Dr. Hajar binti Mohd Nor Bahagian Pembangunan Kurikulum
2. Pn. Marzita binti Omar Bahagian Pembangunan Kurikulum
3. Cik Ida Hairani binti Bakar Bahagian Pembangunan Kurikulum
4. Pn. Zainab binti Yusof Institut Pendidikan Guru Malaysia
5. En. Ahmad Salihin bin Mat Saat Institut Aminuddin Baki
6. Pn. Nazhatul Shima binti Aziz Institut Aminuddin Baki
7. Pn. Pavithradevi Ramasamy Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
8. Dr. Idrus bin Kadir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
9. Dr. Chiang Ee Fong Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL
10. Dr. Khamdani Sairi Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL
11. Dr. Ramesh Rao Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL
12. Cik Grace Chang Siew Yeng Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL
13. Cik Ong Siow Kim Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL
14. En. Peter Ong Eng Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL
15. Pn. Anita Sapura binti Shaari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL
16. En. Tan Song Kag SK Kiaramas, K. L
17. Pn. Zuliana bt Ismail SK Kiaramas, K. L
18. Pn. Tan Lay Leng SK Kiaramas, K. L
19. Pn. Heryanti binti Mahd Yamin SK Kiaramas, K. L
20. Pn. Ho Siew Leng SJKC Wen Hua, Melaka
21. Pn. Ho Wye Kuan SJKC Wen Hua, Melaka
Draf
46
RUJUKAN
Hyerle, D. & Yeager, C. ( 2007). Thinking Maps: A Language for Learning. US: Thinking
Maps Incorporated.
PPK (1999) Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sains
PPK (2001). Belajar Cara Belajar. Kementerian Pelajaran Malaysia.
PPK (2002). Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian
Pelajaran Malaysia
Laman web berkaitan boleh dirujuk dan dimuat turun dari laman web BPK
http://www.moe.gov.my/bpk
a. Klik Penerbitan Modul Semakan Kurikulum Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
b. Klik Penerbitan Sains Teras  Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains
c. Klik KSSR  Elemen Merentas Kurikulum,

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIAiniNazihah
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALAmran Aris
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajarshare with me
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)FaFai S.
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanBNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanMagdalinaNdong
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Cikgu Bibi
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialFirdaus Zailan
 

La actualidad más candente (20)

KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Rph
RphRph
Rph
 
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Rph kata nama
Rph kata namaRph kata nama
Rph kata nama
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman OperanBNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
BNK1014 Teori Behavioris Pelaziman Operan
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Taburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung NormalTaburan Lengkung Normal
Taburan Lengkung Normal
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 

Destacado

SK SERI SETIA, T.INTAN_Slaid 2 Peta Buih
SK SERI SETIA, T.INTAN_Slaid 2 Peta BuihSK SERI SETIA, T.INTAN_Slaid 2 Peta Buih
SK SERI SETIA, T.INTAN_Slaid 2 Peta BuihAAW6022
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifshirleyku
 
Template peta pemikiran_ctk_latest
Template peta pemikiran_ctk_latestTemplate peta pemikiran_ctk_latest
Template peta pemikiran_ctk_latestSiti Alias
 
Latihan pengukuhan kata adjektif
Latihan pengukuhan kata  adjektifLatihan pengukuhan kata  adjektif
Latihan pengukuhan kata adjektifMyean Lee
 
Jawapan Latihan Kata Adjektif
Jawapan Latihan Kata AdjektifJawapan Latihan Kata Adjektif
Jawapan Latihan Kata AdjektifMyean Lee
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifMilla Yacob
 
Latihan kata adjektif
Latihan kata adjektifLatihan kata adjektif
Latihan kata adjektifMyean Lee
 
Kat adjektif pancaindera 1
Kat adjektif pancaindera 1Kat adjektif pancaindera 1
Kat adjektif pancaindera 1lannin
 
Latihan kata adjektif
Latihan kata adjektifLatihan kata adjektif
Latihan kata adjektifRozaidi Yusof
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektifsuseintay
 
Kata adjektif printed
Kata adjektif printedKata adjektif printed
Kata adjektif printedsuhaimi rahim
 
RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)Suhaida Anior
 
Panduan iTHINK
Panduan iTHINKPanduan iTHINK
Panduan iTHINKALSAFII
 

Destacado (20)

Kata Adjektif
Kata AdjektifKata Adjektif
Kata Adjektif
 
SK SERI SETIA, T.INTAN_Slaid 2 Peta Buih
SK SERI SETIA, T.INTAN_Slaid 2 Peta BuihSK SERI SETIA, T.INTAN_Slaid 2 Peta Buih
SK SERI SETIA, T.INTAN_Slaid 2 Peta Buih
 
8 Peta Pemikiran
8 Peta Pemikiran8 Peta Pemikiran
8 Peta Pemikiran
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
 
Template peta pemikiran_ctk_latest
Template peta pemikiran_ctk_latestTemplate peta pemikiran_ctk_latest
Template peta pemikiran_ctk_latest
 
Latihan pengukuhan kata adjektif
Latihan pengukuhan kata  adjektifLatihan pengukuhan kata  adjektif
Latihan pengukuhan kata adjektif
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Jawapan Latihan Kata Adjektif
Jawapan Latihan Kata AdjektifJawapan Latihan Kata Adjektif
Jawapan Latihan Kata Adjektif
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektif
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Latihan kata adjektif
Latihan kata adjektifLatihan kata adjektif
Latihan kata adjektif
 
Kat adjektif pancaindera 1
Kat adjektif pancaindera 1Kat adjektif pancaindera 1
Kat adjektif pancaindera 1
 
Latihan kata adjektif
Latihan kata adjektifLatihan kata adjektif
Latihan kata adjektif
 
Latihan kata-adjektif-
Latihan kata-adjektif-Latihan kata-adjektif-
Latihan kata-adjektif-
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Kata adjektif printed
Kata adjektif printedKata adjektif printed
Kata adjektif printed
 
RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)
 
Contoh peta pemikiran dlm pdp bm
Contoh peta pemikiran dlm pdp bmContoh peta pemikiran dlm pdp bm
Contoh peta pemikiran dlm pdp bm
 
RPH KSSR BM THN.5
RPH KSSR BM THN.5RPH KSSR BM THN.5
RPH KSSR BM THN.5
 
Panduan iTHINK
Panduan iTHINKPanduan iTHINK
Panduan iTHINK
 

Similar a i think maps

Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Krystie Kriss
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulAdila Dila
 
Pembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogiPembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogiskjap
 
Kreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasiKreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasiAdila Dila
 
Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2Hani Zah
 
Kreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasiKreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasiIrfan Ahza
 
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptxsyahrini4
 
Implementation of HOTS in Preschool
Implementation of HOTS in PreschoolImplementation of HOTS in Preschool
Implementation of HOTS in PreschoolMarzita Omar
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaranitanurhayati
 
Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]cgrohanasmksm
 
pengenalan program i_think
pengenalan program i_thinkpengenalan program i_think
pengenalan program i_thinksepatubiru
 
3.pengenalan program i_think
3.pengenalan program i_think3.pengenalan program i_think
3.pengenalan program i_thinkKPM
 

Similar a i think maps (20)

I think
I thinkI think
I think
 
I think1
I think1I think1
I think1
 
teacher
teacherteacher
teacher
 
I think
I thinkI think
I think
 
Programithink
ProgramithinkProgramithink
Programithink
 
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
Buku panduan kemahiran_menaakul[1]
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakul
 
Alat berfikir
Alat berfikirAlat berfikir
Alat berfikir
 
Pembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogiPembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogi
 
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan Inovasi Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan Inovasi
 
Kreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasiKreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasi
 
Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2Bahan sumber matematik 2
Bahan sumber matematik 2
 
Kreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasiKreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasi
 
KURIKULUM BM SR
KURIKULUM BM SRKURIKULUM BM SR
KURIKULUM BM SR
 
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx
8 TEMA KEBEKERJAAN SMK.pptx
 
Implementation of HOTS in Preschool
Implementation of HOTS in PreschoolImplementation of HOTS in Preschool
Implementation of HOTS in Preschool
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaran
 
Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]
 
pengenalan program i_think
pengenalan program i_thinkpengenalan program i_think
pengenalan program i_think
 
3.pengenalan program i_think
3.pengenalan program i_think3.pengenalan program i_think
3.pengenalan program i_think
 

Último

ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptxSirlyPutri1
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 

Último (20)

ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 

i think maps

  • 1. Draf Membudayakan Kemahiran Berfikir Kementerian Pelajaran Malaysia Mei 2012 PROGRAM
  • 2. Draf 1 Cetakan Pertama 2012 © Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2012 Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain cara sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 3. Draf 2 Kandungan Muka Surat Pendahuluan 3 Objektif Buku 4 Bagaimana Hendak Menggunakan Buku Ini 4 Bahagian 1 : Kemahiran Berfikir 5 Bahagian 2 : Peta Pemikiran 8 Bahagian 3: Pembudayaan Program i-THINK 25 Bahagian 4: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 38 Bahagian 5: Fakta dan Mitos 39 Panel Penggubal 45 Rujukan 46
  • 4. Draf 3 PENDAHULUAN Pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) tahun 2007 adalah pada tahap 20 bagi Matematik dan 21 bagi Sains dalam kalangan 49 negara. Manakala laporan Program for International Student Assessment(PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada dalam kedudukan 57 bagi Matematik, 55 bagi Sains dan 52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negara. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Centruy Schools (USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) telah mula diperkenalkan pada tahun 1994. Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan guru kurang kemahiran aras tinggi di dalam pengajran dan pembelajaran mereka. Pengajaran guru banyak berpusatkan guru dan menjuruskan persediaan peperikasaan. Dengan itu dapatan ini memberi kesan kepada usaha KPM untuk menghasilkan modal insan yang keratif dan berinovatif serta dapat menghadapi cabaran kemahiran abad ke-21 yang memerlukan seseorang yang berkebolehan berfikiran aras tinggi. Pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014. Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi. Sekolah rintis yang terlibat adalah seperti di berikut: Bil. Sekolah Negeri 1 SK Kiara Mas Kuala Lumpur 2 SJKT Port Dickson Negeri Sembilan 3 SJKC Wen Hua Melaka 4 SK Paya Pulai Pahang 5 SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed Kuching 6 SK Pusat Bukit Besar Terengganu 7 SMK Kota Marudu, Kota Marudu Sabah 8 SMK Convent Muar Muar 9 SMK Tun Hussein Onn Pulau Pinang 10 SMK Gaal Kelantan
  • 5. Draf 4 OBJEKTIF Buku ini bertujuan memberi penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid di sekolah. Budaya berfikir berlaku apabila guru dan murid mengamalkan penggunaan alat berfikir semasa pembelajaran dan pengajaran. BAGAIMANA MENGGUNAKAN BUKU INI? Buku ini terdiri daripada empat bahagian. Bahagian 1 Bahagian ini memberi gambaran secara jelas tentang Kemahiran Berfikir agar dapat membantu guru dan murid untuk memahami secara mendalam tentang program i-THINK. Bahagian 2 Bahagian ini memperkenalkan lapan peta pemikiran yang digunakan dalam program i- THINK. Setiap peta disertakan dengan proses pemikiran, langkah penggunaannya, kata kunci dan dua contoh hasil kerja murid dari sekolah rintis. Bahagian 3 Bahagian ini menerangkan pembudayaan program i-THINK dalam kalangan guru dan murid. Sokongan dan peranan pentadbir juga dihuraikan. Bahagian 4 Bahagian ini menjelaskan fakta dan mitos perihal pengenalan dan pembudayaan program i- THINK di sekolah. Bahagian 5 Bahagian ini memberitahu sedikit sebanyak cara mengajar kemahiran berfikir aras tinggi dan penggunaan Taksonomi Bloom. Contoh ringkas penyoalan mengikut Taksonomi Bloom dan tips penyoalan berkesan juga dipaprkan.
  • 6. Draf 5 BAHAGIAN 1 KEMAHIRAN BERFIKIR Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir? Kemahiran berfikir boleh didefinasikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea-idea yang bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi. Kemahiran menaakul membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama (PPK, 1999) rajah 1. Rajah 1: Model KBSB dalam Sains
  • 7. Draf 6 Bagaimana Hendak Membudayakan Kemahiran Berfikir Dalam Kalangan Murid? Aspek-aspek untuk membudayakan kemahiran berfikir: i. Kesediaan dan kebolehan murid Murid akan bersedia untuk berfikir dan memberikan idea apabila diberikan rangsangan untuk berfikir. Dengan menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda dan 6 Thinking Hats.dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakan murid untuk berfikir dan membuat penaakluan ii. Teknik Penyoalan Kemahiran menyoal dengan menggunakan Taxonomi Bloom dapat membantu anda mencipta soalan yang meransang pemikiran dari aras rendah ke tinggi. Kemukakan soalan yang mudah difahami, bertumpu, bercapah dan meliputi pelbagai aras kognitif. Soalan yang bersesuaian dengan aras murid akan mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis murid. Banyakkan aktiviti pembelajaran yang memerlukan murid menyoal bukan guru. iii. Aktiviti Kelas Banyakkan aktiviti kelas yang berpusatkan murid di mana murid dapat berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan. Aktiviti kelas boleh dijalankan dalam bentuk individu, berpasangan atau berkumpulan. Galakkan murid membuat pembentangan dalam kumpulan supaya mewujudkan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti murid terhadap hasil kerja mereka. Murid akan terlibat secara aktif apabila diberi peluang untuk berkongsi idea dan rumusan hasil sesuatu proses pemikiran. Gunakan dua waktu untuk aktiviti berkumpulan atau berpasangan. Galakkan murid membuat projek.
  • 8. Draf 7 Adakah satu alat sesuai untuk menyelesaikan pelbagai masalah? Setiap masalah memerlukan alat yang bersesuaian untuk mengatasinya. Sama juga di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang berlainan untuk suaikan dengan tajuk dan tahap murid. Terdapat banyak alat berfikir yang boleh di gunakan antaranya: 1. Edward De Bono 6 Thinking Hats 2. Peta Minda (Tony Buzan) 3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa) 4. Analisis Swot 5. Carta T 6. Carta Y 7. Diagram Lotus 8. Peta Pemikiran
  • 9. Draf 8 BAHAGIAN 2 APA ITU PETA PEMIKIRAN? Di dalam program peta pemikiran diperkenalkan dimana peta ini mengandungi 8 peta pemikiran. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran. Peta Pemikiran Corak visual Kombinasi secara kompleks dan mendalam Berdasarkan 8 kemahiran kognitif Digunakan oleh semua guru Diaplikasi dalam semua bidang
  • 10. Draf 9 LAPAN PETA PEMIKIRAN 1. Peta Bulatan Langkah Membina Peta Bulatan 1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah. 2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan di dalamnya. 3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut. 4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran). 5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak. Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik? 2. Bagaimana anda tahu tentang ................... ? 3. Adakah anda tahu bahawa ...........................? 4. Bagaimana mendefinisikan/memperkenalkan idea/topik ini? 5. Apakah yang anda terfikir tentang .......................? PETA BULATAN (CIRCLE MAP) Proses Pemikiran: MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKS (DEFINING IN CONTEXT) FAEDAH PENGGUNAAN PETA BULATAN  Meningkatkan kosa kata  Sumbangsaran idea dalam penulisan  Menguji pengetahuan sedia ada murid  Menguji pemahaman murid selepas pdp KATA KUNCI  Konteks/senaraikan  Jelaskan  Tuliskan semua yang anda tahu .....  Sumbangsaran  Kenalpasti  Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada  Meneroka makna/maklumat
  • 11. Draf 10 Contoh Hasil Kerja Murid Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Bahasa Malaysia
  • 12. Draf 11 2. Peta Buih Langkah Membina Peta Buih 1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya. 2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilinya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat yang mewakili topik tersebut. 3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus. 4. Senaraikan seberapa banyak kata adjektif barkaitan sama ada positif / negatif dan warna yang berbeza boleh digunakan. 5. Cadangan topik – diri saya 6. Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas Soalan-soalan Berkaitan 1. Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea, konsep, gambar,...? 2. Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini? 3. Apakah sifat bagi konsep/nombor ini? 4. Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini? PETA BUIH (BUBBLE MAP) Proses Pemikiran: MENERANGKAN MENGGUNAKAN KATA SIFAT (DESCRIBING QUALITIES) PENGGUNAAN PETA BUIH  Sifat manusia  Membezakan fakta dan pendapat KATA KUNCI  Terangkan  Jelaskan  Gunakan 5 pancaindera untuk menerangkan .......  Kualiti  Sifat  Ciri-ciri
  • 13. Draf 12 Contoh Hasil Kerja Murid Pendidikan Moral Bahasa Inggeris
  • 14. Draf 13 3. Peta Buih Berganda Langkah Membina Peta Buih Berganda 1. Digunakan untuk membanding beza sesuatu benda/idea. 2. Lukiskan 2 bulatan di bahagian tengah untuk menulis 2 topik (objek/idea) yang ingin dibandingkan. 3. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya. 4. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama. 5. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus. 6. Bagi bulatan yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan. 7. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja. 8. Cadangan topik – Diri saya dan rakan karib. Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah persamaan dan perbezaan antara 2 topik ini? 2. Bagaimanakah kita dapat membanding beza kedua-duanya? 3. Persamaan yang manakah paling ketara? PETA BUIH BERGANDA (DOUBLE BUBBLE MAP) Proses Pemikiran: MEMBANDING BEZA (COMPARING & CONTRASTING) PENGGUNAAN PETA BUIH BERGANDA  Membandig beza ciri-ciri bentuk 2D dan 3D  Membandingkan sifat manusia  Membandingkan 2 idea KATA KUNCI  Bandingkan  Bezakan  Persamaan  Bezakan antara ..... dengan .....  Perbezaan
  • 15. Draf 14 B.MALAYSIA Contoh Hasil Kerja Murid Matematik Pendidikan Muzik
  • 16. Draf 15 4. Peta Pokok Langkah Membina Peta Pokok 1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya. 2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori. 3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengkelasan. 4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori. 5. Gariskan setiap contoh yang ditulis. Soalan-soalan Berkaitan 1. Bagaimana anda mengasingkan semua maklumat yang telah dikumpulkan? 2. Bolehkan anda mengasigkan/mengkelaskan objek-objek ini mengikut kumpulannya? 3. Apakah idea/penjelasan yang menerangkan/menyokong idea utama ini? 4. Apakah contoh bagi setiap ketagori ini? 5. Adakah item ini sesuai untuk ditulis dalam beberapa kategori yang telah dipilih? 6. Adakah cara yang lebih baik untuk mengkelaskan bahan/alatan ini? PETA POKOK (TREE MAP) Proses Pemikiran: MEMBUAT PENGKELASAN (CLASSIFYING) PENGGUNAAN PETA POKOK  Mengkelaskan kumpulan haiwan  Mengkelaskan jenis alatan muzik  Mengkelaskan elemen penting cerita  Mengkategorikan kosa kata KATA KUNCI  Kelaskan  Asingkan  Kategorikan  Kenalpasti antara idea utama dan penjelasannya
  • 17. Draf 16 Contoh Hasil Kerja Murid Bahasa Arab Bahasa Inggeris
  • 18. Draf 17 5. Peta Dakap Langkah Membina Peta Dakap 1. Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal. 2. Tuliskan objek yang ingin dipecahkan dan gariskannya. 3. Tuliskan bahagian/pecahan utama. 4. Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya. 5. Lukiskan ( { ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya. Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah nama objek ini? 2. Apakah bahagian/komponen utama objek ini? 3. Apakah komponen yang lebih kecil? 4. Adakah bahagian/komponen ini merupakan sebahagian daripada .....? 5. Bahagian/komponen manakah yang telah hilang/tiada dalam gambarajah ini? PETA DAKAP (BRACE MAP) Proses Pemikiran: SEBAHAGIAN DARIPADA KESELURUHAN (WHOLE – PARTS RELATIONSHIP) PENGGUNAAN PETA DAKAP  Matematik (nilai tempat nombor)  Komponen alatan muzik  Analisa struktur objek KATA KUNCI  Sebahagian daripada .....  Tunjukkan struktur .....  Ambil sebahagian daripada .....  Kenalpasti struktur  Komponen fizikal  Anatomi
  • 19. Draf 18 Contoh Hasil Kerja Murid Bahasa Arab Matematik
  • 20. Draf 19 6. Peta Alir Langkah Membina Peta Alir 1. Tuliskan tajuk ( nama acara/langkah) 2. Lukiskan sebuah segiempat tepat di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan/membina/membuat …. 3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan. 4. Lukiskan segiempat tepat yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya. 5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan. 6. Sambungkan carta aliran bermula dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya. 7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan petak kecil di bawah langkah utama berkenaan. 8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah nama bagi acara/peristiwa ini? 2. Apakah langkah/peringkat bagi setiap peristiwa? 3. Adakah terdapat penjelasan lanjut bagi langkah tertentu? 4. Apakah langkah pertama yang perlu ditulis sebelum dan selepas peringkat yang sedang dibincang? 5. Apa yang berlaku selepas itu? 6. Bagaimanakah aturan yang terbaik untuk menyusun peristiwa ini? PETA ALIR (FLOW MAP) Proses Pemikiran: URUTAN (SEQUENCING) PENGGUNAAN PETA ALIR  Sains ( Proses dan kitar hidupan)  Penyelesaian masalah  Peristiwa sejarah dan garis masa  Proses menanam sayuran (KH) KATA KUNCI  Susunkan mengikut aturan yang betul  Ceritakan / kira semula  Kitaran  Tunjukkan proses  Selesaikan masalah .....  Mengkaji corak (trend)
  • 21. Draf 20 Contoh Hasil Kerja Murid Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Sains
  • 22. Draf 21 7. Peta Pelbagai Alir Langkah Membina Peta Pelbagai Alir 1. Digunakan untuk menggambarkan/mengillustrasikan analisa sebab dan akibat. 2. Lukiskan rajah segiempat tepat di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji. 3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam petak berasingan. 4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa. 5. Tuliskan beberapa akibat daripada peristiwa tersebut dalam petak di sebelah kanan peristiwa. 6. Sambungkan peristiwa dan akibat dengan anak panah mengarah ke kanan. 7. Cadangan Topik – Jika saya berjaya dalam peperiksaan. Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah sebab dan akibat peristiwa ini? 2. Mengapakah peristiwa ini berlaku? (cause) 3. Apakah akibat daripada berlakunya peristiwa itu? 4. Apakah kesan daripada peristiwa ini? 5. Apakah pengajaran disebalik peristiwa ini? 6. Apakah yang akan berlaku jika .................. berlaku? PETA PELBAGAI ALIR (MULTI – FLOW MAP) Proses Pemikiran: SEBAB DAN AKIBAT (ANALYZING CAUSE & EFFECT) PENGGUNAAN PELBAGAI PETA ALIR  Analisa sejarah  Membaca dan meramalkan kejadian  Pengurusan sikap KATA KUNCI  Sebab dan akibat  Bincangkan akibatnya/pengajaran  Apakah yang akan berlaku sekiranya ............. ?  Jika ................... maka ...............  Terangkan perubahan .......................  Kenalpasti pengajarannya  Kenalpasti keputusan daripada ........  Apa yang berlaku jika .......
  • 23. Draf 22 Contoh Hasil Kerja Murid Bahasa Inggeris Sains
  • 24. Draf 23 8. Peta Titi Langkah Membina Peta Titi 1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor berkaitan (relating factor) di bahagian kiri. 2. Faktor berkaitan (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi. 3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang berkaitan. 4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya. 5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh titi ( ). 6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat. 7. Cadangan topik – kaitkan warna dan buah-buahan. Soalan-soalan Berkaitan 1. Apakah faktor berkaitan antara dua contoh ini? 2. Bagaimana kedua-dua perkataan ini dapat dikaitkan? 3. Apakah ayat yang dapat dibina dengan dua perkataan ini? 4. Adakah perkaitannya sama bagi semua contoh yang ditunjukkan? 5. Apakah pasangan lain yang mempunyai perkaitan yang sama? RF as as as PETA TITI (BRIDGE MAP) Proses Pemikiran: ANALOGI (HUBUNGAN YANG SAMA, MENCARI FAKTOR PENGHUBUNGAN (SEEING ANALOGIES) PENGGUNAAN PETA TITI  Konsep Sains  Peristiwa sejarah  Perkaitan matematik KATA KUNCI  Kenalpasti perkaitan  Meneka peraturan  Simbol  Analogi  Kesetaraan Relating factor = RF
  • 25. Draf 24 Contoh Hasil Kerja Murid Bahasa Malaysia
  • 26. Draf 25 BAHAGIAN 3 PEMBUDAYAAN PROGRAM i-THINK DALAM KALANGAN PENTADBIR, GURU DAN MURID DI SEKOLAH A. PERANAN PENTADBIR Dalam membudayakan program i-THINK di sekolah, pihak pentadbir harus mengambil kira elemen-elemen yang dicadangkan. Pembudayaan Program i-THINK di Sekolah Pengalaman Sedia Ada Kestrel Education IAB Pentadbir sekolah Penilaian Berterusan Peranan Pentadbir sekolah Pengurusan pentadbiran sekolah Latihan Perancangan dan Pelaksanaan Program Promosi Kolaborasi dan rangkaian jaringan Hasil yang diharapkan
  • 27. Draf 26 3.1 Pengurusan Pentadbiran Sekolah Peranan pentadbir adalah sangat signifikan dalam menyokong sepenuhnya program i-THINK di sekolah. Oleh itu pentadbir perlu memahami konsep program i-THINK. Konsep program i-THINK mengambi lkira elemen-elemen seperti yang dinyatakan di bawah. Konsep Program i-THINK Mentransformasikan pendidikan Membentuk kepakaran Menggunakan peta pemikiran Pembangunan kolaboratif Membentuk organisasi pembelajaran Menjana pemikiran Konsep i-THINK A Language For Learning Pengalaman Sedia Ada Konsep program i-THINK
  • 28. Draf 27 Sebagai langkah awal, pentadbir sekolah perlu menubuhkan pasukan pemandu i-THINK di sekolah masing-masing. Jawatankuasa i-THINK di sekolah (UMUM) Contoh Jawatankuasa i-THINK Sekolah* *Pihak sekolah boleh membuat penambahan jumlah AJK Pemandu di sekolah. Penasihat (Guru Besar/Pengetua) Pasukan Pemandu 1 (Guru 1) Penyelaras (Ketua i-THINK) Pasukan Pemandu 3 (Guru 3) Pasukan Pemandu 2 (Guru 2) Penasihat (Guru Besar/Pengetua) GPK KokurikulumGPK HEMGPK Pentadbiran (Kurikulum) Penyelaras (Ketua i-Think) Pasukan Pemandu 1 (Guru 1) Pasukan Pemandu 2 (Guru 2) Pasukan Pemandu 3 (Guru 3)
  • 29. Draf 28 3.2 Latihan Bagi membudayakan kemahiran berfikir melalui program i-THINK, pasukan pemandu perlu mengadakan latihan kepada semua warga sekolah. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program i-THINK, latihan secara berterusan perlu diadakan. Latihan ini meliputi:  Kursus dalaman Pasukan pemandu sekolah yang telah menghadiri kursus perlu mengadakan kursus dalaman kepada guru lain di sekolah masing-masing.  Induksi berstruktur Pendedahan program ini perlu diberikan kepada guru baharu / guru novice, guru ganti dan guru pelatih secara berperingkat melalui modul, interaksi secara bersemuka dan pendekatan peer coaching mengikut keperluan.  Bimbingan coaching dan mentoring (daripada pasukan pemandu sekolah/JUK i-THINK) Pasukan pemandu / JUK i-THINK perlu sentiasa memberi bimbingan coaching dan mentoring kepada guru-guru yang kurang memahami atau memerlukan bimbingan tentang penggunaan peta pemikiran.
  • 30. Draf 29 3.3 Perancangan Dan Pelaksanaan Program Cadangan perancangan dan pelaksanaan program i-THINK di sekolah adalah seperti di bawah. Walau bagaimanapun, pihak pentadbir boleh membuat penyesuaian mengikut keadaan sekolah masing-masing. Contoh Kursus Dalaman: Kursus Pasukan Pemandu Sekolah i-THINK (dilatih oleh JUK) Kursus Dalaman Kepada Guru-guru Sekolah Kursus i-THINK kepada guru baru/guru ganti/guru pelatih Kursus pengukuhan program i-THINK Pelaksanaan Program i-THINK di sekolah Laporan dan Penilaian Program i-THINK Pemantauan Berkala Program i-THINK Pelaksanaan Program i-THINK Berterusan KPM, JPN, PPD, Pentadbir sekolah Memperkenalkan peta pemikiran kepada murid
  • 31. Draf 30 Cadangan Pengenalan Penggunaan Peta Pemikiran di Sekolah PROGRAM i-THINK PELAN PELAKSANAAN Minggu 1 Peta Bulatan Minggu 2 Peta Buih Minggu 3 Peta Alir Minggu 4 Peta Titi Minggu 5 Peta Dakap Minggu 6 Peta Pokok Minggu 7 Peta Pelbagai Alir Minggu 8 Peta Buih Berganda Minggu 9 dan seterusnya Aplikasi Peta Pemikiran dalam pdp Dalam proses pdp, pentadbir perlu memastikan:  guru menerapkan proses kemahiran berfikir kepada murid melalui peta pemikiran.  guru memeriksa dan menilai setiap hasil kerja murid  hasil kerja murid dipamerkan di sudut i-THINK dalam kelas dan di sekeliling kawasan sekolah  murid menggunakan peta pemikiran dalam pembelajaran mereka.  rakan pembimbing dibentuk dalam kalangan murid  guru menggunakan peta pemikiran atau alat berfikir yang sesuai semasa pdp.
  • 32. Draf 31 3.4 Penilaian Berterusan Dalam pelaksanaan penilaian berterusan di sekolah, pentadbir juga perlu:  membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap penggunaan peta pemikiran dalam pdp guru berpandukan Instrumen SKPM 2010.  menggalakkan guru dan murid mengamalkan penilaian kendiri secara terarah (self- directed reflection) melalui refleksi kendiri.  memastikan guru memeriksa dan memberi komen terhadap hasil kerja murid serta menyimpan hasil kerja mereka secara sistematik mengikut mata pelajaran.  mengadakan pertemuan dengan pasukan pemandu sekolah untuk membincangkan kelancaran program i-THINK di sekolah serta memberi sokongan moral, kewangan dan galakan kepada guru. Penilaian Berterusan Pemerhatian terhadap pdp guru Refleksi Kendiri Hasil kerja Murid Maklum balas Guru Pengalaman Sedia Ada Pentadbir Sekolah Maklum balas JK Pembinaan Modul i-THINK
  • 33. Draf 32 3.5 Hasil Yang Diharapkan Adalah diharapkan pihak sekolah dapat mengenal pasti berlakunya perubahan sikap murid. Perubahan yang diharapkan pada murid adalah : Meningkatkan keyakinan Bermotivasi Menunjukkan minat terhadap pembelajaran Meningkatkan kemahiran berfikir Meningkatkan daya imaginasi (berfikir di luar kotak) Meningkatkan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid Suka bertanya Meningkatkan kerjasama berpasukan Meningkatkan kefahaman murid Seronok dan tidak merasa tertekan
  • 34. Draf 33 3.6 Promosi, Kolaborasi, Rangkaian Jaringan dan Jalinan Untuk melestarikan program i-THINK di sekolah, pentadbir perlu mewujudkan kerjasama dengan pelbagai pihak (dalam dan luar sekolah) di samping mempromosikan program ini.  berkongsi idea dengan sekolah yang melaksanakan i-THINK, sekolah yang memerlukan bantuan dan khidmat nasihat serta mengadakan kunjung bantu.  mengadakan perbincangan berkala bersama ibu bapa tentang pelaksanaan program i-THINK.  menjalin hubungan dengan agensi luar bagi memperoleh sumbangan dana dan idea.  berkolaborasi dengan rakan Thinking School di luar negara.  mengadakan promosi melalui mewujudkan blog sekolah, meletakkan bunting, kain rentang dan brosur di premis sekolah, Hari Terbuka i-THINK, juga membentangkan perkembangan dan pencapaian program ini dalam konvensyen dan seminar pendidikan. Hubungan sekolah dengan agensi luar Kolaborasi, Rangkaian Jaringan dan Jalinan Hubungan sekolah dengan masyarakat pdp guru Promosi Hubungan sekolah dengan rakan luar negara Hubungan sekolah dengan sekolah pelaksanaan Hubungan sekolah dengan agensi luar Pengalaman sedia ada Pentadbir IAB Internet
  • 35. Draf 34 B. PERANAN GURU 1. Penglibatan Guru dalam Aktiviti i-THINK melalui: (I) Kursus, Seminar dan Bengkel a) Kursus dan Seminar i-THINK- dengan menghadiri pelbagai kursus dan seminar program i-THINK dapat membangunkan profesionalisme diri dalam bidang tersebut. b) Bengkel – melalui bengkel-bengkel program i-THINK, guru dapat belajar membuat lapan Peta Pemikiran secara hands-on dan cara menggunakan peta-peta tersebut dengan baik supaya boleh mengajar dengan jelas kepada murid kemudian. Kursus, Seminar - membangunkan Kursus, profesionalisme guru. Seminar, Bengkel. Bengkel – belajar secara hands-on Peta Permifikiran. (II) Mesyuarat a) Mesyuarat Staf – selalu menghadiri mesyuarat staf untuk membuat perbincangan mengenai progres penerapan kemahiran Peta Pemikiran, penguasaan dan penjiwaan murid terhadap konsep i-THINKdalam pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dan lain-lain. b) Mesyuarat Panitia – mendengar dan membincang mengenai perkembangan aktiviti penggunaan alat-alat pemifikiran dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran tertentu. Progres perbincangan Ikut P&P mata pel. Komen Semua Mesyuarat Mesyuarat Ketua Guru Staf Panitia Panitia Minit Mesy Penglibatan Ahli seluruh Laporan Panitia sekolah
  • 36. Draf 35 (III) Portfolio Profesional (a) Guru membina portfolio untuk menyimpan contoh-contoh kerja persediaan pengajaran sendiri dan bahan bantuan mengajar dan sentiasa menambahbaikan kualiti portfolio tersebut. (b) Mengumpul dan menyusun kerja murid secara sistematik untuk memantau perkembangan mereka dan keberkesanan alat pemikiran kepada anak murid yang di bawah mereka. (c) Sistem Buddy – menggalakkan bimbingan rakan sebaya untuk saling belajar di antara guru. Peer Sistem coaching Buddy Pembelajaran Kolaboratif Menyimpan contoh Portfolio BBM Profesional Hasil Kerja Keberkesanan Murid pdp Memantau perkembangan
  • 37. Draf 36 (III) Usaha Kolaboratif (a) Melayari www.thinkingschool.com, www.thinkingschoolinternational.com, www.thingkingschoolethiopa.com, www.ithink.com.my, untuk mendapat maklumat terkini. (b) Menghubungi pakar seperti jurulatih utama kebangsaan dan pegawai meja melalui email untuk mendapat penjelasan sekiranya ada kekliruan. (c) Mewujudkan kerjasama antara rakan guru, ibu bapa, pihak pentadbir tentang persoalan yang mungkin timbul. Usaha Kolaboratif Sumber atas talian pakar rakan - thinkingschool Jurulatih - guru - i-THINK Utama - pentadbir - ethiopia/New Zealand Kebangsaan - ibu bapa 2. Penglibatan Guru dengan Murid dalam Aktiviti i-THINK. (I) Pembelajaran dan Pengajaran (a) Semasa mengajar, guru menggunakan isyarat tangan peta pemikiran i-THINK untuk menunjukkan peta pemikiran yang digunakan. (b) Lapan Isyarat tubuh badan peta pemikiran boleh diajar satu- persatu selepas mengendalikan pdp. Pdp ini bertujuan untuk mengukuhkan ingatan murid mengenai bentuk dan konsep alat pemikiran i-THINK. (c) Sekali sekala, anda boleh mengendalikan formasi badan untuk menambahkan kepelbagaian aktiviti pdp.
  • 38. Draf 37 (II) Merancang dan Melaksanakan Aktiviti Bulan i-THINK Aktiviti i-THINK boleh dirancang mengikut mata pelajaran. Contoh: bulan Januari fokus pada mata pelajaran Sejarah, bulan Februari fokus pada mata pelajaran Sains dan sebagainya. BULAN JANUARI BULAN FEBRUARI BULAN MAC *Sejarah * Sains * Bahasa Inggeris (III) Memberi Tugasan Pengukuhan Guru memberi tugasan pengukuhan kepada murid untuk menggunakan peta pemikiran yang telah diperkenalkan. (IV) Mengadakan Projek Pameran Mengendalikan pertandingan pameran antara kelas. Projek ini juga boleh dijalankan di peringkat sekolah, daerah atau negeri.
  • 39. Draf 38 BAHAGIAN 4 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI I. Bagaimana hendak mengajar kemahiran berfikir aras tinggi? Caranya: 1. Banyakkan soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi seperti soalan yang berbentuk Mengapa? Bagaimana? Terangkan? Berpandangan? 2. Galakkan murid yang menyoal. Setiap kali diakhir pembelajaran minta murid membuat dua soalan berdasarkan apa yang mereka telah belajar. 3. Rujuk Taksonomi Bloom dalam teknik penyoalan. 4. Banyakkan aktiviti inkuiri. II. Contoh soalan (Taksonomi Bloom) berdasarkan cerita Si Tanggang 1. Mengingat ~ Apakah yang dibawa oleh Tanggang dalam kapalnya? 2. Kefahaman ~ Mengapakah Tanggang menghalau perempuan tua yang mengaku dirinya ibu Si Tanggang? 3. Aplikasi ~ Apakah yang anda lakukan sekiranya anda ibu Si Tanggang? 4. Analisis ~ Wajarkah ibu Tanggang berdoa sedemikian kerana berkecil hati dengan sikap si Tanggang? 5. Menilai ~ Apakah pendapat anda tentang perlakuan Si Tanggang? 6. Mencipta ~ Apakah perubahan yang mungkin anda lakukan dalam cerita tersebut untuk menyesuaikannya dengan masa kini? III. Penyoalan yang berkesan ialah soalan-soalan yang : (sumber: Nota Kursus Jurulatih Kebangsaan Kestrel Education) 1. Ringkas dan tidak berulang 2. Mengggalakkan murid berfikir 3. Dinyatakan dengan jelas tanpa murid perlu bertanya maksud soalan tersebut 4. Boleh digunakan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih terperinci 5. Mempunyai skop tertentu 6. Sesuai dengan kebolehan murid 7. Dirancang dan disoal dalam nada perbualan. 8. Logik dan mengikut urutan 9. Ditujukan kepada seluruh kelas/ kumpulan tertentu. Jika kita mahu murid melibatkan diri dalam proses pemikiran yang kreatif dan merangsangkan, sebagai guru kita haruslah menggalakkan mereka bertanyakan soalan aras tinggi
  • 40. Draf 39 BAHAGIAN 5 FAKTA DAN MITOS Bahagian ini cuba menjawab soalan yang sering ditanya. Dengan penjelasan yang diberikan ini anda akan lebih bersedia untuk memperkenalkan peta pemikiran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan juga soal jawab yang disediakan ini dapat melegakan rasa risau anda sebagai seorang guru yang akan memperkenalkan penggunaan peta pemikiran kepada murid buat kali pertama. Sebagai seorang guru yang akan memperkenalkan peta pemikiran dalam pdp buat kali pertama mungkin terdapat banyak keraguan dan persoalan yang timbul. Diharap jawapan yang disediakan akan dapat melengkapkan diri anda untuk menyahut cabaran ini. UNTUK SIAPA? Khasnya untuk dua kumpulan pendidik:  pentadbir yang menguruskan perihal membudayakan program i-THINK di sekolah; dan  guru yang bakal memperkenalkan peta pemikiran kepada murid-murid di sekolah. Soalan 1: Adakah peta pemikiran satu-satunya alat untuk menggalakkan murid berfikir dalam proses pdp? Jawapan: Peta pemikiran hanya merupakan salah satu daripada alat berfikir. Selain itu, mereka boleh menggunakan peta minda yang lain seperti Habits of Minds, Thinking Hats, Thinkers keys, clustering, three story intellect, scamper, route technique, DATT, Mrs. Potter’s Questions, CORT, Mind mapping, Critical Thinking, Brainstorming and the Thinking Sandwich. (Untuk maklumat lanjut sila layari www.thinkingschool.co.uk/)
  • 41. Draf 40 Soalan 2: Mengapakah murid mesti menggunakan peta pemikiran dalam semua mata pelajaran? Jawapan: Murid tidak semestinya semua peta pemikiran dalam satu tajuk atau mata pelajaran. Murid perlu menyesuaikan peta dengan tajuk pembelajaran. Dalam usaha membudayakan kemahiran berfikir, peta pemikiran diperkenalkan sebagai salah satu alat berfikir yang dapat meningkatkan aras pemikiran murid. Soalan 3: Saya keliru antara Peta Dakap dengan Peta Pokok. Apakah perbezaannya? Jawapan: Proses berfikir yang membezakan antara satu peta dengan peta pemikiran yang lain. Peta dakap adalah untuk menunjukkan perhubungan antara keseluruhan dengan sebahagian mengenai sesuatu objek fizikal. Contohnya peta dakap digunakan untuk menunjukkan hubungan bahagian-bahagian kereta yang menjadikan keseluruhan kereta. Manakala peta pokok menunjukkan pemikiran mengelas atau mengkategorikan sesuatu sebagai contoh jenis kenderaan boleh dikategorikan seperti berikut kenderaan darat, udara dan laut. Pembelajaran berpusatkan murid – Penaakulan digalakkan Pembentukan Konsep Kenderaan UdaraLautDarat Sumbangsaran Kereta tayar pintu enjin bonet badan
  • 42. Draf 41 Soalan 4: Adakah penggunaan peta pemikiran dalam proses pdp menyulitkan dari segi pengurusan masa? Jawapan: Tidak. Peta pemikiran adalah alat untuk membantu peningkatan kemahiran berfikir. Soalan 5: Perlukah templet peta pemikiran sentiasa dibekalkan? Jawapan: Tidak. Templet peta pemikiran amat berguna pada peringkat awal apabila guru hendak memperkenalkan penggunaannya. Selepas murid telah memahami konsep peta pemikiran, maka murid-murid boleh melukis peta pemikiran mengikut keperluan tugasan. Soalan 6: Adakah penggunaan peta pemikiran ini akan menjejaskan pembelajaran murid yang akan menduduki peperiksaan awam (Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5)? Jawapan: Tidak, peta pemikiran atau alat pemikiran yang lain dapat membantu murid mengulangkaji pembelajaran Peta Bulatan Peta Pokok Thinking Hats Habits of Mind
  • 43. Draf 42 Soalan 7: Benarkah guru berasa tertekan dengan penggunaan peta pemikiran dalam pdp? Jawapan:Ya, sekiranya mereka menggunakan peta pemikiran sebagai bahan bantu mengajar dan bukan sebagai alat berfikir. Perlu diingati bahawa dapatan telah membuktikan peta pemikiran ini dapat membantu murid belajar dengan berkesan. Gunakan peta pemikiran ini sebagai alat berfikir dalam pdp. Jangan rasa TERTEKAN! Soalan 8: Perlukah guru mencatatkan peta pemikiran yang digunakan dalam Buku Rekod Mengajar? Jawapan: Guru digalakkan mencatat peta pemikiran yang akan digunakan dalam pdp.
  • 44. Draf 43 Soalan 9: Pasukan pemandu rasa agak terbeban apabila Guru Besar/Pengetua meminta mereka memberi taklimat di luar sekolah kerana ilmu mereka pun belum mantap dan masih dalam proses menyesuaikan diri. Adakah perlu pasukan pemandu memainkan peranan dalam menyebar luas program i-THINK? Jawapan: Jangan rasa takut atau tertekan apabila Guru Besar/Pengetua meminta pasukan pemandu berkongsi ilmu mengenai peta pemikiran. Apa yang pasukan pemandu perlu berkongsi adalah: a) Apa itu peta pemikiran dan carta Q-matrik? b) Bagaimanakah hendak menggunakannya? GUNA Pasukan pemandu digalakkan menganggap sesi taklimat itu sebagai sesi perkongsian pengalaman proses pembelajaran sahaja. Soalan 10: Adakah pelestarian program i-THINK akan menjurus ke arah Pembelajaran Berpusatkan Murid? Jawapan: Ya. Semua guru hendaklah memberi murid peluang menggunakan peta pemikiran dalam pembelajaran di mana guru bertindak sebagai fasilitator.
  • 45. Draf 44 RUMUSAN Penglibatan dalam beberapa aktiviti sekolah dapat meningkatkan budaya kemhiran berfikir guru, tetapi.... yang paling utama dapat menghasilkan murid yang mempunyai KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI TIP 1. Pastikan murid sudah bersedia untuk belajar. 2. Pastikan guru memberi masa “Wait time” bagi murid berfikir. 3. Pastikan arahan guru senang difahami murid.
  • 46. Draf 45 Panel Penggubal 1. Dr. Hajar binti Mohd Nor Bahagian Pembangunan Kurikulum 2. Pn. Marzita binti Omar Bahagian Pembangunan Kurikulum 3. Cik Ida Hairani binti Bakar Bahagian Pembangunan Kurikulum 4. Pn. Zainab binti Yusof Institut Pendidikan Guru Malaysia 5. En. Ahmad Salihin bin Mat Saat Institut Aminuddin Baki 6. Pn. Nazhatul Shima binti Aziz Institut Aminuddin Baki 7. Pn. Pavithradevi Ramasamy Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 8. Dr. Idrus bin Kadir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 9. Dr. Chiang Ee Fong Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 10. Dr. Khamdani Sairi Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 11. Dr. Ramesh Rao Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 12. Cik Grace Chang Siew Yeng Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 13. Cik Ong Siow Kim Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 14. En. Peter Ong Eng Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 15. Pn. Anita Sapura binti Shaari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, KL 16. En. Tan Song Kag SK Kiaramas, K. L 17. Pn. Zuliana bt Ismail SK Kiaramas, K. L 18. Pn. Tan Lay Leng SK Kiaramas, K. L 19. Pn. Heryanti binti Mahd Yamin SK Kiaramas, K. L 20. Pn. Ho Siew Leng SJKC Wen Hua, Melaka 21. Pn. Ho Wye Kuan SJKC Wen Hua, Melaka
  • 47. Draf 46 RUJUKAN Hyerle, D. & Yeager, C. ( 2007). Thinking Maps: A Language for Learning. US: Thinking Maps Incorporated. PPK (1999) Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains PPK (2001). Belajar Cara Belajar. Kementerian Pelajaran Malaysia. PPK (2002). Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia Laman web berkaitan boleh dirujuk dan dimuat turun dari laman web BPK http://www.moe.gov.my/bpk a. Klik Penerbitan Modul Semakan Kurikulum Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran b. Klik Penerbitan Sains Teras  Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains c. Klik KSSR  Elemen Merentas Kurikulum,