Ringkasan dokumen tersebut adalah definisi blog sebagai catatan atau tulisan di internet yang menggabungkan teks, imej dan pautan. Blog membolehkan pertukaran maklumat dan pendapat serta menjadi sumber rujukan."
1. Pembangunan Blog 1
PENGENALAN KEPADA BLOG
Definisi Blog
Blog merupakan suatu catatan atau tulisan yang terdapat di jaringan internet. Catatan
yang dibuat adalah mengenai sesuatu tajuk seperti makanan, politik, berita tempatan,
dan sebagainya. Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej, dan pautan ke dalam
blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya.
Kegiatan atau aktiviti untuk membuat dan mengemaskini blog disebut blogging.
Individu yang melakukan blogging disebut dengan blogger (blogawan).
Kepentingan Blog
Dengan adanya blog, seseorang dapat bertukar-tukar maklumat tentang sesuatu
perkara yang mereka tahu dan mendapat maklumbalas daripada ulasan-ulasan yang
diberikan oleh pembaca blog. Oleh itu, catatan yang dilakukan dapat dikongsi oleh
sesiapa sahaja yang melawat ke blog anda.
Blog juga sering menjadi salah satu sumber rujukan utama untuk mengetahui berita-
berita semasa secara rasmi atau tidak. Ia juga menjadi medan atau tempat seseorang
memperkenalkan diri dan juga produk mereka.
Faedah Penghasilan Blog
1. Kewujudan blog secara pesat telah menyebabkan banyak perkara yang telah
diutarakan (fakta sahih atau tidak) dan secara tidak langsung dapat membantu
pengguna blog bertukar-tukar buah fikiran serta pendapat dan memperoleh
maklumbalas tentang sesuatu perkara secara positif. Keupayaan menilai sesuatu
perkara itu amat pening bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.
2. Blog boleh menjadi tempat penyimpanan maklumat yang boleh dirujuk pada bila-bila
masa sahaja.
2. Pembangunan Blog 2
3. Blog mampu memupuk budaya berfikir dan membaca serta pencernaan minda yang
lebih meluas. Ia meingkatkan kreativiti kepada blogawan dalam membentuk karaktor
diri dan blog serta persekitaran blog yang dihasilkan.
4. Seseorang blogawan dapat mempelajari teknik menulis yang lebih baik dari masa ke
masa, ia berkembang bersama pemikiran. Ia mampu memperbaiki corak penulisan
seseorang dan memperkembangkan teknik menulis yang lebih matang. Blog juga
mampu menajamkan lagi teknik penulisan seseorang dan menjadikan seseorang itu
lebih kreatif.
5. Blog juga mampu menjadi senjata serangan pena kepada individu yang berniat tidak
baik kepada seseorang atau sesebuah kumpulan tertentu. Serangan peribadi adalah
suatu budaya yang perlu dielakkan dalam menulis catatan bagi mengelakkan
berlakunya perkara negatif.
Ciri-ciri Sesebuah Blog
1. Blog tidak mengklasifikasikan helaian halaman melalui sistem indeks muka surat
yang berfungsi menyusun kesemua catatan secara berturutan seperti mana
kebiadaan yang terdapat di dalam sesebuah laman web.
2. Blog menggunakan sistem penyusunan kesemua catatan lama melalui kaedah
susunan mengikut tarikh, bulan dan tahun serta kaedah pelabelan. Setiap catatan
dapat dilabelkan dengan apa sahaja perkataan. Sistem label membolehkan
kesemua catatan dapat dipaparkan mengikut label yang diberi.
3. Setiap catatan mempunyai ciri-ciri seperti tarikh dan masa catatan yang dikirim,
penulis catatan, ruangan ulasan bagi pembaca, tajuk blog dan label setiap catatan.
4. Catatan terkini akan diletakkan sebelum catatan terdahulu. Susunan ini
menggunakan kaedah susunan kronologi. Catatan terbaru akan berada paling
teratas di dalam semua catatan yang dibuat.
3. Pembangunan Blog 3
Contoh- contoh Penggunaan Blog
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan blog yang popular pada masa kini.
• Online diary / online journal / personal blog – Blog pribadi, tentang
seseorang
• Political Blog – Blog berkaitan politik
• Travel Blog – Blog berkategorikan travelling, atau panduan travelling
• Fashion Blog – Blog mengenai fashion
• Music Blog – Blog tentang muzik
• Education Blog – Blog tentang pendidikan
Rajah 1: Blog pribadi
Rajah 2: Blog Perniagaan
5. Pembangunan Blog 5
MENGHASILKAN BLOG SENDIRI
Penciptaan Blog
Google Blogger telah dipilih sebagai platform untuk penciptaan akaun blog untuk modul
ini. Google Blogger dipilih kerana ia mempunyai tahap keselamatan data yang boleh
dipercayai serta menawarkan perkhidmatan secara percuma tanpa had simpanan data.
Google Blogger juga mempunyai fungsi editor yang mudah dan senang untuk
dikendalikan dan amat sesuai untuk seseorang blogawan.
Google Blogger boleh dilayari melalui dua URL (uniform resource locator) iaitu:
i. http://www.blogger.com
ii. http://www.blogspot.com
Google Blogger menyediakan tiga langkah mudah untuk menghasilkan bloh secara
mudah dan cepat. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti ialah:
1. Menghasilkan akaun Blogger (akaun google).
2. Menamakan blog.
3. Memilih templat yang sesuai untuk blog.
Langkah-langkah Penciptaan Blog Baru
1. Untuk menghasilkan blog baru, langkah pertama yang perlu diambil ialah membuka
laman web Google Blogger. Rajah 4 menunjukkan antaramuka laman web Google
Blogger.
6. Pembangunan Blog 6
Rajah 4: Antaramuka Google Blogger
2. Untuk mencipta blog, sila klik pada butang ’Create a Blog’
3. Selepas butang tersebut diklik, antaramuka seperti di dalam Rajah 5 akan
dipaparkan.
Pengguna yang telah mempunyai akaun google, langkah untuk pendaftaran blog
dipendekkan iaitu anda hanya perlu rakam masuk (sign in) ke akaun google.
Manakala, pengguna yang masih tidak mempunyai sebarang akaun dari
perkhidmatan google. Perlu mengikuti langkah-langkah seperti yang dipaparkan di
dalam Rajah 5.
7. Pembangunan Blog 7
Rakah 5: Antaramuka penciptaan akaun Google
i. Alamat e-mel (Email Address)
Alamat e-mel yang sudah wujud. Mesti mempunyai akaun e-mel dari penyedia e-
mel. Anda akan menggunakan alamat e-mel ini untuk log masuk ke dalam akaun
Google Blogger atau servis lain yang disediakan oleh google.
8. Pembangunan Blog 8
ii. Taip semula alamat e-mel (Retype email address)
Taip semula alamat e-mel untuk mengelakkan kesalahan ejaan untuk alamat e-
mel yang diberi. Fungsi ini penting untuk memastikan semua maklumat dapat
dihantar ke alamat e-mel yang betul
iii. Masukkan kata laluan (Create a password)
Kata laluan haruslah tidak kurang daripada 8 aksara. Kata laluan yang
mempunyai kombinasi angka dan huruf adalah amat digalakkan untuk
memungkinkan ia selamat dari diteka oleh oleh yang tidak bertanggungjawab.
iv. Taip semula kata laluan (Retype passwrod)
Taip semula kata laluan bagi memastikan kata laluan yang dimasukkan adalah
sama dengan apa yang anda taip sebelum ini.
v. Papar nama (Display name)
Memaparkan nama bagi identiti blog anda. Nama ini akan dipaparkan pada
setiap bahagian catatan kiriman anda.
vi. Notifikasi e-mel (Email notification)
Anda boleh memilih samada untuk menanda atau tidak pada ruangan ini. Jika
anda pilih untuk menanda pada kotak yang disediakan, ini bermakna anda akan
diberikan e-mel notifikasi berkaitan dengan pengumuman, servis, serta
maklumat-maklumat terkini yang lain.
vii. Tarikh lahir (Birthday)
Anda perlu memasukkan tarikh lahir anda di ruangan ini mengikut format yang
disediakan.
viii. Pengesahan perkataan (Word verification)
Taipkan semula aksara yang kelihatan pada imej tersebut. Jika aksara yang
diterbitkan sukar dibaca, sila klik pada ikon bantuan di sebelah untuk
menukar paparan aksara.
9. Pembangunan Blog 9
ix. Penerimaan terma syarat (Acceptance on terms)
Anda perlu menanda pada bahagian ini untuk menentukan bahawa anda telah
bersetuju dengan terma dan peraturan yang ditetapkan. Sila klik pada bahagian
’Syarat Perkhidmatan’ untuk mengetahui terma dan peraturan yang ditetapkan.
4. Setelah semua maklumat diisi, anda perlu klik pada butang ’continue’
untuk melakukan langkah seterusnya.
5. Apabila butang ’continue’ telah diklik, antaramuka untuk memberikan nama kepada
blog seperti di dalam Rajah 6 akan dipaparkan.
Rajah 6: Antaramuka untuk menetapkan nama blog.
i. Tajuk blog (Blog title)
Cipta tajuk untuk blog anda. Tajuk blog akan menjadi identiti blog anda dan akan
dipaparkan pada blog anda serta di dalam profil blog anda.
10. Pembangunan Blog 10
ii. Alamat blog (URL) (Blog address (URL))
Cipta alamat URL untuk blog anda sendiri. Nama bagi alamat URL blog anda
akan menjadi sub-domain kepada alamat blogspot.com. Alamat anda
seharusnya tidak mempunyai ruangan kosong di antara 2 perkataan, serta
pastikan ia diletakkan bersama tanda sengkang ’-’ atau ’_’.
Tips: Alamat URL yang bersifat unik akan senang diidngati.
iii. Pengesahan perkataan (Word verification)
Taipkan semula aksara yang kelihatan pada imej tersebut. Jika aksara yang
diterbitkan sukar dibaca, sila klik pada ikon bantuan di sebelah untuk
menukar paparan aksara.
6. Setelah semua maklumat diisi, anda perlu klik pada butang ’continue’
untuk meneruskan ke langkah seterusnya.
7. Apabila butang ’continue’ telah diklik, maka anda akan dipaparkan antaramuka untuk
memilih templat yang sesuai untuk blog yang dihasilkan (seperti yang dipaparkan di
dalam Rajah 7).
11. Pembangunan Blog 11
Rajah 7: Antaramuka untuk memilih templat.
8. Anda boleh memilih mana-mana templat mengikut citarasa masing-masing. Setelah
templat telah dipilih, sila klik pada butang ’comtinue’ untuk
meneruskan ke langkah seterusnya.
9. Paparan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8 akan dipaparkan apabila anda
menekan butang ’continue’. Ini bermakna, blog anda telah berjaya dihasilkan dan
anda boleh memulakan aktiviti ’blogging’ sekarang.
12. Pembangunan Blog 12
Rajah 8: Antaramuka blog yang telah berjaya dicipta.
13. Pembangunan Blog 13
Memulakan Catatan Baru
Untuk memulakan catatan baru, klik pada pautan ’Catatan Baru’ (’New Post’) yang
terdapat pada hadapan papan pemuka. Antaramuka seperti Rajah 9 akan dipaparkan.
1 5
2
3
4
6 7
Rajah 9: Antamuka untuk memulakan catatan baru
1. Tajuk (Title)
Masukkan tajuk catatan baru anda. Ia akan dipaparkan pada bahagian atas
setiap catatan.
2. Senarai alatan mudah guna (Option tools)
Alatan bantuan yang dapat digunakan untuk memudahkan anda membuat
catatan.
3. Medan catatan
Ruang untuk anda membuat catatan pada blog.
14. Pembangunan Blog 14
4. Label
Melabelkan catatan. Ia digunakan untuk memudahkan pengasingan setiap
catatan mengikut kategori. Ia boleh dianggap sebagai kata kunci untuk setiap
catatan.
5. Edit HTML
Berfungsi bagi penambahan sebarang kod HTML atau JavaScript. Kod-kod
HTML dapat digunakan sebagai fungsi tambahan yang mungkin tiada pada
senaraian alatan mudah guna yang disediakan oleh blogger.com.
6. Butang ’TERBITKAN CATATAN’ (PUBLISH POST)
Klik butang ini untuk menerbitkan catatan anda.
7. Butang ‘SIMPAN SEKARANG’ (SAVE NOW)
Butang ini berfungsi untuk menyimpan catatan tanpa menerbitkannya. Catatan
tidak akan disiarkan selagi ia tidak diterbitkan. Fungsi simpan catatan juga
dilakukan secara automatik oleh blogger.com bagi mengelakkan kehilangan data
semasa menghasilkan catatan.
15. Pembangunan Blog 15
Susun Atur Blog
Fungsi lain yang terdapat di dalam Papan Pemuka ialah tetapan susun atur
(customize). Di dalam struktur susun atur ini akan mengandungi 4 pecahan tetapan
utama seperti berikut:
i. Elemen laman (Page elements)
Opsyen penyusunan reka letak laman.
Rajah 10: Antaramuka Elemen Laman
Rajah 10 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai elemen laman pada
blog yang dihasilkan. Elemen Laman membenarkan setiap elemen pada
bahagian blog diubahsuai kedudukan dan diatur mengikut keperluan semasa.
Anda boleh menggunakan teknik ’tarik dan lepas’ untuk menyusun kedudukan
elemen tersebut.
16. Pembangunan Blog 16
ii. Fon dan warna (Fonts and colors)
Menentukan jenis dan warna fon bagi keseluruhan blog.
Rajah 11: Antaramuka untuk menetukan jenis dan warna fon.
Rajah 11 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai jenis dan warna pada
blog yang dihasilkan. Anda dibenarkan untuk memilih jenis dan warna fon
mengikut citarasa masing-masing. Blogger.com akan menggunakan jenis dan
warna fon lalai mengikut templat yang telah dipilih sekiranya anda tidak
melakukan sebarang perubahan pada bahagian ini.
iii. Edit HTML
Mengubahsuai kod-kod HTML serta meletakkan kod-kod HTML tambahan
kepada templat.
17. Pembangunan Blog 17
Rajah 12: Antaramuka untuk melakukan pengubahsuaian pada kod HTML
Rajah 12 menunjukkan antaramuka untuk mengubahsuai kod HTML pada blog
yang dihasilkan. Anda dibenarkan untuk menambah kod-kod HTML dan juga
kod JavaScript yang baru pada blog anda. Bahagian ini juga amat berguna
sekiranya anda ingin memasukkan templat blog yang tidak terdapat di dalam
senarai templat yang disediakan oleh blogger.com. Selain itu, bahagian ini juga
amat berguna untuk anda memasukkan fungsi-fungsi widget tambahan ke
dalam blog anda.
18. Pembangunan Blog 18
iv. Pilih templat baru (Pick new template)
Memilih templat lalai yang disediakan oleh blogger.com.
Rajah 13: Antaramuka untuk menukar templat untuk blog yang dihasilkan.
Rajah 13 menunjukkan antaramuka untuk anda menukar templat untuk blog
yang telah dihasilkan. Anda hanya perlu memilih templat yang bersesuaian dan
ia boleh dilakukan berulang kali.