SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA DISLEKSIA 
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan 
Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; 
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza 
daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap 
disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. 
Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa 
dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. 
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian 
perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar 
belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. 
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah 
yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah 
keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan 
oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun 
(Psychological Society, 1991 dan Hammond dan Hughes, 1996) 
Faktor Biologi juga dikesan antara punca disleksia yang berlaku. Sejarah kanak-kanak 
disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan 
oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi 
punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada 
kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan 
kerosakan ini minimum. 
Kesukaran ibu semasa dilahirkan seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan 
oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi yang dihadapi ibu semasa proses kelahiran. 
Semua faktor ini berkemungkinan menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan 
pada otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia 
(Hammond dan Hughes, 1996; 11).
Dejerine (1892) (disunting oleh Spatford dan Grosser) telah membuat 
kesimpulan bahawa disleksia adalah berpunca daripada kerosakan pada ‘Corpus 
Callosum’ dan ‘Visual Cortex’ dalam otak manusia. 
Faktor Kematangan murid-murid yang menghadapi masalah disleksia ini, 
biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia. Ada kanak-kanak 
yang lebih lambat perkembangannya pada bahagian-bahagian tertentu dalam 
sistem saraf jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. 
“Ini kerana otak mereka tidak memproses dan menerima maklumat seperti kanak -kanak 
normal. Sistem impuls otak yang bergerak ke kiri dan ke kanan tidak sama. Dan, mereka 
juga tidak mempunyai bahagian otak yang dominan,” jelas Pensyarah Kanan Psikologi 
Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Dr. Samsilah Roslan. 
Disleksia disebabkan oleh kelainan di dalam struktur dan fungsi otak, malah ia boleh 
diwarisi dari ahli keluarga. Namun begitu, kajian masih tidak dapat memastikan punca 
sebenar yang menyebabkan kondisi ini. 
Statistik menunjukkan lebih 500,000 kanak-kanak Malaysia menghadapi cabaran hidup 
disleksia. Pecahan peratusan sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus mendapati kanak-kanak 
mengalami masalah disleksia pada tahap ringan manakala empat peratus di 
tahap yang teruk. 
Walaupun dislesksia merupakan masalah yang dihadapi sepanjang hayat, kanak-kanak 
yang mengalaminya masih dapat diatasi dengan dorongan, sokongan dan bantuan yang 
sewajarnya. 
“Sekiranya mendapati anak-anak mengalami masalah dislesksia, segeralah dibawa 
berjumpa pakar atau guru pendidikan khas. Ini kerana jika tidak dibendung pada tahap 
awal masalah ini akan melarat sehingga dewasa.
“Kesannya, kanak-kanak menerima sumber maklumat yang terhad, keyakinan diri 
semakin menurun kerana rasa malu dan bodoh, tidak bijak dalam pelajaran dan sukar 
untuk menjadi individu yang profesional,” ujar Dr. Samsilah yang memberitahu kanak - 
kanak disleksia tidak boleh berasa cemas dan takut. 
Selain itu,faktor penyumbang berlakunya kanak-kanak disleksia ini kerana 
dinyatakan bahawa, kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-kanak 
perempuan. Perkembangan kematangan kanak-kanak lelaki secara umumnya berlaku 
secara mendadak dan tidak berperingkat seperti kanak-kanak perempuan. Kelewatan 
kematangan merupakan antara kemungkinan punca kanak-kanak mengalami disleksia. 
Bagaimana Disleksia terjadi? 
Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan 
kesilapan yang dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. 
Perbezaannya adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan 
menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan 
menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiran 
membaca dan menulis. 
Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. 
Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan 
kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi 
masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. 
Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak 
perempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak 
tanggungjawab berbanding orang perempuan. 
Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang 
sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau
dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian 
otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya. 
Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai 
kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai 
bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah keterbalikkan perkataan dan huruf 
kepada kanak-kanak ini. 
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah disleksia adalah 
disebabkan oleh pengajaran guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang 
hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu 
kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia. 
Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak 
itu. Kanak-kanak di ajar komunikasi secara tidak betul. Masalah pelat berlaku di 
kalangan kanak-kanak seperti ini kerana dalam anggota keluarga gemar menggunakan 
komunikasi secara pelat. Ini menyebabkan komunikasi kank-kanak ini tidak berkesan, 
kurang keyakinan, tidak mahu kehadapan, menyendiri dengan kesilapan yang sering di 
ulan-ulang. Akibat tidak berani untuk bertanya dan lebih gemar mendiamkan diri 
kesilapan yang sama dilakukan maka mereka melakukan masalah disleksia ini dalam 
penulisan.
Jenis-Jenis Disleksia 
1) Disleksia Visual 
Tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya 
ianya bermakna. Perkataan –perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik. 
Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol. 
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta 
konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk 
diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian 
perkataan adalah secara terbalik. 
2) Disleksia Auditori 
Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi 
huruf yang diperdengarkan padanya. Sukar mengingati bunyi huruf, memahami bunyi 
mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut 
perkataan. 
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata 
perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan 
perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. 
Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia 
auditori. 
3) Disgraphia 
Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis 
dengan baik dan tulisannya dapat dibaca. Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini 
disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

Más contenido relacionado

La actualidad más candente (13)

Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Pkk isl
Pkk islPkk isl
Pkk isl
 
Topik 2 (2)
Topik 2 (2)Topik 2 (2)
Topik 2 (2)
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner
 
Kanak-kanak keperluan khas
Kanak-kanak keperluan khasKanak-kanak keperluan khas
Kanak-kanak keperluan khas
 
P.khas.lan
P.khas.lanP.khas.lan
P.khas.lan
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Disleksia faktor
Disleksia  faktorDisleksia  faktor
Disleksia faktor
 
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
 
KAJIAN KES PERBANDINGAN PENGARUH BAKA DAN PERSEKITARAN
KAJIAN KES PERBANDINGAN PENGARUH BAKA DAN PERSEKITARAN KAJIAN KES PERBANDINGAN PENGARUH BAKA DAN PERSEKITARAN
KAJIAN KES PERBANDINGAN PENGARUH BAKA DAN PERSEKITARAN
 

Destacado (15)

บทที่1
บทที่1บทที่1
บทที่1
 
MIRROR WAR 1st CBT REPORT
MIRROR WAR 1st CBT REPORT MIRROR WAR 1st CBT REPORT
MIRROR WAR 1st CBT REPORT
 
Angkringan Gadget 2014
Angkringan Gadget 2014Angkringan Gadget 2014
Angkringan Gadget 2014
 
บทที่1
บทที่1บทที่1
บทที่1
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
 
Ict dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaranIct dalm pembelajaran
Ict dalm pembelajaran
 
MIRROR WAR 2nd CBT REPORT
MIRROR WAR 2nd CBT REPORTMIRROR WAR 2nd CBT REPORT
MIRROR WAR 2nd CBT REPORT
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensori
 
Fp java8
Fp java8Fp java8
Fp java8
 
Seni dlm pendidikan m1
Seni dlm pendidikan m1Seni dlm pendidikan m1
Seni dlm pendidikan m1
 
Bab 1 teknologi pendidikan
Bab 1 teknologi pendidikanBab 1 teknologi pendidikan
Bab 1 teknologi pendidikan
 
Peta minda teori pemerolehan bahasa
Peta minda teori pemerolehan bahasaPeta minda teori pemerolehan bahasa
Peta minda teori pemerolehan bahasa
 
Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksia
 
Panji panji ppk
Panji panji ppkPanji panji ppk
Panji panji ppk
 
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
 

Similar a Isl tajuk 2

Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksia
Nur Kareena
 
Disleksia powerpoint
Disleksia powerpointDisleksia powerpoint
Disleksia powerpoint
Eni Ghazali
 
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptxTugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
sharinamazilan
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
GabanSiam
 
Comunication khairul
Comunication khairulComunication khairul
Comunication khairul
akmalfiraz
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
cikgusuepkhas
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
Atiqah Latiff
 

Similar a Isl tajuk 2 (20)

Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksia
 
119
119119
119
 
1
11
1
 
Disleksia powerpoint
Disleksia powerpointDisleksia powerpoint
Disleksia powerpoint
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdfEDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
EDUP3103: LEMBAM (SLOW LEARNER) .pdf
 
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptxTugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
Tugasan ESN412...Sharina Mazilan Power Point.pptx
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHDNota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Slide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksiaSlide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksia
 
Articel down syndrome
Articel down syndromeArticel down syndrome
Articel down syndrome
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Comunication khairul
Comunication khairulComunication khairul
Comunication khairul
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 

Isl tajuk 2

  • 1. FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA DISLEKSIA Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun (Psychological Society, 1991 dan Hammond dan Hughes, 1996) Faktor Biologi juga dikesan antara punca disleksia yang berlaku. Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum. Kesukaran ibu semasa dilahirkan seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi yang dihadapi ibu semasa proses kelahiran. Semua faktor ini berkemungkinan menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan pada otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia (Hammond dan Hughes, 1996; 11).
  • 2. Dejerine (1892) (disunting oleh Spatford dan Grosser) telah membuat kesimpulan bahawa disleksia adalah berpunca daripada kerosakan pada ‘Corpus Callosum’ dan ‘Visual Cortex’ dalam otak manusia. Faktor Kematangan murid-murid yang menghadapi masalah disleksia ini, biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia. Ada kanak-kanak yang lebih lambat perkembangannya pada bahagian-bahagian tertentu dalam sistem saraf jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. “Ini kerana otak mereka tidak memproses dan menerima maklumat seperti kanak -kanak normal. Sistem impuls otak yang bergerak ke kiri dan ke kanan tidak sama. Dan, mereka juga tidak mempunyai bahagian otak yang dominan,” jelas Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Dr. Samsilah Roslan. Disleksia disebabkan oleh kelainan di dalam struktur dan fungsi otak, malah ia boleh diwarisi dari ahli keluarga. Namun begitu, kajian masih tidak dapat memastikan punca sebenar yang menyebabkan kondisi ini. Statistik menunjukkan lebih 500,000 kanak-kanak Malaysia menghadapi cabaran hidup disleksia. Pecahan peratusan sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus mendapati kanak-kanak mengalami masalah disleksia pada tahap ringan manakala empat peratus di tahap yang teruk. Walaupun dislesksia merupakan masalah yang dihadapi sepanjang hayat, kanak-kanak yang mengalaminya masih dapat diatasi dengan dorongan, sokongan dan bantuan yang sewajarnya. “Sekiranya mendapati anak-anak mengalami masalah dislesksia, segeralah dibawa berjumpa pakar atau guru pendidikan khas. Ini kerana jika tidak dibendung pada tahap awal masalah ini akan melarat sehingga dewasa.
  • 3. “Kesannya, kanak-kanak menerima sumber maklumat yang terhad, keyakinan diri semakin menurun kerana rasa malu dan bodoh, tidak bijak dalam pelajaran dan sukar untuk menjadi individu yang profesional,” ujar Dr. Samsilah yang memberitahu kanak - kanak disleksia tidak boleh berasa cemas dan takut. Selain itu,faktor penyumbang berlakunya kanak-kanak disleksia ini kerana dinyatakan bahawa, kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Perkembangan kematangan kanak-kanak lelaki secara umumnya berlaku secara mendadak dan tidak berperingkat seperti kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan merupakan antara kemungkinan punca kanak-kanak mengalami disleksia. Bagaimana Disleksia terjadi? Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiran membaca dan menulis. Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang perempuan. Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau
  • 4. dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya. Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah disleksia adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia. Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak itu. Kanak-kanak di ajar komunikasi secara tidak betul. Masalah pelat berlaku di kalangan kanak-kanak seperti ini kerana dalam anggota keluarga gemar menggunakan komunikasi secara pelat. Ini menyebabkan komunikasi kank-kanak ini tidak berkesan, kurang keyakinan, tidak mahu kehadapan, menyendiri dengan kesilapan yang sering di ulan-ulang. Akibat tidak berani untuk bertanya dan lebih gemar mendiamkan diri kesilapan yang sama dilakukan maka mereka melakukan masalah disleksia ini dalam penulisan.
  • 5. Jenis-Jenis Disleksia 1) Disleksia Visual Tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianya bermakna. Perkataan –perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik. Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol. Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. 2) Disleksia Auditori Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi huruf yang diperdengarkan padanya. Sukar mengingati bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan. Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori. 3) Disgraphia Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis dengan baik dan tulisannya dapat dibaca. Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio