3. 1. Kelayakan Guru Sains
• Guru yang hendak mengunakan sumber atau bahan
radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah guru
yang berpengetahuan dan berpegalaman dalam
pengendalian bahan radioaktif.
4. 2. Pembelian dan pengendalian sumber
radioaktif
1) Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif hendaklah
mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri.
2) Jubah makmal dan cermin mata keselamatan hendaklah dipakai
semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan
radioaktif.
3) Kerja yang menggunakan cecair radioaktif hendaklah dijalankan di
atas dulang atau talam. Selepas menjalankan eksperimen, tangan
hendaklah dibasuh dengan sabun dengan bersih sebelum
meninggalkan makmal.
5. 4) Sumber radioaktif hendaklah sentiasa dikendalikan dengan
pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan.
5) Pengunaan sumber cecair atau sumber yang lebih aktif tidak boleh
dikendalikan dengan mulut ( misalnya dengan menggunakan pipet
dan botol basuh ). Sumber radioaktif janganlah sekali-kali
dihampirkan dengan mata.
6) Bahan radioaktif mestilah disimpan di dalam bekas plumbum.
Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukan oleh guru tertentu
yang bertanggunjawab ke atasnya sahaja. Jika sumber radioaktif
digunakan, maka sarung tangan keselamatan hendaklah dipakai.
7) Sisa-sisa radioaktif hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang
ditentukan baginya.
6. 3. Penyimpanan
1. Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie
sumber terbuka dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan
sumber tidak dibenarkan 4 millicurie.
2. Sumber radioaktif seperti strontium 90 atau mana-mana nuklid
seperti radium tidak boleh digunakan kerana ia membebaskan
zarah alfa.
3. Semua bahan yang dibenarkan penggunaannya hendakalah
disimpan di dalam stor atau almari bertanda dan berkunci dan
jabatan bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang bahan-
bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan.
7. 4. Stor atau almari tersebut hendaklah berasingan dan dos yang
dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira dan disukat serta
ditanda padanya. Seseorang tidak boleh didedahkan kepada
sumber radioaktif dengan tidak melebihi daripada 50 milirad
setahun.
5. Jika kecurian atau kehilangan sumber radioaktif, pihak polis,
Jabatan Kimia dan Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah
diberitahu serta-merta.
6. Semua sumber dan bekas radioaktif hendaklah dilabelkan
dengan terang berserta dengan sumber berbahaya. Ia
hendaklah disimpan didalam stor yang tersebut dan terkunci bila
tidak digunakan.
8. 4. Kemalangan Dalam Makmal
1. Bahan-bahan lembab yang tumpah hendaklah dilap hingga
kering . Dulang atau bekas mengisi bahan tumpahan ini
hendaklah dibasuh dengan sabun atau bahan pencuci.
2. Sebarang pencemaran di lantai, bangku atau lain-lain
permukaan makmal hendakalah dibasuh dengan bersih dan
diukur kekuatan keradioaktifannya.
3. Pakaian yang tercemar hendaklah dihantar kepada orang
yang pakar dalam bidang teknik pelupusan (seperti Pegawai
Keselamatan Radioaktif Hospital ) untuk tindakan
selanjutnya.
9. 5. Pelupusan
1. Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan
kepada pembekal atau pengeluarnya.
2. Jika sumber tertutup disyaki
merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan
hendaklah diberitahu dengan segera.