Belalang tidak mendengar nasihat teman-temannya untuk mengumpul makanan sebelum musim hujan, lalu ketika hujan turun belalang menjadi lapar dan sakit. Semut melihat keadaan belalang yang lemah dan meminta bantuan teman-teman lain untuk menyembuhkan belalang. Belalang akhirnya sembuh dan belajar untuk selalu mendengar nasihat dari teman-temannya.
4. Di dalam sebuah taman
bunga, terdapat seekor belalang yang
suka menyanyi dan menari. Belalang
mempunyai ramai teman di dalam taman
itu. Ada rama-rama, lebah dan semut
yang sangat rajin dan baik hati.
5. Pada suatu hari, belalang mencari
kesemua rakan-rakannya untuk bermain
tetapi mereka semua sedang sibuk
mencari makanan dan berpindah untuk
berlindung sebelum musim hujan tiba.
Belalang tidak percaya hujan akan
turun sebentar lagi, dia tidur kerana
keletihan. Hujan turun dengan lebat
lalu belalang terbangun. Ia berasa
sangat lapar tetapi di rumahnya tiada
makanan.
6. “Bila hujan berhenti bolehlah saya
mencari makanan,” katanya dalam hati.
Apabila dia terjaga, hujan tetap turun
dengan lebat. Belalang berasa menyesal
kerana tidak mengikut nasihat rakannya
untuk mencari makanan sebelum musim
hujan.
7. Akhirnya belalang jatuh sakit. Apabila
hujan berhenti, semut teringat akan
belalang. Dia keluar dari sarangnya dan
pergi ke rumah belalang. Ia amat
terperanjat melihat belalang yang
terlantar di atas katil di rumah.
8. “Saya akan membawa makanan,” kata
semut kepada belalang apabila melihat
belalang terlalu lemah dan pucat. Semut
mencari lebah dan rakannya yang lain
untuk menolong belalang.
Akhirnya belalang sembuh dan sihat.
Belalang insaf dan sering mendengar
nasihat daripada rakannya.