SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 68
Descargar para leer sin conexión
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Pendahuluan 3
Situasi Kesihatan Global dan Malaysia 5
Penyakit Jantung 7
Kanser/ Barah 11
Strok 14
Diabetes (Kencing Manis) 16
Osteoporosis 18
Athritis 21
Alzheimer 23
Obesiti (Kegemukan) 25
Kesedaran Kepentingan Kesihatan 28
Nilai Herba Dalam Dunia Kesihatan 28
Langkah Memartabatkan Industri hera 32
Tongkat Ali 33
Kacip Fatimah 39
Isu berkenaan tongkat ali & kacip fatimah 41
Misai Kucing 45
Hempedu Bumi 47
Dukung Anak 49
Cabaran Industri Herba ke Peringkat Globalisasi 51
Isu dan cabaran dalam penanaman herba 51
Isu dan cabaran dalam proses dan formulasi produk herba 53
Isu dan cabaran penghasilan produk herba 56
Isu dan cabaran yang dihadapi dalam bidang pemasaran dan pengedaran 58
Isu dan cabaran industri herba dan bioteknologi 61
Usaha Membawa Industri Herba ke Peringkat Global 65
2
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
PENDAHULUAN
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan sumber
khazanah alam semulajadi dan sesuai dijadikan sebagai pusat penghasilan dan
perubatan herba tradisional secara komersial. Usaha memperkembangkan
industri ini memerlukan penglibatan petani dan pengusaha sama ada secara
langsung atau tidak langsung.
Bagi pengusaha tanaman herba, mereka mudah untuk mendapatkan tanaman ini
terus dari kawasan hutan atau melakukan proses perkembangbiakan tanaman
daripada benih yang diperolehi.Tanaman herba yang diperolehi akan digunakan
sebagai bahan dalam perubatan herba tradisional. Industri perubatan herba
tradisional di Malaysia diyakini mampu meningkatkan sumber ekonomi negara.
Malaysia memiliki sebanyak 7,000 spesies tanaman herba yang berkhasiat.
Walau bagaimanapun, khasiat tanaman herba masih belum dapat dlmanfaatkan
sebaik mungkin dalam mengubati sesuatu penyakit. Keadaan ini amat merugikan
masyarakat secara Umumnya dan juga perkembangan ekonomi negara. Bagi If
bahagian masyarakat terutamanya masyarakat Melayu, mereka menganggap
kaedah rawatan melalui ptnggunaan tanaman herba merupakan satu kaedah
ptrubatan tradisional bersifat alternatif yang memiliki ktunggulan dan keunikan
yang tersendiri.
Kesedaran tentang bahaya penggunaan bahan-ian kimla yang terkandung di
dalam ubat-ubat moden inyebabkan masyarakat klni beralih untuk kembali
menggunakan khazanah alam secara semulajadi. Dalam bidang perubatan pula,
keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan tanaman herba semakin penting
3
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
dan bernilai di mata masyarakat. Malangnya, sehingga kini, penghasilan
tanaman herba hanya dilakukan secara sederhana kerana ia hanya digunakan
sebagai bahan asas dalam penyediaan ramuan ubat tradisional. Ini menyebabkan
wujudnya masalah dalam memenuhi permintaan di pasaran tempatan dan tahap
kualiti eksport herba ke luar negara.
Masyarakat kini memerlukan tanaman herba dalam kuantiti yang besar. Bagi
mengatasi masalah kekurangan tanaman herba untuk memenuhi keperluan
tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan sebagai contohnya; usaha pembiakan
tanaman herba yang dilakukan dalam skala yang lebih luas. Malah, telah ada
usaha-usaha manusia untuk mengumpul dan menanam tanaman herba atau
ubatan dalam satu kebun atau taman (seperti di UKM, USM dan FRIM) bagi
menyelamatkan spesies tanaman yang penting daripada terus pupus akibat
proses pembangunan fizikal yang kian pesat. Kebanyakan daripada usaha-usaha
mengkebunkan tanaman ini dibuat berdasarkan klasifikasi jenis penyakit
(pengelasan farmasi). Usaha ini juga bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis
tanaman yang ditanam agar spesies atau genera tanaman utama dapat terus
dipelihara dan terpelihara.
Terdapat beberapa halangan yang terpaksa dihadapi oleh petani atau pengusaha
dalam menghasilkan tanaman herba. Antaranya, perbezaan yang ketara antara
permintaan dan penghasilan tanaman herba serta penawaran harga tanaman
herba yang tidak tetap di pasaran. Ini berikutan dengan kurangnya pengetahuan
para pengusaha dalam menghasilkan tanaman herba yang bermutu dari segi
kualiti dan kuantiti serta jenis pengeluaran herba yang diperlukan.
4
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
SITUASI KESIHATAN GLOBAL DAN MALAYSIA
Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2008 sahaja, lebih
13.4 juta orang mati disebabkan berpunca daripada penyakit Kardiovaskular iaitu
7.25 juta penghidap penyakit jantung dan 6.15 daripada mengalami strok.
Berikut jadual 10 penyakit pembunuh tertinggi di dunia pada tahun 2008.
(Rujukan: Pertubuhan Kesihatan Dunia, Jun 2011)
PENYAKITPENYAKITPENYAKITPENYAKIT JUMLAH KEMATIAN (JUTAJUMLAH KEMATIAN (JUTAJUMLAH KEMATIAN (JUTAJUMLAH KEMATIAN (JUTA
ORANG)ORANG)ORANG)ORANG)
SERANGAN JANTUNG 7.25
STROK 6.15
JANGKITAN PARU-PARU 3.46
RADANG SALUR PERNAFASAN KRONIK 3.28
DIARRHEA 2.46
HIV/AIDS 1.78
BARAH PARU-PARU 1.39
TUBERCULOSIS 1.34
DIABETES 1.26
KEMALANGAN JALAN RAYA 1.21
Jadual 1 :10 Penyakit Pembunuh Tertinggi di Dunia Pada Tahun 2008.
(Rujukan: Pertubuhan Kesihatan Dunia, Jun 2011)
5
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih daripada 3 juta rakyat
Malaysia berisiko menghidapi penyakit jantung dan 1 daripada 6 kematian di
hospital-hospital di negara ini berpunca daripada penyakit Kardiovaskular (iaitu
penyakit jantung dan strok)
Pada tahun lalu sahaja, 25.4 peratus (11,812) kematian adalah akibat penyakit
kardiovaskular. dan kira-kira 35% dari kematian akibat penyakit kardiovaskular
berlaku di kalangan individu berumur kurang dari 60 tahun.
Jadual dibawah menunjukkan 10 penyakit utama yang menyebabkan kematian
2010. (Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia: Laporan Tahunan 2010)
PenyakitPenyakitPenyakitPenyakit Jumlah kematian (Orang)Jumlah kematian (Orang)Jumlah kematian (Orang)Jumlah kematian (Orang)
Serangan Jantung 11808
Masalah Pernafasan 8597
Jangkitan Parasit 8296
Neoplasms 5532
Kecederaan & Keracunan 2331
Masalah Pencernaan 2218
Genitourinary 2033
Masalah Perinatal 1543
Masalah Klinikal Abnormal 932
Kekurangan Nutrien 801
JumlahJumlahJumlahJumlah 46, 58846, 58846, 58846, 588
Jadual 2:10 penyakit utama yang menyebabkan kematian 2010
(Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia: Laporan Tahunan 2010)
6
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa
kanser, penyakit jantung dan penyakit kronik lain telah membunuh lebih 24 juta
orang setiap tahun. Ia juga telah menyebabkan penderitaan ratusan juta orang di
seluruh dunia.
Secara umumnya terdapat 8 penyakit utama yang kronik di seluruh dunia iaitu:
1- Penyakit Jantung
2- Kanser/ Barah
3- Strok
4- Diabetes (Kencing Manis)
5- Osteoporosis
6- Athritis
7- Alzheimer
8- Obesiti (Kegemukan)
Penyakit Jantung
Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di
dunia, dan dianggap yang membunuh kira-kira 7.2 juta manusia setiap tahun di
dunia.Ia Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi
pembunuh misteri. Diabetes , hipertensi, kegemukan, merokok, kurang
melakukan senaman , faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor
penyumbang kepada penyakit ini.
7
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Rajah 1: Kempen Pencegahan Penyakit Jantung oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada
aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang,
senaman dan sebagainya. Namun statistik kematian mengenai penyakit jantung
tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan. Oleh itu Kementerian
Kesihatan Malaysia telah melancarkan kempen promosi kesihatan.
8
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik.
Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan
menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk
membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin
rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin
rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.
Rajah 2: Keadaan Jantung apabila mengihidapi Penyakit Jantung
Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol
LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk
membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon.
Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita
sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah
kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan
menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan
masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan
paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.
9
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan
penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media.
Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh
darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran
23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan
jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu
revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha
untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana
untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara
ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit
jantung.
Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah.
Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil
homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol
LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan
bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein?
Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan,
sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein
yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua
serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras
homosistein dalam darah yang tinggi.
Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah
kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa
homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati
kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan,
asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.
10
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
BARAH/KANSER
Barah atau kanser (Istilah perubatan: barah neoplasm) merupakan klasifikasi
penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan,
pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri
barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan
terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan
tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang
menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah
dikenali sebagai onkologi.
Rajah 3: Keadaan sel di dalam tubuh manusia
Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini
disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang
semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara
rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal.
Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan
yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut.
Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah-
olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat
11
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun
kebelakangan perkembangan penjagaab palliative telah meningkat dengan
meluas.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam
rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta
sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan
peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai
peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.
Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri
meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya
memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop.
Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi
dan/atau rawatan radiasi.
Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian;
barah merupakan punca utama kematian di negara membangun . Kebanyakan
barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan
pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan faktor
persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih
banyak barah berbanding faktor persekitaran yang lain.
12
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah
dada.
(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat
badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-
mengah,sakit dada dan hilang berat badan.
5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg
tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat
badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian
abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau,
suara menjadi lebih mendalam.
8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah
atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat
jangkitan (infection).
13
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar
menelan dan kelenjar membengkak di leher.
STROK
Strok adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba.
Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.
Kebanyakan strok berpunca daripada darah beku didalam arteri. Ia merupakan
penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia. Strok
boleh mewujudkan keadaan yang memerlukan pernafasan bantuan, tekanan
dada atau kedua-duanya sekali.
Walaupun penyakit ini banyak menyerangi orang yang sudah berumur, ianya
boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sekalipun. Anda perlu
mengetahui tanda-tanda amaran awal strok supaya rawatan kecemasan dapat
dimulakan segera.
Tanda-tanda Amaran Strok Termasuklah:-
•Terasa lemah atau kebas dimuka, tangan dan kaki di sebelah badan.
•Susah bercakap atau sukar difahami percakapannya.
•Mabuk atau pening dengan tidak ada sebab atau terjatuh tiba-tiba.
•Kelabu mata, khasnya melibatkan sebelah mata sahaja.
•Tidak sedarkan diri.
•Salah satu tanda perdarahan di otak ialah rasa pening yang teruk dan luar biasa
yang berlaku dengan tiba-tiba .
Tanda amaran ini mungkin sementara sahaja (Serangan Strok sementara atau
TIA) tidak melebihi 24 jam atau hanya beberapa minit sahaja. Apabila tanda-
tanda ini berlaku, cepatlah berjumpa doktor kerana rawatan perubatan atau
pembedahan awal boleh mencegah daripada berlakunya strok. Jika gejala-gejala
di atas agak teruk, telefonlah ambulan.
14
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Rajah 4: Penyebab strok dan sakit jantung (Sumber: Harian Metro)
Walaupun tanda-tanda yang serupa boleh disebabkan oleh mabuk kerana arak,
memakan ubat berlebihan, reaksi insulin ataupun penyakit lain, ia juga adalah
tanda strok walaupun berlaku seketika sahaja. Kejayaan rawatan ke atas mangsa
bergantung kepada pengenalan tanda-tanda awal, kepantasan menggerakkan
sistem rawatan kecemasan dan juga kecepatan membawa mangsa ke hospital.
15
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Asas-asas utama bantuan hidup asas adalah penting dalam penjagaan mangsa
strok, terutamanya apabila mangsa kurang sedar. Sekatan saluran pernafasan
boleh berlaku. Jika ini terjadi, saluran pernafasan mestilah dibuka segera dan
bantuan pernafasan perlu diberikan.
DIABETES/KENCING MANIS
Penyakit kencing manis ataupun Diabetes melitus merupakan sejenis penyakit
yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa
dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
•Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin
(IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja.
Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulinoleh kelenjar
pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom
penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan
penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan
insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
•Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan
sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang
berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak
insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan,
pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara
makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya
pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping
serius kepada pesakit).
16
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Rajah 5: Kempen Pencegahan Diabetes oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Tanda-tanda penyakit kencing manis
Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang
berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami
adalah:
1- Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
2- Keletihan / Sentiasa letih
3- Penurunan berat badan secara mengejut
4- Kabur penglihatan
5- Otot lemah
6- Gatal-gatal di tempat kemaluan
7- Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
8- Luka yang lambat sembuh
9- Kencing yang kerap
10- Gatal pada bahagian kemaluan
17
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
11- Rasa kebas
12- Pening-pening
13-Bertambah selera makan
14- Lidah kering
15- Nafas berbau manis
OSTEOPOROSIS
Rajah 6: Gambaran Keadaan Bentuk Badan Penghidap Osteoporosis
Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang,
menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menyumbang kepada keadaan poros
tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah
yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko
tulang retak atau patah semakin meningkat.
18
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Rajah 7: Keadaan Struktur Dalam Tulang Penghidap Osteoporosis
Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya
kuat. Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya
disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang
patah. Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul
retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang. Tulang
belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak
tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur
melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi
rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka
meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu,
insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240
peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050.
Simptom Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya
retak tulang dengan mudah. Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan
sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar
dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang
menyakitkan.
19
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk
dari bahagian belakang hingga ke sisi badan. Selepas beberapa tahun, keretakan
tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian
belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti
berbonggol.
Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau
retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh
menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan. Retak pinggul pula
biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak
pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak
pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk.
Wanita Malaysia adalah antara tiga dari negara Asia yang paling berisiko
menghidap osteoporosis pada awal usia 30-an, kata satu kajian syarikat nutrisi
hasil susu dari New Zealand, Fonterra. Kajian juga menunjukkan 50 peratus
rakyat Malaysia berdepan risiko penyakit tersebut pada usia 50-an, kata
Pengurus Asas Kesihatan Fonterra Asia dan Asia Barat, Joanne Todd.
Kajian tersebut yang menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di
seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Asia berusia 35
tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis, katanya.
"Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi
masalah yang dihadapi golongan tua semata-mata, katanya ketika
membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat rantau Asia pertama anjuran
International Osteoporosis Foundation (IOF), di sini hari ini. Todd berkata,
kajian juga mendapati sejumlah besar penduduk Asia berusia lingkungan 30-an
tidak mempunyai tahap jisim tulang yang sepatutnya pada usia mereka.
20
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
ATHRITIS
Apa itu rheumatoid arthritis?
Rajah 8: Gambar tangan penghidap Athritis
Rajah 9: Gambaran X-ray keadaan tangan yang n normal dan tangan
penghidap Athritis
Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga
melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah,
sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini.
Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita
yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat
penyakit ini berbanding kaum lelaki.
21
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti
secara tepat. Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas
autoimun. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.
Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat beberapa kriteria dan
simptom yang boleh dikenal pasti untuk mengesahkan penyakit rheumatoid
arthritis.
Tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran
sinovial(synovial membrane) dan tisu penyambung.Pesakit biasanya akan
mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi
tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun
dari tidur.
Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan
(symmetrical affection). Penyakit akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-
kira enam minggu.
Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa siri ujian. Ujian
rheumatoid factor kebanyakannya didapati positif disamping meningkatnya juga
nilai C-reactive protein (CRP) dan erythrocyte sedimentation rate(ESR), Sinaran
x (x-ray) yang dijalankan juga mendapati berlakunya hakisan (erosions) pada
sendi dan bahagian tulang yang terlibat.
22
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
ALZHEIMER
Alzheimer bukan penyaki menular, melainkan merupakan sejenis sindrom
dengan apoptosis sel-sel otak pada saat yang hampir bersamaan,sehingga otak
tampak mengerut dan mengecil. Alzheimer juga dikatakan sebagai penyakit yang
sinonim dengan orang tua.
Rajah 10: Gambaran X-ray keadaan struktur otak yang n normal
dan struktur otak penghidap Alzheimer
Risiko untuk mengidap Alzheimer, meningkat seiring dengan pertambahan usia.
Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus mengidap
penyakit ini dan akan meningkat dua kali lipat setiap lima tahun, kata seorang
doktor. Menurutnya, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan orang tua, namun
sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap
penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.
Penyakit Alzheimer paling sering ditemui pada orang tua berusia sekitar 65
tahun ke atas. Di negara maju seperti Amerika Serikat saat ini ditemui lebih dari
4 juta orang usia lanjut penderita penyakit Alzheimer. Angka ini diperkirakan
akan meningkat sampai hampir 4 kali pada tahun 2050. Hal tersebut berkaitan
dengan lebih tingginya harapan hidup pada masyarakat di negara maju, sehingga
populasi penduduk lanjut usia juga bertambah.
23
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Rajah 11: Gambaran keadaan Pesakit Alzheimer
Pada tahap awal perkembangan Alzheimer, penurunan faktor-faktor risiko
vaskular dapat menyulitkan diagnosis sindrom ini, namun mengurangi
kecepatan perkembangan demensia
Faktor risiko bagi Alzheimer ialah:
• pengidap hipertensi yang mencapai usia 40 tahun ke atas
• Pengidap kencing manis
• Kurang berolahraga
• Tingkat kolesterol yang tinggi
• Faktor keturunan - mempunyai keluarga yang mengidap penyakit ini pada
usia 50-an.
24
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
OBESITI
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang
menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu
penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi,
obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ- organ badan dan
seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada
mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga
semakin pendek.
Rajah 12: Keratan akhbar berkaitan obesiti di Malaysia
25
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Jika para remaja lihat, peratusan individu di Malaysia yang mengalami obesiti
semakin meningkat. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi
apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh
mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan
menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Rajah 13: Gambaran bentuk tubuh bagi yang mengalami obesiti
Anda dianggap Obes jika BMI anda (bagi orang Asia) ialah 27.5.
Kesan-kesan obesiti juga termasuk:
• peningkatan risiko sakit jantung
• tekanan darah tinggi
• diabetes / kencing manis
• masalah pernafasan
• masalah tidur
26
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Rajah 14: Obesiti meningkat risiko mengalami penyakit lain
Kita seharusnya mengambil serius akan masalah obesiti di kalangan remaja.
Remaja atau kanak-kanak yang obes selalunya akan menjadi dewasa yang obes.
Faktor yang mempengaruhi obesiti ialah:
Diet yang tidak seimbang.
Pengambilan makanan ringan yang tidak sihat.
Kekurangan aktiviti bersukan.
Gaya hidup yang tidak sihat.
Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal (sukar bergerak) dan sosial
(keyakinan diri kurang dan rasa tersisih), jangka hayat seorang yang obes juga
semakin pendek. Ia mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan
pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga
27
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
KESEDARAN KEPENTINGAN KESIHATAN
NILAI HERBA DALAM DUNIA KESIHATAN
Malaysia merupakan antara negara terkaya di dunia kerana memiliki hutan
hujan tropika yang mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan. Ditambah lagi,
kemewahan khazanah rimba Malaysia ini turut memiliki kira- kira 2000 spesies
tumbuhan ubatan atau herba yang telah diwartakan, sekali gus menjadikan ia
berperanan sebagai simpanan yang mengandungi bahan kimia bernilai untuk
diproses menjadi produk asas penjagaan kesihatan mahupun sumber ubatan dan
makanan.
Penggunaan tumbuhan herba sebagai sumber ubatan dan juga makanan adalah
sejajar dengan keperluan manusia itu sendiri. Selain ia digunakan dalam
perubatan tradisional, tumbuhan herba juga menyumbangkan peranan dalam
penemuan ubat- ubatan moden di mana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)
telah melaporkan bahawa sebanyak 80% daripada penduduk dunia bergantung
kepada ubatan herba dalam penjagaan kesihatan asas.
Namun demikian, mungkin ramai di antara kita tidak mengetahui akan
kewujudan tumbuhan tersebut serta kelebihannya dan memainkan peranan
penting dalam menjamin kesejahteraan dan kesihatan yang berterusan. Mungkin
pendedahan dengan produk penjagaan kesihatan, minuman- minuman herba
berasaskan tumbuhan yang berlambak di pasaran sekarang membuka mata
masyarakat kita bahawa tumbuhan memberikan nilaian hebat dalam
mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Tetapi sejauh mana tumbuhan herba
tersebut berkesan seperti mana yang didakwa oleh pengusaha- pengusaha ubatan
dan makanan perlulah dikaji secara mendalam.
28
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Oleh itu, banyak kajian sekarang ini tertumpu kepada penyelidikan tumbuhan
herba. Antaranya ialah seperti tongkat ali, kacip fatimah, hempedu bumi, lidah
buaya, pegaga, mengkudu, misai kucing, dukung anak dan banyak lagi. Untuk
memastikan agar tumbuhan herba ini dipelihara dan sumbernya berterusan,
maka, kepelbagaian biologi iaitu hutan- hutan di negara kita perlu diurus dengan
baik. Ini kerana, permintaan terhadap makanan kesihatan, ubatan tradisional
yang berasaskan herba semakin meningkat dan mendapat tempat di hati orang
ramai. Ini disebabkan oleh sifat kegunaan tumbuhan herba adalah pelbagai dan
boleh digunakan secara meluas. Selain daripada sebagai sumber ubatan
tradisional, tumbuhan herba juga digunakan dalam penghasilan bahan kimia
tulen untuk ubat- ubatan dan juga ekstrak yang mengandungi bahan aktif. Di
samping itu, ia bermanfaat di dalam industri makanan, minuman, perisa,
kosmetik, bahan pencuci, wangi- wangian dan juga makanan tambahan
(nutraseutikal).
Pada dasarnya, hubungan antara manusia dan tumbuhan tidak dapat disangkal
lagi kerana memang banyak manfaat yang diperolehi dari tumbuhan untuk
manusia sejagat seandainya ia diguna dengan cara yang betul dan teratur.
Disinilah peranan yang perlu dimainkan oleh manusia itu sendiri, agar apa yang
telah dianugerahkan oleh Allah dapat dimanfaatkan keseluruhannya.
Ternyata, penggunaan secara berkesan sumber tumbuhan herba menjadikan
masyarakat kita mahir dalam mengatur dan mengurus hal ehwal kesihatan.
Contohnya, penggunaan tumbuhan herba dalam perubatan tradisional. Orang-
orang dahulu mungkin memperolehi pengetahuan berkenaan dengan khasiat
tumbuhan herba dengan melihat kesan tumbuhan tersebut dimakan oleh haiwan.
Ada juga yang mungkin ditemui secara sengaja atau tidak sengaja dan
pengalaman yang ditimba mengajar masyarakat dahulu sama ada sesuatu jenis
29
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
tumbuhan herba boleh dimakan atau tidak. Pemerhatian rupa bentuk, warna dan
bau sesuatu tumbuhan merupakan cara yang penting dalam menentukan
tumbuhan herba boleh digunakan untuk tujuan perubatan atau sebaliknya.
Lantaran itu, perlunya juga penyelidikan yang saintifik disalurkan dalam bidang
tumbuhan herba agar pengetahuan masyarakat dahulu terhadap bidang ini tidak
lenyap dalam arus perubatan moden. Ini kerana, potensi tumbuhan herba amat
meluas sekali untuk dijadikan sebagai ubat- ubatan dan barang kegunaan yang
lain.
Atas dasar ini yang bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dan keperluan
masyarakat kini, tumbuhan herba berupaya menghasilkan pendapatan yang
lumayan kepada petani malah mampu memberikan pendapatan yang lebih tinggi
berbanding sesetengah tanaman lain yang banyak diusahakan oleh petani.
Oleh itu, penanaman tumbuhan herba perlu diperluaskan dan dikomersialkan
selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998- 2010 yang mengenalpasti industri
herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-
21 ini. Sejajar dengan itu, penggunaan herba dalam industri di Malaysia telah
meningkat berkali ganda sejak berpuluh tahun dahulu. Contohnya penggunaan
makanan herba untuk kesihatan (farmaseutikal dan nutraseutikal) telah
mencecah RM950 bilion pada tahun 1996 dan dijangka meningkat pada masa
sekarang. Namun begitu, peningkatan tersebut bukanlah suatu yang
mengejutkan kerana ia berdasarkan sifat kegunaan tumbuhan herba yang
pelbagai.
Melihat kepada perkembangan ini, pasaran produk berasaskan herba tidak perlu
dibimbangi kerana telah wujud satu aliran masyarakat di dunia yang
berpendidikan termasuk di Malaysia sendiri yang tidak terlepas daripada dilanda
arus perkembangan tersebut, sudah mula mengutamakan dan menggunakan
barangan berasaskan semula jadi berbanding barangan yang mengandungi
30
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
bahan kimia. Apabila memperkatakan barangan yang berasaskan tumbuhan
herba bermakna kehidupan yang diamalkan adalah kembali ke alam semulajadi
dan ia adalah selamat digunakan kerana diamalkan turun temurun dalam
penjagaan diri dan kesihatan. Di samping itu, ia berkesan untuk merawat dan
menjauhi daripada penyakit. Apa yang penting, barangan tersebut
berkemungkinan murah jika dibandingkan dengan produk keluaran luar negeri
dan ia adalah mesra alam (degradable). Secara tidak langsung, penggunaan
barangan yang berasaskan tumbuhan herba akan membantu dalam menjana
ekonomi negara dan kita tidak akan bergantung kepada negara luar untuk
produk penjagaan diri dan kesihatan.
Contoh tumbuhan herba yang dikenali dan agak meluas penggunaannya di
Malaysia ialah tumbuhan kacip fatimah. Pengambilan kacip fatimah oleh wanita
dikatakan dapat meningkatkan pengaliran darah untuk menghilangkan kelesuan
dan keletihan. Disamping itu, ia dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi
dan dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin serta membantu
mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah mengandungi
unsur antioksidan da phytoestrogen yang dapat membantu mencegah
pembiakan sel- sel kanser dalam badan. Oleh itu, tidak hairanlah jika pada hari
ini pasaran produk yang berasaskan kacip fatimah agak meluas berdasarkan
manfaatnya yang pelbagai.
Namun, apa yang menjadi persoalan, adakah benar seperti yang didakwa oleh
pengeluar produk herba bahawa barangannya mengandungi unsur tumbuhan
herba dan mampu memberikan kebaikan yang tertentu kepada kesihatan? Apa
yang berlaku pada hari ini, ramai pengeluar produk herba menyatakan bahawa
barangan yang diusahakan tersebut mengandungi tumbuhan herba yang
sedemikian tetapi hakikatnya kuantiti tumbuhan herba dimasukkan ke dalam
produk tersebut tidak mampu memberikan kesan yang mantap terhadap
kesihatan. Oleh itu, apa yang diperlukan untuk memperluaskan lagi industri
herba ini, selain daripada penyelidikan yang berterusan, perlu juga diadakan
31
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
piawaian bagi produk herba bagi menjamin mutu, keberkesanan dan
keselamatan produk. Di samping itu, ia dapat menghasilkan produk yang
seragam.
Piawaian terhadap produk yang berasaskan tumbuhan herba perlu bagi
menembusi pasaran dunia dan mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap
manfaat sesuatu tumbuhan herba. Justeru itu, penyelidikan dan pembangunan
terhadap tumbuhan herba perlu ditingkatkan dan mendapat kerjasama dari
semua pihak agar khazanah tumbuhan yang kita miliki ini tidak lenyap begitu
sahaja tanpa dimanfaatkan kegunaannya.
LANGKAH MEMARTABATKAN INDUSTRI HERBA
Tanaman herba telah dikenalpasti sebagai salah satu tanaman penting di dalam
Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2O11-2O2O untuk memacu sumber
pertumbuhan pertanian bernilai tinggi. lni kerana industri agromakanan
berasaskan herba menggunakan kekuatan negara termasuksumber biodiversiti
serta pengetahuan dan inovasi kepelbagaian etnik untuk menghasilkan produk-
produk baru yang menepati cita rasa pengguna. Promosi produk termasuk
penjenamaan akan ditingkatkan untul< memperluaskan pasaran di peringkat
global. Justeru, perancangan dan pembangunan herba diselaraskan di bawah
Majlis Pembangunan Herba Negara.
Untuk memperluaskan asas pertumbuhan industri herba sepertimana yang
disasarkan di bawah DAN, kerajaan meletakkan industry herba sebagai salah
satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang berpotensi menjana RM2.2
bilion menjelang tahun 2020.
32
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Industri Herba di bawah Projek Permulaan (EPP) 1 iaitu Membuka Nilai
Biodiversiti Malaysia Menerusi Produk Herba Bernilai Tinggi memberi
keutamaan kepada tanaman herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai
Kucing, Hempedu Bumi dan Dukung Anak. Program Kluster Herba yang
dijalankan oleh Jabatan Pertanian dapat mempergiatkan pengeluaran herba yang
bermutu tinggi dan konsisten kepada pengilang-pengilang industri herba,
mengatasi kerosakan bahan mentah yang tinggi dan mengurangkan kos
pengangkutan bahan mentah dari ladang ke pusat pengumpulan.
Pelaksanaan program ini juga menitikberatkan bahan mentah yang dihasilkan
adalah berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan. Malah, peserta terlibat di
bawah EPP1 digalakkan memperolehi Sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia
(SALM) atau Sijil Skim Organik Malaysia (SOM) yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pertanian. Ini bagi memastikan ladang- ladang yang diusahakan diiktiraf
mengamalkan Amalan Pertanian Baik atau diusahakan secara organik mengikut
kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan. Di samping itu, program kluster ini
juga dapat meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.
Industri herba berpotensi sebagai salah satu pertumbuhan baru untuk
menjana ekonomi negara memandangkan wujudnya permintaan tinggi di
seluruh dunia terutama bagi sektor penjagaan kesihatan dan rawatan
secara alternatil Berdasarkan Burill & Co (2007), pasaran industri herba di
peringkat dunia menjelang 2020 dijangka mencapai RM I.8 trillion manakala
pasaran industri herba di Malaysia boleh mencecah RM30 bilion.
HERBA MALAYSIA (NKEA EPP 1)
1-TONGKAT ALI
Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka
yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah
Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali
33
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu
pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat
semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.
Rajah 15: Akar Tongkat Ali
Berdasarkan kajian, tongkat ali mempunyai banyak khasiat antaranya
meningkatkan hormon lelaki dan dikatakan mampu membantu menguruskan
badan.Khasiat ini disokong oleh satu kajian di Amerika Syarikat. Justeru, pada
mana-mana produk, ia sepatutnya sama kemujarabannya walaupun diambil
daripada pokok herba tertentu dari sumber yang menggunakan ekstrak piawai
yang berlainan. Sementara itu, salah sebuah institusi penyelidikan yang terlibat
dalam kerja-kerja makmal mencari khasiat tongkat ali ialah FRIM.
Tongkat ali (Eurycoma longifolia) adalah dari famili Simaroubaceae telah
digunakan secara tradisional oleh kaum Melayu di Malaysia sejak dahulu lagi.
34
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Ia digunakan secara tradisional sebagai agen penggalak seks (apphrodiasiac) dan
untuk meningkatkan kesihatan badan.
Penyelidikan tersebut dijalankan di bawah projek utama Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Program Perkongsian Bioteknologi
Malaysia-Institut Teknologi Massachusetts (MIT).
Menurut Pengarah Kanan Bahagian Tumbuhan Perubatan FRIM, Dr Rasadah
Mat Ali, penyelidikan tersebut bermula pada 1999 yang mana pihaknya terlibat
mengkaji bahan kimia dan juga genetik tumbuhan tersebut.
"Hasil kajian kita mendapati penanda kimia tongkat ali sejenis bahan di
namakan eurikomanon dan juga sebatian aktif," katanya.
Pelbagai sebatian kimia dalam tongkat ali telah diasingkan dan dikenalpasti.
Pencirian dan penentuan struktur sebatian kimia tersebut dilakukan menerusi
kaedah spektroskopi.
Rajah 16: Pokok Tongkat Ali
Beberapa sebatian kimia telah dipilih sebagai sebatian penanda ekstrak tongkat
ali. Sebatian penanda tersebut berperanan penting untuk memastikan identiti,
integriti dan kualiti serta keseragaman produk yang berasaskan tongkat ali.
Eurikomanon yang merupakan sebatian utama (major) telah dipilih sebagai
sebatian penanda untuk akar tongkat ali.
35
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Peratus pemulangan pengekstrakan eurikomanon daripada akuas ekstrak akar
tongkat ali adalah tidak kurang daripada 1.7 peratus.
Terkini, FRIM telah menawarkan perkhidmatan teknikal kepada industri
farmaseutikal, nutraseutikal dan makanan, untuk penilaian kualiti ekstrak dan
produk tongkat ali.
Penentuan kualiti juga dapat dihasilkan dengan teknologi sensor bau dan rasa
yang telah digunakan sebagai peralatan penjanaan finger-printing untuk aktiviti
pempiawaian tumbuhan ubatan, ekstrak dan herba produk.
Dengan adanya penanda kimia tersebut, ia sebagai 'cap cari' tongkat ali yang
mengesahkan kehadirannya dalam mana-mana campuran pun.
Ditanya mengenai kegilaan golongan lelaki yang minum tongkat ali untuk
menambah tenaga terutama untuk tujuan seks, beliau berkata, kajian
mengenainya telah dibuktikan tetapi biasanya pada dos yang disyorkan.
''Pengguna sihat secara umumnya hanya memerlukan 100 miligram sehari
sahaja," ujar Rasadah.
Katanya, memang benar ada kajian mengenai kandungannya yang dikenali
sebagai kesan apphrodisiac tetapi kesannya bergantung kepada dos.
Kajian kimia mendapati kewujudan sebatian aktif seperti eurikomanon,
eurikomalakton dan eurikomanol (qussinoids) yang banyak di dalam akar.
Sebatian ini telah dikenal pasti berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan
hormon testosterone (androgenic) yang diperlukan dalam fungsi kelelakian.
Sebatian yang menyebabkan aktiviti tersebut telah dikenal pasti berpotensi untuk
dibangunkan sebagai produk nutraseutikal atau farmaseutikal untuk rawatan
masalah hormon dan kesuburan.
36
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Apa yang penting dalam pengambilan tersebut, dos penggunaan perlu diambil
kira kerana ada kemungkinan ia mengundang risiko kepada pengguna.
Hasil kajian juga mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti
malaria dan anti kanser tetapi kajian lanjut mengenai tumbuhan herba tersebut
masih dijalankan.
Ditanya mengenai bahagian mana pada pokok tersebut yang paling banyak
sebatian bioaktif, Rasadah berkata, khasiatnya banyak tersimpan di bahagian
akar selain daun dan batang.
Orang Melayu kata beliau hanya mengetahui rahsia khasiat pada 1990-an dan
ketika itu mereka menggunakannya dengan merebus bahagian yang dikatakan
mempunyai banyak khasiat.
Dengan kata lain, apa yang dilakukan oleh saintis hari ini ialah untuk
membuktikan atau mengesahkan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu.
Pembuktian secara saintifik itu perlu bagi menguji keberkesanan, kualiti dan
keselamatannya. Malah FRIM telah menawarkan perkhidmatan memproses
kepada industri herba dalam penghasilan produk daripada tongkat ali menerusi
kilang Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Pusat teknologi Herba (HTC) FRIM di
Kepong.
Namun katanya, apa yang membimbangkan ialah kecenderungan segelintir
pihak yang suka mencampurkan tongkat ali dengan bahan lain untuk menambah
khasiat sesautu formulasi herba tersebut.
37
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
2- KACIP FATIMAH
Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba
yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan
dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang
terselindung, iaitu kesihatan dan semangat wanita.
Rajah 18: Pokok Kacip Fatimah
Ia mengandungi elemen antioxidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua
elemen ini memberi manfaat kepada lelaki dan wanita dari segi mencegah
pembiakkan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon
estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan
melewatkan proses penuaan.
Kacip Fatimah biasa dimakan sebagai ulam oleh wanita melayu dan jarang
dimakan oleh lelaki atau kanak kanak. Air yang direbus dengan Kacip Fatimah
biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga
untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk pukul angin dan cirit-birit.
Ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh dimakan oleh lelaki dan anak remaja
kerana tiada apa apa kesan sampingan yang dikaitkan dengannya. Jadi minuman
yang mengandungi ekstrak Kacip Fatimah boleh diminum tanpa was-was oleh
lelaki dan wanita, muda dan tua dan amalan ini tidak memudaratkan kesihatan
39
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Keterangan Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari Famili
Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia
biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang
150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih
dan keratan akar (pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna
dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus
yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di
Malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var.
lanceolata.
KegunaanKacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat
mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan
kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu
mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
Kacip Fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang
dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar
herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin.
Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya
(satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air (sebaik-baiknya periuk
tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit
buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia
juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism),
gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi,
satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia di
dalamnya.
40
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Rajah 19: Penemuan UTM terhadap ekstrak Kacip Fatimah
Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan
sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang
sepatutnya boleh dicadangkan.
ISU BERKENAAN TONGKAT ALI & KACIP FATIMAH
Orang Malaysia cepat terpengaruh ingin cantik cepat, ingin langsing, kuat tenaga
dan ingin cepat kaya dan seterusnya tertipu dengan gimik iklan atau produk yang
ditawarkan. Kenapa?'' Itu soalan yang dilontarkan oleh Pengarah Loji Pepandu
Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr.
Ramlan Aziz yang ditanya mengenai obsesi rakyat negara kita terutama orang
Melayu dengan produk prosesan hasilan herba.
Orang Melayu kata beliau, cepat terpengaruh dengan gimik iklan pelaris jualan
yang menunjukkan kehebatan produk tertentu tanpa meneliti terlebih dahulu
akan kebenarannya.
Pengguna juga mudah dan cepat mendapat hasil diingini tanpa mengira kesan
sampingan produk yang mereka gunakan.
41
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Beliau yang ditanya mengenai khasiat tongkat ali dan kacip fatimah untuk
meningkatkan kehebatan dan tenaga berkata, kajian menunjukkan memang
produk berasaskan tumbuhan tersebut mempunyai kesan positif tetapi ada pihak
mengambil kesempatan mengkomersialkannya dengan cara yang salah.
''Saya tidak nafikan ada kajian mengesahkan khasiat kedua-dua herba popular
itu, malangnya ia menjadi momokan dan permainan gimik.
Malah katanya, beliau kagum dengan orang terdahulu yang berjaya menemui
khasiat produk tersebut sedangkan belum ada kecanggihan peralatan ketika itu
untuk meneroka khasiatnya.
Namun kini, ada dua persoalan besar yang menjadi masalah pokok iaitu sama
ada produk berasaskan tongkat ali dan kacip fatimah diproses dengan cara yang
betul untuk menjadikannya minuman bertenaga dan kedua, adakah produk
tersebut mencapai tahap minimum kandungan sebenarnya.
Katanya, cara memproses, boleh menimbulkan persoalan kerana ada pihak
mungkin hanya mengisar tongkat ali berkenaan untuk dicampurkan dalam
minuman.
Rajah 20 : Antara produk kopi campuran Tongkat Ali
42
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Sedangkan katanya, cara terbaik ialah mengekstraknya terlebih dahulu secara
kimia dan ditulenkan kerana ini cara betul untuk menjadikannya satu ramuan.
''Jika kita kisar sahaja, ia ibarat memasukkan habuk kayu dalam minuman dan
ini membahayakan tubuh pengguna,'' katanya.
Malah orang Melayu kata beliau, boleh pupus jika menggunakan produk yang
memudaratkan kerana ia boleh merosakkan organ peranakan.
Persoalan kedua, ialah adakah kandungan tongkat ali atau kacip fatimah tersebut
mencukupi untuk melayakkannya digelar minuman daripada tongkat ali
sedangkan kuantitinya sangat sedikit.
Kajian awal oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malayusia (FRIM)
menunjukkan kandungan tongkat ali dalam kopi campuran adalah jauh daripada
dos minuman yang memberi manfaat kepada kesihatan. Malah, ada jenama yang
gagal dikesan kandungan tongkat ali dalam produk berkenaan.
Rajah 21 : Keratan Akhbar berkaitan Kopi Tongkat Ali
43
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Justeru beliau mahu agensi berkaitan, mengambil langkah perlu untuk
menetapkan peraturan supaya jumlah minimum tertentu diperlukan bagi
mengesahkan minuman tersebut memang mengandungi tongkat ali sebagai
contoh dan mana-mana pihak yang tidak mematuhinya dianggap penipu.
Lebih mendukacitakan, sesetengah syarikat menggunakan testimoni untuk
mengesahkan kehebatan produk mereka dan inilah yang mengundangkan minat
pengguna.
Beliau berkata, trend ini semakin menjadi-jadi apatah lagi terdapat tawaran
tertentu untuk menjadikan penggunanya kaya.
Beliau berkata, menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi memang
semakin menjadi trend di peringkat global disebabkan kecenderungan manusia
kini untuk melakukan pencegahan penyakit berbanding rawatan, khususnya
herba.
Dalam hal ini, Malaysia mempunyai kelebihan kerana memiliki kekayaan hutan
atau biodiversiti yang boleh dimanfaatkan. Bagaimanapun, menjadi cabaran
saintis Malaysia untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan mengenai khasiat
tumbuhan herba dan peruntukan untuk tujuan tersebut perlu ditambah.
Satu lagi masalah yang timbul ialah perbuatan pengilang yang mencampurkan
banyak jenis herba dalam satu jenis produk dengan mendakwa yang mampu
merawat pelbagai jenis penyakit.
''Adakah ini telah dibuktikan secara saintifik atau hanya ilmu tradisional
sedangkan kajian mengenainya perlu dilakukan terlebih dahulu," ujar Ramlan.
Perbuatan untuk mengkomersialkannya secara melulu ini ibarat menculik ilmu
yang sepatutnya dipelajari terlebih dahulu. Satu lagi penyelidikan yang perlu
diperhebatkan ialah menghasilkan sebatian piawai yang boleh dijadikan rujukan
44
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
dalam menghasilkan produk tongkat ali dan kacip fatimah pada masa akan
datang.
3- MISAI KUCING
Rajah22: Pokok Misai Kucing
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga
"Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah
daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok
Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai
ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam
sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm
panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang,
seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai
Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun
bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna
45
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna
kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh
setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna
putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok
Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit
kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah
pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut
kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat
diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan
penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang
hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt
oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid,
glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun
temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang
berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan
terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk
menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia
juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-
ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik
dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan
jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan
masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat
kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan
46
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ
dalaman disamping sifat antiseptiknya.
4- HEMPEDU BUMI
Rajah 23: Pokok Hempedu Bumi
Pokok Hempedu bumi dan nama Saintifik ialah Andrographis Paniculata.Ia
juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai
di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi
merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya
boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan
tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur,
runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Kegunaannya Hempedu Bumi
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi
disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar
tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh
47
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya
pada luka tersebut.
Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-
molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang
menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit
telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang
tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan
dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak
begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar
kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang
berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan
pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang
mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah
Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar
cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah,
longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di
kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang
mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk
merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.
Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara
yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan.
Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular
dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan
adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih
dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan
sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan.
Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya.
Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum
kerap sangat dalam sehari.
48
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
5- DUKUNG ANAK
Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruri Linn dari keluarga
"Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat diMalaysia.
Pokok dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam
dikawasan sekitar rumah. Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba
perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit
berkaitan hati.
Rajah 24: Pokok Dukung Anak
Pokok dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm
tinggi. Daun pokok dukung anak jenis majmuk bipinat. Daun pokok dukung anak
kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai
daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau.
Batang dukung anak licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka.
Bunga Dukung anak muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga
segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga
dukung anak; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya
1 mm panjang. Keseluruhan herba dukung anak digunakan dalam perubatan.
49
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Dukung Anak yang banyak tumbuh meliar dikatakan amat sesuai untuk merawat
penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah
dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu
mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok)
dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat.
Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya
agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing.
Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak
berbahaya.
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai
perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang
dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan
asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery)
yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India) dan juga cirit birit.
Caranya minum air rebusan setiap hari.
Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis
buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang
berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru
lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur
boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh
ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa
gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan.
Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam
bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan
tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.
50
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
CABARAN INDUSTRI HERBA KE PERINGKAT
GLOBALISASI
Dengan adanya kepakaran dan kepelbagaian teknologi yang terdapat di
Malaysia,ini akan mendorong negara untuk menjadi pengeluar produk herba
bermutu tinggi.Kewujudan dan kepelbagaian teknologi yang tinggi di kawasan
hutan hujan tropika memberi peluang kepada penemuan baru tumbuhan herba
untuk kegunaan tertentu dalam perubatan. Namun terdapat cabaran-cabaran
perlu ditangani bagi menjadikan industri herb aMalaysia ke peringkat global.
Isu-Isu dan Cabaran-Cabaran untuk ke Peringkat Globalisasi
1-Isu dan cabaran dalam penanaman herba
2-Isu dan cabaran dalam proses dan formulasi produk herba
3- Isu dan cabaran penghasilan produk herba
4-Isu dan cabaran yang dihadapi dalam bidang pemasaran dan pengedaran
5-Isu dan cabaran industri herba dan bioteknologi
1- ISU & CABARAN DALAM TANAMAN HERBA
Rajah 25: Isu dan cabaran dalam penanaman herba
51
Kekurangan
Kawasan
Tanaman
Teknologi
Pengeluaran
yang
Terhad
Maklumat
Pasaran
yang
Terhad
Kemusnahan
& Eksploitasi
Tumbuhan
Spesis
Liar
Kuantiti
Bahan
Mentah yang
Tidak
Menentu
ISU & CABARAN DALAMPENANAMAN HERBA
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
1- Kualiti Bahan Mentah yang Tidak Menentu
Tidak terdapat penetapan standard kualiti bahan dan hasilnya kualiti bahan
mentah tidak menentu. In menyebabkan sumber tersebut tidak boleh dijadikan
sandaran atau sumber utama. Standard dan kualiti bahan mentah diperlukan
untuk menghasilkan produk herba yang berkualiti untuk bersaing di peringkat
global.
2- Kemusnahan dan Eksploitasi Spesis Tumbuhan Liar.
Terdapat banyak spesis tumbuhan liar yang telah diambil dari hutan. Ini
menyebabkan pengurangan dan kepupusan tumbuhan herba tertentu jika
pengambilan hasil tumbuhan liar ini secara berleluasa dan berlebihan. Oleh itu
bagi mengekalkan spesis tumbuhan herba ni, ia perlulah disemai untuk kegunaan
komersial. Ini juga mengurangkan dan mengelak tumbuhan herba liar di hutan
ditebang atau diambil dengan rakus.
Bagi tumbuhan herba liar yang tidak dapat disemai atau hidup di kawasan lain,
tumbuhan tersebut perlulah dijaga dengan baik bagi mengekalkan spesis tersebut
supaya tidak akan pupus.
3- Maklumat Pasaran yang Terhad
Di Malaysia penanam tumbuhan herba dan pengumpul atau pembeli tumbuhan
herba berurusan secara individu. Oleh itu maklumat pasaran tumbuhan herba
sangat terhad menyekat pengembangan industri herba itu sendiri. Ini perlu
diperbaiki untuk membantu menaiktarafkan industri herba untuk maju di era
globalisasi.
52
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
4- Teknologi Pengeluaran yang Terhad
Cara moden atau teknologi pengeluaran hasil herba seperti cara mengawal
serangga perosak atau penyakit tanaman herba, pengurusan tanaman herba dan
penanaman herba organik adalah faktor penting untuk menghasilkan tanaman
herba yang berkualiti.
2- ISU & CABARAN DALAM PROSES DAN FORMULASI PRODUK
HERBA
Rajah 26: Isu dan cabaran dalam proses dan formulasi produk herba
53
Kekurangan
Teknologi
Pemprosesan
Primer
bagi Hasil
Tanaman Herba
Kekurangan
Kemudahan
Mengendalikan Hasil
Tanaman Herba
Kekurangan Hasil
Tanaman yang
Berkualiti Tinggi
Kos
Teknologi
Pemprosesan
yang Tinggi
Kekurangan
Pengetahuan
Mengenai
Teknologi
Pemprosesan
Pengeluaran
Produk Herba
Berkualiti
Rendah
ISU & CABARAN
DALAM PROSES
DAN FORMULASI
PRODUK HERBA
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
1- Kekurangan Pengetahuan Mengenai Teknologi Pemprosesan
Antara faktor yang penting untuk mendapatkan kuantiti bahan mentah yang baik
adalah semasa penuaian hasil tanaman herba. Kandungan bahan aktif pada
tanaman herba adalah bergantung pada tahap kematangan tanaman tersebut.
Penuaian pada masa yang tepat menenrukan kandungan bahan aktif pada tahap
yang maksimum. Kini pengetahuan ini adalah terhad disebabkan kekurangan
pengetahuan mengenai cara menguruskan hasil tuaian dan teknologi
pemprosesan primer. Teknologi kini lebih memerlukan tenaga buruh berbanding
mesin. Oleh itu tanpa pengurusan hasil tuaian tanaman herba yang betul akan
menghasilkan kualiti produk yang berkualiti rendah.
2- Kekurangan Kemudahan Mengendalikan Hasil Tuaian Tanaman
Herba
Kemudahan untuk mengendalikan hasil tuaian tanaman herba ini adalh terhad.
Kemudahan ini amat penting untuk memastikan kualiti bahan mentah. Peralatan
dan kemudahan terkini di pasaran memerlukan kos yang amat tinggi. Walaupun
hasil pengeluaran produk pada skala besar tidak akan menjanjikan keuntungan
jika menggunakan kemudahan yang berkos tinggi ini.
3- Pengeluaran Produk Berkualiti Rendah
Teknologi peralatan yang terhad menyebabkan penghasilan kualiti produk yang
bermutu rendah. Ini kerana teknologi pemprosesan diperlukan untuk
menghasilkan dan memastikan produk pada tahap piawaianyang tinggi. Ujian
produk diperlukan untuk memastikan produk herba tersebut mencapai piawai
yang ditetapkan.
54
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
4- Kekurangan Bahan yang Berpiawai
Antara faktor yang mempengaruhi produk yang berkualiti adalah bahan mentah
yang mencapai piawai yang ditetapkan. Ini adalah untuk meningkatkan taraf
perubatan herba setaraf dengan perubatan moden. Pengguna kini mementingkan
produk yang berkualiti, konsisten, berkesan dan selamat digunakan jika
dikaitkan dengan perubatan sama ada perubatan herba atau moden.
5- Kekurangan Pengetahuan Mengenai Teknologi Pemprosesan
Teknologi pengekstrakan, pecahan dan penulenan adalah teknologi yang
memerlukan kos yang sangat tinggi kerana mempunyai spesifikasi peralatan atau
mesin yang berprofil tinggi. Walaupun harga peralatan atau mesin ini agak
mahal dan sangat membantu dalam pemprosesan, ianya sukar didapati di
Malaysia. Teknologi pengasinga fitokimia digunakan untuk menghasilkan produk
yang bermutu tinggi. Contohnya minyak serai wangi (citronella oil) dapat dijual
pada harga RM 70/kg tetapi fitokimia yang terdapat dalam minyak serai wangi
(citronella oil) iaitu hydroxyl citronella boleh dijual dengan harga tiga hingga 4
kali ganda daripada minyak serai wangi (citronella oil) itu sendiri. Ini kerana
terdapat permintaan dalam kegunaan perubatan menyumbang harga yang tinggi
fitokimia ini.
6- Kos Teknologi Pemprosesan yang Tinggi
Kos pelaburan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan teknologi
pemprosesan dan kemudahan ujian yang berkualiti tinggi. Ini ditambah pula
dengan pekerja yang cekap dan berpengalaman dalam mengendalikan teknologi
pemprosesan tersebut. Ini semua tidak dapat ditanggung oleh syarikat-syarikat
yang kecil baru beroperasi. Kemudahan berteknologi tinggi ini memerlukan
bahan mentah yang banyak dan akan menghasilkan produk yang berisipadu
55
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
tinggi. Dengan itu semua kos yang tinggi dapat ditampung dengan hasil yang
banyak.
3- CABARAN PENGHASILAN PRODUK HERBA
Rajah 27: Isu dan cabaran dalampenghasilan produk herba
1- Kekurangan Pembangunan Produk Formulasi
Secara umum, formulasi ialah campuran bahan-bahan yang tidak bertindak balas
untuk mendapatkan campuran yang mempunyai karakter yang diiginkan.
Contohnya formulasi seperti cat, dakwat, kosmetik, bahan cuci dan produk
farmaseutikal. Pembangunan produk formulasi ini seharusnya menghasilkan
keuntungan.
56
Kekurangan
Pengetahuan
Mengenai
Ekstrak
yang
Mencapai
Standard
Kekurangan
Pendedahan
Jenis
Pembungkusan
& Teknik
Pelabelan
Kekurangan
Pharmacopoeia
Yang
Komprehensif
Kekurangan
Pembangunan
Produk
Formulasi
CABARAN PENGHASILAN PRODUK HERBA
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
2- Kekurangan Pharmacopoeia yang Komprehensif
Kadar pertumbuhan industri herba yang pesat menyebabkan pemilihan dan
menentukan produk berkualiti tinggi semakin kompleks dan mengelirukan
pengguna. Salah satu cabaran besar dalam industri herba ialah menentukan
spesis herba yang tepat.. Bagi bentuk herba kering, bentuk, bau dan rasa yang
berlainan menyebabkan kesukaran menentukan yang terbaik. Terdapat masalah
yang mana pengeluar produk herba yang tidak beretika telah menggantikan
herba berkualiti tinggi dengan herba yang berkualiti rendah. Ini disebabkan
kekurangan pharmacopoeia untuk memastikan ketulenan tumbuhan, ekstrak
dan bahan fitokimia untuk kegunaaan farmaseutikal.
3- Kekurangan Pengetahuan pada Bahan yang Standard
Ekstrak yang standard dapat menghasilkan produk akhir yang konsisten untuk
tujuan klinikal. Ekstrak yang standard memerlukan teknologi penulenan
menghasilkan fitokimia yang konsisten dan lebih efektif. Ini dapat dijalankan
dengan analisis kimia untuk menentukan dan memastikan kandungan bahan
aktif dalam tumbuhan. Ini membantu memberi keyakinan untuk menerima
produk herba sebagai salah satu perubatan yang efektif.
4- Kekurangan Pendedahan Mengenai Jenis Pembungkusan dan
Teknik Melabel
Tujuan pembungkusan ialah untuk melindungi dan memberi maklumat dan
identifikasi dan juga keselesaan bagi produk yang dihasilkan sebelum digunakan
oleh pengguna. Pembungkusan produk herba yang baik adalah untuk
memastikan kualiti dan keselamatan bahan herba untuk pengguna. Bentuk akhir
produk herba juga penting sama ada tablet, kapsul, cecair atau butir halus
memerlukan pembungkusan yang sesuai.
57
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Rekaan pembungkusan seharusnya seiring dengan herba itu sendiri dengan label
yang betul dan jenis bahan pembungkusan yang berkualiti tinggi.
4 - CABARAN YANG DIHADAPI DALAM BIDANG PEMASARAN DAN
PENGEDARAN
Rajah 28: Isu dan cabaran dalam bidang pemasaran dan pengedaran
produk herba
58
CABARAN YANG
DIHADAPI DALAM
PEMASARAN
DAN
PENGEDARAN
PRODUK HERBA
Pemasaran
dan
Pembungkusan
Pengembangan
Jenama
Promosi dan
Pendidikan
Pengguna
Persijilan
Produk
Tempatan
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
1- Pengembangan Jenama
Salah satu isu dalam memperkenalkan produk herba tempatan adalah
pengenalan dan pengembangan jenama. Ini menyebabkan industri tempatan
tidak dapat bersaing di peringkat pasaran domestik dan global. Pembangunan
jenama ini penting untuk menarik minat pengguna. Kekurangan pengembangan
jenama ini menyebabkan kesukaran bersaing dengan produk antarabangsa yang
sudah terkenal seperti Himalaya, Pfizer dan CCM Duopharma.
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
3- Pendidikan Pengguna dan Promosi
Di Malaysia pendidikan kepada pengguna dan promosi berada pada tahap yang
rendah. Ianya sangat membantu dalam memberi kesedaran pada pengguna
bahawa terdapat banyak kebaikan dalam produk herba. Oleh itu pendidikan yang
efektif dan promosi membantu meningkatkan hasil jualan dan seterusnya
memberikan pulangan yang memuaskan.
Rajah 31: Contoh Promosi dan Artikel Pendidkan Pengguna
4- Persijilan Produk Tempatan
Rajah 32: Antara Persijilan tempatan dan antarabangsa
60
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Isu ini memainkan peranan penting dalam industri herba tempatan. Pelaksanaan
dapat dibuat dengan memastikan produk herba ini mendapat pengiktirafan dan
persijilan seperti ISO, HACCP dan FDA USDA yang tidak banyak terdapat di
Malaysia. Ini akan memberi keyakinan yang lebih tinggi di kalangan pengguna.
Ini juga membantu pengguna dapat membuat pilihan yang tepat.
5- ISU & CABARAN INDUSTRI HERBA DAN BIOTEKNOLOGI
Rajah 33: Isu dan cabaran dalam indsutri herba dan bioteknologi
Seperti yang di atas terdapat beberapa isu-isu penting yang dihadapi industri
tempatan terutama dalam industri herba dan bioteknologi. Perkara penting yang
diperlu diberi perhatian adalah strategi pemasaran yang teratur untuk
dipasarkan di pasaran global. Ini disebabkan oleh produk-produk herba di
negara ini mendapat permintaan yang akan memberi impak pada negara
Malaysia ini. Ini adalah analisis terhadap isu dan cabaran yang dihadapi dalam
bidang ini.
61
ISU & CABARAN
INDUSTRI HERBA
DAN BIOTEKNOLOGI
Kekurangan
Pengeluar
Yang
Besar
Kekurangan
Strategi
Pemasaran
Kekurangan
Modal
Permulaan
Kekurangan
Kepakaran
Manusia
Kekurangan
Mekanisme
Pengesahan
& Persijilan
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
1- Kelemahan Syarikat Menjalankan Strategi Pemasaran yang Teratur
untuk Memasarkan Produk Tempatan ke Pasaran Antarabangsa
Terdapat syarikat yang telah berjaya dalam strategi memasarkan jenama mereka
dan juga sebaliknya. Syarikat seperti Pharmaniaga, CCM Pharmaceuticals, Clara
International, INS Bioscience, Power Root dan Adabi telah mempunyai jenama
yang kukuh dalam penjenamaan dan sistem pemasaran. Terdapat pengeluar
yang tidak mempunyai masalah dalam pembangunan jenama tetapi memberi
kesan yang efektif pada jenama itu sendiri. Pembangunan jenama boleh
dilakukan dengan secara usaha sendiri atau dengan pertolongan perunding
penjenamaan. Walau bagaimanapun pembangunan penjenamaan seharusnya
seiring dengan keberkesanan produk jenama itu sendiri.
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
2- Kelemahan Syarikat Tidak Menghasilkan Produk Herba Berskala
Besar
Kebanyakan syarikat tidak mempunyai kemudahan pengeluaran skala besar.
Penghasilan skala besar ini memerlukan kemudahan bagi membantu pengeluar
produk tempatan. Kurang permintaan dari luar negara disebabkan kekurangan
inisiatif pemasaran oleh pengeluar itu sendiri dan persijilan produk. Tanpa
pengeluaran yang berskala besar dan permintaan yang cukup , pengeluar tidak
akan dapat bertahan dalam kontrak dalam tempoh masa yang panjang.
3- Penyelidikan dan Pembangunan untuk Memantapkan
Keberkesanan Perubatan Herba
Faktor utama yang memberi kesan jualan produk herba adalah kesan efektif
produk herba itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan melakukan kajian dan
penyelidikan yang berterusan. Pengguna kini mementingkan keberkesanan
yang dibeli untuk mereka gunakan. Bagi mendapat kepercayaan pengguna
mengenai perubatan herba, kajian dan penyelidikan perlulah dijalankan. Kajian
ini perlulah dibuat untuk menguji keberkesanan herba yang telah diekstrak
melalui ujian klinikal. Ini perlu dijalankan kerana terdapat di kalangan pengguna
yang berpendapat bahawa prubatan herba memerlukan masa yang panjang dan
kurang memberi kesan berbanding produk farmaseutikal, Oleh itu perubatan
herba perlu membuat mekanisme persijilan bagi badan tempatan dan
antarabangsa mengiktiraf dan mengakui keselamatan serta keberkesanan produk
herba ini.
4- Kekurangan Pekerja yang Cekap dan Berpakaran Tinggi
Industri herba kini kekurangan graduan daripada bidang bioteknologi atau
farmaseutikal. Keperluan modal insan dalam bidang sains amat diperlukan.
63
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
Bidang ini juga dijadikan sebagai perniagaan menjadi sumber pendapatan serta
menyumbang kepada ekonomi negara.
5- Kekurangan Pengeluar di Peringkat Global
Kini terdapat sekumpulan kecil syarikat di Malaysia yang telah berjaya memasuki
pasaran antarabangsa. Beberapa syarikat ini terdapat di antara mereka yang
telah fokud pada pasaran Indonesia iaitu Pharmaniaga, CCM Duopharma dan
Adabi. Clara International pula telah fokus pada pasaran China.
Walaubagaimanapun pasaran Eropah dan Amerika Syarikat masih belum lagi
diterokai oleh pengeluar tempatan.
Perkara yang perlu diberi perhatian pada produk herba ini untuk memasuki
pasaran Amerika Syarikat khususnya memerlukan pengesahan produk daripada
segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk tersebut. Kegagalan membuat
seperti tersebut atau terbukti produk tersebut merbahaya pada rakyat Amerika
Syarikat akan menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat akan bertindak mengikut
undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan mereka. Ini akan menjatuhkan
sesuatu jenama. Persediaan yang lengkap perlu dilakukan sebelum memasuki
pasaran Amerika Syarikat.
6- Kekurangan Modal Awal
Produk bagi herba yang baru ditemui tidak dapat berkembang jika kekurangan
modal sama ada melibatkan geran penyelidikan atau kerjasama ahli ekonomi.
Ini sangat penting untuk memulakan usaha penyelidikan dan pembangunan
herba baru serta membantu mengkomersialkan produk herba itu. Sumber utama
untuk menyalurkan dana adalah dana swasta yang dapat memberi nilai
komersial bagi penemuan herba baru.
64
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
USAHA MEMBAWA INDUSTRI HERBA KE PERINGKAT
GLOBAL
1- Mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi(biodiverse)
Malaysia juga dikatakan berpotensi untuk memajukan penanaman tumbuhan
herba kerana mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi(biodiverse).Dengan
ini,ia akan menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba
tempatan.Matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai memandangkan hutan
hujan tropika Malaysia mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan.
2-Mempunyai badan atau pusat yang dijadikan sumber untuk
mendapatkan bekalan benih dan pokok
Terdapat badan atau pusat yang ditubuhkan bagi mendapatkan bekalan benih
dan pokok bagi perubatan herba juga menyebabkan Malaysia begitu berpotensi
untuk dimajukan.Syarikat Global Herba contohnya mempunyai ladang seluas
200 hektar terletak di Sungai Perak.Perbadanan ini ditubuhkan bagi memastikan
warisan herba tradisional terus terpelihara.
3-Kesedaran masyarakat
Kesedaran dalam diri masyarakat pada hari ini juga merupakan satu unsur
menyebabkan Malaysia sangat berpotensi bagi memajukan industri perubatan
herba.Keberkesanan sesuatu produk perubatan herba telah mengubah persepsi
mereka terhadap ubat-ubatan herba yang dianggap kolot.Hal ini adalah selaras
dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri heba
sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini.
65
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
4- Langkah/usaha untuk memajukan industri perubatan herba
i. Penanaman tanaman herba secara lebih meluas
Penanaman herba secara lebih meluas merupakan salah satu usaha bagi
memajukan industri perubatan herba.Jika dahulu tumbuhan herba ditanam
secara kecil-kecilan di sekeliling rumah ataupun di hutan rimba untuk industri
kampung sahaja,namun pada masa ini ianya telah berubah.Langkah ini adalah
selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri
herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi untuk dimajukan pada
abad ke-21 ini.
ii. Memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan selamat
digunakan
Penghasilan produk yang berkualiti dan selamat digunakan juga haruslah
dipastikan bagi memajukan industri perubatan herba.Kajian-kajian saintifik
perlu dijalankan terhadap tumbuhan ubatan untuk mengesahkan dakwaan
khasiat dan kemujaraban ubat berkenaan.Produk kesihatan berasaskan herba
Malaysia seperti tongkat ali dan kacip fatimah memasuki pasaran antarabangsa
secara besar-besaran mulai tahun 2005 menjadikan masyarakat lebih
mempercayai keberkesanannya.
66
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
ii.Menggabungkan kepakarantenaga tempatan dan luar negara
Kepakaran tenaga tempatan dan luar negar dapat digabungkan supaya bahan
mentah herba tempatan dapat dimajukan untuk pasaran luar.Perkongsian pintar
antara pengusaha industri kecil dan sederhana(IKS) ginseng dan herba Malaysia
akan membolehkan produk dipasarkan secara agresif.Kepakaran tenaga
tempatan bekerjasama dengan tenaga pakar luar Negara seperti Indonesia,China
dan India adalah sangat berkesan.Hal ini demikian kerana ketiga-tiga buah
Negara tersebut diakui sudah mengusahakan herba sejak beribu tahun dahulu.
67
CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL
DISEDIAKAN :
RABE'AH ADAM
MK121004
MKTC1JA
IBD UTM
68

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia kawaiis
 
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009Mr. H
 
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2 Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2 Nooo ooo
 
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber HutanLangkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan末 Wei
 
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitarAktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitarharalhaj
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimAmira Dolce Farhana
 
Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraRo Ny
 
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarharalhaj
 
Faktor faktor yang mempengaruhi tumbuhan-suhu
Faktor faktor yang mempengaruhi tumbuhan-suhuFaktor faktor yang mempengaruhi tumbuhan-suhu
Faktor faktor yang mempengaruhi tumbuhan-suhuNor Kamsani
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI Nur Osman
 
keanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawarankeanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawaranmus31
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianHilmi Qimie
 
Pengurusan sumber hutan mapan
Pengurusan sumber hutan mapanPengurusan sumber hutan mapan
Pengurusan sumber hutan mapanAndy Anderson
 
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITARIMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITARzulaikharosly
 
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaranPasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasarankim rae KI
 

La actualidad más candente (20)

Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
 
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
 
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2 Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2
 
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber HutanLangkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
 
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitarAktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
 
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatimKertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
Kertas kerja lawatan ke rumah anak yatim
 
Bab 4 Teori Pengeluaran
Bab 4 Teori PengeluaranBab 4 Teori Pengeluaran
Bab 4 Teori Pengeluaran
 
Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negara
 
Memulakan Perniagaan
Memulakan PerniagaanMemulakan Perniagaan
Memulakan Perniagaan
 
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
 
Faktor faktor yang mempengaruhi tumbuhan-suhu
Faktor faktor yang mempengaruhi tumbuhan-suhuFaktor faktor yang mempengaruhi tumbuhan-suhu
Faktor faktor yang mempengaruhi tumbuhan-suhu
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
 
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9: Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa.
 
Sistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalisSistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalis
 
keanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawarankeanjalan permintaan dan penawaran
keanjalan permintaan dan penawaran
 
Pengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsianPengenalan perniagaan perkongsian
Pengenalan perniagaan perkongsian
 
Landskap
LandskapLandskap
Landskap
 
Pengurusan sumber hutan mapan
Pengurusan sumber hutan mapanPengurusan sumber hutan mapan
Pengurusan sumber hutan mapan
 
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITARIMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
 
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaranPasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
 

Similar a Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokinetiBab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokinetikhairul azlan taib
 
Pedoman penemuan-dan-tatalaksana-hipertensi
Pedoman penemuan-dan-tatalaksana-hipertensiPedoman penemuan-dan-tatalaksana-hipertensi
Pedoman penemuan-dan-tatalaksana-hipertensipuri al rosyid
 
cellmaxx.co.id - Presentasi Produk dan Marketing Plan Cell Maxx Indonesia
cellmaxx.co.id - Presentasi Produk dan Marketing Plan Cell Maxx Indonesiacellmaxx.co.id - Presentasi Produk dan Marketing Plan Cell Maxx Indonesia
cellmaxx.co.id - Presentasi Produk dan Marketing Plan Cell Maxx IndonesiaKamaludin Somanri
 
DIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH
DIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAHDIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH
DIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAHpjj_kemenkes
 
Presentasi bpc
Presentasi bpcPresentasi bpc
Presentasi bpchendro
 
Pharmaceutical Care untuk Penyakit DM
Pharmaceutical Care untuk Penyakit DMPharmaceutical Care untuk Penyakit DM
Pharmaceutical Care untuk Penyakit DMSainal Edi Kamal
 
gagal jantung (Heart Failure)
gagal jantung (Heart Failure)gagal jantung (Heart Failure)
gagal jantung (Heart Failure)Mela Roviani
 
Strawbery Meningkatkan High Density Lipoprotein Pada Lansia Dislipidemia
Strawbery Meningkatkan High Density Lipoprotein Pada Lansia DislipidemiaStrawbery Meningkatkan High Density Lipoprotein Pada Lansia Dislipidemia
Strawbery Meningkatkan High Density Lipoprotein Pada Lansia DislipidemiaStikes Jenderal Achmad Yani Yogyakarta
 
Isu Terkini_2022_5jul.pdf
Isu Terkini_2022_5jul.pdfIsu Terkini_2022_5jul.pdf
Isu Terkini_2022_5jul.pdfmugiprajeni
 
mengenal aktor resiko penyakit kardiovaskuler
mengenal aktor resiko penyakit kardiovaskulermengenal aktor resiko penyakit kardiovaskuler
mengenal aktor resiko penyakit kardiovaskulerArif WR
 
Makalah Ulkus Diabetikum
Makalah Ulkus DiabetikumMakalah Ulkus Diabetikum
Makalah Ulkus DiabetikumHeravFebrianto
 

Similar a Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global) (20)

Mediakom 32
Mediakom 32Mediakom 32
Mediakom 32
 
Presentasi germas
Presentasi germasPresentasi germas
Presentasi germas
 
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokinetiBab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
 
Pedoman penemuan-dan-tatalaksana-hipertensi
Pedoman penemuan-dan-tatalaksana-hipertensiPedoman penemuan-dan-tatalaksana-hipertensi
Pedoman penemuan-dan-tatalaksana-hipertensi
 
Cell Maxx
Cell MaxxCell Maxx
Cell Maxx
 
cellmaxx.co.id - Presentasi Produk dan Marketing Plan Cell Maxx Indonesia
cellmaxx.co.id - Presentasi Produk dan Marketing Plan Cell Maxx Indonesiacellmaxx.co.id - Presentasi Produk dan Marketing Plan Cell Maxx Indonesia
cellmaxx.co.id - Presentasi Produk dan Marketing Plan Cell Maxx Indonesia
 
Satpel pjk
Satpel pjkSatpel pjk
Satpel pjk
 
DIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH
DIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAHDIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH
DIET PADA PENYAKIT JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH
 
Presentasi bpc
Presentasi bpcPresentasi bpc
Presentasi bpc
 
Pembunuhan masal
Pembunuhan masalPembunuhan masal
Pembunuhan masal
 
Dislipidemiaaaa pdf
Dislipidemiaaaa pdfDislipidemiaaaa pdf
Dislipidemiaaaa pdf
 
Ph care-dm
Ph care-dmPh care-dm
Ph care-dm
 
Pharmaceutical Care untuk Penyakit DM
Pharmaceutical Care untuk Penyakit DMPharmaceutical Care untuk Penyakit DM
Pharmaceutical Care untuk Penyakit DM
 
gagal jantung (Heart Failure)
gagal jantung (Heart Failure)gagal jantung (Heart Failure)
gagal jantung (Heart Failure)
 
Strawbery Meningkatkan High Density Lipoprotein Pada Lansia Dislipidemia
Strawbery Meningkatkan High Density Lipoprotein Pada Lansia DislipidemiaStrawbery Meningkatkan High Density Lipoprotein Pada Lansia Dislipidemia
Strawbery Meningkatkan High Density Lipoprotein Pada Lansia Dislipidemia
 
Isu Terkini_2022_5jul.pdf
Isu Terkini_2022_5jul.pdfIsu Terkini_2022_5jul.pdf
Isu Terkini_2022_5jul.pdf
 
Proposal suni
Proposal suniProposal suni
Proposal suni
 
mengenal aktor resiko penyakit kardiovaskuler
mengenal aktor resiko penyakit kardiovaskulermengenal aktor resiko penyakit kardiovaskuler
mengenal aktor resiko penyakit kardiovaskuler
 
Bioaktivitas flavonoid
Bioaktivitas flavonoidBioaktivitas flavonoid
Bioaktivitas flavonoid
 
Makalah Ulkus Diabetikum
Makalah Ulkus DiabetikumMakalah Ulkus Diabetikum
Makalah Ulkus Diabetikum
 

Último

Dbd analisis SOAP, tugas Farmakoterapi klinis dan komunitas
Dbd analisis SOAP, tugas Farmakoterapi klinis dan komunitasDbd analisis SOAP, tugas Farmakoterapi klinis dan komunitas
Dbd analisis SOAP, tugas Farmakoterapi klinis dan komunitasariSatya2
 
LOKAKARYA MINI tingkat puskesmas bulanan ppt
LOKAKARYA MINI tingkat puskesmas bulanan pptLOKAKARYA MINI tingkat puskesmas bulanan ppt
LOKAKARYA MINI tingkat puskesmas bulanan pptUserTank2
 
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).ppt
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).pptMEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).ppt
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).pptssuserbb0b09
 
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptx
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptxFRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptx
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptxDwiHmHsb1
 
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannyaleaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannyaYosuaNatanael1
 
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.pptSISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.pptAcephasan2
 
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptx
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptxpemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptx
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptxFerawatiPhea1
 
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.ppt
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.pptpengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.ppt
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.pptRekhaDP2
 
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatanLogic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatanB117IsnurJannah
 
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptx
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptxPPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptx
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptxDwiDamayantiJonathan1
 
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.pptPAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.pptssuser551745
 
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptx
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptxPPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptx
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptxhellokarin81
 
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptx
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptxPPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptx
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptxAcephasan2
 
Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacy
Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacyChapter 1 Introduction to veterinary pharmacy
Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacyIkanurzijah2
 
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOAPROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOAkompilasikuliahd3TLM
 
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggiHigh Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggiAikawaMita
 
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...nadyahermawan
 
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptx
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptxMengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptx
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptxLintangDwiCandra1
 
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.pptANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.pptAcephasan2
 

Último (20)

Dbd analisis SOAP, tugas Farmakoterapi klinis dan komunitas
Dbd analisis SOAP, tugas Farmakoterapi klinis dan komunitasDbd analisis SOAP, tugas Farmakoterapi klinis dan komunitas
Dbd analisis SOAP, tugas Farmakoterapi klinis dan komunitas
 
LOKAKARYA MINI tingkat puskesmas bulanan ppt
LOKAKARYA MINI tingkat puskesmas bulanan pptLOKAKARYA MINI tingkat puskesmas bulanan ppt
LOKAKARYA MINI tingkat puskesmas bulanan ppt
 
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).ppt
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).pptMEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).ppt
MEMBERIKAN OBAT INJEKSI (KEPERAWATAN DASAR).ppt
 
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptx
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptxFRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptx
FRAKTUR presentasion patah tulang paripurna OK.pptx
 
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannyaleaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
leaflet IKM, gastritis dan pencegahannya
 
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.pptSISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
SISTEM KONDUKSI / KELISTRIKAN JANTUNG.ppt
 
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptx
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptxpemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptx
pemeriksaan fisik Telinga hidung tenggorok bedah kepala leher.pptx
 
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.ppt
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.pptpengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.ppt
pengertian mengenai BAKTERI dan segala bentuk bakteri.ppt
 
Pentingnya-Service-Excellent-di-Rumah-Sakit.pdf
Pentingnya-Service-Excellent-di-Rumah-Sakit.pdfPentingnya-Service-Excellent-di-Rumah-Sakit.pdf
Pentingnya-Service-Excellent-di-Rumah-Sakit.pdf
 
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatanLogic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
Logic Model perencanaan dan evaluasi kesehatan
 
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptx
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptxPPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptx
PPT PATIENT SAFETY FAKTOR KEPERAWATAN MANUSIA.pptx
 
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.pptPAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
PAPARAN TENTANG PENYAKIT TUBERKULOSIS.ppt
 
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptx
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptxPPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptx
PPT KELOMPOKperkembggannanan sdidtk pada anak1.pptx
 
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptx
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptxPPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptx
PPT.Materi-Pembelajaran-genetika.dasarpptx
 
Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacy
Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacyChapter 1 Introduction to veterinary pharmacy
Chapter 1 Introduction to veterinary pharmacy
 
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOAPROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA PROTOZOA
 
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggiHigh Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
 
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...
FARMAKOLOGI TBC. tugas kelompok farmasi klinis dan komunitas smk kesehatan ka...
 
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptx
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptxMengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptx
Mengenal Nyeri Perut tentang jenis dan karakteristik.pptx
 
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.pptANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER.ppt
 

Artikel (cabaran industri herba malaysia ke peringkat global)

  • 1.
  • 2. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Pendahuluan 3 Situasi Kesihatan Global dan Malaysia 5 Penyakit Jantung 7 Kanser/ Barah 11 Strok 14 Diabetes (Kencing Manis) 16 Osteoporosis 18 Athritis 21 Alzheimer 23 Obesiti (Kegemukan) 25 Kesedaran Kepentingan Kesihatan 28 Nilai Herba Dalam Dunia Kesihatan 28 Langkah Memartabatkan Industri hera 32 Tongkat Ali 33 Kacip Fatimah 39 Isu berkenaan tongkat ali & kacip fatimah 41 Misai Kucing 45 Hempedu Bumi 47 Dukung Anak 49 Cabaran Industri Herba ke Peringkat Globalisasi 51 Isu dan cabaran dalam penanaman herba 51 Isu dan cabaran dalam proses dan formulasi produk herba 53 Isu dan cabaran penghasilan produk herba 56 Isu dan cabaran yang dihadapi dalam bidang pemasaran dan pengedaran 58 Isu dan cabaran industri herba dan bioteknologi 61 Usaha Membawa Industri Herba ke Peringkat Global 65 2
  • 3. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL PENDAHULUAN Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan sumber khazanah alam semulajadi dan sesuai dijadikan sebagai pusat penghasilan dan perubatan herba tradisional secara komersial. Usaha memperkembangkan industri ini memerlukan penglibatan petani dan pengusaha sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bagi pengusaha tanaman herba, mereka mudah untuk mendapatkan tanaman ini terus dari kawasan hutan atau melakukan proses perkembangbiakan tanaman daripada benih yang diperolehi.Tanaman herba yang diperolehi akan digunakan sebagai bahan dalam perubatan herba tradisional. Industri perubatan herba tradisional di Malaysia diyakini mampu meningkatkan sumber ekonomi negara. Malaysia memiliki sebanyak 7,000 spesies tanaman herba yang berkhasiat. Walau bagaimanapun, khasiat tanaman herba masih belum dapat dlmanfaatkan sebaik mungkin dalam mengubati sesuatu penyakit. Keadaan ini amat merugikan masyarakat secara Umumnya dan juga perkembangan ekonomi negara. Bagi If bahagian masyarakat terutamanya masyarakat Melayu, mereka menganggap kaedah rawatan melalui ptnggunaan tanaman herba merupakan satu kaedah ptrubatan tradisional bersifat alternatif yang memiliki ktunggulan dan keunikan yang tersendiri. Kesedaran tentang bahaya penggunaan bahan-ian kimla yang terkandung di dalam ubat-ubat moden inyebabkan masyarakat klni beralih untuk kembali menggunakan khazanah alam secara semulajadi. Dalam bidang perubatan pula, keadaan ini menunjukkan bahawa penggunaan tanaman herba semakin penting 3
  • 4. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL dan bernilai di mata masyarakat. Malangnya, sehingga kini, penghasilan tanaman herba hanya dilakukan secara sederhana kerana ia hanya digunakan sebagai bahan asas dalam penyediaan ramuan ubat tradisional. Ini menyebabkan wujudnya masalah dalam memenuhi permintaan di pasaran tempatan dan tahap kualiti eksport herba ke luar negara. Masyarakat kini memerlukan tanaman herba dalam kuantiti yang besar. Bagi mengatasi masalah kekurangan tanaman herba untuk memenuhi keperluan tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan sebagai contohnya; usaha pembiakan tanaman herba yang dilakukan dalam skala yang lebih luas. Malah, telah ada usaha-usaha manusia untuk mengumpul dan menanam tanaman herba atau ubatan dalam satu kebun atau taman (seperti di UKM, USM dan FRIM) bagi menyelamatkan spesies tanaman yang penting daripada terus pupus akibat proses pembangunan fizikal yang kian pesat. Kebanyakan daripada usaha-usaha mengkebunkan tanaman ini dibuat berdasarkan klasifikasi jenis penyakit (pengelasan farmasi). Usaha ini juga bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis tanaman yang ditanam agar spesies atau genera tanaman utama dapat terus dipelihara dan terpelihara. Terdapat beberapa halangan yang terpaksa dihadapi oleh petani atau pengusaha dalam menghasilkan tanaman herba. Antaranya, perbezaan yang ketara antara permintaan dan penghasilan tanaman herba serta penawaran harga tanaman herba yang tidak tetap di pasaran. Ini berikutan dengan kurangnya pengetahuan para pengusaha dalam menghasilkan tanaman herba yang bermutu dari segi kualiti dan kuantiti serta jenis pengeluaran herba yang diperlukan. 4
  • 5. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL SITUASI KESIHATAN GLOBAL DAN MALAYSIA Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 2008 sahaja, lebih 13.4 juta orang mati disebabkan berpunca daripada penyakit Kardiovaskular iaitu 7.25 juta penghidap penyakit jantung dan 6.15 daripada mengalami strok. Berikut jadual 10 penyakit pembunuh tertinggi di dunia pada tahun 2008. (Rujukan: Pertubuhan Kesihatan Dunia, Jun 2011) PENYAKITPENYAKITPENYAKITPENYAKIT JUMLAH KEMATIAN (JUTAJUMLAH KEMATIAN (JUTAJUMLAH KEMATIAN (JUTAJUMLAH KEMATIAN (JUTA ORANG)ORANG)ORANG)ORANG) SERANGAN JANTUNG 7.25 STROK 6.15 JANGKITAN PARU-PARU 3.46 RADANG SALUR PERNAFASAN KRONIK 3.28 DIARRHEA 2.46 HIV/AIDS 1.78 BARAH PARU-PARU 1.39 TUBERCULOSIS 1.34 DIABETES 1.26 KEMALANGAN JALAN RAYA 1.21 Jadual 1 :10 Penyakit Pembunuh Tertinggi di Dunia Pada Tahun 2008. (Rujukan: Pertubuhan Kesihatan Dunia, Jun 2011) 5
  • 6. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih daripada 3 juta rakyat Malaysia berisiko menghidapi penyakit jantung dan 1 daripada 6 kematian di hospital-hospital di negara ini berpunca daripada penyakit Kardiovaskular (iaitu penyakit jantung dan strok) Pada tahun lalu sahaja, 25.4 peratus (11,812) kematian adalah akibat penyakit kardiovaskular. dan kira-kira 35% dari kematian akibat penyakit kardiovaskular berlaku di kalangan individu berumur kurang dari 60 tahun. Jadual dibawah menunjukkan 10 penyakit utama yang menyebabkan kematian 2010. (Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia: Laporan Tahunan 2010) PenyakitPenyakitPenyakitPenyakit Jumlah kematian (Orang)Jumlah kematian (Orang)Jumlah kematian (Orang)Jumlah kematian (Orang) Serangan Jantung 11808 Masalah Pernafasan 8597 Jangkitan Parasit 8296 Neoplasms 5532 Kecederaan & Keracunan 2331 Masalah Pencernaan 2218 Genitourinary 2033 Masalah Perinatal 1543 Masalah Klinikal Abnormal 932 Kekurangan Nutrien 801 JumlahJumlahJumlahJumlah 46, 58846, 58846, 58846, 588 Jadual 2:10 penyakit utama yang menyebabkan kematian 2010 (Rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia: Laporan Tahunan 2010) 6
  • 7. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa kanser, penyakit jantung dan penyakit kronik lain telah membunuh lebih 24 juta orang setiap tahun. Ia juga telah menyebabkan penderitaan ratusan juta orang di seluruh dunia. Secara umumnya terdapat 8 penyakit utama yang kronik di seluruh dunia iaitu: 1- Penyakit Jantung 2- Kanser/ Barah 3- Strok 4- Diabetes (Kencing Manis) 5- Osteoporosis 6- Athritis 7- Alzheimer 8- Obesiti (Kegemukan) Penyakit Jantung Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap yang membunuh kira-kira 7.2 juta manusia setiap tahun di dunia.Ia Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Diabetes , hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman , faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini. 7
  • 8. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Rajah 1: Kempen Pencegahan Penyakit Jantung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya. Namun statistik kematian mengenai penyakit jantung tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan. Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan kempen promosi kesihatan. 8
  • 9. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung. Rajah 2: Keadaan Jantung apabila mengihidapi Penyakit Jantung Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda. 9
  • 10. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung. Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi. Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup. 10
  • 11. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL BARAH/KANSER Barah atau kanser (Istilah perubatan: barah neoplasm) merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan dan pemusnahan tisu biologi dan metastasia. Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah, yang merupakan penyerebakan terhad dan bukan metastasia. Kebanyakan barah menyebabkan tumor, akan tetapi seperti leukemia, sesetengah barah tidak. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi. Rajah 3: Keadaan sel di dalam tubuh manusia Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu bolehlah dianggap, mereka yang melewatkan mendapat rawatan seolah- olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat 11
  • 12. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaab palliative telah meningkat dengan meluas. Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan. Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi. Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun . Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan faktor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding faktor persekitaran yang lain. 12
  • 13. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL TANDA-TANDA AWAL KANSER (1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan. (2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada. (3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air. 4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah- mengah,sakit dada dan hilang berat badan. 5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit. 6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak. 7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam. 8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti. 9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan. (10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection). 13
  • 14. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL (11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher. STROK Strok adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba. Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah. Kebanyakan strok berpunca daripada darah beku didalam arteri. Ia merupakan penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia. Strok boleh mewujudkan keadaan yang memerlukan pernafasan bantuan, tekanan dada atau kedua-duanya sekali. Walaupun penyakit ini banyak menyerangi orang yang sudah berumur, ianya boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sekalipun. Anda perlu mengetahui tanda-tanda amaran awal strok supaya rawatan kecemasan dapat dimulakan segera. Tanda-tanda Amaran Strok Termasuklah:- •Terasa lemah atau kebas dimuka, tangan dan kaki di sebelah badan. •Susah bercakap atau sukar difahami percakapannya. •Mabuk atau pening dengan tidak ada sebab atau terjatuh tiba-tiba. •Kelabu mata, khasnya melibatkan sebelah mata sahaja. •Tidak sedarkan diri. •Salah satu tanda perdarahan di otak ialah rasa pening yang teruk dan luar biasa yang berlaku dengan tiba-tiba . Tanda amaran ini mungkin sementara sahaja (Serangan Strok sementara atau TIA) tidak melebihi 24 jam atau hanya beberapa minit sahaja. Apabila tanda- tanda ini berlaku, cepatlah berjumpa doktor kerana rawatan perubatan atau pembedahan awal boleh mencegah daripada berlakunya strok. Jika gejala-gejala di atas agak teruk, telefonlah ambulan. 14
  • 15. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Rajah 4: Penyebab strok dan sakit jantung (Sumber: Harian Metro) Walaupun tanda-tanda yang serupa boleh disebabkan oleh mabuk kerana arak, memakan ubat berlebihan, reaksi insulin ataupun penyakit lain, ia juga adalah tanda strok walaupun berlaku seketika sahaja. Kejayaan rawatan ke atas mangsa bergantung kepada pengenalan tanda-tanda awal, kepantasan menggerakkan sistem rawatan kecemasan dan juga kecepatan membawa mangsa ke hospital. 15
  • 16. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Asas-asas utama bantuan hidup asas adalah penting dalam penjagaan mangsa strok, terutamanya apabila mangsa kurang sedar. Sekatan saluran pernafasan boleh berlaku. Jika ini terjadi, saluran pernafasan mestilah dibuka segera dan bantuan pernafasan perlu diberikan. DIABETES/KENCING MANIS Penyakit kencing manis ataupun Diabetes melitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai: •Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulinoleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah. •Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit). 16
  • 17. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Rajah 5: Kempen Pencegahan Diabetes oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanda-tanda penyakit kencing manis Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah: 1- Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan) 2- Keletihan / Sentiasa letih 3- Penurunan berat badan secara mengejut 4- Kabur penglihatan 5- Otot lemah 6- Gatal-gatal di tempat kemaluan 7- Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan 8- Luka yang lambat sembuh 9- Kencing yang kerap 10- Gatal pada bahagian kemaluan 17
  • 18. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 11- Rasa kebas 12- Pening-pening 13-Bertambah selera makan 14- Lidah kering 15- Nafas berbau manis OSTEOPOROSIS Rajah 6: Gambaran Keadaan Bentuk Badan Penghidap Osteoporosis Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat. 18
  • 19. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Rajah 7: Keadaan Struktur Dalam Tulang Penghidap Osteoporosis Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat. Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah. Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang. Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain. Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050. Simptom Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus melainkan berlakunya retak tulang dengan mudah. Sesetengah retak osteoporosis sukar dikesan sehingga bertahun-tahun lamanya sehinggakan pesakit sendiri tidak sedar dirinya mengalami osteoporosis sehingga mengalami retak tulang yang menyakitkan. 19
  • 20. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Retak di bahagian vertebra tulang belakang boleh menyebabkan kesakitan teruk dari bahagian belakang hingga ke sisi badan. Selepas beberapa tahun, keretakan tulang belakang boleh berulang dan menyebabkan kesakitan kronik bahagian belakang terutamanya di pinggang dan pinggul yang kelihatan seperti berbonggol. Retakan yang berlaku secara normal dipanggil retakan trauma minimum atau retak stres. Contohnya, sesetengah pesakit yang mengalami osteoporosis boleh menyebabkan retak stres lebih teruk di kaki ketika berjalan. Retak pinggul pula biasanya berlaku disebabkan terjatuh. Di kalangan penghidap osteoporosis, retak pinggul boleh berlaku walaupun hanya disebabkan kemalangan kecil. Retak pinggul juga sukar dirawat kerana kualiti tulang yang teruk. Wanita Malaysia adalah antara tiga dari negara Asia yang paling berisiko menghidap osteoporosis pada awal usia 30-an, kata satu kajian syarikat nutrisi hasil susu dari New Zealand, Fonterra. Kajian juga menunjukkan 50 peratus rakyat Malaysia berdepan risiko penyakit tersebut pada usia 50-an, kata Pengurus Asas Kesihatan Fonterra Asia dan Asia Barat, Joanne Todd. Kajian tersebut yang menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Asia berusia 35 tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis, katanya. "Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi masalah yang dihadapi golongan tua semata-mata, katanya ketika membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat rantau Asia pertama anjuran International Osteoporosis Foundation (IOF), di sini hari ini. Todd berkata, kajian juga mendapati sejumlah besar penduduk Asia berusia lingkungan 30-an tidak mempunyai tahap jisim tulang yang sepatutnya pada usia mereka. 20
  • 21. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL ATHRITIS Apa itu rheumatoid arthritis? Rajah 8: Gambar tangan penghidap Athritis Rajah 9: Gambaran X-ray keadaan tangan yang n normal dan tangan penghidap Athritis Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini. Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki. 21
  • 22. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti secara tepat. Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini. Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat beberapa kriteria dan simptom yang boleh dikenal pasti untuk mengesahkan penyakit rheumatoid arthritis. Tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran sinovial(synovial membrane) dan tisu penyambung.Pesakit biasanya akan mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur. Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan (symmetrical affection). Penyakit akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira- kira enam minggu. Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa siri ujian. Ujian rheumatoid factor kebanyakannya didapati positif disamping meningkatnya juga nilai C-reactive protein (CRP) dan erythrocyte sedimentation rate(ESR), Sinaran x (x-ray) yang dijalankan juga mendapati berlakunya hakisan (erosions) pada sendi dan bahagian tulang yang terlibat. 22
  • 23. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL ALZHEIMER Alzheimer bukan penyaki menular, melainkan merupakan sejenis sindrom dengan apoptosis sel-sel otak pada saat yang hampir bersamaan,sehingga otak tampak mengerut dan mengecil. Alzheimer juga dikatakan sebagai penyakit yang sinonim dengan orang tua. Rajah 10: Gambaran X-ray keadaan struktur otak yang n normal dan struktur otak penghidap Alzheimer Risiko untuk mengidap Alzheimer, meningkat seiring dengan pertambahan usia. Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus mengidap penyakit ini dan akan meningkat dua kali lipat setiap lima tahun, kata seorang doktor. Menurutnya, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan orang tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an. Penyakit Alzheimer paling sering ditemui pada orang tua berusia sekitar 65 tahun ke atas. Di negara maju seperti Amerika Serikat saat ini ditemui lebih dari 4 juta orang usia lanjut penderita penyakit Alzheimer. Angka ini diperkirakan akan meningkat sampai hampir 4 kali pada tahun 2050. Hal tersebut berkaitan dengan lebih tingginya harapan hidup pada masyarakat di negara maju, sehingga populasi penduduk lanjut usia juga bertambah. 23
  • 24. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Rajah 11: Gambaran keadaan Pesakit Alzheimer Pada tahap awal perkembangan Alzheimer, penurunan faktor-faktor risiko vaskular dapat menyulitkan diagnosis sindrom ini, namun mengurangi kecepatan perkembangan demensia Faktor risiko bagi Alzheimer ialah: • pengidap hipertensi yang mencapai usia 40 tahun ke atas • Pengidap kencing manis • Kurang berolahraga • Tingkat kolesterol yang tinggi • Faktor keturunan - mempunyai keluarga yang mengidap penyakit ini pada usia 50-an. 24
  • 25. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL OBESITI Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ- organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Rajah 12: Keratan akhbar berkaitan obesiti di Malaysia 25
  • 26. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Jika para remaja lihat, peratusan individu di Malaysia yang mengalami obesiti semakin meningkat. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Rajah 13: Gambaran bentuk tubuh bagi yang mengalami obesiti Anda dianggap Obes jika BMI anda (bagi orang Asia) ialah 27.5. Kesan-kesan obesiti juga termasuk: • peningkatan risiko sakit jantung • tekanan darah tinggi • diabetes / kencing manis • masalah pernafasan • masalah tidur 26
  • 27. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Rajah 14: Obesiti meningkat risiko mengalami penyakit lain Kita seharusnya mengambil serius akan masalah obesiti di kalangan remaja. Remaja atau kanak-kanak yang obes selalunya akan menjadi dewasa yang obes. Faktor yang mempengaruhi obesiti ialah: Diet yang tidak seimbang. Pengambilan makanan ringan yang tidak sihat. Kekurangan aktiviti bersukan. Gaya hidup yang tidak sihat. Selain daripada menghadkan kegiatan fizikal (sukar bergerak) dan sosial (keyakinan diri kurang dan rasa tersisih), jangka hayat seorang yang obes juga semakin pendek. Ia mencerminkan satu keadaan ketidakseimbangan pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga 27
  • 28. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL KESEDARAN KEPENTINGAN KESIHATAN NILAI HERBA DALAM DUNIA KESIHATAN Malaysia merupakan antara negara terkaya di dunia kerana memiliki hutan hujan tropika yang mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan. Ditambah lagi, kemewahan khazanah rimba Malaysia ini turut memiliki kira- kira 2000 spesies tumbuhan ubatan atau herba yang telah diwartakan, sekali gus menjadikan ia berperanan sebagai simpanan yang mengandungi bahan kimia bernilai untuk diproses menjadi produk asas penjagaan kesihatan mahupun sumber ubatan dan makanan. Penggunaan tumbuhan herba sebagai sumber ubatan dan juga makanan adalah sejajar dengan keperluan manusia itu sendiri. Selain ia digunakan dalam perubatan tradisional, tumbuhan herba juga menyumbangkan peranan dalam penemuan ubat- ubatan moden di mana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melaporkan bahawa sebanyak 80% daripada penduduk dunia bergantung kepada ubatan herba dalam penjagaan kesihatan asas. Namun demikian, mungkin ramai di antara kita tidak mengetahui akan kewujudan tumbuhan tersebut serta kelebihannya dan memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan dan kesihatan yang berterusan. Mungkin pendedahan dengan produk penjagaan kesihatan, minuman- minuman herba berasaskan tumbuhan yang berlambak di pasaran sekarang membuka mata masyarakat kita bahawa tumbuhan memberikan nilaian hebat dalam mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Tetapi sejauh mana tumbuhan herba tersebut berkesan seperti mana yang didakwa oleh pengusaha- pengusaha ubatan dan makanan perlulah dikaji secara mendalam. 28
  • 29. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Oleh itu, banyak kajian sekarang ini tertumpu kepada penyelidikan tumbuhan herba. Antaranya ialah seperti tongkat ali, kacip fatimah, hempedu bumi, lidah buaya, pegaga, mengkudu, misai kucing, dukung anak dan banyak lagi. Untuk memastikan agar tumbuhan herba ini dipelihara dan sumbernya berterusan, maka, kepelbagaian biologi iaitu hutan- hutan di negara kita perlu diurus dengan baik. Ini kerana, permintaan terhadap makanan kesihatan, ubatan tradisional yang berasaskan herba semakin meningkat dan mendapat tempat di hati orang ramai. Ini disebabkan oleh sifat kegunaan tumbuhan herba adalah pelbagai dan boleh digunakan secara meluas. Selain daripada sebagai sumber ubatan tradisional, tumbuhan herba juga digunakan dalam penghasilan bahan kimia tulen untuk ubat- ubatan dan juga ekstrak yang mengandungi bahan aktif. Di samping itu, ia bermanfaat di dalam industri makanan, minuman, perisa, kosmetik, bahan pencuci, wangi- wangian dan juga makanan tambahan (nutraseutikal). Pada dasarnya, hubungan antara manusia dan tumbuhan tidak dapat disangkal lagi kerana memang banyak manfaat yang diperolehi dari tumbuhan untuk manusia sejagat seandainya ia diguna dengan cara yang betul dan teratur. Disinilah peranan yang perlu dimainkan oleh manusia itu sendiri, agar apa yang telah dianugerahkan oleh Allah dapat dimanfaatkan keseluruhannya. Ternyata, penggunaan secara berkesan sumber tumbuhan herba menjadikan masyarakat kita mahir dalam mengatur dan mengurus hal ehwal kesihatan. Contohnya, penggunaan tumbuhan herba dalam perubatan tradisional. Orang- orang dahulu mungkin memperolehi pengetahuan berkenaan dengan khasiat tumbuhan herba dengan melihat kesan tumbuhan tersebut dimakan oleh haiwan. Ada juga yang mungkin ditemui secara sengaja atau tidak sengaja dan pengalaman yang ditimba mengajar masyarakat dahulu sama ada sesuatu jenis 29
  • 30. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL tumbuhan herba boleh dimakan atau tidak. Pemerhatian rupa bentuk, warna dan bau sesuatu tumbuhan merupakan cara yang penting dalam menentukan tumbuhan herba boleh digunakan untuk tujuan perubatan atau sebaliknya. Lantaran itu, perlunya juga penyelidikan yang saintifik disalurkan dalam bidang tumbuhan herba agar pengetahuan masyarakat dahulu terhadap bidang ini tidak lenyap dalam arus perubatan moden. Ini kerana, potensi tumbuhan herba amat meluas sekali untuk dijadikan sebagai ubat- ubatan dan barang kegunaan yang lain. Atas dasar ini yang bersesuaian dengan perubahan gaya hidup dan keperluan masyarakat kini, tumbuhan herba berupaya menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada petani malah mampu memberikan pendapatan yang lebih tinggi berbanding sesetengah tanaman lain yang banyak diusahakan oleh petani. Oleh itu, penanaman tumbuhan herba perlu diperluaskan dan dikomersialkan selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998- 2010 yang mengenalpasti industri herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke- 21 ini. Sejajar dengan itu, penggunaan herba dalam industri di Malaysia telah meningkat berkali ganda sejak berpuluh tahun dahulu. Contohnya penggunaan makanan herba untuk kesihatan (farmaseutikal dan nutraseutikal) telah mencecah RM950 bilion pada tahun 1996 dan dijangka meningkat pada masa sekarang. Namun begitu, peningkatan tersebut bukanlah suatu yang mengejutkan kerana ia berdasarkan sifat kegunaan tumbuhan herba yang pelbagai. Melihat kepada perkembangan ini, pasaran produk berasaskan herba tidak perlu dibimbangi kerana telah wujud satu aliran masyarakat di dunia yang berpendidikan termasuk di Malaysia sendiri yang tidak terlepas daripada dilanda arus perkembangan tersebut, sudah mula mengutamakan dan menggunakan barangan berasaskan semula jadi berbanding barangan yang mengandungi 30
  • 31. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL bahan kimia. Apabila memperkatakan barangan yang berasaskan tumbuhan herba bermakna kehidupan yang diamalkan adalah kembali ke alam semulajadi dan ia adalah selamat digunakan kerana diamalkan turun temurun dalam penjagaan diri dan kesihatan. Di samping itu, ia berkesan untuk merawat dan menjauhi daripada penyakit. Apa yang penting, barangan tersebut berkemungkinan murah jika dibandingkan dengan produk keluaran luar negeri dan ia adalah mesra alam (degradable). Secara tidak langsung, penggunaan barangan yang berasaskan tumbuhan herba akan membantu dalam menjana ekonomi negara dan kita tidak akan bergantung kepada negara luar untuk produk penjagaan diri dan kesihatan. Contoh tumbuhan herba yang dikenali dan agak meluas penggunaannya di Malaysia ialah tumbuhan kacip fatimah. Pengambilan kacip fatimah oleh wanita dikatakan dapat meningkatkan pengaliran darah untuk menghilangkan kelesuan dan keletihan. Disamping itu, ia dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi dan dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin serta membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah mengandungi unsur antioksidan da phytoestrogen yang dapat membantu mencegah pembiakan sel- sel kanser dalam badan. Oleh itu, tidak hairanlah jika pada hari ini pasaran produk yang berasaskan kacip fatimah agak meluas berdasarkan manfaatnya yang pelbagai. Namun, apa yang menjadi persoalan, adakah benar seperti yang didakwa oleh pengeluar produk herba bahawa barangannya mengandungi unsur tumbuhan herba dan mampu memberikan kebaikan yang tertentu kepada kesihatan? Apa yang berlaku pada hari ini, ramai pengeluar produk herba menyatakan bahawa barangan yang diusahakan tersebut mengandungi tumbuhan herba yang sedemikian tetapi hakikatnya kuantiti tumbuhan herba dimasukkan ke dalam produk tersebut tidak mampu memberikan kesan yang mantap terhadap kesihatan. Oleh itu, apa yang diperlukan untuk memperluaskan lagi industri herba ini, selain daripada penyelidikan yang berterusan, perlu juga diadakan 31
  • 32. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL piawaian bagi produk herba bagi menjamin mutu, keberkesanan dan keselamatan produk. Di samping itu, ia dapat menghasilkan produk yang seragam. Piawaian terhadap produk yang berasaskan tumbuhan herba perlu bagi menembusi pasaran dunia dan mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap manfaat sesuatu tumbuhan herba. Justeru itu, penyelidikan dan pembangunan terhadap tumbuhan herba perlu ditingkatkan dan mendapat kerjasama dari semua pihak agar khazanah tumbuhan yang kita miliki ini tidak lenyap begitu sahaja tanpa dimanfaatkan kegunaannya. LANGKAH MEMARTABATKAN INDUSTRI HERBA Tanaman herba telah dikenalpasti sebagai salah satu tanaman penting di dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2O11-2O2O untuk memacu sumber pertumbuhan pertanian bernilai tinggi. lni kerana industri agromakanan berasaskan herba menggunakan kekuatan negara termasuksumber biodiversiti serta pengetahuan dan inovasi kepelbagaian etnik untuk menghasilkan produk- produk baru yang menepati cita rasa pengguna. Promosi produk termasuk penjenamaan akan ditingkatkan untul< memperluaskan pasaran di peringkat global. Justeru, perancangan dan pembangunan herba diselaraskan di bawah Majlis Pembangunan Herba Negara. Untuk memperluaskan asas pertumbuhan industri herba sepertimana yang disasarkan di bawah DAN, kerajaan meletakkan industry herba sebagai salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang berpotensi menjana RM2.2 bilion menjelang tahun 2020. 32
  • 33. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Industri Herba di bawah Projek Permulaan (EPP) 1 iaitu Membuka Nilai Biodiversiti Malaysia Menerusi Produk Herba Bernilai Tinggi memberi keutamaan kepada tanaman herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi dan Dukung Anak. Program Kluster Herba yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian dapat mempergiatkan pengeluaran herba yang bermutu tinggi dan konsisten kepada pengilang-pengilang industri herba, mengatasi kerosakan bahan mentah yang tinggi dan mengurangkan kos pengangkutan bahan mentah dari ladang ke pusat pengumpulan. Pelaksanaan program ini juga menitikberatkan bahan mentah yang dihasilkan adalah berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan. Malah, peserta terlibat di bawah EPP1 digalakkan memperolehi Sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) atau Sijil Skim Organik Malaysia (SOM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Ini bagi memastikan ladang- ladang yang diusahakan diiktiraf mengamalkan Amalan Pertanian Baik atau diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan. Di samping itu, program kluster ini juga dapat meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Industri herba berpotensi sebagai salah satu pertumbuhan baru untuk menjana ekonomi negara memandangkan wujudnya permintaan tinggi di seluruh dunia terutama bagi sektor penjagaan kesihatan dan rawatan secara alternatil Berdasarkan Burill & Co (2007), pasaran industri herba di peringkat dunia menjelang 2020 dijangka mencapai RM I.8 trillion manakala pasaran industri herba di Malaysia boleh mencecah RM30 bilion. HERBA MALAYSIA (NKEA EPP 1) 1-TONGKAT ALI Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali 33
  • 34. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi. Rajah 15: Akar Tongkat Ali Berdasarkan kajian, tongkat ali mempunyai banyak khasiat antaranya meningkatkan hormon lelaki dan dikatakan mampu membantu menguruskan badan.Khasiat ini disokong oleh satu kajian di Amerika Syarikat. Justeru, pada mana-mana produk, ia sepatutnya sama kemujarabannya walaupun diambil daripada pokok herba tertentu dari sumber yang menggunakan ekstrak piawai yang berlainan. Sementara itu, salah sebuah institusi penyelidikan yang terlibat dalam kerja-kerja makmal mencari khasiat tongkat ali ialah FRIM. Tongkat ali (Eurycoma longifolia) adalah dari famili Simaroubaceae telah digunakan secara tradisional oleh kaum Melayu di Malaysia sejak dahulu lagi. 34
  • 35. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Ia digunakan secara tradisional sebagai agen penggalak seks (apphrodiasiac) dan untuk meningkatkan kesihatan badan. Penyelidikan tersebut dijalankan di bawah projek utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Program Perkongsian Bioteknologi Malaysia-Institut Teknologi Massachusetts (MIT). Menurut Pengarah Kanan Bahagian Tumbuhan Perubatan FRIM, Dr Rasadah Mat Ali, penyelidikan tersebut bermula pada 1999 yang mana pihaknya terlibat mengkaji bahan kimia dan juga genetik tumbuhan tersebut. "Hasil kajian kita mendapati penanda kimia tongkat ali sejenis bahan di namakan eurikomanon dan juga sebatian aktif," katanya. Pelbagai sebatian kimia dalam tongkat ali telah diasingkan dan dikenalpasti. Pencirian dan penentuan struktur sebatian kimia tersebut dilakukan menerusi kaedah spektroskopi. Rajah 16: Pokok Tongkat Ali Beberapa sebatian kimia telah dipilih sebagai sebatian penanda ekstrak tongkat ali. Sebatian penanda tersebut berperanan penting untuk memastikan identiti, integriti dan kualiti serta keseragaman produk yang berasaskan tongkat ali. Eurikomanon yang merupakan sebatian utama (major) telah dipilih sebagai sebatian penanda untuk akar tongkat ali. 35
  • 36. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Peratus pemulangan pengekstrakan eurikomanon daripada akuas ekstrak akar tongkat ali adalah tidak kurang daripada 1.7 peratus. Terkini, FRIM telah menawarkan perkhidmatan teknikal kepada industri farmaseutikal, nutraseutikal dan makanan, untuk penilaian kualiti ekstrak dan produk tongkat ali. Penentuan kualiti juga dapat dihasilkan dengan teknologi sensor bau dan rasa yang telah digunakan sebagai peralatan penjanaan finger-printing untuk aktiviti pempiawaian tumbuhan ubatan, ekstrak dan herba produk. Dengan adanya penanda kimia tersebut, ia sebagai 'cap cari' tongkat ali yang mengesahkan kehadirannya dalam mana-mana campuran pun. Ditanya mengenai kegilaan golongan lelaki yang minum tongkat ali untuk menambah tenaga terutama untuk tujuan seks, beliau berkata, kajian mengenainya telah dibuktikan tetapi biasanya pada dos yang disyorkan. ''Pengguna sihat secara umumnya hanya memerlukan 100 miligram sehari sahaja," ujar Rasadah. Katanya, memang benar ada kajian mengenai kandungannya yang dikenali sebagai kesan apphrodisiac tetapi kesannya bergantung kepada dos. Kajian kimia mendapati kewujudan sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol (qussinoids) yang banyak di dalam akar. Sebatian ini telah dikenal pasti berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan hormon testosterone (androgenic) yang diperlukan dalam fungsi kelelakian. Sebatian yang menyebabkan aktiviti tersebut telah dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk nutraseutikal atau farmaseutikal untuk rawatan masalah hormon dan kesuburan. 36
  • 37. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Apa yang penting dalam pengambilan tersebut, dos penggunaan perlu diambil kira kerana ada kemungkinan ia mengundang risiko kepada pengguna. Hasil kajian juga mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti malaria dan anti kanser tetapi kajian lanjut mengenai tumbuhan herba tersebut masih dijalankan. Ditanya mengenai bahagian mana pada pokok tersebut yang paling banyak sebatian bioaktif, Rasadah berkata, khasiatnya banyak tersimpan di bahagian akar selain daun dan batang. Orang Melayu kata beliau hanya mengetahui rahsia khasiat pada 1990-an dan ketika itu mereka menggunakannya dengan merebus bahagian yang dikatakan mempunyai banyak khasiat. Dengan kata lain, apa yang dilakukan oleh saintis hari ini ialah untuk membuktikan atau mengesahkan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu. Pembuktian secara saintifik itu perlu bagi menguji keberkesanan, kualiti dan keselamatannya. Malah FRIM telah menawarkan perkhidmatan memproses kepada industri herba dalam penghasilan produk daripada tongkat ali menerusi kilang Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Pusat teknologi Herba (HTC) FRIM di Kepong. Namun katanya, apa yang membimbangkan ialah kecenderungan segelintir pihak yang suka mencampurkan tongkat ali dengan bahan lain untuk menambah khasiat sesautu formulasi herba tersebut. 37
  • 38.
  • 39. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 2- KACIP FATIMAH Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina ialah herba yang biasa didapati di hutan belantara Nusantara. Namanya yang dikaitkan dengan wanita bangsawan sememangnya memberi maksud nama yang terselindung, iaitu kesihatan dan semangat wanita. Rajah 18: Pokok Kacip Fatimah Ia mengandungi elemen antioxidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini memberi manfaat kepada lelaki dan wanita dari segi mencegah pembiakkan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan. Kacip Fatimah biasa dimakan sebagai ulam oleh wanita melayu dan jarang dimakan oleh lelaki atau kanak kanak. Air yang direbus dengan Kacip Fatimah biasa digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk pukul angin dan cirit-birit. Ini tidak bermakna yang ianya tidak boleh dimakan oleh lelaki dan anak remaja kerana tiada apa apa kesan sampingan yang dikaitkan dengannya. Jadi minuman yang mengandungi ekstrak Kacip Fatimah boleh diminum tanpa was-was oleh lelaki dan wanita, muda dan tua dan amalan ini tidak memudaratkan kesihatan 39
  • 40. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Keterangan Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari Famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar (pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata. KegunaanKacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip Fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air (sebaik-baiknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia di dalamnya. 40
  • 41. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Rajah 19: Penemuan UTM terhadap ekstrak Kacip Fatimah Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan. ISU BERKENAAN TONGKAT ALI & KACIP FATIMAH Orang Malaysia cepat terpengaruh ingin cantik cepat, ingin langsing, kuat tenaga dan ingin cepat kaya dan seterusnya tertipu dengan gimik iklan atau produk yang ditawarkan. Kenapa?'' Itu soalan yang dilontarkan oleh Pengarah Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Ramlan Aziz yang ditanya mengenai obsesi rakyat negara kita terutama orang Melayu dengan produk prosesan hasilan herba. Orang Melayu kata beliau, cepat terpengaruh dengan gimik iklan pelaris jualan yang menunjukkan kehebatan produk tertentu tanpa meneliti terlebih dahulu akan kebenarannya. Pengguna juga mudah dan cepat mendapat hasil diingini tanpa mengira kesan sampingan produk yang mereka gunakan. 41
  • 42. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Beliau yang ditanya mengenai khasiat tongkat ali dan kacip fatimah untuk meningkatkan kehebatan dan tenaga berkata, kajian menunjukkan memang produk berasaskan tumbuhan tersebut mempunyai kesan positif tetapi ada pihak mengambil kesempatan mengkomersialkannya dengan cara yang salah. ''Saya tidak nafikan ada kajian mengesahkan khasiat kedua-dua herba popular itu, malangnya ia menjadi momokan dan permainan gimik. Malah katanya, beliau kagum dengan orang terdahulu yang berjaya menemui khasiat produk tersebut sedangkan belum ada kecanggihan peralatan ketika itu untuk meneroka khasiatnya. Namun kini, ada dua persoalan besar yang menjadi masalah pokok iaitu sama ada produk berasaskan tongkat ali dan kacip fatimah diproses dengan cara yang betul untuk menjadikannya minuman bertenaga dan kedua, adakah produk tersebut mencapai tahap minimum kandungan sebenarnya. Katanya, cara memproses, boleh menimbulkan persoalan kerana ada pihak mungkin hanya mengisar tongkat ali berkenaan untuk dicampurkan dalam minuman. Rajah 20 : Antara produk kopi campuran Tongkat Ali 42
  • 43. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Sedangkan katanya, cara terbaik ialah mengekstraknya terlebih dahulu secara kimia dan ditulenkan kerana ini cara betul untuk menjadikannya satu ramuan. ''Jika kita kisar sahaja, ia ibarat memasukkan habuk kayu dalam minuman dan ini membahayakan tubuh pengguna,'' katanya. Malah orang Melayu kata beliau, boleh pupus jika menggunakan produk yang memudaratkan kerana ia boleh merosakkan organ peranakan. Persoalan kedua, ialah adakah kandungan tongkat ali atau kacip fatimah tersebut mencukupi untuk melayakkannya digelar minuman daripada tongkat ali sedangkan kuantitinya sangat sedikit. Kajian awal oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malayusia (FRIM) menunjukkan kandungan tongkat ali dalam kopi campuran adalah jauh daripada dos minuman yang memberi manfaat kepada kesihatan. Malah, ada jenama yang gagal dikesan kandungan tongkat ali dalam produk berkenaan. Rajah 21 : Keratan Akhbar berkaitan Kopi Tongkat Ali 43
  • 44. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Justeru beliau mahu agensi berkaitan, mengambil langkah perlu untuk menetapkan peraturan supaya jumlah minimum tertentu diperlukan bagi mengesahkan minuman tersebut memang mengandungi tongkat ali sebagai contoh dan mana-mana pihak yang tidak mematuhinya dianggap penipu. Lebih mendukacitakan, sesetengah syarikat menggunakan testimoni untuk mengesahkan kehebatan produk mereka dan inilah yang mengundangkan minat pengguna. Beliau berkata, trend ini semakin menjadi-jadi apatah lagi terdapat tawaran tertentu untuk menjadikan penggunanya kaya. Beliau berkata, menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi memang semakin menjadi trend di peringkat global disebabkan kecenderungan manusia kini untuk melakukan pencegahan penyakit berbanding rawatan, khususnya herba. Dalam hal ini, Malaysia mempunyai kelebihan kerana memiliki kekayaan hutan atau biodiversiti yang boleh dimanfaatkan. Bagaimanapun, menjadi cabaran saintis Malaysia untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan mengenai khasiat tumbuhan herba dan peruntukan untuk tujuan tersebut perlu ditambah. Satu lagi masalah yang timbul ialah perbuatan pengilang yang mencampurkan banyak jenis herba dalam satu jenis produk dengan mendakwa yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. ''Adakah ini telah dibuktikan secara saintifik atau hanya ilmu tradisional sedangkan kajian mengenainya perlu dilakukan terlebih dahulu," ujar Ramlan. Perbuatan untuk mengkomersialkannya secara melulu ini ibarat menculik ilmu yang sepatutnya dipelajari terlebih dahulu. Satu lagi penyelidikan yang perlu diperhebatkan ialah menghasilkan sebatian piawai yang boleh dijadikan rujukan 44
  • 45. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL dalam menghasilkan produk tongkat ali dan kacip fatimah pada masa akan datang. 3- MISAI KUCING Rajah22: Pokok Misai Kucing Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth. Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing. Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna 45
  • 46. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang. Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis. Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan. Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat- ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan 46
  • 47. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya. 4- HEMPEDU BUMI Rajah 23: Pokok Hempedu Bumi Pokok Hempedu bumi dan nama Saintifik ialah Andrographis Paniculata.Ia juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. Kegunaannya Hempedu Bumi Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh 47
  • 48. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. 48
  • 49. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 5- DUKUNG ANAK Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruri Linn dari keluarga "Euphorbiaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat diMalaysia. Pokok dukung anak merupakan sejenis pokok herba dan sering ditanam dikawasan sekitar rumah. Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati. Rajah 24: Pokok Dukung Anak Pokok dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Daun pokok dukung anak jenis majmuk bipinat. Daun pokok dukung anak kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau. Batang dukung anak licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga Dukung anak muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga dukung anak; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang. Keseluruhan herba dukung anak digunakan dalam perubatan. 49
  • 50. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Dukung Anak yang banyak tumbuh meliar dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya. Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India) dan juga cirit birit. Caranya minum air rebusan setiap hari. Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar. 50
  • 51. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL CABARAN INDUSTRI HERBA KE PERINGKAT GLOBALISASI Dengan adanya kepakaran dan kepelbagaian teknologi yang terdapat di Malaysia,ini akan mendorong negara untuk menjadi pengeluar produk herba bermutu tinggi.Kewujudan dan kepelbagaian teknologi yang tinggi di kawasan hutan hujan tropika memberi peluang kepada penemuan baru tumbuhan herba untuk kegunaan tertentu dalam perubatan. Namun terdapat cabaran-cabaran perlu ditangani bagi menjadikan industri herb aMalaysia ke peringkat global. Isu-Isu dan Cabaran-Cabaran untuk ke Peringkat Globalisasi 1-Isu dan cabaran dalam penanaman herba 2-Isu dan cabaran dalam proses dan formulasi produk herba 3- Isu dan cabaran penghasilan produk herba 4-Isu dan cabaran yang dihadapi dalam bidang pemasaran dan pengedaran 5-Isu dan cabaran industri herba dan bioteknologi 1- ISU & CABARAN DALAM TANAMAN HERBA Rajah 25: Isu dan cabaran dalam penanaman herba 51 Kekurangan Kawasan Tanaman Teknologi Pengeluaran yang Terhad Maklumat Pasaran yang Terhad Kemusnahan & Eksploitasi Tumbuhan Spesis Liar Kuantiti Bahan Mentah yang Tidak Menentu ISU & CABARAN DALAMPENANAMAN HERBA
  • 52. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 1- Kualiti Bahan Mentah yang Tidak Menentu Tidak terdapat penetapan standard kualiti bahan dan hasilnya kualiti bahan mentah tidak menentu. In menyebabkan sumber tersebut tidak boleh dijadikan sandaran atau sumber utama. Standard dan kualiti bahan mentah diperlukan untuk menghasilkan produk herba yang berkualiti untuk bersaing di peringkat global. 2- Kemusnahan dan Eksploitasi Spesis Tumbuhan Liar. Terdapat banyak spesis tumbuhan liar yang telah diambil dari hutan. Ini menyebabkan pengurangan dan kepupusan tumbuhan herba tertentu jika pengambilan hasil tumbuhan liar ini secara berleluasa dan berlebihan. Oleh itu bagi mengekalkan spesis tumbuhan herba ni, ia perlulah disemai untuk kegunaan komersial. Ini juga mengurangkan dan mengelak tumbuhan herba liar di hutan ditebang atau diambil dengan rakus. Bagi tumbuhan herba liar yang tidak dapat disemai atau hidup di kawasan lain, tumbuhan tersebut perlulah dijaga dengan baik bagi mengekalkan spesis tersebut supaya tidak akan pupus. 3- Maklumat Pasaran yang Terhad Di Malaysia penanam tumbuhan herba dan pengumpul atau pembeli tumbuhan herba berurusan secara individu. Oleh itu maklumat pasaran tumbuhan herba sangat terhad menyekat pengembangan industri herba itu sendiri. Ini perlu diperbaiki untuk membantu menaiktarafkan industri herba untuk maju di era globalisasi. 52
  • 53. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 4- Teknologi Pengeluaran yang Terhad Cara moden atau teknologi pengeluaran hasil herba seperti cara mengawal serangga perosak atau penyakit tanaman herba, pengurusan tanaman herba dan penanaman herba organik adalah faktor penting untuk menghasilkan tanaman herba yang berkualiti. 2- ISU & CABARAN DALAM PROSES DAN FORMULASI PRODUK HERBA Rajah 26: Isu dan cabaran dalam proses dan formulasi produk herba 53 Kekurangan Teknologi Pemprosesan Primer bagi Hasil Tanaman Herba Kekurangan Kemudahan Mengendalikan Hasil Tanaman Herba Kekurangan Hasil Tanaman yang Berkualiti Tinggi Kos Teknologi Pemprosesan yang Tinggi Kekurangan Pengetahuan Mengenai Teknologi Pemprosesan Pengeluaran Produk Herba Berkualiti Rendah ISU & CABARAN DALAM PROSES DAN FORMULASI PRODUK HERBA
  • 54. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 1- Kekurangan Pengetahuan Mengenai Teknologi Pemprosesan Antara faktor yang penting untuk mendapatkan kuantiti bahan mentah yang baik adalah semasa penuaian hasil tanaman herba. Kandungan bahan aktif pada tanaman herba adalah bergantung pada tahap kematangan tanaman tersebut. Penuaian pada masa yang tepat menenrukan kandungan bahan aktif pada tahap yang maksimum. Kini pengetahuan ini adalah terhad disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai cara menguruskan hasil tuaian dan teknologi pemprosesan primer. Teknologi kini lebih memerlukan tenaga buruh berbanding mesin. Oleh itu tanpa pengurusan hasil tuaian tanaman herba yang betul akan menghasilkan kualiti produk yang berkualiti rendah. 2- Kekurangan Kemudahan Mengendalikan Hasil Tuaian Tanaman Herba Kemudahan untuk mengendalikan hasil tuaian tanaman herba ini adalh terhad. Kemudahan ini amat penting untuk memastikan kualiti bahan mentah. Peralatan dan kemudahan terkini di pasaran memerlukan kos yang amat tinggi. Walaupun hasil pengeluaran produk pada skala besar tidak akan menjanjikan keuntungan jika menggunakan kemudahan yang berkos tinggi ini. 3- Pengeluaran Produk Berkualiti Rendah Teknologi peralatan yang terhad menyebabkan penghasilan kualiti produk yang bermutu rendah. Ini kerana teknologi pemprosesan diperlukan untuk menghasilkan dan memastikan produk pada tahap piawaianyang tinggi. Ujian produk diperlukan untuk memastikan produk herba tersebut mencapai piawai yang ditetapkan. 54
  • 55. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 4- Kekurangan Bahan yang Berpiawai Antara faktor yang mempengaruhi produk yang berkualiti adalah bahan mentah yang mencapai piawai yang ditetapkan. Ini adalah untuk meningkatkan taraf perubatan herba setaraf dengan perubatan moden. Pengguna kini mementingkan produk yang berkualiti, konsisten, berkesan dan selamat digunakan jika dikaitkan dengan perubatan sama ada perubatan herba atau moden. 5- Kekurangan Pengetahuan Mengenai Teknologi Pemprosesan Teknologi pengekstrakan, pecahan dan penulenan adalah teknologi yang memerlukan kos yang sangat tinggi kerana mempunyai spesifikasi peralatan atau mesin yang berprofil tinggi. Walaupun harga peralatan atau mesin ini agak mahal dan sangat membantu dalam pemprosesan, ianya sukar didapati di Malaysia. Teknologi pengasinga fitokimia digunakan untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Contohnya minyak serai wangi (citronella oil) dapat dijual pada harga RM 70/kg tetapi fitokimia yang terdapat dalam minyak serai wangi (citronella oil) iaitu hydroxyl citronella boleh dijual dengan harga tiga hingga 4 kali ganda daripada minyak serai wangi (citronella oil) itu sendiri. Ini kerana terdapat permintaan dalam kegunaan perubatan menyumbang harga yang tinggi fitokimia ini. 6- Kos Teknologi Pemprosesan yang Tinggi Kos pelaburan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan teknologi pemprosesan dan kemudahan ujian yang berkualiti tinggi. Ini ditambah pula dengan pekerja yang cekap dan berpengalaman dalam mengendalikan teknologi pemprosesan tersebut. Ini semua tidak dapat ditanggung oleh syarikat-syarikat yang kecil baru beroperasi. Kemudahan berteknologi tinggi ini memerlukan bahan mentah yang banyak dan akan menghasilkan produk yang berisipadu 55
  • 56. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL tinggi. Dengan itu semua kos yang tinggi dapat ditampung dengan hasil yang banyak. 3- CABARAN PENGHASILAN PRODUK HERBA Rajah 27: Isu dan cabaran dalampenghasilan produk herba 1- Kekurangan Pembangunan Produk Formulasi Secara umum, formulasi ialah campuran bahan-bahan yang tidak bertindak balas untuk mendapatkan campuran yang mempunyai karakter yang diiginkan. Contohnya formulasi seperti cat, dakwat, kosmetik, bahan cuci dan produk farmaseutikal. Pembangunan produk formulasi ini seharusnya menghasilkan keuntungan. 56 Kekurangan Pengetahuan Mengenai Ekstrak yang Mencapai Standard Kekurangan Pendedahan Jenis Pembungkusan & Teknik Pelabelan Kekurangan Pharmacopoeia Yang Komprehensif Kekurangan Pembangunan Produk Formulasi CABARAN PENGHASILAN PRODUK HERBA
  • 57. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 2- Kekurangan Pharmacopoeia yang Komprehensif Kadar pertumbuhan industri herba yang pesat menyebabkan pemilihan dan menentukan produk berkualiti tinggi semakin kompleks dan mengelirukan pengguna. Salah satu cabaran besar dalam industri herba ialah menentukan spesis herba yang tepat.. Bagi bentuk herba kering, bentuk, bau dan rasa yang berlainan menyebabkan kesukaran menentukan yang terbaik. Terdapat masalah yang mana pengeluar produk herba yang tidak beretika telah menggantikan herba berkualiti tinggi dengan herba yang berkualiti rendah. Ini disebabkan kekurangan pharmacopoeia untuk memastikan ketulenan tumbuhan, ekstrak dan bahan fitokimia untuk kegunaaan farmaseutikal. 3- Kekurangan Pengetahuan pada Bahan yang Standard Ekstrak yang standard dapat menghasilkan produk akhir yang konsisten untuk tujuan klinikal. Ekstrak yang standard memerlukan teknologi penulenan menghasilkan fitokimia yang konsisten dan lebih efektif. Ini dapat dijalankan dengan analisis kimia untuk menentukan dan memastikan kandungan bahan aktif dalam tumbuhan. Ini membantu memberi keyakinan untuk menerima produk herba sebagai salah satu perubatan yang efektif. 4- Kekurangan Pendedahan Mengenai Jenis Pembungkusan dan Teknik Melabel Tujuan pembungkusan ialah untuk melindungi dan memberi maklumat dan identifikasi dan juga keselesaan bagi produk yang dihasilkan sebelum digunakan oleh pengguna. Pembungkusan produk herba yang baik adalah untuk memastikan kualiti dan keselamatan bahan herba untuk pengguna. Bentuk akhir produk herba juga penting sama ada tablet, kapsul, cecair atau butir halus memerlukan pembungkusan yang sesuai. 57
  • 58. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Rekaan pembungkusan seharusnya seiring dengan herba itu sendiri dengan label yang betul dan jenis bahan pembungkusan yang berkualiti tinggi. 4 - CABARAN YANG DIHADAPI DALAM BIDANG PEMASARAN DAN PENGEDARAN Rajah 28: Isu dan cabaran dalam bidang pemasaran dan pengedaran produk herba 58 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM PEMASARAN DAN PENGEDARAN PRODUK HERBA Pemasaran dan Pembungkusan Pengembangan Jenama Promosi dan Pendidikan Pengguna Persijilan Produk Tempatan
  • 59. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 1- Pengembangan Jenama Salah satu isu dalam memperkenalkan produk herba tempatan adalah pengenalan dan pengembangan jenama. Ini menyebabkan industri tempatan tidak dapat bersaing di peringkat pasaran domestik dan global. Pembangunan jenama ini penting untuk menarik minat pengguna. Kekurangan pengembangan jenama ini menyebabkan kesukaran bersaing dengan produk antarabangsa yang sudah terkenal seperti Himalaya, Pfizer dan CCM Duopharma.
  • 60. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 3- Pendidikan Pengguna dan Promosi Di Malaysia pendidikan kepada pengguna dan promosi berada pada tahap yang rendah. Ianya sangat membantu dalam memberi kesedaran pada pengguna bahawa terdapat banyak kebaikan dalam produk herba. Oleh itu pendidikan yang efektif dan promosi membantu meningkatkan hasil jualan dan seterusnya memberikan pulangan yang memuaskan. Rajah 31: Contoh Promosi dan Artikel Pendidkan Pengguna 4- Persijilan Produk Tempatan Rajah 32: Antara Persijilan tempatan dan antarabangsa 60
  • 61. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Isu ini memainkan peranan penting dalam industri herba tempatan. Pelaksanaan dapat dibuat dengan memastikan produk herba ini mendapat pengiktirafan dan persijilan seperti ISO, HACCP dan FDA USDA yang tidak banyak terdapat di Malaysia. Ini akan memberi keyakinan yang lebih tinggi di kalangan pengguna. Ini juga membantu pengguna dapat membuat pilihan yang tepat. 5- ISU & CABARAN INDUSTRI HERBA DAN BIOTEKNOLOGI Rajah 33: Isu dan cabaran dalam indsutri herba dan bioteknologi Seperti yang di atas terdapat beberapa isu-isu penting yang dihadapi industri tempatan terutama dalam industri herba dan bioteknologi. Perkara penting yang diperlu diberi perhatian adalah strategi pemasaran yang teratur untuk dipasarkan di pasaran global. Ini disebabkan oleh produk-produk herba di negara ini mendapat permintaan yang akan memberi impak pada negara Malaysia ini. Ini adalah analisis terhadap isu dan cabaran yang dihadapi dalam bidang ini. 61 ISU & CABARAN INDUSTRI HERBA DAN BIOTEKNOLOGI Kekurangan Pengeluar Yang Besar Kekurangan Strategi Pemasaran Kekurangan Modal Permulaan Kekurangan Kepakaran Manusia Kekurangan Mekanisme Pengesahan & Persijilan
  • 62. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 1- Kelemahan Syarikat Menjalankan Strategi Pemasaran yang Teratur untuk Memasarkan Produk Tempatan ke Pasaran Antarabangsa Terdapat syarikat yang telah berjaya dalam strategi memasarkan jenama mereka dan juga sebaliknya. Syarikat seperti Pharmaniaga, CCM Pharmaceuticals, Clara International, INS Bioscience, Power Root dan Adabi telah mempunyai jenama yang kukuh dalam penjenamaan dan sistem pemasaran. Terdapat pengeluar yang tidak mempunyai masalah dalam pembangunan jenama tetapi memberi kesan yang efektif pada jenama itu sendiri. Pembangunan jenama boleh dilakukan dengan secara usaha sendiri atau dengan pertolongan perunding penjenamaan. Walau bagaimanapun pembangunan penjenamaan seharusnya seiring dengan keberkesanan produk jenama itu sendiri.
  • 63. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 2- Kelemahan Syarikat Tidak Menghasilkan Produk Herba Berskala Besar Kebanyakan syarikat tidak mempunyai kemudahan pengeluaran skala besar. Penghasilan skala besar ini memerlukan kemudahan bagi membantu pengeluar produk tempatan. Kurang permintaan dari luar negara disebabkan kekurangan inisiatif pemasaran oleh pengeluar itu sendiri dan persijilan produk. Tanpa pengeluaran yang berskala besar dan permintaan yang cukup , pengeluar tidak akan dapat bertahan dalam kontrak dalam tempoh masa yang panjang. 3- Penyelidikan dan Pembangunan untuk Memantapkan Keberkesanan Perubatan Herba Faktor utama yang memberi kesan jualan produk herba adalah kesan efektif produk herba itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan melakukan kajian dan penyelidikan yang berterusan. Pengguna kini mementingkan keberkesanan yang dibeli untuk mereka gunakan. Bagi mendapat kepercayaan pengguna mengenai perubatan herba, kajian dan penyelidikan perlulah dijalankan. Kajian ini perlulah dibuat untuk menguji keberkesanan herba yang telah diekstrak melalui ujian klinikal. Ini perlu dijalankan kerana terdapat di kalangan pengguna yang berpendapat bahawa prubatan herba memerlukan masa yang panjang dan kurang memberi kesan berbanding produk farmaseutikal, Oleh itu perubatan herba perlu membuat mekanisme persijilan bagi badan tempatan dan antarabangsa mengiktiraf dan mengakui keselamatan serta keberkesanan produk herba ini. 4- Kekurangan Pekerja yang Cekap dan Berpakaran Tinggi Industri herba kini kekurangan graduan daripada bidang bioteknologi atau farmaseutikal. Keperluan modal insan dalam bidang sains amat diperlukan. 63
  • 64. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL Bidang ini juga dijadikan sebagai perniagaan menjadi sumber pendapatan serta menyumbang kepada ekonomi negara. 5- Kekurangan Pengeluar di Peringkat Global Kini terdapat sekumpulan kecil syarikat di Malaysia yang telah berjaya memasuki pasaran antarabangsa. Beberapa syarikat ini terdapat di antara mereka yang telah fokud pada pasaran Indonesia iaitu Pharmaniaga, CCM Duopharma dan Adabi. Clara International pula telah fokus pada pasaran China. Walaubagaimanapun pasaran Eropah dan Amerika Syarikat masih belum lagi diterokai oleh pengeluar tempatan. Perkara yang perlu diberi perhatian pada produk herba ini untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat khususnya memerlukan pengesahan produk daripada segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk tersebut. Kegagalan membuat seperti tersebut atau terbukti produk tersebut merbahaya pada rakyat Amerika Syarikat akan menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat akan bertindak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan mereka. Ini akan menjatuhkan sesuatu jenama. Persediaan yang lengkap perlu dilakukan sebelum memasuki pasaran Amerika Syarikat. 6- Kekurangan Modal Awal Produk bagi herba yang baru ditemui tidak dapat berkembang jika kekurangan modal sama ada melibatkan geran penyelidikan atau kerjasama ahli ekonomi. Ini sangat penting untuk memulakan usaha penyelidikan dan pembangunan herba baru serta membantu mengkomersialkan produk herba itu. Sumber utama untuk menyalurkan dana adalah dana swasta yang dapat memberi nilai komersial bagi penemuan herba baru. 64
  • 65. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL USAHA MEMBAWA INDUSTRI HERBA KE PERINGKAT GLOBAL 1- Mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi(biodiverse) Malaysia juga dikatakan berpotensi untuk memajukan penanaman tumbuhan herba kerana mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi(biodiverse).Dengan ini,ia akan menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba tempatan.Matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai memandangkan hutan hujan tropika Malaysia mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan. 2-Mempunyai badan atau pusat yang dijadikan sumber untuk mendapatkan bekalan benih dan pokok Terdapat badan atau pusat yang ditubuhkan bagi mendapatkan bekalan benih dan pokok bagi perubatan herba juga menyebabkan Malaysia begitu berpotensi untuk dimajukan.Syarikat Global Herba contohnya mempunyai ladang seluas 200 hektar terletak di Sungai Perak.Perbadanan ini ditubuhkan bagi memastikan warisan herba tradisional terus terpelihara. 3-Kesedaran masyarakat Kesedaran dalam diri masyarakat pada hari ini juga merupakan satu unsur menyebabkan Malaysia sangat berpotensi bagi memajukan industri perubatan herba.Keberkesanan sesuatu produk perubatan herba telah mengubah persepsi mereka terhadap ubat-ubatan herba yang dianggap kolot.Hal ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri heba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini. 65
  • 66. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL 4- Langkah/usaha untuk memajukan industri perubatan herba i. Penanaman tanaman herba secara lebih meluas Penanaman herba secara lebih meluas merupakan salah satu usaha bagi memajukan industri perubatan herba.Jika dahulu tumbuhan herba ditanam secara kecil-kecilan di sekeliling rumah ataupun di hutan rimba untuk industri kampung sahaja,namun pada masa ini ianya telah berubah.Langkah ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi untuk dimajukan pada abad ke-21 ini. ii. Memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan selamat digunakan Penghasilan produk yang berkualiti dan selamat digunakan juga haruslah dipastikan bagi memajukan industri perubatan herba.Kajian-kajian saintifik perlu dijalankan terhadap tumbuhan ubatan untuk mengesahkan dakwaan khasiat dan kemujaraban ubat berkenaan.Produk kesihatan berasaskan herba Malaysia seperti tongkat ali dan kacip fatimah memasuki pasaran antarabangsa secara besar-besaran mulai tahun 2005 menjadikan masyarakat lebih mempercayai keberkesanannya. 66
  • 67. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL ii.Menggabungkan kepakarantenaga tempatan dan luar negara Kepakaran tenaga tempatan dan luar negar dapat digabungkan supaya bahan mentah herba tempatan dapat dimajukan untuk pasaran luar.Perkongsian pintar antara pengusaha industri kecil dan sederhana(IKS) ginseng dan herba Malaysia akan membolehkan produk dipasarkan secara agresif.Kepakaran tenaga tempatan bekerjasama dengan tenaga pakar luar Negara seperti Indonesia,China dan India adalah sangat berkesan.Hal ini demikian kerana ketiga-tiga buah Negara tersebut diakui sudah mengusahakan herba sejak beribu tahun dahulu. 67
  • 68. CABARAN INDUSTRI HERBA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL DISEDIAKAN : RABE'AH ADAM MK121004 MKTC1JA IBD UTM 68