Laporan mingguan guru bertugas mencatatkan peningkatan kebersihan dan disiplin pelajar SMK Bandar Tun Razak selama Minggu Bahasa, walaupun masih terdapat ruang untuk perbaikan. Tingkat kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah diberi pujian, dengan penarafan A- untuk kebersihan. Disiplin pelajar juga baik, dengan 95% tiba di sekolah sebelum waktu yang ditetapkan.
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Laporan guru bertugas mingguan
1. LAPORAN MINGGU KE 25
Guru Bertugas : Pn. Rafieza Bt Ab.Rashid
: Pn. Roszaimah Bt Murat
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar SMK Bandar
Tun Razak yang telah memberi kerjasama secara optimum sepanjang Minggu Bahasa yang lalu. Guru
bertugas yang mengendalikan perhimpunan harian ringkas setiap pagi sebelum pelajar bergerak ke
kelas masing-masing berasa sangat tidak puas hati dengan pergerakan yang tidak begitu lancar.
Kebersihan
Secara khusus, tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang boleh diberi pujian, tetapi
ruang untuk penambahbaikan masih terbuka. Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik,
kecuali terdapat cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat. Namun, demi melihat guru bertugas
datang dengan lembaran penilaian kebersihan dan keceriaan, pelajar cepat-cepat mengutip cebisan
kertas berkenaan. Terima kasih atas kepekaan kalian. Penarafan kebersihan A-.
Disiplin
Disiplin pelajar sepanjang minggu lalu didapati baik dan terkawal. Hampir 95 peratus pelajar berjaya
tiba di perkarangan sekolah sebelum pukul 7.15 pagi.