Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek Kajian Seni Visual bagi semester 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk semester 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
2. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
2
KANDUNGAN
Bil. Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif 3 – 4
3.0 Pelaksanaan Kerja Projek
3.1 Arahan Umum
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.3 Tanggungjawab Guru
3.4 Tanggungjawab Calon
4
4
5 – 4
5 – 8
8– 9
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 10– 12
5.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 13
Lampiran 14– 19
BAHAGIAN II : CALON
6.0 Tanggungjawab Calon 20 – 21
7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 22 – 24
8.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 25
3. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
3
1.0 Pengenalan
Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek
Kajian Seni Visual bagi semester 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon
sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada
komponen pentaksiran untuk semester 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan
mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
2.0 Objektif
Panduan ini bertujuan untuk memberikan arahan dan rujukan bagi guru/pemeriksa dan
calon untuk melaksanakan Projek Kajian Seni Visual dan cara pentaksirannya. Objektif
kerja projek ini disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam :
(a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan
pengkaryaan
(b) Mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi,
eksplorasi, rujukan, dan sumber
(c) Menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen,
media, dan teknik
(d) Menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya
(e) Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses
penghasilan karya
(f) Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada yang konkrit
(g) Menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi, dan eksplorasi terhadap media
dan teknik
(h) Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
(i) Menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri
(j) Mengenengahkan idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan
(k) Berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang
dipilih
(l) Mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
(m) Mengorganisasikan persembahan dan peragaan karya
BAHAGIAN I : GURU
4. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
4
(n) Mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran
berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan
menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika.
3.0 Pelaksanaan Kerja Projek
3.1 Arahan Umum
3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan projek kajian daripada dua
soalan yang diberikan.
3.1.2 Soalan Projek Kajian Seni Visual terdiri daripada bidang pengkaryaan
dan perekaan.
3.1.3 Calon perlu menghasilkan karya seni berdasarkan soalan yang dipilih.
3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja projek ini adalah sepanjang semester 3.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan
Enam peringkat sekolah.
3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail
Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik
tingkatan enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran
masing-masing.
3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 970/3 mendapat
bimbingan dan penyeliaan kerja projek daripada guru
yang berkelayakan dalam bidang Seni Visual.
3.2.4 Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan untuk melaksanakan
kerja projek Seni Visual STPM di sekolah.
3.2.5 Memastikan bahawa calon tidak menghadapi masalah dalam penyediaan
semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan
kerja projek. MPM tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada
sekolah untuk membiayai penyediaan keperluan berkenaan.
3.2.6 Memastikan bahawa pelaksanaan kerja projek ini diserapkan
dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan
yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan. Kerja
projek merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran.
3.2.7 Mendapatkan maklumat daripada Guru Seni Visual tentang tahap
kemajuan kerja projek calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh
calon.
3.2.8 Memastikan bahawa kerja projek ini dilaksanakan dengan teratur dalam
tempoh yang ditetapkan.
5. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
5
3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan hasil kerja projek
calon di sekolah.
3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidence kerja projek calon dalam
tempoh enam bulan daripada tarikh penghantaran markah kepada MPM.
3.2.11 Memastikan evidence kerja projek dilupuskan dalam tempoh enam
bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.
3.3 Tanggungjawab Guru
3.3.1 Memastikan bahawa calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Seni
Visual sebaik-baiknya.
3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan Projek
Kajian Seni Visual.
3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual
dari portal MPM.
3.3.4 Menyediakan tempat yang sesuai untuk calon menjalankan tugasan
kerja projek mereka di sekolah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
tidak menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan tempat
berkenaan.
3.3.5 Memberikan penjelasan kepada calon dan berbincang dengan mereka
tentangSoalan Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (Projek Kajian Seni
Visual) 970/3 STPM 2018 secara terperinci.
3.3.6 Memastikan bahawa calon mempunyai peralatan dan bahan yang sesuai
untuk menghasilkan karya. MPM tidak menyediakan peruntukan untuk
membiayai penyediaan peralatan dan bahan berkenaan.
3.3.7 Mengingatkan calon bahawa kerja kursus ini merupakan
sebahagian daripada peperiksaan, dan dengan yang demikian,
kerja projek ini terikat dengan peraturan peperiksaan.
3.3.8 Memastikan bahawa calon menjalankan kerja projek masing-
masing secara individu tanpa bantuan dari pihak luar.
3.3.9 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih soalan untuk menjalankan kerja projek
(b) Memahami kehendak soalan Projek Kajian Seni Visual
(c) Mengenal pasti buku, majalah, artikel, dan dokumen rujukan
yang sesuai
3.3.10 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan
dalam Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni
Visual.
6. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
6
3.3.11 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam setiap proses
kerja projek mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran
Seni Visual
3.3.12 Mengingatkan calon agar setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti
percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku
lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium
yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan
sebagainya)
3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta sesiapa sahaja
untuk menghasilkan kerja projek calon
3.3.14 Menyelia dan membimbing calon dalam melaksanakan kerja projek
sebagaimana yang diperlukan. Walau bagaimanapun, guru Seni Visual
tidak dibenarkan sama sekali memberikan bantuan amali kepada
calon bagi setiap proses yang dilaksanakan oleh calon.
3.3.15 Memantau perkembangan proses kerja projek setiap calon dari semasa
ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja projek
3.3.16 Memastikan calon sentiasa membawa dan mengisi Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 1) setiap kali
pertemuan/perbincangan bersama guru dalam pelaksanaan proses
kerja projek
3.3.17 Guru Seni Visual hendaklah memberikan ulasan, cadangan, dan tunjuk
ajar secara berterusan kepada calon agar calon berpeluang membuat
penambahbaikan pada hasil kerja masing-masing
3.3.18 Memastikan bahawa tidak terdapat unsur sensitif yang menyentuh aspek
budaya, kaum, jantina, agama, dan politik dalam kerja projek setiap
calon
3.3.19 Memastikan bahawa aspek keselamatan diberikan perhatian sepanjang
masa kerja projek dilaksanakan
3.3.20 Membimbing calon dalam persembahan dan peragaan kerja projek
kajian seni visual yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
3.3.21 Memastikan semua calon menghantar kerja projek untuk disemak dan
dinilai kepada guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan Projek Kajian Seni
Visual (pendokumentasian) hendaklah digunakan muka hadapan yang
telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2).
3.3.22 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus
(Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja
kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas
970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran
Seni Visual STPM.
7. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
7
3.3.23 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang
Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang dilampirkan bersama kerja
projek.
3.3.24 Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang
telah diisi dan ditandatangani oleh calon, dan mengisi markah pada
Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) serta menandatanganinya.
3.3.25 Mengisikan markah keseluruhan setiap calon pada Borang Rumusan
Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) serta
menandatanganinya. Mendapatkan perakuan/pengesahan daripada
pengetua untuk Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) tersebut.
3.3.26 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh
MPM ketika mentaksir kerja projek kajian seni visual calon.
3.3.27 Memasukkan markah kerja projek kajian seni visual calon dengan
menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM.
Kegagalan menghantar markah kerja projek kajian seni visual calon
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja projek
kajian seni visual dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.
3.3.28 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) (Lampiran 5) hendaklah dihantar ke alamat yang berikut:
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100, Batu Caves, Selangor
(u/p: Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET)
Guru perlu menyimpan salinan borang tersebut BMKKC dan
BRuMKK di dalam fail kerja kursus. Borang BMKKC dan BRuMKK
perlu dihantar sebelum 31 Oktober 2019, manakala markah dari e-
submission (yang telah dihantar) perlu dicetak dan disimpan fail kerja
kursusnya.
3.3.29 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah
oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon
perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari
9 – 20 September 2019 untuk persembahan/peragaan kepada
umum.
3.3.30 Menyimpan evidence kerja projek calon di tempat yang tidak terdedah
dan selamat dari tarikh memasukkan markah ke e-submission tamat
hingga keputusan STPM diumumkan
8. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
8
3.3.31 Melupuskan evidence kerja projek calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (rujuk lampiran).
3.4 Tanggungjawab Calon
3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk
melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)
3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh
yang ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek
Kajian Seni Visual)
3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,
dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan
3.4.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu
3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu :
(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan
(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang
jelas akan soalan yang dipilih
(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan
oleh guru/pihak sekolah
3.4.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan
media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran
(sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang
digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan
sebagainya).
3.4.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk
kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru
(fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya).
3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk
menghasilkan kerja projek calon.
3.4.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC)
(Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali
pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek
3.4.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual
(pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)
3.4.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni
Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni
Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan
calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.
9. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
9
3.4.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil
kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon
(BPC) (Lampiran 3).
3.4.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi
persembahan dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut
peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin
mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas.
3.4.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah
oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon
perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari
9 – 20 September 2019 untuk persembahan/peragaan kepada
umum.
10. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
10
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek
kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang
disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
4.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
adalah seperti berikut :
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
22 April
2019
MPM memuat naik bahan
berikut dalam portal MPM
(www.mpm.edu.my)
(a) Manual Kerja Kursus
yang mengandungi
Bahagian I : Guru,
Bahagian II : Calon
(b) Soalan Kerja Kursus
Seni Visual STPM
2019
(c) Kriteria Penilaian dan
Pemarkahan
Memuat turun Manual
Kerja Kursus Seni Visual
STPM 2019
Memuat turun Soalan
dan Kriteria Penilaian
dan Pemarkahan
Tidak berkenaan
10 – 21
Jun 2019
(minggu
pertama –
ke-2)
Cadangan pengkaryaan
(a) Penulisan (idea perlu
disokong dengan
visual)
(b) Pembentangan (untuk
tujuan perbincangan
dan memantapkan
proposal)
Memperbanyak Manual
Bahagian II:Calon serta
soalan kerja kursus
Mengedarkan soalan dan
manual kepada calon
Memberi penerangan
tugasan kepada calon
Guru perlu memastikan
pelajar sudah
mempunyai pilihan dan
idea
Guru perlu memberi
markah pada borang
BMKKC (Lampiran 4a
atau Lampiran 4b)
Calon menerima
soalan dan manual.
Calon memilih soalan
dan mendapatkan
idea untuk soalan
yang dipilih
Calon perlu memberi
penerangan/
pembentangan idea
kepada guru.
Calon perlu
menyiapkan
cadangan
pengkaryaan
mengikut tarikh yang
ditetapkan.
11. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
11
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
24 Jun – 6
September
2019
(minggu
4 – 14)
10 minggu
*Minggu 10
– cuti
sekolah 10 –
18 Ogos
2019
Penghasilan karya/perekaan
(a) Kajian visual
(b) Lakaran
(c) Lukisan akhir
(d) Kajian media
(e) Kajian teknik
(f) Karya akhir
(g) Ketepatan subjek
(h) Kekuatan aspek formal
(i) Gaya penampilan
tersendiri
(j) Kekuatan
kandungan/fungsi
(k) Keaslian
(l) Kemasan
(m) Dokumentasi tatacara
penghasilan karya
(n) Kemasan dokumentasi
* dokumentasi perlu disokong
dengan gambar/foto
Guru perlu membimbing
calon dalam penghasilan
karya
Guru tidak dibenarkan
untuk membantu calon
melakukan/
menyiapkan tugasan
calon
Setiap pertemuan atau
perbincangan antara guru
dengan calon, guru perlu
merekodkannya dalam
borang BRKKC
(Lampiran 1)
Bagi setiap proses yang
calon laksanakan, guru
perlu memberi markah
pada borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b)
Calon perlu
menghasilkan karya
berdasarkan
idea/kemahiran
sendiri
Calon perlu
mendapatkan
bimbingan daripada
guru untuk setiap
proses pelaksanaan
kerja kursus agar
kesilapan tidak
dilakukan.
Bagi setiap
pertemuan atau
perbincangan antara
guru dengan calon,
calon perlu
merekodkannya
dalam borang
BRKKC (Lampiran
1)
Calon perlu
menyiapkan proses
penghasilan karya
mengikut tarikh yang
ditetapkan.
9 – 20
September
2019
(minggu 15
– 16)
e-
submission
dibuka
bermula 21
September
– 21
Oktober
2019
(a) Persembahan dan
peragaan
(b) Peragaan
(c) Pameran dan kemasan
(d) Apresiasi
(e) Penyataan karya secara
bertulis dan
pembentangan lisan
* e-submission dibuka pada
selama tempoh sebulan.
Guru perlu membimbing
calon untuk mengadakan
peragaan hasil karya
calon
Guru perlu memastikan
semasa persembahan
secara lisan/
pembentangan calon, ia
tidak diadakan secara
terbuka.
Calon perlu
memperagakan hasil
karya dalam pameran
mini dengan
bimbingan guru.
Calon perlu
membentangkan/
mempersembahkan
hasil karya secara
lisan dan bertulis.
12. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
12
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
Setiap persembahan dan
peragaan yang calon
laksanakan, guru perlu
memberikan markah
pada borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b)
Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
setiap pelajar pada
borang BRuMKK
(Lampiran 5).
Guru perlu menghantar
borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan
borangBRuMKK
(Lampiran 5) ke MPM.
Salinan borang-borang
tersebut perlu disimpan
di dalam fail kerja
kursus.
Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
pelajar ke dalam e-
submission sebelum 21
Oktober 2019. Guru
perlu mencetak markah
e-submission dan simpan
di dalam fail kerja
kursus.
Calon perlu menjaga
pameran mini jika
ada warga sekolah
(bukan calon seni)
yang ingin melihat
pameran pada luar
waktu
pembentangan/
persembahan dengan
guru
13. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
13
5.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya
5.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau
tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja
projek.
5.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun
(toksid), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk
menghasilkan kerja projek.
5.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik
tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.
5.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan
bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.
5.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,
gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang
berkenaan.
5.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah
disertakan dalam pendokumentasian.
5.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan
penyeliaan oleh guru Seni Visual.
5.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak
dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.
5.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut
kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut
spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.
5.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar
itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi
mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.
14. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
14
Lampiran 1
BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
SEMESTER 3 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. pusat/angka giliran: .............................. No. kad pengenalan:................................................
Tarikh
aktiviti
Aktiviti dalam Projek Kajian
Seni Visual (Untuk diisi oleh calon)
Ulasan guru
Tandatangan
Calon
Tandatangan
guru
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Seni Visual
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam Projek Kajian Seni
Visual STPM 2019 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru Seni Visual: ................................................
Nama Guru Seni Visual: ...........................................................
Tarikh: .............................................
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian
depan (sebelum pendokumentasian kerja projek) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai
15. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
15
Lampiran 2
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019
Projek Penghasilan Karya Seni Visual
SEMESTER 3 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA
GURU/PENILAI
TANDATANGAN
GURU/PENILAI
TARIKH
16. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
16
Lampiran 3
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
SEMESTER 3 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan
dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani
borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja kursus Calon
Makluman kepada Calon:
Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja
projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan
kerja projek tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek penghasilan karya
Seni Visual (970) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang
dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Seni Visual di sekolah.
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja projek Seni Visual (970) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya,
kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
17. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
17
Lampiran 4a
BMKKC (PENGKARYAAN)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PENGKARYAAN)
Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………
No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Format/Kriteria
penilaian Penilai
Pernyataan
permasalahan
kajian
berdasarkan
tema [20]
Penentuan
konsep,
subjek, dan
kandungan
[30]
Penentuan
pendekatan
aspek
formal dan
gaya
penghasilan
[20]
Pernyataan kepentingan projek dan
keaslian [20] Sumber dan rujukan
[10]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [20]
Cadangan
pengkaryaan
Guru
Penyelaras
Format/Kriteria
penilaian
Penilai
Lakaran
proses
perkembangan
idea [20]
Kajian
komposisi
dan warna
[20]
Lakaran
akhir
[10]
Proses pengkaryaan
berdasarkan kajian
pemilihan media, teknik,
daneksperimentasi, [20]
Karya akhir
[20]
Pendokumentasian proses
penghasilan karya secara
penulisan dan visual
[10]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [60]
Penghasilan
karya
Guru
Penyelaras
Format/kriteria
penilaian
Penilai
Pameran hasil karya dan
kemasan
[50]
Apresiasi [50]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [20]Pernyataan Pelukis [10]
(Artist Statement)
Lisan [40]
Persembahan
dan peragaan
Guru
Penyelaras
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..
Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut
tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
18. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
18
Lampiran 4b
BMKKC (PEREKAAN)
Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………
No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Format/Kriteria
penilaian
Penilai
Design Brief
[15]
Pernyataan
permasalahan
kajian [15]
Penentuan konsep reka bentuk
dan jalan penceritaan [45]
Pernyataan
kepentingan
projek dan
keaslian
[15]
Sumber dan rujukan
[10]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [20]
Cadangan
perekaan
Guru
Penyelaras
Format/Kriteria
penilaian
Penilai
Lakaran kenit
(thumbnail)
[15]
Kajian watak-
watak [20]
Kajian reka
letak, imej,
dan tipografi
[20]
Lukisan
komprehensif
[15]
Penghasilan
Dummy lengkap
[20]
Pendokumentasian
proses perekaan secara
penulisan dan visual
[10]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [60]
Penghasilan
reka bentuk
Guru
Penyelaras
Format/kriteria
penilaian
Penilai
Pameran perekaan model dan kemasan
[50]
Apresiasi [50]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [20]
Pernyataan reka bentuk [10]
(Design Statement)
Lisan [40]
Persembahan
dan peragaan
Guru
Penyelaras
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PEREKAAN)
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..
Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut
tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
19. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
19
Lampiran 5
BRuMKK
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
SEMESTER : TAHUN: ____________
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT:
(Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa)
BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN
(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
atas adalah benar.
Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :…………….........
Nama:………………………………………..... Nama:…………………………………………….
No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:…………………………….
Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………...
No. Telefon(sekolah):………………………...
(bimbit):…………………………
No. Telefon (sekolah):…………………………...
(bimbit):………………………….....
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang
telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
20. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
20
6.0 Tanggungjawab Calon
6.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus
(projek kajian seni visual)
6.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang ditetapkan
(rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual)
6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas
kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan
6.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu
6.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu:
(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Projek Kajian Seni Visual yang disediakan
(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan
yang dipilih
(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah
6.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik)
disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan
(drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada
buku note pad dan sebagainya)
6.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di
tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan
sebagainya)
6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja
projek calon
6.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan
sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana
kerja projek
6.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah
ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)
BAHAGIAN II : CALON
21. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
21
6.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja
kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam
keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.
6.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri
dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3)
6.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan
kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada
pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas
6.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia
perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan
kerja projek kajian seni visual dari 9 – 20 September 2019 untuk
persembahan/peragaan kepada umum.
6.15 Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan) sebanyak dua kali
jika kerja projek dipilih untuk pemantauan.
22. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
22
7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
7.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek
kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang
disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
7.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
adalah seperti berikut :
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
22 April
2019
MPM memuat naik bahan
berikut dalam portal MPM
(www.mpm.edu.my)
(d) Manual Kerja Kursus
yang mengandungi
Bahagian I : Guru,
Bahagian II : Calon
(e) Soalan Kerja Kursus
Seni Visual STPM
2019
(f) Kriteria Penilaian dan
Pemarkahan
Memuat turun Manual
Kerja Kursus Seni Visual
STPM 2019
Memuat turun Soalan
dan Kriteria Penilaian
dan Pemarkahan
Tidak berkenaan
10 – 21
Jun 2019
(minggu
pertama –
ke-2)
Cadangan pengkaryaan
(b) Penulisan (idea perlu
disokong dengan
visual)
(b) Pembentangan (untuk
tujuan perbincangan
dan memantapkan
proposal)
Memperbanyak Manual
Bahagian II:Calon serta
soalan kerja kursus
Mengedarkan soalan dan
manual kepada calon
Memberi penerangan
tugasan kepada calon
Guru perlu memastikan
pelajar sudah
mempunyai pilihan dan
idea
Guru perlu memberi
markah pada borang
BMKKC (Lampiran 4a
atau Lampiran 4b)
Calon menerima
soalan dan manual.
Calon memilih soalan
dan mendapatkan
idea untuk soalan
yang dipilih
Calon perlu memberi
penerangan/
pembentangan idea
kepada guru.
Calon perlu
menyiapkan
cadangan
pengkaryaan
mengikut tarikh yang
ditetapkan.
23. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
23
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
24 Jun – 6
September
2019
(minggu
4 – 14)
10 minggu
*Minggu 10
– cuti
sekolah 10 –
18 Ogos
2019
Penghasilan karya/perekaan
(o) Kajian visual
(p) Lakaran
(q) Lukisan akhir
(r) Kajian media
(s) Kajian teknik
(t) Karya akhir
(u) Ketepatan subjek
(v) Kekuatan aspek formal
(w) Gaya penampilan
tersendiri
(x) Kekuatan
kandungan/fungsi
(y) Keaslian
(z) Kemasan
(aa) Dokumentasi tatacara
penghasilan karya
(bb) Kemasan dokumentasi
* dokumentasi perlu disokong
dengan gambar/foto
Guru perlu membimbing
calon dalam penghasilan
karya
Guru tidak dibenarkan
untuk membantu calon
melakukan/
menyiapkan tugasan
calon
Setiap pertemuan atau
perbincangan antara guru
dengan calon, guru perlu
merekodkannya dalam
borang BRKKC
(Lampiran 1)
Bagi setiap proses yang
calon laksanakan, guru
perlu memberi markah
pada borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b)
Calon perlu
menghasilkan karya
berdasarkan
idea/kemahiran
sendiri
Calon perlu
mendapatkan
bimbingan daripada
guru untuk setiap
proses pelaksanaan
kerja kursus agar
kesilapan tidak
dilakukan.
Bagi setiap
pertemuan atau
perbincangan antara
guru dengan calon,
calon perlu
merekodkannya
dalam borang
BRKKC (Lampiran
1)
Calon perlu
menyiapkan proses
penghasilan karya
mengikut tarikh yang
ditetapkan.
9 – 20
September
2019
(minggu 15
– 16)
e-
submission
dibuka
bermula 21
September
– 21
Oktober
2019
(f) Persembahan dan
peragaan
(g) Peragaan
(h) Pameran dan kemasan
(i) Apresiasi
(j) Penyataan karya secara
bertulis dan
pembentangan lisan
* e-submission dibuka pada
selama tempoh sebulan.
Guru perlu membimbing
calon untuk mengadakan
peragaan hasil karya
calon
Guru perlu memastikan
semasa persembahan
secara lisan/
pembentangan calon, ia
tidak diadakan secara
terbuka.
Calon perlu
memperagakan hasil
karya dalam pameran
mini dengan
bimbingan guru.
Calon perlu
membentangkan/
mempersembahkan
hasil karya secara
lisan dan bertulis.
24. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
24
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
Setiap persembahan dan
peragaan yang calon
laksanakan, guru perlu
memberikan markah
pada borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b)
Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
setiap pelajar pada
borang BRuMKK
(Lampiran 5).
Guru perlu menghantar
borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan
borangBRuMKK
(Lampiran 5) ke MPM.
Salinan borang-borang
tersebut perlu disimpan
di dalam fail kerja
kursus.
Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
pelajar ke dalam e-
submission sebelum 21
Oktober 2019. Guru
perlu mencetak markah
e-submission dan simpan
di dalam fail kerja
kursus.
Calon perlu menjaga
pameran mini jika
ada warga sekolah
(bukan calon seni)
yang ingin melihat
pameran pada luar
waktu
pembentangan/
persembahan dengan
guru
25. TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
25
8.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya
8.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga
dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja
projek.
8.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksid),
bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan
kerja projek.
8.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik
tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.
8.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar
tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.
8.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,
gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang
berkenaan.
8.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan
dalam pendokumentasian.
8.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan
oleh guru Seni Visual.
8.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan
sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.
8.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti
sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang
ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.
8.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu
bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata
pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.