2. TERHAD
2 TERHAD
Kandungan
Bil. Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif Penilaian 3 – 4
2.1 Kemahiran kognitif
2.2 Kemahiran manipulatif
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi 4 – 8
3.1 Arahan umum
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta
3.5 Tanggungjawab Calon
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 8 – 10
5.0 Langkah Menjalankan Aktiviti di Luar Bilik Darjah 10 – 11
6.0 Kaedah Kajian 11
7.0 Peralatan dan Kegunaannya 11
8.0 Format Penulisan 12
9.0 Struktur Penulisan 12 – 13
10.0 Penskoran 13 – 14
BAHAGIAN II : CALON
12.0 Tanggungjawab Calon 15
13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 16 – 17
14.0 Format Penulisan 17
15.0 Struktur Penulisan 17 – 18
Lampiran 19 – 22
Soalan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi (944/4) 23 – 24
3. TERHAD
3 TERHAD
1.0 Pengenalan
Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon
persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Ekonomi wajib melaksanakan Kerja
Kursus (Kerja Projek) Ekonomi sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah
bagi kerja kursus adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersama-
sama dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan
penggredan.
2.0 Objektif Penilaian
Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi bertujuan untuk memenuhi matlamat pendidikan Ekonomi
yang menyepadukan unsur kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah.
2.1 Kemahiran kognitif,
2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan
ekonomi dan mencadangkan langkah untuk mengatasinya dalam konteks
setempat,
2.1.2 menjelaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan manusia dan faktor yang
mempengaruhinya,
2.1.3 mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar di dalam bilik darjah dengan
keadaan sebenar, dan
2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu ekonomi.
2.2 Kemahiran manipulatif,
2.2.1 menghitung, mengukur, melakar, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data
dan maklumat daripada sumber primer,
2.2.2 menemu bual, melakukan pemerhatian, dan mengkaji selidik untuk mendapatkan
data primer,
2.2.3 mengumpul, mengelas, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder
melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta memuat
turun bahan daripada sumber Internet,
2.2.4 memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, merumus, dan
menganalisis data dan maklumat yang diperoleh, dan
2.2.5 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk grafik,
jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi
menganalisis dan mempersembahkan data.
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills),
2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan,
2.3.2 boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai
satu pasukan,
2.3.3 berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti di luar bilik darjah yang
dilaksanakan secara berkumpulan,
2.3.4 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan,
2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah,
2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif,
2.3.7 boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik,
BAHAGIAN I : GURU
4. TERHAD
4 TERHAD
2.3.8 menyedari dan menghargai tentang kepentingan isu ekonomi negara,
2.3.9 boleh menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika, dan
2.3.10 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi.
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus
3.1 Arahan Umum
3.1.1 Kerja kursus (kerja projek) Ekonomi wajib diambil oleh semua calon sekolah
kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon
persendirian
3.1.2 Kerja kursus (kerja projek) Ekonomi hendaklah dibuat dalam Penggal 3
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan
Enam peringkat sekolah
3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa PBS sekolah menyediakan Fail Induk PBS
Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail PBS
bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3 Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Ekonomi
3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan kerja kursus calon telah dinilai dan
diberikan markah oleh guru mengikut perkara yang terdapat dalam borang
markah yang disediakan
3.2.5 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah Peraturan
Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon
3.2.6 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus
dipenuhi
3.3 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus (kerja
projek) Ekonomi
3.3.3 Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja
Projek) Ekonomi dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II
untuk diedarkan kepada calon
3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tema
(b) Memahami skop tugasan dan membuat perancangan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.3.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik
darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek)
Ekonomi
3.3.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap
calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.3.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek)
Ekonomi secara individu
5. TERHAD
5 TERHAD
3.3.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek)
Ekonomi
3.3.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
(kerja projek) Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran
Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu
folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru
berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek)
Ekonomi
3.3.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses
data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
3.3.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus (kerja
projek) Ekonomi
3.3.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan
penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) kepada
guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus
(kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek)
pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap
tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil
kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi
STPM
3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus
(kerja projek) Ekonomi
3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek)
3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon
3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi,
BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang
baharu
3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus (kerja projek) Ekonomi calon
3.3.21 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
3.3.22 Menilai pembentangan calon dan memberi markah secara individu serta mengisi
markah pembentangan dalam Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
(Lampiran 4)
3.3.23 Memeriksa/menilai/mentaksir kerja kursus (kerja projek) Ekonomi bagi setiap
calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon
(BMKKC) (Lampiran 4)
6. TERHAD
6 TERHAD
3.3.24 Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon dengan menggunakan
aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
(MPM). Kegagalan menghantar markah kerja kursus (kerja projek) calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek)
Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4
3.3.25 Mencetak Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) dan membuat semakan
silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek) calon bersama dengan
seorang lagi guru Ekonomi. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat
kesilapan dalam memasukkan markah calon.
3.3.26 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi, BPC, BMKKC, dan BRKKC
bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi
tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan
diumumkan
3.4 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta
3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan untuk menjalankan kerja kursus
(kerja projek) Ekonomi
3.4.3 Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja
projek) Ekonomi dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II
untuk diedarkan kepada calon
3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tema
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik
darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek)
Ekonomi
3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap
calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek)
Ekonomi secara individu
3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek)
Ekonomi
3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
(kerja projek) Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran
Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu
folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru
berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek)
Ekonomi
3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses
data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat
7. TERHAD
7 TERHAD
3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan
penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) kepada
guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus
(kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek)
pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap
tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil
kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi
STPM
3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek)
3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon
3.5 Tanggungjawab Calon
3.5.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja
kursus (kerja projek)
3.5.2 Melaksanakan kerja kursus (kerja projek) dalam tempoh yang ditetapkan
3.5.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan
selepas kerja kursus (kerja projek) dijalankan
3.5.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) secara individu
3.5.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu;
(a) Memilih tajuk kerja projek berdasarkan tema,
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.5.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan
kerja kursus (kerja projek)
3.5.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan data/maklumat
3.5.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan
kerja kursus (kerja projek)
3.5.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan
oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kerja projek)
calon
3.5.10 Menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar
kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus
(kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal
dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM
3.5.11 Mengakui kerja kursus (kerja projek) Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja
calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)
(Lampiran 2)
8. TERHAD
8 TERHAD
3.5.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon
(BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru
Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi
membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
3.5.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan pada
tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
3.5.14 Memastikan kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon
sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan
mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja
kursus (kerja projek)
3.5.15 Menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah
disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja
kursus (kerja projek) Ekonomi
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi
4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (kerja projek)
Ekonomi ini bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia
4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
adalah seperti berikut:
Tarikh
Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon
28 Mei
hingga
9 Jun 2013
MPM memuat naik
bahan berikut dalam
portal MPM
(www.mpm.edu. my)
pada 28 Mei 2013:
i. Manual PBS yang
mengandungi
Bahagian I: Guru,
Bahagian II : Calon,
dan soalan tugasan
ii. Kriteria penilaian
dan pemarkahan
Mesyuarat penyelarasan
peringkat negeri antara PN
dengan PD dan seterusnya
mesyuarat penyelarasan
peringkat daerah antara PD
dengan guru-guru
(bermula 28 Mei 2013)
Memuat turun Manual
PBS berserta kriteria
penilaian dan pemarkahan
10 Jun
hingga
28 Jun 2013
Pengenalan kerja
kursus dan penentuan
tajuk kerja kursus
Memberi taklimat tugasan
kepada calon
Memilih soalan dan
menetapkan lokasi kajian
Merancang jadual kerja
Membuat tinjauan awal
lokasi
Memohon kebenaran
lawatan/kajian luar
daripada JPN (jika perlu)
Menyediakan surat-
menyurat
Mendapatkan sumber
kewangan
Mendapatkan
kebenaran ibu
bapa/penjaga
Membincangkan
jadual kerja bersama-
sama ahli kumpulan
Mengagihkan kerja
dan membentuk
struktur organisasi
kumpulan
9. TERHAD
9 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon
Menghubungi agensi yang
berkaitan
Mengagihkan calon
mengikut kumpulan
Menyediakan
pengangkutan dan guru
pengiring
Menyediakan peralatan
dan instrumen kajian
Mengurus sumber
kewangan
Menjelaskan calon tentang
elemen kemahiran
manipulatif dan kemahiran
insaniah yang akan dinilai
Menilai kemahiran
insaniah
Menyediakan
kerangka tugasan
Menyediakan
peralatan dan
instrumen seperti
borang soal selidik
Mencari sumber
rujukan seperti sumber
primer dan sekunder
10 Jun
hingga
28 Jun 2013
Perlaksanaan kajian
di luar bilik darjah,
atau pencarian data
sekunder yang
berkaitan
Membimbing calon
melaksanakan aktiviti di
luar bilik darjah
Membimbing calon untuk
mencari data sekunder
Menilai kemahiran
manipulatif
Menilai kemahiran
insaniah
Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian,
pencerapan,
pengukuran, temu
bual, dan kaji selidik
Memperoleh data dan
maklumat dari sumber
sekunder
1 Julai
hingga
31 Julai
2013
Penulisan kerja kursus
setelah kembali
daripada aktiviti di luar
bilik darjah
Menjelaskan item-item
yang dinilai dalam
penulisan kajian
Membimbing calon
menulis penulisan kerja
kursus mengikut format
yang ditetapkan
Menilai progres/kemajuan
hasil penulisan calon
secara berterusan
Membaiki kelemahan dan
membimbing calon
membuat penambahbaikan
Menetapkan tarikh akhir
penghantaran laporan
kajian luar mengikut
arahan Majlis Peperiksaan
Malaysia
Menyusun dapatan
(data dan maklumat)
mengikut keutamaan
dan struktur tugasan
Memproses, mentafsir,
manganalisis, dan
merumus data dan
maklumat
Mempersembahkan
data dan maklumat
dalam bentuk peta,
jadual, graf, carta,
dan lain-lain yang
bersesuaian
Membincangkan
dapatan hasil kajian
dan menghubungkait
dengan teori yang
dipelajari
10. TERHAD
10 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon
Menilai kemahiran
manipulatif
Menilai kemahiran
insaniah
Menulis penulisan
kerja kursus yang
lengkap mengikut
format yang ditetapkan
Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
penulisan kerja kursus
1 Ogos
hingga
20
September
2013
Penilaian laporan
kerja kursus
Pembentangan hasil
kerja kursus oleh
semua calon
Menerima penulisan kerja
kursus daripada setiap
calon
Membuat penilaian dan
pemarkahan bagi setiap
calon mengikut kriteria
penilaian yang ditetapkan
oleh MPM
Menilai kemahiran
manipulatif
Menilai kemahiran
insaniah
Menilai kebolehan dan
keupayaan setiap calon
dalam kemahiran yang
diperlukan
Menghantar penulisan
kerja kursus masing-
masing kepada guru
Membentangkan hasil
kerja kursus secara
individu
23
September
hingga
11 Oktober
2013
Penyemakan silang markah PBS
Pengisian dan penghantaran markah PBS ke Majlis
Peperiksaan Malaysia melalui perisian
e-submission
Tidak berkenaan
14 Oktober
hingga
3
November
2013
Penyelarasan markah PBS oleh Ketua Penyelaras
Kebangsaan/Penyelaras Negeri/Penyelaras Daerah
Tidak berkenaan
Ogos 2014
Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh
keputusan STPM dikeluarkan)
Tidak berkenaan
5.0 Langkah menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
5.1 MPM memberikan dua tema berdasarkan sukatan pelajaran Ekonomi STPM.
5.5 Sebelum menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, guru membuat persiapan awal seperti
berikut:
5.5.1 Menentukan lokasi dan melakukan tinjauan awal yang bersesuaian dengan soalan
tugasan
5.5.2 Menentukan kumpulan calon
11. TERHAD
11 TERHAD
5.5.3 Menguruskan surat-menyurat, seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenaran
dari sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
5.5.4 Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi
5.5.5 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring
5.5.6 Menyediakan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah borang soal
selidik
5.5.7 Memberikan taklimat kepada calon yang meliputi tugasan kumpulan, aspek kajian,
jumlah responden yang ingin ditemu bual/soal selidik, taklimat kawalan
keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian
5.6 Semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon menjalankan pemerhatian,
pencerapan, pengukuran, temu bual, dan soal selidik mengikut item-item tugasan yang
telah dipilih (calon mesti mendapatkan data primer atau data sekunder semasa
menjalankan aktiviti di luar bilik darjah).
5.7 Sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon melaksanakan tugasan
berikut:
5.7.1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau
mengikut item yang telah dipecahkan daripada soalan yang telah dipilih
5.7.2 Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara
dapatan yang diperoleh
5.7.3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah
bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai
5.7.4 Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang
diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah
5.7.5 Menyiapkan penulisan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia
5.7.6 Membentangkan hasil kerja kursus masing-masing. Tempoh pembentangan dan
soal jawab hendaklah tidak melebihi 10 minit bagi setiap calon
5.7.7 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembentangan
adalah digalakkan
6.0 Kaedah kajian
6.1 Maklumat diperoleh daripada dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber sekunder
6.2 Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: kaedah mencerap,
memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual, pemerhatian, dan
mengkaji selidik
6.3 Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: kaedah mengumpul,
merekod, menyalin, kajian di perpustakaan, mengumpul laporan agensi kerajaan dan
swasta serta muat turun sumber Internet
7.0 Peralatan dan kegunaannya
Bagi menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, peralatan/bahan berikut boleh digunakan:
7.1 Borang soal selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian
7.2 Kamera digunakan untuk merakam foto sebagai bukti lokasi itu dan bahan sokongan
kajian
7.3 Alat perakam suara, jika perlu
12. TERHAD
12 TERHAD
8.0 Format Penulisan
8.1 Calon digalakkan untuk menggunakan TMK bagi memperoleh maklumat tambahan.
8.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menyediakan penulisan kerja
kursus mengikut perkara berikut:
8.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
8.2.2 Margin : Atas, bawah, kiri,dan kanan 2.54cm
8.2.3 Tulisan: Times New Roman font 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja
8.2.4 Langkau (spacing): 1.5
8.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf,
carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
8.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan.
8.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual,
dan lain-lain.
8.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti berikut:
8.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
8.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
8.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
8.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4)
8.5.5 Penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
8.6 Penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru
dalam bentuk bercetak dan berjilid.
9.0 Struktur Penulisan
Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah
disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat
sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu hendaklah
mengandungi perkara-perkara berikut:
9.1 Abstrak − Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilah
mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian, dan hasil kajian.
9.2 Isi kandungan
9.3 Latar belakang kajian – Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan penjelasan kata
kunci
9.4 Pernyataan masalah – Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian
perlu/penting dilakukan
9.5 Tujuan/objektif kajian – Menyatakan dua atau lebih objektif
9.6 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan,
soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder
diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan
mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. Seterusnya calon hendaklah
menjelaskan kaedah analisis data yang digunakan.
9.7 Hasil kajian dan perbincangan – Menjawab persoalan kajian/objektif kajian secara
berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti
9.8 Cadangan – Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah
13. TERHAD
13 TERHAD
9.9 Penutup/Rumusan kajian – Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian
9.10 Senarai rujukan – Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan seperti
contoh berikut:
Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi
di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9.11 Lampiran – Mesti melebihi dua lampiran. Terdiri daripada borang soal selidik, foto,
maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks
10.0 Penskoran
Bil Aspek Pemarkahan Markah penuh
1 Tajuk kajian dan abstrak 2
2 Pengenalan: Latar belakang kajian 3
3 Pernyataan masalah 2
4 Tujuan/objektif kajian 2
5 Kaedah kajian 4
6 Hasil kajian dan perbincangan 20
7 Cadangan 4
8 Penutup/rumusan kajian 2
9 Senarai rujukan 1
10 Lampiran 2
11 Kemahiran manipulatif 3
12 Kemahiran insaniah 5
13 Pembentangan 10
JUMLAH MARKAH 60
14. TERHAD
14 TERHAD
10.1 Penskoran Pembentangan Kerja Kursus (Individu)
No Perkara Markah Markah Penuh
1 Kerelevanan
− Apa yang dibentang oleh pelajar sama
atau tidak dengan yang dihasilkan dalam
kerja kursus.
2
10
2 Kreativiti
− Calon menggunakan alat bantuan seperti
OHP, manila kad, flash kad, “power
point”, dan lain-lain
2
3 Keterampilan
− Keyakinan calon semasa pembentangan
− Pakaian yang sesuai
− Sahsiah diri
2
4 Kebahasaan
− Calon menggunakan istilah ekonomi
semasa pembentangan
2
5 Soal jawab
− Calon respon terhadap soalan guru
2
15. TERHAD
15 TERHAD
11.0 Tanggungjawab Calon
11.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus
(kerja projek)
11.2 Melaksanakan kerja kursus (kerja projek) dalam tempoh yang ditetapkan
11.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas
kerja kursus (kerja projek) dijalankan
11.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) secara individu
11.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu;
(a) Memilih tajuk kerja kursus berdasarkan tema,
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
11.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja
kursus
11.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan data/maklumat
11.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja
kursus (kerja projek)
11.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh
pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kerja projek) calon
11.10 Menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja
kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata
pelajaran Ekonomi STPM
11.11 Mengakui kerja kursus (kerja projek) Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon
sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
11.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)
(Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Ekonomi pada setiap kali
pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja
kursus (kerja projek) Ekonomi
11.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan pada tarikh,
waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
11.14 Memastikan kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri
dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber
maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kerja projek)
11.15 Menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah
disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus
(kerja projek) Ekonomi
BAHAGIAN II : CALON
16. TERHAD
16 TERHAD
12.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi
Tarikh
Perancangan dan Pelaksanaan
Aktiviti
Tindakan Calon
28 Mei
hingga
9 Jun 2013
MPM memuat naik bahan berikut
dalam portal MPM
(www.mpm.edu. my) pada
28 Mei 2013:
i. Manual PBS yang
mengandungi Bahagian I :
Guru, Bahagian II : Calon,
dan soalan tugasan
ii. Kriteria penilaian dan
pemarkahan
Menerima soalan tugasan
Memahami skop tugasan kajian luar
10 Jun
hingga
28 Jun 2013
Pengenalan kerja kursus dan
penentuan tajuk kerja kursus
Mendapatkan sumber kewangan
Mendapatkan kebenaran ibu
bapa/penjaga
Membincangkan jadual kerja
bersama-sama ahli kumpulan
Mengagihkan kerja dan membentuk
struktur organisasi kumpulan
Menyediakan kerangka tugasan
Menyediakan peralatan dan
instrumen seperti borang soal selidik
Mencari sumber rujukan seperti
sumber primer dan sekunder
10 Jun
hingga
28 Jun 2013
Perlaksanaan kajian di luar bilik
darjah, atau pencarian data
sekunder yang berkaitan
Mengumpul data dan maklumat
melalui pemerhatian, pencerapan,
pengukuran, temu bual, dan kaji
selidik
Memperoleh data dan maklumat
dari sumber sekunder
1 Julai
hingga
31 Julai
2013
Penulisan kerja kursus setelah
kembali dari aktiviti di luar bilik
darjah
Menyusun dapatan (data dan
maklumat) mengikut keutamaan
dan struktur tugasan
Memproses, mentafsir,
manganalisis, dan merumus data
dan maklumat
Mempersembahkan data dan
maklumat dalam bentuk peta,
jadual, graf, carta, dan lain-lain
yang bersesuaian
Membincangkan dapatan hasil
kajian dan menghubungkait
dengan teori yang dipelajari
17. TERHAD
17 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan Pelaksanaan
Aktiviti
Tindakan Calon
Menulis penulisan kajian luar yang
lengkap mengikut format yang
ditetapkan
Menyemak dan membuat
penambahbaikan penulisan
kajian luar
1 Ogos
hingga
20
September
2013
Penilaian laporan kerja kursus
Pembentangan kerja kursus
oleh semua calon
Menghantar penulisan kerja kursus
masing-masing kepada guru
Membentangkan hasil kerja kursus
secara individu
13.0 Format Penulisan
13.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan.
13.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kerja kursus
mengikut perkara berikut:
13.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
13.2.2 Margin : Atas, bawah, kiri,dan kanan 2.54cm
13.2.3 Tulisan: Times New Roman font 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja
13.2.4 Langkau (spacing): 1.5
13.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf,
carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
13.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan.
13.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual,
dan lain-lain.
13.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti berikut:
13.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
13.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
13.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
13.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4)
13.5.5 Penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi
13.6 Penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru
dalam bentuk bercetak dan berjilid.
14.0 Struktur Penulisan
Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah
disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat
sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu hendaklah
mengandungi perkara-perkara berikut:
18. TERHAD
18 TERHAD
14.1 Abstrak − Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilah
mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian, dan hasil kajian.
14.2 Isi kandungan
14.3 Latar belakang kajian – Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan penjelasan
kata kunci
14.4 Pernyataan masalah – Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian
perlu/penting dilakukan
14.5 Tujuan/objektif kajian – Menyatakan dua atau lebih objektif
14.6 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran, pencerapan,
soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder
diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan
mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. Seterusnya calon hendaklah
menjelaskan kaedah analisis data yang digunakan.
14.7 Hasil kajian dan perbincangan – Menjawab persoalan kajian/objektif kajian secara
berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti
14.8 Cadangan – Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah
14.9 Penutup/Rumusan kajian – Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian
14.10 Senarai rujukan – Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan seperti
contoh berikut:
Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi
di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
14.11 Lampiran – Mesti melebihi dua lampiran. Terdiri daripada borang soal selidik, foto,
maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks
19. TERHAD
19 TERHAD
Lampiran 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 3 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH
NAMA GURU
TANDATANGAN
GURU
TARIKH
MARKAH
20. TERHAD
20 TERHAD
Lampiran 2
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 3 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon,
dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang
markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat PBS Calon
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja
kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau
membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau
calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus
(kerja projek) Ekonomi (944) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan
penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Ekonomi di sekolah.
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Ekonomi (944) telah dihasilkan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek)
calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek)
tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru
Nama Guru
Tarikh
Alamat
21. TERHAD
21 TERHAD
Lampiran 3
BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 3 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran : ………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………
Tarikh
Aktiviti
Aktiviti dalam
Penghasilan
Kerja Kursus
(Untuk diisi oleh calon)
Ulasan Guru
Tandatangan
Calon
Tandatangan
Guru
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru EKONOMI
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi STPM 2013 mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ………………..………………………………
Nama Guru: ……….……………………………………………….
Tarikh : …………………............................................................
Cop Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan
pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada
guru untuk dinilai.
22. TERHAD
22 TERHAD
Lampiran 4
BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013
EKONOMI 944/4
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon : ……………………………...... Angka Giliran ………………………………
No. Kad Pengenalan : ……………………………...
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
Bil Kriteria Penilaian Markah Penuh
Markah Guru atau
Pemeriksa
Markah
Penyelaras
A. Kerja Kursus
1 Tajuk/Abstrak 2
2 Latar belakang kajian 3
3 Penyataan masalah 2
4 Tujuan/objektif kajian 2
5 Kaedah kajian 4
6 Hasil kajian dan perbincangan 20
7 Cadangan 4
8 Penutup/rumusan 2
9 Senarai rujukan 1
10 Lampiran 2
11 Kemahiran manipulatif 3
12 Kemahiran insaniah 5
B. Pembentangan
1 Kerelevanan 2
2 Soal jawab 2
3 Kebahasaan 2
4 Kreativiti 2
5 Keterampilan 2
JUMLAH 60
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah
dan butiran di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan
Butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………… Tandatangan Penyelaras: ……………………
Nama : ………………………………………… Nama : ………………………………………
No. Kad Pengenalan : ………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………
Tarikh : ……………………………………….. Tarikh : ……………………………………..
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ……………………….
No. Telefon (sekolah) : ……………………
(bimbit) : …………………….
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan
menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
24. TERHAD
24 TERHAD
Jawab satu soalan sahaja.
Tema 1
Tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun
2012. [60]
Tema 2
Perbelanjaan kerajaan persekutuan Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. [60]
944/4