SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 20
Descargar para leer sin conexión
TERHAD
0 TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Kerja Kursus Pengajian Perniagaan
Kertas 4 (946/4)
Penggal 3 Tahun 2013
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.
______________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 19 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2013
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD
1 TERHAD
Kandungan
Bil Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 2
2.0 Objektif Penilaian 2
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 2
3.1 Arahan Am 2
3.2 Tanggungjawab Pengetua 2
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan
Kerajaan
3
3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4
3.5 Tanggungjawab Calon 5
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6
5.0 Format Penulisan 8
6.0 Struktur Penulisan 9
7.0 Penskoran Markah 9
8.0 Skema Penskoran Markah 10
BAHAGIAN II : CALON
9.0 Tanggungjawab Calon 11
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 12
11.0 Format Penulisan 13
12.0 Struktur Penulisan 14
Soalan Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Perniagaan 946/4 15
Lampiran 18
TERHAD
2 TERHAD
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang
akan dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan
pada satu tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan
lisan yang akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan
gagal hadir untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata
pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM, berasaskan mana-mana atau gabungan tajuk 1 hingga 13.
2.0 Objektif Penilaian
Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:
2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada
dalam sebuah organisasi yang baik
2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik pada organisasi kajian
kes berkenaan
2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus
3.1 Arahan am
3.1.1 Kerja Kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau
calon persendirian
3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil
mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam
3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS) Tingkatan
Enam peringkat sekolah
3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa PBS sekolah menyediakan Fail Induk PBS
Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail PBS
bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan
diselia oleh guru Pengajian Perniagaan
3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon telah dijalankan mengikut
peraturan yang ditetapkan
3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus telah dinilai dan diberikan markah
oleh guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan
TERHAD
3 TERHAD
3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah
Bantuan Kerajaan
3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan
bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja
kursus
3.3.2 Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja
projek) Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan
Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.3.3 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.3.4 Memberi taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya
3.3.5 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan
3.3.6 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.3.7 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat
dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
3.3.8 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus
3.3.9 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka
boleh membaiki hasil kerja
3.3.10 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik
3.3.11 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian
Perniagaan secara individu
3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah.
Muka hadapan penulisan kerja kursus (kerja projek) hendaklah digunakan muka
hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya
akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,
BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang
baharu
TERHAD
4 TERHAD
3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus calon
3.3.21 Menilai hasil kerja calon secara berterusan
3.3.22 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon
3.3.23 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon
perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat
yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan
3.3.24 Memeriksa/menilai/mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap calon
dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
(Lampiran 4)
3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-
submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Kegagalan menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon
dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4
3.3.26 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan
BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci)
bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM
keseluruhan diumumkan
3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta
3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.4.3 Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Pengajian
Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk
diedarkan kepada calon
3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan
3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon
semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan
dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan Kerja Kursus
3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder PBS
untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta
maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus
3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses
data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat
TERHAD
5 TERHAD
3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan
penulisan kerja kursus
3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah.
Muka hadapan penulisan kerja kursus hendaklah digunakan muka hadapan yang
telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya
akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon.
3.5 Tanggungjawab calon
3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib
melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal
3 sehingga tamat penggal tersebut
3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan
pelaksanaan kajian
3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) bagi mencari dan mengumpul fakta
3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian
mestilah disediakan secara individu
3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan
3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat
bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint
3.5.8 Bagi calon persendirian, calon bebas untuk memilih mana-mana pembimbing atas
tanggungan sendiri
3.5.9 Untuk mendapat taklimat berkaitan dengan kerja kursus, calon persendirian
hendaklah menyemak portal MPM untuk mendapat maklumat tentang tarikh,
tempat, dan waktu
TERHAD
6 TERHAD
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
MASA
PERANCANGAN
DAN
PERLAKSANAAN
AKTIVITI
TINDAKAN GURU
TINDAKAN PELAJAR/
CALON
29 Mei
hingga
9 Jun 2013
Tugasan kerja kursus
diterima
 Taklimat tugasan kursus
kepada calon (sila rujuk
manual kerja kursus)
 Menerima arahan tugasan.
Semak
http://www.mpm.edu.my
 Memahami skop tugasan
kerja kursus
 Merancang jadual kerja
10 Jun
hingga
28 Jun
2013
Persiapan awal
sebelum ke lapangan
 Membincangkan dan
membimbing pemilihan
tajuk, responden kajian,
dan jadual kerja
 Penyediaan surat-
menyurat
 Menyemak keperluan
peralatan dan instrumen
kajian
 Menjelaskan kepada
pelajar tentang elemen
kemahiran insaniah (soft
skills) yang akan dinilai
Membuat persiapan awal:
 Keperluan kewangan
 Pengesahan sekolah dan
kebenaran penjaga
 Perancangan kerja
 Penyediaan peralatan dan
instrumen seperti borang
soal selidik
 Mengenal pasti sumber
rujukan, seperti sumber
sekunder,sumber Internet,
dan sumber-sumber lain.
10 Jun
hingga
28 Jun
2013
Pelaksanaan tugasan
lapangan
 Membimbing pelajar
melaksanakan aktiviti
lapangan
 Membantu penyelesaian
masalah yang timbul
 Memantau
perkembangan tugasan
 Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan,
pengukuran, temu bual dan
kaji selidik
 Memperoleh data dan
maklumat dari sumber
sekunder
1 Julai
hingga
31 Julai
2013
Penyediaan dan
penulisan laporan kerja
kursus untuk sesi
penilaian
 Menjelaskan item-item
yang mungkin dinilai
dalam penulisan laporan
kerja kursus
 Membimbing pelajar
untuk menulis laporan
mengikut format yang
ditetapkan
 Memperbaiki kelemahan
dan membimbing
pelajar membuat
penambahbaikan
 Menyusun dapatan (data
dan maklumat) mengikut
keutamaan dan struktur
tugasan
 Memproses, mentafsir,
menganalisis, dan merumus
data dan maklumat
 Mempersembahkan data
dan maklumat dalam bentuk
yang sesuai, seperti peta
lokasi, jadual, graf, carta
dan lain-lain
 Membincangkan dapatan
hasil kajian dan
menghubung kait dengan
prinsip dan teori yang
dipelajari
 Berlatih membuat
pembentangan mengikut
format yang sesuai
TERHAD
7 TERHAD
MASA
PERANCANGAN
DAN
PERLAKSANAAN
AKTIVITI
TINDAKAN GURU
TINDAKAN PELAJAR/
CALON
1 Ogos
hingga
20
September
2013
Sesi pembentangan
dan penilaian
 Memeriksa dan memberi
markah laporan kerja
kursus dan
pembentangan
 Hantar laporan bertulis
 Sesi pembentangan
(10 minit hingga 15 minit
sahaja untuk setiap calon)
23
September
hingga
11
Oktober
2013
Penskoran kerja
kursus dan hantaran
markah ke MPM
 Menghantar markah ke
MPM
14
Oktober
hingga
3
November
2013
Penyelarasan markah PBS oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan/Penyelaras Negeri/
Penyelaras Daerah
Ogos 2014 Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM dikeluarkan)
5.0 Format Penulisan
5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan
5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
5.3 Panjang penulisan sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi
6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan
yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
(e) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid
TERHAD
8 TERHAD
6.0 Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah
disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat.
Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Pengenalan/Tajuk dan Abstrak
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang/Lokasi kajian
Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan
alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan.
(d) Kaedah kajian
Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal-selidik, temu
temubual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh
melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul
laporan agensi kerajaan serta swasta.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi
punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan
maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong
dalam bentuk jadual, rajah, dan graf.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
(h) Lampiran
7.0 Penskoran markah
Penilaian kerja kursus dibuat ke atas laporan bertulis dan pembentangan lisan hasil kerja calon.
Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang
dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian
bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan dibuat oleh guru mata pelajaran
berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta, persendirian individu, dan sekolah integriti
akan dibuat oleh penilai yang dilantik oleh MPM.
TERHAD
9 TERHAD
8.0 Skema Penskoran Markah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Bil. Kriteria Markah Maksimum
1 Pengenalan/Tajuk dan Abstrak 3
2 Objektif Kajian 2
3 Latar belakang/lokasi kajian 6
4 Kaedah Kajian 7
5 Dapatan Kajian dan Perbincangan
(i) Susunan dan kekemasan laporan 10
(ii) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15
(iii) Analisis dan pentafsiran 15
(iv) Gaya dan bahasa 5
6 Penutup, Rumusan kajian, dan cadangan 10
7 Rujukan 3
8 Lampiran 3
9 Pembentangan
(i) Kerelevanan 2
(ii) Soal jawab 2
(iii) Kebahasaan 2
(iv) Kreativiti 2
(v) Keterampilan 2
10 Kemahiran Manipulatif 5
11 Kemahiran Insaniah 6
JUMLAH MARKAH 100
TERHAD
10 TERHAD
BAHAGIAN II : CALON
9.0 Tanggungjawab calon
9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan
9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal 3
sehingga tamat penggal tersebut
9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan
kajian
9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi
mencari dan mengumpul fakta
9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah
disediakan secara individu
9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan
sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada
mana-mana bahan atau tulisan
9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan
pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint
9.8 Bagi calon persendirian, calon bebas untuk memilih mana-mana pembimbing atas
tanggungan sendiri
9.9 Untuk mendapat taklimat berkaitan dengan kerja kursus, calon persendirian hendaklah
menyemak portal MPM untuk mendapat maklumat tentang tarikh, tempat, dan waktu
TERHAD
11 TERHAD
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
MASA
PERANCANGAN DAN
PERLAKSANAAN
AKTIVITI
TINDAKAN PELAJAR/CALON
29 Mei
hingga
9 Jun 2013
Tugasan kerja kursus diterima  Menerima arahan tugasan. Semak
http://www.mpm.edu.my
 Memahami skop tugasan kerja kursus
 Merancang jadual kerja
10 Jun
hingga
28 Jun 2013
Persiapan awal sebelum ke
lapangan
Membuat persiapan awal:
 Keperluan kewangan
 Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga
 Perancangan kerja
 Penyediaan peralatan dan instrumen seperti
borang soal selidik
 Mengenal pasti sumber rujukan, seperti
sumber sekunder,sumber Internet, dan
sumber-sumber lain.
10 Jun
hingga
28 Jun 2013
Pelaksanaan tugasan lapangan  Mengumpul data dan maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan, pengukuran,
temu bual dan kaji selidik
 Memperoleh data dan maklumat dari
sumber sekunder
1 Julai
hingga
31 Julai 2013
Penyediaan dan penulisan
laporan kerja kursus untuk
sesi penilaian
 Menyusun dapatan (data dan maklumat)
mengikut keutamaan dan struktur tugasan
 Memproses, mentafsir, menganalisis, dan
merumus data dan maklumat
 Mempersembahkan data dan maklumat
dalam bentuk yang sesuai, seperti peta
lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain
 Membincangkan dapatan hasil kajian dan
menghubung kait dengan prinsip dan teori
yang dipelajari
 Berlatih membuat pembentangan mengikut
format yang sesuai
1 Ogos
hingga
20 September
2013
Sesi pembentangan dan
penilaian
 Hantar laporan bertulis
 Sesi pembentangan
(10 minit hingga 15 minit sahaja untuk
setiap calon)
TERHAD
12 TERHAD
11.0 Format Penulisan
11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan
11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
11.3 Panjang penulisan sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi
6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan
yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan
11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1)
(b) Borang perakuan calon (Lampiran 2)
(c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)
(d) Borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4)
(e) Penulisan kertas kerja kursus
11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid
12.0 Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah
disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat.
Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Tajuk dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang/Lokasi kajian
Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan
alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan.
(d) Kaedah kajian
Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal-selidik, temu
bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui
kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul laporan
agensi kerajaan serta swasta.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi
punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan
TERHAD
13 TERHAD
maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong
dalam bentuk jadual, rajah, dan graf.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
(h) Lampiran
TERHAD
14 TERHAD14
TERHAD
15 TERHAD
Soalan kerja kursus.
Calon diminta membuat kajian ke atas sebuah organisasi awam atau swasta. Calon boleh
memilih organisasi yang terlibat dalam aktiviti berasaskan produk atau berasaskan
perkhidmatan.
Calon dikehendaki mengumpul, menyusun, menganalisis, menjelaskan, dan menuliskan
laporan lengkap berkaitan perkara-perkara yang berikut:
(a) Reka bentuk organisasi
(b) Proses pengorganisasian
(c) Konsep pengorganisasian
(d) Gaya kepimpinan pemimpin tertinggi organisasi tersebut
Nota: Laporan kajian mestilah berpandukan Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
STPM baharu.
TERHAD
16 TERHAD
LAMPIRAN 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2013
MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH
NAMA GURU
TANDATANGAN
GURU
TARIKH
MARKAH
TERHAD
17 TERHAD
LAMPIRAN 2
BPC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Borang Perakuan Calon
Mata pelajaran: Pengajian Perniagaan
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat PBS Calon
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan
calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu
dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja
projek) Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan
penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah
(untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon
dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah
dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
TERHAD
18 TERHAD
LAMPIRAN 3
BRKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013
PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ………………………
Tarikh
Aktiviti
Aktiviti dalam
Penghasilan
Kerja Kursus
(Untuk diisi oleh calon)
Ulasan Guru
Tandatangan
Calon
Tandatangan
Guru
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2013 mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ………………..………………………………
Nama Guru: ……….……………………………………………….
Tarikh : …………………............................................................
Cop Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-pelajar dan dilampirkan pada
bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk
dinilai.
TERHAD
19 TERHAD
LAMPIRAN 4
BMKKC
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013
PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : ……………………………
No. Kad Pengenalan : ……………………………
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
Kriteria Penilaian
Markah
Penuh
Markah
Guru
Markah
Penyelaras
1. Pengenalan / Tajuk dan Abstrak 3
2. Objektif Kajian 2
3. Latar belakang / Lokasi kajian 6
4. Kaedah Kajian 7
5. Dapatan Kajian dan Perbincangan
(a) Susunan dan kekemasan laporan 10
(b) Kecukupan, ketepatan dan
kesesuaian maklumat
15
(c) Analisis dan pentafsiran 15
(d) Gaya dan bahasa 5
6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10
7. Rujukan 3
8. Lampiran 3
9. Pembentangan
(a) Kerelevanan 2
(b) Soal jawab 2
(c) Kebahasaan 2
(d) Kreativiti 2
(e) Keterampilan 2
10. Kemahiran Manipulatif 5
11. Kemahiran Insaniah 6
Jumlah Markah 100
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah
dan butiran di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan
Butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ………………………
Nama : ……………………………………………… Nama : ………………………………………….
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………….
Tarikh : …………………………………………….. Tarikh : …………………………………………
No. Telefon (sekolah) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………….
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan
menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Sejarah Guide
Sejarah GuideSejarah Guide
Sejarah Guidesurej96
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp fazfazrul
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedRAMLAH BINTI A. RANI
 
Kisi kisi soal smk
Kisi kisi soal smkKisi kisi soal smk
Kisi kisi soal smkMuslih Kamal
 
1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasi1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasishaleyati mohamed
 
Manual guru seni visual penggal 3 2015
Manual guru   seni visual penggal 3 2015Manual guru   seni visual penggal 3 2015
Manual guru seni visual penggal 3 2015RAMLAH BINTI A. RANI
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg21. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2Cikgu Syahidon
 
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERMODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERRuudz Dy
 
Manual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualManual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualRAMLAH BINTI A. RANI
 

La actualidad más candente (18)

Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
 
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
 
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
 
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
 
Sejarah Guide
Sejarah GuideSejarah Guide
Sejarah Guide
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp faz
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
 
Seni visual manual kk projek 9703
Seni visual manual kk projek 9703Seni visual manual kk projek 9703
Seni visual manual kk projek 9703
 
Kisi kisi soal smk
Kisi kisi soal smkKisi kisi soal smk
Kisi kisi soal smk
 
1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasi1. ii) taklimat sistem e prestasi
1. ii) taklimat sistem e prestasi
 
Manual guru seni visual penggal 3 2015
Manual guru   seni visual penggal 3 2015Manual guru   seni visual penggal 3 2015
Manual guru seni visual penggal 3 2015
 
2013 pp 21 2 crc sej-2
2013 pp 21 2 crc sej-22013 pp 21 2 crc sej-2
2013 pp 21 2 crc sej-2
 
Peraturan akademik
Peraturan akademikPeraturan akademik
Peraturan akademik
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg21. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg2
 
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTERMODUL GRAFIK BERKOMPUTER
MODUL GRAFIK BERKOMPUTER
 
Manual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualManual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visual
 

Similar a Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013

Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Venny Chang
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014sarinahashim
 
ici project 2
ici project 2 ici project 2
ici project 2 wyinsam
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunanAvs Alphons
 
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013Nor Ainee
 
2013 3756 3 pp t.5 crc2
2013 3756 3 pp t.5 crc22013 3756 3 pp t.5 crc2
2013 3756 3 pp t.5 crc2Nor Ainee
 
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRPanduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRJeya Kumar
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-editedSiti Hajar
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfFYChieng
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016Mohamad Daud
 
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)RAMLAH BINTI A. RANI
 
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01Asrulsani Abdul Rahman
 
Fail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasFail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasMoli SA
 
Fail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasFail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasMar Jusoh
 

Similar a Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013 (20)

Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
 
ici project 2
ici project 2 ici project 2
ici project 2
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
2015 spm 3756-3_t-5_pp_crc_prinsipperakaunan
 
3756 3 panduan pelaksanaan
3756 3 panduan pelaksanaan3756 3 panduan pelaksanaan
3756 3 panduan pelaksanaan
 
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
Panduan pelaksanaan kertas 3 ting 4 2013
 
2013 3756 3 pp t.5 crc2
2013 3756 3 pp t.5 crc22013 3756 3 pp t.5 crc2
2013 3756 3 pp t.5 crc2
 
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRPanduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
 
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016
 
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
 
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
 
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
 
Fail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasFail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelas
 
Fail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasFail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelas
 

Más de RAMLAH BINTI A. RANI

Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018 RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 

Más de RAMLAH BINTI A. RANI (20)

Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
 
9304 manual kks syariah 2018
9304 manual kks  syariah 2018 9304 manual kks  syariah 2018
9304 manual kks syariah 2018
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
 

Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013

  • 1. TERHAD 0 TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) Penggal 3 Tahun 2013 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. ______________________________________________________________________________ Manual ini terdiri daripada 19 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2013 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
  • 2. TERHAD 1 TERHAD Kandungan Bil Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 2 2.0 Objektif Penilaian 2 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 2 3.1 Arahan Am 2 3.2 Tanggungjawab Pengetua 2 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3 3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4 3.5 Tanggungjawab Calon 5 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6 5.0 Format Penulisan 8 6.0 Struktur Penulisan 9 7.0 Penskoran Markah 9 8.0 Skema Penskoran Markah 10 BAHAGIAN II : CALON 9.0 Tanggungjawab Calon 11 10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 12 11.0 Format Penulisan 13 12.0 Struktur Penulisan 14 Soalan Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Perniagaan 946/4 15 Lampiran 18
  • 3. TERHAD 2 TERHAD BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang akan dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada satu tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini. Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM, berasaskan mana-mana atau gabungan tajuk 1 hingga 13. 2.0 Objektif Penilaian Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk: 2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini 2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam sebuah organisasi yang baik 2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik pada organisasi kajian kes berkenaan 2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan am 3.1.1 Kerja Kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian 3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam 3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS) Tingkatan Enam peringkat sekolah 3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa PBS sekolah menyediakan Fail Induk PBS Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail PBS bagi mata pelajaran masing-masing 3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan diselia oleh guru Pengajian Perniagaan 3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon telah dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan 3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus telah dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan
  • 4. TERHAD 3 TERHAD 3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus 3.3.2 Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja projek) Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.3.3 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 3.3.4 Memberi taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya 3.3.5 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan 3.3.6 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.7 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus 3.3.8 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus 3.3.9 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh membaiki hasil kerja 3.3.10 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik 3.3.11 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan secara individu 3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus (kerja projek) hendaklah digunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus 3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon 3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu
  • 5. TERHAD 4 TERHAD 3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus calon 3.3.21 Menilai hasil kerja calon secara berterusan 3.3.22 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon 3.3.23 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan 3.3.24 Memeriksa/menilai/mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e- submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4 3.3.26 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta 3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.4.3 Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan 3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah 3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu 3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus 3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat
  • 6. TERHAD 5 TERHAD 3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus hendaklah digunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus 3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon. 3.5 Tanggungjawab calon 3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal 3 sehingga tamat penggal tersebut 3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian 3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul fakta 3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu 3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan 3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint 3.5.8 Bagi calon persendirian, calon bebas untuk memilih mana-mana pembimbing atas tanggungan sendiri 3.5.9 Untuk mendapat taklimat berkaitan dengan kerja kursus, calon persendirian hendaklah menyemak portal MPM untuk mendapat maklumat tentang tarikh, tempat, dan waktu
  • 7. TERHAD 6 TERHAD 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan MASA PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN AKTIVITI TINDAKAN GURU TINDAKAN PELAJAR/ CALON 29 Mei hingga 9 Jun 2013 Tugasan kerja kursus diterima  Taklimat tugasan kursus kepada calon (sila rujuk manual kerja kursus)  Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my  Memahami skop tugasan kerja kursus  Merancang jadual kerja 10 Jun hingga 28 Jun 2013 Persiapan awal sebelum ke lapangan  Membincangkan dan membimbing pemilihan tajuk, responden kajian, dan jadual kerja  Penyediaan surat- menyurat  Menyemak keperluan peralatan dan instrumen kajian  Menjelaskan kepada pelajar tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang akan dinilai Membuat persiapan awal:  Keperluan kewangan  Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga  Perancangan kerja  Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik  Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder,sumber Internet, dan sumber-sumber lain. 10 Jun hingga 28 Jun 2013 Pelaksanaan tugasan lapangan  Membimbing pelajar melaksanakan aktiviti lapangan  Membantu penyelesaian masalah yang timbul  Memantau perkembangan tugasan  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik  Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder 1 Julai hingga 31 Julai 2013 Penyediaan dan penulisan laporan kerja kursus untuk sesi penilaian  Menjelaskan item-item yang mungkin dinilai dalam penulisan laporan kerja kursus  Membimbing pelajar untuk menulis laporan mengikut format yang ditetapkan  Memperbaiki kelemahan dan membimbing pelajar membuat penambahbaikan  Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan  Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain  Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari  Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai
  • 8. TERHAD 7 TERHAD MASA PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN AKTIVITI TINDAKAN GURU TINDAKAN PELAJAR/ CALON 1 Ogos hingga 20 September 2013 Sesi pembentangan dan penilaian  Memeriksa dan memberi markah laporan kerja kursus dan pembentangan  Hantar laporan bertulis  Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon) 23 September hingga 11 Oktober 2013 Penskoran kerja kursus dan hantaran markah ke MPM  Menghantar markah ke MPM 14 Oktober hingga 3 November 2013 Penyelarasan markah PBS oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan/Penyelaras Negeri/ Penyelaras Daerah Ogos 2014 Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM dikeluarkan) 5.0 Format Penulisan 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan 5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten 5.3 Panjang penulisan sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. 5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) (e) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan 5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid
  • 9. TERHAD 8 TERHAD 6.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Pengenalan/Tajuk dan Abstrak Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b) Objektif kajian Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan. (c) Latar belakang/Lokasi kajian Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan. (d) Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal-selidik, temu temubual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. (e) Dapatan kajian dan perbincangan Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong dalam bentuk jadual, rajah, dan graf. (f) Penutup Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan (h) Lampiran 7.0 Penskoran markah Penilaian kerja kursus dibuat ke atas laporan bertulis dan pembentangan lisan hasil kerja calon. Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta, persendirian individu, dan sekolah integriti akan dibuat oleh penilai yang dilantik oleh MPM.
  • 10. TERHAD 9 TERHAD 8.0 Skema Penskoran Markah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bil. Kriteria Markah Maksimum 1 Pengenalan/Tajuk dan Abstrak 3 2 Objektif Kajian 2 3 Latar belakang/lokasi kajian 6 4 Kaedah Kajian 7 5 Dapatan Kajian dan Perbincangan (i) Susunan dan kekemasan laporan 10 (ii) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15 (iii) Analisis dan pentafsiran 15 (iv) Gaya dan bahasa 5 6 Penutup, Rumusan kajian, dan cadangan 10 7 Rujukan 3 8 Lampiran 3 9 Pembentangan (i) Kerelevanan 2 (ii) Soal jawab 2 (iii) Kebahasaan 2 (iv) Kreativiti 2 (v) Keterampilan 2 10 Kemahiran Manipulatif 5 11 Kemahiran Insaniah 6 JUMLAH MARKAH 100
  • 11. TERHAD 10 TERHAD BAHAGIAN II : CALON 9.0 Tanggungjawab calon 9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan 9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal 3 sehingga tamat penggal tersebut 9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian 9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul fakta 9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu 9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan 9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint 9.8 Bagi calon persendirian, calon bebas untuk memilih mana-mana pembimbing atas tanggungan sendiri 9.9 Untuk mendapat taklimat berkaitan dengan kerja kursus, calon persendirian hendaklah menyemak portal MPM untuk mendapat maklumat tentang tarikh, tempat, dan waktu
  • 12. TERHAD 11 TERHAD 10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan MASA PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN AKTIVITI TINDAKAN PELAJAR/CALON 29 Mei hingga 9 Jun 2013 Tugasan kerja kursus diterima  Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my  Memahami skop tugasan kerja kursus  Merancang jadual kerja 10 Jun hingga 28 Jun 2013 Persiapan awal sebelum ke lapangan Membuat persiapan awal:  Keperluan kewangan  Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga  Perancangan kerja  Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik  Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder,sumber Internet, dan sumber-sumber lain. 10 Jun hingga 28 Jun 2013 Pelaksanaan tugasan lapangan  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik  Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder 1 Julai hingga 31 Julai 2013 Penyediaan dan penulisan laporan kerja kursus untuk sesi penilaian  Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan  Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain  Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari  Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai 1 Ogos hingga 20 September 2013 Sesi pembentangan dan penilaian  Hantar laporan bertulis  Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon)
  • 13. TERHAD 12 TERHAD 11.0 Format Penulisan 11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan 11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten 11.3 Panjang penulisan sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan 11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1) (b) Borang perakuan calon (Lampiran 2) (c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3) (d) Borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4) (e) Penulisan kertas kerja kursus 11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid 12.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Tajuk dan Pengenalan Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b) Objektif kajian Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan. (c) Latar belakang/Lokasi kajian Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan. (d) Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal-selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. (e) Dapatan kajian dan perbincangan Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan
  • 14. TERHAD 13 TERHAD maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong dalam bentuk jadual, rajah, dan graf. (f) Penutup Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan (h) Lampiran
  • 16. TERHAD 15 TERHAD Soalan kerja kursus. Calon diminta membuat kajian ke atas sebuah organisasi awam atau swasta. Calon boleh memilih organisasi yang terlibat dalam aktiviti berasaskan produk atau berasaskan perkhidmatan. Calon dikehendaki mengumpul, menyusun, menganalisis, menjelaskan, dan menuliskan laporan lengkap berkaitan perkara-perkara yang berikut: (a) Reka bentuk organisasi (b) Proses pengorganisasian (c) Konsep pengorganisasian (d) Gaya kepimpinan pemimpin tertinggi organisasi tersebut Nota: Laporan kajian mestilah berpandukan Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) STPM baharu.
  • 17. TERHAD 16 TERHAD LAMPIRAN 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH NAMA GURU TANDATANGAN GURU TARIKH MARKAH
  • 18. TERHAD 17 TERHAD LAMPIRAN 2 BPC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Borang Perakuan Calon Mata pelajaran: Pengajian Perniagaan Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat
  • 19. TERHAD 18 TERHAD LAMPIRAN 3 BRKKC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ……………………… Tarikh Aktiviti Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Calon Tandatangan Guru (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ………………..……………………………… Nama Guru: ……….………………………………………………. Tarikh : …………………............................................................ Cop Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-pelajar dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai.
  • 20. TERHAD 19 TERHAD LAMPIRAN 4 BMKKC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : …………………………… No. Kad Pengenalan : …………………………… (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah Guru Markah Penyelaras 1. Pengenalan / Tajuk dan Abstrak 3 2. Objektif Kajian 2 3. Latar belakang / Lokasi kajian 6 4. Kaedah Kajian 7 5. Dapatan Kajian dan Perbincangan (a) Susunan dan kekemasan laporan 10 (b) Kecukupan, ketepatan dan kesesuaian maklumat 15 (c) Analisis dan pentafsiran 15 (d) Gaya dan bahasa 5 6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10 7. Rujukan 3 8. Lampiran 3 9. Pembentangan (a) Kerelevanan 2 (b) Soal jawab 2 (c) Kebahasaan 2 (d) Kreativiti 2 (e) Keterampilan 2 10. Kemahiran Manipulatif 5 11. Kemahiran Insaniah 6 Jumlah Markah 100 PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ……………………… Nama : ……………………………………………… Nama : …………………………………………. No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : …………………………. Tarikh : …………………………………………….. Tarikh : ………………………………………… No. Telefon (sekolah) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………. Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.