SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 22
Descargar para leer sin conexión
TERHAD
1 TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Kerja Kursus
Kerja Kursus Usuluddin
Kertas 4 (931/4)
Penggal 3 Tahun 2017
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.
__________________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 22 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2017
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD
2 TERHAD
Kandungan
Bil. Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif Penilaian 3
2.1 Kemahiran kognitif
2.2 Kemahiran manipulatif
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 4 – 7
3.1 Arahan umum
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.3 Tanggungjawab Guru
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
3.6 Tanggungjawab Calon
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 7 – 8
5.0 Format Penulisan 9
6.0 Struktur Penulisan 9
7.0 Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Usuluddin 10 – 12
8.0 Penskoran 12
BAHAGIAN II : CALON
12.0 Tanggungjawab Calon 13
13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 14
14.0 Format Penulisan 14 – 15
15.0 Struktur Penulisan 15
Soalan Kerja Kursus Usuluddin (931/4) 16 – 17
Lampiran 18– 22
TERHAD
3 TERHAD
1.0 Pengenalan
Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon
persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Usuluddin wajib melaksanakan Kerja
Kursus Usuluddin sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi Kerja
Kursus adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran Kerja Kursus diambil kira bersama-sama
dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan
penggredan.
2.0 Objektif Penilaian
Kerja Kursus Usuluddin (KKU) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon
dalam;
2.1 Kemahiran kognitif
2.1.1 menguasai pengetahuan dan memperoleh kefahaman tentang bidang ilmu
Usuluddin
2.1.2 membuat perbandingan dan penilaian antara pelbagai aliran pemikiran tentang
isu-isu tertentu dalam bidang Usuluddin berteraskan pegangan Ahli Sunnah
Waljamaah
2.1.3 membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Usuluddin
2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan
persoalan semasa dalam bidang Usuluddin
2.2 Kemahiran manipulatif
2.2.1 mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama
ada daripada sumber primer atau sumber sekunder
2.2.2 memproses dan menganalisis data
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)
2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan
2.3.2 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan
2.3.3 berupaya menyelesaikan masalah
2.3.4 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif
2.3.5 berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik
2.3.6 berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel
2.3.7 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi
BAHAGIAN I : GURU
TERHAD
4 TERHAD
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin
3.1 Arahan Umum
3.1.1 Kerja kursus Usuluddin wajib diambil oleh semua calon pada penggal ketiga
pengajian tingkatan enam.
3.1.2 Calon dikehendaki memilih satu tajuk berdasarkan dua tema yang diberikan.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah
3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk
Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam
mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3 Memastikan calon yang mengambil KKU telah dibimbing dan diselia oleh guru
mata pelajaran Usuluddin
3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan KKU calon telah dinilai dan diberikan
markah oleh guru mengikut borang markah yang disediakan
3.2.5 Memastikan guru menghantar markah penulisan KKU kepada MPM mengikut
tarikh yang ditetapkan
3.2.6 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan KKU di
sekolah
3.2.7 Memastikan guru menyimpan evidens penulisan KKU dalam tempoh enam
bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan
3.2.8 Memastikan evidens penulisan KKU dilupuskan dalam tempoh enam bulan
selepas keputusan STPM diumumkan
3.3 Tanggungjawab Guru
3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan
arahan pelaksanaan KKU
3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Usuluddin dari portal MPM dan membuat
salinan untuk diedarkan kepada calon
3.3.3 Memastikan calon menghasilkan penulisan KKU secara individu
3.3.4 Memastikan setiap calon melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan
seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
Usuluddin
3.3.5 Memantau kemajuan kerja penulisan KKU calon mengikut masa yang ditetapkan
3.3.6 Membimbing calon dari aspek yang berikut:
(i) Memilih tema
(ii) Mengenal pasti isu
(iii) Menetapkan tajuk dan skop KKU
(iv) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai
(v) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.3.7 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/
maklumat, dan menghasilkan penulisan KKU
3.3.8 Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKU
3.3.9 Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KKU
TERHAD
5 TERHAD
3.3.10 Memastikan calon menghantar KKU pada masa yang ditetapkan. Muka hadapan
penulisan KKU hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan
oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.3.11 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar KKU pada tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
KKU dan tidak mengambil kertas 931/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan
mata pelajaran Usuluddin STPM
3.3.12 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan KKU
3.3.13 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.14 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan KKU
3.3.15 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan KKU
3.3.16 Menghantar surat iringan, KKU, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar
sekolah ke sekolah calon yang baharu
3.3.17 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir KKU calon
3.3.18 Mengadakan sesi pembentangan dan sesi soal jawab KKU selama 10 hingga 15
minit
3.3.19 Memeriksa/menilai/menaksir KKU bagi setiap calon dan mengisi serta
memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
3.3.20 Mengisi Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
(Lampiran 5) dan mendapatkan pengesahan daripada pengetua
3.3.21 Memasukkan markah KKU calon dengan menggunakan aplikasi e-submission
yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan
menghantar markah KKU calon akan menyebabkan calon dianggap tidak
melaksanakan KKU dan tidak mengambil kertas 931/4
3.3.22 Memastikan KKU, BPC, BMKKC, dan BRuMKK bagi setiap calon disimpan di
tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari
tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan
3.3.23 Memastikan BRuMKK dihantar ke MPM (u.p SUB Bahagian Pengendalian dan
Peperiksaan STPM dan MUET) dalam tempoh seminggu selepas kemasukan
markah ke dalam sistem e-submission. Kegagalan menghantar maklumat tersebut
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKU dan dianggap tidak
mengambil kertas 931/4
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)
3.4.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh
MPM untuk guru sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk
pemeriksa calon sekolah swasta dan calon persendirian individu
3.4.2 Memastikan setiap calon melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan
seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
Usuluddin
3.4.3 Menyemak dan menilai penulisan KKU yang dihasilkan oleh calon
TERHAD
6 TERHAD
3.4.4 Menghantar markah penulisan KKU calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
3.4.5 Menyimpan evidens penulisan KKU calon di JPN yang ditetapkan dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan
3.4.6 Melupuskan evidens penulisan KKU calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan
3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)
3.5.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh
MPM untuk guru sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk
pemeriksa calon sekolah swasta dan calon persendirian individu
3.5.2 Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan
KKU dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir
penyerahan tugasan
3.5.3 Memastikan setiap calon melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan
seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
Usuluddin
3.5.4 Menyemak penulisan KKU yang dihasilkan oleh calon
3.5.5 Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani
oleh calon dan Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 4)
3.5.6 Menghantar markah penulisan KKU calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
3.5.7 Menyimpan evidens penulisan KKU calon di JPN yang ditetapkan dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan
3.5.8 Melupuskan evidens penulisan KKU calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan
3.6 Tanggungjawab Calon
3.6.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKU
3.6.2 Melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin
3.6.3 Melaksanakan tugas berikut:
(i) Memilih tema
(ii) Mengenal pasti isu
(iii) Menetapkan tajuk dan skop KKU
(iv) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai
(v) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.6.4 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan
KKU
3.6.5 Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan KKU
3.6.6 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon
(BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru mata
pelajaran Usuluddin pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
3.6.7 Mengelak diri daripada melakukan plagiat atau meminta orang lain menulis
penulisan KKU
TERHAD
7 TERHAD
3.6.8 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM
(Lampiran 1) pada muka hadapan KKU
3.6.9 Menghantar hasil KKU kepada guru Usuluddin pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar KKU pada tarikh
yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap
tidak melaksanakan KKU dan tidak mengambil kertas 931/4, seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Usuluddin STPM
3.6.10 Mengakui KKU yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan
menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
3.6.11 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon
(BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru
Usuluddin pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi
membincangkan proses penghasilan KKU
3.6.12 Membentangkan hasil KKU pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan
tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin
4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian KKU bagi semua calonnya
berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan KKU adalah seperti berikut:
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
30 Mei 2017 Muat turun
Manual kerja
kursus
 Melayari portal MPM  Melayari portal MPM
19 Jun
hingga
22 September
2017
Pengajaran dan
pembelajaran,
pelaksanaan,
pemeriksaan, dan
pembentangan
kerja kursus
 Menyampaikan taklimat
tugasan kepada calon
 Memaklumkan tarikh akhir
penyerahan KKU
mengikut arahan MPM
 Membimbing calon
mengenal pasti tema dan
memilih isu, tajuk, dan
skop KKU
 Menjelaskan calon tentang
elemen kemahiran insaniah
(soft skills) yang dinilai
 Membimbing calon
melaksanakan tugasan
 Menilai elemen kemahiran
insaniah (soft skills)
 Menerima soalan tugasan
dan pemakluman tarikh
akhir penyerahan tugasan
 Memahami skop tugasan
 Membincangkan tema, isu,
tajuk, dan skop KKU yang
telah dikenal pasti, dipilih,
dan ditetapkan bersama-
sama dengan guru
 Merancang jadual kerja
 Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, temu bual,
dan kaji selidik daripada
pelbagai sumber
TERHAD
8 TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
 Menjelaskan item-item
yang dinilai dalam
penulisan KKU
 Membimbing calon
memproses dan
menganalisis data
 Membimbing calon untuk
menulis mengikut format
yang ditetapkan
 Memantau kemajuan hasil
penulisan calon secara
berterusan dengan
merekodkan dan
menandatangani Borang
Rekod Kerja Kursus Calon
(BRKKC) (Lampiran 3)
 Menyusun dapatan (data
dan maklumat)
 Memproses data dan
maklumat – mentafsir,
menganalisis, dan
membuat hubung kait
antara dapatan yang
diperoleh
 Mempersembahkan data
dan maklumat dalam
bentuk jadual, graf, carta,
dan lain-lain yang
bersesuaian
 Membincangkan dapatan
kajian dan menghubung-
kaitkannya dengan teori
yang bersesuaian
 Membimbing calon
membuat penambahbaikan
 Menerima KKU daripada
calon
 Menilai pembentangan
KKU mengikut skema
yang ditetapkan oleh MPM
 Menghasilkan penulisan
yang lengkap mengikut
format yang ditetapkan
 Menyemak dan membuat
penambahbaikan terhadap
kualiti penulisan KKU
 Menyerahkan KKU
mengikut tarikh yang
ditetapkan kepada guru
 Membentang KKU pada
tarikh dan masa yang
ditetapkan
23 September
hingga
23 Oktober
2017
Pengisian dan
penghantaran
markah melalui
e-submission
 Membuat semakan dan
penyelarasan semula
markah bagi setiap calon
 Menghantar markah KKU
calon kepada MPM
dengan menggunakan
perisian e-submission
 Tidak berkenaan
15 Okt 2018 Penyimpanan evidens
* Jadual ini terpakai juga untuk guru sekolah swasta.
TERHAD
9 TERHAD
5.0 Format Penulisan
5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) bagi mencari maklumat tambahan.
5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menyediakan KKU mengikut
format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
: Traditional Arabic (font 16)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan
5.3 Panjang penulisan hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak
termasuk kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan,
dan lampiran
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan
5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi objektif
kajian, permasalahan kajian, kaedah kajian, dan penemuan utama kajian yang
ditulis dalam satu perenggan
5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks kerja kursus hendaklah menggunakan sama ada
sistem nota kaki atau sistem pengarang-tarikh
5.7 Susunan penulisan KKU adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan digalakkan menggunakan kertas berwarna oren (seperti format yang
ditetapkan) (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Kerja Kursus Usuluddin.
5.8 KKU yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan
seperti perkara 5.7 di atas.
6.0 Struktur Penulisan
6.1 Kandungan
6.2 Abstrak
6.3 Penghargaan
6.4 Pengenalan – latar belakang dan pernyataan masalah kajian
6.5 Objektif kajian – pernyataan objektif kajian
6.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan
menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal
selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya
6.7 Perbincangan dan hasil kajian – huraian untuk mendapatkan hasil kajian dengan
menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam
bidang Usuluddin
6.8 Rumusan
6.9 Cadangan
TERHAD
10 TERHAD
6.10 Senarai rujukan – penulisan senarai rujukan menggunakan Gaya Dewan dan rujukan buku
perlu ada dalam senarai rujukan
6.11 Lampiran (jika ada)
7.0 Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Usuluddin
7.1 MPM mengemukakan dua tema.
7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop
tugasan daripada tema yang telah dipilih.
7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada
kampung/bandar/ daerah/negeri sekolah calon sahaja.
Gambar rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Usuluddin
Tema 1 Tema 2
Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan
Calon pilih tema
Calon mengenal pasti isu.
(Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri
sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan)
Calon menentukan skop tugasan.
(Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada Kerja Kursus yang akan
dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami
sempadan Kerja Kursus berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau
limitasi dalam penghasilan Kerja Kursus mereka, seperti sampel kajian,
tempoh kajian, limitasi tempat, skop, metodologi kajian, dan sebagainya.)
Calon menentukan tajuk.
(Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti)
TERHAD
11 TERHAD
Calon menentukan objektif kajian:
(Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara-perkara yang
diharap akan dapat dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas,
rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu
dicapai dan relevan dengan masalah yang dikaji. Calon boleh menyatakan
objektif kajiannya secara khusus atau membahagikan objektif kajian tersebut
kepada dua, iaitu objektif umum dan objektif khusus)
Objektif umum
(Bersifat lebih menyeluruh, iaitu merangkumi semua objektif khusus yang
dinyatakan dalam satu atau dua ayat. Dengan kata lain, objektif umum
merupakan ringkasan atau gabungan kepada objektif khusus.
Objektif khusus
(Bersifat lebih jelas, spesifik, dan biasanya terdapat lebih daripada satu objektif.
Fungsi objektif khusus adalah untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan
dalam pernyataan masalah. Objektif khusus memandu calon untuk
mendapatkan keputusan atau penemuan kajian. Contoh, jika terdapat dua
objektif khusus, maka kajian sekurang-kurangnya mendapatkan dua penemuan
bagi memenuhi objektif khusus.
Calon menentukan kaedah kajian:
Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan
maklumat, antaranya adalah seperti berikut:
1. Kajian kepustakaan/Dokumentasi
Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku
rujukan di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Di
samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet melalui komputer.
2. Soal Selidik
Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan
lebih tepat dan betul. Melalui kaedah ini, borang soal selidik digunakan
bagi memenuhi kehendak kajian yang dilakukan. Calon boleh mereka
bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk dan objektif kajian
yang dilakukan. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada
respondan di kawasan kajian. Maklumat yang calon inginkan boleh
diperoleh daripada borang soal selidik ini.
3. Temu bual
Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal.
Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai
jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat.
Temu bual ini menyentuh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja
kursus. Temu bual secara tidak formal pula boleh melibatkan temu bual
dengan orang persendirian.
4. Pemerhatian
Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah
ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan
orang atau kawasan yang dikaji.
TERHAD
12 TERHAD
8.0 Penskoran
Bil Aspek Pemarkahan
Penulisan
1 Abstrak
2 Pengenalan
3 Objektif Kajian
4 Kaedah Kajian
5 Perbincangan dan Dapatan Kajian
6 Rumusan
7 Cadangan
8 Senarai Rujukan
9 Kemahiran Manipulatif
10 Kemahiran Insaniah
Pembentangan
1 Pembentangan Kerja Kursus
2 Soal Jawab
3 Kreativiti
4 Keterampilan
Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian.
Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian
dalam bentuk esei bertulis dengan disertakan jadual/carta/graf bagi menyokong
dapatan.
Calon menghasilkan rumusan kerja kursus.
Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan
dapatan kajian. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana hasil
kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Selain itu,
calon juga boleh mengemukakan cadangan untuk mengatasi perkara-perkara
yang menjadi halangan, persoalan, dan kelemahan yang ditemui dalam dapatan
kajian. Calon juga boleh menyatakan kepentingan (signifikan) hasil kajian yang
telah dijalankan.
TERHAD
13 TERHAD
12.0 Tanggungjawab Calon
12.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKU
12.2 Melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin
12.3 Melaksanakan tugas berikut:
(i) Memilih tema
(ii) Mengenal pasti isu
(iii) Menetapkan tajuk dan skop KKU
(iv) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai
(v) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
12.4 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKU
12.5 Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/
pengumpulan maklumat dan pembentangan KKU
12.6 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)
(Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru mata pelajaran Usuluddin
pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
12.7 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan KKU
12.8 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM
(Lampiran 1) pada muka hadapan KKU
12.9 Menghantar hasil KKU kepada guru Usuluddin pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar KKU pada tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak
melaksanakan KKU dan tidak mengambil kertas 931/4, seterusnya akan gagal dalam
keseluruhan mata pelajaran Usuluddin STPM
12.10 Mengakui KKU yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani
Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
12.11 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)
(Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Usuluddin pada setiap
kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan
KKU
12.12 Membentangkan hasil KKU pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat
yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
BAHAGIAN II : CALON
TERHAD
14 TERHAD
13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Kursus) Usuluddin
Tarikh Perkara Tindakan Calon
30 Mei 2017 Muat turun Manual Kerja
Kursus
 Melayari portal MPM
19 Jun
hingga
22 September
2017
Pengajaran dan
pembelajaran,
pelaksanaan,
pemeriksaan, dan
pembentangan kerja
kursus
 Menerima soalan tugasan dan pemakluman
tarikh akhir penyerahan tugasan
 Memahami skop tugasan
 Membincangkan tema, isu, tajuk, dan skop
KKU yang telah dikenal pasti, dipilih, dan
ditetapkan bersama-sama dengan guru
 Merancang jadual kerja
 Mengumpul data dan maklumat melalui
pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik
daripada pelbagai sumber
 Menyusun dapatan (data dan maklumat)
 Memproses data dan maklumat –
mentafsir, menganalisis, dan membuat
hubung kait antara dapatan yang diperoleh
 Mempersembahkan data dan maklumat
dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lain-
lain yang bersesuaian
 Membincangkan dapatan kajian dan
menghubung-kaitkannya dengan teori yang
bersesuaian
 Menghasilkan penulisan yang lengkap
mengikut format yang ditetapkan
 Menyemak dan membuat penambahbaikan
terhadap kualiti penulisan KKU
 Menyerahkan KKU mengikut tarikh yang
ditetapkan kepada guru
 Membentang KKU pada tarikh dan masa
yang ditetapkan
14.0 Format Penulisan
14.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) bagi mencari maklumat tambahan.
14.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menyediakan KKU mengikut
format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
: Traditional Arabic (font 16)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan.
TERHAD
15 TERHAD
14.3 Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk
kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran.
14.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.
14.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi objektif
kajian, permasalahan kajian, kaedah kajian, dan penemuan utama kajian yang
ditulis dalam satu perenggan.
14.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks kerja kursus hendaklah menggunakan sama ada
sistem nota kaki atau sistem pengarang-tarikh.
14.7 Susunan penulisan KKU adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan digalakkan menggunakan kertas berwarna oren (seperti format yang
ditetapkan) (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Kerja Kursus Usuluddin.
14.8 KKU yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan
seperti perkara 14.7 di atas.
15.0 Struktur Penulisan
15.1 Kandungan
15.2 Abstrak
15.3 Penghargaan
15.4 Pengenalan – latar belakang dan pernyataan masalah kajian
15.5 Objektif kajian – pernyataan objektif kajian
15.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan
menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal
selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya
15.7 Perbincangan dan hasil kajian – huraian untuk mendapatkan hasil kajian dengan
menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam
bidang Usuluddin.
15.8 Rumusan
15.9 Cadangan
15.10 Senarai rujukan – penulisan senarai rujukan menggunakan Gaya Dewan dan rujukan
buku perlu ada dalam senarai rujukan
15.11 Lampiran (jika ada)
TERHAD
16 TERHAD
TERHAD
17 TERHAD
Pilih satu daripada tema di bawah ini, dan sediakan Kerja Kursus yang panjangnya antara 2000
hingga 2500 patah perkataan.
Tema 1
Mukjizat
Tema 2
Tafsir
[60]
STPM 2017 – 931/4/P3
TERHAD
18 TERHAD
Lampiran 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 3 TAHUN 2017
MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN
TAJUK:
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA GURU/
PEMERIKSA
TANDATANGAN
GURU/PEMERIKSA
TARIKH
TERHAD
19 TERHAD
Lampiran 2
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 3 TAHUN 2017
MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa Kerja Kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan Kerja Kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk Kerja Kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja Kursus
Calon
Makluman kepada calon:
Kerja Kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja Kursus calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru Kerja Kursus calon lain atau membenarkan calon lain
untuk meniru Kerja Kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa
cara sekalipun bagi menghasilkan Kerja Kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan Kerja
Kursus............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan
bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ...................... di sekolah (untuk
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau
pemeriksa Kerja Kursus mata pelajaran ........................................ (untuk calon persendirian
individu).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Penilai:
Saya mengesahkan bahawa Kerja Kursus............................................. telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa Kerja Kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, Kerja Kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
TERHAD
20 TERHAD
Lampiran 3
BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 3 TAHUN 2017
MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ No. Kad Pengenalan: ...............................
Tarikh
Aktiviti dalam Penghasilan
Kerja Kursus
(diisi oleh calon)
Ulasan Guru
Tandatangan
Guru
Tandatangan
Calon
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Mata Pelajaran: .........................................
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan Kerja Kursus bagi mata pelajaran Usuluddin Tahun 2017 mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: .............................................
Nama Guru: .......................................................
Tarikh: .......................................
Cap Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama Kerja Kursus.
TERHAD
21 TERHAD
Lampiran 4
BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 3 TAHUN 2017
MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .......................................
No. Kad Pengenalan: .................................................
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Kriteria Penilaian
Markah
Penuh
Markah
Guru/Pemeriksa
Markah
Penyelaras
A. Penulisan
1. Abstrak 4
2. Pengenalan 4
3. Objektif Kajian 4
4. Kaedah Kajian 4
5. Perbincangan dan Hasil Kajian 20
6. Rumusan 2
7. Cadangan 2
8. Senarai Rujukan 3
9. Kemahiran Manipulatif 2
10. Kemahiran Insaniah 4
B. Pembentangan dan Soal Jawab
1. Pembentangan Kerja Kursus 4
2. Soal Jawab 3
3. Kreativiti 2
4. Keterampilan 2
Jumlah Markah 60
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan
butiran di atas adalah benar.
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: .....................................
Nama: .................................................................. Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : .....................................
(bimbit) : .....................................
No. Telefon (sekolah) : ....................................
(bimbit) : ....................................
TERHAD
22 TERHAD
Lampiran 5
BRuMKK
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
PENGGAL : TAHUN: ____________
MATA PELAJARAN/KOD: USULUDDIN 4 (931/4)
NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT:
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN
(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
atas adalah benar.
Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :…………….........
Nama:………………………………………..... Nama:…………………………………………….
No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:…………………………….
Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………...
No. Telefon (sekolah):………………………...
(bimbit):…………………………
No. Telefon (sekolah):…………………………...
(bimbit):………………………….....
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan
Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin fieearra
 
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMGuru Sejarah PraU
 
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyataUsuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyatadawiey
 
Contoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahContoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahNur Paşa
 
Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breakingRohani Jusoh
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZGuru Sejarah PraU
 
Kenegaraan badan kehakiman
Kenegaraan badan kehakiman Kenegaraan badan kehakiman
Kenegaraan badan kehakiman muhammaducuk
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaannasywah79
 
P.am mahkamah khas dan peguam negara
P.am mahkamah khas dan peguam negaraP.am mahkamah khas dan peguam negara
P.am mahkamah khas dan peguam negarayanie najiha
 
Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahHafiz Zakaria
 
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaKomponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaAnisah Musa
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanNUR HUMAIRAH AMIRA
 
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJISejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJINurul Izzah
 

La actualidad más candente (20)

Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
 
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
 
Viva syariah STPM
Viva syariah STPMViva syariah STPM
Viva syariah STPM
 
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyataUsuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
 
Contoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahContoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM Syariah
 
Undang undang bertulis
Undang undang bertulisUndang undang bertulis
Undang undang bertulis
 
Masdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arabMasdar dalam bahasa arab
Masdar dalam bahasa arab
 
Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breaking
 
Ta’zir
Ta’zirTa’zir
Ta’zir
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
 
Kenegaraan badan kehakiman
Kenegaraan badan kehakiman Kenegaraan badan kehakiman
Kenegaraan badan kehakiman
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
P.am mahkamah khas dan peguam negara
P.am mahkamah khas dan peguam negaraP.am mahkamah khas dan peguam negara
P.am mahkamah khas dan peguam negara
 
Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & Nakirah
 
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaKomponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
 
Bahasa arab manual kk 9135 2017
Bahasa arab manual kk 9135 2017Bahasa arab manual kk 9135 2017
Bahasa arab manual kk 9135 2017
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
 
INSTITUSI KHALIFAH - STPM
INSTITUSI KHALIFAH - STPMINSTITUSI KHALIFAH - STPM
INSTITUSI KHALIFAH - STPM
 
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJISejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 

Similar a Usuluddin manual kk 931 2017

Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015    Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015 RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Venny Chang
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014sarinahashim
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografiManual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografiRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-editedSiti Hajar
 
Geo manual kerja kursus 942 4 2017
Geo manual kerja kursus  942 4 2017Geo manual kerja kursus  942 4 2017
Geo manual kerja kursus 942 4 2017RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 

Similar a Usuluddin manual kk 931 2017 (20)

Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
 
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
 
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
 
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015    Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
 
Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015
 
Pp manual kk (9464) 2017
Pp manual kk (9464) 2017Pp manual kk (9464) 2017
Pp manual kk (9464) 2017
 
Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019
 
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
 
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografiManual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
 
Geo manual kerja kursus 942 4 2017
Geo manual kerja kursus  942 4 2017Geo manual kerja kursus  942 4 2017
Geo manual kerja kursus 942 4 2017
 
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
 
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
 
9304 manual kks syariah 2018
9304 manual kks  syariah 2018 9304 manual kks  syariah 2018
9304 manual kks syariah 2018
 
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
 
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
 

Más de RAMLAH BINTI A. RANI

Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018 RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 

Más de RAMLAH BINTI A. RANI (20)

Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
 

Último

NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NurulAliah35
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxYUSYAILABINTIYUNUSMo
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxsitimahida2
 

Último (6)

NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 

Usuluddin manual kk 931 2017

  • 1. TERHAD 1 TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4) Penggal 3 Tahun 2017 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. __________________________________________________________________________________ Manual ini terdiri daripada 22 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2017 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
  • 2. TERHAD 2 TERHAD Kandungan Bil. Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif Penilaian 3 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 4 – 7 3.1 Arahan umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu 3.6 Tanggungjawab Calon 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 7 – 8 5.0 Format Penulisan 9 6.0 Struktur Penulisan 9 7.0 Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Usuluddin 10 – 12 8.0 Penskoran 12 BAHAGIAN II : CALON 12.0 Tanggungjawab Calon 13 13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 14 14.0 Format Penulisan 14 – 15 15.0 Struktur Penulisan 15 Soalan Kerja Kursus Usuluddin (931/4) 16 – 17 Lampiran 18– 22
  • 3. TERHAD 3 TERHAD 1.0 Pengenalan Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Usuluddin wajib melaksanakan Kerja Kursus Usuluddin sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi Kerja Kursus adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran Kerja Kursus diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. 2.0 Objektif Penilaian Kerja Kursus Usuluddin (KKU) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam; 2.1 Kemahiran kognitif 2.1.1 menguasai pengetahuan dan memperoleh kefahaman tentang bidang ilmu Usuluddin 2.1.2 membuat perbandingan dan penilaian antara pelbagai aliran pemikiran tentang isu-isu tertentu dalam bidang Usuluddin berteraskan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah 2.1.3 membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Usuluddin 2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan semasa dalam bidang Usuluddin 2.2 Kemahiran manipulatif 2.2.1 mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada daripada sumber primer atau sumber sekunder 2.2.2 memproses dan menganalisis data 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) 2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan 2.3.2 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan 2.3.3 berupaya menyelesaikan masalah 2.3.4 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif 2.3.5 berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik 2.3.6 berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel 2.3.7 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi BAHAGIAN I : GURU
  • 4. TERHAD 4 TERHAD 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 3.1 Arahan Umum 3.1.1 Kerja kursus Usuluddin wajib diambil oleh semua calon pada penggal ketiga pengajian tingkatan enam. 3.1.2 Calon dikehendaki memilih satu tajuk berdasarkan dua tema yang diberikan. 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah 3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing 3.2.3 Memastikan calon yang mengambil KKU telah dibimbing dan diselia oleh guru mata pelajaran Usuluddin 3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan KKU calon telah dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut borang markah yang disediakan 3.2.5 Memastikan guru menghantar markah penulisan KKU kepada MPM mengikut tarikh yang ditetapkan 3.2.6 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan KKU di sekolah 3.2.7 Memastikan guru menyimpan evidens penulisan KKU dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan 3.2.8 Memastikan evidens penulisan KKU dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan 3.3 Tanggungjawab Guru 3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKU 3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Usuluddin dari portal MPM dan membuat salinan untuk diedarkan kepada calon 3.3.3 Memastikan calon menghasilkan penulisan KKU secara individu 3.3.4 Memastikan setiap calon melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 3.3.5 Memantau kemajuan kerja penulisan KKU calon mengikut masa yang ditetapkan 3.3.6 Membimbing calon dari aspek yang berikut: (i) Memilih tema (ii) Mengenal pasti isu (iii) Menetapkan tajuk dan skop KKU (iv) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai (v) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.3.7 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/ maklumat, dan menghasilkan penulisan KKU 3.3.8 Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKU 3.3.9 Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KKU
  • 5. TERHAD 5 TERHAD 3.3.10 Memastikan calon menghantar KKU pada masa yang ditetapkan. Muka hadapan penulisan KKU hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.3.11 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar KKU pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKU dan tidak mengambil kertas 931/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Usuluddin STPM 3.3.12 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan KKU 3.3.13 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.14 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan KKU 3.3.15 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan KKU 3.3.16 Menghantar surat iringan, KKU, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.3.17 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir KKU calon 3.3.18 Mengadakan sesi pembentangan dan sesi soal jawab KKU selama 10 hingga 15 minit 3.3.19 Memeriksa/menilai/menaksir KKU bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 3.3.20 Mengisi Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) dan mendapatkan pengesahan daripada pengetua 3.3.21 Memasukkan markah KKU calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan menghantar markah KKU calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKU dan tidak mengambil kertas 931/4 3.3.22 Memastikan KKU, BPC, BMKKC, dan BRuMKK bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.3.23 Memastikan BRuMKK dihantar ke MPM (u.p SUB Bahagian Pengendalian dan Peperiksaan STPM dan MUET) dalam tempoh seminggu selepas kemasukan markah ke dalam sistem e-submission. Kegagalan menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKU dan dianggap tidak mengambil kertas 931/4 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) 3.4.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM untuk guru sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk pemeriksa calon sekolah swasta dan calon persendirian individu 3.4.2 Memastikan setiap calon melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 3.4.3 Menyemak dan menilai penulisan KKU yang dihasilkan oleh calon
  • 6. TERHAD 6 TERHAD 3.4.4 Menghantar markah penulisan KKU calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan 3.4.5 Menyimpan evidens penulisan KKU calon di JPN yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan 3.4.6 Melupuskan evidens penulisan KKU calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) 3.5.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM untuk guru sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan untuk pemeriksa calon sekolah swasta dan calon persendirian individu 3.5.2 Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KKU dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan 3.5.3 Memastikan setiap calon melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 3.5.4 Menyemak penulisan KKU yang dihasilkan oleh calon 3.5.5 Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 4) 3.5.6 Menghantar markah penulisan KKU calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan 3.5.7 Menyimpan evidens penulisan KKU calon di JPN yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan 3.5.8 Melupuskan evidens penulisan KKU calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.6 Tanggungjawab Calon 3.6.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKU 3.6.2 Melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 3.6.3 Melaksanakan tugas berikut: (i) Memilih tema (ii) Mengenal pasti isu (iii) Menetapkan tajuk dan skop KKU (iv) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai (v) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.6.4 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKU 3.6.5 Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan KKU 3.6.6 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru mata pelajaran Usuluddin pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah 3.6.7 Mengelak diri daripada melakukan plagiat atau meminta orang lain menulis penulisan KKU
  • 7. TERHAD 7 TERHAD 3.6.8 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan KKU 3.6.9 Menghantar hasil KKU kepada guru Usuluddin pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar KKU pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKU dan tidak mengambil kertas 931/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Usuluddin STPM 3.6.10 Mengakui KKU yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 3.6.11 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Usuluddin pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan KKU 3.6.12 Membentangkan hasil KKU pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian KKU bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan KKU adalah seperti berikut: Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon 30 Mei 2017 Muat turun Manual kerja kursus  Melayari portal MPM  Melayari portal MPM 19 Jun hingga 22 September 2017 Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, pemeriksaan, dan pembentangan kerja kursus  Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon  Memaklumkan tarikh akhir penyerahan KKU mengikut arahan MPM  Membimbing calon mengenal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop KKU  Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang dinilai  Membimbing calon melaksanakan tugasan  Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skills)  Menerima soalan tugasan dan pemakluman tarikh akhir penyerahan tugasan  Memahami skop tugasan  Membincangkan tema, isu, tajuk, dan skop KKU yang telah dikenal pasti, dipilih, dan ditetapkan bersama- sama dengan guru  Merancang jadual kerja  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber
  • 8. TERHAD 8 TERHAD Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon  Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan KKU  Membimbing calon memproses dan menganalisis data  Membimbing calon untuk menulis mengikut format yang ditetapkan  Memantau kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan dengan merekodkan dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)  Menyusun dapatan (data dan maklumat)  Memproses data dan maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian  Membincangkan dapatan kajian dan menghubung- kaitkannya dengan teori yang bersesuaian  Membimbing calon membuat penambahbaikan  Menerima KKU daripada calon  Menilai pembentangan KKU mengikut skema yang ditetapkan oleh MPM  Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan  Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan KKU  Menyerahkan KKU mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru  Membentang KKU pada tarikh dan masa yang ditetapkan 23 September hingga 23 Oktober 2017 Pengisian dan penghantaran markah melalui e-submission  Membuat semakan dan penyelarasan semula markah bagi setiap calon  Menghantar markah KKU calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission  Tidak berkenaan 15 Okt 2018 Penyimpanan evidens * Jadual ini terpakai juga untuk guru sekolah swasta.
  • 9. TERHAD 9 TERHAD 5.0 Format Penulisan 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan. 5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menyediakan KKU mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) : Traditional Arabic (font 16) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan 5.3 Panjang penulisan hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran 5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan 5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi objektif kajian, permasalahan kajian, kaedah kajian, dan penemuan utama kajian yang ditulis dalam satu perenggan 5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks kerja kursus hendaklah menggunakan sama ada sistem nota kaki atau sistem pengarang-tarikh 5.7 Susunan penulisan KKU adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan digalakkan menggunakan kertas berwarna oren (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Kerja Kursus Usuluddin. 5.8 KKU yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan seperti perkara 5.7 di atas. 6.0 Struktur Penulisan 6.1 Kandungan 6.2 Abstrak 6.3 Penghargaan 6.4 Pengenalan – latar belakang dan pernyataan masalah kajian 6.5 Objektif kajian – pernyataan objektif kajian 6.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya 6.7 Perbincangan dan hasil kajian – huraian untuk mendapatkan hasil kajian dengan menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam bidang Usuluddin 6.8 Rumusan 6.9 Cadangan
  • 10. TERHAD 10 TERHAD 6.10 Senarai rujukan – penulisan senarai rujukan menggunakan Gaya Dewan dan rujukan buku perlu ada dalam senarai rujukan 6.11 Lampiran (jika ada) 7.0 Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Usuluddin 7.1 MPM mengemukakan dua tema. 7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop tugasan daripada tema yang telah dipilih. 7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada kampung/bandar/ daerah/negeri sekolah calon sahaja. Gambar rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Usuluddin Tema 1 Tema 2 Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan Calon pilih tema Calon mengenal pasti isu. (Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan) Calon menentukan skop tugasan. (Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada Kerja Kursus yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan Kerja Kursus berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau limitasi dalam penghasilan Kerja Kursus mereka, seperti sampel kajian, tempoh kajian, limitasi tempat, skop, metodologi kajian, dan sebagainya.) Calon menentukan tajuk. (Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti)
  • 11. TERHAD 11 TERHAD Calon menentukan objektif kajian: (Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dapat dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai dan relevan dengan masalah yang dikaji. Calon boleh menyatakan objektif kajiannya secara khusus atau membahagikan objektif kajian tersebut kepada dua, iaitu objektif umum dan objektif khusus) Objektif umum (Bersifat lebih menyeluruh, iaitu merangkumi semua objektif khusus yang dinyatakan dalam satu atau dua ayat. Dengan kata lain, objektif umum merupakan ringkasan atau gabungan kepada objektif khusus. Objektif khusus (Bersifat lebih jelas, spesifik, dan biasanya terdapat lebih daripada satu objektif. Fungsi objektif khusus adalah untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan dalam pernyataan masalah. Objektif khusus memandu calon untuk mendapatkan keputusan atau penemuan kajian. Contoh, jika terdapat dua objektif khusus, maka kajian sekurang-kurangnya mendapatkan dua penemuan bagi memenuhi objektif khusus. Calon menentukan kaedah kajian: Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat, antaranya adalah seperti berikut: 1. Kajian kepustakaan/Dokumentasi Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet melalui komputer. 2. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Melalui kaedah ini, borang soal selidik digunakan bagi memenuhi kehendak kajian yang dilakukan. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk dan objektif kajian yang dilakukan. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada respondan di kawasan kajian. Maklumat yang calon inginkan boleh diperoleh daripada borang soal selidik ini. 3. Temu bual Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual secara tidak formal pula boleh melibatkan temu bual dengan orang persendirian. 4. Pemerhatian Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji.
  • 12. TERHAD 12 TERHAD 8.0 Penskoran Bil Aspek Pemarkahan Penulisan 1 Abstrak 2 Pengenalan 3 Objektif Kajian 4 Kaedah Kajian 5 Perbincangan dan Dapatan Kajian 6 Rumusan 7 Cadangan 8 Senarai Rujukan 9 Kemahiran Manipulatif 10 Kemahiran Insaniah Pembentangan 1 Pembentangan Kerja Kursus 2 Soal Jawab 3 Kreativiti 4 Keterampilan Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian. Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dalam bentuk esei bertulis dengan disertakan jadual/carta/graf bagi menyokong dapatan. Calon menghasilkan rumusan kerja kursus. Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan dapatan kajian. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana hasil kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Selain itu, calon juga boleh mengemukakan cadangan untuk mengatasi perkara-perkara yang menjadi halangan, persoalan, dan kelemahan yang ditemui dalam dapatan kajian. Calon juga boleh menyatakan kepentingan (signifikan) hasil kajian yang telah dijalankan.
  • 13. TERHAD 13 TERHAD 12.0 Tanggungjawab Calon 12.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKU 12.2 Melaksanakan KKU dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Usuluddin 12.3 Melaksanakan tugas berikut: (i) Memilih tema (ii) Mengenal pasti isu (iii) Menetapkan tajuk dan skop KKU (iv) Mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai (v) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 12.4 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKU 12.5 Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan KKU 12.6 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru mata pelajaran Usuluddin pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah 12.7 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan KKU 12.8 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan KKU 12.9 Menghantar hasil KKU kepada guru Usuluddin pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar KKU pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKU dan tidak mengambil kertas 931/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Usuluddin STPM 12.10 Mengakui KKU yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 12.11 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Usuluddin pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan KKU 12.12 Membentangkan hasil KKU pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah BAHAGIAN II : CALON
  • 14. TERHAD 14 TERHAD 13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Kursus) Usuluddin Tarikh Perkara Tindakan Calon 30 Mei 2017 Muat turun Manual Kerja Kursus  Melayari portal MPM 19 Jun hingga 22 September 2017 Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, pemeriksaan, dan pembentangan kerja kursus  Menerima soalan tugasan dan pemakluman tarikh akhir penyerahan tugasan  Memahami skop tugasan  Membincangkan tema, isu, tajuk, dan skop KKU yang telah dikenal pasti, dipilih, dan ditetapkan bersama-sama dengan guru  Merancang jadual kerja  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber  Menyusun dapatan (data dan maklumat)  Memproses data dan maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lain- lain yang bersesuaian  Membincangkan dapatan kajian dan menghubung-kaitkannya dengan teori yang bersesuaian  Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan  Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan KKU  Menyerahkan KKU mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru  Membentang KKU pada tarikh dan masa yang ditetapkan 14.0 Format Penulisan 14.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan. 14.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menyediakan KKU mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) : Traditional Arabic (font 16) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan.
  • 15. TERHAD 15 TERHAD 14.3 Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran. 14.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. 14.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi objektif kajian, permasalahan kajian, kaedah kajian, dan penemuan utama kajian yang ditulis dalam satu perenggan. 14.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks kerja kursus hendaklah menggunakan sama ada sistem nota kaki atau sistem pengarang-tarikh. 14.7 Susunan penulisan KKU adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan digalakkan menggunakan kertas berwarna oren (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Kerja Kursus Usuluddin. 14.8 KKU yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan seperti perkara 14.7 di atas. 15.0 Struktur Penulisan 15.1 Kandungan 15.2 Abstrak 15.3 Penghargaan 15.4 Pengenalan – latar belakang dan pernyataan masalah kajian 15.5 Objektif kajian – pernyataan objektif kajian 15.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya 15.7 Perbincangan dan hasil kajian – huraian untuk mendapatkan hasil kajian dengan menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam bidang Usuluddin. 15.8 Rumusan 15.9 Cadangan 15.10 Senarai rujukan – penulisan senarai rujukan menggunakan Gaya Dewan dan rujukan buku perlu ada dalam senarai rujukan 15.11 Lampiran (jika ada)
  • 17. TERHAD 17 TERHAD Pilih satu daripada tema di bawah ini, dan sediakan Kerja Kursus yang panjangnya antara 2000 hingga 2500 patah perkataan. Tema 1 Mukjizat Tema 2 Tafsir [60] STPM 2017 – 931/4/P3
  • 18. TERHAD 18 TERHAD Lampiran 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN TAJUK: NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/ PEMERIKSA TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA TARIKH
  • 19. TERHAD 19 TERHAD Lampiran 2 BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa Kerja Kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan Kerja Kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk Kerja Kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat Kerja Kursus Calon Makluman kepada calon: Kerja Kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja Kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru Kerja Kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru Kerja Kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan Kerja Kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan Kerja Kursus............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ...................... di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa Kerja Kursus mata pelajaran ........................................ (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai: Saya mengesahkan bahawa Kerja Kursus............................................. telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa Kerja Kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, Kerja Kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh
  • 20. TERHAD 20 TERHAD Lampiran 3 BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ No. Kad Pengenalan: ............................... Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Guru Tandatangan Calon (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: ......................................... Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan Kerja Kursus bagi mata pelajaran Usuluddin Tahun 2017 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ............................................. Nama Guru: ....................................................... Tarikh: ....................................... Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama Kerja Kursus.
  • 21. TERHAD 21 TERHAD Lampiran 4 BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: 931/4 - USULUDDIN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: ....................................... No. Kad Pengenalan: ................................................. (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras A. Penulisan 1. Abstrak 4 2. Pengenalan 4 3. Objektif Kajian 4 4. Kaedah Kajian 4 5. Perbincangan dan Hasil Kajian 20 6. Rumusan 2 7. Cadangan 2 8. Senarai Rujukan 3 9. Kemahiran Manipulatif 2 10. Kemahiran Insaniah 4 B. Pembentangan dan Soal Jawab 1. Pembentangan Kerja Kursus 4 2. Soal Jawab 3 3. Kreativiti 2 4. Keterampilan 2 Jumlah Markah 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : ..................................... No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : ....................................
  • 22. TERHAD 22 TERHAD Lampiran 5 BRuMKK MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL : TAHUN: ____________ MATA PELAJARAN/KOD: USULUDDIN 4 (931/4) NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT: (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :……………......... Nama:………………………………………..... Nama:……………………………………………. No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:……………………………. Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………... No. Telefon (sekolah):………………………... (bimbit):………………………… No. Telefon (sekolah):…………………………... (bimbit):…………………………..... Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.