SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 23
Descargar para leer sin conexión
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 26 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
TEKNIK MENGKATEGORIKAN SOALAN YANG DITANYA
FORMAT SOALAN / ITEM KUNCI SOALAN / ITEM MEMPERLUAS AYAT
Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak
FORMAT SOALAN / ITEM
Proses menulis karangan terbahagi kepada dua format iaitu {format umum / format khusus}.
KUNCI SOALAN / ITEM
Arahan soalan atau item merujuk kepada idea yang mesti ditulis berdasarkan peristiwa semasa
atau isi karangan yang {akan berlaku / sedang berlaku / telah berlaku / terkecuali}.
Terkecuali pula tidak merujuk mana-mana kata bantu {akan / sedang / telah} semasa murid
memperluas ayat atau merangkai ayat melalui {Teknik I. C. I.}.
MEMPERLUAS AYAT {I. C. I}
Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk isi yang dikembangkan kepada tiga bahagian ayat
yang lengkap. Tiga baris ayat ini dapat membentuk wacana dalam satu perenggan karangan yang
mengandungi {idea / contoh / impak}.
KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}
Info idea pendahuluan – contoh idea pendahuluan – impak idea pendahuluan
Idea 1 idea isi pertama – contoh kepada isi pertama – impak kepada isi pertama
Idea 2 idea isi kedua – contoh kepada isi kedua – impak kepada isi kedua
Idea 3 idea isi ketiga – contoh kepada isi ketiga – impak kepada isi ketiga
Idea 4 idea isi keempat – contoh kepada isi keempat – impak kepada isi keempat
Penutup idea penutup – contoh kepada idea penutup – impak kepada idea penutup
Masa lapang seseorang dapat diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, satu daripadanya ialah
membaca. Tuliskan faedah-faedah membaca.
TEKNIK {I.C.I.} {KATA TANYA) TALIAN MINDA (SOALAN) KERANGKA ISI {IDEA MURID}
IDEA Apakah? Apakah faedah membaca? menambah ilmu pengetahuan ...
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? buku, surat khabar, majalah ...
IMPAK Bagaimana? Bagaimanakah impaknya? pandai, bijak, lulus atau berjaya ...
Membaca dapat menambah pengetahuan. Buku, surat khabar dan majalah adalah antara bahan
bacaan yang mudah diperoleh. Justeru, murid yang menjadi ulat buku biasanya pandai, bijak dan
mudah lulus dalam peperiksaan.
* Talian Minda ( ) bahagian lajur IDEA, maklumat/idea diperoleh melalui kata tanya, lajur ( )
dengan kata kunci soalan. Bagi soalan di atas kata kuncinya ialah faedah membaca. Bagi maklumat
CONTOH dan IMPAK pula, maklumat/idea diperoleh melalui lajur ( ) dengan lajur ( ) sahaja.
TIP ATAU PANDUAN MENJANA IDEA BAGI MENULIS KARANGAN BAHAGIAN “B”
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 27 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
Makanan ringan sangat digemari oleh kanak-kanak. Makanan ringan juga mudah diperoleh di pasar
raya atau di kedai-kedai runcit. Tuliskan kesan buruk makanan ringan kepada kesihatan kita.
INFO: Definasi Makanan Ringan
IDEA Apakah? Apakah definasi makanan ...? makanan yang disukai oleh kanak-kanak
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? keropok, kerepik dan gula-gula
IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? mudah diperoleh di kedai-kedai runcit
Makanan ringan merupakan makanan yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Makanan ringan seperti keropok udang, kerepik
kentang dan gula-gula dijual dengan harga yang murah. Makanan ringan ini pula mudah didapati di kedai-kedai runcit.
IDEA 1: Pengaruh Makanan Ringan
IDEA Apakah? Apakah pengaruh makanan ...? melalui media cetak dan media elektronik
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? surat khabar, papan iklan dan televisyen
IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? iklan yang memperdaya kanak-kanak
Pengiklanan produk makanan ringan melalui media cetak dan media elektronik mesti dihapuskan. Iklan makanan ringan di
surat khabar dan di kaca televisyen akan mempengaruhi naluri kanak-kanak. Iklan yang disebarkan telah memperdaya kanak-
kanak dengan fakta yang mengelirukan.
IDEA 2: Keburukan Makanan Ringan
IDEA Apakah? Apakah keburukan makanan ...? mengandungi bahan kimia berbahaya
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? pewarna, perasa tiruan memudaratkan
IMPAK Bagaimana? Bagaimana impaknya? boleh merosakkan sistem saraf seseorang
Selain itu, makanan ringan juga mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Kandungan pewarna dan perasa tiruan yang
berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Bahan kimia ini juga boleh merosakkan sistem saraf seseorang.
IDEA 3: Jaminan Kualiti Makanan Ringan
IDEA Apakah? Apakah jaminan kualiti ...? kualiti kebersihannya tidak terjamin
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? mudah mengalami keracunan makanan
IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? diproses tanpa mengikut peraturan
Dari segi kesihatan, penyediaan makanan ringan tidak terjamin kebersihannya. Oleh sebab itu, ada sahaja kes-kes keracunan
makanan yang disebabkan oleh makanan ringan. Makanan ini diproses tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
IDEA 4: Pengaruh Makanan Ringan
IDEA Apakah? Apakah pengaruh makanan ...? cara pembungkusannya yang menarik
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? menawarkan hadiah yang digemari
IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? hadiah menjadikan makanan ringan laris
Pengaruh makanan ringan sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana cara pembungkusannya yang berwarna-warni
dan menarik. Tambahan pula, pembeliannya menawarkan hadiah berupa permainan yang digila-gilakan oleh kanak-kanak.
Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan makanan ringan laris di pasaran.
PENUTUP: Kesimpulan Tentang Makanan Ringan
IDEA Apakah? Apakah kesimpulan tentang ...? perlu menegah kanak-kanak memakannya
CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? mengganggu tumbesaran kanak-kanak
IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? menjelaskan keburukan makanan ringan
Kesimpulannya, kita perlu menegah kanak-kanak daripada memakan makanan ringan. Makanan ringan juga kurang baik
untuk tumbesaran awal kanak-kanak. Kesedaran ini perlu disuntik bagi menjelaskan keburukan memakan makanan ringan.
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 28 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
UNIT 1 KELUARGAKU SAYANG Rujukan Buku Teks: Tahun 4
KARANGAN JENIS CERITA (1) Bahagian 1: Keluarga Bahagia
Kamu dan keluarga kamu pergi ke sebuah pasar raya di ibu kota untuk membeli barangan keperluan
harian. Ceritakan suasana semasa kamu dan keluarga kamu membeli-belah di pasar raya ketika itu.
Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Info mengikut keluarga – ke sebuah pasar raya – sempena “Karnival Jualan Murah”
Idea 1 promosi menarik hati – iklan digantung dan ditampal – barangan disusun kemas
Idea 2 barangan dipamerkan – keselesaan para pelanggan – harus bijak membuat pilihan
Idea 3 keadaan agak bising – meninjau harga barangan – potongan harga, menjimatkan
Idea 4 berbaris, membuat bayaran – sibuk memilih barangan – layanan mesra jurujual
Penutup berasa amat gembira – hajat telah tercapai – ayah membelikan permainan “PS4”
SUASANA DI PASAR RAYA
Pada minggu lalu, saya mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Pasar
raya itu mengadakan jualan mega sempena “Karnival Jualan Murah”. Potongan harga barangan
daripada 10% hingga 70% diberi bagi barangan terpilih.
Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi menarik hati para
pelanggan. Pelbagai iklan digantung dan ditampalkan pada rak-rak tertentu. Barangan yang disusun
dengan sempurna dapat memudahkan para pembeli untuk mencari dan memilih barangan yang
dikehendaki.
Sebahagian barangan digantung dan sebahagiannya pula dipamerkan di dalam kotak atau rak
khas. Pelbagai cara dilakukan untuk keselesaan para pelanggan. Namun begitu, para pembeli juga
haruslah bijak untuk membuat penilaian.
Keadaan di pasar raya itu juga amat meriah sekali. Para pelanggan meninjau harga barangan
tersebut sebelum membelinya. Membeli barangan yang mempunyai potongan harga akan dapat
menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga.
Para pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat bayaran. Jurujual di pasar raya itu
pula sibuk melayan para pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka sentiasa
memberi layanan mesra kepada para pelanggan.
Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur untuk membuat
bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli permainan “PS4” yang saya idam-
idamkan. Ayah bersetuju membelikan permainan tersebut kerana diberi potongan harga sebanyak 30%
oleh pihak pasar raya tersebut.
1 mega - terlalu besar / hebat
2 kreatif - kebolehan mencipta idea
3 dipamerkan - ditunjukkan / diperagakan
4 meninjau - memerhatikan dari jarak jauh
5 mesra - berbaik-baik / erat / karib benar
6 dihajatkan - diniatkan / diperlukan / kehendak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 29 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
UNIT 2 KELUARGAKU BERWAWASAN Rujukan Buku Teks: Tahun 4
KARANGAN JENIS CERITA (2) Bahagian 1: Pendidikan untuk Masa Depan
Jam loceng kamu gagal berdering pada subuh itu. Justeru, kamu telah terlewat bangun pagi untuk ke
sekolah pada hari itu.
Tuliskan sebuah karangan tentang pengalaman kamu terlewat bangun untuk ke sekolah hari itu.
KERANGKA IDEA
Info sergahan, cubitan mengejutkan lenaku – pukul 07:05 pagi – kesiangan lagilah aku
Idea 1 lewat mengerjakan solat – menerpa ke kamar mandi – suntuk, mandi kerbaulah aku
Idea 2 menjengkau dua ketul karipap – memohon restu ibu – mencapai basikal di tiang garaj
Idea 3 mengayuh dengan pantas – berpeluh-peluh sampai di sekolah – lewat tiba di sekolah
Idea 4 ketuk pintu, tiba di kelas – cikgu izinkan masuk – menasihati, supaya tidak lewat lagi
Penutup syukur pembelajaran belum bermula – murid lewat masuk kelas – perhimpunan pagi
AKU KESIANGAN LAGI
Sergahan dan cubitan yang singgah di bahuku mengejutkan lenaku. Wajah ibu mencuka. Terkebil-kebil
aku dibuatnya. Alamak, jam mempamerkan pukul 07:05 pagi! Kesiangan kiranya aku. Musibah apakah
yang menafikan tugas penggera jam locengku? Bateri agaknya. Sempatkah aku ke sekolah?
Aku bingkas meraih tuala. Ibu mengomel keterkilanan kerana kelewatanku mengerjakan solat
subuh. Dalam kekalutan, aku menerpa ke kamar mandi. Oleh sebab kesuntukan, mandi kerbaulah
nampaknya aku pagi ini.
Selepas beruniform, aku menjengkau dua ketul karipap yang terhidang di meja makan. Ibu yang
sedari tadi asyik memperhatikanku, menggeleng-gelengkan kepala apabila aku merapatinya. Selepas
memperoleh restu ibu, aku menghambur keluar. Basikal yang tersandar di tiang garaj lantas kusambar.
Aku mengayuh dengan pantas. Kelajuan dayunganku rasa-rasanya seperti dayungan atlet
lumba basikal negara, Azizul Hasni Awang. Berpeluh-peluh juga aku semasa tiba di sekolah. Hari ini,
terekodlah lagi namaku dalam kes hadir lewat ke sekolah.
Aku meluru ke kelas. Selepas membaca doa pelembut, aku mengetuk pintu. Sebaik-baik sahaja
Cikgu Mazrul memberikan isyarat, aku menapak masuk. Setelah ucap salamku bersahut, aku terus
mohon maaf atas kelewatanku. Sambil mengangguk, beliau telah menasihatiku agar hadir ke sekolah
mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Aku bersyukur kerana proses pembelajaran dan pengajaran baru dimulakan. Aku dimaklumkan
bahawa semua murid masuk ke kelas agak lewat kerana banyak pengisian yang telah diperturunkan
semasa sesi perhimpunan pagi tadi.
1 musibah - bencana / celaka / malapetaka
2 mengomel - bersungut-sungut / meleter
3 menghambur - melompat / terjun / menerkam
4 atlet - orang yang bergiat dalam sukan
5 menapak - memijakkan kaki / melangkah
6 pengisian - memberikan maklumat tertentu
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 30 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
UNIT 5 SENTIASA BERHEMAT KITA SELAMAT Rujukan Buku Teks: Tahun 4
KARANGAN JENIS CERITA (3) Bahagian 2: Tragedi
Kamu dan rakan kamu berbasikal untuk pulang ke rumah setelah selesai menjalani latihan sukan pada
petang itu. Semasa dalam perjalanan, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Kamu dan kawan kamu
itu berteduh di sebuah rumah usang.
Tulislah pengalaman yang kamu alami ketika itu.
KERANGKA IDEA
Info perjalanan pulang, latihan sukan – berbasikal dengan kawan – awan sudah mendung
Idea 1 dalam perjalanan mulai gerimis – hujan bertambah lebat – berteduh di rumah usang
Idea 2 tempat tidak selamat – rumah usang yang hendak runtuh – guruh, petir bersilih ganti
Idea 3 Hasri, naik ke atas rumah – rumah usang runtuh – melompat keluar selamatkan diri
Idea 4 Hasri di bawah timbunan papan – sukar beri bantuan - meminta bantuan orang lain
Penutup sebuah kereta berhenti – seorang pemuda sudi menolong – Hasri alami kecederaan
TRAGEDI SEMASA HUJAN LEBAT
Saya dan Hasri dalam perjalanan pulang daripada latihan sukan. Berbasikal dalam jarak dua kilometer
sungguh menyeronokkan kami. Namun, awan mendung hampir menutupi keseluruhan angkasa petang
itu. Menyedari masa itu emas, kami terus mengayuh basikal meninggalkan perkarangan sekolah.
Semasa dalam perjalanan pulang, tiba-tiba gerimis membasahi bumi, lalu kami pun memecut
laju basikal kami. Hujan yang pada mulanya renyai-renyai, tiba-tiba menjadi sangat lebat sekali. Saya
menjerit meminta Hasri agar berteduh di sebuah rumah usang.
“Saya rasa tempat ini tidak selamat,” kata saya meluahkan rasa kebimbangan kepada Hasri.
Apa tidaknya, keadaan rumah yang sungguh usang ini bila-bila masa sahaja akan menyembah bumi.
Guruh dan petir pula bersilih ganti.
Saya memerhatikan keadaan rumah usang tersebut. Hasri yang dikenali dengan sikap berani,
memijak anak tangga untuk naik ke atas rumah tersebut. Belum sempat saya menegah, tiba-tiba
rumah usang itu menyembah bumi, lalu saya melompat keluar dari rumah itu bagi menyelamatkan diri.
“Hasri! Hasri!” jerit saya apabila menyedari kawan saya itu masih berada di bawah timbunan
rumah yang roboh itu. Saya tidak mampu mengangkat timbunan runtuhan rumah itu. Saya menuju ke
jalan raya untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang ramai yang lalu-lalang ketika itu.
Dalam hujan yang hampir teduh, sebuah kereta sudi berhenti apabila melihat lambaian saya.
Seorang lelaki keluar dari keretanya. Belum sempat kami membantu Hasri, Hasri seperti ayam berak
kapur keluar dari timbunan papan rumah itu dengan badan yang dipenuhi darah.
1 mendung - awan mengandungi hujan / redup
2 gerimis - hujan rintik-rintik
3 usang - sudah lama benar
4 menegah - tidak membenarkan / melarang
5 roboh - jatuh kerana rosak / runtuh
6 teduh - sudah beransur kurang / reda
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 31 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
UNIT 7 PENGALAMAN INDAH Rujukan Buku Teks: Tahun 4
KARANGAN JENIS CERITA (4) Bahagian 3: Perjalanan dengan Kereta Api
Kamu sekeluarga hendak berhari raya di kampung, malangnya tiket bas telah habis dijual. Ayah kamu
mencadangkan agar kamu sekeluarga menaiki kereta api untuk balik kampung berhari raya. Ceritakan
pengalaman kamu menaiki kereta api tersebut.
Tuliskan sebuah karangan tentang pengalaman kamu itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Info bercuti balik kampung – tiket bas ekspres telah habis – terpaksa menaiki kereta api
Idea 1 di stesen kereta api KL Sentral – banyak penumpang menunggu – bercuti, hari raya
Idea 2 menaiki Kereta Api Laju Elektrik (ETS) – gerabak Koc D – selesa, layanan pramugari
Idea 3 berhenti di stesen tertentu – menurunkan, menaikkan penumpang – kemudahan kafe
Idea 4 tempat duduk dipenuhi penumpang – pelbagai aksi penumpang – panorama menarik
Penutup tujuh jam perjalanan – tiba di stesen kereta api Padang Besar – berasa amat seronok
PENGALAMAN MENAIKI KERETA API
Kami sekeluarga tidak dapat balik ke kampung dengan menaiki bas ekspres kerana kehabisan tiket.
Ayah mengesyorkan kami sekeluarga menaiki kereta api untuk pulang ke Arau, Perlis. Kami menurut
sahaja cadangan ayah, lagi pun ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki kereta api.
Setelah tempahan tiket dilakukan, kami ke stesen kereta api Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral)
dua hari sebelum hari raya disambut. Di stesen tersebut, kelihatan banyak orang telah membanjiri
tempat menunggu untuk pulang bercuti serta berhari raya ke destinasi masing-masing.
Mengikut catatan tiket tersebut, kami akan menaiki Kereta Api Laju Elektrik (ETS) Sinaran Pagi,
“Koc D” pada pukul 11:30 malam. Di dalam kabin juga di sediakan kemudahan pendingin hawa, tandas
dan bahan bacaan. Pramugari yang bertugas melayan para penumpang dengan layanan mesra.
Kereta api akan berhenti untuk menurun atau mengambil penumpang di stesen-stesen tertentu.
Di dalam kereta api juga terdapat kafe untuk para penumpang membeli makanan bagi mengalas perut.
Saya membeli dua bungkus kacang dan sebungkus gula-gula untuk kudapan sepanjang perjalanan.
Semua tempat duduk di dalam koc dipenuhi penumpang. Pelbagai aksi penumpang, ada yang
tidur, membaca, berborak dengan keluarga atau kenalan baharu. Mataku pula hampir terpejam tetapi
dapat bertahan kerana kehebatan panorama di kiri dan di kanan serta gelagat para penumpang.
Setelah hampir tujuh jam perjalanan, kami pun tiba di stesen kereta api Padang Besar, Perlis.
Begitulah serba sedikit tentang pengalaman saya menaiki kereta api. Saya berasa amat seronok sekali
dan berharap dapat menaiki kereta api di masa-masa akan datang.
1 ekspres - segera / cepat / pantas perjalanan
2 destinasi - tempat yang dituju ketika perjalanan
3 kabin - bilik, tempat tidur dalam kereta api
4 kafe - restoran kecil sajikan makanan
5 panorama - pemandangan luas terbentang
6 gelagat - tingkah lalu / gerak-geri / tanda
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 32 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
UNIT 2 INSTITUSI PELAJARAN Rujukan Buku Teks: Tahun 5
KARANGAN JENIS CERITA (5) Bahagian 3: Usaha Tidak Henti Kejayaan Menanti
Kamu seorang daripada athlet yang terpilih mewakili daerah dalam kejohanan olahraga. Ceritakan
pengalaman kamu semasa menghadapi kejohanan olahraga peringkat daerah itu.
Tuliskan cerita dan pengalaman kamu itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Info loceng mengejutkan lena – bangun, berjoging – memantapkan fizikal dan stamina
Idea 1 perlu berlatih lebih kerap – persiapan kejohanan olahraga – dorongan oleh ibu bapa
Idea 2 berlatih setiap petang – latihan teknik, cara berlari – ingin merealisasikan harapan
Idea 3 masa dinantikan tiba – bersemangat mengejar impian – mulakan larian dengan baik
Idea 4 tembakan dilepaskan – memulakan larian dengan baik – tiba di garisan penamat
Penutup merenung kad di genggaman – perasaan gembira – berjaya menjuarai pertandingan
IMPIAN MENJADI KENYATAAN
Bunyi jam loceng mengejutkan lena saya pada subuh itu. Saya segera bangun kerana ingin berjoging
di padang bola bersebelahan rumah saya. Saya perlu memantapkan fizikal dan stamina saya untuk
menghadapi temasya kejohanan sukan olahraga peringkat daerah.
Saya perlu berlatih dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi, untuk persiapan menjelangnya hari
kejohanan olahraga peringkat daerah yang semakin hampir. Di samping itu, ibu bapa saya senantiasa
memberi dorongan, perangsang dan semangat kepada saya.
Pada setiap petang, Cikgu Faizal akan melatih saya teknik dan cara berlari yang betul. Saya
menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh tanpa berasa jemu. Tambahan pula, saya terlalu ingin
merealisasikan harapan ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan.
Dalam pada itu, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Saya sungguh bersemangat dan yakin
dengan persediaan mengejar impian yang telah saya lakukan. Namun demikian, saya perlu berhati-hati
supaya dapat memulakan larian dengan baik.
Acara dimulakan, sedas tembakan dilepaskan ke udara. Saya memulakan larian dengan penuh
semangat. Justeru, saya berjaya menamatkan larian 100 meter dengan baik. Saya menggenggam kad
yang diberi oleh hakim penamat.
Selepas itu, saya merenung kad putih di genggaman. Perasaan saya berbaur antara gembira
dan terharu. Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.
1 stamina - daya tahan / keupayaan seseorang
2 temasya - peristiwa yang kelihatan / tontonan
3 dorongan - hajat / kasad yang bersungguh-sungguh
4 teknik - kaedah mencipta sesuatu
5 impian - hasrat atau cita-cita
6 berbaur - bercampur / beraduk
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 33 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
UNIT 3 KEMASYARAKATAN Rujukan Buku Teks: Tahun 5
KARANGAN JENIS CERITA (6) Bahagian 2: Kerjasama Asas Kesejahteraan Hidup
Kamu dan kawan-kawan kamu terlibat bagi menjayakan aktiviti gotong-royong di tempat tinggal kamu.
Ceritakan pengalaman yang kamu telah lalui semasa menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Info menyertai aktiviti gotong-royong – sempena Hari Pekerja – diketuai, ketua kampung
Idea 1 berkumpul di balai raya – membawa peralatan – menjayakan aktiviti gotong-royong
Idea 2 diagihkan, kumpulan kecil – kawasan yang dibersihkan – guna alatan yang sesuai
Idea 3 kaum ibu sibuk memasak – menyediakan pelbagai juadah – bekerja, bersatu hati
Idea 4 pembersihan selesai – berkumpul semula di balai raya – terjalin suasana muhibah
Penutup aktiviti kemasyarakatan – penerapan nilai murni – memperkasa semangat kejiranan
KERJASAMA PUPUK SEMANGAT MUHIBAH
Hari ini, kami akan bergotong-royong. Aktiviti kemasyarakatan ini adalah bersempena cuti Hari Pekerja.
Ketua kampunglah yang menjadi penggerak utama aktiviti gotong-royong ini.
Tepat pada pukul lapan pagi, saya dan kawan-kawan saya sudah berkumpul di luar balai raya.
Kami membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes. Peralatan ini akan digunakan untuk menjayakan
aktiviti gotong-royong satu kampung.
Kami diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Antara kawasan yang akan dibersihkan
termasuklah taman permainan, surau dan balai raya. Pembentukan kumpulan kecil ini bertujuan untuk
memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan bersesuaian dengan peralatan yang disediakan.
Pada masa yang sama, kaum ibu dan kaum wanita sibuk menyediakan juadah jamuan ringan di
perkarangan balai raya. Pelbagai jenis makanan disediakan. Mereka bersatu hati memasak makanan
beramai-ramai untuk dihidangkan kepada para peserta gotong-royong.
Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah selesai. Para petugas telah berkumpul
semula di balai raya untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak letih tetapi semangat
kerjasama, kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara semua peserta yang terlibat bagi
menjayakan gotong-royong tersebut.
Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan yang mampu menjalin
ikatan silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni sejagat juga dapat
dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan dalam kalangan penduduk bertambah perkasa.
1 penggerak - galakan untuk mencapai sesuatu
2 pongkes - bakul rotan yang berbentuk leper
3 juadah - bekal / hidangan berupa makanan
4 muhibah - erat persahabatan / kemesraan
5 sejagat - nilai yang bersifat kemanusian
6 perkasa - unggul / hebat / kuat / terkenal
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 34 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 7 MENYAMBUNGKAN CERITA FORMAT UMUM
TEMA: MASYARAKAT Tajuk 7: Taman Permainan Tempat Pertemuan
“Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ...”
Mulakan karangan kamu dengan “Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...”
KERANGKA IDEA
Info taman permainan di tempat saya – bersih dan cantik – pengguna bertanggungjawab
Idea 1 selalu berkunjung ke taman permainan – lokasinya sesuai – sibuk pada hari minggu
Idea 2 pelbagai alat permainan – contoh alat permainan – ada kalanya, main bola sepak
Idea 3 peluang berkenalan – kawan berbilang kaum – menjalin perhubungan, perpaduan
Idea 4 senja, suasana beransur sepi – melangkah pulang ke rumah – pasti berkunjung lagi
Penutup tempat perjumpaan tidak rasmi – aktiviti sukan, riadah – menjana semangat kejiranan
Taman Permainan Tempat Pertemuan
Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini
bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap orang ramai yang menggunakan alat
permainan dengan bertanggungjawab dan berdisiplin.
Idea
Contoh
Impak
Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman permainan ini. Oleh sebab,
taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman ini menjadi
tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hari minggu.
Idea
Contoh
Impak
Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya ialah papan lungsur,
jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring, dan lain-lain lagi. Ada kalanya
saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang yang berhampiran.
Idea
Contoh
Impak
Semasa bermain di taman ini, saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru. Di
samping itu, rakan-rakan yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang bangsa.
Sehubungan dengan itu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra.
Idea
Contoh
Impak
Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan ini beransur sepi. Saya dan
rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jika ada kesempatan, kami akan
mengunjungi taman permainan ini lagi.
Idea
Contoh
Impak
Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi penduduk
setempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman permainan ini mampu sedikit
sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan.
Idea
Contoh
Impak
34
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 35 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 8 MENYAMBUNGKAN CERITA FORMAT UMUM
TEMA: KELUARGA Tajuk 8: Perasaan Berpindah ke Rumah Baharu
“Aku sukar hendak melelapkan mata pada malam itu. Perasaan ...”
Mulakan karangan kamu dengan. “Perasaan ...”
KERANGKA IDEA
Info perasaan suka dan sedih – berbaur di dalam hati – payah untuk menerima hakikat
Idea 1 memandang sekeliling bilik – hari terakhir tidur di sini – berpindah ke rumah lain
Idea 2 kawan-kawan menolong – memuatkan barangan ke lori – menaiki lori ke rumah baru
Idea 3 sampai di rumah baru – menyusun barang/perabot – cuba untuk menyesuaikan diri
Idea 4 rehat, makan tengah hari – membeli makanan di gerai – penat, makan dengan selera
Penutup tiga bulan telah berlalu – masih teringat rumah lama – terkenang akan kawan-kawan
Perasaan Berpindah ke Rumah Baharu
Pada malam itu, emosiku tidak menentu. Perasaan suka dan sedih berbaur di hatiku. Jiwaku
dibayangi oleh khayalan yang bukan-bukan, aku amat payah untuk menerima hakikat yang
sebenar.
Idea
Contoh
Impak
Aku memandang sekeliling bilikku. Hari ini merupakan kali terakhir aku tidur di bilik ini.
Selepas ini, aku akan berpindah ke rumah lain. Inilah hakikat yang amat sulit untuk kujadikan
sesuatu yang realiti.
Idea
Contoh
Impak
Awal-awal pagi lagi, Irwan, Farid, Hafizi, dan Safari datang untuk menolong. Aku dan
keluargaku serta kawan-kawanku bertungkus-lumus memuatkan peralatan rumah ke dalam
lori. Seterusnya, aku menaiki lori menuju ke rumah baharu.
Idea
Contoh
Impak
Sesampai sahaja di rumah baharu, aku dan ayah memunggah barangan dari dalam
lori. Di samping itu, keluargaku yang lain menyusun barangan dan perabot di tempat yang
sesuai. Hatiku mula bersedia untuk menerima fantasi semalam.
Idea
Contoh
Impak
Selepas bertungkus-lumus membersihkan rumah, kami pun makan tengah hari
bersama-sama. Ayah membeli makanan dari sebuah gerai yang berhampiran. Kami begitu
berselera menikmati hidangan pada tengah hari itu.
Idea
Contoh
Impak
Kini sudah tiga bulan aku dan keluarga tinggal di rumah baharu. Namun, hatiku masih
terkenang akan rumah lama. Hal ini demikian kerana aku masih teringat akan kawan-kawanku
yang baik budi.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
35
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 36 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 9 MENYAMBUNGKAN CERITA FORMAT UMUM
TEMA: SEKOLAH Tajuk 9: Doa Buat Cikgu Tersayang
Berita yang saya terima sungguh mengejutkan. Saya tidak percaya kata-kata kawan saya itu. Mungkin
ini hanya satu gurauan kawan-kawan kepada saya. Saya inginkan ...
Mulakan karangan kamu dengan. “Saya inginkan ...”
KERANGKA IDEA
Info inginkan kepastian berita – bertanya kepada guru besar – telah menemui guru besar
Idea 1 betul berita yang didengar – akan meninggalkan sekolah – sambung belajar di UPSI
Idea 2 berasa sedih – seorang guru yang berdedikasi – sanggup berkorban untuk muridnya
Idea 3 mengadakan jamuan perpisahan – semua rakan bersetuju – membahagikan tugasan
Idea 4 segalanya berjalan lancar – yang diraikan terkejut – slogan “Selamat Maju Jaya”
Penutup ucapan penghargaan – air mata bergenang – sukar untuk menerima kenyataan
Doa Buat Cikgu Tersayang
Saya inginkan kepastian tentang berita tersebut. Orang yang boleh saya tanyakan tentang
berita ini ialah guru besar saya. Saya terus berjumpa guru besar untuk mengesahkan berita
yang saya dengar sebentar tadi.
Idea
Contoh
Impak
“Benar, berita yang kamu dengar itu, Cikgu Azman akan meninggalkan sekolah ini.
Minggu ini merupakan minggu terakhir beliau berada di sekolah kita. Minggu hadapan, beliau
akan melaporkan diri di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,” kata guru besar.
Idea
Contoh
Impak
Saya begitu sedih menerima berita itu. Cikgu Azman ialah seorang guru yang rajin,
berdedikasi dan banyak berkorban untuk kami. Walaupun beliau sibuk dengan tugasan
sebagai Guru Cemerlang namun, sempat juga beliau mengadakan kelas bimbingan UPSR
pada waktu malam kepada kami.
Idea
Contoh
Impak
Selaku ketua kelas, saya mengusulkan untuk mengadakan jamuan perpisahan buat
Cikgu Azman. Semua rakan saya bersetuju dengan cadangan saya itu. Kami membahagi-
bahagikan tugasan untuk menjayakan jamuan tersebut.
Idea
Contoh
Impak
Pada hari yang ditetapkan, segalanya berjalan lancar. Alangkah terkejutnya Cikgu
Azman kerana kelas bertukar menjadi bilik jamuan. “Selamat Maju Jaya”, slogan ini dan
gambar Cikgu Azman menghiasi skrin komputer di bilik jamuan.
Idea
Contoh
Impak
Cikgu Azman menyampaikan ucapan penghargaannya. Air mata bergenang di kelopak
matanya tetapi lebi banyak berlinangan di pipi kami. Kami tidak sanggup berpisah dengan
beliau tetapi apakan daya kami, ini sudah ditakdirkan.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
36
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 37 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 10 MENGAKHIRI CERITA FORMAT UMUM
TEMA: MASYARAKAT Tajuk 10: Prihatin Menghulurkan Bantuan
“... Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya.”
Akhiri karangan kamu dengan “Itulah nasihat mereka kepada saya.”
KERANGKA IDEA
Info rehat di kantin bersama kawan – sibuk, murid berpusu-pusu – membeli makanan
Idea 1 sedang makan, nampak murid menangis – berhenti makan – menghampiri murid itu
Idea 2 sedia membantunya – nasi yang dibelinya terjatuh – tiada wang lagi untuk berbelanja
Idea 3 mempunyai wang lebih – membelikan nasi lemak lain – pujuk, berhenti menangis
Idea 4 memberi nasihat – berhati-hati semasa membeli makanan – ucap terima kasih
Penutup menolong orang – pesanan ibu bapa dan guru – itulah nasihat mereka kepada saya
Prihatin Menghulurkan Bantuan
Pada waktu rehat, saya bersama rakan-rakan saya pergi ke kantin untuk membeli makanan
dan minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk
membeli makanan.
Idea
Contoh
Impak
Ketika saya dan rakan-rakan saya sedang makan, saya ternampak seorang murid
lelaki menangis teresak-esak. Saya terus berhenti makan. Saya menghampiri murid tersebut
untuk mendapatkan kepastian.
Idea
Contoh
Impak
Saya menyatakan hasrat untuk membantunya. Murid tersebut memberitahu saya
bahawa nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, dia tidak mempunyai
wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu.
Idea
Contoh
Impak
Kebetulan saya mempunyai wang pada hari itu, saya meminta seorang rakan saya
membelikan sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Saya memujuknya supaya bersabar dan
berhenti menangis.
Idea
Contoh
Impak
Sebelum beredar dari tempat itu, saya sempat menasihati murid tersebut. Saya
mengingatkannya supaya berhati-hati semasa membeli makanan. Dia mengucapkan terima
kasih kepada saya atas pertolongan yang telah diberikan.
Idea
Contoh
Impak
Sebagai seorang murid yang lebih tua, saya berkewajipan menolongnya. Saya masih
ingat pesan ibu bapa dan guru-guru saya. Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam
kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
37
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 38 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 11 MENGAKHIRI CERITA FORMAT UMUM
TEMA: MASYARAKAT Tajuk 11: Sambutan 31 Ogos Penuh Gilang-gemilang
“... marilah kita sama-sama mengekalkan dan meningkatkan keamanan serta kemajuan di bumi
bertuah ini. Cintailah bumi berdaulat ini.”
Akhiri karangan kamu dengan “Cintailah bumi berdaulat ini.”
KERANGKA IDEA
Info 31 Ogos setiap tahun – rayakan Hari Kebangsaan – cuti umum, kakitangan kerajaan
Idea 1 perayaan disambut – lahirkan rasa kecintaan kepada negara – semangat patriotisme
Idea 2 pelbagai acara diadakan – perbarisan, perarakan raksasa – pasukan tentera, polis
Idea 3 perarakan kenderaan berhias – hiasan kreatif – mewakili badan-badan berkanun
Idea 4 malam, pertunjukan kebudayaan – gegaran artis terkenal – pertunjukan bunga api
Penutup sambutan Hari Kemerdekaan – amat perlu diraikan – semai rasa cinta akan negara
Sambutan 31 Ogos Penuh Gilang-gemilang
Pada 31 Ogos tiap-tiap tahun, rakyat Malaysia akan meraikan sambutan Hari Kebangsaan.
Sambutan Hari Kebangsaan ini akan diraikan oleh seluruh lapisan masyarakat di negara.
Kerajaan juga telah memberikan cuti umum kepada semua kakitangan kerajaan.
Idea
Contoh
Impak
Perayaan yang disambut bertujuan untuk melahirkan rasa kecintaan kepada negara.
Apabila semangat patriotisme ini sudah terbentuk dalam setiap rakyat Malaysia akan lahirlah
rakyat yang setia, bertoleransi dan sayang akan negara sendiri.
Idea
Contoh
Impak
Pelbagai acara diadakan pada hari tersebut. Acara dimulakan dengan perarakan
raksasa oleh pegawai kerajaan dan pegawai sektor swasta. Mereka terdiri daripada pasukan
tentera dan polis, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta serta pasukan pancaragam.
Perarakan berwarna-warni itu menjadi daya tarikan rakyat Malaysia dan pelancong asing.
Idea
Contoh
Impak
Tepuk sorak penghargaan bergema apabila kumpulan kenderaan berhias melalui
pentas utama. Kenderaan berhias ini pula biasanya mewakili badan-badan berkanun seperti
Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Hicom Sendirian Berhad dan lain-lain lagi.
Idea
Contoh
Impak
Pada sebelah malamnya pula, pertunjukan kebudayaan diadakan di Dataran Merdeka.
Puluhan artis mengegarkan sambutan tersebut melalui lagu-lagu patriotik yang didendangkan.
Pertunjukan bunga api merupakan acara puncak sambutan pada malam tersebut.
Idea
Contoh
Impak
Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun penting dan perlu diadakan.
Sebagai rakyat yang lahir dan dibesarkan di Malaysia, marilah kita sama-sama mengekalkan
dan meningkatkan keamanan serta kemajuan di bumi tercinta ini.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
38
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 39 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 12 FAKTA FORMAT UMUM
TEMA: SEKOLAH Tajuk 12: Faedah Bergiat Dalam Sukan
Setiap tahun semua sekolah dimestikan mengadakan temasya kejohanan sukan olahraga.
Terangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai aktiviti tersebut.
KERANGKA IDEA
Info pesta sukan tahunan – hari sukan diadakan – aktiviti kegemaran murid-murid
Idea 1 bersukan, badan sihat – mengeluarkan peluh – memperoleh ketenangan
Idea 2 menambah kenalan – penglibatan dalam sukan – memupuk perpaduan kaum
Idea 3 menaikkan nama sekolah – apabila menang pertandingan – usaha berterusan
Idea 4 memanfaatkan masa – tidak bebas bergaul – terhindar daripada gejala negatif
Penutup aktiviti yang berfaedah – mempelbagaikan aktiviti positif – merebut peluang
Faedah Bergiat Dalam Sukan
Saban tahun sekolah kita akan menganjurkan temasya sukan olahraga. Pesta sukan biasanya
diadakan pada hari Sabtu atau hari Ahad untuk memberi peluang ibu bapa hadir. Aktiviti
tersebut memang ditunggu-tunggu oleh setiap murid.
Idea
Contoh
Impak
Menerusi penyertaan dalam acara sukan, badan kita akan sihat. Hal ini demikian
kerana apabila kita berlari badan kita akan berpeluh. Kesannya kita akan memperoleh
ketenangan dan memudahkan kita untuk mengulang kaji pelajaran.
Idea
Contoh
Impak
Melalui aktiviti sukan, kita boleh menambahkan rakan atau kenalan. Sebagai contoh,
penglibatan oleh pelbagai kaum dalam acara sukan yang dipertandingkan. Aktiviti ini secara
tidak langsung dapat memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Idea
Contoh
Impak
Penyertaan dalam acara sukan dapat menaikkan nama baik sekolah. Hal ini demikian
apabila kita terpilih mewakili sekolah dan menjadi juara, nama sekolah kita akan harum.
Justeru, apabila kita sudah dewasa, kita berusaha untuk mengharumkan nama negara pula.
Idea
Contoh
Impak
Penyertaan dalam acara sukan bermakna kita dapat memanfaatkan masa lapang kita.
Jika tidak bersukan, mungkin kita akan bercampur gaul dengan budak-budak nakal yang
boleh menyebabkan kita menjadi kacang hantu. Bersukan juga dapat membentuk jiwa yang
tenang dan pergaulan yang mesra.
Idea
Contoh
Impak
Sesungguhnya sukan merupakan aktiviti yang berfaedah yang perlu disertai oleh
setiap murid. Dalam usaha menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, kita
janganlah sekadar menjadi ulat buku. Oleh itu, kita jangan lepaskan peluang untuk menyertai
aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
39
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 40 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 13 FAKTA FORMAT UMUM
TEMA: SEKOLAH Tajuk 13: Cara-cara Menghargai Jasa Guru
Pengorbanan guru terlalu besar. Sebagai anak murid yang baik, kita perlu membalas jasa yang guru
kita curahkan. Terangkan usaha-usaha untuk membalas jasa guru.
KERANGKA IDEA
Info masa dihabiskan di sekolah – dididik oleh guru – jasa guru patut dikenang
Idea 1 belajar bersungguh-sungguh – menyiapkan kerja sekolah – memperoleh kejayaan
Idea 2 penghargaan pada Hari Guru – memberi hadiah – sebagai tanda ingat kepada guru
Idea 3 menjadi insan berguna – senyum, memberi salam – guru berasa sangat gembira
Idea 4 jasa guru sepanjang hayat – melahirkan jurutera, doktor – hasil asuhan guru
Penutup pengorbanan para guru – sewajarnya diingati – berusaha sehingga berjaya
Cara-cara Menghargai Jasa Guru
Kira-kira lima jam tiga puluh minit, kita menghabiskan masa di sekolah. Dalam tempoh itu, kita
dijaga, diberi pendidikan, dibentuk menjadi manusia berguna oleh guru. Guru laksana ibu dan
ayah kita di sekolah, sudah sewajarnya jasa guru patut kita balas.
Idea
Contoh
Impak
Salah satu cara untuk membalas jasa guru ialah dengan belajar bersungguh-sungguh.
Sebagai contoh, latihan yang diberi oleh guru hendaklah disiapkan mengikut tempoh masa
yang ditetapkan. Guru kita akan berasa besar hati apabila anak muridnya berjaya kerana apa
yang diajarnya dimanfaatkan oleh anak didiknya.
Idea
Contoh
Impak
Pada Hari Guru pula, berilah hadiah kepada guru yang mengajar kita. Sebagai contoh
memberi pen, bunga, kad ataupun ucapan penghargaan. Perbuatan yang kita lakukan
membuatkan guru terasa dirinya dihargai dan terharu kerana apa yang dilakukan selama ini
rupa-rupanya menjadi ingatan kepada anak muridnya.
Idea
Contoh
Impak
Cara membalas jasa guru juga boleh ditunjukkan dengan menjadi manusia yang
berkeperibadian mulia. Apabila bertemu guru, lemparkanlah senyuman dan berilah salam.
Jika sikap berhemah ini kita amalkan, sudah tentu guru berasa gembira.
Idea
Contoh
Impak
Kita perlu mengenang jasa mereka sepanjang hayat kita. Kejayaan seorang pepimpin
mentadbir negara dan kejayaan seorang doktor melakukan pembedahan adalah hasil
kegigihan seorang guru menyuntik ilmunya. Kejayaan anak didiknya itulah yang memberi
semangat kepada seorang guru untuk terus mengasuh dan mendidik.
Idea
Contoh
Impak
Sesungguhnya pengorbanan guru diibaratkan sebagai lilin yang menerang orang lain
dengan membakar dirinya sendiri. Justeru, wajarlah kita menghargai jasa dan pergorbanan
para guru. Cikgu, jasamu segar dalam ingatanku.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
40
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 41 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 14 FAKTA FORMAT UMUM
TEMA: SEKOLAH Tajuk 14: Pusat Sumber Gedung Ilmu
Setiap sekolah di negara kita mempunyai pusat sumbernya sendiri. Tulis suatu karangan yang bertajuk
“Pusat Sumber Gedung Ilmu”.
KERANGKA IDEA
Info pusat sumber sekolah – sumber pelbagai ilmu – membantu proses pembelajaran
Idea 1 simpanan pelbagai rujukan – meminjam buku – selesa, mengulang kaji pelajaran
Idea 2 ada ruang perbincangan – bimbingan berkomunikasi – perkongsian pintar ilmu
Idea 3 perkhidmatan audio visual – dimanfaatkan dalam P&P – menarik minat murid-murid
Idea 4 tempat rujukan para guru – koleksi ABM disimpan – dapat mempelbagaikan P&P
Penutup sebuah gedung ilmu – ejen pencetus minda cemerlang – jadikan sahabat setia kita
Pusat Sumber Gedung Ilmu
Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Di pusat sumber terkumpul pelbagai jenis bahan
bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah. Peranan pusat sumber amat besar dalam
membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Idea
Contoh
Impak
Pelbagai maklumat boleh diperoleh di pusat sumber. Murid-murid juga boleh
meminjam buku-buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih
selesa di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita.
Idea
Contoh
Impak
Pusat sumber ada menyediakan ruang untuk sesi perbincangan. Semasa
perbincangan juga murid-murid dibimbing berkomunikasi secara lisan. Perbincangan adalah
satu daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan.
Idea
Contoh
Impak
Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat
bantu ini boleh dimanfaatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang
canggih dapat membantu dan menimbulkan menarik minat murid-murid untuk meneroka ilmu.
Idea
Contoh
Impak
Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat rujukan bagi
mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat bantu mengajar seperti carta, kad
imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber. Bahan-bahan bantu mengajar ini dapat
mempelbagai proses pengajaran dan pembelajaran.
Idea
Contoh
Impak
Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan khazanah ilmu yang
perlu didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang.
Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia kita.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
41
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 42 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 15 FAKTA FORMAT UMUM
TEMA: MASYARAKAT Tajuk 15: Faedah-faedah Berkebun
Masa lapang seseorang boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, satu daripadanya ialah
berkebun. Tuliskan faedah-faedah berkebun.
KERANGKA IDEA
Info aktiviti masa lapang – mengusahakan kebun – kebun sayur-sayuran, kebun bunga
Idea 1 mendatangkan banyak faedah – menyihatkan badan – berpeluh, menjamin kesihatan
Idea 2 terhindar daripada gejala sosial – melepak, berpeleseran – masa diurus dengan baik
Idea 3 menambah pengetahuan, pengalaman – kerja-kerja petanian – kaedah/cara moden
Idea 4 menambah ekonomi – hasil dijual/dipasarkan – menampung perbelanjaan seharian
Penutup mendatangkan banyak faedah – mengisi masa lapang – menyihatkan jasmani, rohani
Faedah-faedah Berkebun
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripada aktivitinya ialah berkebun.
Berkebun boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah berkebun sayur-
sayuran atau berkebun bunga.
Idea
Contoh
Impak
Berkebun boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Berkebun juga boleh
menyihatkan badan. Semasa menjalankan aktiviti berkebun, badan kita akan berpeluh dan ini
baik untuk kesihatan.
Idea
Contoh
Impak
Di samping itu, berkebun juga dapat menghindarkan kita daripada melakukan perkara
yang tidak berfaedah. Kita terhindar daripada aktiviti melepak, berpeleseran, dan aktiviti yang
kurang sihat. Masa senggang kita dapat diurus dengan aktiviti yang dapat memberi manfaat.
Idea
Contoh
Impak
Pengetahuan dan pengalaman kita akan bertambah dengan berkebun. Perkara ini
boleh diperoleh melalui kerja-kerja membuat batas, menabur baja, dan menanam anak benih.
Kita dapat mengetahui kaedah pertanian moden masa kini.
Idea
Contoh
Impak
Selain itu, berkebun juga boleh menambah ekonomi kita. Apabila tanaman kita
mengeluarkan hasil yang banyak, kita boleh menjualnya. Hasil jualan boleh digunakan untuk
menampung perbelanjaan harian atau disimpan sebahagiannya.
Idea
Contoh
Impak
Sebagai kesimpulannya, berkebun mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Oleh
itu, jadikanlah aktiviti berkebun sebagai salah daripada cara mengisi masa lapang. Berkebun
juga dapat menjana kesihatan jasmani dan rohani seseorang.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
42
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 43 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 16 FAKTA FORMAT UMUM
TEMA: SEKOLAH Tajuk 16: Jauh Perjalanan Luas Pandangan
Sekolah kamu sering mengadakan program lawatan sambil belajar. Nyatakan kebaikan yang dapat
diperoleh apabila seseorang murid menyertai program tersebut.
KERANGKA IDEA
Info aktiviti yang menyeronokkan – memperoleh pengetahuan – memperluas pengalaman
Idea 1 melawat ke Melaka – melihat kesan sejarah – mengetahui tentang sejarah tertentu
Idea 2 melawat Bandar Hilir, Melaka – melawat kota “A Farmosa” – kubu tentera Portugis
Idea 3 melawat Perigi Hang Tuah – legenda tersendiri – boleh mengubati aneka penyakit
Idea 4 seronok, merasa masakan luar – ikan bakar Umbai – melancung, menjamu selera
Penutup kebaikan mengikuti lawatan – menimbulkan kesedaran – daya tarikan pelancong
Jauh Perjalanan Luas Pandangan
Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati.
Semasa aktiviti lawatan ini, kita memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata
pepatah, banyak berjalan luas pengalaman.
Idea
Contoh
Impak
Jika kita berpeluang melawat ke negeri Melaka. Kita akan dapat melihat kesan-kesan
peninggalan sejarah oleh penjajah di kota tersebut. Pengalaman yang kita lalui boleh
membuka minda kita tentang sejarah tempat tersebut.
Idea
Contoh
Impak
Semasa berada di sekitar Bandar Hilir, Melaka, kita berpeluang untuk melawat kota “A
Farmosa”. Kota ini ialah kota yang dibina oleh tentera Portugis. Kota ini pernah dijadikan kubu
pertahanan tentera Portugis ketika itu.
Idea
Contoh
Impak
Aktiviti lawatan tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung melawat Perigi Hang Tuah.
Perigi ini mempunyai legendanya tersendiri. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk
tempatan, air perigi ini dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Idea
Contoh
Impak
Keseronokkan menyertai lawatan lebih dirasai apabila berpeluang menikmati
keenakan masakan di sesuatu tempat. Contohnya, menikmati keenakan ikan bakar di Umbai.
Para pelancong dari dalam dan luar negara juga turut menikmati keindahan malam di tepi
pantai Melaka sambil menjamu selera.
Idea
Contoh
Impak
Kesimpulannya, banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat diperoleh semasa
mengikuti program lawatan sambil belajar. Lawatan ke Melaka contohnya, dapat memberi
kesedaran bertapa pentingnya memulihara kesan-kesan peninggalan sejarah. Semua
peninggalan sejarah ini menjadi daya tarikan kepada pelancong.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
43
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 44 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 17 PERBINCANGAN FORMAT UMUM
TEMA: MASYARAKAT Tajuk 17: Bersukan Menyihatkan Badan
Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur,
tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang.
KERANGKA IDEA
Info kegiatan penting seharian – bersenam, badan sihat – badan lemah, berpenyakit
Idea 1 beraneka jenis sukan – olahraga, renang, bola sepak – anggota tubuh cergas, kuat
Idea 2 zaman saiber, pelbagai kemudahan – malas bersukan – mudarat, badan lemah
Idea 3 bersukan, sifat mulia – sifat sabar, kerjasama – harmoni, eratkan perpaduan kaum
Idea 4 terhindar, gejala sosial – mencuri, melepak, ketagih dadah – merosakkan diri remaja
Penutup bersukan sebagai aktiviti harian – memperoleh keharmonian hidup – sihat, cerdas
Bersukan Menyihatkan Badan
Bersukan merupakan salah satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang
sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan lemah dan
mudah dihinggapi penyakit.
Idea
Contoh
Impak
Bersukan ada beraneka jenis. Antara kegiatan sukan ialah olahraga, renang, bola
sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan menjadi
cergas dan kuat dengan bersukan.
Idea
Contoh
Impak
Pada zaman saiber yang semakin canggih ini, banyak kemudahan telah tersedia.
Kemudahan ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Sikap ini akan memudaratkan
diri kita. Badan kita akan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit.
Idea
Contoh
Impak
Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia seperti
sabar, bekerjasama, bertolak ansur, dan semangat toleransi. Malah, dengan bersukan dapat
mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita.
Idea
Contoh
Impak
Bersukan dapat membentuk sikap mulia seseorang insan. Bersukan juga dapat
menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala yang tidak diingini seperti mencuri,
melepak, dan menagih dadah. Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita
terutamanya muda-mudi.
Idea
Contoh
Impak
Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita.
Dengan bersukan, kita akan memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan yang
sihat lahirlah otak yang cerdas.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
44
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 45 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 18 PERBINCANGAN FORMAT UMUM
TEMA: SEKOLAH Tajuk 18: Cara-cara Untuk Meraih Kecemerlangan Akademik
Semua murid inginkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik. Bincangkan cara-cara
untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran.
kira lelaki mahupun perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang.
KERANGKA IDEA
Info impiankan kecemerlangan – pencapaian 5A dalam UPSR – usaha, kesungguhan
Idea 1 tekun ketika belajar – memberi perhatian, catat nota – mudah menguasai pelajaran
Idea 2 banyak ulang kaji – di rumah, baca nota pelajaran – bantu mendalamkan ingatan
Idea 3 mengikuti kelas bimbingan – anjuran sekolah,pusat tuisyen – menguasai pelajaran
Idea 4 banyak membuat latihan – diperoleh daripada buku, internet – pendedahan soalan
Penutup berusaha memperoleh kejayaan – usaha tangga kejayaan – ibu bapa, guru gembira
Cara-cara Untuk Meraih Kecemerlangan Akademik
Tiap-tiap orang murid mempunyai impian untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran.
Pencapaian 5A dalam UPSR merupakan neraca kecemerlangan seseorang murid.
Kecemerlangan bukan datang mengolek tetapi perlu usaha dan kesungguhan.
Idea
Contoh
Impak
Tekun ketika belajar adalah kunci untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Kita
mesti memberi perhatian semasa guru mengajar dan mencatat nota penting. Jika kita
memberi tumpuan, mudahlah kita memahami dan menguasai pelajaran tersebut.
Idea
Contoh
Impak
Selain itu, kita perlu banyak mengulang kaji pelajaran. Ketika berada di rumah, kita
perlu membaca nota pelajaran yang guru beri. Latih tubi yang kita lakukan akan membantu
mendalamkan ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran.
Idea
Contoh
Impak
Mengikuti kelas bimbingan merupakan satu cara untuk mengatasi kelemahan kita
dalam pelajaran. Kita boleh mengikuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah
atau yang disediakan oleh pusat tuisyen. Impaknya, pemahaman terhadap sesuatu topik yang
guru ajarkan mudah untuk dikuasai.
Idea
Contoh
Impak
Di samping itu, kita juga perlu lebih banyak membuat latihan bagi memperkasa
penguasaan terhadap sesuatu pelajaran. Latihan tersebut boleh kita peroleh daripada buku-
buku yang ada di pasaran atau melalui penerokaan di internet. Latihan sebegini akan
mendedahkan kita kepada item yang seakan-akan dengan soalan peperiksaan.
Idea
Contoh
Impak
Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Umpama kata pepatah “Usaha Tangga Kejayaan”. Ibu bapa dan guru-guru pasti akan berasa
gembira dengan kejayaan tersebut.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
45
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 46 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 19 PERBINCANGAN FORMAT UMUM
TEMA: MASYARAKAT Tajuk 19: Kebaikan dan Keburukan Permainan Video
Pusat permainan video yang banyak terdapat hari ini ada kebaikan dan keburukan kepada para
remaja. Nyatakan pendapat dan pandangan kamu tentang perkara tersebut.
perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang.
KERANGKA IDEA
Info permainan video, digemari remaja – baik buruknya – merehatkan minda, melekakan
Idea 1 bermain video, merugikan masa – leka dan mengasyikkan – banyak masa terbuang
Idea 2 mendorong ponteng sekolah – berpakaian biasa – penglibatan, sukar dikesan polis
Idea 3 banyak wang habis – sanggup menipu ibu bapa – wang digunakan, bermain video
Idea 4 pergaulan lebih bebas – melepak, merokok, berpeleseran – berlakunya gejala sosial
Penutup perminan video ada baik buruknya – pintar membuat keputusan – jangan keterlaluan
Kebaikan dan Keburukan Permainan Video
Permainan video sangat digemari oleh para remaja hari ini. Namun begitu, permainan ini ada
baik dan ada buruknya kepada perkembangan minda seseorang. Permainan ini dapat
merehatkan minda dan sekaligus boleh melekakan kita.
Idea
Contoh
Impak
Aktiviti bermain video yang keterlaluan akan merugikan masa. Hal ini demikian kerana
kegiatan ini menjadikan remaja itu terlalu asyik dan terlalu leka. Secara tidak langsung,
banyak masa yang dihabiskan untuk bermain video.
Idea
Contoh
Impak
Keasyikan ini akan mendorong para remaja untuk ponteng sekolah. Mereka
berpakaian biasa ketika mengunjungi tempat-tempat ini. Oleh sebab itu, perbuatan mereka
sukar dikesan oleh pihak poilis atau oleh pihak yang berwajib.
Idea
Contoh
Impak
Selain itu, banyak wang akan dihabiskan untuk tujuan tersebut. Malahan, ada remaja
yang sanggup menipu ibu bapa untuk mendapatkan wang belanja yang lebih. Namun
demikian, wang tersebut digunakan untuk bermain video.
Idea
Contoh
Impak
Di samping itu, kegiatan ini mendorong kepada pergaulan yang tidak terkawal dalam
kalangan remaja. Mereka lebih gemar melepak, merokok, dan berpeleseran. Akibatnya, gejala
sosial yang tidak sihat dan tidak bermoral ini sukar dibendung.
Idea
Contoh
Impak
Berdasarkan faktor-faktor di atas, jelas dan terbukti bahawa permainan video banyak
mendatangkan keburukan kepada para remaja. Remaja masa kini harus pintar dalam
membuat keputusan. Boleh bermain permainan video tetapi jangan keterlaluan.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
46
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 47 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 20 PERBINCANGAN FORMAT UMUM
TEMA: MASYARAKAT Tajuk 20: Kesan Buruk Makanan Ringan Kepada Kesihatan
Semua jenis makanan ringan dilarang dijual di semua kantin sekolah. Namun, kanak-kanak dapat
membelinya di kedai-kedai. Bincangkan kesan buruk makanan ringan kepada kesihatan.
KERANGKA IDEA
Info makanan yang disukai kanak-kanak – contoh makanan ringan – senang didapati
Idea 1 pengiklanan harus dikurangkan – pengaruh iklan – fakta yang diiklankan tidak tepat
Idea 2 mengandungi pewarna, perasa – kimia berbahaya – boleh merosakkan sistem saraf
Idea 3 kebersihan tidak terjamin – tidak mengikut peraturan – berlaku keracunan makanan
Idea 4 pengaruh, cara pembungkusan – tawaran hadiah permainan – jualan laris di pasaran
Penutup penegahan membeli makanan ringan – kesan negatif – perlu disedarkan keburukan
Kesan Buruk Makan Ringan Kepada Kesihatan
Makanan ringan merupakan makanan yang amat disukai oleh kanak-kanak. Makanan ringan
seperti keropok udang, kerepik kentang, gula-gula dijual dengan harga yang murah. Makanan
ringan ini pula mudah didapati di mana-mana sahaja.
Idea
Contoh
Impak
Pengiklanan produk makanan ringan di akhbar dan di televisyen seharusnya
dikurangkan. Iklan-iklan ini akan mempengaruhi kanak-kanak untuk membeli makanan ringan
tersebut. Hal ini demikian kerana iklan yang disebarkan telah memperdaya kanak-kanak
dengan fakta yang tidak tepat.
Idea
Contoh
Impak
Selain itu, makanan ringan juga mempunyai pewarna dan perasa tiruan yang
berlebihan. Bahan pewarna dan perasa tiruan ini pula mengandungi bahan kimia yang
berbahaya. Bahan kimia ini juga boleh merosakkan sistem saraf seseorang.
Idea
Contoh
Impak
Dari segi kesihatan, penyediaan makanan ringan tidak terjamin kebersihannya.
Makanan ini diproses tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan. Oleh sebab itu, ada sahaja
kes-kes keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan ringan.
Idea
Contoh
Impak
Pengaruh makanan ringan sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana cara
pembungkusannya yang menarik. Tambahan pula, pembeliannya menawarkan hadiah
permainan yang digila-gilakan oleh kanak-kanak. Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan
makanan ringan laris di pasaran.
Idea
Contoh
Impak
Kesimpulannya, kita perlu menegah kanak-kanak daripada memakan makanan ringan.
Makanan ringan juga kurang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Kesedaran ini perlu disuntik
bagi menjelaskan tentang keburukan memakan makan ringan.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
47
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 48 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”
PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1
DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN
LATIHAN 21 PERBINCANGAN FORMAT UMUM
TEMA: SEKOLAH Tajuk 21: Menelaah Pelajaran Kunci Kejayaan
Menelaah pelajaran menjamin kejayaan seseorang murid dalam bidang akademik. Bincangkan tentang
kebenaran pendapat di atas.
KERANGKA IDEA
Info definasi pembelajaran – perlu kesungguhan, ketekunan – mencatat nota, merujuk
Idea 1 menelaah, latih tubi berterusan – menyegarkan semula ilmu – mudah memahami
Idea 2 pencairan, keciciran ilmu – menalaah lebih kerap – racak hampir waktu peperiksaan
Idea 3 kayu ukur pemahaman – bertanya kepada guru – dapat memperkukuh pengetahuan
Idea 4 faktor emosi murid – ketenangan mempengaruhi minda – mudah ilmu bertapak
Penutup menelaah kunci kejayaan – sediakan jadual belajar – impian membuahkan hasil
Menelaah Pelajaran Kunci Kejayaan
Definasi pembelajaran bukan sekadar proses guru mengajar dan murid belajar sahaja. Murid-
murid perlulah ada kesungguhan dan ketekunan menelaah pelajaran mereka. Menelaah
pelajaran pula merangkumi mencacat nota dan membuat rujukan.
Idea
Contoh
Impak
Menelaah pelajaran perlukan latih tubi yang berterusan. Latih tubi ini pula akan
membangkitkan kesegaran semula sesuatu topik yang kita pelajari. Apabila berlaku
pembugaran ilmu, amat mudah untuk kita memahami apa-apa yang kita baca.
Idea
Contoh
Impak
Faktor masa juga antara penyebab berlakuknya pencairan dan keciciran ilmu. Bagi
mengatasi masalah pencairan dan keciciran ilmu, menelaah perlu dilakukan lebih kerap.
Semakin hampir hari peperikaan, semakin rancak proses menelaah diamalkan.
Idea
Contoh
Impak
Menelaah pelajaran juga menjadi kayu ukur penentu kefahaman kita terhadap sesuatu
topik pelajaran. Jika kita kurang faham, kita mesti bertanya kepada guru kita. Impaknya, kita
akan memperkukuh pengetahuan kita terhadap topik tersebut.
Idea
Contoh
Impak
Namun, faktor emosi perlu diambil kira ketika menelaah pelajaran. Ketenangan jiwa
dan persekitaran yang sesuai akan mempengaruhi minda kita. Minda yang tenang akan
memudahkan ilmu bertapak di ruang pemikiran kita.
Idea
Contoh
Impak
Kesimpulannya, kita dapat rumuskan bahawa menelaah adalah kunci kejayaan dalam
pelajaran. Oleh itu, moleklah kita menyediakan jadual belajar sendiri di rumah bagi menelaah
pelajaran mengikut keutamaan. Di samping itu, disiplin diri juga amat penting untuk
merealisasikan agar impian membuahkan hasil yang diidam-idamkan.
Idea
Contoh
Impak
LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
48

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Formula perkembangan-isi-karangan
Formula perkembangan-isi-karanganFormula perkembangan-isi-karangan
Formula perkembangan-isi-karanganNordin Isa
 
Karangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPMKarangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPMImtiyaz 99
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasangunavathy
 
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajarCara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajarcyberns_
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrEdward Ngu
 
Latih tubi bm 2 tahun 4
Latih tubi bm 2 tahun 4Latih tubi bm 2 tahun 4
Latih tubi bm 2 tahun 4Shika Nara
 
Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Norsuhaila Ila
 
Sd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryaniSd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryaniValentyasOlin
 
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYUMODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYUAzya Ree
 
rangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssrrangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 KssrPC Lim
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaAbu Uzair
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan bNur Dria
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Loh Yan
 
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTI
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTIPENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTI
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTIprimagraphology consulting
 

La actualidad más candente (20)

Raangka karangan spm
Raangka karangan spmRaangka karangan spm
Raangka karangan spm
 
Formula perkembangan-isi-karangan
Formula perkembangan-isi-karanganFormula perkembangan-isi-karangan
Formula perkembangan-isi-karangan
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Karangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPMKarangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPM
 
Tip kolej sas kertas 1
Tip kolej sas kertas 1Tip kolej sas kertas 1
Tip kolej sas kertas 1
 
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskiniRangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan
 
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajarCara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
 
Cara ucapan dibuat
Cara ucapan dibuatCara ucapan dibuat
Cara ucapan dibuat
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
 
Teknik menjawab 2017
Teknik menjawab  2017Teknik menjawab  2017
Teknik menjawab 2017
 
Latih tubi bm 2 tahun 4
Latih tubi bm 2 tahun 4Latih tubi bm 2 tahun 4
Latih tubi bm 2 tahun 4
 
Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)
 
Sd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryaniSd4pkn p kn sri nuryani
Sd4pkn p kn sri nuryani
 
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYUMODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
MODUL LATIHAN TATABAHASA SPM BAHASA MELAYU
 
rangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssrrangka-karangan Thn 5 Kssr
rangka-karangan Thn 5 Kssr
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdeka
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1
 
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTI
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTIPENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTI
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN UNTUK SD & MI KELAS 4 -- SRI NURYANI & LINA YALANTI
 

Destacado

Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaMd Ramli Sabran
 
klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1fadhramli
 
B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2fadhramli
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1afadhramli
 
B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2fadhramli
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1fadhramli
 
B1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2aB1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2afadhramli
 
A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1fadhramli
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialMd Ramli Sabran
 

Destacado (20)

TACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_CTACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_C
 
Bahagian012 C
Bahagian012 CBahagian012 C
Bahagian012 C
 
Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3
 
Bahagian012 B
Bahagian012 BBahagian012 B
Bahagian012 B
 
TACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_ATACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_A
 
Bahagian012 A
Bahagian012 ABahagian012 A
Bahagian012 A
 
Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013
 
Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1
 
Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar Berbahasa
 
BM "MAMPU"
BM "MAMPU"BM "MAMPU"
BM "MAMPU"
 
klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1
 
B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1a
 
B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1
 
B1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2aB1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2a
 
A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosial
 
Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012
 

Similar a TACEM 012 Set-B1

2 KBAT VERSI TERKINI 11OGOS2014.pptx
2 KBAT VERSI TERKINI 11OGOS2014.pptx2 KBAT VERSI TERKINI 11OGOS2014.pptx
2 KBAT VERSI TERKINI 11OGOS2014.pptxNORAZIMAHBINTIRAMLIM
 
Ukbm prakarya 3.5 laporan khas daerah (1)
Ukbm prakarya 3.5   laporan khas daerah (1)Ukbm prakarya 3.5   laporan khas daerah (1)
Ukbm prakarya 3.5 laporan khas daerah (1)radar radius
 
Kelompok 8 DESSERT BOX (1).pdf
Kelompok 8 DESSERT BOX (1).pdfKelompok 8 DESSERT BOX (1).pdf
Kelompok 8 DESSERT BOX (1).pdfWendyIvanov
 
Belajar Pintar Itu Gampang!!!
Belajar Pintar Itu Gampang!!!Belajar Pintar Itu Gampang!!!
Belajar Pintar Itu Gampang!!!Hendra Surya
 
Pedoman Model Pembelajaran Ekonomi Berbasis Teori Kecerdasan Majemuk (Multipl...
Pedoman Model Pembelajaran Ekonomi Berbasis Teori Kecerdasan Majemuk (Multipl...Pedoman Model Pembelajaran Ekonomi Berbasis Teori Kecerdasan Majemuk (Multipl...
Pedoman Model Pembelajaran Ekonomi Berbasis Teori Kecerdasan Majemuk (Multipl...DavidFernandoPurba1
 
model-dan-strategi-pembelajaran-aktif.ppt
model-dan-strategi-pembelajaran-aktif.pptmodel-dan-strategi-pembelajaran-aktif.ppt
model-dan-strategi-pembelajaran-aktif.pptratna942890
 
Ips modul 10 permintaan, penawaran, pasar, dan harga
Ips modul 10 permintaan, penawaran, pasar, dan hargaIps modul 10 permintaan, penawaran, pasar, dan harga
Ips modul 10 permintaan, penawaran, pasar, dan hargavanmook2
 
95 Strategi Mengajar .pdf
95 Strategi Mengajar .pdf95 Strategi Mengajar .pdf
95 Strategi Mengajar .pdfFebriAna628644
 
Bahan PLS 2020 Kierno1.pptx
Bahan PLS 2020 Kierno1.pptxBahan PLS 2020 Kierno1.pptx
Bahan PLS 2020 Kierno1.pptxSukirno Berau
 
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdf
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdfKepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdf
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdfVishalhiniRajendran2
 
Paparan Modul Merancang Pembelajaran Bagian 1 Menyusun TP dan ATP (Dasmen dan...
Paparan Modul Merancang Pembelajaran Bagian 1 Menyusun TP dan ATP (Dasmen dan...Paparan Modul Merancang Pembelajaran Bagian 1 Menyusun TP dan ATP (Dasmen dan...
Paparan Modul Merancang Pembelajaran Bagian 1 Menyusun TP dan ATP (Dasmen dan...IpunxzzPoenya
 
GEMAR BELAJAR MATEMATIKA UNTUK SD & MI KELAS 4 -- AEP SAEPUDIN, BABUDIN, DEDI...
GEMAR BELAJAR MATEMATIKA UNTUK SD & MI KELAS 4 -- AEP SAEPUDIN, BABUDIN, DEDI...GEMAR BELAJAR MATEMATIKA UNTUK SD & MI KELAS 4 -- AEP SAEPUDIN, BABUDIN, DEDI...
GEMAR BELAJAR MATEMATIKA UNTUK SD & MI KELAS 4 -- AEP SAEPUDIN, BABUDIN, DEDI...primagraphology consulting
 
Gemar Belajar Matematika 4 Untuk Siswa SD/MI Kelas IV
Gemar Belajar Matematika 4 Untuk Siswa SD/MI Kelas IVGemar Belajar Matematika 4 Untuk Siswa SD/MI Kelas IV
Gemar Belajar Matematika 4 Untuk Siswa SD/MI Kelas IVSetiadji Sadewo
 
Makalah kewirausahaan (studi kasus waserda kpn pelopor palu) jiantari c 301 0...
Makalah kewirausahaan (studi kasus waserda kpn pelopor palu) jiantari c 301 0...Makalah kewirausahaan (studi kasus waserda kpn pelopor palu) jiantari c 301 0...
Makalah kewirausahaan (studi kasus waserda kpn pelopor palu) jiantari c 301 0...Jiantari Marthen
 
Katalog bisnis dan manajemen populer 2016
Katalog bisnis dan manajemen populer 2016 Katalog bisnis dan manajemen populer 2016
Katalog bisnis dan manajemen populer 2016 doni muji haryanto
 
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdfsyahrial16
 

Similar a TACEM 012 Set-B1 (20)

2 KBAT VERSI TERKINI 11OGOS2014.pptx
2 KBAT VERSI TERKINI 11OGOS2014.pptx2 KBAT VERSI TERKINI 11OGOS2014.pptx
2 KBAT VERSI TERKINI 11OGOS2014.pptx
 
Ukbm prakarya 3.5 laporan khas daerah (1)
Ukbm prakarya 3.5   laporan khas daerah (1)Ukbm prakarya 3.5   laporan khas daerah (1)
Ukbm prakarya 3.5 laporan khas daerah (1)
 
Proses menghuraikan isi
Proses menghuraikan isiProses menghuraikan isi
Proses menghuraikan isi
 
1 teknik menjawab kertas 1
1 teknik menjawab  kertas 11 teknik menjawab  kertas 1
1 teknik menjawab kertas 1
 
1 teknik menjawab kertas 1
1 teknik menjawab  kertas 11 teknik menjawab  kertas 1
1 teknik menjawab kertas 1
 
Kelompok 8 DESSERT BOX (1).pdf
Kelompok 8 DESSERT BOX (1).pdfKelompok 8 DESSERT BOX (1).pdf
Kelompok 8 DESSERT BOX (1).pdf
 
Belajar Pintar Itu Gampang!!!
Belajar Pintar Itu Gampang!!!Belajar Pintar Itu Gampang!!!
Belajar Pintar Itu Gampang!!!
 
Pedoman Model Pembelajaran Ekonomi Berbasis Teori Kecerdasan Majemuk (Multipl...
Pedoman Model Pembelajaran Ekonomi Berbasis Teori Kecerdasan Majemuk (Multipl...Pedoman Model Pembelajaran Ekonomi Berbasis Teori Kecerdasan Majemuk (Multipl...
Pedoman Model Pembelajaran Ekonomi Berbasis Teori Kecerdasan Majemuk (Multipl...
 
model-dan-strategi-pembelajaran-aktif.ppt
model-dan-strategi-pembelajaran-aktif.pptmodel-dan-strategi-pembelajaran-aktif.ppt
model-dan-strategi-pembelajaran-aktif.ppt
 
PPT.pptx
PPT.pptxPPT.pptx
PPT.pptx
 
Ips modul 10 permintaan, penawaran, pasar, dan harga
Ips modul 10 permintaan, penawaran, pasar, dan hargaIps modul 10 permintaan, penawaran, pasar, dan harga
Ips modul 10 permintaan, penawaran, pasar, dan harga
 
95 Strategi Mengajar .pdf
95 Strategi Mengajar .pdf95 Strategi Mengajar .pdf
95 Strategi Mengajar .pdf
 
Bahan PLS 2020 Kierno1.pptx
Bahan PLS 2020 Kierno1.pptxBahan PLS 2020 Kierno1.pptx
Bahan PLS 2020 Kierno1.pptx
 
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdf
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdfKepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdf
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik.pdf
 
Paparan Modul Merancang Pembelajaran Bagian 1 Menyusun TP dan ATP (Dasmen dan...
Paparan Modul Merancang Pembelajaran Bagian 1 Menyusun TP dan ATP (Dasmen dan...Paparan Modul Merancang Pembelajaran Bagian 1 Menyusun TP dan ATP (Dasmen dan...
Paparan Modul Merancang Pembelajaran Bagian 1 Menyusun TP dan ATP (Dasmen dan...
 
GEMAR BELAJAR MATEMATIKA UNTUK SD & MI KELAS 4 -- AEP SAEPUDIN, BABUDIN, DEDI...
GEMAR BELAJAR MATEMATIKA UNTUK SD & MI KELAS 4 -- AEP SAEPUDIN, BABUDIN, DEDI...GEMAR BELAJAR MATEMATIKA UNTUK SD & MI KELAS 4 -- AEP SAEPUDIN, BABUDIN, DEDI...
GEMAR BELAJAR MATEMATIKA UNTUK SD & MI KELAS 4 -- AEP SAEPUDIN, BABUDIN, DEDI...
 
Gemar Belajar Matematika 4 Untuk Siswa SD/MI Kelas IV
Gemar Belajar Matematika 4 Untuk Siswa SD/MI Kelas IVGemar Belajar Matematika 4 Untuk Siswa SD/MI Kelas IV
Gemar Belajar Matematika 4 Untuk Siswa SD/MI Kelas IV
 
Makalah kewirausahaan (studi kasus waserda kpn pelopor palu) jiantari c 301 0...
Makalah kewirausahaan (studi kasus waserda kpn pelopor palu) jiantari c 301 0...Makalah kewirausahaan (studi kasus waserda kpn pelopor palu) jiantari c 301 0...
Makalah kewirausahaan (studi kasus waserda kpn pelopor palu) jiantari c 301 0...
 
Katalog bisnis dan manajemen populer 2016
Katalog bisnis dan manajemen populer 2016 Katalog bisnis dan manajemen populer 2016
Katalog bisnis dan manajemen populer 2016
 
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
 

Más de Md Ramli Sabran

Más de Md Ramli Sabran (7)

Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduan
 
konsep bicara_berirama
konsep bicara_beriramakonsep bicara_berirama
konsep bicara_berirama
 
Kertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato dirajaKertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato diraja
 
Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013
 
Kertas konsep bercerita
Kertas konsep berceritaKertas konsep bercerita
Kertas konsep bercerita
 
Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01
 
Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013
 

TACEM 012 Set-B1

  • 1. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 26 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN TEKNIK MENGKATEGORIKAN SOALAN YANG DITANYA FORMAT SOALAN / ITEM KUNCI SOALAN / ITEM MEMPERLUAS AYAT Umum Khusus Akan Sedang Telah Terkecuali Idea Contoh Impak FORMAT SOALAN / ITEM Proses menulis karangan terbahagi kepada dua format iaitu {format umum / format khusus}. KUNCI SOALAN / ITEM Arahan soalan atau item merujuk kepada idea yang mesti ditulis berdasarkan peristiwa semasa atau isi karangan yang {akan berlaku / sedang berlaku / telah berlaku / terkecuali}. Terkecuali pula tidak merujuk mana-mana kata bantu {akan / sedang / telah} semasa murid memperluas ayat atau merangkai ayat melalui {Teknik I. C. I.}. MEMPERLUAS AYAT {I. C. I} Memperluas ayat atau merangkai ayat merujuk isi yang dikembangkan kepada tiga bahagian ayat yang lengkap. Tiga baris ayat ini dapat membentuk wacana dalam satu perenggan karangan yang mengandungi {idea / contoh / impak}. KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info idea pendahuluan – contoh idea pendahuluan – impak idea pendahuluan Idea 1 idea isi pertama – contoh kepada isi pertama – impak kepada isi pertama Idea 2 idea isi kedua – contoh kepada isi kedua – impak kepada isi kedua Idea 3 idea isi ketiga – contoh kepada isi ketiga – impak kepada isi ketiga Idea 4 idea isi keempat – contoh kepada isi keempat – impak kepada isi keempat Penutup idea penutup – contoh kepada idea penutup – impak kepada idea penutup Masa lapang seseorang dapat diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, satu daripadanya ialah membaca. Tuliskan faedah-faedah membaca. TEKNIK {I.C.I.} {KATA TANYA) TALIAN MINDA (SOALAN) KERANGKA ISI {IDEA MURID} IDEA Apakah? Apakah faedah membaca? menambah ilmu pengetahuan ... CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? buku, surat khabar, majalah ... IMPAK Bagaimana? Bagaimanakah impaknya? pandai, bijak, lulus atau berjaya ... Membaca dapat menambah pengetahuan. Buku, surat khabar dan majalah adalah antara bahan bacaan yang mudah diperoleh. Justeru, murid yang menjadi ulat buku biasanya pandai, bijak dan mudah lulus dalam peperiksaan. * Talian Minda ( ) bahagian lajur IDEA, maklumat/idea diperoleh melalui kata tanya, lajur ( ) dengan kata kunci soalan. Bagi soalan di atas kata kuncinya ialah faedah membaca. Bagi maklumat CONTOH dan IMPAK pula, maklumat/idea diperoleh melalui lajur ( ) dengan lajur ( ) sahaja. TIP ATAU PANDUAN MENJANA IDEA BAGI MENULIS KARANGAN BAHAGIAN “B”
  • 2. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 27 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN Makanan ringan sangat digemari oleh kanak-kanak. Makanan ringan juga mudah diperoleh di pasar raya atau di kedai-kedai runcit. Tuliskan kesan buruk makanan ringan kepada kesihatan kita. INFO: Definasi Makanan Ringan IDEA Apakah? Apakah definasi makanan ...? makanan yang disukai oleh kanak-kanak CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? keropok, kerepik dan gula-gula IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? mudah diperoleh di kedai-kedai runcit Makanan ringan merupakan makanan yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Makanan ringan seperti keropok udang, kerepik kentang dan gula-gula dijual dengan harga yang murah. Makanan ringan ini pula mudah didapati di kedai-kedai runcit. IDEA 1: Pengaruh Makanan Ringan IDEA Apakah? Apakah pengaruh makanan ...? melalui media cetak dan media elektronik CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? surat khabar, papan iklan dan televisyen IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? iklan yang memperdaya kanak-kanak Pengiklanan produk makanan ringan melalui media cetak dan media elektronik mesti dihapuskan. Iklan makanan ringan di surat khabar dan di kaca televisyen akan mempengaruhi naluri kanak-kanak. Iklan yang disebarkan telah memperdaya kanak- kanak dengan fakta yang mengelirukan. IDEA 2: Keburukan Makanan Ringan IDEA Apakah? Apakah keburukan makanan ...? mengandungi bahan kimia berbahaya CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? pewarna, perasa tiruan memudaratkan IMPAK Bagaimana? Bagaimana impaknya? boleh merosakkan sistem saraf seseorang Selain itu, makanan ringan juga mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Kandungan pewarna dan perasa tiruan yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Bahan kimia ini juga boleh merosakkan sistem saraf seseorang. IDEA 3: Jaminan Kualiti Makanan Ringan IDEA Apakah? Apakah jaminan kualiti ...? kualiti kebersihannya tidak terjamin CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? mudah mengalami keracunan makanan IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? diproses tanpa mengikut peraturan Dari segi kesihatan, penyediaan makanan ringan tidak terjamin kebersihannya. Oleh sebab itu, ada sahaja kes-kes keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan ringan. Makanan ini diproses tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan. IDEA 4: Pengaruh Makanan Ringan IDEA Apakah? Apakah pengaruh makanan ...? cara pembungkusannya yang menarik CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? menawarkan hadiah yang digemari IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? hadiah menjadikan makanan ringan laris Pengaruh makanan ringan sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana cara pembungkusannya yang berwarna-warni dan menarik. Tambahan pula, pembeliannya menawarkan hadiah berupa permainan yang digila-gilakan oleh kanak-kanak. Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan makanan ringan laris di pasaran. PENUTUP: Kesimpulan Tentang Makanan Ringan IDEA Apakah? Apakah kesimpulan tentang ...? perlu menegah kanak-kanak memakannya CONTOH Nyatakan? Nyatakan contohnya? mengganggu tumbesaran kanak-kanak IMPAK Mengapa? Jelaskan mengapa? menjelaskan keburukan makanan ringan Kesimpulannya, kita perlu menegah kanak-kanak daripada memakan makanan ringan. Makanan ringan juga kurang baik untuk tumbesaran awal kanak-kanak. Kesedaran ini perlu disuntik bagi menjelaskan keburukan memakan makanan ringan.
  • 3. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 28 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN UNIT 1 KELUARGAKU SAYANG Rujukan Buku Teks: Tahun 4 KARANGAN JENIS CERITA (1) Bahagian 1: Keluarga Bahagia Kamu dan keluarga kamu pergi ke sebuah pasar raya di ibu kota untuk membeli barangan keperluan harian. Ceritakan suasana semasa kamu dan keluarga kamu membeli-belah di pasar raya ketika itu. Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Info mengikut keluarga – ke sebuah pasar raya – sempena “Karnival Jualan Murah” Idea 1 promosi menarik hati – iklan digantung dan ditampal – barangan disusun kemas Idea 2 barangan dipamerkan – keselesaan para pelanggan – harus bijak membuat pilihan Idea 3 keadaan agak bising – meninjau harga barangan – potongan harga, menjimatkan Idea 4 berbaris, membuat bayaran – sibuk memilih barangan – layanan mesra jurujual Penutup berasa amat gembira – hajat telah tercapai – ayah membelikan permainan “PS4” SUASANA DI PASAR RAYA Pada minggu lalu, saya mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Pasar raya itu mengadakan jualan mega sempena “Karnival Jualan Murah”. Potongan harga barangan daripada 10% hingga 70% diberi bagi barangan terpilih. Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi menarik hati para pelanggan. Pelbagai iklan digantung dan ditampalkan pada rak-rak tertentu. Barangan yang disusun dengan sempurna dapat memudahkan para pembeli untuk mencari dan memilih barangan yang dikehendaki. Sebahagian barangan digantung dan sebahagiannya pula dipamerkan di dalam kotak atau rak khas. Pelbagai cara dilakukan untuk keselesaan para pelanggan. Namun begitu, para pembeli juga haruslah bijak untuk membuat penilaian. Keadaan di pasar raya itu juga amat meriah sekali. Para pelanggan meninjau harga barangan tersebut sebelum membelinya. Membeli barangan yang mempunyai potongan harga akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga. Para pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membuat bayaran. Jurujual di pasar raya itu pula sibuk melayan para pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka sentiasa memberi layanan mesra kepada para pelanggan. Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur untuk membuat bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli permainan “PS4” yang saya idam- idamkan. Ayah bersetuju membelikan permainan tersebut kerana diberi potongan harga sebanyak 30% oleh pihak pasar raya tersebut. 1 mega - terlalu besar / hebat 2 kreatif - kebolehan mencipta idea 3 dipamerkan - ditunjukkan / diperagakan 4 meninjau - memerhatikan dari jarak jauh 5 mesra - berbaik-baik / erat / karib benar 6 dihajatkan - diniatkan / diperlukan / kehendak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 4. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 29 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN UNIT 2 KELUARGAKU BERWAWASAN Rujukan Buku Teks: Tahun 4 KARANGAN JENIS CERITA (2) Bahagian 1: Pendidikan untuk Masa Depan Jam loceng kamu gagal berdering pada subuh itu. Justeru, kamu telah terlewat bangun pagi untuk ke sekolah pada hari itu. Tuliskan sebuah karangan tentang pengalaman kamu terlewat bangun untuk ke sekolah hari itu. KERANGKA IDEA Info sergahan, cubitan mengejutkan lenaku – pukul 07:05 pagi – kesiangan lagilah aku Idea 1 lewat mengerjakan solat – menerpa ke kamar mandi – suntuk, mandi kerbaulah aku Idea 2 menjengkau dua ketul karipap – memohon restu ibu – mencapai basikal di tiang garaj Idea 3 mengayuh dengan pantas – berpeluh-peluh sampai di sekolah – lewat tiba di sekolah Idea 4 ketuk pintu, tiba di kelas – cikgu izinkan masuk – menasihati, supaya tidak lewat lagi Penutup syukur pembelajaran belum bermula – murid lewat masuk kelas – perhimpunan pagi AKU KESIANGAN LAGI Sergahan dan cubitan yang singgah di bahuku mengejutkan lenaku. Wajah ibu mencuka. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Alamak, jam mempamerkan pukul 07:05 pagi! Kesiangan kiranya aku. Musibah apakah yang menafikan tugas penggera jam locengku? Bateri agaknya. Sempatkah aku ke sekolah? Aku bingkas meraih tuala. Ibu mengomel keterkilanan kerana kelewatanku mengerjakan solat subuh. Dalam kekalutan, aku menerpa ke kamar mandi. Oleh sebab kesuntukan, mandi kerbaulah nampaknya aku pagi ini. Selepas beruniform, aku menjengkau dua ketul karipap yang terhidang di meja makan. Ibu yang sedari tadi asyik memperhatikanku, menggeleng-gelengkan kepala apabila aku merapatinya. Selepas memperoleh restu ibu, aku menghambur keluar. Basikal yang tersandar di tiang garaj lantas kusambar. Aku mengayuh dengan pantas. Kelajuan dayunganku rasa-rasanya seperti dayungan atlet lumba basikal negara, Azizul Hasni Awang. Berpeluh-peluh juga aku semasa tiba di sekolah. Hari ini, terekodlah lagi namaku dalam kes hadir lewat ke sekolah. Aku meluru ke kelas. Selepas membaca doa pelembut, aku mengetuk pintu. Sebaik-baik sahaja Cikgu Mazrul memberikan isyarat, aku menapak masuk. Setelah ucap salamku bersahut, aku terus mohon maaf atas kelewatanku. Sambil mengangguk, beliau telah menasihatiku agar hadir ke sekolah mengikut waktu yang telah ditetapkan. Aku bersyukur kerana proses pembelajaran dan pengajaran baru dimulakan. Aku dimaklumkan bahawa semua murid masuk ke kelas agak lewat kerana banyak pengisian yang telah diperturunkan semasa sesi perhimpunan pagi tadi. 1 musibah - bencana / celaka / malapetaka 2 mengomel - bersungut-sungut / meleter 3 menghambur - melompat / terjun / menerkam 4 atlet - orang yang bergiat dalam sukan 5 menapak - memijakkan kaki / melangkah 6 pengisian - memberikan maklumat tertentu LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 5. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 30 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN UNIT 5 SENTIASA BERHEMAT KITA SELAMAT Rujukan Buku Teks: Tahun 4 KARANGAN JENIS CERITA (3) Bahagian 2: Tragedi Kamu dan rakan kamu berbasikal untuk pulang ke rumah setelah selesai menjalani latihan sukan pada petang itu. Semasa dalam perjalanan, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Kamu dan kawan kamu itu berteduh di sebuah rumah usang. Tulislah pengalaman yang kamu alami ketika itu. KERANGKA IDEA Info perjalanan pulang, latihan sukan – berbasikal dengan kawan – awan sudah mendung Idea 1 dalam perjalanan mulai gerimis – hujan bertambah lebat – berteduh di rumah usang Idea 2 tempat tidak selamat – rumah usang yang hendak runtuh – guruh, petir bersilih ganti Idea 3 Hasri, naik ke atas rumah – rumah usang runtuh – melompat keluar selamatkan diri Idea 4 Hasri di bawah timbunan papan – sukar beri bantuan - meminta bantuan orang lain Penutup sebuah kereta berhenti – seorang pemuda sudi menolong – Hasri alami kecederaan TRAGEDI SEMASA HUJAN LEBAT Saya dan Hasri dalam perjalanan pulang daripada latihan sukan. Berbasikal dalam jarak dua kilometer sungguh menyeronokkan kami. Namun, awan mendung hampir menutupi keseluruhan angkasa petang itu. Menyedari masa itu emas, kami terus mengayuh basikal meninggalkan perkarangan sekolah. Semasa dalam perjalanan pulang, tiba-tiba gerimis membasahi bumi, lalu kami pun memecut laju basikal kami. Hujan yang pada mulanya renyai-renyai, tiba-tiba menjadi sangat lebat sekali. Saya menjerit meminta Hasri agar berteduh di sebuah rumah usang. “Saya rasa tempat ini tidak selamat,” kata saya meluahkan rasa kebimbangan kepada Hasri. Apa tidaknya, keadaan rumah yang sungguh usang ini bila-bila masa sahaja akan menyembah bumi. Guruh dan petir pula bersilih ganti. Saya memerhatikan keadaan rumah usang tersebut. Hasri yang dikenali dengan sikap berani, memijak anak tangga untuk naik ke atas rumah tersebut. Belum sempat saya menegah, tiba-tiba rumah usang itu menyembah bumi, lalu saya melompat keluar dari rumah itu bagi menyelamatkan diri. “Hasri! Hasri!” jerit saya apabila menyedari kawan saya itu masih berada di bawah timbunan rumah yang roboh itu. Saya tidak mampu mengangkat timbunan runtuhan rumah itu. Saya menuju ke jalan raya untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang ramai yang lalu-lalang ketika itu. Dalam hujan yang hampir teduh, sebuah kereta sudi berhenti apabila melihat lambaian saya. Seorang lelaki keluar dari keretanya. Belum sempat kami membantu Hasri, Hasri seperti ayam berak kapur keluar dari timbunan papan rumah itu dengan badan yang dipenuhi darah. 1 mendung - awan mengandungi hujan / redup 2 gerimis - hujan rintik-rintik 3 usang - sudah lama benar 4 menegah - tidak membenarkan / melarang 5 roboh - jatuh kerana rosak / runtuh 6 teduh - sudah beransur kurang / reda LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 6. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 31 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN UNIT 7 PENGALAMAN INDAH Rujukan Buku Teks: Tahun 4 KARANGAN JENIS CERITA (4) Bahagian 3: Perjalanan dengan Kereta Api Kamu sekeluarga hendak berhari raya di kampung, malangnya tiket bas telah habis dijual. Ayah kamu mencadangkan agar kamu sekeluarga menaiki kereta api untuk balik kampung berhari raya. Ceritakan pengalaman kamu menaiki kereta api tersebut. Tuliskan sebuah karangan tentang pengalaman kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Info bercuti balik kampung – tiket bas ekspres telah habis – terpaksa menaiki kereta api Idea 1 di stesen kereta api KL Sentral – banyak penumpang menunggu – bercuti, hari raya Idea 2 menaiki Kereta Api Laju Elektrik (ETS) – gerabak Koc D – selesa, layanan pramugari Idea 3 berhenti di stesen tertentu – menurunkan, menaikkan penumpang – kemudahan kafe Idea 4 tempat duduk dipenuhi penumpang – pelbagai aksi penumpang – panorama menarik Penutup tujuh jam perjalanan – tiba di stesen kereta api Padang Besar – berasa amat seronok PENGALAMAN MENAIKI KERETA API Kami sekeluarga tidak dapat balik ke kampung dengan menaiki bas ekspres kerana kehabisan tiket. Ayah mengesyorkan kami sekeluarga menaiki kereta api untuk pulang ke Arau, Perlis. Kami menurut sahaja cadangan ayah, lagi pun ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki kereta api. Setelah tempahan tiket dilakukan, kami ke stesen kereta api Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dua hari sebelum hari raya disambut. Di stesen tersebut, kelihatan banyak orang telah membanjiri tempat menunggu untuk pulang bercuti serta berhari raya ke destinasi masing-masing. Mengikut catatan tiket tersebut, kami akan menaiki Kereta Api Laju Elektrik (ETS) Sinaran Pagi, “Koc D” pada pukul 11:30 malam. Di dalam kabin juga di sediakan kemudahan pendingin hawa, tandas dan bahan bacaan. Pramugari yang bertugas melayan para penumpang dengan layanan mesra. Kereta api akan berhenti untuk menurun atau mengambil penumpang di stesen-stesen tertentu. Di dalam kereta api juga terdapat kafe untuk para penumpang membeli makanan bagi mengalas perut. Saya membeli dua bungkus kacang dan sebungkus gula-gula untuk kudapan sepanjang perjalanan. Semua tempat duduk di dalam koc dipenuhi penumpang. Pelbagai aksi penumpang, ada yang tidur, membaca, berborak dengan keluarga atau kenalan baharu. Mataku pula hampir terpejam tetapi dapat bertahan kerana kehebatan panorama di kiri dan di kanan serta gelagat para penumpang. Setelah hampir tujuh jam perjalanan, kami pun tiba di stesen kereta api Padang Besar, Perlis. Begitulah serba sedikit tentang pengalaman saya menaiki kereta api. Saya berasa amat seronok sekali dan berharap dapat menaiki kereta api di masa-masa akan datang. 1 ekspres - segera / cepat / pantas perjalanan 2 destinasi - tempat yang dituju ketika perjalanan 3 kabin - bilik, tempat tidur dalam kereta api 4 kafe - restoran kecil sajikan makanan 5 panorama - pemandangan luas terbentang 6 gelagat - tingkah lalu / gerak-geri / tanda LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 7. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 32 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN UNIT 2 INSTITUSI PELAJARAN Rujukan Buku Teks: Tahun 5 KARANGAN JENIS CERITA (5) Bahagian 3: Usaha Tidak Henti Kejayaan Menanti Kamu seorang daripada athlet yang terpilih mewakili daerah dalam kejohanan olahraga. Ceritakan pengalaman kamu semasa menghadapi kejohanan olahraga peringkat daerah itu. Tuliskan cerita dan pengalaman kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Info loceng mengejutkan lena – bangun, berjoging – memantapkan fizikal dan stamina Idea 1 perlu berlatih lebih kerap – persiapan kejohanan olahraga – dorongan oleh ibu bapa Idea 2 berlatih setiap petang – latihan teknik, cara berlari – ingin merealisasikan harapan Idea 3 masa dinantikan tiba – bersemangat mengejar impian – mulakan larian dengan baik Idea 4 tembakan dilepaskan – memulakan larian dengan baik – tiba di garisan penamat Penutup merenung kad di genggaman – perasaan gembira – berjaya menjuarai pertandingan IMPIAN MENJADI KENYATAAN Bunyi jam loceng mengejutkan lena saya pada subuh itu. Saya segera bangun kerana ingin berjoging di padang bola bersebelahan rumah saya. Saya perlu memantapkan fizikal dan stamina saya untuk menghadapi temasya kejohanan sukan olahraga peringkat daerah. Saya perlu berlatih dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi, untuk persiapan menjelangnya hari kejohanan olahraga peringkat daerah yang semakin hampir. Di samping itu, ibu bapa saya senantiasa memberi dorongan, perangsang dan semangat kepada saya. Pada setiap petang, Cikgu Faizal akan melatih saya teknik dan cara berlari yang betul. Saya menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh tanpa berasa jemu. Tambahan pula, saya terlalu ingin merealisasikan harapan ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan. Dalam pada itu, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Saya sungguh bersemangat dan yakin dengan persediaan mengejar impian yang telah saya lakukan. Namun demikian, saya perlu berhati-hati supaya dapat memulakan larian dengan baik. Acara dimulakan, sedas tembakan dilepaskan ke udara. Saya memulakan larian dengan penuh semangat. Justeru, saya berjaya menamatkan larian 100 meter dengan baik. Saya menggenggam kad yang diberi oleh hakim penamat. Selepas itu, saya merenung kad putih di genggaman. Perasaan saya berbaur antara gembira dan terharu. Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu. 1 stamina - daya tahan / keupayaan seseorang 2 temasya - peristiwa yang kelihatan / tontonan 3 dorongan - hajat / kasad yang bersungguh-sungguh 4 teknik - kaedah mencipta sesuatu 5 impian - hasrat atau cita-cita 6 berbaur - bercampur / beraduk LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 8. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 33 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN UNIT 3 KEMASYARAKATAN Rujukan Buku Teks: Tahun 5 KARANGAN JENIS CERITA (6) Bahagian 2: Kerjasama Asas Kesejahteraan Hidup Kamu dan kawan-kawan kamu terlibat bagi menjayakan aktiviti gotong-royong di tempat tinggal kamu. Ceritakan pengalaman yang kamu telah lalui semasa menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut. Tulis karangan kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Info menyertai aktiviti gotong-royong – sempena Hari Pekerja – diketuai, ketua kampung Idea 1 berkumpul di balai raya – membawa peralatan – menjayakan aktiviti gotong-royong Idea 2 diagihkan, kumpulan kecil – kawasan yang dibersihkan – guna alatan yang sesuai Idea 3 kaum ibu sibuk memasak – menyediakan pelbagai juadah – bekerja, bersatu hati Idea 4 pembersihan selesai – berkumpul semula di balai raya – terjalin suasana muhibah Penutup aktiviti kemasyarakatan – penerapan nilai murni – memperkasa semangat kejiranan KERJASAMA PUPUK SEMANGAT MUHIBAH Hari ini, kami akan bergotong-royong. Aktiviti kemasyarakatan ini adalah bersempena cuti Hari Pekerja. Ketua kampunglah yang menjadi penggerak utama aktiviti gotong-royong ini. Tepat pada pukul lapan pagi, saya dan kawan-kawan saya sudah berkumpul di luar balai raya. Kami membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes. Peralatan ini akan digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong satu kampung. Kami diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Antara kawasan yang akan dibersihkan termasuklah taman permainan, surau dan balai raya. Pembentukan kumpulan kecil ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan bersesuaian dengan peralatan yang disediakan. Pada masa yang sama, kaum ibu dan kaum wanita sibuk menyediakan juadah jamuan ringan di perkarangan balai raya. Pelbagai jenis makanan disediakan. Mereka bersatu hati memasak makanan beramai-ramai untuk dihidangkan kepada para peserta gotong-royong. Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah selesai. Para petugas telah berkumpul semula di balai raya untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak letih tetapi semangat kerjasama, kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara semua peserta yang terlibat bagi menjayakan gotong-royong tersebut. Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan yang mampu menjalin ikatan silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni sejagat juga dapat dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan dalam kalangan penduduk bertambah perkasa. 1 penggerak - galakan untuk mencapai sesuatu 2 pongkes - bakul rotan yang berbentuk leper 3 juadah - bekal / hidangan berupa makanan 4 muhibah - erat persahabatan / kemesraan 5 sejagat - nilai yang bersifat kemanusian 6 perkasa - unggul / hebat / kuat / terkenal LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 9. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 34 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 7 MENYAMBUNGKAN CERITA FORMAT UMUM TEMA: MASYARAKAT Tajuk 7: Taman Permainan Tempat Pertemuan “Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ...” Mulakan karangan kamu dengan “Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...” KERANGKA IDEA Info taman permainan di tempat saya – bersih dan cantik – pengguna bertanggungjawab Idea 1 selalu berkunjung ke taman permainan – lokasinya sesuai – sibuk pada hari minggu Idea 2 pelbagai alat permainan – contoh alat permainan – ada kalanya, main bola sepak Idea 3 peluang berkenalan – kawan berbilang kaum – menjalin perhubungan, perpaduan Idea 4 senja, suasana beransur sepi – melangkah pulang ke rumah – pasti berkunjung lagi Penutup tempat perjumpaan tidak rasmi – aktiviti sukan, riadah – menjana semangat kejiranan Taman Permainan Tempat Pertemuan Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap orang ramai yang menggunakan alat permainan dengan bertanggungjawab dan berdisiplin. Idea Contoh Impak Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman permainan ini. Oleh sebab, taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman ini menjadi tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hari minggu. Idea Contoh Impak Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya ialah papan lungsur, jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring, dan lain-lain lagi. Ada kalanya saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang yang berhampiran. Idea Contoh Impak Semasa bermain di taman ini, saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru. Di samping itu, rakan-rakan yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang bangsa. Sehubungan dengan itu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra. Idea Contoh Impak Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan ini beransur sepi. Saya dan rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jika ada kesempatan, kami akan mengunjungi taman permainan ini lagi. Idea Contoh Impak Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi penduduk setempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman permainan ini mampu sedikit sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan. Idea Contoh Impak 34 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus
  • 10. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 35 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 8 MENYAMBUNGKAN CERITA FORMAT UMUM TEMA: KELUARGA Tajuk 8: Perasaan Berpindah ke Rumah Baharu “Aku sukar hendak melelapkan mata pada malam itu. Perasaan ...” Mulakan karangan kamu dengan. “Perasaan ...” KERANGKA IDEA Info perasaan suka dan sedih – berbaur di dalam hati – payah untuk menerima hakikat Idea 1 memandang sekeliling bilik – hari terakhir tidur di sini – berpindah ke rumah lain Idea 2 kawan-kawan menolong – memuatkan barangan ke lori – menaiki lori ke rumah baru Idea 3 sampai di rumah baru – menyusun barang/perabot – cuba untuk menyesuaikan diri Idea 4 rehat, makan tengah hari – membeli makanan di gerai – penat, makan dengan selera Penutup tiga bulan telah berlalu – masih teringat rumah lama – terkenang akan kawan-kawan Perasaan Berpindah ke Rumah Baharu Pada malam itu, emosiku tidak menentu. Perasaan suka dan sedih berbaur di hatiku. Jiwaku dibayangi oleh khayalan yang bukan-bukan, aku amat payah untuk menerima hakikat yang sebenar. Idea Contoh Impak Aku memandang sekeliling bilikku. Hari ini merupakan kali terakhir aku tidur di bilik ini. Selepas ini, aku akan berpindah ke rumah lain. Inilah hakikat yang amat sulit untuk kujadikan sesuatu yang realiti. Idea Contoh Impak Awal-awal pagi lagi, Irwan, Farid, Hafizi, dan Safari datang untuk menolong. Aku dan keluargaku serta kawan-kawanku bertungkus-lumus memuatkan peralatan rumah ke dalam lori. Seterusnya, aku menaiki lori menuju ke rumah baharu. Idea Contoh Impak Sesampai sahaja di rumah baharu, aku dan ayah memunggah barangan dari dalam lori. Di samping itu, keluargaku yang lain menyusun barangan dan perabot di tempat yang sesuai. Hatiku mula bersedia untuk menerima fantasi semalam. Idea Contoh Impak Selepas bertungkus-lumus membersihkan rumah, kami pun makan tengah hari bersama-sama. Ayah membeli makanan dari sebuah gerai yang berhampiran. Kami begitu berselera menikmati hidangan pada tengah hari itu. Idea Contoh Impak Kini sudah tiga bulan aku dan keluarga tinggal di rumah baharu. Namun, hatiku masih terkenang akan rumah lama. Hal ini demikian kerana aku masih teringat akan kawan-kawanku yang baik budi. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 35
  • 11. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 36 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 9 MENYAMBUNGKAN CERITA FORMAT UMUM TEMA: SEKOLAH Tajuk 9: Doa Buat Cikgu Tersayang Berita yang saya terima sungguh mengejutkan. Saya tidak percaya kata-kata kawan saya itu. Mungkin ini hanya satu gurauan kawan-kawan kepada saya. Saya inginkan ... Mulakan karangan kamu dengan. “Saya inginkan ...” KERANGKA IDEA Info inginkan kepastian berita – bertanya kepada guru besar – telah menemui guru besar Idea 1 betul berita yang didengar – akan meninggalkan sekolah – sambung belajar di UPSI Idea 2 berasa sedih – seorang guru yang berdedikasi – sanggup berkorban untuk muridnya Idea 3 mengadakan jamuan perpisahan – semua rakan bersetuju – membahagikan tugasan Idea 4 segalanya berjalan lancar – yang diraikan terkejut – slogan “Selamat Maju Jaya” Penutup ucapan penghargaan – air mata bergenang – sukar untuk menerima kenyataan Doa Buat Cikgu Tersayang Saya inginkan kepastian tentang berita tersebut. Orang yang boleh saya tanyakan tentang berita ini ialah guru besar saya. Saya terus berjumpa guru besar untuk mengesahkan berita yang saya dengar sebentar tadi. Idea Contoh Impak “Benar, berita yang kamu dengar itu, Cikgu Azman akan meninggalkan sekolah ini. Minggu ini merupakan minggu terakhir beliau berada di sekolah kita. Minggu hadapan, beliau akan melaporkan diri di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,” kata guru besar. Idea Contoh Impak Saya begitu sedih menerima berita itu. Cikgu Azman ialah seorang guru yang rajin, berdedikasi dan banyak berkorban untuk kami. Walaupun beliau sibuk dengan tugasan sebagai Guru Cemerlang namun, sempat juga beliau mengadakan kelas bimbingan UPSR pada waktu malam kepada kami. Idea Contoh Impak Selaku ketua kelas, saya mengusulkan untuk mengadakan jamuan perpisahan buat Cikgu Azman. Semua rakan saya bersetuju dengan cadangan saya itu. Kami membahagi- bahagikan tugasan untuk menjayakan jamuan tersebut. Idea Contoh Impak Pada hari yang ditetapkan, segalanya berjalan lancar. Alangkah terkejutnya Cikgu Azman kerana kelas bertukar menjadi bilik jamuan. “Selamat Maju Jaya”, slogan ini dan gambar Cikgu Azman menghiasi skrin komputer di bilik jamuan. Idea Contoh Impak Cikgu Azman menyampaikan ucapan penghargaannya. Air mata bergenang di kelopak matanya tetapi lebi banyak berlinangan di pipi kami. Kami tidak sanggup berpisah dengan beliau tetapi apakan daya kami, ini sudah ditakdirkan. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 36
  • 12. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 37 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 10 MENGAKHIRI CERITA FORMAT UMUM TEMA: MASYARAKAT Tajuk 10: Prihatin Menghulurkan Bantuan “... Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya.” Akhiri karangan kamu dengan “Itulah nasihat mereka kepada saya.” KERANGKA IDEA Info rehat di kantin bersama kawan – sibuk, murid berpusu-pusu – membeli makanan Idea 1 sedang makan, nampak murid menangis – berhenti makan – menghampiri murid itu Idea 2 sedia membantunya – nasi yang dibelinya terjatuh – tiada wang lagi untuk berbelanja Idea 3 mempunyai wang lebih – membelikan nasi lemak lain – pujuk, berhenti menangis Idea 4 memberi nasihat – berhati-hati semasa membeli makanan – ucap terima kasih Penutup menolong orang – pesanan ibu bapa dan guru – itulah nasihat mereka kepada saya Prihatin Menghulurkan Bantuan Pada waktu rehat, saya bersama rakan-rakan saya pergi ke kantin untuk membeli makanan dan minuman. Suasana pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk membeli makanan. Idea Contoh Impak Ketika saya dan rakan-rakan saya sedang makan, saya ternampak seorang murid lelaki menangis teresak-esak. Saya terus berhenti makan. Saya menghampiri murid tersebut untuk mendapatkan kepastian. Idea Contoh Impak Saya menyatakan hasrat untuk membantunya. Murid tersebut memberitahu saya bahawa nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, dia tidak mempunyai wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu. Idea Contoh Impak Kebetulan saya mempunyai wang pada hari itu, saya meminta seorang rakan saya membelikan sebungkus nasi lemak sebagai ganti. Saya memujuknya supaya bersabar dan berhenti menangis. Idea Contoh Impak Sebelum beredar dari tempat itu, saya sempat menasihati murid tersebut. Saya mengingatkannya supaya berhati-hati semasa membeli makanan. Dia mengucapkan terima kasih kepada saya atas pertolongan yang telah diberikan. Idea Contoh Impak Sebagai seorang murid yang lebih tua, saya berkewajipan menolongnya. Saya masih ingat pesan ibu bapa dan guru-guru saya. Hulurkanlah bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Itulah nasihat mereka kepada saya. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 37
  • 13. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 38 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 11 MENGAKHIRI CERITA FORMAT UMUM TEMA: MASYARAKAT Tajuk 11: Sambutan 31 Ogos Penuh Gilang-gemilang “... marilah kita sama-sama mengekalkan dan meningkatkan keamanan serta kemajuan di bumi bertuah ini. Cintailah bumi berdaulat ini.” Akhiri karangan kamu dengan “Cintailah bumi berdaulat ini.” KERANGKA IDEA Info 31 Ogos setiap tahun – rayakan Hari Kebangsaan – cuti umum, kakitangan kerajaan Idea 1 perayaan disambut – lahirkan rasa kecintaan kepada negara – semangat patriotisme Idea 2 pelbagai acara diadakan – perbarisan, perarakan raksasa – pasukan tentera, polis Idea 3 perarakan kenderaan berhias – hiasan kreatif – mewakili badan-badan berkanun Idea 4 malam, pertunjukan kebudayaan – gegaran artis terkenal – pertunjukan bunga api Penutup sambutan Hari Kemerdekaan – amat perlu diraikan – semai rasa cinta akan negara Sambutan 31 Ogos Penuh Gilang-gemilang Pada 31 Ogos tiap-tiap tahun, rakyat Malaysia akan meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Sambutan Hari Kebangsaan ini akan diraikan oleh seluruh lapisan masyarakat di negara. Kerajaan juga telah memberikan cuti umum kepada semua kakitangan kerajaan. Idea Contoh Impak Perayaan yang disambut bertujuan untuk melahirkan rasa kecintaan kepada negara. Apabila semangat patriotisme ini sudah terbentuk dalam setiap rakyat Malaysia akan lahirlah rakyat yang setia, bertoleransi dan sayang akan negara sendiri. Idea Contoh Impak Pelbagai acara diadakan pada hari tersebut. Acara dimulakan dengan perarakan raksasa oleh pegawai kerajaan dan pegawai sektor swasta. Mereka terdiri daripada pasukan tentera dan polis, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta serta pasukan pancaragam. Perarakan berwarna-warni itu menjadi daya tarikan rakyat Malaysia dan pelancong asing. Idea Contoh Impak Tepuk sorak penghargaan bergema apabila kumpulan kenderaan berhias melalui pentas utama. Kenderaan berhias ini pula biasanya mewakili badan-badan berkanun seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Hicom Sendirian Berhad dan lain-lain lagi. Idea Contoh Impak Pada sebelah malamnya pula, pertunjukan kebudayaan diadakan di Dataran Merdeka. Puluhan artis mengegarkan sambutan tersebut melalui lagu-lagu patriotik yang didendangkan. Pertunjukan bunga api merupakan acara puncak sambutan pada malam tersebut. Idea Contoh Impak Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun penting dan perlu diadakan. Sebagai rakyat yang lahir dan dibesarkan di Malaysia, marilah kita sama-sama mengekalkan dan meningkatkan keamanan serta kemajuan di bumi tercinta ini. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 38
  • 14. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 39 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 12 FAKTA FORMAT UMUM TEMA: SEKOLAH Tajuk 12: Faedah Bergiat Dalam Sukan Setiap tahun semua sekolah dimestikan mengadakan temasya kejohanan sukan olahraga. Terangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai aktiviti tersebut. KERANGKA IDEA Info pesta sukan tahunan – hari sukan diadakan – aktiviti kegemaran murid-murid Idea 1 bersukan, badan sihat – mengeluarkan peluh – memperoleh ketenangan Idea 2 menambah kenalan – penglibatan dalam sukan – memupuk perpaduan kaum Idea 3 menaikkan nama sekolah – apabila menang pertandingan – usaha berterusan Idea 4 memanfaatkan masa – tidak bebas bergaul – terhindar daripada gejala negatif Penutup aktiviti yang berfaedah – mempelbagaikan aktiviti positif – merebut peluang Faedah Bergiat Dalam Sukan Saban tahun sekolah kita akan menganjurkan temasya sukan olahraga. Pesta sukan biasanya diadakan pada hari Sabtu atau hari Ahad untuk memberi peluang ibu bapa hadir. Aktiviti tersebut memang ditunggu-tunggu oleh setiap murid. Idea Contoh Impak Menerusi penyertaan dalam acara sukan, badan kita akan sihat. Hal ini demikian kerana apabila kita berlari badan kita akan berpeluh. Kesannya kita akan memperoleh ketenangan dan memudahkan kita untuk mengulang kaji pelajaran. Idea Contoh Impak Melalui aktiviti sukan, kita boleh menambahkan rakan atau kenalan. Sebagai contoh, penglibatan oleh pelbagai kaum dalam acara sukan yang dipertandingkan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Idea Contoh Impak Penyertaan dalam acara sukan dapat menaikkan nama baik sekolah. Hal ini demikian apabila kita terpilih mewakili sekolah dan menjadi juara, nama sekolah kita akan harum. Justeru, apabila kita sudah dewasa, kita berusaha untuk mengharumkan nama negara pula. Idea Contoh Impak Penyertaan dalam acara sukan bermakna kita dapat memanfaatkan masa lapang kita. Jika tidak bersukan, mungkin kita akan bercampur gaul dengan budak-budak nakal yang boleh menyebabkan kita menjadi kacang hantu. Bersukan juga dapat membentuk jiwa yang tenang dan pergaulan yang mesra. Idea Contoh Impak Sesungguhnya sukan merupakan aktiviti yang berfaedah yang perlu disertai oleh setiap murid. Dalam usaha menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, kita janganlah sekadar menjadi ulat buku. Oleh itu, kita jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 39
  • 15. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 40 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 13 FAKTA FORMAT UMUM TEMA: SEKOLAH Tajuk 13: Cara-cara Menghargai Jasa Guru Pengorbanan guru terlalu besar. Sebagai anak murid yang baik, kita perlu membalas jasa yang guru kita curahkan. Terangkan usaha-usaha untuk membalas jasa guru. KERANGKA IDEA Info masa dihabiskan di sekolah – dididik oleh guru – jasa guru patut dikenang Idea 1 belajar bersungguh-sungguh – menyiapkan kerja sekolah – memperoleh kejayaan Idea 2 penghargaan pada Hari Guru – memberi hadiah – sebagai tanda ingat kepada guru Idea 3 menjadi insan berguna – senyum, memberi salam – guru berasa sangat gembira Idea 4 jasa guru sepanjang hayat – melahirkan jurutera, doktor – hasil asuhan guru Penutup pengorbanan para guru – sewajarnya diingati – berusaha sehingga berjaya Cara-cara Menghargai Jasa Guru Kira-kira lima jam tiga puluh minit, kita menghabiskan masa di sekolah. Dalam tempoh itu, kita dijaga, diberi pendidikan, dibentuk menjadi manusia berguna oleh guru. Guru laksana ibu dan ayah kita di sekolah, sudah sewajarnya jasa guru patut kita balas. Idea Contoh Impak Salah satu cara untuk membalas jasa guru ialah dengan belajar bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, latihan yang diberi oleh guru hendaklah disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Guru kita akan berasa besar hati apabila anak muridnya berjaya kerana apa yang diajarnya dimanfaatkan oleh anak didiknya. Idea Contoh Impak Pada Hari Guru pula, berilah hadiah kepada guru yang mengajar kita. Sebagai contoh memberi pen, bunga, kad ataupun ucapan penghargaan. Perbuatan yang kita lakukan membuatkan guru terasa dirinya dihargai dan terharu kerana apa yang dilakukan selama ini rupa-rupanya menjadi ingatan kepada anak muridnya. Idea Contoh Impak Cara membalas jasa guru juga boleh ditunjukkan dengan menjadi manusia yang berkeperibadian mulia. Apabila bertemu guru, lemparkanlah senyuman dan berilah salam. Jika sikap berhemah ini kita amalkan, sudah tentu guru berasa gembira. Idea Contoh Impak Kita perlu mengenang jasa mereka sepanjang hayat kita. Kejayaan seorang pepimpin mentadbir negara dan kejayaan seorang doktor melakukan pembedahan adalah hasil kegigihan seorang guru menyuntik ilmunya. Kejayaan anak didiknya itulah yang memberi semangat kepada seorang guru untuk terus mengasuh dan mendidik. Idea Contoh Impak Sesungguhnya pengorbanan guru diibaratkan sebagai lilin yang menerang orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Justeru, wajarlah kita menghargai jasa dan pergorbanan para guru. Cikgu, jasamu segar dalam ingatanku. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 40
  • 16. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 41 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 14 FAKTA FORMAT UMUM TEMA: SEKOLAH Tajuk 14: Pusat Sumber Gedung Ilmu Setiap sekolah di negara kita mempunyai pusat sumbernya sendiri. Tulis suatu karangan yang bertajuk “Pusat Sumber Gedung Ilmu”. KERANGKA IDEA Info pusat sumber sekolah – sumber pelbagai ilmu – membantu proses pembelajaran Idea 1 simpanan pelbagai rujukan – meminjam buku – selesa, mengulang kaji pelajaran Idea 2 ada ruang perbincangan – bimbingan berkomunikasi – perkongsian pintar ilmu Idea 3 perkhidmatan audio visual – dimanfaatkan dalam P&P – menarik minat murid-murid Idea 4 tempat rujukan para guru – koleksi ABM disimpan – dapat mempelbagaikan P&P Penutup sebuah gedung ilmu – ejen pencetus minda cemerlang – jadikan sahabat setia kita Pusat Sumber Gedung Ilmu Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Di pusat sumber terkumpul pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah. Peranan pusat sumber amat besar dalam membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Idea Contoh Impak Pelbagai maklumat boleh diperoleh di pusat sumber. Murid-murid juga boleh meminjam buku-buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih selesa di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita. Idea Contoh Impak Pusat sumber ada menyediakan ruang untuk sesi perbincangan. Semasa perbincangan juga murid-murid dibimbing berkomunikasi secara lisan. Perbincangan adalah satu daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan. Idea Contoh Impak Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat bantu ini boleh dimanfaatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang canggih dapat membantu dan menimbulkan menarik minat murid-murid untuk meneroka ilmu. Idea Contoh Impak Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat bantu mengajar seperti carta, kad imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber. Bahan-bahan bantu mengajar ini dapat mempelbagai proses pengajaran dan pembelajaran. Idea Contoh Impak Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan khazanah ilmu yang perlu didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang. Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia kita. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 41
  • 17. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 42 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 15 FAKTA FORMAT UMUM TEMA: MASYARAKAT Tajuk 15: Faedah-faedah Berkebun Masa lapang seseorang boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, satu daripadanya ialah berkebun. Tuliskan faedah-faedah berkebun. KERANGKA IDEA Info aktiviti masa lapang – mengusahakan kebun – kebun sayur-sayuran, kebun bunga Idea 1 mendatangkan banyak faedah – menyihatkan badan – berpeluh, menjamin kesihatan Idea 2 terhindar daripada gejala sosial – melepak, berpeleseran – masa diurus dengan baik Idea 3 menambah pengetahuan, pengalaman – kerja-kerja petanian – kaedah/cara moden Idea 4 menambah ekonomi – hasil dijual/dipasarkan – menampung perbelanjaan seharian Penutup mendatangkan banyak faedah – mengisi masa lapang – menyihatkan jasmani, rohani Faedah-faedah Berkebun Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripada aktivitinya ialah berkebun. Berkebun boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah berkebun sayur- sayuran atau berkebun bunga. Idea Contoh Impak Berkebun boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Berkebun juga boleh menyihatkan badan. Semasa menjalankan aktiviti berkebun, badan kita akan berpeluh dan ini baik untuk kesihatan. Idea Contoh Impak Di samping itu, berkebun juga dapat menghindarkan kita daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Kita terhindar daripada aktiviti melepak, berpeleseran, dan aktiviti yang kurang sihat. Masa senggang kita dapat diurus dengan aktiviti yang dapat memberi manfaat. Idea Contoh Impak Pengetahuan dan pengalaman kita akan bertambah dengan berkebun. Perkara ini boleh diperoleh melalui kerja-kerja membuat batas, menabur baja, dan menanam anak benih. Kita dapat mengetahui kaedah pertanian moden masa kini. Idea Contoh Impak Selain itu, berkebun juga boleh menambah ekonomi kita. Apabila tanaman kita mengeluarkan hasil yang banyak, kita boleh menjualnya. Hasil jualan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian atau disimpan sebahagiannya. Idea Contoh Impak Sebagai kesimpulannya, berkebun mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Oleh itu, jadikanlah aktiviti berkebun sebagai salah daripada cara mengisi masa lapang. Berkebun juga dapat menjana kesihatan jasmani dan rohani seseorang. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 42
  • 18. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 43 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 16 FAKTA FORMAT UMUM TEMA: SEKOLAH Tajuk 16: Jauh Perjalanan Luas Pandangan Sekolah kamu sering mengadakan program lawatan sambil belajar. Nyatakan kebaikan yang dapat diperoleh apabila seseorang murid menyertai program tersebut. KERANGKA IDEA Info aktiviti yang menyeronokkan – memperoleh pengetahuan – memperluas pengalaman Idea 1 melawat ke Melaka – melihat kesan sejarah – mengetahui tentang sejarah tertentu Idea 2 melawat Bandar Hilir, Melaka – melawat kota “A Farmosa” – kubu tentera Portugis Idea 3 melawat Perigi Hang Tuah – legenda tersendiri – boleh mengubati aneka penyakit Idea 4 seronok, merasa masakan luar – ikan bakar Umbai – melancung, menjamu selera Penutup kebaikan mengikuti lawatan – menimbulkan kesedaran – daya tarikan pelancong Jauh Perjalanan Luas Pandangan Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati. Semasa aktiviti lawatan ini, kita memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata pepatah, banyak berjalan luas pengalaman. Idea Contoh Impak Jika kita berpeluang melawat ke negeri Melaka. Kita akan dapat melihat kesan-kesan peninggalan sejarah oleh penjajah di kota tersebut. Pengalaman yang kita lalui boleh membuka minda kita tentang sejarah tempat tersebut. Idea Contoh Impak Semasa berada di sekitar Bandar Hilir, Melaka, kita berpeluang untuk melawat kota “A Farmosa”. Kota ini ialah kota yang dibina oleh tentera Portugis. Kota ini pernah dijadikan kubu pertahanan tentera Portugis ketika itu. Idea Contoh Impak Aktiviti lawatan tidak lengkap sekiranya tidak berkunjung melawat Perigi Hang Tuah. Perigi ini mempunyai legendanya tersendiri. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk tempatan, air perigi ini dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Idea Contoh Impak Keseronokkan menyertai lawatan lebih dirasai apabila berpeluang menikmati keenakan masakan di sesuatu tempat. Contohnya, menikmati keenakan ikan bakar di Umbai. Para pelancong dari dalam dan luar negara juga turut menikmati keindahan malam di tepi pantai Melaka sambil menjamu selera. Idea Contoh Impak Kesimpulannya, banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat diperoleh semasa mengikuti program lawatan sambil belajar. Lawatan ke Melaka contohnya, dapat memberi kesedaran bertapa pentingnya memulihara kesan-kesan peninggalan sejarah. Semua peninggalan sejarah ini menjadi daya tarikan kepada pelancong. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 43
  • 19. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 44 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 17 PERBINCANGAN FORMAT UMUM TEMA: MASYARAKAT Tajuk 17: Bersukan Menyihatkan Badan Bersukan merupakan satu daripada aktiviti riadah yang sesuai dilakukan oleh semua peringkat umur, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang. KERANGKA IDEA Info kegiatan penting seharian – bersenam, badan sihat – badan lemah, berpenyakit Idea 1 beraneka jenis sukan – olahraga, renang, bola sepak – anggota tubuh cergas, kuat Idea 2 zaman saiber, pelbagai kemudahan – malas bersukan – mudarat, badan lemah Idea 3 bersukan, sifat mulia – sifat sabar, kerjasama – harmoni, eratkan perpaduan kaum Idea 4 terhindar, gejala sosial – mencuri, melepak, ketagih dadah – merosakkan diri remaja Penutup bersukan sebagai aktiviti harian – memperoleh keharmonian hidup – sihat, cerdas Bersukan Menyihatkan Badan Bersukan merupakan salah satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan lemah dan mudah dihinggapi penyakit. Idea Contoh Impak Bersukan ada beraneka jenis. Antara kegiatan sukan ialah olahraga, renang, bola sepak, berjoging, berjalan kaki, dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan menjadi cergas dan kuat dengan bersukan. Idea Contoh Impak Pada zaman saiber yang semakin canggih ini, banyak kemudahan telah tersedia. Kemudahan ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Sikap ini akan memudaratkan diri kita. Badan kita akan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit. Idea Contoh Impak Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia seperti sabar, bekerjasama, bertolak ansur, dan semangat toleransi. Malah, dengan bersukan dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita. Idea Contoh Impak Bersukan dapat membentuk sikap mulia seseorang insan. Bersukan juga dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala yang tidak diingini seperti mencuri, melepak, dan menagih dadah. Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita terutamanya muda-mudi. Idea Contoh Impak Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita. Dengan bersukan, kita akan memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan yang sihat lahirlah otak yang cerdas. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 44
  • 20. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 45 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 18 PERBINCANGAN FORMAT UMUM TEMA: SEKOLAH Tajuk 18: Cara-cara Untuk Meraih Kecemerlangan Akademik Semua murid inginkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik. Bincangkan cara-cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran. kira lelaki mahupun perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang. KERANGKA IDEA Info impiankan kecemerlangan – pencapaian 5A dalam UPSR – usaha, kesungguhan Idea 1 tekun ketika belajar – memberi perhatian, catat nota – mudah menguasai pelajaran Idea 2 banyak ulang kaji – di rumah, baca nota pelajaran – bantu mendalamkan ingatan Idea 3 mengikuti kelas bimbingan – anjuran sekolah,pusat tuisyen – menguasai pelajaran Idea 4 banyak membuat latihan – diperoleh daripada buku, internet – pendedahan soalan Penutup berusaha memperoleh kejayaan – usaha tangga kejayaan – ibu bapa, guru gembira Cara-cara Untuk Meraih Kecemerlangan Akademik Tiap-tiap orang murid mempunyai impian untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran. Pencapaian 5A dalam UPSR merupakan neraca kecemerlangan seseorang murid. Kecemerlangan bukan datang mengolek tetapi perlu usaha dan kesungguhan. Idea Contoh Impak Tekun ketika belajar adalah kunci untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Kita mesti memberi perhatian semasa guru mengajar dan mencatat nota penting. Jika kita memberi tumpuan, mudahlah kita memahami dan menguasai pelajaran tersebut. Idea Contoh Impak Selain itu, kita perlu banyak mengulang kaji pelajaran. Ketika berada di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang guru beri. Latih tubi yang kita lakukan akan membantu mendalamkan ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran. Idea Contoh Impak Mengikuti kelas bimbingan merupakan satu cara untuk mengatasi kelemahan kita dalam pelajaran. Kita boleh mengikuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau yang disediakan oleh pusat tuisyen. Impaknya, pemahaman terhadap sesuatu topik yang guru ajarkan mudah untuk dikuasai. Idea Contoh Impak Di samping itu, kita juga perlu lebih banyak membuat latihan bagi memperkasa penguasaan terhadap sesuatu pelajaran. Latihan tersebut boleh kita peroleh daripada buku- buku yang ada di pasaran atau melalui penerokaan di internet. Latihan sebegini akan mendedahkan kita kepada item yang seakan-akan dengan soalan peperiksaan. Idea Contoh Impak Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang. Umpama kata pepatah “Usaha Tangga Kejayaan”. Ibu bapa dan guru-guru pasti akan berasa gembira dengan kejayaan tersebut. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 45
  • 21. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 46 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 19 PERBINCANGAN FORMAT UMUM TEMA: MASYARAKAT Tajuk 19: Kebaikan dan Keburukan Permainan Video Pusat permainan video yang banyak terdapat hari ini ada kebaikan dan keburukan kepada para remaja. Nyatakan pendapat dan pandangan kamu tentang perkara tersebut. perempuan. Bincangkan kebaikan bersukan kepada kesihatan seseorang. KERANGKA IDEA Info permainan video, digemari remaja – baik buruknya – merehatkan minda, melekakan Idea 1 bermain video, merugikan masa – leka dan mengasyikkan – banyak masa terbuang Idea 2 mendorong ponteng sekolah – berpakaian biasa – penglibatan, sukar dikesan polis Idea 3 banyak wang habis – sanggup menipu ibu bapa – wang digunakan, bermain video Idea 4 pergaulan lebih bebas – melepak, merokok, berpeleseran – berlakunya gejala sosial Penutup perminan video ada baik buruknya – pintar membuat keputusan – jangan keterlaluan Kebaikan dan Keburukan Permainan Video Permainan video sangat digemari oleh para remaja hari ini. Namun begitu, permainan ini ada baik dan ada buruknya kepada perkembangan minda seseorang. Permainan ini dapat merehatkan minda dan sekaligus boleh melekakan kita. Idea Contoh Impak Aktiviti bermain video yang keterlaluan akan merugikan masa. Hal ini demikian kerana kegiatan ini menjadikan remaja itu terlalu asyik dan terlalu leka. Secara tidak langsung, banyak masa yang dihabiskan untuk bermain video. Idea Contoh Impak Keasyikan ini akan mendorong para remaja untuk ponteng sekolah. Mereka berpakaian biasa ketika mengunjungi tempat-tempat ini. Oleh sebab itu, perbuatan mereka sukar dikesan oleh pihak poilis atau oleh pihak yang berwajib. Idea Contoh Impak Selain itu, banyak wang akan dihabiskan untuk tujuan tersebut. Malahan, ada remaja yang sanggup menipu ibu bapa untuk mendapatkan wang belanja yang lebih. Namun demikian, wang tersebut digunakan untuk bermain video. Idea Contoh Impak Di samping itu, kegiatan ini mendorong kepada pergaulan yang tidak terkawal dalam kalangan remaja. Mereka lebih gemar melepak, merokok, dan berpeleseran. Akibatnya, gejala sosial yang tidak sihat dan tidak bermoral ini sukar dibendung. Idea Contoh Impak Berdasarkan faktor-faktor di atas, jelas dan terbukti bahawa permainan video banyak mendatangkan keburukan kepada para remaja. Remaja masa kini harus pintar dalam membuat keputusan. Boleh bermain permainan video tetapi jangan keterlaluan. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 46
  • 22. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 47 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 20 PERBINCANGAN FORMAT UMUM TEMA: MASYARAKAT Tajuk 20: Kesan Buruk Makanan Ringan Kepada Kesihatan Semua jenis makanan ringan dilarang dijual di semua kantin sekolah. Namun, kanak-kanak dapat membelinya di kedai-kedai. Bincangkan kesan buruk makanan ringan kepada kesihatan. KERANGKA IDEA Info makanan yang disukai kanak-kanak – contoh makanan ringan – senang didapati Idea 1 pengiklanan harus dikurangkan – pengaruh iklan – fakta yang diiklankan tidak tepat Idea 2 mengandungi pewarna, perasa – kimia berbahaya – boleh merosakkan sistem saraf Idea 3 kebersihan tidak terjamin – tidak mengikut peraturan – berlaku keracunan makanan Idea 4 pengaruh, cara pembungkusan – tawaran hadiah permainan – jualan laris di pasaran Penutup penegahan membeli makanan ringan – kesan negatif – perlu disedarkan keburukan Kesan Buruk Makan Ringan Kepada Kesihatan Makanan ringan merupakan makanan yang amat disukai oleh kanak-kanak. Makanan ringan seperti keropok udang, kerepik kentang, gula-gula dijual dengan harga yang murah. Makanan ringan ini pula mudah didapati di mana-mana sahaja. Idea Contoh Impak Pengiklanan produk makanan ringan di akhbar dan di televisyen seharusnya dikurangkan. Iklan-iklan ini akan mempengaruhi kanak-kanak untuk membeli makanan ringan tersebut. Hal ini demikian kerana iklan yang disebarkan telah memperdaya kanak-kanak dengan fakta yang tidak tepat. Idea Contoh Impak Selain itu, makanan ringan juga mempunyai pewarna dan perasa tiruan yang berlebihan. Bahan pewarna dan perasa tiruan ini pula mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Bahan kimia ini juga boleh merosakkan sistem saraf seseorang. Idea Contoh Impak Dari segi kesihatan, penyediaan makanan ringan tidak terjamin kebersihannya. Makanan ini diproses tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan. Oleh sebab itu, ada sahaja kes-kes keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan ringan. Idea Contoh Impak Pengaruh makanan ringan sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak kerana cara pembungkusannya yang menarik. Tambahan pula, pembeliannya menawarkan hadiah permainan yang digila-gilakan oleh kanak-kanak. Impaknya, hadiah inilah yang menjadikan makanan ringan laris di pasaran. Idea Contoh Impak Kesimpulannya, kita perlu menegah kanak-kanak daripada memakan makanan ringan. Makanan ringan juga kurang baik untuk tumbesaran kanak-kanak. Kesedaran ini perlu disuntik bagi menjelaskan tentang keburukan memakan makan ringan. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 47
  • 23. MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 48 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 21 PERBINCANGAN FORMAT UMUM TEMA: SEKOLAH Tajuk 21: Menelaah Pelajaran Kunci Kejayaan Menelaah pelajaran menjamin kejayaan seseorang murid dalam bidang akademik. Bincangkan tentang kebenaran pendapat di atas. KERANGKA IDEA Info definasi pembelajaran – perlu kesungguhan, ketekunan – mencatat nota, merujuk Idea 1 menelaah, latih tubi berterusan – menyegarkan semula ilmu – mudah memahami Idea 2 pencairan, keciciran ilmu – menalaah lebih kerap – racak hampir waktu peperiksaan Idea 3 kayu ukur pemahaman – bertanya kepada guru – dapat memperkukuh pengetahuan Idea 4 faktor emosi murid – ketenangan mempengaruhi minda – mudah ilmu bertapak Penutup menelaah kunci kejayaan – sediakan jadual belajar – impian membuahkan hasil Menelaah Pelajaran Kunci Kejayaan Definasi pembelajaran bukan sekadar proses guru mengajar dan murid belajar sahaja. Murid- murid perlulah ada kesungguhan dan ketekunan menelaah pelajaran mereka. Menelaah pelajaran pula merangkumi mencacat nota dan membuat rujukan. Idea Contoh Impak Menelaah pelajaran perlukan latih tubi yang berterusan. Latih tubi ini pula akan membangkitkan kesegaran semula sesuatu topik yang kita pelajari. Apabila berlaku pembugaran ilmu, amat mudah untuk kita memahami apa-apa yang kita baca. Idea Contoh Impak Faktor masa juga antara penyebab berlakuknya pencairan dan keciciran ilmu. Bagi mengatasi masalah pencairan dan keciciran ilmu, menelaah perlu dilakukan lebih kerap. Semakin hampir hari peperikaan, semakin rancak proses menelaah diamalkan. Idea Contoh Impak Menelaah pelajaran juga menjadi kayu ukur penentu kefahaman kita terhadap sesuatu topik pelajaran. Jika kita kurang faham, kita mesti bertanya kepada guru kita. Impaknya, kita akan memperkukuh pengetahuan kita terhadap topik tersebut. Idea Contoh Impak Namun, faktor emosi perlu diambil kira ketika menelaah pelajaran. Ketenangan jiwa dan persekitaran yang sesuai akan mempengaruhi minda kita. Minda yang tenang akan memudahkan ilmu bertapak di ruang pemikiran kita. Idea Contoh Impak Kesimpulannya, kita dapat rumuskan bahawa menelaah adalah kunci kejayaan dalam pelajaran. Oleh itu, moleklah kita menyediakan jadual belajar sendiri di rumah bagi menelaah pelajaran mengikut keutamaan. Di samping itu, disiplin diri juga amat penting untuk merealisasikan agar impian membuahkan hasil yang diidam-idamkan. Idea Contoh Impak LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus 48