SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 18
BMM3105 2012
1.0    PENGENALAN



Penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat
atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran, hidupan dan
sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia dalam masa beberapa saat
sahaja. Terdapat pelbagai sumber yang boleh memberikan maklumat dan bahan
pengajaran. Begitu juga dengan bahan daripada jalur lebar yang boleh kita gunakan
kemudahannya bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga boleh menggunakan kemudahan
tersebut bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya sesi
pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer.




2.0     KONSEP LAMAN BLOGSPOT



Blog adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-
artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Blog adalah singkatan
daripada perkataan 'web log'. Secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan
secara dalam talian (online).




Oleh yang demikian, dalam blogspot kita boleh menyuarakan pendapat atau idea
secara terus ke alam maya, dengan cara ini juga kita mampu membentuk satu
komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian
idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik
daripada satu. Seseorang yang mempunyai blog dan rajin menukar maklumat dalam
blognya dipanggil blogger.




                                                                                 1
BMM3105 2012
Selain itu, dalam laman blogspot juga, pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Ada segelintir
ahli blogger yang menjadikan web log ini sebagai catatan atau diari harian, ada yang
menggunakannya sebagai pemasaran bagi pihak pengiklanan. Namun, kebanyakkan
blog yang dikendalikan dalam kalangan remaja dan generasi terdahulu adalah
bertujuan untuk berkongsi idea, pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorial
dalam pelbagai bidang




Oleh itu, pelbagai faedah yang boleh diperoleh daripada membuat web ini, yang
penting isi atau maklumat yang dikongsi adalah bermanfaat kepada pembaca. Begitu
juga dalam subjek BMM3105 iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer menekankan pengendalian web log atau blog ini sebagai
media untuk berkongsi ilmu disamping dapat meningkatkan lagi kemahiran ICT dalam
diri setiap pelajar. Lama-kelamaan, tidak mustahil kemahiran yang diperoleh dapat
diaplikasikan dalam bidang yang lain.




3.0   DEFINISI TAPAK PEMBELAJARAN

Tapak pembelajaran ialah satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman web di
mana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini
menempatkan      bahan    pengajaran    masa    kini   yang   menggunakan      komputer
sepenuhnya. Tapak pembelajaran sering digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran.




                                                                                       2
BMM3105 2012
3.1   Kepentingan Membina Laman Web


            3.1.1 Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang
                  lain.

             3.1.2 Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang

                   internet.

            3.1.3 Boleh menjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di

                  seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama.

            3.1.4 Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna.




3.0    PROSEDUR PEMBINAAN TAPAK PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN
       DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-
halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak
pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan
komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran haruslah berpandukan
kepada rancangan pengajaran harian.




                                                                                  3
BMM3105 2012
Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu




                                                                     4
BMM3105 2012




           5
BMM3105 2012




           6
BMM3105 2012
Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan. Laman web ini
sememangnya membantu dalam proses Pengajaran danPembelajaran Bahasa
Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan
tapak pembelajaran ini.




4.1       Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang
perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan
yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah
rekaan papan skrin, format gambar,grafik, format fail gambar, font atau muka
taip,ikon,pautan hyperteks dan animasi.




  BIL              PERKARA                                  HURAIAN


      1     Reka bentuk paparan skrin     Haruslah yang menarik, mudah

                                          Susun atur paparan skrin:
                                           (i) Seimbang : kedudukan teks
                                           (ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam
      2              Grafik
                                                          keadaan kemas, bersih
                                           (iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada
                                                           setiap paparan.
                                            Standard yang terdapat dalam semua
      3        Font atau muka taip            komputer ialah Arial dan Times New
                                              Roman.


                                                                                         7
BMM3105 2012
                        Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan
                          fon yang mudah untuk dibaca.
                        Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula
                          pada saiz 10-12.
                        Bagi penggunaan warna fon pula harus
                          berlainan seperti:
                           - Ketebalan
                           - Italic
                           - Bergaris
                           - Warna dan saiz fon berlainan.
                           - Huruf berkedip : sesuai untuk tarik
                               perhatian pembaca pada sesuatu
                               tempat.
                        Reka bentuk yang sesuai dengan topik
      Ikon              Pilihan warna yang sesuai pada ikon
                        (ambilkira latar belakang)
                        Terdiri daripada cebisan teks dan
                          maklumat dalam bentuk grafik atau
                          video.
Pautan hyperteks
                        Maklumat disambung antara satu sama
                          lain melalui pautan yang hasilnya tidak
                          berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
                        Bagi memudahkan memuat turun gambar
                          di dalam tapak pembelajaran ialah
                          menggunakan format seperti:
                          - JPEG (* .jpeg)
Format gambar
                          - GIF (* .gif)
                   Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil
                     saiznya supaya lebih mampat untuk lebih
                     pantas dimuat turun.


                                                                       8
BMM3105 2012
                                   Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga),


                                       (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
                                       Tidak digalakkan menggunakan fail gambar
             Format fail gambar
                                       bersaiz lebih dari 100kb.
                                         Satu siri gambar yang disusun atau
                                            ditayangkan satu per satu dengan
                                            begitu cepat sehingga kelihatan sperti
                                            satu gerakan.
                  Animasi                Animasi multimedia lebih kompleks
                                         Hanya digunakan pada paparan yang
                                            sesuai
                                         Penggunaan SWF ( Macromedia Flash )
                                            digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.




5.0      RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA




Tarikh           : 14 Ogos 2012

Tahun            : 5 Bestari

Masa             : 8.40- 9.40

Tema             : Keselamatan Jalan Raya

Tajuk            : Ingatlah Orang Tersayang

BIangan Murid    : 27 orang




                                                                                       9
BMM3105 2012
Fokus Utama :

5.2.Aras 3(i)         Membaca teks pelbagai laras dengan sebutan dan intonasi yang
betul serta gaya yang sesuai




Fokus Sampingan :

8.6 Aras I ( ii )      Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan
format.




Objektif :




Pada akhir pelajaran murid dapat :

    1. Membaca berita dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang
        sesuai.
    2. Menulis karangan berita tentang kemalangan jalan raya yang lengkap.



Kemahiran Berbahasa :

Kemahiran lisan

Kemahiran membaca

Kemahiraqn Menulis




Sistem Bahasa :

Tatabahasa          : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas



                                                                                     10
BMM3105 2012
Kosa Kata      : selekoh, lencongan, had laju, lintasan, terbabas




Pengisian Kurikulum :

Ilmu        - Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Nilai Murni - Berhati-hati, sabar dan berdisiplin




Kemahiran Bernilai Tambah :

   1. Kemahiran Berfikir – membanding dan membeza, mentafsir
   2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
   3. Kemahiran belajar cara Belajar
   4. Pembelajaran Konstruktivisme




Bahan Bantu Mengajar :

Rujukan URL : (slaid/powerpoint), LCD,Komputer,Lembaran kerja, petikan, peta grafik




Pengetahuan Sedia Ada :

Murid mengetahui dan pernah melihat kejadian kemalangan jalan raya. Murid pernah
melihat sendiri atau menonton pada kaca televisyen serta membaca berita tentang
insiden kemalangan jalan raya.




                                                                                  11
BMM3105 2012


     Isi              Aktiviti Pengajaran dan            Catatan
 Pelajaran                 Pembelajaran




Set Induksi   Penayangan iklan Kemalangan          KBT: Verbal
( 5 minit)    jalan raya                           Linguistik


              Guru Bersoal jawab dengan murid      BBM
              tentang tayangan video tersebut.     Rujukan URl




Langkah 1     Guru memaparkan berita-berita        ICT
(15 minit)    kemalangan jalanraya yang sering     Rujukan URL
              terdapat di media cetak dan media
              elektronik.                          BBM
                                                   Petikan berita
              Murid membaca teks petikan           dari akhbar
              berita tentang kemalangan jalan      Rujukan
              raya.                                URL


              Murid membaca petikan dengan         Peta grafik
              sebutan dan intonasi yang betul.


              Murid mencatat isi-isi penting di
              dalam peta pengurusan grafik


                                                                    12
BMM3105 2012

             yang disediakan.




Langkah 2    Guru menayangkan gambar-              ICT
(15 minit)   gambar Berita Buletin Utama           Interpersonal
             tentang kemalangan jalan raya.        Verbal
                                                   Linguistik
             Berdasarkan teks yang dibaca,
             murid diminta membuat simulasi        BBM
             membaca berita- Berita Ringkas.       Rujukan URL




Langkah 3    Guru menayangkan gambar               BBM
(20 minit)   kemalangan jalan raya.                Rujukan URL


             Perbincangan berkumpulan              Lembaran kerja
             tentang gambar yang telah dilihat.


             Murid diminta menulis karangan
             tentang berita kemalangan jalan
             raya.


Penutup      Guru menayangkan iklan tentang        BBM
(5 minit)    kemalangan jalan raya “ Ingatlah      Rujukan URL
             Orang Tersayang”
                                                   Nilai :


                                                                    13
BMM3105 2012

                   Guru membuat rumusan tentang:              Bertimbangrasa
                                                              Hormat
                      1. Kepentingan mematuhi                 Patuhi
                         peraturan jalan raya.                peraturan
                      2. Jangan amalkan sikap
                         mementingkan diri sendiri
                      3. Bertimbangrasa di jalan
                         raya.




6.0   SELAYANG PANDANG DARIPADA BLOGSPOT

Dalam subjek BMM3105, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan
Komputer mengkehendaki setiap pelajar membuat satu laman blogspot untuk
berkongsi ilmu dalam skop subjek ini. Oleh yang demikian, maklumat yang disalurkan
dalam laman blogspot yang berkisarkan mengenai subjek ini dapat memberi maklumat
dan mengenalkan subjek ini kepada masyarakat lain. Ilmu-ilmu yang dikongsi dapat
dikongsi dengan mudah tanpa mengira masa dan mengeluarkan wang ringgit. Namun
begitu, masalah yang sering timbul adalah jika individu tersebut tidak dapat
mengakses internet. Hal ini disebabkan, untuk merujuk maklumat yang terdapat dalam
blogspot, individu perlu mendapatkan talian laman sesawang.




Maklumat yang dikehendaki dalam laman blogspot BMM3105 ini adalah nota-nota
subjek PPG khususnya bagi semester 3. Sukatan pelajaran sekolah rendah KBSR
dan KSSR juga turut dimuatkan bagi memudahkan kita sebagai warga pendidik
membuat rujukan atau rancangan mengajar.         Di samping itu, Nota-nota lain yang

                                                                                  14
BMM3105 2012
berkaitan seperti tatabahasa, lagu kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajan
murid juga turut dimuatkan untuk dijadikan panduan.




Semasa proses membina blog ini, secara tidak langsung saya dapat belajar untuk
membuat blog secara atas talian. Oleh yang demikian, saya juga dapat meningkatkan
kemahiran dalam ICT dengan meneroka pelbagai bidang yang ada dalam laman
sesawang. Saya juga dapat berhubung dengan rakan-rakan yang jauh dan bertukar-
tukar ilmu serta pendapat dalam hal-hal pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.




Dalam pembelajaran ini juga, saya dapat mengembangkan kreativiti untuk membina
sesuatu bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dengan mengakses laman
sesawang untuk mendapatkan pelbagai bahan-bahan seperti gambar, video, audio
dan sebagainya. Oleh yang demikian, subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu Berbantukan Komputer ini banyak mendatangkan faedah kepada bakal-bakal
guru dalam zaman ICT serba canggih ini.




                                                                                15
BMM3105 2012
7.0    RUMUSAN

Secara keseluruhannya, semasa proses melaksanakan tugasana ini, banyak
maklumat yang saya peroleh dalam bidang yang berkaitan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer serta bahan bantu pengajaran
yang boleh dibuat dengan menggunakan komputer. Kita sedar, pada zaman
globalisasi dan ICT ini, penggunaan komputer semakin meluas digunakan. Pengajaran
melalui komputer juga telah diberi penekanan kepada murid-murid sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. Pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan
komputer ini sudah tentu sangat berkait rapat dengan penggunaan bahan-bahan
elektronik.




       Hal yang demikian, guru dapat membina bahan pengajaran dengan lebih
mudah kerana dapat mencari bahan pengajaran melalui laman sesawang. Daripada
laman sesawang ini, pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
dapat dibuat dan guru dapat memilih bahan yang bersesuaian dengan topik yang akan
diajar. Perancangan awal perlu diberi perhatian agar sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.




       Oleh itu, dalam tugasan ini juga menekankan perancangan membuat
rancangan pengajaran harian. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan tahap
pemahaman diri saya untuk menulis rancangan pengajaran harian yang baik dari
semasa        ke   semasa. Dalam tugasan ini juga, saya telah diperkenalkan dengan
membina laman blogspot. Laman blogspot ini dapat dijadikan rujukan dan media untuk
perkongsian ilmu. Sebagai seorang pendidik, laman blogspot ini boleh dikemas kini
dengan        memasukkan    pelbagai   bahan   pengajaran   dan   pembelajaran   yang
membolehkan murid merujuk untuk mendapatkan maklumat tambahan apa yang telah
dipelajari.




                                                                                   16
BMM3105 2012
8.0        REFLEKSI




       Alhamdulillah bersyukur kehadirat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya
dapat menyiapkan tugasan individu yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing
bagi subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
(BMM3105), iaitu En Muhaiyuddin b Haji Mohamed Azizi. Ruang lingkup tugasan
individu ini adalah berkaitan Rancangan Pengajaran Harian untuk murid tahap 2.




       Pada mula mendapat tugasan ini adalah merasakan tugasan ini adalah satu
tugasan yang mudah dan dapat mencambahkan pemikiran saya ketika menyiapkan
tugasan ini. Walau bagaimanapun,      ada juga kekangan masa yang saya hadapi
semasa proses menyiapkan tugasan ini kerana saya perlu menyiapkan tugasan lain
juga dalam masa yang sama. Pada awalnya juga, agak sukar juga bagi saya untuk
mencari bahan yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar seperti video, keratan
akhbar sebagainya. Saya juga menghadapi kesulitan semasa mambuat tapak
pembelajaran. Oleh itu, saya bersama beberapa rakan telah membuat perbincangan
untuk menyiapkan tugasan ini dan mendapatkan maklumat seperti yang dikehendaki.




       Perbincangan juga dilakukan bersama pensyarah pembimbing yang tidak lokek
untuk berkongsi ilmu. Segala kekeliruan dapat diatasi apabila pensyarah pembimbing
telah menghuraikan sedikit sebanyak mengenai tapak pembelajaran serta cara yang
betul untuk membuat RPH yang baik. Semasa menjalankan tugasan ini, saya berasa
gembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar membuat laman web
sendiri.   Hal ini disebabkan saya kurang mahir dalam menggunakan ICT. Tapak
pembelajaran yang dibina ini amat membantu saya kelak untuk dijadikan panduan
semasa mengajar murid-murid tahun lima di kelas saya. Saya sedar, dengan tugasan
sebegini dapat melatih diri saya untuk membuat RPH dengan baik di samping dapat
meluaskan pengetahuan dalam bidang ICT terutama sekali dalam penggunanaannya

                                                                                 17
BMM3105 2012
untuk mencari bahan bantu mengajar agar pengajaran dapat dipelbagaikan dan lebih
menarik.




      Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya dapat memperkukuhkan lagi ilmu
mengenai penyediaan bahan bantu mengajar tanpa perlu bersusah payah membuat,
membawa dan menyimpannya di tempat tertentu. Hanya di hujung jari sahaja semua
maklumat boleh disampaikan kepada pelajar.         Di samping itu,   saya dapat
meningkatkan daya kreativiti untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang baik
dan menarik dengan menggunakan komputer.




      Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar dari
mula sehingga saya berjaya melaksanakan tugasan ini kepada saya Encik
Muhaiyuddin b Haji Mohamed Azizi. Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang banyak
membantu secara lansung dan tidak langsung. Terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Oleh yang
demikian, saya berharap tugasan ini diterima dan    akan memberi manfaat serta
memberi sebanyak mungkin kebaikan kepada saya dan rakan seperjuangan.




Sekian, terima kasih.




                                                                              18

Más contenido relacionado

Similar a Prosedurpembinaantapak 120914024854-phpapp01 (1)

Artikel 10104955
Artikel 10104955Artikel 10104955
Artikel 10104955Jamil Jamil
 
Tmk tahun-4-em
Tmk tahun-4-emTmk tahun-4-em
Tmk tahun-4-emLily Herma
 
Modul Media Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentasi
Modul Media Pembelajaran Berbasis Multimedia PresentasiModul Media Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentasi
Modul Media Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentasimoelidyariska
 
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.TriBudhiSuwarsono1
 
Pemanfaatan Teknologi Komunikasi Pendidikan dalam Pembelajaran PAI
Pemanfaatan Teknologi Komunikasi Pendidikan dalam Pembelajaran PAI Pemanfaatan Teknologi Komunikasi Pendidikan dalam Pembelajaran PAI
Pemanfaatan Teknologi Komunikasi Pendidikan dalam Pembelajaran PAI aidadwiinizuka.blogspot.com
 
Produksi Materi Ajar
Produksi Materi AjarProduksi Materi Ajar
Produksi Materi AjarBudi Hartono
 
Modul Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentase
Modul Pembelajaran Berbasis Multimedia PresentaseModul Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentase
Modul Pembelajaran Berbasis Multimedia PresentaseNur Amalia
 
E learning dengan moodle
E learning dengan moodleE learning dengan moodle
E learning dengan moodleSariantiPurba
 
Modul pembelajaran berbasis multimedia presentase
Modul pembelajaran berbasis multimedia presentaseModul pembelajaran berbasis multimedia presentase
Modul pembelajaran berbasis multimedia presentaseervhan
 
Desain Materi Ajar
Desain Materi AjarDesain Materi Ajar
Desain Materi AjarBudi Hartono
 
Peranan video dalam pengajaran
Peranan video dalam pengajaranPeranan video dalam pengajaran
Peranan video dalam pengajaranAmy Syahida
 
2.Teori video-Hertien.pdf
2.Teori video-Hertien.pdf2.Teori video-Hertien.pdf
2.Teori video-Hertien.pdfadriramdani3
 
Aplikasi Jaringan Pendukung Sistem Infrmasi Berbasis Website Sma Arinda Palem...
Aplikasi Jaringan Pendukung Sistem Infrmasi Berbasis Website Sma Arinda Palem...Aplikasi Jaringan Pendukung Sistem Infrmasi Berbasis Website Sma Arinda Palem...
Aplikasi Jaringan Pendukung Sistem Infrmasi Berbasis Website Sma Arinda Palem...JpPhone
 

Similar a Prosedurpembinaantapak 120914024854-phpapp01 (1) (20)

Ppt kompeng
Ppt kompengPpt kompeng
Ppt kompeng
 
Artikel 10104955
Artikel 10104955Artikel 10104955
Artikel 10104955
 
Tmk tahun-4-em
Tmk tahun-4-emTmk tahun-4-em
Tmk tahun-4-em
 
Modul Media Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentasi
Modul Media Pembelajaran Berbasis Multimedia PresentasiModul Media Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentasi
Modul Media Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentasi
 
Modul
ModulModul
Modul
 
Uas pti 1301143
Uas pti 1301143Uas pti 1301143
Uas pti 1301143
 
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.
Modul pembuatan media pembelajaran interaktif dengan microsoft powerpoint.
 
Pemanfaatan Teknologi Komunikasi Pendidikan dalam Pembelajaran PAI
Pemanfaatan Teknologi Komunikasi Pendidikan dalam Pembelajaran PAI Pemanfaatan Teknologi Komunikasi Pendidikan dalam Pembelajaran PAI
Pemanfaatan Teknologi Komunikasi Pendidikan dalam Pembelajaran PAI
 
Produksi Materi Ajar
Produksi Materi AjarProduksi Materi Ajar
Produksi Materi Ajar
 
Modul Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentase
Modul Pembelajaran Berbasis Multimedia PresentaseModul Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentase
Modul Pembelajaran Berbasis Multimedia Presentase
 
E learning dengan moodle
E learning dengan moodleE learning dengan moodle
E learning dengan moodle
 
Modul pembelajaran berbasis multimedia presentase
Modul pembelajaran berbasis multimedia presentaseModul pembelajaran berbasis multimedia presentase
Modul pembelajaran berbasis multimedia presentase
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Desain Materi Ajar
Desain Materi AjarDesain Materi Ajar
Desain Materi Ajar
 
7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign7konsepdasarwebdesign
7konsepdasarwebdesign
 
Grafik reka leak
Grafik reka leakGrafik reka leak
Grafik reka leak
 
Peranan video dalam pengajaran
Peranan video dalam pengajaranPeranan video dalam pengajaran
Peranan video dalam pengajaran
 
2.Teori video-Hertien.pdf
2.Teori video-Hertien.pdf2.Teori video-Hertien.pdf
2.Teori video-Hertien.pdf
 
Aplikasi Jaringan Pendukung Sistem Infrmasi Berbasis Website Sma Arinda Palem...
Aplikasi Jaringan Pendukung Sistem Infrmasi Berbasis Website Sma Arinda Palem...Aplikasi Jaringan Pendukung Sistem Infrmasi Berbasis Website Sma Arinda Palem...
Aplikasi Jaringan Pendukung Sistem Infrmasi Berbasis Website Sma Arinda Palem...
 
Jawapan minggu 5
Jawapan minggu 5Jawapan minggu 5
Jawapan minggu 5
 

Prosedurpembinaantapak 120914024854-phpapp01 (1)

  • 1. BMM3105 2012 1.0 PENGENALAN Penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran, hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia dalam masa beberapa saat sahaja. Terdapat pelbagai sumber yang boleh memberikan maklumat dan bahan pengajaran. Begitu juga dengan bahan daripada jalur lebar yang boleh kita gunakan kemudahannya bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga boleh menggunakan kemudahan tersebut bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya sesi pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer. 2.0 KONSEP LAMAN BLOGSPOT Blog adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel- artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Oleh yang demikian, dalam blogspot kita boleh menyuarakan pendapat atau idea secara terus ke alam maya, dengan cara ini juga kita mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu. Seseorang yang mempunyai blog dan rajin menukar maklumat dalam blognya dipanggil blogger. 1
  • 2. BMM3105 2012 Selain itu, dalam laman blogspot juga, pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Ada segelintir ahli blogger yang menjadikan web log ini sebagai catatan atau diari harian, ada yang menggunakannya sebagai pemasaran bagi pihak pengiklanan. Namun, kebanyakkan blog yang dikendalikan dalam kalangan remaja dan generasi terdahulu adalah bertujuan untuk berkongsi idea, pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorial dalam pelbagai bidang Oleh itu, pelbagai faedah yang boleh diperoleh daripada membuat web ini, yang penting isi atau maklumat yang dikongsi adalah bermanfaat kepada pembaca. Begitu juga dalam subjek BMM3105 iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer menekankan pengendalian web log atau blog ini sebagai media untuk berkongsi ilmu disamping dapat meningkatkan lagi kemahiran ICT dalam diri setiap pelajar. Lama-kelamaan, tidak mustahil kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam bidang yang lain. 3.0 DEFINISI TAPAK PEMBELAJARAN Tapak pembelajaran ialah satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman web di mana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini menempatkan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran sering digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 2
  • 3. BMM3105 2012 3.1 Kepentingan Membina Laman Web 3.1.1 Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain. 3.1.2 Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet. 3.1.3 Boleh menjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama. 3.1.4 Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna. 3.0 PROSEDUR PEMBINAAN TAPAK PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman- halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada rancangan pengajaran harian. 3
  • 4. BMM3105 2012 Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu 4
  • 7. BMM3105 2012 Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan. Laman web ini sememangnya membantu dalam proses Pengajaran danPembelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini. 4.1 Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah rekaan papan skrin, format gambar,grafik, format fail gambar, font atau muka taip,ikon,pautan hyperteks dan animasi. BIL PERKARA HURAIAN 1 Reka bentuk paparan skrin Haruslah yang menarik, mudah Susun atur paparan skrin: (i) Seimbang : kedudukan teks (ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam 2 Grafik keadaan kemas, bersih (iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan. Standard yang terdapat dalam semua 3 Font atau muka taip komputer ialah Arial dan Times New Roman. 7
  • 8. BMM3105 2012 Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca. Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12. Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti: - Ketebalan - Italic - Bergaris - Warna dan saiz fon berlainan. - Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat. Reka bentuk yang sesuai dengan topik Ikon Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang) Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video. Pautan hyperteks Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti: - JPEG (* .jpeg) Format gambar - GIF (* .gif) Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun. 8
  • 9. BMM3105 2012 Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar. Tidak digalakkan menggunakan fail gambar Format fail gambar bersaiz lebih dari 100kb. Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan. Animasi Animasi multimedia lebih kompleks Hanya digunakan pada paparan yang sesuai Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil. 5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA Tarikh : 14 Ogos 2012 Tahun : 5 Bestari Masa : 8.40- 9.40 Tema : Keselamatan Jalan Raya Tajuk : Ingatlah Orang Tersayang BIangan Murid : 27 orang 9
  • 10. BMM3105 2012 Fokus Utama : 5.2.Aras 3(i) Membaca teks pelbagai laras dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai Fokus Sampingan : 8.6 Aras I ( ii ) Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan format. Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat : 1. Membaca berita dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. 2. Menulis karangan berita tentang kemalangan jalan raya yang lengkap. Kemahiran Berbahasa : Kemahiran lisan Kemahiran membaca Kemahiraqn Menulis Sistem Bahasa : Tatabahasa : Kata Nama Am dan Kata Nama Khas 10
  • 11. BMM3105 2012 Kosa Kata : selekoh, lencongan, had laju, lintasan, terbabas Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai Murni - Berhati-hati, sabar dan berdisiplin Kemahiran Bernilai Tambah : 1. Kemahiran Berfikir – membanding dan membeza, mentafsir 2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3. Kemahiran belajar cara Belajar 4. Pembelajaran Konstruktivisme Bahan Bantu Mengajar : Rujukan URL : (slaid/powerpoint), LCD,Komputer,Lembaran kerja, petikan, peta grafik Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui dan pernah melihat kejadian kemalangan jalan raya. Murid pernah melihat sendiri atau menonton pada kaca televisyen serta membaca berita tentang insiden kemalangan jalan raya. 11
  • 12. BMM3105 2012 Isi Aktiviti Pengajaran dan Catatan Pelajaran Pembelajaran Set Induksi Penayangan iklan Kemalangan KBT: Verbal ( 5 minit) jalan raya Linguistik Guru Bersoal jawab dengan murid BBM tentang tayangan video tersebut. Rujukan URl Langkah 1 Guru memaparkan berita-berita ICT (15 minit) kemalangan jalanraya yang sering Rujukan URL terdapat di media cetak dan media elektronik. BBM Petikan berita Murid membaca teks petikan dari akhbar berita tentang kemalangan jalan Rujukan raya. URL Murid membaca petikan dengan Peta grafik sebutan dan intonasi yang betul. Murid mencatat isi-isi penting di dalam peta pengurusan grafik 12
  • 13. BMM3105 2012 yang disediakan. Langkah 2 Guru menayangkan gambar- ICT (15 minit) gambar Berita Buletin Utama Interpersonal tentang kemalangan jalan raya. Verbal Linguistik Berdasarkan teks yang dibaca, murid diminta membuat simulasi BBM membaca berita- Berita Ringkas. Rujukan URL Langkah 3 Guru menayangkan gambar BBM (20 minit) kemalangan jalan raya. Rujukan URL Perbincangan berkumpulan Lembaran kerja tentang gambar yang telah dilihat. Murid diminta menulis karangan tentang berita kemalangan jalan raya. Penutup Guru menayangkan iklan tentang BBM (5 minit) kemalangan jalan raya “ Ingatlah Rujukan URL Orang Tersayang” Nilai : 13
  • 14. BMM3105 2012 Guru membuat rumusan tentang: Bertimbangrasa Hormat 1. Kepentingan mematuhi Patuhi peraturan jalan raya. peraturan 2. Jangan amalkan sikap mementingkan diri sendiri 3. Bertimbangrasa di jalan raya. 6.0 SELAYANG PANDANG DARIPADA BLOGSPOT Dalam subjek BMM3105, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer mengkehendaki setiap pelajar membuat satu laman blogspot untuk berkongsi ilmu dalam skop subjek ini. Oleh yang demikian, maklumat yang disalurkan dalam laman blogspot yang berkisarkan mengenai subjek ini dapat memberi maklumat dan mengenalkan subjek ini kepada masyarakat lain. Ilmu-ilmu yang dikongsi dapat dikongsi dengan mudah tanpa mengira masa dan mengeluarkan wang ringgit. Namun begitu, masalah yang sering timbul adalah jika individu tersebut tidak dapat mengakses internet. Hal ini disebabkan, untuk merujuk maklumat yang terdapat dalam blogspot, individu perlu mendapatkan talian laman sesawang. Maklumat yang dikehendaki dalam laman blogspot BMM3105 ini adalah nota-nota subjek PPG khususnya bagi semester 3. Sukatan pelajaran sekolah rendah KBSR dan KSSR juga turut dimuatkan bagi memudahkan kita sebagai warga pendidik membuat rujukan atau rancangan mengajar. Di samping itu, Nota-nota lain yang 14
  • 15. BMM3105 2012 berkaitan seperti tatabahasa, lagu kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajan murid juga turut dimuatkan untuk dijadikan panduan. Semasa proses membina blog ini, secara tidak langsung saya dapat belajar untuk membuat blog secara atas talian. Oleh yang demikian, saya juga dapat meningkatkan kemahiran dalam ICT dengan meneroka pelbagai bidang yang ada dalam laman sesawang. Saya juga dapat berhubung dengan rakan-rakan yang jauh dan bertukar- tukar ilmu serta pendapat dalam hal-hal pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam pembelajaran ini juga, saya dapat mengembangkan kreativiti untuk membina sesuatu bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dengan mengakses laman sesawang untuk mendapatkan pelbagai bahan-bahan seperti gambar, video, audio dan sebagainya. Oleh yang demikian, subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer ini banyak mendatangkan faedah kepada bakal-bakal guru dalam zaman ICT serba canggih ini. 15
  • 16. BMM3105 2012 7.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, semasa proses melaksanakan tugasana ini, banyak maklumat yang saya peroleh dalam bidang yang berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer serta bahan bantu pengajaran yang boleh dibuat dengan menggunakan komputer. Kita sedar, pada zaman globalisasi dan ICT ini, penggunaan komputer semakin meluas digunakan. Pengajaran melalui komputer juga telah diberi penekanan kepada murid-murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer ini sudah tentu sangat berkait rapat dengan penggunaan bahan-bahan elektronik. Hal yang demikian, guru dapat membina bahan pengajaran dengan lebih mudah kerana dapat mencari bahan pengajaran melalui laman sesawang. Daripada laman sesawang ini, pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dapat dibuat dan guru dapat memilih bahan yang bersesuaian dengan topik yang akan diajar. Perancangan awal perlu diberi perhatian agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, dalam tugasan ini juga menekankan perancangan membuat rancangan pengajaran harian. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan tahap pemahaman diri saya untuk menulis rancangan pengajaran harian yang baik dari semasa ke semasa. Dalam tugasan ini juga, saya telah diperkenalkan dengan membina laman blogspot. Laman blogspot ini dapat dijadikan rujukan dan media untuk perkongsian ilmu. Sebagai seorang pendidik, laman blogspot ini boleh dikemas kini dengan memasukkan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan murid merujuk untuk mendapatkan maklumat tambahan apa yang telah dipelajari. 16
  • 17. BMM3105 2012 8.0 REFLEKSI Alhamdulillah bersyukur kehadirat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan individu yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105), iaitu En Muhaiyuddin b Haji Mohamed Azizi. Ruang lingkup tugasan individu ini adalah berkaitan Rancangan Pengajaran Harian untuk murid tahap 2. Pada mula mendapat tugasan ini adalah merasakan tugasan ini adalah satu tugasan yang mudah dan dapat mencambahkan pemikiran saya ketika menyiapkan tugasan ini. Walau bagaimanapun, ada juga kekangan masa yang saya hadapi semasa proses menyiapkan tugasan ini kerana saya perlu menyiapkan tugasan lain juga dalam masa yang sama. Pada awalnya juga, agak sukar juga bagi saya untuk mencari bahan yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar seperti video, keratan akhbar sebagainya. Saya juga menghadapi kesulitan semasa mambuat tapak pembelajaran. Oleh itu, saya bersama beberapa rakan telah membuat perbincangan untuk menyiapkan tugasan ini dan mendapatkan maklumat seperti yang dikehendaki. Perbincangan juga dilakukan bersama pensyarah pembimbing yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Segala kekeliruan dapat diatasi apabila pensyarah pembimbing telah menghuraikan sedikit sebanyak mengenai tapak pembelajaran serta cara yang betul untuk membuat RPH yang baik. Semasa menjalankan tugasan ini, saya berasa gembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar membuat laman web sendiri. Hal ini disebabkan saya kurang mahir dalam menggunakan ICT. Tapak pembelajaran yang dibina ini amat membantu saya kelak untuk dijadikan panduan semasa mengajar murid-murid tahun lima di kelas saya. Saya sedar, dengan tugasan sebegini dapat melatih diri saya untuk membuat RPH dengan baik di samping dapat meluaskan pengetahuan dalam bidang ICT terutama sekali dalam penggunanaannya 17
  • 18. BMM3105 2012 untuk mencari bahan bantu mengajar agar pengajaran dapat dipelbagaikan dan lebih menarik. Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya dapat memperkukuhkan lagi ilmu mengenai penyediaan bahan bantu mengajar tanpa perlu bersusah payah membuat, membawa dan menyimpannya di tempat tertentu. Hanya di hujung jari sahaja semua maklumat boleh disampaikan kepada pelajar. Di samping itu, saya dapat meningkatkan daya kreativiti untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang baik dan menarik dengan menggunakan komputer. Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar dari mula sehingga saya berjaya melaksanakan tugasan ini kepada saya Encik Muhaiyuddin b Haji Mohamed Azizi. Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang banyak membantu secara lansung dan tidak langsung. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Oleh yang demikian, saya berharap tugasan ini diterima dan akan memberi manfaat serta memberi sebanyak mungkin kebaikan kepada saya dan rakan seperjuangan. Sekian, terima kasih. 18