Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Koleksi cerita melayu
1. KOLEKSI CERITA MELAYU
HARIMAU GUNUNG LEDANG
Pada suatu masa, Gunung Ledangterlalu banyak didiami oleh harimau.Ketika
harimau gunungitu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.
Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu.Sekawan kerbau
yang dijaga oleh seorang budak habis dibahamoleh mereka. Orang kayatuan punya
kerbau itu sangat marah.
“Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku.Kamu mesti ganti semua kerbau yang
telah dibaham itu,” kata orangkaya itu dengan marah.
Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak adatempat berlindung,kini
malang pula menimpa. Diabermenungdibawah sepohon pokok.
“Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti,”
kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.
Budak itu bertekad. Harimau dari gunungitu mesti diajar. Diamengambil upah
menjaga sekawan kerbaukepunyaan seorang kaya yang lain.Sampaiketikanya,
seekor harimau yang besar datang.Budak itu denganberani pergi kepada harimau
itu.
2. “Kamu pencuri bedebah mesti diajar!” katabudak itu dengan berani. Harimauyang
besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.
Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau.Apabila getah itu kering,
harimau tidak boleh membuka mulutnya.Kuku harimauitu juga disapugetah.Ia
tidak dapat mengeluarkan kukunya.
Budak itu juga mengikat kaki harimau.Apabila getahitu kering, harimau tidak boleh
membuka mulutnya.Kuku harimauitu juga disapugetah.Ia tidak dapat
mengeluarkan kukunya.
Budak itu juga mengikat kaki harimau.Hari telah malam,dia memanggilsemua
orang kampung datang.Orangkampung sangat hairan melihat keberanian budak
itu.
Budak itu berkata kepadaharimau yang sudahterbaring tidak bergerak, “Mulai
malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orangkampung.”
Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari
memancar, getahitu pun cair. Harimaumelarikan diri kerana ketakutan.Sejak itu
tiada lagi harimaudatang membaham binatang ternakan di kawasan itu.
Pengajaran :
1. Jangan menganiaya orang lain.
2. Usaha tangga kejayaan.
3. Jangan mudah putus asa.