3. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Menang… dalam undian Tiada sekali dalam jangkaan Hadirnya bukan bayangan Tetapi suatu kenyataan
4. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Di bilik khas segala perbincangan Untuk membuat satu keputusan Lantikan AJK sebagai landasan Bermulalah gelaran berjawatan
5. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Gahnya bergelar pemimpin atasan Kesenangan dalam genggaman Tercapai segala impian Lebar dalam senyuman
6. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Sudah menjadi satu kebiasaan Dihormati pelbagai lapisan Baik lawan atau kawan Dari pentadbiran hingga pengurusan
7. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Sungguh nikmat berjawatan Mendapat tempat dan ruangan Istimewa dalam layanan Bak raja di kayangan
8. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Renungannya tajam Katanya arahan Isyaratnya tindakan Berkuasa dalam urusan
9. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Aduannya diperhalusi Takut mengundang publisiti Tiada yang berani Semua ambil peduli
10. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Dalam kelebihan ada kekurangan Tatkala bergelar pucuk pimpinan Setiap langkah mendapat perhatian Tingkah laku menjadi sebutan
11. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Dalam islam banyak pengajaran Untuk menjadi pimpinan tauladan Ambil lah untuk diamalkan Apa yang akan dicatatkan:
12. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Pertama sifat ketaqwaan Berserah kepada Tuhan Kerana Dia yang menentukan Untung nasib seseorang
13. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Kedua adil dalam tugasan Jangan ada pilih-pilihan Khuatir berlaku ketidakpuasan Akan menghilang segala kepercayaan
14. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Ketiga jauh meninggi diri Kelak merugi diri sendiri Pasti takbur menjauhkan lagi Antara pemimpin dan yang dipimpini
15. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Keempat sedia membantu Kepada yang perlu Tanpa menunggu Masa dan waktu
16. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Kelima tunjukkan tauladan Dalam apa jua amalan Yang baik disegerakan Yang jahat dielakkan
17. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Keenam terima teguran Penuh keterbukaan Pasti ada kebaikan Jangan sesekali berdendam
18. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Ketujuh berhikmah dalam tindakan Agar baik jalan penyelesaian Jika tidak bakal mengundang Seribu penyesalan
19. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Kelapan elak batu loncatan Untuk diri mencapai kepuasan Kelak menjadi sebut-sebutan Tamak dalam kekuasaan
20. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Kesembilan pandangan jauh kehadapan Menuju matlamat dan wawasan Mengikut masa dan peredaran Jika tidak ketinggalan zaman
21. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Kesepuluh syura dalam pertimbangan Akan tercetus pelbagai pandangan Cantik dalam penilaian Terhasilnya satu rumusan
22. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Bukan mudah berjawatan Sebagai pemimpin atasan Takut jadi satu bebanan Menyesal tiada kesudahan
23. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Dalam diam terselit ungkapan Pasrah mengikut keadaan Yang penting sahut cabaran Sebagai bekal satu pengalaman
24. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Dalam kehidupan ada ujian Dalam ujian penuh dugaan Dalam dugaan perlu pengorbanan Dalam pengorbanan ada ganjaran
25. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Hidup bagai suatu kitaran Dari atasan menjadi bawahan Tiada yang berkekalan Tiada yang patut dibanggakan
26. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Lakukan segala tugasan Dengan penuh kejujuran Jangan lari dari tujuan Keikhlasan dalam perjuangan
27. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Nasihat penting pada pimpinan Bertanggungjawab pada Tuhan Taat pada segala suruhan Jauhilah setiap larangan
28. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Jawatan datang dan pergi Suka atau tidak disukai Jika baik budi pekerti Setiap kehilangan pasti dirasai Tersimpan kemas di lubok hati Dalam kenangan sampai ke mati
29. Nasihat Untuk Pemimpin Pelajar Akhirnya jadikan peringatan Segala yang diungkapkan Semoga membawa kecemerlangan Dalam memahami erti kepimpinan