SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 15
KOLEKSI PANTUN MELAYU KLASIK
« on: 26 September, 2007, 06:42:53 AM »

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara




Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat




Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan




Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah




Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan




Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya


Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi




Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga




Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu




Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati




Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu




Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh




Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya




Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal




Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan




Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum




Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang




Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa si pohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana




Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena si ikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa




Buah mangga melendut tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga




Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau




Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai




Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguh nya




Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya




Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula




Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak




Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri




Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu




Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
**********
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang




Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih




Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu




Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan




Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai




Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan




Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas




Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan




Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri


Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang




Daun selasih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung




Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis




Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati




Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga




Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang




Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan




Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya




Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh




Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau




lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut




anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit




saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati




burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi




batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari




daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih




Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati




Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya




Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang




Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung




Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang


Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari
**********
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
**********
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
**********
Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak
**********
Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang
**********
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
**********
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
**********
Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana
**********
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari
**********
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu
**********
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang
**********
Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu
**********
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?
**********
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh
**********
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu
**********
Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri
**********
Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan
**********
Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan
**********




« Last Edit: 04 April, 2009, 08:18:43 AM oleh Munaliza Ismail »
Logged



                                                   halawah




                                                  Posts: 2276

                         İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh



                                               o




Re: KOLEKSI PANTUN MELAYU KLASIK
« Jawab #1 on: 13 January, 2009, 01:11:59 PM »

Awan membeku timbul airsalju
bertepek digunung menggegel badanku
cuaca sejuk nikmat terkedu
Ya Allah nikmatmu hingga iman membeku


Fikiran merawang ilham tangis sendu
islam berjuang pahlawan sodok sudu
ilmu terbuang ibadah terkubur
bilakah ayat Al-Quran terpahat subur


Anak padi semakin tumbuh
bumi tersadai tanaman menjalur
insan dibumi semakin jauh
sunnatullah semakin keliru diatur


   Logged

İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh

hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh
Koleksi pantun melayu klasik

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )Iswan Basro
 
Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlismazelismail
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spmarisha akram
 
Syair wasiat ayahanda siti zawiyah
Syair wasiat ayahanda siti zawiyahSyair wasiat ayahanda siti zawiyah
Syair wasiat ayahanda siti zawiyahSITI TUAH
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektifsuseintay
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11zahorien
 
Pantun majlis
Pantun majlisPantun majlis
Pantun majlisskjap
 
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)Ahmad Haikal
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajaksaieyen
 

La actualidad más candente (20)

Syair
SyairSyair
Syair
 
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
Ebook Kompilasi 100 Sajak Terbaik Cikgu Iswan ( 1999 - 2014 )
 
Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlis
 
1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak
 
Pantun bahasa
Pantun bahasaPantun bahasa
Pantun bahasa
 
Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
 
Pantun Kasih Sayang
Pantun Kasih SayangPantun Kasih Sayang
Pantun Kasih Sayang
 
Sajak
SajakSajak
Sajak
 
Syair wasiat ayahanda siti zawiyah
Syair wasiat ayahanda siti zawiyahSyair wasiat ayahanda siti zawiyah
Syair wasiat ayahanda siti zawiyah
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
Pantun majlis
Pantun majlisPantun majlis
Pantun majlis
 
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
 
Peribahasa tahun 5
Peribahasa tahun 5Peribahasa tahun 5
Peribahasa tahun 5
 
Kata arah
Kata arahKata arah
Kata arah
 
Cerpen hadiah
Cerpen hadiahCerpen hadiah
Cerpen hadiah
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
Pantun majlis 2
Pantun majlis 2Pantun majlis 2
Pantun majlis 2
 

Destacado

Contoh surat dinas tentang permohonan bantuan keamanan
Contoh surat dinas tentang permohonan bantuan keamananContoh surat dinas tentang permohonan bantuan keamanan
Contoh surat dinas tentang permohonan bantuan keamananAnggy Wahyu Dwi Surya
 
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014Zack Eriez
 
Biodata guru
Biodata guruBiodata guru
Biodata guru1985putra
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Noor Aziana Fauzi
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahSuryadi Lagga
 
pengacaraan maljis
pengacaraan maljispengacaraan maljis
pengacaraan maljisCheq Nad
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG Yusrina Mustama
 

Destacado (7)

Contoh surat dinas tentang permohonan bantuan keamanan
Contoh surat dinas tentang permohonan bantuan keamananContoh surat dinas tentang permohonan bantuan keamanan
Contoh surat dinas tentang permohonan bantuan keamanan
 
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
 
Biodata guru
Biodata guruBiodata guru
Biodata guru
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
 
pengacaraan maljis
pengacaraan maljispengacaraan maljis
pengacaraan maljis
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
 

Similar a Koleksi pantun melayu klasik

Similar a Koleksi pantun melayu klasik (20)

Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik
 
Pantun warisan rina2011 blogspot.com
Pantun warisan rina2011 blogspot.comPantun warisan rina2011 blogspot.com
Pantun warisan rina2011 blogspot.com
 
Pantun jamuan tahun 6
Pantun jamuan tahun 6Pantun jamuan tahun 6
Pantun jamuan tahun 6
 
Koleksi pantun melayu suraya 2012
Koleksi pantun melayu suraya 2012Koleksi pantun melayu suraya 2012
Koleksi pantun melayu suraya 2012
 
Koleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlisKoleksi pantun pengacara majlis
Koleksi pantun pengacara majlis
 
KUMPULAN PANTUN
KUMPULAN PANTUNKUMPULAN PANTUN
KUMPULAN PANTUN
 
lagu-e28093-lagu-tematik.ppt
lagu-e28093-lagu-tematik.pptlagu-e28093-lagu-tematik.ppt
lagu-e28093-lagu-tematik.ppt
 
Lagu – lagu tematik
Lagu – lagu tematikLagu – lagu tematik
Lagu – lagu tematik
 
Pantun Berdasarkan Isi
Pantun Berdasarkan IsiPantun Berdasarkan Isi
Pantun Berdasarkan Isi
 
Lagu – lagu tematik
Lagu – lagu tematikLagu – lagu tematik
Lagu – lagu tematik
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat
 
7076858 kumpulan-lagu-keroncong
7076858 kumpulan-lagu-keroncong7076858 kumpulan-lagu-keroncong
7076858 kumpulan-lagu-keroncong
 
Kumpulan pantun
Kumpulan pantunKumpulan pantun
Kumpulan pantun
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Petikan lelakon
Petikan lelakonPetikan lelakon
Petikan lelakon
 
Cindai lyrics
Cindai lyricsCindai lyrics
Cindai lyrics
 
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
 
Kumpulan pantun by:ririnrosalinda abdinegara
Kumpulan pantun by:ririnrosalinda abdinegara Kumpulan pantun by:ririnrosalinda abdinegara
Kumpulan pantun by:ririnrosalinda abdinegara
 
Kumpulan pantun pantun @ririnrosalinda
Kumpulan pantun pantun @ririnrosalinda Kumpulan pantun pantun @ririnrosalinda
Kumpulan pantun pantun @ririnrosalinda
 

Koleksi pantun melayu klasik

  • 1. KOLEKSI PANTUN MELAYU KLASIK « on: 26 September, 2007, 06:42:53 AM » Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Tetak buluh panjang suluh Mari jolok sarang penyengat Angkat doa jari sepuluh Doa minta biar selamat Tuailah padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intailah kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Hendak dulang diberi dulang Dulang berisi sagu mentah Hendak pulang ku beri pulang Tinggalkan pantun barang sepatah Lancang kuning lancang pusaka Nampak dari Tanjung Puan Kalau kering laut Melaka Barulah saya lupakan tuan Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya Ayam hutan terbang ke hutan
  • 2. Tali tersangkut pagar berduri Adik bukan saudara bukan Hati tersangkut kerana budi Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga Bila memandang ke muka laut Nampak sampan mudik ke hulu Bila terkenang mulut menyebut Budi yang baik ingat selalu Burung Serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Budi bahasa rangkaian hati Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di pohon kayu Bukan sembah sebarang sembah Sembah adat pusaka Melayu Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di rumpun buluh Bukan sembah sebarang sembah Sembah menyusun jari sepuluh Laksamana berempat di atas pentas Cukup berlima dengan gurunya Bagaikan dakwat dengan kertas
  • 3. Sudah berjumpa dengan jodohnya Membeli papan di tengah pekan Papan kecil dibuat tangkal Mengapa umpan ikan tak makan Adakah kail panjang sejengkal Rumah limas anjung Selatan Bunga kemuning tumbuh di laman Tangkainya emas bunganya intan Bolehkah ranting hamba patahkan Tumbuh betik di tepi laman Pokok berangan pokok teruntum Sungguh cantik bunga di taman Bolehkah gerangan petik sekuntum Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis mayat di pintu kubur Teringat badan tidak sembahyang Baik-baik menanam selasih Jangan menimpa si pohon sena Baik-baik memilih kekasih Jangan sampai badan merana Baik-baik mengail tenggiri Takut terkena si ikan parang Baik-baik merendah diri Jangan menjadi hamba orang
  • 4. Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak dicari Mana yang dapat janganlah lupa Buah mangga melendut tinggi Buah kuini berangkai tiga Hidup kita tidur dan mati Sudah mati baru terjaga Buat bangsal di Pulau Daik Menahan taut sambil mengilau Kalau asal benih yang baik Jatuh ke laut menjadi pulau Budak-budak bermain tombak Tombak diikat dengan rantai Kalau takut dilambung ombak Jangan berumah di tepi pantai Halia ini tanam-tanaman Ke barat juga akan condongnya Dunia ini pinjam-pinjaman Akhirat juga akan sungguh nya Hari panas mencucuk benang Benang menjahit baju kebaya Air jernih lubuknya tenang Jangan disangka tiada buaya Kalau tahu peria tu pahit
  • 5. Tidak ku gulai dengan petola Kalau tahu bercinta tu sakit Tidak ku mulai dari semula Kalau tuan pergi ke Kelang Belikan saya semangkuk rojak Jangan diturut resmi kiambang Sungguhpun hijau akar tak jejak Pisang kelat digonggong helang Jatuh ke lubuk di Indragiri Jika berdagang di rantau orang Baik-baik menjaga diri Asap api embun berderai Patah galah haluan perahu Niat hati tak mahu bercerai Kehendak Allah siapa yang tahu Air dalam bertambah dalam Hujan di hulu belumlah teduh Hati dendam bertambah dendam Dendam dahulu belumlah sembuh ********** Anak punai anak merbah Hinggap ditonggak mencari sarang Anak sungai lagikan berubah Inikan pula hati orang Apa guna pasang pelita Jika tidak dengan sumbunya Apa guna bermain kata Kalau tidak dengan sungguhnya
  • 6. Buah kuini jatuh tercampak Jatuh menimpa bunga selasih Biar bertahun dilambung ombak Tidak ku lupa pada yang kasih Kajang tuan kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Dagang tuan dagang bertempat Dagang hamba terbuang lalu Buah jambu disangka kandis Kandis ada di dalam cawan Gula madu disangka manis manis lagi senyuman tuan Dari Arab turun ke Aceh Naik ke Jawa berkebun serai Apa diharap pada yang kasih Badan dan nyawa lagi bercerai Bunga Melati terapung-apung Bunga rampai di dalam puan Rindu hati tidak tertanggung Bilakah dapat berjumpa tuan Burung Merak terbang ke laut Sampai ke laut mengangkut sarang Sedangkan bah kapal tak hanyut Inikan pula kemarau panjang
  • 7. Bunga Melur kembang sekaki Mari dibungkus dengan kertas Di dalam telur lagi dinanti Inikan pula sudah menetas Dalam perlak ada kebun Dalam kebun ada tanaman Dalam gelak ada pantun Dalam pantun ada mainan Dari Jawa ke Bengkahulu Membeli keris di Inderagiri Kawan ketawa ramai selalu Kawan menangis seorang diri Dari teluk pergi pangkalan Bermain di bawah pohon kepayang Saya umpama habuk di papan Ditiup angin terbang melayang Daun selasih di Teluk Dalam Batang kapas Lubuk Tempurung Saya umpama si burung balam Mata terlepas badan terkurung Orang Melayu naik perahu Sedang berdayung hujan gerimis Hancur hatiku abang tak tahu Mulut tertawa hati menangis Orang tani mengambil nipah Hendak dibawa ke Indragiri Seluruh alam ku cari sudah
  • 8. Belum bersua pilihan hati Pasir putih di pinggir kali Pekan menyabung ayam berlaga Kasih tak boleh dijual beli Bukannya benda buat berniaga Ribu-ribu pokok mengkudu Cincin permata jatuh ke ruang Kalau rindu sebut namaku Airmata mu jangan dibuang Kalau roboh kota Melaka Sayang selasih di dalam puan Kalau sungguh bagai dikata Rasa nak mati di pangkuan tuan Limau purut lebat di pangkal Batang mengkudu condong uratnya Hujan ribut dapat ditangkal Hati yang rindu apa ubatnya Kalau menyanyi perlahan-lahan Dibawa angin terdengar jauh Rindu di hati tidak tertahan Di dalam air badan berpeluh Ku sangka nanas atas permatang Rupanya durian tajam berduri Ku sangka panas hingga ke petang Rupanya hujan di tengahari
  • 9. Kayuh perahu sampai seberang Singgah bermalam di kampung hulu Bukan tak tahu dunia sekarang Gaharu dibakar kemenyan berbau lembing atas tangga perisai atas busut kening atas mata misai atas mulut anak ikan dipanggang sahaja hendak dipindang tidak berkunyit anak orang dipandang sahaja hendak dipinang tiada berduit saya tak hendak berlesung pauh lesung pauh membuang padi saya tak hendak bersahabat jauh sahabat jauh merisau hati burung serindit terbang melayang singgah dihinggap di ranting mati duit ringgit dipandang orang jarang dipandang bahasa budi batu sangkar batu berpahat terpahat nama raja bestari makanan arif, kias ibarat pantun seloka, ulam jauhari daun durian jatuh tercampak
  • 10. lopak-lopak isi selasih tujuh tahun dilambung ombak tiada kulupa hati yang kasih Anak Cik Siti mencari tuba Tuba dicari di Tanjung Jati Di dalam hati tidakkan lupa Bagai rambut tersimpul mati Limau purut di luar pagar Rimbun putik dengan bunganya Hujan ribut padang terbakar Embun setitik padam apinya Puas saya bertanam ubi Nanas jugak dipandang orang Puas saya menabur budi Emas juga dipandang orang Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut rindu kini tiada penghujung Tinggi-tinggi pohon jati Tempat bermain simanja sayang Sungguh tinggi harga budi Budi dibalas kasih dan sayang Bunga Tanjung kembang semalam Pohon tinggi tidak berduri Gelombang besar di laut dalam Kerana Tuan saya kemari
  • 11. ********** Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman Hendak mati di hujung kuku Hendak berkubur di tapak tangan ********** Dari mana hendak ke mana Tinggi rumput dari padi Hari mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi ********** Padi ini semumba-mumba Daun kurma daun cempedak Macam mana hati tak hiba Entah bertemu entah tidak ********** Permata jatuh ke rumput Jatuh ke rumput berbilang-bilang Dari mata tidakkan luput Dalam hati tidakkan hilang ********** Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi jujungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman ********** Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga ********** Anak beruk di tepi pantai Pandai melompat pandai berlari Biar buruk kain dipakai Asal hidup pandai berbudi ********** Kiri jalan kanan pun jalan Tengah-tengah pohon mengkudu
  • 12. Kirim jangan pesan pun jangan Sama-sama menanggung rindu ********** Mendung si mega mendung Mendung datang dari utara Jangan selalu duduk termenung Kalau termenung badan merana ********** Pohon mengkudu tumbuhnya rapat Rapat lagi pohon jati Kawan beribu mudah didapat Sahabat setia payah dicari ********** Pokok terap tumbuh di bukit Belat berbanjar panjang ke hulu Jangan diharap guruh di langit Kilat memancar hujan tak lalu ********** Sampan kotak hilir mudik Dayung patah galah sebatang Ikhtiar tidak datang menggolek Akal tidak datang melayang ********** Siti Wan Kembang perintah Kelantan Nama termasyhur zaman dahulu Baik-baik memilih intan Takut terkena kaca dan batu ********** Buah langsat kuning mencelah Senduduk tidak berbunga lagi Sudah dapat gading bertuah Tanduk tidak berguna lagi ********** Dua paya satu perigi Seekor bujuk anak haruan Tuan di sana saya di sini Bagai pungguk rindukan bulan **********
  • 13. Gesek rebab petik kecapi Burung tempua membuat sarang Apa sebab jadi begini Karam berdua basah seorang ? ********** Hendak gugur gugurlah nangka Jangan menimpa putik pauh Hendak tidur tidurlah mata Jangan mengenang si dia yang jauh ********** Kain batik negeri seberang Dipakai anak Tanah Melayu Apa ertinya kasih dan sayang Kalaulah abang berjanji palsu ********** Pantai Cendering pasirnya putih Anak dagang berulang mandi Apa disesal orang tak kasih Sudah suratan diri sendiri ********** Disana pauh di sini pun pauh Daun mengkudu ditandungkan Adinda jauh kekanda jauh Kalau rindu sama tanggungkan ********** Pulau Tinggi terendak Cina Nampak dari Pulau Sibu Abang pergi janganlah lama Tidak kuasa menanggung rindu ********** Putik pauh delima batu Anak sembilang di tapak tangan Tuan jauh di negri satu Hilang di mata di hati jangan ********** « Last Edit: 04 April, 2009, 08:18:43 AM oleh Munaliza Ismail »
  • 14. Logged halawah Posts: 2276 İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh o Re: KOLEKSI PANTUN MELAYU KLASIK « Jawab #1 on: 13 January, 2009, 01:11:59 PM » Awan membeku timbul airsalju bertepek digunung menggegel badanku cuaca sejuk nikmat terkedu Ya Allah nikmatmu hingga iman membeku Fikiran merawang ilham tangis sendu islam berjuang pahlawan sodok sudu ilmu terbuang ibadah terkubur bilakah ayat Al-Quran terpahat subur Anak padi semakin tumbuh bumi tersadai tanaman menjalur insan dibumi semakin jauh sunnatullah semakin keliru diatur Logged İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh