1. KUMPULAN 5
PEMBINAAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK
UNTUK PERHATIAN :
DR. MARDZELAH BINTI MAKHSIN
KETUA KUMPULAN : NORAINI BT ISMAIL
1
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN
JABATAN PENGAJIAN BAHASA
SGRC 3043 –PENDIDIKAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
2. PEMBINAAN KONSEP KENDIRI
KANAK-KANAK
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI
KANAK-KANAK. INTERAKSI KANAK-
KANAK DENGAN ALAM SEKELILING.
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI
POSITIF. KOMPONEN-KOMPONEN
KONSEP KENDIRI DAN PERANAN
GURU BAGI MENINGKATKAN
KENDIRI POSITIF.
2
4. ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan
2. Konsep Kendiri
3. Pembentukan Konsep Kendiri
4. Struktur Konsep Kendiri
5. Jenis Konsep Kendiri
6. Konsep Kendiri Positif
7. Faktor Yang Mempengaruhi Konsep Kendiri Positif
8. Konsep Kendiri Negatif
9. Faktor Yang Mempengaruhi Konsep Kendiri Negatif
10. Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
11. Ciri-ciri Konsep kendiri Negatif
12. Cara-cara membentuk Konsep Kendiri Positif
13. Penutup
4
5. PENGENALAN
Konsep kendiri setiap individu berbeza
antara satu sama lain.
Kita mempunyai satu kendiri benar atau
kendiri tulen “jadi anda sahaja”.
Kendiri kita ada yang disukai atau sebaliknya.
5
6. KONSEP KENDIRI
Pengertian:
Ditakrifkan sebagai persepsi tentang diri
sendiri dan merangkumi gambaran tentang
rupa, kesihatan, kelemahan, kekuatan dan
tingkah laku kendiri seseorang individu.
Dibentuk hasil daripada interaksi individu
dengan orang lain dan penyesuaian diri
dengan alam sekitar.
6
7. KONSEP KENDIRI
Penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau
bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri
sama secara positif atau negatif.
Harter (1983) dalam buku personaliti ‘Becoming a
Person’: konsep kendiri ialah agen perkembangan diri
individu terutamanya kanak-kanak.
Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek yang unik
dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya.
7
8. KONSEP KENDIRI
Rogers (1951): konsep kendiri terdiri daripada
gabungan antara penilaian sendiri, penilaian
orang lain dan penilaiannya mengenai
persepsi orang lain terhadap dirinya sendiri
seperti rajah berikut:
8
9. KONSEP KENDIRI
Persepsi individu itu
sendiri mengenai
dirinya
9
KENDIRI
Penilaian orang lain
akan diri individu
Penilaian individu dan
persepsi orang lain
terhadap dirinya
10. pembentukan
KONSEP KENDIRI
H.W.Marsh dan R.J. Shavelson (1985); pelajar mempunyai
beberapa konsep kendiri yang berbeza-beza tetapi saling
berkaitan.
Terbahagi kepada 3 bahagian dalam bidang yang
berbeza, iaitu:
i. Inggeris
ii. Matematik
iii. Non-akademik
10
11. struktur
KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri terdiri daripada 4 struktur utama.
Elemen-elemen ini berkait rapat antara satu sama lain.
Elemen tersebut ialah:
i. Konsep kendiri positif
ii. Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif
iii. Konsep kendiri negatif
iv. Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif
11
14. konsep kendiri
positif
Seseorang yang dikaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah
mereka yang dapat membina konsep kendiri positif.
Mereka sentiasa mendapat layanan dan perhatian yang baik
daripada ibu bapa, keluarga, guru, rakan dan orang persekitarannya.
Sentiasa lebih banyak berjaya berbanding kegagalan.
Sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosi.
14
15. faktor yang mempengaruhi
konsep kendiri positif
Sentiasa memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian yang
membina, hadiah sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu
sama ada mendapat kejayaan mahupun kegagalan.
Layanan yang baik daripada ibu bapa dan keluarga. Tidak akan
merasa kekurangan atau kekosongan. Sentiasa dihargai dan
merasakan ada orang bersama-samanya dalam melakukan
sesuatu.
Persekitaran keluarga yang stabil dan harmoni. Keluarga ceria
membuatkan ahli keluarga berasa selamat dan gembira.
15
16. faktor yang mempengaruhi konsep
kendiri positif
Sentiasa mendapat pengiktirafan daripada ibu bapa, guru dan
rakan-rakan. Mereka sentiasa riang dan gembira kerana
membuatkan orang yang berada di persekitarannya
mempercayainya dan yakin dengan kebolehannya.
Keyakinan yang tinggi dalam diri individu sendiri juga dapat
membentuk konsep kendiri positif. Seseorang akan berusaha
untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa berasa takut
mengalamin kegagalan.
16
17. konsep kendiri
negatif
Individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan dalam apa bidang
sekali pun.
Sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk dan
perasaannya mudah tersinggung.
Individu ini sering dimarahi, dikritik sama ada daripada ibu
bapa, guru, rakan atau sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya.
Individu berkenaan akan berasa dirinya mempunyai keyakinan yang
rendah.
Kesannya individu akan menjadi pasif dan suka melakukan kerja-kerja
mudah dan senang untuk menjamin kejayaannya.
17
18. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP
KENDIRI NEgatif
Kurangnya kasih sayang, perhatian dan belaian daripada ibu
bapa, guru atau orang dewasa yang lain.
Suasana keluarga yang kucar kacir.
Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah.
Aspek fizikal yang tidak sempurna, misalnya kecacatan yang
dimiliki dirasakan menjadi penghalang kepadanya.
18
19. Mengalami lebih kejayaan daripada kegagalan
Sering mendapat pujian, gembira, yakin & percaya
Dapat menghadapi masalah & cabaran dengan
tabah
Optimistik, terbuka, sedia menerima kritikan orang
lain
Lebih tenang, mudah berinteraksi dengan orang
lain & senang dihampiri
Mempunyai emosi stabil
Dapat kasih sayang, perhatian ibu bapa, guru &
rakan yang lain
ciri-ciri murid yang meMpunyai
konsep kendiri positif
19
20. Sentiasa mengalami kegagalan
akademik/kokurikulum.
Selalu dikritik oleh guru, rakan dan ibu bapa.
Emosi tidak stabil (mudah tersinggung &
merajuk).
Kurang diterima oleh rakan.
ciri-ciri murid yang meMpunyai
konsep kendiri negatif
20
21. Keyakinan diri rendah, pasif, menarik diri dari
bersosialisasi.
Suka bermain dengan individu yang lebih muda.
Mempunyai daya intelek yang rendah.
Kurang kasih sayang daripada ibu bapa.
Gemar membuat kerja mudah, tiada cabaran.
ciri-ciri murid yang meMpunyai
konsep kendiri negatif
21
22. Guru perlu menjaga konsep kendiri murid-muridnya.
Perlu mengembangkan potensi yang sedia ada dalam
murid- murid sama ada dalam bidang akademik atau
kokurikulum.
Guru tidak boleh membandingkan murid-murid kerana
setiap murid adalah berbeza dan unik.
Guru mesti pandai menggunakan penilaian fleksibel kerana
prestasi akademik murid-murid sentiasa berubah.
Tidak boleh melabel seperti memanggil murid-muridnya
‘bodoh’ atau ‘lambat’ kerana bimbang lambat laun murid-
murid tersebut akan mempercayai bahawa mereka betul-
betul bodoh.
cara guru membantu pembentukan
konsep kendiri positif
22
23. Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha
pembelajaran murid-murid.
Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan
kesilapan dalam proses pembelajaran.
Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka.
Menerima murid-murid sebagai dirinya.
menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan
sebaya.
Memberi peluang kepada murid-murid untuk memainkan
peranan yang penting dalam proses pembelajaran.
Memupuk nilai-nilai murni.
cara guru membantu pembentukan
konsep kendiri positif
23
24. kesimpulan
Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah.
Konsep kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang yang
mempengaruhi persekitaran.
Semakin banyak bergaul, pengalamannya juga bertambah.
Seseorang yang memiliki konsep kendiri yang baik akan
membantunya menuju ke arah kesempurnaan kendiri bagi
menjamin kehidupan yang lebih bermakna.
Konsep kendiri perlu ditingkatkan agar murid dapat menempuh
masa depan dengan penuh cemerlang.
24
25. RUJUKAN
Atan Long. (1978). Psaikologi Pendidikan . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Ee Ah Meng (1995). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak.
Shah Alam : Fajar Bakti.
Ishak Alishah Ahmad . (2002). Panduan Pengajaran Tematik
Prasekolah. Selangor : Aras Mega (M) Sdn Bhd .
Modul PRA 3107. PAKK 2. Program Pensiswazahan Guru (PPG).
IPG Kampus Darulaman. Jitra.
Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993. Garis Panduan Kurikulum
Pendidikan Prasekolah Malaysia : Kementerian Pelajaraan
Malaysia. Kuala Lumpur .
25