SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 4
UCAPAN PENGACARA MAJLIS 
Aziz : Diminta semua tokoh yang bakal menerima anugerah dan semua hadirin mengambil tempat 
masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi. Adalah diingatkan agar semua hadirin 
memastikan telefon bimbit anda berada di dalam mod senyap. Tuan-tuan dan puan-puan diminta agar 
tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai. Kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan 
amatlah diharapkan. 
Aziz : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Datuk Adlie B. Jaafar, Pengarah Bahagian Matrikulasi 
Kementerian Pelajaran Malaysia diiringi Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi 
Pahang untuk masuk ke dewan. 
(VIP MASUK) 
Aziz : Para hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. 
(NYANYI LAGU ) 
Aziz : Semua hadirin dipersilakan duduk. 
Aziz : Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berbahagia, Datuk Adlie b Jaafar selaku Pengarah Bahagian 
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, diiringi Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang 
Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, barisan pensyarah, serta rakan-rakan seperjuangan 
sekalian. 
DUET : Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam satu Malaysia 
Izyan : Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita bersama-sama 
berkumpul di dalam majlis ini iaitu Majlis Anugerah Kecermelangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 
2013/2014. 
Izyan: Pancaran gamma halus disuluh, 
Bertapa di hutan meminta keramat, 
Angkat tangan jari sepuluh, 
Doa dipohon biar selamat. 
Izyan : Oleh itu, bagi memberkati majlis, dijemput Al -Fadhil Ustaz Luqman Hakim B Abdul Razak untuk 
memimpin bacaan doa. Dipersilakan. 
(DOA) 
Izyan : Amin Amin Ya Rabbal A’lamin. Alhamdulillah terus dipanjatkan, setulus hati, seikhlas murni, 
semanis kendiri, semurni jiwa, dimunajatkan rasa syukur ke hadrat ilahi tuan sekalian alam. Semoga 
barakah majlis bertuah, semoga atur cara sempurna InsyaAllah.
Aziz : Hadirin hadirat sekalian, majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Kolej 
Matrikulasi Pahang, Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya 
mempersilakan. 
(UCAPAN PENGARAH KOLEJ ) 
Izyan : Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Binti 
Awang Ghazali di atas ucapan itu sebentar tadi. Sebelum majlis merentas masa, sebelum bibir melontar 
bicara, majlis dengan penuh rasa hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Adlie B 
Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyampaikan 
ucapan sekaligus merasmikan Majlis Anugerah Kecermelangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014. 
Dengan segala hormatnya dipersilakan. 
(UCAPAN VIP ) 
Aziz : Terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi 
Kementerian Pelajaran Malaysia, diatas ucapan yang begitu bersemangat sebentar tadi. 
Aziz : Sidang hadirin yang dihormati, 
Bunga telur di hujung dahan, 
Penghias seri di waktu malam, 
Terima kasih tuan beri ucapan, 
Lafaz isytihar pembuka kalam. 
Izyan : Hadirin hadirat sekalian. Bagi menceriakan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama 
menyaksikan persembahan dari wakil pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Dengan segala hormatnya 
dipersilakan. 
(PERSEMBAHAN) 
Aziz : Ribuan terima kasih kepada wakil pelajar di atas persembahan yang begitu menghiburkan. 
Izyan : Seterusnya, tibalah kita ke acara yang dinanti -nantikan, iaitu Penganugerahan Sijil Kecemerlangan 
kepada tokoh-tokoh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Majlis dengan sukacitanya menjemput dan 
mempersilakan Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang 
untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan anugerah tersebut. 
Bagi penganugerahan Tokoh Sahsiah, Dijemput Zafirah Bt Abdullah. 
Bagi penganugerahan Tokoh Ko-kurikulum, dijemput Nurul Salsabila Bt Mohd Noor 
Dan bagi penganugerahan Tokoh Akademik, dijemput Nurul Ain Shahirah Bt Mohd Shariff
Aziz: Ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej 
Matrikulasi Pahang di atas penganugerahan sijil kepada tokoh-tokoh. Bagi menyerikan lagi majlis kita 
pada pagi ini, para hadirin akan disajikan dengan persembahan pantun yang telah disediakan oleh 
pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. 
(PERSEMBAHAN) 
Izyan : Terima kasih di atas persembahan itu tadi. Kini tibalah kita ke acara kemuncak iaitu 
Penganugerahan Sijil Kecemerlangan kepada tokoh Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Maka dengan ini 
dijemput Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian 
Pelajaran Malaysia untuk hadir ke pentas diiringi oleh Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang 
Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang bagi menyampaikan anugerah. 
Aziz : Tokoh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang ini merupakan anak kelahiran Kuala Besut, Terengganu. 
Dilahirkan pada 7 Ogos 1995. Antara pencapaian beliau sepanjang berada di Kolej Matrikulasi 
Pahang ini ialah Johan dalam Pertandingan Bola jaring Karnival Kolej Matrikulasi (KAKOM), 
merupakan salah seorang badan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang 
dimana beliau pernah menyertai kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak kolej. 
Izyan : Beliau juga menganggotai pasukan kawad kaki Kolej Matrikulasi Pahang sehingga ke peringkat 
kebangsaan. Di samping berbakat dalam bidang ko-kurikulum, beliau juga merupakan antara 
pelajar cemerlang dan ayam tambatan kolej dimana beliau memperoleh keputusan yang 
cemerlang dalam PSPM. Maka dengan ini dengan segala hormatnya dipersilakan tokoh pelajar 
Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014, Tuan Mimi Azreen Bt Tuan Mat untuk menerima 
anugerah ini 
Aziz : Seterusnya, kita saksikan lagi persembahan istimewa dari pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. 
Dengan ini dijemput para pelajar mengambil tempat. 
(PERSEMBAHAN) 
Aziz: Kini tibalah kita ke acara penutupan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 
2013/2014. Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan 
Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang tampil ke pentas untuk 
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah 
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia . 
Izyan : Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi i ni. 
Aziz : Majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar bersama para hadirin untuk menikmati 
sedikit jamuan yang telah disediakan. Selamat menjamu selera. 
DUET : Wabilahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Majlis bersurai....

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Auzaie_93
 
Skrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulumSkrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulum
Rohaya Ishak
 
Teks ucapan israk mikraj 2015
Teks ucapan israk mikraj 2015Teks ucapan israk mikraj 2015
Teks ucapan israk mikraj 2015
fadzilsmi
 
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersamaSkrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Norazliah Ani
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
sklunyingsebuyau
 
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlangTeks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Ady Putra
 

La actualidad más candente (20)

Teks pengacara majlis hari guru
Teks pengacara majlis hari guruTeks pengacara majlis hari guru
Teks pengacara majlis hari guru
 
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
Teks ucapan pengacara majlis sambutan hari guru dan pekerja sk bangsar 25 mei...
 
Teks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibgTeks ucapan perasmian mesy agung pibg
Teks ucapan perasmian mesy agung pibg
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
 
Skrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulumSkrip hari kokurikulum
Skrip hari kokurikulum
 
Teks pengacara majlis makan malam PIBG SK Skarok
Teks pengacara majlis makan malam PIBG SK SkarokTeks pengacara majlis makan malam PIBG SK Skarok
Teks pengacara majlis makan malam PIBG SK Skarok
 
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang
 
Teks ucapan israk mikraj 2015
Teks ucapan israk mikraj 2015Teks ucapan israk mikraj 2015
Teks ucapan israk mikraj 2015
 
Teks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan SekolahTeks Pengacara Sukan Sekolah
Teks Pengacara Sukan Sekolah
 
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi iiSkrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
Skrip juruacara lawatan penanda aras ke sksi ii
 
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersamaSkrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
Skrip juruacara majlis bicara buku dan perkongsian ilmu bersama
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
 
Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015
Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015
Skrip Pengacaraan Majlis Anugerah Cemerlang 2015
 
Teks pengacara majlis graduasi 2017
Teks pengacara majlis graduasi 2017Teks pengacara majlis graduasi 2017
Teks pengacara majlis graduasi 2017
 
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlangTeks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlang
 
teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis teks pengacaraan majlis
teks pengacaraan majlis
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraan
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Kem Motivasi T6 2016
Teks Pengacara Majlis Perasmian Kem Motivasi T6 2016 Teks Pengacara Majlis Perasmian Kem Motivasi T6 2016
Teks Pengacara Majlis Perasmian Kem Motivasi T6 2016
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
 

Similar a Ucapan pengacara majlis

TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
asmirahn
 
Teks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi campingTeks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi camping
kujeqbrutal
 
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 realAnugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
almubaraklet
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Nurulhuda Sharif
 
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Zack Eriez
 
Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013
Hafizah Izah
 
Kertas kerja program majlis graduasi 2016
Kertas kerja program majlis graduasi 2016Kertas kerja program majlis graduasi 2016
Kertas kerja program majlis graduasi 2016
Keetha Gnanamoorthy
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
nora fizah
 

Similar a Ucapan pengacara majlis (20)

Apc dan hari guru
Apc dan hari guruApc dan hari guru
Apc dan hari guru
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
 
Maka2015
Maka2015Maka2015
Maka2015
 
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala LangatTeks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013
Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013
Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013
 
Apc dan h ri gru dan raya
Apc dan h ri gru dan rayaApc dan h ri gru dan raya
Apc dan h ri gru dan raya
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
 
APC 2016.doc
APC 2016.docAPC 2016.doc
APC 2016.doc
 
Teks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi campingTeks mc mjlis penutup rasmi camping
Teks mc mjlis penutup rasmi camping
 
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 realAnugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
 
Ihya' ramadhan
Ihya' ramadhanIhya' ramadhan
Ihya' ramadhan
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
 
Teks pengacara-majlis
Teks pengacara-majlisTeks pengacara-majlis
Teks pengacara-majlis
 
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
Teks Anugerah Khidmat Cemerlang 2014
 
Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013
 
Buku program tadarus pandu puteri 2018
Buku program tadarus pandu puteri 2018Buku program tadarus pandu puteri 2018
Buku program tadarus pandu puteri 2018
 
Kertas kerja program majlis graduasi 2016
Kertas kerja program majlis graduasi 2016Kertas kerja program majlis graduasi 2016
Kertas kerja program majlis graduasi 2016
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
 

Ucapan pengacara majlis

  • 1. UCAPAN PENGACARA MAJLIS Aziz : Diminta semua tokoh yang bakal menerima anugerah dan semua hadirin mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi. Adalah diingatkan agar semua hadirin memastikan telefon bimbit anda berada di dalam mod senyap. Tuan-tuan dan puan-puan diminta agar tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai. Kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan amatlah diharapkan. Aziz : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Datuk Adlie B. Jaafar, Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diiringi Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang untuk masuk ke dewan. (VIP MASUK) Aziz : Para hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. (NYANYI LAGU ) Aziz : Semua hadirin dipersilakan duduk. Aziz : Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berbahagia, Datuk Adlie b Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, diiringi Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, barisan pensyarah, serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. DUET : Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam satu Malaysia Izyan : Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita bersama-sama berkumpul di dalam majlis ini iaitu Majlis Anugerah Kecermelangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014. Izyan: Pancaran gamma halus disuluh, Bertapa di hutan meminta keramat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon biar selamat. Izyan : Oleh itu, bagi memberkati majlis, dijemput Al -Fadhil Ustaz Luqman Hakim B Abdul Razak untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (DOA) Izyan : Amin Amin Ya Rabbal A’lamin. Alhamdulillah terus dipanjatkan, setulus hati, seikhlas murni, semanis kendiri, semurni jiwa, dimunajatkan rasa syukur ke hadrat ilahi tuan sekalian alam. Semoga barakah majlis bertuah, semoga atur cara sempurna InsyaAllah.
  • 2. Aziz : Hadirin hadirat sekalian, majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (UCAPAN PENGARAH KOLEJ ) Izyan : Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Binti Awang Ghazali di atas ucapan itu sebentar tadi. Sebelum majlis merentas masa, sebelum bibir melontar bicara, majlis dengan penuh rasa hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Anugerah Kecermelangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (UCAPAN VIP ) Aziz : Terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, diatas ucapan yang begitu bersemangat sebentar tadi. Aziz : Sidang hadirin yang dihormati, Bunga telur di hujung dahan, Penghias seri di waktu malam, Terima kasih tuan beri ucapan, Lafaz isytihar pembuka kalam. Izyan : Hadirin hadirat sekalian. Bagi menceriakan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan dari wakil pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (PERSEMBAHAN) Aziz : Ribuan terima kasih kepada wakil pelajar di atas persembahan yang begitu menghiburkan. Izyan : Seterusnya, tibalah kita ke acara yang dinanti -nantikan, iaitu Penganugerahan Sijil Kecemerlangan kepada tokoh-tokoh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan anugerah tersebut. Bagi penganugerahan Tokoh Sahsiah, Dijemput Zafirah Bt Abdullah. Bagi penganugerahan Tokoh Ko-kurikulum, dijemput Nurul Salsabila Bt Mohd Noor Dan bagi penganugerahan Tokoh Akademik, dijemput Nurul Ain Shahirah Bt Mohd Shariff
  • 3. Aziz: Ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang di atas penganugerahan sijil kepada tokoh-tokoh. Bagi menyerikan lagi majlis kita pada pagi ini, para hadirin akan disajikan dengan persembahan pantun yang telah disediakan oleh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. (PERSEMBAHAN) Izyan : Terima kasih di atas persembahan itu tadi. Kini tibalah kita ke acara kemuncak iaitu Penganugerahan Sijil Kecemerlangan kepada tokoh Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Maka dengan ini dijemput Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk hadir ke pentas diiringi oleh Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang bagi menyampaikan anugerah. Aziz : Tokoh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang ini merupakan anak kelahiran Kuala Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 7 Ogos 1995. Antara pencapaian beliau sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Pahang ini ialah Johan dalam Pertandingan Bola jaring Karnival Kolej Matrikulasi (KAKOM), merupakan salah seorang badan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang dimana beliau pernah menyertai kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak kolej. Izyan : Beliau juga menganggotai pasukan kawad kaki Kolej Matrikulasi Pahang sehingga ke peringkat kebangsaan. Di samping berbakat dalam bidang ko-kurikulum, beliau juga merupakan antara pelajar cemerlang dan ayam tambatan kolej dimana beliau memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PSPM. Maka dengan ini dengan segala hormatnya dipersilakan tokoh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014, Tuan Mimi Azreen Bt Tuan Mat untuk menerima anugerah ini Aziz : Seterusnya, kita saksikan lagi persembahan istimewa dari pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Dengan ini dijemput para pelajar mengambil tempat. (PERSEMBAHAN) Aziz: Kini tibalah kita ke acara penutupan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014. Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang tampil ke pentas untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia . Izyan : Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi i ni. Aziz : Majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar bersama para hadirin untuk menikmati sedikit jamuan yang telah disediakan. Selamat menjamu selera. DUET : Wabilahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.