SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 116
Descargar para leer sin conexión
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH
SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Oktober 2010
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung
jawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Oktober 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
ii
Cetakan Oktober 2010
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN
LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR).
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN
BAGI PROGRAM TERSEBUT.
iii
KATA ALU-ALUAN
Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk
melahirkan guru yang kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Pendidikan
Guru adalah bersifat dinamik dan senantiasa disemak dan diubah suai bagi
memenuhi keperluan semasa pendidikan negara seperti yang termaktub dalam
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi
Negara (GTP).
Modul ini merupakan usaha Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru selaras dengan perubahan
semasa dalam arena pendidikan dalam dan luar negara. Dengan pembaharuan
pembelajaran yang menggunakan modul akan dapat menggalakkan pembelajaran
kendiri yang lebih efektif dan berupaya mengkekalkan kualiti seperti dalam
pembelajaran bersemuka. Justeru itu tujuan modul ini digubal adalah untuk
menggantikan interaksi bersemuka antara pelajar dengan pensyarah.
Modul Pengajian Asas Pendidikan Alam Sekitar Kursus Perguruan Lepas I jazah
Sekolah Rendah (KPLI SR) menuntut pelajar membuat anjakan minda untuk
melahirkan guru permulaan yang kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran dan
nilai profesionalisme serta berjiwa pendidik yang mampu bersaing di persada
global.
(DATUK DR. HAILI BIN DOLHAN)
Rektor
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Oktober 2010
iv
Modul ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran secara
bestari (pembelajaran arah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri). Pembelajaran
arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang corak dan gaya
pembelajaran mereka. Adalah lebih berkesan jika pelajar menentukan sasaran
pembelajaran kendiri dan aras pencapaian mereka.
Modul ini ditulis mengikut susunan tajuk. Latihan-latihan disediakan dalam setiap
tajuk untuk membantu pelajar mengingat semula apa yang telah pelajari atau
membuatkan pelajar memikirkan tentang apa yang telah baca. Bagi latihan-latihan
yang diberikan, adalah lebih membantu jika pelajar berbincang dengan rakan- rakan.
Jumlah kandungan modul ini adalah untuk satu kredit bersamaan dengan lima belas
jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Modul pembelajaran ini adalah untuk
menggantikan interaksi dalam kelas dan untuk menyiapkan tugasan bagi mata
pelajaran pengajian asas Pendidikan Alam Sekitar. Walau bagaimanapun, pelajar
digalakkan berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar jika terdapat masalah
berhubung dengan modul ini.
Di dalam modul ini beberapa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran B
menerangkan kepada pelajar makna-makna ikon tersebut.
Semua latihan dan aktiviti di dalam senarai semak hendaklah disiapkan dan dihantar
dalam satu folio pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar.
Tip untuk membantu pelajar melalui kursus ini.
1. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran pelajar. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah
membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan
lain yang dicadangkan.
2. Luangkan masa yang mencukupi untuk membaca dan menyiapkan tugasan
serta latihan dalam modul.
3. Rujuk sumber lain yang relevan daripada apa yang telah diberikan kepada
pelajar. Teliti maklumat yang diterima.
4. Sediakan folio pembelajaran untuk mengumpul semua tugasan dan latihan
yang lengkap sebelum dihantar kepada pensyarah.
PANDUAN PELAJAR
v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
Falsafah Pendidikan Guru i
Kata Alu-Aluan Rektor iii
Panduan Pelajar iv
Pengenalan viii
Agihan Tajuk Modul ix
Ujian Pra x
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1.0: Pengenalan Kepada Pendidikan Alam
Sekitar 1
Sinopsis 1
Hasil Pembelajaran 1
Kerangka Tajuk 1
1.1 Sejarah Pendidikan Alam Sekitar 2
1.2 Matlamat Pendidikan Alam Sekitar 7
1.3 Objektif Pendidikan Alam Sekitar 8
Tajuk 2.0: Pengenalan Kepada Ekologi Asas 12
Sinopsis 12
Hasil Pembelajaran 12
Kerangka Tajuk 13
2.1 Komponen Alam Sekitar 13
2.2 Biosfera dan Ekologi 17
2.3 Ekosistem 18
Tajuk 3.0: Isu Alam Sekitar 25
Sinopsis 25
Hasil Pembelajaran 25
Kerangka Tajuk 25
KANDUNGAN MUKA SURAT
vi
3.1 Isu Alam Sekitar 26
3.2 Punca Isu Alam Sekitar 29
3.3 Kesan Isu Alam Sekitar 33
3.4 Menangani Isu 39
Tajuk 4.0: Pembangunan Lestari 44
Sinopsis 44
Hasil Pembelajaran 44
Kerangka Tajuk 45
4.1 Konsep Pembangunan Lestari 45
4.2 Tujuan Pembangunan Lestari 46
4.3 Strategi Pembangunan Lestari 49
4.4 Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan
Korporat Terhadap Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Alam Sekitar
50
Tajuk 5.0: Warga Alam Sekitar 52
Sinopsis 52
Hasil Pembelajaran 52
Kerangka Tajuk 53
5.1 Gaya Hidup Lestari 54
5.2 Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan
dan pemuliharaan Alam Sekitar 56
Tajuk 6.0: Pendidikan Alam Sekitar Merentas
Kurikulum 60
Sinopsis 60
Hasil Pembelajaran 60
Kerangka Tajuk 61
6.1 Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh 61
6.2 Pendekatan Kurikulum 62
6.3 Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran 64
6.4 Pendekatan Ko-kurikulum 69
6.5 Audit Hijau di Kampus IPG/Sekolah 73
6.6 Program Penghijauan 83
vii
Ujian Pasca
89
Bibliografi 92
Lampiran A: Ikon Modul 94
Lampiran B: Senarai Semak 95
Lampiran C: Cadangan Kerja Kursus Pendek 97
Panel Penulis Modul 100
Panel Pemurnian Modul 102
viii
PENGENALAN
Modul Pengajian Asas Pendidikan Alam Sekitar ini digubal bagi pelajar Kursus
Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Major Prasekolah. Modul ini
merupakan modul pembelajaran kendiri yang berjumlah satu kredit bersamaan dengan
lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah.
Agihan tajuk dalam modul ini adalah mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Alam
Sekitar Asas Dinamika Guru KPLI SR dan disusun mengikut enam tajuk utama iaitu
Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar, Pengenalan Kepada Ekologi Asas, Isu
Alam Sekitar, Pembangunan Lestari, Warga Alam Sekitar dan Pendidikan Alam Sekitar
Merentas Kurikulum.
Bagi setiap tajuk, nota ringkas untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman
terhadap isi kandungan kursus. Selain daripada mempelajari bahan dalam modul ini,
pelajar digalakkan merujuk kepada pelbagai sumber lain yang relevan kepada mata
pelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Terdapat beberapa tugasan, latihan dan aktiviti
dalam modul ini yang perlu dilengkap dan dikumpulkan dalam folio pembelajaran pelajar
untuk disemak oleh pensyarah.
Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan
ke arah kecemerlangan pendidikan.
LAMPIRAN 2
ix
Maklumat Agihan Tajuk Dalam Sukatan Pelajaran
Nama Kursus: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
AGIHAN TAJUK
Kandungan modul ini berjumlah satu kredit iaitu bersamaan dengan 15 jam bagi
menggantikan interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk
untuk pembelajaran melalui modul.
Bil. Tajuk Interaksi
Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jumlah
Jam
1 Pengenalan Kepada Pendidikan Alam
Sekitar
1 1
2 Pengenalan kepada Ekologi Asas 2 2
3 Isu Alam Sekitar 3 3
4 Pembangunan Lestari 2 2
5 Warga Alam Sekitar 1 1
6 Pendidikan Alam Sekitar Merentas
Kurikulum
6 6
JUMLAH 15 15
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
x
UJIAN PRA
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Arahan:
Jawab semua soalan dan tandakan jawapan anda dalam kotak yang disediakan.
No Pernyataan Betul Salah
1. Lapisan ozon adalah penting untuk kehidupan di bumi.
2. Lebih 5% sulfur yang berada di atmosfera adalah
disebabkan oleh aktiviti peletusan gunung berapi.
3. Salah satu kebaikan menggunakan kereta hibrid ialah
dapat menjimatkan penggunaan bahan bakar dan
mengurangkan pelepasan asap.
4. CFC dan lain-lain bahan karbon berklorida telah
memusnahkan lapisan ozon di kawasan Antartik and Artik.
5. Sinaran matahari yang banyak adalah baik untuk anda.
6. Karbon dioksida daripada pembakaran bahan api fosil
merupakan hasil keluaran terbesar masyarakat terkini.
7. Aerosol yang mengandungi CFC merosakkan lapisan
ozon.
8. Kereta akan menggunakan kurang bahan bakar jika ia
bergerak pantas dalam masa yang singkat.
9. Bahan api fosil terhasil daripada tumbuhan dan haiwan
yang tertanam di dalam bumi berjuta-juta tahun dahulu.
10. Lapisan ozon wujud antara 20 dan 50 km dari bumi.
11. Lapisan ozon menapis hampir semua radiasi ultraviolet
yang merbahaya daripada matahari.
12. Adalah selamat untuk membuang semua bahan yang tidak
diperlukan ke dalam longkang.
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
xi
No Pernyataan Betul Salah
13. Semua barangan buangan boleh dikitar semula.
14. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada
pemanasan global.
15. Pendedahan kepada bunyi yang kuat pada suatu
jangkamasa yang panjang tidak memberi kesan kepada
kita.
16. Kita membuang lebih banyak plastik berbanding kaca.
17. Kita mengitar semula kebanyakan tin minuman yang
digunakan.
18. Mengitar semula kertas dapat membantu menghentikan
penebangan hutan hujan.
19. Penangkapan ikan yang menggunakan jaring berlubang
kecil merupakan satu strategi penangkapan ikan secara
mampan.
20. Tanam tanaman seperti pudina untuk menghindarkan
serangga perosak.
21. Tenaga nuklear tidak menghasilkan bahan buangan toksik.
22. Kebanyakan bahan buangan adalah kertas ataupun hasil
kertas seperti kadbod.
23. Semua pencemaran air adalah disebabkan oleh aktiviti
manusia.
24. Menurunkan suhu sebanyak 10
-20
C dapat mengurangkan
pencemaran udara.
25. Kadangkala doktor menggunakan plastik terbiodegradasi
dalam tubuh kita.
26. Lampu mentol menggunakan tenaga elektrik yang kurang
daripada lampu pendaflour kerana ianya lebih kecil.
27. Mengitar semula tin aluminium memerlukan tenaga yang
lebih banyak berbanding proses menghasilkannya.
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
xii
No Pernyataan Betul Salah
28. Hujan asid akan memusnahkan hutan.
29. Kita boleh mengurangkan antara 40% hingga 90% bahan
buangan di tempat pembuangan sampah, jika kita
mengitar dan mengkompos buangan domestik sebanyak
yang boleh.
30. Stesen janakuasa nuklear tidak akan menambah
kandungan karbon dioksida yang boleh meningkatkan
pemanasan global.
31. Petrol tanpa plumbum adalah baik untuk lapisan ozon.
32. China merupakan negara yang paling banyak melepaskan
karbon dioksida di Asia.
33. Pernafasan boleh meningkatkan kesan rumah hijau.
34. Leptospirosis ialah sejenis penyakit yang merebak melalui
air kencing manusia.
35. Matahari adalah sumber tenaga utama bagi manusia.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
1
TAJUK 1.0 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN
ALAM SEKITAR
Sinopsis
Tajuk satu ialah Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar. Tajuk ini
meliputi tiga sub tajuk iaitu Sejarah Pendidikan Alam Sekitar, Matlamat
Pendidikan Alam Sekitar dan Objektif Pendidikan Alam Sekitar.
Hasil Pembelajaran
(i) Menjelaskan asal usul Pendidikan Alam Sekitar di peringkat
antarabangsa dan Malaysia.
(ii) Mengenal pasti penubuhan/kewujudan program Pendidikan Alam
Sekitar.
(iii) Mencari maklumat daripada internet dan media cetak.
Kerangka Tajuk
Rajah 1.1: Kerangka Tajuk Satu
Pengenalan Kepada
Pendidikan Alam
Sekitar
Sejarah Pendidikan
Alam Sekitar
Matlamat Pendidikan
Alam Sekitar
Objektif Pendidikan
Alam Sekitar
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
2
1.1 Sejarah Pendidikan Alam Sekitar
Pernahkan anda membaca tentang sejarah Pendidikan Alam Sekitar?
Siapakah pula yang diberi gelaran sebagai pengasas kepada Pendidikan
Alam Sekitar? Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam
Sekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) manakala orang yang
pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah
Thomas Pritchard semasa persidangan IUCN di Paris dalam tahun 1958.
Beberapa persidangan di peringkat antarabangsa seperti
Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter
(1975), Malta (1991), Agenda 21 (1992) sehinggalah terhasilnya
Laporan Kabinet (1979) di Malaysia. Ini merupakan faktor pencetus
kepada arena perbincangan tentang alam sekitar dunia serta peranan
Pendidikan Alam Sekitar dalam memastikan keseimbangan alam sekitar.
Ekoran daripada Persidangan Stockholm serta beberapa persidangan
lain ini akhirnya telah berjaya merangka suatu garis panduan, prinsip,
matlamat dan juga objektif Program Pendidikan Alam Sekitar.
Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di
Stockholm, Sweden dengan tema “Prinsip dan Alam Sekitar Manusia”
(Human Environment and Principles) dan dianjurkan oleh United Nations.
Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai satu keputusan tentang
pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap
situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.
Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan
Pendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramai
pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia. Persidangan ini dikendalikan
oleh United Nations Education, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO) dengan kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP)
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
3
dan diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977.
Persidangan ini telah dihadiri oleh 265 delegasi dan 65 pembentang
serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi
bukan kerajaan antarabangsa. Dalam persidangan ini, garis panduan,
matlamat, serta objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan
latihan dalam dan pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan.
Kesinambungan dengan itu, satu Seminar Latihan Alam Sekitar
telah diadakan di Malta pada tahun 1991 di bawah anjuran UNESCO.
Seminar ini mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam
Sekitar adalah untuk membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan
memahami isu-isu alam sekitar di samping dapat menguasai kemahiran
dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta
dalam masa yang sama dapat mengekalkan kualiti alam sekitar dan
secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.
Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun
1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan
tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta
memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan
negara. Hasil Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun
1979 memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas
kurikulum dalam struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
4
KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas
kurikulum bermula dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4
hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga
dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sehubungan dengan itu juga pihak
Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan
untuk guru-guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk “Buku
Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR”
pada tahun 1998.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
5
Latihan
Sejarah Pendidikan Alam Sekitar
Langkah 1:
Cari dan akses bahan-bahan rujukan dan maklumat
tentang sejarah Pendidikan Alam Sekitar daripada
beberapa media cetak dan internet. Kumpulkan
bahan-bahan tersebut dan catatkan sumber
rujukannya.
Langkah 2:
Bina satu jadual rumusan yang menunjukkan aliran
tarikh, tempat, peristiwa-peristiwa dan fakta-fakta
penting yang telah diputuskan bagi setiap Persidangan
Alam Sekitar bermula dengan Persidangan Stockholm
(1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975),
Malta (1991), Agenda 21 (1992) sehinggalah
terhasilnya Laporan Kabinet (1979) di Malaysia.
Jadual 1 adalah contoh yang boleh digunakan dan
diubahsuai mengikut kreativiti anda.
Langkah 3:
Masukkan bahan-bahan yang telah siap dihasilkan ke
dalam Folio Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
6
Jadual.1: Contoh Kronologi Persidangan Antarabangsa
Pendidikan Alam Sekitar
Tarikh/Tahun
Persidangan
Nama
Persidangan
Tempat
Persidangan
Tujuan Keputusan
1972 Stockholm
1977 Tbilisi
RUMUSAN/KESIMPULAN
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
7
1.2 Matlamat Pendidikan Alam Sekitar
Bilakah matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam Sekitar
ditetapkan? Semasa Deklarasi Tblisi 1977, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu telah bersetuju menetapkan matlamat, objektif dan prinsip
Pendidikan Alam Sekitar bagi negara-negara di seluruh dunia. Matlamat
Pendidikan Alam Sekitar ialah untuk:
(i) Menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi,
sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di bandar
dan luar bandar.
(ii) Menyediakan peluang kepada semua orang untuk
memperoleh pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan
kemahiran untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar.
(iii) Menghasilkan corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar
dalam kalangan individu, kumpulan dan masyarakat
seluruhnya.
Menurut UNESCO (1976), matlamat utama Pendidikan Alam
Sekitar adalah seperti kenyataan berikut.
“…. to develop a world population that is aware of and
concerned about environment and its associated problems
and which has the knowledge, skills, attitudes, motivation
and commitment to work individually and collectively
towards the solution of its current problem and prevention of
new ones.”
(UNESCO, 1976)
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
8
1.3 Objektif Pendidikan Alam Sekitar
Persidangan Tbilisi 1977 juga telah menetapkan lima objektif Pendidikan
Alam Sekitar seperti berikut:
(i) Kesedaran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu
memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitar
seluruhnya dan permasalahan alam sekitar.
(ii) Pengetahuan: untuk membantu kumpulan sosial dan individu
memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas
terhadap alam sekitar dan permasalahan alam sekitar.
(iii) Sikap: untuk membantu kumpulan sosial dan individu
memperoleh satu set nilai dan perasaan keprihatinan terhadap
alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam
pemeliharaan dan pembaikan alam sekitar.
(iv) Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu
memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah alam sekitar.
(v) Penglibatan: untuk menyediakan peluang kepada kumpulan
sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat
bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar.
Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar
adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang
berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil
tindakan. Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan
sama ada secara formal atau tidak formal untuk mengubahsuai
kefahaman dan sikap manusia agar lebih prihatin terhadap alam yang
telah banyak berjasa kepadanya (Abdul Manaf Muda, 1993).
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
9
Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga terdapat 12 prinsip
Pendidikan Alam Sekitar telah ditetapkan iaitu:
(i) Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam
sekitar semula jadi dan buatan, teknologi dan sosial seperti
ekonomi, politik, sejarah, budaya, etika dan estetika.
(ii) Menjadi satu proses sepanjang hayat, bermula dari
peringkat prasekolah dan disambung sehingga peringkat
pendidikan formal dan bukan formal.
(iii) Menggunakan pendekatan merentas kurikulum dengan
menerapkan nilai-nilai alam sekitar kepada mata pelajaran
khusus setiap disiplin dalam bentuk perspektif yang holistik
dan seimbang.
(iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan,
nasional dan antarabangsa.
(v) Memfokuskan kepada potensi situasi alam sekitar terkini
dengan mengambil kira perspektif sejarah.
(vi) Mempromosikan nilai dan keperluan berasaskan tempatan,
nasional dan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan
menyelesaikan masalah alam sekitar.
(vii) Mengambilkira dengan terperinci setiap aspek alam sekitar
dalam plan pertumbuhan dan pembangunan.
(viii) Membolehkan pelajar berperanan dalam merancang
pengalaman pembelajaran dan mendapat peluang untuk
membuat dan menerima keputusan bersama.
(ix) Menghubungkait sensitiviti alam sekitar, pengetahuan,
kemahiran penyelesaian masalah dan nilai yang jelas
kepada semua peringkat umur dengan memberi penekanan
khusus terhadap sensitiviti alam sekitar.
(x) Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi
masalah sebenar alam sekitar.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
10
(xi) Menekankan kompleksiti masalah alam sekitar dan
keperluan untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran
penyelesaian masalah.
(xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar secara pelbagai
dan pendekatan pendidikan yang meluas bagi mengajar,
belajar tentang dan dari alam sekitar dengan menekankan
kepada aktiviti praktikal dan pengalaman sebenar.
Memikir:
Buat refleksi tentang mengapa Pendidikan Alam Sekitar
perlu diintegrasikan dalam setiap mata pelajaran di
sekolah.
Rehat
Buku Rujukan
Abdul Manaf Muda. (1993). Pendidikan Alam Sekitar. Jurnal Akademik
Maktab Perguruan Kuala Terengganu. 8: 67-75.
Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar:
Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru. (1997). Huraian Sukatan Pendidikan Alam
Sekitar Diploma Perguruan Malaysia. Malaysia: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kartini Abdul Mutalib. (2008). Keberkesanan modul pengajaran
Ekosistem Hutan Tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan
sikap pelajar. Tesis Phd. Fakulti Pengajian Alam Sekitar. UPM.
Serdang. Tidak diterbitkan.
Barraza, L., Duque-Aristizabal, A.M. dan Robolledo, G. (2003).
Environmental Education: from policy to practice. The Journal of
Environmental Education. 9(3): 347-357.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
11
Hart, E.P. (1981). Identification of key characteristics environmental
education. The Journal of Environmental Education. 13(1): 12-16.
Hungerford, H.R. dan Volk, T.L. (1990). Changing learner behaviour
through environmental education. The Journal of Environmental
Education. 21(3): 8-12.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru:
Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum KBSR. Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Palmer, J. dan Neal, P. (1994). The handbook of environmental
education. London and New York: Routledge.
Rozita Ibrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: Isu dan cabaran. Dlm,
Jamaluddin Md Jahi dan Mohd Jailani Mohd Nor. Environmental
management 2001. Proceeding national seminar on environmental
management: Current development and future planning (hlm. 23-30).
14-15 Ogos 2001, Bangi, Selangor.
UNESCO-UNEP. (1978). Final Report: Intergovernmental Conference on
Environmental Education (Tbilisi, USSR). Paris: UNESCO.
Bahan Bacaan
Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:
http://en.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Conference_on_the_Human_
Environment
http://en.wikipedia.org/wiki/Agenda_21
http://unesdoc.unesco.org/images/0013/001334/133472eo.pdf
http://www.gdrc.org/uem/ee/tbilisi.html
http://www.un.org/documents/ecosoc/cn17/2000/ecn172000-8.htm
http://www.unep.org/Documents.Multilingual/Default.asp?DocumentID=9
7
http://www.un-documents.net/unchedec.htm
http://www.un-documents.net/rio-dec.htm
http://www.un.org/esa/dsd/agenda21/
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
12
TAJUK 2.0 PENGENALAN KEPADA EKOLOGI ASAS
Sinopsis
Tajuk dua adalah Pengenalan kepada Ekologi Asas. Tajuk ini
dibahagikan kepada tiga sub tajuk iaitu Komponen Alam Sekitar,
Biosfera dan Ekologi dan juga Ekosistem.
Hasil Pembelajaran
(i) Mengumpulkan maklumat tentang konsep alam sekitar dan
komponennya dari pelbagai sumber.
(ii) Menerangkan dan memberi contoh komponen alam sekitar.
(iii) Membanding beza konsep biosfera dan ekologi.
(iv) Mengenal pasti dan melukis satu ekosistem di kawasan kampus.
(v) Menerangkan proses pemindahan tenaga dalam rantaian
makanan.
(vi) Membina satu rantai makanan.
(vii) Melukis beberapa kitaran semulajadi.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
13
Kerangka Tajuk
Rajah 2.1: Kerangka Tajuk Dua
2.1 Komponen Alam Sekitar
Setiap hari kita menyebut tentang alam sekitar, tetapi apakah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan alam sekitar? Alam sekitar
adalah dunia di sekeliling kita. Untuk memelihara komponen-komponen
alam sekitar, kita perlu memahami alam sekitar secara menyeluruh. Alam
sekitar terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu:
(i) alam sekitar semulajadi (natural environment)
(ii) alam sekitar buatan (man-made environment)
(iii) alam sekitar sosiobudaya (socio-cultural environment)
Alam sekitar semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi, dan
kitaran fizikal yang menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen,
karbon dan air) serta sistem biologi dan ekologi (benda hidup yang saling
berinteraksi).
Pengenalan Kepada
Ekologi Asas
Komponen Alam
Sekitar
Biosfera dan Ekologi Ekosistem
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
14
Rajah 2.1 : Alam sekitar semulajadi
Alam sekitar buatan merangkumi manusia dan persekitaran
buatan manusia. Alam sekitar buatan merujuk kepada persekitaran fizikal
binaan atau ciptaan manusia iaitu alam sekitar yang dibina oleh manusia
seperti taman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan
lain-lain.
Alam sekitar sosiobudaya merujuk kepada alam sekitar yang
berkaitan dengan bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri
mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan,
kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya. Ia
merangkumi hubungan ataupun pertalian rapat antara manusia dengan
budayanya ataupun budaya di sekelilingnya termasuk etika persekitaran
buatan manusia itu sendiri. Semua komponen ini adalah saling
berhubungkait dan tidak boleh dilihat sebagai satu entiti tersendiri. Kualiti
saling hubungan ini menggambarkan alam sekitar yang sihat dan
seimbang.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
15
Latihan
Aktiviti 1: Mengenali Alam Sekitar Di Sekeliling Anda
Cari tiga contoh gambar yang menunjukkan komponen-
komponen alam sekitar semulajadi, alam sekitar buatan dan
alam sekitar sosiobudaya. Tampalkan gambar tersebut dalam
satu bentuk pengurusan grafik dan kenal pasti setiap entiti yang
ada dalam ketiga-tiga komponen tersebut.
Kumpulkan bahan-bahan tersebut ke dalam Folio Pendidikan
Alam Sekitar.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
16
Perbincangan
Aktiviti 2 : Mengenal Pasti Definisi Yang Betul
Arahan:
Padankan istilah berikut dengan definisi yang betul. Masukkan jawapan
anda ke dalam folio pembelajaran.
Ekologi Hubungan pemakanan dalam bentuk satu turutan
organisma di mana setiap organisma dalam turutan
itu makan organisma yang sebelumnya.
Spesies Benda hidup seperti tumbuhan, haiwan dan mikrob.
Populasi Benda bukan hidup seperti cuaca, geologi, air,
udara, nutrien dan matahari.
Habitat Kawasan daratan seperti kawasan padang pasir,
tundra, hutan tropika, gurun dan padang rumput
yang mencirikan keadaan cuaca dan jenis
tumbuhan yang beradaptasi secara spesifik di
kawasan tersebut.
Komuniti Terdiri daripada beberapa rantai makanan yang
saling berhubung antara satu sama lain.
Ekosistem Cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi
antara benda hidup dengan alam sekitar.
Biosfera Sekumpulan organisma yang serupa dan boleh
saling membiak antara satu sama lain untuk
melahirkan anak yang subur.
Komponen
Biotik
Segala aktiviti yang dilakukan oleh sesuatu
organisma di habitatnya. Ini merangkumi segala
aspek cara hidupnya terutama sekali cara
pemakanannya.
Komponen
Abiotik
Tempat kediaman sesuatu organisma.
Biom Organisma sentiasa saling bertindak antara satu
sama lain dengan persekitarannya.
Nic Dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka bumi
yang menyatukan semua kehidupan and hubungan
antara kehidupan termasuklah interaksinya dengan
elemen-elemen litosfera, hidrosfera, ekosfera dan
atmosfera.
Rantai
makanan
Sekumpulan organisma sama spesies dan hidup di
habitat yang sama.
Jaringan
makanan
Kesemua organisma yang hidup di sesuatu habitat .
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
17
2.2 Biosfera dan Ekologi
Planet bumi adalah tempat tinggal manusia dan juga tempat
tinggal bagi pelbagai hidupan yang lain. Gunung yang tinggi, cerun dan
tanah rata, pinggir lautan dan di dalam sungai mahupun lautan adalah
juga merupakan tempat tinggal bagi hidupan.
2.2.1 Konsep Biosfera
Biosfera adalah semua tempat yang berhampiran dengan kita
ataupun semua tempat lain di muka bumi ini di mana ada pelbagai
bentuk kehidupan. Biosfera meliputi semua ekosistem global. Ia juga
dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka bumi. Dalam konteks yang
lebih luas, biosfera adalah sistem ekologi global yang menyatukan
semua kehidupan dan hubungan antara kehidupan termasuklah
interaksinya dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera, ekosfera dan
atmosfera. Biosfera dipostulatkan telah mengalami evolusi melalui proses
biogenesis lebih kurang 3.5 billion tahun dahulu.
Rajah 2.2: Biosfera
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
18
2.2.2 Konsep Ekologi
Ekologi berasal daripada perkataan Greek „oikos‟ yang bermaksud
„rumah‟ atau „tempat untuk tinggal‟ dan „logos‟ yang bermaksud „kajian‟.
Oleh itu ekologi adalah satu kajian hubungan dalam alam semulajadi
(Miller & Spoolman, 2009). Ekologi adalah satu bidang kajian saintifik
berkaitan dengan taburan, kelimpahan dan hubungan antara organisma
dan interaksinya dengan alam sekitar. Ekologi juga ditakrifkan sebagai
kajian tentang hubungan antara organisma dengan persekitaran fizikal
dan biologinya. Ekologi termasuk kajian mengenai populasi tumbuhan
dan haiwan, komuniti tumbuhan dan haiwan serta ekosistem.
2.3 Ekosistem
Apakah pula yang dikatakan sebagai ekosistem? Alam sekitar
terdiri daripada komuniti-komuniti berbagai jenis tumbuhan dan haiwan,
hidup dalam satu kawasan yang sama, berinteraksi dan mempunyai
pengaruh antara satu sama lain. Contohnya di kawasan paya bakau,
sungai, kolam di mana terdapat organisma hidup yang besar dan
mikroskopik yang hidup bersama yang dinamakan sebagai ekosistem
biotik.
Apakah
maksud
ekologi?
Mari kita
teruskan
bacaan
kita...
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
19
Ekosistem biosis atau biotik adalah komponen yang hidup, iaitu
komuniti dalam suatu ekosistem. Ekosistem abiotik ialah komponen
bukan hidup. Contohnya air, udara, tanah, suhu, nilai pH, cahaya,
topografi, kelembapan dan iklim mikro. Kombinasi komuniti biotik dengan
alam sekitar abiotik dipanggil sebagai ekosistem.
Rajah 2.3: Ekosistem
Ekosistem adalah satu set interaksi antara organisma dengan
bahan bukan hidup serta tenaga di alam sekitarnya iaitu di dalam suatu
kawasan (Miller & Spoolman, 2008). Satu ekosistem terdiri daripada
semua organisma hidup (komuniti biologi) dalam satu kawasan tertentu
bersama benda bukan hidup (abiotik) dan komponen fizikal alam sekitar
yang mana organisma berinteraksi bersama-sama, seperti udara, tanah,
air dan matahari.
Jadual 2.1: Komponen abiotik dan biotik dalam suatu ekosistem
KOMPONEN ABIOTIK KOMPONEN BIOTIK
Cahaya matahari Pengeluar
Suhu Herbivor
Taburan hujan Karnivor
Air dan kelembapan Omnivor
Tanah Detritivor
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
20
Setelah memahami maksud ekosistem. Mari kita mengenal pasti
pula maksud bagi istilah nic. Apakah sebenarnya nic? Nic adalah
peranan suatu organisma, yang dikategorikan mengikut cara ia
mendapatkan makanan. Nic ekologi merupakan peranan atau „pekerjaan‟
suatu spesies dalam suatu komuniti dan ekosistem. Nic ekologi
organisma boleh berubah-ubah semasa peringkat hidupnya. Contohnya
berudu tinggal dalam air dan makan plankton tetapi katak dewasa tinggal
di darat dan menangkap serangga sebagai makanan. Pelbagai jenis
hidupan boleh berkongsi di habitat yang sama tetapi melakukan nic atau
pekerjaan/peranan/fungsi yang berbeza-beza. Di dalam ekosistem hutan
hujan tropika contohnya, harimau memburu kancil tetapi ulat beluncas
memakan daun tumbuh-tumbuhan.
Dalam suatu ekosistem juga terdapat pelbagai jenis rantai
makanan dan siratan makanan. Rantai makanan adalah satu laluan yang
menunjukkan bagaimana tenaga dipindahkan daripada pengeluar
kepada pengguna. Rantai makanan berbentuk satu arah dan bermula
dengan pengeluar (tumbuhan) sehingga kepada pengguna primer,
pengguna sekunder dan pengguna seterusnya. Setiap peringkat dalam
rantai makanan ditunjukkan dengan menggunakan anak panah (→) yang
bermaksud „dimakan oleh‟.
Memikir
Cuba bezakan antara kedua-dua jenis rantai makanan berikut.
Rajah 2.3: Dua jenis rantai makanan
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
21
Berbeza dengan rantai makanan, siratan makanan merupakan
satu jaringan yang terdiri beberapa rantai makanan.
Memikir
Cuba kira berapakah rantai makanan yang ada dalam siratan
makanan berikut.
Rajah 2.4: Contoh siratan makanan
Bagaimanakah pula perpindahan tenaga berlaku dalam rantai
makanan dan siratan makanan dalam suatu ekosistem?
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
22
Latihan
Aktiviti 3: Kajian Lapangan Ekosistem Di Kawasan Kampus
Kenal pasti satu kawasan ekosistem di kampus anda. Bina satu
siratan makanan semulajadi dan terangkan bagaimana proses
pemindahan tenaga berlaku di ekosistem tersebut. Rajah 2.5 berikut
boleh membantu penerangan anda. Simpan hasil kajian ini ke dalam
folio pembelajaran anda.
Rajah 2.5: Aliran tenaga dalam rantai makanan
Satu ekosistem akan berada dalam keseimbangan apabila
komponen benda hidup (biotik) dan abiotik (bukan hidup) berada dalam
keseimbangan. Ini bermakna pada keadaan seimbangan, semua nutrien
dapat berkitar dengan berkesan, dan tiada komuniti organisma ataupun
fenomena semula jadi yang mengganggu aliran tenaga dan kitar nutrien
ke bahagian lain dalam ekosistem. Sebahagian keseimbangan ekosistem
melibatkan kawalan populasi organisma hidup.
Layari Internet
Cuba layari internet dan cetak nota tambahan berkaitan
dengan keseimbangan ekosistem. Baca nota tersebut.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
23
Dalam konteks biologi, kitar nutrien adalah satu konsep yang
menerangkan bagaimana nutrien bergerak daripada alam sekitar fizikal
kepada organisma hidup, dan kemudian dikitar kembali kepada alam
sekitar fizikal. Pergerakan nutrien merupakan satu keperluan untuk hidup
iaitu daripada alam sekitar kepada tumbuhan dan haiwan dan kembali
semula ke alam sekitar merupakan satu fungsi penting ekologi dalam
mana-mana kawasan. Di dalam satu alam sekitar semulajadi yang
khusus, kitar nutrien mestilah dalam keadaan seimbang dan stabil
supaya organisma yang tinggal di dalamnya sentiasa subur, berupaya
berkembang dan membiak serta kekal dalam populasi yang seimbang.
Mengumpul Maklumat
Aktiviti 4: Kitar Semulajadi
Cari dan akses maklumat tentang kitar semula jadi iaitu kitar nutrien,
kitar karbon, kitar nitrogen dan kitar hidrologi daripada beberapa
media cetak dan internet. Kumpulkan bahan-bahan tersebut dan
catatkan sumber rujukannya.
Lukiskan kitar semulajadi tersebut dan nyatakan kepentingan setiap
kitaran kepada keseimbangan ekosistem. Masukkan hasil aktiviti ini
ke dalam folio pembelajaran anda.
Memikir
Refleksi:
Apakah komponen-komponen utama bagi suatu ekosistem?
Cuba ingat kembali dan catatkan semula. Layari laman
sesawang berikut dan belajar membina siratan makanan
melalui permainan yang disediakan.
http://www.vtaide.com/png/foodwebFF.htm
Rehat
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
24
Rujukan
Enger, E.D., Ross, F.C. dan Bailey, D.B. (2007). Concepts in biology.
(12th
ed.). New York: Mc Graw Hill Higher Education.
Garg, R. (1994). Environment Quiz Book. Malaysia: S.Abdul Majeed dan
Co. Publishing Division.
Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A
gift of God. (2nd
ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit.
Lewis, R., Gaffin, D. Hoefnagels, M dan Parker, B. (2004). Life. (5th
ed.).
New York. Mc Graw Hill.
Miller, G.T. (2004). Environmental Science: Working with the earth. (10th
ed.) Canada: Thompson Learning, Inc.
Miller, G.T dan Spoolman, S. (2008). Environmental Science: Principles,
connections and solutions. (12th
ed.). Canada: Brooks/Cole Cengage
Learning.
Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005).
Biology. (7th
ed.). Boston: McGraw Hill.
Starr, C., Taggart, R., Evers, C. dan Starr, L. (2009). Biology: The unity
and diversity of life. (12th
ed). USA: Brooks/Cole Cengage Learning.
Bahan Bacaan
Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:
http://www.kzoo.edu/biology/courses/bio115/PPTs/5_Biosphere
http://www.rapidlearningcenter.com/biology/Preview/RL201/PT/CB
http://www.sciencebob.com/questions/q-food_chain_web.php
http://www.vtaide.com/png/foodchains.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Food_chain
http://en.wikipedia.org/wiki/Natural_environment
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
25
TAJUK 3.0 ISU ALAM SEKITAR
Sinopsis
Tajuk tiga adalah tentang Isu Alam Sekitar. Tajuk ini terdiri daripada
empat bahagian yang utama iaitu Jenis Isu, Punca Isu Alam Sekitar,
Kesan Isu Alam Sekitar dan juga Menangani Isu Alam Sekitar.
Hasil Pembelajaran
(i) Merancang dan menjalankan satu eksperimen untuk mengesan
isu-isu alam sekitar seperti pencemaran bunyi dan udara di
kawasan kampus.
(ii) Membuat inferens dan meramal punca, masalah dan kesan
pencemaran alam sekitar kepada manusia.
(iii) Membincangkan isu yang dikesan dan mengenal pasti punca isu
itu.
(iv) Memberi cadangan dengan menggunakan pengurusan grafik
untuk menangani isu alam sekitar.
Kerangka Tajuk
Rajah 3.1: Kerangka Tajuk Tiga
Isu Alam
Sekitar
Jenis Isu Punca Isu Alam
Sekitar
Kesan Isu Alam
Sekitar
Menangani
Isu
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
26
3.1 Isu Alam Sekitar
Adakah anda sedar? Pada masa kini, seluruh dunia termasuk negara kita
Malaysia sedang mengalami pembangunan yang amat pesat sekali.
Aktiviti-aktiviti manusia lebih mementingkan pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi dengan kemajuan sains dan teknologi. Akibatnya
kesemua negara-negara seluruh dunia menghadapi pelbagai masalah
dan isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar seperti isu pertambahan
penduduk, pelupusan spesies flora dan fauna, penebangan hutan,
penghapusan paya, peningkatan gurun, hakisan tanah, pencemaran air,
udara, bunyi dan darat, penipisan ozon, pemanasan bumi, kekurangan
bekalan sumber api, galian dan air serta pemendapan asid di permukaan
bumi. Modul ini walau bagaimanapun akan memberi tumpuan kepada
tiga contoh isu alam sekitar iaitu pertambahan penduduk, penipisan
lapisan ozon dan juga hujan asid.
Apakah yang dimaksudkan dengan pertambahan penduduk?
Bagaimana pertambahan penduduk boleh berlaku? Pertambahan
penduduk merujuk kepada perubahan dalam bilangan penghuni yang
sedang berlaku di kawasan-kawasan tertentu, sama ada di kawasan
setempat dalam negeri atau secara global. Pertambahan penduduk
berlaku akibat pertambahan bilangan penduduk atau pengurangan
bilangan penduduk. Cuba cari maklumat apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi pertambahan bilangan penduduk di sesuatu tempat.
Apakah fungsi lapisan ozon? Mengapa lapisan ozon semakin
menipis? Ozon secara kimianya merupakan gas yang mengandungi tiga
atom oksigen (O3). Lapisan ozon berkedudukan di atas lapisan awan dan
dikenal pasti sebagai lapisan stratosfera. Jaraknya adalah lebih kurang
antara 20-50 km daripada bumi. Ia berperanan sebagai pelindung bagi
sinaran bahaya ultra ungu (UV).
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
27
Rajah 3.2: Kedudukan lapisan ozon dari bumi
Kini, lapisan ozon dunia didapati semakin menipis. Pada Oktober
1987, penyelidikan NASA mendapati lapisan ozon di Antartika menipis
sebanyak 95% terutama bagi musim bunga manakala di Artik dan
ruangan angkasa Greenland pada musim salji. Lapisan ozon di
bahagian Ottawa, Kanada juga didapati menipis kira-kira 25%
penerimaan sinar UV berbanding tahun 1950-an. Lubang ozon di atas
Kutub Selatan pada tahun 2006 membuktikan bahawa kerosakan lubang
ozon masih terus berlanjutan sampai saat ini yang luasnya mencapai 29
juta km2
.
Rajah 3.3: Lubang ozon di Antartika yang digambarkan oleh
NASA pada tahun 2006
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
28
Mengumpul Maklumat
Cuba cari berapa besarkah „lubang‟ ozon pada masa kini di
Antartika.
Fenomena penipisan lapisan ozon stratosfera oleh bahan kimia
chlorofluoromethane (atau biasa disebut sebagai chlorofluorocarbon –
CFC) pertama kali disampaikan oleh dua orang ilmuwan Amerika,
Rowland dan Molina, dalam Jurnal Nature pada tahun 1974. Penipisan
lapisan ozon merupakan salah satu masalah alam sekitar yang harus
segera ditangani kerana setiap penipisan lapisan ozon sebesar 10%
akan menyebabkan kenaikan intensiti sinar ultra violet (UV) sebanyak
20%.
Hujan asid adalah istilah yang diperkenalkan oleh seorang
inspektor kilang dalam pertengahan abad yang lalu di Manchestor,
United Kingdom. Apakah di yang dimaksudkan dengan hujan asid?
Hujan asid adalah satu istilah yang umum berkaitan dengan asid dan
bahan-bahan pencemaran yang bersifat asid dalam hujan, salji dan wap
awan. Istilah ini membayangkan komponen semulajadi dan juga
komponen buatan manusia.
Bagaimana pertambahan keasidan boleh berlaku dalam air hujan?
Pertambahan keasidan air hujan diakibatkan oleh pertambahan
kepekatan gas-gas berasid ke dalam atmosfera seperti gas sulfur
dioksida dan nitrogen dioksida. Pertambahan keasidan hujan juga adalah
disebabkan oleh buatan manusia yang mengeluarkan gas-gas buangan
daripada kilang, ekzos kenderaan, penjanaan kuasa elektrik dan juga
bahan api fosil serta aktiviti perindustrian yang menghasilkan gas klorin.
Oleh yang demikian bukan hanya air hujan didapati bertambah berasid
tetapi juga hujan ais dan kabus. Jadi mendapan asid adalah satu istilah
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
29
yang biasanya digunakan bagi semua keasidan yang diakibatkan oleh
wap, gas dan zarah.
Rajah 3.4: Hujan asid
3.2 Punca Isu Alam Sekitar
Setelah mengetahui tentang isu-isu alam sekitar semasa, kita
perlu pula mencari maklumat tentang punca-punca bagi isu alam sekitar.
Antara puncanya ialah disebabkan oleh pertambahan penduduk,
penggunaan teknologi, bencana alam, politik dan peperangan, budaya
dan etika serta pengguatkuasaan undang-undang. Untuk mengkaji lebih
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
30
lanjut tentang punca-punca alam sekitar, mari kita gunakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara inkuri dengan cara mengikuti
langkah-langkah seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.5 berikut.
Mengenal pasti masalah
Membuat andaian/Hipotesis
Merancang strategi penyelesaian
Mengumpul maklumat yang berkaitan
Mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpulkan
Membuat generalisasi atau rumusan
Cadangan penyelesaian dan pelan tindakan
Rajah 3.5: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Inkuiri
Berikut adalah dua contoh hasil kajian yang boleh dijadikan
panduan bagi membuat laporan apabila menggunakan kaedah P&P
inkuiri.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
31
MASALAH 1: TANAH RUNTUH DI KAWASAN LERENG BUKIT
HIPOTESIS: Tanah runtuh di lereng bukit disebabkan
pembangunan
STRATEGI: Mengkaji
 struktur tanah
 kecerunan kawasan
 tekstur tanah-kelekitan
 jenis tumbuhan tutup bumi
MENGUMPUL MAKLUMAT:
Pemerhatian
 pemasangan paip air utama
 pemotongan lereng tidak terancang
 tidak berteres
 kawasan terlalu cerun
 tiada tindakan susulan
- gagal menanam semula tumbuhan
- tiada cerucuk sebagai penahan tanah
 tanah terdedah
 tekstur tanah
- tanah liat dan tanah pasir
- berstruktur kering dan longgar akibat terdedah langsung
kepada iklim
 jenis tumbuhan
- tiada tumbuhan tutup bumi
- kurang tumbuhan berakar yang boleh mencengkam tanah
ANALISIS:
 cerun yang terdedah tanpa struktur penyokong akan mengakibatkan
larian air dan hakisan
RUMUSAN
Pembangunan kurang terancang dan terkawal menyebabkan tanah runtuh
CADANGAN PENYELESAIAN
1. Pastikan sebarang pembangunan mendapat kelulusan EIA
2. Kurangkan aktiviti pembangunan di lereng bukit
3. Lakukan pemantauan yang kerap
4. Tindakan pencegah tanah runtuh perlu disegerakan.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
32
MASALAH 2: PENCEMARAN BAU
HIPOTESIS:
 Tangki septik
 Pembuangan sampah
 Air bertakung
STRATEGI:
 Lawatan ke sekitar kawasan
 Temubual dengan pekerja dan pengurus
MENGUMPUL MAKLUMAT
 pemerhatian lawatan ke
- kawasan longkang
- tangki septik
- stor simpan sampah
 temubual
- pengurusan
- pekerja
DAPATKAN MAKLUMAT
 bau berpunca daripada tangki septik (hasil temuramah)
 sebab-sebab tangki septik sudah lama tidak dikosongkan
 air mandian panas masuk ke dalam tangki septik dan
mengeluarkan bau
HASIL PEMERHATIAN
 longkang dan tangki septik septik berbau
 dapur dan stor sampah tidak berbau
RUMUSAN
Bau dari tangki septik
CADANGAN PENYELESAIAN
 laporkan kepada Majlis Daerah
 kuatkuasakan jadual pembersihan tangki
 asingkan sisa mandian daripada tangki septik
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
33
Latihan
Aktiviti 1: Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Inkuiri
Secara berpasangan, gunakan kaedah inkuiri seperti contoh yang
telah ditunjukkan untuk melaksanakan kajian berkaitan satu isu alam
sekitar di kawasan kampus atau sekolah anda.
Sediakan laporan lengkap tentang kajian itu dan masukkan laporan
tersebut ke dalam folio pembelajaran.
3.3 Kesan Isu Alam Sekitar
Sejauhmanakah alam sekitar kita memberi keselesaan kepada
kehidupan dunia adalah bergantung kepada tindak-tanduk penduduk
dunia sendiri. Penggunaan sumber semula jadi yang berleluasa tanpa
memikirkan akibatnya akan memberikan kesan yang mendalam dan
mungkin tidak boleh diperbaiki. Sebenarnya, pada masa kini kita juga
telah menghadapi banyak masalah yang berkaitan dengan kesan akibat
alam sekitar yang tercemar. Seperti yang kita telah bincangkan di atas
tentang pelbagai punca isu alam sekitar, bolehkah anda nyatakan kesan
isu-isu tersebut? Aktiviti berikut akan membolehkan anda mengetahui
lebih mendalam lagi tentang kesan isu alam sekitar.
Latihan
Aktiviti 2: Mengkaji Isu Alam Sekitar
Petikan 1 dan 2 adalah keratan akhbar yang menunjukkan beberapa
isu alam sekitar di Malaysia.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
34
(i) Teliti petikan tersebut dan kenal pasti punca, masalah dan
kesan isu yang dinyatakan.
(ii) Cadangkan tiga cara bagaimana isu alam sekitar tersebut dapat
diatasi. Masukkan cadangan tersebut ke dalam folio
pembelajaran anda.
Letters to the Editor The Star Thursday 26 August 2004
Save environment before it‟s too late
The recent efforts of The Star to highlight the massive pollution of
Tasik Chini and the gradual extinction of the fireflies in Kuala
Selangor must be highly commended.
For far too long, the apathetic attitude of our authorities to prevent
or reduce such degradation of our environment has only served to
encourage the more selfish members of the populace to continue
to abuse and damage our natural heritage.
These are but two of the cases highlighted. All we have to do is
look around us and we can see examples of such abuses daily.
The indiscriminate dumping of rubbish, the uncontrolled clearing
of hills and water catchment areas. The list goes on.
Just take a cruise up the Straits of Malacca and you would not fail
to notice the large, unsightly patches of rubbish (mainly plastic
bags and polystyrene materials) floating in the sea off the mouths
of the many waterways flowing from the Malaysian coast.
Why are all these to go on? At the national level, we have a
ministry specifically tasked with protecting the environment and
every state we have an executive councilor in charge of the
environment.
They should be proactive and have in place programmes and
systems to monitor any potential damage to the environment and
highlight these problems to the relevant enforcement agencies for
corrective actions to be taken before more damage is done.
They should not wait for the media to highlight the problem and
the Sultan to reprimand them before they would act.
I agree with the views of the Malaysian Nature Society that a
holistic approach is needed. Apart from the policing and
controlling of pollution, an integrated approach to address the
polluting factors should be implemented. In addition, educating
and even rewarding good environmental practice should be
encouraged.
Mah Chee Wah, Johor Baru
Petikan 3.1: Keratan akhbar „Selamatkan alam sekitar‟
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
35
Just the spark we need to protect nature‟s wonder
Firstly, I would like to congratulate The Star for being at the
forefront of environmental journalism.
Your recent articles on Tasik Chini and the fireflies coupled with
your weekly environment articlesin StarTwo are well researched
and objective.
Twenty years ago, scientists had warned the loss of beaches to
development and the continued consumption of turtle eggs will
lower the turtle count in Malaysian waters.
Today leatherback turtle landins are fewer than 100 per year
while successful hatchlings have not been recorded in the last
few years.
Worse still, the once common hawksbill turtle is now also in
danger of extinction.
A little less than 10 years ago, scientists and NGOs had warned
about the threats to the fireflies. The fireflies of Kuala Selangor
are only one of two colonies in the world, which flash
synchronously.
Previously, this phenomenon occurred along 6 km of the Sungai
Selangor. Today they are barely visible in two spots along the
river.
Today, a controversy is raging on Pulau Tioman. Previously
labeled as one of the most beautiful islands in the world, Tioman
now lives in the shadow of having been scarred by development.
Adding insult to injury, plans are already afoot to put in a multi
million ringgit marina and new airstrip. Coral reefs have been
earmarked for destruction and locals are being asked to leave.
If we are to repeat these mistakes notwithstanding the
vindicating evidence of recent past, then we deserve to be called
a third world nation.
How ironic it is that while we can build skyscrapers, high tech
townships, bridges kilometers long and put satellites in orbit, we
can still fail to protect a colony of fireflies which is so unique in
the world
The Dugong Dude, Kuala Lumpur
Petikan 3.2: Keratan akhbar „Lindungi alam semulajadi‟
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
36
Memikir
Adakah Bumi Kita Selamat?
Arahan: Baca petikan berikut.
Bumi milik kita bersama. Walaupun kita berbeza bangsa,
bahasa atau agama, bumi tempat tinggal kita. Anehnya banyak
perkara yang tidak wajar telah kita lakukan terhadap bumi.
Atas dasar pembangunan, kita memusnahkan hutan dan
mencemari udara, sungai serta laut. Tindakan ini bukan sahaja
membahayakan nyawa kita tetapi generasi akan datang. Banyak
spesis tumbuhan dan haiwan telah diancam kepupusan dan ada
yang telah pupus.
Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kejahilan mengenai
alam dan sifat tamak akan menyebabkan kerosakan yang
berkekalan.
Kita mestilah menggunakan sumber semulajadi dengan bijak
supaya hidupan terus hidup.
Kita mesti belajar menghargai nilai kehidupan, alam semulajadi
dan kita harus menggunakan teknologi dengan bijak agar tidak
membahayakan diri sendiri dalam jangka masa panjang kerana
hanya bumi tempat tinggal yang kita miliki.
Petikan 3.3: Adakah bumi kita selamat?
Latihan
Aktiviti 3: Kartun Isu-Isu Alam Sekitar
Pepatah ada mengatakan bahawa “suatu gambar boleh
memberikan beribu perkataan dan makna.” Gambar juga boleh
mencetuskan pelbagai imaginasi kita. Majalah, suratkhabar dan buku
tentang alam sekitar serta bahan daripada organisasi alam sekitar
merupakan sumber gambarfoto, lukisan dan gambarajah yang boleh
digunakan untuk membina, membangun dan meransangkan
pengetahuan serta imaginasi pelajar.
Secara berpasangan, perhatikan gambar kartun berikut dan jawab
soalan yang berkaitan dengannya. Hantar jawapan ke dalam folio
pembelajaran anda.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
37
Rajah 3.6: Situasi 1
Rajah 3.7: Situasi 2
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
38
Rajah 3.8: Situasi 3
Rajah 3.9: Situasi 4
Rajah 3.10: Situasi 5
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
39
Rajah 3.11: Situasi 6
(i) Apakah masalah alam sekitar yang dapat diperhatikan pada setiap
situasi dalam rajah berikut?
Rajah 3.6:
Rajah 3.7:
Rajah 3.8:
Rajah 3.9:
Rajah 3.10:
Rajah 3.11:
(ii) Nyatakan punca-punca masalah tersebut.
(iii) Apakah kesan-kesan akibat daripada masalah tersebut?
(iv) Bagaimanakah anda dapat mengatasi masalah tersebut sekarang
dan di masa hadapan?
3.4 Menangani Isu
Apakah strategi yang patut dilakukan untuk kita menangani isu-isu
berkaitan dengan alam sekitar? Strategi ini bukan hanya menjadi
tanggungjawab seseorang individu sahaja tetapi memerlukan juga
penglibatan komuniti serta penguatkuasaan undang-undang dan akta.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
40
Memikir
Menangani Isu Alam Sekitar
Arahan:
Baca artikel berikut dan senaraikan peranan yang boleh dimainkan
oleh individu dan komuniti dalam menangani isu alam sekitar yang
dinyatakan. Bagaimanakah undang-undang dan akta dapat
dikuatkuasakan?
With less than 5% of the world‟s population, the U.S. is
responsible for more than 20% of world‟s greenhouse emissions.
A car with a fuel efficiency of 20 miles per gallon releases 1
pound of carbon dioxide per mile. Since Dec. 2004 there are
13.7 million cars in Malaysia (1/2 Malaysian population)
 reduce emissions of carbon dioxide by using fuel-efficient
vehicles, car-pools and public transportation. As electricity
is generated in fossil fuel fired power plants, so are
tremendous quantities of carbon dioxide, sulphur dioxide
and nitrogen oxides released into the atmosphere.
 use renewable energy sources such as wind and solar
power.
 to conserve electricity, purchase more efficient appliances.
 turn off unused computers and lights.
 replace incandescent with fluorescent light bulbs.
 insulating and weatherproofing our homes.
 incorporating solar energy features into new homes.
 planting deciduous trees near our houses to provide
shade – reduce fuel consumption while cutting back on air
-conditioning costs.
 recycling – 95% of energy used to produce an aluminium
can from raw materials is conserved support reforestation
efforts to replace trees.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
41
Mengumpul Maklumat
Akta dan Undang-Undang
Berikut adalah contoh-contoh saranan yang telah diputuskan
semasa Persidangan „Global Earth Summit‟ yang menjadi asas kepada
pembentukan akta dan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar.
 Kyoto Protocol 1997
160 nations proposed a treaty to curb carbon
dioxide emissions. If ratified, the treaty will commit
industrialized nations to reduce carbon dioxide
emissions to about 5 % low 1990 levels by 2012.
India and China are not bound by the Kyoto
agreement. Many observers are concerned that the
benefits of the treaty could be overwhelmed by
emissions from such nations, which are home to
more than one-third of Earth‟s people as they strive
to industrialize and increase their standard of living.
 Vienna Convention 1985
The Vienna Convention for the protection of the
ozone layer was adopted on 22 March 1985 in
Vienna, Austria. The Convention pledges the Parties
commitment to protect human health and the
environment from the effects of ozone depletion and
provides for participating countries to cooperate in
research, observations and information exchange.
 The Montreal Protocol 1987
The Montreal protocol on substances that deplete
the Ozone layer was adopted on 16 September
1987 in Montreal, Canada. Under the Montreal
Protocol, the production and consumption of
controlled (ozone depleting) substances are to be
reduced and phase-out and the development and
introduction of alternatives and other processes are
stepped up.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
42
Latihan
Aktiviti 4: Selamatkan Bumi Kita
Pepatah juga ada mengatakan “ Kita tidak mewarisi bumi ini
daripada nenek moyang kita sebaliknya kita meminjam daripada
anak cucu kita.” Oleh itu sejauhmanakah anda bersedia untuk
berkorban bagi menyelamatkan bumi kita? Mari kita jalankan aktiviti
untuk mengukur sebanyak manakah karbon dioksida dan gas rumah
hijau yang telah kita hasilkan dalam aktiviti seharian.
Dalam aktiviti ini kita menggunakan carbon footprint calculator
yang boleh di dapati pada beberapa laman sesawang. Berikut
dicadangkan beberapa laman sesawang yang sesuai dilawati:
(i) Carbon footprint calculator di
http://www.bp.com/extendedsectiongenericaticle.do?categoryld=9
05627&contentld=7029058
(ii) The Nature Conservancy di
http://www.nature.org/initiatives/climatechange/calculator/.
(iii) Environment and greener living di
http://www.direct.gov.uk/en/environmentandgreenerliving/actonco2
/DG067197
Sumber (i) dan (ii) mempunyai soalan yang mudah. Sumber (iii)
mempunyai animasi tetapi banyak soalan.
Contoh menggunakan sumber (i).
Langkah 1: Buat pilihan negara anda. Pilih Singapura jika
Malaysia tidak disenaraikan.
Langkah 2: Kira untuk seluruh penggunaan isi rumah.
 Purata penghasilan karbon untuk setiap penduduk
Malaysia adalah 7 tan.
 Purata penghasilan karbon untuk negara
perindustrian adalah sebanyak 11 tan.
 Purata penghasilan karbon seluruh dunia adalah 4
tan.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
43
Memikir
Refleksi:
Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengurangkan
kadar penghasilan karbon di udara?
 Adakah saya perlu menggunakan kereta yang kecil?
 Adakah saya perlu menggunakan pengangkutan awam?
 Adakah saya perlu menggunakan alat yang menjimatkan tenaga?
 Adakah gaya hidup anda sekeluarga perlu diubah supaya bumi
boleh menjadi tempat yang selamat untuk dihuni?
Rujukan
Garg, R. (1994). Environment Quiz Book. Malaysia: S.Abdul Majeed dan
Co. Publishing Division.
Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A
gift of God. (2nd
ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit.
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. (1991). Isu-Isu
Semasa Sains dan Teknologi. Petaling Jaya: Koperasi Pencetakan
Malaysia Berhad.
Bahan Bacaan
Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:
http://en.wikipedia.org/wiki/Ozone_layer
http://www.nepa.gov.jm/resource-material/pdf/The_Ozone_Layer...
http://en.wikipedia.org/wiki/Acid_rain
http://www.epa.gov/acidrain/effects/
Rehat
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
44
TAJUK 4.0 PEMBANGUNAN LESTARI
Sinopsis
Tajuk empat ialah Pembangunan Lestari. Sub tajuk bagi Pembangunan
Lestari ialah Konsep Pembangunan Lestari, Tujuan Pembangunan
Lestari, Strategi Pembangunan Lestari serta Organisasi Kerajaan, Bukan
Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemuliharaan dan
Pemeliharaan Alam Sekitar.
Hasil Pembelajaran
(i) Menerangkan konsep pembangunan lestari dan kepentingan
untuk kemandirian hidupan.
(ii) Menjelaskan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan.
(iii) Memberi cadangan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar secara bijaksana.
(iv) Membina senario kesan kepada alam sekitar jika pembangunan
lestari tidak dipraktik.
(v) Menjelaskan tujuan pembangunan lestari.
(vi) Membuat peta minda yang menunjukkan bahan-bahan mengikut
konsep 5R.
(vii) Membanding beza tenaga yang boleh diperbaharui dengan tenaga
yang tidak boleh diperbaharui.
(viii) Menganalisis jenis pembangunan ekonomi negara mengikut lunas
pembangunan lestari.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
45
Kerangka Tajuk
Rajah 4.1: Kerangka Tajuk Empat
4.1 Konsep Pembangunan Lestari
Konsep pembangunan lestari muncul ekoran daripada kesedaran tentang
kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu
pembangunan lestari telah dibincangkan secara serius dalam Sidang
Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan
di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan
pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang
merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip
yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam
Pembangunan
Lestari
Konsep
Pembangunan
Lestari
Tujuan
Pembangunan
Lestari
Strategi
Pembangunan
Lestari
Organisasi
Kerajaan, Bukan
Kerajaan dan
Badan Korporat
Terhadap
Pemuliharaan
dan
Pemeliharaan
Alam Sekitar
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
46
melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari
di negara masing-masing.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pembangunan Lestari?
Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang
dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan
kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari
mengikut definisi UNESCO (2002) diertikan sebagai “… balancing the
fulfillment of human needs with the protection of the natural environment
so that these needs can be met not only in the present, but in the
indefinite future.”
Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi
sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam
manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk
menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidup secara berterusan dalam
semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari,
penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan
manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan
produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.
4.2 Tujuan Pembangunan Lestari
Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan
sumber-sumber semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa
depan bagi manfaat semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu
pembangunan lestari amat bergantung kepada pemuliharaan dan
pemeliharaan kesejahteraan manusia dan ekosistem secara bersama.
Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di
dalam Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerangkan
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
47
langkah–langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap
pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia.
Langkah–langkah baru telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia
ke–7 (1996 – 2000) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk
membangun secara lestari.
Latihan
Aktiviti 1: Penangkapan Ikan Secara Lestari
Anda mempunyai sebuah kolam ikan air tawar. Kolam ini dapat
menampung maksima 16 ekor ikan sahaja. Jika bilangan melebihi
had ini, ikan akan mati atau tidak membiak. Anda diminta menangkap
ikan dari kolam ini dan cara tangkapan terpulang kepada kreativiti
masing-masing. Bilangan ikan yang boleh ditangkap bagi setiap
tangkapan boleh menjadi antara 0 hingga 16 ekor.
Selepas setiap tangkapan, bilangan ikan yang sama dengan baki ikan
dalam kolam mesti ditambah dengan syarat tidak melebihi 16 ekor.
Buat 4 kali tangkapan dengan bilangan yang ditetapkan bagi setiap
tangkapan. Kira jumlah ikan yang ditangkap dan ikan yang masih ada
di dalam kolam pada akhir kesemua tangkapan.
Senaraikan faktor-faktor yang boleh menghadkan bilangan maksima
ikan yang boleh ditampung oleh kolam tersebut. Kesan pencemaran
air dan penangkapan ikan secara lestari juga boleh dibincangkan.
Masukkan semua hasil perbincangan ke dalam folio pembelajaran
anda.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
48
Memikir
Pembangunan Lestari
Rajah 4.2: Pembangunan lestari
Perhatikan gambar kartun yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2. Apakah
kesimpulan yang boleh dibuat?
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
49
Memikir
Cerita Seorang Budak dan Permainan
Arahan:
Baca petikan cerita ini dan nyatakan apakah implikasinya terhadap
pembangunan lestari.
Pada suatu hari, seorang bapa diganggu oleh anaknya ketika sedang
asyik membaca suratkhabar. Untuk menghindari gangguan anaknya
sementara dia habis membaca suratkhabarnya, bapanya pantas berfikir
dan mendapat satu idea.
Dia mengeluarkan satu halaman daripada suratkhabarnya yang
mempunyai peta dunia di dalamnya. Halaman itu dikoyakkannya kepada
beberapa keping untuk membentuk permainan mencantum kepingan.
Setelah mengacaunyanya, kepingan itu diserahkan kepada anaknya
untuk dicantumkan semula.
Dia begitu pasti bahawa anaknya akan mengambil masa yang agak lama
untuk mencantumkan semula kepingan kepingan itu. Namun selepas
beberapa minit, anaknya muncul semula dengan gembira sambil
menunjukkan peta dunia yang lengkap ditampalkan. Bapanya berasa
sungguh hairan kerana anaknya dapat menyelesaikannya dengan begitu
cepat.
Apabila ditanya, anaknya menjawab, “Ini kerja yang mudah sekali kerana
di belakang halaman itu terdapat gambar besar seorang manusia. Saya
membetulkan manusia itu dan dengan sendirinya dunia dapat dipulihkan”.
Buat refleksi terhadap pernyataan berikut :
“Saya membetulkan manusia itu dan dengan sendirinya dunia
dapat dipulihkan”.
4.3 Strategi Pembangunan Lestari
Strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk pembangunan
lestari adalah seperti kitar dan guna semula bahan, konsep 5R,
penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan
ekonomi yang terancang, pengelolaan kempen cinta alam sekitar dan
penguatkuasaan undang-undang serta melalui konvensyen
antarabangsa.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
50
Latihan
Aktiviti 2: Program Cintai Alam Sekitar
Rancang dan jalankan satu program mencintai alam sekitar dengan
pasangan anda. Anda perlu mengemukakan satu kertas kerja yang
diluluskan oleh pihak sekolah sebelum melaksanakan program
tersebut.
Sediakan buku program dan satu laporan refleksi beserta gambar
sebagai bukti pelaksanaanya.
Latihan
Aktiviti 3: Akta dan Konvensyen Antarabangsa
Salah satu daripada strategi pembangunan lestari adalah dengan
penguatkuasaan undang-undang dengan mewujudkan akta dan
konvensyen antarabangsa seperti Langkawi Declaration 1989,
Agenda 21 (Earth Summit), Kuala Lumpur Accord (1992), UN
Commision on Sustainable Development (UNCSD) dan International
Whaling Commission (IWC).
Kenal pasti strategi pembangunan lestari yang dinyatakan dalam akta
dan konvensyen tersebut.
4.4 Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat
Terhadap Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Adakah anda tahu bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar merupakan tanggungjawab bersama antara Organisasi Kerajaan,
Bukan Kerajaan dan juga Badan Korporat? Mari kita cari apakah fungsi
dan peranan mereka melalui aktiviti berikut.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
51
Latihan
Aktiviti 4: Fungsi dan Peranan Organisasi Kerajaan, Bukan
Kerajaan dan Badan Korporat
Cari dan kumpulkan brosur dan maklumat mengenai fungsi dan
peranan organisasi-organisasi berikut:
i) kerajaan,
ii) bukan kerajaan dan
iii) korporat dalam memelihara dan memulihara alam sekitar
Rehat
Rujukan
Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam
Sekitar: Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2006). Era Hijau. Keluaran 1. Putrajaya:
Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.
Bahan Bacaan
Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:
http://teknologialam.blogspot.com/2009/01/indikator-pembangunan-lestari
http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/Lestari.pdf
http://www.doe.gov.my/en/taxonomy/term/676/all
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
52
TAJUK 5.0 WARGA ALAM SEKITAR
Sinopsis
Tajuk lima adalah Warga Alam Sekitar. Tajuk ini terdiri daripada dua sub
tajuk iaitu Gaya Hidup Lestari dan Penglibatan Individu Dalam Usaha
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar.
Hasil Pembelajaran
(i) Menjalankan penilaian kendiri tentang amalan harian individu
mengikut amalan mesra alam.
(ii) Mengenal pasti dan mengelaskan produk yang mencemarkan
alam sekitar dan produk yang diperbuat dari spesies yang hampir
pupus dan implikasi kepada alam sekitar.
(iii) Merancang dan mengendalikan kempen atau aktiviti pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar di kampus.
(iv) Mengelaskan projek alam sekitar di kampus dan komuniti.
(v) Mengenal pasti organisasi yang berasaskan alam sekitar.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
53
Kerangka Tajuk
Rajah 5.1: Kerangka Tajuk Lima
Apakah maksud warga alam sekitar? Warga alam sekitar atau
Environmental Citizenship ditakrifkan sebagai
“a notion of ‘civic virtue’ (Dobson, 2003) that manifests in the
behavior, attitude, values, and action of an individual. It
involves both the exercising of environmental rights and
carrying out ecological responsibilities.”
(Ho Yuek Ming, 2007)
“An environmental citizen is an environmentally responsible
individual who displays responsible environmental behaviour.
He or she takes action in solving environmental problems
either at the individual level or in a group and when necessary
initiates legislative or political actions.”
(Azizi Muda, 2007)
Pembangunan Lestari pula adalah satu cara praktikal untuk
memastikan kesejahteraan masyarakat dan alam sekitarnya secara
menyeluruh. Perubahan ke arah gaya hidup yang mendokong
masyarakat lestari sangat bergantung kepada individu sebagai
Warga Alam Sekitar
Gaya Hidup Lestari Penglibatan Individu Dalam
Usaha Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Alam Sekitar
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
54
permulaan. Demi kepentingan menjaga alam sekitar adalah amat baik
sekiranya lebih ramai orang sedar tentang bagaimana sikap, nilai dan
tindakannya akan memberi kesan terhadap persekitaran iaitu sama ada
mesra alam ataupun tidak. Pepatah ada mengatakan bahawa “sekiranya
setiap individu membuat satu perubahan walaupun kecil secara
berkumpulan, ini akan membawa kepada kesan positif yang besar”.
5.1 Gaya Hidup Lestari
Antara gaya hidup lestari yang boleh diamalkan adalah amalan 5R
dan tidak membazir dalam pengurusan perbelanjaan harian yang
berhemah. Mari kita jalankan aktiviti berikut untuk meneroka lebih lanjut
tentang maksud dan amalan gaya hidup lestari.
Latihan
Aktiviti 1: Gaya Hidup Lestari
Masyarakat Lestari hanya dapat dibentuk jika Gaya Hidup Lestari dapat
diamalkan. Adakah anda mengamalkan gaya hidup lestari?
Sila jawab semua soalan-soalan berikut dan masukkan jawapannya ke
dalam folio pembelajaran anda.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup lestari?
(ii) Bandingkan jawapan anda dengan rakan sejawat di sekolah?
(iii) Untuk mengamalkan gaya hidup lestari, perkara pertama yang kita
perlu lakukan ialah memeriksa gaya hidup sedia ada kita yang
berkait rapat dengan keperluan hidup.
(iv) Lengkapkan Jadual 5.1 berikut.
Jadual 5.1: Lembaran mengkategori keperluan kita
Perlu untuk
terus Hidup
Perlu demi
Kesejahteraan
Perlu demi
Kesenangan
Kemewahan
Makanan Pakaian Telefon Kondominium
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
55
5. Pilih satu item dari setiap kategori berikut (Jadual 5.2) dan buat
analisa serta lengkapkan jadual tersebut berdasarkan sumber dan
cirinya sama ada item tersebut mesra alam atau sebaliknya.
Jadual 5.2: Lembaran menilai keperluan kita
Item
Mesra Alam Tidak Mesra Alam Kesimpulan
R B RC NP NR NB NRC P
(Catatan: R= Boleh diperbaharui, B= Boleh terbiodegradasikan, RC=
Boleh dikitar semula, NP= Tidak mencemarkan, NR= Tidak Boleh
diperbaharui, NB = Tidak Boleh terbiodegradasikan NRC= Tidak boleh
dikitar semula dan P= Mencemarkan).
6. Dengan meneliti ciri-ciri setiap item keperluan kita, kita dapat
menilai sama ada sesuatu produk itu mesra alam atau pun tidak.
Sekiranya tidak mesra alam, kita boleh menghentikan
penggunaannya. Bolehkah kita menghentikan penggunaannya
tanpa perubahan gaya hidup kita?
7. Apakah implikasi-implikasi perubahan ini dari segi ekonomi,
kesejahteraan hidup, kesihatan dan kesenangan hidup?
Memikir
Membuat kesimpulan
Perhatikan gambar kartun yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2. Apakah
kesimpulan yang boleh dibuat?
Rajah 5.2: Amalan Warga Alam Sekitar
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
56
Rehat
5.2 Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Alam Sekitar
Kesedaran untuk terus memulihara dan memelihara alam sekitar
harus bermula dari dalam diri kita sendiri. Malaysia memiliki
kepelbagaian biologi yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Justeru,
usaha harus dipergiatkan untuk memastikan penglibatan individu
menjaga amanah Tuhan yang sangat bermakna ini. Marilah kita
bersama-sama terus memainkan peranan serta fungsi masing-masing
sebagai warga yang bertanggungjawab untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar kurniaan Tuhan. Mulakan langkah pertama hari
ini dengan menjaga alam di sekeliling kita agar menjadi pemangkin ke
arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam yang lebih berkesan di
peringkat global dan juga glokal.
Latihan
Aktiviti 2: Kaedah Permainan Dalam P&P
Permainan 1 dan 2 adalah contoh permainan yang boleh dijalankan
di dalam kelas anda. Cetak dan laksanakan permainan tersebut.
Catatkan maklumbalas daripada murid-murid bagaimana permainan
ini dapat menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar. Masukkan
catatan tersebut ke dalam folio pembelajaran.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
57
Rajah 5.3: Permainan Kompos
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
58
Rajah 5.4: Permainan Ular dan Tangga
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
59
Rujukan
Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2007). Era Hijau. Keluaran 2.
Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.
Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2007). Era Hijau. Keluaran 3.
Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.
Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2006). Era Hijau. Keluaran 1.
Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.
Bahan Bacaan
Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:
http://chem.eng.utm.my/staff/zaini/images/DOCUMENTS/gaya-hidup-
lestari-1ogos2008.pdf
Rehat
Mari dengar lagu “Heal the world” nyanyian Michael
Jackson.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
60
TAJUK 6.0 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS
KURIKULUM
Sinopsis
Tajuk Enam adalah tentang Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum.
Tajuk ini terbahagi kepada enam sub topik iaitu Konsep Pendekatan
Sekolah Secara Menyeluruh, Pendekatan Kurikulum, Penerapan
Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran,
Pendekatan Kokurikulum, Audit Hijau di Maktab/Kampus dan Program
Penghijauan.
Hasil Pembelajaran
(i) Menghuraikan konsep pendekatan sekolah secara menyeluruh.
(ii) Menjelas dan mengaplikasikan tiga pendekatan kurikulum melalui
subjek sekolah.
(iii) Merancang dan menyediakan Rancangan Persediaan Harian yang
mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam subjek sekolah.
(iv) Mengenal pasti dan menyenaraikan penerapan unsur-unsur
Pendidikan Alam Sekitar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.
(v) Menjalankan aktiviti audit dengan menggunakan Borang Audit
Hijau.
(vi) Menjalankan Program Penghijauan di kampus atau sekolah.
(vii) Menganalisis dan mencadangkan satu cara yang teratur ke arah
resos kampus atau sekolah yang lestari.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
61
Kerangka Tajuk
Rajah 6.1: Kerangka Tajuk Enam
6.1 Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh
Tahukan anda, apakah yang dimaksudkan dengan Konsep
Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh? Konsep Pendekatan Sekolah
Secara menyeluruh merujuk kepada penglibatan warga sekolah
termasuk pihak pentadbir, staf sokongan, guru-guru dan para pelajar
sekolah. Konsep ini merujuk kepada proses membudayakan Pendidikan
Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan menerapkan nilai murni
alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan
penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang
selaras dengan konsep pembangunan lestari. Konsep Pendekatan
Sekolah Secara menyeluruh ini merupakan payung kepada aktiviti
Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan di sekolah.
Pendidikan
Alam Sekitar
Merentas
Kurikulum
Konsep
Pendekatan
Sekolah
Secara
Menyeluruh
(Whole
School
Approach)
Pendekatan
Kurikulum
Penerapan
Pendidikan
Alam Sekitar
Dalam
Pengajaran
dan
Pembelajaran
Pendekatan
Kokurikulum
Program
Penghijauan
Audit Hijau
di Kampus
IPG/
Sekolah
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
62
Latihan
Aktiviti 1: Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh
Nyatakan peranan-peranan yang dimainkan oleh warga sekolah
yang melibatkan elemen Pendidikan Alam Sekitar. Cadangkan
penambahbaikan untuk meningkatkan lagi pencapaian konsep
Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh.
6.2 Pendekatan Kurikulum
Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan kurikulum
Pendidikan Alam Sekitar? Pendidikan Alam Sekitar adalah satu proses
pembelajaran yang berupaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran
manusia tentang alam sekitar serta mengukuhkan pemikiran kritikal,
kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang efektif.
Ia juga mengajar individu untuk menilai pelbagai isu alam sekitar supaya
dapat membuat keputusan yang bermakna dan bertanggungjawab.
“Environmental education is a learning process that
increases people knowledge and awareness about the
environment and associated challenges, develops the
necessary skills and expertise to address the challenges,
and fosters attitudes, motivations, and commitments to
make informed decisions and take responsible action.”
(UNESCO, Tbilisi Declaration, 1978)
Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia
seperti mana yang ditulis oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1998)
serta Bahagian Pendidikan Guru (2002/2003) di dalam Modul Pendidikan
Alam Sekitar Kursus Pendek Kelolaan Maktab menunjukkan bahawa
terdapat tiga elemen penting dalam pendekatan pembelajaran
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
63
Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi dasar ataupun asas kepada
perancangan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar iaitu pendidikan
mengenai alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan pendidikan
melalui ataupun dalam alam sekitar itu sendiri (Kartini Abdul Mutalib,
2008).
Menurut Palmer dan Neal (1994), ketiga-tiga elemen ini iaitu
pendidikan untuk alam sekitar, pendidikan mengenai alam sekitar serta
pendidikan melalui alam sekitar merupakan komponen yang saling kait
mengait. Saling hubungan antara ketiga-tiga elemen perlu difahami dan
diambilkira semasa membina kurikulum Pendidikan Alam Sekitar.
Hubungan antara ketiga-tiga elemen dalam pendekatan pembelajaran ini
ditunjukkan dalam Rajah 6.2 seperti berikut.
Rajah 6.2: Tiga elemen pendekatan Pendidikan Alam Sekitar
Model Palmer dan Neal (1994)
PEMBELAJARAN
PROSES
Pendidikan Untuk
Alam Sekitar
Pendidikan
Mengenai Alam
Sekitar
Pendidikan Melalui atau Dalam Alam Sekitar
Pengetahuan dan
Kefahaman
Konsep,
Kemahiran, Sikap
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
64
Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan
mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan tentang
alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti
penyelidikan dan juga untuk membentuk pemahaman terhadap alam
sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi
dan manusia. Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung
dengan perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar
termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah laku. Pendidikan
untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi
kepada hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu
dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan
mengambil berat terhadap alam sekitar.
Pendidikan melalui atau dalam alam sekitar pula bertujuan untuk
membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh
kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran
menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara
menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran.
Komponen ini adalah sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam
Sekitar secara formal dan bukan formal. Untuk mencapai matlamat
pembelajaran menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut, pengajaran
Pendidikan Alam Sekitar di peringkat sekolah menengah boleh dijadikan
sebagai satu subjek, disepadukan dalam subjek-subjek lain ataupun
menggunakan pendekatan pengajaran secara bermodul.
6.3 Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Di Malaysia, penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan secara merentas kurikulum
dalam semua mata pelajaran ataupun subjek di sekolah. Terdapat 16
nilai murni alam sekitar yang sesuai untuk diterapkan semasa P&P dalam
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
65
mana-mana mata pelajaran di sekolah. Berikut adalah nilai-nilai murni
tersebut.
• Prinsip rendah diri
• Prinsip kerjasama
• Prinsip menghormati alam/ bumi
• Prinsip kehidupan seimbang
• Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem
• Prinsip mengekalkan hidupan liar dan keperbagaian hidup
• Prinsip kerosakan minima
• Prinsip kesederhanaan
• Prinsip mencintai persekitaran
• Prinsip perubahan berterusan
• Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya
• Prinsip mengiktiraf hak mereka yang belum lahir
• Prinsip tanggungjawab setiap individu
• Prinsip etika melebihi hukum
• Prinsip mengalami dan menghayati sendiri adalah paling
baik
• Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem
Nilai murni alam sekitar yang akan diterapkan semasa P&P perlu
dicatatkan dalam ruangan catatan di dalam Rancangan Persediaan
Mengajar Harian dan juga di ruangan butiran am. Berikut adalah satu
contoh umum Rancangan Pengajaran Harian bagi guru pelatih
prasekolah. Contoh ini perlu diubahsuai dan dimantapkan lagi bagi
menerapkan elemen-elemen Pendidikan Alam Sekitar merentas
kurikulum.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
66
CONTOH RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN TANPA
INTEGRASI ELEMEN-ELEMEN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
(SATU SLOT PENGAJARAN- 30 MINIT)
A) BUTIRAN AM
Nama Kelas : TADIKA RIDZQY
Tarikh : 10 JUN 2007 Hari : ISNIN
Masa : 9.00 – 9.30 PAGI ( 30 MINIT )
Bilangan murid : 25 ORANG
Komponen : BAHASA DAN KOMUNIKASI
(KURIKULUM BAHASA MELAYU )
Tema Pengajaran : SERANGGA
Sub – tema : NAMA SERANGGA
Tajuk Aktiviti : PERMAINAN „ TEKA NAMA SERANGGA‟
Hasil Pembelajaran : 2.1.2 Berinteraksi secara bersopan dan
bertatasusila: a. mengikut giliran
( kurikulum )
Hasil Pembelajaran : Murid-murid boleh;
( slot/ aktiviti ) 1. Menyebut sekurang-kurangnya 5 nama
serangga berdasarkan model serangga yang
dikeluarkan dari kotak ajaib .
2. Berinteraksi secara bersopan dan mengikut
giliran semasa aktiviti dijalankan.
Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak pernah melihat dan tahu beberapa
nama serangga yang terdapat di persekitaran
mereka.
Kemahiran berfikir (KBKK) : Menjana idea, membanding beza
Penerapan Nilai : Sopan, sabar dan mengikut giliran
Alat Bantu Mengajar : Model serangga (mainan/ plastik) , Kotak Ajaib
dan cip bentuk serangga.
Kesepaduan Komponen : Perkembangan Kognitif dan
Perkembangan Sosioemosi
Pendidikan Alam Sekitar : Sila pilih mana-mana nilai alam sekitar
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
67
B) BUTIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LANGKAH/
MASA
ISI KANDUNGAN
/ TAJUK
AKTIVITI GURU DAN MURID BAHAN BANTU
MENGAJAR (BBM)
/ CATATAN
Set induksi
( 3 minit )
2.Kemahiran
Bertutur
2.1 Berinteraksi
dengan mesra
1. Guru menunjukkan „Kotak Ajaib‟
kepada kanak-kanak dan minta
mereka meneka objek yang
terdapat di dalamnya.
2. Murid-murid cuba meneka objek.
3. Guru memberitahu beberapa klu.
BBM
 Kotak Ajaib ( kotak
terbuang yang
dibalut dengan
kertas pembalut
hadiah )
 Serangga mainan/
plastik
KBKK
 Menjana idea
Langkah 1
( 7 minit )
Nama serangga
yang telah diketahui
oleh kanak-kanak
1. Guru memperkenalkan perkataan
Serangga dengan menunjukkan
kad tema dan carta gambar.
2. Guru berbual dengan kanak-kanak
mengenai pengalaman mereka
melihat serangga di rumah atau di
persekitaran luar seperti taman
atau padang.
BBM
 Kad Tema/
Perkataan Serangga
 Carta gambar
serangga
KBKK
 Membanding beza
NILAI
 Sopan semasa
berintraksi
Langkah 2
( 10 minit )
Permainan:
„Teka Nama
Serangga‟
1. Lima orang murid diminta keluar
ke hadapan dan berbaris.
2. Setiap orang murid diberi peluang
menyeluk tangan ke dalam „Kotak
Ajaib‟ dan mengeluarkan hanya
satu model serangga.
3. Murid-murid lain diminta meneka
nama model serangga yang dilihat
4. Murid yang berinteraksi secara
bersopan dan mengikut giliran
serta dapat menjawab dengan
betul diberi cip bentuk serangga.
BBM
 Kotak Ajaib
 Model Serangga
Mainan/ Plastik
seperti:-
Semut, lipas,lipan,
belalang,kala jengking.
KBKK
 Membanding beza
NILAI
Sabar dan mengikut
giliran
Langkah 4
( 7 minit )
Nama serangga
i. semut
ii. lipas
iii. lipan
iv.belalang
v.kala jengking
dan lain-lain
1. Guru meminta kanak-kanak
menyebut nama serangga yang
ditunjukkan pada carta gambar
satu persatu seorang demi
seorang.
2. Murid yang dapat menyebut
dengan betul diberi tepukan dan
cip bentuk serangga.
BBM
 Carta gambar
serangga
 Cip bentuk serangga
KBKK
 Membanding beza
NILAI
Sabar dan mengikut
giliran
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
68
Penutup
( 3 minit )
Refleksi dan
Peneguhan
1. Guru dan murid-murid bersama-
sama merumuskan isi/ tajuk yang
telah dipelajari.
2. Murid-murid menyatakan perasaan
mereka mengenai aktiviti yang
telah dijalankan.
BBM
 Kad Tema/
Perkataan Serangga
 Carta gambar
serangga
Refleksi Guru Pelatih
Ulasan Guru Pembimbing :
Ulasan Pensyarah Pembimbing:
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
69
Latihan
Aktiviti 2: Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Secara berpasangan, rancang dan sediakan satu Rancangan
Persediaan Mengajar Harian Prasekolah yang mengintegrasikan
elemen-elemen Pendidikan Alam Sekitar dalam satu subjek.
Gunakan format RPH untuk prasekolah seperti contoh yang telah
ditunjukkan.
Buat rakaman video sepanjang tempoh 30 minit pengajaran dan
pembelajaran.
Berdasarkan rakaman tersebut tuliskan satu refleksi yang
menunjukkan bagaimana unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar
diterapkan dalam P&P.
6.4 Pendekatan Kokurikulum
Bagaimanakan Pendidikan Alam Sekitar pendekatan kokurikulum
dijalankan? Pengintegrasian Pendidikan Alam Sekitar dengan Sistem
Pendidikan Kebangsaan secara langsung menjadikan Pendidikan Alam
Sekitar sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum dan
kokurikulum. Penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam ko-kurikulum
adalah untuk mengimbangi proses penyepaduan Pendidikan Alam
Sekitar dalam kurikulum iaitu sebagai satu usaha penyepaduan yang
menjadi manifestasi terhadap segala apa yang dipelajari mengenai
Pendidikan Alam Sekitar di dalam bilik darjah.
Perkara ini adalah selaras dengan polisi yang telah ditetapkan
oleh Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan
Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) yang dengan jelas
menyatakan bahawa kursus Pendidikan Alam Sekitar dan aktiviti
kokurikulum berasaskan alam sekitar di bawah Kementerian Pendidikan
malaysia akan diperkukuhkan. Oleh itu Pendidikan Alam Sekitar
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
70
pendekatan kokurikulum boleh diterapkan atau diintegrasikan semasa
melaksanakan aktiviti badan/unit beruniform, sukan/permainan ataupun
Persatuan/Kelab yang ada di sekolah.
Rajah 6.3: Contoh aktiviti penerapan Pendidikan Alam Sekitar
dalam aktiviti kokurikulum.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
71
Latihan
Aktiviti 3: Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam
Aktiviti Kokurikulum
Hasilkan satu sajak atau lagu yang bertemakan alam sekitar dan
persembahkannya semasa aktiviti kokurikulum di sekolah. Berikut
adalah contoh koleksi sajak terbaik yang telah dihasilkan oleh pelajar
sekolah. Sertakan sajak atau lagu tersebut dalam folio pembelajaran
Pendidikan Alam Sekitar anda.
CONTOH SAJAK 1
PELARIAN DI DAERAH SENDIRI
BUNYI ITU KEDENGARAN LAGI
GEGARANNYA MENGGONCANG BUMI
SEMALAM BISING SEKALI
HARI INI MENJADI-JADI
BENCANA APAKAH INI?
APAKAH YANG MEREKA MAHU LAGI?
POHON SUBUR SUDAH MENYEMBAH BUMI
SUNGAI JERNIH SUDAH BERUBAH WARNA
BUKIT TINGGI SUDAH MENJADI RATA
KEPANASAN SUDAH MEMBARA
KELMARIN KEDIAMAN SANG TUPAI SUDAH BERKECAI
SEMALAM RUMAH SANG PELANDOK RANAP
HARI INI ………
MUNGKINKAH GILIRANKU PULA
WAHAI PENCINTA ALAM
DIMANAKAH PEMBELAANMU?
AKU KINI PELARIAN DI DAERAH SENDIRI
MENANTI SIMPATI
AKU TIDAK BERUPAYA TERBANG LAGI
KERANA SAYAPKU BERDARAH
DITIMPA DAHAN PATAH
Nukilan : Nurul Nabila Ismail
Tahun 4, Sek. Keb. Tanjung Bunga
Julai 2004
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
72
CONTOH SAJAK 2
RINTIHAN PENGHUNI RIMBA
WAHAI MANUSIA,
DENGARLAH RINTIHAN HATIKU
JUGA TEMAN-TEMAN
PENGHUNI RIMBA
WAHAI MANUSIA,
DULU TEMPAT INI SYURGAKU
AKU BEBAS MENGGEPAKKAN SAYAPKU
LANTAS BERTENGGEK
DI DAHAN YANG GAGAH
KINI,
SAYAPKU TERASA PANAS
TIDAK DAPAT LAGI UNTUK AKU BERTENGGEK
KERANA DAHAN YANG GAGAH
TELAH MENJADI USANG DAN RAPUH
WAHAI MANUSIA,
DEMI MEMBINA TEMPAT YANG SELESA
DEMI MENJAMIN HIDUP YANG BAHAGIA
WAJARKAH TEMPAT TINGGAL KAMI MENJADI MANGSA?
WAJARKAH KAMI DISIKSA?
ANDAINYA ENGKAU DI TEMPATKU
PASTI ENGKAU MENGERTI
BETAPA ZALIMNYA MAKHLUK
YANG BERGELAR MANUSIA !
KERANA MENGEJAR KEMEWAHAN DUNIA
MEREKA MELUPAKAN PENGHUNI RIMBA
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
73
CONTOH SAJAK 3
BUMIKU
BUMIKU,
BETAPA DIRIMU SEMAKIN TENAT
KEINDAHAN KIAN TERNODA
TATKALA DADAMU SEGAR MENGHIJAU
PENUH DENGAN KHAZANAH BERHARGA
MANUSIA PUN MENJADI RAKUS
MENGEJAR KEMAJUAN
YANG GILA AKAN KEKAYAAN
MEROBEK DADAMU
BUMIKU,
INILAH JANJIKU PADAMU
PEWARIS MASA DEPAN
AKAN CUBA KUPASTIKAN
KEHIJAUAN YANG MASIH TINGGAL
TIDAK HARUS TERNODA
6.5 Audit Hijau di Kampus IPG/Sekolah
Audit Hijau dilaksanakan untuk mengenal pasti sejauh manakah
pengurusan sumber yang efektif ke arah meningkatkan kecekapan dan
penjimatan penggunaan tenaga elektrik, air, bahan pakai habis seperti
kertas, dakwat pencetak, sisa pejabat, bilik darjah, kantin, makmal dan
bengkel. Bagaimana saranan penjimatan ini boleh dibuat? Saranan
penjimatan boleh dibuat melalui notis, papan kenyataan, poster dan juga
pengumuman.
Latihan
Aktiviti 4: Audit Hijau di Sekolah
Jalankan aktiviti audit dengan menggunakan Borang Audit Hijau
seperti berikut. Buat satu rumusan dan beri satu laporan bertulis
kepada pihak sekolah untuk membuat tindakan susulan. Sertakan
laporan tersebut di dalam folio pembelajaran anda.
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
74
BORANG AUDIT HIJAU
1. Penggunaan air di sekolah ( tandas, kantin,makmal….)
(i) Bagaimana air tiba di sekolah ?
……………………………………………………………………………
(ii) Dari mana datangnya ?
……………………………………………………………………………
(iii) Berapa banyak ia digunakan sebulan?
……………………………………………………………………………
(iv)Adakah berlakunya pembaziran, contohnya, limpahan air, paip
bocor?
……………………………………………………………………………
(v) Adakah air boleh di simpan dan/atau dikitar semula? Bagaimana?
……………………………………………………………………………
2. Tenaga
(i) Berapa banyak tenaga elektrik digunakan sebulan?
……………………………………………………………………………
(ii) Di mana dan bilakah peralatan elektrik digunakan?
……………………………………………………………………………
(iii) Apakah bentuk tenaga lain yang digunakan?
……………………………………………………………………………
(iv) Dari manakah tenaga datang?
……………………………………………………………………………
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
75
(v) Adakah tenaga dibazirkan?
……………………………………………………………………………
(vi) Bagaimanakah tenaga dapat di simpan/kitar semula?
……………………………………………………………………………
3. Sampah sarap
(i) Namakan bahan buangan biasa yang terdapat di perkarangan
sekolah.
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
(ii) Adakah anda gembira dengan keadaan kebersihan di dalam kelas
dan keseluruhan kelas secara umum?
……………………………………………………………………………
(iii) Adakah sekolah anda membakar sebarang sampah?
……………………………………………………………………………
(iv)Adakah anda tahu bahawa pembakaran terbuka adalah tidak baik
kepada kita? Mengapa?
……………………………………………………………………………
(v) Adakah anda tahu sekiranya kita mengasingkan sampah sarap,
terdapat sebahagian daripadanya boleh dijual untuk mendapatkan
wang; sebahagian boleh diguna semula; sebahagian boleh dikitar
semula and sebahagiannya boleh dibiarkan mengurai menjadi
baja?
……………………………………………………………………………
(vi)Senaraikan bahan buangan yang boleh dijual untuk mendapatkan
wang.
…………………………………………………………………………
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
76
(vii) Senaraikan bahan buangan yang boleh digunakan semula untuk
kegunaan lain
……………………………………………………………………………
(viii) Senaraikan bahan buangan yang boleh ditukar menjadi baja.
……………………………………………………………………………
4. Kantin
(i) Namakan barangan yang dijual di kantin yang dibungkus dengan
plastik.
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
(ii) Adakah anda tahu bahawa pembuangan plastik mendatangkan
masalah kepada alam sekitar dengan menyebabkan sampah,
membahayakan alam sekitar dan menggunakan ruang tanah yang
berharga?
……………………………………………………………………………
(iii) Apakah barangan yang dijual di kantin yang tidak baik kepada
alam sekitar? Mengapa?
……………………………………………………………………………
(iv) Adakah anda tahu bahawa minum menggunakan straw adalah
tidak baik kepada alam sekitar? Mengapa?
……………………………………………………………………………
(v) Sekiranya anda fikir bahawa banyak barangan bungkusan yang
dijual di kantin adalah tidak baik kepada sekolah dan alam sekitar,
apakah yang anda lakukan?
……………………………………………………………………………
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
77
(vi) Bagaimanakan pihak kantin mengurus kesemua bahan buangan?
……………………………………………………………………………
(vi)Bagaimana boleh anda membantu pihak kantin untuk mengurus
perniagaannya dengan lebih mesra alam?
……………………………………………………………………………
4. Perkarangan sekolah
(i) Adakah perkarangan sekolah anda kelihatan menarik? Mengapa/
mengapa tidak?
……………………………………………………………………………
(ii) Adakah persekitaran luar sejuk dan nyaman? Mengapa/ mengapa
tidak?
……………………………………………………………………………
(iii) Berapa banyak pokok di perkarangan sekolah?
……………………………………………………………………………
(iv) Adakah burung hinggap di pokok tersebut? Anda sukakan mereka?
……………………………………………………………………………
(vi) Bahagian manakah di perkarangan sekolah yang anda fikir perlu
lebih pokok? Mengapa/ mengapa tidak?
……………………………………………………………………………
(vii) Adakah anda suka dengan dinding bangunan sekolah?
Mengapa/mengapa tidak?
……………………………………………………………………………
(viii) Fikirkan beberapa gambar yang boleh dilukis pada dinding untuk
membantu mengembalikan suasana semula jadi di sekolah?
……………………………………………………………………………
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
78
Buat lakaran mural pilihan anda di sini:
(i) Adakah pelajar membuang sampah merata-rata? Bagaimana
anda dapat membantu agar pelajar tidak membuang sampah
merata-rata?
……………………………………………………………………………
(ii) Bahagian manakah di sekolah yang paling anda suka? Mengapa?
……………………………………………………………………………
(iii) Bahagian manakah di sekolah yang paling anda tidak suka?
Mengapa? Bagaimana untuk memperbaiknya?
……………………………………………………………………………
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
79
BORANG AUDIT
Tarikh :
Nama Pelajar / Ahli Kumpulan
__________________________________________________________
Perkara yang diaudit:
__________________________________________________________
Tanda ( / ) pada komen yang berkaitan
Bil Komen
Kawasan Isu
Sgt
Baik
Baik Neutral Buruk
Sangat
Buruk
Tindakan
Cadangan
kantin
Sampah
Sisa
makanan
tandas
perpustakaan
MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
80
Bil Komen
Kawasan Isu
Sgt
Baik
Baik Neutral Buruk
Sangat
Buruk
Tindakan
Cadangan
blok pentadbiran
RUMUSAN DARIPADA AUDIT HIJAU
Berdasarkan dapatan yang disediakan oleh…………………………
bilangan pelajar pada ………………….............., berikut adalah keputusan
yang telah diperolehi:
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar
Alam sekitar

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Wan Nor Faezah
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
Ientan Nazurana
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran data
huuriyahbahiirah
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
Nor Ainee
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
Izny Atikah
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Mohd Syafiq A. Ghani
 

La actualidad más candente (20)

88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Etika profesion keguruan
Etika profesion keguruanEtika profesion keguruan
Etika profesion keguruan
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran data
 
Isu penampilan guru
Isu penampilan guruIsu penampilan guru
Isu penampilan guru
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Kesan rumah hijau
Kesan rumah hijauKesan rumah hijau
Kesan rumah hijau
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
 
pengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalpengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejal
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 

Similar a Alam sekitar

Modul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpliModul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpli
avi_lib9
 
Tugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumTugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulum
huzaipah
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
haslinda041770
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Hon Shan Shan
 
1. 1 Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru SMKN Jepara.pptx
1. 1 Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru SMKN Jepara.pptx1. 1 Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru SMKN Jepara.pptx
1. 1 Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru SMKN Jepara.pptx
AhmadMisbah10
 
Bah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanBah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihan
Elfitri Tres
 
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Syaidah Ahnur
 
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
Irma Muthiara Sari
 
1.4. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
1.4. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts1.4. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
1.4. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
Amrizal Ahmad
 
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
Sofyan Nardi Saputra
 

Similar a Alam sekitar (20)

Modul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpliModul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpli
 
Pengantar kurikulum
Pengantar kurikulumPengantar kurikulum
Pengantar kurikulum
 
Tugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumTugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulum
 
1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
 
Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdf
Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdfBuku Panduan Pendekatan Bertema.pdf
Buku Panduan Pendekatan Bertema.pdf
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 
Panduan edu3103
Panduan edu3103Panduan edu3103
Panduan edu3103
 
powerpointimplementasikurikulummerdeka-220923193831-75d92130.pdf
powerpointimplementasikurikulummerdeka-220923193831-75d92130.pdfpowerpointimplementasikurikulummerdeka-220923193831-75d92130.pdf
powerpointimplementasikurikulummerdeka-220923193831-75d92130.pdf
 
PARADIGMA BARU KURIKULUM
PARADIGMA BARU KURIKULUMPARADIGMA BARU KURIKULUM
PARADIGMA BARU KURIKULUM
 
Kk i biologi 18 juli
Kk i biologi 18 juliKk i biologi 18 juli
Kk i biologi 18 juli
 
1. 1 Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru SMKN Jepara.pptx
1. 1 Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru SMKN Jepara.pptx1. 1 Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru SMKN Jepara.pptx
1. 1 Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru SMKN Jepara.pptx
 
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdfMateri Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
 
PRESENTASI IKM.pptx
PRESENTASI IKM.pptxPRESENTASI IKM.pptx
PRESENTASI IKM.pptx
 
Bah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanBah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihan
 
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptx
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptxIMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptx
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptx
 
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
 
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
 
1.4. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
1.4. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts1.4. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
1.4. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
 
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
06. b. salinan lampiran permendikbud no. 68 th 2013 ttg kurikulum smp m ts
 

Alam sekitar

  • 1. KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Oktober 2010 MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
  • 2. i Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Oktober 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 3. ii Cetakan Oktober 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR). MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.
  • 4. iii KATA ALU-ALUAN Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Pendidikan Guru adalah bersifat dinamik dan senantiasa disemak dan diubah suai bagi memenuhi keperluan semasa pendidikan negara seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Negara (GTP). Modul ini merupakan usaha Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru selaras dengan perubahan semasa dalam arena pendidikan dalam dan luar negara. Dengan pembaharuan pembelajaran yang menggunakan modul akan dapat menggalakkan pembelajaran kendiri yang lebih efektif dan berupaya mengkekalkan kualiti seperti dalam pembelajaran bersemuka. Justeru itu tujuan modul ini digubal adalah untuk menggantikan interaksi bersemuka antara pelajar dengan pensyarah. Modul Pengajian Asas Pendidikan Alam Sekitar Kursus Perguruan Lepas I jazah Sekolah Rendah (KPLI SR) menuntut pelajar membuat anjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme serta berjiwa pendidik yang mampu bersaing di persada global. (DATUK DR. HAILI BIN DOLHAN) Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Oktober 2010
  • 5. iv Modul ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran secara bestari (pembelajaran arah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri). Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang corak dan gaya pembelajaran mereka. Adalah lebih berkesan jika pelajar menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian mereka. Modul ini ditulis mengikut susunan tajuk. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu pelajar mengingat semula apa yang telah pelajari atau membuatkan pelajar memikirkan tentang apa yang telah baca. Bagi latihan-latihan yang diberikan, adalah lebih membantu jika pelajar berbincang dengan rakan- rakan. Jumlah kandungan modul ini adalah untuk satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Modul pembelajaran ini adalah untuk menggantikan interaksi dalam kelas dan untuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran pengajian asas Pendidikan Alam Sekitar. Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Di dalam modul ini beberapa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran B menerangkan kepada pelajar makna-makna ikon tersebut. Semua latihan dan aktiviti di dalam senarai semak hendaklah disiapkan dan dihantar dalam satu folio pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Tip untuk membantu pelajar melalui kursus ini. 1. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran pelajar. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 2. Luangkan masa yang mencukupi untuk membaca dan menyiapkan tugasan serta latihan dalam modul. 3. Rujuk sumber lain yang relevan daripada apa yang telah diberikan kepada pelajar. Teliti maklumat yang diterima. 4. Sediakan folio pembelajaran untuk mengumpul semua tugasan dan latihan yang lengkap sebelum dihantar kepada pensyarah. PANDUAN PELAJAR
  • 6. v Falsafah Pendidikan Kebangsaan i Falsafah Pendidikan Guru i Kata Alu-Aluan Rektor iii Panduan Pelajar iv Pengenalan viii Agihan Tajuk Modul ix Ujian Pra x Tajuk Pembelajaran Tajuk 1.0: Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar 1 Sinopsis 1 Hasil Pembelajaran 1 Kerangka Tajuk 1 1.1 Sejarah Pendidikan Alam Sekitar 2 1.2 Matlamat Pendidikan Alam Sekitar 7 1.3 Objektif Pendidikan Alam Sekitar 8 Tajuk 2.0: Pengenalan Kepada Ekologi Asas 12 Sinopsis 12 Hasil Pembelajaran 12 Kerangka Tajuk 13 2.1 Komponen Alam Sekitar 13 2.2 Biosfera dan Ekologi 17 2.3 Ekosistem 18 Tajuk 3.0: Isu Alam Sekitar 25 Sinopsis 25 Hasil Pembelajaran 25 Kerangka Tajuk 25 KANDUNGAN MUKA SURAT
  • 7. vi 3.1 Isu Alam Sekitar 26 3.2 Punca Isu Alam Sekitar 29 3.3 Kesan Isu Alam Sekitar 33 3.4 Menangani Isu 39 Tajuk 4.0: Pembangunan Lestari 44 Sinopsis 44 Hasil Pembelajaran 44 Kerangka Tajuk 45 4.1 Konsep Pembangunan Lestari 45 4.2 Tujuan Pembangunan Lestari 46 4.3 Strategi Pembangunan Lestari 49 4.4 Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar 50 Tajuk 5.0: Warga Alam Sekitar 52 Sinopsis 52 Hasil Pembelajaran 52 Kerangka Tajuk 53 5.1 Gaya Hidup Lestari 54 5.2 Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan dan pemuliharaan Alam Sekitar 56 Tajuk 6.0: Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum 60 Sinopsis 60 Hasil Pembelajaran 60 Kerangka Tajuk 61 6.1 Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh 61 6.2 Pendekatan Kurikulum 62 6.3 Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 64 6.4 Pendekatan Ko-kurikulum 69 6.5 Audit Hijau di Kampus IPG/Sekolah 73 6.6 Program Penghijauan 83
  • 8. vii Ujian Pasca 89 Bibliografi 92 Lampiran A: Ikon Modul 94 Lampiran B: Senarai Semak 95 Lampiran C: Cadangan Kerja Kursus Pendek 97 Panel Penulis Modul 100 Panel Pemurnian Modul 102
  • 9. viii PENGENALAN Modul Pengajian Asas Pendidikan Alam Sekitar ini digubal bagi pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Major Prasekolah. Modul ini merupakan modul pembelajaran kendiri yang berjumlah satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Agihan tajuk dalam modul ini adalah mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Alam Sekitar Asas Dinamika Guru KPLI SR dan disusun mengikut enam tajuk utama iaitu Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar, Pengenalan Kepada Ekologi Asas, Isu Alam Sekitar, Pembangunan Lestari, Warga Alam Sekitar dan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Bagi setiap tajuk, nota ringkas untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan kursus. Selain daripada mempelajari bahan dalam modul ini, pelajar digalakkan merujuk kepada pelbagai sumber lain yang relevan kepada mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Terdapat beberapa tugasan, latihan dan aktiviti dalam modul ini yang perlu dilengkap dan dikumpulkan dalam folio pembelajaran pelajar untuk disemak oleh pensyarah. Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan ke arah kecemerlangan pendidikan.
  • 10. LAMPIRAN 2 ix Maklumat Agihan Tajuk Dalam Sukatan Pelajaran Nama Kursus: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini berjumlah satu kredit iaitu bersamaan dengan 15 jam bagi menggantikan interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk untuk pembelajaran melalui modul. Bil. Tajuk Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam 1 Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar 1 1 2 Pengenalan kepada Ekologi Asas 2 2 3 Isu Alam Sekitar 3 3 4 Pembangunan Lestari 2 2 5 Warga Alam Sekitar 1 1 6 Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum 6 6 JUMLAH 15 15
  • 11. PENDIDIKAN ALAM SEKITAR x UJIAN PRA PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Arahan: Jawab semua soalan dan tandakan jawapan anda dalam kotak yang disediakan. No Pernyataan Betul Salah 1. Lapisan ozon adalah penting untuk kehidupan di bumi. 2. Lebih 5% sulfur yang berada di atmosfera adalah disebabkan oleh aktiviti peletusan gunung berapi. 3. Salah satu kebaikan menggunakan kereta hibrid ialah dapat menjimatkan penggunaan bahan bakar dan mengurangkan pelepasan asap. 4. CFC dan lain-lain bahan karbon berklorida telah memusnahkan lapisan ozon di kawasan Antartik and Artik. 5. Sinaran matahari yang banyak adalah baik untuk anda. 6. Karbon dioksida daripada pembakaran bahan api fosil merupakan hasil keluaran terbesar masyarakat terkini. 7. Aerosol yang mengandungi CFC merosakkan lapisan ozon. 8. Kereta akan menggunakan kurang bahan bakar jika ia bergerak pantas dalam masa yang singkat. 9. Bahan api fosil terhasil daripada tumbuhan dan haiwan yang tertanam di dalam bumi berjuta-juta tahun dahulu. 10. Lapisan ozon wujud antara 20 dan 50 km dari bumi. 11. Lapisan ozon menapis hampir semua radiasi ultraviolet yang merbahaya daripada matahari. 12. Adalah selamat untuk membuang semua bahan yang tidak diperlukan ke dalam longkang.
  • 12. PENDIDIKAN ALAM SEKITAR xi No Pernyataan Betul Salah 13. Semua barangan buangan boleh dikitar semula. 14. Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global. 15. Pendedahan kepada bunyi yang kuat pada suatu jangkamasa yang panjang tidak memberi kesan kepada kita. 16. Kita membuang lebih banyak plastik berbanding kaca. 17. Kita mengitar semula kebanyakan tin minuman yang digunakan. 18. Mengitar semula kertas dapat membantu menghentikan penebangan hutan hujan. 19. Penangkapan ikan yang menggunakan jaring berlubang kecil merupakan satu strategi penangkapan ikan secara mampan. 20. Tanam tanaman seperti pudina untuk menghindarkan serangga perosak. 21. Tenaga nuklear tidak menghasilkan bahan buangan toksik. 22. Kebanyakan bahan buangan adalah kertas ataupun hasil kertas seperti kadbod. 23. Semua pencemaran air adalah disebabkan oleh aktiviti manusia. 24. Menurunkan suhu sebanyak 10 -20 C dapat mengurangkan pencemaran udara. 25. Kadangkala doktor menggunakan plastik terbiodegradasi dalam tubuh kita. 26. Lampu mentol menggunakan tenaga elektrik yang kurang daripada lampu pendaflour kerana ianya lebih kecil. 27. Mengitar semula tin aluminium memerlukan tenaga yang lebih banyak berbanding proses menghasilkannya.
  • 13. PENDIDIKAN ALAM SEKITAR xii No Pernyataan Betul Salah 28. Hujan asid akan memusnahkan hutan. 29. Kita boleh mengurangkan antara 40% hingga 90% bahan buangan di tempat pembuangan sampah, jika kita mengitar dan mengkompos buangan domestik sebanyak yang boleh. 30. Stesen janakuasa nuklear tidak akan menambah kandungan karbon dioksida yang boleh meningkatkan pemanasan global. 31. Petrol tanpa plumbum adalah baik untuk lapisan ozon. 32. China merupakan negara yang paling banyak melepaskan karbon dioksida di Asia. 33. Pernafasan boleh meningkatkan kesan rumah hijau. 34. Leptospirosis ialah sejenis penyakit yang merebak melalui air kencing manusia. 35. Matahari adalah sumber tenaga utama bagi manusia.
  • 14. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 1 TAJUK 1.0 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Sinopsis Tajuk satu ialah Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar. Tajuk ini meliputi tiga sub tajuk iaitu Sejarah Pendidikan Alam Sekitar, Matlamat Pendidikan Alam Sekitar dan Objektif Pendidikan Alam Sekitar. Hasil Pembelajaran (i) Menjelaskan asal usul Pendidikan Alam Sekitar di peringkat antarabangsa dan Malaysia. (ii) Mengenal pasti penubuhan/kewujudan program Pendidikan Alam Sekitar. (iii) Mencari maklumat daripada internet dan media cetak. Kerangka Tajuk Rajah 1.1: Kerangka Tajuk Satu Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar Sejarah Pendidikan Alam Sekitar Matlamat Pendidikan Alam Sekitar Objektif Pendidikan Alam Sekitar
  • 15. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 2 1.1 Sejarah Pendidikan Alam Sekitar Pernahkan anda membaca tentang sejarah Pendidikan Alam Sekitar? Siapakah pula yang diberi gelaran sebagai pengasas kepada Pendidikan Alam Sekitar? Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) manakala orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah Thomas Pritchard semasa persidangan IUCN di Paris dalam tahun 1958. Beberapa persidangan di peringkat antarabangsa seperti Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975), Malta (1991), Agenda 21 (1992) sehinggalah terhasilnya Laporan Kabinet (1979) di Malaysia. Ini merupakan faktor pencetus kepada arena perbincangan tentang alam sekitar dunia serta peranan Pendidikan Alam Sekitar dalam memastikan keseimbangan alam sekitar. Ekoran daripada Persidangan Stockholm serta beberapa persidangan lain ini akhirnya telah berjaya merangka suatu garis panduan, prinsip, matlamat dan juga objektif Program Pendidikan Alam Sekitar. Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di Stockholm, Sweden dengan tema “Prinsip dan Alam Sekitar Manusia” (Human Environment and Principles) dan dianjurkan oleh United Nations. Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah. Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan Pendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramai pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia. Persidangan ini dikendalikan oleh United Nations Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dengan kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP)
  • 16. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 3 dan diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977. Persidangan ini telah dihadiri oleh 265 delegasi dan 65 pembentang serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan antarabangsa. Dalam persidangan ini, garis panduan, matlamat, serta objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan latihan dalam dan pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan. Kesinambungan dengan itu, satu Seminar Latihan Alam Sekitar telah diadakan di Malta pada tahun 1991 di bawah anjuran UNESCO. Seminar ini mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar di samping dapat menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta dalam masa yang sama dapat mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Hasil Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979 memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
  • 17. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 4 KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum bermula dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4 hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sehubungan dengan itu juga pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan untuk guru-guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk “Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR” pada tahun 1998.
  • 18. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 5 Latihan Sejarah Pendidikan Alam Sekitar Langkah 1: Cari dan akses bahan-bahan rujukan dan maklumat tentang sejarah Pendidikan Alam Sekitar daripada beberapa media cetak dan internet. Kumpulkan bahan-bahan tersebut dan catatkan sumber rujukannya. Langkah 2: Bina satu jadual rumusan yang menunjukkan aliran tarikh, tempat, peristiwa-peristiwa dan fakta-fakta penting yang telah diputuskan bagi setiap Persidangan Alam Sekitar bermula dengan Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975), Malta (1991), Agenda 21 (1992) sehinggalah terhasilnya Laporan Kabinet (1979) di Malaysia. Jadual 1 adalah contoh yang boleh digunakan dan diubahsuai mengikut kreativiti anda. Langkah 3: Masukkan bahan-bahan yang telah siap dihasilkan ke dalam Folio Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar.
  • 19. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 6 Jadual.1: Contoh Kronologi Persidangan Antarabangsa Pendidikan Alam Sekitar Tarikh/Tahun Persidangan Nama Persidangan Tempat Persidangan Tujuan Keputusan 1972 Stockholm 1977 Tbilisi RUMUSAN/KESIMPULAN
  • 20. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 7 1.2 Matlamat Pendidikan Alam Sekitar Bilakah matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam Sekitar ditetapkan? Semasa Deklarasi Tblisi 1977, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersetuju menetapkan matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam Sekitar bagi negara-negara di seluruh dunia. Matlamat Pendidikan Alam Sekitar ialah untuk: (i) Menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi, sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di bandar dan luar bandar. (ii) Menyediakan peluang kepada semua orang untuk memperoleh pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. (iii) Menghasilkan corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar dalam kalangan individu, kumpulan dan masyarakat seluruhnya. Menurut UNESCO (1976), matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah seperti kenyataan berikut. “…. to develop a world population that is aware of and concerned about environment and its associated problems and which has the knowledge, skills, attitudes, motivation and commitment to work individually and collectively towards the solution of its current problem and prevention of new ones.” (UNESCO, 1976)
  • 21. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 8 1.3 Objektif Pendidikan Alam Sekitar Persidangan Tbilisi 1977 juga telah menetapkan lima objektif Pendidikan Alam Sekitar seperti berikut: (i) Kesedaran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitar seluruhnya dan permasalahan alam sekitar. (ii) Pengetahuan: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas terhadap alam sekitar dan permasalahan alam sekitar. (iii) Sikap: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh satu set nilai dan perasaan keprihatinan terhadap alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam pemeliharaan dan pembaikan alam sekitar. (iv) Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah alam sekitar. (v) Penglibatan: untuk menyediakan peluang kepada kumpulan sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar. Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil tindakan. Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mengubahsuai kefahaman dan sikap manusia agar lebih prihatin terhadap alam yang telah banyak berjasa kepadanya (Abdul Manaf Muda, 1993).
  • 22. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 9 Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga terdapat 12 prinsip Pendidikan Alam Sekitar telah ditetapkan iaitu: (i) Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam sekitar semula jadi dan buatan, teknologi dan sosial seperti ekonomi, politik, sejarah, budaya, etika dan estetika. (ii) Menjadi satu proses sepanjang hayat, bermula dari peringkat prasekolah dan disambung sehingga peringkat pendidikan formal dan bukan formal. (iii) Menggunakan pendekatan merentas kurikulum dengan menerapkan nilai-nilai alam sekitar kepada mata pelajaran khusus setiap disiplin dalam bentuk perspektif yang holistik dan seimbang. (iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan, nasional dan antarabangsa. (v) Memfokuskan kepada potensi situasi alam sekitar terkini dengan mengambil kira perspektif sejarah. (vi) Mempromosikan nilai dan keperluan berasaskan tempatan, nasional dan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan menyelesaikan masalah alam sekitar. (vii) Mengambilkira dengan terperinci setiap aspek alam sekitar dalam plan pertumbuhan dan pembangunan. (viii) Membolehkan pelajar berperanan dalam merancang pengalaman pembelajaran dan mendapat peluang untuk membuat dan menerima keputusan bersama. (ix) Menghubungkait sensitiviti alam sekitar, pengetahuan, kemahiran penyelesaian masalah dan nilai yang jelas kepada semua peringkat umur dengan memberi penekanan khusus terhadap sensitiviti alam sekitar. (x) Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi masalah sebenar alam sekitar.
  • 23. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 10 (xi) Menekankan kompleksiti masalah alam sekitar dan keperluan untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah. (xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar secara pelbagai dan pendekatan pendidikan yang meluas bagi mengajar, belajar tentang dan dari alam sekitar dengan menekankan kepada aktiviti praktikal dan pengalaman sebenar. Memikir: Buat refleksi tentang mengapa Pendidikan Alam Sekitar perlu diintegrasikan dalam setiap mata pelajaran di sekolah. Rehat Buku Rujukan Abdul Manaf Muda. (1993). Pendidikan Alam Sekitar. Jurnal Akademik Maktab Perguruan Kuala Terengganu. 8: 67-75. Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. (1997). Huraian Sukatan Pendidikan Alam Sekitar Diploma Perguruan Malaysia. Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kartini Abdul Mutalib. (2008). Keberkesanan modul pengajaran Ekosistem Hutan Tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar. Tesis Phd. Fakulti Pengajian Alam Sekitar. UPM. Serdang. Tidak diterbitkan. Barraza, L., Duque-Aristizabal, A.M. dan Robolledo, G. (2003). Environmental Education: from policy to practice. The Journal of Environmental Education. 9(3): 347-357.
  • 24. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 11 Hart, E.P. (1981). Identification of key characteristics environmental education. The Journal of Environmental Education. 13(1): 12-16. Hungerford, H.R. dan Volk, T.L. (1990). Changing learner behaviour through environmental education. The Journal of Environmental Education. 21(3): 8-12. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru: Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Palmer, J. dan Neal, P. (1994). The handbook of environmental education. London and New York: Routledge. Rozita Ibrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: Isu dan cabaran. Dlm, Jamaluddin Md Jahi dan Mohd Jailani Mohd Nor. Environmental management 2001. Proceeding national seminar on environmental management: Current development and future planning (hlm. 23-30). 14-15 Ogos 2001, Bangi, Selangor. UNESCO-UNEP. (1978). Final Report: Intergovernmental Conference on Environmental Education (Tbilisi, USSR). Paris: UNESCO. Bahan Bacaan Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://en.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Conference_on_the_Human_ Environment http://en.wikipedia.org/wiki/Agenda_21 http://unesdoc.unesco.org/images/0013/001334/133472eo.pdf http://www.gdrc.org/uem/ee/tbilisi.html http://www.un.org/documents/ecosoc/cn17/2000/ecn172000-8.htm http://www.unep.org/Documents.Multilingual/Default.asp?DocumentID=9 7 http://www.un-documents.net/unchedec.htm http://www.un-documents.net/rio-dec.htm http://www.un.org/esa/dsd/agenda21/
  • 25. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 12 TAJUK 2.0 PENGENALAN KEPADA EKOLOGI ASAS Sinopsis Tajuk dua adalah Pengenalan kepada Ekologi Asas. Tajuk ini dibahagikan kepada tiga sub tajuk iaitu Komponen Alam Sekitar, Biosfera dan Ekologi dan juga Ekosistem. Hasil Pembelajaran (i) Mengumpulkan maklumat tentang konsep alam sekitar dan komponennya dari pelbagai sumber. (ii) Menerangkan dan memberi contoh komponen alam sekitar. (iii) Membanding beza konsep biosfera dan ekologi. (iv) Mengenal pasti dan melukis satu ekosistem di kawasan kampus. (v) Menerangkan proses pemindahan tenaga dalam rantaian makanan. (vi) Membina satu rantai makanan. (vii) Melukis beberapa kitaran semulajadi.
  • 26. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 13 Kerangka Tajuk Rajah 2.1: Kerangka Tajuk Dua 2.1 Komponen Alam Sekitar Setiap hari kita menyebut tentang alam sekitar, tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan alam sekitar? Alam sekitar adalah dunia di sekeliling kita. Untuk memelihara komponen-komponen alam sekitar, kita perlu memahami alam sekitar secara menyeluruh. Alam sekitar terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu: (i) alam sekitar semulajadi (natural environment) (ii) alam sekitar buatan (man-made environment) (iii) alam sekitar sosiobudaya (socio-cultural environment) Alam sekitar semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi, dan kitaran fizikal yang menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen, karbon dan air) serta sistem biologi dan ekologi (benda hidup yang saling berinteraksi). Pengenalan Kepada Ekologi Asas Komponen Alam Sekitar Biosfera dan Ekologi Ekosistem
  • 27. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 14 Rajah 2.1 : Alam sekitar semulajadi Alam sekitar buatan merangkumi manusia dan persekitaran buatan manusia. Alam sekitar buatan merujuk kepada persekitaran fizikal binaan atau ciptaan manusia iaitu alam sekitar yang dibina oleh manusia seperti taman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan lain-lain. Alam sekitar sosiobudaya merujuk kepada alam sekitar yang berkaitan dengan bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya. Ia merangkumi hubungan ataupun pertalian rapat antara manusia dengan budayanya ataupun budaya di sekelilingnya termasuk etika persekitaran buatan manusia itu sendiri. Semua komponen ini adalah saling berhubungkait dan tidak boleh dilihat sebagai satu entiti tersendiri. Kualiti saling hubungan ini menggambarkan alam sekitar yang sihat dan seimbang.
  • 28. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 15 Latihan Aktiviti 1: Mengenali Alam Sekitar Di Sekeliling Anda Cari tiga contoh gambar yang menunjukkan komponen- komponen alam sekitar semulajadi, alam sekitar buatan dan alam sekitar sosiobudaya. Tampalkan gambar tersebut dalam satu bentuk pengurusan grafik dan kenal pasti setiap entiti yang ada dalam ketiga-tiga komponen tersebut. Kumpulkan bahan-bahan tersebut ke dalam Folio Pendidikan Alam Sekitar.
  • 29. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 16 Perbincangan Aktiviti 2 : Mengenal Pasti Definisi Yang Betul Arahan: Padankan istilah berikut dengan definisi yang betul. Masukkan jawapan anda ke dalam folio pembelajaran. Ekologi Hubungan pemakanan dalam bentuk satu turutan organisma di mana setiap organisma dalam turutan itu makan organisma yang sebelumnya. Spesies Benda hidup seperti tumbuhan, haiwan dan mikrob. Populasi Benda bukan hidup seperti cuaca, geologi, air, udara, nutrien dan matahari. Habitat Kawasan daratan seperti kawasan padang pasir, tundra, hutan tropika, gurun dan padang rumput yang mencirikan keadaan cuaca dan jenis tumbuhan yang beradaptasi secara spesifik di kawasan tersebut. Komuniti Terdiri daripada beberapa rantai makanan yang saling berhubung antara satu sama lain. Ekosistem Cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi antara benda hidup dengan alam sekitar. Biosfera Sekumpulan organisma yang serupa dan boleh saling membiak antara satu sama lain untuk melahirkan anak yang subur. Komponen Biotik Segala aktiviti yang dilakukan oleh sesuatu organisma di habitatnya. Ini merangkumi segala aspek cara hidupnya terutama sekali cara pemakanannya. Komponen Abiotik Tempat kediaman sesuatu organisma. Biom Organisma sentiasa saling bertindak antara satu sama lain dengan persekitarannya. Nic Dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka bumi yang menyatukan semua kehidupan and hubungan antara kehidupan termasuklah interaksinya dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera, ekosfera dan atmosfera. Rantai makanan Sekumpulan organisma sama spesies dan hidup di habitat yang sama. Jaringan makanan Kesemua organisma yang hidup di sesuatu habitat .
  • 30. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 17 2.2 Biosfera dan Ekologi Planet bumi adalah tempat tinggal manusia dan juga tempat tinggal bagi pelbagai hidupan yang lain. Gunung yang tinggi, cerun dan tanah rata, pinggir lautan dan di dalam sungai mahupun lautan adalah juga merupakan tempat tinggal bagi hidupan. 2.2.1 Konsep Biosfera Biosfera adalah semua tempat yang berhampiran dengan kita ataupun semua tempat lain di muka bumi ini di mana ada pelbagai bentuk kehidupan. Biosfera meliputi semua ekosistem global. Ia juga dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka bumi. Dalam konteks yang lebih luas, biosfera adalah sistem ekologi global yang menyatukan semua kehidupan dan hubungan antara kehidupan termasuklah interaksinya dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera, ekosfera dan atmosfera. Biosfera dipostulatkan telah mengalami evolusi melalui proses biogenesis lebih kurang 3.5 billion tahun dahulu. Rajah 2.2: Biosfera
  • 31. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 18 2.2.2 Konsep Ekologi Ekologi berasal daripada perkataan Greek „oikos‟ yang bermaksud „rumah‟ atau „tempat untuk tinggal‟ dan „logos‟ yang bermaksud „kajian‟. Oleh itu ekologi adalah satu kajian hubungan dalam alam semulajadi (Miller & Spoolman, 2009). Ekologi adalah satu bidang kajian saintifik berkaitan dengan taburan, kelimpahan dan hubungan antara organisma dan interaksinya dengan alam sekitar. Ekologi juga ditakrifkan sebagai kajian tentang hubungan antara organisma dengan persekitaran fizikal dan biologinya. Ekologi termasuk kajian mengenai populasi tumbuhan dan haiwan, komuniti tumbuhan dan haiwan serta ekosistem. 2.3 Ekosistem Apakah pula yang dikatakan sebagai ekosistem? Alam sekitar terdiri daripada komuniti-komuniti berbagai jenis tumbuhan dan haiwan, hidup dalam satu kawasan yang sama, berinteraksi dan mempunyai pengaruh antara satu sama lain. Contohnya di kawasan paya bakau, sungai, kolam di mana terdapat organisma hidup yang besar dan mikroskopik yang hidup bersama yang dinamakan sebagai ekosistem biotik. Apakah maksud ekologi? Mari kita teruskan bacaan kita...
  • 32. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 19 Ekosistem biosis atau biotik adalah komponen yang hidup, iaitu komuniti dalam suatu ekosistem. Ekosistem abiotik ialah komponen bukan hidup. Contohnya air, udara, tanah, suhu, nilai pH, cahaya, topografi, kelembapan dan iklim mikro. Kombinasi komuniti biotik dengan alam sekitar abiotik dipanggil sebagai ekosistem. Rajah 2.3: Ekosistem Ekosistem adalah satu set interaksi antara organisma dengan bahan bukan hidup serta tenaga di alam sekitarnya iaitu di dalam suatu kawasan (Miller & Spoolman, 2008). Satu ekosistem terdiri daripada semua organisma hidup (komuniti biologi) dalam satu kawasan tertentu bersama benda bukan hidup (abiotik) dan komponen fizikal alam sekitar yang mana organisma berinteraksi bersama-sama, seperti udara, tanah, air dan matahari. Jadual 2.1: Komponen abiotik dan biotik dalam suatu ekosistem KOMPONEN ABIOTIK KOMPONEN BIOTIK Cahaya matahari Pengeluar Suhu Herbivor Taburan hujan Karnivor Air dan kelembapan Omnivor Tanah Detritivor
  • 33. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 20 Setelah memahami maksud ekosistem. Mari kita mengenal pasti pula maksud bagi istilah nic. Apakah sebenarnya nic? Nic adalah peranan suatu organisma, yang dikategorikan mengikut cara ia mendapatkan makanan. Nic ekologi merupakan peranan atau „pekerjaan‟ suatu spesies dalam suatu komuniti dan ekosistem. Nic ekologi organisma boleh berubah-ubah semasa peringkat hidupnya. Contohnya berudu tinggal dalam air dan makan plankton tetapi katak dewasa tinggal di darat dan menangkap serangga sebagai makanan. Pelbagai jenis hidupan boleh berkongsi di habitat yang sama tetapi melakukan nic atau pekerjaan/peranan/fungsi yang berbeza-beza. Di dalam ekosistem hutan hujan tropika contohnya, harimau memburu kancil tetapi ulat beluncas memakan daun tumbuh-tumbuhan. Dalam suatu ekosistem juga terdapat pelbagai jenis rantai makanan dan siratan makanan. Rantai makanan adalah satu laluan yang menunjukkan bagaimana tenaga dipindahkan daripada pengeluar kepada pengguna. Rantai makanan berbentuk satu arah dan bermula dengan pengeluar (tumbuhan) sehingga kepada pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna seterusnya. Setiap peringkat dalam rantai makanan ditunjukkan dengan menggunakan anak panah (→) yang bermaksud „dimakan oleh‟. Memikir Cuba bezakan antara kedua-dua jenis rantai makanan berikut. Rajah 2.3: Dua jenis rantai makanan
  • 34. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 21 Berbeza dengan rantai makanan, siratan makanan merupakan satu jaringan yang terdiri beberapa rantai makanan. Memikir Cuba kira berapakah rantai makanan yang ada dalam siratan makanan berikut. Rajah 2.4: Contoh siratan makanan Bagaimanakah pula perpindahan tenaga berlaku dalam rantai makanan dan siratan makanan dalam suatu ekosistem?
  • 35. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 22 Latihan Aktiviti 3: Kajian Lapangan Ekosistem Di Kawasan Kampus Kenal pasti satu kawasan ekosistem di kampus anda. Bina satu siratan makanan semulajadi dan terangkan bagaimana proses pemindahan tenaga berlaku di ekosistem tersebut. Rajah 2.5 berikut boleh membantu penerangan anda. Simpan hasil kajian ini ke dalam folio pembelajaran anda. Rajah 2.5: Aliran tenaga dalam rantai makanan Satu ekosistem akan berada dalam keseimbangan apabila komponen benda hidup (biotik) dan abiotik (bukan hidup) berada dalam keseimbangan. Ini bermakna pada keadaan seimbangan, semua nutrien dapat berkitar dengan berkesan, dan tiada komuniti organisma ataupun fenomena semula jadi yang mengganggu aliran tenaga dan kitar nutrien ke bahagian lain dalam ekosistem. Sebahagian keseimbangan ekosistem melibatkan kawalan populasi organisma hidup. Layari Internet Cuba layari internet dan cetak nota tambahan berkaitan dengan keseimbangan ekosistem. Baca nota tersebut.
  • 36. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 23 Dalam konteks biologi, kitar nutrien adalah satu konsep yang menerangkan bagaimana nutrien bergerak daripada alam sekitar fizikal kepada organisma hidup, dan kemudian dikitar kembali kepada alam sekitar fizikal. Pergerakan nutrien merupakan satu keperluan untuk hidup iaitu daripada alam sekitar kepada tumbuhan dan haiwan dan kembali semula ke alam sekitar merupakan satu fungsi penting ekologi dalam mana-mana kawasan. Di dalam satu alam sekitar semulajadi yang khusus, kitar nutrien mestilah dalam keadaan seimbang dan stabil supaya organisma yang tinggal di dalamnya sentiasa subur, berupaya berkembang dan membiak serta kekal dalam populasi yang seimbang. Mengumpul Maklumat Aktiviti 4: Kitar Semulajadi Cari dan akses maklumat tentang kitar semula jadi iaitu kitar nutrien, kitar karbon, kitar nitrogen dan kitar hidrologi daripada beberapa media cetak dan internet. Kumpulkan bahan-bahan tersebut dan catatkan sumber rujukannya. Lukiskan kitar semulajadi tersebut dan nyatakan kepentingan setiap kitaran kepada keseimbangan ekosistem. Masukkan hasil aktiviti ini ke dalam folio pembelajaran anda. Memikir Refleksi: Apakah komponen-komponen utama bagi suatu ekosistem? Cuba ingat kembali dan catatkan semula. Layari laman sesawang berikut dan belajar membina siratan makanan melalui permainan yang disediakan. http://www.vtaide.com/png/foodwebFF.htm Rehat
  • 37. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 24 Rujukan Enger, E.D., Ross, F.C. dan Bailey, D.B. (2007). Concepts in biology. (12th ed.). New York: Mc Graw Hill Higher Education. Garg, R. (1994). Environment Quiz Book. Malaysia: S.Abdul Majeed dan Co. Publishing Division. Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A gift of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit. Lewis, R., Gaffin, D. Hoefnagels, M dan Parker, B. (2004). Life. (5th ed.). New York. Mc Graw Hill. Miller, G.T. (2004). Environmental Science: Working with the earth. (10th ed.) Canada: Thompson Learning, Inc. Miller, G.T dan Spoolman, S. (2008). Environmental Science: Principles, connections and solutions. (12th ed.). Canada: Brooks/Cole Cengage Learning. Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005). Biology. (7th ed.). Boston: McGraw Hill. Starr, C., Taggart, R., Evers, C. dan Starr, L. (2009). Biology: The unity and diversity of life. (12th ed). USA: Brooks/Cole Cengage Learning. Bahan Bacaan Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://www.kzoo.edu/biology/courses/bio115/PPTs/5_Biosphere http://www.rapidlearningcenter.com/biology/Preview/RL201/PT/CB http://www.sciencebob.com/questions/q-food_chain_web.php http://www.vtaide.com/png/foodchains.htm http://en.wikipedia.org/wiki/Food_chain http://en.wikipedia.org/wiki/Natural_environment
  • 38. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 25 TAJUK 3.0 ISU ALAM SEKITAR Sinopsis Tajuk tiga adalah tentang Isu Alam Sekitar. Tajuk ini terdiri daripada empat bahagian yang utama iaitu Jenis Isu, Punca Isu Alam Sekitar, Kesan Isu Alam Sekitar dan juga Menangani Isu Alam Sekitar. Hasil Pembelajaran (i) Merancang dan menjalankan satu eksperimen untuk mengesan isu-isu alam sekitar seperti pencemaran bunyi dan udara di kawasan kampus. (ii) Membuat inferens dan meramal punca, masalah dan kesan pencemaran alam sekitar kepada manusia. (iii) Membincangkan isu yang dikesan dan mengenal pasti punca isu itu. (iv) Memberi cadangan dengan menggunakan pengurusan grafik untuk menangani isu alam sekitar. Kerangka Tajuk Rajah 3.1: Kerangka Tajuk Tiga Isu Alam Sekitar Jenis Isu Punca Isu Alam Sekitar Kesan Isu Alam Sekitar Menangani Isu
  • 39. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 26 3.1 Isu Alam Sekitar Adakah anda sedar? Pada masa kini, seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia sedang mengalami pembangunan yang amat pesat sekali. Aktiviti-aktiviti manusia lebih mementingkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dengan kemajuan sains dan teknologi. Akibatnya kesemua negara-negara seluruh dunia menghadapi pelbagai masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar seperti isu pertambahan penduduk, pelupusan spesies flora dan fauna, penebangan hutan, penghapusan paya, peningkatan gurun, hakisan tanah, pencemaran air, udara, bunyi dan darat, penipisan ozon, pemanasan bumi, kekurangan bekalan sumber api, galian dan air serta pemendapan asid di permukaan bumi. Modul ini walau bagaimanapun akan memberi tumpuan kepada tiga contoh isu alam sekitar iaitu pertambahan penduduk, penipisan lapisan ozon dan juga hujan asid. Apakah yang dimaksudkan dengan pertambahan penduduk? Bagaimana pertambahan penduduk boleh berlaku? Pertambahan penduduk merujuk kepada perubahan dalam bilangan penghuni yang sedang berlaku di kawasan-kawasan tertentu, sama ada di kawasan setempat dalam negeri atau secara global. Pertambahan penduduk berlaku akibat pertambahan bilangan penduduk atau pengurangan bilangan penduduk. Cuba cari maklumat apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pertambahan bilangan penduduk di sesuatu tempat. Apakah fungsi lapisan ozon? Mengapa lapisan ozon semakin menipis? Ozon secara kimianya merupakan gas yang mengandungi tiga atom oksigen (O3). Lapisan ozon berkedudukan di atas lapisan awan dan dikenal pasti sebagai lapisan stratosfera. Jaraknya adalah lebih kurang antara 20-50 km daripada bumi. Ia berperanan sebagai pelindung bagi sinaran bahaya ultra ungu (UV).
  • 40. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 27 Rajah 3.2: Kedudukan lapisan ozon dari bumi Kini, lapisan ozon dunia didapati semakin menipis. Pada Oktober 1987, penyelidikan NASA mendapati lapisan ozon di Antartika menipis sebanyak 95% terutama bagi musim bunga manakala di Artik dan ruangan angkasa Greenland pada musim salji. Lapisan ozon di bahagian Ottawa, Kanada juga didapati menipis kira-kira 25% penerimaan sinar UV berbanding tahun 1950-an. Lubang ozon di atas Kutub Selatan pada tahun 2006 membuktikan bahawa kerosakan lubang ozon masih terus berlanjutan sampai saat ini yang luasnya mencapai 29 juta km2 . Rajah 3.3: Lubang ozon di Antartika yang digambarkan oleh NASA pada tahun 2006
  • 41. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 28 Mengumpul Maklumat Cuba cari berapa besarkah „lubang‟ ozon pada masa kini di Antartika. Fenomena penipisan lapisan ozon stratosfera oleh bahan kimia chlorofluoromethane (atau biasa disebut sebagai chlorofluorocarbon – CFC) pertama kali disampaikan oleh dua orang ilmuwan Amerika, Rowland dan Molina, dalam Jurnal Nature pada tahun 1974. Penipisan lapisan ozon merupakan salah satu masalah alam sekitar yang harus segera ditangani kerana setiap penipisan lapisan ozon sebesar 10% akan menyebabkan kenaikan intensiti sinar ultra violet (UV) sebanyak 20%. Hujan asid adalah istilah yang diperkenalkan oleh seorang inspektor kilang dalam pertengahan abad yang lalu di Manchestor, United Kingdom. Apakah di yang dimaksudkan dengan hujan asid? Hujan asid adalah satu istilah yang umum berkaitan dengan asid dan bahan-bahan pencemaran yang bersifat asid dalam hujan, salji dan wap awan. Istilah ini membayangkan komponen semulajadi dan juga komponen buatan manusia. Bagaimana pertambahan keasidan boleh berlaku dalam air hujan? Pertambahan keasidan air hujan diakibatkan oleh pertambahan kepekatan gas-gas berasid ke dalam atmosfera seperti gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Pertambahan keasidan hujan juga adalah disebabkan oleh buatan manusia yang mengeluarkan gas-gas buangan daripada kilang, ekzos kenderaan, penjanaan kuasa elektrik dan juga bahan api fosil serta aktiviti perindustrian yang menghasilkan gas klorin. Oleh yang demikian bukan hanya air hujan didapati bertambah berasid tetapi juga hujan ais dan kabus. Jadi mendapan asid adalah satu istilah
  • 42. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 29 yang biasanya digunakan bagi semua keasidan yang diakibatkan oleh wap, gas dan zarah. Rajah 3.4: Hujan asid 3.2 Punca Isu Alam Sekitar Setelah mengetahui tentang isu-isu alam sekitar semasa, kita perlu pula mencari maklumat tentang punca-punca bagi isu alam sekitar. Antara puncanya ialah disebabkan oleh pertambahan penduduk, penggunaan teknologi, bencana alam, politik dan peperangan, budaya dan etika serta pengguatkuasaan undang-undang. Untuk mengkaji lebih
  • 43. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 30 lanjut tentang punca-punca alam sekitar, mari kita gunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara inkuri dengan cara mengikuti langkah-langkah seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.5 berikut. Mengenal pasti masalah Membuat andaian/Hipotesis Merancang strategi penyelesaian Mengumpul maklumat yang berkaitan Mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpulkan Membuat generalisasi atau rumusan Cadangan penyelesaian dan pelan tindakan Rajah 3.5: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Inkuiri Berikut adalah dua contoh hasil kajian yang boleh dijadikan panduan bagi membuat laporan apabila menggunakan kaedah P&P inkuiri.
  • 44. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 31 MASALAH 1: TANAH RUNTUH DI KAWASAN LERENG BUKIT HIPOTESIS: Tanah runtuh di lereng bukit disebabkan pembangunan STRATEGI: Mengkaji  struktur tanah  kecerunan kawasan  tekstur tanah-kelekitan  jenis tumbuhan tutup bumi MENGUMPUL MAKLUMAT: Pemerhatian  pemasangan paip air utama  pemotongan lereng tidak terancang  tidak berteres  kawasan terlalu cerun  tiada tindakan susulan - gagal menanam semula tumbuhan - tiada cerucuk sebagai penahan tanah  tanah terdedah  tekstur tanah - tanah liat dan tanah pasir - berstruktur kering dan longgar akibat terdedah langsung kepada iklim  jenis tumbuhan - tiada tumbuhan tutup bumi - kurang tumbuhan berakar yang boleh mencengkam tanah ANALISIS:  cerun yang terdedah tanpa struktur penyokong akan mengakibatkan larian air dan hakisan RUMUSAN Pembangunan kurang terancang dan terkawal menyebabkan tanah runtuh CADANGAN PENYELESAIAN 1. Pastikan sebarang pembangunan mendapat kelulusan EIA 2. Kurangkan aktiviti pembangunan di lereng bukit 3. Lakukan pemantauan yang kerap 4. Tindakan pencegah tanah runtuh perlu disegerakan.
  • 45. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 32 MASALAH 2: PENCEMARAN BAU HIPOTESIS:  Tangki septik  Pembuangan sampah  Air bertakung STRATEGI:  Lawatan ke sekitar kawasan  Temubual dengan pekerja dan pengurus MENGUMPUL MAKLUMAT  pemerhatian lawatan ke - kawasan longkang - tangki septik - stor simpan sampah  temubual - pengurusan - pekerja DAPATKAN MAKLUMAT  bau berpunca daripada tangki septik (hasil temuramah)  sebab-sebab tangki septik sudah lama tidak dikosongkan  air mandian panas masuk ke dalam tangki septik dan mengeluarkan bau HASIL PEMERHATIAN  longkang dan tangki septik septik berbau  dapur dan stor sampah tidak berbau RUMUSAN Bau dari tangki septik CADANGAN PENYELESAIAN  laporkan kepada Majlis Daerah  kuatkuasakan jadual pembersihan tangki  asingkan sisa mandian daripada tangki septik
  • 46. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 33 Latihan Aktiviti 1: Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Inkuiri Secara berpasangan, gunakan kaedah inkuiri seperti contoh yang telah ditunjukkan untuk melaksanakan kajian berkaitan satu isu alam sekitar di kawasan kampus atau sekolah anda. Sediakan laporan lengkap tentang kajian itu dan masukkan laporan tersebut ke dalam folio pembelajaran. 3.3 Kesan Isu Alam Sekitar Sejauhmanakah alam sekitar kita memberi keselesaan kepada kehidupan dunia adalah bergantung kepada tindak-tanduk penduduk dunia sendiri. Penggunaan sumber semula jadi yang berleluasa tanpa memikirkan akibatnya akan memberikan kesan yang mendalam dan mungkin tidak boleh diperbaiki. Sebenarnya, pada masa kini kita juga telah menghadapi banyak masalah yang berkaitan dengan kesan akibat alam sekitar yang tercemar. Seperti yang kita telah bincangkan di atas tentang pelbagai punca isu alam sekitar, bolehkah anda nyatakan kesan isu-isu tersebut? Aktiviti berikut akan membolehkan anda mengetahui lebih mendalam lagi tentang kesan isu alam sekitar. Latihan Aktiviti 2: Mengkaji Isu Alam Sekitar Petikan 1 dan 2 adalah keratan akhbar yang menunjukkan beberapa isu alam sekitar di Malaysia.
  • 47. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 34 (i) Teliti petikan tersebut dan kenal pasti punca, masalah dan kesan isu yang dinyatakan. (ii) Cadangkan tiga cara bagaimana isu alam sekitar tersebut dapat diatasi. Masukkan cadangan tersebut ke dalam folio pembelajaran anda. Letters to the Editor The Star Thursday 26 August 2004 Save environment before it‟s too late The recent efforts of The Star to highlight the massive pollution of Tasik Chini and the gradual extinction of the fireflies in Kuala Selangor must be highly commended. For far too long, the apathetic attitude of our authorities to prevent or reduce such degradation of our environment has only served to encourage the more selfish members of the populace to continue to abuse and damage our natural heritage. These are but two of the cases highlighted. All we have to do is look around us and we can see examples of such abuses daily. The indiscriminate dumping of rubbish, the uncontrolled clearing of hills and water catchment areas. The list goes on. Just take a cruise up the Straits of Malacca and you would not fail to notice the large, unsightly patches of rubbish (mainly plastic bags and polystyrene materials) floating in the sea off the mouths of the many waterways flowing from the Malaysian coast. Why are all these to go on? At the national level, we have a ministry specifically tasked with protecting the environment and every state we have an executive councilor in charge of the environment. They should be proactive and have in place programmes and systems to monitor any potential damage to the environment and highlight these problems to the relevant enforcement agencies for corrective actions to be taken before more damage is done. They should not wait for the media to highlight the problem and the Sultan to reprimand them before they would act. I agree with the views of the Malaysian Nature Society that a holistic approach is needed. Apart from the policing and controlling of pollution, an integrated approach to address the polluting factors should be implemented. In addition, educating and even rewarding good environmental practice should be encouraged. Mah Chee Wah, Johor Baru Petikan 3.1: Keratan akhbar „Selamatkan alam sekitar‟
  • 48. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 35 Just the spark we need to protect nature‟s wonder Firstly, I would like to congratulate The Star for being at the forefront of environmental journalism. Your recent articles on Tasik Chini and the fireflies coupled with your weekly environment articlesin StarTwo are well researched and objective. Twenty years ago, scientists had warned the loss of beaches to development and the continued consumption of turtle eggs will lower the turtle count in Malaysian waters. Today leatherback turtle landins are fewer than 100 per year while successful hatchlings have not been recorded in the last few years. Worse still, the once common hawksbill turtle is now also in danger of extinction. A little less than 10 years ago, scientists and NGOs had warned about the threats to the fireflies. The fireflies of Kuala Selangor are only one of two colonies in the world, which flash synchronously. Previously, this phenomenon occurred along 6 km of the Sungai Selangor. Today they are barely visible in two spots along the river. Today, a controversy is raging on Pulau Tioman. Previously labeled as one of the most beautiful islands in the world, Tioman now lives in the shadow of having been scarred by development. Adding insult to injury, plans are already afoot to put in a multi million ringgit marina and new airstrip. Coral reefs have been earmarked for destruction and locals are being asked to leave. If we are to repeat these mistakes notwithstanding the vindicating evidence of recent past, then we deserve to be called a third world nation. How ironic it is that while we can build skyscrapers, high tech townships, bridges kilometers long and put satellites in orbit, we can still fail to protect a colony of fireflies which is so unique in the world The Dugong Dude, Kuala Lumpur Petikan 3.2: Keratan akhbar „Lindungi alam semulajadi‟
  • 49. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 36 Memikir Adakah Bumi Kita Selamat? Arahan: Baca petikan berikut. Bumi milik kita bersama. Walaupun kita berbeza bangsa, bahasa atau agama, bumi tempat tinggal kita. Anehnya banyak perkara yang tidak wajar telah kita lakukan terhadap bumi. Atas dasar pembangunan, kita memusnahkan hutan dan mencemari udara, sungai serta laut. Tindakan ini bukan sahaja membahayakan nyawa kita tetapi generasi akan datang. Banyak spesis tumbuhan dan haiwan telah diancam kepupusan dan ada yang telah pupus. Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kejahilan mengenai alam dan sifat tamak akan menyebabkan kerosakan yang berkekalan. Kita mestilah menggunakan sumber semulajadi dengan bijak supaya hidupan terus hidup. Kita mesti belajar menghargai nilai kehidupan, alam semulajadi dan kita harus menggunakan teknologi dengan bijak agar tidak membahayakan diri sendiri dalam jangka masa panjang kerana hanya bumi tempat tinggal yang kita miliki. Petikan 3.3: Adakah bumi kita selamat? Latihan Aktiviti 3: Kartun Isu-Isu Alam Sekitar Pepatah ada mengatakan bahawa “suatu gambar boleh memberikan beribu perkataan dan makna.” Gambar juga boleh mencetuskan pelbagai imaginasi kita. Majalah, suratkhabar dan buku tentang alam sekitar serta bahan daripada organisasi alam sekitar merupakan sumber gambarfoto, lukisan dan gambarajah yang boleh digunakan untuk membina, membangun dan meransangkan pengetahuan serta imaginasi pelajar. Secara berpasangan, perhatikan gambar kartun berikut dan jawab soalan yang berkaitan dengannya. Hantar jawapan ke dalam folio pembelajaran anda.
  • 50. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 37 Rajah 3.6: Situasi 1 Rajah 3.7: Situasi 2
  • 51. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 38 Rajah 3.8: Situasi 3 Rajah 3.9: Situasi 4 Rajah 3.10: Situasi 5
  • 52. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 39 Rajah 3.11: Situasi 6 (i) Apakah masalah alam sekitar yang dapat diperhatikan pada setiap situasi dalam rajah berikut? Rajah 3.6: Rajah 3.7: Rajah 3.8: Rajah 3.9: Rajah 3.10: Rajah 3.11: (ii) Nyatakan punca-punca masalah tersebut. (iii) Apakah kesan-kesan akibat daripada masalah tersebut? (iv) Bagaimanakah anda dapat mengatasi masalah tersebut sekarang dan di masa hadapan? 3.4 Menangani Isu Apakah strategi yang patut dilakukan untuk kita menangani isu-isu berkaitan dengan alam sekitar? Strategi ini bukan hanya menjadi tanggungjawab seseorang individu sahaja tetapi memerlukan juga penglibatan komuniti serta penguatkuasaan undang-undang dan akta.
  • 53. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 40 Memikir Menangani Isu Alam Sekitar Arahan: Baca artikel berikut dan senaraikan peranan yang boleh dimainkan oleh individu dan komuniti dalam menangani isu alam sekitar yang dinyatakan. Bagaimanakah undang-undang dan akta dapat dikuatkuasakan? With less than 5% of the world‟s population, the U.S. is responsible for more than 20% of world‟s greenhouse emissions. A car with a fuel efficiency of 20 miles per gallon releases 1 pound of carbon dioxide per mile. Since Dec. 2004 there are 13.7 million cars in Malaysia (1/2 Malaysian population)  reduce emissions of carbon dioxide by using fuel-efficient vehicles, car-pools and public transportation. As electricity is generated in fossil fuel fired power plants, so are tremendous quantities of carbon dioxide, sulphur dioxide and nitrogen oxides released into the atmosphere.  use renewable energy sources such as wind and solar power.  to conserve electricity, purchase more efficient appliances.  turn off unused computers and lights.  replace incandescent with fluorescent light bulbs.  insulating and weatherproofing our homes.  incorporating solar energy features into new homes.  planting deciduous trees near our houses to provide shade – reduce fuel consumption while cutting back on air -conditioning costs.  recycling – 95% of energy used to produce an aluminium can from raw materials is conserved support reforestation efforts to replace trees.
  • 54. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 41 Mengumpul Maklumat Akta dan Undang-Undang Berikut adalah contoh-contoh saranan yang telah diputuskan semasa Persidangan „Global Earth Summit‟ yang menjadi asas kepada pembentukan akta dan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar.  Kyoto Protocol 1997 160 nations proposed a treaty to curb carbon dioxide emissions. If ratified, the treaty will commit industrialized nations to reduce carbon dioxide emissions to about 5 % low 1990 levels by 2012. India and China are not bound by the Kyoto agreement. Many observers are concerned that the benefits of the treaty could be overwhelmed by emissions from such nations, which are home to more than one-third of Earth‟s people as they strive to industrialize and increase their standard of living.  Vienna Convention 1985 The Vienna Convention for the protection of the ozone layer was adopted on 22 March 1985 in Vienna, Austria. The Convention pledges the Parties commitment to protect human health and the environment from the effects of ozone depletion and provides for participating countries to cooperate in research, observations and information exchange.  The Montreal Protocol 1987 The Montreal protocol on substances that deplete the Ozone layer was adopted on 16 September 1987 in Montreal, Canada. Under the Montreal Protocol, the production and consumption of controlled (ozone depleting) substances are to be reduced and phase-out and the development and introduction of alternatives and other processes are stepped up.
  • 55. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 42 Latihan Aktiviti 4: Selamatkan Bumi Kita Pepatah juga ada mengatakan “ Kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita sebaliknya kita meminjam daripada anak cucu kita.” Oleh itu sejauhmanakah anda bersedia untuk berkorban bagi menyelamatkan bumi kita? Mari kita jalankan aktiviti untuk mengukur sebanyak manakah karbon dioksida dan gas rumah hijau yang telah kita hasilkan dalam aktiviti seharian. Dalam aktiviti ini kita menggunakan carbon footprint calculator yang boleh di dapati pada beberapa laman sesawang. Berikut dicadangkan beberapa laman sesawang yang sesuai dilawati: (i) Carbon footprint calculator di http://www.bp.com/extendedsectiongenericaticle.do?categoryld=9 05627&contentld=7029058 (ii) The Nature Conservancy di http://www.nature.org/initiatives/climatechange/calculator/. (iii) Environment and greener living di http://www.direct.gov.uk/en/environmentandgreenerliving/actonco2 /DG067197 Sumber (i) dan (ii) mempunyai soalan yang mudah. Sumber (iii) mempunyai animasi tetapi banyak soalan. Contoh menggunakan sumber (i). Langkah 1: Buat pilihan negara anda. Pilih Singapura jika Malaysia tidak disenaraikan. Langkah 2: Kira untuk seluruh penggunaan isi rumah.  Purata penghasilan karbon untuk setiap penduduk Malaysia adalah 7 tan.  Purata penghasilan karbon untuk negara perindustrian adalah sebanyak 11 tan.  Purata penghasilan karbon seluruh dunia adalah 4 tan.
  • 56. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 43 Memikir Refleksi: Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengurangkan kadar penghasilan karbon di udara?  Adakah saya perlu menggunakan kereta yang kecil?  Adakah saya perlu menggunakan pengangkutan awam?  Adakah saya perlu menggunakan alat yang menjimatkan tenaga?  Adakah gaya hidup anda sekeluarga perlu diubah supaya bumi boleh menjadi tempat yang selamat untuk dihuni? Rujukan Garg, R. (1994). Environment Quiz Book. Malaysia: S.Abdul Majeed dan Co. Publishing Division. Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A gift of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. (1991). Isu-Isu Semasa Sains dan Teknologi. Petaling Jaya: Koperasi Pencetakan Malaysia Berhad. Bahan Bacaan Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://en.wikipedia.org/wiki/Ozone_layer http://www.nepa.gov.jm/resource-material/pdf/The_Ozone_Layer... http://en.wikipedia.org/wiki/Acid_rain http://www.epa.gov/acidrain/effects/ Rehat
  • 57. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 44 TAJUK 4.0 PEMBANGUNAN LESTARI Sinopsis Tajuk empat ialah Pembangunan Lestari. Sub tajuk bagi Pembangunan Lestari ialah Konsep Pembangunan Lestari, Tujuan Pembangunan Lestari, Strategi Pembangunan Lestari serta Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar. Hasil Pembelajaran (i) Menerangkan konsep pembangunan lestari dan kepentingan untuk kemandirian hidupan. (ii) Menjelaskan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan. (iii) Memberi cadangan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara bijaksana. (iv) Membina senario kesan kepada alam sekitar jika pembangunan lestari tidak dipraktik. (v) Menjelaskan tujuan pembangunan lestari. (vi) Membuat peta minda yang menunjukkan bahan-bahan mengikut konsep 5R. (vii) Membanding beza tenaga yang boleh diperbaharui dengan tenaga yang tidak boleh diperbaharui. (viii) Menganalisis jenis pembangunan ekonomi negara mengikut lunas pembangunan lestari.
  • 58. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 45 Kerangka Tajuk Rajah 4.1: Kerangka Tajuk Empat 4.1 Konsep Pembangunan Lestari Konsep pembangunan lestari muncul ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan lestari telah dibincangkan secara serius dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam Pembangunan Lestari Konsep Pembangunan Lestari Tujuan Pembangunan Lestari Strategi Pembangunan Lestari Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar
  • 59. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 46 melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari di negara masing-masing. Apakah yang dimaksudkan dengan Pembangunan Lestari? Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO (2002) diertikan sebagai “… balancing the fulfillment of human needs with the protection of the natural environment so that these needs can be met not only in the present, but in the indefinite future.” Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidup secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi. 4.2 Tujuan Pembangunan Lestari Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat bergantung kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahteraan manusia dan ekosistem secara bersama. Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerangkan
  • 60. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 47 langkah–langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia. Langkah–langkah baru telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke–7 (1996 – 2000) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari. Latihan Aktiviti 1: Penangkapan Ikan Secara Lestari Anda mempunyai sebuah kolam ikan air tawar. Kolam ini dapat menampung maksima 16 ekor ikan sahaja. Jika bilangan melebihi had ini, ikan akan mati atau tidak membiak. Anda diminta menangkap ikan dari kolam ini dan cara tangkapan terpulang kepada kreativiti masing-masing. Bilangan ikan yang boleh ditangkap bagi setiap tangkapan boleh menjadi antara 0 hingga 16 ekor. Selepas setiap tangkapan, bilangan ikan yang sama dengan baki ikan dalam kolam mesti ditambah dengan syarat tidak melebihi 16 ekor. Buat 4 kali tangkapan dengan bilangan yang ditetapkan bagi setiap tangkapan. Kira jumlah ikan yang ditangkap dan ikan yang masih ada di dalam kolam pada akhir kesemua tangkapan. Senaraikan faktor-faktor yang boleh menghadkan bilangan maksima ikan yang boleh ditampung oleh kolam tersebut. Kesan pencemaran air dan penangkapan ikan secara lestari juga boleh dibincangkan. Masukkan semua hasil perbincangan ke dalam folio pembelajaran anda.
  • 61. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 48 Memikir Pembangunan Lestari Rajah 4.2: Pembangunan lestari Perhatikan gambar kartun yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
  • 62. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 49 Memikir Cerita Seorang Budak dan Permainan Arahan: Baca petikan cerita ini dan nyatakan apakah implikasinya terhadap pembangunan lestari. Pada suatu hari, seorang bapa diganggu oleh anaknya ketika sedang asyik membaca suratkhabar. Untuk menghindari gangguan anaknya sementara dia habis membaca suratkhabarnya, bapanya pantas berfikir dan mendapat satu idea. Dia mengeluarkan satu halaman daripada suratkhabarnya yang mempunyai peta dunia di dalamnya. Halaman itu dikoyakkannya kepada beberapa keping untuk membentuk permainan mencantum kepingan. Setelah mengacaunyanya, kepingan itu diserahkan kepada anaknya untuk dicantumkan semula. Dia begitu pasti bahawa anaknya akan mengambil masa yang agak lama untuk mencantumkan semula kepingan kepingan itu. Namun selepas beberapa minit, anaknya muncul semula dengan gembira sambil menunjukkan peta dunia yang lengkap ditampalkan. Bapanya berasa sungguh hairan kerana anaknya dapat menyelesaikannya dengan begitu cepat. Apabila ditanya, anaknya menjawab, “Ini kerja yang mudah sekali kerana di belakang halaman itu terdapat gambar besar seorang manusia. Saya membetulkan manusia itu dan dengan sendirinya dunia dapat dipulihkan”. Buat refleksi terhadap pernyataan berikut : “Saya membetulkan manusia itu dan dengan sendirinya dunia dapat dipulihkan”. 4.3 Strategi Pembangunan Lestari Strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk pembangunan lestari adalah seperti kitar dan guna semula bahan, konsep 5R, penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan ekonomi yang terancang, pengelolaan kempen cinta alam sekitar dan penguatkuasaan undang-undang serta melalui konvensyen antarabangsa.
  • 63. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 50 Latihan Aktiviti 2: Program Cintai Alam Sekitar Rancang dan jalankan satu program mencintai alam sekitar dengan pasangan anda. Anda perlu mengemukakan satu kertas kerja yang diluluskan oleh pihak sekolah sebelum melaksanakan program tersebut. Sediakan buku program dan satu laporan refleksi beserta gambar sebagai bukti pelaksanaanya. Latihan Aktiviti 3: Akta dan Konvensyen Antarabangsa Salah satu daripada strategi pembangunan lestari adalah dengan penguatkuasaan undang-undang dengan mewujudkan akta dan konvensyen antarabangsa seperti Langkawi Declaration 1989, Agenda 21 (Earth Summit), Kuala Lumpur Accord (1992), UN Commision on Sustainable Development (UNCSD) dan International Whaling Commission (IWC). Kenal pasti strategi pembangunan lestari yang dinyatakan dalam akta dan konvensyen tersebut. 4.4 Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Adakah anda tahu bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama antara Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan juga Badan Korporat? Mari kita cari apakah fungsi dan peranan mereka melalui aktiviti berikut.
  • 64. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 51 Latihan Aktiviti 4: Fungsi dan Peranan Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Cari dan kumpulkan brosur dan maklumat mengenai fungsi dan peranan organisasi-organisasi berikut: i) kerajaan, ii) bukan kerajaan dan iii) korporat dalam memelihara dan memulihara alam sekitar Rehat Rujukan Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2006). Era Hijau. Keluaran 1. Putrajaya: Harian Zulfadzli Sdn. Bhd. Bahan Bacaan Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://teknologialam.blogspot.com/2009/01/indikator-pembangunan-lestari http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/Lestari.pdf http://www.doe.gov.my/en/taxonomy/term/676/all
  • 65. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 52 TAJUK 5.0 WARGA ALAM SEKITAR Sinopsis Tajuk lima adalah Warga Alam Sekitar. Tajuk ini terdiri daripada dua sub tajuk iaitu Gaya Hidup Lestari dan Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar. Hasil Pembelajaran (i) Menjalankan penilaian kendiri tentang amalan harian individu mengikut amalan mesra alam. (ii) Mengenal pasti dan mengelaskan produk yang mencemarkan alam sekitar dan produk yang diperbuat dari spesies yang hampir pupus dan implikasi kepada alam sekitar. (iii) Merancang dan mengendalikan kempen atau aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di kampus. (iv) Mengelaskan projek alam sekitar di kampus dan komuniti. (v) Mengenal pasti organisasi yang berasaskan alam sekitar.
  • 66. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 53 Kerangka Tajuk Rajah 5.1: Kerangka Tajuk Lima Apakah maksud warga alam sekitar? Warga alam sekitar atau Environmental Citizenship ditakrifkan sebagai “a notion of ‘civic virtue’ (Dobson, 2003) that manifests in the behavior, attitude, values, and action of an individual. It involves both the exercising of environmental rights and carrying out ecological responsibilities.” (Ho Yuek Ming, 2007) “An environmental citizen is an environmentally responsible individual who displays responsible environmental behaviour. He or she takes action in solving environmental problems either at the individual level or in a group and when necessary initiates legislative or political actions.” (Azizi Muda, 2007) Pembangunan Lestari pula adalah satu cara praktikal untuk memastikan kesejahteraan masyarakat dan alam sekitarnya secara menyeluruh. Perubahan ke arah gaya hidup yang mendokong masyarakat lestari sangat bergantung kepada individu sebagai Warga Alam Sekitar Gaya Hidup Lestari Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
  • 67. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 54 permulaan. Demi kepentingan menjaga alam sekitar adalah amat baik sekiranya lebih ramai orang sedar tentang bagaimana sikap, nilai dan tindakannya akan memberi kesan terhadap persekitaran iaitu sama ada mesra alam ataupun tidak. Pepatah ada mengatakan bahawa “sekiranya setiap individu membuat satu perubahan walaupun kecil secara berkumpulan, ini akan membawa kepada kesan positif yang besar”. 5.1 Gaya Hidup Lestari Antara gaya hidup lestari yang boleh diamalkan adalah amalan 5R dan tidak membazir dalam pengurusan perbelanjaan harian yang berhemah. Mari kita jalankan aktiviti berikut untuk meneroka lebih lanjut tentang maksud dan amalan gaya hidup lestari. Latihan Aktiviti 1: Gaya Hidup Lestari Masyarakat Lestari hanya dapat dibentuk jika Gaya Hidup Lestari dapat diamalkan. Adakah anda mengamalkan gaya hidup lestari? Sila jawab semua soalan-soalan berikut dan masukkan jawapannya ke dalam folio pembelajaran anda. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup lestari? (ii) Bandingkan jawapan anda dengan rakan sejawat di sekolah? (iii) Untuk mengamalkan gaya hidup lestari, perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah memeriksa gaya hidup sedia ada kita yang berkait rapat dengan keperluan hidup. (iv) Lengkapkan Jadual 5.1 berikut. Jadual 5.1: Lembaran mengkategori keperluan kita Perlu untuk terus Hidup Perlu demi Kesejahteraan Perlu demi Kesenangan Kemewahan Makanan Pakaian Telefon Kondominium
  • 68. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 55 5. Pilih satu item dari setiap kategori berikut (Jadual 5.2) dan buat analisa serta lengkapkan jadual tersebut berdasarkan sumber dan cirinya sama ada item tersebut mesra alam atau sebaliknya. Jadual 5.2: Lembaran menilai keperluan kita Item Mesra Alam Tidak Mesra Alam Kesimpulan R B RC NP NR NB NRC P (Catatan: R= Boleh diperbaharui, B= Boleh terbiodegradasikan, RC= Boleh dikitar semula, NP= Tidak mencemarkan, NR= Tidak Boleh diperbaharui, NB = Tidak Boleh terbiodegradasikan NRC= Tidak boleh dikitar semula dan P= Mencemarkan). 6. Dengan meneliti ciri-ciri setiap item keperluan kita, kita dapat menilai sama ada sesuatu produk itu mesra alam atau pun tidak. Sekiranya tidak mesra alam, kita boleh menghentikan penggunaannya. Bolehkah kita menghentikan penggunaannya tanpa perubahan gaya hidup kita? 7. Apakah implikasi-implikasi perubahan ini dari segi ekonomi, kesejahteraan hidup, kesihatan dan kesenangan hidup? Memikir Membuat kesimpulan Perhatikan gambar kartun yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat? Rajah 5.2: Amalan Warga Alam Sekitar
  • 69. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 56 Rehat 5.2 Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Kesedaran untuk terus memulihara dan memelihara alam sekitar harus bermula dari dalam diri kita sendiri. Malaysia memiliki kepelbagaian biologi yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Justeru, usaha harus dipergiatkan untuk memastikan penglibatan individu menjaga amanah Tuhan yang sangat bermakna ini. Marilah kita bersama-sama terus memainkan peranan serta fungsi masing-masing sebagai warga yang bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar kurniaan Tuhan. Mulakan langkah pertama hari ini dengan menjaga alam di sekeliling kita agar menjadi pemangkin ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam yang lebih berkesan di peringkat global dan juga glokal. Latihan Aktiviti 2: Kaedah Permainan Dalam P&P Permainan 1 dan 2 adalah contoh permainan yang boleh dijalankan di dalam kelas anda. Cetak dan laksanakan permainan tersebut. Catatkan maklumbalas daripada murid-murid bagaimana permainan ini dapat menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar. Masukkan catatan tersebut ke dalam folio pembelajaran.
  • 70. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 57 Rajah 5.3: Permainan Kompos
  • 71. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 58 Rajah 5.4: Permainan Ular dan Tangga
  • 72. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 59 Rujukan Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2007). Era Hijau. Keluaran 2. Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd. Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2007). Era Hijau. Keluaran 3. Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd. Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2006). Era Hijau. Keluaran 1. Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd. Bahan Bacaan Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://chem.eng.utm.my/staff/zaini/images/DOCUMENTS/gaya-hidup- lestari-1ogos2008.pdf Rehat Mari dengar lagu “Heal the world” nyanyian Michael Jackson.
  • 73. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 60 TAJUK 6.0 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM Sinopsis Tajuk Enam adalah tentang Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Tajuk ini terbahagi kepada enam sub topik iaitu Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh, Pendekatan Kurikulum, Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Pendekatan Kokurikulum, Audit Hijau di Maktab/Kampus dan Program Penghijauan. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan konsep pendekatan sekolah secara menyeluruh. (ii) Menjelas dan mengaplikasikan tiga pendekatan kurikulum melalui subjek sekolah. (iii) Merancang dan menyediakan Rancangan Persediaan Harian yang mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam subjek sekolah. (iv) Mengenal pasti dan menyenaraikan penerapan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. (v) Menjalankan aktiviti audit dengan menggunakan Borang Audit Hijau. (vi) Menjalankan Program Penghijauan di kampus atau sekolah. (vii) Menganalisis dan mencadangkan satu cara yang teratur ke arah resos kampus atau sekolah yang lestari.
  • 74. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 61 Kerangka Tajuk Rajah 6.1: Kerangka Tajuk Enam 6.1 Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh Tahukan anda, apakah yang dimaksudkan dengan Konsep Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh? Konsep Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh merujuk kepada penglibatan warga sekolah termasuk pihak pentadbir, staf sokongan, guru-guru dan para pelajar sekolah. Konsep ini merujuk kepada proses membudayakan Pendidikan Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Konsep Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh ini merupakan payung kepada aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan di sekolah. Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh (Whole School Approach) Pendekatan Kurikulum Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan Kokurikulum Program Penghijauan Audit Hijau di Kampus IPG/ Sekolah
  • 75. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 62 Latihan Aktiviti 1: Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh Nyatakan peranan-peranan yang dimainkan oleh warga sekolah yang melibatkan elemen Pendidikan Alam Sekitar. Cadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan lagi pencapaian konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh. 6.2 Pendekatan Kurikulum Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar? Pendidikan Alam Sekitar adalah satu proses pembelajaran yang berupaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran manusia tentang alam sekitar serta mengukuhkan pemikiran kritikal, kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang efektif. Ia juga mengajar individu untuk menilai pelbagai isu alam sekitar supaya dapat membuat keputusan yang bermakna dan bertanggungjawab. “Environmental education is a learning process that increases people knowledge and awareness about the environment and associated challenges, develops the necessary skills and expertise to address the challenges, and fosters attitudes, motivations, and commitments to make informed decisions and take responsible action.” (UNESCO, Tbilisi Declaration, 1978) Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia seperti mana yang ditulis oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) serta Bahagian Pendidikan Guru (2002/2003) di dalam Modul Pendidikan Alam Sekitar Kursus Pendek Kelolaan Maktab menunjukkan bahawa terdapat tiga elemen penting dalam pendekatan pembelajaran
  • 76. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 63 Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi dasar ataupun asas kepada perancangan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar iaitu pendidikan mengenai alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan pendidikan melalui ataupun dalam alam sekitar itu sendiri (Kartini Abdul Mutalib, 2008). Menurut Palmer dan Neal (1994), ketiga-tiga elemen ini iaitu pendidikan untuk alam sekitar, pendidikan mengenai alam sekitar serta pendidikan melalui alam sekitar merupakan komponen yang saling kait mengait. Saling hubungan antara ketiga-tiga elemen perlu difahami dan diambilkira semasa membina kurikulum Pendidikan Alam Sekitar. Hubungan antara ketiga-tiga elemen dalam pendekatan pembelajaran ini ditunjukkan dalam Rajah 6.2 seperti berikut. Rajah 6.2: Tiga elemen pendekatan Pendidikan Alam Sekitar Model Palmer dan Neal (1994) PEMBELAJARAN PROSES Pendidikan Untuk Alam Sekitar Pendidikan Mengenai Alam Sekitar Pendidikan Melalui atau Dalam Alam Sekitar Pengetahuan dan Kefahaman Konsep, Kemahiran, Sikap
  • 77. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 64 Model Palmer dan Neal (1994) menegaskan bahawa pendidikan mengenai alam sekitar bertujuan untuk membentuk pengetahuan tentang alam semula jadi dan sistem semula jadi mengunakan aktiviti penyelidikan dan juga untuk membentuk pemahaman terhadap alam sekitar, nilai alam sekitar serta interaksi kompleks elemen semula jadi dan manusia. Manakala pendidikan untuk alam sekitar adalah berhubung dengan perkembangan sikap dan nilai menyayangi alam sekitar termasuk elemen kefahaman manusia dan tingkah laku. Pendidikan untuk alam sekitar menggalakkan murid meneroka respon peribadi kepada hubungan dengan alam sekitar dan isu-isu alam sekitar iaitu dengan menekankan kepada etika personal, sifat bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap alam sekitar. Pendidikan melalui atau dalam alam sekitar pula bertujuan untuk membolehkan perkembangan pengetahuan, aktiviti penyelidikan oleh kanak-kanak, membentuk pengalaman individu dan kemahiran menyiasat serta komunikasi di kalangan pelajar berlaku dengan cara menggunakan alam sekitar sebagai alat dan sumber pembelajaran. Komponen ini adalah sebahagian daripada kedua-dua Pendidikan Alam Sekitar secara formal dan bukan formal. Untuk mencapai matlamat pembelajaran menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut, pengajaran Pendidikan Alam Sekitar di peringkat sekolah menengah boleh dijadikan sebagai satu subjek, disepadukan dalam subjek-subjek lain ataupun menggunakan pendekatan pengajaran secara bermodul. 6.3 Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Malaysia, penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan secara merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran ataupun subjek di sekolah. Terdapat 16 nilai murni alam sekitar yang sesuai untuk diterapkan semasa P&P dalam
  • 78. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 65 mana-mana mata pelajaran di sekolah. Berikut adalah nilai-nilai murni tersebut. • Prinsip rendah diri • Prinsip kerjasama • Prinsip menghormati alam/ bumi • Prinsip kehidupan seimbang • Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem • Prinsip mengekalkan hidupan liar dan keperbagaian hidup • Prinsip kerosakan minima • Prinsip kesederhanaan • Prinsip mencintai persekitaran • Prinsip perubahan berterusan • Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya • Prinsip mengiktiraf hak mereka yang belum lahir • Prinsip tanggungjawab setiap individu • Prinsip etika melebihi hukum • Prinsip mengalami dan menghayati sendiri adalah paling baik • Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem Nilai murni alam sekitar yang akan diterapkan semasa P&P perlu dicatatkan dalam ruangan catatan di dalam Rancangan Persediaan Mengajar Harian dan juga di ruangan butiran am. Berikut adalah satu contoh umum Rancangan Pengajaran Harian bagi guru pelatih prasekolah. Contoh ini perlu diubahsuai dan dimantapkan lagi bagi menerapkan elemen-elemen Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum.
  • 79. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 66 CONTOH RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN TANPA INTEGRASI ELEMEN-ELEMEN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR (SATU SLOT PENGAJARAN- 30 MINIT) A) BUTIRAN AM Nama Kelas : TADIKA RIDZQY Tarikh : 10 JUN 2007 Hari : ISNIN Masa : 9.00 – 9.30 PAGI ( 30 MINIT ) Bilangan murid : 25 ORANG Komponen : BAHASA DAN KOMUNIKASI (KURIKULUM BAHASA MELAYU ) Tema Pengajaran : SERANGGA Sub – tema : NAMA SERANGGA Tajuk Aktiviti : PERMAINAN „ TEKA NAMA SERANGGA‟ Hasil Pembelajaran : 2.1.2 Berinteraksi secara bersopan dan bertatasusila: a. mengikut giliran ( kurikulum ) Hasil Pembelajaran : Murid-murid boleh; ( slot/ aktiviti ) 1. Menyebut sekurang-kurangnya 5 nama serangga berdasarkan model serangga yang dikeluarkan dari kotak ajaib . 2. Berinteraksi secara bersopan dan mengikut giliran semasa aktiviti dijalankan. Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak pernah melihat dan tahu beberapa nama serangga yang terdapat di persekitaran mereka. Kemahiran berfikir (KBKK) : Menjana idea, membanding beza Penerapan Nilai : Sopan, sabar dan mengikut giliran Alat Bantu Mengajar : Model serangga (mainan/ plastik) , Kotak Ajaib dan cip bentuk serangga. Kesepaduan Komponen : Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Sosioemosi Pendidikan Alam Sekitar : Sila pilih mana-mana nilai alam sekitar
  • 80. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 67 B) BUTIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LANGKAH/ MASA ISI KANDUNGAN / TAJUK AKTIVITI GURU DAN MURID BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) / CATATAN Set induksi ( 3 minit ) 2.Kemahiran Bertutur 2.1 Berinteraksi dengan mesra 1. Guru menunjukkan „Kotak Ajaib‟ kepada kanak-kanak dan minta mereka meneka objek yang terdapat di dalamnya. 2. Murid-murid cuba meneka objek. 3. Guru memberitahu beberapa klu. BBM  Kotak Ajaib ( kotak terbuang yang dibalut dengan kertas pembalut hadiah )  Serangga mainan/ plastik KBKK  Menjana idea Langkah 1 ( 7 minit ) Nama serangga yang telah diketahui oleh kanak-kanak 1. Guru memperkenalkan perkataan Serangga dengan menunjukkan kad tema dan carta gambar. 2. Guru berbual dengan kanak-kanak mengenai pengalaman mereka melihat serangga di rumah atau di persekitaran luar seperti taman atau padang. BBM  Kad Tema/ Perkataan Serangga  Carta gambar serangga KBKK  Membanding beza NILAI  Sopan semasa berintraksi Langkah 2 ( 10 minit ) Permainan: „Teka Nama Serangga‟ 1. Lima orang murid diminta keluar ke hadapan dan berbaris. 2. Setiap orang murid diberi peluang menyeluk tangan ke dalam „Kotak Ajaib‟ dan mengeluarkan hanya satu model serangga. 3. Murid-murid lain diminta meneka nama model serangga yang dilihat 4. Murid yang berinteraksi secara bersopan dan mengikut giliran serta dapat menjawab dengan betul diberi cip bentuk serangga. BBM  Kotak Ajaib  Model Serangga Mainan/ Plastik seperti:- Semut, lipas,lipan, belalang,kala jengking. KBKK  Membanding beza NILAI Sabar dan mengikut giliran Langkah 4 ( 7 minit ) Nama serangga i. semut ii. lipas iii. lipan iv.belalang v.kala jengking dan lain-lain 1. Guru meminta kanak-kanak menyebut nama serangga yang ditunjukkan pada carta gambar satu persatu seorang demi seorang. 2. Murid yang dapat menyebut dengan betul diberi tepukan dan cip bentuk serangga. BBM  Carta gambar serangga  Cip bentuk serangga KBKK  Membanding beza NILAI Sabar dan mengikut giliran
  • 81. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 68 Penutup ( 3 minit ) Refleksi dan Peneguhan 1. Guru dan murid-murid bersama- sama merumuskan isi/ tajuk yang telah dipelajari. 2. Murid-murid menyatakan perasaan mereka mengenai aktiviti yang telah dijalankan. BBM  Kad Tema/ Perkataan Serangga  Carta gambar serangga Refleksi Guru Pelatih Ulasan Guru Pembimbing : Ulasan Pensyarah Pembimbing:
  • 82. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 69 Latihan Aktiviti 2: Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Secara berpasangan, rancang dan sediakan satu Rancangan Persediaan Mengajar Harian Prasekolah yang mengintegrasikan elemen-elemen Pendidikan Alam Sekitar dalam satu subjek. Gunakan format RPH untuk prasekolah seperti contoh yang telah ditunjukkan. Buat rakaman video sepanjang tempoh 30 minit pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan rakaman tersebut tuliskan satu refleksi yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar diterapkan dalam P&P. 6.4 Pendekatan Kokurikulum Bagaimanakan Pendidikan Alam Sekitar pendekatan kokurikulum dijalankan? Pengintegrasian Pendidikan Alam Sekitar dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan secara langsung menjadikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai suatu bidang pendidikan yang merentas kurikulum dan kokurikulum. Penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam ko-kurikulum adalah untuk mengimbangi proses penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam kurikulum iaitu sebagai satu usaha penyepaduan yang menjadi manifestasi terhadap segala apa yang dipelajari mengenai Pendidikan Alam Sekitar di dalam bilik darjah. Perkara ini adalah selaras dengan polisi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) yang dengan jelas menyatakan bahawa kursus Pendidikan Alam Sekitar dan aktiviti kokurikulum berasaskan alam sekitar di bawah Kementerian Pendidikan malaysia akan diperkukuhkan. Oleh itu Pendidikan Alam Sekitar
  • 83. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 70 pendekatan kokurikulum boleh diterapkan atau diintegrasikan semasa melaksanakan aktiviti badan/unit beruniform, sukan/permainan ataupun Persatuan/Kelab yang ada di sekolah. Rajah 6.3: Contoh aktiviti penerapan Pendidikan Alam Sekitar dalam aktiviti kokurikulum.
  • 84. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 71 Latihan Aktiviti 3: Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Aktiviti Kokurikulum Hasilkan satu sajak atau lagu yang bertemakan alam sekitar dan persembahkannya semasa aktiviti kokurikulum di sekolah. Berikut adalah contoh koleksi sajak terbaik yang telah dihasilkan oleh pelajar sekolah. Sertakan sajak atau lagu tersebut dalam folio pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar anda. CONTOH SAJAK 1 PELARIAN DI DAERAH SENDIRI BUNYI ITU KEDENGARAN LAGI GEGARANNYA MENGGONCANG BUMI SEMALAM BISING SEKALI HARI INI MENJADI-JADI BENCANA APAKAH INI? APAKAH YANG MEREKA MAHU LAGI? POHON SUBUR SUDAH MENYEMBAH BUMI SUNGAI JERNIH SUDAH BERUBAH WARNA BUKIT TINGGI SUDAH MENJADI RATA KEPANASAN SUDAH MEMBARA KELMARIN KEDIAMAN SANG TUPAI SUDAH BERKECAI SEMALAM RUMAH SANG PELANDOK RANAP HARI INI ……… MUNGKINKAH GILIRANKU PULA WAHAI PENCINTA ALAM DIMANAKAH PEMBELAANMU? AKU KINI PELARIAN DI DAERAH SENDIRI MENANTI SIMPATI AKU TIDAK BERUPAYA TERBANG LAGI KERANA SAYAPKU BERDARAH DITIMPA DAHAN PATAH Nukilan : Nurul Nabila Ismail Tahun 4, Sek. Keb. Tanjung Bunga Julai 2004
  • 85. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 72 CONTOH SAJAK 2 RINTIHAN PENGHUNI RIMBA WAHAI MANUSIA, DENGARLAH RINTIHAN HATIKU JUGA TEMAN-TEMAN PENGHUNI RIMBA WAHAI MANUSIA, DULU TEMPAT INI SYURGAKU AKU BEBAS MENGGEPAKKAN SAYAPKU LANTAS BERTENGGEK DI DAHAN YANG GAGAH KINI, SAYAPKU TERASA PANAS TIDAK DAPAT LAGI UNTUK AKU BERTENGGEK KERANA DAHAN YANG GAGAH TELAH MENJADI USANG DAN RAPUH WAHAI MANUSIA, DEMI MEMBINA TEMPAT YANG SELESA DEMI MENJAMIN HIDUP YANG BAHAGIA WAJARKAH TEMPAT TINGGAL KAMI MENJADI MANGSA? WAJARKAH KAMI DISIKSA? ANDAINYA ENGKAU DI TEMPATKU PASTI ENGKAU MENGERTI BETAPA ZALIMNYA MAKHLUK YANG BERGELAR MANUSIA ! KERANA MENGEJAR KEMEWAHAN DUNIA MEREKA MELUPAKAN PENGHUNI RIMBA
  • 86. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 73 CONTOH SAJAK 3 BUMIKU BUMIKU, BETAPA DIRIMU SEMAKIN TENAT KEINDAHAN KIAN TERNODA TATKALA DADAMU SEGAR MENGHIJAU PENUH DENGAN KHAZANAH BERHARGA MANUSIA PUN MENJADI RAKUS MENGEJAR KEMAJUAN YANG GILA AKAN KEKAYAAN MEROBEK DADAMU BUMIKU, INILAH JANJIKU PADAMU PEWARIS MASA DEPAN AKAN CUBA KUPASTIKAN KEHIJAUAN YANG MASIH TINGGAL TIDAK HARUS TERNODA 6.5 Audit Hijau di Kampus IPG/Sekolah Audit Hijau dilaksanakan untuk mengenal pasti sejauh manakah pengurusan sumber yang efektif ke arah meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik, air, bahan pakai habis seperti kertas, dakwat pencetak, sisa pejabat, bilik darjah, kantin, makmal dan bengkel. Bagaimana saranan penjimatan ini boleh dibuat? Saranan penjimatan boleh dibuat melalui notis, papan kenyataan, poster dan juga pengumuman. Latihan Aktiviti 4: Audit Hijau di Sekolah Jalankan aktiviti audit dengan menggunakan Borang Audit Hijau seperti berikut. Buat satu rumusan dan beri satu laporan bertulis kepada pihak sekolah untuk membuat tindakan susulan. Sertakan laporan tersebut di dalam folio pembelajaran anda.
  • 87. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 74 BORANG AUDIT HIJAU 1. Penggunaan air di sekolah ( tandas, kantin,makmal….) (i) Bagaimana air tiba di sekolah ? …………………………………………………………………………… (ii) Dari mana datangnya ? …………………………………………………………………………… (iii) Berapa banyak ia digunakan sebulan? …………………………………………………………………………… (iv)Adakah berlakunya pembaziran, contohnya, limpahan air, paip bocor? …………………………………………………………………………… (v) Adakah air boleh di simpan dan/atau dikitar semula? Bagaimana? …………………………………………………………………………… 2. Tenaga (i) Berapa banyak tenaga elektrik digunakan sebulan? …………………………………………………………………………… (ii) Di mana dan bilakah peralatan elektrik digunakan? …………………………………………………………………………… (iii) Apakah bentuk tenaga lain yang digunakan? …………………………………………………………………………… (iv) Dari manakah tenaga datang? ……………………………………………………………………………
  • 88. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 75 (v) Adakah tenaga dibazirkan? …………………………………………………………………………… (vi) Bagaimanakah tenaga dapat di simpan/kitar semula? …………………………………………………………………………… 3. Sampah sarap (i) Namakan bahan buangan biasa yang terdapat di perkarangan sekolah. …………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………… (ii) Adakah anda gembira dengan keadaan kebersihan di dalam kelas dan keseluruhan kelas secara umum? …………………………………………………………………………… (iii) Adakah sekolah anda membakar sebarang sampah? …………………………………………………………………………… (iv)Adakah anda tahu bahawa pembakaran terbuka adalah tidak baik kepada kita? Mengapa? …………………………………………………………………………… (v) Adakah anda tahu sekiranya kita mengasingkan sampah sarap, terdapat sebahagian daripadanya boleh dijual untuk mendapatkan wang; sebahagian boleh diguna semula; sebahagian boleh dikitar semula and sebahagiannya boleh dibiarkan mengurai menjadi baja? …………………………………………………………………………… (vi)Senaraikan bahan buangan yang boleh dijual untuk mendapatkan wang. …………………………………………………………………………
  • 89. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 76 (vii) Senaraikan bahan buangan yang boleh digunakan semula untuk kegunaan lain …………………………………………………………………………… (viii) Senaraikan bahan buangan yang boleh ditukar menjadi baja. …………………………………………………………………………… 4. Kantin (i) Namakan barangan yang dijual di kantin yang dibungkus dengan plastik. …………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………… (ii) Adakah anda tahu bahawa pembuangan plastik mendatangkan masalah kepada alam sekitar dengan menyebabkan sampah, membahayakan alam sekitar dan menggunakan ruang tanah yang berharga? …………………………………………………………………………… (iii) Apakah barangan yang dijual di kantin yang tidak baik kepada alam sekitar? Mengapa? …………………………………………………………………………… (iv) Adakah anda tahu bahawa minum menggunakan straw adalah tidak baik kepada alam sekitar? Mengapa? …………………………………………………………………………… (v) Sekiranya anda fikir bahawa banyak barangan bungkusan yang dijual di kantin adalah tidak baik kepada sekolah dan alam sekitar, apakah yang anda lakukan? ……………………………………………………………………………
  • 90. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 77 (vi) Bagaimanakan pihak kantin mengurus kesemua bahan buangan? …………………………………………………………………………… (vi)Bagaimana boleh anda membantu pihak kantin untuk mengurus perniagaannya dengan lebih mesra alam? …………………………………………………………………………… 4. Perkarangan sekolah (i) Adakah perkarangan sekolah anda kelihatan menarik? Mengapa/ mengapa tidak? …………………………………………………………………………… (ii) Adakah persekitaran luar sejuk dan nyaman? Mengapa/ mengapa tidak? …………………………………………………………………………… (iii) Berapa banyak pokok di perkarangan sekolah? …………………………………………………………………………… (iv) Adakah burung hinggap di pokok tersebut? Anda sukakan mereka? …………………………………………………………………………… (vi) Bahagian manakah di perkarangan sekolah yang anda fikir perlu lebih pokok? Mengapa/ mengapa tidak? …………………………………………………………………………… (vii) Adakah anda suka dengan dinding bangunan sekolah? Mengapa/mengapa tidak? …………………………………………………………………………… (viii) Fikirkan beberapa gambar yang boleh dilukis pada dinding untuk membantu mengembalikan suasana semula jadi di sekolah? ……………………………………………………………………………
  • 91. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 78 Buat lakaran mural pilihan anda di sini: (i) Adakah pelajar membuang sampah merata-rata? Bagaimana anda dapat membantu agar pelajar tidak membuang sampah merata-rata? …………………………………………………………………………… (ii) Bahagian manakah di sekolah yang paling anda suka? Mengapa? …………………………………………………………………………… (iii) Bahagian manakah di sekolah yang paling anda tidak suka? Mengapa? Bagaimana untuk memperbaiknya? ……………………………………………………………………………
  • 92. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 79 BORANG AUDIT Tarikh : Nama Pelajar / Ahli Kumpulan __________________________________________________________ Perkara yang diaudit: __________________________________________________________ Tanda ( / ) pada komen yang berkaitan Bil Komen Kawasan Isu Sgt Baik Baik Neutral Buruk Sangat Buruk Tindakan Cadangan kantin Sampah Sisa makanan tandas perpustakaan
  • 93. MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR 80 Bil Komen Kawasan Isu Sgt Baik Baik Neutral Buruk Sangat Buruk Tindakan Cadangan blok pentadbiran RUMUSAN DARIPADA AUDIT HIJAU Berdasarkan dapatan yang disediakan oleh………………………… bilangan pelajar pada ………………….............., berikut adalah keputusan yang telah diperolehi: