1. KAJIAN TINJAUAN
KESAN PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL ( FACEBOOK, TWITER, DAN
INTERNET ) DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAN INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI.
1.0 Pengenalan
Laman sosial boleh ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan individu bersama kumpulan
tertentu, sepertimana masyarakat kecil dan ataupun kejiranan. Walaupun rangkaian sosial
terdapat di mana-mana terutama sekali di sekolah-sekolah atau di tempat kerja, rangkaian
secara online adalah yang paling popular. Ini kerana kebanyakan daripada kalangan mereka
adalah golongan yang sangat aktif bersosial secara online untuk mengembangkan
persahabatan.
Laman sosial juga merupakan satu alat untuk berkomunikasi, berkongsi dan berhubung
dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Pada masa kini, seseorang yang tidak
memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikuti
perkembangan teknologi semasa. Di antara laman sosial yang popular ialah Facebook,
Twitter, Google+ dan MySpace. Laman sosial ini menjadi bertambah popular kerana ianya
boleh di akses di mana saja berada hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Di sebalik
keghairahan masyarakat kita menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan
dan keburukan menggunakan laman sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti mengambil sikap
secara serius tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial ini.
2. 2.0 Latar Belakang Masalah
Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman
sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, dan sebagainya mendapat perhatian
masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh para pelajar
merupakan antara kelebihannya. Terdapat sesetengah pelajar di Malaysia yang telah
menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi
kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial
yang canggih dapat menarik perhatian mereka. Secara tidak langsung, penggunaan laman
sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup para pelajar di Malaysia sekiranya
penggunaanya terlalu berleluasa. Satu kajian tinjauan telah dijalankan bagi mengkaji
kebaikan dan keburukan penggunaan lama sosial ini terhadap para pelajar.
3.0 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk menyelidik impak atau kesan penggunaan laman sosial
dikalangan para pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Selain itu, kajian ini
turut mengenalpasti sejauh mana pengawasan atau kawalan ibu bapa terhadap anak-anak
mereka didalam aktiviti laman sosial ini.
4.0 Skop Kajian
Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan yang dijalankan di sebuah kawasan perumahan di
Tanjung Malim, Perak. Kawasan ini dipilih adalah kerana ia adalah merupakan satu kawasan
yang berpusatkan pendidikan dan mempunyai ramai para pelajar di kawasan ini. Kajian ini
3. dijalankan dikalangan pelajar-pelajar sekolah mengangah dan institusi pengajian tinggi
sahaja.
Kajian ini telah menggunakan seramai 30 orang responden. Responden adalah terdiri
daripada 13 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan. Penyelidik hanya memilih
para pelajar yang berumur antara 15 tahun hingga 23 tahun sahaja sebagai responden. Kajian
ini telah dijalankan di sebuah kawasan perumahan di Tanjung Malim, Perak.
5.0 Kaedah Kajian
Kajian ini adalah satu tinjauan deskriptif yang berbentuk soal selidik sebagai alat kajian yang
digunakan untuk mendapat ukuran kuantitatif. Rasional menggunakan kaedah soal selidik
adalah mudah mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat yang diperlukan berdasarkan
item soalan kajian. Ini memudahkan responden menjawab soal selidik berbanding soalan
jenis terbuka di samping dapat menjawab dengan lebih selesa dimana responden bebas
memilih dan menjawab tanpa rasa segan serta malu berbanding kaedah temu duga. Rahsia
tentang diri seseorang responden adalah terjamin sepenuhnya.
6.0 Hasil Dapatan Kajian
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, tinjauan mendapati terdapat beberapa kebaikan
dan kelemahan dalam penggunaan laman sosial dikalangan para pelajar sekolah menengah
dan juga institusi pengajian tinggi.
4. Laman sosial mendatangkan kebaikan kepada pelajar sekiranya digunakan secara betul
kerana pelajar dapat mengenali kawan yang baru dan pada masa yang sama dapat
menghubungi semula kenalan lama yang mungkin telah terputus hubungan. Laman sosial
turut menyalurkan maklumat yang berguna kepada pelajar seperti mendapatkan maklumat
mengenai pembelajaran dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan pelajar di tempat lain.
Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu
tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa.
Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara
menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Penggunaan laman sosial juga akan melahirkan pelajar yang leka dan lalai dalam melakukan
sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam
laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan
pelajar akan berasa seronok sehingga leka untuk menyempurnakan urusan mereka dan
mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Golongan pelajar yang menjadi tunjang
kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan
masyarakat.
Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur
pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati
di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video
mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana,
laman sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia
malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”,
“Gothic”, dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini
5. akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan
gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi
pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.
7.0 Kesimpulan
Laman sosial boleh digunakan sebagai salah satu alternatif dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini. Antara saranan yang boleh digunakan bagi meningkatkan
keberkesanan sistem sistem pembelajaran melalui laman sosial ialah dengan menghadkan
penggunaan internet. Pelajar hanya dibenarkan melayari laman web tertentu. Laman web
yang tidak sesuai buat pelajar seharusnya ditapis dari awal dan dihalang penggunaannya.
Selain itu, pihak yang berwajib juga perlulah menyediakan capaian khas untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, menghubungkan laman sosial dengan capaian
portal pendidikan yang boleh dikunjungi oleh mana-mana pelajar yang sedang melayari alam
maya. Jadikan laman sosial sebagai satu tempat perkongisan ilmu dan tempat perbincangan
isu semasa. Warga pendidik boleh menyediakan tugasan, menyebarkan info dan
menggalakkan para pelajar membuat sebarang perbincangan di laman sosial ini.
Secara kesimpulannya, ibu bapa dan guru perlu mendidik pelajar dalam menggunakan laman
sosial kearah yang betul dan menyatakan baik buruk penggunaan laman sosial. Ini penting
supaya para pelajar dapat memahami konsep sebenar laman sosial ini.
6. Sila tandakan ( √ ) pada ruang yang disediakan untuk menunjukkan jawapan anda.
Jantina : ______ Lelaki ______ Perempuan
1. Dimanakah anda melayari internet?
Rumah Cybercafe Sekolah Lain-lain
2. Berapa lamakah masa yang diambil untuk anda melayari internet dalam seminggu?
2 jam 3 jam 4 jam Lebih dari 5 jam
3. Apakah tujuan anda melayari internet seperti facebook dan twitter atau laman social yang
lain?
Mencari Berbincang Bermain Lain-lain
kenalan baru tentang
pelajaran
Sila nyatakan …….
4. Adakah anda menggunakan laman sosial untuk tujuan pembelajaran?
Ya Tidak
5. Adakah laman sosial dapat membantu anda di dalam pembelajaran?
Ya Tidak
6. Bagaimanakah jika laman sosial ini di sekat penggunaannya?
Sangat Setuju Tidak Sangat
Setuju Setuju Tidak Setuju
7. 7. Adakah ibu bapa anda memantau ketika kamu melayari internet atau laman sosial?
Selalu Kadang-kadang Tidak Pernah
8. Adakah ibu bapa anda menetapkan peraturan semasa anda menggunakan internet?
Ya Tidak
9. Secara jujur adakah anda boleh mengawal diri dan mengikut peraturan yang
ditetapkan dalam penggunaan internet?
Mengikut keadaan, Tidak Sentiasa
tempat & waktu Pernah
Mematuhi
8. RUJUKAN
Ab. Rahim Selamat. 2000. Kemahiran dalam sekolah bestari. Johor Bharu: Badan
Cemerlang Sdn. Bhd.
Crawford, R. (1997). Managing information technology in secondary schools.
London:Roudedge.
Kementrian Pendidikan Malaysia (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Mohd Sani Ibrahim & mohd Jasmy Abdul Rahman (2002). Pengetua dan pembestarian
sekolah. Kertas kerja di bentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan
pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16-19 Disember, 2002
The Conceptual Model (2003, January 9), [3 paragraphs], http:/ /
www.geocities.com/Athens/Olympus/1512/blueprint/ bpcm.html
http://www.moe.moe.edu.my/- Bestarinet, Kerratan Akhbar, Utusan Malaysia ( 6 Mei 2005 ),
Kajian Inisiatif ICT Akan Dilaksanakan
9. Laman Web http :// www.moe.edu.my/smartschool/neweb/objektif.htm