SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
Kisah Saidina Uthman Ibn Affan 
Saidina Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saidina Umar Al- 
Khattab R.A.... Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya (tahun 
Masihi 644 hingga 655)... Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain" yang bermaksud "yang 
memiliki dua cahaya".... Sebab Rasulullah SAW. telah mengahwinkannya dengan dua orang 
puterinya, iaitu yang pertama Ruqayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar,... maka 
Rasulullah SAW. telah mengahwinkannya pula dengan Umi Kalthum. 
Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW. terhadap Saidina Uthman 
R.A... ketika isterinya yang kedua (Umi Kalthum) itu pula meninggal, Rasulullah SAW. telah 
berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuan ku lagi hai Uthman, tentu engkau akan aku 
ambil sebagai menantu lagi" . 
Saidina Uthman Bin Affan termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam... Beliau datang 
dari suku puak Umaiyah.... suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya 
terhadap agama Islam dan Rasulullah SAW., 
Menurut catatan sejarah, Saidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh Saidina 
Abu Bakar As-Siddiq untuk memeluk Islam.... Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk 
orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW. kerana kemuliaan dan budi pekertinya.... 
Memang sesungguhnya Saiyidma Uthman Bin Affan R.A. terkenal sebagai seorang sahabat yang 
sangat tinggi budi perkertinya, sangat penyantun, lemah lembut dan pemalu.... Rasulullah SAW. 
pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman "....
Rasulullah SAW. kebiasanya tidak keberatan untuk menerima kedatangan para sahabatnya ke 
rumah dan baginda selalunya berpakaian yang biasa-biasa sahaja,.... tetapi apabila diketahui 
bahawa Saidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda akan mengenakan 
pakaiannya yang cantik-cantik sebagai tanda menghormati sahabatnya yang disegani oleh para 
malaikat itu. 
Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin 
Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin,... Saidina Uthman termasuk 
orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia.... Saidina Uthman R.A. berserta isterinya 
Ruqayyah adalah termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu.... Beliau 
tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya di Mekah yang ditinggalkannya, kerana beliau 
sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama Allah... 
Sekembalinya beliau dari Abyssinia, beliau telah melakukan hijrah kedua pula ke Madinah untuk 
menyusul Rasulullah SAW. yang telahpun terlebih dahulu berhijrah ke kota tersebut.... 
Ketika berada di Madinah, Saidina Uthman R.A. telah memulakan perniagaan hingga beliau 
berjaya menjadi saudagar yang kaya.... Namun demikian beliau tidak sedikitpun teragak-agak 
untuk menggunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi 
menegakkan kesucian Islam... banyak sekali pengorbanan Saidina Uthman Bin Affan terhadap 
Islam.
Di zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi 
kekurangan bekalan air bersih,... Pada saat itulah Rasulullah SAW. bersabda, "Barangsiapa 
diantara kamu yang mampu membeli sumur (kolam) Rooma lalu dijadikannya wakaf bagi 
keperluan kaum Muslimin...maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan 
menyediakan tempat minuman baginya didalam syurga ".... lalu Saidina Uthman Bin Affan 
tampil dan membeli kolam yang bernama 'Bir-Rooma' dari seorang Yahudi tersebut. 
Begitu juga ketika mana Masjid Madinah menjadi semakin sempit disebabkan semakin 
banyaknya orang yang datang bersembahyang di dalamnya,... Saidina Uthman telah membeli 
lima buah rumah yang sederet di samping tanah masjid itu untuk dibangunkan sebagai tambahan 
masjid agar menjadi lebih luas dan besar. 
Selain daripada pengorbanan harta benda, Saidina Uthman Bin Affan R.A. juga adalah sahabat 
yang paling banyak membantu Rasulullah SAW. dalam berbagai masalah..... Beliau adalah salah 
seorang penulis wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasulullah untuk menemui kaum 
Quraisy pada tahun keenam hijrah. 
Saidina Uthman R.A. juga merupakan seorang sahabat akrab Rasulullah SAW. yang masyhur 
dengan sifat warak, kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah,... Beliau juga seorang sahabat 
yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau mendengar bacaan 
Qur'an dari hal azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh kerana rasa takutnya. 
Khalifah Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai Khalifah selepas wafatnya Saidina Umar 
Al-Khattab... beliau telah dilantik oleh satu Majlis Syura yang terdiri dari enam orang para
sahabat yang telah dipilih oleh Saidina Umar... beliau menyatakan kesanggupannya kepada 
Abdul Rahman Bin Auf yang bertindak sebagai orang tengah.... 
Beliau dilantik menjadli Khalifah ketika berumur 70 tahun... seorang yang bersifat lemah lembut, 
tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan pemerintahan,... amat berbeza sekali 
dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum 
daripadanya,... mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah 
pada zaman pemerintahan. 
Pada zaman peinerintahan Saidina Uthman Bin Affan inilah mulai timbulnya beberapa masalah 
yang belum pernah berlaku sebelumnya.... fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara pihak 
pemerintah dengan orang awam. 
Satu perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah 
sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain terutama dari kaum keluarganya 
sendiri.... Mereka mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang dari ahli keluarganya 
yang bernama Marwan Bin Hakkam.... Perbuatannya yang membiarkan ahli keluarganya campur 
tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai anggota keluarganya dalam 
pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk 
Madinah. 
Selain daripada itu ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Saidina Uthman yang telah 
menimbulkan rasa tidak puas hati orang-orang Islam pada masa itu.... Salah satu dari perkara-perkara 
itu ialah keputusannya membenarkan bapa saudaranya Al-Hakam Bin Abi Al-As dan
beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al-Hakam telah diperintah 
keluar dari Madinah kenana sikap permusuhannya terhadap Rasulullah SAW.... dan Saidina 
Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa hayat baginda lagi, meminta supaya 
membenarkan bapa saudaranya itu kembali... tetapi Rasulullah SAW. tidak membenarkan 
permintaannya itu, perintah larangan itu berterusan hingga pada zaman pemerintahan Saidina 
Abu Bakar R.A. dan Saidina Umar R.A.... dia tidak dibenarkan juga kembali. 
Apabila Saidina Uthman dilantik menjadi Khalifah bapa saudaranya itu dibenarkan kembali ke 
Madinah,... bukan hanya setakat itu sahaja, apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya dan 
anaknya yang bernama Al-Hanith dilantik pula menjadi pegawai yang menjaga tempat-tempat 
perniagaan di Madinah. 
Saidina Uthman juga telah melantik anak Al-Hakam yang lain, bernama Marwan menjadi 
sebagai menteri kepadanya, dan perkara itu dikecam hebat oleh orang-orang Islam.... Beberapa 
orang sahabat yang terkemuka telah membantah perlantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh 
Saidina Uthman. 
Pemerintahan Saidina Uthman mula menempuh satu percubaan yang besar dengan tumbuhnya 
fitnah di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain.... ketika 
itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba' , seorang Yahudi yang mengaku 
dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. 
dengan tujuan untuk memecah belahkan kaum Muslimin sesama sendini.
Seorang sahabat yang tenkenal bennama Abu Dzar juga telah menentang hebat pemerintahan 
Saidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran ke atas Khalifah dan juga ke atas Muawiyah 
yang pada masa itu sebagai wakil Khalifah yang memerintah kota Damshik (Syam)... Abu Dzar 
telah termakan hasutan Abdullah Bin Saba' lalu menentang Muawiyah kerana menurut 
pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa harta Baitulmal semuanya adalah kepunyaan 
Allah dan bukan kepunyaan orang-orang Islam,.... seolah-olah dia bercadang tidak akan 
membahagikan harta baitulmal kepada orang ramai. 
Inilah antara hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba' kepada sahabat terkenal iaitu Abu 
Dzar yang memang berjiwa keras dan berani itu. Memandangkan bahaya dari pengaruh Abu 
Dzar itulah maka akhinnya Saidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan 
Abu Dzar Al-Ghifari dari orang ramai,... lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah. Di 
tempat pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas Saiyidina 
Uthman R.A. hingga akhir hayatnya... beliau (Abu Dzar) meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah. 
Sementara itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba' untuk 
memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah.... 
Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang 
belum pernah dibawa oleh sesiapa pun sebelum itu,... bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. 
ada menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A..... 
Di Mesir,.. Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah 
menyokong gerakan Abdullah Bin Saba'...perkara itu didorong oleh kerana pertalian kerabat 
antaranya dengan Saidina Ali R.A..... beliau ialah anak tiri kepada Saidina Ali Bin Abu Talib,
yang beristerikan balu Saidina Abu Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais (ibu Muhammad Bin 
Abu Bakar). 
Muhammad Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saidina Uthman kerana sepucuk 
surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah Bin Saba',.... 
Gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar dan juga membunuh 
orang-orang yang menyokong Muhammad sama ada dari golongan Muhajirin ataupun Ansar. 
Kesudahannya golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang datangnya 
dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu telah membuat satu pakatan menuju Madinah untuk 
mengemukakan tuntutan-tuntutan mereka kepada Khalifah..... Bila mereka dapati tuntuntan-tuntutan 
mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah,.... maka mereka pun 
melakukan kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan.....Setelah beberapa hari 
melakukan kepungan, mereka akhirnya berjaya merempuh masuk, lalu membunuh Khalifah 
Uthman Bin Affan.... 
Saidina Uthman mati terbunuh sambil memeluk Al-Quran yang dibacanya pada tanggal 8 
Zulhijjah tahun 35 Hijrah..... dan akibat dari kewafatannya itu maka bermulalah zaman-zaman 
yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Maulidur rasul 1426 h
Maulidur rasul 1426 hMaulidur rasul 1426 h
Maulidur rasul 1426 habulll
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Adilah Said
 
Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah cairel zikry
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahSharifah Nadia
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHGuru Sejarah PraU
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahmzaidin
 
Adab dengan Rasulullah S.A.W
Adab dengan Rasulullah S.A.WAdab dengan Rasulullah S.A.W
Adab dengan Rasulullah S.A.WFarhatul Hanim
 
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTABKHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTABanafarzana30
 
Sembelihan-Form 4
Sembelihan-Form 4Sembelihan-Form 4
Sembelihan-Form 4Lia Zaimee
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahFuad Ee
 
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi SufianKhalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufianيوسف سفورا
 
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulung
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulungPel. 19 saidina umar pentadbir ulung
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulungIzzat Hakim
 
51814316 32807005-koleksi-tazkirah-pendek-untuk-guru-agama-pegawai-ppd-jpn-dll
51814316 32807005-koleksi-tazkirah-pendek-untuk-guru-agama-pegawai-ppd-jpn-dll51814316 32807005-koleksi-tazkirah-pendek-untuk-guru-agama-pegawai-ppd-jpn-dll
51814316 32807005-koleksi-tazkirah-pendek-untuk-guru-agama-pegawai-ppd-jpn-dllSto Pa
 
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hCeramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hDausi Nuzula
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanNajid Jamal
 
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)CTU151 Assignment (Khalifah Umar)
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)Adlina Zainuri
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 

La actualidad más candente (20)

Maulidur rasul 1426 h
Maulidur rasul 1426 hMaulidur rasul 1426 h
Maulidur rasul 1426 h
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
 
Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Khalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Umar Al-KhattabKhalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Umar Al-Khattab
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
 
Adab dengan Rasulullah S.A.W
Adab dengan Rasulullah S.A.WAdab dengan Rasulullah S.A.W
Adab dengan Rasulullah S.A.W
 
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTABKHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ & KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
 
Sembelihan-Form 4
Sembelihan-Form 4Sembelihan-Form 4
Sembelihan-Form 4
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
 
Saidatina aisyah
Saidatina aisyahSaidatina aisyah
Saidatina aisyah
 
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi SufianKhalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
 
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulung
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulungPel. 19 saidina umar pentadbir ulung
Pel. 19 saidina umar pentadbir ulung
 
51814316 32807005-koleksi-tazkirah-pendek-untuk-guru-agama-pegawai-ppd-jpn-dll
51814316 32807005-koleksi-tazkirah-pendek-untuk-guru-agama-pegawai-ppd-jpn-dll51814316 32807005-koleksi-tazkirah-pendek-untuk-guru-agama-pegawai-ppd-jpn-dll
51814316 32807005-koleksi-tazkirah-pendek-untuk-guru-agama-pegawai-ppd-jpn-dll
 
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hCeramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - Pengenalan
 
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)CTU151 Assignment (Khalifah Umar)
CTU151 Assignment (Khalifah Umar)
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 

Similar a Kisah sahabat Saidina Othman Affan

Saiyidina uthman bin affan r
Saiyidina uthman bin affan rSaiyidina uthman bin affan r
Saiyidina uthman bin affan razsa
 
Saiyidina uthman bin affan r
Saiyidina uthman bin affan rSaiyidina uthman bin affan r
Saiyidina uthman bin affan razsa
 
KEPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN - MUHAMMAD FAHMIL KAMAL.pdf
KEPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN - MUHAMMAD FAHMIL KAMAL.pdfKEPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN - MUHAMMAD FAHMIL KAMAL.pdf
KEPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN - MUHAMMAD FAHMIL KAMAL.pdffahmil2
 
Sejarah perkembangan islam di masa bani umayyah
Sejarah perkembangan islam di masa bani umayyahSejarah perkembangan islam di masa bani umayyah
Sejarah perkembangan islam di masa bani umayyahFirdika Arini
 
PPT SKI KLS X KHULAFAUR RASYIDIN kls X.pptx
PPT SKI KLS X KHULAFAUR RASYIDIN kls X.pptxPPT SKI KLS X KHULAFAUR RASYIDIN kls X.pptx
PPT SKI KLS X KHULAFAUR RASYIDIN kls X.pptxRahmadHidayatSaputra2
 
Sejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iii
Sejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iiiSejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iii
Sejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iiiriyatno abdillah
 
KEMPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN.pdf
KEMPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN.pdfKEMPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN.pdf
KEMPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN.pdfFirliAgustini
 
PPT UTSMAN BIN AFFAN-NUR INDAH MEISYA-2A.pptx
PPT UTSMAN BIN AFFAN-NUR INDAH MEISYA-2A.pptxPPT UTSMAN BIN AFFAN-NUR INDAH MEISYA-2A.pptx
PPT UTSMAN BIN AFFAN-NUR INDAH MEISYA-2A.pptxindhMeisyaaa
 
Asal usul bani umayyah
Asal usul bani umayyahAsal usul bani umayyah
Asal usul bani umayyahsugusana
 
Biografi umar bin abdul aziz dan biodata jesica mila
Biografi umar bin abdul aziz dan biodata jesica milaBiografi umar bin abdul aziz dan biodata jesica mila
Biografi umar bin abdul aziz dan biodata jesica milaYasirecin Yasir
 
Biografi muhammad bin ala hanafiyah
Biografi muhammad bin ala hanafiyah Biografi muhammad bin ala hanafiyah
Biografi muhammad bin ala hanafiyah Muhammad Idris
 
Biografi Utsman Bin Affan
Biografi Utsman Bin AffanBiografi Utsman Bin Affan
Biografi Utsman Bin AffanNabila_02
 
Ummul Mundzir ra.docx
Ummul Mundzir ra.docxUmmul Mundzir ra.docx
Ummul Mundzir ra.docxEmmaKazeFull
 
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...farah chaisani
 
Power poin umar bin abdul aziz
Power poin umar bin abdul azizPower poin umar bin abdul aziz
Power poin umar bin abdul azizKhusnul huda
 
Sanggahan kepada kaum syiah
Sanggahan kepada kaum syiahSanggahan kepada kaum syiah
Sanggahan kepada kaum syiahFaisal Pak
 
Bedah buku Biografi 60 sahabat nabi Myrna&Ardian
Bedah buku Biografi 60 sahabat nabi Myrna&ArdianBedah buku Biografi 60 sahabat nabi Myrna&Ardian
Bedah buku Biografi 60 sahabat nabi Myrna&ArdianMyrna Muchiah Muchiah
 
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyahBedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyahMyrna Muchiah Muchiah
 
Biografi sahabat golongan al abadillah
Biografi sahabat golongan al abadillahBiografi sahabat golongan al abadillah
Biografi sahabat golongan al abadillahMuhammad Idris
 
10 Sahabat Rasullullah SAW.docx
10 Sahabat Rasullullah SAW.docx10 Sahabat Rasullullah SAW.docx
10 Sahabat Rasullullah SAW.docxgalangpengerukan
 

Similar a Kisah sahabat Saidina Othman Affan (20)

Saiyidina uthman bin affan r
Saiyidina uthman bin affan rSaiyidina uthman bin affan r
Saiyidina uthman bin affan r
 
Saiyidina uthman bin affan r
Saiyidina uthman bin affan rSaiyidina uthman bin affan r
Saiyidina uthman bin affan r
 
KEPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN - MUHAMMAD FAHMIL KAMAL.pdf
KEPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN - MUHAMMAD FAHMIL KAMAL.pdfKEPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN - MUHAMMAD FAHMIL KAMAL.pdf
KEPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN - MUHAMMAD FAHMIL KAMAL.pdf
 
Sejarah perkembangan islam di masa bani umayyah
Sejarah perkembangan islam di masa bani umayyahSejarah perkembangan islam di masa bani umayyah
Sejarah perkembangan islam di masa bani umayyah
 
PPT SKI KLS X KHULAFAUR RASYIDIN kls X.pptx
PPT SKI KLS X KHULAFAUR RASYIDIN kls X.pptxPPT SKI KLS X KHULAFAUR RASYIDIN kls X.pptx
PPT SKI KLS X KHULAFAUR RASYIDIN kls X.pptx
 
Sejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iii
Sejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iiiSejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iii
Sejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iii
 
KEMPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN.pdf
KEMPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN.pdfKEMPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN.pdf
KEMPEMIMPINAN UTSMAN BIN AFFAN.pdf
 
PPT UTSMAN BIN AFFAN-NUR INDAH MEISYA-2A.pptx
PPT UTSMAN BIN AFFAN-NUR INDAH MEISYA-2A.pptxPPT UTSMAN BIN AFFAN-NUR INDAH MEISYA-2A.pptx
PPT UTSMAN BIN AFFAN-NUR INDAH MEISYA-2A.pptx
 
Asal usul bani umayyah
Asal usul bani umayyahAsal usul bani umayyah
Asal usul bani umayyah
 
Biografi umar bin abdul aziz dan biodata jesica mila
Biografi umar bin abdul aziz dan biodata jesica milaBiografi umar bin abdul aziz dan biodata jesica mila
Biografi umar bin abdul aziz dan biodata jesica mila
 
Biografi muhammad bin ala hanafiyah
Biografi muhammad bin ala hanafiyah Biografi muhammad bin ala hanafiyah
Biografi muhammad bin ala hanafiyah
 
Biografi Utsman Bin Affan
Biografi Utsman Bin AffanBiografi Utsman Bin Affan
Biografi Utsman Bin Affan
 
Ummul Mundzir ra.docx
Ummul Mundzir ra.docxUmmul Mundzir ra.docx
Ummul Mundzir ra.docx
 
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
 
Power poin umar bin abdul aziz
Power poin umar bin abdul azizPower poin umar bin abdul aziz
Power poin umar bin abdul aziz
 
Sanggahan kepada kaum syiah
Sanggahan kepada kaum syiahSanggahan kepada kaum syiah
Sanggahan kepada kaum syiah
 
Bedah buku Biografi 60 sahabat nabi Myrna&Ardian
Bedah buku Biografi 60 sahabat nabi Myrna&ArdianBedah buku Biografi 60 sahabat nabi Myrna&Ardian
Bedah buku Biografi 60 sahabat nabi Myrna&Ardian
 
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyahBedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
 
Biografi sahabat golongan al abadillah
Biografi sahabat golongan al abadillahBiografi sahabat golongan al abadillah
Biografi sahabat golongan al abadillah
 
10 Sahabat Rasullullah SAW.docx
10 Sahabat Rasullullah SAW.docx10 Sahabat Rasullullah SAW.docx
10 Sahabat Rasullullah SAW.docx
 

Más de smartware

Contoh Minit mesyuarat guru
Contoh Minit mesyuarat guru Contoh Minit mesyuarat guru
Contoh Minit mesyuarat guru smartware
 
Isi kandungan papan certa
Isi kandungan papan certaIsi kandungan papan certa
Isi kandungan papan certasmartware
 
Manik curai dskp mpv
Manik curai dskp mpvManik curai dskp mpv
Manik curai dskp mpvsmartware
 
Jadual bertugas kem pemimpin muda (2)
Jadual bertugas kem pemimpin muda (2)Jadual bertugas kem pemimpin muda (2)
Jadual bertugas kem pemimpin muda (2)smartware
 
Surat mohon jurulatih silat
Surat mohon jurulatih silatSurat mohon jurulatih silat
Surat mohon jurulatih silatsmartware
 
Kertas kerja pemantapan mpkk
Kertas kerja pemantapan mpkkKertas kerja pemantapan mpkk
Kertas kerja pemantapan mpkksmartware
 
Email & internet
Email & internetEmail & internet
Email & internetsmartware
 
Pelan jangka panjang ict
Pelan jangka panjang ictPelan jangka panjang ict
Pelan jangka panjang ictsmartware
 
Komponen komponen komputer
Komponen komponen komputerKomponen komponen komputer
Komponen komponen komputersmartware
 

Más de smartware (9)

Contoh Minit mesyuarat guru
Contoh Minit mesyuarat guru Contoh Minit mesyuarat guru
Contoh Minit mesyuarat guru
 
Isi kandungan papan certa
Isi kandungan papan certaIsi kandungan papan certa
Isi kandungan papan certa
 
Manik curai dskp mpv
Manik curai dskp mpvManik curai dskp mpv
Manik curai dskp mpv
 
Jadual bertugas kem pemimpin muda (2)
Jadual bertugas kem pemimpin muda (2)Jadual bertugas kem pemimpin muda (2)
Jadual bertugas kem pemimpin muda (2)
 
Surat mohon jurulatih silat
Surat mohon jurulatih silatSurat mohon jurulatih silat
Surat mohon jurulatih silat
 
Kertas kerja pemantapan mpkk
Kertas kerja pemantapan mpkkKertas kerja pemantapan mpkk
Kertas kerja pemantapan mpkk
 
Email & internet
Email & internetEmail & internet
Email & internet
 
Pelan jangka panjang ict
Pelan jangka panjang ictPelan jangka panjang ict
Pelan jangka panjang ict
 
Komponen komponen komputer
Komponen komponen komputerKomponen komponen komputer
Komponen komponen komputer
 

Último

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Adam Hiola
 
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxPRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxSaeful Malik
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxWahyuSolehudin1
 
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxPERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxAfifahNuri
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Adam Hiola
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxMarto Marbun
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANGilbertFibriyantAdan
 

Último (7)

Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 4
 
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptxPRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
PRAKTEK ADAB-ADAB JAMAAH HAJI DAN UMROH.pptx
 
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptxMateri akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
Materi akhlak jamaah haji dan Budaya Arab.pptx
 
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptxPERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
PERAN FILSAFAT ILMU SEBAGAI LANDASAN PENGEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.pptx
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
 
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptxSosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
Sosok Ester Yang Bijaksana di Tengah Pergumulan.pptx
 
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHANKHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
KHOTBAH MINGGU 7 APRIL MENGEMBANGKAN KARUNIA TUHAN
 

Kisah sahabat Saidina Othman Affan

  • 1. Kisah Saidina Uthman Ibn Affan Saidina Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saidina Umar Al- Khattab R.A.... Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya (tahun Masihi 644 hingga 655)... Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain" yang bermaksud "yang memiliki dua cahaya".... Sebab Rasulullah SAW. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya, iaitu yang pertama Ruqayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar,... maka Rasulullah SAW. telah mengahwinkannya pula dengan Umi Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW. terhadap Saidina Uthman R.A... ketika isterinya yang kedua (Umi Kalthum) itu pula meninggal, Rasulullah SAW. telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuan ku lagi hai Uthman, tentu engkau akan aku ambil sebagai menantu lagi" . Saidina Uthman Bin Affan termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam... Beliau datang dari suku puak Umaiyah.... suku atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah SAW., Menurut catatan sejarah, Saidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk memeluk Islam.... Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah SAW. kerana kemuliaan dan budi pekertinya.... Memang sesungguhnya Saiyidma Uthman Bin Affan R.A. terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budi perkertinya, sangat penyantun, lemah lembut dan pemalu.... Rasulullah SAW. pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman "....
  • 2. Rasulullah SAW. kebiasanya tidak keberatan untuk menerima kedatangan para sahabatnya ke rumah dan baginda selalunya berpakaian yang biasa-biasa sahaja,.... tetapi apabila diketahui bahawa Saidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda akan mengenakan pakaiannya yang cantik-cantik sebagai tanda menghormati sahabatnya yang disegani oleh para malaikat itu. Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin,... Saidina Uthman termasuk orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia.... Saidina Uthman R.A. berserta isterinya Ruqayyah adalah termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu.... Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya di Mekah yang ditinggalkannya, kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama Allah... Sekembalinya beliau dari Abyssinia, beliau telah melakukan hijrah kedua pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah SAW. yang telahpun terlebih dahulu berhijrah ke kota tersebut.... Ketika berada di Madinah, Saidina Uthman R.A. telah memulakan perniagaan hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya.... Namun demikian beliau tidak sedikitpun teragak-agak untuk menggunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam... banyak sekali pengorbanan Saidina Uthman Bin Affan terhadap Islam.
  • 3. Di zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan bekalan air bersih,... Pada saat itulah Rasulullah SAW. bersabda, "Barangsiapa diantara kamu yang mampu membeli sumur (kolam) Rooma lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin...maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan menyediakan tempat minuman baginya didalam syurga ".... lalu Saidina Uthman Bin Affan tampil dan membeli kolam yang bernama 'Bir-Rooma' dari seorang Yahudi tersebut. Begitu juga ketika mana Masjid Madinah menjadi semakin sempit disebabkan semakin banyaknya orang yang datang bersembahyang di dalamnya,... Saidina Uthman telah membeli lima buah rumah yang sederet di samping tanah masjid itu untuk dibangunkan sebagai tambahan masjid agar menjadi lebih luas dan besar. Selain daripada pengorbanan harta benda, Saidina Uthman Bin Affan R.A. juga adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah SAW. dalam berbagai masalah..... Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasulullah untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam hijrah. Saidina Uthman R.A. juga merupakan seorang sahabat akrab Rasulullah SAW. yang masyhur dengan sifat warak, kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah,... Beliau juga seorang sahabat yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau mendengar bacaan Qur'an dari hal azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh kerana rasa takutnya. Khalifah Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai Khalifah selepas wafatnya Saidina Umar Al-Khattab... beliau telah dilantik oleh satu Majlis Syura yang terdiri dari enam orang para
  • 4. sahabat yang telah dipilih oleh Saidina Umar... beliau menyatakan kesanggupannya kepada Abdul Rahman Bin Auf yang bertindak sebagai orang tengah.... Beliau dilantik menjadli Khalifah ketika berumur 70 tahun... seorang yang bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan pemerintahan,... amat berbeza sekali dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum daripadanya,... mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah pada zaman pemerintahan. Pada zaman peinerintahan Saidina Uthman Bin Affan inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya.... fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang awam. Satu perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh cakap-cakap orang lain terutama dari kaum keluarganya sendiri.... Mereka mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang dari ahli keluarganya yang bernama Marwan Bin Hakkam.... Perbuatannya yang membiarkan ahli keluarganya campur tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai anggota keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Madinah. Selain daripada itu ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Saidina Uthman yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang-orang Islam pada masa itu.... Salah satu dari perkara-perkara itu ialah keputusannya membenarkan bapa saudaranya Al-Hakam Bin Abi Al-As dan
  • 5. beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al-Hakam telah diperintah keluar dari Madinah kenana sikap permusuhannya terhadap Rasulullah SAW.... dan Saidina Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa hayat baginda lagi, meminta supaya membenarkan bapa saudaranya itu kembali... tetapi Rasulullah SAW. tidak membenarkan permintaannya itu, perintah larangan itu berterusan hingga pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar R.A. dan Saidina Umar R.A.... dia tidak dibenarkan juga kembali. Apabila Saidina Uthman dilantik menjadi Khalifah bapa saudaranya itu dibenarkan kembali ke Madinah,... bukan hanya setakat itu sahaja, apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya dan anaknya yang bernama Al-Hanith dilantik pula menjadi pegawai yang menjaga tempat-tempat perniagaan di Madinah. Saidina Uthman juga telah melantik anak Al-Hakam yang lain, bernama Marwan menjadi sebagai menteri kepadanya, dan perkara itu dikecam hebat oleh orang-orang Islam.... Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah membantah perlantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh Saidina Uthman. Pemerintahan Saidina Uthman mula menempuh satu percubaan yang besar dengan tumbuhnya fitnah di Madinah yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain.... ketika itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba' , seorang Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk memecah belahkan kaum Muslimin sesama sendini.
  • 6. Seorang sahabat yang tenkenal bennama Abu Dzar juga telah menentang hebat pemerintahan Saidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran ke atas Khalifah dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil Khalifah yang memerintah kota Damshik (Syam)... Abu Dzar telah termakan hasutan Abdullah Bin Saba' lalu menentang Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa harta Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah dan bukan kepunyaan orang-orang Islam,.... seolah-olah dia bercadang tidak akan membahagikan harta baitulmal kepada orang ramai. Inilah antara hasutan yang dibuat oleh Abdullah Bin Saba' kepada sahabat terkenal iaitu Abu Dzar yang memang berjiwa keras dan berani itu. Memandangkan bahaya dari pengaruh Abu Dzar itulah maka akhinnya Saidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Dzar Al-Ghifari dari orang ramai,... lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah. Di tempat pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas Saiyidina Uthman R.A. hingga akhir hayatnya... beliau (Abu Dzar) meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah. Sementara itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba' untuk memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah.... Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh sesiapa pun sebelum itu,... bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan seorang penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A..... Di Mesir,.. Muhammad Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah menyokong gerakan Abdullah Bin Saba'...perkara itu didorong oleh kerana pertalian kerabat antaranya dengan Saidina Ali R.A..... beliau ialah anak tiri kepada Saidina Ali Bin Abu Talib,
  • 7. yang beristerikan balu Saidina Abu Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais (ibu Muhammad Bin Abu Bakar). Muhammad Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saidina Uthman kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah Bin Saba',.... Gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar dan juga membunuh orang-orang yang menyokong Muhammad sama ada dari golongan Muhajirin ataupun Ansar. Kesudahannya golongan-golongan yang menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu telah membuat satu pakatan menuju Madinah untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan mereka kepada Khalifah..... Bila mereka dapati tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah,.... maka mereka pun melakukan kepungan terhadap istana Khalifah Uthman Bin Affan.....Setelah beberapa hari melakukan kepungan, mereka akhirnya berjaya merempuh masuk, lalu membunuh Khalifah Uthman Bin Affan.... Saidina Uthman mati terbunuh sambil memeluk Al-Quran yang dibacanya pada tanggal 8 Zulhijjah tahun 35 Hijrah..... dan akibat dari kewafatannya itu maka bermulalah zaman-zaman yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam.