SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
http://www.ctl.utm.my




       TEKNOLOGI DALAM P&P


       Teknologi Multimedia
      dalam Pendidikan : Satu
           Pengenalan


                  Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir
          Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan
                    Universiti Teknologi Malaysia




PENGENALAN

 Terdapat lima elemen atau teknologi utama di
 dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video
 dan animasi.

 Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan
 sebahagian daripada elemen yang diperlukan
 bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif
 menerusi penggunaan multimedia.

 Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang
 tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan
 informasi yang lebih menarik dan berkesan.

                                                              2
http://www.ctl.utm.my




        TEKNOLOGI DALAM P&P



          Elemen Multimedia :
                 Teks




ELEMEN MULTIMEDIA : TEKS

  Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang
  bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi
  diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam
  proses penyampaian maklumat.

  Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut
  memainkan peranan yang penting dalam
  menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna.

  Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas
  dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna
  dan penggunaan elemen-elemen atau media lain
  mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana
  yang dikehendaki.                                     4
http://www.ctl.utm.my




       TEKNOLOGI DALAM P&P

     Panduan Menggunakan
      Teks di dalam Aplikasi
         Multimedia atau
           Laman Web
           Pendidikan




PANDUAN MENGGUNAKAN TEKS

 Panduan ringkas menggunakan teks dalam sesuatu
 persembahan :

 pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat
 gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
 pastikan teks tersebut boleh dibaca
 pemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang
 bersesuaian
 kawal pemilihan fon serta konsisten
 pastikan fon yang digunakan sedia ada pada
 sistem komputer lain


                                                     6
http://www.ctl.utm.my




      TEKNOLOGI DALAM P&P



         Elemen Multimedia :
               Grafik




ELEMEN MULTIMEDIA : GRAFIK

 Grafik boleh merujuk kepada pelbagai
 persembahan imej atau paparan visual yang tidak
 bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran,
 gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya.

 Ianya merupakan antara elemen multimedia yang
 amat penting bagi memberi penekanan dalam
 suatu proses penyampaian maklumat.

 Penggunaan grafik dikatakan mampu
 menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih
 pantas dan tepat memandangkan ianya
 disampaikan dalam bentuk visual.
                                                   8
http://www.ctl.utm.my




ELEMEN MULTIMEDIA : GRAFIK

 Grafik mampu membantu dalam menerangkan
 sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan
 berkesan.
 Penggunaan graf atau carta misalnya mampu
 memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah
 jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih
 berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual
 semata-mata.
 Grafik juga mampu menjadikan sesuatu
 persembahan atau penyampaian maklumat lebih
 menarik dan mampu memfokuskan perhatian
 pengguna terhadap maklumat yang ingin
 disampaikan.
                                                   9




      TEKNOLOGI DALAM P&P

     Panduan Menggunakan
     Grafik di dalam Aplikasi
        Multimedia atau
           Laman Web
            Pendidikan
http://www.ctl.utm.my




PANDUAN MENGGUNAKAN GRAFIK

 Garis panduan ringkas menggunakan grafik :

 pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan
 sasaran
 pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum
 atau agama
 pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan
 tugas
 pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan
 keperluan aplikasi
 gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan
 tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah
                                                      11




       TEKNOLOGI DALAM P&P



         Elemen Multimedia :
               Audio
http://www.ctl.utm.my




ELEMEN MULTIMEDIA : AUDIO

 Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen
 audio boleh digunakan bagi membantu proses
 penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap
 dan berkesan.

 Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan
 motivasi di kalangan para pengguna agar lebih
 berminat mengikuti suatu proses penyampaian
 maklumat.

 Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu
 menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan
 menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang
 ingin dipersembahkan.                             13




       TEKNOLOGI DALAM P&P

      Panduan Menggunakan
      Audio di dalam Aplikasi
         Multimedia atau
           Laman Web
            Pendidikan
http://www.ctl.utm.my




PANDUAN MENGGUNAKAN AUDIO

 Garis panduan ringkas menggunakan audio :

 Audio hanya digunakan jika ianya didapati
 bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi atau
 program.
 Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau
 pun terdapat rasional mengapa ianya digunakan.
 Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna
 mempunyai kuasa kawalan terhadapnya. Kuasa
 kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal
 ketinggian audio, memberhentikan audio dan
 sebagainya.

                                                       15




PANDUAN MENGGUNAKAN AUDIO

 Garis panduan ringkas menggunakan audio (samb) :

 Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio
 yang sama di dalam sesebuah aplikasi bagi
 mengelakkan kebosanan.
 Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak
 terlalu tinggi bagi tujuan rakaman atau semasa
 menyimpan fail audio. Selain dari mengurangkan saiz
 fail audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah
 memadai bagi digunakan di dalam sesebuah aplikasi
 multimedia.
 Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia
 didapati boleh mengganggu persembahan.
                                                       16
http://www.ctl.utm.my




      TEKNOLOGI DALAM P&P



         Elemen Multimedia :
               Video




ELEMEN MULTIMEDIA : VIDEO

 Video merupakan antara elemen multimedia yang
 dikatakan paling dinamik dan juga realistik
 berbanding elemen-elemen yang lain.

 Penggunaan video dalam proses penyampaian
 maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi
 seseorang terhadap proses penerimaan maklumat.

 Selain dari itu, video juga mampu membawa unsur
 realistik atau keadaan sebenar kepada para
 pengguna. Ini secara tidak langsung akan
 mempengaruhi perasaan dan emosi para
 penggunanya dengan lebih nyata.
                                                   18
http://www.ctl.utm.my




       TEKNOLOGI DALAM P&P


           Penggunaan Video
           dalam pendidikan




VIDEO DALAM PENDIDIKAN

 Berikutnya merupakan sebahagian daripada kelebihan
 penggunaan video di dalam aplikasi multimedia pendidikan
 dan juga seterusnya dalam proses pengajaran dan
 pembelajaran :

 Maklumat Lebih Realistik
 Mampu Merangsang Pelbagai Deria
 Memudahkan Proses Pengulangan
 Meningkatkan Keberkesanan Proses Pengajaran dan
 Pembelajaran
 Mampu Meraih Emosi dan Mengubah Sikap
 Menyediakan Kuasa Kawalan Kepada Pelajar
 Membentuk Kemahiran dengan Lebih Pantas dan Berkesan
 Menjimatkan Masa, Tenaga dan Perbelanjaan
                                                            20
http://www.ctl.utm.my




      TEKNOLOGI DALAM P&P



         Elemen Multimedia :
              Animasi




ELEMEN MULTIMEDIA : ANIMASI

 Animasi merujuk kepada suatu paparan visual
 yang bersifat dinamik.

 Ianya juga merujuk kepada suatu proses
 menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup
 atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu
 yang pada dasarnya adalah statik.

 Ianya membolehkan sesuatu yang agak sukar
 untuk diterangkan dengan menggunakan
 perkataan atau imej-imej statik disampaikan
 dengan lebih mudah dan berkesan.

                                                 22
http://www.ctl.utm.my




       TEKNOLOGI DALAM P&P


        Penggunaan Animasi
         dalam Pendidikan




ELEMEN MULTIMEDIA : ANIMASI

 Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan
 maklumat juga dapat menceriakan proses
 penyampaiannya.

 Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang
 disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik
 berbanding penggunaan teks semata-mata.

 Di samping itu, animasi juga mampu memberi
 penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi
 membolehkan perhatian para penonton difokuskan
 kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.

                                                        24
http://www.ctl.utm.my




ANIMASI DALAM PENDIDIKAN

 Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang
 kompleks secara visual dan juga dinamik.

 Ini membolehkan proses membuat hubungan atau
 perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang
 kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam
 minda pelajar dan seterusnya membantu dalam
 proses pemahaman.




                                                    25




ANIMASI DALAM PENDIDIKAN

 Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu
 menyediakan persekitaran pembelajaran secara
 maya.

 Ini terutamanya bagi menangani keadaan di mana
 persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh
 disediakan,   membahayakan      ataupun    mungkin
 melibatkan kos yang tinggi.




                                                    26
http://www.ctl.utm.my




ANIMASI DALAM PENDIDIKAN

 Persembahan secara visual dan dinamik yang
 disediakan    oleh   teknologi   animasi  mampu
 memudahkan proses penerangan konsep atau pun
 demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan
 seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria
 dalam proses pengumpulan maklumat.

 Ini secara tidak langsung mempercepatkan proses
 pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut
 dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam
 ingatan.


                                                     27

Más contenido relacionado

La actualidad más candente (9)

Multimedia immersif
Multimedia immersifMultimedia immersif
Multimedia immersif
 
Slide pengenalan multimedia
Slide pengenalan multimediaSlide pengenalan multimedia
Slide pengenalan multimedia
 
Empat penggunaan tmk dalam p
Empat penggunaan tmk dalam pEmpat penggunaan tmk dalam p
Empat penggunaan tmk dalam p
 
Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1
 
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
 
Izuan
IzuanIzuan
Izuan
 
G6
G6G6
G6
 
Tmk
TmkTmk
Tmk
 
Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013
 

Destacado

Sensibilización+mediación+09+1º+eso+
Sensibilización+mediación+09+1º+eso+Sensibilización+mediación+09+1º+eso+
Sensibilización+mediación+09+1º+eso+
Monica Lopez
 
Progression from east norfolk magazine
Progression from east norfolk magazineProgression from east norfolk magazine
Progression from east norfolk magazine
mammal90
 
Presentación (como vamos)diciembre
Presentación (como vamos)diciembrePresentación (como vamos)diciembre
Presentación (como vamos)diciembre
eutanacido
 
Projecte audiovisaul Illa TV: formem bons comunicadors
Projecte audiovisaul Illa TV: formem bons comunicadorsProjecte audiovisaul Illa TV: formem bons comunicadors
Projecte audiovisaul Illa TV: formem bons comunicadors
vipremitic
 
Q U E B E C Magnifique.Jpg
Q U E B E C  Magnifique.JpgQ U E B E C  Magnifique.Jpg
Q U E B E C Magnifique.Jpg
VeronikStan
 
Leverage Social Media to Build Blog Community - Wordcamp Victoria
Leverage Social Media to Build Blog Community - Wordcamp Victoria Leverage Social Media to Build Blog Community - Wordcamp Victoria
Leverage Social Media to Build Blog Community - Wordcamp Victoria
BWEST Interactive
 
Trabalho de ciencias da thayna
Trabalho de ciencias da thaynaTrabalho de ciencias da thayna
Trabalho de ciencias da thayna
pptmeirelles
 
Nadya ip 9ci
Nadya ip 9ciNadya ip 9ci
Nadya ip 9ci
nadyaipi
 
Communique yopps lentreprisealereconnectee
Communique yopps lentreprisealereconnecteeCommunique yopps lentreprisealereconnectee
Communique yopps lentreprisealereconnectee
Yael Rozencwajg
 
El treball col·laboratiu en xarxa. Eines 2.0 per a projectes culturals
El treball col·laboratiu en xarxa. Eines 2.0 per a projectes culturalsEl treball col·laboratiu en xarxa. Eines 2.0 per a projectes culturals
El treball col·laboratiu en xarxa. Eines 2.0 per a projectes culturals
Margalida Castells
 

Destacado (20)

Sensibilización+mediación+09+1º+eso+
Sensibilización+mediación+09+1º+eso+Sensibilización+mediación+09+1º+eso+
Sensibilización+mediación+09+1º+eso+
 
Progression from east norfolk magazine
Progression from east norfolk magazineProgression from east norfolk magazine
Progression from east norfolk magazine
 
1er Semestre 2012
1er Semestre 20121er Semestre 2012
1er Semestre 2012
 
Presentación (como vamos)diciembre
Presentación (como vamos)diciembrePresentación (como vamos)diciembre
Presentación (como vamos)diciembre
 
Dlr
DlrDlr
Dlr
 
Foursquare for Business & Retail
Foursquare for Business & RetailFoursquare for Business & Retail
Foursquare for Business & Retail
 
Projecte audiovisaul Illa TV: formem bons comunicadors
Projecte audiovisaul Illa TV: formem bons comunicadorsProjecte audiovisaul Illa TV: formem bons comunicadors
Projecte audiovisaul Illa TV: formem bons comunicadors
 
Q U E B E C Magnifique.Jpg
Q U E B E C  Magnifique.JpgQ U E B E C  Magnifique.Jpg
Q U E B E C Magnifique.Jpg
 
Leverage Social Media to Build Blog Community - Wordcamp Victoria
Leverage Social Media to Build Blog Community - Wordcamp Victoria Leverage Social Media to Build Blog Community - Wordcamp Victoria
Leverage Social Media to Build Blog Community - Wordcamp Victoria
 
Market Awareness Overview Presentation
Market Awareness Overview PresentationMarket Awareness Overview Presentation
Market Awareness Overview Presentation
 
Wolfs linkedin projectpresentatie
Wolfs linkedin projectpresentatieWolfs linkedin projectpresentatie
Wolfs linkedin projectpresentatie
 
Wolfs Projectpresentatie
Wolfs ProjectpresentatieWolfs Projectpresentatie
Wolfs Projectpresentatie
 
Recerca acadèmica en temps d'internet
Recerca acadèmica en temps d'internetRecerca acadèmica en temps d'internet
Recerca acadèmica en temps d'internet
 
Trabalho de ciencias da thayna
Trabalho de ciencias da thaynaTrabalho de ciencias da thayna
Trabalho de ciencias da thayna
 
管好你的知识
管好你的知识管好你的知识
管好你的知识
 
Nadya ip 9ci
Nadya ip 9ciNadya ip 9ci
Nadya ip 9ci
 
Communique yopps lentreprisealereconnectee
Communique yopps lentreprisealereconnecteeCommunique yopps lentreprisealereconnectee
Communique yopps lentreprisealereconnectee
 
Aula inaugural
Aula inauguralAula inaugural
Aula inaugural
 
Elecciones al Consejo Escolar
Elecciones al Consejo EscolarElecciones al Consejo Escolar
Elecciones al Consejo Escolar
 
El treball col·laboratiu en xarxa. Eines 2.0 per a projectes culturals
El treball col·laboratiu en xarxa. Eines 2.0 per a projectes culturalsEl treball col·laboratiu en xarxa. Eines 2.0 per a projectes culturals
El treball col·laboratiu en xarxa. Eines 2.0 per a projectes culturals
 

Similar a Basic mm

4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
lyeyana
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
lyeyana
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
lyeyana
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Home
 
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
asasmultimedia
 
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
IJRESJOURNAL
 

Similar a Basic mm (20)

Definisi media
Definisi mediaDefinisi media
Definisi media
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
 
Ulasan 4
Ulasan 4Ulasan 4
Ulasan 4
 
Ciri perisian
Ciri perisianCiri perisian
Ciri perisian
 
1
11
1
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
Teknologi Maklumat Untuk P&P
Teknologi Maklumat Untuk P&PTeknologi Maklumat Untuk P&P
Teknologi Maklumat Untuk P&P
 
Teknologi maklumat-untuk-pp-29185
Teknologi maklumat-untuk-pp-29185Teknologi maklumat-untuk-pp-29185
Teknologi maklumat-untuk-pp-29185
 
Presentation (18).pptx
Presentation (18).pptxPresentation (18).pptx
Presentation (18).pptx
 
Tmk untuk p&p
Tmk untuk p&pTmk untuk p&p
Tmk untuk p&p
 
Assignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bmAssignment aplikasi komputer bm
Assignment aplikasi komputer bm
 
Topik 1.0
Topik 1.0Topik 1.0
Topik 1.0
 
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
 
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
 
Photoshop dan pendidikan
Photoshop dan pendidikanPhotoshop dan pendidikan
Photoshop dan pendidikan
 
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATIONICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
ICT & MULTIMEDIA P&P/ICT IN EDUCATION
 
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
 
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
 

Basic mm

  • 1. http://www.ctl.utm.my TEKNOLOGI DALAM P&P Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia PENGENALAN Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan. 2
  • 2. http://www.ctl.utm.my TEKNOLOGI DALAM P&P Elemen Multimedia : Teks ELEMEN MULTIMEDIA : TEKS Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki. 4
  • 3. http://www.ctl.utm.my TEKNOLOGI DALAM P&P Panduan Menggunakan Teks di dalam Aplikasi Multimedia atau Laman Web Pendidikan PANDUAN MENGGUNAKAN TEKS Panduan ringkas menggunakan teks dalam sesuatu persembahan : pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. pastikan teks tersebut boleh dibaca pemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang bersesuaian kawal pemilihan fon serta konsisten pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain 6
  • 4. http://www.ctl.utm.my TEKNOLOGI DALAM P&P Elemen Multimedia : Grafik ELEMEN MULTIMEDIA : GRAFIK Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. 8
  • 5. http://www.ctl.utm.my ELEMEN MULTIMEDIA : GRAFIK Grafik mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan. 9 TEKNOLOGI DALAM P&P Panduan Menggunakan Grafik di dalam Aplikasi Multimedia atau Laman Web Pendidikan
  • 6. http://www.ctl.utm.my PANDUAN MENGGUNAKAN GRAFIK Garis panduan ringkas menggunakan grafik : pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah 11 TEKNOLOGI DALAM P&P Elemen Multimedia : Audio
  • 7. http://www.ctl.utm.my ELEMEN MULTIMEDIA : AUDIO Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan. 13 TEKNOLOGI DALAM P&P Panduan Menggunakan Audio di dalam Aplikasi Multimedia atau Laman Web Pendidikan
  • 8. http://www.ctl.utm.my PANDUAN MENGGUNAKAN AUDIO Garis panduan ringkas menggunakan audio : Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi atau program. Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat rasional mengapa ianya digunakan. Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal ketinggian audio, memberhentikan audio dan sebagainya. 15 PANDUAN MENGGUNAKAN AUDIO Garis panduan ringkas menggunakan audio (samb) : Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan. Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain dari mengurangkan saiz fail audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan di dalam sesebuah aplikasi multimedia. Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati boleh mengganggu persembahan. 16
  • 9. http://www.ctl.utm.my TEKNOLOGI DALAM P&P Elemen Multimedia : Video ELEMEN MULTIMEDIA : VIDEO Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain dari itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata. 18
  • 10. http://www.ctl.utm.my TEKNOLOGI DALAM P&P Penggunaan Video dalam pendidikan VIDEO DALAM PENDIDIKAN Berikutnya merupakan sebahagian daripada kelebihan penggunaan video di dalam aplikasi multimedia pendidikan dan juga seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran : Maklumat Lebih Realistik Mampu Merangsang Pelbagai Deria Memudahkan Proses Pengulangan Meningkatkan Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mampu Meraih Emosi dan Mengubah Sikap Menyediakan Kuasa Kawalan Kepada Pelajar Membentuk Kemahiran dengan Lebih Pantas dan Berkesan Menjimatkan Masa, Tenaga dan Perbelanjaan 20
  • 11. http://www.ctl.utm.my TEKNOLOGI DALAM P&P Elemen Multimedia : Animasi ELEMEN MULTIMEDIA : ANIMASI Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Ianya membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. 22
  • 12. http://www.ctl.utm.my TEKNOLOGI DALAM P&P Penggunaan Animasi dalam Pendidikan ELEMEN MULTIMEDIA : ANIMASI Penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya. Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata. Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. 24
  • 13. http://www.ctl.utm.my ANIMASI DALAM PENDIDIKAN Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik. Ini membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman. 25 ANIMASI DALAM PENDIDIKAN Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya. Ini terutamanya bagi menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi. 26
  • 14. http://www.ctl.utm.my ANIMASI DALAM PENDIDIKAN Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi animasi mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ini secara tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam ingatan. 27