3. PAKAR KEUSAHAWAN
HOLISTIK MALAYSIA
Dr. Nor Risham bin Ismail
“Aktivis Keusahawanan” yang telah melalui pelbagai pengalaman
jatuh bangun dan pahit getir dalam perniagaan, beliau percaya
dengan kaedah tersendiri tentang perniagaan.Beliau telah
membimbing ramai usahawan menuju kecemerlangan dengan
berkongsi rahsia-rahsia perniagaan berdaya tinggi.
Beliau menceburi pelbagai bidang perniagaan yang unik,berdaya
maju dan memberi manfaat kepada masyarakat melalui perkongsian
dan kerjasama dengan rakan-rakan dan usahawan lain.
ORIREKA INOVATIF MALAYSIA SDN.BHD
ORIAGRO INDUSTRIES SDN.BHD
DR BOSS BUSINESS SOLUTION
PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN HOLISTIK MALAYSIA
PENASIHAT PEMASARAN PELBAGAI SYARIKAT IKS
Kini Dr. Nor Risham memberi tumpuan
mencurahkan ilmu serta pengalaman membimbing kaum
Bumiputra menjadi usahawan Muslim yang berjaya melalui
Pendekatan Holistik dan diredhai Allah SWT.
FROM NEGATIVE TO ZERO, FROM ZERO TO HERO
6. MEMBUAT FORMULASI PELBAGAI PRODUK MAKANAN,MINUMAN,KOSMETIK
DAN PERUBATAN ALTERNATIF MENGGUNAKAN SUMBER ALAMI SEPERTI AKAR KAYU,
HERBA TERPILIH, BUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURAN DAN REMPAH-RATUS KEPADA
USAHAWAN IKS DI MALAYSIA .
7. MENGILANG DAN MENGELUARKAN PELBAGAI PRODUK SECARA KONTRAK
PENGILANGAN KEPADA USAHAWAN IKS DI SELURUH MALAYSIA
8.
9. MEMPERKENALKAN PIAWAIAN KHAS SCMP KEPADA PENGUSAHA DAN PENIAGA
MUSLIM SEBAGAI PIAWAIAN ALTERNATIF BAGI MEMASARKAN PRODUK MEREKA
DENGAN MEMATUHI BEBERAPA KRITERIA YANG TERSUSUN BAGI MENJAMIN
KEPENTINGAN PENGGUNA MUSLIM
10. MENGENDALIKAN BEBERAPA SIRI KEUSAHAWANAN HOLISTIK BAGI MELAHIRKAN
USAHAWAN MUSLIM YANG MELAKSANAKAN PERNIAGAAN SECARA SISTEMATIK DAN
DIREDHAI SERTA DI SAYANGI OLEH ALLAH SWT.
DR NOR RISHAM SEDANG MENGENDALIKAN KURSUS PENYEDIAAN PRODUK SECARA HOLISTIK KEPADA
PEMILIK KILANG IKS YANG TERPILIH DI SELURUH NEGERI KELANTAN DENGAN KERJASAMA
JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN.
12. ORIREKA INOVATIF MALAYSIA SDN BHD
MEMPERKENALKAN GAJET PENDIDIKAN 3 DIP CUBE ,FENOMENA BARU RAKYAT MALAYSIA
13. TIPS KEUSAHAWANAN : BERGAUL DENGAN USAHAWAN YANG BERJAYA
DR NOR RISHAM BERSAMA DATUK DR NOR RISHAM BERSAMA PASANGAN DR NOR RISHAM BERSAMA
MAZNAH HAMID DI NATIONAL BLAINE AND HARNEY PARKER RIBUAN USAHAWAN
ACHIEVERS CONGRESS 2012 JUTAWAN INDUSTRI KREATIF USA DI NATIONAL ACHIEVERS CONGRESS
DR NOR RISHAM BERSAMA DR NOR RISHAM BERSAMA JUTAWAN DR NOR RISHAM DAN ISTERI SEBAGAI
DATUK SERI DR.M.KAVYEAS BILL WALSH PAKAR PEMASARAN TETAMU VIP DI NATIONAL ACHIEVERS
PRESIDEN PPP ANTARABANGSA CONGRESS 2012
14. TOKOH USAHAWAN BERJAYA TANPA keberanian, impian hanya tinggal impian..
Datuk Maznah Hamid Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia yang
telah membawanya ke puncak kejayaan pada
'IRON LADY' hari ini. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan
menuntut keberanian yang luar biasa.
BERANI MENJADI PERINTIS
Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang
mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain,
Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan
kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29
tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400
syarikat seumpamanya di negara ini.
USAHA YANG BERTERUSAN
“Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi
bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran
Jerlun, Kedah, ini. Beliau dan suami suka mempelajari sesuatu
yang baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja
lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang
sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam
dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Ujar beliau yang turut
terlibat dalam bidang hartanah dan
Pengarah Eksekutif, pembangunan sumber manusia.
Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce)
15. BERMULA DENGAN MODAL KECIL
Beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan
keselamatan pada tahun 1981.Beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan
operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.
Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan
segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau
membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara
dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.
Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak terutamanya bagaimana beliau dapat
menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal
sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidik
masyarakat tentang dunia keusahawanan dan kejayaan.
BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN USAHAWAN LAIN
Penubuhan MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam
mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yang berjaya.Beliau kerap kali
mengesa supaya kita menjadi orang yang berani merebut kejayaan dan peluang dan
bukan sekadar menjadi pemerhati dalam kejayaan orang lain.
16. TYCOON BUMIPUTERA MALAYSIA Namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai
bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik,
perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan
gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa,
beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang
falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan
dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah
diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa diri
dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Malah, Tan
Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-
hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang
nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena
kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita”.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang
tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa
belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau
Bumiputera yang paling kaya seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai
dalam Malaysia dengan aset terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa
sebanyak 167 bilion. keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki
peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.
17. JUTAWAN INDUSTRI MLM Mengungkap perjuangannya selama 10 tahun bagi membina
empayar perniagaan dengan fokus utamanya membina
Datuk Stapa Omar rangkaian perniagaan yang berasaskan MLM tulen. Sepanjang
beliau bergiat sebagai seorang pengedar bebas selama 14
tahun dan lima tahun sebagai pengurus kanan di beberapa
syarikat MLM, beliau dapati kebanyakan syarikat hanya
mementingkan keuntungan syarikat tanpa berlaku adil
terhadap pengedar dan pengguna.
Pengedar terutamanya pemimpin atasan tidak memperoleh
pendapatan yang sewajarnya dengan kerja mereka. Manakala
pengguna pula sering terdedah dengan produk yang tidak
halal dan memberi kesan sampingan. Bertitik-tolak daripada
itu beliau terpanggil untuk menubuhkan syarikat MLM sendiri
dengan menitikberatkan keadilan kepada pengedar dan
pengguna. maka pada 1998 saya memulakan langkah
meskipun berdepan dengan segala kepayahan
dan kini alhamdulillah terus berkembang pesat hingga ke
pasaran global seperti Singapura, Brunei, Thailand dan
Indonesia. Insya-Allah kami akan mengembangkan ke
beberapa negara lagi pada tahun ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif
De Classic Life (M) Sdn. Bhd. ( DCL )
18. BILLIONAIR TEKNOLOGI 3 CIRI KEJAYAAN YANG DIMILIKI BELIAU
MAKLUMAT DUNIA MATLAMAT YANG UNGGUL
William Henry "Bill" Gates III Beliau begitu meminati bidang yang diceburi dan
sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai
kejayaan dalam bidang tersebut. Sejak dari usia muda
beliau telah dikenali sebagai pakar sistem komputer
dan telah membaca dan mempelajari pelbagai buku
yang berkaitan dengan teknik dan selok-belok
perniagaan.
KOMITED DAN KERJA KERAS
Beliau memiliki kebiasaan tidur yang anih. Beliau
berjaga hingga 36 jam atau,kemudian tidur 10 jam
sebelum bangun kembali beli pizza dan sambung kerja.
Semasa awal pembabitan beliau dalam
perniagaan,beliau hidup di hadapan komputer,makan-
minum dan tidur juga di depan komputer.
BERFIKIRAN POSITIF
Sentiasa berfikiran positif,memiliki keyakinan dan
kepercayaan diri yang sangat tinggi. Beliau pernah
berkata akan mencetak satu juta dolar yang pertama
pada usia 25 tahun. Terbukti semasa beliau berumur
Pengerusi Microsoft 24 tahun,syarikat Microsoft telah berjaya
Syarikat perisian komputer memperolehi 7 juta dolar Amerika dengan hanya
terbesar di dunia mempunyai 40 orang pekerja.
19. SEKADAR RENUNGAN
KISAH DUA ORANG SAHABAT KARIB DARI TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA,
MEMBESAR BERSAMA,BELAJAR BERSAMA,SAMA-SAMA BERNIAGA.TAPI WARNA
KEHIDUPAN MEREKA BERBEZA
DATO’ LEE TOK DAUD
TOKOH USAHAWAN
MEMULAKAN KERJAYA MEMULAKAN KERJAYA
USAHAWAN USAHAWAN SEBAGAI PENJUAL
SEBAGAI TUKANG BAIKI BASIKAL GORENG PISANG
SELEPAS SETAHUN MULAI SELEPAS SETAHUN JUAL GORENG
JUAL BASIKAL PISANG & CEMPEDAK
20. • TIGA TAHUN KEMUDIAN LEE • SELEPAS TIGA TAHUN DAUD
MULAI MENJUAL & MEMBAIKI MEMBESARKAN GERAI KEPADA
MOTORSIKAL WARUNG ( PELANGGAN BOLEH
PESAN MINUMAN ).
• LEE MENGHANTAR ANAK KE
UNIVERSITI LUAR NEGARA • ANAK-ANAK DAUD KE
DENGAN BELANJA SENDIRI UNIVERSITI DENGAN BIASISWA
KERAJAAN
• LEE MENYERAHKAN
PERNIAGAAN KERETA MEWAH • ANAK-ANAK DAUD MEMILIH
KEPADA ANAK-ANAK KERJAYA SEBAGAI KAKITANGAN
KERAJAAN.WARUNG DAUD
• PEMILIK LEE MOTOR TELAH TERPAKSA DITUTUP.
DIANUGERAHKAN GELARAN
DATO’ OLEH SULTAN • DAUD DIGELAR TOK OLEH ANAK-
ANAK CUCU BELIAU.
• EMPAYAR PERNIAGAAN DATO’
LEE MASIH WUJUD HINGGA • TAPAK WARUNG TOK DAUD
SEKARANG. TELAH DIBINA HOTEL
MEWAH.LENYAP TANPA
SEBARANG TANDA KENANGAN.
21.
22. TIPS MENJADI USAHAWAN BERJAYA
1. BERCITA-CITA TINGGI
Semua org mempunyai impian. Ada yang nak jadi jutawan, nak hidup senang, ada kereta mewah,
rumah besar. Jadi, tentukan apa yang anda semua impikan. Terapkan dalam diri.
2. MATLAMAT YANG JELAS
Selepas menetapkan impian, kita perlu juga menetapkan matlamat untuk mencapai kejayaan
tersebut. Sebag ai contoh, impian kita adalah untuk menjadi jutawan. Jadi, apa yang perlu kita lakukan
untuk mencapai matlamat tersebut? Kita perlu lebih bekerja keras, banyakkan mempromosi produk
kita, berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan sebagainya.
3. USAHA GIGIH
Usaha yang gigih adalah amat penting. Kalau sekadar berangan-angan tetapi tidak melakukan
tindakan pro aktif, segala impian kita tidak akan menjadi kenyataan. Usaha mestilah berusaha gigih
sepadan dengan matlamat yang ditetapkan.
4. BERFIKIRAN POSITIF
Antara punca kejayaan seseorang usahawan adalah berfikiran positif. Fikiran positif adalah punca
kekuatan diri seseorang di mana ianya dapat menghalang seseorang usahawan dari berputus asa dan
membuat perniagaan mereka sentiasa bertapak kukuh.
23. 5. TIDAK TAKUT PADA KEGAGALAN
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, jangan takut pada kegagalan. Banyakkan mencuba
walaupun kita tahu sesuatu yang kita lakukan itu akan gagal. Sebab pengalaman dari kegagalan
yang membuatkan sesuatu perniagaan itu berjaya.
6. TIDAK GENTAR PADA PERSAINGAN
Jangan takut pada persaingan perniagaan anda!. Apa yang perlu dilakukan adalah teruskan
bersaing. Berikan perkhidmatan yang lebih baik dari pesaing.
7. SENTIASA BERIKAN HASIL KERJA YANG TERBAIK.
Berikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda. Biar mereka merasa puashati dengan
perkhidmatan yang anda berikan. Perkara ini akan meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada
perniagaan anda dan sekaligus dapat mengembangkan perniagaan anda.
8. TIDAK MUDAH PUTUS ASA
Dalam perniagaan, jangan mudah putus asa. Berikan perkhidmatan yg terbaik kepada pelanggan.
Jangan jadikan persaingn sebagai punca anda berputus asa. Sentiasa mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah. Jangan lari dari masalah.
9. SENTIASA MENINGKATKAN POTENSI DIRI
Jangan mudah berpuas hati dengan sedikit kejayaan yang kita kecapi. Kembangkan perniagaan.
Andainya 1 hari nanti anda akan mencapai matlamat menjadi jutawan , jangan berhenti setakat
disitu sahaja, tetapkan matlamat yang baru.( iaitu menjadi billionaire ).
24. APA MANFAAT YANG BOLEH ANDA PEROLEHI DARI PENGALAMAN KEUSAHAWANAN
ORANG LAIN ?
DISIPLIN DIRI UNTUK BERJAYA
Setiap usahawan yang berjaya memiliki tahap disiplin yang tinggi, amat komited dan
fokus dalam usaha mereka membina kekayaan dan kejayaan. Usahawan baru yang
mencontohi cara kerja mereka yang berjaya ini akan memperolehi kejayaan yang lebih
mudah tanpa perlu menempuh kegagalan demi kegagalan.
CIRI-CIRI MEREKA YANG BERJAYA
Usahawan yang berjaya pernah melalui pelbagai pengalaman pahit-getir yang boleh kita
jadikan sumber inspirasi bagaimana mereka mampu bangkit dan mengekalkan status
kejayaan dalam sesuatu perniagaan yang diceburi. Apakah pola dan amalan yang
mereka praktikkan. Apakah pula sikap mereka dalam menyelesaikan masalah yang
timbul. Apakah yang membezakan mereka dari orang lain.
MENGURANGKAN RISIKO KEGAGALAN
Pengalaman gagal dalam perniagaan adalah merupakan satu pengalaman pahit bagi
seseorang usahawan. Sebab-sebab sesuatu perniagaan itu gagal boleh dijadikan
sempadan agar usahawan baru tidak terjerumus ke dalam jurang dan lubang yang sama.
Risiko kegagalan boleh dikurangkan sekiranya kita tidak mengulangi kaedah yang
menyebabkan mereka gagal.
25. IDEA PERNIAGAAN YANG UNIK
Usahawan yang berjaya biasanya mempunyai idea kreatif yang meletakkan
mereka selangkah ke hadapan. Mereka seringkali melakukan inovasi dalam
bidang yang mereka ceburi. Usahawan baru boleh meniru pola pemikiran kreatif
mereka apabila bermula untuk menceburkan diri dalam perniagaan.
KAEDAH PEMASARAN PRODUK & PERKHIDMATAN MEREKA
Strategi dan kaedah pemasaran yang digunapakai oleh usahawan berjaya akan
membolehkan usahawan baru membuat duplikasi dan penambahbaikkan dalam
mempraktikkan kaedah pemasaran produk dan perkhidmatan yang bersesuaian,
dengan produk mereka tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk penyelidikan
dan pembangunan ( R & D )
BAGAIMANA MENGEKALKAN KEKAYAAN
Usahawan yang berjaya dengan strategi yang betul dan tepat,biasanya sentiasa
beriktiar untuk mengekalkan kekayaan yang diperolehi dengan merancang
pembangunan dan pengembangan syarikat. Ilmu yang mereka pelopori ini amat
berguna bagi usahawan baru dalam memajukan perniagaan mereka.
26. BAGAIMANA TAHAP KEYAKINAN
Usahawan yang berjaya umumnya memiliki tahap keyakinan dan percaya diri
yang tinggi. Mereka yakin untuk mencapai impian dan cita-cita yang telah
ditetapkan dan berusaha keras melalui perancangan yang mantap. Tahap
keyakinan ini boleh diadaptasi oleh usahawan baru untuk berjaya seperti
mereka.
GAYA PERANCANGAN & PENGURUSAN PERNIAGAAN
Usahawan yang berpengalaman dan telah berjaya dalam perniagaan
mereka,sentiasa membuat perancangan yang teliti dan menyeluruh sebelum
menceburkan diri dalam sesuatu bidang. Mereka kemudiannya akan berusaha
mengurus perniagaan tersebut berdasarkan perancangan yang telah dibuat.
Sistem perniagaan yang mereka laksanakan boleh dipelajari oleh usahawan
baru bagi memastikan syarikat dibangunkan dan diuruskan secara sistematik.
AKTIVITI ATAU KEGIATAN SOSIAL MEREKA
Usahawan yang berjaya,menjadikan tanggungjawab sosial sebagai strategi
untuk dikenali,diminati, dipuji, disanjung dan popular di kalangan masyarakat
pengguna. Ini semua menyebabkan survival perniagaan mereka akan
berkekalan. Strategi begini boleh juga dilaksanakan oleh usahawan baru.