1. TEKS PENGACARA
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
DAN
HARI GRADUASI PRASEKOLAH TAHUN
2014
ATURCARA SKRIP PENGACARA
Ketibaan
jemputan
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Ucapan aluan
pengerusi
majlis
Selamat pagi, salam sejahtera, salam satu Malaysia dan Salam Menjulang
Sarawak diucapkan kepada...
Yang Berbahagia, Puan Norziana binti Mohd Saifuddin, wakil Pegawai
Pendidikan Daerah Tatau,
Yang berusaha, Encik Paul Anak Jarum, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Sangan Iban.
Yang dihormati, En. Jubang Anak Seri, Yang Dipertua PIBG SK Sangan Iban.
Yang dimuliakan,En. Syahrul bin Sallamun, penyelia dari Pejabat Pendidikan
Daerah Tatau, ________________________Wakil Pegawai PELITA, wakil
pegawai dari jabatan Pertanian Sangan, wakil pegawai dari Jabatan
Kesihatan Sangan, En. Lembang Anak Alang, Guru Kanan Kurikulum, En.
Ibai Anak Aning, Guru Kanan Kokurikulum, En. Roland Anak Gumbang. Guru
Kanan Hal Ehwal Murid.
Tuai-tuai rumah, Kapitan, AJK-AJK tertinggi PIBG, para guru dan staf
sokongan, ibu bapa, murid-murid serta para hadirin dan hadirat yang
dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Hari
Graduasi Prasekolah SK Sangan Iban bagi Tahun 2014.
Majlis ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada hadirin
yang hadir bagi menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. Segala
sokongan dan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan semua pastinya
menjadi penggerak dan pemangkin dalam usaha mencapai kejayaan di
masa-masa akan datang.
Para hadirin yang dihormati,
Majlis ini merupakan acara tahunan sekolah bagi menghargai pencapaian
murid-murid yang berjaya di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Majlis ini juga diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid Tahun 6
yang telah berjaya menamatkan persekolahan peringkat rendah dengan
jayanya.
Bacaan doa Dari Perlis puspa ku mohon,
Puspa dipilis buat azimat,
Tangan ditadah doa dipohon,
Semoga majlis mendapat berkat.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
2. Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa
ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
En. Wan Zulfadli Ad-Dinnie bin Wan Azmi untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
(Bacaan Doa)
Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Wan
Zulfadli di atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita akan lebih diberkati
dan dirahmati Tuhan hendaknya.
Nyanyian lagu
Negaraku
dan Lagu
Sekolah
Hadirin hadirat yang dikasihi, Majlis akan diteruskan lagi dengan nyanyian
lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku, diikuti dengan nyanyian lagu sekolah.
Dijemput semua hadirin berdiri dan menyanyikan lagu bersama-sama.
*semua hadirin dijemput duduk.
Persembahan
Pembukaan
Majlis kita dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada murid
SK Sangan Iban dengan bimbingan Cik Christine Laing Anak Agam.
Dipersilakan.
*begitulah tadi persembahan pembukaan sebelum kita teruskan acara kita
hari ini.
Ucapan tuan
rumah
Guru Besar
(En. Paul Anak
Jarum)
Hadirin sekalian,
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna, jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha En. Paul Anak Jarum, Guru Besar Sekolah kebangsaan Sangan
Iban. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Ucapan GB)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar di atas
ucapan beliau itu tadi.
Ucapan YDP
PIBG
(En. Jubang
Anak Seri)
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Jubang
Anak Seri, Yang Dipertua PIBG Sekolah untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
(ucapan YDP)
Terima kasih diucapkan kepada En. Jubang Anak Seri atas ucapan
sebentar tadi.
Ucapan
Perasmian
(Pn. Norziana)
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Pn. Norziana
binti Mohd Saifuddin, penyelia unit Perkhidmatan dan Perjawatan PPD
Tatau merangkap wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tatau, untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar dan Hari Graduasi Prasekolah SK Sangan Iban bagi
Tahun 2014.
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan puan.
Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih di atas ucapan perasmian sebentar tadi.
3. Gimik
Perasmian
Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu
kehormat kita, Pn. Norziana binti Mohd Saifuddin diiringi oleh tuan guru
Besar, YDP PIBG, En. Syahrul dan barisan Penolong Kanan untuk
menyempurnakan gimik perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan dan
Graduasi Prasekolah dengan paluan gong sebanyak 3 kali. Dipersilakan.
(paluan gong)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kerana
sudi menyempurnakan perasmian sebentar tadi.
Penyampaian
Cenderamata
Tetamu
jemputan
Seterusnya sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Encik paul Anak
Jarum, Guru Besar SK Sangan Iban untuk menyampaikan cenderahati
sebagai tanda kenang-kenangan kepada Puan Norziana binti Mohd
Saifuddin, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tatau.
Terima kasih di atas penyampaian cenderahati tersebut.
Majlis
Graduasi Pra
Sekolah
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Graduasi
Prasekolah 2014. Jesteru itu, majlis dengan sukacitanya menjemput
___________________________ diiringi oleh _________________________________
untuk menyampaikan sijil tamat prasekolah dan Anugerah Prasekolah.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas
penyampaian hadiah sebentar tadi.
Anugerah
Prasekolah
Persembahan
Murid
Adat tuan adat berserah
Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan
Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi memberi laluan
kepada persembahan pelajar.
Hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan tersebut.
(persembahan murid)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan tarian sebentar
tadi. Untuk makluman hadirin semua, persembahan tadi adalah di bawah
bimbingan Cik Christine Laing Anak Agam.
Penyampaian
Anugerah
Pelajar
Cemerlang
Kini tibalah masanya yang dinantikan oleh semua murid yang telah berjaya
mencatat kecemerlangan sepanjang tahun ini untuk menerima
penghargaan atas usaha yang berterusan.
Kedudukan dalam Kelas
Bagi menyempurnakan majlis, dijemput _______________________ untuk
menyampaikan anugerah kepada murid yang berjaya merangkul tempat
pertama hingga ketiga dalam ujian Akhir Tahun 2014 bagi setiap kelas.
Terima kasih kepada ____________________ atas kesudian menyempurnakan
penyampaian.
Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Tahun 1-3)
Anugerah yang akan disampaikan sebentar lagi adalah anugerah Mata
Pelajaran Terbaik Mengikut Kelas berdasarkan kepada Peperiksaan Akhir
Tahun 2014 baru-baru ini.
untuk itu, dijemput __________________________________________ untuk
menyampaikan hadiah kepada murid.
dimulai dengan
4. (a) Tahun 1
(b) Seterusnya bagi Tahun 2
dan
(c) Bagi Tahun 3
Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Tahun 4-6)
Anugerah Pemulihan Khas
Bagi menyampaikan anugerah Pemulihan Khas, dijemput
___________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada
penerima anugerah.
Terima kasih atas penyampaian hadiah sebantar tadi.
Anugerah Murid Hadir dan Sihat Sepanjang Tahun
Dan
Anugerah Kelas Ceria dan Bersih 2014
Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Kehadiran Terbaik dan Sihat
Sepanjang Tahun 2014. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan,
anugerah ini dinilai dari Buku Rekod Kehadiran Pelajar sepanjang tahun
2013. Majlis dengan segala hormatnya menjemput ____________________
bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.
Bermula dari pra-sekolah, calon-calon murid yang hadir dan sihat
sepanjang tahun adalah …
Bagi Anugerah Kelas Ceria dan Bersih bagi Tahun 2014 pula, penilaian
adalah berdasarkan kelas yang paling banyak menerima anugerah kelas
paling ceria setiap minggu sepanjang tahun ini.
Bagi Tahap 1, anugerah ini dirangkul oleh kelas __________________ .
Dipersilakan, ketua kelas tahun ________ untuk menerima hadiah
Bagi tahap 2 pula, anugerah ini dirangkul oleh kelas ______________.
Dijemput ketua kelas untuk menerima hadiah.
Terima kasih diucapkan kepada _______________________ atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Anugerah Tokoh Murid
Hadirin sekalian,
Insan yang cemerlang bukan hanya lahir dari akal yang cemerlang tetapi
perlulah seiring dengan kecemerlangan sahsiah dan kokurikulum. Anugerah
yang seterusnya adalah merupahan anugerah Tokoh Murid yang terbahagi
kepada tiga katogori utama iaitu Anugerah Tokoh Murid Kokurikulum,
Anugerah Murid Terbaik Sahsiah dan Akademik serta Anugerah Tokoh Murid
Asrama Terbaik.
Dengan ini, pihak majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan
.............................................................................................................................
diiringi ................................................................................................................
bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah ini. Dipersilakan.
a. Bagi anugerah Tokoh Murid Kokurikulum, dipersilakan penerima
anugerah, adik ___________________________
5. b. Bagi anugerah Murid Terbaik Sahsiah dan Akademik, dijemput adik
________________________ untuk menerima anugerah.
dan
c. Bagi anugerah Tokoh Murid Asrama Terbaik, dipersilakan
____________________________
Penyampaian Sijil Pengawas Sekolah 2014
Para hadirin sekalian,
Sekolah bukannya hanya sebagai tempat untuk menimba ilmu. Tetapi juga
sebagai tempat untuk mencungkil bakat dan membentuk nilai kepimpinan
dalam diri murid-murid. Oleh itu, Majlis ingin merakamkan penghargaan
kepada semua pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber, ketua dan
Penolong Ketua Kelas dan juga Squad Khas Sekolah di atas kepimpinan
yang telah ditunjukkan.
Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan yang
… ………………… … … … … … … untuk menyampaikan sijil kepada penerima.
Penyampaian Sijil Pengawas Pusat Sumber 2014
Penyampaian Sijil Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
Penyampaian Sijil Squad Khas
Terima Kasih diucapkan kepada ___________________ .
Penyampaian Sijil dan Fail Tahun 6 2014
Bagi penyampaian sijil dan fail tahun 6, dipersilakan ______________________
untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan acara ini. dipersilakan.
Terima kasih _____________________ atas kesudian menyampaikan fail dan sijil
sebentar tadi.
Penyampaian Insentif Lulus Penuh UPSR 2013
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Insentif Lulus Penuh UPSR bagi
tahun 2013 yang lalu. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
menjemput _________________________________________ Iban dengan diiringi
oleh En. Paul Anak Jarum untuk menyampaikan sijil dan cenderahati
daripada pihak PIBG SK Sangan Iban. Dipersilakan.
Dipersilakan, penerima pertama .......................
Terima kasih diucapkan kepada _____________________ atas kesudian
penyampaian insentif sebentar tadi.
Jamuan Dengan penyampaian Sijil dan Insentif Sebentar tadi, maka dengan itu,
berakhirlah Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Hari Graduasi
Prasekolah SK Sangan Iban bagi tahun 2014 ini. Kami bagi pihak majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kaih di atas segala
kerjasama dan keprihatinan yang diberikan sepanjang majlis ini
berlangsung.
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
6. Hidangan mesra pengikat kasih.
Pihak majlis mempersilakan Tuan Guru Besar, En. Paul Anak Jarum dan
semua barisan pentadbir untuk mengiringi Pn. Norziana binti Mohd
Saifuddin, wakil rasmi Pegawai Pendidikan Daerah Tatau dan tetamu-
tetamu jemputan ke dewan makan untuk menikmati sedikit jamuan ringan.
Dipersilakan.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemaridisusunmaaf dipinta.
Bungaseroja di ataspara,
Jatuhditimpabuahberangan;
Andai kata tersilapbicara,
Kemaafanjua kami pohonkan.
Sekian sahaja daripada kami.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matulla hi
Wabarakatuh
Majlis Bersurai