SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 10
SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
TAJUK 10 SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SAINS II(B)
SINOPSIS
Pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan melibatkan di antaranya
penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia, yang
disediakan atau yang diubahsuaikan oleh guru sendiri. Dengan demikian
pembelajaran oleh murid akan menjadi lebih konkrit dan eksplisit. Oleh yang
demikian, seorang guru sains perlu dapat menyediakan, mengubahsuaikan,
mengulas dan memilih pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran untuk
diguna pakai dalam interaksi di kelas dengan murid-muridnya. Tiga tajuk yang
berikut dalam modul ini akan memperlengkapi pelajar dengan kemahiran dan
prinsip-prinsip yang berkaitan dengan penyediaan, pengubasuaian, pengulasan
and pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang baik.
Tajuk ini akan merangkumi bahan bantu mengajar di sekolah rendah yang
digunakan oleh guru sains seperti perisian kursus dan bahan internet.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menerangkan cara menyediakan slaid dan video yang boleh digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.
2. Mengulas, menilai dan membuat pemilihan sumber pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Bahan
Simulasi
• Model
• Carta
• Transparensi
• Nota Edaran
Bahan
Audio-
Visual
• Slaid
• Video
Bahan
Multimedia
• Perisian
Kursus
• Bahan
Internet
Sumber
Pengajaran
dan
Pembelajaran
Rajah 10.1:
Kerangka Tajuk-
Tajuk 8-10
SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
ISI KANDUNGAN
10.1 Dunia Multimedia
Kita kini hidup dalam era digital. Peralatan multimedia telah mendominasikan
pasaran umum. Hampir setiap orang di bandar dan juga di luar bandar sudah
memiliki telefon bimbit. Telefon pintar (smart phones) membantu pemiliknya
berada dalam status ”on-line” 24/7 di mana-mana sahaja yang ada talian.
Peralatan I-Pad dan Tablet yang ringan dan dapat menyimpan banyak maklumat
serta mencari maklumat daripada internet semakin menjadi popular dalam
kalangan murid dan orang dewasa. Dunia multimedia sudah menjadi kenyataan
dan guru-guru di sekolah perlu arif dan mahir menggunakan bahan multimedia
untuk menrangsang pembelajaran dalam kalangan murid mereka. Selain itu,
pendidikan sains dalam era dunia multimedia mempunyai potensi pembelajaran
secara global dengan aplikasi yang meluas.
Di antara bahan multimedia yang boleh digunakan untuk pembelajaran sains
ialah:
 Perisian kursus
 Aplikasi internet
10.2 Perisian Kursus
Terdapat pelbagai gaya perisian komputer yang boleh digunakan dalam
pendidikan sains. Jadual 10.1 di bawah memberi rumusan gaya penggunaan
perisian kursus:
GAYA DESKRIPSI BENTUK / MOD
Pengajaran
(Instructional)
Komputer berfungsi sebagai guru.  Latih tubi dan
latihan dalam
bentuk Pengajaran
Berbantukan
Komputer
(Computer aided
instruction, CAI).
 Tutorial
Pendedahan
(Revelatory)
Menggunakan simulasi berasaskan
komputer yang menggunakan
pembelajaran penemuan
terbimbing. Idea untuk model
disediakan oleh perisian yang
digunakan.
Simulasi tentang:
 Aktiviti makmal
 Proses-proses
seperti kitaran air,
 Teori dan model
Andaian
(Conjectural)
Melibatkan murid dalam aktiviti
perwakilan sistem atau proses.
Idea untuk model biasanya datang
Situasi penyelesaian
masalah yang
melibatkan membuat
SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
GAYA DESKRIPSI BENTUK / MOD
daripada murid sendiri. hipotesis dan
mengujinya.
Contohnya, model
penjimatan air dalam
sistem.
Pembebasan
(Emancipatory)
Peralatan komputer yang
membantu pencapaian objektif atau
meringankan beban murid dalam
melaksanakan tugasan rutin
supaya lebih mudah dan cepat.
 Pemprosesan Kata
(Word processors)
 Penerbitan atas
meja (Desk-top
publishing)
 Pangkalan data
(Data bases)
 Hamparan
Elektronik
(Spreadsheet)
 Pengelogan data
(Data-logging)
 Telekomunikasi
(Internet)
Jadual 10.1 Jenis Gaya Perisian Komputer
(Kemmis, Atkin and Wright 1977, Scaife and Wellington 1993:24-26, Rushby
1979, Sewell 1990:30-51, Woerner et al. 1991:54-7)
Rajah 10.2 Tahap Kawalan Murid ke atas Penggunaan Perisian
Daripada gaya pengajaran hingga ke gaya pembebasan, kawalan bergerak
daripada lebih di bawah kawalan komputer ke lebih di bawah kawalan murid.
Kalau kawalan adalah lebih kepada komputer, ini bermaksud murid mesti ikut
arahan perisian untuk mara ke depan dan tidak boleh menentukan arah
pembelajaran sendiri. Kalau kawalan adalah lebih di bawah kawalan murid, dia
sebagai pengguna akan dapat menentukan bagaimana sesuatu perisian
Pengajaran Pendedahan Andaian Pembebasan
Di bawah kawalan
komputer
Di bawah kawalan
murid
SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
digunakan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau menyelesaikan masalah.
(Scaife & Wellington,1993; Rushby, 1979; Sewell, 1990; Woerner, Rivers , &
Vockell, 1991)
10.2.1 Pendekatan Gaya Pengajaran
Pendekatan gaya pengajaran dalam penggunaan perisian kursus ialah situasi di
mana komputer berfungsi sebagai pengganti kepada guru yang mengajar
seorang murid. Murid berinteraksi dengan dan dibimbing oleh program yang
biasanya mempunyai isi kandungan dan kemahiran yang telah ditetapkan.
Perisian yang banyak dibekalkan kepada sekolah oleh Bahagian Teknologi
semasa pengenalan Sekolah Bestari adalah kebayakannya jenis gaya
pengajaran.
Di dalam CD terkandung pengenalan isi kandungan secara berurutan melalui
bahan bacaan atau video diikuti oleh aktiviti berbentuk latih tubi dan latihan. Satu
set CD Sains sekolah rendah telah dibekalkan kepada semua sekolah rendah di
Malaysia. CD tersebut boleh digunakan oleh murid untuk belajar secara kadar
kendiri (self-paced). Selain itu, guru boleh tayangkan perisian tersebut di dalam
kelas dengan menggunakan projektor LCD. Guru boleh memilih bahagian yang
ingin ditayangkan atau menggunakan latihan yang tersedia dalam CD tersebut
sebagai sebahagian aktiviti P&P di dalam kelas sains.
10.2.2 Gaya Pendedahan
Pendekatan gaya pendedahan bertujuan untuk membentuk pembelajaran
melalui penemuan terbimbing (Sewell,1990). Perisian cuba membentuk simulasi
iaitu keadaan yang seakan-akan situasi atau keadaan sebenar. Perisian boleh
menunjukkan simulasi eksperimen yang dikendalikan di dalam makmal sains,
menunjukkan simulasi proses atau fenomena sains atau menunjukkan model
(contohnya letupan gunung berapi).
Di antara kebaikan gaya pendedahan ialah ia boleh menunjukkan fenomena
yang bahaya dalam keadaan yang selamat, menunjukkan perkara yang terlalu
kecil (seperti zarah-zarah), terlalu lambat (seperti pertumbuhan tumbuhan-
tumbuhan) atau terlalu cepat (seperti pelanggaran antara dua benda). Selain itu,
masa boleh dijimatkan untuk mencapai objektif pembelajaran. Namun begitu,
seorang guru sains perlu sedar akan limitasi simulasi yang bukan keadaan
sebenar. Sekiranya seorang guru sains mempunyai pilihan untuk membuat
ekseprimen sebenar atau menunjukkan simulasi, pilihlah pengalaman sebenar
untuk murid-murid alami.
10.2.3 Gaya Andaian
Gaya Andaian pula memberi kebebasan yang lebih tinggi lagi untuk murid-murid
manipulasikan perisian komputer. Perisian komputer menyediakan aktiviti dan
SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
permainan yang menggalakkan perkembangan kreativiti dan kemahiran
menyelesaikan masalah (Sewell, 1990). Kelebihan perisian jenis gaya andaian
ialah model penyelesaian masalah datang daripada murid-murid manakala untuk
perisian jenis gaya pendedahan model penyelesaian masalah dibekalkan oleh
program yang sedia ada (Scaife & Wellington, J., 1993).
Jadual di bawah menunjukkan aplikasi perisian jenis andaian:
Jadual 10.2 Aplikasi Perisian Jenis Andaian dan Bagaimana ICT Bantu dalam
Pemodelan [diubahsuai daripada (Frost, 1994)]
Fungsi Aplikasi Bagaimana ICT Membantu
Untuk
Pemodelan
idea-idea
Hamparan
Elektronik
(Spreadsheet)
Melukis graf dan membentuk model
matematik untuk menguji idea anda.
Program
Pemodelan
Mengira dan membuat ramalan.
Program
Grafik
Membentuk diagram untuk melihat sama
ada idea-idea anda boleh jadi atau tidak
dan bagaimana bahagian-bahagian terkait
antara satu sama lain.
Mengukur dan
mengawal
(Measure and
control)
Membentuk sistem kerja untuk melihat
bagaimana bahagian-bahagian berfungsi
bersama-sama.
10.2.4 Gaya Pembebasan
Tujuan utama penggunaan perisian jenis gaya pembebasan ialah untuk
membantu murid-murid mencapai objektif dan menggunakan komputer sebagai
alat untuk menjimat tenaga (Sewell, 1990). Dalam pada ini, komputer akan
melaksanakan kerja yang biasanya dilakukan oleh murid sendiri secara manual
tetapi dalam cara yang lebih senang, cepat dan efisien. Dengan cara ini, ia
membebaskan murid untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran konsep,
prinsip, kemahiran atau interpretasi data, iaitu perkara yang lebih penting dalam
pembelajaran (Woerner, Rivers , & Vockell, 1991).
SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
Jadual 10.3 Bagaimana ICT Membantu Seorang Murid Dalam Pembelajaran
Sains [Diadaptasikan daripada (Frost, 1994)]
Fungsi Aplikasi Bagaimana ICT Membantu
Untuk
mengurus
maklumat dan
menganalisis
data
Pangkalan Data Menyusun, menyimpan dan menganalisis
keputusan eksperimen.
Hamparan Data Menyusun, menyimpan dan menganalisis
data yang disimpan dalam satu jadual.
Untuk
berkomunikasi
Pemprosesan
Perkataan
Menyediakan rancangan eksperimen,
laporan sains, surat-surat, borang
tinjauan, dan arahan-arahan.
Penerbitan atas
meja (Desk top
publishing)
Menghimpun rajah, lukisan, foto dan
perkataan di atas satu muka surat.
Untuk
mengukur
perubahan
dan mengawal
peralatan
Pengelogan
data
(Datalogging)
Mengukur perubahan. Mengawal suatu
alat yang bertindak balas terhadap suhu
atau cahaya. Mengawal suatu alat yang
boleh berfungsi secara automatis.
Semua fungsi dan aplikasi yang tersebut di atas membolehkan seorang murid
bertindak seperti seorang saintis muda. Penggunaan perisian dengan gaya
pembebasan adalah secara terbuka dan boleh digunakan berulang-ulang dalam
pelbagai situasi untuk tujuan berlainan. Tetapi ia memerlukan seorang murid
untuk menguasai penggunaan perisian tersebut sebelum ia boleh digunakan
secara efisien.
10.3 Internet
Maklumat yang boleh dicari dan digunakan dalam internet adalah amat luas
sekali. Ada banyak laman web pembelajaran sains yang boleh digunakan untuk
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Williams (2000)
menyarankan tiga penggunaan internet utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran:
 Sumber rujukan umum
 Pengajaran secara langsung
 Komunikasi
SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
10.3.1 Sumber Rujukan Umum
Guru-guru sains boleh mencari banyak maklumat dan bahan pengajaran yang
berguna serta percuma di dalam internet untuk digunakan dalam pengajaran
mereka. Ada laman web yang direkabentuk khusus untuk guru-guru sains dan
ada pula laman web sains yang umum. Guru boleh mendapat idea-idea
pengajaran atau aktiviti sains serta rancangan pengajaran untuk dilaksanakan.
Contohnya:
1. Teacher Tube
www.teachertube.com/
2. YoutTube Teachers
http://www.youtube.com/user/teachers
http://www.youtube.com/education
3. Steve Spangler.blog
http://www.stevespangler.com/category/spangler-videos/
4. Understanding Science: How Science Really Works
http://undsci.berkeley.edu/
5. Curriki
http://www.curriki.org
SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
Layari Internet
Layari internet dan mencari satu laman web yang berguna kepada anda sebagai
sumber rujukan umum. Tuliskan satu ulasan ringkas mengapa laman web
tersebut berguna kepada anda sebagai seorang guru sains.
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
10.3.2 Pengajaran Secara Langsung
Pengajaran secara langsung menggunakan laman web untuk membekalkan
perisian gaya pengajaran yang bertujuan mengajar dan bukan sekadar memberi
maklumat sahaja tetntang isi kandungan sains yang tertentu.
Selain daripada itu, terdapat laman web yang boleh diguna pakai oleh murid-
murid secara terus untuk belajar isi kandungan seperti mana suatu perisian yang
menggunakan gaya pengajaran. Sudah tentu, komputer mesti ”on-line” sebelum
boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
10.3.3 Komunikasi
Untuk berkomuniksi secara kolaborasi, sekolah-sekolah atau kelas-kelas boleh
berhubung dengan murid-murid dari merata tempat di dunia untuk membuat
projek atau aktiviti sains bersama. Contohnya, murid sains dari Malaysia boleh
berkolaborasi dengan murid-murid di Amerika untuk memerhati bentuk bulan
untuk satu bulan dan membuat perbandingan.
Layari Internet
Layari contoh projek kolaboratif antara murid-murid di tempat berlainan di dunia.
Ulas bagaimana projek tersebut boleh membantu murid-murid dalam
pembelajaran sains melalui projek-projek tersebut.
1. The Globe Program Science
http://www.globe.gov/explore-science
Murid boleh mengambil bahagian dalam usaha mengumpul data secara global
dalam projek alam sekitar.
2. Nasa Quest
http://quest.arc.nasa.gov/
Memberi sokongan kepada murid dan guru menggunakan Internet sebagai alat
pembelajaran. Laman Web ini menghubungkan mereka dengan pakar-pakar
NASA.
3. 21st Century Schools
http://www.21stcenturyschools.com/global_collaborative_projects.htm
Boleh ambil bahagian dalam projek kolaboratif secara global.
4. The Global School Net.org
http://www.globalschoolnet.org/index.cfm
SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER
Selain itu, murid-murid boleh berkomunikasi secara bersemuka melalui Skype,
email atau blog sekolah / peribadi.
Rujukan:
United States Department of Labour. (1996, May). Retrieved Ogos 9, 2012, from
OSHA: http://www.osha.gov/doc/outreachtraining/htmlfiles/traintec.html
Frost, R. (1994). The IT in Secondary Science : A Compendium of Ideas for
Using Computers and Teaching Science. London: IT in Science.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J., & Smaldino, S. (1999). Instructional Media
and Technologies for Learning. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Kemmis, Atkin & Wright (1977) How do Students Learn? Occasional Paper No.
5. (CARE : University of East Anglia) (cited by Scaife, J.. & Wellington, J. 1993).
Panitia Sains SK Hashim Awang. (n.d.). Retrieved Ogos 8, 2012, from
http://panitiasainsskha.blogspot.com/2012/01/penyebaran-biji-benih.html
Poh, S. H. (1998). Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal & Sumber Sains.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Rushby, N. (1979). An Introduction to Educational Computing . London: Croom
Helm.
Scaife, J., & Wellington, J. (1993). Information Technology in Science and
Technology Education. Buckingham: Open University Press.
Sewell, D. (1990). New Tools for New Minds : A Cognitive Perspective on the
Use of Computers with Young Children. Hertforshire: Harvester
Wheatsheaf.
Sewell, D. (1990). New Tools for New Minds : A Cognitive Perspective on the
Use of Computers with Young Children. Hertforshire: Harvester
Wheatsheaf.
Williams, M. (2000). The Internet in Education. In M. Williams, Integrating
Technology into Teaching and Learning: An Asia-Pacific Perspective.
Singapore: Prentice-Hall.
Woerner, J., Rivers , R., & Vockell, E. (1991). The Computer in the Science
Curriculum. Watsonville, California: Mcgraw-Hill.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Tugasan 1 ULASAN JURNAL
Tugasan 1 ULASAN JURNALTugasan 1 ULASAN JURNAL
Tugasan 1 ULASAN JURNALKhairul Saad
 
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...Rian vebrianto
 
Artikel teti fitria dewi 93886
Artikel teti fitria dewi 93886Artikel teti fitria dewi 93886
Artikel teti fitria dewi 93886Dewi
 
Topik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranTopik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
KB 4 Technological, Pedagogical And Content Knowledge (TPACK) Dalam Pembelaja...
KB 4 Technological, Pedagogical And Content Knowledge (TPACK) Dalam Pembelaja...KB 4 Technological, Pedagogical And Content Knowledge (TPACK) Dalam Pembelaja...
KB 4 Technological, Pedagogical And Content Knowledge (TPACK) Dalam Pembelaja...Istna Zakia Iriana
 
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajarankel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaranYenima27
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikanazharisuboh
 
02. boy fechera_p115-126_
02. boy fechera_p115-126_02. boy fechera_p115-126_
02. boy fechera_p115-126_eeyunk
 
Abstrak-tep-s2 (FS) Firjon Separtagus
Abstrak-tep-s2 (FS) Firjon SepartagusAbstrak-tep-s2 (FS) Firjon Separtagus
Abstrak-tep-s2 (FS) Firjon SepartagusFirjon Samapta
 
Topik 1 teknologi pendidikan
Topik 1 teknologi pendidikanTopik 1 teknologi pendidikan
Topik 1 teknologi pendidikanTan Yin
 
Ppt jurnal Metode alternatif belajar kimia
Ppt jurnal Metode alternatif belajar kimiaPpt jurnal Metode alternatif belajar kimia
Ppt jurnal Metode alternatif belajar kimiaRina Nurlita
 
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.syakhira husna
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiTee Teh
 

La actualidad más candente (20)

Tugasan 1 ULASAN JURNAL
Tugasan 1 ULASAN JURNALTugasan 1 ULASAN JURNAL
Tugasan 1 ULASAN JURNAL
 
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...
Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN...
 
Artikel teti fitria dewi 93886
Artikel teti fitria dewi 93886Artikel teti fitria dewi 93886
Artikel teti fitria dewi 93886
 
Topik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaranTopik 4 pembangunan media pengajaran
Topik 4 pembangunan media pengajaran
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Esei siap
Esei siapEsei siap
Esei siap
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Ptk 2 sma
Ptk 2 smaPtk 2 sma
Ptk 2 sma
 
KB 4 Technological, Pedagogical And Content Knowledge (TPACK) Dalam Pembelaja...
KB 4 Technological, Pedagogical And Content Knowledge (TPACK) Dalam Pembelaja...KB 4 Technological, Pedagogical And Content Knowledge (TPACK) Dalam Pembelaja...
KB 4 Technological, Pedagogical And Content Knowledge (TPACK) Dalam Pembelaja...
 
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajarankel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
kel 4 penerapan tik dalam pembelajaran
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
 
02. boy fechera_p115-126_
02. boy fechera_p115-126_02. boy fechera_p115-126_
02. boy fechera_p115-126_
 
Abstrak-tep-s2 (FS) Firjon Separtagus
Abstrak-tep-s2 (FS) Firjon SepartagusAbstrak-tep-s2 (FS) Firjon Separtagus
Abstrak-tep-s2 (FS) Firjon Separtagus
 
Topik 1 teknologi pendidikan
Topik 1 teknologi pendidikanTopik 1 teknologi pendidikan
Topik 1 teknologi pendidikan
 
Ppt jurnal Metode alternatif belajar kimia
Ppt jurnal Metode alternatif belajar kimiaPpt jurnal Metode alternatif belajar kimia
Ppt jurnal Metode alternatif belajar kimia
 
Bab4 visual tayang
Bab4 visual tayangBab4 visual tayang
Bab4 visual tayang
 
Lectora sma
Lectora smaLectora sma
Lectora sma
 
348 1144-1-pb
348 1144-1-pb348 1144-1-pb
348 1144-1-pb
 
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
Kebaikan pembelajaran melalui sidang video.
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
 

Similar a 08 isi pelajaran 10

Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p
Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&pUnit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p
Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&pazharisuboh
 
Tugas jurnal bhs indonesia
Tugas jurnal bhs indonesia Tugas jurnal bhs indonesia
Tugas jurnal bhs indonesia anirsu
 
SISTEM PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMASI DAN TEKNOLOGI
SISTEM PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMASI DAN TEKNOLOGISISTEM PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMASI DAN TEKNOLOGI
SISTEM PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMASI DAN TEKNOLOGInasronyusuf
 
Aplikasi komputer
Aplikasi komputerAplikasi komputer
Aplikasi komputerrifhanybe
 
Aplikasi kmpy
Aplikasi kmpyAplikasi kmpy
Aplikasi kmpyrifhanybe
 
Aplikasi Multimedia dalam Proses Belajar Mengajar
Aplikasi Multimedia dalam Proses Belajar MengajarAplikasi Multimedia dalam Proses Belajar Mengajar
Aplikasi Multimedia dalam Proses Belajar MengajarNovi Hindasah
 
Aplikasi multimedia dlm pembelajaran
Aplikasi multimedia dlm pembelajaranAplikasi multimedia dlm pembelajaran
Aplikasi multimedia dlm pembelajaranZyfa Syafara
 
Model model pembelajaran berbasis komputer
Model model pembelajaran berbasis komputerModel model pembelajaran berbasis komputer
Model model pembelajaran berbasis komputerridha hutami
 
MODUL AJAR TKJ CP K3LH.docx
MODUL AJAR TKJ CP K3LH.docxMODUL AJAR TKJ CP K3LH.docx
MODUL AJAR TKJ CP K3LH.docxSriMurni41
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assureAlfa Lyna
 
Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004 Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004 rofieamirasyka
 
Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004 Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004 rofieamirasyka
 
Sistem pembelajaran berbasis it
Sistem pembelajaran berbasis itSistem pembelajaran berbasis it
Sistem pembelajaran berbasis itFKIP UHO
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyahkhamdiyah
 
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. TaufanMakalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. TaufanUIN Sunan Gunung Djati Bandung
 
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...Rahma Kesumawati
 
Tugas 2 bab 7 pak surana
Tugas 2 bab 7 pak suranaTugas 2 bab 7 pak surana
Tugas 2 bab 7 pak suranaSus Mudioko
 

Similar a 08 isi pelajaran 10 (20)

Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p
Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&pUnit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p
Unit 3 pengintegrasian perisian instruksional dlm p&p
 
Tugas jurnal bhs indonesia
Tugas jurnal bhs indonesia Tugas jurnal bhs indonesia
Tugas jurnal bhs indonesia
 
SISTEM PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMASI DAN TEKNOLOGI
SISTEM PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMASI DAN TEKNOLOGISISTEM PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMASI DAN TEKNOLOGI
SISTEM PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMASI DAN TEKNOLOGI
 
Aplikasi komputer
Aplikasi komputerAplikasi komputer
Aplikasi komputer
 
Aplikasi kmpy
Aplikasi kmpyAplikasi kmpy
Aplikasi kmpy
 
Aplikasi Multimedia dalam Proses Belajar Mengajar
Aplikasi Multimedia dalam Proses Belajar MengajarAplikasi Multimedia dalam Proses Belajar Mengajar
Aplikasi Multimedia dalam Proses Belajar Mengajar
 
Aplikasi multimedia dlm pembelajaran
Aplikasi multimedia dlm pembelajaranAplikasi multimedia dlm pembelajaran
Aplikasi multimedia dlm pembelajaran
 
Model model pembelajaran berbasis komputer
Model model pembelajaran berbasis komputerModel model pembelajaran berbasis komputer
Model model pembelajaran berbasis komputer
 
MODUL AJAR TKJ CP K3LH.docx
MODUL AJAR TKJ CP K3LH.docxMODUL AJAR TKJ CP K3LH.docx
MODUL AJAR TKJ CP K3LH.docx
 
Presentasi ta
Presentasi taPresentasi ta
Presentasi ta
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assure
 
Edu3105 bab01
Edu3105 bab01Edu3105 bab01
Edu3105 bab01
 
Edu3105 bab01(1)
Edu3105 bab01(1)Edu3105 bab01(1)
Edu3105 bab01(1)
 
Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004 Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004
 
Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004 Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004
 
Sistem pembelajaran berbasis it
Sistem pembelajaran berbasis itSistem pembelajaran berbasis it
Sistem pembelajaran berbasis it
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
 
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. TaufanMakalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
 
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...
SIM Rahma Kesumawati, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA,. Pengenalan E-Learnin...
 
Tugas 2 bab 7 pak surana
Tugas 2 bab 7 pak suranaTugas 2 bab 7 pak surana
Tugas 2 bab 7 pak surana
 

Más de Subramega Subramegala (16)

3 Tahun-1-Bahasa-Tamil-SJKT.pdf
3 Tahun-1-Bahasa-Tamil-SJKT.pdf3 Tahun-1-Bahasa-Tamil-SJKT.pdf
3 Tahun-1-Bahasa-Tamil-SJKT.pdf
 
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 SJKT.pdf
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 SJKT.pdfPENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 SJKT.pdf
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 SJKT.pdf
 
Segak
SegakSegak
Segak
 
Panduan standard kecergasan_fizikal_kebangsaan_segak (1)
Panduan standard kecergasan_fizikal_kebangsaan_segak (1)Panduan standard kecergasan_fizikal_kebangsaan_segak (1)
Panduan standard kecergasan_fizikal_kebangsaan_segak (1)
 
Faq (soalan lazim) 24 jun 2019
Faq (soalan lazim) 24 jun 2019Faq (soalan lazim) 24 jun 2019
Faq (soalan lazim) 24 jun 2019
 
Modul google classroom v1
Modul google classroom v1Modul google classroom v1
Modul google classroom v1
 
Set borang permohonan
Set borang permohonanSet borang permohonan
Set borang permohonan
 
Contoh suratiringan
Contoh suratiringanContoh suratiringan
Contoh suratiringan
 
Brg1 2004
Brg1 2004Brg1 2004
Brg1 2004
 
Brg bayaran balik
Brg bayaran balikBrg bayaran balik
Brg bayaran balik
 
Borang 7
Borang 7Borang 7
Borang 7
 
Borang 6
Borang 6Borang 6
Borang 6
 
Borang 3 b
Borang 3 bBorang 3 b
Borang 3 b
 
Borang 2
Borang 2Borang 2
Borang 2
 
Borang 1
Borang 1Borang 1
Borang 1
 
08 isi pelajaran 1
08  isi pelajaran 108  isi pelajaran 1
08 isi pelajaran 1
 

08 isi pelajaran 10

  • 1. SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER TAJUK 10 SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS II(B) SINOPSIS Pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan melibatkan di antaranya penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang tersedia, yang disediakan atau yang diubahsuaikan oleh guru sendiri. Dengan demikian pembelajaran oleh murid akan menjadi lebih konkrit dan eksplisit. Oleh yang demikian, seorang guru sains perlu dapat menyediakan, mengubahsuaikan, mengulas dan memilih pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran untuk diguna pakai dalam interaksi di kelas dengan murid-muridnya. Tiga tajuk yang berikut dalam modul ini akan memperlengkapi pelajar dengan kemahiran dan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan penyediaan, pengubasuaian, pengulasan and pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang baik. Tajuk ini akan merangkumi bahan bantu mengajar di sekolah rendah yang digunakan oleh guru sains seperti perisian kursus dan bahan internet. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan cara menyediakan slaid dan video yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. 2. Mengulas, menilai dan membuat pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. KERANGKA TAJUK-TAJUK Bahan Simulasi • Model • Carta • Transparensi • Nota Edaran Bahan Audio- Visual • Slaid • Video Bahan Multimedia • Perisian Kursus • Bahan Internet Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Rajah 10.1: Kerangka Tajuk- Tajuk 8-10
  • 2. SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER ISI KANDUNGAN 10.1 Dunia Multimedia Kita kini hidup dalam era digital. Peralatan multimedia telah mendominasikan pasaran umum. Hampir setiap orang di bandar dan juga di luar bandar sudah memiliki telefon bimbit. Telefon pintar (smart phones) membantu pemiliknya berada dalam status ”on-line” 24/7 di mana-mana sahaja yang ada talian. Peralatan I-Pad dan Tablet yang ringan dan dapat menyimpan banyak maklumat serta mencari maklumat daripada internet semakin menjadi popular dalam kalangan murid dan orang dewasa. Dunia multimedia sudah menjadi kenyataan dan guru-guru di sekolah perlu arif dan mahir menggunakan bahan multimedia untuk menrangsang pembelajaran dalam kalangan murid mereka. Selain itu, pendidikan sains dalam era dunia multimedia mempunyai potensi pembelajaran secara global dengan aplikasi yang meluas. Di antara bahan multimedia yang boleh digunakan untuk pembelajaran sains ialah:  Perisian kursus  Aplikasi internet 10.2 Perisian Kursus Terdapat pelbagai gaya perisian komputer yang boleh digunakan dalam pendidikan sains. Jadual 10.1 di bawah memberi rumusan gaya penggunaan perisian kursus: GAYA DESKRIPSI BENTUK / MOD Pengajaran (Instructional) Komputer berfungsi sebagai guru.  Latih tubi dan latihan dalam bentuk Pengajaran Berbantukan Komputer (Computer aided instruction, CAI).  Tutorial Pendedahan (Revelatory) Menggunakan simulasi berasaskan komputer yang menggunakan pembelajaran penemuan terbimbing. Idea untuk model disediakan oleh perisian yang digunakan. Simulasi tentang:  Aktiviti makmal  Proses-proses seperti kitaran air,  Teori dan model Andaian (Conjectural) Melibatkan murid dalam aktiviti perwakilan sistem atau proses. Idea untuk model biasanya datang Situasi penyelesaian masalah yang melibatkan membuat
  • 3. SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER GAYA DESKRIPSI BENTUK / MOD daripada murid sendiri. hipotesis dan mengujinya. Contohnya, model penjimatan air dalam sistem. Pembebasan (Emancipatory) Peralatan komputer yang membantu pencapaian objektif atau meringankan beban murid dalam melaksanakan tugasan rutin supaya lebih mudah dan cepat.  Pemprosesan Kata (Word processors)  Penerbitan atas meja (Desk-top publishing)  Pangkalan data (Data bases)  Hamparan Elektronik (Spreadsheet)  Pengelogan data (Data-logging)  Telekomunikasi (Internet) Jadual 10.1 Jenis Gaya Perisian Komputer (Kemmis, Atkin and Wright 1977, Scaife and Wellington 1993:24-26, Rushby 1979, Sewell 1990:30-51, Woerner et al. 1991:54-7) Rajah 10.2 Tahap Kawalan Murid ke atas Penggunaan Perisian Daripada gaya pengajaran hingga ke gaya pembebasan, kawalan bergerak daripada lebih di bawah kawalan komputer ke lebih di bawah kawalan murid. Kalau kawalan adalah lebih kepada komputer, ini bermaksud murid mesti ikut arahan perisian untuk mara ke depan dan tidak boleh menentukan arah pembelajaran sendiri. Kalau kawalan adalah lebih di bawah kawalan murid, dia sebagai pengguna akan dapat menentukan bagaimana sesuatu perisian Pengajaran Pendedahan Andaian Pembebasan Di bawah kawalan komputer Di bawah kawalan murid
  • 4. SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER digunakan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau menyelesaikan masalah. (Scaife & Wellington,1993; Rushby, 1979; Sewell, 1990; Woerner, Rivers , & Vockell, 1991) 10.2.1 Pendekatan Gaya Pengajaran Pendekatan gaya pengajaran dalam penggunaan perisian kursus ialah situasi di mana komputer berfungsi sebagai pengganti kepada guru yang mengajar seorang murid. Murid berinteraksi dengan dan dibimbing oleh program yang biasanya mempunyai isi kandungan dan kemahiran yang telah ditetapkan. Perisian yang banyak dibekalkan kepada sekolah oleh Bahagian Teknologi semasa pengenalan Sekolah Bestari adalah kebayakannya jenis gaya pengajaran. Di dalam CD terkandung pengenalan isi kandungan secara berurutan melalui bahan bacaan atau video diikuti oleh aktiviti berbentuk latih tubi dan latihan. Satu set CD Sains sekolah rendah telah dibekalkan kepada semua sekolah rendah di Malaysia. CD tersebut boleh digunakan oleh murid untuk belajar secara kadar kendiri (self-paced). Selain itu, guru boleh tayangkan perisian tersebut di dalam kelas dengan menggunakan projektor LCD. Guru boleh memilih bahagian yang ingin ditayangkan atau menggunakan latihan yang tersedia dalam CD tersebut sebagai sebahagian aktiviti P&P di dalam kelas sains. 10.2.2 Gaya Pendedahan Pendekatan gaya pendedahan bertujuan untuk membentuk pembelajaran melalui penemuan terbimbing (Sewell,1990). Perisian cuba membentuk simulasi iaitu keadaan yang seakan-akan situasi atau keadaan sebenar. Perisian boleh menunjukkan simulasi eksperimen yang dikendalikan di dalam makmal sains, menunjukkan simulasi proses atau fenomena sains atau menunjukkan model (contohnya letupan gunung berapi). Di antara kebaikan gaya pendedahan ialah ia boleh menunjukkan fenomena yang bahaya dalam keadaan yang selamat, menunjukkan perkara yang terlalu kecil (seperti zarah-zarah), terlalu lambat (seperti pertumbuhan tumbuhan- tumbuhan) atau terlalu cepat (seperti pelanggaran antara dua benda). Selain itu, masa boleh dijimatkan untuk mencapai objektif pembelajaran. Namun begitu, seorang guru sains perlu sedar akan limitasi simulasi yang bukan keadaan sebenar. Sekiranya seorang guru sains mempunyai pilihan untuk membuat ekseprimen sebenar atau menunjukkan simulasi, pilihlah pengalaman sebenar untuk murid-murid alami. 10.2.3 Gaya Andaian Gaya Andaian pula memberi kebebasan yang lebih tinggi lagi untuk murid-murid manipulasikan perisian komputer. Perisian komputer menyediakan aktiviti dan
  • 5. SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER permainan yang menggalakkan perkembangan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah (Sewell, 1990). Kelebihan perisian jenis gaya andaian ialah model penyelesaian masalah datang daripada murid-murid manakala untuk perisian jenis gaya pendedahan model penyelesaian masalah dibekalkan oleh program yang sedia ada (Scaife & Wellington, J., 1993). Jadual di bawah menunjukkan aplikasi perisian jenis andaian: Jadual 10.2 Aplikasi Perisian Jenis Andaian dan Bagaimana ICT Bantu dalam Pemodelan [diubahsuai daripada (Frost, 1994)] Fungsi Aplikasi Bagaimana ICT Membantu Untuk Pemodelan idea-idea Hamparan Elektronik (Spreadsheet) Melukis graf dan membentuk model matematik untuk menguji idea anda. Program Pemodelan Mengira dan membuat ramalan. Program Grafik Membentuk diagram untuk melihat sama ada idea-idea anda boleh jadi atau tidak dan bagaimana bahagian-bahagian terkait antara satu sama lain. Mengukur dan mengawal (Measure and control) Membentuk sistem kerja untuk melihat bagaimana bahagian-bahagian berfungsi bersama-sama. 10.2.4 Gaya Pembebasan Tujuan utama penggunaan perisian jenis gaya pembebasan ialah untuk membantu murid-murid mencapai objektif dan menggunakan komputer sebagai alat untuk menjimat tenaga (Sewell, 1990). Dalam pada ini, komputer akan melaksanakan kerja yang biasanya dilakukan oleh murid sendiri secara manual tetapi dalam cara yang lebih senang, cepat dan efisien. Dengan cara ini, ia membebaskan murid untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran konsep, prinsip, kemahiran atau interpretasi data, iaitu perkara yang lebih penting dalam pembelajaran (Woerner, Rivers , & Vockell, 1991).
  • 6. SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER Jadual 10.3 Bagaimana ICT Membantu Seorang Murid Dalam Pembelajaran Sains [Diadaptasikan daripada (Frost, 1994)] Fungsi Aplikasi Bagaimana ICT Membantu Untuk mengurus maklumat dan menganalisis data Pangkalan Data Menyusun, menyimpan dan menganalisis keputusan eksperimen. Hamparan Data Menyusun, menyimpan dan menganalisis data yang disimpan dalam satu jadual. Untuk berkomunikasi Pemprosesan Perkataan Menyediakan rancangan eksperimen, laporan sains, surat-surat, borang tinjauan, dan arahan-arahan. Penerbitan atas meja (Desk top publishing) Menghimpun rajah, lukisan, foto dan perkataan di atas satu muka surat. Untuk mengukur perubahan dan mengawal peralatan Pengelogan data (Datalogging) Mengukur perubahan. Mengawal suatu alat yang bertindak balas terhadap suhu atau cahaya. Mengawal suatu alat yang boleh berfungsi secara automatis. Semua fungsi dan aplikasi yang tersebut di atas membolehkan seorang murid bertindak seperti seorang saintis muda. Penggunaan perisian dengan gaya pembebasan adalah secara terbuka dan boleh digunakan berulang-ulang dalam pelbagai situasi untuk tujuan berlainan. Tetapi ia memerlukan seorang murid untuk menguasai penggunaan perisian tersebut sebelum ia boleh digunakan secara efisien. 10.3 Internet Maklumat yang boleh dicari dan digunakan dalam internet adalah amat luas sekali. Ada banyak laman web pembelajaran sains yang boleh digunakan untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Williams (2000) menyarankan tiga penggunaan internet utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran:  Sumber rujukan umum  Pengajaran secara langsung  Komunikasi
  • 7. SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER 10.3.1 Sumber Rujukan Umum Guru-guru sains boleh mencari banyak maklumat dan bahan pengajaran yang berguna serta percuma di dalam internet untuk digunakan dalam pengajaran mereka. Ada laman web yang direkabentuk khusus untuk guru-guru sains dan ada pula laman web sains yang umum. Guru boleh mendapat idea-idea pengajaran atau aktiviti sains serta rancangan pengajaran untuk dilaksanakan. Contohnya: 1. Teacher Tube www.teachertube.com/ 2. YoutTube Teachers http://www.youtube.com/user/teachers http://www.youtube.com/education 3. Steve Spangler.blog http://www.stevespangler.com/category/spangler-videos/ 4. Understanding Science: How Science Really Works http://undsci.berkeley.edu/ 5. Curriki http://www.curriki.org
  • 8. SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER Layari Internet Layari internet dan mencari satu laman web yang berguna kepada anda sebagai sumber rujukan umum. Tuliskan satu ulasan ringkas mengapa laman web tersebut berguna kepada anda sebagai seorang guru sains. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________
  • 9. SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER 10.3.2 Pengajaran Secara Langsung Pengajaran secara langsung menggunakan laman web untuk membekalkan perisian gaya pengajaran yang bertujuan mengajar dan bukan sekadar memberi maklumat sahaja tetntang isi kandungan sains yang tertentu. Selain daripada itu, terdapat laman web yang boleh diguna pakai oleh murid- murid secara terus untuk belajar isi kandungan seperti mana suatu perisian yang menggunakan gaya pengajaran. Sudah tentu, komputer mesti ”on-line” sebelum boleh digunakan untuk tujuan tersebut. 10.3.3 Komunikasi Untuk berkomuniksi secara kolaborasi, sekolah-sekolah atau kelas-kelas boleh berhubung dengan murid-murid dari merata tempat di dunia untuk membuat projek atau aktiviti sains bersama. Contohnya, murid sains dari Malaysia boleh berkolaborasi dengan murid-murid di Amerika untuk memerhati bentuk bulan untuk satu bulan dan membuat perbandingan. Layari Internet Layari contoh projek kolaboratif antara murid-murid di tempat berlainan di dunia. Ulas bagaimana projek tersebut boleh membantu murid-murid dalam pembelajaran sains melalui projek-projek tersebut. 1. The Globe Program Science http://www.globe.gov/explore-science Murid boleh mengambil bahagian dalam usaha mengumpul data secara global dalam projek alam sekitar. 2. Nasa Quest http://quest.arc.nasa.gov/ Memberi sokongan kepada murid dan guru menggunakan Internet sebagai alat pembelajaran. Laman Web ini menghubungkan mereka dengan pakar-pakar NASA. 3. 21st Century Schools http://www.21stcenturyschools.com/global_collaborative_projects.htm Boleh ambil bahagian dalam projek kolaboratif secara global. 4. The Global School Net.org http://www.globalschoolnet.org/index.cfm
  • 10. SCE3112 – PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER Selain itu, murid-murid boleh berkomunikasi secara bersemuka melalui Skype, email atau blog sekolah / peribadi. Rujukan: United States Department of Labour. (1996, May). Retrieved Ogos 9, 2012, from OSHA: http://www.osha.gov/doc/outreachtraining/htmlfiles/traintec.html Frost, R. (1994). The IT in Secondary Science : A Compendium of Ideas for Using Computers and Teaching Science. London: IT in Science. Heinich, R., Molenda, M., Russell, J., & Smaldino, S. (1999). Instructional Media and Technologies for Learning. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Kemmis, Atkin & Wright (1977) How do Students Learn? Occasional Paper No. 5. (CARE : University of East Anglia) (cited by Scaife, J.. & Wellington, J. 1993). Panitia Sains SK Hashim Awang. (n.d.). Retrieved Ogos 8, 2012, from http://panitiasainsskha.blogspot.com/2012/01/penyebaran-biji-benih.html Poh, S. H. (1998). Pedagogi Sains 4: Pengurusan Makmal & Sumber Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rushby, N. (1979). An Introduction to Educational Computing . London: Croom Helm. Scaife, J., & Wellington, J. (1993). Information Technology in Science and Technology Education. Buckingham: Open University Press. Sewell, D. (1990). New Tools for New Minds : A Cognitive Perspective on the Use of Computers with Young Children. Hertforshire: Harvester Wheatsheaf. Sewell, D. (1990). New Tools for New Minds : A Cognitive Perspective on the Use of Computers with Young Children. Hertforshire: Harvester Wheatsheaf. Williams, M. (2000). The Internet in Education. In M. Williams, Integrating Technology into Teaching and Learning: An Asia-Pacific Perspective. Singapore: Prentice-Hall. Woerner, J., Rivers , R., & Vockell, E. (1991). The Computer in the Science Curriculum. Watsonville, California: Mcgraw-Hill.