SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 3
KAUM CINA


Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek.Terdapat enam

kumpulan       dialek      utama       iaitu     Hakka,Kantonis,Teochew,Hainan,dan

Fuzhou(Hokchiu).Sandakan pernah bergelar “Hong Kong Kecil” kerana bandar itu

dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong.Maka,secara

amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang cina Malaysia.Justeru itu,masyarakat

cina mengamalkan pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang dalam kehidupan

seharian mereka.


Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu

perkahwinan dengan sebaik-baiknya.Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang

berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk

perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit.Pada asasnya,adat resam

perkahwinan mereka merangkumi beberapa peringkat.Adat merisik dijalankan untuk

mengetahui latar belakang gadis yang diingini.Hal ini kerana mereka terlalu mengambil

berat tentang nama,keturunan,peribadi,watak dan tingkah laku.Seorang wakil dihantar ke

rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.Segala

ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki.Hari

pertunangan pula dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam upacara ini,khidmat tukang

tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku

iaitu Toong-su.Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang selama setahun atau

mengikut tempoh yang ditetapkanAkhir sekali,mereka akan menandatangani dua pucuk

surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka.
Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita

cina semasa mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir

tidak ditimpa kejadian buruk.Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang melakukan

kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.Mereka

juga terpaksa berpantang selama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakat

melayu,mereka turut mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur

sebulan.Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana mereka

menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara.


Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal

kematian.Apabila berlaku kematian,mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai

tanda penghormatan terakhir kepada si mati.Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda

yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik.Mereka akan mengupah lebih ramai

orang untuk menangisi si mati.Semasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagu

dimainkan.Selepas upacara kematian,ahli keluarga menjalani adat berkabung.Pakaian

berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa hari sehingga hari perkabungan tamat.


Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat cina bagi

menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai

bahawa terdapat 12 binatang yang menaungi kalender mereka.Semua ahli keluarga

berkumpul untuk makan bersama pada malam Tahun Baru.Buah limau mandarin dan

kuih bakul turut menjadi kemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup

bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Chap Goh Meh.
Pada asalnya,busana kaum cina berlapis-lapis,penuh dengan sulaman benang emas dan

sutera.Namun,ia masih boleh dilihat pada masa kini walaupun telah diubahsuai.Jubah

labuh,Cheongsam,Baju Shanghai dan Samfoo masih kekal dipakai dalam upacara

majlis.Kebanyakannya dihasilkan dari negara China dengan menggunakan fabrik sutera

dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan sutera.


Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina mempunyai pelbagai jenis makanan.Salah

satu daripadanya adalah kuih bulan.Kuih bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering

dimakan sewaktu perayaan pertengahan musim luruh.Kuih tersebut dibuat daripada

adunan manis dan memiliki inti biji buah teratai di tengahnya.Selain itu,Gan Pan Mian

juga merupakan makanan masyarakat cina.Nama lainnya ialah Kompua.Ia adalah sejenis

mee bagi masyarakat Foochow.Ding Bian Hu merupakan makanan orang Foochow yang

biasanya dimakan semasa sarapan pagi dan lewat malam.


Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya

cina.Tarian ini sering dipersembahkan pada musim perayaan.Masyarakat cina

menganggap bahawa naga mewakili kekuatan yang boleh menghilangan nasib buruk dan

mencegah jenayah.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini melambangkan peranan naga

yang menunjukkan kuasa dan maruah.Tarian singa juga terdapat dalam adat warisan

masyarakat cina.Dua tarian singa yang amat terkenal ialah “Tarian Singa Utara” dan

“Tarian Singa Selatan”.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Corak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chettiCorak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chetti
Mohd Asraf
 
Perayaan deepavali
Perayaan deepavaliPerayaan deepavali
Perayaan deepavali
Azliah Maya
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Devi D Hazel Eye
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Ida Ayuni
 
Makanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum indiaMakanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum india
Iskandar Abbas
 
Pengenalan Masyarakat Sikh
Pengenalan Masyarakat Sikh Pengenalan Masyarakat Sikh
Pengenalan Masyarakat Sikh
Fadhil Ismail
 
adat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat ibanadat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat iban
JenChing Teoh
 
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaPakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Kamarzaman Md Sharif
 
Pantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayuPantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayu
Ila Nazira Mustafar
 

La actualidad más candente (20)

Corak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chettiCorak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chetti
 
Perayaan deepavali
Perayaan deepavaliPerayaan deepavali
Perayaan deepavali
 
Adat perkahwinan cina
Adat perkahwinan cinaAdat perkahwinan cina
Adat perkahwinan cina
 
Budaya Kaum India
Budaya Kaum IndiaBudaya Kaum India
Budaya Kaum India
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinahubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
 
Baba dan Nyonya TITAS
Baba dan Nyonya TITASBaba dan Nyonya TITAS
Baba dan Nyonya TITAS
 
Sejarah tahun baru cina
Sejarah tahun baru cinaSejarah tahun baru cina
Sejarah tahun baru cina
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...
 
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalPengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuh
 
Makanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum indiaMakanan tradisional kaum india
Makanan tradisional kaum india
 
Kepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugisKepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugis
 
Pengenalan Masyarakat Sikh
Pengenalan Masyarakat Sikh Pengenalan Masyarakat Sikh
Pengenalan Masyarakat Sikh
 
adat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat ibanadat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat iban
 
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di MalaysiaPakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
Pakaian Dan Perayaan Etnik Di Malaysia
 
Pantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayuPantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayu
 
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang  larang masyarakat cinaAdat resam dan pantang  larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
 
Baba dan-nyonya
Baba dan-nyonyaBaba dan-nyonya
Baba dan-nyonya
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 

Destacado

Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Misiah Bayani
 
Laporan sambutan tahun baru cina 2012 smktm2
Laporan sambutan tahun baru cina 2012 smktm2Laporan sambutan tahun baru cina 2012 smktm2
Laporan sambutan tahun baru cina 2012 smktm2
ws790426
 
Tamadun cina dalam pemantapan tamadun
Tamadun cina dalam pemantapan tamadunTamadun cina dalam pemantapan tamadun
Tamadun cina dalam pemantapan tamadun
Aliya Hanim
 
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
Rafiza Diy
 

Destacado (20)

Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 
Adat resam cina
Adat resam cinaAdat resam cina
Adat resam cina
 
Power point perayaan kuih bulan
Power point perayaan kuih bulanPower point perayaan kuih bulan
Power point perayaan kuih bulan
 
Pantang larang
Pantang larangPantang larang
Pantang larang
 
Kelahiran
KelahiranKelahiran
Kelahiran
 
Pantang
PantangPantang
Pantang
 
Sistem potret pendidikan
Sistem potret pendidikanSistem potret pendidikan
Sistem potret pendidikan
 
Laporan sambutan tahun baru cina 2012 smktm2
Laporan sambutan tahun baru cina 2012 smktm2Laporan sambutan tahun baru cina 2012 smktm2
Laporan sambutan tahun baru cina 2012 smktm2
 
Kajian tentang perayaan tahun baru cina
Kajian tentang perayaan tahun baru cinaKajian tentang perayaan tahun baru cina
Kajian tentang perayaan tahun baru cina
 
Tamadun cina dalam pemantapan tamadun
Tamadun cina dalam pemantapan tamadunTamadun cina dalam pemantapan tamadun
Tamadun cina dalam pemantapan tamadun
 
Bab 5 tamadun china
Bab 5 tamadun chinaBab 5 tamadun china
Bab 5 tamadun china
 
Adat resam pelbagai kaum
Adat resam pelbagai kaumAdat resam pelbagai kaum
Adat resam pelbagai kaum
 
Peradaban China
Peradaban ChinaPeradaban China
Peradaban China
 
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH D...
 
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
 
05 tamadun cina
05 tamadun cina05 tamadun cina
05 tamadun cina
 
Tamadun China
Tamadun ChinaTamadun China
Tamadun China
 
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikSejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Bab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cinaBab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cina
 

Similar a Kaum cina (17)

Baba dan nyonya
Baba dan nyonyaBaba dan nyonya
Baba dan nyonya
 
Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
 
Tutorial pembelajaran noor
Tutorial pembelajaran noorTutorial pembelajaran noor
Tutorial pembelajaran noor
 
Keunikan malaysia
Keunikan malaysiaKeunikan malaysia
Keunikan malaysia
 
Unit1 120804205343-phpapp02
Unit1 120804205343-phpapp02Unit1 120804205343-phpapp02
Unit1 120804205343-phpapp02
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Penghayatan Etika dan Peradaban - Sambutan Perayaan Kaum di Malaysia
Penghayatan Etika dan Peradaban - Sambutan Perayaan Kaum di MalaysiaPenghayatan Etika dan Peradaban - Sambutan Perayaan Kaum di Malaysia
Penghayatan Etika dan Peradaban - Sambutan Perayaan Kaum di Malaysia
 
Perkahwinan
PerkahwinanPerkahwinan
Perkahwinan
 
Sosiobudaya srwk
Sosiobudaya srwkSosiobudaya srwk
Sosiobudaya srwk
 
Adat perkahwinan mengikut kaum
Adat perkahwinan mengikut kaumAdat perkahwinan mengikut kaum
Adat perkahwinan mengikut kaum
 
Blog perkahwinan siap
Blog perkahwinan siapBlog perkahwinan siap
Blog perkahwinan siap
 
adat perkahwinan pelbagai kaum
adat perkahwinan pelbagai kaumadat perkahwinan pelbagai kaum
adat perkahwinan pelbagai kaum
 
Slide adat perkahwinan mengikut kaum
Slide adat perkahwinan mengikut kaumSlide adat perkahwinan mengikut kaum
Slide adat perkahwinan mengikut kaum
 
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYUPAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
 
Baba dan nyonya
Baba dan nyonyaBaba dan nyonya
Baba dan nyonya
 

Kaum cina

  • 1. KAUM CINA Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek.Terdapat enam kumpulan dialek utama iaitu Hakka,Kantonis,Teochew,Hainan,dan Fuzhou(Hokchiu).Sandakan pernah bergelar “Hong Kong Kecil” kerana bandar itu dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong.Maka,secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang cina Malaysia.Justeru itu,masyarakat cina mengamalkan pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang dalam kehidupan seharian mereka. Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya.Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit.Pada asasnya,adat resam perkahwinan mereka merangkumi beberapa peringkat.Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang diingini.Hal ini kerana mereka terlalu mengambil berat tentang nama,keturunan,peribadi,watak dan tingkah laku.Seorang wakil dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.Segala ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki.Hari pertunangan pula dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam upacara ini,khidmat tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-su.Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang selama setahun atau mengikut tempoh yang ditetapkanAkhir sekali,mereka akan menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka.
  • 2. Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita cina semasa mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian buruk.Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang melakukan kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.Mereka juga terpaksa berpantang selama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakat melayu,mereka turut mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur sebulan.Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana mereka menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara. Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian.Apabila berlaku kematian,mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati.Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik.Mereka akan mengupah lebih ramai orang untuk menangisi si mati.Semasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagu dimainkan.Selepas upacara kematian,ahli keluarga menjalani adat berkabung.Pakaian berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa hari sehingga hari perkabungan tamat. Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat cina bagi menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai bahawa terdapat 12 binatang yang menaungi kalender mereka.Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama pada malam Tahun Baru.Buah limau mandarin dan kuih bakul turut menjadi kemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Chap Goh Meh.
  • 3. Pada asalnya,busana kaum cina berlapis-lapis,penuh dengan sulaman benang emas dan sutera.Namun,ia masih boleh dilihat pada masa kini walaupun telah diubahsuai.Jubah labuh,Cheongsam,Baju Shanghai dan Samfoo masih kekal dipakai dalam upacara majlis.Kebanyakannya dihasilkan dari negara China dengan menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan sutera. Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina mempunyai pelbagai jenis makanan.Salah satu daripadanya adalah kuih bulan.Kuih bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan pertengahan musim luruh.Kuih tersebut dibuat daripada adunan manis dan memiliki inti biji buah teratai di tengahnya.Selain itu,Gan Pan Mian juga merupakan makanan masyarakat cina.Nama lainnya ialah Kompua.Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat Foochow.Ding Bian Hu merupakan makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi dan lewat malam. Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya cina.Tarian ini sering dipersembahkan pada musim perayaan.Masyarakat cina menganggap bahawa naga mewakili kekuatan yang boleh menghilangan nasib buruk dan mencegah jenayah.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini melambangkan peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah.Tarian singa juga terdapat dalam adat warisan masyarakat cina.Dua tarian singa yang amat terkenal ialah “Tarian Singa Utara” dan “Tarian Singa Selatan”.