SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 27
KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


                  TAJUK TUGASAN 2:

    Dua Aktiviti Kreatif untuk Sambutan Hari
                   Kemerdekaan


           KUMPULAN :   UPSI-A25 (A112PJJ)

                  DISEDIAKAN OLEH :
    NAMA                  NO. ID        NO. TELEFON

TAN BEE SIM        D20102044284         012-5614097

               NAMA TUTOR E-LEARNING:
  CIK ANIS NORMA BINTI MOHAMAD JAAFAR

                    TARIKH SERAH:
[Pick the date]


                                 4 MEI 2012
                                  ISI KANDUNGAN

                                Tajuk                                   Halaman
1. Pendahuluan                                                             4
2. Rasional                                                                5
3. Pengenalan                                                              6
4. Objektif                                                                6
5. Aktiviti 1: Pameran “Perjuangan Kemerdekaan Negara Malaysia”
   5.1. Tema                                                               7
   5.2. Tajuk                                                              7
   5.3. Konsep Pameran                                                     7
   5.4. Rasional Pameran                                                   7
   5.5. Objektif Pameran                                                   8
   5.6. Matlamat Pameran                                                   8
   5.7. Anjuran                                                            9
   5.8. Tarikh/ Hari                                                       9
   5.9. Masa                                                               9
   5.10. Tempat Pameran                                                    9
   5.11. Kumpulan Sasaran                                                  9
   5.12. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan                  10
   5.13. Langkah Pelaksanaan                                             10-12
   5.14. Unsur-unsur Kreativiti                                           12
   5.15. Nilai Murni                                                      13
6. Aktiviti 2: Pertandingan Melukis dan Mewarna
   6.1. Tema                                                              14
   6.2. Tajuk                                                             14
   6.3. Konsep Pertandingan                                               14
   6.4. Objektif Pertandingan                                             14
   6.5. Matlamat Pameran                                                  15
   6.6. Anjuran                                                           15
   6.7. Tarikh/ Hari                                                      15
   6.8. Masa                                                              15
   6.9. Tempat Pertandingan                                               15
   6.10. Kumpulan Sasaran                                                 16
   6.11. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan                  16
   6.12. Syarat-syarat Pertandingan                                       17
   6.13. Tempoh Pendaftaran                                               18
   6.14. Metodologi Penilaian                                             18
   6.15. Hadiah Pertandingan                                              19
   6.16. Langkah-langkah Pelaksanaan                                     19-22
   6.17. Unsur-unsur Kreativiti                                           23
   6.18. Nilai Murni                                                     24-25
7. Kesimpulan                                                             25
   Bibliografi                                                            26

                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak   2
[Pick the date]




                  KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak   3
[Pick the date]




SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SAN MIN NO.2




                  Perancangan Aktiviti

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55

                   Peringkat Sekolah

                      Tahun 2012




                       KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak   4
[Pick the date]

                 KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

                   SJK (C) SAN MIN NO. 2, TELUK INTAN, PERAK.

                                    TAHUN 2012

1. PENDAHULUAN

     Kini tercapainya 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Lihatlah, betapa aman
  dan harmoninya masyarakat Malaysia. Sebagai rakyat malaysia kita hendaklah
  bersyukur dengan apa yang dikecapi kini. Sebagai mengecapi rasa bangga menjadi
  rakyat Malaysia, pihak sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti berunsurkan
  kemerdekaan Malaysia bagi melahirkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan
  murid-murid SJK(C) San Min No.2, Teluk Intan, Perak.

     Sambutan kemerdekaan dilaksanakan setiap tahun di peringkat kebangsaan, negeri,
  daedah dan sekolah. Bagi menjayakannya, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran
  Malaysia telah mengarahkan sambutan diadakan setiap sekolah di seluruh Negara.
  Justeru itu, pihak SJK (C) San Min No.2, Teluk Intan juga tidak ketinggalan untuk
  menyambut perayaan Hari Kemerdekaan yang ke-55. Oleh yang demikian, pelbagai
  aktiviti telah disusun dan diatur bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan.
  Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SJK (C) San Min No.2 tahun 2012
  dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Ko-kurikulum dengan kerjasama Panitia
  Pendidikan Seni Visual, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Pendidikan Sivik &
  Kewarganegaraan, dan Panitia Muzik.

     Program ini adalah bermatlamat untuk memupuk semangat cintakan tanah air dan
  mengenangkan jasa-jasa pemimpin terdahulu dalam usaha untuk membebaskan
  Malaysia daripada penjajah.

     Program ini juga berperanan memupuk semangat patriotisme di dalam jiwa murid-
  murid sekolah supaya ia disemai dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila
  mereka meningkat remaja dan dewasa.

     Oleh itu, kami merasakan sambutan bulan kemerdekaan ini amat penting kepada
  murid-murid kerana banyak ilmu yang boleh dipelajari darinya. Murid-murid juga dapat
  meningkatkan semangat cinta dan sayangkan Negara.




                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak         5
[Pick the date]

2. RASIONAL

     Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun setelah mendapat
  kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957. Sambutan ini bukan hanya
  diadakan pada hari tersebut tetapi juga sepanjang tahun. Semenanjung Tanah Melayu
  merdeka pada 31 Ogos 1957. Sementara Sabah dan Sarawah merdeka melalui
  Malaysia pada 16 September 1963. Namun 31 Ogos 1957 tetap dikira sebagai tarikh
  rasmi negara Malaysia merdeka.

     Tunku Abdul Rahman sememangnya memberi semangat yang mendalam kepada
  seluruh rakyat ketika itu. Namun telah lebih daripada lima puluh tahun Negara kita
  merdeka, sambutan yang diadakan semakin jauh terpesong. Sajian hiburan dan
  keseronokan yang keterlaluan jelas sekali bertentangan dengan matlamat sambutan
  merdeka. Banyak wang yang dibazirkan dan kesannya mungkin lebih merosakkan
  sahsiah generasi muda hari ini.

     Untuk menarik minat murid ke arah mengenali serta menghayati nilai-nilai yang
  sepatut diamalkan bagi bangsa yang merdeka, pihak sekolah merancangkan aktiviti
  yang berkenaan. Aktiviti ini diyakini dapat memberi pendedahan awal kepada murid
  tentang cara yang betul dan benar untuk menyambut dan menghayati Hari
  Kemerdekaan Negara kita tanpa melalukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

     Program sambutan bulan kemerdekaan Peringkat SJK (C) San Min No. 2, Teluk
  Intan telah dirangka dan dilaksanakan bagi menyemai semangat patriotisme dan
  cintakan negara di kalangan murid-murid SJK (C) San Min No.2, Teluk Intan. Di samping
  itu aktiviti-aktiviti ini dirancang bagi mencungkil bakat seni dan mengalakkan persaingan
  sihat di kalangan murid-murid.




                                    KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak         6
[Pick the date]

3. PENGENALAN

     Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan lagi
  kecemerlangan menyeluruh setiap murid. Bagi memenuhi keperluan ini, maka Unit
  Kokurikulum, SJK(C) San Min No. 2, Teluk Intan, Perak dengan kerjasama pihak
  pengurusan sekolah, akan melaksanakan program Kemerdekaan 2012. Program ini
  bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat
  dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga guru-guru.




4. OBJEKTIF

     Sambutan Hari kemerdekaan yang dijalankan di sekolah setiap tahun merupakan
  salah satu daripada pengisian wajar bagi mengenang dan menghargai negara Malaysia.
  Di samping itu, sambutan ini juga bermatlamat untuk

  4.1.   Mengalakkan aktiviti berkelompok (kemasyarakatan) dan mewujudkan sikap
         kerjasama, tolong menolong serta mewujudkan suasan muhibbah secara sedar
         dan terancang.

  4.2.   Menanamkan sikap tanggungjawab dan semangat cintakan negara murid kepada
         negara Malaysia.

  4.3.   Memberi kesedaran kepada murid bahawa kita sangat bahagia dan bernasib baik
         menjadi warganegara Malaysia.

  4.4.   Memberi kesedaran bahawa kepentingan hidup dalam keadaan aman damai.

  4.5.   Menghayati nilai jati diri dan patriotik kepada Malaysia.

  4.6.   Melahirkan murid kreatif dan inovatif.

  4.7.   Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri.




                                    KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak      7
[Pick the date]

5. AKTIVITI 1: Pameran “Perjuangan Kemerdekaan Negara Malaysia”




   5.1.   Tema :

          Satu Bangsa Satu Negara




   5.2.   Tajuk :

          Pameran “Perjuangan Kemerdekaan Negara Malaysia”




   5.3.   Konsep Pameran :

          Menyediakan satu pameran “Sentuhan Merdeka” yang ringkas tetapi padat
          dengan pengetahuan tentang “Perjuangan Kemerdekaan Negara”.




   5.4.   Rasional Pameran :

              Perjuangan kemerdekaan tanah air telah menunjukkan semangat yang kuat,
          kesungguhan, keberanian dan pengorbanan yang tinggi. Perjuangan ini dilihat
          lebih berfokuskan kepada semangat untuk bebas daripada penjajahan bangsa
          asing. Inilah semangat yang perlu dimiliki oleh masyarakat Malaysia pada masa
          kini. Selain itu, kesungguhan dan keberanian adalah peranan penting untuk
          memperjuangkan nasib negara, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya
          menghargai perjuangan kemerdekaan negara dengan berusaha untuk memajukan
          negara. Di samping itu, memperkembangkan potensi murid-murid supaya mereka
          dapat mencungkil bakat murid-murid




                                    KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak      8
[Pick the date]

5.5.   Objektif Pameran:

       5.5.1. Untuk melatih diri ahli kumpulan yang terlibat supaya lebih bersatu dan
                bekerjamana dalam menyiapkan tugasan.

       5.5.2. Untuk menyemai sikap patriotisme yang tinggi dalam diri masyarakat
                yang terlibat dengan pameran ini.

       5.5.3. Untuk mengenali tokoh-tokoh perjuangan tanah air yang sanggup
                berkorban untuk kemerdekaan Negara.

       5.5.4. Untuk mengetahui lebih mendalam lagi mengenai KEMERDEKAAN
                NEGARA.




5.6.   Matlamat Pameran:

       5.6.1. Menambah ilmu murid-murid melalui pencarian bahan-bahan yang
                berkaitan dengan pameran “Sentuhan Merdeka”.

       5.6.2. Memberi peluang kepada murid-murid mengaplikasikan ilmu yang
                diterima sewaktu pengajaran dan pembelajaran dengan menyampaikan
                dapatan kepada pengunjung yang hadir.

       5.6.3. Menambah ilmu murid-murid melalui penerangan dan interaksi soal jawab
                antara murid-murid dan pengunjung pameran.

       5.6.4. Memberi kesedaran kepada para pengunjung agar nenveri perhatian
                yang sepatutnya agar perkembangan dan pertumbuhan manusia
                berlangsung dengan baik.

       5.6.5. Merangsang daya berfikir, daya kreatif dan inovatif murid-murid dalam
                usaha menarik minat pengunjung menjengah ke pameran.




                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak      9
[Pick the date]

5.7.   Anjuran :

       Program ini dianjurkan bersama oleh:

       5.7.1. Jawatankuasa Ko-kurikulum SJK (C) San Min No.2

       5.7.2. Panitia Pendidikan Seni Visual, SJK (C) San Min No.2

       5.7.3. Panitia Kajian Tempatan, SJK (C) San Min No.2

       5.7.4. Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, SJK (C) San Min No.2

       5.7.5. Panitian Kemahiran Hidup, SJK (C) San Min No.2




5.8.   Tarikh / Hari :

       30 Ogos 2012 (Khamis)




5.9.   Masa :

       8.00 pagi hingga 11.00 tengah hari




5.10. Tempat Pameran :

       Bilik Pemulihan SJK (C) San Min No.2




5.11. Kumpulan Sasaran :

       Murid-murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)




                                KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        10
[Pick the date]

5.12. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan

     5.12.1. Papan kenyataan

     5.12.2. Rak-rak yang sesuai

     5.12.3. Meja-meja

     5.12.4. LCD

     5.12.5. Projekter

     5.12.6. Komputer riba

     5.12.7. Skrin.




5.13. Langkah-langkah Pelaksanaan

     5.13.1. Menubuhkan Jawatankuasa Induk.

     Penasihat           : En. Ong Chin Huat (Guru Besar SJK (C) San Min No.2)

     Pengerusi           : En. Tan Chuang Tong (PK1, SJK (C) San Min No.2)

     Naib Pengerusi      : Cik Teh Guat Wah (PK HEM, SJK (C) San Min No.2)

     Setiausaha          : Pn. Ngoo Siew Hong (PK KK, SJK (C) San Min No.2)

     Bendahari           : Pn. Teoh Hui Ling

     Ahli Jawatankuasa :

                           a. Pn. Eu Lai Ngo (SU Sukan)

                           b. Pn. Yap Toong Sen (Ketua Panitia PSV)

                           c. Pn. Peng Lay Kuan (Ketua Panitia KT)

                           d. Pn. Goh Jing Yen (Ketua Panitia SV)

                           e. Guru-guru mata pelajaran



                               KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak         11
[Pick the date]

5.13.2. Jadual Pelaksanaan

Bil                              Tugas-Tugas                              Catatan

1.        Menguruskan aturcara majlis.                                   1/8/2012
                                                                           hingga
          Menentukan tajuk-tajuk yang ingin disembahkan.
                                                                          3/8/2012

          Memilih    lokasi    yang   sesuai   untuk   mengadakan
           pameran.

          Menyediakan jadual tugas sewaktu pameran.

2.        Mencari bahan-bahan untuk pemeran.                             4/8/2012
                                                                           hingga
          Megumpul info dan fakta serta bahan-bahan yang
                                                                          13/8/2012
           seuai untuk pameran.

          Membaca dan berbincang dengan kumpulan untuk
           memilih bahan-bahan yang sesuai untuk pameran.

3.        Menyediakan cara persembahan dengan kreativiti                 14/8/2012
           sendiri.   Contoh       menyediakan     poster,     risalah,    hingga
           menggunakan komputer, dan sebagainya.                          29/4/2012

4.        Memberi     penerangan      kepada    murid-murid     yang     30/8/2012
           mengunjung pameran supaya mereka lebih terang dan
           jelas.

Semua murid yang bertugas perlu peka terhadap tanggungjawab masing-masing
dan melaksanakan tugas-tugas dalam jangka masa yang ditetapkan. Jika
menghadapi masalah boleh meminta bantuan daripada guru pembimbing masing-
masing. Kerjasam antara murid dan guru amat diperlukan semasa menjalankan
tugasan.




                               KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        12
[Pick the date]

      5.13.3. Bahan atau Sumber yang berkaitan Tajuk Pameran

          a. Internet

          b. Buku Rujuka Sejarah

          c. Majalah

          d. Suratkhabar

          Untuk memastikan kebetulan, semua maklumat yang dicari perlu disemak oleh
      guru pembimbing.




5.14. Unsur-unsur Kreativiti

   Kreativiti murid dapat dibina melalui pameran. Pameran ini bertujuan mempamerkan
perjuangan kemerdekaan tanah air. Selepas mencari dan mengumpul maklumat yang
diperlukan,   kreativiti   murid-murid   adalah   diperlukan   kerana   mereka   perlu
mempertimbangkan cara menyusun maklumat yang hendak dipamer.

   Murid-murid yang bertugas dalam pameran perlu berfikiran kreatif dan bernas
semasa mendapat sesuatu idea dan melaksanakan idea dengan sempurna dan baik.
Disebabkan pameran merupakan sesuatu yang rumit, murid-murid perlu merancang apa
yang patut dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menjalankan langkah yang seterusnya.
Murid-murid perlu meningkatkan kemahiran meramal dan membuat keputusan sebelum
sesuatu kejadian yang berlaku supaya kebaziran dapat dielakkan.

   Semasa merancangkan pameran, murid-murid yang terlibat perlulah mampu
memberi idea, mengolak idea dan seterusnya dapat mencipta ataupun mereka sesuatu
yang baru supaya pameran yang disediakan mempunyai gaya yang tersendiri.

   Murid-murid perlu kreatif semasa mempersembahkan maklumat kepada pengunjung
seperti menggunakan gambar, power point yang bergambar dan sebagainya supaya
murid-murid dapat memahami perjuangan kemerdekaan Negara dengan lebih
mendalam.

   Pameran ini penting dalam meningkatkan pembinaan daya kreativiti kanak-kanak.
Perancangan ini banyak memberi faedah kepada murid-murid dalam mengembangkan
potensi diri yang unik.

                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak       13
[Pick the date]

5.15. Nilai Murni

      5.15.1. Bekerjasama

         Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Semasa menyediakan maklumat
      pameran, kerjasama antara satu sama lain amat diperlukan. Sekiranya, hanya
      seorang yang bertugas, tentunya tidak dapat menyiapkannya dalam tempoh yang
      ditetapkan. Lagi pun, kebakatan setiap murid adalah berbeza, maka setiap murid
      haruslah bekerjasama supaya pameran dapat dijalankan dengan lancar.

      5.15.2. Patriotisme

           Pameran ini memperkenalkan sejarah di Malaysia. Dengan itu, semasa
      mengumpul maklumat, tentunya anak-anak murid dapat memahami peristiwa-
      peristiwa   sebelum   kemerdekaan dan bagaimana         negara kita mencapai
      kemerdekaan. Harap-harapnya, pameran itu dapat mengingat anak-anak murid
      supaya menghargai sumbangan daripada pahlawan-pahlawan dan juga mencintai
      Negara kita Malaysia lalu memupuk dan menyemaikan semangat cinta akan
      negara dalam hati murid-murid.

      5.15.3. Bertanggungjawab

           Melalui pameran ini dapat menyedarkan murid-murid pentingnya bersikap
      bertanggungjawab. Memang pun menyiapkan kerja dan menghantarnya pada
      masa yang ditetapkan merupakan sikap bertanggungjawab yang perlu ada pada
      setiap murid. Murid-murid perlulah sedar bahawa apabila terlibat dalam aktiviti,
      mereka mesti bersikap bertanggungjawab dengan menyertai dan menjalankan
      aktiviti dengan bersungguh-sungguh agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar.

      5.15.4. Rasional

         Murid-murid boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu
      membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat
      berlandaskan ilmu yang sedia ada.




                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        14
[Pick the date]

6. AKTIVITI 2 : PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA

  6.1.   Tema :

         Satu Bangsa Satu Negara




  6.2.   Tajuk :

         Pertandingan Melukis dan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan




  6.3.   Konsep Pertandingan :

         Murid-murid akan menunjukkan bakat seni dan kreativiti mereka dalam bentuk
         melukis dan mewarna. Tema pertandingan ini adalah semestinya kemerdekaan
         dan patriotik.




  6.4.   Objektif Pertandingan :

         6.4.1. Memberi peluang kepada murid-murid bagi menunjukkan bakat mereka
                   dalam seni lukis.

         6.4.2. Memberi pendedahan kepada murid-murid untuk lebih berminat dalam
                   aktiviti seni kreatif serta menggalakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti
                   pertandingan.

         6.4.3. Meningkatkan keyakinan dan kendiri murid dalam menghasilkan sesuatu
                   yang kraetif.

         6.4.4. Untuk menyemai sikap patriotisme yang tinggi dalam diri masyarakat
                   yang terlibat dengan pertandingan ini.

         6.4.5. Memberi peluang kepada murid-murid untuk menghasilkan karya
                   mengikut kreativiti masing-masing.

         6.4.6. Melahirkan murid kreatif dan inovatif.




                                       KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak          15
[Pick the date]

6.5.   Matlamat Pertandingan:

       6.5.1. Memberi peluang kepada murid-murid mengaplikasikan ilmu yang
                diterima sewaktu pengajaran dan pembelajaran dengan pertandingan.

       6.5.2. Merangsang daya berfikir, daya kreatif dan inovatif murid-murid dalam
                usaha menghasilkan karya masing-masing.

       6.5.3. Untuk memupuk semangat cintakan negara.

       6.5.4. Murid-murid mendapat pendedahan berkenaan konsep 1 Malaysia.

       6.5.5. Pelajar dapat mengekspresikan bakat masing-masing




6.6.   Anjuran :

       Program ini dianjurkan bersama oleh:

       6.6.1. Jawatankuasa Ko-kurikulum SJK (C) San Min No.2

       6.6.2. Panitia Pendidikan Seni Visual, SJK (C) San Min No.2

       6.6.3. Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, SJK (C) San Min No.2




6.7.   Tarikh / Hari :

       26 Ogos 2012 (Ahad)




6.8.   Masa :

       8.30 pagi hingga 10.30 pagi




6.9.   Tempat Pertandingan :

       Dewan Serbaguna SJK (C) San Min No.2



                                KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        16
[Pick the date]

6.10. Kumpulan Sasaran :

     Semua murid SJK (C) San Min No.2




6.11. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan

     6.11.1. Kertas-kertas lukisan

     6.11.2. Bahan Penghiasan pentas

     6.11.3. Mikrofon

     6.11.4. Pemain CD

     6.11.5. Papan kenyataan untuk menampalkan hasil karya yang menang dalam
             pertandingan.

     Untuk melancarkan pertandingan ini, guru yang bertugas hendak memastikan
     peralatan yang diperlukan disiap sedia sebelum pertandingan tersebut dimulakan.
     Guru berkenaan juga perlu memastikan peralatan yang disediakan baik dan dapat
     berfungsi. Bilik yang sesuai perlu disediakan untuk para hakim supaya mereka
     dapat menilai hasilan murid-murid dalam keadaan yang tidak diganggu.




                               KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak       17
[Pick the date]

6.12. Syarat-syarat Pertandingan

     6.12.1. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid SJK (C) San Min No.2, Teluk
             Intan, Perak.

     6.12.2. Terbahagi kepada TIGA kategori dan .

         6.12.2.1.     Kategori A- Tahun 1 dan Tahun 2

         6.12.2.2.     Kategori B- Tahun 3 dan Tahun 4

         6.12.2.3.     Kategori C- Tahun 5 dan Tahun 6

     6.12.3. Jenis Pertandingan

         6.12.3.1.     Kategori A- Mewarna (Pensel Warna).

         6.12.3.2.     Kategori B- Melukis dan Mewarna (Krayon)

         6.12.3.3.     Kategori C- Melukis dan Mewarna (Oil Pastel)

     6.12.4. Peraturan-peraturan Pertandingan.

         6.12.4.1.     Terbuka kepada semua murid SJK (C) San Min No.2.

         6.12.4.2.     Kertas warna akan disediakan oleh pihak sekolah.

         6.12.4.3.     Peserta-peserta perlu membawa semua peralatan mewarna.

         6.12.4.4.     Masa pertandingan bagi Kategori A adalah 90 minit, manakala
                       Kategori B dan Kategori C adalah 180 minit.

         6.12.4.5.     Peserta dikehendaki berhenti mewarna setelah tamat tempoh
                       diberikan. Tindakan membatalkan peryertaan boleh diambil
                       sekiranya peserta terus mewarna.

         6.12.4.6.     Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

         6.12.4.7.     Keputusan pertandingan akan diumumkan pada pukul 11.30 pagi.




                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak      18
[Pick the date]

6.13. Tempoh Pendaftaran

     Tarikh tutup pendaktaran adalah 17 Ogos 2012 (Jumaat).




6.14. Metodologi Penilaian

     6.14.1. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima
             daripada kumpulan yang menyertai pertandingan ini.

     6.14.2. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap gaya lukisan dan
             kreativiti hasil karya yang diterima.

     6.14.3. Kriteria-Kriteria yang diambil kira adalah seperti berikut.

         6.14.3.1.       Pertandingan Melukis dan Mewarna

                                    Kriteria                               Markah Penuh

             1. Keaslian                                                       15%

             2. Pemilihan Warna                                                35%

             3. Kesesuaian

                 a. Ideatiti dan imej korporat (10%)                           20%

                 b. Ketepatan kepada tema (10%)

             4. Kreativiti

                 a. Reka bentuk (15%)
                                                                               40%
                 b. Kekemasan (10%)

                 c. Unik (15%)

                                        JUMLAH KESELURUHAN                    100%




                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak           19
[Pick the date]

6.15. Hadiah Pertandingan

Hanya sepuluh hasil karya sahaja bagi setiap kategori akan dipilih untuk memenangi
pertandingan ini. Pemenang-pemenang akan menerima hadiah serta sijil penghargaan
seperti berikut. (tertakluk pada pindaan)

                                                    Hadiah-hadiah

             Johan                    Wang Tunai RM20, hadiah Istimewa dan Sijil

          Naib Johan                  Wang Tunai RM10, hadiah Istimewa dan Sijil

             Ketiga                    Wang Tunai RM5, hadiah Istimewa dan Sijil

       Sagu Hati (7 buah)                       Hadiah Istimewa dan Sijil




6.16. Langkah-langkah Pelaksanaan

      6.16.1. Menubuhkan Jawatankuasa Induk.

      Pengerusi          : En. Ong Chin Huat (Guru Besar SJK (C) San Min No.2)

      Naib Pengerusi     : En. Tan Chuang Tong (PK1, SJK (C) San Min No.2)

                         : Cik Teh Guat Wah (PK HEM, SJK (C) San Min No.2)

                         : Pn. Ngoo Siew Hong (PK KK, SJK (C) San Min No.2)

      Setiausaha         : Pn. Chong Poh Lian

      Bendahari          : Pn. Teoh Hui Ling

      Juru Ordit         : Pn. Ngoo Siew Hong

      Ahli Jawatankuasa : Semua Guru




                                KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak          20
[Pick the date]

6.16.2. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Hari Kemerdekaan 2012

                                  En. Keong C.E                 Pn. Sik L.P
 Perhiasana Pentas /
 Pengemasan
                                   Pn. Ng K. B                 Cik Cheah S. E

 Juruacara                                   Pn. Wan Yuet Sum

 Penyelaras                                       Pn Yap T.S
 Pertandingan

                                   Cikgu Wan                     Pn Eu L.N.
           Tahun 1 dan 2
                                   Cik Ng K.M.                 Pn. Kway L.K.

                                   Pn. Goh J.Y.                 Pn. Moy K.L.
 Hakim Tahun 3 dan 4
                                   Pn Teh D.E.                  Pn Lee L. C.

                                   Cikgu Misya                 Cik Teh G.W.
           Tahun 5 dan 6
                                    Cikgu Nik                   Pn Lee S.S.

                                  Pn. Liew B.C.                 Cik Loh S.Y
 Disiplin Murid
                                   Pn. Tan Y.T.                Pn. Yong Y. Y.

                                   Pn Lee S.T.                  Cik Lau W.S
 Jamuan Tetamu
                                   Pn. Loh S.L.                 Pn Lew M.G.

                                  Pn Kang Y.L.                 Cik Chong S.F
 Makanan Peserta
                                   Pn Tan Y.N.                  Cik Tan B.S.

 Hadiah                           Pn Lam C. K.                  Cik Tang A.L

 Siaraya                           En Tan C.T.                  Pn Moi G.C.

 Jurufoto                          Cik Moy K.L.                 Pn. Ong Y.M




                           KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak            21
[Pick the date]

6.16.3. Jadual Pelaksanaan

 Bil      AJK KERJA                    TUGAS-TUGAS                      CATATAN

 1.      Hiasan pentas      Persiapan      latar   belakang    dan      Sebelum
                             pentas.                                   pertandingan
                                                                           mula
                            Memastikan banner digantung dan
                             disimpan.

                            Menyusun kerusi.

 2.      Sambutan           Senarai       VIP      yang     hendak     Hantar kad
                             dijemput.                                  sebelum 22
                                                                        Ogos 2012
                            Sediakan kad jemputan.

 3.      Hadiah             Menguruskan pembelian hadiah / Mengendalikan
                             cenderahati.
                                                                       Penyampaian
                            Sediakan anggaran perbelanjaan.              hadiah

                            Anggaran                 Perbelanjaan
                             dibincangkan dengan Guru Besar.

 4.      Siaraya            Menyediakan         alat-alat   siaraya   Sebelum pukul
                             yang diperlukan oleh pertandingan.        8.00am pada
                                                                        hari tersebut
                            Memastikan alat siaraya berfungsi
                             dengan baik.

                            Menyiarkan lagu patriotisme yang
                             sesuai      semasa        pertandingan
                             dijalankan.

                            Menyimpan semua alatan selepas
                             pertandingan.

 5.      Jurufoto           Merakam dan mengambil gambar               Sepanjang
                             semasa aktiviti dijalankan.                   masa
                                                                       pertandingan
                            Menyediakan         dokumentasi    dan

                         KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak                22
[Pick the date]

                           segala kertas kerja sambutan hari
                           kemerdekaan.

 6.      Juruacara        Menyediakan        teks        yang    Sepanjang
                           bersesuaian bagi setiap majlis.          masa
                                                                 pertandingan

 7.      Jamuan           Menyediakan      makanan       yang   Menempah
                           cukup untuk semua tetamu dan          makanan dan
                           peserta.                              menyiapkan
                                                                  makanan
                                                                   sebelum
                                                                   jamuan
                                                                  dimulakan

Semua guru yang bertugas perlu peka terhadap tanggungjawab masing-masing
dan melaksanakan tugas-tugas dalam jangka masa yang ditetapkan. Kerjasama
antara guru amat diperlukan semasa menjalankan tugasan.




                        KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak          23
[Pick the date]

6.17. Unsur-unsur Kreativiti

          Kreativiti murid dapat dibina melalui pertandingan melukis dan mewarna
     sempena hari kemerdekaan. Pertandingan ini menggalakkan murid membuat
     penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan
     menggunakan        alat   dan    bahan      yang   disediakan.   Proses     ini    akan
     memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual
     berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.

          Semasa beinteraksi dengan alat dan bahan, muris membuat interpretasi dan
     menyelaraskan      konsepsi     visualnya   dengan    objek   yang   dilihat.     Proses
     pembelajaran ini amat penting kerana ini merupakan salah satu peluang
     untukmurid-murid belajar.

          Dalam menghasilkan karya seni, murid-murid akan lebih berdisplin, cekal dan
     berminat dengan subject seni ini. Keyakinan murid dapat ditingkatkan dengan
     memberikan peluang kepadanya. Secara tidak langsung, ini dapat membantu
     meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi. Dengan ini, murid-murid akan berasa
     menyeronok dalam mempelajari seni.

          Murid yang menyertai aktiviti melukis dan mewarna dalam suasana keriangan
     dan keseronokan sudah pasti bebas daripada tekanan emosi dan membina
     kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai
     keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan terhadap
     pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh sebab itu, setiap aktiviti yang
     dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

          Ternyatanya, pertandingan ini dapat meningkatkan dan membuka ruang ke
     arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Murid-murid perlulah banyak diberi
     peluang untuk mengembangkan potensi diri supaya mereka dapat mengambil
     tahu kekuatan diri.




                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak              24
[Pick the date]

6.18. Nilai Murni
Nilai-nilai murni yang dapat dikembangkan dalam sambutan Hari Kemerdekaan melalui
pertandingan melukis dan mewarna adalah seperti berikut:

      6.18.1. Menepati masa

           Murid-murid yang menyertai pertandingan, murid-murid mesti menepati masa.
      Sekiranya mereka lewat, kemungkinannya mereka tidak dapat menyertai
      pertandingan. Lagipun, setiap pertandingan, masa yang diperuntukkan adalah
      penting, jika murid-murid tidak dapat menyiapkan hasilan dalam masa yang
      ditetapkan, hasilan mereka akan dibatalkan. Maka, melalui pertandingan melukis
      dan mewarna ini, murid-murid perlu selalu mengamalkan nilai menepati masa.

      6.18.2. Kesabaran

           Melukis dan mewarna merupakan bidang yang memerlukan kesabaran.
      Murid-murid perlu sabar semasa pertandingan, supaya mereka menghasilkan
      karya yang baik dan memuaskan. Sekiranya, murid-murid tergesa-gesa semasa
      melukis atau mewarna, pastinya hasilan mereka kasar. Maka, boleh dikatakan
      bahawa melukis dan mewarna dapat melatih kesabaran seseorang.

      6.18.3. Bertanggungjawab

           Melalui pertandingan dapat menyedarkan murid-murid pentingnya bersikap
      bertanggungjawab. Memang pun menyiapkan kerja dan menghantarnya pada
      setiap murid. Murid-murid perlulah sedar bahawa apabila terlibat dalam aktiviti,
      mereka mesti bersikap bertanggungjawab dengan menyertai dan menjalankan
      aktiviti dengan bersungguh-sungguh agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar.

      6.18.4. Yakin pada Diri Sendiri

           Dalam pertandingan melukis dan mewarna, murid-murid yang menyertai
      pertandingan      mestilah   mempunyai   keyakinan   diri   supaya   mereka   tidak
      dipengaruhi oleh rakan-rakan. Melukis dan mewarna merupakan bidang yang
      kreatif. Maka, murid-murid mesti mempunyai yakin diri dan selalu percaya kepada
      kebolehan diri dalam menghasilkan karya yang kreatif dan tersendiri.




                                   KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        25
[Pick the date]

         6.18.5. Berani Mencuba

              Murid-murid yang menyertai pertandingan ini perlulah berani mencuba dan
         sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif dan inovatif.
         Murid-murid perlu mencuba apa yang dianggap baik dalam pertandingan. Latihan
         in dapat mengembang potensi individu secara tidak langsung.

         6.18.6. Berdikari

              Nilai berdikari juga dapat dipupuk dalam pertandingan mewarna dan melukis
         kerana murid-murid dapat menghasilkan karya tanpa bantuan orang lain. Mereka
         mempunyai kesanggupan dan kebolehan melakukannya seorang diri. Tambahan
         pula, mereka yakin kepada diri sendiri, percaya kepada kebolehan diri sendiri dan
         sanggup bertindak.




7. Kesimpulan

   Realitinya, apabila semua miurid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan minat dan kebolehan mereka, maka terbentuklah satu situasi ideal yang dapat
memenuhi matlamat sosial iaitu diterima sebagai anggota kelompok.

   Murid-murid bukan sahaja perlu diterima oleh kelompok atau masyarakat, mereka juga
memerlukan kasih sayang dan perhatian. Dengan itu, banyak memberi galakan dan pujian
kepada anak-anak murid supaya mereka merasakan bahawa guru menghargai bakat
mereka yang istimewa. Secara tidak langsung, hubungan antara guru dan murid dapat
dieratkan. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan yang
harmonis, tentunya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.




                                  KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak          26
[Pick the date]

                                      BIBLIOGRAFI




Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Perak:
     Quantum Books.

Gardner. (1990). Art Education and Human Development. California: The Getty Education

Institute Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep, Teori dan Praktis. Skudai:
     Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Anuwar bin Hamat. Kreativiti Dalam Pendidikan Jabatan Kajian Sosial dari laman web
     http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan

Ibrahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan
     dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.

Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur:
     Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd.Azhar.Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep Teori dan Praktiks. Johor: Universiti
     Teknologi Malaysia.




                                    KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak      27

Más contenido relacionado

Destacado

Garis panduan penyertaan dan peraturan pertandingan inovasi bbp (3)
Garis panduan penyertaan dan peraturan pertandingan    inovasi bbp (3)Garis panduan penyertaan dan peraturan pertandingan    inovasi bbp (3)
Garis panduan penyertaan dan peraturan pertandingan inovasi bbp (3)mos az
 
Laporan panitia psv daerah
Laporan panitia psv daerahLaporan panitia psv daerah
Laporan panitia psv daerahCikgu Hayati
 
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )Pensil Dan Pemadam
 
Kajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanakKajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanakKamal Khalid
 
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tan Sim
 
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolah
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolahKertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolah
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolahMangalam Ilangkovan
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANArra Asri
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahHon Shan Shan
 
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahRancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahEmy Bribip
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 

Destacado (12)

Laporan seni sem 1
Laporan seni  sem 1Laporan seni  sem 1
Laporan seni sem 1
 
3. krp 3974 rph lm minggu ke 3
3. krp 3974  rph  lm minggu ke 3 3. krp 3974  rph  lm minggu ke 3
3. krp 3974 rph lm minggu ke 3
 
Garis panduan penyertaan dan peraturan pertandingan inovasi bbp (3)
Garis panduan penyertaan dan peraturan pertandingan    inovasi bbp (3)Garis panduan penyertaan dan peraturan pertandingan    inovasi bbp (3)
Garis panduan penyertaan dan peraturan pertandingan inovasi bbp (3)
 
Laporan panitia psv daerah
Laporan panitia psv daerahLaporan panitia psv daerah
Laporan panitia psv daerah
 
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
 
Kajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanakKajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanak
 
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
 
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolah
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolahKertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolah
Kertas kerja sambutan kemerdekaan peringkat sekolah
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolahRancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
Rancangan pengajaran bahasa melayu prasekolah
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 

Similar a Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284

Kertas kerja minggu sn
Kertas kerja minggu snKertas kerja minggu sn
Kertas kerja minggu snaini ahmad
 
Kertas kerja kem motivasi pembentangan pertama 14 mei 2013-
Kertas kerja kem motivasi  pembentangan pertama 14 mei 2013-Kertas kerja kem motivasi  pembentangan pertama 14 mei 2013-
Kertas kerja kem motivasi pembentangan pertama 14 mei 2013-Mohd Mustakim Kamarudin
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulumKertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulumAhmad Lili
 
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018Stephanie Unsil
 
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.doc
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.docDASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.doc
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.docsekolahkebangsaanhaj
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Farah Fatin
 
Kertas kerja kemerdekaan 2015
Kertas kerja kemerdekaan 2015Kertas kerja kemerdekaan 2015
Kertas kerja kemerdekaan 2015Ana Syah
 
Kertas kerja psk[1]
Kertas kerja psk[1]Kertas kerja psk[1]
Kertas kerja psk[1]Jueraini Jay
 
Kertas Kerja Bulan Patriotik.pdf
Kertas Kerja Bulan Patriotik.pdfKertas Kerja Bulan Patriotik.pdf
Kertas Kerja Bulan Patriotik.pdfMaurine Nante
 
Kertas kerja hari usahawanan muda
Kertas kerja hari usahawanan mudaKertas kerja hari usahawanan muda
Kertas kerja hari usahawanan mudaNazril Ahmad
 
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N I
62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N ITan C.EAN
 
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidilKertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidilPensil Dan Pemadam
 
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoa
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoaKertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoa
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoaFarah Elriani
 
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptxCharlesBayang
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Kertas Kerja BIO OUTREACH.docx
Kertas Kerja BIO OUTREACH.docxKertas Kerja BIO OUTREACH.docx
Kertas Kerja BIO OUTREACH.docxSurianaShabudin1
 

Similar a Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284 (20)

Kae 2
Kae 2Kae 2
Kae 2
 
Projek inovasi
Projek inovasiProjek inovasi
Projek inovasi
 
Kertas kerja minggu sn
Kertas kerja minggu snKertas kerja minggu sn
Kertas kerja minggu sn
 
Kertas kerja kem motivasi pembentangan pertama 14 mei 2013-
Kertas kerja kem motivasi  pembentangan pertama 14 mei 2013-Kertas kerja kem motivasi  pembentangan pertama 14 mei 2013-
Kertas kerja kem motivasi pembentangan pertama 14 mei 2013-
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulumKertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
 
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
Kertas Kerja Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Skarok 2018
 
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.doc
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.docDASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.doc
DASAR KURIKULUM SEKOLAH 2021_SKHAS.doc
 
Pasca upsr 2016
Pasca upsr 2016Pasca upsr 2016
Pasca upsr 2016
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
 
Kertas kerja kemerdekaan 2015
Kertas kerja kemerdekaan 2015Kertas kerja kemerdekaan 2015
Kertas kerja kemerdekaan 2015
 
Kertas kerja psk[1]
Kertas kerja psk[1]Kertas kerja psk[1]
Kertas kerja psk[1]
 
Kertas Kerja Bulan Patriotik.pdf
Kertas Kerja Bulan Patriotik.pdfKertas Kerja Bulan Patriotik.pdf
Kertas Kerja Bulan Patriotik.pdf
 
Kertas kerja hari usahawanan muda
Kertas kerja hari usahawanan mudaKertas kerja hari usahawanan muda
Kertas kerja hari usahawanan muda
 
Tugasan Ekspedisi kanak kanak
Tugasan Ekspedisi kanak kanakTugasan Ekspedisi kanak kanak
Tugasan Ekspedisi kanak kanak
 
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N I
62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N I
 
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidilKertas kerja prtndingan reka cipta aidil
Kertas kerja prtndingan reka cipta aidil
 
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoa
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoaKertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoa
Kertas kerja kecemerlangan upsr sk satak 2015 - jakoa
 
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Kertas Kerja BIO OUTREACH.docx
Kertas Kerja BIO OUTREACH.docxKertas Kerja BIO OUTREACH.docx
Kertas Kerja BIO OUTREACH.docx
 

Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284

  • 1. KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN 2: Dua Aktiviti Kreatif untuk Sambutan Hari Kemerdekaan KUMPULAN : UPSI-A25 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TELEFON TAN BEE SIM D20102044284 012-5614097 NAMA TUTOR E-LEARNING: CIK ANIS NORMA BINTI MOHAMAD JAAFAR TARIKH SERAH:
  • 2. [Pick the date] 4 MEI 2012 ISI KANDUNGAN Tajuk Halaman 1. Pendahuluan 4 2. Rasional 5 3. Pengenalan 6 4. Objektif 6 5. Aktiviti 1: Pameran “Perjuangan Kemerdekaan Negara Malaysia” 5.1. Tema 7 5.2. Tajuk 7 5.3. Konsep Pameran 7 5.4. Rasional Pameran 7 5.5. Objektif Pameran 8 5.6. Matlamat Pameran 8 5.7. Anjuran 9 5.8. Tarikh/ Hari 9 5.9. Masa 9 5.10. Tempat Pameran 9 5.11. Kumpulan Sasaran 9 5.12. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan 10 5.13. Langkah Pelaksanaan 10-12 5.14. Unsur-unsur Kreativiti 12 5.15. Nilai Murni 13 6. Aktiviti 2: Pertandingan Melukis dan Mewarna 6.1. Tema 14 6.2. Tajuk 14 6.3. Konsep Pertandingan 14 6.4. Objektif Pertandingan 14 6.5. Matlamat Pameran 15 6.6. Anjuran 15 6.7. Tarikh/ Hari 15 6.8. Masa 15 6.9. Tempat Pertandingan 15 6.10. Kumpulan Sasaran 16 6.11. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan 16 6.12. Syarat-syarat Pertandingan 17 6.13. Tempoh Pendaftaran 18 6.14. Metodologi Penilaian 18 6.15. Hadiah Pertandingan 19 6.16. Langkah-langkah Pelaksanaan 19-22 6.17. Unsur-unsur Kreativiti 23 6.18. Nilai Murni 24-25 7. Kesimpulan 25 Bibliografi 26 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 2
  • 3. [Pick the date] KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 3
  • 4. [Pick the date] SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SAN MIN NO.2 Perancangan Aktiviti Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 Peringkat Sekolah Tahun 2012 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 4
  • 5. [Pick the date] KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SJK (C) SAN MIN NO. 2, TELUK INTAN, PERAK. TAHUN 2012 1. PENDAHULUAN Kini tercapainya 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Lihatlah, betapa aman dan harmoninya masyarakat Malaysia. Sebagai rakyat malaysia kita hendaklah bersyukur dengan apa yang dikecapi kini. Sebagai mengecapi rasa bangga menjadi rakyat Malaysia, pihak sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti berunsurkan kemerdekaan Malaysia bagi melahirkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan murid-murid SJK(C) San Min No.2, Teluk Intan, Perak. Sambutan kemerdekaan dilaksanakan setiap tahun di peringkat kebangsaan, negeri, daedah dan sekolah. Bagi menjayakannya, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan sambutan diadakan setiap sekolah di seluruh Negara. Justeru itu, pihak SJK (C) San Min No.2, Teluk Intan juga tidak ketinggalan untuk menyambut perayaan Hari Kemerdekaan yang ke-55. Oleh yang demikian, pelbagai aktiviti telah disusun dan diatur bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SJK (C) San Min No.2 tahun 2012 dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Ko-kurikulum dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni Visual, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, dan Panitia Muzik. Program ini adalah bermatlamat untuk memupuk semangat cintakan tanah air dan mengenangkan jasa-jasa pemimpin terdahulu dalam usaha untuk membebaskan Malaysia daripada penjajah. Program ini juga berperanan memupuk semangat patriotisme di dalam jiwa murid- murid sekolah supaya ia disemai dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat remaja dan dewasa. Oleh itu, kami merasakan sambutan bulan kemerdekaan ini amat penting kepada murid-murid kerana banyak ilmu yang boleh dipelajari darinya. Murid-murid juga dapat meningkatkan semangat cinta dan sayangkan Negara. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 5
  • 6. [Pick the date] 2. RASIONAL Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun setelah mendapat kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957. Sambutan ini bukan hanya diadakan pada hari tersebut tetapi juga sepanjang tahun. Semenanjung Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Sementara Sabah dan Sarawah merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963. Namun 31 Ogos 1957 tetap dikira sebagai tarikh rasmi negara Malaysia merdeka. Tunku Abdul Rahman sememangnya memberi semangat yang mendalam kepada seluruh rakyat ketika itu. Namun telah lebih daripada lima puluh tahun Negara kita merdeka, sambutan yang diadakan semakin jauh terpesong. Sajian hiburan dan keseronokan yang keterlaluan jelas sekali bertentangan dengan matlamat sambutan merdeka. Banyak wang yang dibazirkan dan kesannya mungkin lebih merosakkan sahsiah generasi muda hari ini. Untuk menarik minat murid ke arah mengenali serta menghayati nilai-nilai yang sepatut diamalkan bagi bangsa yang merdeka, pihak sekolah merancangkan aktiviti yang berkenaan. Aktiviti ini diyakini dapat memberi pendedahan awal kepada murid tentang cara yang betul dan benar untuk menyambut dan menghayati Hari Kemerdekaan Negara kita tanpa melalukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Program sambutan bulan kemerdekaan Peringkat SJK (C) San Min No. 2, Teluk Intan telah dirangka dan dilaksanakan bagi menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan murid-murid SJK (C) San Min No.2, Teluk Intan. Di samping itu aktiviti-aktiviti ini dirancang bagi mencungkil bakat seni dan mengalakkan persaingan sihat di kalangan murid-murid. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 6
  • 7. [Pick the date] 3. PENGENALAN Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan lagi kecemerlangan menyeluruh setiap murid. Bagi memenuhi keperluan ini, maka Unit Kokurikulum, SJK(C) San Min No. 2, Teluk Intan, Perak dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah, akan melaksanakan program Kemerdekaan 2012. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga guru-guru. 4. OBJEKTIF Sambutan Hari kemerdekaan yang dijalankan di sekolah setiap tahun merupakan salah satu daripada pengisian wajar bagi mengenang dan menghargai negara Malaysia. Di samping itu, sambutan ini juga bermatlamat untuk 4.1. Mengalakkan aktiviti berkelompok (kemasyarakatan) dan mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong serta mewujudkan suasan muhibbah secara sedar dan terancang. 4.2. Menanamkan sikap tanggungjawab dan semangat cintakan negara murid kepada negara Malaysia. 4.3. Memberi kesedaran kepada murid bahawa kita sangat bahagia dan bernasib baik menjadi warganegara Malaysia. 4.4. Memberi kesedaran bahawa kepentingan hidup dalam keadaan aman damai. 4.5. Menghayati nilai jati diri dan patriotik kepada Malaysia. 4.6. Melahirkan murid kreatif dan inovatif. 4.7. Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 7
  • 8. [Pick the date] 5. AKTIVITI 1: Pameran “Perjuangan Kemerdekaan Negara Malaysia” 5.1. Tema : Satu Bangsa Satu Negara 5.2. Tajuk : Pameran “Perjuangan Kemerdekaan Negara Malaysia” 5.3. Konsep Pameran : Menyediakan satu pameran “Sentuhan Merdeka” yang ringkas tetapi padat dengan pengetahuan tentang “Perjuangan Kemerdekaan Negara”. 5.4. Rasional Pameran : Perjuangan kemerdekaan tanah air telah menunjukkan semangat yang kuat, kesungguhan, keberanian dan pengorbanan yang tinggi. Perjuangan ini dilihat lebih berfokuskan kepada semangat untuk bebas daripada penjajahan bangsa asing. Inilah semangat yang perlu dimiliki oleh masyarakat Malaysia pada masa kini. Selain itu, kesungguhan dan keberanian adalah peranan penting untuk memperjuangkan nasib negara, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghargai perjuangan kemerdekaan negara dengan berusaha untuk memajukan negara. Di samping itu, memperkembangkan potensi murid-murid supaya mereka dapat mencungkil bakat murid-murid KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 8
  • 9. [Pick the date] 5.5. Objektif Pameran: 5.5.1. Untuk melatih diri ahli kumpulan yang terlibat supaya lebih bersatu dan bekerjamana dalam menyiapkan tugasan. 5.5.2. Untuk menyemai sikap patriotisme yang tinggi dalam diri masyarakat yang terlibat dengan pameran ini. 5.5.3. Untuk mengenali tokoh-tokoh perjuangan tanah air yang sanggup berkorban untuk kemerdekaan Negara. 5.5.4. Untuk mengetahui lebih mendalam lagi mengenai KEMERDEKAAN NEGARA. 5.6. Matlamat Pameran: 5.6.1. Menambah ilmu murid-murid melalui pencarian bahan-bahan yang berkaitan dengan pameran “Sentuhan Merdeka”. 5.6.2. Memberi peluang kepada murid-murid mengaplikasikan ilmu yang diterima sewaktu pengajaran dan pembelajaran dengan menyampaikan dapatan kepada pengunjung yang hadir. 5.6.3. Menambah ilmu murid-murid melalui penerangan dan interaksi soal jawab antara murid-murid dan pengunjung pameran. 5.6.4. Memberi kesedaran kepada para pengunjung agar nenveri perhatian yang sepatutnya agar perkembangan dan pertumbuhan manusia berlangsung dengan baik. 5.6.5. Merangsang daya berfikir, daya kreatif dan inovatif murid-murid dalam usaha menarik minat pengunjung menjengah ke pameran. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 9
  • 10. [Pick the date] 5.7. Anjuran : Program ini dianjurkan bersama oleh: 5.7.1. Jawatankuasa Ko-kurikulum SJK (C) San Min No.2 5.7.2. Panitia Pendidikan Seni Visual, SJK (C) San Min No.2 5.7.3. Panitia Kajian Tempatan, SJK (C) San Min No.2 5.7.4. Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, SJK (C) San Min No.2 5.7.5. Panitian Kemahiran Hidup, SJK (C) San Min No.2 5.8. Tarikh / Hari : 30 Ogos 2012 (Khamis) 5.9. Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 tengah hari 5.10. Tempat Pameran : Bilik Pemulihan SJK (C) San Min No.2 5.11. Kumpulan Sasaran : Murid-murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 10
  • 11. [Pick the date] 5.12. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan 5.12.1. Papan kenyataan 5.12.2. Rak-rak yang sesuai 5.12.3. Meja-meja 5.12.4. LCD 5.12.5. Projekter 5.12.6. Komputer riba 5.12.7. Skrin. 5.13. Langkah-langkah Pelaksanaan 5.13.1. Menubuhkan Jawatankuasa Induk. Penasihat : En. Ong Chin Huat (Guru Besar SJK (C) San Min No.2) Pengerusi : En. Tan Chuang Tong (PK1, SJK (C) San Min No.2) Naib Pengerusi : Cik Teh Guat Wah (PK HEM, SJK (C) San Min No.2) Setiausaha : Pn. Ngoo Siew Hong (PK KK, SJK (C) San Min No.2) Bendahari : Pn. Teoh Hui Ling Ahli Jawatankuasa : a. Pn. Eu Lai Ngo (SU Sukan) b. Pn. Yap Toong Sen (Ketua Panitia PSV) c. Pn. Peng Lay Kuan (Ketua Panitia KT) d. Pn. Goh Jing Yen (Ketua Panitia SV) e. Guru-guru mata pelajaran KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 11
  • 12. [Pick the date] 5.13.2. Jadual Pelaksanaan Bil Tugas-Tugas Catatan 1.  Menguruskan aturcara majlis. 1/8/2012 hingga  Menentukan tajuk-tajuk yang ingin disembahkan. 3/8/2012  Memilih lokasi yang sesuai untuk mengadakan pameran.  Menyediakan jadual tugas sewaktu pameran. 2.  Mencari bahan-bahan untuk pemeran. 4/8/2012 hingga  Megumpul info dan fakta serta bahan-bahan yang 13/8/2012 seuai untuk pameran.  Membaca dan berbincang dengan kumpulan untuk memilih bahan-bahan yang sesuai untuk pameran. 3.  Menyediakan cara persembahan dengan kreativiti 14/8/2012 sendiri. Contoh menyediakan poster, risalah, hingga menggunakan komputer, dan sebagainya. 29/4/2012 4.  Memberi penerangan kepada murid-murid yang 30/8/2012 mengunjung pameran supaya mereka lebih terang dan jelas. Semua murid yang bertugas perlu peka terhadap tanggungjawab masing-masing dan melaksanakan tugas-tugas dalam jangka masa yang ditetapkan. Jika menghadapi masalah boleh meminta bantuan daripada guru pembimbing masing- masing. Kerjasam antara murid dan guru amat diperlukan semasa menjalankan tugasan. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 12
  • 13. [Pick the date] 5.13.3. Bahan atau Sumber yang berkaitan Tajuk Pameran a. Internet b. Buku Rujuka Sejarah c. Majalah d. Suratkhabar Untuk memastikan kebetulan, semua maklumat yang dicari perlu disemak oleh guru pembimbing. 5.14. Unsur-unsur Kreativiti Kreativiti murid dapat dibina melalui pameran. Pameran ini bertujuan mempamerkan perjuangan kemerdekaan tanah air. Selepas mencari dan mengumpul maklumat yang diperlukan, kreativiti murid-murid adalah diperlukan kerana mereka perlu mempertimbangkan cara menyusun maklumat yang hendak dipamer. Murid-murid yang bertugas dalam pameran perlu berfikiran kreatif dan bernas semasa mendapat sesuatu idea dan melaksanakan idea dengan sempurna dan baik. Disebabkan pameran merupakan sesuatu yang rumit, murid-murid perlu merancang apa yang patut dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menjalankan langkah yang seterusnya. Murid-murid perlu meningkatkan kemahiran meramal dan membuat keputusan sebelum sesuatu kejadian yang berlaku supaya kebaziran dapat dielakkan. Semasa merancangkan pameran, murid-murid yang terlibat perlulah mampu memberi idea, mengolak idea dan seterusnya dapat mencipta ataupun mereka sesuatu yang baru supaya pameran yang disediakan mempunyai gaya yang tersendiri. Murid-murid perlu kreatif semasa mempersembahkan maklumat kepada pengunjung seperti menggunakan gambar, power point yang bergambar dan sebagainya supaya murid-murid dapat memahami perjuangan kemerdekaan Negara dengan lebih mendalam. Pameran ini penting dalam meningkatkan pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Perancangan ini banyak memberi faedah kepada murid-murid dalam mengembangkan potensi diri yang unik. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 13
  • 14. [Pick the date] 5.15. Nilai Murni 5.15.1. Bekerjasama Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Semasa menyediakan maklumat pameran, kerjasama antara satu sama lain amat diperlukan. Sekiranya, hanya seorang yang bertugas, tentunya tidak dapat menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan. Lagi pun, kebakatan setiap murid adalah berbeza, maka setiap murid haruslah bekerjasama supaya pameran dapat dijalankan dengan lancar. 5.15.2. Patriotisme Pameran ini memperkenalkan sejarah di Malaysia. Dengan itu, semasa mengumpul maklumat, tentunya anak-anak murid dapat memahami peristiwa- peristiwa sebelum kemerdekaan dan bagaimana negara kita mencapai kemerdekaan. Harap-harapnya, pameran itu dapat mengingat anak-anak murid supaya menghargai sumbangan daripada pahlawan-pahlawan dan juga mencintai Negara kita Malaysia lalu memupuk dan menyemaikan semangat cinta akan negara dalam hati murid-murid. 5.15.3. Bertanggungjawab Melalui pameran ini dapat menyedarkan murid-murid pentingnya bersikap bertanggungjawab. Memang pun menyiapkan kerja dan menghantarnya pada masa yang ditetapkan merupakan sikap bertanggungjawab yang perlu ada pada setiap murid. Murid-murid perlulah sedar bahawa apabila terlibat dalam aktiviti, mereka mesti bersikap bertanggungjawab dengan menyertai dan menjalankan aktiviti dengan bersungguh-sungguh agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar. 5.15.4. Rasional Murid-murid boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu yang sedia ada. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 14
  • 15. [Pick the date] 6. AKTIVITI 2 : PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA 6.1. Tema : Satu Bangsa Satu Negara 6.2. Tajuk : Pertandingan Melukis dan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan 6.3. Konsep Pertandingan : Murid-murid akan menunjukkan bakat seni dan kreativiti mereka dalam bentuk melukis dan mewarna. Tema pertandingan ini adalah semestinya kemerdekaan dan patriotik. 6.4. Objektif Pertandingan : 6.4.1. Memberi peluang kepada murid-murid bagi menunjukkan bakat mereka dalam seni lukis. 6.4.2. Memberi pendedahan kepada murid-murid untuk lebih berminat dalam aktiviti seni kreatif serta menggalakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti pertandingan. 6.4.3. Meningkatkan keyakinan dan kendiri murid dalam menghasilkan sesuatu yang kraetif. 6.4.4. Untuk menyemai sikap patriotisme yang tinggi dalam diri masyarakat yang terlibat dengan pertandingan ini. 6.4.5. Memberi peluang kepada murid-murid untuk menghasilkan karya mengikut kreativiti masing-masing. 6.4.6. Melahirkan murid kreatif dan inovatif. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 15
  • 16. [Pick the date] 6.5. Matlamat Pertandingan: 6.5.1. Memberi peluang kepada murid-murid mengaplikasikan ilmu yang diterima sewaktu pengajaran dan pembelajaran dengan pertandingan. 6.5.2. Merangsang daya berfikir, daya kreatif dan inovatif murid-murid dalam usaha menghasilkan karya masing-masing. 6.5.3. Untuk memupuk semangat cintakan negara. 6.5.4. Murid-murid mendapat pendedahan berkenaan konsep 1 Malaysia. 6.5.5. Pelajar dapat mengekspresikan bakat masing-masing 6.6. Anjuran : Program ini dianjurkan bersama oleh: 6.6.1. Jawatankuasa Ko-kurikulum SJK (C) San Min No.2 6.6.2. Panitia Pendidikan Seni Visual, SJK (C) San Min No.2 6.6.3. Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, SJK (C) San Min No.2 6.7. Tarikh / Hari : 26 Ogos 2012 (Ahad) 6.8. Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi 6.9. Tempat Pertandingan : Dewan Serbaguna SJK (C) San Min No.2 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 16
  • 17. [Pick the date] 6.10. Kumpulan Sasaran : Semua murid SJK (C) San Min No.2 6.11. Peralatan dan Bahan-bahan yang perlu disediakan 6.11.1. Kertas-kertas lukisan 6.11.2. Bahan Penghiasan pentas 6.11.3. Mikrofon 6.11.4. Pemain CD 6.11.5. Papan kenyataan untuk menampalkan hasil karya yang menang dalam pertandingan. Untuk melancarkan pertandingan ini, guru yang bertugas hendak memastikan peralatan yang diperlukan disiap sedia sebelum pertandingan tersebut dimulakan. Guru berkenaan juga perlu memastikan peralatan yang disediakan baik dan dapat berfungsi. Bilik yang sesuai perlu disediakan untuk para hakim supaya mereka dapat menilai hasilan murid-murid dalam keadaan yang tidak diganggu. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 17
  • 18. [Pick the date] 6.12. Syarat-syarat Pertandingan 6.12.1. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid SJK (C) San Min No.2, Teluk Intan, Perak. 6.12.2. Terbahagi kepada TIGA kategori dan . 6.12.2.1. Kategori A- Tahun 1 dan Tahun 2 6.12.2.2. Kategori B- Tahun 3 dan Tahun 4 6.12.2.3. Kategori C- Tahun 5 dan Tahun 6 6.12.3. Jenis Pertandingan 6.12.3.1. Kategori A- Mewarna (Pensel Warna). 6.12.3.2. Kategori B- Melukis dan Mewarna (Krayon) 6.12.3.3. Kategori C- Melukis dan Mewarna (Oil Pastel) 6.12.4. Peraturan-peraturan Pertandingan. 6.12.4.1. Terbuka kepada semua murid SJK (C) San Min No.2. 6.12.4.2. Kertas warna akan disediakan oleh pihak sekolah. 6.12.4.3. Peserta-peserta perlu membawa semua peralatan mewarna. 6.12.4.4. Masa pertandingan bagi Kategori A adalah 90 minit, manakala Kategori B dan Kategori C adalah 180 minit. 6.12.4.5. Peserta dikehendaki berhenti mewarna setelah tamat tempoh diberikan. Tindakan membatalkan peryertaan boleh diambil sekiranya peserta terus mewarna. 6.12.4.6. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. 6.12.4.7. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada pukul 11.30 pagi. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 18
  • 19. [Pick the date] 6.13. Tempoh Pendaftaran Tarikh tutup pendaktaran adalah 17 Ogos 2012 (Jumaat). 6.14. Metodologi Penilaian 6.14.1. Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima daripada kumpulan yang menyertai pertandingan ini. 6.14.2. Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap gaya lukisan dan kreativiti hasil karya yang diterima. 6.14.3. Kriteria-Kriteria yang diambil kira adalah seperti berikut. 6.14.3.1. Pertandingan Melukis dan Mewarna Kriteria Markah Penuh 1. Keaslian 15% 2. Pemilihan Warna 35% 3. Kesesuaian a. Ideatiti dan imej korporat (10%) 20% b. Ketepatan kepada tema (10%) 4. Kreativiti a. Reka bentuk (15%) 40% b. Kekemasan (10%) c. Unik (15%) JUMLAH KESELURUHAN 100% KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 19
  • 20. [Pick the date] 6.15. Hadiah Pertandingan Hanya sepuluh hasil karya sahaja bagi setiap kategori akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang-pemenang akan menerima hadiah serta sijil penghargaan seperti berikut. (tertakluk pada pindaan) Hadiah-hadiah Johan Wang Tunai RM20, hadiah Istimewa dan Sijil Naib Johan Wang Tunai RM10, hadiah Istimewa dan Sijil Ketiga Wang Tunai RM5, hadiah Istimewa dan Sijil Sagu Hati (7 buah) Hadiah Istimewa dan Sijil 6.16. Langkah-langkah Pelaksanaan 6.16.1. Menubuhkan Jawatankuasa Induk. Pengerusi : En. Ong Chin Huat (Guru Besar SJK (C) San Min No.2) Naib Pengerusi : En. Tan Chuang Tong (PK1, SJK (C) San Min No.2) : Cik Teh Guat Wah (PK HEM, SJK (C) San Min No.2) : Pn. Ngoo Siew Hong (PK KK, SJK (C) San Min No.2) Setiausaha : Pn. Chong Poh Lian Bendahari : Pn. Teoh Hui Ling Juru Ordit : Pn. Ngoo Siew Hong Ahli Jawatankuasa : Semua Guru KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 20
  • 21. [Pick the date] 6.16.2. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Hari Kemerdekaan 2012 En. Keong C.E Pn. Sik L.P Perhiasana Pentas / Pengemasan Pn. Ng K. B Cik Cheah S. E Juruacara Pn. Wan Yuet Sum Penyelaras Pn Yap T.S Pertandingan Cikgu Wan Pn Eu L.N. Tahun 1 dan 2 Cik Ng K.M. Pn. Kway L.K. Pn. Goh J.Y. Pn. Moy K.L. Hakim Tahun 3 dan 4 Pn Teh D.E. Pn Lee L. C. Cikgu Misya Cik Teh G.W. Tahun 5 dan 6 Cikgu Nik Pn Lee S.S. Pn. Liew B.C. Cik Loh S.Y Disiplin Murid Pn. Tan Y.T. Pn. Yong Y. Y. Pn Lee S.T. Cik Lau W.S Jamuan Tetamu Pn. Loh S.L. Pn Lew M.G. Pn Kang Y.L. Cik Chong S.F Makanan Peserta Pn Tan Y.N. Cik Tan B.S. Hadiah Pn Lam C. K. Cik Tang A.L Siaraya En Tan C.T. Pn Moi G.C. Jurufoto Cik Moy K.L. Pn. Ong Y.M KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 21
  • 22. [Pick the date] 6.16.3. Jadual Pelaksanaan Bil AJK KERJA TUGAS-TUGAS CATATAN 1. Hiasan pentas  Persiapan latar belakang dan Sebelum pentas. pertandingan mula  Memastikan banner digantung dan disimpan.  Menyusun kerusi. 2. Sambutan  Senarai VIP yang hendak Hantar kad dijemput. sebelum 22 Ogos 2012  Sediakan kad jemputan. 3. Hadiah  Menguruskan pembelian hadiah / Mengendalikan cenderahati. Penyampaian  Sediakan anggaran perbelanjaan. hadiah  Anggaran Perbelanjaan dibincangkan dengan Guru Besar. 4. Siaraya  Menyediakan alat-alat siaraya Sebelum pukul yang diperlukan oleh pertandingan. 8.00am pada hari tersebut  Memastikan alat siaraya berfungsi dengan baik.  Menyiarkan lagu patriotisme yang sesuai semasa pertandingan dijalankan.  Menyimpan semua alatan selepas pertandingan. 5. Jurufoto  Merakam dan mengambil gambar Sepanjang semasa aktiviti dijalankan. masa pertandingan  Menyediakan dokumentasi dan KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 22
  • 23. [Pick the date] segala kertas kerja sambutan hari kemerdekaan. 6. Juruacara  Menyediakan teks yang Sepanjang bersesuaian bagi setiap majlis. masa pertandingan 7. Jamuan  Menyediakan makanan yang Menempah cukup untuk semua tetamu dan makanan dan peserta. menyiapkan makanan sebelum jamuan dimulakan Semua guru yang bertugas perlu peka terhadap tanggungjawab masing-masing dan melaksanakan tugas-tugas dalam jangka masa yang ditetapkan. Kerjasama antara guru amat diperlukan semasa menjalankan tugasan. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 23
  • 24. [Pick the date] 6.17. Unsur-unsur Kreativiti Kreativiti murid dapat dibina melalui pertandingan melukis dan mewarna sempena hari kemerdekaan. Pertandingan ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan yang disediakan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa beinteraksi dengan alat dan bahan, muris membuat interpretasi dan menyelaraskan konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ini merupakan salah satu peluang untukmurid-murid belajar. Dalam menghasilkan karya seni, murid-murid akan lebih berdisplin, cekal dan berminat dengan subject seni ini. Keyakinan murid dapat ditingkatkan dengan memberikan peluang kepadanya. Secara tidak langsung, ini dapat membantu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi. Dengan ini, murid-murid akan berasa menyeronok dalam mempelajari seni. Murid yang menyertai aktiviti melukis dan mewarna dalam suasana keriangan dan keseronokan sudah pasti bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan terhadap pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh sebab itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. Ternyatanya, pertandingan ini dapat meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Murid-murid perlulah banyak diberi peluang untuk mengembangkan potensi diri supaya mereka dapat mengambil tahu kekuatan diri. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 24
  • 25. [Pick the date] 6.18. Nilai Murni Nilai-nilai murni yang dapat dikembangkan dalam sambutan Hari Kemerdekaan melalui pertandingan melukis dan mewarna adalah seperti berikut: 6.18.1. Menepati masa Murid-murid yang menyertai pertandingan, murid-murid mesti menepati masa. Sekiranya mereka lewat, kemungkinannya mereka tidak dapat menyertai pertandingan. Lagipun, setiap pertandingan, masa yang diperuntukkan adalah penting, jika murid-murid tidak dapat menyiapkan hasilan dalam masa yang ditetapkan, hasilan mereka akan dibatalkan. Maka, melalui pertandingan melukis dan mewarna ini, murid-murid perlu selalu mengamalkan nilai menepati masa. 6.18.2. Kesabaran Melukis dan mewarna merupakan bidang yang memerlukan kesabaran. Murid-murid perlu sabar semasa pertandingan, supaya mereka menghasilkan karya yang baik dan memuaskan. Sekiranya, murid-murid tergesa-gesa semasa melukis atau mewarna, pastinya hasilan mereka kasar. Maka, boleh dikatakan bahawa melukis dan mewarna dapat melatih kesabaran seseorang. 6.18.3. Bertanggungjawab Melalui pertandingan dapat menyedarkan murid-murid pentingnya bersikap bertanggungjawab. Memang pun menyiapkan kerja dan menghantarnya pada setiap murid. Murid-murid perlulah sedar bahawa apabila terlibat dalam aktiviti, mereka mesti bersikap bertanggungjawab dengan menyertai dan menjalankan aktiviti dengan bersungguh-sungguh agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar. 6.18.4. Yakin pada Diri Sendiri Dalam pertandingan melukis dan mewarna, murid-murid yang menyertai pertandingan mestilah mempunyai keyakinan diri supaya mereka tidak dipengaruhi oleh rakan-rakan. Melukis dan mewarna merupakan bidang yang kreatif. Maka, murid-murid mesti mempunyai yakin diri dan selalu percaya kepada kebolehan diri dalam menghasilkan karya yang kreatif dan tersendiri. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 25
  • 26. [Pick the date] 6.18.5. Berani Mencuba Murid-murid yang menyertai pertandingan ini perlulah berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif dan inovatif. Murid-murid perlu mencuba apa yang dianggap baik dalam pertandingan. Latihan in dapat mengembang potensi individu secara tidak langsung. 6.18.6. Berdikari Nilai berdikari juga dapat dipupuk dalam pertandingan mewarna dan melukis kerana murid-murid dapat menghasilkan karya tanpa bantuan orang lain. Mereka mempunyai kesanggupan dan kebolehan melakukannya seorang diri. Tambahan pula, mereka yakin kepada diri sendiri, percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak. 7. Kesimpulan Realitinya, apabila semua miurid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi matlamat sosial iaitu diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid bukan sahaja perlu diterima oleh kelompok atau masyarakat, mereka juga memerlukan kasih sayang dan perhatian. Dengan itu, banyak memberi galakan dan pujian kepada anak-anak murid supaya mereka merasakan bahawa guru menghargai bakat mereka yang istimewa. Secara tidak langsung, hubungan antara guru dan murid dapat dieratkan. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dalam keadaan yang harmonis, tentunya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 26
  • 27. [Pick the date] BIBLIOGRAFI Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Perak: Quantum Books. Gardner. (1990). Art Education and Human Development. California: The Getty Education Institute Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep, Teori dan Praktis. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Nor Anuwar bin Hamat. Kreativiti Dalam Pendidikan Jabatan Kajian Sosial dari laman web http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan Ibrahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI. Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd.Azhar.Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep Teori dan Praktiks. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 27