Dokumen tersebut memberikan informasi mengenai sifat-sifat Rasulullah SAW dalam berbagai aspek kehidupan seperti akhlak, adab makan, berpakaian, dan hal-hal yang tidak digemari. Rasulullah SAW digambarkan sebagai sosok yang rendah hati, adil, sabar, dan menjunjung tinggi kesopanan dalam segala tindakannya.
1. Rasulullah..yaa Rasulullah Muhammad Rasulullah SAW Created by tarsihekaputra@trainersclub.or.id “ disusun semata untuk permenungan dan bukan untuk kesombongan [bukankah sombong Merupakan JUBAHnya ALLAH SWT, dan barang siapa yang menggunakannya (SOMBONG) maka ia akan berhadapan dengaNYA ”
2. Rasulullah..yaa Rasulullah Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhirat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. diantara doa baginda berbunyi: ‘ Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku’ Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al –Qur’anul Karim yang mengandung pelajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an (Riwayat Muslim – Saad Hisham) Mafhum Firman Allah SWT:- ‘ Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’ (Surah Al-Qalam : 4)
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11. Keberanian Rasulullah SAW Sayyidina Ali r.a. berkata "Sesungguhnya engkau melihat aku pada hari Perang Badar. Kami berlindung kepada Nabi SAW dan baginda yang paling terdekat kepada musuh dari kami. Dan baginda pada hari itu di antara manusia yang sangat perkasa" Rasullulah memimpin 313 orang pasukan muslim pada perang Badar yang terkenal dahsyat, wajah baginda tidak menampakkan ketakutan sedikitpun, meski jumlah musuh pada saat itu 1000 orang lebih dengan segala perlengkapan perang. Dan berahir dengan kemenangan mutlak di fihak kaum muslimin. ‘ Imran bin Husain berkata : "Tiada Rasulullah SAW menemui suatu kumpulan tentara, melainkan beliaulah orang yang pertama memukulnya" Para sahabat berkata bahwa Nabi SAW sangat besar keberaniannya. Tatkala baginda dikepung oleh kaum musyrik, baginda turun dari kudanya lantas berkata dengan lantang "Aku ini Nabi !, bukan pendusta..!!. Aku Putera Abdul Mutalib" Maka tiada seorangpun yang dilihat pada hari itu yang lebih berani dari Nabi SAW. Sementara itu, penunggang kuda yang gagah berani, yang sudah masyhur dan terkenal dengan kisah-kisah kepahlawanannya, yaitu Ali bin Abi Thalib menceritakan keberanian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai berikut: "Apabila dua pasukan sudah saling bertemu dan peperangan sudah demikian sengit, kilatan pedang berdesing, kamipun berlindung di belakang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tidak ada seorangpun yang paling dekat kepada musuh daripada beliau." (HR. Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah, silakan lihat di dalam Shahih Muslim III / no.1401).
12. Kerendahan diri Rasulullah SAW Baginda SAW tidak pernah menyia-nyiakan kesempatan untuk mengunjungi orang sakit, menghantar jenazah atau makan bersama-sama dengan hamba/sahaya. Baginda berpakaian ringkas. Baginda membenci perbuatan orang berdiri hormat apabila baginda sedang melintas atau datang ke sebuah majelis/ perkumpulan. Baginda suka memberikan salam kepada anak-anak kecil/muda. Pernah ada seorang lelaki yang gementar melihat wajah baginda, lalu ditenteramkan oleh baginda dengan bersabda "Permudahkan (urusan) mu, aku bukannya raja. Aku hanya putera seorang perempuan Quraisy, yang memakan daging kering" Baginda sentiasa duduk bersama-sama dengan sahabatnya dan tidak pernah membeda-bedakan siapapun di antara sahabatnya walaupun baru dikenalinya. Baginda SAW begitu gemar berbicara mengenai pelbagai hal dari perkara-perkara bersabit akhirat hingga dunia. Kadangkala baginda hanya tersenyum apabila para sahabatnya membaca syair atau bergurau tetapi segera melarang jika berlaku perkara-perkara haram. Adab makan baginda juga jelas menunjukkan rasa kerendahan dirinya. Tidak suka bersandar walaupun pernah disuruh Sayyidina Ali r.a. dan tidak pernah bermeja ketika makan – makan (cara hamba/sahaya.)
13.
14.
15.
16.
17.
18. Diantara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :- ‘ Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus’ Seluruh tulisan ini Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumiddin – Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazaly. Demikian… agar kita sedikit lebih mengenal lagi profil pribadi sang pembawa Islam..Amin. Mohon di teruskan tulisan ini kepada rekan sesama muslim, semoga dapat menambah dan menggugah iman kita pada Allah dan Rasulnya