SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 32
Descargar para leer sin conexión
SULIT 02/1
SULIT
02/1
BAHASA MELAYU
Kertas1
Masa 1 jam
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009
BAHASA MELAYU
Kertas 1
Satu jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.
2. Jawab semua soalan
3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang
disediakan
4. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-
tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan semua jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.
Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak
@PKPSM Pahang
SULIT 02/1
Soalan 1 – 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Beras yang tumpah _________ di atas lantai itu disapu oleh kakak.
A berguguran
B bersepahan
C berhamburan
D berserakan
2. Orang buta itu ________ dilanggar kereta ketika dia hendak menyeberang jalan
raya.
A hampir-hampir
B dekat-dekat
C akan-akan
D tepat-tepat
3. Disebabkan beberapa masalah, mesyuarat bulanan persatuan itu terpaksa
_______ ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.
A dibubarkan
B ditangguhkan
C dihentikan
D diberitahu
4. Para penonton terpeseona _______ kemerduan suara penyanyi itu
mendendangkan lagu nasyid..
A dengan
B tentang
C kepada
D oleh
5. Setelah bertahun-tahun menghilangkan diri, akhirnya ia ________ di
kampungnya..
A muncul
B timbul
C tampil
D wujud
SULIT 02/1
6. Ibu sangat gembira kerana pada pada hari jadinya, ayah telah menghadiahkan
_______ kalung berlian.
A sebentuk
B seutas
C seuntai
D seurat
7. Puan Ziah bercadang untuk _______ perniagaan kainnya dengan membuka
cawangan di Kuala Lumpur.
A membesar
B memperbesarkan
C membesari
D memperbesar
Soalan 8 – 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat
kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada
kesalahan telah ditandakan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
8. Belakangan ini pemantauan pascaprojek pembangunan perlu dilakukan bagi
A B
mempastikan keberkesanannya. Tiada kesalahan
C D
9. Apabila menghadapi apa-apa jua masalah dalam kehidupan, kita hendaklah
A B
Berdoa pada Yang Maha Esa. Tiada kesalahan
C D
10. Ucapan tahniah atas perlantikan sebagai ketua pengarah bertalu-talu
A B
diterimanya sejak pagi tadi. Tiada kesalahan
C D
11. Semua kanak-kanak di situ dinasihati supaya tidak mandi dan bermain di
A B C
lombong tinggal itu. Tiada kesalahan
D
12. Aktivis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam
A B C
kerja-kerja kemasyarakatan. Tiada kesalahan
D
SULIT 02/1
SULIT 02/1
13. Emak membancuh air sirap setelah menjerang nasi untuk dihidangkan kepada
A B C
tetamu. Tiada kesalahan
D
14. Dalam majlis itu sultan telah mencemar duli apabila baginda berkenan untuk
A B C
santap bersama-sama dengan rakyat jelata. Tiada kesalahan
D
Soalan 15 - 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15. I Sesiapa yang bercita-cita hendak menjadi angkasawan haruslah berani
menongkah arus.
II Orang muda tidak sepatutnya menongkah perbualan orang-orang tua.
III Mohd Muqri sentiasa menongkah dagu apabila guru sedang mengajar.
IV Roslaiha tidak pernah menongkah arahan gurunya.
A I dan II
B I dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
16. I Pihak Inggeris dikatakan tidak bersedia ketika perlanggaran tentera Jepun
terhadap Tanah Melayu dalam Perang Pasifik dahulu
II Motosikal yang ditunggangi oleh Abdul Rahim terbabas lalu perlanggaran
tiang elektrik.
III Perlanggaran peraturan sekolah oleh pelajar pada hari ini semakin
membimbangkan pihak sekolah.
IV Kes-kes perlanggaran sering berlaku di jalan-jalan utama di negara kita
akibat kecuaian pemandu.
A IV
B I dan II
C III dan IV
D I, III dan IV
SULIT 02/1
17. I Nilai kereta itu semakin kusut setelah digunakan beberapa tahun.
II Tubuhnya kelihatan kusut akibat demam yang dialaminya beberapa lama.
III Setelah mengadakan perbincangan, perkara yang kusut itu telah dapat
diselesaikan.
IV Keadaan benang itu telah kusut menyebabkan sukar untuk mencari
puncanya.
A I dan II
B I dan IV
C III dan IV
D II, III dan IV
Soalan 18 – 21
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu
mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga
tidak.
Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan
perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan
jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.
18. Terjawab juga oleh kami soalan-soalan yang sangat sukar itu.
A Dijawab juga kami
B Terjawab kami juga
C Dijawab juga oleh kami
D Terjawab juga oleh kami
19. Pelancong itu sedang menanyakan akan polis jalan menuju ke Muzium Negara.
A bertanya polis
B menanyai polis
C bertanyakan polis
D menanyakan akan polis
20. Askar-askar itu berjuang demi untuk negara yang mereka cintai.
A demi negara yang mereka cintai
B demi negara yang dicintai mereka
C untuk negara yang mereka cintai
D demi untuk negara yang mereka cintai
21. Kedua-dua orang adik-beradik itu ialah anak kepada Pak Man.
A Kedua adik –beradik itu
B Kedua-dua adik-beradik itu
C Kedua orang adik-beradik itu
D Kedua-dua orang adik-beradik itu
SULIT 02/1
Soalan 22 – 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.
22. Pihak pemaju perumahan digesa agar membina lebih banyak rumah kos
rendah untuk keperluan golongan berpendapatan rendah.
A. Golongan miskin sentiasa mengharapkan pemaju perumahan membina
rumah kos rendah dengan lebih banyak.
B Rumah kos rendah hendaklah didirikan oleh pemaju perumahan kerana
diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah
C Golongan berpendapatan rendah memerlukan rumah kos rendah, yang
banyak dibina oleh pihak pemaju perumahan..
D Demi kepentingan golongan kurang berkemampuan, pemaju perumahan
diminta supaya banyak mendirikan rumah kos rendah.
23. Malaysia sebagai negara yang sedang membangun tidak harus terlalu
mengharapkan tenaga buruh asing.
A Sebagai negara yang sedang meningkat maju, Malaysia tidak sewajarnya
bergantung kepada tenaga kerja luar.
B Malaysia tidak perlu mengharapkan tenaga buruh asing untuk
membangunkan negara ini.
C Pengambilan buruh asing di negara yang sedang membangun tidak
patutnya dilakukan oleh Malaysia.
D Malaysia sebagai negara maju tidak sepatutnya mengharapkan tenaga kerja
asing untuk membangunkannya.
24. Kempen inflasi sifar tidak berjaya sepenuhnya kerana kurang mendapat
kerjasama daripada para peniaga.
A Sokongan yang kurang daripada peniaga-peniaga menyebabkan kempen
inflasi sifar gagal mencapai matlamat keseluruhannya..
B Sikap para peniaga yang mahu mengaut keuntungan yang tinggi telah
menggagalkan kempen inflasi sifar.
C Kurangnya kerjasama yang sepenuhnya daripada para peniaga
menyebabkan kempen inflasi sifar telah gagal.
D Keberkesanan kempen inflasi sifar hanya akan berjaya jika para peniaga
memberikan sokongan.
SULIT 02/1
Soalan 25 – 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25. I Hanisah menyatakan yang dia tidak akan menyertai rombongan tersebut
walaupun telah dipujuk oleh gurunya.
II Basikal itu dibeli ayah untuk saya kerana kejayaan saya dalam peperiksaan
PMR lalu.
III Amirah menangis oleh kerana anaknya yang hilang itu belum ditemui lagi.
IV Bas ekspres itu bolak-balik dari Kuantan ke Kuala Lumpur pada setiap
minggu.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D I, III dan IV
26. I Udara kotor di kawasan itu mencemarkan alam yang bersih.
II Encik Razak mengambilkan isterinya ubat demam untuk dimakan..
III Azizan membawakan gurunya hadiah pada hari guru.
IV Petani itu sedang mengisi padi dalam guni untuk dibawa pulang.
A I dan III
B II dan III
C II dan IV
D I, II dan IV
27. I Bapanya bukan pergi ke pejabat pada hari ini.
II Kedua suami isteri itu bekerja keras demi masa depan anak-anaknya.
III Pelajar yang kena hukum oleh gurunya itu telah menginsafi kesilapannya..
IV Kita harus berwaspada agar tidak diperalatkan oleh orang lain.
A III
B I dan II
C III dan IV
D I, II dan IV
Soalan 28 – 30
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.
28. Walaupun kehidupannya susah tetapi Pak Amri telah melakukan pelbagai kerja
dan berjimat cermat dalam berbelanja untuk menyekolahkan anak-anaknya. ini
kehidupannya berubah setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya masing-
masing. Usaha Pak Amri boleh dikatakan seperti peribahasa berikut kecuali
A Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
B Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
C Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
D Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian
SULIT 02/1
29. Asyraf berjaya mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur tetapi ibunya mahu dia
terus tinggal di kampung untuk membantunya. Situasi ini menyebabkan Asyraf
berasa tertekan untuk membuat pilihan.
Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas ialah
A hilang di mata, di hati jangan
B rambut sama hitam, hati lain-lain
C ditelan mati emak, diluah mati bapak
D yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran
30. Emak menasihati adik supaya belajar bersungguh-sungguh agar mencapai
kejayaan dalam pelajaran.
Pernyataan di atas sesuai dipadankan dengan peribahsa
A Diam ubi berisi, diam penggali berkarat
B Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
C Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
D Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Sebermula, maka tersebutlah perkataan juragan kapal. Telah hari siang, pagi-
pagi hari, maka juragan pun bersiaplah naik ke darat diiringkan oleh anak-anak
perahunya membawa naik anak itik itu. Maka baginda pun sudah hadir di atas
singgahsana takhta kerajaan dihadapi oleh sekalian menteri, hulubalang, sida-sida,
bentara, rakyat bala, hina dina hendak melihat temasya itu. Hatta baginda pun
menitahkan seorang biduanda memanggil Ahlil Nujum Belalang dengan segeranya.
Maka biduanda pun menyembah lalu turun berjalan ke rumah Ahlil Nujum Belalang.
Maka katanya, "Titah tuanku memanggil Ahlil Nujum; Juragan dan sekalian orang
telah berhimpun di balai semuanya."
Maka Ahlil Nujum pun bersiap-siapkan sirehnya lalu menghadap baginda. Maka
sampailah di balairung seri. Maka titah baginda, "Marilah ke mari." Ahlil Nujum
Belalang pun dekatlah dengan baginda. Maka titah baginda, "Apakah hal Ahlil
Nujum, hendak mengenal anak itik itu jantan betinanya?" Maka sembah Pak
Belalang, "Ampun tuanku beribu-ribu ampun, jenuh patik mencari di dalam buku tib
patik. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja ada di dalam dua baris tertulis
di situ mengatakan demikian. Bahawasanya ada pun hendak mengenal anak itik
jantan betinanya dengan air. "Maka titah baginda menyuruh ambilkan suatu
terenang emas. Maka dibawa oleh dayang-dayang dipersembahkan kepada
baginda. Maka titah baginda, "inilah air, Ahlil Nujum."
Maka sembah Pak Belalang, "Kemudian dilepaskan seekor; mana-mana yang
dahulu menyelam, itulah betina dan yang kemudian menyelam itulah jantannya.
"Maka titah baginda, "Lepaskanlah."
Sembah Pak Belalang, "Silakanlah tuanku melepaskannya. "Titah baginda. "Beta
tia tahu." Maka Pak Belalang pun bangun seraya menyembah melepaskan anak itik
itu. Maka apabila dilepaskannya seekor di dalam terenang, maka anak itik itu pun
SULIT 02/1
lalu menyelam. Maka sembah Pak Belalang, "Itulah betina, tuanku. "Kemudian
dilepaskan pula seekor lagi, lambat menyelam.
Titah baginda, "Lambat pula menyelam itu." Sembah Pak Belalang, "yang lambat
menyelam itu jantan, tuanku."
Maka baginda pun memandang kepada juragan kapal itu. Titah baginda,
"Apakah benar juragan, betulkah seperti kata Ahlil Nujum beta itu?" Maka jawab
juragan itu seraya menyembah, "Benarlah tuanku seperti kata Ahlil Nujum ini. Di
manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?"
Dipetik daripada.
"Pak Belalang"
(Antologi Anak Bumi Tercinta)
31. Mengapakah baginda memanggil Ahlil Nujum ke istana?
A Baginda telah menyanggupi untuk bertaruh dengan juragan kapal
B Baginda ingin mendapatkan pandangan Pak Belalang tentang cara
menentukan jantina anak itik
C Baginda mahu Pak Belalang mencari jawapan untuk baginda
D Baginda ingin mengetahui jawapan tentang cara menentukan jantina anak itik
32
Ungkapan di atas menggambarkan juragan seorang yang
A tidak berpura-pura
B tidak bercakap bohong
C tidak membohongi raja
D tidak mahu menyembunyikan jawapan
33. Berikut merupakan nilai-nilai yang terkandung dalam petikan, kecuali
A jujur
B bijaksana
C taat setia
D bercakap benar
34. Pilih urutan peristiwa berikut dengan tepat berdasarkan susunan peristiwa
dalam cerita Pak Belalang.
A Juragan menghadap raja persetujuan dicapai nyatakan pertaruhan
rahsia bocor
B Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan rahsia bocor
persetujuan dicapai
C Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan persetujuan dicapai
rahsia bocor
D Persetujuan dicapai juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan
rahsia bocor
Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?
SULIT 02/1
35. Bagaimanakah kesudahan cerita ini?
A Juragan terpaksa menyerahkan kapal dan segala muatannya
B Pak Belalang dapat menjawab soalan yang dikemukakan
C Juragan menyesal kerana bertaruh dengan raja
D Juragan dihantar pulang berserta dengan bekalan makanan ke negerinya
Soalan 36 - 40
Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
NEGERI CINTA
Alam adalah sebahagian daripada kita
alam adalah syurga kami
cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga
cinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawi
Di sana negeri tercantik
negeri terlindung di luar penglihatan
negeri kerinduan, negeri penghijrahan
dari buruan kehidupan yang mencekik.
Ini laut kita, lindungilah dari pencemaran
ini hutan kita, lindungilah dari pemusnahan
ini langit kita, lindungilah dari keracunan
ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan.
Malaysia negeri alam dunia sebelah sini
negeri impian, negeri gemerlapan
lindungi dari keganasan-keganasan modenisasi
negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan.
Nahmar Jamil
(Dipetik daripada Antologi Sehijau Warna Daun,
Tingkatan 1, DBP)
36. Harapan penyajak kepada pembaca
A menghargai negeri yang cantik
B melindungi alam daripada kemusnahan dan pencemaran
C menghargai apa-apa sahaja yang tumbuh di muka bumi ini
D mengekalkan keamanan dan keharmonian supaya terhindar daripada
sebarang ancaman
SULIT 02/1
37. Perkara-perkara yang berikut ingin dipertahankan oleh penyajak kecuali
A keamanan
B kekuatan
C kebudayaan
D perpaduan
38. Nilai yang berikut terdapat dalam sajak kecuali
A cinta akan alam semula jadi
B cinta akan tanah air
C kerjasama
D prihatin
39. Berdasarkan petikan "kehidupan yang mencekik" ialah gaya bahasa
A metafora
B perlambangan
C personifikasi
D paradoks
40. Pengajaran yang berikut terdapat dalam sajak, kecuali
A Kita hendaklah menentang proses modenisasi
B Kita hendaklah memelihara keindahan alam untuk kesejahteraan
C Kita hendaklah menjaga kedamaian dan keharmonian antara kaum
D Kita hendakalah merancang pembangunan yang menitikberatkan alam sekitar
KERTAS SOALAN TAMAT
SULIT
02/1
Bahasa Melayu
Ogos 2009
PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3
SKEMA JAWAPAN
BAHASA MELAYU
Kertas 1
[Lihat sebelah
SULIT
02/1 © 2009 Hak Cipta JPNP
PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU
Kertas 1
SKEMA JAWAPAN
NO JAWAPAN NO JAWAPAN
1 D 21 D
2 A 22 D
3 B 23 A
4 D 24 A
5 A 25 C
6 C 26 B
7 D 27 A
8 C 28 B
9 C 29 C
10 A 30 D
11 D 31 A
12 A 32 B
13 B 33 C
14 D 34 C
15 B 35 D
16 A 36 B
17 C 37 B
18 D 38 C
19 B 39 C
20 B 40 A
SULIT
02/2
Bahasa Melayu
Kertas 2
2 jam
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TAHUN 2009
BAHASA MELAYU
KERTAS 2
Masa : 2 jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A,
Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.
2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian :Bahagian A(i) dan
Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua
bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti
dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan
dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.
3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab
Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C
dan 10 minit untuk bahagian D.
_____________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak
@PKPSM Pahang
SULIT 02/2
LIHAT SEBELAH2http://dahliajournal.blogspot.com
Bahagian A ( i )
[ Masa dicadangkan : 40 minit ]
[ 20 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faedah-
faedah menyertai kegiatan kokurikulum kepada pelajar. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kokurikulum merupakan satu bentuk pendidikan tidak formal di luar bilik darjah.
Kokurikulum terbahagi kepada tiga kategori iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan
serta sukan dan permainan.
Aktiviti yang diadakan melalui kegiatan ini jelas memberikan manfaat kepada
mereka yang terlibat atau mengambil bahagian. Salah satu faktor rosaknya akhlak
pelajar-pelajar masa ini disebabkan mereka tidak terbabit dalam aktiviti yang berfaedah.
Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum juga dapat mencerna minda pelajar-
pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulan pula membolehkan mereka belajar
hidup bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.Cara ini akan menjadikan
pelajar lebih bertanggungjawab. Selain itu, pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum
di sekolah dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya. Oleh hal
yang demikian, mereka tidak ada lagi ruang untuk terlibat dalam kegiatan-kegiatan
negatif. Kegiatan kokurikulum juga dapat dijadikan medan untuk melahirkan bakal
pemimpin pada masa hadapan.
Selain itu, sikap bertanggungjawab juga terbentuk dalam kalangan pelajar yang
bergiat aktif dalam kokurikulum. Sikap bertanggungjawab ini bukan sahaja kepada diri
sendiri, keluarga dan sekolah, bahkan juga kepada negara. Hal ini dapat dibuktikan
melalui penyertaan pelajar dalam aktiviti silat, tae kwan do, dan sebagainya. Kemahiran
dan pengetahuan ini dapat digunakan semasa mereka berada di luar sekolah atau setelah
tamat persekolahan.
Aktiviti kokurikulum juga menjadikan seseorang pelajar itu cergas dan cerdas dari
segi fizikal dan mental. Pelajar-pelajar yang menganggotai unit beruniform seperti
Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, dan sebagainya sering mengikuti aktiviti
yang lasak yang akhirnya pengalaman itu dapat membentuk mereka menjadi berani.
Di samping itu, pelajar juga dapat menghabiskan masa mereka dengan melakukan
perkara-perkara yang berfaedah. Mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan
menjalankan aktiviti persatuan, kelab permainan, dan badan beruniform. Semangat
bekerjasama antara rakan,,bermuafakat, dan perpaduan turut terbentuk apabila pelajar
melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.
SULIT 02/2
LIHAT SEBELAH3http://dahliajournal.blogspot.com
Bahagian A ( ii ) : Pemahaman
[ 10 markah ]
Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ), jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
1 Berikan maksud rangkai kata tidak ada lagi ruang dalam petikan di atas.
[ 2 markah ]
2 Apakah bukti bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
berguna kepada mereka?
[ 4 markah ]
3 Nyatakan dua langkah yang pada pendapat anda dapat memupuk minat
pelajar agar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
[ 4 markah ]
SULIT 02/2
LIHAT SEBELAH4http://dahliajournal.blogspot.com
Bahagian B
[ 20 markah ]
Rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang. sumbangan persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia kepada masyarakat Panjangnya huraian anda hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sumbangan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
PERSATUAN
BULAN SABIT
MERAH
MALAYSIA
(PBSM)
MERAWAT
KECEDERAAN
KECIL AHLI
SUKAN
RAWATAN AWAL
MANGSA
KEMALANGAN
BANTUAN
RAWATAN
MANGSA
BENCANA ALAM
SULIT 02/2
LIHAT SEBELAH5http://dahliajournal.blogspot.com
Bahagian C
[ 40 Markah ]
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya
karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
1 Kepentingan menguasai pelbagai bahasa amat dititikberatkan dalam
diri seseorang pelajar sejajar dengan perkembangan ilmu sains dan
teknologi.
Kemukakan pendapat anda.
2 Anda menuntut disebuah sekolah berasrama penuh dan berkesempatan
menyertai lawatan sambil belajar ke tempat peranginan.
Tulis sepucuk surat kepada keluarga untuk menceritakan pengalaman
anda itu. .
3 Persatuan Sejarah Sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke sebuah Muzium . Sebagai setiausaha persatuan, anda
dikehendaki menulis satu laporan tentang lawatan itu.
Tulis laporan tersebut selengkapnya.
3 Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini kian
terhakis.
Huraikan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk
semangat kejiranan.
5 Sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam usaha memajukan
negara.
Jelaskan langkah-langkah untuk memajukan sektor ini.
SULIT 02/2
LIHAT SEBELAH6http://dahliajournal.blogspot.com
Bahagian D
[ 10 markah ]
Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan
Tingkatan 2.
( i ) Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh.
( ii ) Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin
Berikan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan Satu dan dua contoh
peristiwa daripada novel Tingkatan Dua berdasarkan pernyataan di atas.
KERTAS SOALAN TAMAT
Semangat cinta akan tanah air
1
02/2
Bahasa Melayu
Ogos 2009
2 jam
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR
NEGERI PAHANG TAHUN 2009
________________________________________________________________
BAHASA MELAYU
Kertas 2
PERATURAN PEMARKAHAN
2
SKEMA PEMARKAHAN
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2)
PEPERIKSAAN PERCUBAN PMR 2009
Bahagian A (i) – 20 markah
Bahagian A (ii) – 10 markah
Bahagian B – 20 markah
Bahagian C – 40 markah
Bahagian D – 10 markah
-----------------
JUMLAH : 100 markah
___________
BAHAGIAN A (i) – RINGKASAN (20 Markah)
Markah Isi : 10 markah
BILANGAN ISI MARKAH
5 9 – 10
4 7 – 8
3 5 – 6
2 3 – 4
1 1 – 2
Markah Bahasa : 10 markah
- Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan
- Bahasa dinilai secara impression
- Kriteria pemeringkatan markah seperti di bawah :
Peringkat Markah Deskripsi
Cemerlang 9 – 10 - Bahasa baik dan lancar
- Guna ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis
dan penanda wacana sesuai
- Ejaan dan tanda baca betul
Baik 6 - 8 - Bahasa baik dan lancer
- Masih berupaya guna ayat sendiri, pemilihan kata
agak terhad, ayat masih gramatis dan penanda
wacana masih sesuai
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang
minimum
3
Memuaskan 3 – 5 - Bahasa kurang lancer
- Terdapat kesalahan yg ketara dalam ayat, ejaan dan
tanda baca
atau – menyalin ayat daripada petikan asal secara
terpilih
Penguasaan
Minimum
1 – 2 - Keseluruhan jawapan menggamabarkan penguasaan
bahasa yang lemah
- Menyalin secara terus daripada petikan
Cadangan Cara Penandaan Ringkasan
1. Isi minimum 5. Pemeriksa dikehendaki menanda / apabila terjumpa isi yang betul dan tulis
1 untuk isi yang pertama dan tulis 2 untuk isi yang kedua dan seterusnya (hingga isi kelima.)
1 2 3 4 5
Contoh : / / / / /
2. Jawapan calon diperiksa sehingga 80 patah perkataan, tetapi dibenarkan sehingga habis
perkataan dalam ayat terakhir. Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkataan.
3. Kalau calon menulis berperenggan, periksa seperti biasa.
4. Calon menyalin isi secara terpilih tanpa sebarang perubahan ayat asal, markah isi seperti
biasa, tetapi markah bahasa – maksimum 5 markah.
5. Calon menyalin isi secara terpilih tetapi ada wacana bahasa dan kosa kata yang sesuai
sebagai penyambung ayat, diperiksa seperti biasa.
6. Jika calon menyalin isi secara terpilih dan ditulis dalam bentuk poin, markah untuk isi
adalah seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 4 markah.
7. Calon menyalin terus daripada petikan tanpa membuat apa-apa perubahan – (menyalin bulat-
bulat ) = Markah isi dibahagi dua dan markah bahasa maksimum 2 markah
Buat catatan : Calon menyalin petikan.
* Menyalin bulat-bulat bermaksud menyalin keseluruhan petikan yang diberikan atau
keseluruhan daripada mana-mana perenggan.
8. Isi yang tidak berturutan diperiksa seperti biasa.
9. Jawapan dalam bentuk poin tetapi ayatnya lengkap – markah isi diberi seperti biasa tetapi
markah bahasa – maksimum – 8 markah
10. Penandaan jawapan calon seperti penandaan karangan tetapi tiada pemotongan markah untuk
kesalahan ejaan.
4
Cara penulisan markah ringkasan
1. I = 5x2 = 10
B = 10
J = 20
2. I = 5x2 = 9 (mungkin ada isi yang kurang lengkap)
B = 8
17
3. I = 5x2= 10 (calon menyalin isi secara terpilih)
B = 5 (Markah bahasa maksimum 5)
15
* Menyalin isi secara terpilih
4 I = 2x2= 4 (bahagi 2) = 2 (calon menyalin bulat-bulat)
B = 2 (markah bahasa maksimum 2)
4
* Menyalin petikan
BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN (10 MARKAH )
1. Petikan pemahaman umum berdasarkan petikan ringkasan
2. Jawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat sendiri
3. Tidak ada markah setengah (1/2) bagi jawapan bahagian ini.
4. Setiap isi yang diterima ditanda (/)
5. Kesalahan bahasa , cth ejaan, frasa ditanda seperti biasa (penandaan karangan)
Soalan 1 : Maksud rangkai kata (2 markah)
- memberikan maksud rangkai kata berdasarkan konteks petikan
- ayat jawapan mesti lengkap – subjek & predikat
2 markah – Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis
1 markah – Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap
1 markah – Maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja
1 markah – Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata / ayat
gramatis
0 markah – Maksud tidak tepat mengikut konteks
5
Soalan 2 - Soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah)
– menjawab berdasarkan isi dalam petikan (4 m)
- kemukakan sekurang-kurangnya 2 isi/jawapan
- 1 jawapan yang betul – 2 markah, 2 jawapan yang betul – 4 markah
- jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan
4 markah – Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
3 markah – Isi cukup dan lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang
gramatis
0 markah – Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
0 markah - Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis
Soalan 3 : Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir (4 markah)
- Jawapan berdasarkan pendapat sendiri yang berkaitan dengan petikan
- 2 jawapan diperlukan – 1 jawapan /isi yang sempurna – 2 markah dan tanda (/)
- jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan
MARKAH DESKRIPSI
4 markah - Isi relevan mengikut tugasan dan ayat yang gramatis
3 markah - Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 markah - Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah - Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis
6
SOALAN BAHAGIAN B (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN)
Karangan Respons Terhad (20 markah)
1. Jawapan mestilah dalam bentuk karangan berperenggan – Pendahuluan – Isi –
Penutup
2. Jawapan bukan dalam bentuk rumusan – tiada isi tersurat dan tersirat
3. Periksa secara golbal/holistik. Nilai dari segi idea dan bukan isi. Idea hendaklah
dihuraikan sebaik mungkin.
4. Gambar – sebagai rangsangan idea
i. idea yang sesuai dan bebas bagi soalan respons terbuka
ii. isu semasa/ faktor-faktor/punca/kesan/ cara menangani/kesimpulan
5. Jumlah perkataan – tidak lebih 120 patah perkataan/100-120 pp
6. Karangan lebih 120 pp – diperiksa seperti biasa – tiada kesalahan
7. Karangan pendek = kurang 100 pp – impression turun
8. Pemeriksaan secara impression : 4 perkara – 1. menjawab tugasan – 2. bahasa – 3.
idea relevan – 4. pengolahan. Kemudian nilaikan dan tetapkan peringkat karangan
berdasarkan kriteria penskoran.
9. Penandaan kesalahan seperti karangan Bahagian C.
Skema Pemarkahan Karangan Bahan Rangsangan (Respons Terhad)
Peringkat
Pencapaian
Deskripsi
Cemerlang
16-20 m
C1 = 18-20 m
C2 = 16-17 m
- Penggunaan kata dan ayat yang gramatis
- Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat
- Ejaan dan tanda baca yang betul
- Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata.
- Idea yang relevan berdasarkan tugasan.
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan
sesuai serta berkembang
- Pengolahan yang menarik dan berkesan
Baik
11-15 m
B1 = 13-15 m
B2 = 11-12 m
- Penggunaan kata dan ayat yang masih gramatis
- Penggunaan kosa kata tepat/tidak luas
- Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata, frasa dan
ayat.
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
- Idea masih relevan berdasarkan tugasan
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan
kurang dikembangkan
- Pengolahan masih menarik/kurang berkesan
7
Memuaskan
06-10 m
M1 = 08-10 m
M2 = 06-07 m
- Penggunaan kata dan ayat yang kurang gramatis
- Penggunaan kosa kata terhad
- Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa dan ayat
- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- Idea kurang relevan berdasarkan tugasan
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan
terhad
- Pengolahan tidak menarik
- Karangan bercampur aduk dalam peringkat ini.
Penguasaan
minimum
01-05 m
- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa
yang tidak cekap
- Idea kabur/tidak berkaitan dengan tugasan
SOALAN BAHAGIAN C
Karangan Respons Terbuka (40 markah)
1. Periksa karangan berdasarkan impression.Jumlah perkataan karangan tidak perlu dikira,
2. Isi minimum :- 1 isi
3. Penolakan markah berdasarkan ejaan: ½ markah ditolak bagi setiap ejaan yang salah,
tetapi tiada penolakan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. Contoh : disamping
itu, di terima
Maksimum markah ejaan ditolak ialah 2 markah.
(4 kesalahan ejaan dan ke atas ).
• Format: Tiada penolakan markah format (karangan berformat) mulai tahun 2005.
4. Pemeriksa hendaklah membaca karangan calon terlebih dahaulu untuk mendapatkan kesan
(impression) daripadanya. Perkara yang perlu diberi perhatian untuk memberi pertimbangan
ialah menjawab tugasan, bahasa, idea yang relevan dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan
tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran.
5. Baca karangan itu dengan teliti sekali lagi untuk pertimbangan yang muktamat. Sambil
membaca karangan itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa,ejaan dan tanda baca dan
isi/fakta seperti yang berikut:
( ) Kesalahan isi
____ Kesalahan bahasa, perkataan
/ Kesalahan ejaan
// Kesalahan ejaan yang berulang
Kesalahan tanda baca
8
KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS
KRITERIA DESKRIPSI
1. BAHASA - Kegramatisan : Kata (Morfologi) dan Ayat (Sintaksis)
- Ejaan dan tanda baca betul
- Kosa kata luas dan tepat
2. IDEA - Isi-isi yang sesuai (Bilangan isi tidak ditekankan)
- Huraian isi yang jelas
- Contoh yang sesuai
3. PENGOLAHAN - Pengolahan menarik dan berkesan
- Pemerengganan sesuai
- Format menepati tugasan
- Unsur keindahan bahasa (Cth- peribahasa/pantun/ungkapan/frasa yang
menarik)
PERINGKAT KARANGAN BAHAGIAN C
PERINGKAT MARKAH
Cemerlang 33 – 40
Kepujian 25 – 32
Baik 17 – 24
Memuaskan 09 – 16
Penguasaan Minimum 01 - 08
9
PERINGKAT PEMARKAHAN KARANGAN SOALAN BAHAGIAN C
Soalan Bahagian C : Karangan Respons Terbuka (40m)
Peringkat Deskripsi
Cemerlang
(33 - 40)
C1 (37 - 40)
C2 (33 - 36)
- Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
- Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang
minimum.
- Penggunaan penanda wacana yang betul
- Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
- Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
- Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai.
- Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan yang sesuai dan format
menepati kehendak tugasan.
- Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan
kata dan frasa yang menarik dll.
Kepujian
(25 - 32)
K1 (29 - 32)
K2 (25 – 28)
- Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
- Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang
minimum
- Penggunaan penanda wacana yang sesuai.
- Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. .
- Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
- Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta contoh yang sesuai.
- Pengolahan menarik dengan pemerengganan sesuai dan format menepati
kehendak tugasan.
- Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa/kata hikmat,
pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.
Baik
(17 - 24)
B1 (21 - 24)
B2 (17 - 20)
- Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.
- Penggunaan pelbagai ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum.
- Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai.
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.
- Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
- Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas.
- Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai
mengikut tugasan.
Memuaskan
(09 - 16)
M1 (13 - 16)
M2 (09 - 12)
- Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad
- Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
- Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat..
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
- Isi masih relevan / idea bercampur aduk dengan huraian yang tidak jelas.
- Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai dan format kurang
tepat/format bercampur aduk.
10
Penguasaan Minimum
(01 - 08)
PM1 (05 - 08)
PM2 (01 - 04)
- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap
dan lemah.
- Karangan terpesong termasuk dalam peringkat ini.
BAHAGIAN D – NOVEL ( 10 MARKAH )
PERINGKAT PEMARKAHAN BAGI SOALAN BAHAGIAN D (NOVEL)
Pemarkahan:
- Markah penuh (maksimum) = 10 markah
- Isi = 6 markah
- Bahasa = 4 markah
- Jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk karangan - huraian dan disertakan contoh
- Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis.
- Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan yang betul.
- Berikan 1 markah bagi huraian atau contoh yang berkaitan.
- Markah maksimum bagi pernyataan dan huraian atau contoh ialah 6 markah.
- Markah maksimum bagi bahasa ialah 4 markah dan diberi berdasarkan impression.
- Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tanpa huraian dan contoh, tolak markah isi 50%
dan markah bahasa ialah 1 markah.
- Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tetapi ada huraian dan contoh – isi - terima
seperti biasa tetapi markah bahasa 1 atau 2 markah
-Jika calon menjawab bagi ketiga-tiga novel, pilih markah tertinggi sahaja.
- Jika jawapan calon bercampur-campur novel, pilih satu novel sahaja.
- Jika jawapan calon salah atau calon menyalin soalan, berikan 1 markah bahasa
sahaja.
Kriteria Markah Bahasa
Peringkat Markah Deskripsi
Cemerlang 04 - Bahasa baik dan lancar
- Ayat gramatis
- Ejaan dan tanda baca yang betul
Baik 02 – 03 - Bahasa masih baik dan masih lancar
- Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang menimum
- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Memuaskan 01 - Bahasa tidak cekap
- Ayat tidak gramatis
- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
11
Markah Isi
1. Maksimum : 4 isi contoh peristiwa
2. Setiap contoh peristiwa tepat 1 1/ 2 markah
3. Contoh peristiwa kurang lengkap : 1 markah
Cara Penandaan Bahagian D : Kajian Novel
1. Tandakan ( /) untuk setiap contoh berserta huraian yang betul
2. Calon hendaklah memberikan SATU persamaan dan SATU Perbezaan beserta
huraian yang betul. Markah bagi SATU isi ( 1 ½ ) . Markah maksimum bahagian isi
ialah 6 markah.
3. Kurungkan jawapan calon dangan tanda ( ) jika calon memberikan contoh berserta
huraian yang tidak tepat.
Bentuk jawapan calon
- Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan sempurna, ditulis dalam satu
perenggan atau berperenggan (diterima seperti biasa)
Jawapan dalam bentuk poin :
1. Jika jawapan calon betul, dan lengkap dengan huraian – diterima seperti biasa
(Mak-10m)
Cara menulis Markah
(a) I - 06
B - 04
10/10
Isi dan huraian yang tepat serta bahasa yang gramatis
(b) I - 04
B - 02
06/10
Jawapan calon dalam bentuk poin
(c) I - 00
B - 02
02/10
Jawapan calon tidak menjawab tugasan
(d) I = 4
B = 1
5/10
Bahasa lemah
12
BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN
Cadangan isi Ringkasan Bahagian A ( i )
- Membina akhlak pelajar
- Mencerna minda pelajar untuk berfikir secara kreatif
dan kritis
- Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulan
membolehkan pelajar hidup bekerjasama dan saling
membantu
- Memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik-
baiknya
- Menjadi medan unntuk melahirkan bakal pemimpin
pada masa hadapan
- Membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan
pelajar
- Menjadikan seseorang pelajar cergas dan cerdas dari
segi fizikal dan mental
[Beri 2 markah bagi setiap isi yang tepat.]
Bahagian A (ii) : Pemahaman
1. maksud rangkai kata tidak ada lagi ruang :
- tidak berkesempatan
2. Buktinya ialah:
- kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dapat digunakan
semasa mereka berada di luar sekolah
- pengalaman dapat membentuk mereka menjadi berani
3. Langkah-langkahnya:
- Aktiviti menarik
- Mengambil kira markah penglibatan dalam kokurikulum
- Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang
aktif
- Bantuan dan subsidi uniform kepada pelajar yang kurang
berkemampuan
- Galakan pihak sekolah
[ terima mana-mana jawapan yang sesuai]
13
BAHAGIAN B – KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
Cslon dikehendaki menulis semua isi yang terdapat pada soalan.
BAHAGIAN D – KAJIAN NOVEL
Diharapkan :
Calon dapat memberikan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan 1
dan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan 2.
Perhatian : Beri 1 ½ markah bagi setiap contoh peristiwa yang lengkap.
Markah isi 1 ½ x 4 = 6
Markah bahasa = 4
------
10 markah

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

La actualidad más candente (20)

Kamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan BahasaKamus Simpulan Bahasa
Kamus Simpulan Bahasa
 
Latihan kata majmuk
Latihan  kata majmukLatihan  kata majmuk
Latihan kata majmuk
 
Bab 2-ayat-tanya
Bab 2-ayat-tanyaBab 2-ayat-tanya
Bab 2-ayat-tanya
 
CERPEN OREN.pdf
CERPEN OREN.pdfCERPEN OREN.pdf
CERPEN OREN.pdf
 
Peribahasa kerjasama
Peribahasa kerjasamaPeribahasa kerjasama
Peribahasa kerjasama
 
Nota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti NamaNota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti Nama
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
 
Bab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kataBab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kata
 
Improvisasi alat
Improvisasi alatImprovisasi alat
Improvisasi alat
 
Kata hubung
Kata hubungKata hubung
Kata hubung
 
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukanTopik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
 
Pepatah Bahasa Melayu
Pepatah Bahasa MelayuPepatah Bahasa Melayu
Pepatah Bahasa Melayu
 
Petikan syarahan
Petikan syarahanPetikan syarahan
Petikan syarahan
 
Destinasi Impian Tingkatan 2
Destinasi Impian Tingkatan 2Destinasi Impian Tingkatan 2
Destinasi Impian Tingkatan 2
 
imbuhan akhiran
 imbuhan akhiran imbuhan akhiran
imbuhan akhiran
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa
 
RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6
 
Kata nama- Tahap 2
Kata nama- Tahap 2Kata nama- Tahap 2
Kata nama- Tahap 2
 
Pedagogi bestari
Pedagogi bestariPedagogi bestari
Pedagogi bestari
 

Destacado

D:\documents and settings\informatica\escritorio\collage ninos indigo[1]
D:\documents and settings\informatica\escritorio\collage ninos indigo[1]D:\documents and settings\informatica\escritorio\collage ninos indigo[1]
D:\documents and settings\informatica\escritorio\collage ninos indigo[1]Paola
 
Bhagat bosc2010 bio_catalogue
Bhagat bosc2010 bio_catalogueBhagat bosc2010 bio_catalogue
Bhagat bosc2010 bio_catalogueBOSC 2010
 
אשנב לחטב סופי
אשנב לחטב   סופיאשנב לחטב   סופי
אשנב לחטב סופיbenny
 
Русская бизнес-профессионалов
Русская бизнес-профессионаловРусская бизнес-профессионалов
Русская бизнес-профессионаловDavid Dugas
 
Educational Model to Illustrate HIV Infection Cycle
Educational Model to Illustrate HIV Infection CycleEducational Model to Illustrate HIV Infection Cycle
Educational Model to Illustrate HIV Infection Cyclekcmurphy3
 
Tratarea Diferentiata Pdf
Tratarea Diferentiata PdfTratarea Diferentiata Pdf
Tratarea Diferentiata Pdfcristy333
 
Desarrollo de Proyecto de aula
Desarrollo de Proyecto de aula Desarrollo de Proyecto de aula
Desarrollo de Proyecto de aula omar
 
ICT SHSM
ICT SHSMICT SHSM
ICT SHSMpaynea
 
Offers Partners & Diligence Process
Offers Partners & Diligence ProcessOffers Partners & Diligence Process
Offers Partners & Diligence ProcessKarthik Ethirajan
 
Day1 translating verbal_phrases
Day1 translating verbal_phrasesDay1 translating verbal_phrases
Day1 translating verbal_phrasesSusan
 
안드로이드스터디 8
안드로이드스터디 8안드로이드스터디 8
안드로이드스터디 8jangpd007
 
The Intellectual Property Quagmire, or, The Perils of Libertarian Creationism
The Intellectual Property Quagmire, or, The Perils of Libertarian CreationismThe Intellectual Property Quagmire, or, The Perils of Libertarian Creationism
The Intellectual Property Quagmire, or, The Perils of Libertarian CreationismStephan Kinsella
 

Destacado (20)

D:\documents and settings\informatica\escritorio\collage ninos indigo[1]
D:\documents and settings\informatica\escritorio\collage ninos indigo[1]D:\documents and settings\informatica\escritorio\collage ninos indigo[1]
D:\documents and settings\informatica\escritorio\collage ninos indigo[1]
 
MBA 512 Tips
MBA 512 TipsMBA 512 Tips
MBA 512 Tips
 
Misery
MiseryMisery
Misery
 
Bhagat bosc2010 bio_catalogue
Bhagat bosc2010 bio_catalogueBhagat bosc2010 bio_catalogue
Bhagat bosc2010 bio_catalogue
 
אשנב לחטב סופי
אשנב לחטב   סופיאשנב לחטב   סופי
אשנב לחטב סופי
 
My Home Town
My Home TownMy Home Town
My Home Town
 
Unagi
UnagiUnagi
Unagi
 
Learning G.K.-II
Learning G.K.-IILearning G.K.-II
Learning G.K.-II
 
Русская бизнес-профессионалов
Русская бизнес-профессионаловРусская бизнес-профессионалов
Русская бизнес-профессионалов
 
Educational Model to Illustrate HIV Infection Cycle
Educational Model to Illustrate HIV Infection CycleEducational Model to Illustrate HIV Infection Cycle
Educational Model to Illustrate HIV Infection Cycle
 
Tratarea Diferentiata Pdf
Tratarea Diferentiata PdfTratarea Diferentiata Pdf
Tratarea Diferentiata Pdf
 
Desarrollo de Proyecto de aula
Desarrollo de Proyecto de aula Desarrollo de Proyecto de aula
Desarrollo de Proyecto de aula
 
ICT SHSM
ICT SHSMICT SHSM
ICT SHSM
 
3 Stories
3 Stories3 Stories
3 Stories
 
Offers Partners & Diligence Process
Offers Partners & Diligence ProcessOffers Partners & Diligence Process
Offers Partners & Diligence Process
 
Day1 translating verbal_phrases
Day1 translating verbal_phrasesDay1 translating verbal_phrases
Day1 translating verbal_phrases
 
안드로이드스터디 8
안드로이드스터디 8안드로이드스터디 8
안드로이드스터디 8
 
Amazon.com
Amazon.comAmazon.com
Amazon.com
 
The Intellectual Property Quagmire, or, The Perils of Libertarian Creationism
The Intellectual Property Quagmire, or, The Perils of Libertarian CreationismThe Intellectual Property Quagmire, or, The Perils of Libertarian Creationism
The Intellectual Property Quagmire, or, The Perils of Libertarian Creationism
 
1.2 Lisa French
1.2 Lisa French1.2 Lisa French
1.2 Lisa French
 

Similar a PMRBMK1

BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013Smk Gelam
 
Latihan tatabahasa pmr
Latihan tatabahasa pmrLatihan tatabahasa pmr
Latihan tatabahasa pmrzulrajab
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Muhammad Sufian
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Ruslaili Ibrahim
 
Pmr Bm Kertas 1 Set 3
Pmr Bm Kertas 1 Set 3Pmr Bm Kertas 1 Set 3
Pmr Bm Kertas 1 Set 3Kay Aniza
 
Pmr Bm Kertas 1 Set 1
Pmr Bm Kertas 1 Set 1Pmr Bm Kertas 1 Set 1
Pmr Bm Kertas 1 Set 1Kay Aniza
 
Pmr Bm Kertas 1 Set 2
Pmr Bm Kertas 1 Set 2Pmr Bm Kertas 1 Set 2
Pmr Bm Kertas 1 Set 2Kay Aniza
 
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfBM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfzauyahsaad
 
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSR
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSRBahasa Mealtu Pemahaman UPSR
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSRAfidah Matsod
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRar-rifke.com
 

Similar a PMRBMK1 (20)

Bm k1 2009
Bm k1 2009Bm k1 2009
Bm k1 2009
 
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
 
Penilaian sumatif
Penilaian sumatifPenilaian sumatif
Penilaian sumatif
 
Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4
 
Latihan tatabahasa pmr
Latihan tatabahasa pmrLatihan tatabahasa pmr
Latihan tatabahasa pmr
 
Soalan-Tatabahasa-BM.docx
Soalan-Tatabahasa-BM.docxSoalan-Tatabahasa-BM.docx
Soalan-Tatabahasa-BM.docx
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1
 
Pmr Bm Kertas 1 Set 3
Pmr Bm Kertas 1 Set 3Pmr Bm Kertas 1 Set 3
Pmr Bm Kertas 1 Set 3
 
Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4
 
Pmr Bm Kertas 1 Set 1
Pmr Bm Kertas 1 Set 1Pmr Bm Kertas 1 Set 1
Pmr Bm Kertas 1 Set 1
 
Set 1 (pem)
Set 1 (pem)Set 1 (pem)
Set 1 (pem)
 
Pmr Bm Kertas 1 Set 2
Pmr Bm Kertas 1 Set 2Pmr Bm Kertas 1 Set 2
Pmr Bm Kertas 1 Set 2
 
Bm (1) Gerak Gempur Perak
Bm (1)  Gerak Gempur PerakBm (1)  Gerak Gempur Perak
Bm (1) Gerak Gempur Perak
 
Bm (1) Gerak Gempur Perak
Bm (1)  Gerak Gempur PerakBm (1)  Gerak Gempur Perak
Bm (1) Gerak Gempur Perak
 
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfBM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
 
Pemahaman
PemahamanPemahaman
Pemahaman
 
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSR
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSRBahasa Mealtu Pemahaman UPSR
Bahasa Mealtu Pemahaman UPSR
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
 

PMRBMK1

  • 1. SULIT 02/1 SULIT 02/1 BAHASA MELAYU Kertas1 Masa 1 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 BAHASA MELAYU Kertas 1 Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan. 2. Jawab semua soalan 3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan 4. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap- tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak @PKPSM Pahang
  • 2. SULIT 02/1 Soalan 1 – 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Beras yang tumpah _________ di atas lantai itu disapu oleh kakak. A berguguran B bersepahan C berhamburan D berserakan 2. Orang buta itu ________ dilanggar kereta ketika dia hendak menyeberang jalan raya. A hampir-hampir B dekat-dekat C akan-akan D tepat-tepat 3. Disebabkan beberapa masalah, mesyuarat bulanan persatuan itu terpaksa _______ ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. A dibubarkan B ditangguhkan C dihentikan D diberitahu 4. Para penonton terpeseona _______ kemerduan suara penyanyi itu mendendangkan lagu nasyid.. A dengan B tentang C kepada D oleh 5. Setelah bertahun-tahun menghilangkan diri, akhirnya ia ________ di kampungnya.. A muncul B timbul C tampil D wujud
  • 3. SULIT 02/1 6. Ibu sangat gembira kerana pada pada hari jadinya, ayah telah menghadiahkan _______ kalung berlian. A sebentuk B seutas C seuntai D seurat 7. Puan Ziah bercadang untuk _______ perniagaan kainnya dengan membuka cawangan di Kuala Lumpur. A membesar B memperbesarkan C membesari D memperbesar Soalan 8 – 14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 8. Belakangan ini pemantauan pascaprojek pembangunan perlu dilakukan bagi A B mempastikan keberkesanannya. Tiada kesalahan C D 9. Apabila menghadapi apa-apa jua masalah dalam kehidupan, kita hendaklah A B Berdoa pada Yang Maha Esa. Tiada kesalahan C D 10. Ucapan tahniah atas perlantikan sebagai ketua pengarah bertalu-talu A B diterimanya sejak pagi tadi. Tiada kesalahan C D 11. Semua kanak-kanak di situ dinasihati supaya tidak mandi dan bermain di A B C lombong tinggal itu. Tiada kesalahan D 12. Aktivis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam A B C kerja-kerja kemasyarakatan. Tiada kesalahan D SULIT 02/1
  • 4. SULIT 02/1 13. Emak membancuh air sirap setelah menjerang nasi untuk dihidangkan kepada A B C tetamu. Tiada kesalahan D 14. Dalam majlis itu sultan telah mencemar duli apabila baginda berkenan untuk A B C santap bersama-sama dengan rakyat jelata. Tiada kesalahan D Soalan 15 - 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15. I Sesiapa yang bercita-cita hendak menjadi angkasawan haruslah berani menongkah arus. II Orang muda tidak sepatutnya menongkah perbualan orang-orang tua. III Mohd Muqri sentiasa menongkah dagu apabila guru sedang mengajar. IV Roslaiha tidak pernah menongkah arahan gurunya. A I dan II B I dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 16. I Pihak Inggeris dikatakan tidak bersedia ketika perlanggaran tentera Jepun terhadap Tanah Melayu dalam Perang Pasifik dahulu II Motosikal yang ditunggangi oleh Abdul Rahim terbabas lalu perlanggaran tiang elektrik. III Perlanggaran peraturan sekolah oleh pelajar pada hari ini semakin membimbangkan pihak sekolah. IV Kes-kes perlanggaran sering berlaku di jalan-jalan utama di negara kita akibat kecuaian pemandu. A IV B I dan II C III dan IV D I, III dan IV
  • 5. SULIT 02/1 17. I Nilai kereta itu semakin kusut setelah digunakan beberapa tahun. II Tubuhnya kelihatan kusut akibat demam yang dialaminya beberapa lama. III Setelah mengadakan perbincangan, perkara yang kusut itu telah dapat diselesaikan. IV Keadaan benang itu telah kusut menyebabkan sukar untuk mencari puncanya. A I dan II B I dan IV C III dan IV D II, III dan IV Soalan 18 – 21 Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. 18. Terjawab juga oleh kami soalan-soalan yang sangat sukar itu. A Dijawab juga kami B Terjawab kami juga C Dijawab juga oleh kami D Terjawab juga oleh kami 19. Pelancong itu sedang menanyakan akan polis jalan menuju ke Muzium Negara. A bertanya polis B menanyai polis C bertanyakan polis D menanyakan akan polis 20. Askar-askar itu berjuang demi untuk negara yang mereka cintai. A demi negara yang mereka cintai B demi negara yang dicintai mereka C untuk negara yang mereka cintai D demi untuk negara yang mereka cintai 21. Kedua-dua orang adik-beradik itu ialah anak kepada Pak Man. A Kedua adik –beradik itu B Kedua-dua adik-beradik itu C Kedua orang adik-beradik itu D Kedua-dua orang adik-beradik itu
  • 6. SULIT 02/1 Soalan 22 – 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22. Pihak pemaju perumahan digesa agar membina lebih banyak rumah kos rendah untuk keperluan golongan berpendapatan rendah. A. Golongan miskin sentiasa mengharapkan pemaju perumahan membina rumah kos rendah dengan lebih banyak. B Rumah kos rendah hendaklah didirikan oleh pemaju perumahan kerana diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah C Golongan berpendapatan rendah memerlukan rumah kos rendah, yang banyak dibina oleh pihak pemaju perumahan.. D Demi kepentingan golongan kurang berkemampuan, pemaju perumahan diminta supaya banyak mendirikan rumah kos rendah. 23. Malaysia sebagai negara yang sedang membangun tidak harus terlalu mengharapkan tenaga buruh asing. A Sebagai negara yang sedang meningkat maju, Malaysia tidak sewajarnya bergantung kepada tenaga kerja luar. B Malaysia tidak perlu mengharapkan tenaga buruh asing untuk membangunkan negara ini. C Pengambilan buruh asing di negara yang sedang membangun tidak patutnya dilakukan oleh Malaysia. D Malaysia sebagai negara maju tidak sepatutnya mengharapkan tenaga kerja asing untuk membangunkannya. 24. Kempen inflasi sifar tidak berjaya sepenuhnya kerana kurang mendapat kerjasama daripada para peniaga. A Sokongan yang kurang daripada peniaga-peniaga menyebabkan kempen inflasi sifar gagal mencapai matlamat keseluruhannya.. B Sikap para peniaga yang mahu mengaut keuntungan yang tinggi telah menggagalkan kempen inflasi sifar. C Kurangnya kerjasama yang sepenuhnya daripada para peniaga menyebabkan kempen inflasi sifar telah gagal. D Keberkesanan kempen inflasi sifar hanya akan berjaya jika para peniaga memberikan sokongan.
  • 7. SULIT 02/1 Soalan 25 – 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25. I Hanisah menyatakan yang dia tidak akan menyertai rombongan tersebut walaupun telah dipujuk oleh gurunya. II Basikal itu dibeli ayah untuk saya kerana kejayaan saya dalam peperiksaan PMR lalu. III Amirah menangis oleh kerana anaknya yang hilang itu belum ditemui lagi. IV Bas ekspres itu bolak-balik dari Kuantan ke Kuala Lumpur pada setiap minggu. A I dan II B II dan III C II dan IV D I, III dan IV 26. I Udara kotor di kawasan itu mencemarkan alam yang bersih. II Encik Razak mengambilkan isterinya ubat demam untuk dimakan.. III Azizan membawakan gurunya hadiah pada hari guru. IV Petani itu sedang mengisi padi dalam guni untuk dibawa pulang. A I dan III B II dan III C II dan IV D I, II dan IV 27. I Bapanya bukan pergi ke pejabat pada hari ini. II Kedua suami isteri itu bekerja keras demi masa depan anak-anaknya. III Pelajar yang kena hukum oleh gurunya itu telah menginsafi kesilapannya.. IV Kita harus berwaspada agar tidak diperalatkan oleh orang lain. A III B I dan II C III dan IV D I, II dan IV Soalan 28 – 30 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut. 28. Walaupun kehidupannya susah tetapi Pak Amri telah melakukan pelbagai kerja dan berjimat cermat dalam berbelanja untuk menyekolahkan anak-anaknya. ini kehidupannya berubah setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya masing- masing. Usaha Pak Amri boleh dikatakan seperti peribahasa berikut kecuali A Di mana ada kemahuan di situ ada jalan B Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain C Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak D Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
  • 8. SULIT 02/1 29. Asyraf berjaya mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur tetapi ibunya mahu dia terus tinggal di kampung untuk membantunya. Situasi ini menyebabkan Asyraf berasa tertekan untuk membuat pilihan. Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas ialah A hilang di mata, di hati jangan B rambut sama hitam, hati lain-lain C ditelan mati emak, diluah mati bapak D yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran 30. Emak menasihati adik supaya belajar bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan dalam pelajaran. Pernyataan di atas sesuai dipadankan dengan peribahsa A Diam ubi berisi, diam penggali berkarat B Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih C Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna D Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Soalan 31 - 35 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Sebermula, maka tersebutlah perkataan juragan kapal. Telah hari siang, pagi- pagi hari, maka juragan pun bersiaplah naik ke darat diiringkan oleh anak-anak perahunya membawa naik anak itik itu. Maka baginda pun sudah hadir di atas singgahsana takhta kerajaan dihadapi oleh sekalian menteri, hulubalang, sida-sida, bentara, rakyat bala, hina dina hendak melihat temasya itu. Hatta baginda pun menitahkan seorang biduanda memanggil Ahlil Nujum Belalang dengan segeranya. Maka biduanda pun menyembah lalu turun berjalan ke rumah Ahlil Nujum Belalang. Maka katanya, "Titah tuanku memanggil Ahlil Nujum; Juragan dan sekalian orang telah berhimpun di balai semuanya." Maka Ahlil Nujum pun bersiap-siapkan sirehnya lalu menghadap baginda. Maka sampailah di balairung seri. Maka titah baginda, "Marilah ke mari." Ahlil Nujum Belalang pun dekatlah dengan baginda. Maka titah baginda, "Apakah hal Ahlil Nujum, hendak mengenal anak itik itu jantan betinanya?" Maka sembah Pak Belalang, "Ampun tuanku beribu-ribu ampun, jenuh patik mencari di dalam buku tib patik. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja ada di dalam dua baris tertulis di situ mengatakan demikian. Bahawasanya ada pun hendak mengenal anak itik jantan betinanya dengan air. "Maka titah baginda menyuruh ambilkan suatu terenang emas. Maka dibawa oleh dayang-dayang dipersembahkan kepada baginda. Maka titah baginda, "inilah air, Ahlil Nujum." Maka sembah Pak Belalang, "Kemudian dilepaskan seekor; mana-mana yang dahulu menyelam, itulah betina dan yang kemudian menyelam itulah jantannya. "Maka titah baginda, "Lepaskanlah." Sembah Pak Belalang, "Silakanlah tuanku melepaskannya. "Titah baginda. "Beta tia tahu." Maka Pak Belalang pun bangun seraya menyembah melepaskan anak itik itu. Maka apabila dilepaskannya seekor di dalam terenang, maka anak itik itu pun
  • 9. SULIT 02/1 lalu menyelam. Maka sembah Pak Belalang, "Itulah betina, tuanku. "Kemudian dilepaskan pula seekor lagi, lambat menyelam. Titah baginda, "Lambat pula menyelam itu." Sembah Pak Belalang, "yang lambat menyelam itu jantan, tuanku." Maka baginda pun memandang kepada juragan kapal itu. Titah baginda, "Apakah benar juragan, betulkah seperti kata Ahlil Nujum beta itu?" Maka jawab juragan itu seraya menyembah, "Benarlah tuanku seperti kata Ahlil Nujum ini. Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?" Dipetik daripada. "Pak Belalang" (Antologi Anak Bumi Tercinta) 31. Mengapakah baginda memanggil Ahlil Nujum ke istana? A Baginda telah menyanggupi untuk bertaruh dengan juragan kapal B Baginda ingin mendapatkan pandangan Pak Belalang tentang cara menentukan jantina anak itik C Baginda mahu Pak Belalang mencari jawapan untuk baginda D Baginda ingin mengetahui jawapan tentang cara menentukan jantina anak itik 32 Ungkapan di atas menggambarkan juragan seorang yang A tidak berpura-pura B tidak bercakap bohong C tidak membohongi raja D tidak mahu menyembunyikan jawapan 33. Berikut merupakan nilai-nilai yang terkandung dalam petikan, kecuali A jujur B bijaksana C taat setia D bercakap benar 34. Pilih urutan peristiwa berikut dengan tepat berdasarkan susunan peristiwa dalam cerita Pak Belalang. A Juragan menghadap raja persetujuan dicapai nyatakan pertaruhan rahsia bocor B Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan rahsia bocor persetujuan dicapai C Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan persetujuan dicapai rahsia bocor D Persetujuan dicapai juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan rahsia bocor Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?
  • 10. SULIT 02/1 35. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? A Juragan terpaksa menyerahkan kapal dan segala muatannya B Pak Belalang dapat menjawab soalan yang dikemukakan C Juragan menyesal kerana bertaruh dengan raja D Juragan dihantar pulang berserta dengan bekalan makanan ke negerinya Soalan 36 - 40 Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. NEGERI CINTA Alam adalah sebahagian daripada kita alam adalah syurga kami cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga cinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawi Di sana negeri tercantik negeri terlindung di luar penglihatan negeri kerinduan, negeri penghijrahan dari buruan kehidupan yang mencekik. Ini laut kita, lindungilah dari pencemaran ini hutan kita, lindungilah dari pemusnahan ini langit kita, lindungilah dari keracunan ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan. Malaysia negeri alam dunia sebelah sini negeri impian, negeri gemerlapan lindungi dari keganasan-keganasan modenisasi negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan. Nahmar Jamil (Dipetik daripada Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP) 36. Harapan penyajak kepada pembaca A menghargai negeri yang cantik B melindungi alam daripada kemusnahan dan pencemaran C menghargai apa-apa sahaja yang tumbuh di muka bumi ini D mengekalkan keamanan dan keharmonian supaya terhindar daripada sebarang ancaman
  • 11. SULIT 02/1 37. Perkara-perkara yang berikut ingin dipertahankan oleh penyajak kecuali A keamanan B kekuatan C kebudayaan D perpaduan 38. Nilai yang berikut terdapat dalam sajak kecuali A cinta akan alam semula jadi B cinta akan tanah air C kerjasama D prihatin 39. Berdasarkan petikan "kehidupan yang mencekik" ialah gaya bahasa A metafora B perlambangan C personifikasi D paradoks 40. Pengajaran yang berikut terdapat dalam sajak, kecuali A Kita hendaklah menentang proses modenisasi B Kita hendaklah memelihara keindahan alam untuk kesejahteraan C Kita hendaklah menjaga kedamaian dan keharmonian antara kaum D Kita hendakalah merancang pembangunan yang menitikberatkan alam sekitar KERTAS SOALAN TAMAT
  • 12. SULIT 02/1 Bahasa Melayu Ogos 2009 PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU Kertas 1 [Lihat sebelah SULIT 02/1 © 2009 Hak Cipta JPNP
  • 13. PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 BAHASA MELAYU Kertas 1 SKEMA JAWAPAN NO JAWAPAN NO JAWAPAN 1 D 21 D 2 A 22 D 3 B 23 A 4 D 24 A 5 A 25 C 6 C 26 B 7 D 27 A 8 C 28 B 9 C 29 C 10 A 30 D 11 D 31 A 12 A 32 B 13 B 33 C 14 D 34 C 15 B 35 D 16 A 36 B 17 C 37 B 18 D 38 C 19 B 39 C 20 B 40 A
  • 14. SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TAHUN 2009 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Masa : 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian :Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk bahagian D. _____________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak @PKPSM Pahang
  • 15. SULIT 02/2 LIHAT SEBELAH2http://dahliajournal.blogspot.com Bahagian A ( i ) [ Masa dicadangkan : 40 minit ] [ 20 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faedah- faedah menyertai kegiatan kokurikulum kepada pelajar. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kokurikulum merupakan satu bentuk pendidikan tidak formal di luar bilik darjah. Kokurikulum terbahagi kepada tiga kategori iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Aktiviti yang diadakan melalui kegiatan ini jelas memberikan manfaat kepada mereka yang terlibat atau mengambil bahagian. Salah satu faktor rosaknya akhlak pelajar-pelajar masa ini disebabkan mereka tidak terbabit dalam aktiviti yang berfaedah. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum juga dapat mencerna minda pelajar- pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulan pula membolehkan mereka belajar hidup bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.Cara ini akan menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab. Selain itu, pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya. Oleh hal yang demikian, mereka tidak ada lagi ruang untuk terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif. Kegiatan kokurikulum juga dapat dijadikan medan untuk melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan. Selain itu, sikap bertanggungjawab juga terbentuk dalam kalangan pelajar yang bergiat aktif dalam kokurikulum. Sikap bertanggungjawab ini bukan sahaja kepada diri sendiri, keluarga dan sekolah, bahkan juga kepada negara. Hal ini dapat dibuktikan melalui penyertaan pelajar dalam aktiviti silat, tae kwan do, dan sebagainya. Kemahiran dan pengetahuan ini dapat digunakan semasa mereka berada di luar sekolah atau setelah tamat persekolahan. Aktiviti kokurikulum juga menjadikan seseorang pelajar itu cergas dan cerdas dari segi fizikal dan mental. Pelajar-pelajar yang menganggotai unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, dan sebagainya sering mengikuti aktiviti yang lasak yang akhirnya pengalaman itu dapat membentuk mereka menjadi berani. Di samping itu, pelajar juga dapat menghabiskan masa mereka dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan menjalankan aktiviti persatuan, kelab permainan, dan badan beruniform. Semangat bekerjasama antara rakan,,bermuafakat, dan perpaduan turut terbentuk apabila pelajar melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.
  • 16. SULIT 02/2 LIHAT SEBELAH3http://dahliajournal.blogspot.com Bahagian A ( ii ) : Pemahaman [ 10 markah ] Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1 Berikan maksud rangkai kata tidak ada lagi ruang dalam petikan di atas. [ 2 markah ] 2 Apakah bukti bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum berguna kepada mereka? [ 4 markah ] 3 Nyatakan dua langkah yang pada pendapat anda dapat memupuk minat pelajar agar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. [ 4 markah ]
  • 17. SULIT 02/2 LIHAT SEBELAH4http://dahliajournal.blogspot.com Bahagian B [ 20 markah ] Rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang. sumbangan persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia kepada masyarakat Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sumbangan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PBSM) MERAWAT KECEDERAAN KECIL AHLI SUKAN RAWATAN AWAL MANGSA KEMALANGAN BANTUAN RAWATAN MANGSA BENCANA ALAM
  • 18. SULIT 02/2 LIHAT SEBELAH5http://dahliajournal.blogspot.com Bahagian C [ 40 Markah ] Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan. 1 Kepentingan menguasai pelbagai bahasa amat dititikberatkan dalam diri seseorang pelajar sejajar dengan perkembangan ilmu sains dan teknologi. Kemukakan pendapat anda. 2 Anda menuntut disebuah sekolah berasrama penuh dan berkesempatan menyertai lawatan sambil belajar ke tempat peranginan. Tulis sepucuk surat kepada keluarga untuk menceritakan pengalaman anda itu. . 3 Persatuan Sejarah Sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah Muzium . Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis satu laporan tentang lawatan itu. Tulis laporan tersebut selengkapnya. 3 Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini kian terhakis. Huraikan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan. 5 Sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam usaha memajukan negara. Jelaskan langkah-langkah untuk memajukan sektor ini.
  • 19. SULIT 02/2 LIHAT SEBELAH6http://dahliajournal.blogspot.com Bahagian D [ 10 markah ] Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. ( i ) Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh. ( ii ) Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin Berikan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan Satu dan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan Dua berdasarkan pernyataan di atas. KERTAS SOALAN TAMAT Semangat cinta akan tanah air
  • 20. 1 02/2 Bahasa Melayu Ogos 2009 2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR NEGERI PAHANG TAHUN 2009 ________________________________________________________________ BAHASA MELAYU Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN
  • 21. 2 SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2) PEPERIKSAAN PERCUBAN PMR 2009 Bahagian A (i) – 20 markah Bahagian A (ii) – 10 markah Bahagian B – 20 markah Bahagian C – 40 markah Bahagian D – 10 markah ----------------- JUMLAH : 100 markah ___________ BAHAGIAN A (i) – RINGKASAN (20 Markah) Markah Isi : 10 markah BILANGAN ISI MARKAH 5 9 – 10 4 7 – 8 3 5 – 6 2 3 – 4 1 1 – 2 Markah Bahasa : 10 markah - Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan - Bahasa dinilai secara impression - Kriteria pemeringkatan markah seperti di bawah : Peringkat Markah Deskripsi Cemerlang 9 – 10 - Bahasa baik dan lancar - Guna ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis dan penanda wacana sesuai - Ejaan dan tanda baca betul Baik 6 - 8 - Bahasa baik dan lancer - Masih berupaya guna ayat sendiri, pemilihan kata agak terhad, ayat masih gramatis dan penanda wacana masih sesuai - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
  • 22. 3 Memuaskan 3 – 5 - Bahasa kurang lancer - Terdapat kesalahan yg ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca atau – menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih Penguasaan Minimum 1 – 2 - Keseluruhan jawapan menggamabarkan penguasaan bahasa yang lemah - Menyalin secara terus daripada petikan Cadangan Cara Penandaan Ringkasan 1. Isi minimum 5. Pemeriksa dikehendaki menanda / apabila terjumpa isi yang betul dan tulis 1 untuk isi yang pertama dan tulis 2 untuk isi yang kedua dan seterusnya (hingga isi kelima.) 1 2 3 4 5 Contoh : / / / / / 2. Jawapan calon diperiksa sehingga 80 patah perkataan, tetapi dibenarkan sehingga habis perkataan dalam ayat terakhir. Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkataan. 3. Kalau calon menulis berperenggan, periksa seperti biasa. 4. Calon menyalin isi secara terpilih tanpa sebarang perubahan ayat asal, markah isi seperti biasa, tetapi markah bahasa – maksimum 5 markah. 5. Calon menyalin isi secara terpilih tetapi ada wacana bahasa dan kosa kata yang sesuai sebagai penyambung ayat, diperiksa seperti biasa. 6. Jika calon menyalin isi secara terpilih dan ditulis dalam bentuk poin, markah untuk isi adalah seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 4 markah. 7. Calon menyalin terus daripada petikan tanpa membuat apa-apa perubahan – (menyalin bulat- bulat ) = Markah isi dibahagi dua dan markah bahasa maksimum 2 markah Buat catatan : Calon menyalin petikan. * Menyalin bulat-bulat bermaksud menyalin keseluruhan petikan yang diberikan atau keseluruhan daripada mana-mana perenggan. 8. Isi yang tidak berturutan diperiksa seperti biasa. 9. Jawapan dalam bentuk poin tetapi ayatnya lengkap – markah isi diberi seperti biasa tetapi markah bahasa – maksimum – 8 markah 10. Penandaan jawapan calon seperti penandaan karangan tetapi tiada pemotongan markah untuk kesalahan ejaan.
  • 23. 4 Cara penulisan markah ringkasan 1. I = 5x2 = 10 B = 10 J = 20 2. I = 5x2 = 9 (mungkin ada isi yang kurang lengkap) B = 8 17 3. I = 5x2= 10 (calon menyalin isi secara terpilih) B = 5 (Markah bahasa maksimum 5) 15 * Menyalin isi secara terpilih 4 I = 2x2= 4 (bahagi 2) = 2 (calon menyalin bulat-bulat) B = 2 (markah bahasa maksimum 2) 4 * Menyalin petikan BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN (10 MARKAH ) 1. Petikan pemahaman umum berdasarkan petikan ringkasan 2. Jawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat sendiri 3. Tidak ada markah setengah (1/2) bagi jawapan bahagian ini. 4. Setiap isi yang diterima ditanda (/) 5. Kesalahan bahasa , cth ejaan, frasa ditanda seperti biasa (penandaan karangan) Soalan 1 : Maksud rangkai kata (2 markah) - memberikan maksud rangkai kata berdasarkan konteks petikan - ayat jawapan mesti lengkap – subjek & predikat 2 markah – Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis 1 markah – Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap 1 markah – Maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja 1 markah – Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata / ayat gramatis 0 markah – Maksud tidak tepat mengikut konteks
  • 24. 5 Soalan 2 - Soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah) – menjawab berdasarkan isi dalam petikan (4 m) - kemukakan sekurang-kurangnya 2 isi/jawapan - 1 jawapan yang betul – 2 markah, 2 jawapan yang betul – 4 markah - jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan 4 markah – Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis 3 markah – Isi cukup dan lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis 2 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis 1 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis 0 markah – Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis 0 markah - Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis Soalan 3 : Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir (4 markah) - Jawapan berdasarkan pendapat sendiri yang berkaitan dengan petikan - 2 jawapan diperlukan – 1 jawapan /isi yang sempurna – 2 markah dan tanda (/) - jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan MARKAH DESKRIPSI 4 markah - Isi relevan mengikut tugasan dan ayat yang gramatis 3 markah - Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis 2 markah - Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis 1 markah - Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis 0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis - Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis
  • 25. 6 SOALAN BAHAGIAN B (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN) Karangan Respons Terhad (20 markah) 1. Jawapan mestilah dalam bentuk karangan berperenggan – Pendahuluan – Isi – Penutup 2. Jawapan bukan dalam bentuk rumusan – tiada isi tersurat dan tersirat 3. Periksa secara golbal/holistik. Nilai dari segi idea dan bukan isi. Idea hendaklah dihuraikan sebaik mungkin. 4. Gambar – sebagai rangsangan idea i. idea yang sesuai dan bebas bagi soalan respons terbuka ii. isu semasa/ faktor-faktor/punca/kesan/ cara menangani/kesimpulan 5. Jumlah perkataan – tidak lebih 120 patah perkataan/100-120 pp 6. Karangan lebih 120 pp – diperiksa seperti biasa – tiada kesalahan 7. Karangan pendek = kurang 100 pp – impression turun 8. Pemeriksaan secara impression : 4 perkara – 1. menjawab tugasan – 2. bahasa – 3. idea relevan – 4. pengolahan. Kemudian nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran. 9. Penandaan kesalahan seperti karangan Bahagian C. Skema Pemarkahan Karangan Bahan Rangsangan (Respons Terhad) Peringkat Pencapaian Deskripsi Cemerlang 16-20 m C1 = 18-20 m C2 = 16-17 m - Penggunaan kata dan ayat yang gramatis - Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat - Ejaan dan tanda baca yang betul - Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata. - Idea yang relevan berdasarkan tugasan. - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai serta berkembang - Pengolahan yang menarik dan berkesan Baik 11-15 m B1 = 13-15 m B2 = 11-12 m - Penggunaan kata dan ayat yang masih gramatis - Penggunaan kosa kata tepat/tidak luas - Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata, frasa dan ayat. - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum - Idea masih relevan berdasarkan tugasan - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan kurang dikembangkan - Pengolahan masih menarik/kurang berkesan
  • 26. 7 Memuaskan 06-10 m M1 = 08-10 m M2 = 06-07 m - Penggunaan kata dan ayat yang kurang gramatis - Penggunaan kosa kata terhad - Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa dan ayat - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara - Idea kurang relevan berdasarkan tugasan - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan terhad - Pengolahan tidak menarik - Karangan bercampur aduk dalam peringkat ini. Penguasaan minimum 01-05 m - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap - Idea kabur/tidak berkaitan dengan tugasan SOALAN BAHAGIAN C Karangan Respons Terbuka (40 markah) 1. Periksa karangan berdasarkan impression.Jumlah perkataan karangan tidak perlu dikira, 2. Isi minimum :- 1 isi 3. Penolakan markah berdasarkan ejaan: ½ markah ditolak bagi setiap ejaan yang salah, tetapi tiada penolakan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. Contoh : disamping itu, di terima Maksimum markah ejaan ditolak ialah 2 markah. (4 kesalahan ejaan dan ke atas ). • Format: Tiada penolakan markah format (karangan berformat) mulai tahun 2005. 4. Pemeriksa hendaklah membaca karangan calon terlebih dahaulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Perkara yang perlu diberi perhatian untuk memberi pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, idea yang relevan dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran. 5. Baca karangan itu dengan teliti sekali lagi untuk pertimbangan yang muktamat. Sambil membaca karangan itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa,ejaan dan tanda baca dan isi/fakta seperti yang berikut: ( ) Kesalahan isi ____ Kesalahan bahasa, perkataan / Kesalahan ejaan // Kesalahan ejaan yang berulang Kesalahan tanda baca
  • 27. 8 KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS KRITERIA DESKRIPSI 1. BAHASA - Kegramatisan : Kata (Morfologi) dan Ayat (Sintaksis) - Ejaan dan tanda baca betul - Kosa kata luas dan tepat 2. IDEA - Isi-isi yang sesuai (Bilangan isi tidak ditekankan) - Huraian isi yang jelas - Contoh yang sesuai 3. PENGOLAHAN - Pengolahan menarik dan berkesan - Pemerengganan sesuai - Format menepati tugasan - Unsur keindahan bahasa (Cth- peribahasa/pantun/ungkapan/frasa yang menarik) PERINGKAT KARANGAN BAHAGIAN C PERINGKAT MARKAH Cemerlang 33 – 40 Kepujian 25 – 32 Baik 17 – 24 Memuaskan 09 – 16 Penguasaan Minimum 01 - 08
  • 28. 9 PERINGKAT PEMARKAHAN KARANGAN SOALAN BAHAGIAN C Soalan Bahagian C : Karangan Respons Terbuka (40m) Peringkat Deskripsi Cemerlang (33 - 40) C1 (37 - 40) C2 (33 - 36) - Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan penanda wacana yang betul - Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. - Penggunaan kosa kata luas dan tepat. - Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai. - Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan. - Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik dll. Kepujian (25 - 32) K1 (29 - 32) K2 (25 – 28) - Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum - Penggunaan penanda wacana yang sesuai. - Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. . - Penggunaan kosa kata luas dan tepat. - Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta contoh yang sesuai. - Pengolahan menarik dengan pemerengganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan. - Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa/kata hikmat, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik. Baik (17 - 24) B1 (21 - 24) B2 (17 - 20) - Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. - Penggunaan pelbagai ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai. - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. - Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas. - Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai mengikut tugasan. Memuaskan (09 - 16) M1 (13 - 16) M2 (09 - 12) - Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad - Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat.. - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. - Isi masih relevan / idea bercampur aduk dengan huraian yang tidak jelas. - Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai dan format kurang tepat/format bercampur aduk.
  • 29. 10 Penguasaan Minimum (01 - 08) PM1 (05 - 08) PM2 (01 - 04) - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap dan lemah. - Karangan terpesong termasuk dalam peringkat ini. BAHAGIAN D – NOVEL ( 10 MARKAH ) PERINGKAT PEMARKAHAN BAGI SOALAN BAHAGIAN D (NOVEL) Pemarkahan: - Markah penuh (maksimum) = 10 markah - Isi = 6 markah - Bahasa = 4 markah - Jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk karangan - huraian dan disertakan contoh - Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis. - Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan yang betul. - Berikan 1 markah bagi huraian atau contoh yang berkaitan. - Markah maksimum bagi pernyataan dan huraian atau contoh ialah 6 markah. - Markah maksimum bagi bahasa ialah 4 markah dan diberi berdasarkan impression. - Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tanpa huraian dan contoh, tolak markah isi 50% dan markah bahasa ialah 1 markah. - Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tetapi ada huraian dan contoh – isi - terima seperti biasa tetapi markah bahasa 1 atau 2 markah -Jika calon menjawab bagi ketiga-tiga novel, pilih markah tertinggi sahaja. - Jika jawapan calon bercampur-campur novel, pilih satu novel sahaja. - Jika jawapan calon salah atau calon menyalin soalan, berikan 1 markah bahasa sahaja. Kriteria Markah Bahasa Peringkat Markah Deskripsi Cemerlang 04 - Bahasa baik dan lancar - Ayat gramatis - Ejaan dan tanda baca yang betul Baik 02 – 03 - Bahasa masih baik dan masih lancar - Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang menimum - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum Memuaskan 01 - Bahasa tidak cekap - Ayat tidak gramatis - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
  • 30. 11 Markah Isi 1. Maksimum : 4 isi contoh peristiwa 2. Setiap contoh peristiwa tepat 1 1/ 2 markah 3. Contoh peristiwa kurang lengkap : 1 markah Cara Penandaan Bahagian D : Kajian Novel 1. Tandakan ( /) untuk setiap contoh berserta huraian yang betul 2. Calon hendaklah memberikan SATU persamaan dan SATU Perbezaan beserta huraian yang betul. Markah bagi SATU isi ( 1 ½ ) . Markah maksimum bahagian isi ialah 6 markah. 3. Kurungkan jawapan calon dangan tanda ( ) jika calon memberikan contoh berserta huraian yang tidak tepat. Bentuk jawapan calon - Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan sempurna, ditulis dalam satu perenggan atau berperenggan (diterima seperti biasa) Jawapan dalam bentuk poin : 1. Jika jawapan calon betul, dan lengkap dengan huraian – diterima seperti biasa (Mak-10m) Cara menulis Markah (a) I - 06 B - 04 10/10 Isi dan huraian yang tepat serta bahasa yang gramatis (b) I - 04 B - 02 06/10 Jawapan calon dalam bentuk poin (c) I - 00 B - 02 02/10 Jawapan calon tidak menjawab tugasan (d) I = 4 B = 1 5/10 Bahasa lemah
  • 31. 12 BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN Cadangan isi Ringkasan Bahagian A ( i ) - Membina akhlak pelajar - Mencerna minda pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis - Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulan membolehkan pelajar hidup bekerjasama dan saling membantu - Memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik- baiknya - Menjadi medan unntuk melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan - Membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar - Menjadikan seseorang pelajar cergas dan cerdas dari segi fizikal dan mental [Beri 2 markah bagi setiap isi yang tepat.] Bahagian A (ii) : Pemahaman 1. maksud rangkai kata tidak ada lagi ruang : - tidak berkesempatan 2. Buktinya ialah: - kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dapat digunakan semasa mereka berada di luar sekolah - pengalaman dapat membentuk mereka menjadi berani 3. Langkah-langkahnya: - Aktiviti menarik - Mengambil kira markah penglibatan dalam kokurikulum - Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang aktif - Bantuan dan subsidi uniform kepada pelajar yang kurang berkemampuan - Galakan pihak sekolah [ terima mana-mana jawapan yang sesuai]
  • 32. 13 BAHAGIAN B – KARANGAN BAHAN RANGSANGAN Cslon dikehendaki menulis semua isi yang terdapat pada soalan. BAHAGIAN D – KAJIAN NOVEL Diharapkan : Calon dapat memberikan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan 1 dan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan 2. Perhatian : Beri 1 ½ markah bagi setiap contoh peristiwa yang lengkap. Markah isi 1 ½ x 4 = 6 Markah bahasa = 4 ------ 10 markah