SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 10
Descargar para leer sin conexión
Anda bukan orang Tawau? Ebook ini khas untuk anda
Dibawakan Khas Oleh | J3 Trade Enterprise
RAHSIA
TERBONGKAR
6 TRIK MEMBELI-BELAH LIKE A PRO DI PASAR
GANTUNG & PASAR TANJUNG TAWAU.
PENGENALAN
Kami adalah J3 Trade Enterprise, Tawau. Ada yang sudah kenal
dengan kami, ada juga yang belum kenal. Bagi yang belum mengenali
kami, kami merupakan penyedia perkhidmatan kereta sewa dan
homestay di daerah Tawau. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
perkhidmatan kami, bolehlah layari laman blog kami di
www.j3tradeenterprise.blogspot.com
Sepanjang menceburkan diri dalam bisnes ini sudah ramai orang luar
dari Tawau yang kami temui. Rata-rata yang datang ke sini begitu
teruja membeli-belah di Pasar Tanjung dan juga Pasar Gantung
Tawau. Tapi ramai yang sangat kecewa bila mereka dapati harga
barang ataupun makanan yang dijual di kedua-dua tempat itu adalah
sangat mahal dan tidak masuk akal.
Sebenarnya harga barang-barang di kedua-dua tempat itu tidak mahal
sama sekali. Anda Cuma perlu tahu caranya bagaimana membeli-
belah dengan betul di tempat-tempat itu. Bagi membantu anda
mendapat harga yang terendah semasa membeli-belah di Pasar
Tanjung dan Pasar Gantung Tawau, di sini kami kongsikan trik dan
cara yang perlu anda lakukan bila berada di sana nanti.
Kami jamin, jika anda praktikkan trik dan tips yang kami kongsikan
ini, anda pasti akan dapat membeli barang pada harga yang paling
rendah sekali. Kami jamin anda akan dapat membeli-belah Like A
Pro. Jadi jangan tangguh lagi, teruskan pembacaan anda sekarang.
Yang Ikhlas,
J3 Trade Enterprise
Lot B2, TB 4313 Jalan Abaca
91000 Tawau, Sabah.
H/P: 014-9669-359
Emel: j3trade.enterprise@gmail.com
Website: www.j3tradeenterprise.blogspot.com
Facebook: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
PENDAHULUAN
Tawau merupakan sebuah daerah yang terletak di pantai Timur negeri Sabah.
Bagi masyarakat luar, Tawau memang terkenal dengan makanan lautnya dan
juga mutiara dan cenderahati2 yang menarik.
Dua tempat yang sering menjadi tumpuan para pengunjung adalah Pasar
Gantung dan juga Pasar Tanjung. Pasar Gantung merupakan tempat penjualan
mutiara, kain baju, cenderahati, kain sarung, beg tiruan dan macam2 lagi barang
yang menarik di Tawau. Dinamakan Pasar Gantung kerana bila saja memasuki
kawasan itu kita akan dapat melihat pakaian dan barang2 yang dijual digantung
tinggi2 oleh para penjual.
Pasar Tanjung pula merupakan tempat penjualan makanan kering yang amat
murah harganya. Makanan laut kering seperti ikan bilis, sotong kering, ikan
kering, telur ikan ada di jual dengan begitu banyak sekali. Walaupun terkenal
dengan jualan barang2 kering, Pasar Tanjung juga ada menjual barang2 unik
yang lain dari Indonesia seperi Fancy Grill, periuk belanga, bekas beras, tikar
tenun, tikar evamatic dan bermacam-macam lagi.
Kedua-dua tempat ini merupakan “heaven” membeli belah bagi pengunjung2
dari luar Tawau. Barang2 yang ditawarkan di kedua2 tempat ini memang
murah. Tapi awas, kali pertama anda ke sana mungkin anda akan terkejut dan
rasa tertipu bila melihat harga yang mahal dipamerkan di setiap barang jualan.
Jangan risau, ada cara untuk mengatasi masalah itu. Baca ebook ini sehingga
habis. Selepas membaca ebook ini kami jamin anda akan dapat membeli belah
like a pro di Pasar Tanjung dan juga Pasar Gantung Tawau.
TIPS MEMBELI-BELAH DI TAWAU
1. Jangan Beli Barang Yang Dijual Pada Harga Yang
Dipamerkan
Para penjual MEMANG akan meletakkan harga yang gila-gila mahal
pada tag harga barangan yang mereka jual. Contohnya beg tiruan.
Ramai penjual akan meletakkan harga yang “ridiculous” dengan
harapan pembeli akan terus membeli tanpa banyak soal.
Untuk makluman semua, jangan malu untuk membuat tawar-
menawar dengan penjual. Memang itu merupakan kebiasaan yang
selalu terjadi di Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau. Anda
berhak untuk nego harga dengan penjual. Jadi step 1 untuk membeli
belah like a pro adalah untuk tidak membeli barang pada harga yang
dipamerkan. Walaupun sebenarnya anda kaya raya. Jangan beli ok.
2. Berhati-hati Dengan TRIK penjual
Peniaga2 di Tawau jujur semuanya. Begitu juga dengan penjual2
barang di Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau. Tapi awas,
walaupun mereka jujur, tapi mereka tetap ada trik untuk memastikan
mereka dapat menjual barang pada harga yang mahal untuk anda.
Contoh paling mudah, anda sedang melihat sejenis barang.
Katakanlah barang itu adalah Barang XYZ. Anda betul2 berminat
dengan Barang XYZ. Tetapi harganya sangat nonsense sampai anda
malas nak beli. Tanpa membuat tawaran anda pun terus angkat kaki
dan plan nak tengok di tempat lain pula. Percayalah, penjual tu tentu
akan tanya, “jadi berapa harga kau mau dik, saya kasi murah lah.
Ambil la RM150” (di tag tertulis RM165). Pada masa anda stop kejap
nak berfikir, tiba2 akan datang konco si penjual. Dialognya lebih
kurang macam ni “Murahnya kau jual sama dia macik, kain bagus bah
tu. Di tempat sana tu dorang jual RM250 tu.” Masa tu akan ada lagi
dialog tambahan yang membuatkan anda tersangat rugi kalau tak beli
dengan makcik itu. Adakah anda harus beli? Jawapannya tidak.
Jangan terpedaya dengan trik halus itu. Kuatkan semangat, tarik nafas
dalam2 dan teruskan perjalanan.
3. Bawa Kawan Orang Tawau Bila Membeli-belah
Sekiranya anda mempunyai kawan atau keluarga di Tawau, bawalah
mereka untuk menemankan anda membeli-belah. Pastikan kawan atau
keluarga anda itu bercakap dengan slang Tawau. Kalau yang tak tahu
speaking Tawau tak guna juga dibawa. Kadang2 ada juga orang
Tawau yang tidak tahu bercakap dengan slang Tawau, lebih2 lagi
yang sudah lama tinggal di tempat lain.
Ini bukan diskriminasi, tapi biasalah peniaga. Mereka sudah tentu
akan mengambil kesempatan pada orang yang bukan local. Kalau
mereka dengar sahaja anda bercakap dengan slang Semenanjung
misalnya, anda akan dilihat sebagai mesin ATM yang bergerak. Dan
harga yang diberikan pada anda nanti confirm bukan yang paling
murah.
Bila anda membawa kawan orang Tawau, peniaga2 di sana akan
berfikir 4-5 kali untuk bagi anda harga yang mahal. Jadi sebelum
pergi membeli belah, carilah dulu kawan2 untuk menemankan anda.
Lepas tu, jangan lupa belanja kawan tu makan nasi gondrong lepas
membantu anda ok.
4. Jangan Pergi Membeli Dengan Penampilan Serupa Mak Datin
Walaupun anda memang seorang datin dan memang biasa sangat
berpenampilan gorgeous bila pergi membeli belah, di Tawau jangan
buat ok. Sekiranya anda pergi ke Pasar Tanjung dan Pasar Gantung
dengan memakai pakaian yang vogue, gelang sampai ke siku, Cermin
mata pun rim emas, jangan harap la anda akan dapat the best price.
Percayalah, anda nego harga pun orang buat2 tak dengar.
Kalau setakat nak membeli di Pasar Tanjung dan Pasar Gantung,
cukuplah pakai pakaian yang simple2. Emas2 tu semua simpan lah di
safebox di hotel. Dan jangan nak gantung DSLR kat leher pula masa
nak shopping tu. Nampak sangat macam tourist yang kaya raya.
Sikit2 nak snap gambar. Depan sotong kering pun nak bergambar.
Konfirm la takkan dapat harga murah2 nanti.
Jadi penampilan biarlah kena pada tempatnya. Buat2 macam orang
yang miskin sangat2. Buat muka kesian. Konfirm orang pun tak
sampai hati nak bagi harga ala2 Pavillion.
5. Buat Tawaran 50% Rendah Dari Harga Yang DiPamerkan
Sekiranya harga yang dipamerkan adalah RM90, jangan tawar pada
harga RM80 ataupun RM70. Terus nego pada harga RM45.
Percayalah, penjual2 itu akan tunjuk muka yang sangat2 terkejut pada
keberanian anda. Tapi dalam hati mereka sebenarnya tidak terkejut
langsung. Why? Sebab harga sebenar barang2 tersebut sebenarnya
adalah range berkenaan, iaitu kurang 45% atau 50% harga asal.
Jangan malu atau rasa takut kena marah bila buat tawaran harga
serendah itu. Ada peniaga yang mungkin cakap anda gila, tapi biarlah.
Misi anda adalah membeli barang dengan harga murah. Kan?
Contohnya jika anda offer untuk membeli barang pada harga RM45
(harga dipamer RM90), paling worst pun peniaga akan kasi up kepada
RM55-65. Kalau dapat harga macam tu, kira ok lah. Jangan push
rendah lagi. Kesian juga peniaga kan, kena juga ada untung sikit2.
Jadi ingat, untuk membeli belah like a pro di Pasar Tanjung atau
Pasar Gantung Tawau, buatlah tawaran harga 50% lebih rendah dari
harga asal. Kalau peniaga berkeras juga tak mahu turunkan harga,
teruskan berjalan ke tempat lain.
6. Bersikap Ramah Dan Banyakkan Guna “Bah” Dalam
Perbualan
Semua orang suka pada orang yang peramah dan mesra alam. Begitu
juga dengan peniaga. Kalau anda ramah dan pandai ambil hati
mereka, otometik anda akan mendapat diskaun dalam hatinya.
Sebelum anda buat tawaran harga lagi dia dah awal2 set diskaun
special untuk anda.
Selain mempamerkan sikap yang mesra, pastikan juga anda
menggunakan “bah” dalam dialog perbualan anda. Kalau mahu tahu,
kami di Sabah memang terasa lucu dan gelihati bila mendengar orang
dari Semenanjung menggunakan “bah” bila bercakap. Sebab
bunyinya sama macam Mr. Bean tengah melawak. Makcik dan Pakcik
penjual pasti akan tersenyum2 dengar anda bercakap nanti. Ditambah
lagi dengan sikap mesra alam anda, memang confirm la akan dapat
best price nanti. Tak percaya? Cubalah 
Jom Shopping
Kini anda tahu sudah semua rahsia bagaimana nak membeli-belah like
a pro di Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau. Jadi bila anda
pergi ke sana nanti, jangan terkejut bila anda melihat harga yang
mahal2 pada setiap barangan. Gimik saja tu. Praktikkan dengan penuh
keyakinan apa yang telah anda baca di ebook ini. Kami yakin anda
pasti berjaya. Jadi tunggu apa lagi….. Jom shopping!

Más contenido relacionado

Destacado

Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

Destacado (20)

PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike RoutesMore than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
 
Barbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationBarbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy Presentation
 

6 Trik Membeli Belah Di Pasar Gantung Dan Pasar Tanjung Tawau

  • 1. Anda bukan orang Tawau? Ebook ini khas untuk anda Dibawakan Khas Oleh | J3 Trade Enterprise RAHSIA TERBONGKAR 6 TRIK MEMBELI-BELAH LIKE A PRO DI PASAR GANTUNG & PASAR TANJUNG TAWAU.
  • 2. PENGENALAN Kami adalah J3 Trade Enterprise, Tawau. Ada yang sudah kenal dengan kami, ada juga yang belum kenal. Bagi yang belum mengenali kami, kami merupakan penyedia perkhidmatan kereta sewa dan homestay di daerah Tawau. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami, bolehlah layari laman blog kami di www.j3tradeenterprise.blogspot.com Sepanjang menceburkan diri dalam bisnes ini sudah ramai orang luar dari Tawau yang kami temui. Rata-rata yang datang ke sini begitu teruja membeli-belah di Pasar Tanjung dan juga Pasar Gantung Tawau. Tapi ramai yang sangat kecewa bila mereka dapati harga barang ataupun makanan yang dijual di kedua-dua tempat itu adalah sangat mahal dan tidak masuk akal. Sebenarnya harga barang-barang di kedua-dua tempat itu tidak mahal sama sekali. Anda Cuma perlu tahu caranya bagaimana membeli- belah dengan betul di tempat-tempat itu. Bagi membantu anda mendapat harga yang terendah semasa membeli-belah di Pasar Tanjung dan Pasar Gantung Tawau, di sini kami kongsikan trik dan cara yang perlu anda lakukan bila berada di sana nanti. Kami jamin, jika anda praktikkan trik dan tips yang kami kongsikan ini, anda pasti akan dapat membeli barang pada harga yang paling rendah sekali. Kami jamin anda akan dapat membeli-belah Like A Pro. Jadi jangan tangguh lagi, teruskan pembacaan anda sekarang. Yang Ikhlas, J3 Trade Enterprise Lot B2, TB 4313 Jalan Abaca 91000 Tawau, Sabah. H/P: 014-9669-359 Emel: j3trade.enterprise@gmail.com Website: www.j3tradeenterprise.blogspot.com Facebook: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
  • 3. PENDAHULUAN Tawau merupakan sebuah daerah yang terletak di pantai Timur negeri Sabah. Bagi masyarakat luar, Tawau memang terkenal dengan makanan lautnya dan juga mutiara dan cenderahati2 yang menarik. Dua tempat yang sering menjadi tumpuan para pengunjung adalah Pasar Gantung dan juga Pasar Tanjung. Pasar Gantung merupakan tempat penjualan mutiara, kain baju, cenderahati, kain sarung, beg tiruan dan macam2 lagi barang yang menarik di Tawau. Dinamakan Pasar Gantung kerana bila saja memasuki kawasan itu kita akan dapat melihat pakaian dan barang2 yang dijual digantung tinggi2 oleh para penjual. Pasar Tanjung pula merupakan tempat penjualan makanan kering yang amat murah harganya. Makanan laut kering seperti ikan bilis, sotong kering, ikan kering, telur ikan ada di jual dengan begitu banyak sekali. Walaupun terkenal dengan jualan barang2 kering, Pasar Tanjung juga ada menjual barang2 unik yang lain dari Indonesia seperi Fancy Grill, periuk belanga, bekas beras, tikar tenun, tikar evamatic dan bermacam-macam lagi. Kedua-dua tempat ini merupakan “heaven” membeli belah bagi pengunjung2 dari luar Tawau. Barang2 yang ditawarkan di kedua2 tempat ini memang murah. Tapi awas, kali pertama anda ke sana mungkin anda akan terkejut dan rasa tertipu bila melihat harga yang mahal dipamerkan di setiap barang jualan. Jangan risau, ada cara untuk mengatasi masalah itu. Baca ebook ini sehingga habis. Selepas membaca ebook ini kami jamin anda akan dapat membeli belah like a pro di Pasar Tanjung dan juga Pasar Gantung Tawau.
  • 4. TIPS MEMBELI-BELAH DI TAWAU 1. Jangan Beli Barang Yang Dijual Pada Harga Yang Dipamerkan Para penjual MEMANG akan meletakkan harga yang gila-gila mahal pada tag harga barangan yang mereka jual. Contohnya beg tiruan. Ramai penjual akan meletakkan harga yang “ridiculous” dengan harapan pembeli akan terus membeli tanpa banyak soal. Untuk makluman semua, jangan malu untuk membuat tawar- menawar dengan penjual. Memang itu merupakan kebiasaan yang selalu terjadi di Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau. Anda berhak untuk nego harga dengan penjual. Jadi step 1 untuk membeli belah like a pro adalah untuk tidak membeli barang pada harga yang dipamerkan. Walaupun sebenarnya anda kaya raya. Jangan beli ok.
  • 5. 2. Berhati-hati Dengan TRIK penjual Peniaga2 di Tawau jujur semuanya. Begitu juga dengan penjual2 barang di Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau. Tapi awas, walaupun mereka jujur, tapi mereka tetap ada trik untuk memastikan mereka dapat menjual barang pada harga yang mahal untuk anda. Contoh paling mudah, anda sedang melihat sejenis barang. Katakanlah barang itu adalah Barang XYZ. Anda betul2 berminat dengan Barang XYZ. Tetapi harganya sangat nonsense sampai anda malas nak beli. Tanpa membuat tawaran anda pun terus angkat kaki dan plan nak tengok di tempat lain pula. Percayalah, penjual tu tentu akan tanya, “jadi berapa harga kau mau dik, saya kasi murah lah. Ambil la RM150” (di tag tertulis RM165). Pada masa anda stop kejap nak berfikir, tiba2 akan datang konco si penjual. Dialognya lebih kurang macam ni “Murahnya kau jual sama dia macik, kain bagus bah tu. Di tempat sana tu dorang jual RM250 tu.” Masa tu akan ada lagi dialog tambahan yang membuatkan anda tersangat rugi kalau tak beli dengan makcik itu. Adakah anda harus beli? Jawapannya tidak. Jangan terpedaya dengan trik halus itu. Kuatkan semangat, tarik nafas dalam2 dan teruskan perjalanan.
  • 6. 3. Bawa Kawan Orang Tawau Bila Membeli-belah Sekiranya anda mempunyai kawan atau keluarga di Tawau, bawalah mereka untuk menemankan anda membeli-belah. Pastikan kawan atau keluarga anda itu bercakap dengan slang Tawau. Kalau yang tak tahu speaking Tawau tak guna juga dibawa. Kadang2 ada juga orang Tawau yang tidak tahu bercakap dengan slang Tawau, lebih2 lagi yang sudah lama tinggal di tempat lain. Ini bukan diskriminasi, tapi biasalah peniaga. Mereka sudah tentu akan mengambil kesempatan pada orang yang bukan local. Kalau mereka dengar sahaja anda bercakap dengan slang Semenanjung misalnya, anda akan dilihat sebagai mesin ATM yang bergerak. Dan harga yang diberikan pada anda nanti confirm bukan yang paling murah. Bila anda membawa kawan orang Tawau, peniaga2 di sana akan berfikir 4-5 kali untuk bagi anda harga yang mahal. Jadi sebelum pergi membeli belah, carilah dulu kawan2 untuk menemankan anda. Lepas tu, jangan lupa belanja kawan tu makan nasi gondrong lepas membantu anda ok.
  • 7. 4. Jangan Pergi Membeli Dengan Penampilan Serupa Mak Datin Walaupun anda memang seorang datin dan memang biasa sangat berpenampilan gorgeous bila pergi membeli belah, di Tawau jangan buat ok. Sekiranya anda pergi ke Pasar Tanjung dan Pasar Gantung dengan memakai pakaian yang vogue, gelang sampai ke siku, Cermin mata pun rim emas, jangan harap la anda akan dapat the best price. Percayalah, anda nego harga pun orang buat2 tak dengar. Kalau setakat nak membeli di Pasar Tanjung dan Pasar Gantung, cukuplah pakai pakaian yang simple2. Emas2 tu semua simpan lah di safebox di hotel. Dan jangan nak gantung DSLR kat leher pula masa nak shopping tu. Nampak sangat macam tourist yang kaya raya. Sikit2 nak snap gambar. Depan sotong kering pun nak bergambar. Konfirm la takkan dapat harga murah2 nanti. Jadi penampilan biarlah kena pada tempatnya. Buat2 macam orang yang miskin sangat2. Buat muka kesian. Konfirm orang pun tak sampai hati nak bagi harga ala2 Pavillion.
  • 8. 5. Buat Tawaran 50% Rendah Dari Harga Yang DiPamerkan Sekiranya harga yang dipamerkan adalah RM90, jangan tawar pada harga RM80 ataupun RM70. Terus nego pada harga RM45. Percayalah, penjual2 itu akan tunjuk muka yang sangat2 terkejut pada keberanian anda. Tapi dalam hati mereka sebenarnya tidak terkejut langsung. Why? Sebab harga sebenar barang2 tersebut sebenarnya adalah range berkenaan, iaitu kurang 45% atau 50% harga asal. Jangan malu atau rasa takut kena marah bila buat tawaran harga serendah itu. Ada peniaga yang mungkin cakap anda gila, tapi biarlah. Misi anda adalah membeli barang dengan harga murah. Kan? Contohnya jika anda offer untuk membeli barang pada harga RM45 (harga dipamer RM90), paling worst pun peniaga akan kasi up kepada RM55-65. Kalau dapat harga macam tu, kira ok lah. Jangan push rendah lagi. Kesian juga peniaga kan, kena juga ada untung sikit2. Jadi ingat, untuk membeli belah like a pro di Pasar Tanjung atau Pasar Gantung Tawau, buatlah tawaran harga 50% lebih rendah dari harga asal. Kalau peniaga berkeras juga tak mahu turunkan harga, teruskan berjalan ke tempat lain.
  • 9. 6. Bersikap Ramah Dan Banyakkan Guna “Bah” Dalam Perbualan Semua orang suka pada orang yang peramah dan mesra alam. Begitu juga dengan peniaga. Kalau anda ramah dan pandai ambil hati mereka, otometik anda akan mendapat diskaun dalam hatinya. Sebelum anda buat tawaran harga lagi dia dah awal2 set diskaun special untuk anda. Selain mempamerkan sikap yang mesra, pastikan juga anda menggunakan “bah” dalam dialog perbualan anda. Kalau mahu tahu, kami di Sabah memang terasa lucu dan gelihati bila mendengar orang dari Semenanjung menggunakan “bah” bila bercakap. Sebab bunyinya sama macam Mr. Bean tengah melawak. Makcik dan Pakcik penjual pasti akan tersenyum2 dengar anda bercakap nanti. Ditambah lagi dengan sikap mesra alam anda, memang confirm la akan dapat best price nanti. Tak percaya? Cubalah 
  • 10. Jom Shopping Kini anda tahu sudah semua rahsia bagaimana nak membeli-belah like a pro di Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau. Jadi bila anda pergi ke sana nanti, jangan terkejut bila anda melihat harga yang mahal2 pada setiap barangan. Gimik saja tu. Praktikkan dengan penuh keyakinan apa yang telah anda baca di ebook ini. Kami yakin anda pasti berjaya. Jadi tunggu apa lagi….. Jom shopping!