SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 108
FALSAFAH SAINS SUKAN DAN
PJPK
MINGGU 3
HASIL PEMBELAJARAN
• Pelajar dapat menjelaskan definisi falsafah dan tujuan
falsafah.
• Pelajar dapat menghuraikan maksud metafizik,
epistemologi dan aksiologi.
• Pelajar dapat membuat intepretasi tentang
perlaksanaan pendidikan jasmani dan kesihatan di
dalam bilik darjah berlandaskan fahaman falsafah
umum.
• Pelajar dapat membuat peta minda yang mengaitkan 4
falsafah umum dengan unsur kebenaran,
pengetahuan, nilai, dan impilkasi ke atas pendidikan.
Pelajar digalakkan memahami
dengan jelas terlebih dahulu akan
maksud dan tujuan falsafah supaya
kefahaman tersebut boleh
membantu pelajar memenuhi
objektif kendiri untuk mencintai
ilmu pendidikan jasmani dan
pendidikan kesihatan dengan penuh
makna.
Falsafah penting dalam
pembentukan kurikulum agar mata
pelajaran tersebut dapat mencapai
objektif pendidikan dan hasil modal
insan yang ingin dilahirkan.
DEFINISI DAN TUJUAN FALSAFAH
• Falsafah bermaksud kajian terhadap asas
permasalahan dan permasalahan yang berkaitan
dengan kehidupan, pengetahuan, nilai, sebab
musabab, minda dan bahasa.
• Menurut Evans dan Teichmann (1999), falsafah
juga adalah kajian permasalahan yang bersifat
kritikal, abstrak dan sangat umum mengenai ciri-
ciri semulajadi kehidupan, pengetahuan, moraliti,
sebab musabab dan tujuan hidup manusia.
• Secara umum, falsafah berasal dari perkataan
Yunani Tua iaitu philosophia yang bermaksud
cinta kepada pengetahuan atau hikmah (love
of wisdom) (Quinton, 1995).
• Definisi di atas menjelaskan bahawa falsafah
bukan sekadar cinta terhadap hikmah atau
pengetahuan tetapi juga merangkumi usaha
ke arah mendapatkan hikmah dan
pengetahuan tersebut.
PELBAGAI PANDANGAN MENGENAI
PENGERTIAN DAN TUJUAN
FALSAFAH
• Russel (1946) – memahami falsafah sebagai
sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan dan
agama) dan sains (sains fizikal dan kemanusiaan).
– Seperti teologi (tetapi tidak seperti sains), falsafah
mengandungi spekulasi tentang perkara yang belum
tepat atau nyata.
– Seperti sains (tetapi tidak seperti teologi), falsafah
menggunakan taakulan untuk membuktikan sesuatu.
– Maka falsafah melibatkan spekulasi dan taakulan.
• Schofield (1972) menganggap falsafah sebagai
proses menyoal.
– Soalan yang jenis bagaimana?
– Ada soalan yang dijawab menerusi ujikaji (sains)
– Ada soalan yang tidak dapat dijawab melalui sains
tetapi memerlukan kita duduk bertafakur,
berteori untuk mendapatkan jawapan (spekulatif
– teologi)
• Kesimpulannya, falsafah ialah sesuatu yang
terletak di antara sains dan teologi, memerlukan
kita bertafakur, bertaakul dan berteori untuk
mendapatkan sesuatu jawapan.
• Falsafah merupakan sesuatu penyiasatan yang
menyeluruh dan logik mengenai pemikiran
tentang semua aktiviti manusia dalam berbagai
bidang seperti agama, seni, sains dan pendidikan.
SIAPAKAH ORANG YANG
BERFALSAFAH?
• Ahli falsafah berbeza dengan ahli sufi.
• Ahli sufi, atau “wise men” pada zaman klasik
greek mendapat wang melalui aktiviti
pengembangan ilmu seperti seorang guru.
• Namun, ahli falsafah bukanlah seorang ahli
profesional yang menjadikan aktiviti
pengembangan ilmunya sebagai profesion.
• Ahli-ahli falsafah adalah pencinta ilmu yang
mencintai hikmah dan pengetahuan, serta
berusaha mendapatkannya, memusatkan
perhatian terhadapnya dan mencipta sikap
positif terhadapnya.
• Mereka sentiasa mencari hakikat sesuatu,
mengaitkan sebab dan akibat dan mentafsir
pengalaman manusia.
• Menurut Frost (1955), setiap orang adalah ahli
falsafah kerana manusia dianugerahkan otak
dan fikiran dan sentiasa membuka ruang
untuk berfikir, bersoal jawab dan berfalsafah.
• Namun terdapat perbezaan antara orang
biasa yang berfalsafah dengan ahli falsafah
berfalsafah.
• Ahli falsafah berfalsafah dengan cara
membentuk idea dengan lebih lengkap,
konsisten, berpandukan logik dan
kemudiannya menyebarkan idea tersebut
(Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984).
CARA BERFALSAFAH
• Menggunakan kaedah logik (Van Scottes, Kraft
dan Haas, 1979).
• Kaedah logik dilakukan secara formal iaitu
melalui proses deduktif, atau secara saintifik
melalui proses induktif.
• Logik deduktif ialah membuat kesimpulan
daripada pernyataan am hingga ke perkara
khusus.
• Logik induktif ialah membuat kesimpulan
daripada perkara atau kejadian yang khusus atau
spesifik kepada satu pernyataan atau generalisasi
yang am.
• Oleh kerana generalisasi adalah bersifat am,
maka ia sentiasa terdedah kepada persoalan
sama ada ia betul atau salah.
PENDEKATAN FALSAFAH
Pendekatan Huraian
Pendekatan
Spekulatif
Cara pemikiran falsafah yang
sistematik, logik, munasabah, sistem
idea yang memungkinkan intepretasi
dibuat terhadap setiap elemen yang
terkandung dalam pengalaman
manusia. Ia adalah usaha untuk
mencari satu kesepaduan bagi
semua pemikiran dan pengalaman.
Pendekatan
Preskriptif
Cara pemikiran falsafah yang
menetapkan sesuatu standard
pertimbangan nilai. Ahli falsafah
preskriptif berusaha mengesyorkan
sesuatu prinsip untuk menentukan
sesuatu standard tingkah laku
sama ada berkualiti atau
berfaedah.
Pendekatan Huraian
Pendekatan
Analitik
Cara pemikiran falsafah yang
menganalisis kenyataan spekulatif
dan preskriptif dengan cara melihat
kepada perkataan dan makna
perkataan. Berkemungkinan makna
perkataan berbeza dalam konteks
yang berlainan. Ahli falsafah ini lebih
bersifat berhati-hati dan berwaspada
dalam membina sistem pemikiran.
Pendekatan Huraian
CABANG FALSAFAH
Falsafah adalah usaha ke arah
mencari hak dan kebenaran,
mengetahui tentangnya dan
mengenal pasti nilai. Oleh yang
demikian falsafah adalah ilmu yang
membahaskan tentang tiga perkara
iaitu tentang kebenaran,
pengetahuan dan nilai
METAFIZIK
• Metafizik ialah asas kepada falsafah.
• Metafizik mengkaji tentang sesuatu yang wujud
secara reality, mutakhir, seperti alam, jiwa, roh
dan kehidupan. Pokok persoalannya adalah
“apakah dia...?” yang merangkumi persoalan
tentang setiap benda yang wujud di alam maya
sama ada yang boleh dilihat seperti alam
sekeliling, atau yang tidak boleh dilihat seperti
faktor kendiri, jiwa, dan perubahan.
• Metafizik adalah penting dalam falsafah. Tanpa
penjelasan dan intepretasi tentang alam di
sekeliling kita, adalah sukar bagi kita untuk
mengenal pasti makna reality.
• Sejauh mana manusia mempercayai pandangan
metafiziknya, sejauh itulah dia berupaya
memahami apa yang berlaku di sekelilingnya dan
bertindak balas dengan sewajarnya.
• Tanpa metafizik juga, semua ilmu pengetahuan
akan terdedah dengan keraguan.
• Elemen utama dalam metafizik
– realiti ialah sesuatu yang nyata (absolute), serta
tidak boleh dipertikaikan akan kewujudannya.
– Ia mempunyai ciri-ciri yang spesifik serta
konsisten.
– Oleh itu, pandangan metafizik seharusnya dapat
memahami realiti secara tepat dan benar.
• Seperti dunia ini, secara fizikalnya dunia ini wujud
dan setiap entiti di dalamnya mempunyai ciri-ciri
semulajadi yang tersendiri. Tingkah laku setiap entiti
juga berlandaskan kepada ciri-ciri yang dimiliki, dan
jika setiap entiti berinteraksi antara satu sama lain,
mereka bertingkah laku berdasarkan ciri-ciri
semulajadi yang ditunjukkan oleh kedua-duanya.
• Walau bagaimanapun, metafizik sering
dianggap ketinggalan zaman oleh sains kerana
hasil kajian sains lebih mudah dipercayai,
boleh dilihat, dibuktikan dan diukur.
• Ini kerana terdapat beberapa jawapan yang
diperolehi melalui metafizik tidak dapat
diterangkan dengan jelas dan tidak berbentuk
praktikal seperti hal ehwal kendiri, roh, jiwa
dan kehidupan.
• Oleh itu, Auguste Comte telah mendakwa
bahawa falsafah dalam dunia sains hanya
berguna dalam menjelaskan teori dan konsep
sains, dan walau apa jua keadaan sekalipun
falsafah mesti meninggalkan cabang metafizik
yang bersifat subjektif (Van Scottes, Kraft dan
Haas, 1979).
EPISTEMOLOGI
• Epistemologi ialah cabang falsafah mengenai
teori pengetahuan dan perihal mengetahui.
• Ia adalah kajian tentang kaedah bagaimana
mendapatkan pengetahuan.
• Pokok persoalannya adalah seperti “Bagaimana
kita tahu tentang...?” yang merangkumi
persoalan mengenai ciri-ciri konsep sesuatu
perkara, pembinaan sesuatu konsep, kesahan
sesuatu perasaaan, pemikiran logik, idea,
memori, emosi dan proses mental.
• Ia berkaitan dengan bagaimana minda
dikaitkan dengan realiti, dan adakah perkaitan
tersebut sah atau tidak sah.
• Epistemologi diperlukan bagi membolehkan
kita mendapatkan pengetahuan tentang alam
sekeliling, membezakan yang benar atau
palsu.
• Sejauhmana manusia menggunakan
epistemology dengan betul sejauh itulah kita
dapat memahami realiti, dan menggunakan
pengetahuan tersebut untuk meningkatkan
kehidupan dan matlamat hidup.
• Elemen utama dalam epistemologi:
– deria rasa manusia adalah sah, dan itulah caranya
kita mendapatkan pengetahuan dan maklumat
mengenai persekitaran kita;
– berfikir adalah kaedah yang digunakan untuk
mendapatkan pengetahuan dan mencapai
kefahaman;
– logik pula ialah kaedah untuk mengekalkan
konsistensi dalam set pemikiran;
– objektiviti adalah cara bagaimana kita mengaitkan
pengetahuan dengan realiti bagi menentukan
kesahannya;
– konsep adalah sesuatu yang abstrak tetapi
menjadi perincian kepada sesuatu realiti;
– dan epistemologi yang bagus ialah epistemologi
rasional.
AKSIOLOGI
• Aksiologi adalah cabang falsafah yang
mempersoalkan tentang baik buruk sesuatu,
benar atau salah, cantik atau hodoh, dan lain-
lain persoalan yang melibatkan nilai.
• Pokok persoalan tentang nilai sama ada nilai
yang berbentuk objektif atau subjektif,
personal atau tidak personal, nilai itu berubah
atau tetap, dan kemungkinan wujudnya tahap
bagi sesuatu nilai.
• Sesuatu itu menjadi bernilai apabila ada orang
yang memberi nilai kepadanya.
• Sesuatu nilai mungkin berguna pada hari ini,
tetapi tidak pada hari esok.
• Sesuatu nilai itu juga mungkin mempunyai
hierarki yang tersendiri, contohnya nilai
kerohanian adalah nilai yang lebih utama
berbanding nilai kebendaan dalam konteks
keagamaan.
Cabang Estetika
• Etika adalah berkaitan dengan kualiti moral
tingkah laku individu.
• Ia adalah kajian tentang betul atau salah dalam
tingkah laku manusia.
• Etika sangat diperlukan dalam hidup manusia
yang akan menentukan jenis tingkah laku kita.
• Sejauh mana kita mengambil kira rasional
sesuatu etika, sejauh itulah kita dapat mengurus
matlamat dan tingkah laku dengan betul bagi
mencapai kejayaan dalam hidup.
• Estetika pula menentukan kriteria bagi
kecantikan dalam kesenian, pengalaman
seseorang, alam sekeliling dan kehidupan.
• Ia adalah kajian tentang seni, merangkumi apa
yang terkandung dalam seni serta tujuannya.
• Ia juga adalah penilaian mengenai sesuatu seni
dan membenarkan sebarang tanggapan terhadap
seni yang dilihat.
• Estetika adalah suatu bentuk pemikiran yang unik
dalam diri individu dan ia menjelaskan keupayaan
individu menilai sesuatu yang abstrak.
FALSAFAH UMUM
• Mengkaji dan memahami beberapa jenis
falsafah umum adalah mustahak bagi
memudahkan kita mengetahui bagaimana
sesuatu aliran fahaman itu dilahirkan dan
hubungkaitnya dengan perkembangan
kurikulum pendidikan khususnya dalam
bidang pendidikan jasmani dan kesihatan.
• Stone dan Schneidr (1971) mengkategorikan
falsafah umum kepada dua bahagian iaitu
falsafah tradisional dan falsafah moden.
• Idealisme dan realisme dikategorikan sebagai
falsafah tradisional, manakala pragmatism dan
eksistensialisme dikategorikan sebagai
falsafah moden.
IDEALISME
• Idealism ialah salah satu daripada falsafah
tertua di dunia.
• Ia wujud sejak zaman India purba di Timur
hingga ke zaman Plato di barat.
• Di antara ahli-ahli falsafah yang tergolong
dalam mazhab ini ialah Plato, Rene Descartes,
Baruch Spinoza, George Barkeley, Immanual
Kant, George Wilhelm Friedrich Hagel, Samuel
Taylor Coleridge.
• Walaupun terdapat percanggahan pendapat
antara ahli-ahli falsafah dalam fahaman
idealism, namun asas kepercayaan fahaman
ini dapat dilihat pada kekuatan metafiziknya
yang memberi penekanan realiti kewujudan
fikiran, jiwa dan rohani.
Metafizik Falsafah ini percaya bahawa realiti itu
adalah apa yang terkandung dalam
aspek kerohanian manusia bukannya
kebendaan dalam bentuk fizikal.
Hanya melalui pemikiran sahaja
sesuatu yang fizikal itu menjadi
benar, nyata dan bermakna. Idealis
percaya melalui idea atau akal dapat
menyuburkan roh dan jiwa, manusia
perlu melihat fizikal sebagai sesuatu
yang lebih bermakna bukannya
hanya sebagai mesin.
Epistem
ologi
Seseorang boleh memperoleh
pengetahuan melalui cara lain selain
kaedah saintifik seperti melalui
keimanan (kepercayaan),
keautoritarian, taakulan dan intuisi
(gerak hati).
Aksiologi Nilai dan etika adalah mutlak dan kekal,
tidak berubah walau berganti generasi.
Nilai dan etika bukan ciptaan manusia
tetapi sebahagian daripada tabi’i alam
sejagat ciptaan Tuhan. Tuhan dianggap
sumber nilai, oleh itu manusia dianggap
tidak bermoral jika hidup tidak mengikut
kehendak Tuhan. Pembentukan insan
haruslah secara menyeluruh.
Implikasi
dalam
pendidik
an
Pembentukan insan yang menyeluruh
menjadi objektif utama idealisme
sebagaimana yang turut diaplikasikan
oleh pendidikan jasmani. Individu adalah
penting dan harus dipupuk dan dipelihara
melalui penekanan terhadap minda dan
proses pemikirannya. Oleh kerana
idealisme percaya bahawa realiti adalah
apa yang terkandung di dalam minda,
jiwa dan rohani, maka fizikal sering
diletakkan pada status yang kurang
penting.
REALISME
• Fahaman realisme turut dikenali sebagai
materialisme atau naturalisme.
• Fahaman ini bertentangan dengan pandangan
mazhab idealism dari aspek metafizik.
• Realisme percaya bahawa keseluruhan realiti
adalah alam fizikal, tetapi apa sahaja yang berada
di luar alam fizikal iaitu seperti apa yang terdapat
dalam fikiran adalah bukan realiti.
• Di antara pelopor mazhab ini ialah Aristotle,
Russell, Francis Bacon, Alfred North Whitehead,
dan St. Thomas Aquinas.
Metafizik Terdapat percanggahan pendapat ahli
realisme mengenai metafizik. Ada yang
menganggap realiti hanya kebendaan
sahaja, ada yang menganggap realiti
adalah kebendaan dan kerohanian, dan
ada yang menganggap semua benda
termasuk kebendaan dan kerohanian
adalah realiti. Walau bagaimanapun
pada asasnya mereka bersetuju
bahawa alam kebendaan adalah realiti.
Epistemologi Realisme menolak pandangan idealisme yang
menyatakan bahawa perolehan pengetahuan adalah
berdasarkan kepada fikiran. Apa yang kita amati
sebenarnya bukanlah sesuatu yang akan dibentuk semula
oleh akal tetapi ia wujud dengan sendirinya. Realisme juga
percaya bahawa fikiran manusia kosong semasa
dilahirkan, dan manusia hanya akan belajar melalui
pengalaman dengan menggunakan deria mereka,
kemudian akan disimpan di otak. Selain itu, realsime juga
percaya bahawa sesuatu kenyataan atau idea adalah
benar jika ia bersesuaian dengan sifat-sifat perkara yang
hendak diterangkan. Oleh yang demikian, hipotesis atau
teori adalah sesuatu yang tidak benar kerana ia hanya
bersifat menyokong, dan bukalah satu pengetahuan yang
sebenar. Pengetahuan adalah benar jika telah disahkan
berulang kali.
Aksiologi Pada dasarnya ahli realisme bersetuju dengan
idealisme bahawa asas nilai adalah tetap dan tidak
berubah-ubah. Namun terdapat percanggahan
pendapat antara ahli realisme mengenai persetujuan
ini. Ahli realisme klasikal percaya bahawa terdapat
hokum moral sejagat yang boleh dita’akul dan yang
telah menyatukan manusia sebagai makhluk yang
rasional. Ahli realisme keagamaan bersetuju dengan
pendapat ini tetapi menambah bahawa hukum tersebut
dibentuk oleh Tuhan dan manusia diberi akal fikiran
untuk berfikir mengenainya. Ahli realisme saintifik pula
menafikan pandangan ahli keagamaan kerana bagi
mereka kebaikan adalah sesuatu yang dapat
menyesuaikan manusia dengan alam sekelilingnya,
manakal kejahatan adalah sebaliknya. Oleh kerana
tabi’i manusia dan tabi’i fizikal adalah tetap, maka nilai
yang cuba disesuaikan antara satu sama lain adalah
juga tetap.
Implikasi
dalam
pendidik
an
Peranan pendidikan melalui kacamata
realisme adalah semata-mata untuk
melatih murid mengintepretasi hal-hal
yang nyata iaitu yang boleh dibuktikan
melalui kaedah sains. Oleh yang
demikian, pendidikan jasmani turut
memberi penekanan terhadap kaedah
sains dalam mendapatkan maklumat
mengenai sesuatu hakikat. Kurikulum
pendidikan jasmani juga harus
dimuatkan dengan aktiviti dan
pengalaman yang membolehkan murid
memahami hukum dunia fizikal.
PRAGMATISME
• Fahaman pragmatism dibentuk oleh ahli falsafah Amerika
Syarikat seperti Charles Sanders Peirce, William James dan
John Dewey.
• Fahaman ini juga dikenali juga sebagai falsafah
eksperimentalisme, empirisisme, instrumentalisme dan
fungsionalisme.
• Dengan berlandaskan kata kunci iaitu pengalaman dan
penyelesaian masalah, fahaman ini percaya bahawa
spekulasi mengenai realiti adalah satu aktiviti yang tidak
berguna sehinggalah individu itu mengalami sendiri realiti
tersebut dan membuat kesimpulan daripadanya.
•
• Falsafah ini lahir dengan kebangkitan sains
dan kaedah saintifik, melalui usaha Charles
Darwin dengan teori evolusinya dan Albert
Einstein dengan teori relativitinya.
• Walau bagaimanapun, pragmatism memberi
tumpuan yang lebih kepada cabang falsafah
epistemologi dan aksiologi, dan memberi
sedikit sahaja tumpuan kepada metafizik.
Metafizik Idea manusia mengenai alam ini adalah
neutral. Realiti adalah interaksi di antara
manusia dengan alam sekelilingnya.
Alam ini dikatakan benar apabila
manusia memberi makna kepadanya.
Perubahan yang berlaku akibat interkasi
manusia dan alam sekeliling juga adalah
sesuatu yang dianggap realiti.
Epistemologi Manusia mendapat pengetahuan hanya melalui
pengalaman. Pengalaman wujud akibat hasil interaksi
antara individu dengan alam sekelilingnya. Maka
pengalaman yang terhasil itu adalah pengetahuan yang
diperoleh, dan kebenaran yang didapati hasil daripada
interaksi tersebut adalah sumber pengetahuan. Idea
hanya berkamna akibat daripada pengalaman, manakala
pengalaman sebenarnya adalah bersifat sosial, oleh itu
manusia mencari apa yang diharapkan dalam hidup
melalui eksperimen. Selain itu, kaedah kepintaran adalah
cara yang unggul untuk mendapatkan pengetahuan.
Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, individu
akan mencadangkan beberapa hipotesis dan teori bagi
menrangkan fakta masalah tersebut dan seterusnya
membuat eksperimen bagi mendapatkan sesuatu
kebenaran atau pengetahuan.
Aksiologi Nilai berubah berdasarkan persetujuan
masyarakat akibat perubahan semasa. Nilai
juga berbeza mengikut budaya sesuatu
masyarakat. Nilai tidak tetap dalam sesuatu
keadaan. Apa yang dikatakan berguna pada
hari ini, mungkin tidak berguna pada esoknya.
Nilai timbul dari kehendak etika dan estetika
yang dianggap penting oleh masyarakat dan
individu
Nilai mempunyai kesan ke atas masyarakat dan
individu. Nilai tidak bersifat universal kerana
masyarakat berbeza antara satu dengan yang
lain. Dalam estetika, citarasa umum adalah
berbeza mengikut budaya.
Implikasi
dalam
pendidikan
Perubahan selalu berlaku, oleh itu cara dan
matlamat pendidikan haruslah sentiasa fleksibel
dan terbuka untuk dikaji semula. Murid harus
selalu belajar mengenai alam dan perubahan di
sekelilingnya supaya ia dapat memberi makna
kepada kehidupannya melalui tafsiran
pengalaman. Guru perlu mempelbagaikan
situasi pengajaran yang berkaitan dengan
masalah tertentu supaya murid lebih memahami
tentang alam sosial dan fizikal di sekeliling
mereka. Ini kerana murid sifatnya ingin
mengetahu pelbagai perkara. Murid juga
sepatutnya diberi kebebasan dalam
menentukan prinsip tingkah laku moralnya
supaya dapat diterima oleh orang lain dan tidak
hanya mengikut prinsip moral yang telah
ditetapkan.
EKSISTENSIALISME
• Fahaman eksistensialisme adalah fahaman baru
yang muncul di Eropah selepas Perang Dunia ke
Pertama.
• Pelopornya ialah Soren Kierkegaard, seorang ahli
falsafah Denmark.
• Falsafah ini terlalu bersifat individualisitik, terlalu
bergantung kepada perkara subjektif seperti
intuisi, merenung ke dalam diri, penghayatan
emosi dan perasaan keseorangan.
• Fokus eksistensialisme adalah terhadap
individualisme dan kebebasan individu.
Metafizik Realiti didefinisikan oleh individu.
Manusia menyedari akan kewujudan
dirinya, dan dia bebas menentukan
arah tujuannya sendiri, serta
bertanggungjawab atas pilihan yang
dibuatnya.
Epistemol
ogi
Manusia mengetahui hanya melalui
pengalaman. Tahap pengalaman yang tinggi
sekali ialah kesedaran tentang kewujudan
benda dan manusia itu sendiri. Apa yang
diamati secara terus atau sedar akan diberi
makna oleh seseorang berlandaskan kepada
pemahamannya sendiri yang boleh jadi betul
atau salah. Kebenaran sentiasa relatif
mengikut pertimbangan seseorang. Kebenaran
mutlak tidak wujud. Untuk mendapatkan
kebenaran seseorang itu mestilah tidak
berhubung dengan orang lain dan tidak
dipengaruhi oleh masyarakat.
Aksiologi Kewujudan seseorang itu adalah asas
nilai baginya. Manusia sendiri yang
bertanggungjawab terhadap sistem
nilainya sendiri. Namun, tanggungjawab
tersebut mungkin akan mengganggu
orang lain, oleh itu pemilihan nilai oleh
seseorang mestilah mengambil kira
tanggungjawabnya terhadap orang lain
juga.
Implikasi
dalam
pendidik
an
Guru yang bersifat eksistensialisme
menilai dan menghargai kebebasan
dirinya dan orang lain termasuk murid
dan rakan sejawat. Dalam kurikulum
berkemungkinan murid bebas memilih
aktiviti pembelajaran berdasarkan
minat dan kecenderungan, dan ini
secara tidak langsung membina
kreativiti, kesedaran diri,
tanggungjawab dan pengharagaan
kendiri individu.
PERKEMBANGAN FALSAFAH SAINS
SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI
• Perbincangan mengenai perkembangan
falsafah sukan dan pendidikan jasmani dibuat
dalam dua cara iaitu:
– mengenal pasti perubahan sikap dan budaya
masyarakat terhadap sukan dan pendidikan
jasmani berdasarkan peredaran kemajuan
mengiku zaman;
– atau dengan mengenal pasti perubahan pemikiran
falsafah berdasarkan perkembangan falsafah
tradisional dan moden.
PERUBAHAN
MENGIKUT
KEMAJUAN
ZAMAN
FAKTOR MODERNISASI
• Modenisasi merujuk kepada perubahan
budaya dari yang bersifat tradisional atau
premoden kepada yang bersifat moden.
• Ciri-ciri budaya tradisional adalah stabil,
bersifat setempat, dipengaruhi oleh individu
keluarga atau budaya politik setempat, metos
dan upacara keagamaan.
•
• Budaya moden pula dibentuk oleh ciri-ciri
dinamik, bersifat cosmopolitan, meritokrasi,
bergantung kepada teknologi dan idea yang
rasional.
• Sukan dan pendidikan jasmani juga adalah
sebahagian daripada budaya yang turut
dipengaruhi perubahan akibat proses
modernisasi.
• Ahli sejarah Melvin Adelman mengatakan
bahawa sukan bergerak daripada konteks
premoden ke moden antara tahun 1820 dan
1870 (Mechikoff & Estes, 2006).
• Modernisasi sangat berguna dalam
menjelaskan tingkah laku manusia terhadap
sukan dan pendidikan jasmani
Ciri-ciri ideal jenis sukan pada zaman premoden dan moden
Ciri-ciri Premoden Moden
Organisasi Wujud secara informal,
pertandingan diuruskan
oleh orang perseorangan
secara informal.
Wujud secara formal
diperingkat kawasan
setempat, wilayah, dan
kebangsaan.
Peraturan Peraturan mudah, tidak
bertulis, berdasarkan
budaya dan tradisi
setempat, namun terdapat
perbezaan variasi
peraturan dari satu tempat
ke tempat yang lain.
Peraturan formal, standard
dan bertulis, mempunyai
rasional dan mendapar
kelulusan oleh organisasi
yang terlibat.
Pertandingan Pertandingan diadakan di
kawasan setempat sahaja,
pertandingan bukan untuk
mendapatkan reputasi.
Pertandingan berkembang
ke peringkat yang lebih tinggi
seperti kebangsaan dan
antarabangsa, dan ke arah
mendapatkan reputasi
Ciri-ciri Premoden Moden
Perbezaan
peranan
Tidak dianggap penting
oleh pemain, peranan
pemain dan penonton
adalah kurang.
Sangat penting, berlaku
kebangkitan profesional
dalam bidang sukan,
terdapat perbezaan yang
ketara antara peranan
pemain dan penyokong.
Maklumat
awam
Maklumat sukan adalah
terhad di kawasan
setempat, lebih menurus
kepada maklumat lisan.
Maklumat dipaparkan
melalui media massa,
kebangkitan majalah dan
buku mengenai sukan.
Rekod dan
statistik
Tidak wujud usaha
merekod aktiviti sukan
Rekod dan statistik sukan
disimpan dan di terbitkan,
dijadikan panduan dalam
ukuran kejayaan.
URBANISASI DAN INDUSTRIALISASI
• Urbanisasi - budaya sukan dan pendidikan
jasmani bergerak berdasarkan budaya
setempat dan faktor persekitaran.
• Industrialisasi - perubahan dilihat berdasarkan
kecenderungan individu bergantung terhadap
kekuatan fizikal kepada pergantungan
terhadap mesin dan jentera.
• Urbanisasi dan industrialisasi mengambil
tempat dalam era perubahan sukan dan
pendidikan jasmani sekitara kurun ke 19.
• Sebelum menjelangnya kurun ke 19,
kebanyakan masyarakat di dunia lebih
menjurus kepada kehidupan bersifat
kampung.
• Petani, peladang, penternak, pelombong dan
sebagainya menjadikan kekuatan fizikal
sebagai asas dalam perlaksanaan tugas
seharian.
• Namun kemunculan era sains dan teknologi
telah merubah corak pertanian, perladangan,
penternakan, perlombongan dan sebagainya
hingga wujud sektor industri yang lebih besar
dan bersifat mekanikal.
• Populasi kampung telah bergerak ke arah
urbanisasi, dan menjadikan revolusi industri
sains dan teknologi sebagai budaya dalam
bidang tugas seharian, sekaligus telah
mengubah tatacara kerja secara lebih radikal.
• Perubahan tatacara telah mempengaruhi corak
sukan dan pendidikan jasmani yang diamalkan oleh
masyarakat.
• Sebagai contoh, aktiviti sukan dan riadah boleh
dibuat pada waktu malam dengan adanya teknologi
lampu, manakala petani mampu menguruskan
pertandingan sukan kerana mereka tidak lagi
melakukan aktiviti pertanian di kawasan pedalaman
yang menyukarkan mereka untuk berhubung dengan
masyarakat.
• Semua perubahan yang berlaku dalam
konteks sukan dan pendidikan jasmani akibat
faktor modernisasi, urbanisasi dan
industrialisasi boleh dijelaskan dalam pelbagai
intepretasi yang mengambil kira kebaikan dan
keburukan akibat perubahan besar yang
dialami oleh masyarakat tersebut.
Dalam kumpulan, bincangkan
implikasi faktor modernisasi,
urbanisasi dan industrialisasi ke atas
perubahan gaya hidup masyarakat.
FAKTOR METAFIZIK TERHADAP
PERANAN MINDA DAN TUBUH BADAN
• Adakah minda dan tubuh badan itu suatu yang
realiti?
• Atau, yang manakah lebih realistik, minda
atau tubuh badan?
• Melalui aspek metafizik kita dapat
mengetahui sejauhmana perkembangan
persepsi dan sikap individu terhadap peranan
minda dan tubuh badan dalam menentukan
peri pentingnya sukan dan pendidikan
jasmani.
• Terdapat pelbagai percanggahan mazhab
mengenai realiti minda dan tubuh badan.
• Tetapi kenapa kita perlu mengetahui
percanggahan tersebut?
• Ini adalah kerana, jika kita hanya berpegang
pada falsafah realisme bahawa realiti adalah
berkenaan apa yang wujud di alam sekeliling
termasuk tubuh badan manusia, maka
manusia hanya dianggap sebuah mesin
biologi, dan pendidikan pula adalah program
yang akan membentuk tingkah laku tubuh
badan yang sebenar.
• Tetapi, jika kita berpegang teguh pada
fahaman idealisme yang mengatakan bahawa
realiti adalah apa yang terkandung dalam
minda, fikiran, roh dan jiwa, maka kita akan
menjadikan manusia sebagai insan yang
berguna hanya dengan berdasarkan
keupayaan intelektual dan rohani semata-
mata, manakala pendidikan pula adalah
proses memperkembangkan keupayaan
intelektual tersebut.
• Persoalannya, adakah dua bentuk sikap
terhadap minda dan tubuh badan ini masih
lagi menjadi amalan dalam sistem pendidikan
sekarang?
• Manakah yang lebih mustahak, minda atau
tubuh badan?
• Sebagai contoh pada zaman Rom kuno, mereka
percaya bahawa tubuh badan dan deria adalah
kaedah untuk mengetahui dan memahami akan
realiti.
• Masyarakat Monks pada abad pertengahan dahulu
lebih mepercayai akan jiwa dalaman berbanding
tubuh badan.
• Ini memberi kesan kepada penghargaan terhadap
kepentingan tubuh badan berbanding apa yang
dipercayai oleh masyarakat Rom kuno dahulu dan
sekaligus memberi kesan terhadap sukan dan
pendidikan jasmani.
FAKTOR EPISTEMOLOGI TERHADAP
PERANAN MINDA DAN TUBUH BADAN
• Terdapat hubungkait antara metafizik dan
epistemologi.
• Jika kita berpegang pada metafizik yang menyatakan
bahawa minda adalah realiti berbanding tubuh
badan, maka penekanan diberi terhadap keupayaan
intelektual atau unsur epistemologi.
• Tetapi jika tubuh badan dan deria dianggap kaedah
utama dalam mendapatkan pengetahuan, maka ini
juga menjurus ke arah pendekatan dalam
epistemologi.
• Dalam konteks pendidikan, hubungkait antara
metafizik dan epistemologi semakin nyata.
• Persoalannya, adakah lebih mudah untuk
mengetahui sesuatu berdasarkan keupayaan
minda, atau melalui keupayaan tubuh badan
dan deria semulajadi?
• Dalam sukan dan pendidikan jasmani,
persoalan ini menjadi satu cabaran terhadap
perkembangan objektif sukan dan pendidikan
jasmani itu sendiri.
• Ini bermakna jika guru melihat bahawa
pengetahuan hanya boleh dicapai melalui
keupayaan minda, maka peranan fizikal atau
tubuh badan secara tidak langsung
diketepikan sebagai medium yang boleh
membantu untuk mendapatkan pengetahuan.
Falsafah Dualisme dan Monisme
Dalam Sukan dan Pendidikan Jasmani
• Dualism adalah satu fahaman yang
mempercayai bahawa terdapat dua jenis
realiti yang terpisah di antara satu sama lain
iaitu minda dan tubuh badan.
• Minda adalah merujuk kepada komponen
bukan fizikal yang tidak dapat dilihat seperti
fikiran, jiwa dan kendiri, manakala tubuh
badan merujuk kepada ciri-ciri yang boleh
dilihat dan diukur seperti saiz, warna, berat,
lokasi dan sebagainya.
• Plato (428–348 B.C.E.) dianggap sebagai ahli
falsafah pertama yang menyatakan perbezaan
bebas antara minda dan tubuh badan.
• Beliau merujuk bahawa tubuh badan hanyalah
sebagai sangkar yang menyimpan minda, jiwa
dan roh, dan apabila manusia mati, tubuh
badan akan mereput ke dalam elemen asalnya
iaitu tanah, tetapi minda dan jiwa tidak
mereput kerana tidak dibuat dari material
yang sama.
• Mereka yang menafikan bahawa minda dan
tubuh badan adalah entiti yang terpisah
secara bebas disebut sebagai monist.
• Monism mempercayai bahawa hanya terdapat
satu kewujudan yang mutlak yang
mencantumkan minda dan tubuh badan ke
dalam satu entiti yang sama.
• Beberapa falsafah moden yang lahir daripada
kepercayaan monism adalah seperti falsafah
pragmatism, eksistensialism dan
fenomenologikal.
• Pencantuman antara minda dan tubuh badan
dalam falsafah moden ini memberi implikasi
yang besar terhadap perkembangan sukan
dan pendidikan jasmani kerana ia memberi
penekanan terhadap peranan tubuh badan
dan fizikal dalam mencapai pengetahuan.
Falsafah Moden Dalam Konteks
Sukan Dan Pendidikan Jasmani
Pragmatisme
• Pragmatisme adalah falsafah umum pertama
yang menolak fahaman dualism mengenai
minda dan tubuh badan.
• Falsafah ini percaya bahawa minda adalah
sebahagian dariapada tubuh badan yang
bersatu, oleh yang demikian, manusia
memperoleh pengetahuan melalui
pengalaman fizikal yang dilalui.
• Tujuan pragmatism adalah mewujudkan
kaedah praktikal untuk berhadapan dengan
perubahan sosial yang berlaku di persekitaran
masyarakat kurun ke 19 pada ketika itu
khususnya di Amerika Syarikat.
• Fahaman ini lahir hasil daripada evolusi
teknologi dan perkembangan falsafah sains
genetic Charles Darwin.
• Walaupun dalam konteks pendidikan jasmani
dan sukan tidak begitu berkaitan dengan
usaha yang dilakukan oleh Charles Darwin,
namun terdapat pendapat mengatakan
bahawa usaha beliau mempengaruhi sejarah
perkembangan minda moden.
• Darwin berpandangan bahawa sistem biologi
dalam tubuh badan sebenarnya adalah tindak
balas terhadap perubahan persekitaran begitu
juga dengan pergerakan tubuh badan yang
dihasilkan.
• Dalam konteks sukan dan pendidikan jasmani,
pragmatisme memungkinkan keupayaan
individu untuk membina pengetahuan melalui
kaedah tubuh badan seperti melalui
eksperimen tentang kondisi tubuh badan yang
di bawah pengaruh stres fisiologi, tenaga
fizikal yang membentuk tubuh badan dan
kawalan pergerakan.
Eksistensialisme
• Fahaman eksistensialisme mempercayai akan
konsep individualisme dalam segenap aspek
kehidupan.
• Individu berkuasa untuk mengatur dan
mempengaruhi persekitaran, bebas membuat
pilihan dan melibatkan diri dalam apa jua
pengalaman.
• Kebebasan dalam pengalaman dan membuat
pilihan ini adalah bukti kewujudan individu.
• Seseorang individu akan memilih
pengalamannya berdasarkan minat dan nilai
yang diletakkan ke atas aktiviti tersebut.
• Sekiranya dia melihat sukan sebagai aktiviti
yang sangat bernilai, maka dia memilih sukan
sebagai sebahagian pengalaman hidupnya.
• Oleh itu untuk menjiwai sukan dan pendidikan
jasmani itu juga bergantung kepada pilihan
individu.
• Namun, pragmatisme menegaskan bahawa
individu bertanggungjawab terhadap setiap
pilihannya.
• Kebebasan individu yang dimiliki bukanlah
tiket untuk lari daripada tanggugjawab
tersebut.
• Apa sahaja pilihannya, dia turut
bertanggungjawab sekiranya pilihannya
memberi kemudaratan ke atas diri orang lain.
• Fokus individualisme dalam fahaman
eksistensialisme sebenarnya adalah terhadap
faktor ketulenan seseorang individu itu.
• Manusia adalah individu yang tulen, tidak
memerlukan pengiktirafan dari pihak lain dan
juga tidak perlu akur atas ketetapan yang
dibuat oleh pihak lain.
• Walau bagaimanapun, faktor individualistik ini
menjadikan matlamat hidup individu sangat
kabur.
• Menurut Kaplan (1961), manusia sentiasa
membuat pilihan dalam hidupnya, dan
sentiasa terdedah dengan kemungkinan
kejayaan dan kegagalan dalam membuat
pilihan.
• Dalam konteks sukan dan pendidikan jasmani,
individualisme akan lebih terserlah jika aktiviti yang
dijalankan mengandungi nilai etika dan estetika yang
tinggi agar dapat mencetuskan konflik antara emosi,
perasaan dan persepsi individu dengan persekitaran.
• Melalui sukan dan pendidikan jasmani, individu
dapat mengembangkan potensi diri dengan cara
mereka sendiri, selain dapat memupuk kemahiran
berfikir secara reflektif untuk menilai keupayaan dan
disiplin diri.
Fenomenologi
• Fenomenologi adalah fahaman yang wujud
pada abad ke 20 yang bertujuan untuk
menyiasat dan menjelaskan fenomena alam
melalui pengalaman sedar manusia, tanpa
terikat dengan teori dan konsep.
• Pengasas fahaman ini ialah Edmund Husserl
(1859-1938) yang prihatin terhadap refleksi
sistematik serta analisis struktur kesedaran
minda manusia terhadap fenomena
persekitaran.
• Bagi fenomenologi, individu bebas untuk melalui
pelbagai pengalaman dan menikmati pengalaman
tesebut.
• Namun apa yang dirasa, difikirkan dan dilalui oleh
setiap invidu adalah berbeza antara satu sama lain.
• Bagi atlet atau invidu yang melalukan aktiviti fizikal,
pengalaman yang diperolehi melalui aktiviti fizikal
sangat bernilai dari aspek epistemologinya. Kerana
tubuh badan adalah sumber pengetahuan dan
perkembangan individu.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –
Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –
Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –
wadikpli09
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Vince Here
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
Emiey Mieysagie
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Megala Silva Raju
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
shazli shazli mahmud
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Vince Here
 
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Inspire Tamizhan
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
Siti Mariam
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak
Arra Asri
 

La actualidad más candente (20)

Perkembangan kecerdasan
Perkembangan kecerdasanPerkembangan kecerdasan
Perkembangan kecerdasan
 
Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –
Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –
Teori Pembelajaran Carl Ransom Rogers (1902 –
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
 
Bab 1 sosiologi dan pembelajaran
Bab 1 sosiologi dan pembelajaranBab 1 sosiologi dan pembelajaran
Bab 1 sosiologi dan pembelajaran
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan BaratPerkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
KAPASITI PEDAGOGI.pdf
KAPASITI PEDAGOGI.pdfKAPASITI PEDAGOGI.pdf
KAPASITI PEDAGOGI.pdf
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
BAB 4 PENDIDIKAN DAN SEKOLAH.pptx
BAB 4 PENDIDIKAN DAN SEKOLAH.pptxBAB 4 PENDIDIKAN DAN SEKOLAH.pptx
BAB 4 PENDIDIKAN DAN SEKOLAH.pptx
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
 
Pembentangan falsafah:)
Pembentangan falsafah:)Pembentangan falsafah:)
Pembentangan falsafah:)
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan...
 
Edu 3004 mazhab falsafah barat
Edu 3004   mazhab falsafah baratEdu 3004   mazhab falsafah barat
Edu 3004 mazhab falsafah barat
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak
 

Similar a Minggu 3 25 sept

Pengantar Filsafat, Pertemuan 5.pptx
Pengantar Filsafat, Pertemuan 5.pptxPengantar Filsafat, Pertemuan 5.pptx
Pengantar Filsafat, Pertemuan 5.pptx
yonayori
 
Pertanyaan dan jawaban pengantar filsafat ilmu
Pertanyaan dan jawaban pengantar filsafat ilmuPertanyaan dan jawaban pengantar filsafat ilmu
Pertanyaan dan jawaban pengantar filsafat ilmu
RioPrasetio4
 
Hakekat Ilmu : Mencari Alternatif Kebenaran Baru
Hakekat Ilmu : Mencari Alternatif Kebenaran BaruHakekat Ilmu : Mencari Alternatif Kebenaran Baru
Hakekat Ilmu : Mencari Alternatif Kebenaran Baru
Ali Murfi
 

Similar a Minggu 3 25 sept (20)

Kumpulan soal soal filsafat ilmu
Kumpulan soal   soal filsafat ilmuKumpulan soal   soal filsafat ilmu
Kumpulan soal soal filsafat ilmu
 
FILSAFAT ILMU PERTEMUAN I - DJOKO AW
FILSAFAT ILMU PERTEMUAN I - DJOKO AWFILSAFAT ILMU PERTEMUAN I - DJOKO AW
FILSAFAT ILMU PERTEMUAN I - DJOKO AW
 
Filsafat
Filsafat Filsafat
Filsafat
 
bab1 falsafah.pdf
bab1 falsafah.pdfbab1 falsafah.pdf
bab1 falsafah.pdf
 
bab1 falsafah.pdf
bab1 falsafah.pdfbab1 falsafah.pdf
bab1 falsafah.pdf
 
Pengantar Filsafat, Pertemuan 5.pptx
Pengantar Filsafat, Pertemuan 5.pptxPengantar Filsafat, Pertemuan 5.pptx
Pengantar Filsafat, Pertemuan 5.pptx
 
MPU3132 2. Falsafah dalam Kehidupan.pptx
MPU3132 2. Falsafah dalam Kehidupan.pptxMPU3132 2. Falsafah dalam Kehidupan.pptx
MPU3132 2. Falsafah dalam Kehidupan.pptx
 
KEL.6 Implikasi Filsafat Ilmu.pptx
KEL.6 Implikasi Filsafat Ilmu.pptxKEL.6 Implikasi Filsafat Ilmu.pptx
KEL.6 Implikasi Filsafat Ilmu.pptx
 
falsafah pndidikan bab 1.pdf
falsafah pndidikan bab 1.pdffalsafah pndidikan bab 1.pdf
falsafah pndidikan bab 1.pdf
 
Pertanyaan dan jawaban pengantar filsafat ilmu
Pertanyaan dan jawaban pengantar filsafat ilmuPertanyaan dan jawaban pengantar filsafat ilmu
Pertanyaan dan jawaban pengantar filsafat ilmu
 
TUGAS FILSAFAT ILMU
TUGAS FILSAFAT ILMUTUGAS FILSAFAT ILMU
TUGAS FILSAFAT ILMU
 
Tugas Akhir Pengantar Ilmu Filsafat Kelas V
Tugas Akhir Pengantar Ilmu Filsafat Kelas VTugas Akhir Pengantar Ilmu Filsafat Kelas V
Tugas Akhir Pengantar Ilmu Filsafat Kelas V
 
Filsafat Ilmu
Filsafat IlmuFilsafat Ilmu
Filsafat Ilmu
 
T1_CABANG FALSAFAH.pptx
T1_CABANG FALSAFAH.pptxT1_CABANG FALSAFAH.pptx
T1_CABANG FALSAFAH.pptx
 
Tugas pengantar filsafat ilmu kumpulan soal
Tugas pengantar filsafat ilmu kumpulan soalTugas pengantar filsafat ilmu kumpulan soal
Tugas pengantar filsafat ilmu kumpulan soal
 
KELOMPOK 7 FILSAFAT ILMU (A)
KELOMPOK 7 FILSAFAT ILMU (A)KELOMPOK 7 FILSAFAT ILMU (A)
KELOMPOK 7 FILSAFAT ILMU (A)
 
powerpoint tentang ilmu dan pengetahuan
powerpoint tentang ilmu dan pengetahuanpowerpoint tentang ilmu dan pengetahuan
powerpoint tentang ilmu dan pengetahuan
 
Ilmu Pengetahuan
Ilmu PengetahuanIlmu Pengetahuan
Ilmu Pengetahuan
 
Hakekat Ilmu : Mencari Alternatif Kebenaran Baru
Hakekat Ilmu : Mencari Alternatif Kebenaran BaruHakekat Ilmu : Mencari Alternatif Kebenaran Baru
Hakekat Ilmu : Mencari Alternatif Kebenaran Baru
 
TUGAS AKHIR FILSAFAT KEL 3.pptx
TUGAS AKHIR FILSAFAT KEL 3.pptxTUGAS AKHIR FILSAFAT KEL 3.pptx
TUGAS AKHIR FILSAFAT KEL 3.pptx
 

Más de colleges (18)

Minggu 6
Minggu 6Minggu 6
Minggu 6
 
Minggu 5
Minggu 5Minggu 5
Minggu 5
 
Minggu 7
Minggu 7Minggu 7
Minggu 7
 
Minggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktMinggu 4 02 okt
Minggu 4 02 okt
 
Minggu 8
Minggu 8Minggu 8
Minggu 8
 
Minggu 9
Minggu 9Minggu 9
Minggu 9
 
Minggu 2 18 sept
Minggu 2 18 septMinggu 2 18 sept
Minggu 2 18 sept
 
Minggu 10
Minggu 10Minggu 10
Minggu 10
 
Minggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septMinggu 1 11 sept
Minggu 1 11 sept
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
 
Darurat
DaruratDarurat
Darurat
 
Thai complete
Thai completeThai complete
Thai complete
 
Mmp 0001
Mmp 0001Mmp 0001
Mmp 0001
 
Desentralisasi
DesentralisasiDesentralisasi
Desentralisasi
 
Kesan jepun
Kesan jepunKesan jepun
Kesan jepun
 
Getah f2 new new
Getah f2 new newGetah f2 new new
Getah f2 new new
 
Asradian
AsradianAsradian
Asradian
 

Minggu 3 25 sept

  • 1. FALSAFAH SAINS SUKAN DAN PJPK MINGGU 3
  • 2. HASIL PEMBELAJARAN • Pelajar dapat menjelaskan definisi falsafah dan tujuan falsafah. • Pelajar dapat menghuraikan maksud metafizik, epistemologi dan aksiologi. • Pelajar dapat membuat intepretasi tentang perlaksanaan pendidikan jasmani dan kesihatan di dalam bilik darjah berlandaskan fahaman falsafah umum. • Pelajar dapat membuat peta minda yang mengaitkan 4 falsafah umum dengan unsur kebenaran, pengetahuan, nilai, dan impilkasi ke atas pendidikan.
  • 3. Pelajar digalakkan memahami dengan jelas terlebih dahulu akan maksud dan tujuan falsafah supaya kefahaman tersebut boleh membantu pelajar memenuhi objektif kendiri untuk mencintai ilmu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan dengan penuh makna.
  • 4. Falsafah penting dalam pembentukan kurikulum agar mata pelajaran tersebut dapat mencapai objektif pendidikan dan hasil modal insan yang ingin dilahirkan.
  • 5. DEFINISI DAN TUJUAN FALSAFAH • Falsafah bermaksud kajian terhadap asas permasalahan dan permasalahan yang berkaitan dengan kehidupan, pengetahuan, nilai, sebab musabab, minda dan bahasa. • Menurut Evans dan Teichmann (1999), falsafah juga adalah kajian permasalahan yang bersifat kritikal, abstrak dan sangat umum mengenai ciri- ciri semulajadi kehidupan, pengetahuan, moraliti, sebab musabab dan tujuan hidup manusia.
  • 6. • Secara umum, falsafah berasal dari perkataan Yunani Tua iaitu philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan atau hikmah (love of wisdom) (Quinton, 1995). • Definisi di atas menjelaskan bahawa falsafah bukan sekadar cinta terhadap hikmah atau pengetahuan tetapi juga merangkumi usaha ke arah mendapatkan hikmah dan pengetahuan tersebut.
  • 8. • Russel (1946) – memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains fizikal dan kemanusiaan). – Seperti teologi (tetapi tidak seperti sains), falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara yang belum tepat atau nyata. – Seperti sains (tetapi tidak seperti teologi), falsafah menggunakan taakulan untuk membuktikan sesuatu. – Maka falsafah melibatkan spekulasi dan taakulan.
  • 9.
  • 10. • Schofield (1972) menganggap falsafah sebagai proses menyoal. – Soalan yang jenis bagaimana? – Ada soalan yang dijawab menerusi ujikaji (sains) – Ada soalan yang tidak dapat dijawab melalui sains tetapi memerlukan kita duduk bertafakur, berteori untuk mendapatkan jawapan (spekulatif – teologi)
  • 11. • Kesimpulannya, falsafah ialah sesuatu yang terletak di antara sains dan teologi, memerlukan kita bertafakur, bertaakul dan berteori untuk mendapatkan sesuatu jawapan. • Falsafah merupakan sesuatu penyiasatan yang menyeluruh dan logik mengenai pemikiran tentang semua aktiviti manusia dalam berbagai bidang seperti agama, seni, sains dan pendidikan.
  • 13. • Ahli falsafah berbeza dengan ahli sufi. • Ahli sufi, atau “wise men” pada zaman klasik greek mendapat wang melalui aktiviti pengembangan ilmu seperti seorang guru. • Namun, ahli falsafah bukanlah seorang ahli profesional yang menjadikan aktiviti pengembangan ilmunya sebagai profesion.
  • 14. • Ahli-ahli falsafah adalah pencinta ilmu yang mencintai hikmah dan pengetahuan, serta berusaha mendapatkannya, memusatkan perhatian terhadapnya dan mencipta sikap positif terhadapnya. • Mereka sentiasa mencari hakikat sesuatu, mengaitkan sebab dan akibat dan mentafsir pengalaman manusia.
  • 15. • Menurut Frost (1955), setiap orang adalah ahli falsafah kerana manusia dianugerahkan otak dan fikiran dan sentiasa membuka ruang untuk berfikir, bersoal jawab dan berfalsafah.
  • 16. • Namun terdapat perbezaan antara orang biasa yang berfalsafah dengan ahli falsafah berfalsafah. • Ahli falsafah berfalsafah dengan cara membentuk idea dengan lebih lengkap, konsisten, berpandukan logik dan kemudiannya menyebarkan idea tersebut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984).
  • 18. • Menggunakan kaedah logik (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979). • Kaedah logik dilakukan secara formal iaitu melalui proses deduktif, atau secara saintifik melalui proses induktif.
  • 19. • Logik deduktif ialah membuat kesimpulan daripada pernyataan am hingga ke perkara khusus. • Logik induktif ialah membuat kesimpulan daripada perkara atau kejadian yang khusus atau spesifik kepada satu pernyataan atau generalisasi yang am. • Oleh kerana generalisasi adalah bersifat am, maka ia sentiasa terdedah kepada persoalan sama ada ia betul atau salah.
  • 21. Pendekatan Huraian Pendekatan Spekulatif Cara pemikiran falsafah yang sistematik, logik, munasabah, sistem idea yang memungkinkan intepretasi dibuat terhadap setiap elemen yang terkandung dalam pengalaman manusia. Ia adalah usaha untuk mencari satu kesepaduan bagi semua pemikiran dan pengalaman.
  • 22. Pendekatan Preskriptif Cara pemikiran falsafah yang menetapkan sesuatu standard pertimbangan nilai. Ahli falsafah preskriptif berusaha mengesyorkan sesuatu prinsip untuk menentukan sesuatu standard tingkah laku sama ada berkualiti atau berfaedah. Pendekatan Huraian
  • 23. Pendekatan Analitik Cara pemikiran falsafah yang menganalisis kenyataan spekulatif dan preskriptif dengan cara melihat kepada perkataan dan makna perkataan. Berkemungkinan makna perkataan berbeza dalam konteks yang berlainan. Ahli falsafah ini lebih bersifat berhati-hati dan berwaspada dalam membina sistem pemikiran. Pendekatan Huraian
  • 25. Falsafah adalah usaha ke arah mencari hak dan kebenaran, mengetahui tentangnya dan mengenal pasti nilai. Oleh yang demikian falsafah adalah ilmu yang membahaskan tentang tiga perkara iaitu tentang kebenaran, pengetahuan dan nilai
  • 26.
  • 27. METAFIZIK • Metafizik ialah asas kepada falsafah. • Metafizik mengkaji tentang sesuatu yang wujud secara reality, mutakhir, seperti alam, jiwa, roh dan kehidupan. Pokok persoalannya adalah “apakah dia...?” yang merangkumi persoalan tentang setiap benda yang wujud di alam maya sama ada yang boleh dilihat seperti alam sekeliling, atau yang tidak boleh dilihat seperti faktor kendiri, jiwa, dan perubahan.
  • 28. • Metafizik adalah penting dalam falsafah. Tanpa penjelasan dan intepretasi tentang alam di sekeliling kita, adalah sukar bagi kita untuk mengenal pasti makna reality. • Sejauh mana manusia mempercayai pandangan metafiziknya, sejauh itulah dia berupaya memahami apa yang berlaku di sekelilingnya dan bertindak balas dengan sewajarnya. • Tanpa metafizik juga, semua ilmu pengetahuan akan terdedah dengan keraguan.
  • 29. • Elemen utama dalam metafizik – realiti ialah sesuatu yang nyata (absolute), serta tidak boleh dipertikaikan akan kewujudannya. – Ia mempunyai ciri-ciri yang spesifik serta konsisten. – Oleh itu, pandangan metafizik seharusnya dapat memahami realiti secara tepat dan benar.
  • 30. • Seperti dunia ini, secara fizikalnya dunia ini wujud dan setiap entiti di dalamnya mempunyai ciri-ciri semulajadi yang tersendiri. Tingkah laku setiap entiti juga berlandaskan kepada ciri-ciri yang dimiliki, dan jika setiap entiti berinteraksi antara satu sama lain, mereka bertingkah laku berdasarkan ciri-ciri semulajadi yang ditunjukkan oleh kedua-duanya.
  • 31. • Walau bagaimanapun, metafizik sering dianggap ketinggalan zaman oleh sains kerana hasil kajian sains lebih mudah dipercayai, boleh dilihat, dibuktikan dan diukur. • Ini kerana terdapat beberapa jawapan yang diperolehi melalui metafizik tidak dapat diterangkan dengan jelas dan tidak berbentuk praktikal seperti hal ehwal kendiri, roh, jiwa dan kehidupan.
  • 32. • Oleh itu, Auguste Comte telah mendakwa bahawa falsafah dalam dunia sains hanya berguna dalam menjelaskan teori dan konsep sains, dan walau apa jua keadaan sekalipun falsafah mesti meninggalkan cabang metafizik yang bersifat subjektif (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979).
  • 33. EPISTEMOLOGI • Epistemologi ialah cabang falsafah mengenai teori pengetahuan dan perihal mengetahui. • Ia adalah kajian tentang kaedah bagaimana mendapatkan pengetahuan. • Pokok persoalannya adalah seperti “Bagaimana kita tahu tentang...?” yang merangkumi persoalan mengenai ciri-ciri konsep sesuatu perkara, pembinaan sesuatu konsep, kesahan sesuatu perasaaan, pemikiran logik, idea, memori, emosi dan proses mental.
  • 34. • Ia berkaitan dengan bagaimana minda dikaitkan dengan realiti, dan adakah perkaitan tersebut sah atau tidak sah. • Epistemologi diperlukan bagi membolehkan kita mendapatkan pengetahuan tentang alam sekeliling, membezakan yang benar atau palsu.
  • 35. • Sejauhmana manusia menggunakan epistemology dengan betul sejauh itulah kita dapat memahami realiti, dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk meningkatkan kehidupan dan matlamat hidup.
  • 36. • Elemen utama dalam epistemologi: – deria rasa manusia adalah sah, dan itulah caranya kita mendapatkan pengetahuan dan maklumat mengenai persekitaran kita; – berfikir adalah kaedah yang digunakan untuk mendapatkan pengetahuan dan mencapai kefahaman; – logik pula ialah kaedah untuk mengekalkan konsistensi dalam set pemikiran;
  • 37. – objektiviti adalah cara bagaimana kita mengaitkan pengetahuan dengan realiti bagi menentukan kesahannya; – konsep adalah sesuatu yang abstrak tetapi menjadi perincian kepada sesuatu realiti; – dan epistemologi yang bagus ialah epistemologi rasional.
  • 38. AKSIOLOGI • Aksiologi adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baik buruk sesuatu, benar atau salah, cantik atau hodoh, dan lain- lain persoalan yang melibatkan nilai. • Pokok persoalan tentang nilai sama ada nilai yang berbentuk objektif atau subjektif, personal atau tidak personal, nilai itu berubah atau tetap, dan kemungkinan wujudnya tahap bagi sesuatu nilai.
  • 39. • Sesuatu itu menjadi bernilai apabila ada orang yang memberi nilai kepadanya. • Sesuatu nilai mungkin berguna pada hari ini, tetapi tidak pada hari esok. • Sesuatu nilai itu juga mungkin mempunyai hierarki yang tersendiri, contohnya nilai kerohanian adalah nilai yang lebih utama berbanding nilai kebendaan dalam konteks keagamaan.
  • 40. Cabang Estetika • Etika adalah berkaitan dengan kualiti moral tingkah laku individu. • Ia adalah kajian tentang betul atau salah dalam tingkah laku manusia. • Etika sangat diperlukan dalam hidup manusia yang akan menentukan jenis tingkah laku kita. • Sejauh mana kita mengambil kira rasional sesuatu etika, sejauh itulah kita dapat mengurus matlamat dan tingkah laku dengan betul bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
  • 41. • Estetika pula menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, pengalaman seseorang, alam sekeliling dan kehidupan. • Ia adalah kajian tentang seni, merangkumi apa yang terkandung dalam seni serta tujuannya. • Ia juga adalah penilaian mengenai sesuatu seni dan membenarkan sebarang tanggapan terhadap seni yang dilihat. • Estetika adalah suatu bentuk pemikiran yang unik dalam diri individu dan ia menjelaskan keupayaan individu menilai sesuatu yang abstrak.
  • 43. • Mengkaji dan memahami beberapa jenis falsafah umum adalah mustahak bagi memudahkan kita mengetahui bagaimana sesuatu aliran fahaman itu dilahirkan dan hubungkaitnya dengan perkembangan kurikulum pendidikan khususnya dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan.
  • 44. • Stone dan Schneidr (1971) mengkategorikan falsafah umum kepada dua bahagian iaitu falsafah tradisional dan falsafah moden. • Idealisme dan realisme dikategorikan sebagai falsafah tradisional, manakala pragmatism dan eksistensialisme dikategorikan sebagai falsafah moden.
  • 45. IDEALISME • Idealism ialah salah satu daripada falsafah tertua di dunia. • Ia wujud sejak zaman India purba di Timur hingga ke zaman Plato di barat. • Di antara ahli-ahli falsafah yang tergolong dalam mazhab ini ialah Plato, Rene Descartes, Baruch Spinoza, George Barkeley, Immanual Kant, George Wilhelm Friedrich Hagel, Samuel Taylor Coleridge.
  • 46. • Walaupun terdapat percanggahan pendapat antara ahli-ahli falsafah dalam fahaman idealism, namun asas kepercayaan fahaman ini dapat dilihat pada kekuatan metafiziknya yang memberi penekanan realiti kewujudan fikiran, jiwa dan rohani.
  • 47. Metafizik Falsafah ini percaya bahawa realiti itu adalah apa yang terkandung dalam aspek kerohanian manusia bukannya kebendaan dalam bentuk fizikal. Hanya melalui pemikiran sahaja sesuatu yang fizikal itu menjadi benar, nyata dan bermakna. Idealis percaya melalui idea atau akal dapat menyuburkan roh dan jiwa, manusia perlu melihat fizikal sebagai sesuatu yang lebih bermakna bukannya hanya sebagai mesin.
  • 48. Epistem ologi Seseorang boleh memperoleh pengetahuan melalui cara lain selain kaedah saintifik seperti melalui keimanan (kepercayaan), keautoritarian, taakulan dan intuisi (gerak hati).
  • 49. Aksiologi Nilai dan etika adalah mutlak dan kekal, tidak berubah walau berganti generasi. Nilai dan etika bukan ciptaan manusia tetapi sebahagian daripada tabi’i alam sejagat ciptaan Tuhan. Tuhan dianggap sumber nilai, oleh itu manusia dianggap tidak bermoral jika hidup tidak mengikut kehendak Tuhan. Pembentukan insan haruslah secara menyeluruh.
  • 50. Implikasi dalam pendidik an Pembentukan insan yang menyeluruh menjadi objektif utama idealisme sebagaimana yang turut diaplikasikan oleh pendidikan jasmani. Individu adalah penting dan harus dipupuk dan dipelihara melalui penekanan terhadap minda dan proses pemikirannya. Oleh kerana idealisme percaya bahawa realiti adalah apa yang terkandung di dalam minda, jiwa dan rohani, maka fizikal sering diletakkan pada status yang kurang penting.
  • 51. REALISME • Fahaman realisme turut dikenali sebagai materialisme atau naturalisme. • Fahaman ini bertentangan dengan pandangan mazhab idealism dari aspek metafizik. • Realisme percaya bahawa keseluruhan realiti adalah alam fizikal, tetapi apa sahaja yang berada di luar alam fizikal iaitu seperti apa yang terdapat dalam fikiran adalah bukan realiti. • Di antara pelopor mazhab ini ialah Aristotle, Russell, Francis Bacon, Alfred North Whitehead, dan St. Thomas Aquinas.
  • 52. Metafizik Terdapat percanggahan pendapat ahli realisme mengenai metafizik. Ada yang menganggap realiti hanya kebendaan sahaja, ada yang menganggap realiti adalah kebendaan dan kerohanian, dan ada yang menganggap semua benda termasuk kebendaan dan kerohanian adalah realiti. Walau bagaimanapun pada asasnya mereka bersetuju bahawa alam kebendaan adalah realiti.
  • 53. Epistemologi Realisme menolak pandangan idealisme yang menyatakan bahawa perolehan pengetahuan adalah berdasarkan kepada fikiran. Apa yang kita amati sebenarnya bukanlah sesuatu yang akan dibentuk semula oleh akal tetapi ia wujud dengan sendirinya. Realisme juga percaya bahawa fikiran manusia kosong semasa dilahirkan, dan manusia hanya akan belajar melalui pengalaman dengan menggunakan deria mereka, kemudian akan disimpan di otak. Selain itu, realsime juga percaya bahawa sesuatu kenyataan atau idea adalah benar jika ia bersesuaian dengan sifat-sifat perkara yang hendak diterangkan. Oleh yang demikian, hipotesis atau teori adalah sesuatu yang tidak benar kerana ia hanya bersifat menyokong, dan bukalah satu pengetahuan yang sebenar. Pengetahuan adalah benar jika telah disahkan berulang kali.
  • 54. Aksiologi Pada dasarnya ahli realisme bersetuju dengan idealisme bahawa asas nilai adalah tetap dan tidak berubah-ubah. Namun terdapat percanggahan pendapat antara ahli realisme mengenai persetujuan ini. Ahli realisme klasikal percaya bahawa terdapat hokum moral sejagat yang boleh dita’akul dan yang telah menyatukan manusia sebagai makhluk yang rasional. Ahli realisme keagamaan bersetuju dengan pendapat ini tetapi menambah bahawa hukum tersebut dibentuk oleh Tuhan dan manusia diberi akal fikiran untuk berfikir mengenainya. Ahli realisme saintifik pula menafikan pandangan ahli keagamaan kerana bagi mereka kebaikan adalah sesuatu yang dapat menyesuaikan manusia dengan alam sekelilingnya, manakal kejahatan adalah sebaliknya. Oleh kerana tabi’i manusia dan tabi’i fizikal adalah tetap, maka nilai yang cuba disesuaikan antara satu sama lain adalah juga tetap.
  • 55. Implikasi dalam pendidik an Peranan pendidikan melalui kacamata realisme adalah semata-mata untuk melatih murid mengintepretasi hal-hal yang nyata iaitu yang boleh dibuktikan melalui kaedah sains. Oleh yang demikian, pendidikan jasmani turut memberi penekanan terhadap kaedah sains dalam mendapatkan maklumat mengenai sesuatu hakikat. Kurikulum pendidikan jasmani juga harus dimuatkan dengan aktiviti dan pengalaman yang membolehkan murid memahami hukum dunia fizikal.
  • 56. PRAGMATISME • Fahaman pragmatism dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat seperti Charles Sanders Peirce, William James dan John Dewey. • Fahaman ini juga dikenali juga sebagai falsafah eksperimentalisme, empirisisme, instrumentalisme dan fungsionalisme. • Dengan berlandaskan kata kunci iaitu pengalaman dan penyelesaian masalah, fahaman ini percaya bahawa spekulasi mengenai realiti adalah satu aktiviti yang tidak berguna sehinggalah individu itu mengalami sendiri realiti tersebut dan membuat kesimpulan daripadanya. •
  • 57. • Falsafah ini lahir dengan kebangkitan sains dan kaedah saintifik, melalui usaha Charles Darwin dengan teori evolusinya dan Albert Einstein dengan teori relativitinya. • Walau bagaimanapun, pragmatism memberi tumpuan yang lebih kepada cabang falsafah epistemologi dan aksiologi, dan memberi sedikit sahaja tumpuan kepada metafizik.
  • 58. Metafizik Idea manusia mengenai alam ini adalah neutral. Realiti adalah interaksi di antara manusia dengan alam sekelilingnya. Alam ini dikatakan benar apabila manusia memberi makna kepadanya. Perubahan yang berlaku akibat interkasi manusia dan alam sekeliling juga adalah sesuatu yang dianggap realiti.
  • 59. Epistemologi Manusia mendapat pengetahuan hanya melalui pengalaman. Pengalaman wujud akibat hasil interaksi antara individu dengan alam sekelilingnya. Maka pengalaman yang terhasil itu adalah pengetahuan yang diperoleh, dan kebenaran yang didapati hasil daripada interaksi tersebut adalah sumber pengetahuan. Idea hanya berkamna akibat daripada pengalaman, manakala pengalaman sebenarnya adalah bersifat sosial, oleh itu manusia mencari apa yang diharapkan dalam hidup melalui eksperimen. Selain itu, kaedah kepintaran adalah cara yang unggul untuk mendapatkan pengetahuan. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, individu akan mencadangkan beberapa hipotesis dan teori bagi menrangkan fakta masalah tersebut dan seterusnya membuat eksperimen bagi mendapatkan sesuatu kebenaran atau pengetahuan.
  • 60. Aksiologi Nilai berubah berdasarkan persetujuan masyarakat akibat perubahan semasa. Nilai juga berbeza mengikut budaya sesuatu masyarakat. Nilai tidak tetap dalam sesuatu keadaan. Apa yang dikatakan berguna pada hari ini, mungkin tidak berguna pada esoknya. Nilai timbul dari kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat dan individu Nilai mempunyai kesan ke atas masyarakat dan individu. Nilai tidak bersifat universal kerana masyarakat berbeza antara satu dengan yang lain. Dalam estetika, citarasa umum adalah berbeza mengikut budaya.
  • 61. Implikasi dalam pendidikan Perubahan selalu berlaku, oleh itu cara dan matlamat pendidikan haruslah sentiasa fleksibel dan terbuka untuk dikaji semula. Murid harus selalu belajar mengenai alam dan perubahan di sekelilingnya supaya ia dapat memberi makna kepada kehidupannya melalui tafsiran pengalaman. Guru perlu mempelbagaikan situasi pengajaran yang berkaitan dengan masalah tertentu supaya murid lebih memahami tentang alam sosial dan fizikal di sekeliling mereka. Ini kerana murid sifatnya ingin mengetahu pelbagai perkara. Murid juga sepatutnya diberi kebebasan dalam menentukan prinsip tingkah laku moralnya supaya dapat diterima oleh orang lain dan tidak hanya mengikut prinsip moral yang telah ditetapkan.
  • 62. EKSISTENSIALISME • Fahaman eksistensialisme adalah fahaman baru yang muncul di Eropah selepas Perang Dunia ke Pertama. • Pelopornya ialah Soren Kierkegaard, seorang ahli falsafah Denmark. • Falsafah ini terlalu bersifat individualisitik, terlalu bergantung kepada perkara subjektif seperti intuisi, merenung ke dalam diri, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan. • Fokus eksistensialisme adalah terhadap individualisme dan kebebasan individu.
  • 63. Metafizik Realiti didefinisikan oleh individu. Manusia menyedari akan kewujudan dirinya, dan dia bebas menentukan arah tujuannya sendiri, serta bertanggungjawab atas pilihan yang dibuatnya.
  • 64. Epistemol ogi Manusia mengetahui hanya melalui pengalaman. Tahap pengalaman yang tinggi sekali ialah kesedaran tentang kewujudan benda dan manusia itu sendiri. Apa yang diamati secara terus atau sedar akan diberi makna oleh seseorang berlandaskan kepada pemahamannya sendiri yang boleh jadi betul atau salah. Kebenaran sentiasa relatif mengikut pertimbangan seseorang. Kebenaran mutlak tidak wujud. Untuk mendapatkan kebenaran seseorang itu mestilah tidak berhubung dengan orang lain dan tidak dipengaruhi oleh masyarakat.
  • 65. Aksiologi Kewujudan seseorang itu adalah asas nilai baginya. Manusia sendiri yang bertanggungjawab terhadap sistem nilainya sendiri. Namun, tanggungjawab tersebut mungkin akan mengganggu orang lain, oleh itu pemilihan nilai oleh seseorang mestilah mengambil kira tanggungjawabnya terhadap orang lain juga.
  • 66. Implikasi dalam pendidik an Guru yang bersifat eksistensialisme menilai dan menghargai kebebasan dirinya dan orang lain termasuk murid dan rakan sejawat. Dalam kurikulum berkemungkinan murid bebas memilih aktiviti pembelajaran berdasarkan minat dan kecenderungan, dan ini secara tidak langsung membina kreativiti, kesedaran diri, tanggungjawab dan pengharagaan kendiri individu.
  • 67. PERKEMBANGAN FALSAFAH SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI
  • 68. • Perbincangan mengenai perkembangan falsafah sukan dan pendidikan jasmani dibuat dalam dua cara iaitu: – mengenal pasti perubahan sikap dan budaya masyarakat terhadap sukan dan pendidikan jasmani berdasarkan peredaran kemajuan mengiku zaman; – atau dengan mengenal pasti perubahan pemikiran falsafah berdasarkan perkembangan falsafah tradisional dan moden.
  • 70. FAKTOR MODERNISASI • Modenisasi merujuk kepada perubahan budaya dari yang bersifat tradisional atau premoden kepada yang bersifat moden. • Ciri-ciri budaya tradisional adalah stabil, bersifat setempat, dipengaruhi oleh individu keluarga atau budaya politik setempat, metos dan upacara keagamaan. •
  • 71. • Budaya moden pula dibentuk oleh ciri-ciri dinamik, bersifat cosmopolitan, meritokrasi, bergantung kepada teknologi dan idea yang rasional. • Sukan dan pendidikan jasmani juga adalah sebahagian daripada budaya yang turut dipengaruhi perubahan akibat proses modernisasi.
  • 72. • Ahli sejarah Melvin Adelman mengatakan bahawa sukan bergerak daripada konteks premoden ke moden antara tahun 1820 dan 1870 (Mechikoff & Estes, 2006). • Modernisasi sangat berguna dalam menjelaskan tingkah laku manusia terhadap sukan dan pendidikan jasmani
  • 73. Ciri-ciri ideal jenis sukan pada zaman premoden dan moden Ciri-ciri Premoden Moden Organisasi Wujud secara informal, pertandingan diuruskan oleh orang perseorangan secara informal. Wujud secara formal diperingkat kawasan setempat, wilayah, dan kebangsaan. Peraturan Peraturan mudah, tidak bertulis, berdasarkan budaya dan tradisi setempat, namun terdapat perbezaan variasi peraturan dari satu tempat ke tempat yang lain. Peraturan formal, standard dan bertulis, mempunyai rasional dan mendapar kelulusan oleh organisasi yang terlibat. Pertandingan Pertandingan diadakan di kawasan setempat sahaja, pertandingan bukan untuk mendapatkan reputasi. Pertandingan berkembang ke peringkat yang lebih tinggi seperti kebangsaan dan antarabangsa, dan ke arah mendapatkan reputasi
  • 74. Ciri-ciri Premoden Moden Perbezaan peranan Tidak dianggap penting oleh pemain, peranan pemain dan penonton adalah kurang. Sangat penting, berlaku kebangkitan profesional dalam bidang sukan, terdapat perbezaan yang ketara antara peranan pemain dan penyokong. Maklumat awam Maklumat sukan adalah terhad di kawasan setempat, lebih menurus kepada maklumat lisan. Maklumat dipaparkan melalui media massa, kebangkitan majalah dan buku mengenai sukan. Rekod dan statistik Tidak wujud usaha merekod aktiviti sukan Rekod dan statistik sukan disimpan dan di terbitkan, dijadikan panduan dalam ukuran kejayaan.
  • 75. URBANISASI DAN INDUSTRIALISASI • Urbanisasi - budaya sukan dan pendidikan jasmani bergerak berdasarkan budaya setempat dan faktor persekitaran. • Industrialisasi - perubahan dilihat berdasarkan kecenderungan individu bergantung terhadap kekuatan fizikal kepada pergantungan terhadap mesin dan jentera.
  • 76. • Urbanisasi dan industrialisasi mengambil tempat dalam era perubahan sukan dan pendidikan jasmani sekitara kurun ke 19.
  • 77. • Sebelum menjelangnya kurun ke 19, kebanyakan masyarakat di dunia lebih menjurus kepada kehidupan bersifat kampung. • Petani, peladang, penternak, pelombong dan sebagainya menjadikan kekuatan fizikal sebagai asas dalam perlaksanaan tugas seharian.
  • 78. • Namun kemunculan era sains dan teknologi telah merubah corak pertanian, perladangan, penternakan, perlombongan dan sebagainya hingga wujud sektor industri yang lebih besar dan bersifat mekanikal. • Populasi kampung telah bergerak ke arah urbanisasi, dan menjadikan revolusi industri sains dan teknologi sebagai budaya dalam bidang tugas seharian, sekaligus telah mengubah tatacara kerja secara lebih radikal.
  • 79. • Perubahan tatacara telah mempengaruhi corak sukan dan pendidikan jasmani yang diamalkan oleh masyarakat. • Sebagai contoh, aktiviti sukan dan riadah boleh dibuat pada waktu malam dengan adanya teknologi lampu, manakala petani mampu menguruskan pertandingan sukan kerana mereka tidak lagi melakukan aktiviti pertanian di kawasan pedalaman yang menyukarkan mereka untuk berhubung dengan masyarakat.
  • 80. • Semua perubahan yang berlaku dalam konteks sukan dan pendidikan jasmani akibat faktor modernisasi, urbanisasi dan industrialisasi boleh dijelaskan dalam pelbagai intepretasi yang mengambil kira kebaikan dan keburukan akibat perubahan besar yang dialami oleh masyarakat tersebut.
  • 81. Dalam kumpulan, bincangkan implikasi faktor modernisasi, urbanisasi dan industrialisasi ke atas perubahan gaya hidup masyarakat.
  • 82. FAKTOR METAFIZIK TERHADAP PERANAN MINDA DAN TUBUH BADAN • Adakah minda dan tubuh badan itu suatu yang realiti? • Atau, yang manakah lebih realistik, minda atau tubuh badan? • Melalui aspek metafizik kita dapat mengetahui sejauhmana perkembangan persepsi dan sikap individu terhadap peranan minda dan tubuh badan dalam menentukan peri pentingnya sukan dan pendidikan jasmani.
  • 83. • Terdapat pelbagai percanggahan mazhab mengenai realiti minda dan tubuh badan. • Tetapi kenapa kita perlu mengetahui percanggahan tersebut?
  • 84. • Ini adalah kerana, jika kita hanya berpegang pada falsafah realisme bahawa realiti adalah berkenaan apa yang wujud di alam sekeliling termasuk tubuh badan manusia, maka manusia hanya dianggap sebuah mesin biologi, dan pendidikan pula adalah program yang akan membentuk tingkah laku tubuh badan yang sebenar.
  • 85. • Tetapi, jika kita berpegang teguh pada fahaman idealisme yang mengatakan bahawa realiti adalah apa yang terkandung dalam minda, fikiran, roh dan jiwa, maka kita akan menjadikan manusia sebagai insan yang berguna hanya dengan berdasarkan keupayaan intelektual dan rohani semata- mata, manakala pendidikan pula adalah proses memperkembangkan keupayaan intelektual tersebut.
  • 86. • Persoalannya, adakah dua bentuk sikap terhadap minda dan tubuh badan ini masih lagi menjadi amalan dalam sistem pendidikan sekarang? • Manakah yang lebih mustahak, minda atau tubuh badan?
  • 87. • Sebagai contoh pada zaman Rom kuno, mereka percaya bahawa tubuh badan dan deria adalah kaedah untuk mengetahui dan memahami akan realiti. • Masyarakat Monks pada abad pertengahan dahulu lebih mepercayai akan jiwa dalaman berbanding tubuh badan. • Ini memberi kesan kepada penghargaan terhadap kepentingan tubuh badan berbanding apa yang dipercayai oleh masyarakat Rom kuno dahulu dan sekaligus memberi kesan terhadap sukan dan pendidikan jasmani.
  • 88. FAKTOR EPISTEMOLOGI TERHADAP PERANAN MINDA DAN TUBUH BADAN • Terdapat hubungkait antara metafizik dan epistemologi. • Jika kita berpegang pada metafizik yang menyatakan bahawa minda adalah realiti berbanding tubuh badan, maka penekanan diberi terhadap keupayaan intelektual atau unsur epistemologi. • Tetapi jika tubuh badan dan deria dianggap kaedah utama dalam mendapatkan pengetahuan, maka ini juga menjurus ke arah pendekatan dalam epistemologi.
  • 89. • Dalam konteks pendidikan, hubungkait antara metafizik dan epistemologi semakin nyata. • Persoalannya, adakah lebih mudah untuk mengetahui sesuatu berdasarkan keupayaan minda, atau melalui keupayaan tubuh badan dan deria semulajadi?
  • 90. • Dalam sukan dan pendidikan jasmani, persoalan ini menjadi satu cabaran terhadap perkembangan objektif sukan dan pendidikan jasmani itu sendiri. • Ini bermakna jika guru melihat bahawa pengetahuan hanya boleh dicapai melalui keupayaan minda, maka peranan fizikal atau tubuh badan secara tidak langsung diketepikan sebagai medium yang boleh membantu untuk mendapatkan pengetahuan.
  • 91. Falsafah Dualisme dan Monisme Dalam Sukan dan Pendidikan Jasmani • Dualism adalah satu fahaman yang mempercayai bahawa terdapat dua jenis realiti yang terpisah di antara satu sama lain iaitu minda dan tubuh badan. • Minda adalah merujuk kepada komponen bukan fizikal yang tidak dapat dilihat seperti fikiran, jiwa dan kendiri, manakala tubuh badan merujuk kepada ciri-ciri yang boleh dilihat dan diukur seperti saiz, warna, berat, lokasi dan sebagainya.
  • 92. • Plato (428–348 B.C.E.) dianggap sebagai ahli falsafah pertama yang menyatakan perbezaan bebas antara minda dan tubuh badan. • Beliau merujuk bahawa tubuh badan hanyalah sebagai sangkar yang menyimpan minda, jiwa dan roh, dan apabila manusia mati, tubuh badan akan mereput ke dalam elemen asalnya iaitu tanah, tetapi minda dan jiwa tidak mereput kerana tidak dibuat dari material yang sama.
  • 93. • Mereka yang menafikan bahawa minda dan tubuh badan adalah entiti yang terpisah secara bebas disebut sebagai monist. • Monism mempercayai bahawa hanya terdapat satu kewujudan yang mutlak yang mencantumkan minda dan tubuh badan ke dalam satu entiti yang sama.
  • 94. • Beberapa falsafah moden yang lahir daripada kepercayaan monism adalah seperti falsafah pragmatism, eksistensialism dan fenomenologikal. • Pencantuman antara minda dan tubuh badan dalam falsafah moden ini memberi implikasi yang besar terhadap perkembangan sukan dan pendidikan jasmani kerana ia memberi penekanan terhadap peranan tubuh badan dan fizikal dalam mencapai pengetahuan.
  • 95. Falsafah Moden Dalam Konteks Sukan Dan Pendidikan Jasmani
  • 96. Pragmatisme • Pragmatisme adalah falsafah umum pertama yang menolak fahaman dualism mengenai minda dan tubuh badan. • Falsafah ini percaya bahawa minda adalah sebahagian dariapada tubuh badan yang bersatu, oleh yang demikian, manusia memperoleh pengetahuan melalui pengalaman fizikal yang dilalui.
  • 97. • Tujuan pragmatism adalah mewujudkan kaedah praktikal untuk berhadapan dengan perubahan sosial yang berlaku di persekitaran masyarakat kurun ke 19 pada ketika itu khususnya di Amerika Syarikat. • Fahaman ini lahir hasil daripada evolusi teknologi dan perkembangan falsafah sains genetic Charles Darwin.
  • 98. • Walaupun dalam konteks pendidikan jasmani dan sukan tidak begitu berkaitan dengan usaha yang dilakukan oleh Charles Darwin, namun terdapat pendapat mengatakan bahawa usaha beliau mempengaruhi sejarah perkembangan minda moden.
  • 99. • Darwin berpandangan bahawa sistem biologi dalam tubuh badan sebenarnya adalah tindak balas terhadap perubahan persekitaran begitu juga dengan pergerakan tubuh badan yang dihasilkan.
  • 100. • Dalam konteks sukan dan pendidikan jasmani, pragmatisme memungkinkan keupayaan individu untuk membina pengetahuan melalui kaedah tubuh badan seperti melalui eksperimen tentang kondisi tubuh badan yang di bawah pengaruh stres fisiologi, tenaga fizikal yang membentuk tubuh badan dan kawalan pergerakan.
  • 101. Eksistensialisme • Fahaman eksistensialisme mempercayai akan konsep individualisme dalam segenap aspek kehidupan. • Individu berkuasa untuk mengatur dan mempengaruhi persekitaran, bebas membuat pilihan dan melibatkan diri dalam apa jua pengalaman. • Kebebasan dalam pengalaman dan membuat pilihan ini adalah bukti kewujudan individu.
  • 102. • Seseorang individu akan memilih pengalamannya berdasarkan minat dan nilai yang diletakkan ke atas aktiviti tersebut. • Sekiranya dia melihat sukan sebagai aktiviti yang sangat bernilai, maka dia memilih sukan sebagai sebahagian pengalaman hidupnya. • Oleh itu untuk menjiwai sukan dan pendidikan jasmani itu juga bergantung kepada pilihan individu.
  • 103. • Namun, pragmatisme menegaskan bahawa individu bertanggungjawab terhadap setiap pilihannya. • Kebebasan individu yang dimiliki bukanlah tiket untuk lari daripada tanggugjawab tersebut. • Apa sahaja pilihannya, dia turut bertanggungjawab sekiranya pilihannya memberi kemudaratan ke atas diri orang lain.
  • 104. • Fokus individualisme dalam fahaman eksistensialisme sebenarnya adalah terhadap faktor ketulenan seseorang individu itu. • Manusia adalah individu yang tulen, tidak memerlukan pengiktirafan dari pihak lain dan juga tidak perlu akur atas ketetapan yang dibuat oleh pihak lain. • Walau bagaimanapun, faktor individualistik ini menjadikan matlamat hidup individu sangat kabur.
  • 105. • Menurut Kaplan (1961), manusia sentiasa membuat pilihan dalam hidupnya, dan sentiasa terdedah dengan kemungkinan kejayaan dan kegagalan dalam membuat pilihan.
  • 106. • Dalam konteks sukan dan pendidikan jasmani, individualisme akan lebih terserlah jika aktiviti yang dijalankan mengandungi nilai etika dan estetika yang tinggi agar dapat mencetuskan konflik antara emosi, perasaan dan persepsi individu dengan persekitaran. • Melalui sukan dan pendidikan jasmani, individu dapat mengembangkan potensi diri dengan cara mereka sendiri, selain dapat memupuk kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai keupayaan dan disiplin diri.
  • 107. Fenomenologi • Fenomenologi adalah fahaman yang wujud pada abad ke 20 yang bertujuan untuk menyiasat dan menjelaskan fenomena alam melalui pengalaman sedar manusia, tanpa terikat dengan teori dan konsep. • Pengasas fahaman ini ialah Edmund Husserl (1859-1938) yang prihatin terhadap refleksi sistematik serta analisis struktur kesedaran minda manusia terhadap fenomena persekitaran.
  • 108. • Bagi fenomenologi, individu bebas untuk melalui pelbagai pengalaman dan menikmati pengalaman tesebut. • Namun apa yang dirasa, difikirkan dan dilalui oleh setiap invidu adalah berbeza antara satu sama lain. • Bagi atlet atau invidu yang melalukan aktiviti fizikal, pengalaman yang diperolehi melalui aktiviti fizikal sangat bernilai dari aspek epistemologinya. Kerana tubuh badan adalah sumber pengetahuan dan perkembangan individu.